Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Wednesday 8 August 2012

Jenis-Jenis Mercun Yang Legend!

Assalamualaikum dan salam sejahtera semuanya.  Mercun boleh di definisikan sebagai alat yang digunakan untuk menghasilkan bunyi yang boleh membuat orang lain melatah kerana terkejut dengan bunyi mercun tersebut.

Dulu aku masa kecil-kecil rajin juga aku main mercun ini.  Sekarang bila besar sikit dah tak main mercun dah.  Mungkin dah insaf kot.  Sebab dulu masa kecil semua member nakal-nakal macam taik.  so, aku pun turu terpengaruh menjadi nakal.  Tiap tahun tak boleh miss main mercun.

Lepas buka puasa je terus berperang menggunakan mercun.  Telinga sampai nak pekak, makcik-makcik, pakcik-pakcik jiran sebelah marah pun tak kisah dah.  Yang pentng dapat bom sana sini.  Berikut merupakan jenis-jenis mercun di Malaysia yang aku tahu.


Mercun papan ini agak famous masa dulu.  Sekali bakar terus meletup bertubi-tubi.  Harga dia dulu murah sahaja.


Tengok bentuk dah tau kan ini jenis mercun apa?  Ini adalah mercun bola kerana bentuknya yang bulat seperti bola.  Mercun ini agak bahaya kerana banyak kes putus jari, putus halkum, etc di sebabkan main mercun ini.  Tak dapat nak salam ibu bapa raya nanti.


Yang ini adalah mercun telur.  Bentuk mercun ini macam telur ayam.  Saiznya lebih kurang macam telur ayam yang anda beli di kedai runcit.


Ini mercun mancis, mercun yang menjadi favourite aku masa kecil-kecil.  Mercun ini berbentuk seperti mancis kayu tapi gemuk sikit dari mancis kayu.  Mercun ini boleh guna untuk bom ikan di sungai.


Mercun ketupat, mercun ini tidak boleh di makan walaupun bentuknya seakan-akan ketupat.  Kalau di makan nescaya meletup di perut.


Mercun ini di gelar mercun lebah kerana mercun ini kejar orang.  Cara untuk melarikan diri dari mercun ini adalah jangan main mercun ini.


Mercun naga, mercun yang menghasilkan percikan api seakan-akan naga.  Walaupun bunyinya tak kuat, tapi percikan apinya sangat bahaya.  Kalau kena kulit boleh tinggal tulang sahaja, tak dapatlah nak beraya.

Mercun roket adalah mercun yang sangat menarik untuk dimainkan.  Ini kerana mercun ini mampu terbang tinggi berdasarkan sudut yang kita tentukan.  Jangan tanam batang roket ini terlalu dalam nanti tak boleh terbang pula.  Dulu aku beli mercun ini sekitar 30 sen sebatang.


Ini pula, Thunderclap.  Aku belum ada pengalaman lagi main mercun ini.  Yang aku tahu bunyinya memang power.  Boleh bergetar tiang rumah jiran sebelah.


Mercun pop, mercun yang paling selamat aku rasa untuk dimainkan dan sesuai untuk kanak-kanak riang serta gadis-gadis ayu.


Yang ini namanya meriam buluh.  Menggunakan element kabait + air liru + bamboo. Bunyi dia memang memuaskan hati yang main meriam ini, tapi tidak memuaskan hati jiran-jiran sebelah.

Moral of the story :


Ingatlah orang yang tersayang dan menyayangi anda.  Tapi tak meriahkan raya kalau tak ada mercun.  Main mercun yang tak bahaya sahajalah macam mercun pop, bunga api dan yang sewaktu dengannya.

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...