Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Thursday 31 May 2012

Balasan Untuk Setiap Waktu Solat Ditinggalkan



“Sesungguhnya apabila seseorang hamba berdiri untuk solat maka diletakkan semua dosa-dosanya diatas kepala dan kedua bahunya. Setiap kali ia rukuk atau sujud akan berjatuhlah dosa-dosanya itu” – Hadis riwayat Attabrani.
Solat merupakan tiang agama kepada semua umat Islam. Mendirikan solat itu telah digariskan sebagai ibadah wajib ditunaikan selepas setiap orang itu telah baligh.
Perkara pertama yang akan disoal di akhirat kelak ialah tentang sembahyang. Jika sembahyang didapati sempurna dan diterima dengan baik maka segala amal yang lain juga akan diterima dengan kiraan yang mudah. Jika sembahyang itu ditolak atau didapati tidak sempurna maka kiraan bagi amal yang lain juga akan ditolak atau dihisab dengan begitu sukar.
Maka bayangkanlah jika ada sembahyang yang ditinggalkan dengan sengaja. Apakah balasan yang akan diterima di akhirat kelak?
Sesiapa yang menjaga sembahyang 5 waktu, maka Allah akan memuliakannya dengan 5 perkara iaitu;
* Masuk syurga tanpa dihisab.
* Dihindarkan dari seksaan kubur.
* Dihindarkan dari kesempitan hidup.
* Berjalan di atas sirat bagaikan kilat.
* Diberi kitab amalnya dengan tangan kanan.
Tetapi, bagi sesiapa yang memandang ringan tentang perlaksanaan untuk bersolat, Allah akan memberi hukuman dengan 15 seksaan;
Ketika di dunia;
1. Dicabut berkat pada umurnya.
2. Dihapus tanda orang soleh pada wajahnya.
3. Amalan yang dikerjakannya tiada pahala.
4. Doanya tidak diangkat ke langit.
5. Tidak mendapat pahala orang solehin.
Ketika mati;
6. Mati dalm kehinaan.
7. Mati dalam kelaparan.
8. Mati dalam kehausan, walau diberi air selautan pun tidak
mencukupi.
Ketika dalam kubur;
9. Disempitkan kuburnya hingga berselisih tulang rusuknya.
10. Dinyalakan api di dalam kubur lalu bermainlah ia di dalamnya siang
dan malam.
11. Didatangi ular `Syuja` yang buta mata dan kukunya dari besi dimana
setiap kuku panjangnya mengambil masa perjalanan sehari.
Ketika hari kiamat;
12. Diberatkan hisabnya.
13. Mendapat kemurkaan Allah.
14. Dimasukkan terus ke dalam neraka.
15. Putus dari rahmat Allah.
Bagi setiap orang Islam yang meninggalkan solat fardhu yang telah ditetapkan oleh Allah S.W.T, maka, individu tersebut telah mencampurkan dua perkara iaitu keiimanan dan kekufuran di dalam hidup mereka.
Allah S.W.T telah menetapkan, setiap waktu solat fardhu yang ditinngalkan, Allah S.W.T akan memberikan dosa yang setimpal dengannya. Antaranya;
Subuh : satu fardu yang ditinggalkan Allah akan mencampakkannya ke dalam neraka selama 60 tahun. 1 tahun di akhirat tidak sama dengan dunia. Jika 1 tahun di dunia kita sudah rasa agak lama, di akhirat 1 tahun bersamaan dengan 60,000 tahun di dunia.
Zuhur : satu fardu yang ditinggalkan, dosanya sama seperti membunuh 1000 orang Islam.
Asar : satu fardu yang ditinggalkan, dosanya samalah seperti meruntuhkan kaabah.
Maghrib : satu fardu yang ditinggalkan, dosanya sama seperti seorang itu berzina dengan ibu (bagi lelaki) atau bapa (bagi perempuan).
Isyak : satu fardu yang ditinggalkan, Allah tidak akan meredhai hidupnya di atas muka bumi ini.
Firman Allah S.W.T; “Hai orang yang meninggalkan solat Isyak, bahawa Aku tidak lagi redha engkau tinggal dibumiKu dan menggunakan nikmat-nikmatku, segala yang digunakan dan dikerjakan adalah berdosa kepada Allah SWT.”
Justeru itu, marilah kita sama-sama mengingatkan diri sendiri supaya sentiasa bertakwa dan berpegang teguh dengan suruhan dan perintah Allah. Setiap kebaikan dan ibadah yang dilakukan, pastinya diberikan ganjaran terbaik oleh Allah S.W.T.
“Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan solat, dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk”
Oleh: NAIMAH SHAARI

Cool : Keajaiban Dunia di Panama City Beach, Florida (gambar)

‎4 Tanda Hidup Tak Berkat



Salam, banyak sebenarnya tanda-tanda jika kehidupan kita ini tidak mendatangkan keberkatan namun sebahagian tanda-tanda dibawah ini juga jelas membayangkan kehidupan kita ini tidak mendatangkan keberkatanNYA Na’uzubillah

Tanda-tanda hidup kita tak berkat ialah :

1. Duit banyak, tapi cepat jer habis.
Tak tau duit pergi mana. Pendapatan bertambah, tapi asyik tak cukup jer. Duit banyak dihabiskan pada benda yang sia-sia. Patutnya bila duit dapat banyak, sedekah pun kena la bertambah. Tapi tak, kita jadi makin kedekut. Sedekah tak bertambah, duit tetap habis ke tempat lain.

2. Buat kerja, tak siap.
Projek ada macam-macam, idea banyak, tapi satu pun tak berjaya. Macam-macam usaha dibuat, macam-macam projek kita cuba nak lakukan, tapi semuanya tergantung. Semuanya tergendala. Satu pun tak berjaya. Kalau ada yang menjadi, tapi tak seperti yang dirancangkan.

3. Buat sesuatu, tak dapat manfaat.
Baca buku banyak, tapi ilmu satu pun tak lekat. Nasihat orang pandai, tapi diri pun tunggang langgang.

4. Masa habis dengan sia-sia.
Kononnya sibuk, tapi sebenarnya banyak masa dihabiskan dengan perkara yang sia-sia. Leka main fesbuk, leka tengok TV, leka berborak dengan kawan, leka main game, leka melepak dengan kawan-kawan. Tapi nak luang baca Quran 5 minit sehari pun tak boleh. Solat pun akhir waktu. Solat tak sampai 5 minit. Zikir langsung tak amal. Malah nak berdoa untuk diri sendiri pun malas.

Adakah anda salah seorang yang mengalami atau merasai tanda-tanda di atas?

Mari kita sama-sama muhasabah diri. Tanya pada diri, adakah kita salah seorang daripada orang yang tidak mendapat keberkatan dari Allah.

Aduh, alangkah malang dan rugi nya kalau kita gagal mendapat keberkatan dalam hidup ini. Kerana kita bukan saja akan rugi di dunia ini, malah akan bangkrap di akhirat nanti. Na’uzubillah. Sama-sama kita taubat dan mohon taufik hidayah daripada Allah ta’ala untuk memperbaiki iman dan amal kita masing-masing. Sama-sama muhasabah dan mengingati diri sendiri juga

Wednesday 30 May 2012

Info : 10 Surah Dapat Menghalang Daripada 10 Ujian Besar Allah s.w.t.


10 Surah dapat Menghalang daripada 10 ujian Besar Allah :
  1. Surah Al-fatihah dapat memadam kemurkaan Allah s.w.t.
  2. Surah Yasin dapat menghilangkan rasa dahaga atau kehausan pada hari Kiamat.
  3. Surah Dukhan dapat membantu kita ketia menghadapi ujian Allah s.w.t. pada hari kiamat.
  4. Surah Al-Waqiah dapat melindungi kita daripada ditimpa kesusahan atau fakir.
  5. Surah Al-Mulk dapat meringankan azab di dalam kubur.
  6. Surah Al-Kauthar dapat merelaikan segala perbalahan.
  7. Surah Al-Kafirun dapat menghalang kita daripada menjadi kafir ketita menghadapi kematian.
  8. Surah Al-Ikhlas dapat melindungi kita daripada menjadi golongan munafiq.
  9. Surah Al-Falaq dapat menghapuskan perasaan hasad dengki.
  10. Surah An-Nas dapat melindungi kita daripada ditimpa penyakit was-was.


Tuesday 29 May 2012

Kisah Ka'abah yang tidak ramai ketahui...



Sedikit maklumat berkaitan Kaabah...


1. Mekah adalah kawasan yang mempunyai graviti paling stabil.

2. Tekanan gravitinya tinggi, dan di situlah berpusatnya bunyi-bunyian yang membina yang tidak boleh didengar oleh telinga.

3. tekanan graviti yang tinggi memberi kesan langsung kepada sistem imun badan untuk bertindak sebagai pertahanan daripada segala serangan penyakit.

4. graviti tinggi = elektron ion negatif yang berkumpul di situ tinggi=doa akan termakbul kerana di situ adalah tempat gema atau ruang dan masa serentak.

5. Apa yang diniatkan di hati adalah gema yang tidak boleh didengar tetapi boleh dikesan frekuensinya. Pengaruh elektron menyebabkan kekuatan dalaman kembali tinggi, penuh bersemangat untuk melakukan ibadat, tidak ada sifat putus asa, mahu terus hidup, penyerahan diri sepenuhnya kepada Allah.

6. Gelombang radio tidak boleh mengesan kedudukan Kaabah.

7. Malah teknologi satelit pun tidak boleh meneropong apa yang ada di dalam Kaabah. Frekuensi radio tidak mungkin dapat membaca apa-apa yang ada di dalam Kaabah kerana tekanan graviti yang tinggi.

8. Tempat yang paling tinggi tekanan gravitinya, mempunyai kandungan garam dan aliran anak sungai di bawah tanah yang banyak. Sebab itu lah jika bersembahyang di Masjidilharam walaupun di tempat yang terbuka tanpa bumbung masih terasa sejuk.

9. Kaabah bukan sekadar bangunan hitam empat persegi tetapi satu tempat yang ajaib kerana di situ pemusatan tenaga, graviti, zon magnetisme sifar dan tempat yang paling dirahmati.

10. Tidur dengan posisi menghadap Kaabah secara automatik otak tengah akan terangsang sangat aktif hingga tulang belakang dan menghasilkan sel darah.

11. Pergerakan mengelilingi Kaabah arah lawan jam memberikan tenaga hayat secara semula jadi daripada alam semesta. semua yang ada di alam ini bergerak mengikut lawan jam, Allah telah tentukan hukumnya begitu.

12. Peredaran darah atau apa saja di dalam tubuh manusia mengikut lawan jam. Justeru dengan mengelilingi Ka abah mengikut lawan jam, bermakna peredaran darah di dalam badan meningkat dan sudah tentunya akan menambahkan tenaga. Sebab itulah orang yang berada di Mekah sentiasa bertenaga, sihat dan panjang umur.

13. Manakala bilangan tujuh itu adalah simbolik kepada tidak terhingga banyaknya. Angka tujuh itu membawa maksud tidak terhad atau terlalu banyak. Dengan melakukan tujuh kali pusingan sebenarnya kita mendapat ibadat yang tidak terhad jumlahnya.

14. Larangan memakai topi, songkok atau menutup kepala kerana rambut dan bulu roma(lelaki) adalah ibarat antena untuk menerima gelombang yang baik yang dipancarkan terus dari Kaabah. Sebab itu lah selepas melakukan haji kita seperti dilahirkan semula sebagai manusia baru kerana segala yang buruk telah ditarik keluar dan digantikan dengan nur atau cahaya yang baru.

15. Selepas selesai semua itu baru lah bercukur atau tahalul. Tujuannya untuk melepaskan diri daripada pantang larang dalam ihram. Namun rahsia di sebaliknya adalah untuk membersihkan antena atau reseptor kita dari segala kekotoran supaya hanya gelombang yang baik saja akan diterima oleh tubuh.

Sesungguhnya hanya Allah Yang Maha Mengetahui

Monday 28 May 2012

Cool : Penyamaran Haiwan Tahap #Naruto

AMAZING : PENYAMARAN HAIWAN TAHAP NINJA (10 GAMBAR)

Memang menakjubkan !

Haiwan memang sudah dibekalkan dengan kelebihan dan bakat untuk melakukan penyamaran tahap ninja mengikut kesesuaian persekitaran mereka.

Untuk pengetahuan anda, cypsis adalah salah satu kebolehan semulajadi haiwan untuk menghindari diri daripada dikesan dan menjadi perhatian.  Penyamaran adalah salah satu bentuk crypsis.











p/s : Yang gambar last ini paling best.. hehe..

http://tiba2jam6petang.blogspot.com/2012/05/amazing-penyamaran-haiwan-tahap-ninja.html

http://akustressgiler.blogspot.com/2012/05/cool-penyamaran-haiwan-tahap-naruto-10.html?spref=bl

Misteri lembaga wanita dalam kereta Sinar Harian

Posted on the May 28th, 2012 under Tempatan by admin


KULIM – “Cepat, baca surah Yasin!, ada benda sebelah aku ni,” jerit seorang rakan yang berada dalam kereta Perodua Kancil Sinar Harian cemas apabila merasakan ada lembaga wanita duduk di sebelahnya di bahagian tempat duduk kerusi belakang.
Kejadian itu berlaku Khamis lalu apabila wartawan Sinar Harian bersama seorang anggota polis berpangkat koperal dan seorang rakan melalui jalan Bukit Lengkok kira-kira jam 4 pagi, Khamis lalu.
Ketika melalui di satu selekoh dalam keadaan hujan lebat, semua mereka ternampak batu nisan setinggi setengah meter di tepi jalan tetapi masing-masing hanya diam dan tidak mengendahkannya.
Keadaan mula cemas apabila rakan mereka itu menjerit meminta membaca surah Yasin dengan segera.
Bagaimanapun, anggota polis cuba menenangkannya dan membaca beberapa potong ayat al-Quran barulah rakannya itu tenang dan perjalanan pun diteruskan.
Setelah melepasi jalan Sungai Lengkok mereka kemudiannya berhenti di tepi Jalan Air Merah dan mula membuka cerita mengenai batu nisan tadi. Ternyata, mereka semua mengaku ternampak imej batu nisan yang dimaksudkan.
Bagaimanapun misteri terbabit tidak berhenti di situ saja apabila kelmarin kira-kira jam 12.30 pagi, seorang rakan wartawan terbabit telah merakam gambar kereta Kancil berkenaan dan mendapati ada imej lembaga wanita berambut panjang di dalamnya dan dipercayai lembaga itu hilang selepas azan Subuh berkumandang.
Sementara itu. seorang pemandu van kilang yang tinggal di Taman Selasih dan tidak mahu dikenali berkata, kejadian seumpama itu sering berlaku di Jalan Bukit Lengkok.

Menurutnya, beberapa tahun lalu polis ada menemui mayat seorang wanita dipercayai dibunuh dan mayatnya dibuang ke dalam gaung berhampiran.
“Ramai pengguna jalan itu menjadi mangsa gangguan lembaga berkenaan. Lembaga itu pernah duduk di belakang penunggang motosikal, saya juga pernah nampak lembaga itu berada di atas bumbung kereta yang datang dari arah bertentangan.
“Sememangnya jalan itu tidak dilalui oleh kenderaan pada lewat pagi terutama ketika hujan renyai atau lebat,” katanya.
Pengerusi Pertubuhan Prihatin Kebaktian Masyarakat Kulim (PPKM) Khor Eng Khim juga tidak menafikan kewujudan lembaga itu yang sering mengganggu pengguna jalan raya yang melalui jalan Bukit Lengkok menjelang lewat pagi.
“Jalan itu tidak sesuai digunakan pada waktu Subuh terutama ketika hujan. Ini kerana terlalu banyak kejadian kemalangan berlaku di sekitar kawasan itu disebabkan keadaan jalan di situ sempit dan bengkang-bengkok.
“Saya menasihatkan pengguna supaya menggunakan lebuh raya Butterworth Kulim Express (BKE) untuk pergi ke Pekan Kulim dan jangan mengunakan jalan Bukit Lengkok sebagai jalan pintas walaupun ia lebih dekat,” katanya.
Sinar

Tertarik dengar laungan azan


Posted on the May 21st, 2012 under Agama,Tempatan by admin

PENDANG – `Penghijrahan’ seorang wanita di Kampung Lubuk Batu Kubur Panjang, Pendang di sini amat bermakna bagi dirinya selepas memeluk Islam dan mengucap dua kalimah syahadah.  Mualaf, Syafiqah Foo Abdullah, 32, mengakui dirinya sentiasa berasa sangat tenang terutamanya selepas menunaikan solat.

Syafiqah kini menjalani kehidupan bahagia bersama suaminya, Abdullah Hanafi, 37, dan lima anak mereka iaitu Nur Batrisyia Abdullah, 11; Nur Nusratina, 9; Nur Nayli Balqis; Muhammad Darwisy, 2; dan Nur Syasya Zulaikha, 1.

Anak sulung daripada dua beradik itu berasal dari Paya Terubong Balik Pulau, Pulau Pinang memeluk Islam pada 19 Oktober 2000.
Berkongsi pengalaman penghijrahannya, menurutnya dia sering mendengar laungan azan setiap kali melalui satu kawasan bukit ketika dalam perjalanan pulang dari tempat kerja menaiki bas, menyebabkannya berfikir panjang mengenai keistimewaan Islam.
“Setiap kali melalui kawasan bukit itu telinga saya pasti mendengar azan yang merdu dan halus kira-kira jam 10 malam, sedangkan kawasan itu tiada masjid serta berjauhan dengan masjid-masjid lain.
“Keadaan itu menyebabkan saya berfikir panjang dan merujuk kepada seorang lelaki yang baru dikenali (suami) mengenai kejadian itu dan rakan saya memaklumkan bahawa kemungkinan kejadian yang dialami itu adalah hidayah kepada saya untuk memeluk Islam,” katanya kepada Sinar Harian.
Justeru, Syafiqah Foo yang ketika itu bekerja sebagai kerani akaun di sebuah salun rambut mengambil keputusan memeluk Islam, walaupun ditentang kedua ibu bapanya, namun keindahan Islam membuatkannya berusaha bersungguh-sungguh memeluk agama itu.
Katanya, minat dan kesungguhan memeluk Islam membawanya seorang diri ke Pejabat Agama Islam Pulau Pinang untuk mengucap dua kalimah syahadah dan seterusnya membuat laporan polis kerana bimbang kedua ibu bapanya mendakwa dia melarikan diri dari rumah.
“Saya dibawa ke sebuah rumah transit di Pematang Tok Gelam kira-kira setahun untuk belajar lebih mendalam mengenai agama Islam.
“Hubungan dengan seorang lelaki yang menjadi tempat saya merujuk sebelum memeluk Islam membawa hubungan kami semakin rapat selepas saya memeluk Islam dan takdir ALLAH kami berkahwin di Mahkamah Balik Pulau,” katanya.
Bawa isteri jumpa keluarga
Penghijrahan Syafiqah Foo tidak pernah dipaksa mana-mana pihak kerana ia dilakukan atas kehendak hatinya sendiri.
Abdullah berkata, selepas bernikah, dia mengambil keputusan membawa isterinya berjumpa dengan keluarga mentuanya walaupun menyedari mentuanya masih memendam rasa marah terhadap isteri kerana memeluk Islam.
“Saya berhadapan dengan mereka (mentua) dan berjanji akan menjaga anak mereka (isteri) dengan baik dan membimbing anak saya dengan agama Islam dengan baik. Saya bersyukur selepas itu hubungan kami baik sehingga kini dan mentua serta saudara-mara yang beragama Buddha dapat menerima kami dan agama Islam.
“Walaupun berlainan agama namun kami sekeluarga tetap pulang ke rumah mentua pada hujung minggu atau sambutan perayaan dan mereka memahami adab dalam Islam seperti dari segi makan dan solat,” katanya.
Dapat terima cara Islam
Dalam pada itu, Syafiqah berkata, dia sangat bahagia dan tenang kerana keluarganya dapat menerima dirinya yang berlainan agama, malah ibu bapanya tidak pernah segan silu berjalan bersamanya walaupun dia bertudung.
“Ibu menghormati agama Islam dan menyediakan ruang solat yang bersih kepada saya serta sediakan makanan yang halal untuk orang Islam,” katanya.
Syafiqah berkata, dia dapat menerima cara Islam dengan mudah seperti belajar membaca Al-Quran, menunaikan solat dan berpuasa dengan bimbingan kuat daripada suaminya yang sentiasa sabar dan bersungguh-sungguh ketika mengajarnya.
Katanya, suaminya sentiasa mengingatkan dirinya dan anak-anak mengenai perkara perlu dilakukan dan tidak boleh dilakukan di dalam Islam serta sentiasa mengingatkan waktu solat serta sentiasa menutup aurat.
Didikan agama pada anak-anak
Walaupun anak-anak dihantar ke sekolah Cina, namun pendidikan agama tidak pernah diabaikan dengan didikan agar membaca al-Quran walaupun Abdullah sibuk dengan kerja sebagai mekanik kereta.
Abdullah berkata, semua anak-anaknya fasih berkomunikasi dalam bahasa Cina termasuk anak bongsu yang memahami apabila ibunya bercakap dalam bahasa Cina.
“Hubungan anak-anak dengan nenek sebelah isteri juga sangat rapat, namun dia sentiasa mengingatkan anak-anak berkaitan perbezaan agama antara nenek mereka, agar semua anaknya memahami.
“Anak-anak faham jika nenek mereka sedang sembahyang atau pergi ke gereja mereka tidak akan ikut kerana semua telah memahami Islam,” katanya.
Sinar

Thursday 24 May 2012

KISAH SOSOK JASAD YANG TAK DITERIMA BUMI

Arkib : 25 Mei 2012

JASAD ARIEL SHARON (BEKAS PERDANA MENTERI ISRAEL) TAK DITERIMA BUMI.


Sharon, Pemimpin zalim!

1. Bayangkan Sharon mengambil seorang bayi daripada ibunya dan dilempar bayi itu ke dinding.

2. Bayangkan seorang gadis berusia 10 tahun yang dirogol dengan kejam dan akhirnya matanya telah diambil.

3. Bayangkan sekumpulan keluarga, di suruh beratur depan rumah dan ditembak.

4. Bayangkan wanita hamil, dirogol, dengan kaki terbuka luas, dan akhirnya perut wanita dihiris, meninggalkan perempuan ini ke dalam kematian berdarah bersama kandungannya.

Kesemua mangsa itu adalah umat Islam Palestin yang ditindas Pemimpin Zionis, Ariel Sharon.

Lihatlah betapa zalimnya Yahudi

Ariel Sharon merupakan Perdana Menteri Israel dari 7 Mac 2001 hingga 14 April 2006. Sepanjang tempoh itu Ariel Sharon telah banyak merosakkan bumi Palestin. Banyak air mata yang telah mengalir kerana kezalimannya. Ramai pejuang yang telah terkorban kerana kekejamannya. Anak-anak kecil Palestin perlu mengenal erti keganasan, peperangan kerana sikap binatang Ariel Sharon. Hari ini (2012), Ariel Sharon bagaikan mayat hidup selepas 4 tahun koma. Sehinggakan…….

Sehinggakan media di seluruh dunia terutamanya media barat berasa malu untuk menerbitkan gambar-gambar keadaan Ariel Sharon yang ada pada hari ini. Tiada yang mustahil. Mungkin inilah yang harus “ditelan” oleh Ariel Sharon di atas ribuan nyawa dan kezaliman yang dilakukan selama ini ke atas rakyat Palestin.

Kini Ariel Sharon yang berusia 81 tahun dikatakan mempunyai berat sekitar 15 kg sahaja. Doktor yang merawatnya mengatakan Ariel Sharon akan terus koma sehingga umur 90 tahun. Wallahualam..

SHARING IS CARING !

Contoh-contoh kehebatan dan kesempurnaan dalam setiap ciptaan Allah s.w.t. (gambar)


Petikan Beberapa Surah-Surah Yang Berkaitan Dengan Angka 7 Dalam Sesuatu Penciptaan Allah S.w.t

~ Surah An Naba’ Ayat 12,
“Dan Kami (Allah) jadikan di atas kamu tujuh (langit) yang kukuh.”

~ Surat Al Hijr Ayat 16,
"Dan sungguh Kami telah menjadikan gugusan bintang di langit dan Kami telah menghiasinya bagi orang-orang yang memandangnya.”

~ Surah Al Hijr Ayat 44,
"Jahannam itu mempunyai tujuh pintu. tiap-tiap pintu (telah ditetapkan) untuk golongan yang tertentu dari mereka."

~ Surat Al Hijr Ayat 87,
"Dan Sesungguhnya Kami telah berikan kepadamu tujuh ayat yang dibaca berulang-ulang dan Al Quran yang agung."

Dalam Al Quran, manusia diseru untuk merenungi berbagai kejadian dan benda alam, yang dengan jelas memberikan kesaksian akan keberadaan dan keesaan Allah beserta sifat-sifat-Nya.

Dalam Al Quran, segala sesuatu yang memberikan kesaksian ini disebut "tanda-tanda", yang berarti "bukti yang teruji kebenarannya, pengetahuan mutlak, dan pernyataan kebenaran."

Jadi, tanda-tanda kebesaran Allah terdiri atas segala sesuatu di alam semesta ini yang memperlihatkan dan menyampaikan keberadaan dan sifat-sifat Allah.

Orang-orang yang dapat mengamati dan senantiasa ingat akan hal ini akan memahami bahwa seluruh Alam Maya tersusun hanya dari tanda-tanda kebesaran Allah.

Firman Allah Swt yang Bermaksud:
"Sesungguhnya, Allah tiada segan membuat perumpamaan berupa nyamuk atau yang lebih rendah dari itu. Adapun orang-orang yang beriman, mereka yakin bahwa perumpamaan itu benar dari Tuhan mereka, tetapi mereka yang kafir mengatakan, "Apakah maksud Allah menjadikan ini untuk perumpamaan?" Dengan perumpamaan itu banyak orang yang disesatkan Allah, dan dengan perumpamaan itu (pula) banyak orang yang diberi-Nya petunjuk. Dan tidak ada yang disesatkan Allah kecuali orang-orang yang fasik."
(Surah Al Baqarah Ayat 26)

NOTA:
Dalam gambar cuma sebahagian sahaja contoh-contoh yang dapat dimuatkan. Wujud banyak lagi keisimewaan Angka 7 ini didalam ciptaan Allah yang lain.

Semoga gambar ini mencetuskan semangat untuk menjelajah ilmu-ilmu Allah yang lainya

Info : 21 Tips Bagi Yang Sukar Solat Subuh

  1. Tidur lebih awal.
  2. Bersungguh-sungguh dalam bersuci dan berzikir sebelum tidur
  3. Tekad untuk bangun solat subuh
  4. Berzikir kepada Allah s.w.t. ketika bangun
  5. Minta bantuan keluarga atau orang-orang soleh untuk bangun solat
  6. Berdoa kepada Allah s.w.t. agar diberi taufik untuk bangun solat
  7. Mengguna saranan saranan peringatan
  8. Memercikkan air di wajah orang yang tidur
  9. Tidak tidur sendirian
  10. Tidak tidur di tempat yang jauh dari orang lain
  11. Keinginan yang kuat untuk bangun dan jangan bangun secara bertahap
  12. Jangan kunci jam loceng terlalu jauh dari waktu solat
  13. Menyalakan lampu di saat bangun
  14. Tidak berjaga malam terlalu lama
  15. Tidak memperbanyakkan makan sebelum tidur
  16. Jangan salah menerapkan sunah berbaring setelah solat sunat fajar
  17. Mengerjakan qiamullail di waktu terakhir sebelum subuh
  18. Mengikut petunjuk Nabi Muhammad s.a.w. dalam cara berbaring saat tidur
  19. Tidur di siang hari (Qailulah)
  20. Jangan tidur sesudah Asar dan sesudah Maghrib
  21. Ikhlas kerana Allah s.w.t.

Cool : Mari Melawat Ke Kolam Renang Terbesar Dunia Di Chile (gambar)

Sunday 20 May 2012

Cool : Mari Lihat Keindahan Alam Semulajadi Yang Menakjubkan (gambar)

Amerika Bakal Bom Mekah & Madinah?

Aku Stress Giler: OMG : Amerika Bakal Bom Mekah & Madinah? (3 Gambar...: Amerika Syarikat sedang mempersiapkan sebuah rancangan dan senario yang mengancam tanah suci Makkah dan Madinah. Negara Barat itu meran...

http://akustressgiler.blogspot.com/2012/05/omg-amerika-bakal-bom-mekah-madinah-3.html?spref=bl

Insyaallah Mudah Mudahan

Arkib : 20 Mei 2012

(1) Tanah = anak pertama, anak kelima, anak kesembilan

(2) Air = anak kedua, anak keenam, anak kesepuluh
(3) Api = anak ketiga, anak ketujuh, anak kesebelas
(4) Angin = anak keempat, anak kelapan, anak keduabelas

TANAH
Sifat tanah dikaitkan sebagai jenis Deria. Ia tergolong sebagai sifat kewanitaan. Orang menghargai kebendaan, keras hati, sabar,disiplin diri, berhati-hati, boleh diharap, tidak tegas, cekap, percaya hanya perkara yang boleh dicapai oleh deria.

(JENIS PANCAINDERA: SYAHWAT, KERING)
Sedar mengenai hakikat diri, menilai material, sebar, tabah hati, disiplin diri, berhati-hati, boleh diharap, tidak tegas, efisyen, percaya hanya pada apa yang boleh dicapai oleh pancaindera, muram atau sugul, diberatkan oleh keperluan. Kepala angin, bimbang, tegas, tenang, boleh putus harapan, pendiam, tidak peramah, senyap. Badannya kurus, kurangnya tidur, tidak sabar jima', selalu sihat, banyak kerja.

AIR
Sifat air dikaitkan jenis Perasa. Ia tergolong sebagai sifat kewanitaan. Lemah-lembut, dalam perasaannya, mengasihani, memaksa, penakut, kepala angin, imaginatif, lemah terhadap siksaan atau teguran, berahsia, memahami, tidak tamak, artistik.

(JENIS PERASA: FIKIRAN, BASAH)
Lemah lembut, perasaannya dalam, belas kasihan, penakut, ada angin, imaginatif, mudah terluka hatinya, berahsia, mudah memahami perasaan orang lain, tidak tamak, ada bakat seni, positif, berhati-hati, berfikiran panjang, aman hatinya, terkawal, boleh dipercayai, penyabar, tenteram. Tubuhnya tambun, banyak lemak, banyak tidur, sedikit malas, lambat dan agak kurang faham.

API
Sifat api dikaitkan sebagai jenis Intuisi (kebolehan mengetahui sesuatu melalui bisikan kalbu). Ia digolongkan sebagai sifat kelelakian. Pentingkan diri, megah, bersemangat tinggi, kompetitif, perlukan ruang, kebudakan atau kurang matang, keras hati, kecenderungan ke arah tidak peka terhadap sesuatu, sentiasa sedia untuk menempuh sesuatu yang baru dan berisiko, mampu melihat kemungkinan masa depan.

(JENIS INTUITIF: CINTA, PANAS)
Pentingkan diri, megah, semangat tinggi, kompetatif, perlukan ruang, keanakan atau lurus, menaruh harapan, cenderung untuk tidak sensitif, sentiasa sedia untuk sesuatu yang baru dan berisiko, mampu melihat kemungkinan baru, yang mana orang lain tidak terfikirkan. Perasa, gelisah, agresif, mudah teransang, mudah berusaha, pemaksa, optimis, aktif. Kerjanya segera, jalannya cepat, terang hati, panas tubuhnya, kurang tidurnya.

ANGIN
Sifat angin dikaitkan dengan jenis Pemikir. la digolongkan sebagai sifat kelelakian (masculine). Lelaki ini berpegang kepada teori, tidak mudah terpengaruh oleh pendapat orang lain, objektif, rasional, menghadapi kesukaran untuk melibatkan emosi, menghargai kebolehan intelektual, mahukan kebebasan, mempunyai mentaliti ambil mudah, sukakan fakta dan figura.

(JENIS PEMIKIR: JIWA, SEJUK)
Orang teori, sukar dipengaruhi, objektif, rasional, sukar terlibat dalam hal emosi, menilai tinggi kebolehan intelektual, keperluan untuk bebas, mentaliti ambil mudah, suka pada fakta dan figura. Mudah bergaul, boros, banyak cakap, responsif, mudah berbincang, bersemangat, sikap tidak kesah, pemimpin. Tubuh nipis, kurang daging, banyak darah, kreatif, sederhana.

** Kenyataan di atas hanyalah kajian teori ahli falsafah

Friday 18 May 2012

Bagaimana Selamat Dari Seksaan Kubur?

Dikisahkan bahawa sewaktu Fatimah R.A. meninggal dunia maka jenazahnya telah diusung oleh 4 orang, antara :
1. Ali bin Abi Talib (suami Fatimah R.A).
2. Hasan (anak Fatima R.A).
3. Husin (anak Faimah R.A).
4. Abu Dzafrrin Al-Ghifary R.A
Sewaktu jenazah Fatimah R.A diletakkan di tepi kubur maka Abu Dzafrrin Al-Ghifary R.A berkata kepada kubur;
“Wahai kubur, tahukah kamu jenazah siapakah yg kami bawakan kepada kamu? Jenazah yg kami bawa ini adalah Siti Fatimah Az- Zahra, anak Rasulullah S.A.W.”
Maka berkata kubur;
“Aku bukannya tempat bagi mereka yg berdarjat atau orang yg bernasab, adapun aku adalah tempat amal soleh, orang yg banyak amalnya maka dia akan selamat dariku, tetapi kalau orang itu tidak beramal soleh maka dia tidak akan terlepas dari aku (akan aku layan dia dengan seburuk- buruknya).”
Abu Laits as-Samarqandi berkata kalau seseorang itu hendak selamat dari seksa kubur hendaklah melazimkan empat perkara semuanya :-
1. Hendaklah ia menjaga solatnya.
2. Hendaklah dia rajin bersedekah.
3. Hendaklah dia rajin membaca al-Quran.
4. Hendaklah dia memperbanyakkan membaca tasbih kerana dengan memperbanyakkan membaca tasbih, ia akan dapat menyinari kubur dan melapangkannya.

Adapun empat perkara yang harus dijauhi ialah :
1. Jangan berdusta.
2. Jangan mengkhianati.
3. Jangan mengadu-domba (jangan suka mencucuk sana cucuk sini).
4. Jangan kencing sambil berdiri.
Rasulullah S.A.W bersabda yg bermaksud:
“Bersucilah kamu semua dari kencing, kerana sesungguhnya kebanyakan seksa kubur itu berpunca dari kencing.” – Hadith Riwayat Muslim.
Seseorang itu tidak dijamin akan terlepas dari segala macam seksaan dalam kubur, walaupun ia seorang alim ulamak atau seorang anak yang bapanya sangat dekat dengan Allah S.W.T
Sebaliknya kubur itu tidak memandang adakah orang itu orang miskin, orang kaya, orang berkedudukan tinggi atau sebagainya, kubur akan melayan seseorang itu mengikut amal soleh yg telah dilakukan sewaktu hidupnya di dunia ini. Jangan sekali-kali kita berfikir bahawa kita akan dapat menjawab setiap soalan yg dikemukakan oleh dua malaikat Mungkar dan Nakir dengan cara kita menghafal.
Pada hari ini kalau kita berkata kepada saudara kita yang jahil takutlah kamu kepada Allah dan takutlah kamu kepada soalan yang akan dikemukakan ke atas kamu oleh Malaikat Mungkar dan Nakir, maka mereka mungkin akan menjawab;
“Ah mudah saja, aku boleh menghafal untuk menjawabnya.”
Itu adalah kata-kata orang yang tidak berfikiran. Seseorang itu tidak akan dapat menjawab setiap soalan di alam kubur jika dia tidak mengamalkannya sebab yang akan menjawab ialah amalnya sendiri.
Wallahuallam.
Sumber: Bacalah Quran Dan Hayatinya.

Thursday 17 May 2012

Pakai Tudung Confirm Masuk Syurga Ke?

Hari ini “line” clear. Benda-benda ni tak pernah aku buat sebelum ni. Berjartatan seaktu masa opis. Yiha!!! Ramai gila orang cuti dowh…so, akulah bos ini hari. Tapi, entri kali ini aku mahu kau orang semua berfikir tentang akhirat sikit. Maklumlah hari Jumaat dan hampir-hampir menjelang Ramadhan ni.

Aku baru sahaja terima satu email. Isunya panas, mengenai seorang Muslim bernama “tiny pinky” yang menanyakan satu solan yang cukup jahil bagi aku. Soalan yang bertalu-talu itu telah dijawab secara ilmiah oleh “Muslimah”.
Ini soalannya…
 “Semua yang menutup aurat komfom masuk syurga ke?”
Berikut adalah gambar print skrin yang aku tampalkan di sini, Hayati dan cuba renung-renungkan….

Wednesday 16 May 2012

10 Tips Untuk Hilangkan Stress

TERDAPAT beberapa tips yang kita boleh amalkan bertujuan mengurangkan tekanan hidup. Antaranya ialah :

1 )  Biasakan diri berada dalam keadaan berwuduk
Jiwa kita akan menjadi tenang jika kita membiasakan diri mengambil wuduk sebelum melakukan pekerjaan. Kerja yang susah akan menjadi senang dan mudah diselesaikan. Para pelajar misalnya, disarankan agar membiasakan diri mengambil wuduk sebelum mengulang kaji pelajaran agar apa yang dibaca akan mudah diingati.
2 )  Perbanyakkan membaca Al-Qur’an
Ganjaran yang besar akan diberikan Allah bagi sesiapa yang membaca Al-Quran walaupun satu ayat. Waktu yang sesuai bagi kita untuk membaca Al-Quran ialah selepas solat lima waktu dan waktu-waktu lain seperti ketika berehat dan sebelum tidur. Oleh itu, jadikanlah Al-Quran sebagai teman paling akrab pada sepanjang waktu.
3 )  Banyakkan Solat Sunat
Sebagai makhluk paling mulia di sisi Allah, kita disuruh membanyakkan amal ibadat kita sehari-hari. Antaranya, dengan mendirikan solat sunat. Solat sunat hajat, solat sunat taubat, solat sunat tasbih adalah antara pelbagai solat sunat yang terdapat dalam Islam. Kita bangun pada sepertiga malam dan mendirikan solat-solat sunat tersebut agar beroleh ketenangan dan kekuatan daripada Allah.
4 )  Selalu berdoa kepada Allah
Allah telah berpesan iaitu jangan menyembah selain daripada-Nya. Ini bererti kita disuruh berdoa hanya kepada Allah yang Maha Esa dan dilakukan secara berterusan. Waktu-waktu mustajab berdoa adalah pada malam Jumaat, tengah malam, pagi sebelum waktu Subuh, malam hari raya, ketika waktu azan dan iqamah. Insya-Allah, Allah akan memakbulkan doa setiap hamba-Nya yang benar-benar ikhlas. Namun, kita perlulah sedar bahawa sebarang rezeki tidak akan datang bergolek sekiranya tanpa usaha yang bersungguh-sungguh. Maka kita perlulah berusaha supaya mencapai sesuatu di samping berdoa hanya kepada Allah yang Esa.
5 )  Bersangka baik dengan Allah
Kita sebagai manusia biasanya tidak akan terlepas daripada berhadapan dengan ujian dalam hidup. Semuanya itu adalah ujian daripada Allah yang Berkuasa bertujuan menguji keimanan kita sebagai hamba Allah. Oleh itu, kita mestilah bersangka baik dengan Allah dan janganlah menyalahkan-Nya jika terjadi sesuatu ke atas diri kita. Kita juga mesti percaya bahawa tentu ada hikmah di sebalik kejadian itu.
6 )  Lakukan kegiatan luar seperti bersukan
Orang ramai selalu berkata bahawa badan yang cerdas akan membentuk otak yang cergas. Segala tekanan sewaktu bekerja akan dilupakan apabila kita melakukan aktiviti-aktiviti luar yang dapat menyihatkan tubuh badan seperti bersukan. Situasi akan menjadi lebih menggembirakan jika kita meluangkan masa membawa keluarga pergi beriadah. Ikatan kekeluargaan juga akan bertambah erat dan kukuh.
7 )  Amal diet dengan disiplin yang kuat
Pengambilan makanan yang berlebihan dan tidak seimbang juga merupakan salah satu faktor tekanan sewaktu bekerja. Oleh itu, cara untuk mengurangkan tekanan adalah mengamalkan diet dengan disiplin yang kuat. Diet yang tidak terkawal akan menyebabkan kegemukan dan menimbulkan penyakit kronik yang lain seperti lemah jantung, darah tinggi, kencing manis.
8 )  Menangis dengan sepuas hati
Tekanan yang dihadapi sekiranya melibatkan individu yang lain dapat diredakan melalui luahan hati kita dengan menuliskan rasa ketidakpuasan hati kita itu dalam sehelai kertas. Sikap cuba menyimpan perasaan tersebut dalam hati boleh menyebabkan diri merana. “Luaran lain hati lain” ada sesetengah individu apabila mereka mengalami sesuatu tekanan, mereka seolah-olah tidak menunjukkan permasalahan mereka itu. Sebagai contoh, bila dilihat bersama rakan-rakan tetapi dalam hatinya hanya Allah yang Maha mengurangkan tekanan yang dihadapi di tempat kerja.
9 )  Hargai kebolehan diri sendiri
Kita perlu mempunyai satu sikap yang dipanggil yakin diri. Apabila kita mempunyai keyakinan diri, maka kita tidak akan mempunyai masalah untuk melakukan sesuatu pekerjaan yang disuruh oleh pihak lain sewaktu bekerja. Kita yakin bahawa kita boleh melakukan kerja yang disuruh dengan mudah dan tiada sebarang masalah yang dihadapi. Apa yang penting ialah, kita mesti menghargai kebolehan diri sendiri dan memulakan hidup dengan lebih ceria.
10 )  Cintai diri sendiri
“Cintailah diri kamu sendiri sebelum kamu mencintai diri orang lain”. Jelas daripada maksud sepotong hadis ini, kita dapat memahami bahawa kita perlu mencintai diri sendiri terlebih dahulu berbanding orang lain. Diri kita yang selama ini masih pada tahap lama dalam pekerjaan perlu dipertingkatkan dengan cara yang dinyatakan di atas. Kita perlu memulakan kehidupan kita dengan ceria dan penuh dengan senyuman. Kesimpulan Sebagai kesimpulannya, tekanan kerja bukanlah satu bebanan yang sukar untuk diatasi. Dengan usaha yang gigih dan kesabaran yang tinggi serta jalan penyelesaian yang jitu, bebanan yang kita alami pastinya akan dapat diselesaikan dengan jayanya.

Betul Ke Kota Atlantis Tertimbus Akibat Tsunami?



Betul Ke Kota Atlantis Tertimbus Akibat Tsunami?

Sebelum kita baca kisah Kota Atlantis ni mari sama-sama kita sampaikan ucapan takziah buat keluarga mangsa-mangsa Tsunami yang melanda Jepun pada hari Jumaat lepas 11 Mac 2011 yang mana angka kematian dianggarkan lebih dari 10 000 orang. Kita harap semoga bandar-bandar Jepun yang teruk dilanda gempa bumi dan Tsunami tu akan kembali pulih seperti biasa dalam waktu terdekat ni.

Ok la..Korang pernah dengar tak pasal kisah Kota Atlantis ni? Menurut Plato, seorang ahli falsafah Yunani, Kota Altantis merupakan kota yang canggih dan moden pada zamannya. Namun ia tenggelam ke dasar laut hanya pada kejadian satu hari dan satu malam. Plato juga menyatakan kedudukan Altantis berada bertentangan dengan Selat Gibraltar dan mempunyai kerajaan seluas Asia dan Libya yang digabungkan. Kota itu dipercayai wujud pada 9000 BC sebelum ia hilang tanpa ditemui sehingga kini.

Betul ke Kota Atlantis tu semakin hampir untuk ditemui? Korang baca artikel dari Utusan Online bertarikh 13 Mac kat bawah ni:




Kawasan tanah paya di Taman Dona Ana, selatan Sepanyol dipercayai merupakan lokasi tertimbusnya Atlantis selepas ia dilanda tsunami beribu-ribu tahun lalu. - Agensi


NORTHAMPTON, Massachusetts 13 Mac - Kumpulan penyelidik yang diketuai oleh Amerika Syarikat (AS) percaya, mereka mungkin telah mengenal pasti lokasi bandar purba Atlantis yang hilang beribu-ribu tahun dahulu selepas ia dilanda tsunami, menyebabkannya tertimbus dalam lumpur di selatan Sepanyol.
Penemuan itu didedahkan dalam rancangan khas di siaran National Geographic, Finding Atlantis hari ini.
"Inilah kuasa yang dibawa tsunami. Sukar untuk memahami ia boleh menenggelamkan bandar sehingga 96 kilometer ke daratan dan itulah yang banyak kami bincangkan," kata Richard Freund dari Universiti Hartford, Connecticut yang mengetuai kumpulan pencarian antarabangsa itu.
Bagi menyelesaikan misteri berkurun lamanya itu, pasukan berkenaan menggunakan gambar satelit untuk mengesan bandar yang tenggelam bagi mengenal pasti tapak Atlantis di selatan Sepanyol.
Menurut Freund, bandar yang tertanam di kawasan paya yang luas terbentang di Dona Ana Park itu menunjukkan ciri-ciri bandar purba yang dikenali sebagai Atlantis.
Pasukan arkeologi dan geologi itu pada 2009 dan 2010 menggunakan kombinasi radar untuk mengesan sesuatu benda jauh di dalam tanah, pemetaan digital dan teknologi di dalam air untuk meninjau tapak tersebut.
Penemuan beberapa siri 'bandar memorial' yang dibina di Atlantis dan digambarkan oleh pelarian kota purba itu selepas bandar tersebut dimusnahkan oleh tsunami menambahkan lagi bukti dan keyakinan kumpulan penyelidik itu.
Penduduk Atlantis yang tidak terkorban selepas bencana tsunami melanda telah melarikan diri ke kawasan darat dan membina bandar baru di sana.
Walaupun sukar untuk mengetahui dengan pasti tapak kota purba itu, Freund memberitahu, penemuan memorial bandar itu membuatkannya yakin Atlantis tertimbus dengan lumpur di selatan negaran Sepanyol. - REUTERS


© Utusan Melayu (M) Bhd 


Korang minat nak baca lagi tak? Kalau korang minat dengan cite macam ni mesti korang akan

baca sampai habis..Teruskan membaca^_^


Terdapat sebuah pulau besar yang hebat di Lautan Atlantik, ribuan tahun sebelum zaman kelahirannya dan pulau itu dinamakan Pulau Atlas atau ‘Atlantis’.

Pulau itu sungguh hebat dan sudah mencapai kemuncak sains dan teknologi (walaupun ketika itu sudah ribuan tahun berlalu daripada sekarang)!

Aspek sains dan teknologi terlalu maju sehingga dikatakan terdapat kapal udara bagi mengangkut tentera, terbang tanpa menggunakan minyak. Saintisnya berjaya mencipta aloi misteri yang bercahaya dan amat keras.

Kemajuan sains juga sehingga penyelidik Atlantis pandai melakukan kacukan haiwan dan tumbuhan selain mempunyai alat komunikasi seperti sidang televideo yang jauh lebih hebat daripada teknologi yang dicipta abad ini.

Setiap ilmu dan ciptaan teknologi yang dimiliki saintis negara itu akan dikongsi bersama seluruh warga Atlantis untuk membolehkan kemajuan dipertingkatkan.

Atlantis (kononnya) kurniaan tuhan kepada dewa laut, Neptune yang memiliki lima pasang anak kembar dan setiap seorang diberikan kawasan tertentu untuk ditadbir.

Keluasannya 600 darab 400 kilometer persegi dan memiliki ladang luas (seluas Oklohama, Amerika syarikat) sehingga mampu menampung makanan 15 juta hingga 30 juta penduduk. Tenteranya saja seramai 1.6 juta orang.

Negara itu disinari matahari terik sepanjang tahun. Selain tanaman seperti pisang, nanas dan kelapa sebagai tanaman utama, rantau Atlantis dipenuhi bijih timah dan emas.

Bandar rayanya indah sekali, terusan besar dibina menghubungkan bandar dengan lautan bagi memudahkan kapal belayar terus ke bulatan air; jambatan merintangi bulatan pula dikelilingi taman indah, pokok subur dan puluhan air pancuran berkilauan.

Ibu kotanya dibina di tengah pulau dengan bangunan mewah disusun harmoni menghasilkan seni landskap memukau. Bangunan disusun berselang seli dengan batu bata hitam, putih dan merah. Bangunan mewah dihias pancuran air panas dan sejuk selain dewan makan dan dinding konkrit dibuat daripada batu bata berharga.

Dalam Atlantis ada istana, tempat ibadat, pelabuhan, sistem perairan canggih, universiti, makmal dan bangunan akademik yang menjadi pusat kajian sains dan kemanusiaan.

Begitu lama Atlantis hidup gah dengan kemewahan dan kemajuan pembangunan serta tamadun sehingga menyebabkan penduduknya mula takbur dan melakukan dosa.

Akhirnya, lantaran dosa dan sikap penduduknya, kemajuan teknologi dan kehebatan Atlantis yang dicapai sebegitu lama akhirnya musnah dalam tempoh semalaman.

Atlantis akhirnya tenggelam ke dasar laut akibat hukuman yang dinatijahkan menerusi letupan gunung sucinya iaitu Atlas.

Demikianlah antara cedukan maklumat hasil keterangan Plato mengenai tamadun Atlantis yang kini terus menjadi misteri di kalangan pengkaji profesional sehinggalah kepada rakyat biasa di seluruh dunia.

Pengkaji terus mencari di manakah sebenarnya lokasi Atlantis pada bulatan Bumi sebelum ia tenggelam. Pelbagai maklumat geografi hasil kisah Plato seperti dicatat dalam ‘Timaeus and Critias’ terus dikaji dan dirujuk silang dengan topografi ketika ini.

Harapan untuk menjumpai kesan tamadun Atlantis tidak pernah padam kerana sesiapa yang berjaya menemui arkeologi tinggalan benua itu digambarkan akan menjadi individu atau pihak ‘paling berkuasa’ di muka Bumi!

Ini disebabkan Atlantis digambarkan memiliki teknologi canggih termasuk keupayaan ketenteraan yang melebihi kemampuan teknologi dicapai manusia abad ini. Ia memang menakjubkan tambahan pula jika dilihat kecanggihan itu dicapai lebih 11,000 tahun lalu!


Keterangan Plato menyebabkan ramai berfikir dua kali kerana sebelum ini, mereka menyangka sains dan teknologi baru saja berkembang sekitar 1,000 tahun lalu. Mana mungkin 11,000 tahun lalu sudah ada dunia futuristik yang lebih hebat daripada sekarang?



Tetapi jika benar dunia Atlantis yang amat maju itu wujud, maka penemuan tinggalan arkeologi tamadun itu bakal menyingkap pelbagai rahsia sains dan teknologi yang masih belum dicapai manusia ketika ini seterusnya mampu memberi kuasa pengetahuan yang hebat kepada sesiapa yang menemuinya!



Justeru, pengkaji berlainan bangsa daripada seluruh dunia terus-menerus meneliti rekod dialog Plato mengenai tamadun yang dikatakan lebih awal daripada tamadun Mesir, Babylon Mesopotamia, Inca dan Greek itu selain meneliti keadaan geografi Bumi kini.



Antara meraka adalah Pakar Kejuruteraan Nuklear Brazil, Arysio Nunes dos Santos, yang mendapati latar tempat cerita Plato menyamai kawasan Nusantara khususnya Indonesia.



Pelbagai hasil kajian yang ditemuinya menolak teori lain yang mengatakan Atlantis terletak di kawasan Mediterranean, Andalusia, Antartika, Caribbean dan pelbagai tempat lagi.



Antara hujah lelaki itu, gunung berapi yang menenggelamkan Atlantis dirujuk sebagai satu kawasan yang paling kerap mengalami gempa bumi dan memiliki banyak gunung berapi aktif iaitu di Nusantara.



Mengenai suhu pula, Plato menegaskan bahawa penduduk Atlantis hidup dalam iklim tropika dengan pisang sebagai salah satu tanaman. Penduduk Atlantis dikatakan menanam tanaman dua kali setahun dan ia dikaitkan tanaman padi, gandum atau barli yang banyak ditemui di kawasan Timur Jauh.



Mengenai jumlah penduduk pula, Santos menegaskan Plato merujuk kepada sejumlah besar penduduk yang secara langsung menafikan dakwaan Atlantik di Eropah, Asia Utara dan Utara Amerika sebagai Atlantis kerana kawasan berkenaan ketika itu masih berais.



Kenyataan Plato bahawa Atlantis menghasilkan banyak bijih timah dan emas juga selaras dengan galian yang banyak terdapat di Asia Tenggara iaitu bijih timah dan emas sehingga pernah digelar ‘Semenanjung Emas’, ‘Gunung Emas’ dan ‘Bukit Besi Putih’.



Atlantis juga dikatakan disinari panas sepanjang tahun yang dikaitkan sebagai iklim tropika di kawasan berhampiran garisan Khatulistiwa.



Selain itu, terdapat umat Islam yang mengaitkan tenggelamnya Atlantis disebabkan peristiwa banjir besar Nabi Nuh AS.

Sejak wujudnya cerita Plato itu, misteri Atlantis terus menerus dikaji dan difantasi. Teori yang pelik turut kedengaran seperti kota Atlantis kini masih wujud di dasar laut dengan penduduknya menjadi ikan duyung.

Golongan skeptikal menamatkan misteri itu dengan babak yang mungkin seperti berikut - selepas selesai menceritakan mengenai kota Atlantis itu, Plato menghembuskan nafasnya dengan dada yang lapang. Dia berpuas hati dengan cerita hebatnya mengenai Atlantis.  Tamat...

Agak-agak betul tak kewujudan Kota Atlantis ni?Kalau betul pastu jumpa memang satu penemuan yang menakjubkan dalam tamadun manusia..


Sumber 



Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...