Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Saturday 30 June 2012

Mengapa Sholat Itu Wajib (gambar)


Inilah terjadinya bila bersentuhan dengan bukan mahram !


Inilah Terjadi Bila Bersentuhan dgn bukan mahram...must read...!!!


Pada lelaki dan perempuan yang naif diluar sana.Inilah alasan dan sebab mengapa anda tak perlu bersentuhan dengan bukan mahram atau pasangan pakwe/makwe masing-masing diluar sana...Lihat tanda merah dalam gambar di atas

Kajian menunjukkan bahagian berwarna merah adalah peningkatan suhu yang tinggi dikawasan tersebut.Jadi berpegangan tangan membuatkan jantung seorang perempuan berdegup kencang kerana cinta dan kasih sayang.Sedangkan lelaki berdegup di otak dan kemaluan kerana nafsu semata...

Daripada Ma’qil B. Yasar radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

Sekiranya kepala salah seorang daripada kamu ditusuk dengan jarum besi, itu adalah lebih baik bagi kamu daripada kamu menyentuh wanita yang tidak halal bagi kamu. (Hadis Riwayat ath-Thabrani, Mu’jam al-Kabir, 20/211-212, no. 486 & 487)

Benarlah Hadis Nabi bersabda:

Daripada Ibnu Abbas r.a. berkata: Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda: "Janganlah seorang lelaki berdua-duaan (khalwat) dengan wanita kecuali bersama mahramnya".
(Hadis Riwayat Bukhari & Muslim)

Sunday 24 June 2012

Kedatangan Nabi Isa Di Akhir Zaman



Rasulullah SAW menyatakan, sesungguhnya menjelang hari kiamat nanti, Isa akan turun kembali ke bumi. Istilah ini dalam versi Kristian disebut dengan The Second Coming (kedatangan untuk kedua kali).
Kedatangannya untuk mengajak umat manusia agar mengikuti ajaran yang telah disampaikan oleh Rasulullah SAW.
Tak hanya itu, kedatangan Isa juga akan membersihkan aliran-aliran dan akidah yang sesat dan menyesatkan serta menghancurkan tiang-tiang salib.

” Tidak ada seorang nabi pun antara aku dan Isa dan sesungguhnya ia benar-benar akan turun (dari langit). Apabila kamu telah melihatnya, ketahuilah bahawa ia adalah seorang laki-laki berperawakan tubuh sedang, berkulit putih kemerah-merahan. Ia akan turun dengan memakai dua lapis pakaian yang dicelup dengan warna merah, kepalanya seakan-akan menitiskan air walaupun ia tidak basah.” (HR Abu Dawud)
” Sekumpulan dari umatku akan tetap berperang dalam kebenaran secara terang-terangan sampai hari kiamat sehingga turunlah Isa bin Maryam. Maka, berkatalah pemimpin mereka (Al-Mahdi), ‘Kemarilah dan imamilah solat kami.’ Ia menjawab, ‘Tidak. Sesungguhnya, sebahagian kamu adalah sebagai pemimpin terhadap sebahagian yang lain, sebagai suatu kemuliaan yang diberikan Allah kepada umat ini (umat Islam).” (HR Muslim dan Ahmad)
Hal pertama yang akan dilakukan Isa setelah turun dari langit adalah menunaikan solat sebagaimana yang dijelaskan oleh hadis-hadis di atas. Isa akan menjadi makmum dalam solat yang dipimpin oleh Imam Mahdi.
Peristiwa kedatangan Isa ini sebelumnya akan didahului oleh keadaan dunia yang dipenuhi dengan kezaliman, kesengsaraan, dan peperangan besar yang melibatkan seluruh penduduk dunia.
Pada saat itu, seorang pemimpin Muslim (Al-Mahdi) akan berhadapan dengan Dajjal yang telah menyebarkan fitnah di kalangan umat Islam. Maka, saat itulah, Isa putra Maryam akan turun ke bumi dan menumpas semua itu dan membunuh Dajjal, membersihkan segala penyimpangan agama, dan menyelamatkan manusia dari fitnah Dajjal. Dajjal ini mengaku bahawa dirinya sebagai Tuhan. Maka, Isa akan bekerja sama dengan Imam Mahdi untuk membanteras semua musuh-musuh Allah.
Selain itu, Isa juga akan menyelamatkan manusia dari fitnah Ya’juj dan Ma’juj. Dalam hadis yang diriwayatkan Thabrani, disebutkan, fitnah dan kejahatan Ya’juj dan Ma’juj ini sangat besar. Tiada seorang manusia pun yang dapat mengatasinya. Jumlah mereka sangat banyak sehingga kaum Muslim terpaksa menyalakan api selama lebih kurang tujuh tahun untuk berlindung dari serangan dan panah-panah Ya’juj dan Ma’juj.
Sebagaimana dikisahkan, Ya’juj dan Ma’juj selama ini terkongkong dalam sebuah tembok yang dibuat oleh Zulkarnain. Mereka akhirnya boleh keluar setelah secara perlahan-lahan melubangi tembok tersebut. Tembok Zulkarnain itu diperbuat dari besi dan tembaga dan terletak di daerah Georgia (Asia Tengah).
Untuk mengatasi masalah ini, kaum Muslim terpaksa berlangsung di bukit Thursina selama beberapa waktu. Hingga akhirnya Isa berdoa kepada Allah agar menghantar bantuan dan doa itu pun dikabulkan. Saat itulah, Ya’juj dan Ma’juj berjaya diatasi (HR Ahmad, Muslim dan Tirmidzi dari An Nawwas bin Sam’an).
Setelah berjaya mengalahkan Ya’juj dan Ma’juj, Isa pun kemudian wafat. Menurut sejumlah riwayat, saat diturunkan hingga wafatnya kelak, itu terjadi selama 40 tahun. Dan, kehadiran Isa ini merupakan salah satu tanda-tanda berlakunya kiamat kubra (besar)

Salahkah Aku Mencintai Dia?


Aku terkedu apabila persoalan itu keluar dari mulut salah sorang sahabat yang aku kenali, aku baru sedar bahawa memang saatnya jiwa remaja yang ingin mengenal cinta, namun apa yang boleh aku buat? Dia telah jatuh cinta, apa yang boleh aku bualkan kepadanya tentang cinta? Aku mencongak kata-kata yang bakal ku susun, agar dia tidak menyalahi erti cinta..
Apakah cinta yang sebenarnya? Bagaimana islam memandang cinta? Bagaimana pula jika cinta menghampiri kita?
Cinta atau mahabbah asalnya bermakna bening dan bersih. Boleh diertikan juga air yang melimpah ruah selepas hujan turun dengan lebatnya. Oleh itu boleh disimpulkan al mahabbah sebagai luapan hati dan gelojak rindu ketika diselebungi keinginan untuk bertemu dengan kekasih. Cinta boleh membawa sengsara juga boleh membawa kebahagiaan..ianya bergantung kepada bagaimana kita mengurus cinta itu.  Islam memandang cinta dalam 3 perspektif.


1) Menyintainya kerana ALLAH swt…(cinta sepasang suami isteri, bernikah untuk mengelakkan maksiat, mengikuti sunah nabi)
2) Cinta yang mendatangkan murka ALLAH swt (cinta nafsu berahi)
3) Cinta yang mubah (cinta tidak sengaja, cinta pandang pertama, merahsiakan dan menahan diri)

Jadi bagaimana nak mengurus perasaan cinta yang menghampiri kita? Mana mampu kita hendak menolak cinta yang datangnya tanpa diundang. Memang perasaan cinta tidak boleh ditahan dan dibendung Cuma kita hendaklah berlaku jujur dan menyalurkannya mengikut kehendak syariat. Persaan “cinta suci remaja” memang biasa diucapkan..Cuma syaitan memainkan peranan dalam menggelincirkan kita kepada kemungkaran dan larangan ALLAH. Tanpa kita sedari kita telah melanggar larangan ALLAH kerana memang adat bercinta mereka mendakwa bahawa cinta mereka tulus dan suci….
Ingatlah bahawa yang haram itu tetap haram walau apa keadaan sekalipun Cuma kita yang kadang2 cuba menghalalkannyadengan membuat pelbagai alasan, itu dan ini. Di sisi ALLAH ia adalah satu dosa dan setiap dosa layaknya adalah neraka.
Dalam hadis nabi riwayat ibnu majah:
“Tidak ada yang lebih patut bagi 2 orang yang saling mencintai kecuali nikah”
Apa nikah? Tidak mungkin! Sekolah pun tak habis..bagaimana nak bernikah?
Dalam surah Al-Isra:ayat 32
“Janganlah kalian mendekati zina”
Ah! takkanlah bercinta pun dianggapi mendekati zina? Bingung juga.
Sabda nabi,
“Janganlah engkau bersendirian dengan seorang wanita..tidaklah bersendirian kecuali ketiganya adalah syaitan”
Sahabatku, kau seorang remaja muslim yang baik, tidak akan berdalih lagi untuk mengelak dari perkataan ALLAH dan rasulNYA, mampukah sahabat tidak berdalih lagi?
Bagi sahabat-sahabatku yang sudah jatuh cinta rasakan cintamu di dalam hati, berusahalah untuk melupakannya buat sementara waktu dan sibukkan diri dengan sesuatu yang brmanfaat. Tahanlah dirimu dari hal-hal yang dilarang agama seperti mengelamun, berangan-angan membayangkan wajahnya yang tampan dan menggoda. Bersabarlah menghadapi ujian cinta ini. Jagalah batas pergaulan dan peliharalah kehormatan diri. Jangan biarkan cinta yang mubah ini menjadi cinta yang salah. Berdoalah kepada ALLAH agar dipertemukan kamu jika dia paling sesuai untukmu, agamamu dan keluargamu..apabila tiba masanya nanti, apabila jodohmu ada insyaALLAH kamu akan ditemukan dalam hubungan yang diredhai oleh ALLAH swt.
Lakukanlah perkara ini agar dirimu tidak rawan:
1) tundukkanlah pandanganmu dari perkara2 yang oleh menaikkan nafsu
2) hindari dari berdua2an dan ikhtilat
3) hindari dari menonton filem atau drama atau cerita cinta yang mengasyikkan
4) hindari bacaan novel yang menghanyutkan hati kita lantas tergoda dengan perangkap cinta palsu
5) hindari lagu2 cinta
6) fahami maksud ’teman akrab’ berlainan jantina
7) sibukkan dengan mengaji dan berzikir
8 ) berpuasalah untuk memendam perasaan nafsu dan rindu
9) bernikah sajalah jika sudah benar2 mampu dari segi fizikal, kewangan, emosi dan intelekmu…….
Boleh jika kamu tidak mahu, janganlah bersedih..syurga ALLAH kan lebih indah, alangkah baiknya ALLAH. Sanggupkah kita mengkhianatiNYA? Bukankah DIA yang telah mencipta dan memelihara kita selama ini? Tidakkah dia lebih baik dan sesuai, maka lebih pantas untuk dicintai?
Rasulullah bersabda:
“Tdak sempurna iman seseorang hamba sehingga ia lebih mencintai ALLAH daripada mencintai anaknya, orang tuanya dan semua manusia”
Siapakah yang dapat menolong kita di hari akhirat nanti? kekasih kah?? Tentu tidak. Oleh itu tetaplah tersenyum dan berlapang dada dalam menghadapi cinta ini. InsyaALLAH ALLAH akan menggantikannya dengan sesuatu yang lebih baik, kekasih yang suci dan soleh/solehah yang bergelar suami dan isteri di dunia dan akhirat nanti, insyaALLAH.
Namun sahabatku, jika kamu dan kekasihmu sudah tidak boleh dipisahkan lagi..cintamu sudah terlalu mencengkam kalbu, tidurmu sudah tidak lena lagi, makanmu sudah tidak lagi kenyang, mandimu sudah tidak lagi basah, maka berkahwinlah……demi menjaga kesucian syariat dan memelihara satu rantaian zuriat masa depan yang bersih, suci dan soleh sepanjang generasi zaman, insyaALLAH.


4 Lelaki Yang Ditarik Ke Neraka


Pertama: Ayahnya
Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji dan sebagainya. Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat.. tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik oleh anaknya.
Kedua: Suaminya

Apabila seorang suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram, apabila suami mendiam diri.. walaupun dia seorang alim (solat tidak tangguh, puasa tidak tinggal) maka dia akan ditarik oleh isterinya.
Ketiga: Abang-abangnya
Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh kepala abang-abangnya.. jikalau mereka hanya mementing keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM.. tunggulah tarikan adiknya di akhirat.
Keempat: Anak Lelakinya
Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram dari islam, maka anak itu akan disoal dan dipertangungjawabkan di akhirat kelak.. nantikan tarikan ibunya.
Maka kita lihat betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat…maka kaum lelaki yang bergelar ayah / suami / abang atau anak harus memainkan peranan mereka yang sebenar tidak silap firman ALLAH S.W.T.:-
“Hai anak adam peliharakanlah diri kamu serta ahli kamu dari api neraka, di mana bahan pembakarnya ialah manusia dan batu-batu..”
Hai wanita, kasihankan ayah anda, suami anda, abang-abang anda serta anak-anak lelaki anda…kesiankanlah mereka dan diri kamu sendiri.. jalankan perintah ALLAH S.W.T. dengan bersungguh-sungguh dan dengan ikhlas..
Akhir kata, marilah kita berdoa agar kita semua terselamat dari ditarik dan tertarik.. oleh mana-mana pihak. Harga seseorang muslim adalah sangat berharga. ALLAH S.W.T. nilaikan seseorang muslim dengan SYURGA.. semua kaum muslim masuk syurga.. janganlah kita membuang atau tidak mengendah janji ALLAH S.W.T.

Bolehkah Bukan Muslim Selamat Dari Neraka

Soalan ini mungkin mengejutkan. Sebab, secara umumnya ramai muslim menganggap setiap yang bukan muslim pasti akan diazab dalam neraka. Tanpa mengambil kira keadaan mereka.

Apabila saya merenung sikap baik ramai individu bukan muslim di Oxford ini dan di tempat lain juga, ia mengingatkan saya kepada Prof DiRaja Engku Aziz. Semasa saya masih Mufti Perlis, beliau pernah datang ke pejabat saya secara bersendirian. Beliau ingin berbicara dengan saya secara tertutup. Ada beberapa soalan yang beliau kemukakan, antaranya: apakah orang bukan muslim yang berakhlak baik itu tetap memasuki neraka? Saya telah jawab serba sederhana untuk beliau ketika itu.


Berbudi Baik
Soalan itu kembali bermain di fikiran saya apabila melihat ramai orang bukan muslim di Barat ini yang jauh lebih berdisiplin dalam hubungan mereka sesama manusia dibandingkan sesetengah orang muslim sendiri. Ya, bukan semua, tetapi ramai. Ya, sejarah orang Barat juga penuh dengan tompokan hitam; pembunuhan, penyeksaan dan pelbagai lagi. Hari ini pun, banyak negara yang mereka ganggu.
Itu cerita politik dan cerita agama yang dipolitikkan. Bukan semestinya sama cerita orang politik dengan cerita orang awam. Hakikatnya, dalam kehidupan peribadi, ramai mereka menepati janji, jujur dalam pekerjaan, ada nilai simpati yang tinggi terhadap manusia, haiwan dan alam. Banyak usaha menderma di sana sini untuk kefakiran dan malapetaka. Ada pula yang enggan memakan daging kerana simpati kepada binatang. Pelbagai lagi asas kemanusiaan dan nilai murni dalam hidup mereka. Di samping tidak dinafikan, sebagai manusia ada juga perkara negatif lain.
Saya ada seorang kawan baik daripada Austria, beliau seorang vegetarian. Dia juga enggan makan produk Nestle dan Coca-cola. Saya bertanya: “Stefanie! Apakah kerana itu satu pegangan agama? Jawabnya: “Tidak, hanya saya simpati kepada haiwan dan saya benci kepada kedua syarikat itu kerana mereka menindas orang miskin. Saya akan terus pulau mereka selagi saya hidup”. Saya diam, saya rasa kita orang muslim pun sukar hendak memulau kedua syarikat itu sekalipun isu Palestin dibangkit mengenai syarikat-syarikat tersebut. Stefanie masih muda, saya tidak tahu sehingga bila beliau boleh bertahan dengan pendiriannya.
Muslim berdakwah di tengah Bandar Oxford. Nasib baik masyarakat mereka tidak membantah orang lain berdakwah dalam negara mereka.
Halangan Hidayah
Bukan sedikit mereka yang seperti beliau. Jiwa mereka baik, perasaan mereka luhur. Malangnya, cahaya hidayah yang sebenar tidak sampai kepada mereka. Bagaimana hendak sampai dengan mudah, banyak hadangan yang mendindingi cahaya yang hakiki itu untuk sampai. Kemunduran negara umat Islam yang sentiasa porak-peranda, kelam-kabut, merusuh dan bergolak. Sikap buruk sesetengah orang muslim yang mendominasi keadaan lalu gagal menjadi contoh dan teladan yang baik kepada masyarakat dunia. Ditambah media massa Barat yang memberikan wajah buruk tentang Islam; disokong pula oleh tindakan umat Islam sendiri.
Lihat Iran yang menzalimi rakyatnya, Pakistan yang porak peranda dan menindas wanita dan Dunia Arab yang sentiasa korupsi dan menumpah darah antara satu sama lain. Kelompok-kelompok kononnya jihad yang mengebom di sana-sini. Mereka semua itu telah menggunakan lencana ‘Islam’, jenama ‘Islam’, lambang ‘Islam’ sehingga Islam yang hakiki menjadi begitu suram dan kabur. Kesemua itu adalah gunung dan bukit yang menghalang cahaya keindahan Islam yang hakiki dari menembusi jiwa kebanyakan manusia hari ini. Maka, bukanlah satu keadilan jika Allah menghukum mereka di akhirat dalam keadaan demikian. Allah berfirman:
“Tidaklah tuhanmu itu zalim terhadap hambaNya” (Fussilat: 46).
Namun tidak dinafikan ada yang telah sampai penerangan yang jelas melalui jalan yang Allah kehendaki. Cuma, bukan semua berpeluang. Mungkin kita kata: mereka boleh cari Islam yang sebenar dalam internet. Malangnya, maklumat dalam internet juga bercampur baur antara yang benar dan yang palsu, antara yang indah dan buruk. Entah berapa banyak puak dan aliran dalam masyarakat muslim. Jika orang yang lahir dalam masyarakat Islam pun keliru, apatahlagi yang baru hendak mencari.
Kemudian, bukan semua orang mempunyai kemampuan analisa. Tidak pula semua mempunyai cukup masa. Juga bukan semua yang sedar bahawa mereka tidak berada atas hidayah. Jika pada zaman dahulu, Salman al-Farisi mengembara dari Parsi untuk mencari Nabi dengan penuh dugaan dan derita, tapi berapa orangkah penduduk Parsi yang sanggup sepertinya? Tiada. Parsi hanya menerima Islam selepas kewafatan Nabi s.a.w dengan sampainya tentera Umar bin al-Khattab ke sana. Jika Allah mewajibkan semua orang lakukan seperti Salman, pasti suatu bebanan yang tidak tertanggung oleh manusia.
Bolehkah Selamat?
Hari selesa lepas di Centre for Muslim-Christian Studies, Oxford seperti biasa ada seminar mingguan. Setiap hari, saya berjalan kaki berkilometer untuk menghadiri pelbagai seminar. Saya berjalan ke seminar tersebut sejauh dua kilometer dengan penuh harapan mendapat sesuatu yang menarik. Ini kerana tajuk minggu ini ‘Can Non-Muslims be Saved?’. Pembentangnya; Jon Hover, pensyarah Islamic Studies, University of Nottingham.
Saya fikir beliau akan menyentuh apa yang saya harapkan. Malangnya, beliau membahaskan pemikiran Ibn Qayyim al-Jawziyyah (meninggal 751H) tentang Fana an-Nar (Penamatan Neraka). Memang, dalam beberapa karyanya khususnya Hadi al-Arwah, Ibn al-Qayyim berhujah dengan beberapa alasan yang menarik bahawa nereka itu akhirnya akan tamat. Tiada sebarang hikmat Allah menghukum manusia kuffar dalam neraka selamanya. Idea yang kontraversial itu dipertahankan oleh Ibn Qayyim dengan beberapa hujah; riwayat salaf, tafsiran al-Quran dan atas sifat rahmat Allah yang sentiasa mengatasi murkaNya. Namun, saya rasa Jon Hover gagal membentang secara rapi hujah Ibn Qayyim khususnya berkaitan ayat al-Quran Surah Hud ayat 106-108. Saya tidak berhasrat membahaskan pemikiran Ibn Qayyim itu di sini.
Saya rasa persoalan ‘can non-muslims be saved?’ bukanlah itu jawapannya yang memuaskan. Isu apakah neraka kekal atau akhirnya musnah hanyalah tafsiran dan andaian. Hanya Allah Yang Mengetahui. Apapun, yang ke neraka, tetap ke neraka. Ada perbahasan lain yang lebih menarik oleh Ibn al-Qayyim dan para sarjana Islam yang lain. Lebih sepakat, lebih jelas dalilnya dan lebih menyerlahkan keadilan Allah dan keindahan Islam.
Selamat Dari Azab
Para sarjana bersepakat dengan prinsip yang ditegaskan oleh al-Quran bahawa Allah tidak akan mengazabkan seseorang melainkan setelah diutuskan rasul. Sesiapa yang tidak sampai kepadanya ajaran yang benar dari seorang rasul, tidak ditegakkan hujah yang teguh sehingga tiada alasan untuk ragu dan syak, maka dia tidak akan diazabkan oleh Allah. Ini seperti yang Allah tegaskan: (maksudnya)
“Tiadalah Kami mengazabkan sesiapapun sehingga Kami mengutuskan seorang rasul”(Surah al-Israk: 15).
Inilah yang menyelamatkan bukan muslim yang tidak sampai hujah hidayah kepada mereka. Bahkan inilah juga yang menyelamatkan muslim yang jahil yang tidak disampaikan hujah dalam amalan atau kepercayaan tentang Islam mengenai sesuatu perkara. Al-Sa’di dalam tafsirnya menyebut:
“Allah itu Maha Adil, Dia tidak akan mengazab seseorang melainkan ditegakkan hujah dengan pengutusan rasul tapi dia menolaknya. Adapun sesiapa yang tidak sampai kepadanya hujah Allah, maka sesungguhnya dia tidak diazab”.
Ini dikuatkan lagi dengan firman Allah: (maksudnya)
“Rasul-rasul pembawa khabar gembira dan amaran supaya tiada bagi manusia suatu hujah (alasan untuk berdalih pada hari kiamat) terhadap Allah sesudah mengutuskan rasul-rasul itu. dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana” (al-Nisa: 165).
Al-Imam Ibn Qayyim al-Jauziyyah dalam karyanya Tariq al-Hijratain menyebut:
“Sesungguhnya azab itu layak diterima kerana dua sebab; pertama, tidak mahu mendengar hujah serta enggan menerima dan beramal dengan tuntutannya. Kedua, berkeras setelah ditegakkan hujah dan meninggalkan tanggungjawab berkaitan. Maka jenis yang pertama; kufur berpaling (enggan mendengar) dan yang kedua; kufur keras kepala. Adapun kufur kerana jahil tanpa ditegakkan hujah dan tanpa kemampuan untuk mengenali hujah, jenis inilah yang Allah tidak akan azab sehingga tertegaknya hujah rasul”.
Seterus Ibn Qayyim menyebut lagi:
“Sesungguhnya penegakan hujah itu berbeza dengan berbezanya zaman, tempat dan individu. Mungkin dikira tertegaknya hujah ke atas orang-orang kafir pada suatu zaman, tidak pula pada zaman yang lain. Juga dikira tertegak pada satu tempat atau kawasan, tidak pada tempat atau kawasan yang lain. Demikian untuk seseorang, namun tidak pada individu lain” (m/s 438. Kaherah: Maktabah al-Mutanabi)
Ya, maksudnya cara dan pendekatan penerangan tentang kebenaran Islam itu sehingga dianggap tertegak hujah adalah berbeza mengikut zaman, tempat dan individu. Mereka yang hidup dalam suasana hari ini caranya berbeza dengan zaman dahulu. Zaman kekeliruan tidak sama zaman kejelasan. Demikian latar tempat dan negara. Seseorang yang berada di negara muslim, tidak sama yang berada di negara bukan muslim dan seterusnya. Demikian latar pendidikan dan akal, tidak sama. Maka, apabila hujah tidak memadai untuk mereka, Allah berjanji tidak akan mengazab mereka. Apakah di Barat dan Malaysia juga hujah sudah memadai?

Thursday 21 June 2012

Janji Allah kepada hambaNya.... (gambar)



♥ Allah SWT tidak pernah menjanjikan pelayaran yang indah tetapi DIA merencanakan pelabuhan yang teduh bagi hambaNYA yang sabar dalam mengharungi perjalanan hidup...

~Tingkatkan kesabaran, tingkatkan keimanan..

6 perkara Allah sembunyikan


''Menangis saya bila baca, meremang bulu roma :') Ya Allah SWT kau ampunilah dosa dosa walau sekecil dan sebesar mana pun ia'' Korang Baca jangan tak baca.

6 perkara Allah sembunyikan

Allah SWT selesai menciptakan Jibrail as dengan bentuk yang cantik, dan Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang, sayap itu antara timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan 124,000 sayap). Setelah itu Jibrail as memandang dirinya sendiri dan berkata:


'Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada aku?.'

Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud.. 'Tidak'

Kemudian Jibrail as berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada Allah swt. dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun.

Setelah selesai Jibrail as solat, maka Allah SWT berfirman yang bermaksud. 'Wahai Jibrail, kamu telahmenyembah aku dengan ibadah yangbersungguh- sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir
zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai, namanya Muhammad.' Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa, sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga. Maka demi kemuliaannKu dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu aku lebih sukai dari solatmu itu. Kerana mereka mengerjakan solat atasperintahKu, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintahKu.'

Kemudian Jibrail as berkata: 'Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?'

Lalu Allah berfirman yang bermak! sud. 'Ya Jibrail, akan Aku berikan syurga Ma'waa sebagai tempat tinggal...'

Kemudian Jibrail as meminta izin kepada Allah untuk melihat syurga Ma'waa.Setelah Jibrail as mendapat izin dari Allah SWT maka pergilah Jibrail as dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia mengembangkan dua sayapnya dia boleh menempuh jarak perjalanan 3000 tahun, terbanglah malaikat jibrail as selama 300 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah dan akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud kepada Allah SWT lalu ia berkata dalam sujud:

'Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau sepertiganya, atau seperempatnya? '

Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud. 'Wahai Jibrail, kalau kamu dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun aku memberikan kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yangtelah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh dari beberapa perpuluhan yang telah kuberikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan.... .'

Marilah sama2 kita fikirkan dan berusaha lakukan... Sesungguhnya Allah S.W.T telah menyembunyikan enam perkara iaitu :

* Allah S.W.T telah menyembunyikan redha-Nya dalam taat.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam Al-Quran.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat (yang lima waktu).
* Allah S.W.T telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat di dalam semua hari.

#wahai rakan rakan ku yg dikasihi sekalian, sebarlah ilmu ini, agar semua kwn kwn kita diluar sana kembali ke pangkal jalan, ikut islam sebenar benarnya, sesiapa yang mengajak kebaikkan, pahala seseorang yang diajak kebaikkan itu dapat padanya tanpa dikurangkan sedikitpun. inshaAllah... 


Allah always with us

Monday 18 June 2012

Solat Dhuha (gambar)


Wahai Lelaki (gambar)


Jika benar kau kasih & cintakan wanita itu, 
  • Bawalah dia ke jalan Allah,
  • Nasihatilah dia,
  • Perbetulkan kesilapannya,
  • Jagalah dia dengan baik, 
  • Kasihanilah dia,
  • Lindungilah dia,
  • Berilah kasih sayang padanya,
  • Hargailah dia, 
  • Ucapkan terima kasih atas kelebihannya,
  • Bersabar dengannya,
  • Terimalah & cintailah kekurangannya,
  • Jadi imam terbaik & redhalah padanya
Moga dia menunggumu di syurga ! In Shaa Allah.

Cermin Semulajadi Terbesar Di Dunia (gambar)

Salar De Uyuni adalah tapak garam terluas di dunia, dengan keluasan melebihi 10,000 km persegi. Terletak di Bolivia, kawasan ini dikatakan "cermin" terbesar di dunia kerana sifat pantulan yang ada padanya.



Kawasan ni juga dikatakan tempat di mana sempadan bumi dan langit bersambung/bertemu kerana seakan tiada garisan sempadan di antara bumi dan langit. Memang rugi kalau tak tengok keindahannya.











Sunday 17 June 2012

Bersangka baik dengan Allah (gambar)


  • Jika manis, Allah mengajarku erti syukur.
  • Jika pahit, Allah mengajarku erti sabar.
  • Jika dikecewakan, aku sedang belajar hakikat tawakal.
  • Bila cemas, Allah mengajarku erti raja (mengharap).
  • Jika sedikit, Allah mengajarku erti qanaah (berpada-pada).


10 Warming Up Menuju Ramadhan (gambar)




  1. Banyakkan pembacaan berkaitan dengan Ramadhan
  2. Warming-up dengan berpuasa setiap Isnin dan Khamis
  3. Latihan intensif tidur awal & membiasakan diri untuk bangun awal
  4. Mulakanlah membaca Al-Quran setiap hari dengan tadabur, khusyuk dan terancang
  5. Biasakan diri sentiasa memelihara wudhuk
  6. Setiap malam sebelum tidur muhasabahlah diri kita
  7. Mulakan amalan bersedekah sedikit demi sedikit
  8. Berikanlah masa bersendirian untuk berzikir kepada Allah s.w.t. 
  9. Bantulah orang lain yang sangat-sangat memerlukan
  10. Hebahkan tentang ketibaan Ramadhan

Cool : Kolam Lava Di Atas Puncak Gunung Nyiragongo, Congo (gambar)

Thursday 14 June 2012

Hati Buta Sebab 10 Perkara (gambar)



Ibrahim bin Adham, seorang ahli tasawuf yang masyhur, dikerumuni orang amai semasa beliau ke pasar Basrah.  Ada di antara mereka bertanya, mengapakah doa mereka tidak dimakbulkan oleh Allah, sedangkan mereka selalu berdoa kepada-Nya?  Maka beliau menjawab, "Kerana hati kamu buta disebabkan 10 perkara..." Sepuluh perkara yang disebut oleh Ibrahim bin Adham adalah:

    1. Kamu mengenal Allah s.w.t. tetapi kamu TIDAK MENUNAIKAN HAK-NYA.
    2. Kamu mencintai Rasulullah s.a.w. tetapi MENOLAK SUNNAHNYA.
    3. Kamu membaca AL-QURAN, tetapi kamu TIDAK BERAMAL DENGANNYA.
    4. Kamu makan nikmat Allah s.w.t. tetapi kamu TIDAK MENSYUKURI-NYA.
    5. Kamu berkata SYAITAN itu musuh kamu, tetapi TIDAK MENENTANGNYA.
    6. Kamu berkata SYURGA itu benar, tetapi TIDAK BERAMAL UNTUKNYA.
    7. Kamu berkata bahawa NERAKA itu benar, TETAPI TIDAK LARI DARIPADANYA.
    8. Kamu berkata MATI itu benar, tetapi TIDAK BERSEDIA baginya.
    9. Kamu bangun dari tidur dan menceritakan keaiban manusia, tetapi LUPA KEAIBAN SENDIRI.
    10. Kamu kebumikan mayat tetapi TIDAK MENGAMBIL IKTIBAR daripada mereka.

    Hana Tajima Dan Kenapa Dia Memilih Fesyen Berhijab Dan Berhijrah Dari Kristian Ke Islam?

    Hana Tajima Dan Kenapa Dia Memilih Fesyen Berhijab Dan Berhijrah Dari Kristian Ke Islam?

    Hana Tajima seorang gadis jelita yang menjadi ikon kebanyakan Muslimah seluruh dunia.  Hadir beliau memberikan banyak inspirasi dan dorongan buat wanita Islam untuk berubah penampilan yang lebih mengikut tuntutan Islam.  Hana TAjima juga merupakan pengasas brand Maysaa London.  Hana juga pereka fesyen untuk Yuna.

    Pasti ramai yang tidak mengetahui bahawa gadis ini pada awal kehidupannya bukanlah penganut agama Islam, sebaliknya merupakan gadis kacukan Inggeris di sebelah ibunya dan Jepun di sebelah bapanya.  Beliau yang dilahirkan di dalam sebuah keluarga beragama Kristian.

    Katanya : 

    "Keluarga saya merupakan tulang belakang saya, mereka tidak mempunyai masalah langsung dengan apa yang saya mahu lakukan asalkan perkara tersebut menjadikan saya seorang manusia yang lebih baik.  Mereka tidak sekalipun mempertikaikan keputusan saya.  Sehingga kini hubungan saya dengan mereka erat seperti sebelumnya."

    Merubah pegangan hidup dan juga prinsip mungkin mudah dilakukan, namun keputusan menukar agama merupakan satu perkara besar yang bukan boleh di pandang enteng.  Perubahan besar pasti berlaku, "Saya mula tertarik kepada agama ISlam pada tahun 2003.  Saya masih ingat ketika itu saya mula berjinak-jinak dan membaca bahan bacaan tentang Islam dan sedari itulah jiwa saya ini meronta-ronta untuk mengenali agama ini dengan lebih mendalam.  Sebenarnya kehidupan di kolej banyak mengajar saya" jelas beliau yang hanya belajar setahun sahaja dalam bidang rekaan di Sommerset College of Art & Technology.

    "Kehidupan di kolej memberikan tekanan yang hebat, semua terlalu mencuba untuk menjadi lebih moden dan juga merubah pendirian semata-mata supaya diterima dalam kelompok rakan seuniversiti.  Ketika itu gaya pemakaian dan juga tahap pergaulan yang bebas amat merimaskan saya.  Everything seems not right dan ketika itu hanya ajaran Islam yang menjadi peneman setia, akhirnya pada tahun 2004 saya bertekad untuk memeluk Islam dan alhamdulillah segala-galanya dipermudahkan oleh Allah s.w.t."

    Apabila seseorang itu memeluk Islam, mereka diibaratkan sesuci bayi yang baru lahir, penghijrahan yang dilakukan haruslah sepenuh hati dan secara menyeluruh.  "Saya memakai hijab pada hari pertama saya melafazkan kalimah syahadah, ketika itu perasaan saya bercampur baur antara sedih, gembira dan kagum."

    "Sedih bukan kerana menyesal tetapi menginsafi segala khilafan yang berlaku sebelum ini.  Untuk menyesuaikan diri, saya mengambil masa hampir dua tahun untuk menjadi selesa berhijab.  Perubahan ini memberikan banyak hikmah, diri saya merasa lebih yakin dan hati berasa lebih tenang.  Seperti diri ini kurang diperhatikan lelaki dan diri ini tidak terdedah, paling penting saya tahu Allah sememangnya sentiasa bersama saya, alhamdulillah."

    "Saya pernah mengalami keadaan di mana jiwa ini tercari-cari akanhala tuju dan saya mendengar kata hati saya untuk mendalami Islam, alhamdulillah, mujur saya mengikut kata hati.  Itulah sebenarnya yang harus kita lakukan, percayakan kata hati dan nescara hidup ini akan menjadi lebih baik.  Satu perkara lagi, keyakinan diri haruslah tinggi, kerana pada zaman yang serba moden ini pelbagai ranjau dan halangan yang menanti, perubahan ke arah kebaikan juga perlu dilakukan kerana perkara itu akan sedikit sebanyak membina benteng keyakinan diri.  Segala perkara ini merupakan cerminan kepada perjalanan kehidupan kita dan walau apa pun yang terjadi kekalkan dengna kepercayaan dan iman kita."

    Hana Tajima sememangnya seorang wanita yang layak dijadikan role-model kepada wanita di luar sana.  Angin perubahan dalam cara berfesyen yang di bawanya memberikan semangat kepada wanita Muslimah untuk berhijab.  Pesan Hana kepada seluruh pembaca, "Abila berhijrah bukan sahaja daripada luaran, tapi hati juga perlu berhijrah, alhamdulillah, mudah-mudahan kita memperoleh keberkatan dari-Nya.

    Sumber dari blog Hana Tajima : hana











    Wednesday 13 June 2012

    8 PAHALA YANG BERTERUSAN ♥



    Anas r.a. berkata bahawa lapan jenis pahala yang tetap di terima seorang hamba Allah walaupun dia telah meninggal dunia iaitu:

    ✿ 1. Sesiapa yang mendirikan masjid tetap mendapat pahala selagi masjid itu digunakan oleh orang ramai untuk beramal ibadat.


    ✿ 2. Sesiapa yang mengalirkan air sungai selagi ada orang yang meminumnya.

    ✿3. Sesiapa yang menulis mashaf (naskhah al-Quran yang tertulis tangan) selagi ada orang membacanya.

    ✿ 4. Sesiapa yang menggali perigi selagi ada orang menggunakanya.

    ✿5. Sesiapa yang nenanam tanam-tanaman selagi ada yang memakanya, sama ada manusia atau burung.

    ✿6. Mereka yang mengajar ilmu yang berguna selama ia diamalkan oleh orang yang mempelajarinya.

    ✿7. Ibu bapa yang meninggalkan anak yang soleh yang mana si anak selalu beristighfar dan mendoakan kedua-dua orang tuanya.

    ✿ 8. Guru al-Quran yang mengajar ilmu kitab suci itu kepada muridnya dan si murid mengamalkan ajaran tersebut tanpa sedikit pun mengurangkan pahalanya.

    Dari Majalah IMAN Keluaran Bil 04

    Jemput LIKE Page : Izinkan Saya Share

    Featured post

    Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

    Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...