Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Monday, 17 March 2014

Apa rahsia disebalik simulator juruterbang MH370 ?

Ramai orang yang bercakap mengenai simulator penerbangan yang terdapat di rumah juruterbang MH370,Kepten Zaharie Ahmad Shah di Shah Alam.

Malah ada yang bertanya kenapa juruterbang itu yang diketahui sangat berpengalaman perlu belajar lagi mengunakan simulator.

Dalam sidang akhbar baru ini ada yang bertanya mengenainya apakah ramai juruterbang MAS ada simulator di rumah dan CEO MAS ,Ahmad Jauhari Yahaya menjelaskan ada juga dan ia mungkin satu hobi mereka.

Rahsia di sebalik simulator di rumah Kepten Zaharie itu mungkin terungkai tidak lama lagi.

Satu kenyataan Kementerian Pengangkutan Ahad memberitahu para pakar kini sedang memeriksa simulatior berkenaan.

Ia adalah hasil siasatan polis ke rumahnya dan pembantu juruterbang Fariq Abdul Hamid sabtu.

Apapun kementerian itu meminta orangramai tidak membuat sebarang kesimpulan terhadap siasatan yang dijalankan.
mas-stimulatorxx
Sewaktu polis ke rumah Zaharie dan Fariq mereka juga telah menemubual anggota keluarga masing-masing.
Sebagai prosedur biasa polis juga siasat semua anak kapal dan penumpang serta para jurutera yang mungkin ada berhubung dengan pesawat sebelum ia berlepas.

Sementara itu dalam sidang akhbar harian mengenai MH370 di KLIA petang Ahad,Ketua Polis Negara,Tan Sri Khalid Abu Bakar menjelaskan para pegawai polis yang pergi menyiasat ke rumah Zaharie bawa balik simulator itu ke pejabat untuk diperiksa oleh pakar.

Katanya selain itu mereka juga membawa balik beberapa barangan yang boleh membantu siasatan.

Zaharie yang berasal dari Pulau Pinang dikatakan seorang yang sangat berminat dalam bidang penerbangan.

Kisahnya dengan simulator itu ada dimuat dalam laman facebooknya.

Kenyataan Kementerian Pengangkutan itu juga memberitahu kerajaan kini sedang berhubung dengan 15 negara yang terletak di Koridor Utara dan Selatan dimana MH370 dipercayai diterbangkan.

Negara-negara itu ialah Kazakhstan, Uzbekistan, Kyrgyzstan, Turkmenistan, Pakistan, Bangladesh, India, China, Myanmar, Laos, Vietnam, Thailand, Indonesia, Australia dan Peranchis.

Katanya kedua-dua koridor dianggap sama penting.

Malaysia sedang berbincang dengan negara-negara berkenaan berbagaimana hendak agih aset dan sebagainya di dua koridor itu dalam operasi pencarian.

Pencarian  MH370 melibatkan kawasan seluas 8,000 kilomiter.

Operasi ini tetap diketuai oleh Malaysia. 


http://siemens-melayumaju.blogspot.com/2014/03/apa-rahsia-disebalik-simulator.html

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...