Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Saturday 27 April 2013

Aku Stress Giler: Sadis : Seekor Koala Bear Yang Kehilangan Habitatn...

Aku Stress Giler: Sadis : Seekor Koala Bear Yang Kehilangan Habitatn...: Seekor Koala Bear Yang Kehilangan Habitatnya. Seekor koala bear kelihatan sangat sedih selepas habitatnya telah dimusnahkan oleh syarikat p...

Aku Stress Giler: Cool : Jom Tengok Stereng Kereta Lumba Formula 1 (...

Aku Stress Giler: Cool : Jom Tengok Stereng Kereta Lumba Formula 1 (...: Gambar-gambar kat bawah ni merupakan stereng kereta lumba Formula 1. Kepada yang tak pernah tengok, boleh usha gambar-gambar kat bawah ni. ...

Aku Stress Giler: Superb : Gua Berwarna-Warni Di Russia Diiktiraf UN...

Aku Stress Giler: Superb : Gua Berwarna-Warni Di Russia Diiktiraf UN...: Di Russia, terdapat sebuah gua ajaib yang berwarna warni. Gua ais ini terletak di Semenanjung Kamchatka.  Gua ais semulajadi ini telah d...

Aku Stress Giler: Cool : Kecantikkan Fungus Yang Pasti Buat Anda #Wo...

Aku Stress Giler: Cool : Kecantikkan Fungus Yang Pasti Buat Anda #Wo...: Kecantikkan Fungus Yang Pasti Buat Anda #WoW. Dunia ini memang penuh dengan kecantikkan.

Aku Stress Giler: WTF : Lelaki Diusir Kerana Terlalu Handsome Di Ara...

Aku Stress Giler: WTF : Lelaki Diusir Kerana Terlalu Handsome Di Ara...: Lelaki Diusir Kerana Terlalu Handsome Di Arab Saudi. Menurut sumber terdapat tiga orang dari Arab Saudi telah diusir dari satu majlis di...

Aku Stress Giler: Cool : Keindahan Letusan Gunung Berapi Di Rusia (8...

Aku Stress Giler: Cool : Keindahan Letusan Gunung Berapi Di Rusia (8...: Keindahan Letusan Gunung Berapi Di Rusia. Gunung berapi The Plosky Tolbachik terletak di timur Rusia dan telah meletus sejak dari Novembe...

Sunnah Nabi Setelah Majlis Akad Nikah

Sunnah Nabi Setelah Majlis Akad Nikah: Ustaz Don Kahwin



Tidak ramai orang mengamalkan sunnah ini. Bacalah doa ini sambil menyentuh atau meletakkan tanganmu diubun-ubun isterimu selepas ...

Sunday 21 April 2013

Hukum Mengahwini Wanita Hamil Kerana Terlanjur Berzina

Hukum Mengahwini Wanita Hamil Kerana Terlanjur Berzina: Telah disepakati oleh para ulamak bahawa harus seorang lelaki mengahwini wanita yang dizinainya. Ibnu ‘Abbas r.a. pernah ditanya berkenaan seorang ...

Kerugian Bagi Wanita Yang Menolak Perkahwinan

Kerugian Bagi Wanita Yang Menolak Perkahwinan: Kerugian Bagi Wanita Yang Menolak Perkahwinan

Sepertimana yang diberitakan kepada kita oleh akhbar Berita Harian, hari ini terdapat segolongan wanita yang ...

Thursday 18 April 2013

5 Perkara Bawa Wanita Ke Syurga

5 Perkara Bawa Wanita Ke Syurga: Perkara yang membawa seseorang wanita kepada keselamatan dan kebahagiaan dunia dan akhirat. Antaranya, hendaklah melaksanakan kewajipan agama.
Dalam sebuah hadis riwayat ...

4 Golongan Lelaki Ditarik Wanita Ke Neraka

4 Golongan Lelaki Ditarik Wanita Ke Neraka: 4 Golongan Lelaki Ditarik Wanita Ke Neraka

Seseorang wanita itu apabila di yaumal alkhirat akan menarik empat golongan lelaki bersamanya ke ...

Monday 15 April 2013

Terminal Bersepadu Selatan (TBS) Ikon Pemodenan Pengangkutan Awam

Arkib : 15 April 2013

Oleh KAMIL MASLIH


Terminal Bersepadu Selatan di Bandar Tasik Selatan yang menjadi mercu tanda baharu kejayaan negara dalam sistem pengangkutan moden.

Kuala Lumpur 14 April- Terminal Bersepadu Selatan-Bandar Tasik Selatan (TBS-BTS) merupakan mercu tanda baharu bagi kejayaan negara dalam memodenkan lagi sistem pengangkutan awam. Stesen bas bersepadu bagi perkhidmatan bas ke selatan Semenanjung Malaysia ini mempunyai kelengkapan infrastruktur dan prasarana yang bertaraf antarabangsa Malah, sebahagian daripada pengguna begitu mengagumi TBS-BTS sehingga meletakkannya setanding dengan kemudahan yang disediakan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang.

Objektif utama TBS-BTS adalah untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas di ibu kota dan konsisten dengan inisiatif Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) dan 'KL Greater Plan'. Terminal itu menyediakan perkhidmatan bas secara bersepadu untuk destinasi di selatan Semenanjung iaitu Negeri Sembilan, Melaka, dan Johor di samping negara Singapura.

Mula beroperasi pada 1 Januari 2011, TBS-BTS dikendalikan oleh Maju Terminal Management and Services Sdn. Bhd. (Maju TMAS), sebuah syarikat subsidiari milik penuh Maju Holdings Sdn. Bhd.
Syarikat yang dilantik oleh kerajaan itu memainkan peranan agar pengusaha bas menikmati penggunaan terminal secara percuma tanpa dibebani kos operasi.

Dibina di kawasan berkeluasan 1.026 juta kaki persegi, TBS-BTS yang mempunyai enam tingkat itu direka untuk menampung sehingga 40,000 penumpang dan 3,000 perjalanan bas setiap hari. Terminal itu mempunyai 19 kawasan perlepasan bas, 18 kawasan ketibaan bas serta 31 ruang untuk teksi jarak jauh. Kelebihan yang dimiliki TBS-BTS adalah turut memiliki kawasan ruang legar bas yang dilengkapkan dengan kantin, surau, tandas dan pas minyak khusus untuk pemandu berehat dan menyegarkan diri bagi perjalanan jauh.

TBS-BTS juga mempunyai jaringan dengan pengangkutan awam bandar raya dengan kemudahan jambatan pejalan kali untuk khidmat penukaran kepada KTM Komuter, Express Rail Link (ERL) untuk ke KLIA dan Rapid KL bagi rel bersepadu dan rangkaian bas.

Kemudahan yang disediakan di TBS-BTS turut merangkumi 1,269 kawasan tempat letak kereta dengan bayaran RM3 sehari serta 350 kawasan untuk kenderaan motosikal. Terminal itu juga menyediakan tempat letak kereta khas untuk orang kurang upaya dan pemandu wanita. Ciri eksklusif yang dimiliki TBS-BTS adalah kawasan ketibaan dan perlepasan yang berhawa dingin dengan 1,800 kerusi menunggu serta lengkap dengan kemudahan WiFi percuma. Sebanyak 60 kedai runcit, makanan, dan minuman turut ditempatkan di terminal itu di samping khidmat Klinik 1Malaysia dan Perkhidmatan Pelanggan yang dibuka 24 jam sehari, tujuh hari seminggu.

Terminal itu juga memiliki paparan elektronik untuk sistem makluman awam bagi memudahkan akses penumpang kepada nombor bas, jadual masa, berlepas dan nombor kawasan bas. Selain ruang menunggu eksekutif untuk berehat dalam suasana selesa dan bergaya, terminal itu dilengkapi dengan kemudahan untuk orang kurang upaya dengan jubin berarah yang dibina khas, serta kemudahan kaunter, tandas, lif dan tanjakan. Turut disediakan adalah kemudahan tempat simpan bagasi, kemudahan mesin wang serta kemudahan motel transit.

Ciri moden yang turut dimiliki terminal itu adalah sistem pengumpulan sisa kumbahan secara automatik untuk memastikan kawasan sentiasa bersih. Dari segi keselamatan, TBS-BTS diawasi 542 kamera litar tertutup (CCTV) dan dilengkapkan balai polis yang diuruskan Unit Polis Bantuan Maju Holdings serta disokong Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan Rela.


Pautan artikel menarik yang berkaitan :-


1.88 juta tiket bas terjual sepanjang 2012


Penumpang bas membeli tiket di Terminal Bersepadu Selatan (TBS) Bandar Tasik Selatan.
KUALA LUMPUR 14 April - Berdasarkan statistik, sebanyak 1.88 juta tiket perjalanan bas telah berjaya dijual di Terminal Bersepadu Selatan-Bandar Tasik Selatan (TBS-BTS) untuk tempoh sepanjang 2012.

Jumlah berkenaan adalah peningkatan sebanyak 73.8 peratus berbanding tahun 2011 yang mencatatkan jualan sebanyak 1.08 juta tiket.
Di samping itu, sebanyak 306,154 perjalanan bas telah dicatatkan di TBS-BTS pada 2012 iaitu peningkatan sebanyak 21.1 peratus berbanding 252,736 perjalanan pada 2012.
Dari segi nilai kutipan tiket, jumlah yang dicatatkan pada tahun 2012 adalah sebanyak RM34.4 juta dan merupakan peningkatan sebanyak 61.1 peratus berbanding RM21.3 juta pada 2011.
Selain kemudahan kaunter tiket bersepadu dan kiosk e-tiket di terminal berkenaan, pengguna boleh membeli tiket perjalanan secara talian di laman web www.tbsbts.com.my sebagai usaha mencegah aktiviti penjualan tiket secara haram.
Pada masa kini, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telah pun mengiktiraf TBS-BTS sebagai ikon masa depan dan penanda aras bagi operasi terminal bas di negara ini.
Terminal itu juga dijangka berupaya mengendalikan destinasi lain pada masa hadapan seperti kawasan utara atau pantai timur Semenanjung untuk memaksimumkan penggunaan harian semasa.
TBS-BTS juga mencatatkan sejarah menjadi Operator Terminal Bersepadu yang pertama di Malaysia diperakui di bawah ISO 9001:2008 bagi 'Operasi dan Penyelenggaraan Terminal Bersepadu Selatan' oleh SIRIM Berhad.
Malah, TBS-BTS turut menepati piawaian antarabangsa oleh Sistem Pengurusan Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS) dan Sistem Pengurusan IQNet, United Kingdom.

Artikel Penuh: http://utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130415/dn_07/188-juta-tiket-bas-terjual-sepanjang-2012#ixzz2QXkYfif6
© Utusan Melayu (M) Bhd

Sunday 14 April 2013

Tidak semua kerajaan sama - PM

Oleh SAIFULIZAM MOHAMAD
pengarang@utusan.com.my


Najib Tun Razak menunjukkan tiket bas ekspres ke Johor Bahru yang dibelinya ketika membuat lawatan dan tinjauan di kaunter-kaunter tiket sewaktu Majlis Perasmian Terminal Bersepadu Selatan (TBS) di Bandar Tasik Selatan, Kuala Lumpur, semalam. Turut kelihatan, Ali Hamsa (kanan). - utusan/DJOHAN SHAHRIN SHAH

KUALA LUMPUR 14 April - Rakyat perlu bijak membuat keputusan pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) dengan mengekalkan kerajaan sedia ada dan tidak terpengaruh dengan dakyah pembangkang untuk mengubah kerajaan sekarang, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.
Hakikatnya, menurut Perdana Menteri, kerajaan yang diterajuinya berjaya membuktikan setiap pelaksanaan program khususnya melibatkan Dasar Transformasi Nasional menjurus kepada menjaga kepentingan rakyat.
Malah, beliau berkata, kewujudan kompleks Terminal Bersepadu Selatan (TBS) di Bandar Tasik Selatan di sini merupakan salah satu contoh bagaimana kerajaan sentiasa prihatin dengan masalah rakyat terutama dalam usaha menyediakan khidmat pengangkutan awam terbaik kepada warga kota.
''Ada orang kata bahawa semua kerajaan adalah sama. Bukti dan dalilnya adalah sebaliknya. Bukan semua kerajaan adalah sama. Ada kerajaan yang membawa kebaikan dan ada kerajaan yang disebabkan kurang kemampuan akan membawa kepada kekecewaan.
''Ada juga pihak tertarik dengan perkataan ubah. Soalnya adakah kita perlu mengubah kerajaan yang ada pada hari ini untuk mendapatkan keberhasilan diharapkan atau kita kekalkan kerajaan sedia ada kerana berjaya membuktikan keberhasilan yang mampu diperjuangkan (demi kesejahteraan rakyat),'' katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan kompleks TBS di Bandar Tasik Selatan di sini hari ini.
Yang turut hadir, Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr. Ali Hamsa dan Pengerusi Eksekutif Maju Holdings Sdn. Bhd., Tan Sri Abu Sahid Mohamed.
TBS merupakan hab pengangkutan yang canggih bagi kawasan selatan Lembah Klang dan terminal itu telah pun memulakan operasinya sejak dua tahun lalu.
Najib menegaskan, mercu tanda yang banyak jumlahnya di negara ini pada waktu ini terutama dalam bentuk kemudahan untuk rakyat jelas menggambarkan kejayaan kerajaan sekarang.
''Tidak perlu saya memberi banyak contoh tetapi cuba bayangkan segala-galanya. Cuba bayangkan Malaysia tanpa Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), tanpa Putrajaya, tanpa TBS tanpa KLCC, tanpa Jambatan Pulau Pinang, tanpa Lebuh Raya Utara Selatan dan pelbagai kemudahan lain yang telah disediakan oleh kerajaan selama ini,'' katanya
Ujarnya, segala kemudahan itu pada peringkat awalnya telah disangsi dan dikutuk oleh pihak-pihak tertentu tetapi akhirnya mereka menerima bahkan mengidamkan, jika boleh mahu memiliki tempat-tempat dan kemudahan-kemudahan tersebut.
''Inilah hakikat sebenarnya dan inilah ketentuan yang akan dibuat oleh rakyat Malaysia pada 5 Mei akan datang,'' katanya.
Di dalam ucapannya, beliau turut mengumumkan pembinaan projek Terminal Bersepadu Timur Gombak yang bertujuan mengurangkan kesesakan serta melicinkan pergerakan pengguna pengangkutan awam untuk keluar masuk ke pusat bandar.


Artikel Penuh: http://utusan.com.my/utusan/Pilihan_Raya/20130415/px_06/Tidak-semua-kerajaan-sama---PM#ixzz2QUCzpIvy
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Koleksi gambar-gambar sewaktu Majlis Perasmian TBS Bandar Tasik Selatan pada 14 April 2013









MAJLIS PERASMIAN TERMINAL BERSEPADU SELATAN (TBS)

Majlis Perasmian Terminal Bersepadu Selatan (TBS), Bandar Tasik Selatan, Kuala Lumpur pada 14 April 2013 oleh Dato' Seri Najib Tun Abdul Razak


Najib - Pembinaan TBS merupakan inisatif kerajaan untuk mempertingkatkan pengangkutan awam bandar yang menjadi antara 7 bidang keberhasilan negara di bawah program transformasi kerajaan.

Kerajaan sedar rangkaian pengangkutan awam yang efisyen, padu, realible dan kos efektif adalah ciri yang dikehendaki rakyat.

Untuk itu perlu wujud berapa hub di Lembah Kelang supaya dengah hub ini dapat mengelakkan kesesakan trafik lalulintas di kawasan bandar

Selain memberi kemudahan kepada orang ramai. Konsep hub ini juga menyediakan peluang perniagaan dan mewujudkan pusat ekonomi setempat.

Kita amat sedar sistem pengangkutan awam yang berkesan mampu meningkatkan produktiviti rakyat dan dapat mengurangkan kos saraan hidup.

Oleh itu TBS dibina dengan kos RM570 juta sebagai hub pengangkutan intergrasi bagi menangani kesesakan bas di KL.

Seperti mana kita dapat saksikan kemudahan di TBS sangat canggih dan diberi taraf 5 bintang dan kemudahan di sini lebih moden dan selesa daripada kebanyakan lapangan terbang dalam dan luar.

Sistem E-tiketing di sini mampu menyelesai masalah ulat tiket.

Bagi menambah nilai TBS dilengkapi pelbagai kenudahab termasuk 60 ruang perniagaan, hotel transit utk keperluan pelanggan.

Sebanyak 500 CCTV disediakan dan diawasi oleh polis bantuan.

Purata pengguna juga meningkat kepada 33,300 sehari pada 2012 berbanding 22,300 sehari pada 2011.

Kerajaan akan juga membina terminal bersepadu timur Gombak. Ini penting bagi memastikan kawasan bandar dan luar bandar menjadi tempat menarik utk didiami, bekerja dan beriada bagi meningkatkan kualiti hidup.

Tbs boleh dianggap sebagai contoh kerajaan melaksanakan transrofrmasi nasional dan menjadi bukti jelas boleh bawa perubahan tranformasi kepada negara.

Ada orang kata semua kerajaan sama. Ia tidak benar. Ada kerajaan yang memawa kebaikan dan ada kerajaan bawa kemudaratan kerana kurang mampu.

Ada yang tertarik dengan perkataan ubah. Seolah-olah yang penting untuk ubah apa yang ada.

Tetapi sebenarnya yang penting bukan ubah tetapi keberhasilan. Itu yang patut kita tanya.

Sama ada perlu ubah kerajaan kini untk dapatkan hasil atau kekalkan kerjaan yang ada kerana keberhasilan yang mampu dibawa. Itulah yg patut kita tanya.

Cuba bayangkan Malaysia tanpa KLIA, Putrajaya, Bts, KlCC, jambatan Pulau Pinang, Lebuh Raya Utara Selatan, kemudahan untuk rakyat.

Kemudahan itu semua mulanya disangsi dan dikutuk tapi akhirnya mereka (pembangkang) juga terima malah mengidapkan dan memililki kemudahan yg ada.

Inilah hakikat dan inilah ketentuan yang perlu dibuat rakyat pada 5 Mei.






Saturday 13 April 2013

Friday 12 April 2013

15 Soal Jawab Orang Kafir Yang Persoalkan Kebenaran Islam

15 Soal Jawab Orang Kafir Yang Persoalkan Kebenaran Islam: Sewaktu Nabi Muhammad saw wafat, telah sempurna Islam itu. Maka, semua persoalan dan keraguan tentang Islam, pasti akan ada jawapannya. ...

Aku Stress Giler: Superb : Pedang Damascus, Pedang Paling Tajam Di D...

Aku Stress Giler: Superb : Pedang Damascus, Pedang Paling Tajam Di D...: Pedang yang diakui paling tajam di dunia oleh pakar pembuatan pedang barat. Ketajamannya mampu menembus baju besi crusader, memotong dua...

Aku Stress Giler: Cool : Kecantikkan Bunga Lupins Di Tasik Tekapo, N...

Aku Stress Giler: Cool : Kecantikkan Bunga Lupins Di Tasik Tekapo, N...: Kecantikkan Bunga Lupins Di Tasik Tekapo, New Zealand. Tasik Tekapo adalah tasik kedua besar terletak di Selatan New Zealand. Di sini, an...

Aku Stress Giler: Info : 10 Sebab Negara Jepun Mencapai Kemajuan (Ga...

Aku Stress Giler: Info : 10 Sebab Negara Jepun Mencapai Kemajuan (Ga...: 1. Di Jepun di ajar pada awal sekolah rendah sehingga darjah enam dengan satu matapelajaran yang dinamakann “Jalan kearah Akhlak” dimana...

Aku Stress Giler: OMG : Bandar Purba Zaman Nabi Ibrahim Ditemui Di S...

Aku Stress Giler: OMG : Bandar Purba Zaman Nabi Ibrahim Ditemui Di S...: Seorang ahli arkeologi Britain, Stuart Campbell menyatakan, dia dan beberapa orang rakan telah menemui bekas sebuah kompleks bangunan be...

Kehancuran Israel Petanda Kiamat

Kehancuran Israel Petanda Kiamat: Adakah Israel berhenti menyeksa saudara kita disana? Berapa ramai lagi nyawa mangsa akan yang melayang dan cerdera akibat serangan peluru ...

Tokoh Penterjemah Al-Quran ke Bahasa Jepun

Tokoh Penterjemah Al-Quran ke Bahasa Jepun: Imam Shūmei Okawa (大川 周 明 Shūmei Okawa, December 6, 1886 – December 24, 1957) adalah seorang pejuang nasionalis Jepun, ...

Subhanallah, Kanak-kanak Ini Telah Mengislamkan Beribu Orang

Subhanallah, Kanak-kanak Ini Telah Mengislamkan Beribu Orang: Sharifuddin Khalifa seorang kanak-kanak luar biasa. Dia dilahirkan di Tanzania, Afrika Timur pada Disember 1993 itu berasal dari keluarga Katholik. ...

Aku Stress Giler: Amazing : Apabila Padang Pasir Bertemu Pantai Di G...

Aku Stress Giler: Amazing : Apabila Padang Pasir Bertemu Pantai Di G...: Pernah tengok pantai kat tepi padang pasir? Nah aku belanja gambar padang pasir bertemu dengan pantai di Gurun Namib, yang terletak bers...

Aku Stress Giler: Serius : Apa Yang Akan Berlaku Sekiranya Anda Mena...

Aku Stress Giler: Serius : Apa Yang Akan Berlaku Sekiranya Anda Mena...: Apa Yang Akan Berlaku Sekiranya Anda Menangis Di Angkasa? Ini yang akan berlaku...............

Aku Stress Giler: Info : Letupan Di Hiroshima Hanyalah Sebesar Spora...

Aku Stress Giler: Info : Letupan Di Hiroshima Hanyalah Sebesar Spora...: Bulatan kecil dlm gambar adalah saiz letupan di Hiroshima dan Nagasaki. Lihat saiznya dan bandingkan dgn Tsar Bomba. Bermula dgn Trini...

Wednesday 10 April 2013

Bagaimana Mengenal Penganut Agama Syiah?

Bagaimana Mengenal Penganut Agama Syiah?: Soalan:

Bagaimanakah caranya untuk kita mengenal orang yang berpegang dengan agama Syiah ini?

Jawapan:

Mula-mula sekali sebelum kita hendak mengenali orang yang menganut ...

Apa Itu Ajaran Syiah?

Apa Itu Ajaran Syiah?: Apa itu syiah? yang jelas asal usul Syiah itu dari Iran dan yang pastinya janganlah kita yang berfahaman ahli sunnah ...

Apa Itu Ajaran Syiah?

Apa Itu Ajaran Syiah?: Apa itu syiah? yang jelas asal usul Syiah itu dari Iran dan yang pastinya janganlah kita yang berfahaman ahli sunnah ...

Kisah Sejarah Ainul Mardhiah (Bidadari Syurga)

Kisah Sejarah Ainul Mardhiah (Bidadari Syurga): Gambar sekadar hiasan

Kisah Sejarah Ainul Mardhiah (Bidadari Syurga)



Bidadari merupakan salah satu anugerah Allah kepada seorang lelaki yang memasuki syurga. ...

Subhanallah! Keajaiban Al-Quran Tidak Hancur Digilis Bulldozer Israel

Subhanallah! Keajaiban Al-Quran Tidak Hancur Digilis Bulldozer Israel: Penduduk menunjukkan Al-Quran yang masih lagi berada di dalam keadaan yang baik.
Israel jahanam datang lagi apabila menghancurkan Masjid seawal pagi ...

Wednesday 3 April 2013

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...