Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Thursday 31 January 2013

Mursi dan Erdogan Dukung Perjuangan Rakyat Palestin

Mursi dan Erdogan Dukung Perjuangan Rakyat Palestin: Presiden Mursi menegaskan bahawa Mesir tidak akan meninggalkan Gaza sendirian, kerana Gaza menghadapi tragedi kemanusiaan. Beliau menyampaikan kenyataan ringkasnya selepas ...

Berlindung Dari Roket Palestin, Israel Gunakan Pohon. Bukti Ramalan Rasulullah.

Berlindung Dari Roket Palestin, Israel Gunakan Pohon. Bukti Ramalan Rasulullah.: Tentera Israel tidak hanya menggunakan teknologi canggih seperti sistem anti peluru berpandu Iron Dome untuk menghadapi serangan roket dari Jalur ...

Menarik Mengenai Adolf Hitler

Menarik Mengenai Adolf Hitler: Menarik Mengenai Adolf Hitler | Fakta -fakta menarik Mengenai Hitler.

1. Hitler adalah seorang yang sangat menjaga maruahnya, apabila beliau mandi,tidak ...

Keadaan Apabila Diseru Meniti Titian SIRATULMUSTAQIM!

Keadaan Apabila Diseru Meniti Titian SIRATULMUSTAQIM!: Allah s.w.t menyeru,

3 Jenis Makanan Dalam Neraka

3 Jenis Makanan Dalam Neraka: Neraka merupakan suatu tempat yang wajib diyakini oleh umat Islam sebagai satutempat pembalasan yang mempunyai kesengsaraan abadi setelah mati. Jika ...

Tuesday 29 January 2013

13 Fakta Mengenai Jin

13 Fakta Mengenai Jin: Fakta tentang Jin


1) Jin berasal dari Jan (Bapak Jin) dan gelarannya Azazil. Dicipta dari api (biru), dan telah beramal puluh ribu tahun lamanya .

2) ...

Monday 28 January 2013

10 Petanda Mental Anda Tidak Seimbang

10 Petanda Mental Anda Tidak Seimbang: Jika ditanya adakah mental kita seimbang, pasti semua orang tidak kira lelaki atau perempuan menyatakan mereka dalam keadaan stabil. Akan ...

Thursday 24 January 2013

Salam Maulidur Rasul

Salam Maulidur Rasul: Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Firman Allah SWT yang bermaksud :

Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri ...

Monday 21 January 2013

Aku Stress Giler: Superb : "Mimic Octopus" Sotong Yang Mampu Meniru ...

Aku Stress Giler: Superb : "Mimic Octopus" Sotong Yang Mampu Meniru ...: Mimic Octopus ialah satu spesis sotong kurita yang mempunyai kelebihan luar biasa iaitu meniru dan berubah bentuk dan warna menjadi 15...

Lelaki Mencuba Rasa Kesakitan Bersalin

Lelaki Mencuba Rasa Kesakitan Bersalin: Dua penyampai berita Belanda, Dennis Storm dan Valerio Zena mahu merasai kesakitan yang dialami oleh kaum hawa ketika melahirkan anak.

Bagi ...

Kisah Benar : Kisah Ular Tunggu Mayat

Kisah Benar : Kisah Ular Tunggu Mayat: Kisah ular hitam menunggu mayat. (Kisah Benar) 

Suatu cerita yang telah berlaku beberapa tahun dulu di Makkah.. Kisah Benar…, kisah yang ...

Anda Fikir Anda Selalu Bernasib Malang? Baca Ini!

Anda Fikir Anda Selalu Bernasib Malang? Baca Ini!: Korang merasakan korangla insan paling malang hari ini... Iye ke? Bacelah kisah orang-orang malang yang kemungkinan besar berkali-kali ganda malang ...

Aneh Durian Berbuah Di Pangkal Pokok

Aneh Durian Berbuah Di Pangkal Pokok: Durian adalah dipercayai berasal dari Gugusan Kepulauan Melayu. Spesis lain yang terdapat di Malaysia adalah daripada jenis Durio, termasuk Durio ...

Sunday 20 January 2013

Jom Tengok Alam Semulajadi Yang Indah Di Iran

Jom Tengok Alam Semulajadi Yang Indah Di Iran: Cantik kan? Subhanallah, Maha Suci Allah yang menjadikan langit dan bumi dengan sebegitu indah!






















sumber: http://wwwsaja-saja.blogspot.com/



Sumber

Siapakah Golongan Yang Benar Di Akhir Zaman

Siapakah Golongan Yang Benar Di Akhir Zaman: Kita sering tertanya-tanya siapakah umat akhir zaman dan siapa pula golongan ghuraba yang disebut dalam hadis nabi? Apakah yang telah ...

Aku Stress Giler: Seram : Apakah Yang Sedang Berlaku Di UiTM Lendu? ...

Aku Stress Giler: Seram : Apakah Yang Sedang Berlaku Di UiTM Lendu? ...: Dua tiga hari ni tengah heboh pasal UiTM Lendu.. Apakah sebenarnya yang terjadi kat UiTM Lendu ni? Terdengan banyak cerita terutama di b...

Saturday 19 January 2013

Aku Stress Giler: Serius : Ribut Salji Melanda Padang Pasir Arab Sau...

Aku Stress Giler: Serius : Ribut Salji Melanda Padang Pasir Arab Sau...: Sesuatu yang aneh terjadi pada Rabu lalu (9/1/2013) di Arab Saudi. Worldbulletin menyiarkan berita bahawa Tabuk—salah satu lokasi perang ...

Siapakah Wanita Pertama Masuk Syurga?

Siapakah Wanita Pertama Masuk Syurga?: Pada suatu hari Fatimah bertanya Rasulullah, siapakah perempuan pertama yang bakal masuk syurga. Baginda menjawab, seorang wanita yang bernama Muti’ah. ...

42 Kelebihan Selawat Ke Atas Nabi

42 Kelebihan Selawat Ke Atas Nabi: Al-Sheikh Abdul Qadir Al-Jelani Al-Hasani, Quddisasirruhu menyatakan kelebihan berselawat ke atas nabi di dalam kitabnya Al-Safinah al-Qadiriyah. Beliau meriwayatkan drpd ...

14 Rahsia Berumur Panjang

14 Rahsia Berumur Panjang: Lembah HUNZA mula aku kenali melalui katalog sebuah syarikat MLM. Aku bukan takjub dengan produk yang ditawarkan, tetapi tertanya-tanya keistimewaan orang ...

Misteri Jeritan Dikeluarkan Bintang Apabila Ditelan Lubang Hitam Di Angkasa

Misteri Jeritan Dikeluarkan Bintang Apabila Ditelan Lubang Hitam Di Angkasa: Pernah dengar bagaimana bunyinya bintang menjerit?

Baru-baru ini saintis telah merekodkan bunyi terakhir yang dikeluarkan oleh sebutir bintang yang ditelan oleh ...

Kenapa Sebahgian Lelaki Takut Menjadi Imam Ketika Solat?

Kenapa Sebahgian Lelaki Takut Menjadi Imam Ketika Solat?: Bukan senang nak jadi imam, seriously, maaflah acik taip ini bukan untuk memalukan kaum lelaki dan bukan tujuan untuk menunjuk-nunjuk ...

Tapak Masjidil Aqsa Yang Sebenar

Tapak Masjidil Aqsa Yang Sebenar: Semua yang berada di dalam garisan kuning di atas adalah al-Masjid al-Aqsa



Al-Masjid al-Aqsa adalah merupakan masjid ketiga tersuci di dalam ...

Tuesday 15 January 2013

Monday 14 January 2013

Kenapa Burung Tidak Hinggap Di Atas Kaabah?

Kenapa Burung Tidak Hinggap Di Atas Kaabah?: Kenapa Burung Tidak Hinggap Di Atas Kaabah? - Pada siang hari Kaabah akan nampak kecil & rendah tpi pada malam hari ...

Syiah Bukan Islam

Syiah Bukan Islam: SEMEMANGNYA telah terkenal di sisi Ahli Sunnah wal Jamaah bahawa syiah adalah ajaran sesat dan menyimpang dari Islam. Syiah adalah ...

Sunday 13 January 2013

Cara Rasulullah Tidur

Cara Rasulullah Tidur: Seorang yang berusia 60 tahun akan menghabiskan masa lebih kurang 20 tahun untuk tidur. Sekiranya dia tidur mengikut Sunnah Rasullullah ...

Keadaan Apabila Kita Diseru Meniti Titian Siratulmustaqim

Keadaan Apabila Kita Diseru Meniti Titian Siratulmustaqim: Apa yang bakal saya kongsikan telah berjaya membuatkan air mata saya mengalir.Cuba kita fikir,hidup kita ni makin lama makin singkat,dan ...

Aku Stress Giler: Superb : [Video] Wajib Tonton - Perkara Yang Tidak...

Aku Stress Giler: Superb : [Video] Wajib Tonton - Perkara Yang Tidak...: Seriously, video ni memang sangat2 bermanfaat dan sangat LAWAK.. Korang semua mesti tengok... Respek kat mamat 3 orang yang buat video ...

Proses Penentuan Jantina Mengikut Al-Quran

Proses Penentuan Jantina Mengikut Al-Quran: Dalam surah an-Najm ayat 45-46, Allah menjelaskan, “Dialah yang menciptakan kamu berpasang-pasangan, lelaki dan perempuan, daripada nuthfah, apabila dipancarkan.”

Nuthfah, mengikut tafsiran yang ...

Aku Stress Giler: Serius : Cuba Teka Berapa Umur Kanak-Kanak Ini (4 ...

Aku Stress Giler: Serius : Cuba Teka Berapa Umur Kanak-Kanak Ini (4 ...: MARYLAND 11 Jan. - Sekilas pandang fizikal Brooke Greenberg seperti seorang bayi, walaupun dia kini sudah berusia 20 tahun. Walaupun, um...

Aku Stress Giler: Artis : Siapakah Lelaki Di Sebalik Maskot ALONG? (...

Aku Stress Giler: Artis : Siapakah Lelaki Di Sebalik Maskot ALONG? (...: Bagi mereka yang lahir tahun 80an dan 90an. pasti familiar dengan rancangan kucing yang boleh bercakap iaitu ALONG. Along ni ada adik du...

Aku Stress Giler: Info : Rupa Minuman Keras Di Bawah Mikroskop (11 G...

Aku Stress Giler: Info : Rupa Minuman Keras Di Bawah Mikroskop (11 G...: Sebuah syarikat bernama Bevshots telah menghasilkan satu siri gambar minuman keras di bawah mikroskop di makmal kimia Florida State Uni...

Aku Stress Giler: Cool : Dua Pemimpin Dunia Yang Menghafal Al-Quran ...

Aku Stress Giler: Cool : Dua Pemimpin Dunia Yang Menghafal Al-Quran ...: Hafiz (penghafal Al-Quran) dan juga pemimpin negara. Itulah dua gelaran yang disandang oleh Mohammed Mursi dan Ismail Haniya. Mursi te...

Aku Stress Giler: Info : Jom Kenali Brigade Izzuddin al Qassam @ Bri...

Aku Stress Giler: Info : Jom Kenali Brigade Izzuddin al Qassam @ Bri...: JIKA : Britain mempunyai British Special Air Service (SAS), Amerika Syarikat dengan Navy Seals & Israel dengan Shayetet 13, Pales...

Aku Stress Giler: OMG : Saintis Dedah Imej Sotong Gergasi Yang Dirak...

Aku Stress Giler: OMG : Saintis Dedah Imej Sotong Gergasi Yang Dirak...: TOKYO - Beberapa saintis menyatakan mereka berjaya merakamkan gambar seekor sotong gergasi sepanjang kira-kira lapan meter di dasar Laut...

Aku Stress Giler: Cool : Ikan Yang Boleh Memanjat Air Terjun Menggun...

Aku Stress Giler: Cool : Ikan Yang Boleh Memanjat Air Terjun Menggun...: VIVAnews - Para penyelidik telah menemui sejenis spesies ikan yang berperilaku unik di Hawaii, Amerika Syarikat. Ikan kecil ini dikatak...

Aku Stress Giler: Info : Sejarah & Asal Usul Lambang Bintang Bucu En...

Aku Stress Giler: Info : Sejarah & Asal Usul Lambang Bintang Bucu En...: Ketika Salahuddin al-Ayubi dapat mengalahkan tentera salib di Jerusalem , beliau membawa dua mimbar dari Halab ( Aleppo ) Syria , tempat...

Aku Stress Giler: Info : "Terracotta Warriors", Misteri Pahlawan Mak...

Aku Stress Giler: Info : "Terracotta Warriors", Misteri Pahlawan Mak...: Pada tahun 1974, seorang petani telah menemui makam Maharaja Qin, satu daripada tinggalan arkeologi terhebat semasa menggali perigi ber...

Siapakah Yang Kerap Menziarahi Kita?

Siapakah Yang Kerap Menziarahi Kita?: Kematian adalah suatu pengalaman yang wajib ditempuhi oleh setiap manusia. Ianya tidak kira dari golongan mana, agama atau martabat. Cuma ...

Fenomena Tanah 7 Warna Di Mauritius

Fenomena Tanah 7 Warna Di Mauritius: Menakjubkan apabila di sebuah kawasan kecil perhampiran Chamarel, Mauritius, terdapat tanah yang mempunyai 7 warna yang menyerupai corak pelangi.
Kawasan yang ...

Jari Yang Sunnah Diletakkan Cincin

Jari Yang Sunnah Diletakkan Cincin: Bagi wanita tiada tempat yang khusus diletakkan. Terpulang kepada mereka untuk memakai cincin dimana sahaja anggota. Samada di kesemua jari ...

Petua Mendidik Anak Menghormati Ibu Bapa

Petua Mendidik Anak Menghormati Ibu Bapa: 1. Jika si ibu marahkan anak, bapa mesti diam dan jangan campur tangan semasa anak itu dimarahi. Begitulah sebaliknya. Jika ...

(Kisah Nabi Ibrahim) Antara Burung dan Cicak

(Kisah Nabi Ibrahim) Antara Burung dan Cicak: Sebuah kisah di zaman Nabi Ibrahim, semasa Nabi Ibrahim dibakar oleh kaumnya, seekor burung kecil terbang berulang alik mengisi air ...

Saturday 12 January 2013

Seramai 20 Orang Yahudi Memeluk Islam Setiap Tahun

Seramai 20 Orang Yahudi Memeluk Islam Setiap Tahun: Sebuah kajian yang dilakukan oleh Isaac Ritter Profesor Pusat Pengajian Jerusalem menyatakan bahawa sekurang-kurangnya 20 warga Yahudi Israel memeluk Islam ...

Friday 11 January 2013

Firaun juga tahu Kebenaran Kalimah Tauhid?

Firaun juga tahu Kebenaran Kalimah Tauhid?: Siapa yang tidak kenal akan Firaun... Dari orang dewasa sehinggalah kanak-kanak mereka semua mengenali Firaun Laknatullah itu. Cerita mengenai Firaun ...

Sebaik-baik Raja Dan Tentera

Sebaik-baik Raja Dan Tentera: Pada kali pertama solat Jumaat hendak didirikan, timbul pertanyaan siapa yang layak menjadi imam. Baginda Sultan Muhammad al-Fateh, memerintahkan kesemua ...

Mengucap Demi Wang: Memeluk Islam Lebih 3 Kali

Mengucap Demi Wang: Memeluk Islam Lebih 3 Kali: Sepang: Lima beranak mualaf disyaki memeluk Islam dengan bermotifkan wang selepas dikesan melafaz kalimah syahadah sebanyak empat kali di masjid ...

Wednesday 9 January 2013

Mengapa Lantai Masjidil Haram Tidak Panas

Mengapa Lantai Masjidil Haram Tidak Panas: Assalammualaikum wbt kepada pembaca yang dirahmati Allah,

Secara kebiasaannya, lantai yang terdedah kepada cahaya panas terik matahari akan mengalami suhu kepanasan ...

Siapa Pol Pot??

Siapa Pol Pot??: Saloth Sar atau lebih dikenali sebagai Pol Pot
Siapa Pol Pot? Pol Pot atau Saloth Sar (9 Mei 1925 – 15 ...

Monday 7 January 2013

Misteri Terowong di Bukit Senjuang Melaka

Misteri Terowong di Bukit Senjuang Melaka: Kota St. John di Bukit Senjuang ini merupakan sebuah tapak bersejarah yang terletak kira-kira 3 kilometer dari Bandaraya Melaka. Ia merupakan ...

Sunday 6 January 2013

Syaitan Mengejutnya Untuk Solat?

Syaitan Mengejutnya Untuk Solat?: Satu hari, akibat keletihan yang amat sangatSyeikh Abdul Qadir al-Jilani hampir terlewat bangun tidur walaupun waktu subuh hampir tiba. Melihat keadaan ...

Ilmu Saka Boleh Sakiti Orang Lain Dan Diri Sendiri

Ilmu Saka Boleh Sakiti Orang Lain Dan Diri Sendiri: Membicarakan tentang SAKA adalah satu perkara sensitif. Sesuatu yang tidak nampak dan tidak mudah untuk diyakini. Masyarakat melayu memahami saka ...

Wednesday 2 January 2013

15 Ciri-Ciri Orang Syiah

15 Ciri-Ciri Orang Syiah: Penganut Syiah di Malaysia atau di Indonesia selalu bersembunyi dalam segala hal, terutama mereka mendakwa bahawa Syiah merupakan bahagian mazhab ...

Apa Yang Terjadi Kepada Kita Setelah Di Kuburkan?

Apa Yang Terjadi Kepada Kita Setelah Di Kuburkan?: Sesungguhnya mayat di dalam kubur akan melalui beberapa fasa perubahan. Berikut ini adalah fasa tersebut secara ringkas sejak malam pertama ...

Manusia Terakhir Yang Memasuki Syurga

Manusia Terakhir Yang Memasuki Syurga: Dari Abu Hurairah r.a. katanya:

Hari Akhirat

Arkib : 03 Januari 2013. GAMBARAN HARI KIAMAT


Gambar sekadar hiasan

Mengalir air mata Ku tanpa Ku sedari ketika membaca kisah ini... Astaughfirullah!!!

- Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.

- Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya “Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?” Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya “Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa.” Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yang Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.

- Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.

- Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut “Ajbuz Zanbi” yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.

- Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.

- Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.

- Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.

- Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah S.W.T. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.

- Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.

- Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad S.A.W. bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.

- Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah :
  1. Pemimpin yang adil.
  2. Orang muda yang taat kepada perintah Allah.
  3. Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.
  4. Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.
  5. Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata “Aku takut pada Allah”.
  6. Lelaki yang bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).
  7. Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.
- Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara “pergilah berjumpa dengan para Nabi”. Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah S.W.T. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah S.A.W. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.

- Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad S.A.W. ke hadrat Allah S.W.T. Lalu diperkenankan doa baginda.

- Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga ‘Arasy itu tiba dibumi.

- ‘Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.

- Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari ‘Arasy umpama cincin ditengah padang. Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.

- Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & ‘Atid / Kiraman Katibin.

- Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.

- Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad S.A.W, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.

- Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.

- Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.

- Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad S.A.W. dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.

- Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.

- Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata-kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta’ala dengan Maha Bijaksana.

- Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.

- Syafaat Nabi Muhammad S.A.W. di akhirat :
  1. Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.
  2. Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.
  3. Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.
(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah S.W.T.)

Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70,000 orang yang lain.

Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.

Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15,000 tahun. 5,000 tahun menaik, 5,000 tahun mendatar dan 5,000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.

Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1,000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.

Rujukan: Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al- Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.

Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW: ❝Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat.❞ Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :

① Sedekah/amal jariahnya.
② Doa anak²nya yang soleh.
③ Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.

SALAM UKHWAH FILLAH..Sebarkan Cinta Sebarkan Doa....

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...