Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Tuesday 30 July 2013

P. Ramlee : Al-fatihah untuk Tan Sri P. Ramlee A.M.N.


Doakan segala dosanya diampunkan dan dia dimasukkan ke syurga Allah. 



Beberapa hari lepas, saya tengok dokumentari P. Ramlee. (ya, lambat sikit). Apa yang saya lihat, sepanjang kehidupan beliau, hidupnya penuh dengan kaya raya dan popularitinya melonjak naik, tetapi pada tahun 1964 sehingga hari kematian beliau, ramai rakyat Malaysia sudah mula melupakan beliau.

Pak cik saya pernah menceritakan bahawa beliau pernah bersemuka dengan P. Ramlee di kawasan Kuala Lumpur tahun 1971, Pak cik ketika itu berumur 20 tahun, dia memang minat dengan cerita-cerita P. Ramlee. Dia berborak dengan P. Ramlee menceritakan tentang filem beliau yang lepas, beliau berborak dengan pak cik saya tentang filem-filem beliau, kata pak cik saya, beliau seorang peramah dan baik hati. Bercakap dengan beliau seperti bercakap dengan sahabat lama, padahal itu kali pertama berjumpa dengan beliau. Pak cik saya duduk dan berborak dengan beliau di kedai kopi berhampiran. Pak cik saya lihat sekeliling, tiada seorang pun mahu sapa beliau, ataupun meminta tanda tangan beliau.

Pak cik saya hairan dan bertanya kepada P. Ramlee" Mengapa semua orang tidak mahu bertegur dengan tuan? Sedangkan tuan adalah seniman terbaikss aya pernah lihat". P. Ramlee memegang bahu pak cik saya dan berkata " Nak, tak baik cakap sebegitu, mereka ada rezeki mereka, saya hanyalah insan biasa. Biarlah mereka melupakan saya, janji Allah tidak melupakan saya"

Beberapa hari sebelum P. Ramlee meninggal dunia, pak cik saya mengambil kerja sambilan sebagai "Promoter perabot berdekatan dengan rumah beliau. Selalu nampak P. Ramlee keluar rumah, tetapi wajahnya amat memilukan, beliau kelihatan sugul, sedih dan kecewa dengan sesuatu. Pak cik saya datang jumpa beliau, "Tuan, ok ke? Nampak macam sedih sahaja" kata Pak cik saya. "Mana ada. Tak adalah, ini muka tengah berlakon" Kata P. Ramlee sambil ketawa. Pak cik saya juga ketawa.

29 Mei 1973, masa itu Pak cik saya baru nak keluar rumah untuk pergi kerja. Dapat berita dari orang ramai yang P. Ramlee masuk hospital dan meninggal dunia. Pak cik saya terkejut dan menangis. Dia kata "Tidak sangka, kata-kata beliau yang membuatkan pak cik ketawa beberapa hari lepas, adalah jenaka terakhir beliau buat selama-lamanya"

Saya sarankan anda tengok dokumentari P. Ramlee (Jika anda belum tengok). Saya pasti anda akan rasa sedih dan kecewa dengan rakyat malaysia ketika itu melupakan Seniman agung ini. Al-Fatihah untuk Tenku Zakaria bin Tenku Nyak Puteh(P. Ramlee) (1929-1973)

-SS-

gambar P. Ramlee. Saya difahamkan gambar ini di ambil beberapa hari sebelum P. Ramlee meninggal dunia akibat serangan jantung di rumahnya sebelum subuh pada 29 Mei 1973.

Saturday 27 July 2013

Bahaya Memiliki Cinta Nafsu

Bahaya Memiliki Cinta Nafsu: Cinta itu adalah anugerah daripada Allah kepada semua makhluk ciptaannya. Allah menciptakan segala sesuatu itu secara berpasangan-pasangan (lihat Surah Ar-rum ...

Tidak Solat Jumaat Kerana Kerja

Tidak Solat Jumaat Kerana Kerja: Apa hukum meninggalkan solat Jumaat jika saya bekerja di kawasan cari gali minyak dan terpaksa berada di sana sekurang-kurangnya sebulan. ...

Aku Stress Giler: Cool : Awan Berbentuk Ombak Dari Seluruh Dunia Ber...

Aku Stress Giler: Cool : Awan Berbentuk Ombak Dari Seluruh Dunia Ber...: Kelvin Helmholtz adalah awan yang berbentuk ombak. Ianya terbentuk kerana mempunyai dua dentisi dan kelajuan yang berbeza di atas udara. Aw...

Friday 26 July 2013

Benarkah Benda Atas Kubah Masjid Nabawi Kubur Penjahat?

Benarkah Benda Atas Kubah Masjid Nabawi Kubur Penjahat?: Betul ke apa yang disebarkan tentang benda di atas kubah majid Nabawi adalah sebuah kubur penjahat yang ingin mencuri jasad ...

Aku Stress Giler: Serius : Apabila Ibu Harimau Bintang Menyelamatkan...

Aku Stress Giler: Serius : Apabila Ibu Harimau Bintang Menyelamatkan...: Apabila Ibu Harimau Bintang Menyelamatkan Anaknya Dari Musang. Nasib baik sempat diselamatkan. Kalau tak memang dah jadi makanan musang. ...

Aku Stress Giler: OMG : Gnarly, Makhluk Aneh Menyerupai Batu, Mempun...

Aku Stress Giler: OMG : Gnarly, Makhluk Aneh Menyerupai Batu, Mempun...: Makhluk yang menyerupai "batu" ini dalam bahasa saintifiknya dikenali sebagai Pyura Chilensis, namun masyarakat tempatan mengg...

Aku Stress Giler: Serius : Saat Yang Menakjubkan Apabila Siput Babi ...

Aku Stress Giler: Serius : Saat Yang Menakjubkan Apabila Siput Babi ...:  Saat Yang Menakjubkan Apabila Siput Babi Melepasi Katak Yang Tidur. KAtak ini tidak sedar yang siput ini melepasi dia semasa dia tengah ti...

Aku Stress Giler: Cool : Inilah Gambar Kutub Utara Tanpa Diselaputi ...

Aku Stress Giler: Cool : Inilah Gambar Kutub Utara Tanpa Diselaputi ...: Bagaimanakah agaknya rupa kutub selatan tanpa diselimuti oleh ais? Baru-baru ini agensi angkasa Amerika Syarikat, NASA, menunjukkan gamba...

Aku Stress Giler: Amazing : Pokok Anggur Yang Berbuah Pada Batangnya...

Aku Stress Giler: Amazing : Pokok Anggur Yang Berbuah Pada Batangnya...: Jabuticaba adalah pokok anggur Brazil yang ditemui di negeri-negeri Minas Gerias dan Sao Paulo, di selatan Brazil.  Buah anggur ini tumbu...

Aku Stress Giler: OMG : 66 Tahun Hidup, Seorang Lelaki Baru Sedar Di...

Aku Stress Giler: OMG : 66 Tahun Hidup, Seorang Lelaki Baru Sedar Di...: Bayangkan anda sudah hidup berpuluh tahun sebagai seorang lelaki (ataupun perempuan), kemudian apabila sudah menjangkau lanjut usia, ba...

Aku Stress Giler: Info : Pink @ Merah Jambu Adalah Bukan Sejenis War...

Aku Stress Giler: Info : Pink @ Merah Jambu Adalah Bukan Sejenis War...: Tahukah korang bahawa PINK ialah bukan sejenis warna? Tak percaya? Jom baca kat bawah ni.. 7 asas warna pelangi yang semua sedia ma...

Aku Stress Giler: Insaf : SMS Terakhir Yang Tak Sempat Dihantar Sebe...

Aku Stress Giler: Insaf : SMS Terakhir Yang Tak Sempat Dihantar Sebe...: Baru-baru ini, seorang remaja berusia 22 tahun dari Greeley, Colorado, Amerika, yang sedang memandu kereta hilang kawalan ketika menaip ...

Aku Stress Giler: WTF : Iklan Tentang Kebaikan Rokok Untuk Kesihatan...

Aku Stress Giler: WTF : Iklan Tentang Kebaikan Rokok Untuk Kesihatan...: Tahukah anda, satu masa dahulu merokok ini dianggap sebagai satu aktiviti yang baik untuk kesihatan. Pasti anda tak percaya bukan. Mitos...

Aku Stress Giler: Serius : Masyarakat Islam Di China Tidak Dibenarka...

Aku Stress Giler: Serius : Masyarakat Islam Di China Tidak Dibenarka...: Kumpulan hak asasi manusia menggesa China menarik balik sekatan terhadap penduduk Uighur di wilayah Xinjiang yang dianggap menghalang me...

Aku Stress Giler: OMG : Corak Bulatan Misteri Ditemui Di Dasar Laut ...

Aku Stress Giler: OMG : Corak Bulatan Misteri Ditemui Di Dasar Laut ...: Tahun lalu, seorang jurugambar lautan dalam, Yoji Ookata menemui sesuatu yang tidak pernah disaksikannya selama 50 tahun merekodkan pem...

Aku Stress Giler: Awesome : Inilah Suasana Ramadhan Di Serata Dunia ...

Aku Stress Giler: Awesome : Inilah Suasana Ramadhan Di Serata Dunia ...: Berikut merupakan gambar-gambar suasana Ramadhan di negara-negara lain yang diambil oleh seorang photographer dari Indonesia. Layan.. ...

Aku Stress Giler: Serius : Rupa Sebenar Hang Tuah Hasil Pertemuan Di...

Aku Stress Giler: Serius : Rupa Sebenar Hang Tuah Hasil Pertemuan Di...: Orang ramai kini boleh melihat wajah sebenar Laksamana Hang Tuah selepas gambar pahlawan itu dicetak di atas setem eksklusif keluaran Pe...

Aku Stress Giler: Serius : Masyarakat Islam Di Kiruna, Sweden Berpua...

Aku Stress Giler: Serius : Masyarakat Islam Di Kiruna, Sweden Berpua...: Komuniti Islam di wilayah Kiruna, Sweden kebingungan dalam menjalankan ibadah puasa Ramadan. Lintasan panjang matahari ketika Ramadan tib...

Aku Stress Giler: OMG : "Belgian Blue", Spesies Lembu Gergasi Hasil ...

Aku Stress Giler: OMG : "Belgian Blue", Spesies Lembu Gergasi Hasil ...: Punca yang menyebabkan haiwan ini kelihatan besar adalah disebabkan pengubahsuaian pada genetiknya yang dikenali sebagai gen myostatin,...

Aku Stress Giler: Cool : Labah-labah Menggunakan Titisan Air Sebagai...

Aku Stress Giler: Cool : Labah-labah Menggunakan Titisan Air Sebagai...: Labah-labah Menggunakan Titisan Air Sebagai Topi. Memang unik ciptaanNya.

Aku Stress Giler: Misteri : Hantu Pesawat 401 Eastern Airlines, 29 D...

Aku Stress Giler: Misteri : Hantu Pesawat 401 Eastern Airlines, 29 D...: Malam 29 Disember 1972, penerbangan pesawat 401 Eastern Airlines berlepas dari Lapangan Terbang New York menuju Miami, membawa 163 penum...

Aku Stress Giler: Hebat : Cecair Pemadam Kebakaran Tanpa Menyebabkan...

Aku Stress Giler: Hebat : Cecair Pemadam Kebakaran Tanpa Menyebabkan...: Cecair unik ini dikenali sebagai "Novec 1230" dan digunakan khusus untuk memadamkan kebakaran. Walau pun ia merupakan cecair, n...

Aku Stress Giler: Info : Inilah Yang Terjadi Jika Kita Mati Di Makka...

Aku Stress Giler: Info : Inilah Yang Terjadi Jika Kita Mati Di Makka...: Beginilah 'perjalanan' yang perlu dilalui sekiranya anda meninggal dunia di Makkah. Di sini, anda disemadikan tanpa batu nisan, ...

Aku Stress Giler: OMG : Makhluk Ganjil Gergasi Ditemui Di Perairan A...

Aku Stress Giler: OMG : Makhluk Ganjil Gergasi Ditemui Di Perairan A...: Makhluk Ganjil Gergasi Ditemui Di Perairan Arabian Gulf. Makhluk ini ditemui oleh tentera laut Iran. Ini ialah sotong kurita. hoho ...

Aku Stress Giler: Serius : Arnoud Van Doorn, Pembuat Filem Hina Isla...

Aku Stress Giler: Serius : Arnoud Van Doorn, Pembuat Filem Hina Isla...: Arnoud Van Doorn bukanlah nama baru dalam dunia politik Belanda. Dia aktif bersama PVV, bahkan merupakan salah seorang pucuk pimpinan te...

Aku Stress Giler: OMG : Kanak-Kanak Berusia 5 Tahun Jalani Latihan T...

Aku Stress Giler: OMG : Kanak-Kanak Berusia 5 Tahun Jalani Latihan T...: Rakaman video ini menunjukkan sekumpulan kanak-kanak pra-sekolah menembak beberapa buah senjata api dan senjata berat di sebuah kem lati...

Tuesday 23 July 2013

Malu terlampau


DAHULU, Amir memang dikenali sebagai seorang yang pendiam tetapi bukanlah pemalu. Dia memperoleh keputusan yang baik dalam Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan berjaya memasuki salah sebuah Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di Kuala Lumpur dalam bidang komunikasi massa.

Semasa di IPTA inilah Amir merasakan berlaku perubahan besar ke atas dirinya. Mungkin dahulu tidak begitu ketara. Amir dapati sikap pemalunya semakin menjadi-jadi sekarang.

Amir menggelabah apabila berada di dalam situasi yang menyebabkan dirinya menjadi perhatian orang ramai.

Mukanya serta-merta menjadi merah padam. Dia berpeluh dengan kuat sehingga bajunya kelihatan jelas basah.

Pernafasannya menjadi laju, sementara jantungnya pula berdegup dengan kencang.
Apabila bercakap aliran suaranya menjadi tersekat-sekat dan bunyinya pula kedengaran seperti terketar-ketar.
Kerana itu Amir tidak hadir pada setiap hari pertama sesi kuliah pengajian baru untuk mengelak daripada terpaksa memperkenalkan diri di hadapan pensyarah baru dan kawan-kawan.
Pada mulanya beliau menganggap perkara ini normal tetapi lama kelamaan Amir terpaksa ponteng kelas pula untuk mengelak daripada membuat pembentangan.

Kawan-kawan pula mengelak dari membuat kerja berkumpulan bersamanya kerana tidak mahu mendapat markah yang rendah.

Amir tertekan kerana sebelum ini dia merupakan seorang pelajar yang pintar. Perkara ini tidak pernah menjadi masalah semasa di sekolah menengah dahulu kerana di sana dia tidak perlu membuat pembentangan dan semua ilmu dipelajari melalui kaedah “spoon feed".

Ini contoh biasa seseorang yang mengalami masalah malu keterlaluan yang mana ia sebenarnya ialah sejenis penyakit yang dipanggil social anxiety disorder.

Ramai orang mengalami masalah sebegini sebenarnya tetapi mereka tidak tahu yang ia sejenis penyakit.

“Melopeh" naik pangkat

Social anxiety disorder bukanlah penyakit malu biasa kerana ia boleh menyebabkan disfungsi psikososial.
Penghidap penyakit ini tidak berupaya menikmati kehidupan berpasangan atau bermasyarakat dengan baik. Mereka sentiasa mengelak dari bersosial atau menyertai aktiviti bermasyarakat.

Bayangkan seorang ayah yang tidak mahu menghadiri majlis konvokesyen anak perempuannya atau menemani isteri ke program hari keluarga kerana mengelak dari bertemu orang yang tidak dikenali.
Mereka memberi pelbagai alasan tidak munasabah dan selalu bergaduh semata-mata untuk tidak turut serta dalam aktiviti ini.

Kawan-kawan pula salah faham dan mengatakan mereka seorang yang sombong, bongkak atau malu tidak bertempat. Ini akan mengecilkan peluang untuk mengenali lebih ramai orang.

Di tempat kerja pula, pengidap penyakit ini biasanya akan sentiasa terpinggir dan selalu terlepas peluang kenaikan pangkat.

Tiada ajakan keluar makan dari kawan-kawan, apatah lagi pelawaan bermain golf bersama boss.
Dari aspek mutu kerja, mereka mengelak membuat pembentangan atau memberi penerangan umum kepada pelanggan.

Sekiranya dipaksa, tanpa berfikir panjang mereka akan bertindak ponteng kerja. Mereka kerap bertukar-tukar tempat kerja dalam usaha mencari pekerjaan baru yang lebih sesuai.

Mereka dilihat tidak mempunyai daya kepimpinan yang baik dan akhirnya kebanyakan dari mereka terpaksa melakukan pekerjaan yang tidak setanding dengan kelayakan.

Rawatan membuktikan kewarasan

Penyakit social anxiety disorder jika tidak dirawat akan menyebabkan keadaan yang dipanggil agoraphobia.
Keadaan di mana seseorang mengelak terus daripada berada di tempat yang mempunyai ramai orang seperti menghadiri majlis kenduri kahwin atau keluar membeli barang keperluan rumah di pasar raya. Mereka ini bagaikan terpenjara di dalam rumah sendiri.

Jika anda atau sesiapa yang anda kenal mempunyai masalah ini, sila ambil perhatian bahawa ia sejenis penyakit dan boleh dirawat. Jangan tunggu sehingga penyakit ini menghancurkan peluang kerjaya atau hubungan interpersonal anda dengan seseorang.

Jika gejala yang dialami adalah ringan, beberapa sesi kaunseling atau psikoterapi sudah mencukupi. Jika teruk sehingga menyebabkan kemurungan misalnya, pengambilan ubat-ubatan diperlukan.
Mengambil ubat-ubatan tidak bermakna seseorang itu gila atau tidak waras. Ia menunjukkan sebaliknya kerana ini membuktikan bahawa seseorang itu mampu membuat pertimbangan wajar dalam memilih apa yang baik untuk diri sendiri dan orang tersayang.


Bersama Lt. Kol. (Dr.) Lotfi Anuar
E-mel: lotfianuar@yahoo.com
Pakar Perunding Klinikal Psikiatri, Hospital
Angkatan Tentera Tuanku Mizan, Kuala Lumpur.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Keluarga/20130623/ke_03/Malu-terlampau#ixzz2ZvsP9TiF
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Sunday 21 July 2013

Perginya selepas 68 tahun Hiroshima musnah

Arkib : 21 Julai 2013


DEBU HIROSHIMA oleh Othman Puteh

DATUK Abdul Razak Abdul Hamid, juga dikenali sebagai cikgu Razak, Abdul Razak Hiroshima dan Razak sensei meninggal dunia pada 18 Julai lalu, tidak sampai dua minggu selepas menyambut ulang tahun ke-88.

Allahyarham ialah satu-satunya rakyat negara ini yang terselamat dalam serangan bom atom Amerika Syarikat ke atas bandar Hiroshima, Jepun kira-kira 68 tahun lalu.

Anaknya yang juga bekas Naib Canselor Universiti Sains Malaysia (USM), Tan Sri Dzulkifli, 60, memaklumkan ayahnya yang tinggal bersama keluarga di Taman Kamariah, Jalan Gombak dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) selepas mengadu sakit dada.

"Arwah dimasukkan ke Unit Kecemasan sebelum menghembuskan nafas terakhir di sisi ahli keluarga kira-kira pukul 5.45 petang," katanya

Selain Dzulkifli, Allahyarham turut meninggalkan dua orang anak lagi iaitu Zuraidah, 63, dan Dr. Dzuljastri, 54, serta sembilan orang cucu.

Jenazah Allahyarham dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Ibu Kota Gombak hari berikutnya.

Lahir pada 7 Julai 1925 di Pulau Pinang, Abdul Razak hanya berusia 16 tahun ketika Jepun tiba di Tanah Melayu menyebabkan beliau dihantar ke kolej Jepun di Melaka sehingga 1943.

Di penghujung kursusnya, Allahyarham merupakan antara 15 pelajar disenarai pendek untuk melanjutkan pelajaran di Jepun dan akhirnya menjadi antara empat yang terpilih.

Selepas pengajian pra-universiti, Abdul Razak bersama Nik Yusof dari Kelantan dan Syed Omar Al Sagoff dari Johor memulakan pendidikan mereka di Universiti Hiroshima (dahulu Universiti Hiroshima Bunn) untuk mempelajari bahasa Jepun.

Walaupun dikritik sesetengah pihak kerana mengikuti pendidikan bahasa Jepun sedangkan Tanah Melayu dijajah tentera Jepun, beliau tetap nekad meneruskan kursus tersebut.

Selepas tujuh bulan di sana, Allahyarham yang baru melangkaui usia 20 tahun serta warga universiti itu dikejutkan dengan letupan kuat pada 6 Ogos 1945, berpusat 1.5 kilometer daripada kedudukan mereka.
Apabila sedar daripada pengsan, Abdul Razak yang mengalami luka kecil di kepala terpaksa merangkak keluar antara celah-celah runtuhan serta mayat warga universiti yang bergelimpangan serta kedengaran jeritan, tangisan dan rintihan mereka yang masih terperangkap bawah serpihan bangunan.

Dua rakan senegara Allahyarham tidak senasib dengannya, seorang maut dalam kebakaran yang menyusul sementara seorang lagi meninggal di hospital hampir sebulan kemudian akibat kesan radiasi.
Allahyarham Abdul Razak diperakui kerajaan Jepun sebagai salah seorang daripada 1,760 rakyat asing (hampir kesemuanya warga Korea) yang terselamat daripada letupan bom atom itu .

Walaupun pendidikannya di Hiroshima tersekat akibat tragedi itu, Allahyarham tidak berputus asa atas minat dan semangat untuk mempelajari bahasa Jepun.

Minatnya itu membawa kepada tugas sebagai koordinator program di Pusat Persediaan Pendidikan di Institut Teknologi Mara (kini universiti) sementara sumbangannya dalam mempromosikan bahasa Jepun serta meningkatkan persefahaman antara Tokyo dan Kuala Lumpur menarik perhatian Tun Dr. Mahathir Mohamad yang mengangkat Allahyarham mengetuai polisi Pandang Ke Timur pada 1982.

Beliau menerima anugerah Doktor Kehormat daripada Universiti Hiroshima tahun lalu bersama bekas Perdana Menteri Brunei, Pengiran Yusuf, 91, dan bekas Ahli Parlimen Indonesia, Hasan Rahaya ,91, sebagai satu-satunya mangsa dari negara masing-masing yang terselamat dalam tragedi tersebut.

Abdul Razak juga menerima penghormatan menghadap Maharaja dan Maharani Jepun selepas dianugerahkan Hadiah Khas Yayasan Jepun pada 1995 untuk sumbangan besar mempromosikan bahasa Jepun dan membentuk persefahaman antara penduduk Jepun dan Malaysia pada 2009.

Sebagai peringatan kepada generasi pelapis, Allahyarham meminta seorang rakannya menulis sebuah buku bertajuk Debu Hiroshima bagi menceritakan detik dan pengalaman hidupnya di bandar bersejarah itu.

Pengalaman Allahyarham juga pernah dipentaskan dalam teater bertajuk Hiroshima pada 2008, anjuran bersama USM dan Dewan Bahasa Pustaka Wilayah Utara di samping rakaman temuramah menceritakan kisahnya itu yang dimuat naik ke laman YouTube.

Dikenali ramai sebagai penentang kuat peperangan nuklear mahupun apa jua jenis peperangan, Allahyarham Abdul Razak berharap dengan mengingati pengajaran pedih zaman silam dapat mengembalikan dunia ke arah keamanan dan kasih-sayang sesama manusia.

Semoga segala perit dan kesusahan yang ditempuhi Allahyarham tidak disia-siakan generasi muda dengan mengambil iktibar pengalaman dan teguran yang ditinggalkannya, agar tiada lagi 'Hiroshima' yang menyusul selepas ini. Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20130720/re_03/Perginya-selepas-68-tahun-Hiroshima-musnah#ixzz2ZfNshv8O
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Pautan artikel lain yang berkaitan :-

Thursday 4 July 2013

Aku Stress Giler: WTF : Sekitar Afghanistan, Ibu Negara Heroin Dan D...

Aku Stress Giler: WTF : Sekitar Afghanistan, Ibu Negara Heroin Dan D...: Sekitar Afghanistan, Ibu Negara Heroin Dan Dadah Di Dunia. Heroin atau dadah dari Afghanistan telah membunuh  jutaan orang di dunia ini. ...

Aku Stress Giler: Cool : "Akhal-Teke", Spesis Kuda Berbulu Emas Terc...

Aku Stress Giler: Cool : "Akhal-Teke", Spesis Kuda Berbulu Emas Terc...: Dikenali dengan nama Akhal-Teke, ia merupakan spesies kuda berbulu emas keturunan (breeding) dari Turkmenistan. Selain berpenampilan penu...

Aku Stress Giler: Serius : Reaksi Kucing Apabila Makan Sesuatu Yang ...

Aku Stress Giler: Serius : Reaksi Kucing Apabila Makan Sesuatu Yang ...: Reaksi Kucing Apabila Makan Sesuatu Yang Tak Sedap. Macam manusia juga kalau makan sesuatu yang pahit.

Aku Stress Giler: Seram : [Video] Suara Jin Disuruh Melukis Ketika B...

Aku Stress Giler: Seram : [Video] Suara Jin Disuruh Melukis Ketika B...: Bagi yang lemah semangat, dinasihatkan agar jangan melihat video kat bawah ni. Menurut sumber, jin ini telah disuruh untuk melukis oleh ...

Aku Stress Giler: OMG : Apabila Ikan Keli Gergasi "Flathead" Makan B...

Aku Stress Giler: OMG : Apabila Ikan Keli Gergasi "Flathead" Makan B...: Seorang penduduk di kawasan itu menyaksikan bola yang melantun ke arah kolam berhampiran lalu disambar oleh seekor ikan keli yang besar...

Aku Stress Giler: Serius : Lelaki Yang Tinggal Di Dalam Kubur Selama...

Aku Stress Giler: Serius : Lelaki Yang Tinggal Di Dalam Kubur Selama...: Seorang bekas pekerja binaan mengaku dia tidur bersama mayat sejak 15 tahun lalu selepas berpindah ke tanah perkuburan di Nis, Serbia. ...

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...