Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Saturday 27 November 2010

Insha Allah

Every time you feel like you cannot go on
You feel so lost and that you’re so alone
All you see is night
And darkness all around
You feel so helpless you can’t see which way to go

Don’t despair and never loose hope
Coz Allah is always by your side
Insha’Allah Insha’Allah Insha’Allah
You’ll find your way
Insha’Allah Insha’Allah Insha’Allah
You’ll find your way

Every time you commit one more mistake
You feel you can’t repent
And that it’s way too late
You’re so confuse
Wrong decisions you have made
Haunt your mind and your heart is full of shame

Don’t despair and never loose hope
Coz Allah is always by your side
Insha’Allah Insha’Allah Insha’Allah
You’ll find your way
Insha’Allah Insha’Allah Insha’Allah
You’ll find your way

Turn to Allah
He’s never far away
Put your trust in Him
Raise your hands and pray
Oohh Ya Allah
Guide my steps don’t let me go astray
You’re the only one who can show me the way

Show me the way
Show me the way
Show me the way

Insha’Allah Insha’Allah Insha’Allah
We’ll find our way
Insha’Allah Insha’Allah Insha’Allah
We’ll find our way
Insha’Allah Insha’Allah Insha’Allah
You’ll find your way

-Maher Zain-

Hadiah Terbaik

Hadiah Terbaik :

Kepada kawan – Kesetiaan
Kepada musuh – Kemaafan
Kepada ketua – Khidmat
Kepada yang muda – Contoh terbaik
Kepada yang tua – Hargai budi mereka dan kesetiaan
Kepada pasangan – Cinta dan ketaatan
Kepada manusia – Kebebasan

Ingatlah Pesanan Ini...

Alhamdulillah,
Bersujud kepada Allah,
Bersukur sepanjang waktu,
Setiap nafasmu seluruh hidupmu semoga diberkahi Allah,
Bersabar taat pada Allah,
Menjaga keikhlasanNya,
Semoga dirimu, semoga langkahmu,
Diiringi oleh rahmatNya,
Setiap nafasmu, seluruh hidupmu semoga diberkahi Allah,
Alhamdulillah wasyukurillah bersyukur pada Mu,

Ya Allah,
Kau jadikan kami saudara indah dalam kebersamaan,
Hilanglah sebuah perbedaan

Kepada-Mu...

"Ya Allah,
ampuni dan rahmati semua sahabatku,

Ya Rahman,
pertemukan kami dalam keredhaanMu,

Ya Rahim,
persaudarakan kami di dunia dan di Akhirat,

Ya Waduud,
cintailah kami kerana persaudaraan kami,

Ya Qawiiy,
kuatkan hati kami dalam mencintaiMu,

Ya Jamil,
Engkau tujuan hidup kami dan kerana Engkau kami beriman dan bersaudara,

Ya Allah,
ampuni kami sekali lagi,

Ya Allah,
perbetulkan kami sekali lagi,

Kerana Allah Dzat Maha Mengasihi hamba-hambaNya yang memperbaiki diri..."

"Wahai Tuhanku Aku Tidak layak untuk syurgaMu
Tetapi aku tidak pula sanggup menanggung siksa NerakaMu
Dari itu kurniakanlah ampunan kepadaku ampunkanlah
Dosa ku Sesungguhnya Engkaulah yang Maha Pengampun Dosa-Dosa besar

Dosa-dosaku bagaikan pepasir di pantai
terimalah taubatku wahai Tuhan yang Maha Tinggi
Dan usiaku berkurangan setiap hari
sedangkan dosaku pula bertambah setiap masa

Tuhanku, hambaMu yang sering melakukan maksiat telah datang kepadaMu
Sentiasa membuat dosa, dan sesungguhnya telah berdoa kepadaMu
Jika Kau ampunkan, maka itu adalah hakMu
Dan jika Kau tinggalkan, maka siapa lagi yang hendak kami harapkan sepertiMu..."

Saturday 20 November 2010

Memohon Rahmat-Mu...

Oh Tuhanku,

Tiada indah di malam yang hening,
Melainkan dengan bermunajat kepada-Mu.

Tiada indah suatu hari yang aku lalui,
Kecuali dengan patuh kepada-Mu.

Oh Tuhanku,

Tiada indah hidup di dunia melainkan,
Berzikir dan menyebut nama-Mu.

Tiada indah tiba di akhirat yang abadi,
Kecuali dengan keampunan-Mu.

Ya Allah, Tuhanku yang merubah kalbu,
Tetapkanlah hatiku,
Moga sentiasa dalam agama-Mu,
Jua taat akan perintah-Mu.

Tuhan,
Usah bebankan kami dengan bebanan yang berat,
Seperti yang pernah kau berikan kepada umat yang terdahulu... Dari kami.

Tuhan,
Jangan pikulkan kami,
Yang tidak kami terdaya,
Maafkan salah kesilapan,
Ampunkanlah dosa-dosa,
Rahmatilah kami...

Oh Tuhanku,

Tiada indah di malam yang hening,
Melainkan dengan bermunajat kepada-Mu.

Tiada indah suatu hari yang aku lalui,
Kecuali dengan patuh kepada-Mu.

Oh Tuhanku,

Tiada indah hidup di dunia,
Melainkan berzikir dan menyebut nama-Mu.

Tiada indah tiba di akhirat yang abadi,
Kecuali dengan keampunan-Mu.

Ya Allah,

Tuhanku yang merubah kalbu,
Tetapkanlah hatiku,
Moga sentiasa dalam agama-Mu,
Jua taat akan perintah-Mu.

Tuhan,
Usah bebankan kami dengan bebanan yang berat,
Seperti yang pernah kau berikan kepada umat yang terdahulu... Dari kami.

Tuhan,
Jangan pikulkan kami,
Yang tidak kami terdaya,
Maafkan salah kesilapan,
Ampunkanlah dosa-dosa,
Rahmatilah kami...

Friday 19 November 2010

Doa Mencari Jodoh...

"Bismillahhirrahmannirrahim......

Ya Allah...

Seandainya telah Kau catatkan dia milikku,
Tercipta buatku,
Dekatkanlah dia padaku,
Titipkanlah kemesraan antara kami,
Agar kebahagiaan itu abadi, dan...

Ya Allah, Ya Tuhanku,Yang Maha Pengasih,

Seiringkanlah kami melayari hidup luar ini,
Ketepian yang sejahtera, tetapi...

Ya Allah...

Seandainya telah Kau takdirkan dia bukan milikku,
Bawalah ia jauh dari pandanganku,
Luput dari ingatan ku, dan
Peliharalah diriku dari kecewa serta...

Ya Allah, Ya Tuhanku, Yang Maha Mengerti,

Berilah aku kekuatan,
Melontar bayangnya ke dada langit,
Silang bersama senja merah, dan
Gelap pekat awan,
Agar aku bisa bahagia,
Walau tanpa dirinya, dan...

Ya Allah Tercinta..

Gantikanlah yang telah hilang,
Tumbuhkanlah kembali yang telah patah,
Meski tiadakan sama dengan dirinya...

Ya Allah, Ya Tuhanku,

Pasrahkanlah aku dengan ketentuan Mu,
Sesungguhnya takdir Mu itu yang terbaik buatku,
Kerana Engkau Tuhanku,
Itu yang terbaik buatku...

Yang Maha Mengetahui,Segala yang Terbaik, Ya Allah...

Cukuplah Engkau sahaja menjadi pemeliharaku,
Di Dunia dan Akhirat,
Dengarlah rintihan daripada hambamu yang daif ini,
Sesungguhnya,
Aku tidak kuat melawan nafsuku sendiri,
Janganlah Engkau biarkan aku sendirian di dunia ini hingga akhirat,
Menjerumuskan aku ke arah kemaksiatan dan kemungkaran.

Maka, kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman,
Membimbingku ke jalan yang Engkau redhai, dan
Kurniakanlah kepadaku keturunan yang soleh/solehah.... "

Amin.

Not your fault...

"what ever happens to you, it is not your fault..."

-norman hafizi alfan-

I'm leaving....

I'm leaving my past behind,
I'm moving on....

-norman hafizi bin alfan-

Impian...

"Sekiranya kita ingin memenuhi sesuatu impian dalam hidup kita,
Kadang-kadang kita terpaksa mengorbankan sesuatu yang paling berharga dalam hidup kita...."

-norman hafizi alfan-

Cukuplah...

Ya Allah,

Cukuplah Kau sahaja yang menjadi pemeliharaku di dunia dan di akhirat,
Dengarkanlah rintihan hambamu yang daif ini,
Jangan Kau biar aku bersendirian lagi...

Ya Allah”

Insya Allah....

Rindu...

Rindulah padaNya,
Kerana itulah yang kita semua cari dalam cinta sejati,
Dan jangan kita lupa padaNya,
Kerana cinta yang sebenarnya ialah Allah,
Dialah yang menjadikan sekelian alam ini,
Jika jiwamu sedih,
Fikirkanlah nikmat yang diberikan,
Pasti terubat jua,
Kita mesti bersyukur selalu,
Pasti akan rasa kebesaranNya,
Yakin padaNya,
Dia Maha Mengetahui segala sesuatu,
Dan Maha Bijaksana,
Mungkin kita pernah lupa,
Namun jangan sekali kita jauhi dariNya....

Thursday 18 November 2010

“Ya Allah..."

“Ya Allah

Cukuplah Kau sahaja yg menjadi pemeliharaku di dunia & di akhirat

Dengarkanlah rintihan hambamu yg daif ini,

Jgn Kau biar aku sendirian lg..

Ya Allah....”

Wednesday 10 November 2010

30 Perkara Perempuan Tak Sempat Bagitau Lelaki...

30 Perkara Perempuan Tak Sempat Bagitau Lelaki..  Dahsyat sungguh pompuan ni...banyak perkara yang mana perempuan lebih suka difahami secara tersirat.

Dahsyat sungguh pompuan ni...banyak perkara yang mana perempuan lebih suka difahami secara tersirat. ye ke tak sempat bagitau?silakan baca.

1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,tetapi dia tidak menitiskan airmata,itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.

2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.

3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang (sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).

4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.

5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!!

6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.

7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati,tolak cintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan,dia akan lakukan apa saja.

8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya,biarkan dia untuk seketika.Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sorang kawan,cubalah tegur dia perlahan-lahan.

9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa.Muzik,puisi,lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.

10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni lansung tak berguna.

11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.

12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif,misalnya menghubunginya melalui telefon,si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik saja ganggang diletakkan,dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit,semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.

13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita.Jadi jangan senyum sebarangan.

14. Jika kamu menyukai sorang wanita,cubalah mulakan dengan persahabatan.Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.

15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar,tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.

16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya.

17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya.Tanya dia sendiri!!

18. Selepas sorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.

19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis,cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.

20. Bila setiap kali gambar kelas keluar,benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya, kemudian barulah dirinya sendiri.

21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!

22. Satu ucapan 'Hi/Assalamualaikum' sahaja sudah cukup menceriakan harinya.

23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.

24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.

25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.

26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..

27. Senjata wanita adalah airmata!!

28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya (hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan romantis). Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati. Dengan ini dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.

29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya. So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah...

30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.

Note: tidak semestinya 30 perkara diatas semuanya wujud dalam diri setiap wanita..tapi zaman sekarang ni lelaki pun ramai yang 'apply' perkara-perkara diatas tu . :-)

Friday 5 November 2010

Lengkapkan Pantun Yang Diberi,

Pulau Pandan jauh ke tengah,
Gunung Daik Bercabang tiga,
............................
............................

(1. tolong lengkapkan pantun di atas),
(2. Hancur badan dikandung tanah, budi yang baik dikenang juga),
(3. arahan no. 2 telah dipatenkan, tolong lengkapkan pantun dan curahkan kreativiti anda sebaik mungkin. tq.)

Lengkapkan Pantun Yang Diberi,

Dua tiga kucing berlari,
Mana nak sama si kucing belang,
..............................
..............................


(1. tolong lengkapkan pantun di atas),
(2. 2-3 boleh kucari, Mana nak sama cik adik seorang),
(3. arahan no. 2 telah dipatenkan, tolong lengkapkan pantun dan curahkan kreativiti anda sebaik mungkin.)

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah, Lagi Maha Pengasihani

DALAM MENCARI KEREDHAAN MU....

Aku dilahirkan di dalam dunia ini,
Aku mengenali orang-orang di sekelilingku,
Aku dilahirkan oleh ibuku yang tersayang,
Aku belajar mengenal huruf,
Aku belajar untuk berjalan.....

Aku belajar untuk merangkak,
Aku belajar bertatih,
Aku menangis ketika lapar,
Aku menangis bila tidak dapat sesuatu,
Aku merasa takut bila aku kesunyian,
Aku merasa takut apabila berhadapan dengan orang lain,
Aku belajar untuk mengenali orang lain,
Aku belajar untuk hormati dan sanjungi ibu bapaku,
Aku belajar untuk berkawan,
Aku marah bila tidak dapat sesuatu yang dihajatkan,

Tapi sebenarnya, di mana aku berada sekarang???
Di mana aku sebenarnya???
Ke mana aku akan pergi??
Ke mana aku akan bawa diri ku ini?
Ke mana akan aku bawa isteriku yang tersayang?

Apakah tidak cukup selama ini aku dikurniakan anugerah?
Apakah tidak cukup lagi, aku mampu bernafas dan bernyawa di dunia ini?
Apakah tidak cukup dengan segala apa yang dikurniakan tubuh badan ku yang sihat? apakah tidak cukup lagi nyawa aku tidak di tarik lagi buat masa ini?
Apakah tidak cukup semuanya lagi???

Perlukah aku merintih kesusahan aku pada orang lain?
Perlukah aku merintih meminta sedekah dari orang lain?
Perlukah aku bergantung harap pada orang lain, sedangkan Kau yang memberi rezeki pada aku?
Perlukah aku mengeluh lagi setiap masa dan ketika?
Perlukah aku buat begitu lagi selalu dan sepanjang masa???

Ya Allah,
Engkau Yang Maha Besar,

Ya Allah,
Engkau Yang Maha Pemurah,

Ya Allah,
Engkau Yang Maha Mendengar,

Ya Allah,
Engkau Yang Maha Pengasihani,

Ya Allah,
Engkau Yang Maha mempunyai 99 nama yang Maha Terbaik,

Ya Allah,
Engkau Yang Maha Sempurna,

Ya Allah,
Engkau Yang Maha Menentukan takdir hidup manusia,

Ya Allah,
Engkau Yang Maha Terawal,

Ya Allah,
Engkau Yang Maha Terakhir,

Ya Allah,
Engkau Yang Maha Sempurna,

Ya Allah,
Engkau Yang Maha Tidak Tidur dan Tidak Mengantuk,

Ya Allah,
Engkau Yang Maha Pemberi Rezeki,

Ya Allah,
Engkau Yang Maha Berkuasa,

Ya Allah,
Engkau Adalah Maha Raja Kepada Semua Raja,

Ya Allah,
Engkau Yang Maha Menguruskan Sekian Alam,

Ya Allah,
Engkau Yang Maha Adil,

Ya Allah,
Engkau Yang Maha Pemberi Hidayah kepada sesiapa yang Engkau kehendaki,

Engkau telah pun mengekalkan jasad Firaun Laknatullah sebagai pengajaran dan teladan kepada umat Muhammad s.a.w,

Engkau pernah mencabut nyawa Raja Namrud yang Zalim,

Engkau telah pun menarik balik rezeki yang Engkau berikan secara melimpah ruah kepada Qarun di zaman Nabi Musa,

Engkau pernah menghapuskan kaum Tsamud dan kaum A'ad,

Engkau telah pun memberikan rezeki dari langit, apabila kaum Yahudi dan Nabi Musa a.s. terasa lapar dan dahaga selepas melarikan diri dari tentera Firaun,

Engkau pernah menenggelam bumi sewaktu zaman Nabi Nuh a.s dengan banjir besar,

Engkau telah pun memberikan mukjizat kepada Nabi Sulaiman a.s. dengan dapat menundukkan Ratu Balqis serta beriman kepada Mu,

Engkau pernah menghalau Azazil (Iblis) keluar dari Syurga Mu,

Engkau telah pun menjemput Nabi Junjungan Besar, Muhammad Rasulullah s.a.w dan baginda telah pun wafat dengan keizinan Mu,

Engkau pernah mengampunkan dosa Nabi Allah Adam a.s.

Engkau telah pun mengangkat Nabi Isa Putera Mariam ke langit dan akan menurunkan baginda pada akhir zaman, apabila sampai waktunya,

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...