Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Thursday 15 April 2010

Percutian 2009

salam...

aku rasa masih lagi tak terlambat utk aku postingkan dlm blog aku ini. erm, kali ini masih lagi perihal percutian di malaysia. cuti-cuti malaysia la katakan.

erm, ok, kali ini, aku bersama aini dah adik beradikku kali ini bercuti di port dickson iaitu di negeri sembilan. meriah la juga. lagipun ini adalah kali pertama aku bersama adik beradikku sempat utk cuti bersama-sama pada tahun ini.

tahun ini terasa begitu meriah sekali kerana yong baru sahaja menamatkan pengajian di peringkat ijazah kedoktorannya. alhamdulillah, dia pun sudah selamat tiba di malaysia di kala ekonomi negara belum benar-benar pulih sepenuhnya...

erm, kita lupakan dulu perihal ekonomi. skrg ini adalah masa utk pergi bercuti. aku pun dah lama tak pergi bercuti bersama adik beradikku ini. so, kira pengalaman pertama la ini. dan tak lupa juga, kali ini kami semua berpendapat agar kami pergi bercuti bersama-sama dengan mak dan abah kami. inilah masanya utk kami menggembirakan hati mereka berdua pula.

kami skrg, sudah mulakan perancangan utk membuat tabungan famili mulai dari saat ini. ini bukan sahaja menguntungkan pada kami adik beradik, tetapi juga kepada generasi yang akan datang nanti. kami mahukan mereka mendapat kehidupan yang penuh selesa walaupun tanpa kehadiran kami.

alhamdulillah, buat pertama kali, kami berjaya membuat kutipan duit cukup utk perancangan bercuti utk tahun hadapan.

berbalik pada percutian di port dickson, kami ambil cuti dari 25 hingga 27 disember 2009. kebetulan pula, hari cuti hujung minggu juga termasuk sekali hari percutian krismas. so, agak padat juga tempat yang kami menginap selama beberapa hari itu.

erm, well, nak kata selesa tempat itu, tak la...tapi cukup utk kami enam beradik bersama-sama dengan keluarga masing-masing. dpt juga kami berendam di 'swimming pool' dah juga dpt pegi ke sauna, utk mengeluarkan peluh yang terpendam dalam badan, hehehe....

ok, setakat ini sahaja dulu buat masa ini. insya Allah, kalau ada lagi pengalaman akan aku kongsikan dalam blog yang simple ini, k?

salam.....

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...