Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Wednesday 29 August 2012

Friday 24 August 2012

Aku Stress Giler: Cool : Apabila Kayu Sugi Dikomersialkan Di Negara ...

Aku Stress Giler: Cool : Apabila Kayu Sugi Dikomersialkan Di Negara ...: Kayu sugi yang diberi nama THIS ini telah diperkenalkan oleh seorang pelajar rekacipta rakyat Lebanon, Leen Sadder.  Beliau telah mempro...

Aku Stress Giler: Amazing : Fenomena Awan Berlubang Yang Menakjubkan...

Aku Stress Giler: Amazing : Fenomena Awan Berlubang Yang Menakjubkan...: Fenomena ini dikenali sebagai Punch Hole Cloud atau Fallstreak. Ia berlaku apabila suhu air pada awan berada dibawah takat beku namun masih...

Aku Stress Giler: Berita : Pengantin Ke Hospital Untuk Bernikah (2 G...

Aku Stress Giler: Berita : Pengantin Ke Hospital Untuk Bernikah (2 G...: KUALA TERENGGANU - Seorang jurunikah, Harun Nuh yang dimasukkan ke Hospital Pakar Kuala Terengganu (KTS) di sini, kerana diserang asma t...

Cool : Khazret Sultan, Masjid Terbesar Di Asia Tengah (gambar)


Masjid Khazret Sultan yang terletak di Astana, Kazakhstan ini merupakan masjid  yang terbesar di Asia Tengah.  Ianya dirasmikan pada 6 Julai 2012 sempena ulangtahun ke 14 bandar tersebut dan juga tarikh lahir presiden negara itu iaitu President Nursultan Nazarbaev.

Masjid ini mengambil masa 2 tahun untuk disiapkan dan dapat memuatkan lebih 5,000 orang jemaah pada satu-satu masa.  Lebih 70% penduduk Kazakhstan ialah muslim.







Gambar Perkahwinan Ustaz Don Daniyal

Gambar Perkahwinan Ustaz Don Daniyal: Apabila menyebut nama Ustaz Don sudah pasti ramai yang mengenali pendakwah muda ini. Namanya mula disebut-sebut di laman sosial seperti ...

Sunday 19 August 2012

Kesian : Budak Dilahirkan Tanpa Kelenjar Peluh (gambar)

Sekali imbas, budak lelaki ini kelihatan biasa sahaja seperti kanak-kanak normal yang lain.  Hakikatnya, hanya Tuhan sahaja yang tahu penderitaannya.  Sedang kanak-kanak seusia dengannya seronok bermain di luar, Fred James hanya terperuk di rumah sahaja.

Bukan kerana emaknya terlalu garang atau tidak membenarkan dia bercampur gaul dengan kanak-kanak yang lain, tetapi disebabkan penyakit ganjil yang dihidapi oleh Fred James sejak dia lahir lagi.  Fred James dilahirkan tanpa kelenjar pelur dan dia tidak boleh berpeluh.

Dia tidak boleh hidup dalam cuaca panas kerana ini akan mengancam nyawanya.  Oleh itu, Fred James hanya boleh tinggal di tempat berhawa dingin sahaja.  Kalau dia mahu berjalan ke luar, ibunya kena membawa ais untuk memastikan Fred James sentiasa sejuk.




Tuesday 14 August 2012

Genius : Lelaki Tanpa Tangan Hasilkan Tangan 'Besi Sebagai Ganti

Seorang lelaki yang berusia 51 tahun di China telah kehilangan kedua-dua belah tangannya semasa menghasilkan bom untuk memancing.  Dia juga tidak mempunyai duit yang cukup untuk membayar tangan palsu yang bukan original.  Jadi dia telah menghasilkan tangan 'besi' sendiri menggunakan segala besi yang dia ada agar dia dapat kembali menolong keluarganya.







http://akustressgiler.blogspot.com/2012/08/genius-lelaki-tanpa-tangan-hasilkan.html?spref=bl

Wednesday 8 August 2012

Kiamat pasti datang


Kiamat pasti datang, masa dan saatnya, hanya Allah saja mengetahuinya. Bagaimanapun, tanda-tanda awal kiamat sudah berlaku tanpa kita sedari. Malah, Nabi Muhammad SAW sendiri banyak kali mengingatkan umatnya mengenai tanda dan kedatangan kiamat. 

Daripada Abu Hurairah, katanya Rasulullah SAW bersabda: Belum akan terjadinya kiamat sebelum banyak haraj. Bertanya sahabat: Apakah itu haraj ya Rasulullah? Jawab Baginda: Pembunuhan! Pembunuhan! 

Kes pembunuhan bukan lagi menjadi perkara luar biasa pada zaman ini. Malah, saban hari media memaparkan pelbagai kes pembunuhan. Justeru, seperti diramalkan Rasulullah SAW, kiamat semakin hampir dengan tanda yang berlaku. 

Tokoh agama, Datuk Hassan Din al Hafiz menjelaskan 16 tanda kecil kiamat sudah berlaku seperti yang diutarakan dalam kitab Udratul Nasihah Fi Asrar Assaat. 

Pertama, dunia mengalami kemelesetan ekonomi. Ini sudah terbukti ketika ini, banyak negara Eropah termasuk Greece, Sepanyol, Ireland dan Portugal masing-masing mencatatkan kemelesetan ekonomi yang teruk sejak beberapa tahun dengan beban hutang terlalu tinggi. 

Kedua, apabila negara dipimpin oleh pemimpin kejam. Ini juga sudah berlaku jika dilihat punca kebangkitan di negara Arab adalah disebabkan rakyat bangun menentang pemerintah mereka yang kejam. 

Ketiga, apabila ramai orang kaya yang berhutang. Rumah besar, kereta besar dan perniagaan maju tetapi hutang keliling pinggang, katanya ketika dihubungi baru-baru ini. 
Tanda awal kiamat yang keempat pula apabila ramai wanita dipilih menjadi pemimpin negara dan mereka ditaati. Sejak kurun ke-20, banyak negara di dunia ini pernah atau masih diperintah golongan wanita antaranya Australia, United Kingdom, Sri Lanka, India, Israel, Argentina dan Portugal. 

Tanda lain ialah apabila umat Islam saling kutuk mengutuk, salam hanya diberikan kepada orang yang dikenali dan orang agama lari ke bukit serta hutan seperti sekolah pondok atau pusat pengajian agama dibina jauh daripada penempatan penduduk, di atas bukit dan dalam hutan. 

Banyak bangunan pencakar langit 

Selain itu, kewujudan banyak persatuan buruh juga antara tanda awal kiamat, bangunan pencakar langit banyak dibina, diikuti semakin ramai anak menderhaka kepada ibu bapa, ramai wanita berkahwin yang tidak mahu anak atau anak ramai dan mereka lebih suka memandulkan diri. 

Ramai wanita di dunia ini yang suka mendedahkan aurat serta kegiatan homoseks berleluasa, ibu lebih menghormati anak berbanding anak menghormati ibu, berlakunya perbuatan bapa merogol anak sendiri atau sumbang mahram, banyak berlaku gempa bumi dan tsunami. 

Hassan berkata, sepuluh tanda besar kiamat pula seperti lahirnya Imam Mahadi, keluarnya Dajjal yang menyesatkan manusia, turun Nabi Isa, muncul Yakjud Makjud, Kaabah diruntuhkan, matahari terbit sebelah barat, keluar asap di merata-rata tempat, tiupan angin sepoi bahasa yang mematikan orang beriman, al Quran diangkat dan tiupan sangkakala oleh Malaikat Israfil. 

Daripada Huzaidah bin Asid al Ghifari, Rasulullah SAW menjenguk kami semasa kami sedang ingat mengingati satu sama lain, lalu Baginda bertanya: Apa yang kamu sedang fikirkan? Kami menjawab: Kami mengingati perihal hari kiamat dan saat berlakunya. 

10 tanda besar kiamat 

Nabi SAW bersabda: Sesungguhnya saat kiamat tidak akan berlaku melainkan selepas kamu melihat sebelumnya 10 alamat. Lalu Baginda SAW menyebut alamat atau tanda-tanda itu iaitu: asap, Dajal (orang yang menyembunyi dan mengubah keadaan perkara benar dengan perkataan dustanya atau perbuatan sihirnya) Dabbatul-Ardh, terbit matahari dari pihak masuknya (dari pihak barat), turunnya Nabi Isa anak Mariam, dan Ya'juj wa Ma'juj. 

Hassan menasihatkan umat Islam supaya sentiasa bersiap sedia kerana walaupun kiamat besar belum tiba, tetapi kiamat kecil iaitu kematian boleh berlaku pada bila-bila masa. 

Kiamat kecil bagi manusia adalah kematian. Waktu dan saatnya tidak dapat diketahui manusia. Justeru, kita haruslah sentiasa berada dalam keadaan bersiap sedia dengan memenuhkan masa beramal dan patuh kepada tuntutan agama, katanya

Jenis-Jenis Mercun Yang Legend!

Assalamualaikum dan salam sejahtera semuanya.  Mercun boleh di definisikan sebagai alat yang digunakan untuk menghasilkan bunyi yang boleh membuat orang lain melatah kerana terkejut dengan bunyi mercun tersebut.

Dulu aku masa kecil-kecil rajin juga aku main mercun ini.  Sekarang bila besar sikit dah tak main mercun dah.  Mungkin dah insaf kot.  Sebab dulu masa kecil semua member nakal-nakal macam taik.  so, aku pun turu terpengaruh menjadi nakal.  Tiap tahun tak boleh miss main mercun.

Lepas buka puasa je terus berperang menggunakan mercun.  Telinga sampai nak pekak, makcik-makcik, pakcik-pakcik jiran sebelah marah pun tak kisah dah.  Yang pentng dapat bom sana sini.  Berikut merupakan jenis-jenis mercun di Malaysia yang aku tahu.


Mercun papan ini agak famous masa dulu.  Sekali bakar terus meletup bertubi-tubi.  Harga dia dulu murah sahaja.


Tengok bentuk dah tau kan ini jenis mercun apa?  Ini adalah mercun bola kerana bentuknya yang bulat seperti bola.  Mercun ini agak bahaya kerana banyak kes putus jari, putus halkum, etc di sebabkan main mercun ini.  Tak dapat nak salam ibu bapa raya nanti.


Yang ini adalah mercun telur.  Bentuk mercun ini macam telur ayam.  Saiznya lebih kurang macam telur ayam yang anda beli di kedai runcit.


Ini mercun mancis, mercun yang menjadi favourite aku masa kecil-kecil.  Mercun ini berbentuk seperti mancis kayu tapi gemuk sikit dari mancis kayu.  Mercun ini boleh guna untuk bom ikan di sungai.


Mercun ketupat, mercun ini tidak boleh di makan walaupun bentuknya seakan-akan ketupat.  Kalau di makan nescaya meletup di perut.


Mercun ini di gelar mercun lebah kerana mercun ini kejar orang.  Cara untuk melarikan diri dari mercun ini adalah jangan main mercun ini.


Mercun naga, mercun yang menghasilkan percikan api seakan-akan naga.  Walaupun bunyinya tak kuat, tapi percikan apinya sangat bahaya.  Kalau kena kulit boleh tinggal tulang sahaja, tak dapatlah nak beraya.

Mercun roket adalah mercun yang sangat menarik untuk dimainkan.  Ini kerana mercun ini mampu terbang tinggi berdasarkan sudut yang kita tentukan.  Jangan tanam batang roket ini terlalu dalam nanti tak boleh terbang pula.  Dulu aku beli mercun ini sekitar 30 sen sebatang.


Ini pula, Thunderclap.  Aku belum ada pengalaman lagi main mercun ini.  Yang aku tahu bunyinya memang power.  Boleh bergetar tiang rumah jiran sebelah.


Mercun pop, mercun yang paling selamat aku rasa untuk dimainkan dan sesuai untuk kanak-kanak riang serta gadis-gadis ayu.


Yang ini namanya meriam buluh.  Menggunakan element kabait + air liru + bamboo. Bunyi dia memang memuaskan hati yang main meriam ini, tapi tidak memuaskan hati jiran-jiran sebelah.

Moral of the story :


Ingatlah orang yang tersayang dan menyayangi anda.  Tapi tak meriahkan raya kalau tak ada mercun.  Main mercun yang tak bahaya sahajalah macam mercun pop, bunga api dan yang sewaktu dengannya.

Sunday 5 August 2012

** KEUTAMAAN RAMADHAN **

 



Dari Sayyidina Salman Radhiyallahu 'anhu, ia berkata, "Pada akhir bulan sya'ban, Beliau bersabda,' wahai manusia, telah dekat kepadamu bulan yang agung lagi penuh keberkahan.

Bulan yang didalamnya terdapat satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan.

Bulan yang didalamnya Alloh swt menjadikan puasa sebagai fardhu dan bangun malam (Sholat Tarawih) sebagai sunnah.

Barangsiapa mendekatkan diri didalamnya dengan beramal sunnah, maka (pahalanya) seperti orang yang beramal fardhu pada bulan lain.

Barangsiapa beramal fardhu didalamnya, maka pahalanya seperti orang yang beramal tujuh puluh amalan fardhu pada bulan lain.

Inilah bulan kesabaran, dan pahala sabar adalah syurga.

Inilah bulan kasih sayang, bulan saat rejeki seorang mu'min ditambah.

Barangsiapa memberi makan untuk berbuka kepada orang yang berpuasa maka itu menjadi ampunan bagi dosa-dosanya dan menjadi sebab selamat dari neraka, dan mendapat pahala yang sama dengan orang yang berpuasa yang diberinya makanan untuk berbuka, tanpa mengurangi mengurangi pahala orang itu sedikitpun.'

Mereka berkata, 'ya Rosululloh, tidak setiap kami memiliki makanan untuk diberikan kepada orang yang berbuka puasa.'

Beliau bersabda, Alloh swt memberi pahala ini kepada orang yang memberi makanan umtuk berbuka puasa, meskipun sebutir kurma, seteguk air, atau seteguk susu (tidak harus sampai kenyang).
Inilah bulan yang awalnya penuh rahmat, tengahnya penuh ampunan, dan akhirnya kebebasan dari api neraka.

Barangsiapa meringankan beban hamba sahayanya (juga para pembantunya) pada bulan itu, maka Alloh swt mengampuninya dan membebaskannya dari api neraka.

Perbanyaklah 4 amalan dibulan itu.

2 di antaranya meRidhokan Tuhanmu dan 2. lainnya kamu pasti memerlukan.

Adapun 2 perkara yang denganya kamu meRidhokan Tuhanmu adalah bersaksi bahwa tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan ALLOH SUBHAANALLOHU WA TA'ALA dan kamu berlindung hanya kepada_NYA dari api neraka. Barangsiapa memberi minum kepada orang berpuasa, maka ALLOH swt akan memberi minuman dari telagaku (pada hari kiamat ) yang membuatnya tidak akan haus selama-lamanya hingga ia masuk surga." (HR. Ibnu Khuzaimah , Baihaqi, Ibnu Hibban , dari kitab At-Targhib)

♥ Marhaban yaa Ramadhan ♥

Keep Istiqomah.
Salam uhibbukum fillah. ^_^

<3marhaban div="div">

Saturday 4 August 2012

PERJALANAN HIDUP SETELAH MATI....

1.Alam Barzakh


Para salaf bersepakat tentang kebenaran azab Dan nikmat yang Ada di alam kubur (barzakh) . Nikmat tersebut merupakan nikmat yang hakiki, begitu pula azabnya, bukan sekedar bayangan atau perasaan sebagaimana diklaim oleh kebanyakan ahli bid’ah. Pertanyaan (fitnah) kubur itu berlaku terhadap ruh Dan jasad manusia baik orang mukmin maupun kafir. Dalam sebuah hadits shahih disebutkan Rasulullah SAW selalu berlindung kepada Allah SWT dari siksa kubur. Rasulullah SAW menyebutkan sebagian dari pelaku maksiat yang akan mendapatkan adzab kubur, diantaranya mereka yang

A. Suka mengadu domba

B. Suka berbuat ghulul

C. Berbuat kebohongan

D. Membaca Al Qur’an tetapi tidak melaksanakan apa yang diperintahkan Dan yang dilarang dalam Al’Qur’an

E. Melakukan zina

F. Memakan riba

G. Belum membayar hutang setelah mati (orang yang berhutang akan tertahan tidak masuk surga karena hutangnya)

H. Tidak bersuci setelah buang air kecil, shg masih bernajis

Adapun yang dapat menyelamatkan seseorang dari siksa kubur adalah Shalat wajib, shaum, zakat, Dan perbuatan baik berupa kejujuran, menyambung silaturahim, segala perbuatan yang ma’ruf Dan berbuat baik kepada manusia , juga berlindung kepada Allah SWT dari adzab kubur.

2. Peniupan Sangkakala

Sangkakala adalah terompet yang ditiup oleh malaikat Israfil yang menunggu kapan diperintahkan Allah SWT. Tiupan yang pertama akan mengejutkan manusia Dan membinasakan mereka dengan kehendak Allah SWT, spt dijelaskan pada Al Qur’an :

“Dan ditiuplah sangkakala maka matilah semua yang di langit Dan di bumi, kecuali apa yang dikehendaki oleh Allah SWT”( QS. Az Zumar :68 ).

Tiupan ini akan mengguncang seluruh alam dengan guncangan yang keras Dan hebat sehingga merusak seluruh susunan alam yang sempurna ini. Ia akan membuat gunung menjadi rata, bintang bertabrakan, matahari akan digulung, lalu hilanglah cahaya seluruh benda-benda di alam semesta. Setelah itu keadaan alam semesta kembali seperti awal penciptaannya.

Allah SWT menggambarkan kedahsyatan saat kehancuran tersebut sebagaimana firman-Nya : ” Hai manusia, bertakwalah kepada Tuhanmu; sesungguhnya kegoncangan Hari kiamat itu adalah suatu kejadian yang sangat besar (dahsyat). (Ingatlah) pada Hari (ketika) kamu melihat kegoncangan itu, lalailah semua wanita yang menyusui anaknya dari anak yang disusuinya Dan gugurlah kandungan segala wanita yang hamil, Dan kamu lihat manusia dalam keadaan mabuk, padahal sebenarnya mereka tidak mabuk, akan tetapi azab Allah itu sangat keras” (QS.Al Hajj:1-2).

Sedangkan pada tiupan sangkakala yang kedua adalah tiupan untuk membangkitkan seluruh manusia ; “Dan tiupan sangkakala (kedua), maka tiba-tiba mereka keluar dengan segera dari kuburnya (menuju) kepada Rabb mereka.(QS. Yaa Siin : 51).

Rasulullah SAW bersabda, “Kemudian ditiuplah sangkakala, dimana tidak seorangpun tersisa kecuali semuanya akan dibinasakan. Lalu Allah SWT menurunkan hujan seperti embun atau bayang-bayang, lalu tumbuhlah jasad manusia.Kemudian sangkakala yang kedua ditiup kembali, Dan manusia pun bermunculan (bangkit) Dan berdiri”.(HR. Muslim).

3.Hari Berbangkit

“Pada Hari ketika mereka dibangkitkan Allah semuanya, lalu diberitakannya kepada mereka apa yang telah mereka kerjakan. Allah mengumpulkan (mencatat) perbuatan itu, padahal mereka telah melupakannya. Dan Allah Maha menyaksikan segala sesuatu”. (QS. Al Mujadilah : 6).

4.Padang Mahsyar

“(Yaitu) pada Hari (ketika ) bumi diganti dengan bumi yang lain Dan (demikian pula) langit Dan mereka semuanya di padang Mahsyar berkumpul menghadap ke hadirat Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa”.(QS. Ibrahim:48).

Hasr adalah pengumpulan seluruh mahluk pada Hari kiamat untuk dihisap Dan diambil keputusannaya. Lamanya di Padang Mahsyar adalah satu Hari yang berbanding 50.000 tahun di dunia. Allah berfirman:
“Malaikat-malaikat Dan Jibril naik (menghadap) kepada Rabb dalam sehari yang kadarnya 50.000 tahun.(QS. Al Maarij:4).
Karena amat lamanya Hari itu, manusia merasa hidup mereka di dunia ini hanya seperti satu jam saja.

Dan (ingatlah) akan Hari (yang di waktu itu) Allah mengumpulkan mereka, (mereka merasa di Hari itu) seakan-akan mereka tidak pernah berdiam (di dunia) kecuali hanya sesaat saja di siang Hari. (QS.Yunus:45).

“Dan pada Hari terjadinya kiamat, bersumpahlah orang-orang yang berdosa, bahwa mereka tidak berdiam (dalam kubur) melainkan sesaat saja” (QS. ArRuum:55).

Adapun orang yang beriman merasakan lama pada Hari itu seperti waktu antara zuhur Dan asar saja. Subhanallah.

Keadaan orang kafir saat itu sebagaimana firman-Nya.”Orang kafir ingin seandainya IA dapat menebus dirinya dari azab Hari itu dengan anak-anaknya, dengan isteri serta saudaranya, Dan kaum familinya yang melindunginya ketika di dunia, Dan orang-orang di atas bumi seluruhnya, kemudian (mengharapkan) tebusan itu dapat menyelamatkannya”.(QS.AlMa’arij:11-14).

5. Syafa’at

Syafaat ini khusus hanya untuk umat Muslim, dengan syarat tidak berbuat syirik besar yang menyebabkan kepada kekafiran. Adapun bagi orang musyrik, kafir Dan munafik, maka tidak Ada syafaat bagi mereka.

Syafaat ini diberikan Rasulullah SAW kepada umat Muslim (dengan izin dari Allah SWT).

6. Hisab

Pada tahap (fas) ini, Allah SWT menunjukkan amal-amal yang mereka perbuat dan ucapan yang mereka lontarkan, serta segala yang terjadi dalam kehidupan dunia baik berupa keimanan, keistiqomahan atau kekafiran.

Setiap manusia berlutut di atas lutut mereka. “Dan kamu lihat tiap-tiap umat dipanggil untuk (melihat) buku catatan amalnya . Pada hari itu kamu diberi balasan terhadap apa yang kamu kerjakan. (QS. Al Jatsiah:28).

Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Muhammad SAW, kita umat yang terakhir tapi yang pertama dihisab. Yang pertama kali dihisab dari hak-hak Allah pada seorang hamba adalah Slatnya, sedang yang pertama kali diadili diantara manusia adalah urusan darah.

Allah SWT mengatakan kepada orang kafir : “Dan kamu tidak melakukan suatu pekerjaan melainkan Kami menjadi saksi atasmu diwaktu kamu melakukannya”.(QS. Yunus:61). Seluruh anggota badan juga akan menjadi saksi.

Allah bertanya kepada hamba-Nya tentang apa yang telah ia kerjakan di dunia : “Maka demi Rabbmu, kami pasti akan menanyai mereka semua tentang apa yang akan mereke kerjakan dahulu”.(Al Hijr:92-93).

Seorang hamba akan ditanya tentang hal : umurnya, masa mudanya, hartanya dan amalnya dan akan ditanya tentang nikmat yang ia nikmati.

7. Pembagian catatan amal

Pada detik-detik terakhir hari perhitungan , setiap hamba akan diberi kitab (amal) nya yang mencakup lembaran-lembaran yang lengkap tentang amalan yang telah ia kerjakan di dunia.

Al Kitab di sini merupakan lembaran-lembaran yang berisi catatan amal yang ditulis oleh malaikat yang ditugaskan oleh Allah SWT.

Manusia yang baik amalnya selama di dunia, akan menerima catatan amal dari sebelah kanan. Sedangkan manusia yang jelek amalnya akan
menerima catatan amal dari belakang dan sebelah kiri, spt pada firman Allah berikut ini:

“Adapun orang yang diberikan kitabnya dari sebelah kanannya, maka ia akan diperiksa dengan pemeriksaan yang mudah, dan ia akan kembali kepada kaumnya (yang sama-sama beriman) dengan gembira. Adapun orang yang diberikan kitabnya dari belakang, maka ia akan berteriak : “celakalah aku”, dan ia akan masuk ke dalam api yang menyala-nyala (neraka)”,(QS. Al Insyiqaq:8-12) .

“Adapun orang yang diberikan kepadanya kitabnya dari sebelah kirinya, maka dia berkata:”wahai alangkah baiknya kiranya tidak diberikan kepadaku kitabku (ini), dan aku tidak mengetahui apa hisab terhadap diriku.Wahai kiranya kematian itulah yang menyelesaikan segala sesuatu.Hartaku sekali-kali tidak memberi manfaat kepadaku.Telah hilang kekuasaanku dariku” (Allah berfirman): “Peganglah dia lalu belenggulah tangannya ke lehernya”, kemudian masukkanlah dia ke dalam api neraka yang menyala-nyala”.(QS. Al Haqqah:25 31).

8. Mizan

Mizan adalah apa yang Allah letakkan pada hari kiamat untuk menimbang amalan hamba-hamba-Nya. Allah berfirman : “Dan kami akan memasang timbangan yang tepat pada hari kiamat, maka tiadalah seorang dirugikan walau sedikitpun. Dan jika (amalan itu) hanya seberat biji sawipun pasti Kami mendatangkan (pahala)nya.Dan cukuplah Kami sebagai Pembuat perhitungan”.(QS. Al Anbiya:47)
Setelah tahapan Mizan ini, bagi yang kafir, dan mereka yang melakukan perbuatan syirik akan masuk neraka.

Sedangkan umat muslim lainnya, akan melalui tahap selanjutnya yaitu Telaga

9. Telaga

Umat Muhammad SAW akan mendatangi air pada telaga tsb. Barang siapa minum dari telaga tersebut maka ia tidak akan haus selamanya. Setiap Nabi mempunyai telaga masing-masing. Telaga Rasulullah SAW lebih besar, lebih agung dan lebih luas dari yang lain, sebagaimana sabdanya :

Sesungguhnya setiap Nabi mempunyai telaga dan sesungguhnya mereka berlumba untuk mendapatkan lebih banyak pengikutnya di antara mereka dan sesungguhnya Nabi Muhammad mngharapkan agar menjadikan pengikutnya yang lebih banyak (HR. Bukhari Muslim).

Setelah Telaga, umat muslim akan ke tahap selanjutnya yaitu tahap Ujian Keimanan Seseorang. Perlu dicatat bahwa orang kafir dan orang yang berbuat syirik sudah masuk neraka (setelah tahap Mizan, seperti dijelaskan di atas).

10.Ujian Keimanan Seseorang

Selama di dunia, orang munafik terlihat seperti orang beriman karena mereka menampakkan keislamannya. Pada fasa inilah kepalsuan iman mereka akan diketahui, diantaranya cahaya mereka redup. Mereka tidak mampu bersujud sebagaimana sujudnya orang mukmin. Saat digiring, orang-orang munafik ini merengek-rengek agar orang-orang mukmin menunggu dan menuntun jalannya.Kerana saat itu benar-benar gelap dan tidak ada petunjuk kecuali cahaya yang ada pada tubuh mereka.

Allah SWT berfirman,”Pada hari ketika orang-orang munafik laki-laki dan perempuan berkata kepada orang-orang beriman:”Tunggulah kami supaya kami dapat mengambil sebahagian dari cahayamu”.Dikatakan (kepada mereka):”Kembalilah kamu ke belakang dan carilah sendiri cahaya (untukmu)”.Lalu diadakan diantara mereka dinding yang mempunyai pintu.Di sebelah dalamnya ada rahmat da di sebelah luarnya dari situ ada siksa.(QS.Al hadid:13).

Setelah ini umat muslim yang lolos sampai tahap Ujian Keimanan Seseorang ini, akan melalui Shirat.

11. Shirath

Shirath adalah jmbatan yang dibentangkan di atas neraka jahannam, untuk diseberangi orang-orang mukmin menuju Jannah (Surga).

Beberapa Hadits tentang Shirath

Sesungguhnya rasulullah SAW pernah ditanya tentang Shirath, maka beliau berkata :
Tempat menggelincirkan, di atasnya ada besi penyambar dan pengait dan tumbuhan berduri yang besar, ia mempunyai duri yang membahayakan seperti yang ada di Najd yang disebut pohon Sud’an.(HR. Muslim)

“Telah sampai kepadaku bahwasanya shirath itu lebih tipis dari rambut dan lebih tajam dari pedang”. (HR. Muslim)

“Ada yang melewati shirath laksana kejapan mata dan ada yang seperti kilat, ada yang seperti tiupan angin, ada yang terbang seperti burung dan ada yang menyerupai orang yang mengendarai kuda, ada yang selamat seratus persen, ada yang lecet-lecet dan ada juga yang ditenggelamkan di neraka jahannam”. (HR. Bukhari Muslim)

Yang paling pertama menyebarangi shirath adalah Nabi Muhammad SAW dan para pemimpin umat beliau.Beliau bersabda : “Aku dan umatku yang paling pertama yang diperbolehkan melewati shirath dan ketika itu tidak ada seorangpun yang bicara, kecuali Rasul Dan Rasul berdo’a ya Allah selamatkanlah, selamatkanlah.(HRBukhari).

Bagi umat muslim yang berhasil melalui shirath tersebut, akan ke tahap selanjutnya jembatan

12. Jambatan

Jambatan disini, bukan shirath yang letaknya di atas neraka jahannam. Jembatan ini dibentangkan setelah orang mukmin berhasil melewati shirath yang berada di atas neraka jahannam.

Rasulullah SAW bersabda : “Seorang mukmin akan dibebaskan dari api neraka, lalu mereka diberhentikan di atas jembatan antara Jannah(surga) dan neraka, mereka akan saling diqhisash antara satu sama lainnya atas kezaliman mereka di dunia.Setelah mereka bersih dan terbebas dari segalanya, barulah mereka diizinkan masuk Jannah. Demi zat yang jiwa Muhammad ditangan-Nya, seorang diantara kalian lebih mengenal tempat tinggalnya di jannah daripada tempat tinggalnya di dunia”.(HR. Bukhari).

Setelah melewati jambatan ini barulah orang mukmin masuk Syurga.

Kesimpulan :

Setelah penjelasan di atas tinggal kita menunggu…, apa yang akan kita alami di hari akhir nanti…, tentunya sesuai dengan apa yang kita lakukan di dunia ini. Semoga Alah SWT memberi kekuatan dan selalu membimbing kita untuk tetap istiqomah di jalan-Nya sehingga dapat mencapai syurga-Nya dan dijauhkan dari siksa neraka-Mu ya Allah.karena kami sangat takut akan siksa neraka-Mu ya Allah
 — with Bujang Senang.

Adakah Ini Maksud Sebenar Jenama "PEPSI"?

Aku Stress Giler: OMG : Adakah Ini Maksud Sebenar Jenama "PEPSI"?: Para cendekiawan Islam Timur Tengah menyatakan mereka tidak akan pernah menarik balik pernyataannya bahawa Pepsi Cola secara asasnya ...

http://akustressgiler.blogspot.com/2012/08/omg-adakah-ini-maksud-sebenar-jenama.html?spref=bl

Friday 3 August 2012

KEHEBATAN AL IMAM ABU HANIFAH BERDEBAT DENGAN ATHEIS



Soalan Pertama

“Pada zaman bilakah Tuhan kamu dilahirkan?”

Al-Imam Abu Hanifah tersenyum lalu menjawab :

“Allah taala tidaklah sesuatu yang dilahirkan. Jika Dia dilahirkan sudah tentu Dia punya bapa, Allah

 juga tidak melahirkan. Jika Dia melahirkan maka sudah tentu Dia punya anak”


Soalan Kedua

“ Kalau begitu, bilakah pula Tuhan kamu wujud?”

Al-Imam Abu Hanifah seraya menjawab :

“ Allah taala itu wujud sebelum adanya zaman, Sedangkan zaman itu sendiri adalah ciptaanNya,

 mana mungkin pencipta wujud selepas makhluk ciptaanNya”


Soalan Ketiga

“ Cuba kamu berikan kepada kami sedikit gambaran tentang kewujudan Tuhan kamu yang tiada 

permulaan ini. Bagaimana mungkin sesuatu itu ada tanpa ada permulaannya?"

Al-Imam Abu Hanifah menjawab :

“ Kamu pandai mengira?”

Kelompok Atheis itu menjawab :

“ Tentu sekali kami pandai mengira”

Al-Imam Abu Hanifah meneruskan ucapannya:

“Bolehkah kamu beritahu aku apakah nombor sebelum nombor 4?”

Mereka menjawab : “ Nombor 3”

Al-Imam Hanifah : “ Nombor sebelum 3?”

Mereka menjawab : “Nombor 2”

Al-Imam Abu Hanifah : “Nombor sebelum 2?”

Mereka menjawab : “Nombor 1”

Al-Imam Abu Hanifah : “ Nombor sebelum 1?”

Mereka menjawab : “Tiada”

Al-Imam Abu Hanifah tersenyum lalu memberikan penerangan :

“Nah, kamu sendiri mengakui bahawa nombor 1 sendiri sebelumnya tiada mulanya. Nombor yang 

merupakan ciptaan Allah ini sendiri kamu akui bahawa tiada permulaan baginya. Apatah lagi 

pencipta kepada Nombor itu sendiri?”

Terpinga-pinga kelompok Atheis tersebut dengan jawapan yang padat dan bernas daripada al-Imam 

Hanifah. Ternyata mereka silap perkiraan bilamana berhadapan dengan anak muda ini. Pada mulanya 

mereka merasakan bahawa anak muda ini mudah dikalahkan, namun telahan mereka ternyata 

menyeleweng. Mereka perlu lebih berhati-hati.

Persoalan diteruskan.


Soalan Keempat

“Tahniah anak muda di atas jawapanmu sebentar tadi. Jangan sangka kamu berada di dalam keadaan 

yang selesa. Baik, tolong kamu terangkan kepada kami, pada bahagian manakah Tuhan kamu 

mengadap?”

Al-Imam Abu Hanifah : “ Jika aku bawa sebuah pelita yang dicucuh dengan api ke sebuah tempat 

yang gelap, pada arah manakah cahaya pada api tersebut mengadap?”

Mereka menjawab : “ Cahaya itu tentulah akan menerangi keseluruhan arah”

Al-Imam Abu Hanifah menjawab : “ Jika cahaya yang diciptakannya itu pun kamu semua tidak 

mampu menerangkan pada arah manakah ia mengadap, inikan pula Sang Pemilik cahaya langit dan 

bumi ini sendiri?”

Kesemua hadirin yang mendengar jawapan daripada al-Imam Abu Hanifah bersorak kegembiraan . 

Kagum mereka dengan kepetahan anak muda itu.


Soalan Kelima

“Bolehkah kamu terangkan kepada kami, bagaimana zat Tuhan kamu? Adakah ianya keras seperti 

besi? Atau jenis yang mengalir lembut seperti air? Atau ianya jenis seperti debu dan asap?"

Al-Imam sekali lagi tersenyum. Beliau menarik nafas panjang lalu menghelanya perlahan-lahan. 

Lucu sekali mendengar persoalan kelompok Atheis ini. Orang ramai tertunggu-tunggu penuh 

debaran apakah jawapan yang akan diberikan oleh Sang Anak Muda.

Al-Imam Abu Hanifah menjawab : “Kamu semua tentu pernah duduk disebelah orang yang sakit 

hampir mati bukan?”

Mereka menjawab : “ Tentu sekali”

Al-Imam meneruskan : “ Bilamana orang sakit tadi mati. Bolehkah kamu bercakap dengannya?”

Mereka menjawab : “ Bagaimana mungkin kami bercakap dengan seseorang yang telah mati?”

Al-Imam meneruskan : “ Sebelum dia mati kamu boleh bercakap-cakap dengannya , namun selepas 

dia mati, terus jasadnya tidak bergerak dan tidak boleh bercakap lagi. Apa yang terjadi sebenarnya?”

Mereka tertawa lalu memberikan jawapan: “ Adakah soalan seperti ini kamu tanyakan kepada kami 

wahai anak muda? Tentu sekali seseorang yang mati itu tidak boleh bercakap dan bergerak . Ini 

kerana ruhnya telah terpisah daripada jasadnya.”

Al-Imam Abu Hanifah tersenyum mendengar jawapan mereka lalu berkata: “Baik, kamu mengatakan bahawa ruhnya telah terpisah daripada jasadnya bukan? Bolehkah kamu sifatkan kepada aku sekarang, bagaimanakah bentuk ruh tersebut. Adakah ianya keras seperti besi, atau ianya mengalir lembut seperti air atau ianya seperti asap dan debu yang berterbangan?”

Tertunduk kesemua Atheis tersebut bilamana mendengar persoalan al-Imam Abu Hanifah tersebut. 

Ternyata olokan mereka sebentar tadi kembali tertimpa ke atas mereka.

Mereka menjawab dengan keadaan penuh malu : “ Maaf, tentu sekali kami tidak dapat mengetahui 

bagaimana bentuknya”

Al-Imam Abu Hanifah lalu meneruskan bicaranya: “ Jika makhluknya seperti ruh itu pun kamu tidak 

mampu untuk menerangkannya kepada aku. Bagaimana mungkin kamu ingin menyuruh aku 

menerangkan bagaimana bentuk Tuhan Pemilik Ruh serta sekalian alam ini?”


Soalan Keenam

“ Dimanakah Tuhan kamu duduk sekarang?”

Al-Imam Abu Hanifah kembali bertanyakan soalan kepada mereka : “ Jika kamu membancuh susu, 

tentu sekali kamu mengetahui bahawa di dalam susu tersebut ada terdapat lemak bukan? Bolehkah 

kamu terangkan kepada saya, dimanakah tempatnya lemak tersebut berada?"

Mereka menjawab : “ Kami tidak dapat menerangkan kepadamu dengan tepat kedudukan lemak di 

dalam susu tersebut. Ini kerana lemak itu mengambil keseluruhan bahagian susu tersebut.”

Al-Imam Abu Hanifah seraya berkata : “ Kamu sendiri lemah di dalam memberikan jawapan 

terhadap persoalan aku sebentar tadi. Jika lemak di dalam susu pun tiada tempat yang khusus 

baginya, masakan pula kamu ingin mengatakan bahawa Tuhan Pemilik Arasy itu ada tempat duduk 

khusus bagiNya? Sungguh aku pelik dengan persoalan-persoalan kamu ini”


Soalan Ketujuh

“ Kami pelik bagaimana jika masuk ke dalam syurga ada permulaannya ( iaitu selepas dihisab oleh 

Allah taala di padang Mahsyar) namun bilamana sudah berada di dalamnya maka tiada lagi 

pengakhirannya ( maksudnya tiada kesudahannya dan akan selama-lamanya di dalam syurga)??”

Al-Imam Abu Hanifah tersenyum lagi lalu menjawab : “ Mengapa kamu pelik dengan perkara 

tersebut. Cuba kamu lihat pada nombor . Ianya bermula dengan nombor satu bukan? Namun 

bolehkah kamu terangkan kepada aku apakah nombor yang terakhir di dalam senarai nombor?”

Terkelu kelompok Atheis ini untuk memberikan jawapan. Tentu sekali nombor tiada kesudahannya.

Al-Imam tersenyum melihat kelompok Atheis ini terkebil-kebil tidak mampu memberikan jawapan. 

Kemudian Beliau menyambung bicaranya : “ Nah , kamu sendiri tidak mampu untuk menerangkan 

kepadaku apakah nombor terakhir bukan? Jawapannya sudah tersedia di hadapan mata kepala kamu”


Soalan Kelapan

“ Kami ingin bertanya lagi, bagaimana mungkin seseorang di dalam syurga menurut Nabi kamu tidak

akan kencing dan berak. Sedangkan mereka juga makan dan minum? Ini adalah perkara yang tidak 

masuk akal”

Al-Imam Abu Hanifah tenang membetulkan kedudukannya. Lalu beliau menjawab : “ Aku dan kamu 

sebelumnya pernah berada di dalam perut ibu sebelum dilahirkan bukan? Sembilan bulan di dalam 

perut ibu, kita juga makan daripada hasil darah ibu kita. Persoalanku, adakah kamu buang air kecil 

dan besar di dalam perut ibumu? Sedangkan kamu juga makan di dalamnya?”

Sekali lagi kelompok ini terdiam membisu seribu bahasa. Padat sekali jawapan anak muda ini. 

Akhirnya mereka mengakui bahawa tiada lagi persoalan yang ingin ditanyakan malah kesemuanya 

telah dipatahkan oleh al-Imam Abu Hanifah dengan penuh berhikmah.


Baghdad kembali berseri selepas peristiwa tersebut. Anak muda itu semakin dikenali malah terus 

menerus namanya disebut orang sehinggalah ke hari ini. Walau sudah hampir ribuan tahun beliau 

meninggalkan kita. Namun namanya disebut orang seolah-olah beliau masih hidup di sisi kita. Al-

Fatihah buat al-Imam al-A’dzam Abu Hanifah Nu’man bin Thaabit radhiyallahu anhu serta kepada 

seluruh gurunya dan kesemua muslimin dan muslimat sama ada yang amsih hidup atau yang telah 

wafat. Al-Fatihah.


*******

Ada juga kisah yang saya dengar bahawa soalan terakhir yang ditanyakan oleh kelompok tersebut 

kepada Sang Imam bilamana mereka telah mati kutu dan sudah terlampau malu ialah berkenaan : 

“Jika kamu terlalu bijak , apakah yang dilakukan oleh Tuhanmu sekarang?”

Maka al-Imam menjawab dengan tenang.

“ Sebelum aku memberikan jawapan kepadamu, eloklah kiranya kita bertukar tempat. Ini kerana 

kamu berada pada tempat yang tinggi sedang aku berada di bawah. Jawapan hanya boleh diberikan 

bilamana aku berada di atas mengambil alih tempatmu”


Athies itu lalu bersetuju dengan cadangan al-Imam tersebut. Lalu mereka bertukar tempat. Al-Imam 

naik ke atas, manakala sang Atheis turun ke bawah.

Bilamana al-Imam sudah berada di atas . Terus beliau menjawab : “Kamu bertanya sebentar tadi 

apakah yang Tuhanku lakukan sekarang bukan? Jawapannya ialah, Tuhanku sedang meninggikan 

yang Haq (dengan menaikkan al-Imam ke atas ) dan menurunkan yang Batil (dengan menurunkan 

Atheis tersebut ke bawah).



Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...