Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Thursday 28 November 2013

Wanita Malaysia dakwa mangsa hamba domestik di Britain adalah adiknya


kamar Mahtum menunjukkan gambar Siti Aishah yang hilang, dipercayai dijadikan hamba oleh sepasang suami isteri selama 30 tahun di Britain. - AGENSI

LONDON 26 Nov. - Seorang wanita Malaysia mendakwa seorang daripada tiga wanita yang ditahan sebagai hamba selama 30 tahun di Britain merupakan adiknya yang hilang dalam tempoh sama selepas menyertai fahaman komunis Maoist.

Kamar Mahtum Abdul Wahab, seorang guru bersara, ketika diwawancara akhbar Britain, The Daily Telegraph hari ini berkata, adiknya yang dikenali sebagai Siti Aishah Abdul Wahab, 69, dipercayai ditahan oleh pasangan suami isteri, Aravindan Balakrishnan dan Chanda yang memimpin sebuah kumpulan ekstremis komunis pada 1970-an.

Kamar Mahtum berkata, Siti Aishah pernah belajar di Kolej Tunku Kursiah di Seremban, Negeri Sembilan sebelum menyambung pengajian dalam bidang juru ukur bahan di London dengan biasiswa Komanwel.
Jelasnya, Siti Aishah berpindah ke Britain pada 1968 bersama tunangnya, Omar Munir dengan impian untuk memulakan kerjaya di negara tersebut bersama keluarga.

Pasangan itu kemudiannya terlibat dalam Forum Pelajar Malaysia dan Singapura (Mass) yang mempunyai reputasi sebagai sebuah kumpulan ekstremis Maoist yang beroperasi di London.

"Namun, adik saya terlibat dalam politik pelampau dan meninggalkan segalanya termasuk tunangnya, Omar untuk mengikuti fahaman Maoist yang diketuai Balakrishnan.

"Dia begitu mengagumi Balakrishnan yang dikenali sebagai Komrad Bala dan Chanda atau Komrad Chanda sehingga sanggup membuang cincin pertunangannya ke Sungai Thames sebagai membuktikan kesetiaan terhadap fahaman komunis itu," katanya.

Menurut keluarga Siti Aishah, kerajaan Malaysia mengikuti perkembangan politik wanita itu di London dan pernah memberi amaran pada 1970-an tentang tindakannya itu akan menyukarkan dia untuk pulang ke tanah air.

Siti Aishah yang berasal dari Jelebu, Negeri Sembilan dipercayai pernah mengunjungi abangnya yang ketika itu tinggal di London dengan ditemani Balakrishnan dan seorang wanita tempatan.

Dia juga dipercayai mempunyai hubungan dengan aktivis, Hishamuddin Rais yang mendakwa wanita terbabit mempelajari fahaman Marxist-Leninist dan pemikiran pemimpin China, mendiang Mao Zedong.

Pada 1991, abang Siti Aishah pernah meminta bantuan Hishamuddin yang ketika itu hidup dalam buangan untuk mencari adiknya yang hilang sejak berpindah ke Britain.

Sementara itu, di Negeri Sembilan, Kamar Mahtum, 73, berlepas ke London malam ini bagi tujuan pengecaman adiknya.

Menurut abang ipar mangsa, Md. Noh Md Dom, 67, isterinya itu diiringi oleh penulis blog, Hishamuddin bersama seorang wartawan The Telegraph yang beribu pejabat di London.

"Isteri saya diminta melakukan pengecaman dan dia juga membawa barangan milik Siti Aishah seperti gambar serta pakaian yang masih tersimpan," katanya.

Md. Noh berkata, dia tidak pernah bertemu dengan Siti Aishah sejak berkahwin dengan Kamar Mahtum pada 1970.

''Saya hanya pernah dimaklumkan oleh isteri saya tentangnya dan sebelum ini diberitahu bahawa Siti Aishah melanjutkan pelajarandi London.

''Malah, sebelum ini adik-beradik Siti Aishah juga pernah cuba mencarinya tetapi gagal. Dua abangnya juga pernah ke London untuk mencarinya," ujar beliau.

Jelasnya, Siti Aishah yang merupakan anak ke-11 daripada 12 adik-beradik dikatakan tidak mahu pulang kerana kecewa selepas ikatan pertunangannya putus.

Pada 22 November lalu, polis Britain melaporkan tiga wanita termasuk seorang warga Malaysia diselamatkan selepas mereka didakwa menjadi hamba domestik selama 30 tahun di sebuah rumah di selatan ibu negara itu.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20131127/lu_02/Wanita-Malaysia-dakwa-mangsa-hamba-domestik-di-Britain-adalah-adiknya#ixzz2mYkIvyOy
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Wednesday 27 November 2013

Aku Stress Giler: Seram : Kisah Villa Nabila Dan Gambar Terkini Seki...

Aku Stress Giler: Seram : Kisah Villa Nabila Dan Gambar Terkini Seki...: Kisah Villa Nabila Dan Gambar Sekitar Serta Dalam Villa Nabila Di Johor.  Menurut sumber, Expedia telah menyenaraikan kawasan ini sebagai...

Aku Stress Giler: Cool : Zamrud Berwarna Greens Aqua Blues Dalam Ben...

Aku Stress Giler: Cool : Zamrud Berwarna Greens Aqua Blues Dalam Ben...:  Zamrud Berwarna Greens Aqua Blues Dalam Bentuk Batu Dan Kayu Yang Jarang Ditemui. Entah mana si dia menjumpai zamrud yang begitu unik ini....

Wanita Malaysia mangsa pemujaan

LONDON 23 Nov. - Tiga wanita termasuk seorang rakyat Malaysia yang dikurung sebagai hamba selama 30 tahun oleh dua suspek di selatan ibu negara Britain, dipercayai menjadi mangsa 'bancuhan otak' dan pemujaan.
Siasatan awal polis menunjukkan, ada penduduk di kawasan Lambeth dipercayai turut terlibat dalam upacara pemujaan itu.

Kedua-dua suspek, seorang lelaki dan perempuan yang ditahan berhubung kes itu pula dilaporkan berasal dari Asia.

Detektif Kevin Heyland berkata, ketiga-tiga wanita terbabit dipukul dan dipaksa hidup dalam keadaan 'digari secara ghaib' kerana mengalami penderaan mental.

Sementara itu, sumber polis berkata, seorang daripada mangsa yang dikurung itu dipercayai dipaksa berkahwin dengan suspek lelaki.

Komander Polis Metropolitan, Steve Rodhouse pula berkata, kes terbabit mungkin mengambil masa yang lama sehingga berminggu-minggu atau berbulan untuk diselesaikan.

"Kedua-dua suspek dibebaskan dengan ikat jamin, semalam, dan dilarang meninggalkan negara ini kerana mereka akan dihadapkan ke mahkamah pada hujung Januari ini," katanya.

Seorang wanita Malaysia, 69; seorang wanita Ireland, 57 dan seorang wanita Britain, 30, dibebaskan pada 25 Oktober lalu selepas polis mendapat maklumat tentang wanita-wanita berkenaan dikurung di sebuah rumah di daerah Lambeth, selatan London dan dijadikan hamba domestik selama 30 tahun.

Maklumat berkenaan diperolehi daripada pengasas yayasan Freedom Charity, Aneeta Prem (gambar) yang menerima panggilan daripada salah seorang mangsa iaitu wanita Ireland terbabit. - AGENSI

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20131124/lu_05/Wanita-Malaysia-mangsa-pemujaan#ixzz2mSKvU7bU
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Tuesday 26 November 2013

Aku Stress Giler: OMG : Labah-labah Unta, Spesies Labah-labah Yang S...

Aku Stress Giler: OMG : Labah-labah Unta, Spesies Labah-labah Yang S...: Labah-labah Unta, Spesies Labah-labah Yang Suka Makan Dan Bergerak Cepat. Labah-labah ini tidak bahaya tetapi ianya bergerak dengan cepat...

Aku Stress Giler: Serius : Bentuk Pokok YAng Unik Selepas Ditiup Ole...

Aku Stress Giler: Serius : Bentuk Pokok YAng Unik Selepas Ditiup Ole...: Bentuk Pokok YAng Unik Selepas Ditiup Oleh Angin Antartik Di New Zealand. Pokok ini tidak sepatutnya nampak sebegini tetapi oleh kerana a...

Aku Stress Giler: Pelik : Jacqui Beck, Wanita Yang Dilahirkan Tanpa ...

Aku Stress Giler: Pelik : Jacqui Beck, Wanita Yang Dilahirkan Tanpa ...: Jacqui Beck didiagnosis MRKH (Mayer Rokitansky Kuster Hauser) iaitu satu sinptom yang mempengaruhi sistem pembiakan, yang membuatnya lah...

Aku Stress Giler: Cool : Keadaan Bilik Yang Mantap Milik Seorang Mil...

Aku Stress Giler: Cool : Keadaan Bilik Yang Mantap Milik Seorang Mil...: Keadaan Bilik Yang Mantap Milik Seorang Milik Permainan Nintendo. Siapa yang minat Nintendo, anda mesti nak bilik sebegini kan? ...

Ambil iktibar daripada kisah nasi vanggey di Ipoh dalam isu kebersihan


MENGAMBIL iktibar daripada kisah nasi vanggey yang kecoh seketika apabila dikhabarkan restoran nasi kandar yang terkenal di Ipoh diarahkan tutup serta-merta kerana dikatakan menggunakan najis manusia sebagai pelaris.

Susulan daripada itu, satu laporan polis telah dibuat oleh pemilik restoran bagi menyangkal dakwaan tersebut dan mahu polis menjalankan siasatan lanjut terhadap individu yang bertanggungjawab.

Namun begitu, tidak lama kemudian, seorang wanita tampil memohon maaf kerana menyebarkan fitnah berkenaan dan menyatakan amat menyesali tindakannya membuat tuduhan tanpa asas dan kebenaran.
Perkara utama yang perlu dilihat daripada isu ini ialah memang benar restoran tersebut diarahkan ditutup sementara disebabkan masalah kebersihan.

Hal ini memang tidak dapat dinafikan. Oleh itu, sebagai Muslim, tidak kira apa-apa bangsa sekalipun wajib mempunyai rasa tanggungjawab menyediakan makanan dengan mematuhi konsep 'halalan toyyiban' yang diterapkan dalam Islam.

Bagi saya, sudah sampai masanya pemilik restoran nasi vanggey memohon sijil halal daripada JAKIM bagi memulihkan kembali keyakinan orang ramai di Perak khususnya yang sememangnya menggemari nasi vanggey ini setelah sekian lama beroperasi.

Selain itu, kita sangat kesal dengan krisis yang dimiliki oleh manusia yang mempunyai perasaan hasad dengki dan tidak senang melihat kejayaan orang lain.

Tiada sesiapa menyangkal bahawa restoran tersebut diarahkan tutup sementara waktu atas faktor kebersihan, tetapi sikap 'menambah rencah' terhadap berita ini dengan mengatakan najis manusia digunakan sebagai pelaris adalah perangai yang keji dan amat tidak bertanggungjawab serta mempunyai penyakit hati.

Berfikir dahulu sebelum bercakap atau menulis di laman sosial. Elakkan fitnah kerana ia bukan sahaja membawa kemudaratan terhadap orang yang difitnah, malah boleh merosakkan imej penfitnah itu sendiri.
Antara perkara lain yang perlu ditekankan ialah pastikan berita yang mahu disebarkan itu mempunyai fakta yang jelas dan bukti yang cukup dengan syarat ia memberi kebaikan kepada masyarakat umum.

Jangan asal dengar sahaja, terus cerita dan sebarkan. Kaji dahulu kebenaran sesuatu berita sebelum disebarkan kerana setiap anggota badan kita akan dipertanggungjawabkan di akhirat nanti berdasarkan firman Allah dalam al-Quran, surah al-Hujurat ayat 6 dan Surah al-Isra' ayat 36.

Janganlah disebabkan keghairahan kita mahu menyebarkan 'berita panas' sehingga terlupa memikirkan dan menyiasat kesahihan sesuatu berita tersebut.

Akhir sekali, tahniah diucapkan kepada wanita pencetus kepada isu ini yang berani tampil memohon maaf bagi menjelaskan kesilapan yang telah dibuatnya itu. Sikap ini sepatutnya dipuji dan dicontohi oleh semua orang yang pernah tersilap memberikan kenyataan yang boleh menjatuhkan maruah atau merugikan orang lain.

Diharapkan dengan permohonan maaf itu dapat meleraikan kembali kekusutan yang timbul dan menjernihkan kembali isu ini.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Forum/20131122/fo_04/Ambil-iktibar-daripada-kisah-nasi-vanggey-di-Ipoh-dalam-isu-kebersihan#ixzz2mMqQiSwI
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Monday 25 November 2013

Guna 'najis': Wanita mohon maaf


Siti Zubaidah Ayub menyerahkan permohonan maaf berhubung isu Restoran Nasi Vanggey kepada Ahamed Azlan Shah Saiful Jaafar Sadik sambil diperhatikan Ahmad Fazli Mohammad (tengah) di Ipoh, Perak semalam.

IPOH 16 Nov. - Seorang wanita yang menyebarkan dakwaan di internet berhubung penemuan najis manusia bagi tujuan pelaris di sebuah restoran nasi kandar terkenal di sini, tampil memohon maaf kepada pihak pengurusan restoran berkenaan semalam.

Siti Zubaidah Ayub atau dikenali sebagai Ze Aida, 24, memberitahu, kontroversi itu tercetus selepas dia memuat naik status di laman sosial Facebooknya yang disalin daripada seorang rakan mengenai keburukan Restoran Nasi Vanggey itu.

Katanya, dia yang tidak berniat menghina restoran tersebut memohon maaf apabila menyedari tindakannya itu telah memburukkan nama baik restoran berkenaan sehingga tersebar secara meluas di internet.

''Status Facebook saya hanya boleh dibaca oleh sebilangan kecil individu, bagaimanapun ada pihak yang tidak bertanggungjawab telah mencetak paparan status tersebut dan kemudian menyebarkannya.

''Saya tiada niat langsung untuk menjatuhkan perniagaan Nasi Vanggey ini. Saya hanya insan biasa yang mungkin terlepas pandang tentang perkara ini dan memohon maaf atas kesilapan itu dan menyesali tuduhan berkenaan yang dibuat tanpa asas dan kebenarannya," katanya dalam sidang akhbar di Restoran Nasi Vanggey di Greentown di sini semalam.

Yang turut hadir, Pengarah Restoran Nasi Vanggey Sdn. Bhd., Ahamed Azlanshah Saiful Jaafar Sadik dan Pengurus Restoran, Ahmad Fazli Mohammad.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20131117/je_05/Guna-'najis':-Wanita--mohon-maaf#ixzz2mHvKfTbN
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Sunday 24 November 2013

'Nasi ganja' nafi penemuan najis punca arahan tutup restoran


Nihmatullah Syed Mustafa menunjukkan Facebook palsu mengenai kedai makan Nasi Kandar Ayam Merah diserbu polis ketika mengadakan sidang akhbar di Ipoh, Perak, semalam.

IPOH 15 Nov. - Pengurusan Restoran Nasi Kandar Ayam Merah yang dikenali 'nasi ganja' di Jalan Yang Kalsom di sini menafikan dakwaan bahawa notis penutupan sementara yang diterima pihaknya semalam kerana terdapat penemuan najis di tempat memasak premis berkenaan.

Pengurusnya, Mohd. Nihmathullah Syed Mustafa, 49, berkata, khabar angin yang tersebar melalui laman sosial Facebook itu adalah tidak benar kerana notis yang dikeluarkan oleh Jabatan Kesihatan Negeri itu merujuk kepada faktor kebersihan.

Katanya, adalah tidak adil bagi pihaknya apabila dituduh tanpa bukti kukuh sehinggakan perkara itu dilihat mampu merosakkan reputasi perniagaan yang diusahakan sejak 55 tahun lalu.

''Kita akur dengan notis penutupan sementara ini, namun adalah tidak adil apabila mengatakan najis diletakkan di dalam masakan. Kita juga makan di sini, mustahil kita ambil najis untuk makan.

''Ini tidak adil. Jangan rosakkan nama Nasi Kandar Ayam Merah, kami bukan baru, sudah 55 tahun beroperasi di sini. Isunya adalah tidak bersih bukannya najis," katanya dalam sidang akhbar di restoran itu di sini hari ini.
Tegasnya, khabar angin yang tersebar di internet sejak beberapa hari lalu bahawa restoran tersebut diserbu polis juga adalah tidak benar kerana dakwaan itu tidak merujuk kepada Restoran Nasi Kandar Ayam Merah miliknya.

Katanya, kenyataan yang dimuat naik oleh pengguna Facebook itu secara jelas merujuk kepada Nasi Kandar Vanggey yang terletak di Greentown.

''Kami adalah dua restoran yang berbeza walaupun pemilik restoran yang terletak di Greentown itu merupakan pemilik saham di sini. Oleh itu, apa yang dimasak di restoran ini tidak sama dengan apa yang dimasak di sana. ," katanya.

Ketika ditanya sama ada akan mengambil tindakan saman terhadap pihak yang menyebarkan isu tersebut, beliau memberitahu, tiada sebarang tindakan akan diambil.

''Kita kini sedang dalam proses membersihkan restoran ini seperti yang diarahkan. Selepas kerja pembersihan dijalankan, kita akan minta jabatan terlibat untuk membuat pemeriksaan semula.

''Kita akan cuba lakukan secepat mungkin bagi membolehkan restoran ini dibuka sama ada pada hari Ahad atau Isnin ini. Saya jamin tiada najis di sini dan apa yang orang ramai dengar adalah palsu," ujarnya.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20131116/dn_14/'Nasi-ganja'-nafi-penemuan-najis-punca-arahan-tutup-restoran#ixzz2mB0Bru1Y
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Saturday 23 November 2013

Krisis akhlak remaja

Oleh JUANI MUNIR ABU BAKAR




BARU-BARU ini negara dikejutkan dengan berita seorang remaja lelaki yang dikatakan hilang selepas memasuki banglo terbiar dikenali sebagai Villa Nabila di Johor Bahru.

Namun sehari kemudian, remaja lelaki itu ditemui selepas dia dikatakan tidur di rumah rakan sepanjang tempoh berita kehilangannya.

Sedangkan satu negara kecoh mengenai berita kehilangannya itu dan kononnya telah mencetuskan seribu satu misteri sehingga menyebabkan timbul pelbagai dakwaan termasuk gangguan makhluk halus.

Kisah remaja itu merupakan antara puluhan kes pernah dilaporkan di muka dada akhbar, akhirnya menjadi kebimbangan kepada ibubapa dalam mendepani anak-anak mereka berusia muda.

Mengapa isu remaja lari dari rumah, mengikut kekasih dan seumpamanya berleluasa sejak kebelakangan ini? Adakah berpunca daripada kurangnya didikan dan kasih sayang oleh ibu bapa?

Menurut pembimbing motivasi, Fatimah Syarha Mohd. Noordin remaja merupakan kelompok yang kompleks apabila aktiviti hormon selalu berubah menyebabkan mereka kadang-kala berasa kurang tenteram, bergolak, tidak teratur dan kusut.

Terang Fatimah Syarha, ada kalanya mereka mudah difahami, tetapi kalang-kala tingkah laku mereka sukar difahami. Malah terdapat juga menjadi sukar diramal dan suka berahsia, pergi ke tempat sunyi sebegitu merupakan salah satu tingkah laku mereka sukar diramal.

Beliau berkata, tingkah laku itu mungkin menggambarkan wujud hasrat yang tersimpan seperti:

Mahu dirinya diterima rakan sebaya.

Memerlukan disayangi dan dihargai.

Sukakan suasana tersendiri.

€œOleh demikian, sikap ibubapa sangat penting dalam fasa remaja ini. Jangan sesekali mengeluarkan kata-kata menyebabkan remaja berasakan dirinya tidak berguna, dihalau pergi dan dikatakan `menyemakkan€™ mata ibubapa andai dia berada di rumah.

€œIbu bapa juga perlu membuatkan diri anaknya berasa diambil berat. Ditanya ke mana perginya, makan minumnya, atau tempat tidurnya. Apatah lagi ini zaman gajet. Proses pemantauan sepatutnya menjadi lebih mudah, ujar Fatimah Syarha.

Fahami Remaja

Perubahan sikap remaja bukan sahaja dipengaruhi oleh peralihan hormon mendadak, tetapi juga memberi kesan kepada perkembangan yang berlaku terhadap otak mereka kerana pemikiran diuruskan oleh bahagian itu berasaskan emosi.

Manakala bahagian otak berasaskan pemikiran rasional dan praktikal adalah proses terakhir sekali dibentuk, lengkap dan sempurna. Bahagian otak ini dinamakan prefrontal cortex.

Sehubungan itu, Fatimah Syarha mengatakan pada bahagian itu sering berlakunya pertimbangan dan penilaian yang bagus seperti mengurus, mengatur, membuat keputusan tepat dan mengawal kehendak hati.
Fatimah Syarha menambah, bahagian otak berkenaan menjadi lengkap dan berkesan apabila remaja menjangkaui usia 25 tahun. Pada saat itu pemikiran mereka menjadi lebih stabil, tenteram, teratur, dan rasional.

€œDalam fasa prefrontal cortex ini belum lengkap, ibu bapalah yang perlu bertindak sebagai kawalan kepada remaja, khususnya mereka dalam fasa ini sangat suka meniru. Ibu bapa seharusnya berkawan dan menunjukkan contoh yang baik kepada anak yang akhirnya akan meniru kewibawaan ibu bapanya.

€œRemaja sangat perlukan nasihat dan bimbingan ibu bapa dalam aspek kehidupan. Sebab itu, ibu bapa sepatutnya mengambil peluang bagi mempengaruhi remaja daripada segi nilai-nilai murni, keagamaan, isu moral serta keputusan mereka pada jangka masa panjang.

€œGolongan berkenaan perlukan pertalian erat dengan ibu bapa. Dalam masa yang sama, mereka mahu diberi kepercayaan untuk membuat keputusan, bahkan memerlukan tempat dan situasi tersendiri,” jelas Fatimah Syarha.

Beliau sempat memberi satu kajian membuktikan remaja yang rapat dan mesra dengan ibubapa kurang menghadapi masalah sosial dan sukar terjerumus ke dalam aktiviti negatif.

Hal ini kerana jelas beliau, perkembangan otak yang lebih sihat dan mampu mencapai potensi sepenuhnya apabila anak-anak diajar berinteraksi dan diberi lebih ransangan seperti dipeluk, selalu bercakap, bergurau senda dan diceritakan dengan pelbagai pengalaman menyeronokkan.

€œPengalaman begini diperlukan bagi merangsang penyambungan dari satu urat saraf otak ke otot dan ke tisu lain bagi membina litaran yang berjuta-juta.

€œPokok pangkalnya ibubapa perlu muhasabah diri, bilakah kali terakhir kita memeluk anak meskipun dia sudah remaja? Pernahkah kita berkawan dan bercakap penuh minat dengannya? Jika kita tidak berubah, bagaimana mahukan sikapnya berubah.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Bicara_Agama/20131122/ba_01/Krisis-akhlak-remaja#ixzz2m5rq1mSf
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Pengguna media sosial perlu bijak

JOHOR BAHRU 22 Nov. - Pengguna internet dan media sosial seperti Facebook dan Twitter perlu bijak menilai sebarang bentuk maklumat dengan memeriksa kesahihannya sebelum menyebarkan hal tersebut secara berleluasa seperti kontroversi Villa Nabila yang diperbesar-besarkan baru-baru ini.

Ketua Wilayah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) Johor, Roszeta Kassim berkata, setiap maklumat yang dikongsi tanpa mengambil kira kesannya mungkin menimbulkan kekecohan malah keselamatan sehingga mengundang bahaya.

"Program Klik Dengan Bijak SKMM sebagai contoh, adalah untuk kesedaran pengguna kerana apa yang kita muat naik ke internet akan kekal di situ.

"Kepada individu pentadbir halaman berkaitan Villa Nabila yang mendakwa 23 daripada 30 hilang, maklumat palsu ini sebenarnya adalah satu kesalahan yang boleh disabitkan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. Sekiranya kita menerima laporan, SKMM akan bantu agensi seperti polis untuk siasatan lanjut," katanya.

Menurut Roszeta, pihaknya akan terus berusaha memupuk kesedaran sama ada di pelbagai peringkat agensi kerajaan, sekolah, institut pengajian tinggi dan organisasi lain dan usaha tersebut diperhebat dari semasa ke semasa.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Johor/20131123/wj_03/Pengguna-media-sosial-perlu-bijak#ixzz2m5qTrFsl
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Pengurus restoran "nasi ganja" nafi guna najis manusia

IPOH 14 Nov. - Pengurus Restoran Nasi Kandar Ayam Merah di Jalan Yang Kalsom di sini hari ini menyangkal keras dakwaan restorannya ditutup susulan penemuan najis manusia di dalam peti simpanan makanan di premis itu.

Mohd Nihmatullah Syed Mustaffah berkata perkara itu yang disebar menerusi laman sosial sejurus selepas notis penutupan dikeluarkan oleh Jabatan Kesihatan petang semalam, merupakan fitnah yang bertujuan menjejaskan perniagaannya.

"Adakah najis orang kita boleh masak? Kenapa cemburu selepas 55 tahun saya berniaga di sini?," katanya kepada pemberita di sini.

Sambil menegaskan penutupan selama dua minggu sehingga 28 Nov itu atas faktor kebersihan, beliau berkata pihak yang tidak bertanggungjawab tersebut mendakwa najis terbabit untuk disalut di sekeliling periuk.

"Kalau ada bukti (saya berbuat demikian) keluarkanlah...," katanya menambah perbuatan tersebut turut menjejaskan imej Perak yang sinonim dengan nasi kandar restorannya yang dikenali sebagai "nasi ganja".

Banyak orang kenamaan termasuk menteri dari luar negara datang menjamu selera di sini, justeru bayangkan apa perasaan mereka jika terbaca dakwaan yang dibuat itu, katanya.

Mohd Nihmatullah, 59, juga menegaskan hanya restorannya ditutup manakala Restoran Vanggey di Greentown yang turut menjual nasi kandar beroperasi seperti biasa.  Restoran Vanggey juga milik keluarga saya, katanya.

Beliau berkata restorannya dijangka beroperasi semula Ahad atau Isnin ini selepas Jabatan Kesihatan melakukan pemeriksaan susulan.

Restoran terbabit diarah tutup selama dua minggu bermula semalam kerana gagal mematuhi tahap kebersihan yang ditetapkan.

Notis perintah tutup premis yang dikeluarkan Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran Pejabat Kesihatan Daerah Kinta Abdul Rahman Ismail, dibuat mengikut Seksyen 11, Akta Makanan 1983. - BERNAMA

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20131115/dn_27/Pengurus-restoran-%22nasi-ganja%22-nafi-guna-najis-manusia#ixzz2m50tbCOk
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Thursday 21 November 2013

Ketagih nasi 'ganja'

Saiful Sidik Abdullah menunjukkan lima masakan yang mendapat permintaan di restorannya yang dibuka 24 jam di Greentown, Ipoh, baru-baru ini.


IPOH 21 Sept. - Tidak sah kunjungan anda ke bandar raya Ipoh jika tidak singgah dan makan di gerai 'Vanggey' atau 'nasi ganja' yang telah wujud di sini sejak 61 tahun yang lalu.

Setelah beroperasi lebih setengah abad di Jalan Yang Kalsom, buat pertama kalinya satu cawangan akan dibuka di pusat perniagaan Greentown di sini.
Lebih menarik, cawangan terbaru itu merupakan sebuah restoran besar dan bukan lagi sebuah gerai kecil seperti sekarang.

Pengarah Urusan Restoran Nasi Vanggey Sdn. Bhd., Saiful Sidik Abdullah berkata, restoran barunya kini menyediakan lebih 200 jenis masakan dan minuman untuk dihidangkan kepada pengunjung supaya mereka boleh memilih apa sahaja jenis masakan yang mereka suka.

Katanya, Restoran Vanggey yang bermakna 'mari, mari, mari' itu tetap mengekalkan masakan Nasi Kandar Ayam Merah atau ayam Madras yang membuatkan seseorang itu merasa 'ketagih' dengan kelazatannya.

''Selain daripada Nasi Kandar Ayam Merah yang menjadi masakan utama, restoran ini turut menyediakan masakan Thai, kuetiau, mi goreng mamak, makanan Barat, tanduri dan sup, roti dan tosai, rojak serta lebih 50 jenis minuman,'' katanya.

Gerai Vangge terkenal dengan masakan 'nasi ganja' sehingga orang ramai sanggup berbaris panjang sejak pukul 10 pagi lagi untuk mendapatkan sepinggan nasi.

Menurut Saiful, restoran baru itu dibuka selama 24 jam dan ia mampu menyediakan sebanyak 250 tempat duduk kepada pelanggan pada suatu masa.
''Sekiranya anda berkunjung ke restoran ini pada waktu tengah hari, anda bukan sahaja terpaksa beratur panjang malah sukar untuk mendapat tempat duduk," katanya.

Ketika ditanya apa yang membuatkan Nasi Vanngey begitu popular dan boleh bertahan terlalu lama, Saiful berkata, antara sebab utama ialah masakan itu mengekalkan ketulenan dan keaslian masakan rempah yang disediakan.

Katanya, bagi masakan Nasi Kandar Ayam Merah atau ayam Madras ia mengambil masa selama lapan jam untuk disediakan sebelum disimpan khusus untuk mendapat rasa yang sejati.

Beliau berkata, selain dari itu, pihaknya mendapat pembekal khusus dari beberapa bandar di India dan Madras untuk membekalkan ramuan yang sungguh istimewa itu.

''Sebenarnya, mereka 'ketagih' bukan disebabkan bahan asing tetapi ia disebabkan sesiapa yang menjamu selera di sini terasa kelazatannya sehingga membuatkan mereka terasa kenyang dan terasa mengantuk," katanya.
Beliau berkata, kerana kelazatannya, ramai tokoh dan pemimpin datang ke sini untuk menjamu selera termasuk Pengerusi MK, Tan Sri Mustapha Kamal Abu Bakar dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pangkor, Datuk Dr. Zambry Abdul Kadir.

''Apa yang peliknya kalau orang Kuala Lumpur dalam perjalanan ke Pulau Pinang mereka sudah pasti akan singgah di sini untuk menjamu selera.

''Dianggarkan sebanyak 1,000 hingga 1,500 orang akan datang ke restoran ini setiap hari," katanya.
Kepada sesiapa yang ingin mengetahui lebih lanjut boleh menghubungi Nasi Vannggey Greentown di tel 05-254 6786 atau Saiful Sidik 016-529 3233.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0922&pub=utusan_malaysia&sec=Utara&pg=wu_01.htm#ixzz2lvIzZ8v0
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Wednesday 20 November 2013

Tun Dr. Mahathir: Kehebatannya dulu hingga sekarang

Oleh Zaini Hassan

Tun Dr. Mahathir Mohamad menjelaskan sesuatu tentang Kedah sambil diperhatikan Zaini Hassan pada Karnival 7 Hari 7 Malam Muzium Padi Kedah di Alor Setar, baru-baru ini.

KHAMIS minggu lalu, saya berada di Alor Setar kerana diminta mengendalikan satu majlis forum bersama Tun Dr. Mahathir Mohamad sempena Karnival 7 Hari 7 Malam Muzium Padi Kedah.

Saya menjadi moderator dan Tun sebagai ahli panel. Majlis itu dikenali sebagai Sembang Petang Bersama Tun. Kami membicarakan mengenai tajuk ‘Transformasi Kedah’ daripada kaca mata beliau.

Majlis itu berjalan lancar. Seperti biasa semua soalan dijawabnya dengan bijak, panjang lebar dan penuh bersemangat. Sebagai anak Kedah, beliau memberi buah fikirannya bagaimana untuk menukar Kedah menjadi negeri yang lebih hebat, sebagaimana beliau mengubah Malaysia hari ini.

Semasa mukadimah saya melontar satu hipotesis. Diandaikan Tun bukan menjadi PM Malaysia selama 22 tahun, sebaliknya menjadi MB Kedah selama 22 tahun, apakah Kedah akan berjaya diubahnya menjadi seperti Malaysia ini?

Saya juga bertanya mengenai ciri-ciri yang sepatutnya ada kepada seorang Menteri Besar di Kedah. Saya katakan kepadanya ikut sejarah MB Kedah ini rata-ratanya ada “badi" - macam-macam perkara berlaku. Dia angguk dan tersenyum.

Bagi Tun, ciri-ciri itu ialah: MB itu haruslah seorang yang rajin bekerja, merendah diri, kerap berjumpa rakyat, sering bertanya khabar rakyat. Dan yang paling penting: Jangan menganggap diri sebagai Yang Amat Berhormat.

MB yang dimaksudkan itu ialah anaknya sendiri, Mukhriz Mahathir. Dan pada pandangan saya ciri-ciri itu ada pada Mukhriz dan ia harus dipertahankan.

Sebagai moderator saya sedar Tun sedikit terbatuk-batuk semasa majlis itu. Beberapa kali percakapannya terhenti. Saya risau juga dengan keadaan beliau. Forum yang sepatutnya berjalan selama dua jam, saya pendekkan ke satu setengah jam.

Sebagai anak Kedah, saya juga cukup tertarik bertanyakan soalan-soalan merangkumi negeri itu.
Apakah Kedah akan terus menjadi negeri jelapang padi, kedudukan Pulau Langkawi, kawasan industri Kulim dan Sungai Petani, sehinggalah kepada soal-soal makanan tradisi emping ringgi yang sekarang hanya dihasilkan di Kampung Pulau Timbul di Tunjang.

Tun cukup ceria di sepanjang forum itu. Dia juga kelihatan cergas. Di meja makan, beliau juga cukup ceria. Bercerita mengenai makanan yang dihidangkan.

Bercerita mengenai makanan tradisional Kedah yang menjadi kegemarannya, terutamanya kuih karaih, kuih seperti bihun goreng yang dilipat berbentuk bulan sabit seperti apom balik.

Makanan kegemarannya emping goreng turut dihidangkan. Beliau menjamah sedikit.

Di meja makan itu, kemudian beliau bercerita mengenai soal-soal lain, termasuklah mengenai soal Melayu.
Dalam satu cerita itu, beliau menggambarkan bagaimana orang Melayu itu lebih suka kepada bangsa lain lebih daripada bangsanya sendiri. Beliau mengimbau kembali semasa beliau menjadi doktor dulu.

Pada masa itu ada doktor orang putih (Inggeris) dan kakitangan orang putih, kita sebagai doktor pun orang kita tak peduli dah dengan kita, mereka memuja orang putih itu lebih daripada kita...

Mungkin itulah juga yang berlaku sekarang kepada orang Melayu. Mereka sanggup memberi apa sahaja kepada bangsa lain, waima kuasa sekali pun.

Tun dan isteri kesayangannya, Tun Siti Hasmah yang sentiasa mengiringi suaminya itu ke mana sahaja, juga kelihatan cukup ceria. Mereka adalah pasangan ideal dua sejoli, yang patut dicontohi oleh semua pasangan suami isteri.

Kelmarin, Tun dimasukkan ke Institut Jantung Negara kerana mengadu kurang sihat.

Marilah kita doakan agar Allah SWT terus memelihara kesihatannya.

Dalam usianya 88 tahun, beliau terus menerima banyak undangan dari dalam dan luar negara dan rata-rata semuanya dipenuhi oleh beliau.

Semasa kami di Alor Setar, beliau berkata beliau juga sepatutnya berada di Surabaya kerana menerima jemputan berucap. Saya difahamkan Tun telah berlepas ke Surabaya kelmarin dan terbang semula ke tanah air kerana keadaan kesihatannya yang tidak mengizinkan. Majlis itu kemudian dibatalkan.

Tun memang hebat. Allah SWT menganugerahkan kehebatan kepada Tun, dulu dan sekarang!

Semoga Allah SWT terus melindungi beliau. Amin.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20131120/re_06/Tun-Dr-Mahathir-Kehebatannya-dulu-hingga-sekarang#ixzz2lohpzCjH
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Tuesday 19 November 2013

Jepun berhadapan krisis seksual?


AKIBAT kegilaan terhadap gajet canggih menjadi antara punca para remaja Jepun semakin hilang minat dengan seks.

SETIAP negara mempunyai masalahnya sendiri setiap kali berhadapan dengan para remaja terutama dalam melibatkan isu tabu seperti hubungan seks di luar nikah.

Mengambil contoh Malaysia sendiri perhubungan seks sebelum berkahwin semakin menular di tahap yang membimbangkan.

Kerana gagal mengawal nafsu remaja telah mengakibatkan gejala seperti seks luar nikah berleluasa dan lebih menakutkan gejala buang bayi semakin parah seolah-olah tidak ada sebarang rasa penyesalan dan takut akan hukuman Allah.

Hanya akibat nikmat yang seketika remaja ini akhirnya terperangkap dalam polemik yang dicipta mereka sendiri dan membuat keputusan yang akan menghantui mereka seumur hidup.

Masalah seks dan remaja bukanlah satu perkara baru dan isu ini telah menjadi masalah kronik dalam sistem masyarakat mana-mana negara di dunia sejak zaman berzaman.

Malah Amerika Syarikat (AS) sendiri sentiasa melihat perkara ini sebagai satu ancaman walaupun mereka kelihatan seperti gagah dalam menunjukkan pada dunia apa yang dilakukan mereka adalah paling betul dan demokratik.

Namun sudah tentu cara mereka menyelesaikan masalah juga adalah berbeza dengan kita yang mengangkat Islam sebagai agama rasmi. Mereka lebih melihat jalan penyelesaian berlandaskan akal dan nafsu semata-mata tanpa menjadikan agama sebagai rujukan.

Menjadikan remaja mereka sebagai satu bahan kajian, antara yang ditekankan adalah mengawal kelahiran. Sudah menjadi kebiasaan di sekolah-sekolah AS guru mengajar anak murid mereka cara pemakaian kondom menggunakan pisang. Selain mengajar tentang wujudnya hubungan sesama jantina.

Satu lagi teknik popular adalah melawan diri daripada terlibat dalam sebarang aktiviti seksual atau abstinence hinggalah berkahwin.

Mungkin baik bagi mereka tetapi antara yang dipraktikkan adalah menandatangani sumpah mempertahankan dara, memakai cincin janji (yang juga sebagai cara mempertahankan dara si gadis).
Satu lagi cara yang semakin meningkat popular di AS adalah mengadakan satu majlis yang dipanggil Father Daughter Purity Ball, yang mana ia turut melibatkan proses menandatangani komitmen oleh si bapa dalam mempertahankan anak gadis mereka terutama dalam soal kedaraan.

Kita tidak nafikan mungkin apa yang dilakukan selain mewajarkan hubungan sesama jantina ada baiknya bersesuaian dengan budaya mereka. Perkara sama juga berlaku di Eropah yang kita saksikan akhirnya tidak banyak membantu para remaja. Mereka hanya 'terselamat' di alam persekolahan tetapi tidak begitu terjamin apabila menjejakkan kaki dalam dunia pekerjaan kerana bagi mereka bertukar pasangan adalah biasa dan baik untuk perhubungan dan perkahwinan dianggap jalan paling terakhir.

Tidak berminat

Bagaimanapun dalam keadaan kebanyakan negara berhadapan masalah seks di peringkat remaja, berbeza pula keadaannya di Jepun. Menurut satu kajian yang dilakukan oleh Pertubuhan Perancang Keluarga Jepun (JFPA) mendapati 45 peratus gadis berusia di antara 16 hingga 24 tahun tidak berminat dalam seks malah menolaknya secara total.

Malah separuh dari lelaki dalam lingkungan usia sama dalam kajian tersebut juga menunjukkan kecenderungan berkaitan. Ramai di antara mereka melihat perkara seperti perhubungan atau percintaan selain hubungan seks sebagai sesuatu yang tidak cukup menarik untuk diberi perhatian sepenuhnya.
Menurut ketua JFPA, Kunio Kitamura, masalah kelahiran yang semakin meruncing di negara matahari terbit itu kini dalam keadaan sangat serius yang memungkinkan Jepun bakal berhadapan masalah kepupusan satu hari nanti.

Purata kelahiran di negara itu juga semakin merosot teruk dengan perbandingan 1.41 anak bagi seorang wanita. Manakala seramai 1,037, 101 bayi dilahirkan tahun lepas berbanding 1,256, 254 kematian.
Jika trend ini berterusan adalah tidak mustahil jumlah penduduk negara yang seramai 127 juta itu akan merosot kepada 87 juta pada tahun 2060 dan 43 juta pada tahun 2110. Timbul persoalan apakah yang berlaku di Jepun ini merupakan cerminan apa yang berlaku di seluruh dunia. Terdapat persamaan antara apa yang berlaku di Jepun dengan apa yang berlaku di AS dan negara-negara membangun.

Di kebanyakan negara orang ramai berkahwin lewat sudah menjadi trend semasa selain masalah kadar kelahiran yang semakin merosot. Selain itu semakin ramai wanita yang tidak mahu berkahwin sama ada terlalu memilih atau kerana keegoan diri selain masalah kelembapan ekonomi yang dihadapi kini menyebabkan golongan muda hanya terperap di rumah keluarga turut menjadi antara punca masalah ini berlaku.

Bagaimanapun satu masalah yang menjadi fenomena yang semakin menakutkan di Jepun berbanding negara lain adalah kegilaan mereka kepada gajet-gajet canggih. Mereka lebih gemar berkomunikasi di depan komputer atau telefon pintar berbanding berjumpa secara nyata atau pun menjalani temujanji atau makan malam bersama teman yang dilihat mampu mengubati kesunyian hidup.

Remaja Jepun juga lebih berminat mengambil haiwan sebagai peliharaan daripada mempunyai teman hidup atau memiliki anak. Lebih menakutkan terdapat wanita dan lelaki yang hanya melalui fantasi seks dengan melayari pelbagai permainan di laman web.

Antaranya ada di antara mereka malah turut melibatkan golongan berusia 30 tahun ke atas yang hanya boleh menikmati kemuncak seksual dengan hanya melihat paparan atau robot lelaki atau wanita yang pada kita sama seperti melihat kartun Power Rangers atau Ultraman.

Tabiat pelik ini semakin menular dan mungkin sudah sampai ke tahap bahaya kerana bagi mereka apa yang diperlukan semua sudah terhidang di depan mata sama ada melalui komputer atau telefon bimbit. Malah kerana bimbang dengan apa yang berlaku akibat penggunaan teknologi yang semakin menular, terdapat pegawai kerajaan AS semakin menggalakkan hubungan seks di kalangan remaja.

Menurut Debra Hauser, presiden pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Advocates for Youth, mengatakan kerajaan di bawah kepimpinan Barack Obama semakin galak memotong peruntukan melibatkan pengawalan seks di kalangan remaja berbanding George W. Bush.

"Alasannya sudah pasti pemotongan bajet berikutan masalah ekonomi tetapi bagaimana dengan didikan remaja tentang seks terutama di zaman teknologi hanya di hujung jari," katanya

Melihat kepada kebimbangan ini, apa pula pandangan kita mengenai perkara ini di Malaysia. Apakah tanpa kita sedari perkara sama juga semakin beransur-ansur melebar di negara ini.

Mungkin kita rasa perkara ini mungkin tidak serius jika ada pun. Namun adalah diharapkan jangan hanya sekadar membuat andaian sahaja kerana adalah tidak salah berbuat sesuatu untuk menanganinya supaya jangan hanya sudah terhantuk barulah nak mengadah.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20131117/re_13/Jepun-berhadapan-krisis-seksual#ixzz2ljDsivep
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Monday 18 November 2013

Kembalinya gerakan LGBT


Prinsip-prinsip Yogjakarta merupakan satu agenda bahaya yang secara berterusan menjadi usaha yang berselindung di sebalik nama hak asasi manusia sejagat. - Gambar hiasan

PADA 7 Mac 2012, Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) telah menganjurkan suatu panel perbincangan berkenaan "Diskriminasi dan Keganasan berdasarkan Orientasi Seksual dan Identiti Gender" yang berlangsung sebagai sebahagian acara tahunan sesi ke 19 Majlis Hak Asasi Manusia di  Geneva, Switzerland. Panel tersebut telah mendapat bantahan daripada Kumpulan Negara OIC bagi Hak Asasi Manusia, yang telah mengirim sepucuk surat kepada Presiden Majlis Hak Asasi Manusia PBB, Laura Dupuy Lasserre bagi menyatakan kebimbangan negara-negara OIC terhadap usaha untuk memperkenalkan di dalam Deklarasi Universal Hak Asasi Manusia (UDHR) terma-terma serta standard-standard berkenaan Orientasi Seksual dan identiti Gender (SOGI) yang asing di dalam "bahasa" dan "penerimaan nilai-nilai sejagat" berkenaan hak Lesbian, Gay, Biseksual dan Transeksual, serta dengan jelas menolak sebarang usaha untuk menjadikan orientasi Lesbian, Gay, Biseksual dan Transeksual (LGBT) sebagai nilai yang sepatutnya diterima semua negara anggota PBB sebagai sebahagian dari hak-hak asasi manusia sejagat.

Percubaan panel tersebut banyak mendapat inspirasi awal dari Prinsip-prinsip Yogjakarta (Yogyakarta Principles), yang merupakan satu set prinsip  berhubung orientasi seksual  dan  identiti jantina yang diwujudkan dengan hasrat  untuk memohon  piawaian undang-undang hak asasi manusia antarabangsa  bagi menangani  penyalahgunaan kuasa hak asasi manusia  golongan LGBT, dan  isu-isu  antara seks (intersexuality). Prinsip-prinsip tersebut  telah dihasilkan pada  satu mesyuarat  antara Suruhanjaya Juri Antarabangsa , Perkhidmatan Antarabangsa bagi Hak Asasi Manusia dan  pakar-pakar hak asasi manusia  dari seluruh dunia  di Universiti Mada di Pulau Jawa  pada 6 hingga  9 November   2006.

Dokumen penutup "mengandungi 29 prinsip yang didakwa diterima dengan sebulat suara oleh pakar-pakar bersama dengan  cadangan kepada kerajaan, institusi-institusi  antara kerajaan daerah,  masyarakat awam dan PBB sendiri" dinamakan sempena Yogyakarta,  wilayah  paling kecil Indonesia  (tidak termasuk  Jakarta)  yang terletak  di pulau Pulau Jawa.  Prinsip-prinsip  ini  belum diterima  oleh negara-negara dalam  satu perjanjian, maka  secara kendiri, ia bukan bahagian undang-undang hak asasi manusia  antarabangsa yang mengikat secara sah, walaupun  prinsip-prinsip tersebut bertujuan bertindak sebagai bantuan penafsiran terhadap perjanjian  hak asasi manusia.

Antara 29 penandatangan prinsip-prinsip adalah Mary Robinson,  Manfred Nowak, Martin Scheinin,  Elizabeth Evatt, Philip Alston,  Edwin Cameron, Asma Jahangir, yang kesemuanya berhasrat supaya prinsip-prinsip Yogyakarta harus diterima sebagai standard sejagat, mengesahkan standard undang-undang antarabangsa yang mengikat yang mana semua negara mesti patuhi. Walaubagaimanapun, beberapa negara anggota khususnya negara-negara OIC telah menyatakan keraguan mereka terhadap pandangan tersebut.

Prinsip-prinsip tersebut, selain dari mencetuskan Resolusi 17/19 PBB berhubung hak-hak LGBT, telah menjadi sebahagian perkara yang dinyatakan di dalam Laporan Gabungan NGO Malaysia (COMANGO) bertarikh 11 Mac 2013 yang dijadikan asas semakan rekod Hak Asasi Manusia Malaysia pada 24 Oktober 2013 yang lalu. 

COMANGO telah secara khusus menuntut supaya seksyen 377A Kanun Keseksaan dihapuskan, selain mengesyorkan Malaysia menurut prinsip-prinsip Yogyakarta. Kesan jangka panjang tuntutan ini, yang berselindung di sebalik istilah 'diskriminasi minoriti', ialah untuk membolehkan perkahwinan sesama jenis dijalankan di Malaysia tanpa sebarang halangan undang-undang atau kawalan moral.

Berselindung

Ternyata prinsip-prinsip Yogyakarta ini merupakan satu agenda bahaya yang secara berterusan menjadi usaha yang berselindung di sebalik nama hak asasi manusia sejagat. Bagi negara-negara OIC khususnya, bantahan yang dinyatakan melalui surat bertarikh 14 Februari 2012 tersebut menggambarkan kegusaran yang mendalam terhadap usaha-usaha agresif untuk mengiktiraf secara terbuka hak-hak yang berlawanan dengan fitrah semulajadi manusia. Hal ini demikian oleh kerana negara-negara Islam sedar bahawa tuntutan terhadap hak-hak sedemikian melampaui garis normal kemanusiaan yang akhirnya akan membawa pada kebinasaan tamadun manusia.

Amaran Qurani yang sangat jelas seperti pembalasan yang dikenakan terhadap kaum Nabi Luth a.s yang mengingkari panduan hubungan manusia secara sejahtera menjadi peringatan yang tetap relevan hingga ke akhir zaman.

Melalui Kumpulan Negara-negara OIC bagi Hak Asasi Manusia, Malaysia telah pun menyatakan undian bantahan terhadap Resolusi 17/19 berkenaan hak-hak LGBT. Malaysia sendiri menghadapi arus kempen yang kuat di dalam negara yang menunjukkan bibit-bibit sokongan terhadap hak-hak LGBT ini telah pun dipengaruhi prinsip-prinsip Yogyakarta.

Sebagai contoh, susulan pengaruh prinsip-prinsip Yogyakarta tersebut juga, sebuah pertubuhan hak asasi manusia yang berpengaruh di Amerika Syarikat, Human Rights Watch (HRW) berhujah undang-undang anti-liwat yang berkuatkuasa di Malaysia sudah ketinggalan zaman (archaic) kerana bertentangan dengan hak asasi manusia. Oleh itu, badan hak asasi antarabangsa itu menggesa Malaysia menghapuskan undang-undang anti-liwat yang kononnya melanggar hak privasi dan berbentuk diskriminasi serta perlu diganti dengan undang-undang baru yang membenarkan aktiviti liwat. Menurutnya, undang-undang baru itu mestilah selaras dengan prinsip-prinsip Yogyakarta, laporan Pesuruhjaya Hak Asasi Manusia

Bangsa-Bangsa Bersatu dan Deklarasi Vienna yang mengiktiraf hak-hak asasi manusia termasuk melakukan aktiviti seks luar tabie atas dasar suka sama suka.

Prinsip-prinsip tersebut juga telah mula mendapat tempat dalam kalangan segelintir NGO Hak Asasi Manusia dan beberapa parti politik di Malaysia. Penganjuran Seksualiti Merdeka misalnya, jelas mendapat inspirasi dari usaha-usaha di peringkat global untuk mendapatkan "hak dan pengiktirafan" bagi golongan LGBT, atas dasar kononnya teguran atau tindakan untuk memandu golongan ini disifatkan sebagai "diskriminasi" dan "tekanan sosial' terhadap mereka. Mereka juga merasakan sepatutnya dibenarkan untuk bebas memilih orientasi seks, meskipun orientasi tersebut berlawanan dengan fitrah keagamaan dan kacamata ketamadunan manusia.

Malaysia seharusnya memimpin usaha menentang perkembangan yang sangat berbahaya ini. Sehingga kini, sebanyak 14 negara di dunia yang telah mengiktiraf dan mempunyai undang-undang perkahwinan sejenis. Seperti yang dilaporkan agensi Reuters, 13 November baru-baru ini menyaksikan Hawaii menjadi negeri terkini di dalam Amerika Syarikat yang mengiktiraf perkahwinan sejenis apabila gabenornya Neil Abercrombie menandatangani rang undang-undang untuk mengesahkan keizinan tersebut. Ternyata Amerika Syarikat sedang berhadapan dengan masalah yang sangat serius yang bakal menghancurkan sisa-sisa kemanusiaan yang masih ada padanya.

Sebagai sebuah negara yang menjadikan Islam sebagai agama persekutuan, Malaysia perlu terus mengekalkan kedaulatannya dengan tidak tunduk terhadap tekanan antarabangsa melalui penerimaan terhadap prinsip-prinsip Yogyakarta dan lain-lain instrumen yang digunakan untuk menerbitkan hak-hak songsang mereka yang berjuang di sebalik gagasan hak asasi manusia sejagat. Peranan Islam sebagai agama negara dan tugas Yang di-Pertuan Agong untuk memelihara Islam berdasarkan sumpah jawatan pada Jadual Keempat, Perkara 37 Perlembagaan Persekutuan, ditambah dengan penerimaan prinsip-prinsip Rukun Negara yang jauh sekali menerima hak dan aktiviti songsang seperti yang dituntut golongan LGBT ini, sepatutnya menzahirkan keunikan dan kemampuan Malaysia untuk mematuhi prinsip hak asasi manusia sejagat tanpa mengorbankan nilai agama, budaya setempat dan realiti negara. Malah hal ini adalah seperti mana yang telah dipersetujui bersama melalui Persidangan Hak Asasi Manusia 1993 di Vienna berkenaan kepentingan mengambil kira faktor-faktor tersebut di dalam menuntut sesebuah negara untuk patuh dengan hak-hak asasi manusia sejagat.

Secara khususnya, pada bulan Mac depan, kerajaan Malaysia perlu tegas menolak beberapa syor negara-negara seperti Jerman, Belanda dan Austria yang mahukan Malaysia menghapuskan undang-undang anti-liwat dan mengiktiraf hak-hak LGBT, sebagaimana yang dizahirkan di antara 232 syor-syor pada sesi UPR baru-baru ini. Malaysia perlu meneruskan sikap dan pendirian konsisten menolak pengiktirafan hak-hak LGBT sebagaimana yang telah ditegaskan ketika menolak Resolusi 17/19 PBB dan ketika menandatangani Deklarasi Hak Asasi Manusia ASEAN pada November tahun lepas.

Selain itu, wujud keperluan segera untuk Malaysia memulakan gerakan menghapuskan prinsip-prinsip Yogyakarta 2006 yang sangat berbahaya terhadap kelangsungan tamadun kemanusiaan. Malah, gerakan ini sangat mendesak oleh kerana prinsip sedemikian, tanpa ramai yang menyedari, telah dimaktubkan di negara Islam terbesar di dunia, Indonesia yang juga merupakan jiran terdekat rumpun melayu-Islam dan negara anggota OIC.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20131117/re_01/Kembalinya-gerakan-LGBT#ixzz2l4Mequ1N
© Utusan Melayu (M) Bhd 

“Villa berhantu” di Johor Bahru jadi perbincangan hangat pengguna Internet


“Villa berhantu” di Johor Bahru jadi perbincangan hangat pengguna Internet

Khabar angin mengenai 23 remaja yang hilang di sebuah vila lama dekat Danga Bay Johor Bahru semalam menjadi perbincangan hangat rata-rata pengguna laman sosial Facebook hari ini.
Di laman sosial Twitter, berita mengenai villa berhantu tersebut atau lebih dikenali sebagai Villa Nabila menjadi "trending" sejak dari semalam hingga ke hari ini.
Rata-rata pengguna Internet berkongsi kisah dan maklumat mengenai Villa Nabila yang tersenarai antara lima tempat paling menyeramkan di Malaysia oleh portal pelancongan Amerika Syarikat, Expedia.
Biarpun perkara mengenai kehilangan 23 remaja yang hilang dalam villa tersebut dinafikan polis, pengguna Internet percaya perkara sebenar cuba disembunyikan pihak berkuasa.
"Apa sebenarnya cerita #VillaNabila ni? @TwtICYM ada tweetpic gambar2 tu semua gambar betul ke? BUKAN SEORANG SAJA YANG 'DISOROK' katanya." kata pengguna twitter @CikHaf.
"@Hannis Chan: Media massa kata seorang je yang hilang. Hal ini kerana media massa tak nak memperbesarkan cerita, atas sebab2 tertentu," kata seorang lagi pengguna Twitter.
Satu laman Facebook "Misteri Villa Nabila di Johor Bahru" yang dibangunkan mendapat 48,920 tanda suka oleh pengguna Internet dalam masa hanya semalaman.
Terdapat enam versi cerita mengenai Villa Nabila yang tidak berpenghuni selama 40 tahun antaranya Nabila yang merupakan anak tunggal dari keluarga kaya raya dibunuh oleh orang gajinya.
Versi lain pula menyatakan Villa Nabila itu asalnya dinamakan Christine Palace sempena nama isteri seorang ahli perniagaan dari barat.
Anak ahli perniagaan yang bernama Nabila akhirnya dibunuh kerana keengganan bapanya membahagikan kan harta kepada adik beradiknya lain menyebabkan villa itu akhirnya terbiar tidak berpenghuni.
Sementara itu Timbalan Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Abdul Samad Salleh hari ini berkata pihaknya hanya menerima satu laporan polis berhubung kehilangan seorang remaja berusia 16 tahun yang gagal pulang ke rumah sejak Sabtu lalu yang didakwa memasuki Villa Nabila di sini.
Operasi mencari remaja berasal dari Majidee itu masih diteruskan dan disiasat dibawah kes orang hilang.
Turut dilaporkan kawasan luar vila tersebut kini dipenuhi dengan kehadiran orang ramai. – 18 November, 2013.
The Malaysian Insider – 16 hours ago

Remaja hilang ditemui di rumah rakan

JOHOR BAHRU 19 Nov. - Remaja berusia 16 tahun, Mohamad Izzat Izzudin Hussin yang dilaporkan hilang selepas memasuki Villa Nabila di Jalan Skudai kelmarin, ditemui di rumah rakannya di Flat Desa Mutiara, di sini pukul 2 pagi ini.
Ibunya, Norhayati Mohamad, 38, ketika dihubungi mengesahkan anak remajanya itu sudah ditemui. - UTUSAN

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20131119/je_09/Remaja-hilang-ditemui-di-rumah-rakan#ixzz2l3t0CaFR
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Misteri Villa Nabila

Oleh AZIZI MAJID dan IFQDAR RAHMAN
pengarang@utusan.com.my


Orang ramai memenuhi kawasan Villa Nabila atau Christine Palace berikutan berita di laman sosial mengenai kehilangan beberapa remaja di villa usang berkenaan di Jalan Skudai, Johor Bahru, semalam. - UTUSAN/RAJA JAAFAR ALI

JOHOR BAHRU 18 Nov. - Sebuah banglo terbiar dikenali sebagai Villa Nabila di Jalan Skudai di sini menjadi tumpuan ramai apabila seorang remaja lelaki dilaporkan 'hilang' selepas memasuki premis itu bersama beberapa rakannya awal pagi ini.

Mohamad Izzat Izzudin Husin, 16, sebelum itu tidak pulang selepas keluar rumahnya di Kampung Hajah Hasnah Majidee di sini sejak Sabtu lalu.

Ibunya, Norhayati Mohamad, 38, kemudian menghubungi rakan anaknya yang memaklumkan remaja itu telah pergi ke banglo berkenaan bersama beberapa rakannya.

Timbalan Ketua Polis Johor Bahru Selatan, Supritendan Abdul Samad Salleh berkata, ibu remaja tersebut telah pergi mencari anaknya di banglo berkenaan malam tadi.

"Selepas gagal menemukan anaknya, wanita terbabit membuat laporan di Balai Polis Danga Bay pukul 1 pagi," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian di sini hari ini.

Abdul Samad berkata, sepasukan polis termasuk Unit Anjing Pengesan serta pasukan Bomba dan Penyelamat telah menjalankan operasi di banglo itu tetapi gagal mengesan remaja berkenaan.

Beliau yang mengklasifikasikan kes itu sebagai orang hilang turut menafikan khabar angin yang tersebar di laman sosial Facebook bahawa terdapat 23 remaja hilang manakala tujuh lagi berjaya keluar selepas memasuki banglo berkenaan.

Menurut Abdul Samad , pihaknya hanya menerima satu laporan polis berhubung kejadian itu dan menggesa orang ramai tidak menyalurkan maklumat tidak tepat sehingga boleh mengelirukan pelbagai pihak.
Dalam pada itu, difahamkan, keluarga Mohamad Izzat turut mendapatkan khidmat ustaz dan pengamal perubatan Islam bagi menjejaki remaja berkenaan yang dikhuatiri telah 'disembunyikan'.

Tinjauan Utusan Malaysia di lokasi kejadian mendapati orang ramai mula berada di pekarangan pintu masuk banglo tersebut sejak malam tadi hingga menyebabkan kesesakan lalu lintas sejauh kira-kira dua kilometer.
Villa Nabila yang mempunyai tiga buah bangunan yang sudah usang itu dianggap penduduk sebagai berhantu dan kewujudannya sejak 40 tahun lalu sering dikaitkan dengan pelbagai kejadian mistik sehingga menjadi tumpuan orang ramai, khususnya pengkaji aktiviti paranormal.

Sementara itu, salah seorang remaja yang turut sama ke banglo berkenaan, Megat Irfan Abdullah Shariman, 16, berkata, dia bersama kira-kira 30 rakan lain masuk ke premis berkenaan pukul 12.30 tengah malam tadi.
"Kira-kira 20 minit di situ, beberapa rakan saya tiba-tiba diserang histeria sebelum kami bergegas turun dan pergi ke Masjid Kolam Air untuk mendapatkan bantuan orang ramai.

"Selepas itu kami semua bersurai, tak sangka pula ada yang hilang kerana saya sendiri kurang mengenali dia (mangsa)," katanya.

Seorang lagi remaja, Junaizi Rafifi Jamaluddin, 13, mendakwa, terdapat dua kumpulan pergi ke banglo terletak di kawasan atas bukit berkenaan.

"Saya masuk dengan sembilan rakan dan sebaik sahaja turun barulah ada rakan beritahu ada yang tertinggal di atas tetapi saya sendiri tidak kenal remaja tersebut," katanya.

Sementara itu, usaha wartawan untuk menemu bual Norhayati gagal apabila wanita berkenaan terus beredar menaiki kereta selepas memberi kenyataan di Balai Polis Sentral di sini kira-kira pukul 2.30 petang.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20131119/dn_11/Misteri-Villa-Nabila#ixzz2l3sFi1Oc
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Sunday 17 November 2013

Berlakon, berlawak hingga akhir hayat

Oleh ABD. AZIZ ITAR
aziz.itar@utusan.com.my


Ahmad Busu bersama barisan pelakon Pi Mai Pi Mai Tang Tu ketika menjayakan teater musikal sitkom itu pada November 2006.

ALLAHYARHAM Ahmad Busu sebenarnya bukanlah pelakon atau pelawak sepenuh masa. Biarpun bergelumang dalam dua bidang seni itu sejak 1978, tetapi pada masa sama beliau juga merupakan seorang kakitangan kerajaan.

Anak kelahiran Taiping, Perak ini ialah bekas pesara di Lembaga Pelabuhan Klang. Beliau bertugas di agensi kerajaan itu dari tahun 1973 sehinggalah persaraannya pada 1992.

Namun, kerana minat yang mendalam dalam bidang lakonan, Ahmad atau lebih dikenali dengan watak Mat Deris dalam sitkom popular Pi Mai Pi Mai Tang Tu pada tahun 1980-an ini bijak dalam membahagi-bahagikan masanya sebagai kakitangan kerajaan dan anak seni.

Sejak pertama kali berlakon dalam teater Tuan Hakim bersama kumpulan Angkatan Seni Tanah Air (Asnita) pada 1978, kariernya sebagai pelakon terus berkembang sehinggalah ke akhir hayatnya yang mana beliau telah menghembuskan nafas terakhir malam semalam.

Nama arwah bukan sahaja terus menyinar sebagai pelakon teater dan drama tetapi turut lebih dikenali ramai sebagai pelawak. Beliau misalnya popular menerusi watak Ram dalam sitkom popular 2 + 1 bersama Imuda yang disiarkan di TV3 kira-kira 20 tahun lalu.

Disebabkan Pi Mai Pi Mai Tang Tu dan 2 + 1 yang paling banyak mempopularkan nama Allahyarham, maka tidak hairanlah beliau cukup rapat dengan para pelakon dua siri televisyen itu seperti Imuda, Allahyarham Zami Ismail, Mohamad Abdullah dan Louisa Chong sehinggalah ke penghujung nafasnya.

Sebagai anak seni, Ahmad atau nama sebenarnya Ahmad Bin Busu begitu menghargai bakatnya dalam bidang seni selain mengambil peluang berlakon yang diberikan kepadanya sebaik mungkin. Malah, Allahyarham juga jarang tidak hadir pada majlis-majlis anjuran stesen- stesen televisyen seperti RTM yang menjemputnya dalam rancangan-rancangan terbitan stesen itu.

Penulis masih ingat lagi, pada pertemuan kali terakhir di Wisma Radio, Angkasapuri, Kuala Lumpur pada bulan Ramadan lalu, arwah yang ketika itu kurang sihat tetapi masih sanggup menggagahkan dirinya memanjat tangga Angkasapuri.

Pada majlis rakaman program terbitan RTM dan majlis berbuka puasa, beliau yang datang dengan bertongkat. Masih terngiang-ngiang lagi di telinga penulis kata-kata Allahyarham yang menggambarkan komitmennya dalam bidang seni selain bagi memenuhi undangan tersebut.

"Saya datang ke majlis ini bagi memenuhi undangan RTM. Selagi boleh datang saya akan datang walaupun isteri saya tidak kasi saya memandu kereta dari rumah saya di Klang ke Angkasapuri. Saya gagahkan juga datang dengan menumpang kereta Pak Hamid (Hamid Gurkha).

"Ini kerana, kebetulan Pak Hamid juga tinggal di Klang dan saya agak rapat dengannya. Maklumlah dalam keadaan saya sekarang ini memang susahlah hendak memandu kereta sendirian," katanya.

Beliau yang ketika itu kelihatan kurang sihat kerana menghidap kencing manis sejak kira-kira 20 tahun lalu turut ditambah dengan masalah angin ahmar yang dideritainya sebelum itu.

Pada perbualan singkat sebelum rakaman rancangan di RTM itu, Allahyarham juga sempat menceritakan penyakit yang dideritainya itu.

Allahyarham antaranya telah diserang angin ahmar beberapa bulan sebelum pertemuan kami itu sehingga bahagian tangan kiri dan bahagian badan kirinya sukar digerakkan selama hampir tiga bulan.

Bapa kepada Nur Hamizah, 29, Mohd. Afiq, 28, Muhammad Luqman, 21, dan Nur Hanis, 10, yang dilahirkan pada 10 September 1953 ini tidak menjadikan alasan kesihatannya untuk bersara berlakon selepas pencen sebagai kakitangan kerajaan 21 tahun lepas.

Buktinya Allahyarham ketika hayatnya tidak menang tangan menerima tawaran berlakon termasuklah filem terakhirnya berjudul Dunia Baru The Movie terbitan Grand Brilliance beberapa tahun lalu.

Namun, sebelum dikenali sebagai pelawak, Allahyarham terlebih dahulu mencipta nama sebagai pelakon teater dan drama televisyen terutama di TV1 dan TV2 pada era 1980-an.

Malah, Allahyarham pernah meluahkan perasaannya kepada penulis dengan mengatakan dia asalnya bukanlah seorang pelawak tetapi lebih kepada pelakon drama berat.

"Saya lebih suka kalau orang panggil saya pelakon daripada pelawak. Ini kerana, kalau pelakon dia boleh melawak dan sebagainya tetapi kalau pelawak dia tidak semestinya boleh berlakon," ujarnya penuh makna.
Jelas Allahyarham yang uzur sejak 2009 pernah berkata, kesesuaiannya melakonkan watak-watak komedi dalam sitkom dan filem seperti Mat Som dan Imigran banyak dipengaruhi oleh lakonannya dalam drama-drama televisyen yang bergenre drama berat sebelum itu.

Allahyarham contohnya, pernah berlakon dalam drama televisyen berjudul Angin Bila Menderu arahan Abdullah Zainol yang mana dalam naskhah itu beliau melakonkan watak seorang yang terencat akal. Watak seorang yang kurang siuman itu katanya bukan melahirkan rasa simpati para penonton, sebaliknya ramai yang ketawa melihat lakonannya itu.

Apa pun Allahyarham yang pernah terbabit dalam pementasan teater seperti Si Bongkok Tanjung Puteri pada 1979 dan Hari-Hari Terakhir Seorang Seniman (1984) di Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur akan terus diingati sebagai antara pelawak yang pernah mewarnai dunia sitkom era 1980-an.

Jenazah Allahyarham disembahyangkan di Surau An-Na'im, Taman Seri Andalas, Klang pada pukul 9.50 pagi semalam dan disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Selat Klang pada pukul 11.30 pagi hari yang sama.
Selain ahli keluarga, turut hadir memberikan penghormatan terakhir ialah rakan Allahyarham seperti Datuk Jamali Shadat, Datuk Baharuddin Omar, Datuk D.J. Dave dan Imuda.

Semoga roh Allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang soleh. Amin.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20131112/re_06/Berlakon,-berlawak-hingga-akhir-hayat#ixzz2kuNGYoxY
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...