Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Sunday 30 March 2014

Dera Sweden...

Dera Sweden: Pasangan Malaysia, Azizul dan Shalwati dipenjara 

KUALA LUMPUR - Mahkamah Daerah Solna di Stockholm menjatuhkan hukuman penjara 10 bulan ke atas Pegawai Tourism Malaysia di Sweden Azizul Raheem dan 14 bulan terhadap isterinya, Shalwati Norshal kerana mendera anak-anak mereka pada Disember tahun lepas.

Pengerusi Sukarelawan Peguam Untuk Semua (Sukaguam) Datuk Khairul Anwarm Rahmat, ketika dihubungi hari ini, mengesahkan perkara itu.

Katanya, beliau dimaklumkan perkara itu oleh wakil Sukaguam yang hadir di mahkamah ketika prosiding jatuh hukum terhadap pasangan berkenaan pada kira-kira 6 petang (waktu di Stockholm 11 pagi).

Khairul berkata pasangan itu berdepan hukuman penjara minimum enam bulan dan maksimum enam tahun dan berdasarkan perkembangan terkini, mereka dijangka bebas hujung tahun ini.

Kedua-duanya ditahan reman sejak 18 Disember lepas.

Beliau berkata Sukaguam akan menasihati anggota keluarga serta kerajaan Malaysia untuk mengemukakan rayuan.

Khairul berkata di bawah undang-undang Sweden, Azizul dan Shalwati mempunyai tempoh tiga minggu untuk memfailkan rayuan.

Shalwati dan Azizul didakwa mengasari dan mencabuli integriti anak-anak mereka dengan memukul serta mendera kanak-kanak terbabit di kediaman pasangan itu di SpÄnga antara 15 September 2010 dan 17 Disember 2013.

Shalwati, seorang guru yang sedang bercuti tanpa gaji, dan suaminya ditahan reman selepas memukul tangan seorang anak mereka kerana tidak bersolat.

Keempat-empat anak pasangan itu, Aishah, 14, Ammar, 12, Adam, 11 dan Arif, 7, yang sebelum ini ditempatkan di bawah jagaan keluarga angkat bukan beragama Islam di Sweden kerana kes itu, telah diserahkan kepada Kedutaan Malaysia di Stockholm pada 30 Januari lepas.

Kesemua anak pasangan itu pulang ke Malaysia pada 31 Jan lepas dan kini dijaga oleh bapa dan emak saudara mereka di Kelantan.

Sementara itu, mengikut kenyataan akhbar yang dimuat naik ke laman sesawang Mahkamah Daerah, Hakim Mattias Moller dipetik sebagai berkata Shalwati didapati bersalah mencabuli integriti anak perempuan dan anak lelaki sulungnya selain mendera dua lagi adik lelaki mereka.

Azizul pula didapati bersalah mencabuli integriti anak lelaki sulungnya dan mendera anak perempuan serta anak lelaki kedua.

Bagaimanapun, dia dibebaskan daripada sebarang pertuduhan berkaitan anak bongsunya.

Pasangan itu juga diarah membayar ganti rugi kepada anak-anak mereka berdasarkan sabitan mahkamah.

Menurut kenyataan itu lagi, Moller berkata keganasan yang dilakukan pasangan itu secara relatif adalah kecil namun pertuduhan terhadap mereka membaitkan perlakuan keganasan yang sistematik dan berulang.

"Kebanyakan keganasan itu dilakukan dengan tangan namun sebatang rotan dan penyangkut baju turut digunakan," katanya.

Mahkamah itu turut memutuskan bahawa keterangan anak-anak pasangan itu boleh dipercayai dan tiada bukti yang menunjukkan mereka ingin mendatangkan mudarat kepada ibu bapa mereka dengan mereka maklumat tidak benar serta menyerahkannya kepada polis.

Moller juga berkata meskipun tiada sokongan dalam bentuk pemerhatian perubatan, butiran yang diberikan kanak-kanak berkenaan disahkan oleh keterangan saksi pendakwaan berdasarkan apa yang diberitahu anak-anak pasangan itu kepada mereka. - Bernama

http://blog2-barisan.blogspot.com/2014/03/berani-membuat-pilihan_28.html

#MH370: Tentera New Zealand akhirnya temui objek terapung


SYDNEY : Sebuah pesawat Tentera Udara Diraja New Zealand berjaya menemui objek terapung di kawasan pencarian serpihan pesawat Malaysia Airlines MH370 yang baru di Lautan Hindi.

Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia (AMSA) berkata, ia sedang menunggu imej daripada pesawat Orion itu yang dalam perjalanan pulang ke pangkalan.

Penemuan ini hanya boleh disahkan oleh kapal yang dijangka tiba di kawasan berkenaan esok, kata AMSA di laman Twitternya.

Kawasan pencarian MH370 berubah hari ini kepada 1,100 kilometer ke arah timur laut selepas pihak berkuasa Australia menerima maklumat radar terbaru dari Malaysia.

Zon pencarian terbaru yang terletak 1,850 kilometer di barat Perth dikenal pasti selepas analisis maklumat radar terbaru daripada pakar Boeing yang menyertai pasukan penyiasat antarabangsa di Kuala Lumpur.

Sebanyak sepuluh pesawat dari Australia, China, Jepun, New Zealand, Korea Selatan dan Amerika Syarikat terbabit dalam operasi mencari dan menyelamat di kawasan baru itu hari ini. - Agensi

http://blog2-barisan.blogspot.com/2014/03/berani-membuat-pilihan_28.html

MH370: Sebelum Berakhir Di Lautan Hindi


Teori salah seorang Pembaca AYT

berasiam said...

perindahan jarak lokasi dengan alasan pesawat kehabisan bahan bakar adalah sesuatu yang jelas berbentuk separuh benar. secara mudah, jarak berkaitan dengan kelajuan. kadar penggunaan bahan api lebih tinggi jika pesawat terbang pada kelajuan yang lebih tinggi. pesawat cepat kehabisan bahan api maka jarak yang dilalui oleh pesawat lebih pendek/dekat: separuh betul.

bagaimana dengan faktor masa. pesawat terbang untuk tempoh masa sekurang-kurangnya 7.5 jam berdasarkan analisis ping oleh inmarsat. jam 8:11 pagi, pesawat menerbitkan ping yang terakhir dikesan secara jelas. tempoh perjalalan ke Beijing ialah 6 jam. jika bahan bakar tambahan diisikan sebanyak 20% untuk kegunaan kecemasan, bahan bakar yang ada mampu untuk menerbangkan pesawat kira-kira 7.5 jam.

berdasarkan ping yang dikesan, itulah tempoh masa pesawat terbang dan melebihi daripada itu. sekiranya pesawat menggunakan bahan bakar secara tidak efisien, sudah tentu tempoh masa penerbangan menjadi lebih singkat, selain jaraknya lebih dekat.

kemungkinan pesawat singgah atau disinggahkan di mana-mana lokasi semasa dalam perjalanan ke tempatnya berakhir. tempoh persinggahan itu ialah kira-kira 1 jam, yang menyamai jarak kira-kira 1000 km.

BBC melaporkan lokasi pencarian dipindahkan kepada kira-kira 700 batu ke utara. 700 batu x 1.6 = 1120 km.

kesimpulannya, pesawat mh370 singgah selama kira-kira satu jam untuk tujuan yang tidak diketahui, di lokasi yang rahsia, sebelum meneruskan perjalanannya ke tempat terakhirnya di selatan lautan hindi.

http://blog2-barisan.blogspot.com/2014/03/apa-yang-tersirat_28.html

MH370: Agak-Agak Berapa Kos Mencari?


Nampak gayanya operasi mencari pesawat malang MH370 akan menelan kos tertinggi abad ini. Faktor kos akan menambah lagi bagaimana uniknya kehilangan pesawat yang membawa 239 penumpang bersama kru itu yang berlepas daripada KLIA menunju Beijing 8 Mac lalu.

Selain penentuan kehilangan pesawat itu menggunakan pengiraan hantaran gelombang melalui kaedah Doppler Effect, yang belum pernah digunakan dalam operasi mencari kemalangan pesawat, menjadikan kehilangan pesawat MH370 sebagai kehilangan pesawat abad ini.

Telah masuk hari ke 21, belum ada tanda-tanda di mana pesawat malang itu. Hanya perkiraan data satellite, digunapakai untuk mencari pesawat malang itu.

Kehilangan MH370, bukan sahaja mencabar teknologi mutakhir ini, malah negara-negara kuasa besar, yang sebelum ini mendabik dada dengan kehebatan teknologi mereka, ternyata berdepan dengan kehilangan pesawat MH370, nampaknya teknologi mereka itu, "useless".

Akal manusia yang menyebabkan kehilangan pesawat itu, menyebabkan teknologi yang juga hasil fikiran manusia, bertembung. Untuk sementara waktu, akal manusia masih lagi unggul, atas sebab apa? semua pihak masih berteka teki, apa kah sebenarnya berlaku pada pesawat malang itu.

Berbagai teori dianalisis, dan yang terbaru, dikatakan bahawa pesawat itu lebih awal terhempas, oleh sebab itu, gerakan mencari dipindahkan ke arah North west Perth, dan lebih dekat dengan Kuala Lumpur. Kawasan baru ini lebih dekat dengan darat, lebih cetek, dan lebih mudah menjalankan operasi, atas sebab pesawat boleh terbang lama, sebelum kembali ke pangkalan mengisi minyak.

Kawasan baru, lebih luas berbanding tanah semenanjung, pun demikian ianya lebih mudah dijangkau kerana berdekatan dengan daratan.

Kapan kah pasukan mencari boleh menemui serpihan atau bangkai pesaawat? kemudian selepas itu mencari kotak hitam. Hanya masa yang menentukan.

http://blog2-barisan.blogspot.com/2014/03/apa-yang-tersirat_28.html

MH370: 20 Hari Pencarian- Masih Misteri


Lokasi pencarian baru bagi pesawat malang MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu, kini berubah daripada lokasi asal, barat laut perth, ke arah North west, 1850 km(1,100 batu) daripada Perth, Australia.

Alasan yang diberikan mengapa memilih lokasi baru itu merupakan kemungkinan pesawat malang itu terhempas, adalah diperkirakan pesawat menempu jarak lebih dekat atas sebab pesawat menambah kelajutan semasa terbang. Dengan minyak yang tersedia (52 ton), tidak memungkinkan pesawat itu sampai ke lokasi asal, 1,500 batu barat laut Perth.

Sudah masuk 20 hari, walaupun berbagai imej satellite dianalisis, namun belum menemukan sebarang serpihan yang boleh dikaitkan dengan peawat malang itu.

Pada 24 Mac lalu, Malaysia mengistiharkan bahawa pesawat malang itu berakhir di Lautan Hindi, berasaskan analisis menggunapakai Doppler Effect alat mengetahui sesuatu lokasi menggunakan gelombang.

Dalam perkembangan terbaru, alat pengesan bawa air milik Amerika pinger locator dan Bluefin 21 Autonomous Underwater Vehicle sudah tiba di Perth, bagi tujuan mencari kotak hitam pesawat malang itu.


http://blog2-barisan.blogspot.com/2014/03/apa-yang-tersirat_28.html

MH370: Misi Kubur Tanpa Nisan


''...sacrifice is necessary to achieve the goal of free democracy.'' - 2013 Facebook Post by Zaharie Ahmad Shah, Captain MH 370

Tulisan kali ini, menganalisis apakah andaian bahawa juruterbang pesawat malang MH370 Kapten Zaharie Ahmad Shah, 53 merampas pesawatnya sendiri. Tulisan ini semata-mata merupakan andaian, kebenaranya, hanya pihak yang berwajib sahaja boleh mengsahkannya. Berasaskan kepada kutipan ayat daripada wall facebook juruterbang itu, tragedi kehilangan pesawat MH370, mungkin merupakan satu tindakan jenayah yang berunsurkan politik?

Motif

1.Kecewa kepada kerajaan, atas sebab Anwar Ibrahim dijatuhi hukuman penjara 5 tahun oleh Mahkamah rayuan atas kesalahan seks luar tabii. Anwar dijatuhi hukuman itu beberapa jam sebelum Zaharie menerbangkan pesawat MH370 yang membawa 239 penumpang termasuk dirinya 2. Masalah keluarga, atas sebab isterinya meninggalkan rumah kelaurga sehari sebelum tragedi menimpah pesawat MH370. 3.Menjadikan tragedi kehilangan pesawat MH370 satu misteri abad ini?
Peranan Co-Pilot: Fariq Abdul Hamid

Fariq sejak pesawat masih dilandasan sehingga mengudara secara berterusan berkomunikasi dengan menara kawalan. Selepas mengucapkan salam terakhir kepada menara trafik udara Subang kerana akan memasuki ruang udara Vietnam, selang dua minit kemudian transponder di cockpit tertutup. Masa dua minit adalah masa yang mencukupi bagi beliau keluar daripada cockpit, dan peluang ini digunakan oleh Kapten pesawat itu mengunci pintu daripada dalam. Fariq, dikatakan julung kali menjadi pembantu juruterbang bagi pesawat B777, tanpa juruterbang ketiga yang bertindak sebagai check pilot. Fariq tidak mempunyai pengalaman yang mencukupi menguasai pesawat seperti B777, malahan tiada hobi diehard kepada penerbangan, selain hanya berminat pada wanita sexy dan cantik.

Flight Engineer Mohd Khairul Amri Selamat: Apakah terlibat?

Impak Tragedi MH370

Satu tragedi yang menjadi krisis, bukan sahaja dalam negara, malah krisis hubungan dengan negara china, tamparan hebat kepada penerbangan Mas, yang belum pulih daripada kerugian terus menerus.

Kronologi Kejadian

12:36am to 119am Co-pilot speaks to the air traffic controllers from taxiing until take off. Pilot does not say a word.
109am ACARS system located at the back of the plane is turned off.
119am Co-pilot signs off with "all right, good night".
121am Two transponders accessible from the cockpit are turned off
Soon after, radar shows a turn and climb.
Radar shows rapid descent to 20K feet
Plane is tracked in one of two common passenger routes
Eight hours later, final ping is sent by plane. Initial actions

Bunuh diri jarang dilakukan lebih seorang. Fakta menunjukkan bahawa circuit breaker yang berada dibelakang pesawat ditutup  sementara co pilot sedang bercakap dengan menara trafik udara. Ertinya co pilot bukan pelaku kehilangan pesawat malang itu. Hanya pilot atau jurutera penerbangan yang mempunyai akses kepada circuit breaker itu. Co pilot mungkin diminta keluar cockpit? Pilot mengambil alih, masa ini dua transponder yang berada di cockpit  ditutup.

Membunuh Penumpang

Data yang dirakam Radar menunjukan pesawat terbang meninggi sehingga 45,000 kaki atas permukaan laut. Tujuan naik pada ketinggian ini untuk mengelak dikesan radar, atas sebab pada masa itu, pesawat sepatutnya memasuki ruang udara Vietnam. Selain itu, pada ketinggian ini mengelak signal handphone, sekirannya ada penumpang menghantar mayday. Sekiranya pilot/co pilot telah keluar daripada cockpit, dan menemui pintu tertutup, maka ada masa bagi mereka menggunakan phone sattelite atau menghidupkan ACARS untuk membuat panggilan kecemasan atau mayday. Kita semua tahu, bahawa dari awal-awal lagi, bahawa tiada sebarang panggilan, tiada mayday. Menurut pakar penerbangan, menaik dengan ketinggian 45,000 kaki atas permukaan laut adalah bertujuan mempingsankan semua penumpang. Pilot semasa pada ketinggian itu melakukan depressurise the plane sehingga semua penumpang mengalamai kekuarangan oksigen. Dalam keadaan sama corong oksigen terkeluar, namun hanya boleh bertahan 15 minit, di katakan pesawat itu terbang pada ketinggian 45,000 kaki selama 23 minit. pilot boleh bertahan, atas sebab ada dua corong oksigen lagi standby, selepas itu, pesawat turun ketinggian, kerana pada ketinggian rendah maka memudahkan untuk bernafas. Pesawat mengubah arah, dan ketinggian 3 kali. Semua tindakan itu hanya boleh dilakukan oleh manusia.
Jika pihak lain cuba memasuki cockpit, sudah tentu bukan mudah bagi co pilot meninggalkan kerusinya. Co pilot ada masa membuat penggilan kecemasan. Namun semuanya ini tidak berlaku. Hanya pilot yang punya kuasa untuk meminta co pilot meninggalkan kerusinya, mungkin disuruh ke tandas atau memerikasa sesuatu di belakang pesawat. Pada masa ini, pilot mengambil alih kerusi, dan seterusnya menutup pintu, pada masa yang sama menutup dua transponder, menerbangkan pesawat pada ketinggian di atas limit pesawat, menyebabkan semua penumpang termasuk co pilot terperagkap dengan keadaan, memang corong oksigen terkeluar, namun hanya mampu memberikan oksigen selama 15 minit, bagi yang tidak sempat memasang corong oksigen, seminit boleh menyebabkan seorang itu pingsan, lalu mati. Pesawat diterbangkan selama 23 minit, bagi memastikan semua penumpang pingsan, kemudian pesawat diturunkan ke paras 23,000 kaki, bagi membolehkan pilot memperolehi oksigen, kemudian pesawat diturunkan paras 5,000 kaki, bagi memberi pukulan knock out terakhir kepada 238 penumpang.
Pesawat dilencongkan jauh ke utara Pulau Pinang sebelum berpusing ke Selatan. Tujuan terbang ke arah utara itu, untuk mengaburi radar, kerana laluan itu adalah laluan biasa pesawat komersil. Pada laluan itu, di depan pesawat itu adalah SIA68 menuju Barcelona yang terbang pada 1.25 pagi daripada Lapangan terbang Changi Singapura. MH370 mengekori pesawat itu, agar supaya tidak dikesan radar; sehingga benar-benar yakin bahawa radar tidak lagi dapat mengesan, maka berpusing ke selatan untuk misi last joyride dan memenuhi hasrat kematian tanpa nisan.
Kawasan selatan yang dipilih adalah kawasan terpencil, dengan kedalaman lautan yang sungguh dalam mencecah 5 km, selain arus yang yang kuat, permukaan dasar laut yang dipenuhi gunung berapi dasar laut, juga kawasan berkeadaan cuaca yang tidak menentu.  Tujuannya jelas, agar pesawat malang itu tidak akan dijumpai dan menjadi misteri penerbangan sepanjang zaman.
Oleh kerana niat mahu menghilang jejak, maka pesawat tidak akan diterbangkan menjunam, sebaliknya didaratkan dengan sengaja atas permukaan laut, agar pesawat tidak berkecai. Temuan objek yang beratus, besar kemungkinan daripada perut kargo pesawat, yang terburai, selepas dipenuhi air, sehingga barangan yang ringan terapung.

Teori demikian disokong oleh data Satellite Inmmarsat di mana pesawat itu mengirim blips/pings selama 7 jam, sehingga 8.11 pagi 8 Mac.

http://blog2-barisan.blogspot.com/2014/03/apa-yang-tersirat_28.html

Saturday 29 March 2014

Perakam Suara Kokpit Tidak Akan Bantu Merungkai Misteri MH370


KUALA LUMPUR: Perakam suara kokpit (CVR) Malaysia Airlines MH370 tidak akan menghasilkan sebarang jawapan mengenai tempoh kritikal pesawat yang menyimpang dari laluan penerbangannya ke Beijing berikutan data suara telah dipadamkan disebabkan kitaran rakaman selama dua jam oleh perakam itu.

Ini bermakna penyiasat tidak mungkin menyelesaikan misteri MH370 sepenuhnya kerana ia akan menjadi mustahil untuk mengetahui apa yang terjadi di dalam kokpit selepas kawalan trafik udara terputus hubungan dengan pesawat di ruang udara sempadan Malaysia-Vietnam.

Menurut sumber yang biasa menjalankan tugas berkaitan "kotak hitam", yang terdiri daripada CVR dan Perakam Data Penerbangan (FDR), berkata maklumat teknikal dari FDR sahaja tidak akan mencucukup sekiranya penyiasat mendapati bahawa kesilapan mekanikal bukan masalah kepada punca insiden.

"Pakar terlatih akan dapat mendapat banyak maklumat daripada Perakam Data Penerbangan. Tetapi jika ia bukan masalah mekanikal tetapi tindakan yang disengajakan?Saya fikir kita tidak akan dapat memberitahu apa yang sebenarnya berlaku tanpa data suara," katanya.

Menurut firma AS Honeywell Aerospace yang membekalkan kotak hitam, hanya rakaman dua jam terakhir dikekalkan apabila perakam akan terus membuat rakaman dengan sendiri sepanjang penerbangan.

"Prinsip ini adalah amalannya kerana kebiasaannya bahagian terakhir penerbangan yang menentukan punca kemalangan itu," lapor BBC.

Operasi mencari dan menyelamat menyeluruh untuk mencari MH370 yang disifatkan telah berakhir di selatan Lautan Hindi, bersedia untuk menjadi lebih sukar sekiranya perakam tidak dijumpai sebelum kedua-dua bateri Beacon yang kehabisan tenaga bateri dalam tempoh kira-kira dua minggu.

Walaupun Tentera Laut AS Towed Pinger Locator 25 (TPL-25) tiba di Perth pada Khamis, pihak berkuasa belum lagi mengenal pasti sama ada serpihan yang dilihat oleh satelit mempunyai kaitan dengan MH370 .

The Telegraph dari UK memetik pakar penerbangan David Barry sebagai berkata bahawa "ping" dari beacon boleh berterusan selama tambahan 10 hari.

"Memandangkan di kawasan terpencil dan kedalaman air serta cuaca di sana (selatan Lautan hindi), kotak hitam mungkin hampir mustahil untuk dicari.

"Ia kemudiannya akan menjadi kes mencari bangkai (pesawat), mungkin memakan masa beberapa tahun," katanya. 


http://siemens-melayumaju.blogspot.com/2014/03/perakam-suara-kokpit-tidak-akan-bantu.html

INFO! Kenapa US Tak Berminat Dalam Percarian Pesawat #MH370?

Arkib : 30 Mac 2014

Satu perkara lagi umum tahu yang kepulauan Diego Garcia cukup dekat dengan lokasi MH370 dikatakan terhempas tetapi sungguh menghairankan negara kaya ini hanya berminat menghantar sebuah kapal terbang berdanding negara-negara yang lain.

Jadi di mana keikhlasan Amerika sekarang kecuali CNN sedang berusaha sedaya upaya memperburukan Malaysia? 

http://siemens-melayumaju.blogspot.com/2014/03/info-kenapa-us-tak-berminat-dalam.html

Friday 28 March 2014

MHS: VIDEO CERAMAH AGENDA PENYATUAN ISLAM TANAH MELAYU ...

MHS: VIDEO CERAMAH AGENDA PENYATUAN ISLAM TANAH MELAYU ...: MHS ingin berkongsi dengan pembaca MHS tentang sebuah video yang dirakam lewat 2013 untuk kita sama-sama hayati dan perjuangkan. Allahuakbar...

UMUR UMAT NABI SAW 1500 (+,-) TAHUN

Peringatan bagi ummat Melayu yang alpa. Kami menyampaikan pesanan bukan untuk menimbulkan ketakutan, melainkan supaya kita bersama-sama beroleh iktibar dan mendapat kesedaran bahawa dunia ini sementara. Apakah kita merasa akan hidup selama-lamanya? Lebih baik bagi kamu menghabiskan masa berdamai-damai antara satu sama lain dan berpesan-pesan pada 'amal kebajikan, daripada kamu bersibukan berampasan kuasa negara dari kepimpinan negara kamu dan mengejar habuan keduniaan sambil menggadaikan keredhaan ALLAH SWT dan Rasul SAW. Musuh kamu adalah satu dalam pelbagai, sedang masa kamu sudah semakin terhad. Demi Masa, Demi ALLAH dan RasulNYA, nasihatilah pemimpin-pemimpin kamu dengan baik dan elakkan permusuhan di kalangan kamu. - Al Faedah

Perihal Khilafat Ummah:

Dari Nukman bin Basyir, katanya, ‘Suatu ketika kami sedang duduk2 di Masjid Nabawi dan Basyir itu seorang yg tidak banyak bercakap.Datanglah Abu Saklabah lalu berkata ” Wahai Basyir bin Saad, adakah kamu hafaz hadis Rasulullah tentang para pemerintah?’

Huzaifah RA lalu segera menjawab.” Aku hafal akan khutbah Rasulullah SAW itu.” Maka duduklah Abu Saklabah Al Khusyna untuk mendengar hadis berkenaan.

Maka kata Huzaifah RA, Rasulullah SAW telah bersabda. “Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah Zaman Kenabian sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu seperti yg Dia kehendaki.

”Kemudian belakulah zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan sepertimana Zaman Kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkatnya.

Lalu berlakulah zaman raja-raja yang zalim ( malikun a’adhun/zaman kesultanan ). Berlakulah zaman itu seperti yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkatnya pula.

Kemudian berlakulah zaman penguasa diktator (mulkan jabbariyan/penguasa yang memaksakan ideologi yang bukan ideologi islam, dan hukum yang bukan dari hukum islam) dan berlakulah zaman itu seperti mana yang Allah kehendaki.

Kemudian berlakulah pula zaman kekhalifahan yang berjalan di atas cara hidup Zaman Kenabian.”

Kemudian Rasulullah SAW pun diam.

(Hadits diriwayatkan oleh Imam Ahmad bin Hanbal di dalam kitabnya Musnad Al Imam Ahmad bin Hanbal, Juzuk 4, halaman 273.Juga terdapat dalam kitab As-Silsilatus Sahihah, Jilid 1, hadis nombor 5.]

1. Zaman Kenabian (Nubuwwah) dan rahmat
2. Zaman Khulafaurrasyidin dan rahmat
3. Zaman pemerintahan raja-raja yang zalim (kerajaan-kerajaan Islam)
4. Zaman penguasa diktator pembawa fasad dan kegelapan
5. Zaman Khalifah atau Ummah kedua yang berjalan diatas cara hidup zaman kenabian yakni zaman pemerintahan Imam Mahdi dan Nabi Isa.

Zaman Nubuwwah (Kenabian) dan Zaman Khulafaurrasyidin. Zaman ini adalah zaman pemerintahan di bawah Rasulullah dan zaman pemerintahan di bawah khalifah 4 (Sayyidina Abu Bakar as Siddiq, Sayyidina Umar al Faruq, Sayyidina Utsman bin Affan, dan Sayyidina Ali). Dua zaman pertama ini mempunyai banyak kesamaan, dan dikenal juga sebagai Zaman Ummah Awwal.

Telah berkata akan Imam Malik RA:

Ù„Ű§Ù† ÙŠŰ”Ù„ÙŠÙ‡Ű§ ŰŁŰźŰ±ÙŠ Ù‡Ű°Ù‡ Ű§Ù„ŰŁÙ…Ù‡ Ű„Ù„Ű§ Ù…Ű§ ŰŁŰ”Ù„Ù‡Ű§ ŰŁÙˆÙ„Ù‡Ű§
Lan yusliha akhiri hazihi ummah illa ma aslaha awwaluha

"Tidak akan sekali-kali dipulihkan akan ummat yang akhir ini melainkan kembali kepada cara pemulihan ummat yang terdahulunya (Para Sohabah RA) [ash-Shifaa of Qaadee ‘Iyyaadh, (2/676)]

Perihal Umur Ummah:

Perihal umur umat Nabi SAW. 3 pendapat dari ulama-ulama yang terkenal dalam ajaran Ahlussunnah wal Jamaah yaitu dari:

1. Al Hafidz Ibnu Hajar al-Asqalani dari Mazhab Syafi’i
2. Jalaluddin As Suyuthi (Imam Suyuthi)
3. Imam Ibnu Rajab al Hanbali

Kita menganggap pendapat mereka bertiga sangat rasional, sehingga sebagaimana tujuan para Imam itu  menyeru kepada manusia agar senantiasa bersiap diri dan mengerjakan amal ibadah yang banyak, maka  demikian pula halnya dengan kita yang berharap agar manusia yang tertidur kembali terjaga, agar manusia  yang lalai dalam agamanya menjadi kembali kepada sunnah Rasulnya, dan agar kita mati dan menghadap  ALLAH subhanahu wa ta’ala dalam keadaan ridha dan diridhai.

(I) AL HAFIDZ IBNU HAJAR

Hadits riwayat Al Bukhari yang artinya:

Perumpamaan kaum Muslimin dan Yahudi serta Nasrani, seperti perumpamaan seorang yang mengupah satu kaum (Yahudi) untuk melakukan sebuah pekerjaan sampai malam hari, namun mereka melakukannya hanya sampai tengah hari. Lalu mereka pun berkata, “Kami tidak membutuhkan upah yang engkau janjikan pada kami, dan apa yang telah kami kerjakan, semuanya bagi-mu”.

Ia pun berkata, “Jangan kalian lakukan hal itu, sempurnakanlah sisa waktu pekerjaan kalian dan ambillah upah kalian dengan sempurna”.

Mereka (Yahudi) pun menolak dan meninggalkan orang itu. Maka orang itu mengupah beberapa orang (Nasrani) selain mereka (Yahudi), ia berkata: “Kerjakanlah sisa hari kalian dan bagi kalian upah yang telah aku janjikan untuk mereka (Yahudi)”.

Sehingga ketika tiba waktu sholat Ashar, mereka (Nasrani) berkata, “Ambillah apa yang telah kami kerjakan untukmu dan juga upah yang engkau sediakan untuk kami.” 

Orang itu berkata, “Sesungguhnya sisa waktu siang tinggal sedikit.”

Mereka (Nasrani) tetap menolak, sehingga orang itu mengupah satu kaum yang lain (Muslimin) untuk melanjutkan pekerjaan sehingga selesai sisa hari mereka (Nasrani).

Maka kaum itu (Muslimin) pun bekerja pada sisa hari mereka (Nasrani), yaitu sehingga terbenamnya matahari dan mereka pun mendapat upah yang sempurna yang dijanjikan kepada dua kelompok sebelumnya.

Seperti itulah perumpamaan mereka (Yahudi dan Nasrani) dan perumpamaan apa yang kalian (Muslimin) terima pada cahaya (hidayah) ini.

(HR Al Bukhari. Lihat Fathul-Kabir juz V hlm. 202 no: 5728)

Adapun penjelasan hadits ini menurut Al Imam Ibnu Hajar Al ‘Asqalani: “Para Ahli Naql telah sepakat bahwa masa (umur) bangsa Yahudi–sejak diutusnya Musa as–sampai diutusnya Muhammad saw adalah lebih dari 2000 tahun. Dan umur Nasrani dari jumlah itu sebanyak 600 tahun. Satu pendapat mengatakan lebih sedikit dari itu” (Fathul-Barri juz IV hlm. 449)

Ini artinya, umur Yahudi ialah 2000 tahun lebih – 600 = 1400 tahun lebih.

Menurut para ahli sejarah, “lebih” yang dimaksud adalah seratus tahun lebih sedikit, sehingga umur umat Yahudi adalah kurang lebih 1500 tahun.

Masa 600 tahun untuk umur Nasrani itu berdasarkan HR Al Bukhari dari Salman, “Masa fatrah (kekosongan) antara Nabi 'Isa AS dan Nabi Muhammad SAW adalah 600 tahun.”.

Adapun ‘tambahan’ umur untuk umat Muhammad terdapat dalam hadits berikut:

“Sesungguhnya Allah tidak akan melemahkanku, yaitu pada umatku, jika Ia mengulur (umur) mereka setengah hari, yaitu 500 tahun.”
(HR Abu Nu’aim dalam Al Hilyah. Lihat Fathul Kabir juz II hlm. 126 No: 1807)

Jadi, umur umat Muhammad saw = umur umat Yahudi – umur umat Nasrani = 1500 (lebih sedikit) – 600 = 900 tahun lebih sedikit ditambah 500 tahun = 1400 tahun lebih sedikit.

Lebih sedikit ini, menurut para ahli sejarah, sekitar 100 tahun. Maka dapat disimpulkan, umur umat Islam adalah sekitar 1500 tahun.

Maka menurut pendapat Ibnu Hajar:
Umur umat Yahudi adalah umur umat Nasrani ditambah dengan umur umat Islam.

Para ahli sejarah mengatakan bahwa Umur umat Yahudi yang dihitung dari diutusnya Nabi Musa alaihis  salam hingga diutusnya Nabi Isa alaihis salam adalah 1500 tahun.

Kemudian dengan adanya hadis:

Dari Salman Al Farisi ia bercerita bahwa “Masa-masa antara Isa dan Muhammad shallallahu ‘alaihi  wasallam adalah selama 600 tahun”. [HR. Bukhari]

Sehingga umur umat Nasrani yang dihitung dari sejak diutusnya Nabi Isa 'alaihis salam hingga  diutusnya Nabi Muhammad sollallahu ‘alaihi wasallam adalah 600 tahun.

Sehingga akan didapat:

Umur Yahudi = Umur Nasrani + Umur Islam

1500 tahun = 600 tahun + 900 tahun

Kemudian Ibnu Hajar dalam Kitabnya mengatakan adanya tambahan 500 tahun sesuai hadis marfu yaitu:

Dari Sa’ad bin Abu Waqqash, ia berkata bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam telah bersabda:  “Sesungguhnya saya berharap agar umatku tidak akan lemah di depan Tuhan mereka dengan  mengundurkan (mengulurkan) umur mereka selama setengah hari”. Kemudian Sa’ad ditanyai orang:  Berapakah lamanya setengah hari itu? Ia (Sa’ad) menjawab: “Lima ratus tahun”.

[Hadis sohih riwayat Ahmad, Abu Dawud, Al Hakim, Abu Nu’aim]

Jadi jumlah umur Islam menurut Ibnu Hajar adalah 900 + 500 tahun = 1400 tahun lebih.

Sekarang kita berada di tahun 1434 Hijriah (2013 Masehi), berarti sudah melepasi lebih dari 1400 tahun  itu. Sedangkan tambahan yang dimaksud itu mungkin adalah umur Nabi Muhammad shallallahu ‘alaihi  wasallam, karena Islam adalah agama yang dibawa oleh beliau.

Juga ditambah dengan 13 tahun karena  awal penulisan tahun Hijriah dimulai pada saat Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam hijrah ke Madinah.  Dan 13 tahun adalah ketika beliau di Makkah.

Sehingga umur Islam adalah:

1400 + 63 (umur Nabi) + 13 (tahun sebelum hijrah) = 1476 tahun

Jika dikurangi dengan masa kita hidup ini iaitu 2006 Masehi atau 1427 Hijirah, berarti 1476 – 1434 = 42  tahun.

“42 tahun adalah sisa umur umat Islam dari hari ini.”

Hanya ALLAH yang mengetahuinya. Maka sebagai manusia yang berakal dan beriman, sudah  sepantasnya kita bersiap siaga dengan memantapkan kesatuan ummah dan memperbaiki segala amal ibadah.

(II) IMAM AS SUYUTHI

Menurut Imam Suyuthi:

Umur umat Islam adalah jumlah umur dunia dikurangi dengan umur-umur Nabi/Rasul sejak Nabi Adam  alaihi salam hingga diutusnya Nabi Muhammad SAW

Perhitungan umur umat Islam menurut beliau terdiri dari 3 bahagian iaitu:

(1) Perhitungan umur dunia

(2) Perhitungan umur umat-umat yang terdahulu sejak Nabi Adam hingga diutusnya Nabi Muhammad  shallallahu ‘alaihi wa sallam

(3) Perhitungan jarak waktu sejak ditutupnya pintu taubat (yaitu sejak matahari terbit di barat) hingga  ketika Tiupan Pertama sangkakala kiamat.

Dimana kemudian akan didapat rumus bahwa:

Umur umat Islam = [1. Umur dunia] – [2. Umur umat terdahulu] – [3. Jarak waktu]

(1) Perhitungan umur dunia

Dari Abu Hurairah ia berkata bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Hari yang terbit  matahari padanya yang paling baik adalah hari jumat, pada hari itu Adam diciptakan, pada hari itu ia  dimasukkan ke dalam surga, pada hari itu pula ia dikeluarkan darinya, dan tidak akan terjadi hari kiamat  kecuali pada hari jumat.

[HR. Muslim, Tirmizi & Ahmad]

Dari hadis diatas diketahui bahwa perhitungan umur dunia dihitung sejak dikeluarkannya Nabi Adam alaihis  salam ke bumi hingga saat kiamat adalah dari hari Jumat ke hari Jumat, yaitu berlalu selama 1 minggu  akhirat (7 hari akhirat).

Sedangkan dalam Al Quran surah 32 As Sajdah ayat 5 yang berbunyi:

“DIA mengatur urusan dari langit ke bumi, kemudian (urusan) itu naik kepada-NYA dalam satu hari yang  kadarnya adalah seribu tahun menurut perhitunganmu”.

Maka dapat diketahui bahwa 1 (satu) hari disisi ALLAH itu adalah 1000 tahun dunia. Jadi umur dunia  adalah 7000 tahun.

2) Perhitungan umat yang terdahulu

Dari Ibnu Abbas, dari (cerita) Rasulullah sollallahu ‘alaihi wasallam (kepadanya), kemudian ia berkata:  “Umur Adam adalah 1000 tahun”. Kemudian ia berkata: Antara Adam dengan Nuh adalah 1000 tahun,  dan antara Nuh dengan Ibrahim adalah 1000 tahun, dan antara Ibrahim dengan Musa adalah 700 tahun,  dan antara Musa dengan Isa adalah 1500 tahun, sedangkan antara Isa dengan Nabi kita adalah 600 tahun.

[HR. Hakim]

Jadi dapat dihitung bahwa masa (umur umat terdahulu) adalah 1000 + 1000 + 700 + 1500 + 600 = 4800  tahun.

Nabi Adam adalah manusia pertama, sehingga umur dunia tidak dihitung dari tahun sebelum Adam,  melainkan dihitung sejak beliau diturunkan ke bumi.

(3) Perhitungan waktu antara terbitnya matahari dari arah barat hingga ditiupnya sangkakala kiamat

Hadis-hadis yang menerangkan tentang perhitungan waktu ini adalah:

1. Dari Abdullah bin Umar, ia berkata: “Manusia akan menetap setelah terbitnya matahari dari tempatnya  terbenam selama 120 tahun.”

(Hadits sohih mauquf riwayat Ahmad, Thabrani, Ibnu Abu Syibah dan Abdul Razzaq, Al Haitsami  mengatakan para perawinya wara' dan terpercaya)

2. Dari Abu Hurairah, ia berkata bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Jarak waktu  antara dua tiupan itu adalah empat puluh. Mereka bertanya: Wahai Abu Hurairah, apakah 40 hari? Ia  menjawab: Aku tidak dapat menyebutkan. Mereka bertanya lagi: 40 bulan? Ia menjawab (kembali): Aku  tidak dapat menyebutkan. Mereka bertanya lagi: 40 tahun? Ia (kembali) menjawab : Aku tidak dapat  menyebutkan. Kemudian ALLAH menurunkan hujan, sehingga mayat-mayat tumbuh (bangkit) seperti  tumbuhnya tanaman sayuran. Tidak ada satu bagian tubuh manusia kecuali semua telah hancur selain satu  tulang, yaitu tulang ekornya dan dari tulang itulah jasad manusia akan disusun kembali pada hari kiamat.

(HR. Bukhari, Muslim, Nasai, Abu Dawud, Ibnu Majah, Ahmad & Malik)

3. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: ALLAH mengumpulkan orang-orang yang awal dan  orang-orang yang yang terakhir pada suatu hari yang dimaklumkan yaitu selama 40 (empat puluh) tahun  dalam keadaan menengadah dan membeliakkan kedua mata mereka ke langit untuk menunggu keputusan  pengadilan dan ALLAH akan turun dalam lindungan awan-awan.

(Hadis hasan riwayat Adz Dzahabi)

4. Dalam suatu hadis sohih (dari Saad bin Abi Waqash) dikatakan bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi  wasallam telah bersabda: Hari dimana manusia akan berdiri menghadap Tuhan semesta alam adalah selama  setengah hari. (Beliau menerangkan Al Quran surah ke-83 Al Muthaffifin).

Sudah kita ketahui bahwa setengah hari akhirat adalah 500 tahun. Hal ini bersesuaian dengan hadis  Bukhari dan Muslim yang mengatakan bahwa “Kaum fakir miskin akan memasuki sorga sebelum orang- orang kaya selama setengah hari yaitu selama 500 tahun.

Perhitungan waktu menjelang al sa'ah (kiamat) adalah sebagai berikut:

1. Dihitung sejak terbit matahari dari arah Barat adalah karena setelah perkara itu terjadi maka tidak ada  lagi dosa yang diampuni, segala pintu tobat ditutup, dan tidak diterima lagi syahadat. Artinya tidak ada lagi  Islam.

2. Dan diakhiri hingga manusia berdiri di padang Mahsyar menghadap ALLAH adalah karena saat itu  manusia baru dibangkitkan dari kubur dan belum dihisab.

3. Dari hadis-hadis di depan, maka kita ketahui jarak waktu:
Matahari dari arah barat ~ tiupan pertama = 120 tahun
Tiupan pertama ~ tiupan kedua = 40 tahun
Tiupan kedua ~ kebangkitan seluruh manusia = 40 tahun
Kebangkitan ~ perhisaban (penentuan sorga dan neraka) = 500 tahun

Sehingga, dapat disimpulkan bahwa jarak waktu dari terbitnya matahari dari arah Barat hingga berdiri di  padang Mahsyar adalah 120 + 40 + 40 + 500 = 700 tahun

Kesimpulan perhitungan Imam Suyuthi:

Umur dunia = umur umat terdahulu + umur umat Islam + masa hari akhir

Telah kita ketahui bahwa:
Perhitungan umur dunia adalah 7000 tahun
Perhitungan umur umat-umat terdahulu adalah 4800 tahun
Perhitungan masa sejak ditolaknya syahadat hingga kiamat adalah 700 tahun

Sehingga dapat dihitung,

Umur umat Islam = 7000 – 4800 – 700 = 1500 tahun

Kemudian dikurangi dengan masa kenabian dan kerasulan Nabi Muhammad shallallahu ‘alaihi wa sallam,  sehingga didapat bahwa sisa umur umat Islam adalah: 1500 – 23 = 1477 tahun

Sebagaimana kita ketahui bahwa sejak diutusnya Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wasallam hingga  beliau wafat adalah 23 tahun, dimana 13 tahun beliau SAW berada di Makkah, kemudian diperintahkan  ALLAH untuk hijrah ke Madinah, disini beliau berdakwah hingga beliau wafat selama 10 tahun. Dan  penulisan taqwim Hijriah dihitung pada saat beliau Hijrah.

Imam Suyuthi menambahkan dalam kitabnya yang berjudul Al Kassaf ketika menerangkan tentang  keluarnya Imam Mahdi ‘alaihis salam berkata: “Hadis-hadis hanya menunjukkan bahwa masa-masa (umur)  umat ini (Islam) lebih dari 1000 tahun dan tambahannya sama sekali tidak lebih dari 500 tahun.

Jika umur Islam = 1477 tahun, dan sekarang kita berada di tahun 2013 Masehi atau 1434 Hijriah.

Maka sisa umur Islam adalah: 1477 – 1434 = 43 tahun.

“43 tahun adalah sisa umur umat Islam sejak masa ini.”

(III) IMAM IBNU RAJAB AL HANBALI
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam telah bersabda: Sesungguhnya masa menetap kamu dibandingkan  dengan umat-umat yang telah berlalu adalah seperti jarak waktu antara salat Ashar hingga terbenamnya  matahari.

Hadis diatas diriwayatkan dari Ibnu Umar oleh Imam Bukhari. Dan menurut penafsiran Ibnu Rajab,  “umat-umat yang telah berlalu” itu adalah umat Nabi Musa (yahudi) dan umat Nabi Isa (nasrani) karena  ada hadis sahih lain yang berbunyi seperti itu yang intinya membandingkan Islam dengan Ahli Kitab.

Beliau telah meletakkan keseluruhan masa dunia adalah seperti satu hari penuh dengan siang dan  malamnya. Beliau menjadikan waktu yang telah berlalu dari umat-umat terdahulu dari masa Nabi Adam  hingga Nabi Musa seperti waktu satu malam dari hari tersebut, dan waktu itu adalah 3000 tahun.  Kemudian beliau menjadikan masa umat-umat yahudi, nasrani dan Islam adalah seperti waktu siang dari  hari tersebut, maka berarti waktu itu juga 3000 tahun.

Kemudian beliau mentafsirkan hadis Bukhari lainnya bahwa masa-masa amaliah umat Bani Israil (umat  Nabi Musa) hingga datangnya Nabi Isa seperti setengah hari pertama, dan masa amaliah umat Isa adalah  seperti waktu salat Zuhur hingga salat Ashar, dan masa amaliah umat Islam adalah seperti sesudah salat  Ashar hingga terbenamnya matahari.

Jadi perhitungan menurut Ibnu Rajab itu sebagai berikut:

Masa umat-umat Adam hingga Musa = satu malam penuh = 3000 tahun
Masa umat-umat (yahudi – nasrani – Islam) = satu siang penuh = 3000 tahun
Umur Yahudi = setengah hari dari siang tersebut = ½ dari 3000 = 1500 tahun
Umur Nasrani = mengikuti hadis Muslim dari Salman al Farisi yaitu = 600 tahun

Maka umur umat Islam adalah 1500 – 600 = 900 tahun. Kemudian 900 tahun ini ditambahkan lagi 500  tahun (setengah hari akhirat) sebagaimana hadis dari Saad bin Abu Waqash riwayat Abu Dawud, Ahmad  (yang ada dihalaman terdahulu).

Sehingga umur Islam menurut Ibnu Rajab adalah 900 + 500 = 1400 tahun, belum termasuk tambahan  tahun. Namun beliau tidak menyebut berapa tahun tambahannya.

Perhitungan ini sama dengan method yang digunakan oleh Ibnu Hajar.

KESIMPULAN TIGA PENDAPAT
1.Umur Umat Islam menurut Al Hafidz Ibnu Hajar Al-Asqalani adalah 1476 tahun. Atau sisa 42 tahun lagi  dari sekarang (2013).

2.Umur Umat Islam menurut Jalaluddin As-Suyuthi adalah 1477 tahun. Atau sisa 43 tahun lagi dari  sekarang (2013).

3.Umur Umat Islam menurut Ibnu Rajab Al-Hanbali adalah lebih dari 1400 tahun.

http://al-faedah.blogspot.com/2013/06/umur-umat-nabi-saw-1500-tahun.html

Siemens MelayuMaju: Pembaca berita TV3 sedih Jarang sekali kita dapat...

Siemens MelayuMaju: Pembaca berita TV3 sedih Jarang sekali kita dapat...: Video ini sememangnya meruntun hati ramai orang apatah lagi ahli keluarga yang mempunyai suami, isteri, anak, ayah, ibu, keluarga dan yang...

#MH370 Hari ke-19: MAS, Boeing akan disaman RM4.5 bilion?


Ahli keluarga mangsa-mangsa penerbangan Malaysia Airlines (MAS) MH370 memfail saman RM4.95 bilion terhadap Boeing dan MAS di Amerika Syarikat.

Firma yang berpusat di Chicago; Ribbeck Law Chartered yang bertindak untuk mewakili ahli-ahli keluarga, telah mula memfail satu petisyen penemuan di mahkamah Illinois.

Monica Kelly, peguam utama dari Ribbeck Law, kata mereka adalah pakar dalam undang-undang penerbangan dan telah dihubungi oleh ahli keluarga dari China serta Indonesia.

Daripada 239 penumpang dalam kapal MH370, 154 adalah rakyat China, 49 rakyat Malaysia dan tujuh rakyat Indonesia.


Kelly berkata mereka telah bercakap dengan ahli-ahli keluarga di beberapa negara dan menjangka lebih kurang separuh daripada mereka akan mengambil bahagian dalam kes saman ini.

Selain itu, Kelly berkata mereka akan siasat sama ada pesawat Boeing 777-200ER itu ada apa-apa masalah teknikal dan fakta bangkai pesawat MH370 atau penumpang dijumpai atau tidak, tidak akan menjejaskan kes.

"Kami mempunyai kes berjaya di mana kapal terbang, mangsa mahupun kotak hitam tidak dijumpai," kata Kelly dalam sebuah sidang media tadi.

Manuel Von Ribbeck, dari Ribbeck Law, kata mereka 100 peratus yakin untuk memenangi kes ini.

Dia menjelaskan bahawa di mata undang-undang, penumpang tidak pernah bersalah terhadap apa yang berlaku dan kes ini akan tentukan sama ada mereka dibayar pampasan yang sepatutnya.

Ribbeck kata liputan untuk pampasan adalah kira-kira US$1.5 bilion, dan firma akan menuntut amaun maksimum yang perlu dibayar.

Untuk tujuan perbicaraan, firma menganggap semua penumpang telah meninggal berdasarkan pengumuman Perdana Menteri Dato Seri Najib Tun Razak.

http://blog2-barisan.blogspot.com/2014/03/belantan_26.html

Ciri-ciri Dajjal menurut Hadis Rasulullah s.a.w.

Sabda Rasulullah saw., “Ada dua nikmat yang selalu disia-siakan, iaitu nikmat sihat dan nikmat waktu lapang.” [HR Bukhari]
 

Rasulullah saw. bersabda, "Sungguh aku tahu apa yang ada bersama Dajjal, bersamanya ada dua sungai mengalir. Salah satunya secara mata kasar berupa air putih dan yang lainnya secara mata kasar berupa api yang bergejolak. Bila ada yang menjumpainya, hendaklah mendatangi sungai yang dia lihat berupa api dan hendaklah menutup mata, kemudian hendaklah menundukkan kepala lalu meminumnya kerana sesungguhnya itu adalah air dingin." (HR. Bukhari)

Rasulullah saw. bersabda, Sesungguhnya Dajjal itu adalah seorang laki-laki yang pendek, berkaki bengkok, berambut kerinting, buta sebelah matanya, di atas matanya ada kulit tebal, diantara kedua matanya tertulis KAFIR (KAF, FA, RA) yang boleh dibaca oleh setiap mukmin." (HR. Bukhari)

Rasulullah saw. bersabda, "Apabila kalian selesai dari tasyahud akhir, hendaklah memohon perlindungan kepada Allah dari empat perkara, iaitu; dari azab neraka Jahannam, dari siksa kubur, fitnah kehidupan dan kematian serta dari fitnah Dajjal." (HR. Bukhari)

Sabda Nabi saw, “ Sesiapa yang menghafal sepuluh ayat pertama surah Al-Kahfi maka dia akan selamat dari fitnah dajjal". (HR Muslim, Nasaei, Tirmizi, Abu Daud)

Wallahu a'lam.

http://lenggangkangkung-my.blogspot.com/2014/03/dajjal.html

Thursday 27 March 2014

Al fatihah untuk Datuk Ali Mamak


Al fatihah kepada pelakon veteran Datuk Ali Mamak yg telah kembali ke Rahmahtullah pd 4.30 pagi tadi di HUKM disebabkan komplikasi paru-paru .. Jenazah dibawa pulang ke Desa Sentosa Hulu Langat.. Salam takziah kpd seluruh keluarga beliau.Semoga Allah meletakkan dia bersama orang2 yang beriman.

MH370...teka teki yang satu dunia tunggu jawapan

Kalau rajin masuklah ke mana-mana perpustakaan.Selak balik sejak zaman merdeka sampai hari ini.Belum pernah suatu kejadian di Malaysia yang dapat liputan sebegini meluas di seluruh dunia berhari-hari lamanya.

Seorang wartawan veteran beritahu Agendadaily seingat dia liputan antarabangsa yang paling hangat zamannya ialah peristiwa Japanese Red Army (JRA) tawan bangunan AIA di Jalan Ampang,Kuala Lumpur pada 4 Ogos,1975.Tebusan dalam bangunan itu ialah seramai 53 orang.

Bangunan AIA menjadi sasaran kerana pejabat Kedutaan Amerika ketika itu berada di situ.

Insiden berakhir bila Jepun menghantar sebuah pesawat DC-8 Japan Airline bersama lima ahli JRA yang dibebaskan sebagai memenuhi tuntutan.Pesawat itu terbang ke Tripoli,Libya pada 8 Ogos bersama mereka serta dua pegawai Malaysia.Presiden Muamaar Ghadafi telah beri perlindungan pada JRA.


Perdana Menteri waktu itu ialah Allahyarham Tun Abdul Razak.

Semuanya berlalu dalam masa empat hari saja.

Waktu itu tidak ada CNN,Aljazerra dan pelbagai stesyen televisten serta media seperti sekarang.

Tiada siapa yang tahu istilah facebook,twitter,chat dan sebagainya waktu itu yang boleh buat satu berita itu tersebar pantas macam roket.

Peristiwa kapal terbang penumpang terhempas seburuk mana pun yang berlaku dari masa ke semasa juga  jarang menjadi 'media event' .Paling tidak liputan empat lima hari habis.

Misteri kehilangan MH370 memang lain macam.Bukan saja menjadi tumpuan media antarabangsa malah jika rajin layari internet kita boleh tengok hari-hari disiar di akhbar-akhbar kecil di daerah-daerah terpencil baik di Amerika,Russia,Australia,Eropah,Afrika dan Timur Tengah.

Yang pasti kisah sedih bagi rakyat Malaysia ini tidak terhenti menjadi tumpuan dunia setakat pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak Isnin malam bahawa penerbangan MH 370 ' berakhir' di tengah Selatan Lautan Hindi.

Tumpuan kini beralih pula pada pencariannya yang menjadi usaha gotong royong antarabangsa.

Misteri ini adalah satu misteri yang belum pernah berlaku dalam sejarah penerbangan dunia.

Seperti kata Najib jawapan pada misteri ini hanya tersimpan dalam kotak hitam MH370. Alat yang merakam segala pergerakan dalam  pesawat itu kini mungkin berada di dasar laut yang kedalamannya hingga nunh 7,000 meter.

Berbeza dengan peristwa Air France 2009 di Lautan Pasifik dan Adam Air Indonesia 2007 di Laut Sulawesi punca kejadian diketahui.Dua insiden itu berlaku dalam cuaca buruk.

Ia lebih dianggap nahas biasa dan tidak masuk kategori ' satu misteri' sekalipun pencariannya juga jenuh.

Misteri pada MH370 ialah apa yang sebenarnya berlaku sehingga pesawat Boeing 777-200 yang sepatutnya menghala ke Bejing boleh tukar haluan ke kawasan laut Selatan Lautan Hindi.

Siapa yang pandu pesawat itu ke situ?

Kalau pakar-pakar penerbangan antarabangsa sendiri bingung apa lagi kita orang tepi jalan ini.

Banyak sangat persoalan yang perlu dijawab.Teori hanya akan kekal sebagai teori selagi kotak hitam tidak ditemui.

Malah ada yang kata dunia pasti belum dapat lelap tidor selagi misteri MH370 belum terjawab.


http://siemens-melayumaju.blogspot.com/2014/03/mh370teka-teki-yang-satu-dunia-tunggu.html

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...