Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Wednesday 30 April 2014

kzso: Tun Mahathir slam Obama

kzso: Tun Mahathir slam Obama: Tun Mahathir slam Obama Disagreeing with US President Barack Obama, Dr Mahathir Mohamad said the Chinese and Indians are wealthy a...

Menteri Jepun puji kesungguhan Malaysia


PETALING JAYA: Malaysia menunjukkan kesungguhan dalam usaha mencari Penerbangan MH370 Malaysia Airlines yang hilang selama lebih 50 hari, kata Menteri Pertahanan Jepun Itsunori Onodera.

Sebagai sahabat Malaysia, Onodera berkata, hatinya tersentuh apabila memikirkan nasib penumpang dan anak kapal pesawat itu yang hilang sejak 8 Mac walaupun usaha mencari pesawat malang itu diteruskan tanpa henti oleh pelbagai negara termasuk Jepun."Bagaimanapun, masyarakat antarabangsa telah menyaksikan kesungguhan usaha yang dijalankan oleh kerajaan Malaysia bagi menangani insiden itu dan saya ingin menyatakan penghargaan terhadap usaha yang paling terpuji itu," katanya ketika berucap semasa melawat pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Subang, dekat sini Selasa.

Onodera yang berucap menggunakan khidmat penterjemah menarik perhatian bahawa apabila Jepun memberi respons kepada permintaan Malaysia supaya negaranya menyertai operasi mencari, hubungan antara kedua-dua negara menjadi bertambah kukuh.

Penerbangan MH370 bersama 239 orang dalam pesawat hilang daripada imbasan radar kira-kira sejam semasa dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing ketika berada di ruang udara Laut China Selatan pada 8 Mac.

Misi pencarian yang disertai pelbagai negara digerakkan bagi menjejaki MH370, mula-mula di Laut China Selatan dan kemudian di selatan Lautan Hindi selepas mendapat maklumat bahawa pesawat telah melencong daripada laluan asal. - Bernama


http://siemens-melayumaju.blogspot.com/2014/04/menteri-jepun-puji-kesungguhan-malaysia.html

'Bil RM17,017? Itu biasa'

Bil RM17,017? Itu biasa


Kuala Lumpur: “Bil makan tengah hari RM17,017?” Itu perkara biasa jika menikmatinya hidangan eksotik udang galah dan patin buah di Restoran Samudra Exotic River Fish di Kampung Baru di sini.


Malah, jika orang ramai yang meragui kesahihan harga makanan itu bolehlah berkunjung ke premis berkenaan untuk pengesahan, kata jurucakap Restoran Samudra Exotic River Fish."Saya tidak pasti apa tujuan individu yang menyebar gambar itu dan saya tidak mahu komen lanjut mengenai kesahihannya (resit),” katanya yang tidak mahu dikenali.

Jurucakap itu berkata, pihak restoran enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu dan beranggapan harga berkenaan adalah perkara biasa kerana membabitkan makanan yang diketahui mahal seperti patin buah dan udang galah.Sekeping resit yang memaparkan nama Restoran Samudra Exotic River Fish bertarikh 26 April 2014 itu tersebar luas di media sosial menjadi topik perbicangan hangat.

Berdasarkan gambar resit yang dihidang di meja VIP 1 itu, sebanyak 10 ikan patin buah seberat 26 kilogram berharga RM6,877 manakala 50 udang galah seberat 39 kilogram dicaj RM10,140.

Selain daripada aplikasi Whatsapp gambar berkenaan turut tersebar di laman sosial seperti Facebook (FB) dan pengguna memberi pelbagai reaksi terhadap harga makanan yang disifatkan terlalu mahal itu.

Bagaimanapun, terdapat juga pengguna FB yang tampil menjelaskan bahawa harga berkenaan adalah untuk jumlah pelanggan yang ramai dan ia adalah harga yang munasabah berdasarkan jenis makanan yang dinikmati.

"Saya cuma nak cakap, kepada mereka yang banyak memberi komen negatif silalah datang ke kedai dan lihat sendiri harga makanan," katanya.

Bagaimanapun terdapat juga pengguna FB yang tampil menjelaskan bahawa harga berkenaan adalah untuk jumlah pelanggan yang ramai dan ia adalah harga yang munasabah berdasarkan jenis makanan yang dibeli. 


Tuesday 29 April 2014

Syarikat Australia Percaya Mungkin Temui Bangkai MH370


PETALING JAYA: Sebuah syarikat penerokaan Australia mendakwa ia menemui bangkai pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 yang hilang, enam minggu selepas ia meninggalkan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) untuk ke Beijing pada 8 Mac lalu.

GeoResonance yang berpangkalan di Adelaide pada Isnin berkata, ia mula melakukan pencariannya sendiri terhadap pesawat Boeing 777 pada 10 Mac lalu dan mengesan kemungkinan bangkai pesawat itu di Teluk Bengal, kira-kira 5,000 kilometer dari lokasi carian semasa di selatan Lautan Hindi dekat Perth.

Pencarian GeoResonance itu meliputi 2,000,000 kilometer persegi zon kemungkinan berlakunya nahas, menggunakan imej yang diperolehi dari satelit dan pesawat, dengan pakar-pakar sains syarikat itu menumpukan usaha mereka di utara dari lokasi terakhir MH370 yang diketahui, menggunakan lebih 20 teknologi untuk menganalisis data yang termasuk reaktor nuklear.

Menurut jurucakap syarikat itu, David Pope, "Teknologi yang kita gunakan pada asalnya direka untuk mencari kepala peledak nuklear, kapal selam. Pasukan kami di Ukraine memutuskan kita perlu mencuba dan membantu."

Pope menambah bahawa GeoResonance telah membandingkan penemuan mereka dengan imej yang diambil pada 5 Mac lalu, tiga hari sebelum MH370 dilaporkan hilang dan mereka tidak mencari apa yang dikesan mereka di tempat itu.

"Bangkai itu tidak ada sebelum kehilangan MH370. Kita bukan cuba untuk mengatakan bahawa ia adalah pasti MH370, bagaimanapun ia merupakan petunjuk yang harus kita ikuti," kata Pope.

Sementara itu, seorang lagi jurucakap GeoResonance, Pavel Kursa menambah, beberapa elemen yang terdapat dalam pesawat komersial itu dikesan di kawasan Teluk Bengal.

"Kami mengenal pasti unsur-unsur kimia dan bahan-bahan yang membentuk satu Boeing 777... ianya adalah aluminium, titanium, tembaga, aloi keluli dan bahan-bahan lain," kata Kursa dalam satu kenyataan yang dilaporkan oleh saluran berita Australia 7News .

MH370, membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal, meninggalkan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada pukul 12.41 pagi 8 Mac lalu dan hilang dari skrin radar kira-kira sejam kemudian, ketika berada di ruang udara Laut China Selatan.

Ia sepatutnya tiba di Beijing pada pukul 6.30 pagi hari yang sama.

Satu operasi pencarian antarabangsa dilakukan bagi mencari pesawat yang hilang, dengan yang pertama di Laut China Selatan dan kemudian selepas ia dikatakan menyimpang dari laluan penerbangan, pencarian beralih ke dua koridor, meliputi koridor utara dari sempadan Kazakhstan dan Turkmenistan ke utara Thailand dan koridor selatan, dari Indonesia ke selatan Lautan Hindi.

Susulan analisis data satelit yang belum pernah belaku sebelum ini, syarikat telekomunikasi satelit Inmarsat dan Cawangan Siasatan Kemalangan Udara United Kingdom membuat kesimpulan bahawa pesawat MH370 terbang ke koridor selatan, dan kedudukan terakhirnya di tengah Lautan Hindi di barat Perth.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kemudian pada 24 Mac, 17 hari selepas kehilangan pesawat itu, mengumumkan bahawa pesawat MH370 telah "berakhir di selatan Lautan Hindi". 


http://siemens-melayumaju.blogspot.com/2014/04/syarikat-australia-percaya-mungkin.html

SILA BACA! CANTIKNYA RANCANGAN ALLAH S.W.T BUAT MALAYSIA!


Begitu cantik dan tersusun sekali perancangan Allah S.W.T buat bumi Tanah Melayu ini. Rupa-rupanya, pergolakan politik yang bermula sejak tahun 1997 dan kemuncaknya pada tahun 2008(PRU12)  sehingga (2012) PRU 13 adalah sebuah SUSUNAN ke arah Perpaduan ISLAM dan pembentukan kerjasama dalam memperkasakan PENGAMALAN HUKUM Syariah di Tanah Melayu ini. 



Secara jujurnya , inilah masa terbaik buat kepimpinan Islam di Tanah Melayu ini untuk berusaha ke arah perpaduan ummah , memperkukuh Syariah. Bukan satu individu sahaja yang merasakan 'bahang' ini, malah MHS percaya, seluruh umat Muhammad di Tanah Melayu ini 'terasa' dengan jelas cahaya perpaduan yang kembali menyinar dan ianya semakin terang sekarang. 


Lihat sahaja rentetan-rentetan perjalanan Malaysia dari 1997 sehingga 2014, Tahun-tahun itu , penuh dengan liku MHS tinggalkan untuk kita sama-sama berfikir.  Semuanya berlaku untuk persediaan ke arah sekarang dan masa hadapan.


Bagi Akidah Islam, tiada satu pun perkara yang berlaku itu, berlaku secara kebetulan. Ia berlaku tidak lain dan tidak bukan, disebabkan oleh KETENTUAN ALLAH. Lihatlah dengan mata hati, amalkan surah Al Kahfi. Allahuakbar! Allah akan menangkan sesiapa yang bertakwa kepadaNya.  



http://myhomesoil.blogspot.com/2014/04/sila-baca-cantiknya-rancangan-allah-swt.html

MH370: Adakah dakwaan wanita balik umrah benar?


KUALA LUMPUR: Adakah dakwaan seorang wanita rakyat Malaysia yang baru pulang dari menunaikan umrah pada 8 Mac lalu yang ternampak sebuah bangkai pesawat yang besar berwarna perak di perairan Laut Andaman berkait dengan dakwaan terbaru sebuah syarikat penerokaan Australia yang telah menemui bangkai pesawat MH370 Penerbangan Malaysia (MAS) yang hilang sejak 8 Mac lalu.

Dalam laporan Astro Awani pada 21 Mac lalu, wanita tersebut, Raja Dalelah Raja Latife, 53 mendakwa melihat bangkai sebuah pesawat yang sebahagiannya tenggelam dan sebahagian lagi timbul di perairan Laut Andaman ketika pesawat yang dinaikinya itu melintasi kawasan berkenaan pada pagi 8 Mac lalu.

Raja Dalelah yang ketika itu berada dalam pesawat milik Penerbangan Saudi SV2058 yang berlepas dari Jeddah pada jam 3.30 pagi waktu Arab Saudi (8.30 pagi waktu Malaysia) telah melewati kawasan bandar Chennai di India sebelum memasuki ruang udara di perairan Laut Andaman.

Dalam satu laporan berita daripada 7News Australia semalam pula, menyatakan bahawa syarikat GeoResonance yang membuat pencarian sendiri pesawat tersebut sejak 10 Mac lalu telah mengesan objek yang berkemungkinan sebuah bangkai pesawat di Teluk Bengal berdekatan dengan perairan Laut Andaman.

Menurut jurucakap GeoResonance, David Pope, pihak penyelidiknya telah mengesan elemen pada dasar lautan yang dikatakan konsisten dengan elemen pesawat.

"Teknologi yang kita gunakan pada asalnya direka untuk mencari kepala peledak nuklear, kapal selam. Pasukan kami di Ukraine memutuskan kita perlu cuba dan bantu," katanya seperti yang dipetik 7News.

Pencarian syarikat berpangkalan di Adelaide itu melibatkan kawasan seluas 2,000,000 km persegi di perairan di mana lokasi itu dikatakan terhempas, menggunakan imej dari satelit dan pesawat.

Menurutnya objek tersebut sememangnya tiada sebelum kejadian tersebut.

Berdasarkan kedua-dua dakwaan itu mungkinkah ini merupakan satu petunjuk baru dalam misi pencarian pesawat yang masih lagi gagal ditemui sehingga pada hari ini.


http://siemens-melayumaju.blogspot.com/2014/04/mh370-adakah-dakwaan-wanita-balik-umrah.html

Monday 28 April 2014

Sah! Fiza failkan permohonan cerai...


Kuala Lumpur: Khabar keretakan rumah tangga pelakon Fiza Halim dan penyanyi Adam AF akhirnya terjawab apabila kes permohonan cerai pasangan itu bakal disebut di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam pada Isnin depan.

Menurut sumber, Fiza sudah memfailkan permohonan cerainya di mahkamah berkenaan pada minggu lalu dipercayai kerana kurang persefahaman dalam perkahwinan.

Cubaan Harian Metro mendapatkan penjelasan lanjut daripada Adam dan FIza gagal berikutan kedua-duanya tidak dapat dihubungi selepas mereka dipercayai mematikan telefon bimbit masing-masing.

Harian Metro hari ini melaporkan Fiza atau nama sebenarnya Siti Zaidatul Fiza Abdul Halim, 33, memberi bayangan menerusi luahan di Instagram semalam mengenai rumah tangga mereka yang bergolak.

Sebaliknya, Adam atau Mohd Aizam Mat Saman, 31, mengaku bahawa rumah tangga mereka berada dalam keadaan baik tetapi enggan mengulas lanjut.

Adam dan Fiza bernikah pada 26 September tahun lalu selepas dua bulan berkenalan.

http://blog2-barisan.blogspot.com/2014/04/berani-membuat-pilihan_22.html

Demonstrasi bantah kunjungan Obama

Petaling Jaya - Beberapa penunjuk perasaan yang membantah kunjungan Presiden Amerika Syarikat Barack Obama ke Universiti Malaya ditahan pihak berkuasa.

Ia dibuat selepas mereka bertindak merempuh penghadang polis.

Dalam insiden yang sama, beberapa yang lain turut dikejar selepas melemparkan bahasa kesat terhadap pegawai yang mengawasi pintu masuk universiti itu.

Hujan lebat tidak menghalang mereka untuk menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap dasar White House.

Ia termasuk pelaksanaan dasar Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA).

Selain membawa kain rentang, beberapa orang yang terlibat dengan bantahan itu dilihat memakai kain sapu tangan yang mempunyai tulisan ‘Hentikan TPPA’.

Sebahagian lagi mempertikaikan peranan AS dalam misi pencarian MH370 dengan membawa mesej mengkritik Obama dengan kata-kata ‘Rest in Hell’.

Antara mereka yang hadir Jacquita Gonzale, isteri kepada ketua pramugara, Patrick Gomes, yang bertugas dalam pesawat berkenaan.

Selain Universiti Malaya, kawasan di sekitar Kedutaan AS turut menjadi sasaran penunjuk perasaan.

Sebelum ini, bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini, pihak berkuasa mengenakan kawalan ketat di lokasi yang dilawati Obama, lapor The Rakyat Post.


http://siemens-melayumaju.blogspot.com/2014/04/demonstrasi-bantah-kunjungan-obama.html

Sidang Akhbar Bersama Obama : Najib Sukar Sebut ‘PROLIFERATION’


Detik serius bertukar ceria di sidang media Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Presiden Amerika Syarikat (AS) Barack Obama siang tadi.

Najib sedikit sukar untuk mengungkap perkataan Inggeris “proliferation”.

Beliau berusaha untuk menyebut perkataan itu sebanyak tiga kali tetapi gagal menyebut dengan lancar, lalu Obama pantas membantu “Ia (perkataan) yang susah. Saya selalu tersilap,” akuinya.

Kedua-dua pemimpin kemudiannya tergelak bersama dengan Najib berjanji untuk berusaha untuk membetulkan sebutannya.

Najib kemudian menggantikan perkataan itu dengan “spread”.

Ia berlaku semasa beliau memberi penerangan tentang rancangan keselamatan global dan penyebaran senjata pemusnah besar-besaran kedua-dua negara.

Sebelum itu, Najib meyambut Obama dengan berkata “Selamat datang, sahabat saya”, sambil berkata Obama adalah antara beberapa pemimpin dunia yang memahami perkataan itu (kerana beliau dibesarkan di Indonesia).

Semasa ucapannya, Najib bercakap tentang bagaimana Malaysia telah berkembang pesat sejak lawatan terakhir presiden negara itu, iaitu Lyndon B. Johnson, pada tahun 1966. – Astroawani.com 


http://siemens-melayumaju.blogspot.com/2014/04/sidang-akhbar-bersama-obama-najib-sukar.html

[THE BEAST] Kereta rasmi Obama tercanggih di dunia


Lebih dikenali sebagai "The Beast", Presiden Amerika Syarikat Barack Obama menaiki kenderaan rasminya sepanjang lawatan ke Malaysia iaitu Cadillac One.

Buatan General Motors keluaran 2009, kenderaan itu mempunyai spesifikasi sangat khusus untuk keselamatan presiden itu, juga mempunyai ciri-ciri seolah-olah sebuah kereta kebal.

Sepanjang lima meter dan berat lapan tan, "The Beast" dilengkapi pintu kalis peluru setebal 20 cm. Badannya cukup kukuh diperbuat daripada besi keluli, titanium dan seramik.



Tayarnya juga kalis bocor dan kerangka kalis letupan melindunginya daripada sebarang bom jalanan. Malah tangki minyak juga diperbuat daripada bahan kalis letupan.

Selain itu, The Beast turut dilengkapi senapang "shot-gun" dan kamera penglihatan malam.

Ia juga memiliki persediaan oksigen sendiri dan bekalan darah yang sama jenis dengan presiden sekiranya berlaku sebarang kecemasan.

Kenderaan itu boleh memuatkan maksimum 7 orang, termasuk presiden.

The Beast, kereta rasmi Obama disifatkan sebagai kenderaan perlindungan yang paling canggih di dunia.Namun spesifikasi secara mendalam dirahsiakan bagi melindungi keselamatan penumpang didalamnya.

http://celahgelegar.blogspot.com/2014/04/the-beast-kereta-rasmi-obama-tercanggih.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+celahgelegarblogspotcom+%28CELAH+GELEGAR%29

ALFATIHAH! PELAKON SIDEK HUSSIEN MENINGGAL DUNIA!!

KUALA LUMPUR 28 April. - Pelakon Sidek Hussein, 63, meninggal dunia tengah malam tadi di Hospital Kuala Lumpur, setelah menderita akibat barah leher.


Arwah telah dimasukkan ke hospital itu pada 30 Mac lepas dan doktor kemudiannya mengesahkan yang ketumbuhan pada pipi yang dihidapi olehnya sejak hampir 30 tahun lalu adalah sejenis kanser.

Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Kuang, Batu 17, Lorong Beringin, Sungai Buloh, Selangor sebelum Zuhur hari ini.

Allahyarham adalah pelakon veteran sejak era televisyen hitam putih dan memulakan kerjaya di Radio Televisyen Malaysia (RTM) sekitar tahun 1970-an. - UTUSAN ONLINE


-Al fatihah - 

http://myhomesoil.blogspot.com/2014/04/alfatihah-pelakon-sidek-hussien.html

Misteri MH370 : Bunga-Bunga Larangan

Sebelum ini, sudah saya jelaskan bahawa golongan yang menganggap kehilangan pesawat MH370 adalah suatu misteri - cenderung menjadikan kisah "Eksperimen Philadelphia" sebagai asas yang menyokong kiasan mereka, bahawa MH370 juga mungkin mengalami nasib yang sama dengan eksperimen tersebut. Ia bukanlah sesuatu yang mustahil - bahkan sejarah turut membuktikan, terdapat begitu banyak eksperimen misteri dan rahsia yang telah dilakukan oleh AS dengan kerjasama Israel. Semua adalah disebabkan dorongan nafsu untuk menguasai dan merajai inovasi dunia. Beberapa tahun selepas Projek Rainbow yang menghasilkan "Eksperimen Philadelphia" ditutup - sekali lagi, "mereka" yang mempunyai wang dan saintis yang sanggup dibayar dengan harga yang tinggi, telah membuka fail baharu yang dikenali sebagai "Projek Phoenix". 

Lockheed A-12
Sekitar tahun 1947, mereka telah membuat keputusan untuk membuat kajian sambungan terhadap kisah eksperimen Philadelphia. Kali ini, kajian tersebut telah dipindahkan ke Brookhaven National Laboratories bersama Dr. John Neumann dan orang-orangnya. Hasil daripada kajian dalam  Projek Phoenix ini ialah penemuan kepada Stealth Technology (teknologi halimunan) yang bertujuan mengurangkan kesan rada ke atas kapal perang dan pesawat tempur AS. Pada tahun 1957 dan 1958, sepuluh tahun selepas projek tersebut dijalankan, satu percubaan telah dilakukan ke atas kapal pengintip AS, Lockheed U-2 yang dilengkapi dan direka khas dengan teknologi Stealth bagi mengelakkan ia dikesan oleh rada Kesatuan Soviet - namun percubaan tersebut masih gagal, malah pada Mei 1960 sebuah pesawat tersebut telah ditembak jatuh oleh tentera Soviet.  

Lockheed SR-71 Blackbird
Namun demikian, ia tidak pernah berhenti di situ, kerana sains sering memberi kita penemuan yang mengagumkan. Sekali lagi mereka melakukan ujikaji melalui Projek Phoenix II bermula pada tahun 1959. Setahun kemudian, mereka berjaya menghasilkan pesawat peninjau Lockheed A-12 yang lebih canggih daripada U-2. Empat tahun kemudian, AS telah pun berjaya mencapai kemajuan dalam teknologi stealth dengan terbinanya Lockheed SR-71 Blackbird, sebuah pesawat peninjau tercanggih dengan kuasa supersonik dan mampu mencapai ketinggian 85,000 kaki. SR-71 telah banyak dilakukan ubahsuai dengan kemunculan beberapa versi yang lebih maju. SR-71 digunakan oleh CIA dan tentera AS dalam banyak siri peperangan dan operasi pengintipan. Ia bukan hanya tidak dapat dikesan oleh rada dan sonar, bahkan kelajuannya juga sangat mengagumkan. Penerbangan terakhir yang direkod bagi pesawat SR-71 adalah pada tahun 1999 sebelum munculnya pesawat pengebom halimunan paling popular Tentera Udara AS yang dikenali sebagai B-2 Spirit, sebuah pesawat yang kalis rada, kepantasannya yang luar biasa, pergerakannya yang sangat senyap, mampu membawa bom nuklear, boleh berada pada paras yang sangat tinggi serta mampu bertahan berjam-jam di udara.  

B-2 Spirit
Pada bulan Oktober 2005, Noshir Gowadia, seorang jurutera reka bentuk yang bekerja pada sistem pendorongan B-2, telah ditangkap kerana menjual maklumat B-2  ke negara-negara asing. Pada 9 Ogos 2010, Gowadia didapati bersalah dan dijatuhkan hukuman 32 tahun penjara. Sejak itu, teknologi halimunan ini sangat dikehendaki oleh pasaran gelap. Kos bagi membina sebuah pesawat B-2 mencecah lebih daripada 2 billion. B-2  ditambahbaik dari setahun ke setahun, walaupun mendapat bantahan daripada pelbagai pihak kerana faktor kosnya - namun demikian seperti yang saya nyatakan di atas, sains seringkali menjadikan manusia sentiasa teruja dan bernafsu besar. Dan akhirnya, pada tahun 2012, Pentagon membuat satu penilaian bagi membangunkan B-2 versi generasi baharu tanpa pemandu. Dikhabarkan AS sedangkan membangunkan secara agresif pesawat peninjau termaju dalam versi baharu B-2 yang dikenali sebagai "Aurora" yang mempunyai kelajuan hipersonik - namun seperti biasa ia segera dinafikan oleh AS. 
Pesawat Halimunan Aurora
Kisah projek pesawat halimunan Aurora berteknologi tinggi sudah lama diperdebatkan. Ia adalah nama yang muncul dalam dokumen perolehan di dalam bajet tahunan AS 1985 yang dianggarkan menerima 80 juta pada tahun tersebut dan meningkat berkali ganda menjadi 2.2 billion pada tahun berikutnya. Bajet itu ditulis dengan sangat ringkas - hanya dengan perkataan "Aurora" dan sebaris dengan peruntukan untuk pesawat peninjau TR-1. Maka ramai yang mempercayai bahawa ia merupakan satu projek khas bagi menggantikan pesawat SR-71. Namun demikian, ia segera dinafikan oleh pihak Tentera Udara AS dengan mengatakan bahawa belanjawan tersebut hanyalah semata-mata untuk pesawat B-2 Spirit. Walau bagaimana pun, pandangan umum lebih menyakini bahawa, "Aurora" adalah projek khas Tentera Udara AS bagi membina sebuah pesawat generasi baharu paling moden untuk pelbagai kegunaan. Hal ini berpunca apabila dalam bajet tahun 1987 tidak lagi tertera perkataan "Aurora" - perkataan tersebut telah dipadamkan. Namun demikian, menurut sumber terdekat projek "Aurora" tetap diteruskan dengan peruntukan kewangan daripada sumber yang tidak dikenali. Hal ini terdedah apabila didapati Tentera Udara AS mampu membiayai dan membina pesawat-pesawat canggihnya yang lain dengan peruntukan bajet yang sebenarnya tidak mencukupi.

Ramai yang beranggapan bahawa - pembiayaan bagi projek-projek khas di bawah CIA dan Tentera Udara AS kesemuanya telah dibiayai daripada sumber akuan luar yang sangat kabur dan sukar dikenalpasti. "Mereka" ini sangat bijak dalam penyamaran dan memanipulasi transaksi kewangan serta perakuanan sehingga tidak dapat dihidu oleh pihak perbendaharaan AS. Hakikatnya, kerajaan AS secara dasarnya tidak memiliki wang yang banyak untuk membina dan menyelenggara projek-projek khas atau "aktiviti terpilih" yang menelan belanja berbilion dolar itu - duit cukai daripada rakyat AS tidak mampu menampung kos penyelidikan dan operasinya - apatah lagi jika mengharapkan bajet tahunan yang diberikan kepada tentera udaranya - jauh lebih kurang daripada mencukupi. Lantaran itu, dari manakah Tentera Udara dan Laut AS menerima dana yang begitu banyak bagi menjayakan projek-projek khas mereka? Beberapa saintis yang pernah terlibat dengan projek-projek khas Tentera Laut AS telah mendakwa - kebanyakan projek khas ini dibiayai oleh individu yang sangat kaya dan berpengaruh, identitinya tidak diketahui - wang disalurkan melalui syarikat atau organisasi bagi mengaburi mata pelbagai pihak, dan mereka menggelarkannya sebagai "bajet hitam".

Hal ini tidak mustahil, jika kita melihat AS sudah begitu banyak mengalami kerugian akibat peperangan - tetapi negara tersebut masih boleh maju dan tidak terbantut daripada menyediakan peruntukan kepada ketenteraannya setiap tahun - baik dari aspek penyelidikan, mahupun operasinya.Cukai dan duit rakyat tidak digunakan secara langsung untuk melaksanakan projek-projek khas tentera AS, barangkali mungkin sebab itu rakyat AS tidak berapa sensitif dalam isu ini. Oleh kerana projek-projek khas tentera laut dan udara dibiayai oleh individu/organisasi tertentu - maka secara tidak langsung "mereka" lah yang sebenarnya pemilik kepada Angkatan Tentera Udara dan Laut AS atau dengan kata lain - "industri"lah yang mempunyai kawalan dan kuasa menyeluruh terhadap dua sayap penting angkatan tentera AS tersebut.
Ruang Based Inframerah Sistem Geosegerak (SBIRS) Satelit tentera AS di orbit.
Sejauh ini - kita telah melihat minat "mereka" sangat konsisten terhadap ilmu. inovasi dan sains angkasa. Sejak tahun 30-an mereka telah melaksanakan pelbagai projek rahsia, yang kadangkala diluar imaginasi kita semua. Apakah dengan segala teknologi dan kecanggihan ilmu yang dimiliki oleh AS dalam industri berkaitan teknologi satelit dan pesawat memungkin mereka "membisu" berhubung kehilangan MH370? Sehingga kini, syarikat yang membina pesawat MH370, iaitu Boieng, tidak memberi apa-apa komen yang memberangsangkan atau sekurang-kurangnya memberi pencerahan terhadap apakah yang sebenarnya yang telah "melarikan" pesawat tersebut ke tengah Lautan Hindi. Apakah salah jika kita membuat sangkaan buruk bahawa kemungkin besar MH370 terlibat dalam eksperimen khas yang sedang dilakukan oleh Tentera Udara AS-Israel dengan sokongan Boeing bagi menguji "senjata halimunan" bagi meninjau sejauh mana benteng ketahanan dan kekuatan ketenteraan China?
Tun Dr. Mahathir dalam blognya - secara terang-terang menyalahkan Boeing. Syarikat yang menurut beliau perlu menjawab dan bertanggungjawab ke atas kehilangan MH370. Tun Mahathir bersuara dengan lantang dalam hal ini dengan berkata,  

W. James McNerney, Jr.- CEO Boeing
"Mengapakah Boeing membina pesawat yang begitu lemah dan mudah dilumpuhkan? Dalam keadaan yang sepatutnya, kru pesawat termasuk juruterbang, pembantu juruterbang boleh berhubung dengan KLIA.Walaupun ada kemungkinan juruterbang tidak mahu menghubungi KLIA, tetapi pembantu juruterbang sudah tentu sekali ada keazaman untuk memaklumkan stesyen operasi di darat sekiranya pesawat tidak terbang mengikuti jalan udara yang sepatutnya. Jika sekiranya penumpang tidak perasan apa-apa yang di luar kebiasaan sekali pun, sudah tentu kru kabin, dan pembantu juruterbang dapat mengesannya. Mereka semua amat terlatih untuk berhadapan dengan kes-kes kecemasan, jika tidak serta merta sekalipun.. setidak-tidaknya kemudian.

"Tetapi apa yang berlaku, nampaknya tiada sesiapa pun di dalam kabin yang mencuba (maklumkan keanehan/keganjilan yang berlaku). Andainya juruterbang yang dengan sengaja mematikan system keselamatan, sudah tentu ia memerlukan sedikit masa dan usaha. Pembantu juruterbang pula sudah pasti perasan kelakuan aneh juruterbang dan setidak-tidaknya berbuat sesuatu untuk menghalang. Adakah pembantu juruterbang telah turut 'dilumpuhkan' (oleh siapa?), Adakah kesemua kru pesawat juga telah 'dilumpuhkan' (oleh siapa juga) Kesemua pesawat penumpang sepatutnya boleh dikesan, walaupun menggunakan teknologi biasa seperti telefon bimbit. Saya boleh lakukannya melalui telefon. Jika ia mendarat, saya boleh lihat status pendaratannya. Saya juga boleh memperoleh maklumat mengenai mana-mana pesawat di mana jua – siapa pembuatnya, model apa, kepunyaan siapa.. ke mana dan dari mana ia terbang dan destinasinya."

Menurut Tun Mahathir lagi, Peralatan kamera canggih yang terpasang pada satelit-risikan (di angkasa) yang dikendali oleh beberapa buah kuasa besar dunia sebenarnya mampu mengambil gambar manusia (di atas muka bumi) dan sekaligus mengenalpasti identiti manusia terbabit. Sudah semestinya kamera seperti ini lebih daripada mampu untuk mengesan objek sebesar 63 meter (pesawat Boeing).

Tun Mahathir menyambung dengan berkata,  " Kali ini, pesawat MH370 telah hilang secara mutlak. Saya jangkakan di dalam telefon bimbit semua orang, ia juga telah hilang. Peralatan keselamatan di atas pesawat telah dimatikan. Malah, sistem keselamatan lapisan kedua dan ketiga (back-up) juga telah dilumpuhkan. Pesawat MH370 ini dibina oleh Boeing. Oleh itu, Boeing patut menjelaskan bagaimanakah segala sistem keselamatan dan pengesan pesawat canggih ini boleh dimatikan, dalam erti kata lain.. gagal. Ini menjurus kepada rumusan samada teknologi Boeing sangat teruk, atau ia tidak selamat. Saya tidak akan terbang menaiki pesawat Boeing , sekiranya Boeing tidak mampu menjelaskan isu terbabit.

"Sistem penerbangan kawalan jauh (drone) sekarang amat maju dan berkuasa. Apakah benar Boeing telah memasang sistem kawalan jauh ke atas pesawatnya bagi mengelak aktiviti rampasan dan keganasan? Jika benar.. maka kenapa ia tidak dikawal bagi membolehkan MH370 mendarat dengan selamat? Adakah tidak mustahil bagi pihak ke-tiga (selain Boeing dan MAS) mengambilalih kapal terbang dan mengawalnya dari jauh? Apabila pesawat terhempas.. biarpun di atas tanah, mahupun di laut.. sudah pati ada bangkai pesawat ataupun tompokan minya. Sehingga tarikh ini, tiada satu pun yang menjadi bukti terhempasnya pesawat. Persoalannya, bolehkah pesawat terhempas/tenggelam dengan begitu sempurna sehinga tiada kesan apa sekali pun? Bolehkah kita percaya pesawat ini (MH370) jatuh dengan begitu tenang sekali di dalam lautan ganas (Laut Hindi) dan tenggelam dengan begitu mudah ke dalam lautan? (tanpa meninggalkan sebarang petunjuk) 

Dan akhir sekali, Tun Mahathir secara terbuka menyalah syarikat Boeing yang sebenar tahu apakah yang berlaku ke atas MH370, kata beliau,  "Boeing perlu menjawab kesemua persoalan ini. Boeing mesti membuktikan kesemua kemungkinan mengapa sistem komunikasi boleh dimatikan. Boeing patut menanggung tanggungjawab kerana membina sebuah pesawat yang boleh tiba-tiba hilang begitu sahaja secara total di tengah-tengah udara. MAS tidak bersalah. MAS terlah menerbangkan pesawat untuk menjalankan tugas. Tetapi pesawat Boeing tersebut telah bekelakuan luar dari kebiasaan. Siapa yang harus bertanggungjawab? Sudah tentu bukan MAS, tapi pastinya pembuat kapal terbang tersebut.. iaitu Boeing Aircraft Corporation

Maka, tidak mustahil - "mereka" yang selama ini telah menyalur dana kepada Boeing bagi membiayai projek khas telah menggunakan Tentera Udara AS sebagai kambing hitam bagi menguji hasil projek misteri ini. Seperti yang saya dedahkan sebelum ini, bahawa - CIA tidak bukan perancangnya, Obama juga tidak tahu - tetapi ia adalah permainan dalam kalangan "industri" dan pemilik modal yang sedang menunggu hasil pelaburannya.

http://blog2-barisan.blogspot.com/2014/04/azli-shukri_27.html

Sunday 27 April 2014

Kubur bercahaya, Mufti Perak beri respon


Ipoh: "Kalau betul kubur berkenaan bercahaya, ia membawa tanda yang cukup baik kepada jenazah berkenaan, namun setiap penyebaran berita itu mestilah dilakukan dengan bukti yang sahih," kata Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria.

Harussani berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai penyebaran berita dan gambar liang lahad wanita berusia 35 tahun dari Bukit Gantang, Taiping, dekat sini yang dikatakan bercahaya ketika arwah mahu dikebumikan Ahad lalu.

Penyebaran gambar serta maklumat kejadian itu tersebar di media sosial dengan memberitahu jenazah berkenaan ketika hidupnya adalah seorang yang kuat berzikir.

Menurut Harussani, kemungkinan besar sekiranya perkara sedemikian terjadi kepada kubur mangsa, ia membawa petanda baik kepada jenazah berkenaan.

Katanya, kejadian kubur bercahaya seperti itu tidak pernah tertulis dalam al-Quran mahupun hadis dan disebabkan itu penyebaran kejadian seperti itu mestilah dengan bukti sahih.

"Dulu-dulu pernah ada kes seperti ini, namun ia tidak pernah tertulis di dalam al-Quran mahu pun hadis. Kalau penyebaran perkara membawa kebaikan kepada jenazah tidak apa kerana dalam Islam, kita tidak dibenarkan memburukkan jenazah," katanya. ketika dihubungi Harian Metro.

Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) Datuk Mohd Yusop Husin ketika dihubungi berkata, pihaknya setakat ini tidak menerima sebarang laporan mengenai kejadian itu.

http://blog2-barisan.blogspot.com/2014/04/berani-membuat-pilihan_25.html

Kisah Benar: Gambar Kubur Haslinatul Adlin Bercahaya

Gambar Kubur Haslinatul Adlin BercahayaKisah Benar: Gambar Kubur Haslinatul Adlin Bercahaya
Kisah kubur bercahaya di Perak. Subhanallah!!! Kubur seorang ibu tunggal Haslinatul Adlin Binti Abdullah Halimi bercahaya. Satu kisah yang menjadi “viral” di facebook dimana beberapa keping gambar yang dikongsi kelihatan kubur arwah Haslinatul Adlin bercahaya. Ini adalah kisah benar yang berlaku kepada Allahyarhamah Haslinatul Adlin dari Ipoh, Perak yang meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur pada 20.4.2014 jam 8.52 pagi. Kejadian dikatakan telah berlaku di Tanah Perkuburan Batu 8, Changkat Jering, Taiping. Jenazah wanita bernama Haslinatul Adzlin itu berasal dari Taman Seri Dermawan, Ipoh Perak.

Gambar Kubur BercahayaAllahyarhamah merupakan seorang ibu tunggal dua orang anak dan meninggal dunia akibat sakit kanser payudara. Kanser payudara yang dihidapinya berada pada tahap yang teruk sehinggakan merebak ke sum sum tulang serta hatinya.
Gambar Wajah Haslinatul AdlinAllahyarhamah meninggalkan dua orang anak Aina Sofiya dan Amsyar Zarif yang masih kecil. 
Kisah Benar Kubur BercahayaSepanjang hayatnya, arwah sangat tabah menghadapi segala dugaan yang dihadapi dan sewaktu sakaratul maut, beliau berzikir LAAILLAH HAILLALLAH selama hampir 4 jam tanpa henti sebelum subuh sehinggalah ke akhir nafasnya yang berhenti secara perlahan-lahan.
http://www.blogammar.com/kisah-benar-gambar-kubur-haslinatul-adlin-bercahaya/

Ucapan 'Rest in Peace' jejas akidah - JAKIM


KUALA LUMPUR, 25 April (Bernama) -- Individu beragama Islam amat tidak digalakkan untuk mengucapkan "Rest in Peace" kepada seorang yang bukan Islam apabila berlaku kematian.

Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Datuk Othman Mustapha berkata ucapan tersebut mempunyai implikasi dari sudut akidah sekiranya tidak difahami secara jelas kerana ia merupakan amalan keagamaan orang bukan Islam yang sepatutnya tidak diikuti oleh orang Islam.

"Dalam konteks ucapan Rest in Peace, ia adalah bentuk ucapan doa yang biasa diucapkan dalam agama Kristian terutama dalam mazhab Katolik sejak abad ke-18. Ia juga biasanya diukir di batu nisan mereka yang telah meninggal dunia dalam kalangan masyarakat Kristian.

"Versi penuh ucapan tersebut yang berasal daripada bahasa Latin adalah 'May his soul and the souls of all the departed faithful by God's mercy rest in peace'. Ia juga mengandaikan orang bukan Islam tersebut akan mendapat rahmat daripada Tuhan sebagaimana doa asal yang disebut dalam bahasa Latin," katanya dalam satu kenyataan di sini Jumaat.

Beliau berkata demikian bagi menjelaskan Fatwa Malaysia dalam laman Facebooknya 17 April lalu berkenaan isu ucapan tersebut yang menimbulkan rasa tidak puas hati sesetengah pihak.

Othman berkata penjelasan Fatwa Malaysia dalam laman sosial itu merupakan penjelasan hukum dan nasihat yang diberikan oleh Felo Fatwa berdasarkan kemusykilan dan persoalan yang dikemukakan masyarakat umum, dan ia bukan fatwa yang dikeluarkan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan.

Katanya, Islam melarang umatnya mendoakan untuk keampunan bagi orang bukan Islam seperti yang dijelaskan dalam al-Quran, Surah Taubah, ayat 113 dan dinyatakan juga oleh Imam an-Nawawi dalam Kitab al-Majmu.

Bagaimanapun, dalam masyarakat berbilang kaum dan agama seperti Malaysia, Islam tidak melarang umatnya mengucapkan rasa simpati terhadap keluarga orang bukan Islam yng meninggal dunia dengan ucapan yang tidak memberi implikasi keagamaan seperti 'saya bersimpati dengan apa yang berlaku kepada anda', katanya.

"Panduan hukum yang diberikan mengenai 'Rest in Peace' ini bukan merupakan fatwa, tetapi ia perlu dijadikan panduan oleh umat Islam kerana panduan ini berdasarkan nas-nas yang jelas selaras dengan hukum syarak," katanya.

Othman juga menasihatkan semua pihak agar tidak mempolemikkan isu itu kerana pandangan hukum yang dikeluarkan adalah sebagai panduan dan nasihat khusus kepada umat Islam dan sama sekali tiada kaitan dengan unsur-unsur penghinaan atau menidakkan hak kehormatan dan kemanusiaan mana-mana pihak atau individu.

-- BERNAMA--

http://blog2-barisan.blogspot.com/2014/04/berani-membuat-pilihan_25.html

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...