Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Monday 16 September 2013

Seminggu di Istanbul: Semangat Uthmaniah, Hizmet dan Iqra’



                                                               Fethullah Gulen ialah pengasas pergerakan Hizmet.

ISTANBUL ialah bandar raya yang indah, tersusun dan mistik. Keagungan empayar Uthmaniah 700 tahun lalu cukup mengagumkan. Kerana empayar itulah Turki wujud sekarang.

Walaupun selepas kejatuhan empayar itu dan berada di era Mustafa Kemal Ataturk, yang menyebabkan umat Islamnya tertutup kepada syiar Islam, Turki kini bangun semula.

Mungkin ada hikmahnya, Ataturk menerajui negara itu. Jika tidak mungkin Turki tidak sebegini hari ini. Mungkin, Turki akan terus mundur dan langsung tidak dipedulikan oleh Eropah.

Setelah tertutup, ditekan dan dinafikan hak beragama oleh Ataturk lebih 40 tahun, kini syiar Islam mulai berkembang semula. Jika dulu laungan azan pun dalam bahasa Turki, bacaan al-Fatihah pun dalam bahasa Turki, ajaran dan perkembangan Islam dilarang sama sekali, kini ia sudah dibuka walaupun tidak sepenuhnya.

Walaupun Perlembagaannya tetap sekular, tapi pemerintahan Turki kini tidak melarang Islam berkembang dan hanya menutup sebelah mata.

Masjid melimpah-ruah dengan jemaah. Saya sempat bersolat Jumaat di bandar raya Bursa, kira-kira 400 kilometer dari Istanbul. Masjid Ulu Cami dibina pada tahun 1396-1399, atau kira-kira 650 tahun lalu.

Masjid itu merupakan mercu tanda awal senibina Uthmaniah yang diarah pembinaannya oleh Sultan Bayezih I. Ia mempunyai 20 kubah dan dua menara azan. Jemaah melimpah sehingga keluar semasa solat Jumaat.

Semua orang di sini sudah mula bercakap mengenai Islam. Di kedai-kedai di Istanbul, pekedai-pekedai secara terbuka bercakap mengenai agama agung itu. Pengetahuan agama mereka cukup baik. Mereka juga amat kagum dengan orang Malaysia.

Dari orang muda hingga tua mereka cukup kagum apabila mengetahui saya dari Malaysia. Malaysia amat baik bagi mereka. Bagus, bagus, bagus, kata mereka. Tapi aneh, rakyat Malaysia sendiri cukup benci dengan kemakmurannya?

Semangat orang Turki cukup hebat. Semangat mereka mengalir turun-temurun daripada darah keturunan Uthmaniah yang cukup agung. Darah mereka ialah darah pahlawan silam. Darah mereka ialah darah kesatria, darah mereka ialah darah para ambia dan ahli-ahli Sufi yang mengamalkan nilai-nilai murni, ikhlas dan merendah diri.

Turki kini bangkit kembali. Walaupun Eropah tidak mahu menerimanya memasuki ke dalam Kesatuan mereka semasa zaman kegemilangan EU dan Eurozone, namun Turki tidak berdukacita.

Ada hikmahnya. Kini negara-negara Eropah lain, termasuk jirannya Greece dan Sepanyol sedang kemurungan, Turki sebaliknya terus memuncak.

Semangat rakyat Turki cukup hebat, ekonominya amat rancak dan ia kini merupakan ekonomi kedua terancak dan terbesar di Eropah selepas Jerman.

Pelancong berpusu-pusu memasuki bandar raya ini di musim panas ini. Ramai yang terpegun melawat Istana Topkapi yang kini dijadikan muzium. Ia dibina semasa pemerintahan Sultan Mehmet II atau Sultan Mehmet Penakluk pada 1460 hingga 1478 sebagai pusat pentadbirannya.

Pelancong terpegun melihat Muzium Hagia Sophia yang wujud sebagai gereja 916 tahun dulu semasa zaman Byzantine dan selama 481 tahun sebagai masjid di bawah kepimpinan Uthmaniah. Pertembungan dua tamadun yang mengayakan budaya negara itu.

Pelancong berpusu-pusu beratur panjang memasuki Masjid Biru untuk bersolat, masjid yang dibina oleh Sultan Ahmed I dengan sentuhan arkitek abad ke-17 Sedefkar Mehmet Aga. Inilah Turki pada hari ini.

Namun misi saya di Turki ialah untuk belajar. Belajar mengenai semangat kesukarelaan oleh sebuah pergerakan yang bergerak secara longgar, tidak berdaftar, dan telah berjaya menanamkan Semangat Memberi di kalangan rakyat Turki, iaitu Hizmet.

Hizmet yang bergerak atas platform Pertubuhan Pergerakan Sosial (SMO), bererti Khidmat atau Pergerakan Sukarela. Ia juga dikenali sebagai Pergerakan Gulen, mengambil nama seorang ulama terkenal Turki yang mengasaskannya iaitu Imam Fethullah Gulen.
Hizmet memberi fokus kepada pendidikan, kesihatan, media, penerbitan, kewangan beretika dan bantuan kemanusiaan. Dalam bidang media, pergerakan Hizmet memiliki akhbar terbesar di Turki, Zaman edisi Turki dan Inggeris. Ia juga memiliki stesen televisyen dan agensi berita.

Pergerakan ini sama seperti pertubuhan wakaf di negara kita, Malaysia. Tetapi dalam konteks Turki yang selama ini ditekan oleh pihak tentera, pergerakan ini tidak berjalan secara berstruktur.

Ia bermula dengan pengajian Islam oleh Fethullah, yang kemudian berkembang menjadi sebuah pergerakan yang disertai oleh jutaan rakyat Turki. Satu daripada tiga penduduk Turki terbabit dalam pergerakan sukarela ini menerusi semangat sukarela atau melalui yayasan.

Sesiapa sahaja yang kita temui di Istanbul atau di seluruh Turki mengetahui mengenai pergerakan ini. Semasa berjalan-jalan di Grand Bazaar di bandar raya ini, saya bertemu dengan seorang penjual karpet mewah dan antik. Dia boleh menceritakan mengenai Hizmet dengan lancar sekali.

Bersama dua lagi rakan, kami terpegun sehingga naik bulu roma mendengar penjelasannya mengenai khidmat ini. “Ayah saya mendermakan AS$50,000 setahun kepada Hizmet bagi mendirikan sekolah-sekolah di negara-negara mundur dan miskin.

“Kami berdakwah melalui pendidikan di negara mundur di Afrika, misalnya atau di Asia. Pendidikanlah yang akan menghindarkan daripada kekufuran. Ia adalah amal kebajikan dalam bentuk yang cukup subjektif," kata Muzaffar berkelulusan Kejuruteraan Mekanikal dari Jerman.

Hizmet, kata Muzaffar dianggotai oleh bapanya secara langsung. Ia diasaskan melalui semangat Sufi iaitu ikhlas dan menjangkau pancaindera kami, katanya.

Walaupun diasaskan oleh Fethullah, tokoh itu tidak pernah dipuja. Kami tidak pernah memujanya, malah beliau pun tidak mahu dipuja, kata Muzaffar.

Fethullah yang kini dalam usia 73 tahun tinggal di Amerika Syarikat dan pernah dipenjara oleh kerajaan Turki terdahulu kerana dikatakan cuba menjatuhkan kerajaan menerusi pergerakannya itu yang mendapat sambutan rakyat. Semasa Republik Turki mulai wujud, Fethullah cukup azab ditindas dan disekat daripada mengajar agama.

Kini keadaannya sudah berbeza. Hizmet diterima oleh pemerintah Turki, walaupun bukan secara terbuka.
Kami akan tetap bergerak secara longgar dan tidak terbuka. Kita tidak tahu apa akan jadi kepada Turki di masa akan datang," kata salah seorang penggeraknya, Sabahattin Atalay, Pengarah Fatih Universiti - antara universiti terkemuka Turki yang diasaskan menerusi sumbangan wakaf ahli-ahli Hizmet.

Kini beribu-ribu sekolah dari peringkat tadika, rendah, menengah hingga ke universiti ditubuhkan menerusi pergerakan ini melalui yayasan-yayasan yang ditubuhkan. Ia mengajar ilmu pendidikan moden selaras dengan ilmu yang perlu dikecapi oleh ummah. Ia juga mewujudkan madrasah-madrasah yang mengajar anak-anak di luar sekolah mengenai al-Quran dan al-Hadis.

Madrasah-madrasah yang saya lawati bukan seperti sekolah pondok yang tidak terurus, tetapi cukup moden siap dengan perpustakaan yang lengkap dan kelengkapan yang mencukupi. Ia juga terlalu bersih dan tersusun.

Apa yang penting untuk dilihat ialah semangatnya. Semangat Sufisme yang diterapkan oleh rakyat negara ini yang secara ikhlas membantu antara satu sama lain, sayang menyayangi, hormat menghormati, kata Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria yang turut menyertai lawatan itu.

Itulah semangat yang juga perlu diterapkan dalam masyarakat kita di Malaysia. Semangat untuk membantu antara satu sama lain dan bersatu-padu antara ummah.

Hizmet bukan pergerakan untuk membantu individu, seperti fungsi zakat, tetapi untuk menggerakkan ummah ke arah yang lebih besar menerusi pendidikan. Anak-anak yang berjaya ini kelak, akan menyumbang semula kepada kumpulan yang lain.

Inilah hebatnya Hizmet di Turki, yang kini turut menyalurkan bantuan ke negara-negara bekas jajahan Soviet, terutamanya negara Islam yang mundur.

Pendidikan yang diterapkan oleh pergerakan itu mengorientasikan rakyat berfikir sendiri dan menjadi ejen perubahan mengikut nilai-nilai keadilan sosial, hak asasi manusia dan toleransi.

Inilah yang membezakan ia dengan organisasi atau pergerakan kultus (ajaran sesat atau pemujaan seperti Al-Arqam) yang berorientasikan hak dalaman, keseragaman, upacara-upacara tertentu, perlambangan untuk menentukan keahlian, sedangkan Hizmet tiada semua itu.

Lawatan itu diketuai oleh ahli lembaga amanah Yayasan Iqra’ Malaysia, Datuk Seri Idris Jusoh yang juga Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara). Yayasan Iqra’ kini ialah penggerak kepada pendekatan Wakaf Korporat di Malaysia.

Ia merupakan satu inisiatif bagi menggerakkan sumber-sumber dan tenaga ke arah membina Dana Wakaf sebagai tapak perniagaan dan kemajuan ekonomi umat Islam menerusi pembentukan kekayaan mapan ummah. Syarikat-syarikat milik ummah yang sukar boleh diselamatkan dan ditadbir urus oleh wakaf ini.

Turut serta dalam lawatan itu ialah anggota Yayasan Iqra’ terdiri daripada ahli perbankan, bekas-bekas kapten perbankan, ahli-ahli pendidik serta ahli-ahli perniagaan.

“Kami mahu belajar mengenai kejayaan pergerakan ini. Kita bukan mahu memuja pengasasnya Fethullah Gulen, tapi mahu mempelajari semangat yang berjaya diterapkan di sanubari ahli-ahli perniagaan dan rakyat jelata.

Ahli-ahli perniagaan sini dengan ikhlas membuat amal jariah membantu kumpulan yang tidak bernasib baik. Ia berlaku, mungkin kerana rakyat Turki selama ini tidak boleh bergerak secara terbuka melalui satu ummah.

“Dalam konteks Malaysia, kita berbeza. Kebebasan yang ada pada kita tidak seharusnya menjadi rintangan dan sepatutnya Semangat Memberi ini lebih berjaya di negara kita," kata Idris yang menyifatkan lawatan itu cukup berjaya.

Semasa menaip Cuit ini di restoran hotel yang dihuni berhadapan Selat Bosphorus, saya ditegur oleh kakitangan hotel itu. Dia berkata adakah saya sedang menulis buku. Saya berkata saya sedang menulis mengenai Hizmet di Turki.

Dia dengan bangga berkata: “Saya berasal dari Armenia dan lulusan dari sekolah yang didirikan oleh pergerakan Hizmet di sana. Saya cukup gembira saudara menulis mengenai pergerakan ini. Ia adalah satu pergerakan yang cukup murni dan perlu dicontohi," katanya.

Baca buku mengenai soal jawab mengenai pergerakan itu bertajuk: Hizmet Questions and Answers on the Gulen Movement oleh Muhammed Cetin, Blue Dome 2012.

Sebenarnya, Hizmet bukanlah satu-satunya pertubuhan seumpamanya yang ada. Kaum Yahudi atau bangsa-bangsa lain juga mempunyai pergerakan yang sama yang membantu antara satu sama lain.

Begitu juga kaum Cina di Malaysia juga mempunyai yayasan demi yayasan bagi membantu bangsa mereka untuk maju dalam pelbagai bidang.

Kaum Melayu Islam, nampaknya masih jauh ketinggalan dalam hal ini. Wakaf sebenarnya ialah jawapan kepada permasalahan ini.

Jika dulu, orang kampung mewakafkan tanah untuk didirikan madrasah atau tanah perkuburan, konsep itu sebenarnya perlu diperluaskan lagi ke peringkat yang lebih besar.

Walaupun kita bukan seperti Turki, yang menurut CIA World Factbook, 99.8 peratus penduduknya beragama Islam, kita masih boleh berjaya jika bersatu. Rakyat Turki harus perlu dijadikan contoh atas semangat mereka yang bersatu.

“Walaupun Islam majoriti, tapi ekonomi kami pernah dikuasai oleh kumpulan Yahudi semasa era Ataturk kerana kami berpecah dan tidak bernasib baik. Orang Turki Islam pada masa itu dihantar ke medan perang dan akhirnya mati dan cacat.

“Tapi yang menguasai segala-galanya pada masa itu ialah orang Yahudi yang kecil jumlahnya. Kini kami cuba menguasainya semula - baik dalam ekonomi, pendidikan dan sebagainya melalui semangat Hizmet ini," kata Setiausaha Agung Persatuan Dialog Malaysia-Turki, Kursat Ciftci.

Namun, Hizmet bukanlah sebuah pertubuhan yang terkongkong kepada orang Islam semata-mata, pelbagai kumpulan etnik bukan Islam turut menyumbang ke arah kesejahteraan manusia melalui pergerakan itu.

Tasekkur ederim Turkiye - Terima kasih Turki di atas budi baik anda kepada kami. Kita harus mencontohi Semangat Memberi itu. Wakaf adalah agenda penyelamat ummah.

Nota: Zaini Hassan juga adalah
Ahli Jawatankuasa Pengurusan Yayasan Iqra’


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20120711/re_02/Seminggu-di-Istanbul:-Semangat-Uthmaniah,-Hizmet-dan-Iqra%E2%80%99#ixzz2f6hjlp9h
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Semangat Istanbul II: Guna pendidikan ‘tawan’ dunia

MINGGU lepas saya sekali lagi berada di kota raya Istanbul - sebuah kota raya “pemberian" Allah SWT kepada umat-Nya.

Tanpa ihsan-Nya, mustahil si penakluk, Sultan Mehmed (1432-1481) berjaya menakluki kota indah itu daripada tangan kuasa Rom Constantinople. Sekali gus menjatuhkan empayar Rom Timur Byzantine serta menukarkannya menjadi empayar Uthmaniah (Ottoman). Mehmed terus menakluki Asia, dengan menyatukan Anatolia (Turki sekarang), serta ke Eropah sejauh Bosnia dan Croatia.

Pemergian saya bukan atas niat memakan angin Selat Bosphorus yang membelah benua Eropah dan Asia, tetapi untuk menjejaki sekali lagi semangat tamadun Uthmaniah.

Tahun lalu saya bersama-sama rombongan Yayasan Iqra’ penggerak kepada wakaf korporat ke sana, namun kali ini mengiringi rombongan Kerajaan Negeri Perak mempelajari sektor pendidikan wakaf Turki.

Menjejaki dan mendalami erti Hizmet atau Khidmat, yang bergerak secara sukarela untuk menabur bakti kepada agama dan umat di muka bumi ini.

Perlu diingat tiga daripada lima warga Istanbul adalah penderma yang memberi sumbangan kepada pembinaan sekolah, madrasah, hospital di seluruh dunia.

Itulah semangat yang perlu juga ada di dalam diri kita semua umat Islam di tanah air Malaysia ini.

Dengan pendidikan, umat Islam tidak akan terjebak dalam kekufuran. Dengan pendidikan yang terbaik, umat Islam tidak akan jatuh miskin. Dengan pendidikan juga, kita boleh menakluki bangsa-bangsa lain.

Itu fasallah kaum Cina di Malaysia, begitu kental dengan pendidikan mereka. Bagi mereka pendidikan adalah senjata terpenting dan benteng terakhir keturunan mereka. Malangnya, hanya bangsa Melayu yang belum sedar mengenainya.

Itulah matlamat utama pergerakan Hizmet di Turki. Secara kebetulan atau tidak, semangat ini telah berjaya membawa Turki menjadi antara ekonomi terhebat di Eropah hari ini.

Dalam kegawatan ekonomi negara-negara lain di rantau itu, Turki kini adalah negara yang dicemburui oleh jiran-jirannya. Mungkin juga kerana sifat itu, Istanbul kalah menjadi hos Sukan Olimpik 2020!

Semangat rakyat Turki hebat. Darah penakluk yang mengalir di dalam diri mereka sejak ribuan tahun lalu kini semakin membara. Mereka kini mahu ‘menakluk dunia’ melalui pendidikan dan pelajaran.

Kini sudah ada sekitar 3,000 sekolah didirikan di seluruh dunia yang diasaskan oleh pergerakan Hizmet melalui wakaf, yang dikutip daripada rakyat Turki kaya dan miskin.

Hizmet yang bergerak atas platform Pertubuhan Pergerakan Sosial (SMO), bererti Khidmat atau Pergerakan Sukarela. Ia juga dikenali sebagai Pergerakan Gulen, mengambil nama seorang ulama terkenal Turki yang mengasaskannya iaitu Imam Fethullah Gulen.
Hizmet memberi fokus kepada pendidikan, kesihatan, media, penerbitan, kewangan beretika dan bantuan kemanusiaan. Dalam bidang media, pergerakan Hizmet memiliki akhbar terbesar di Turki, Zaman edisi Turki dan Inggeris. Ia juga memiliki stesen televisyen dan agensi berita.

Pergerakan ini sama seperti pertubuhan wakaf di negara kita, Malaysia. Tetapi dalam konteks Turki yang selama ini ditekan oleh pihak tentera, pergerakan ini tidak berjalan secara berstruktur.

Ia bermula dengan pengajian Islam oleh Fethullah, yang kemudian berkembang menjadi sebuah pergerakan yang disertai oleh jutaan rakyat Turki. Satu daripada tiga penduduk Turki terbabit dalam pergerakan sukarela ini menerusi semangat sukarela atau melalui yayasan.

Mengapa pendidikan? Pendidikan sebenarnya senjata yang paling berkesan untuk menguasai sesuatu bangsa dan tamadun.

Tamadun Uthmaniah jatuh juga disebabkan oleh pendidikan musuh yang menyelinap secara sistematik ke dalam hati nurani anak-anak era kesultanan Ottoman terakhir, sehinggalah hancur-lebur.

Dalam kunjungan itu kami bertemu dengan Ali Redza, seorang usahawan ulung Turki dan dermawan yang bergerak aktif mengasaskan Kolej Fatih dalam pergerakan Hizmet.

Ali pernah bertanya dengan Fetullah mengapa empayar agung Uthmaniah hilang kekuasaannya?

Begini kisahnya yang diceritakan oleh Fetullah kepada Ali sekitar 70-an dahulu:

Orang Eropah dan Amerika Syarikat mencuba berkali-kali mahu menyerang kita (Uthmaniah) tetapi semuanya gagal.

Dalam peperangan akan berlaku kematian, sebagai orang Islam kita akan syahid, tetapi adakah itu penyelesaiannya?

Akhirnya Fetullah menemui jawapannya iaitu pendidikan, pertukaran budaya menerusi landasan al-Quran.

Barat menggunakan strategi itu 300 tahun lalu di zaman Uthmaniah dengan membuka sekolah mereka.

Kira-kira 300 ke 400 tahun lalu empayar Uthmanian sangat kaya. Orang-orang kaya Uthmaniah membawa masuk wanita-wanita Eropah sebagai pengasuh anak-anak mereka untuk bercakap bahasa Inggeris, Perancis, Jerman.

Guru-guru dan pengasuh ini mengajar dan kemudian membuka ilham kepada para pegawai sultan supaya membawa anak-anak mereka mendapatkan pendidikan di negara-negara Barat. Pada masa yang sama, pengasuh-pengasuh ini menyelitkan dakyah-dakyah agama mereka ke atas anak-anak para pegawai Uthmaniah ini.

Apabila anak-anak ini kembali daripada mendapatkan pendidikan di luar negara kelak, mereka akan mengambil alih tampuk pemerintahan Uthmaniah.

Semua rekod arkib kurun ke-14 masih tersimpan dan menceritakan mengenai perkembangan itu.

Selepas kurun ke-18 jeneral-jeneral muda dalam tentera Uthmaniah mula menjalin kerjasama dengan pihak asing di atas tanah Uthmaniah.

Sekolah berasrama Kolej Robert (yang masih wujud sehingga kini di Istanbul) didirikan oleh pendakwah dari Amerika pada 1863.

Menurut kisah itu, setelah dikesan tiga pelajar perempuan menjadi Kristian, kerajaan Uthmaniah bertindak menutup sekolah terbabit, namun kemudian dibuka semula.

Pihak Vatican turut menghantar wang dan kelengkapan bagi membantu sekolah mereka.

Di Eropah pada masa itu, pihak gereja dengan megah dan bersemangat menguar- uarkan risalah kepada umat mereka “kami membuka sekolah-sekolah di tanah Uthmaniah, oleh itu berilah bantuan kewangan".

Orang Eropah merasakan itulah strategi yang paling berkesan untuk menawan Istanbul dan menjatuhkan empayar Uthmaniah.

Mereka telah gagal melalui senjata dan ketenteraan, mereka gunakan senjata pendidikan. Guru-guru yang dihantar adalah terdiri daripada mubaligh-mubaligh Kristian.

Mereka mula menyelinap masuk ke dalam urat saraf Uthmaniah melalui pendidikan sejak 300 tahun lalu. Sehinggalah pada 1914 kerajaan Uthmaniah hancur. “Barat telah mencapai misi mereka," kata Ali.

Setelah runtuhan sistem kalifah ini maka muncullah republik baru yang diambil alih oleh kumpulan-kumpulan yang dibentuk pemikiran dan budaya mereka oleh Barat.

Para alim ulama dihukum. Alim ulama yang mahu bersolat, dilarang. Alim ulama yang mahu melaungkan azan dalam bahasa Arab, dipaksa menukar laungannya ke dalam bahasa Turki.

“Mereka telah mengambil hati-hati kami," kata Fetullah, dipetik oleh Ali.

Hizmet bermula dengan hanya 15 orang ahli perniagaan, sekitar tahun 1970-an untuk membina sekolah-sekolah. “Di situlah kita selitkan sifat-sifat mulia sebagaimana yang diterapkan oleh Rasulullah SAW," kata Ali.

Fetullah berkata kepadanya: “Kita buat strategi yang sama seperti mana yang dilakukan ke atas kita. Kita kembangkan syiar Islam melalui pendidikan."

“Kita kembalikan hati-hati kita dengan membina sekolah."

Kini usahawan dan rakyat Turki berlumba-lumba menderma ke arah itu. “Ada yang memberi 100 juta Euro, ada 1 juta atau 500,000..."

Kita lakukan secara ikhlas dan komited. Kita tunjukkan contoh supaya mereka faham.

Kini Hizmet, sebuah pergerakan yang longgar dari segi struktur organisasinya telah matang. Mereka bergerak melalui yayasan-yayasan yang ditubuhkan.

Mereka sudah mempunyai universiti terhebat di Turki. Sistem pendidikan Fatih, dalam bahasa Turki bererti penakluk, bermula dari peringkat tadika, sekolah rendah, menengah, kolej universiti sehingga ke universiti adalah institusi pendidikan swasta terbaik di Turki dan dicontohi oleh dunia.

Mereka mempunyai rangkaian hospital swasta yang terbaik.

Semasa bulan Ramadan jutaan ringgit dikumpul untuk tujuan itu.

Rakyat Turki amat menghormati Hizmet. Dengan bangga mereka turut menaburkan derma dan berwakaf.

Kita, di Malaysia juga patut mencontohi semangat itu yang mengalir sejak zaman empayar hebat Uthmaniah.

Walaupun empayar itu jatuh akibat kealpaan, namun semangatnya kini mengalir semula di muka bumi ini. Mereka belajar daipada kesilapan. Belajar daripada musuh untuk kebaikan ummah.

Pendidikan jika digunakan dengan bijak akan menjadi senjata paling berkesan untuk membentuk satu generasi yang mantap dan kuat. Kita kena gunanya sebaik mungkin.

Namun, apakah kita di Malaysia ini sudah sedar?

(Ikuti juga menerusi utusan.com lawatan pertama saya ke Istanbul 11 Julai 2012 bertajuk: ‘Seminggu di Istanbul: Semangat Uthmaniah, Hizmet dan Iqra’).


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20130911/re_07/Semangat-Istanbul-II-Guna-pendidikan-tawan-dunia#ixzz2f6dx5R70
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Aku Stress Giler: Cool : Cerita Menyentuh Hati Seorang Peminat Tegar...

Aku Stress Giler: Cool : Cerita Menyentuh Hati Seorang Peminat Tegar...: Cerita Menyentu Hati Seorang Peminat Tegar Feyenoord, Rooie Marck. Ini adalah satu cerita mengenai permintaan terakhir lelaki ini. ...

Aku Stress Giler: Amazing : Gambar Yang Menunjukkan Betapa Tingginya...

Aku Stress Giler: Amazing : Gambar Yang Menunjukkan Betapa Tingginya...: Saintis kata gunung everest ni naik 2.4 inci setahun..Kos nak panjat lebih kurang $65 ribu dolar seorang termasuk training skali. Pada t...

Aku Stress Giler: OMG : Kanak-Kanak Berusia 5 Tahun Jalani Latihan T...

Aku Stress Giler: OMG : Kanak-Kanak Berusia 5 Tahun Jalani Latihan T...: Rakaman video ini menunjukkan sekumpulan kanak-kanak pra-sekolah menembak beberapa buah senjata api dan senjata berat di sebuah kem lati...

Aku Stress Giler: Fakta : Perancangan Israel Dalam Perang Saudara Ne...

Aku Stress Giler: Fakta : Perancangan Israel Dalam Perang Saudara Ne...: Peperangan 'Muslim brotherhood' di tanah Arab sehingga kini masih menemui jalan buntu untuk diselesaikan, malah menjadi lebih kompl...

HIKMAH JANGGUT DI SEBALIK SUNNAH RASULULLAH S.A.W.



Sabda Rasulullah SAW:

”Cukurlah kumis dan peliharalah JANGGUT.” 
(Hadith Riwayat Muslim)

Kajian terhadap janggut menyerlahkan satu lagi bukti saintifik tentang apa yang disunnahkan oleh Nabi kita sejak lebih seribu tahun dahulu.

Dr Jamnul Azhar Mulkan, seorang doktor perubatan, pemilik rangkaian klinik juga seorang pendakwah, dalam satu ceramah, mendedahkan hasil kajian yang sangat luar biasa mengenai khasiat janggut.

Ia bukan penyeri atau penyerabut wajah tetapi jauh lebih hebat daripada itu.

Menurutnya, kajian oleh saintis dari Massachusetts Institute of Technology, Amerika Syarikat yang berjudul

"The Amazing Fact of Human Body"

mendapati janggut lelaki mengandungi hormon testosteron yang amat diperlukan bagi kesuburan wanita.

Ia mampu menstabilkan kitaran haid selain menggalakkan pertumbuhan telur wanita.

SUBHANALLAH!

Caranya bagaimana?

Hanya melalui sentuhan.

Jadi kepada sesiapa yang belum punyai anak kerana ada masalah kesuburan, ataupun jarang anak dan mahu dirapatkan lagi, mintalah suami simpan janggut, dan belailah selalu janggut suamimu itu.

Ini sekali gus jadi bukti apa yang disaran oleh Islam sejak zaman silam, boleh dibuktikan secara saintifik akan hikmah dan kelebihannya.

Andai menyimpan janggut dengan NIAT untuk mencontohi sunnah Nabi, inshaa Allah menjadi satu ibadah dan mendapat pahala....

Sunday 15 September 2013

Saturday 14 September 2013

Aku Stress Giler: Cool : [Video] Kehidupan Seorang Muslim Di Korea K...

Aku Stress Giler: Cool : [Video] Kehidupan Seorang Muslim Di Korea K...: Berikut merupakan video yang menunjukkan kehidupan seorang lelaki Korea yang telah memeluk Islam dan cara kehidupannya ketika bulan Rama...

Aku Stress Giler: Serius : Dettifos, Air Terjun Paling Kuat Pengalir...

Aku Stress Giler: Serius : Dettifos, Air Terjun Paling Kuat Pengalir...: Dettifos, Air Terjun Paling Kuat Pengalirannya Dan Yang Terbesar Di Eropah. Air Terjun ini terletak di Vatnajokull National Park di Utara...

Aku Stress Giler: Serius : [Video] Provokasi Hina Islam Oleh Chetz D...

Aku Stress Giler: Serius : [Video] Provokasi Hina Islam Oleh Chetz D...: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) diarah menggambil tindakan terhadap penyebaran satu lagi video dikatakan menghina ...

Aku Stress Giler: Info : Gaji CEO-CEO Dan Orang-Orang Besar Di Malay...

Aku Stress Giler: Info : Gaji CEO-CEO Dan Orang-Orang Besar Di Malay...: B EKAS CEO MAS : DATO IDRIS JALA Kalau sebelum ini, Idris Jala merupakan CEO MAS yang mana pendapatannya adalah sekitar RM100,000....

Aku Stress Giler: Unik : Ippo, Spesis Kacukan Keldai Dan Kuda Belang...

Aku Stress Giler: Unik : Ippo, Spesis Kacukan Keldai Dan Kuda Belang...: Seekor bayi Zonkey, iaitu spesies haiwan kacukan antara kuda belang dan keldai yang dinamakan Ippo, telah berjaya dilahirkan di sebuah r...

Thursday 12 September 2013

Aku Stress Giler: Amazing : Anjing Laut Crabeater Dan Giginya Yang U...

Aku Stress Giler: Amazing : Anjing Laut Crabeater Dan Giginya Yang U...: Crabeater Seal atau anjing laut Crabeater ini boleh ditemui di kawasan Antartica. Haiwan ini mempunyai gigi yang sangat unik. Jom kita t...

Blog Johan Harith: Oh Yeah : Misteri Kewujudan Kucing Bersayap?

Blog Johan Harith: Oh Yeah : Misteri Kewujudan Kucing Bersayap?: Fly, baby, fly... Betul ke kucing bersayap wujud kat dunia realiti ni?. Rupanya-rupanya telah wujud ratusan catatan sejarah tentang ku...

Blog Johan Harith: Oh Yeah : Kucing Berkaki Tiga Yang Super Cute!! (1...

Blog Johan Harith: Oh Yeah : Kucing Berkaki Tiga Yang Super Cute!! (1...: Kawaiii Walaupun cacat, tapi kecomelan Maxwell tidak menghalang daripada menjadikannya seekor kucing yang menghiburkan. Tuan dia bernama A...

Aku Stress Giler: Cool : Penyelam Yang Mampu Memukau Semua Ikan Jeru...

Aku Stress Giler: Cool : Penyelam Yang Mampu Memukau Semua Ikan Jeru...: Penyelam Yang Mampu Memukau Semua Ikan Jerung Dalam Laut. Seorang penyelam boleh memukau ikan jerung yang merbahaya untuk 15 minit dengan...

Wednesday 11 September 2013

Hukum Menyusukan Anak Lebih Dari Dua Tahun


Dulu ketika dibangku sekolah saya pun musykil dengan masalah ini sebenarnya. Pernah saya tegur kakak ipar kerana menyusukan anaknya yang usia sudah lebih dari 2 tahun. Bila dia kata kenapa tak boleh pula doktor pun galakkan. Saya pun senyap je laa sebab time tu memang tak pasti lagi status hukum berkenaan masalah ini.
Cuma agak-agak je hukumnya haram berdasarkan ayat 233 surah al-Baqarah.
Tapi bila dah belajar ke peringkat yang agak lebih tinggi baru la tahu rupanya tak ada masalah menyusukan anak lebih dari 2 tahun. Pesan saya kalau nak belajar ilmu agama ni, kenalah berguru. Membaca dan mengkaji tu memanglah bagus tapi sebaiknya kita perlu rujuk kepada ahlinya(ustaz\ustazah), lebih-lagi berkaitan dengan ayat al-Quran dan potongan hadis-hadis Nabi s.a.w, jangan tafsir atau keluarkan hukum ikut akal(kefahaman) sendiri. Perlu(wajib)baca apa tafsiran ulama berkaitan ayat tersebut dan apakah ijtihad Ulama mujtahid berkaitan masalah tesebut. Jangan jadi macam saya dulu, jumpa ayat 233 surah al-Baqarah terus jadi “mujtahid jadi-jadian” menyusukan anak lebih 2 tahun itu haram.
Baiklah mari kita perhatikan ayat 233 surah al-Baqarah serta terjemahan ayat dan tafsiran ulama berkenaan ayat tersebut..

ÙˆَالْÙˆَالِدَاتُ ÙŠُرْضِعْÙ†َ Ø£َÙˆْلادَÙ‡ُÙ†َّ Ø­َÙˆْÙ„َÙŠْÙ†ِ ÙƒَامِÙ„َÙŠْÙ†ِ Ù„ِÙ…َÙ†ْ Ø£َرَادَ Ø£َÙ†ْ ÙŠُتِÙ…َّ الرَّضَاعَØ©َ

Maksudnya: “Dan para ibu itu menyusukan anak-anak mereka selama sempurna 2 tahun,bagi sesiapa yang menyempurnakan susuan”
Al-Imam al-Qurtubi ketika menafsirkan ayat di atas menyatakan: “Tambahan lebih dari 2 tahun (menyusukan anak) atau menguranginya (tempoh tersebut),boleh jika tidak ada kemudharatan kepada bayi dan dengan kerelaan suami dan isteri.”
Kata Syaikul Islam Ibnu Taimiyah rahimahullah:
Firman Allah:

Ø­َÙˆْÙ„َÙŠْÙ†ِ ÙƒَامِÙ„َÙŠْÙ†ِ Ù„ِÙ…َÙ†ْ Ø£َرَادَ Ø£َÙ†ْ ÙŠُتِÙ…َّ الرَّضَاعَØ©َ

“selama dua tahun penuh bagi yang ingin menyempurnakan penyusuan” menunjukkan inilah sempurnanya penyususan..Adapun setelah dua tahun maka sama saja seperti makanan biasa”
Kesimpulan: Ayat ini hanya berupa bimbingan dan bukan menunjukkan suatu kewajipan yang membawa dosa jika menyalahinya.
Sumber: Minda Kini

Aku Stress Giler: OMG : Pacu, Ikan Yang Bersaudara Dengan Ikan Piran...

Aku Stress Giler: OMG : Pacu, Ikan Yang Bersaudara Dengan Ikan Piran...: Pacu, Ikan Yang Bersaudara Dengan Ikan Piranha Di Amerika Selatan. Ikan ini dikatakan mempunyai persamaan denganikan piranha dan kedua-du...

Aku Stress Giler: Info : Gadis Suku Pashtun, Antara Golongan Wanita ...

Aku Stress Giler: Info : Gadis Suku Pashtun, Antara Golongan Wanita ...: Suku Pashtun adalah salah satu suku di Afghanistan. Populasi mereka terletak di wilayah timur dan selatan negara yang penuh konflik ini....

Aku Stress Giler: Serius : [Video] Jurucakap Syiah Dedah Rancangan M...

Aku Stress Giler: Serius : [Video] Jurucakap Syiah Dedah Rancangan M...: "Faiz Shakir", salah seorang jurucakap Hizbullah secara langsung dalam sebuah rancangan tv di OTV: "Hisbullah tidak dapat ...

Kenapa Islam Benarkan Poligami?


Isu poligami adalah isu yang paling hangat dibincangkan melibatkan Islam, sungguhpun banyak juga agama atau bangsa lain yang mengamalkan poligami tetapi sepertinya tidak disentuhpun. Contohnya Masyarakat Zulu juga mengamalkan poligami bahkan satu kes diberitakan kahwin empat isteri dalam satu masa sekaligus. Isu poligami banyak disentuh tentang keburukannya berbanding kebaikan poligami, ini disebabkan pengamal poligami tidak mengamalkan panduan yang diajarkan oleh Islam sehingga poligami menjadi satu polemik yang tak habis-habis dan meninggalkan kesan negatif. Seolah-olah poligami adalah penindasan terhadap perempuan sedangkan poligami dalam Islam adalah untuk mengangkat kedudukan perempuan. Sungguhpun demikian kita kena faham beberapa perkara :
1. Islam tidak pernah memperkenalkan poligami, poligami telah wujud sejak zaman azali lagi seperti dilaporkan dalam Bible, Yajurveda dan tamadun-tamadun awal. Islam hanya menghadkan poligami maksimum hanya empat sahaja sedangkan agama dan tamadun lain tidak pernah menghadkannya. Abraham mempunyai tiga isteri, Solomon mempunyai 700 isteri dan 300 gundik, David mempunyai 99 isteri dilaporkan dalam Bible, manakala Krisna mempunyai 16108 isteri tetapi tak pernah disentuh atau jadi isu tetapi islam menghadkan kepada empat sahaja tiba-tiba jadi isu. Sila rujuk Bible
Maka Sarai memberikan Hagar kepada Abraham untuk dijadiakn isterinya (Act 16;3).
Abraham berkahwin lagi dengan seorang perempuan bernama Ketura (Act 25;1).
Raja Solomon berkahwin dengan tujuh ratus orang puteri raja dan mempunyaitiga ratus orang gundik (King 11;3).
Poligami dalam Islam
Dan jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil terhadap perempuan yatim bilamana kamu mengawininya, maka kawinilah wanita-wanita lain yang kamu senangi: dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil, maka kawinilah seorang saja, atau hamba-hamba yang kamu miliki. Yang demikian itu lebih dekat kepada tidak berbuat aniaya (An-Nisa’ 4;).
Ayat di atas menyatakan bahawa Islam membenarkan kahwin sampai empat sekiranya dapat berlaku adil kepada isteri-isterinya, sekiranya tidak dapat berlaku adil maka kahwinlah satu sahaja. Mengikut statistik tidak sampai 10 peratus lelaki muslim mengamalkan poligami. Lelaki yang mengamalkan poligami dapat berlaku adil maka dia adalah orang pertama masuk ke syurga tetapi sekiranya tidak dapat berlaku adil maka dia adalah orang pertama masuk ke neraka.
Sebenarnya poligami tidak menzalimi perempuan tetapi memuliakan mereka dengan menyediakan tempat perlindungan dan kasih sayang. Bandingkan kehidupan perempuan bujang dengan perempuan berkahwin, perempuan berkawhin mempunyai tanggungjawab menguruskan keluarga, mendapatkan perlindungan dan kasih sayang daripada suami serta wujud keceriaan rumah tangga dengan kahadiran anak-anak dan sebagainya.
Sungguhpun demikian sebetulnya poligami dapat mengurangkan masalah sosial masyarakat yang semakin teruk. Beberapa kelebihan atau manfaat poligami :
1. Ada sesetengah lelaki mempunyai kemahuan sexual yang cukup tinggi, seorang isteri tidak dapat melayan kemahuan seksual suami. Dalam Islam penyelesaiannya adalah kahwin lagi seorang, kalau dalam agama lain apa penyelesaiannya? Mungkin mempunyai perempuan simpanan atau mencari pelacur, ini mempengaruhi perkembangan spikologi perempuan simpanan dan anak yang dilahirkan bahkan akan menjejaskan kerjaya lelaki tersebut, di samping itu juga dapat mengalakkan industri sexual. Melarang lelaki daripada melakukan hubungan seksual adalah mustahil, bukan semua lelaki dapat mengawal nafus seksual dengan baik, contohnya Tiger Wood yang dianggap seorang suami dan ayah yang penyayang dan setia kepada pasangan tetapi yang berlaku adalah menggemparkan dunia, bahkan telah menghancurkan kerjayanya sebagai pemain Golf profesional yang sebelum ini dianggap sebagai hero. Mungkin kalau Tiger Wood mengamalkan poligami adakah skandal tersebut akan berlaku? Tentu jawapannya tidak.
2. Bilangan perempuan melebihi lelaki, ini akan melahirkan semakin ramai anak dara tidak laku ataupun andartu. Kita mesti ingat perempuan juga mempunyai kemahuan sexual, kalau nak dapat lelaki bujang dan muda adalah sangat susah bagi perempuan berumur kecuali lelaki sudah beristeri. Kalau saudara mempunyai anak atau saudara perempuan, sanggupkan saudara memberikan anak atau saudara perempuan anda menjadi pelacur ataupun perempuan simpanan? Maka Islam memberikan penyelesaian melalui poligami, kalau lelaki hanya boleh kahwin seorang isteri sahaja maka tidak semua perempuan mempunyai peluang mendapatkan suami. Poligamilah satu-satunya jalan bagi memastikan semua perempuan mempunyai suami. 
3. Dalam Islam perkahwinan bukan semata-mata kerana kemahuan sexual semata-mata, kadangkala perkahwinan kerana kebajikan sebagai contoh seorang ibu tunggal yang kematian suami dan mempunyai 5 orang anak. Mampukah seorang perempuan menyara anak-anaknya?
Berapa ramai ibu tunggal di Amerika atau negara Eropah terpaksa bekerja syif siang dan malam semata-mata untuk menyara keperluan anak. Maka lelaki Muslim sanggup berkahwin untuk membantu menyara dan menjaga anak-anaknya, dalam agama lain tidak berlaku seperti ini tapi dalam Islam ini adalah perkara normal.
4. Bagi pasangan berkahwin sampai berpuluh tahun tetapi tidak mempunyai anak. Selepas dibuat pemeriksaan doktor kalau suami berkahwin dengan perempuan lain maka peluang mempunyai anak cukup besar. Suami-Isteri mahu sangat anak, apa penyelesaian agama lain berikan? Mungkin cerai isteri pertama dan kahwin dengan perempuan lain, bagi setengah agama tidak dibenarkan bercerai dan berkahwin lain apa penyelesaiannya? Ramai yang berkahwin secara senyap atau mempunyai perempuan simpanan, sungguhpun agama melarangnya tetapi undang-undang tidak dapat melindungi perempuan seperti ini (mengikut bancian yang dibuat). Islam benarkan untuk kahwin lagi, bahkan anak yang lahir dari isteri kedua juga anak daripada isteri pertama maka lahirlah keluarga yang bahagia.
5. Sekiranya isteri lumpuh seluruh badan dan suami masih muda lagi sehingga keinginan sexual masih tinggi, nak melakukan hubungan sexual dengan isteri lumpuh adalah satu kezaliman. Adakah lelaki harus mempunyai perempuan simpanan atau melanggan pelacur? Apa penyelesaian yang diberikan agama lain? Islam membenarkan suami berkahwin lagi, suami boleh memilih isteri kedua yang sanggup menjaga suami, anak dan isteri pertama. Maka akan terbina satu keluarga bahagia dan sejahtera sekiranya suami isteri melaksanakan perkahwinan mengikut panduan yang diajarkan islam.
Sumber: Islam Is My Life

Saturday 7 September 2013

Friday 6 September 2013

Aku Stress Giler: Cool : Desert Lotus Hotel, Hotel Yang Berprestij T...

Aku Stress Giler: Cool : Desert Lotus Hotel, Hotel Yang Berprestij T...: Desert Lotus Hotel, Hotel Yang Berprestij Terletak Di Kawasan Gurun Mongolia. Sebuah hotel mewah dan berprestij telah dibina di gurun Xia...

Aku Stress Giler: Kesian : Lelaki Yang Dilahirkan Dengan Jantung Di ...

Aku Stress Giler: Kesian : Lelaki Yang Dilahirkan Dengan Jantung Di ...: China – Seorang lelaki yang berusia 24 tahun yang selama hayatnya terpaksa hidup dengan jantungnya terletak di bahagian perut, akan men...

Aku Stress Giler: Cerita : Gara-Gara Tegur Awek Bertudung Pakai Baju...

Aku Stress Giler: Cerita : Gara-Gara Tegur Awek Bertudung Pakai Baju...: Satu hari di sebuah pasar malam di Selangor. Seorang lelaki terlihat seorang perempuan Melayu bertudung sedang memakai baju sendat bersa...

Aku Stress Giler: Cool : Al Wahaba, Kawah Gunung Berapi Berwarna Put...

Aku Stress Giler: Cool : Al Wahaba, Kawah Gunung Berapi Berwarna Put...: Al Wahaba, Kawah Gunung Berapi Berwarna Putih Di Arab Saudi. Kawah ini terletak di Hafer Kishb, Arab Saudi. Kawah ini adalah terbesar di ...

Thursday 5 September 2013

Wednesday 4 September 2013

Aku Stress Giler: Serius : Apa Yang Tentera Pembebasan Syria Buat Se...

Aku Stress Giler: Serius : Apa Yang Tentera Pembebasan Syria Buat Se...: Ini Apa Tentera Pemberontak Syria Buat Semasa Masa Lapang? Ini berlaku semasa tentera pemberontak Syria ini dipaksa untuk berehat dan teng...

Aku Stress Giler: Sadis : Ini Keadaan Negara Syria Pada Masa Kini Ya...

Aku Stress Giler: Sadis : Ini Keadaan Negara Syria Pada Masa Kini Ya...: Ini Keadaan Negara Syria Pada Masa Kini Yang Menyedihkan. Perang yang tidak putus-putus telah mengakibatkan negara ini dari sebuah yang m...

Aku Stress Giler: Serius : Situasi Di KLCC, "We Don't Hire Hijab Peo...

Aku Stress Giler: Serius : Situasi Di KLCC, "We Don't Hire Hijab Peo...: Pengalaman kat bawah ni di share oleh seorang yang bernama Mira Kamil yang mengalami kesusahan ketika mencari kerja kerana dia memakai h...

Kisah Jenazah Wanita Yang Mengumpat Sukar DiKafankan


Kisah Jenazah Wanita Yang Mengumpat Sukar DiKafankan
Menjalani kehidupan dengan gemar mengumpat orang adalah satu perbuatan yang amat ditegah dalam Islam. Mengumpat adalah satu sifat yang suka memburuk-burukkan individu tertentu di hadapan orang lain.
Setiap manusia yang hidup pasti akan merasai mati. Itu adalah janji Allah SWT kepada hambaNya. Namun bagaimana cara kita mati, tempat kita mati, keadaan kita mati hanya Allah sahaja yang mengetahuinya. Kita sebagai hamba Allah hanya perlu sentiasa berdoa agar mati dalam khusnul khatimah. Di bawah ini terdapat satu kisah yang mana diceritakan kisah seorang wanita yang gemar mengumpat, akhirnya sukar untuk dikafankan.
Sebagai bilal pengurusan jenazah, banyak pengalaman yang telah saya tempuhi. Ada di antaranya yang cukup menyedihkan. Tidak kurang juga yang benar-benar memberi keinsafan. Salah satu daripada pengalaman-pengalam an itu membabitkan masalah kain kafan tidak muat pada hal mayat yang hendak di kafankan bersaiz kecil. Ini bertentangan dengan satu lagi mayat yang saya uruskan, di mana kain kafannya mencukupi walapun orangnya berbadan tinggi Dan gemuk. Sepanjang pengelaman saya dalam pengurusan jenazah sejak lebih 30 tahun lalu, saya mengunakan kain kafan sebanyak 24 ela untuk mengapankan mayat. Jumlah itu selalunya mencukupi tidak kira sama ada mayat bersaiz besar atau kecil, gemuk atau kurus.
Tetapi sewaktu menguruskan satu jenazah di negeri Selangor beberapa tahun lalu, kain kafan sebanyak 24 ela yang saya sediakan itu tidak mencukupi pada hal mayatnya kecil sahaja. Mayat itu berkeadaan biasa, berbadan kurus dengan ketinggian lebih kurang lima kaki. Saya diberitahu arwah meninggal dunia kerana sakit jantung. Orangnya sudah tua, umurnya sekitar 60-an.
Seperti biasa sebelum memandikan mayat, saya memotong dahulu kain kafannya sebanyak tiga keping. Panjangnya mengikut ketinggian arwah kemudian di tambah satu hasta di hujung kepala Dan satu hasta di hujung kaki. Selepas semuanya siap disusun, saya mula memandikan arwah dengan bantuan adik saya, Rafeah.
Tiada keanehan ketara berlaku semasa arwah di mandikan, cuma mukanya agak kuning dan najisnya, Maha Suci Allah amat banyak. Makin dikorek makin banyak yang keluar.
“He, Ada lagi najis”, kata adik saya Rafeah kehairanan. Selalunya tidak sampai setengah jam, najis sudah habis keluar tetapi yang ini, lebih 45 minit baru habis. Setelah lebih dua jam berlalu, baru selesai tugas kami memandikan mayat itu. Selalunya satu setengah jam sudah mencukupi. Bila semuanya sudah bersih, arwah dipindahkan untuk dikafan. Sebaik sahaja arwah diletakkan ke atas kain kafan, saya terperanjat besar bila mendapati kain putih yang saya sediakan tadi tidak muat. Entah macam mana kain kafan di hujung kepala Dan di hujung kakinya cuma tinggal satu jari sahaja.
“He, kenapa tak cukup. Takkan salah potong”, saya berkata pada adik saya. Wajahnya turut berkerut kehairanan bila mendapati kain kafan yang kami sediakan itu tidak muat. Kami berdua sama-sama bingung Dan bertanya-tanya di mana silapnya.
Nak katakan saya tersalah ukur semasa memotong tadi, mustahil. Rafeah sendiri menyaksikan Dan membantu saya memotong kain itu. Sudah bertahun-tahun kami berdua melakukan perkerjaan ini, tidak mungkin kami tersalah potong. Nak katakan pembekal kain bersalah ukur, juga tidak mungkin. Sebelum memotong, kami mengukur terlebih dahulu kain kafan itu dan mendapatinya cukup 24 ela.
Setiap kali berlaku kematian, orang yang sama itulah yang membekalkan kain kafan kepada saya. Tidak mungkin dia tersalah ukur. Saya mula berkecimpung dalam pengurusan jenazah sejak berusia 17 tahun lagi. Waktu itu saya mengikut nenek saya menguruskan jenazah di kawasan Klang sebelum di lantik sebagaibilal pengurusan jenazah wanita oleh Jabatan Agama Islam Selangor pada tahun 1973.
Sepanjang tempoh pembabitan saya dalam bidang itu, inilah kali pertama saya berdepan dengan masalah kain kafan tidak muat. Mungkin inilah yang dikatakan habuan Dan bahagian masing-masing. Entah apa amalan arwah semasa hayatnya hanya Tuhan sahaja yang mengetahui. Semoga Tuhan mengampunkan segala dosanya Dan mencucuri rahmat di atas rohnya.
Untuk menambah kain putih yang lain, dah tak Ada . Kain yang saya bawa itu semuanya sudah di pakai, tiada lagi saki-bakinya. Mahu tak mahu mayat arwah dikafankan juga menggunakan apa yang ada . Maha Suci Allah, saya sekali lagi teperanjat besar bila mendapati kain kafan itu tidak mencukupi untuk membungkus mayat arwah. Bahagian tengahnya ternganga seperti membungkus nasi lemak. Selalunya kain kafan yang saya sediakan boleh menutup hingga ke bahagian tepi. Puas saya tarik untuk Cuba menutup bahagian yang ternganga tetapi gagal. Untuk mengatasi masalah itu, saya terpaksa menggunakan kapas untuk menutup bahagian yang ternganga sebelum mengikatnya kemas-kemas.
Sebaik sahaja selesai kerja-kerja mengafan, arwah disembahyangkan kemudian dibawa ke tanah perkuburan. Dan dengan itu selesailah kewajiban saya. Namun cerita-cerita daripada salah seorang yang membantu kerja-kerja pengebumian jenazah membuatkan diri saya menjadi bertambah bingung.
Menurutnya, semasa jenazah hendak dikebumikan, satu keanehan berlaku yang benar-benar memberi keinsafan kepada sesiapa sahaja yang hadir. Ketika jenazah diturunkan, liang lahad yang disediakan didapati tidak cukup panjang hingga menyebabkan bahagian kaki jenazah membengkok. Akibatnya, jenazah terpaksa ditarik naik Dan liang lahad digali semula. Bila kubur siap di gali, jenazah diturunkan untuk kali kedua. Allah Maha Besar, liang lahad masih sempit walaupun telah digali melebihi enam kaki. Setiap yang hadir bertambah hairan. Apakah amalannya hingga diseksa begitu rupa?
Jenazah dinaikkan semula Dan liang lahad ditebuk lagi untuk kali ketiga. Bila selesai kerja-kerja menggali, jenazah diturunkan. Alhamdulillah, cubaan kali ketiga berjaya Dan jenazah akhirnya selamat dikebumikan. Masing-masing menghembus nafas lega.
Apa yang berlaku pada jenazah itu memanglah menyedihkan. Saya sendiri tertanya-tanya bagaimana kain kafan yang saya bawa itu tidak muat dengannya. Untuk memastikan kedudukan sebenarnya, saya pergi ke kedai yang membekalkan kain kafan kepada saya untuk bertanya berapa banyak kain putih yang dibekalkan kepada saya. Jika betul 24 ela,kenapa kain itu tidak cukup sedangkan mayat yang dikafankan bersaiz kecil.
Jawapan yang diberikan oleh pekedai itu menyedarkan saya tentang kebesaran Allah. Menurutnya, kain putih yang dibekalkan kepada saya sama seperti kebiasaannya, ia itu 24 ela. Jika kain itu tidak mencukupi itu bukanlah salah sesiapa sebaliknya merupakan ketentuan Allah. Maha Suci Allah Allah, memang benar apa yang dinyatakan oleh pekedai itu. Apa yang berlaku ke atas jenazah itu merupakan balasan daripada Allah. Mungkin ada di antara amalan-amalannya yang bertentangan dengan ajaran Tuhan. Entah apa yang dilakukan oleh allahyarham semasa hayatnya, wallahualam, hanya Tuhan sahaja yang mengetahuinnya.
Tetapi daripada cerita-cerita yang saya dengar, arwah dikatakan menpunyai tabiat buruk, suka mengumpat dan mengatakan orang. Tidak cukup dengan itu, arwah juga dikatakan suka mengambil tahu urusan orang serta gemar membawa mulut dari rumah ke rumah. Bukanlah niat saya untuk membongkarkan keburukan arwah tetapi sekadar memberi nasihat. Semoga apa yang berlaku menjadi pengajaran dan memberi pedoman dan iktibar mereka yang masih hidup. Hindarkan perkara-perkara keji demi kesejahteraan kita sendiri. Pengalaman yang cukup menginsafkan itu jauh berbeza dengan apa yang saya lalui semasa menguruskan satu lagi jenazah kira-kira sebulan kemudian.
Orangnya saya kenal, berbadan gemuk dan berusia sekitar 50-an. Punca kematiannya ialah darah tinggi. Sewaktu menatap jenazahnya untuk kali petama, saya mendapati mukanya tenang dan jernih. Walaupun bertubuh besar, tetapi Maha Suci Allah, badannya lembut dan ringan. Saya dan adik saya Rafeah tidak mengalami sebarang masalah untuk mengalih-alihkan badannya. Najisnya tak ada langsung. Puas kami menekan dan mengorek, tetapi tiada sebarang kesan najis.
“Bersih betul mayat ini”, saya berbisik kepada Rafeah. Tiada langsung kesan kotoran pada tubuhnya, seolah-olah dirinya telah dibersihkan sebelum menghembus nafas terakhir. Seronok betul kami menguruskannya. Mayat itu selesai dimandikan dalam tempoh tidak sampai sejam. Sewaktu hendak mengafan jenazah, kami berdua pada mulanya di selubungi kebimbangan takut-takut peristiwa kain kafan tidak muat berulang lagi. Maklumlah, sedangkan jenazah kecil pun tak muat inikan pula jenezah yang besar. Tetapi syukur alhamdulillah, kain kafan yang kami bawa sebanyak 24 ela itu cukup untuk menutupi seluruh bahagian. Selesai kerja-kerja mengapan jenazah disembayangkan.
Kerana terlalu ramai yang hadir, jenazah disembahyangkan dua kali. Kali pertama di rumah dan kali kedua di masjid. Jenazah akhirnya dibawa ketanah perkuburan dan selamat dikebumikan. Perjalanan lancar tanpa sebarang halangan. Saya sendiri berasa seronok menguruskannya. Sesungguhnya Allah Maha Berkuasa dan Maha Mengetahui.
Arwah memang dikenali di kalangan penduduk-penduduk kampungnya sebagai seorang yang kuat beribadat. Sifatnya yang suka bersedekah dan menolong orang ternyata mendapat balasan yang setimpal. Keadaannya jauh berbeza dengan jenazah kurus yang tidak muat kain kafannya. Bukan menghina atau mencaci tetapi itulah hakikatnya.
Perbezaan itu jelas menunjukkan betapa pentingnya kita hidup berlandaskan agama. Buatlah apa yang disuruh dan tegah apa yang di larang, insya-Allah selamat didunia dan akhirat.
Sumber: HalimIslam

Keajaiban Kaabah Menurut Kajian Saintifik


Firman Allah Ta’ala yang bermaksud: “Allah telah menjadikan Kaabah, rumah suci itu sebagai pusat bagi manusia” (Al-Maa’idah:97)
Makkah ataupun Mekah dengan nama penuhnya Makkah al-Mukarramah terletak lebih kurang 73km daripada timur Jeddah. Makkah merupakan tempat lahirnya Islam serta Nabi Muhammad s.a.w. dan juga tempat baginda menerima wahyu daripada Allah s.w.t.
Makkah ialah kota paling suci bagi umat Islam. Lima kali sehari, lebih kurang 1.5 bilion Muslim tidak kira di mana mereka berada, pasti akan menghadap kiblat di Kota Makkah untuk bersembahyang. Sekurang-kurangnya sekali dalam seumur hidup seseorang Muslim akan mengerjakan haji pada bulan Zulhijjah setiap tahun di tempat tersebut.
Di sini juga terletaknya Al Masjid Al Haram yang mana terdapatnya Kaabah. Mekah merupakan tanah suci di mana berdirinya sebuah struktur hebat iaitu Kaabah yang menjadi lambang dan panduan qiblat untuk semua umat Islam di seluruh dunia.
Menurut sejarah Islam, Kaabah dibina semula 12 kali. Para akademik dan sejarahwan berkata Kaabah dibina semula antara lima hingga 12 kali. Pembinaan pertama Kaabah dilakukan oleh Nabi Adam as. Allah SWT menyatakan dalam al-Quran Kaabah adalah rumah pertama dibina untuk manusia menyembah Allah SWT. Selepas itu, Nabi Ibrahim as dan Nabi Ismail as membina semula Kaabah, seterusnya pembinaan semula Kaabah oleh kaum Quraish Rasulullah mengambil bahagian dalam salah satu daripada pembinaan semula ini sebelum baginda menjadi Rasul. Maka berlakulah beberapa rentetan peristiwa pembinaan semula Kaabah selepas itu.
Berikut adalah 16 perkara tentang Kaabah menurut kajian sains yang tidak diketahui ramai:
1. Mekah adalah kawasan yang mempunyai graviti paling stabil.
2. Tekanan gravitinya tinggi, dan di situlah berpusatnya bunyi-bunyian yang membina yang tidak boleh didengar oleh telinga.
3. Tekanan graviti yang tinggi memberi kesan langsung kepada sistem imun badan untuk bertindak sebagai pertahanan daripada segala serangan penyakit.
4. Graviti tinggi = elektron ion negatif yang berkumpul di situ tinggi.
5. Apa yang diniatkan di hati adalah gema yang tidak boleh didengar tetapi boleh dikesan frekuensinya. Pengaruh elektron menyebabkan kekuatan dalaman kembali tinggi, penuh bersemangat untuk melakukan ibadat, tidak ada sifat putus asa, mahu terus hidup, penyerahan diri sepenuhnya kepada Allah.
6. Gelombang radio tidak boleh mengesan kedudukan Kaabah.
7. Frekuensi radio tidak mungkin dapat membaca apa-apa yang ada di dalam Kaabah kerana tekanan graviti yang tinggi.
8. Malah teknologi satelit pun tidak boleh meneropong apa yang ada di dalam Kaabah. Frekuensi radio tidak mungkin dapat membaca apa-apa yang ada di dalam Kaabah kerana tekanan graviti yang tinggi.
9. Tempat yang paling tinggi tekanan gravitinya, mempunyai kandungan garam dan aliran anak sungai di bawah tanah yang banyak. Sebab itu lah jika bersembahyang di Masjidilharam walaupun di tempat yang terbuka tanpa bumbung masih terasa sejuk.
10. Kaabah bukan sekadar bangunan hitam empat persegi tetapi satu tempat yang ajaib kerana di situ pemusatan tenaga, graviti, zon magnetisme sifar dan tempat yang paling dirahmati.
11. Tidur dengan posisi menghadap Kaabah secara automatik otak tengah akan terangsang sangat aktif hingga tulang belakang dan menghasilkan sel darah.
12. Pergerakan mengelilingi Kaabah arah lawan jam memberikan tenaga hayat secara semula jadi daripada alam semesta. semua yang ada di alam ini bergerak mengikut lawan jam, Allah telah tentukan hukumnya begitu.
13. Peredaran darah atau apa saja di dalam tubuh manusia mengikut lawan jam. Justeru dengan mengelilingi Kaabah mengikut lawan jam, bermakna peredaran darah di dalam badan meningkat dan sudah tentunya akan menambahkan tenaga. Sebab itulah orang yang berada di Mekah sentiasa bertenaga, sihat dan panjang umur.
14. Manakala bilangan tujuh itu adalah simbolik kepada tidak terhingga banyaknya. Angka tujuh itu membawa maksud tidak terhad atau terlalu banyak. Dengan melakukan tujuh kali pusingan sebenarnya kita mendapat ibadat yang tidak terhad jumlahnya.
15. Larangan memakai topi, songkok atau menutup kepala kerana rambut dan bulu roma (lelaki) adalah ibarat antena untuk menerima gelombang yang baik yang dipancarkan terus dari Kaabah. Sebab itu lah selepas melakukan haji kita seperti dilahirkan semula sebagai manusia baru kerana segala yang buruk telah ditarik keluar dan digantikan dengan nur atau cahaya yang baru.
16. Selepas selesai semua itu baru lah bercukur atau tahalul. Tujuannya untuk melepaskan diri daripada pantang larang dalam ihram. Namun rahsia di sebaliknya adalah untuk membersihkan antena atau reseptor kita dari segala kekotoran supaya hanya gelombang yang baik saja akan diterima oleh tubuh.
Wallahu’alam….
Sumber: HasnulHadiAhmad

Kenapa Islam Haramkan Arak?


Larangan arak sebetulnya telah wujud dari zaman awal-awal lagi, arak telah menghabiskan begitu banyak perbelanjaan serta menyebabkan kesengsaraan yang begitu dasyat di dunia ini. Arak telah menyebabkan masalah sosial dan hubungan kejiranan, mengikut statistik jenayah dan perceraian meningkat disebabkan oleh arak.
I. Islam melarang minum arak secara bertahap. Sila rujuk ayat di bawah ini :
Dan daripada buah tamar dan anggur, kamu jadikan daripadanya minuman haram dan rezeki yang baik, sesungguhnya pada yang demikian itu ada tanda bagi orang yang mahu menggunakan akalnya (An-Nahl 16;67).

Ayat di atas memberi peringatan tentang bahaya arak secara halus dan belum diharamkan. Sila rujuk ayat larangan seterusnya :

Mereka bertanya kepadamu mengenai arak dan judi. Katakanlah (Muhammad) pada keduanya ada dosa yang cukup besar dan beberapa manfaat bagi manusia, tetapi dosa keduanya lebih besar daripada manfaatnya… (Al-Baqarah 2;219).

Ayat ini membuktikan bahawa bahaya arak lebih besar daripada manfaatnya. Sila rujuk ayat seterusnya:

Jangan kamu menghampiri solat sedangkan kamu dalam keadaan mabuk sehingga kamu sedar apa yang kamu ucapkan (An-Nisaa’ 4;43).

Larangan minum arak dalam ayat ini terhad dalam shalat sahaja. Perintah larangan dalam ayat ini sudah tegas sungguhpun dalam masa terhad sehingga turunlah ayat di bawah ini :
Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya meminum arak, berjudi, Qurban untuk patung berhala, mengundi nasib dengan panah, adalah perbuatan keji termasuk perbuatan setan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu memperolehi kejayaan (AL-Maidah 5;90)
II. Bible juga melarang meminum arak seperti tersebut dalam ayat di bawah ini:

Minuman keras membuat orang mabuk dan merepek. Bodohlah orang yang menjadi mabuk (Proverb 20;1)

Arak adalah minuman untuk orang-orang yang hampir mati dan sengsara. Biarlah mereka meminumnya untuk melupakan kemiskinan dan kesengsaraan (Proverb 31;6-7)

Janganlah kamu menjadi mabuk oleh wain, kerana hal itu akan merosakkan hidup kamu(Ephesians 5;18)

Ayat-ayat di atas tidak mengharamkan arak secara langsung tetapi peringatan tentang bahaya arak.
III. Kesan minum arak

1. Pusat kawalan manusia terletak pada otak, otak yang mengawal atau menghalang manusia jika 
bertindak salah. Manusia yang tidak sedar diri kerana pengaruh arak akan menggunakan bahasa kesat/kotor terhadap ibubapa atau saudara-mara serta anak-anak mereka. Semasa manusia mengambil arak, maka kawalan otak tidak dapat berfungsi dengan sepatutnya. Ini adalah satu sebab kenapa orang mabuk akan melakukan sesuatu di luar kebiasaan harian. Ia akan menggunakan kata-kata kesat dan tak dapat mengawal kesilapan yang dilakukan bahkan terhadap ibubapa sendiri. Bahkan sampai kencing dalam seluar, jalan tidak terkawal dan berperangai buruk.

2. Kes pelacuran, rogol, sumbang mahram (incest) dan pesakit AID berlaku pada peminum arak.
 Mengikut soal selidik yang dibuat oleh U.S. Department of Justice pada tahun 1996 setiap hari ada 2.713 kes rogol di USA. Statistik menunjukkan kebanyakan perogol adalah mabuk (di bawah pengaruh arak) yang melakukan pelbagai jenayah lain. Mengikut statistik juga 8% rakyat Amerika melakukan sumbang mahram maknanya 1 daripada 12 rakyat Amerika melakukan sumbang mahram. Begitu juga dengan penularan penyakit AID pesakit utamanya adalah peminum arak.
 3. Semua peminum arak bermula daripada parti sosial. Pada mulanya mereka hanya berjinak-junak dengan minum sedikit arak, mereka mendakwa dapat kawal diri dalam pengambilan arak sehingga tidak akan mabuk. Mengikut kajian semua peminum arak bermula dengan social drinker, tidak ada seorangpun peminum arak berniat untuk menjadi peminum arak sejati. Peminum arak tidak pernah berkata selepas lama minum arak dengan dapat kawal diri tidak pernah mabuk.
4. Sekiranya peminum arak mabuk dan melakukan satu kesilapan maka dia akan menyesal seumur hidup. Sekiranya peminum arak melakukan satu kesilapan sebab tak dapat mengawal dirinya sebab mabuk misalnya rogol atau sumbang mahram, sungguhpun selepas itu insaf dan bertaubat maka manusia akan pulaukan seumur hidupnya. Mereka dianggap sebagai penjenayah berat dan tidak dapat dipulihkan semula dan melakukan kerusakan yang tak dapat ditebus semula.

III. Arak juga diharamkan oleh Muhammad. Muhammad berpesan :

a. Arak adalah ibu daripada segala kejahatan dan itu adalah kejahatan yang cukup memalukan (Sunan Majah I Buku 3, Buku tentang orang mabuk, Chapter 30 Hadith NO. 3371)

b. Barang yang memabukkan diharamkan maupun sedikit ataupun banyak (Sunan Majah I Buku 3, Buku tentang orang mabuk, Chapter 30 Hadith NO. 3392)

c. Bahkan bukan hanya orang yang minum arak sahaja mendapat dosa bahkan yang menjual atau memudahkan transaksi untuk mendapatkan arakpun sama.
“Allah akan melaknat sepuluh kumpulan manusia termasuk yang menjual atau memudahkan transaksi membekalkan arak. Orang yang menghasilkan, menghantarnya, orang yang tolong membelinya, orang yang melayannya untuk minum, orang yang menjualnya, orang yang menggunakan wang hasil jualan arak, orang yang membelinya dan juga orang yang membeli arak daripada seseorang” (Sunan Majah I Buku 3, Buku tentang orang mabuk, Chapter 30 Hadith NO. 3380 dilaporkan oleh Anas).

IV. Penyakit yang disebabkan oleh arak.
Pelbagai hasil kajian menguatkan lagi kenapa minum arak dilarang, kematian tertinggi di dunia ini disebabkan oleh arak. Beberapa contoh penyakit yang disebabkan minum arak seperti :

a. Penyakit Limpa dan hati yang disebabkan oleh minum arak

b. Kanser Osofagus/kerongkong, Kanser kepala dan leher, kanser hati (Hepatoma), dan kanser usus.

c. Penyakit osofagus, gastrik, sakit pankreas, dan Hepatitis disebabkan oleh pengambilan alkohol.

d. Kardimiopati, tekanan darah tinggi, Koroni Arteroklerosis, Angina dan kerosakan hati disebabkan pengambilan arak berlebihan.

e. Penyakit Stroke, Apofleksi, sawan dan pelbagai jenis Paralisis yang disebabkan oleh arak

f. Pheripheral Neuropathy, Cortical Atrophy, Cerebeller Atrophy merupakan sindrom yang disebabkan oleh pengambilan arak.

g. Wernicke; sindrom Korsakoff serta amnesia kehilangan kawalan dalam bercakap dan hilang daya ingat disebabkan pengambilan arak

h. Beriberi dan Pellagra disebabkan oleh pengambilan arak.

i. Meracau yang melampau semasa atau selepas minum arak bahkan dapat menyebabkan kematian,

J. Penyakit kulit, Eczema dan pelbagai penyakit lain yang cukup serius.

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...