Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Showing posts with label al quran. Show all posts
Showing posts with label al quran. Show all posts

Thursday, 29 December 2022

Peristiwa Tragedi Tsunami Di Aceh Telah Mengubah Hidup Saya

Arkib : 16 Mac 2020. 


Saya telah melihat malaikat. Tsunami telah mengubah hidup saya.

(Cerita asal oleh Claudia Aziza dalam bahasa Inggeris)

Ini adalah kisah Muhammad Cheng. Dia menganut Islam pada tahun 2005 selepas peristiwa dahsyat Tsunami yang melanda di bandar kelahirannya Aceh, Indonesia.

Saya adalah seorang berbangsa Cina tulin. Keluarga saya telah tinggal di Aceh selama tiga generasi. Kami ada pedagang. Datuk nenek saya datang ke negara yang mengamalkan Islam ini untuk berniaga. Mereka tinggal di sini kerana mereka dapati persekitarannya sesuai. Pentadbirnya adil, rakyatnya mudah berkawan dan tidak menggangu kehidupan keluarga kami.

Keluarga saya masih mengamalkan budaya asal Cina yang menyembah nenek moyang. Saya juga membuat perkara yang sama. Sebelum saya membuka kedai, saya biasanya membuat penyembahan di kotak ibadat untuk nenek moyang. Dalam sehari saya berulang kali membakar colok untuk mereka.

Kedai saya sangat hampir dengan Masjid Agung, Aceh. Saya boleh mendengar laungan memanggil sembahyang setiap hari tapi tidak pernah timbul dalam ingatan saya untuk memeluk Islam. Tidak pernah, sehinggalah pada pagi hari yang teruk itu.

Saya baru sahaja mula membuka kedai saya pada tanggal 26 Disember 2004. Ia ada sebagaimana pagi yang biasa pada saya. Cuaca yang baik dan tiada yang luar biasa. Sekurang-kurangnya ia kelihatan begitu.

Tapi ada sesuatu yang ganjil. Burung-burung tidak berkicau dan tidak ada kucing yang biasanya menanti di hadapan pintu kedai saya untuk mendapat sisa makanan semalam. Namun saya tidak memberi perhatian sangat kepada keganjilan ini.

Bagaimana pun tiba-tiba terasa gegaran yang kuat dan bunyi yang nyaring. Saya berlari keluar kedai. "Ini sudah pasti gempa bumi".. saya bercakap sendirian. Orang lain juga keluar dari kedai mereka tapi selepas beberapa minit kami semua masuk semula ke dalam kedai masing-masing.

Namun begitu tidak lama kemudian ramai orang berlari-lari sambil menjerit-jerit, "Air, air laut telah datanggg.. air!" Saya kebingungan. Walau pun saya faham perkataan mereka, saya tidak dapat menangkap maksudnya. Saya meluru keluar kedai. Keadaan orang ramai seperti kena histeria berlari menuju ke Masjid Agung. Mereka menjerit dan melolong.

Kemudian saya melihat air mula mengalir ke kawasan itu. Saya berlari untuk membakar colok untuk mendapat pertolongan dari nenek moyang saya. Banyak air telah melimpahi jalan raya dan menerjah ke arah masjid.

Saya menjadi cemas dan takut. Saya berlari ke tingkat atas kedai. Saya melihat limpahan tsunami dari anjung kecil kedai saya. Air telah melimpah dengan banyak. Ianya sangat sukar untuk dipercayai.

Kemudian saya melihat sesuatu yang sangat anih. Kelihatan beberapa orang yang perawakan tinggi berpakaian serba putih. Mereka membuat pergerakan seperti seorang polis mengawal lalu lintas. Mereka berdiri di beberapa tempat di hadapan Masjid Agung. Air mengalir laju tetapi mengikut arah tunjuk mereka. Aliran air menjadi berpecah beberapa meter di hadapan Masjid Agung ke arah kiri dan kanan masjid.

Bagaimana pun air telah melimpah dengan banyak. Tekanan yang hebat dari arah laut menolak air memasuki bandar dan menuju ke arah masjid. Orang-orang yang berpakaian serba putih itu tidak berganjak sebagaimana orang ramai yang lari untuk menyelamatkan diri. Beratus-ratus orang meluru ke arah masjid untuk menyelamatkan diri masing-masing.

Beberapa orang telah jatuh dan air yang deras itu menghanyutkan mereka. Saya melihat ini dari anjung atas kedai saya. Air menderas dengan banyak tetapi tidak nemasuki dalam masjid. Orang yang telah berada dalam masjid telah terselamat.

Kemudian tiba-tiba sahaja lebih ramai orang berpakian putih wujud dan mereka telah mengangkat masjid. Ya! Mereka mengangkat masjid, keseluruhan masjid terangkat beberapa kaki dari tanah. Air mengalir laju di bawahnya. Saya sangat terperanjat dan kaku. Apakah itu?

Jika seseorang telah memberitahu saya seperti apa yang saya telah lihat, saya tidak akan mempercayainya. Tidak mungkin! Tapi, saya melihatnya dengan mata saya sendiri. Saya melihat dalam keadaan sangat sedar. "Tuhan telah melindungi masjid", saya berkali-kali berkata kepada diri saya sendiri.

Beberapa minggu selepas bencana dahsyat Tsunami, saya menguatkan diri saya untuk bercerita kepada jiran kedai saya yang beragama Islam. Dia menasihati saya untuk berjumpa dengan imam Masjid Agung. Saya dengan perasan ragu-ragu berjalan ke arah masjid.

Itu adalah kali pertama dalam hidup saya memasukki laman masjid walau pun saya telah tinggal berhampirannya sepanjang hayat saya. Dari jauh Imam masjid telah mengenali saya dan telah keluar menyambut saya. "Selamat pagi, apa yang boleh saya tolong, pakcik", dia menegur saya dengan santun

“Saya perlu berbicara dengan awak", saya balas.

Kami duduk dan saya memberi tahu dia keseluruhan cerita. Dia duduk diam seketika, air mata mengalir perlahan dari matanya. Selepas saya selesai, kami berpelukan. Pelukan yang biasa ketika seseorang mengalami peristiwa sedih bersama-sama.

Imam itu berkata,

“Pakcik, apa yang pakcik lihat adalah malaikat-malaikat Tuhan yang melaksanakan arahanNya. Tuhan mahukan masjid Dia tidak musnah akibat kejadian Tsunami. Pakcik, mungkin Tuhan mahu tunjukkan sesuatu kepada pakcik untuk membawa pakcik hampir kepada Dia. Sebab Dia menyayangi pakcik. Sebab Dia melihat pakcik seorang yang baik hati. Dia ingin memberi kebahagian di dunia ini dan syurga di akhirat kelak. Tidakkah pakcik ingin memeluk agama Islam?”

Saya terperanjat dengan pertanyaan imam itu. Ia mengelirukan saya. Bagaimana saya seorang Cina memeluk Islam. Sebagai orang Cina kami mempunyai tradisi sendiri, ritual dan kepercayaan. Saya mengucapkan terima kasih kepada imam dan beredar meninggalkan masjid.

Kemudian saya pulang semula ke kedai saya. Saya tidak membuka pintu kedai pada hari itu dan duduk diam-diam di suatu sudut. Saya berkali-kali terbayang di depan mata peristiwa pada hari tersebut semasa tsunami melanda. Orang-orang yang berpakaian putih. Mengarah tuju air yang deras. Mengangkat masjid. Malaikat Tuhan nenjalankan kerjanya. Dan saya telah diberi izin untuk menyaksikannya. Saya tidak membuka kedai selama dua hari. Saya hanya duduk di situ dan memikirkan kejadian tersebut.

Pada hari ketiga seseorang telah mengetuk pintu kedai. Dia ialah imam masjid yang mahu menziarahi saya. Dia bimbang sebab dia lihat kedai saya tutup sudah tiga hari dan tidak pernah terjadi sebelum ini. "Saya telah memikirkannya imam," saya bagi tahu imam. "Saya fikir kata-kata awak benar. Tuhan telah bagi saya alamat. Alamat yang cukup besar. Sekarang saya tidak seharusnya menjadi seorang yang bodoh dan melupakan saja alamat itu. Boleh tak imam bagi tahu saya bagaimana saya boleh menjadi seorang Islam."

“Pakcik, mudah saja”, kata Imam. “Pakcik hanya perlu mengungkapkan perkataan-perkataan ini”. Dan dia tunjukkan saya sehelai kertas. Saya menyebut perkataan-perkataan tersebut dan seolah-olah cahaya yang terang memenuhi ruang kedai saya.

Sejak hari itu, imam selalu datang setiap hari mengajar saya tentang Islam. Dia tunjukkan saya bagaimana sembahyang dan bagaimana membaca al Quran. Sejak saya sudah pandai sembahyang saya selalu berjemaah di Masjid Agung. Ini adalah salah satu yang sungguh cantik dalam hidup saya. Alhamdulilah.

Source:

Pautan artikel lain yang berkaitan :-

"Saya menyaksikan tsunami dari balkoni kecil saya. Tiba-tiba saya melihat sesuatu yang sangat aneh........"

Saksikan penceritaan video ini tentang kekuasaan Allah Taala. Jika Allah izinkan hijab makhluknya dibuka, tiada siapa dapat menghalang ...

Allahuakbar ! Allahumma Solli'ala Muhammad

Tonton video penuhnya di sini. Bahasa Indonesia :-

Sunday, 11 December 2022

06 DISEMBER 1999 PELANCARAN RASMI AL QURAN TULISAN BRAILLE


Al Quran bertulisan Braille

Pada hari ini dalam tahun 1999, Al-Quran tulisan Braille yang dihasilkan oleh Persatuan Orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (Pertis) dan Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YPEIM) telah dilancarkan oleh Menteri Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat, Datin Paduka Zaleha Ismail. Pelancarannya bertujuan untuk memudahkan golongan cacat penglihatan mempelajari dan membaca Al-Quran. 

Selain naskah Al-Quran, Pertis turut menerbitkan pita rakaman bacaan Al-Quran serta Al-Quran Braille Berkomputer di bawah projek penerbitan naskah Al-Quran yang bernilai RM50,000. Dalam ucapannya, Datin Paduka Zaleha menyatakan bahawa, penerbitan Al-Quran itu dapat menyediakan satu lagi kemudahan kepada orang kurang upaya cacat penglihatan. Al-Quran ini diterbitkan dengan menggunakan teknologi moden dan lebih sistematik berbanding penerbitan Al-Quran di negara lain. Setiap set teks Al-Quran Baraille ini terdiri daripada enam jilid untuk 30 juzuk dan berharga RM84.00. 

Dengan penerbitan Al-Quran tulisan braille ini, golongan kurang upaya cacat penglihatan dapat mempelajari, menghayati dan mendalami Al-Quran dengan lebih baik.

Skrip : Arkib Negara Malaysia

Saturday, 10 September 2022

09th SEPTEMBER 2022 END OF AN ERA OF GREAT BRITAIN & THE EMPIRE

Queen Elizabeth II, Britain’s longest serving monarch, has died.




Queen Elizabeth II, the longest-reigning monarch in British history, has died, Buckingham Palace has announced. She became Queen in 1952 at the age of 25 and spent 70 years on the throne. She had pledged to serve her people, which she fulfilled through a combination of skill and a sense of duty. It was during the Second World War that the then Princess Elizabeth gave her first address to the nation, saying that when peace returned, "it will be for us, the children of today, to make the world of tomorrow a better and happier place". She joined the Auxiliary Territorial Service, the first female in the Royal Family to become a full-time member of the armed forces. On victory day in Europe, she appeared on the balcony of Buckingham Palace with her family and Winston Churchill, and later danced on the streets with the crowds, pulling an officer's cap over her eyes so nobody recognised her. In 1947, she married Philip Mountbatten, the wedding helping to lift the post-war gloom of austerity and forging a union that lasted 73 years. News of the death of her father, George VI, in 1952 reached Elizabeth while she was on safari in Kenya. The following year her coronation was held, with hundreds of thousands of people lining the route to Westminster Abbey and more than 20 million watching on television. Her reign began with a six-month tour of the Commonwealth. She believed the institution should move away from empire and become more about friendship and equal rights between nations. She was delighted when her eldest son, Prince Charles, announced his engagement to Lady Diana Spencer, with their wedding in 1981 becoming a global television event. But the breakdown of the relationship, and that of Andrew and Sarah Ferguson, wounded the institution of monarchy, and when Diana was killed in a car crash in Paris in 1997, the Queen faced criticism for remaining at Balmoral with her bereaved grandchildren. When she returned to London, on the eve of Diana's funeral, the Queen gave a personal expression of grief. In 2002, she lost her only sibling, Princess Margaret, and then just seven weeks later, her mother. Golden Jubilee celebrations, marking 50 years on the throne, were held that year. Support for the monarchy had risen, reaching an all-time high when she became the unexpected star of the opening ceremony of the 2012 London Olympics. But there were more difficult times ahead. Prince Harry and Meghan Markle said a lack of support from the Royal Family contributed to the decision the couple made to step away from royal duties. And Prince Andrew was removed from his public roles as the scandal that had started with his friendship with convicted sex offender Jeffrey Epstein grew. The Covid pandemic was the biggest global crisis of her long reign. In a rare speech during the first lockdown in 2020, the Queen made it clear that she understood the grief and hardship people were facing, invoking Vera Lynn's wartime classic, We'll Meet Again. A year later, she had to deal with the death at 99 of Prince Philip, her husband of seven decades and "rock". The Platinum Jubilee in 2022 marked 70 years on the throne, and despite mobility issues she continued with public duties. Cathy Newman looks back at the life of Queen Elizabeth and how Britain transformed during her reign.

Deepest condolences to the Royal Family, the Government and the people of United Kingdom on the passing of Her Majesty Queen Elizabeth II. 

We look back fondly at memories of her visit to Malaysia and her graciousness as host during our engagements in the past.

She will be missed by all in the United Kingdom and all around the world.

The world mourns with you.

DALIL SUNNAH MENUNJUKKAN TIDAK BOLEH MENGUCAPKAN R.I.P. PADA MAYAT NON MUSLIM

Nabi s.a.w bersabda : حيثما مررت بقبر كافر فبشره بالنار

Di mana sahaja kamu lalu kubur orang kafir maka beritakanlah neraka padanya.

Hadis Riwayat Ibnu Sunni sahih 

Ucapan R.I.P. bertentangan dengan hadis ini.



https://www.facebook.com/100045267020308/posts/pfbid02MAm646ML1gCX15wcpyFTjv7gAFYFRcsrKNbi15rqEY16XmPwnBeeLvg5UHk6RXNFl/

Ratu Elizabeth adalah kepala sistem kuasa penjajah, yang telah menjajah hampir seratus buah negara / tanah yang merdeka asalnya.

Ini termasuk tanah umat Islam, di timur tengah, selatan Asia, utara Afrika dan tenggara Asia.

Jutaan manusia terbunuh akibat penjajahan ini. Trilion harta kekayaan negara / tanah merdeka yang dijajah dikaut oleh British.

Nyawa seorang umat Islam yang terbunuh sahaja sudah cukup sepatutnya membangkitkan seluruh umat Islam menuntut bela. Inikan pula jutaan di seluruh dunia.

Tapi umat Islam kini lena dan mabuk dengan dunia masing-masing. Malah sebahagian pergi "mencium kaki" pihak yang pernah menjajah mereka.

Alasan yang diberi ialah penjajahlah yang membawa kemajuan kepada negara. Memang otak hamba abdi akan kata tuannyalah yang memberi dia makan dan tempat tinggal.

Kehambaan itu sepatutnya hanya pada Tuhan sekelian alam. Ketinggian dan kemuliaan, serta bangga diri itu sepatutnya milik orang beriman.

Islam mengajar saya erti kebebasan hakiki, kemerdekaan sebenar, bahawa tiada yang patut direndahkan diri kecuali kepada Allah yang mencipta dan berhak satu-satunya disembah.

Islam mengajar saya bahawa setiap barang yang dirampas mesti dikembalikan. 

Penjajah mewariskan kekayaan tanah dijajah kepada pendatang. Itulah jahatnya penjajah, sampai mati masuk kubur pun, kejahatannya kekal dideritai anak watan bergenerasi.

Islam mengajar saya bahawa setiap nyawa pejuang yang mati memperjuangkan kemerdekaan itu adalah terlalu bernilai. Nyawa dibalas nyawa sepatutnya.

Ya, kita lemah, tak mampu menuntut bela, tapi kenapa kita perlu menghormati pula?

Tiada kesenangan hidup walau dunia segala isinya yang boleh melupakan hutang nyawa itu.

Sistem kuasa penjajah itu hidup sebagai satu sistem yang mempunyai hegemoni kukuh. Tanda betapa kukuh hegemoni itu ialah keakuran majoriti umat Islam bahawa British dengan sistem monarki dan demokrasi liberalnya sememangnya patut dihormati.

Mereka berhak dapat penghormatan dan dihormati. Tiada siapa yang memaksa umat Islam untuk memberi penghormatan. Ia sukarela. Itulah erti hegemoni.

Hegemoni itu hasil didikan. Didikan melalui institusi pendidikan, juga melalui tradisi kelas elit pemerintah kita yang masih berkiblatkan bekas penjajah. Rakyat terdidik dengan amalan itu.

British yang menjajah itu, mungkin penjajah bagi kita, tapi mereka kawan kepada kelas elit itu. Belajar di institusi pendidikan yang sama, membesar bersama-sama. 

Tiada elit yang belajar Quran, Hadith dan sebagainya secara formal seperti di Universiti al-Azhar, sebagai contoh. Sekadar contoh. Tiada. Ya, tiada. Kebetulan tiada? Jangan terlalu naif. Kiblat mereka di tanah British.

Rasa kaitan kita dengan empayar British lebih kuat berbanding rasa ikatan dengan empayar Islam, walaupun hakikatnya empayar Islam beribu tahun lebih lama membawa kemajuan kepada dunia berbanding empayar British. Otak dan jiwa kita telah dibasuh.

Saya benci kerana mereka merompak hasil kekayaan negara. Saya benci kerana mereka merosakkan demografi Tanah Melayu. Saya berdendam kerana mereka membunuh para ulama dan pejuang kemerdekaan.

Saya tahu bahawa saya tidak berupaya berbuat apa-apa, tetapi saya tahu bahawa hati saya milik saya, tiada yang boleh menjajah minda saya.

Saya akan mati dengan kebencian dan rasa dendam ini, untuk dipersembahkan kepada Allah Taala, sebagai satu tanggungjawab kalimah syahadah yang saya lafazkan lima kali sehari ketika bersimpuh depan Allah Taala.

Ini identiti peribadi saya. Saya tak pasti identiti diri anda bagaimana.


SEJARAH POLITIK DUNIA DARI BARAT & EROPAH


Gambar : Raja Perancis Louis XIV (kiri) dan Ratu Elizabeth II (kanan)

Ratu Elizabeth II mangkat pada usia 96 tahun selepas 70 tahun bertakhta.

Tempoh bertakhta selama 70 tahun itu menjadikan Elizabeth II sebagai raja/ratu kedua paling lama bertakhta dalam sejarah manusia. 

Raja yang paling lama bertakhta dalam sejarah ialah Louis XIV, raja Perancis dari tahun 1643 hingga 1715, bertakhta selama 72 tahun.

Louis XIV dianggap sebagai raja Perancis yang paling hebat dalam sejarah. Perancis di bawah pemerintahannya menjadi negara paling kuat di Eropah pada abad ke-17. Besar pengaruh Perancis sampai bangsawan Rusia pun kena bertutur dalam Bahasa Perancis (ini akan diterangkan dalam buku ADIKUASA).

Cuma berbeza dengan Louis XIV yang merupakan seorang raja "absolutist" yang memiliki kuasa mutlak, Elizabeth II hanyalah seorang "constitutional monarch" (raja/ratu berperlembagaan) yang tidak mempunyai pengaruh ke atas politik Britain.

Walaupun raja/ratu Britain memiliki hak "to be consulted, to encourage, and to warn" perdana menteri, tapi yang menentukan halatuju Britain adalah PM yang bertanggungjawab kepada parlimen.

Sistem monarki berperlembagaan ini telah diamalkan sejak tahun 1688. Sementara Eropah berada di bawah bayangan kuasa mutlak Louis XIV, Britain (ketika itu masih dikenali sebagai England) telah memilih sistem yang melucutkan kuasa mutlak raja. 

Waktu itu England terjerumus dalam perbalahan antara golongan pro-raja dan anti-raja. Jadi monarki berperlembagaan dipilih sebagai kompromi antara dua puak. Raja tetap bertakhta (reign) tetapi tidak memerintah (rule). Kuasa pentadbiran diturunkan kepada parlimen, kemudian PM yang dipilih dari kalangan ahli parlimen.

Sistem ini walaupun nampak melemahkan kuasa negara England, tetapi ia sebenarnya melancarkan pentadbiran. PM yang kurang cekap boleh digantikan oleh yang lebih cekap secara aman, sesuatu yang tidak dapat dilakukan sekiranya raja juga berperanan sebagai ketua pentadbiran. "Bonus" kepada sistem ini: raja boleh jadi pengadil tidak rasmi kepada ahli politik yang berbalah, dengan itu mewujudkan kestabilan.

Manakala kuasa mutlak Louis XIV telah membawa banyak mudarat kepada negaranya. Hebat mana pun Louis XIV, banyak kesilapan telah dilakukan olehnya terutamanya dalam pengurusan kewangan negara. Tapi disebabkan kuasa mutlaknya, tiada orang berani tegur dia. 

Maka selepas Louis XIV mangkat, rakyat Perancis mula memberontak, membawa kepada Revolusi Perancis yang menjahanamkan Perancis buat masa hampir 100 tahun (1789-1871).

Dengan kelebihan yang ada pada sistem politik (dan juga ekonomi), Britain akhirnya berjaya mengatasi Perancis sebagai adikuasa Eropah dan dunia. Abad ke-19 dikenali sebagai "Pax Britannica". 1 per 4 dunia berada di bawah kekuasaan Britain.

Elizabeth II menaiki takhta pada tahun 1952, ketika fasa kemerosotan Pax Britannica. Kekuatan Britain telah "exhausted" dalam Perang Dunia Pertama (1914-1918) dan Kedua (1939-1945). Satu per satu jajahan Britain merdeka. Kedudukan Britain sebagai adikuasa dunia digantikan oleh Amerika Syarikat yang mencipta "Pax Americana".

Bukan saja Britain merosot dari segi pengaruhnya di luar malah kemerosotan dalaman juga berlaku. Sepanjang 70 tahun Elizabeth II bertakhta, seramai 15 orang mengangkat sumpah sebagai PM Britain :
  1. Churchill (1951), 
  2. Eden (1955), 
  3. Macmillan (1957), 
  4. Douglas-Home (1963), 
  5. Wilson (1964, 1974), 
  6. Heath (1970), 
  7. Callaghan (1976), 
  8. Thatcher (1979), 
  9. Major (1990), 
  10. Blair (1997), 
  11. Brown (2007), 
  12. Cameron (2010), 
  13. May (2016), 
  14. Johnson (2019), 
  15. Truss (2022).

Pertukaran kepimpinan yang kerap bermaksud perubahan dasar yang kerap dan tidak konsisten, dan itu semakin melemahkan kuasa dan prestij Britain. Namun Elizabeth II mempunyai perwatakan dan karisma unik yang telah berjaya mewujudkan satu suasana kestabilan dan kelangsungan Britain. Basically kebanyakan ratu dalam sejarah England/Britain (kecuali "Bloody Mary") termasuk Elizabeth I (1558-1603), Mary II (1689-1694), Anne (1702-1714) dan Victoria (1837-1901) turut memiliki karisma unik ini. 

Jadi walaupun kemangkatannya tidak memberi impak yang besar kepada politik Britain, ia ada nilai sentimental yang cukup besar bagi kebanyakan rakyat Britain.
 
Dan selain Britain, ada sebanyak 14 negara Commonwealth Realms (jangan dikelirukan dengan Commonwealth of Nations di mana Malaysia merupakan ahli) yang masih mengangkat raja/ratu Britain sebagai ketua negara mereka :  
  1. Antigua & Barbuda, 
  2. Australia, 
  3. Bahamas, 
  4. Belize, 
  5. Grenada, 
  6. Jamaica, 
  7. Kanada, 
  8. New Zealand, 
  9. Papua New Guinea, 
  10. St. Kitts & Nevis, 
  11. St. Lucia, 
  12. St. Vincent & the Grenadines, 
  13. Solomon Islands dan,
  14. Tuvalu. 
Negara-negara ini merupakan bekas jajahan Britain, tapi masih memilih untuk kekal dalam lingkungan pengaruh Britain, sedikit sebanyak atas prestij Ratu Elizabeth II.

Pada tahun lepas, Barbados telah menjadi negara pertama yang meninggalkan Commonwealth Realms pada abad ke-21 dan mengisytiharkan diri sebagai republik. Jadi selepas ini mungkin akan ada lebih banyak negara yang mengikut jejak Barbados, sekiranya Raja Charles III, William V atau George VII tidak memiliki prestij yang sama seperti Elizabeth II.

Sekiranya negara penting seperti Australia, Kanada dan New Zealand tidak lagi mengiktiraf raja Britain sebagai ketua negara dan keluar daripada Commonwealth Realm, maka Britain tidak lagi dilihat sebagai negara kuasa besar di persada dunia.

Kemangkatan Elizabeth II menandakan "end of an era", dan juga boleh jadi "the very end" atau "the beginning of an end" kepada hayat Britain sebagai kuasa besar dunia.



Gambar - QE II yang jelita semasa mudanya. Nama timangan QE II ialah "Lilibeth". 

Ratu Elizabeth II (1926-2022)

Pernah menjadi Ratu England (termasuk Great Britain and the empire) untuk sebuah negara terkuat di dunia. Walaupun kini Britain tidak segagah dahulu tetapi pengaruh dan populariti monarki British ini adalah besar.

Apabila sebut sahaja Britain, memang dah terbayang wajah Ratu Elizabeth II, tidak seperti king or queen lain di eropah yang kebanyakkannya masih menggunapakai monarki berparlimen.

Kenal Ratu Beatrice? Juan Carlos? Carl Gustav? Queen Margarethe? Tak kenal kan? Mereka semua adalah raja-raja atau queen-queen di beberapa buah negara di eropah. Ratu Elizabeth II adalah Ratu yang paling panjang pemerintahannya setelah Raja Bhumipol dari Thailand.

Ratu ini telah memerintah Britain dan empayarnya selama 70 tahun sehinggalah hari kemangkatannya pada 8 September 2022. Ditabal menjadi Ratu pada tahun 1952 setelah kematian bapanya. Dahlah jelita, jadi princess pula, kemudiannya menjadi Ratu pula ketika muda lagi, zaman mudanya, samalah popularitinya seperti Princess Diana.

Ratu Elizabeth II ini memang terkenal dengan disiplinnya, protokolnya dan memang pandai menyimpan perasaan dengan air mukanya yang bersahaja. (info di dalam filem biography "The Queen"). Queen Elizabeth II mangkat di istana Balmoral ketika berusia 96 tahun.

Kredit : Mohd Aznam Abdul Rahman




Istana Buckingham mengesahkan kemangkatan Ratu Elizabeth II pada jam 2 pagi (waktu Malaysia) tadi. Kalau tengok susur galur monarki British, satu benda dah jelas. Kita tak dapat tengok seorang “Queen of England” lagi. 

Tamatnya satu era dengan sejarah amat bermakna. Tamatnya satu era yang mana baginda menghentikan penjajahan banyak negara. Tamat juga satu era yang mana Eropah berdamai dan membina semula selepas Perang Dunia Kedua. 

Dalam perang yang sama, baginda berkhidmat dalam Auxiliary Territorial Service sebagai pemandu lori dan mekanik. Bayangkan, seorang puteri bawak lori. 

Lain macam. Tetapi itulah diri baginda, yang pandai menjaga imej monarki British. Macam-macam berlaku sepanjang pemerintahan baginda, seperti kemelut moral melibatkan puteranya Andrew misalnya. 

Mana tidak – 70 tahun adalah tempoh sangat lama. Satu dunia berubah habis. 16 perdana menteri United Kingdom angkat sumpah sepanjang tempoh tersebut. Baginda mula bertakhta semasa Harry S. Truman menjadi Presiden Amerika Syarikat. Ketika itu Kesatuan Soviet masih kuat lagi.

Tetapi kita semua tahu dengan yakin. Apabila satu era tamat... era baru pasti bermula, kali ini akhirnya semua akan tengok Putera Charles mewarisi takhta ibundanya. Charles pula akan diganti William, yang diganti George dalam satu rantaian putera dan raja saja. Mungkin 100 tahun lagi baru United Kingdom akan dapat seorang Ratu (Queen of England).

....

[Iklan] Kalau ingin faham selok-belok monarki, republik, demokrasi dan sebagainya, kami jemput korang beli buku ni: https://bit.ly/3L3lYyq



Ratu Elizabeth II mangkat di usia 96 tahun.

The Queen of England ini merupakan pemerintah paling lama dalam sejarah moden.

Baginda menghembus nafas terakhir beberapa jam lalu di Istana Balmoral, Scotland.

Operasi London Bridge akan berkuatkuasa tak lama lagi.


Pemerintah paling lama dalam sejarah dunia moden, Ratu Elizabeth II menghembuskan nafas terakhir pada Khamis.

Baginda mangkat pada usia 96 tahun di Istana Balmoral, Scotland.

Serentak pengumuman ini, bendera di UK dan seluruh Komanwel diturunkan separuh tiang, sementara semua jadual siaran televisyen dan radio dikemas kini, bagi menghormati kemangkatan baginda.

Ikuti berita terkini di grid.astroawani.com 

#AWANInews



Queen Elizabeth II 



No, this is not photoshopped! 📷

This is the late Queen Elizabeth firing a gun ...and that's exactly how people from 55 countries 🌎 that were invaded by The British Empire 🇬🇧 remember the legacy of her time since 1952! 👑 

I didn't have to open a history book 📖. I just called my 80 year old mother 📞, who was 9 years old when Elizabeth became Queen, and 14 years old when the British army went to war in her country Egypt to control the Suez Canal, after 74 years of occupation! .

"They (British soldiers) were roaming the streets of Egypt, humiliating people, capturing them, and executing anyone who dares to challenge their presence in the country" My mom as an eyewitness.

- The 1956 British-led war with Egypt 🇪🇬 caused casualties of 2650, about half which were civilians, and 5500 prisoners of war captured!

So before you say RIP ⚰️, please be mindful that there are people old enough who have witnessed what the British did in their country to their family and friends during her majesty's reign! 🇬🇧 

You may say "but she had no power!". Of which I will tell you, there is not a single major decision not signed by the royalty 🖋

At the very least, they would have voiced their symbolic objection to put her signature on a decision that would result in the death of thousands in other parts of the world 🌎! (Or she wouldn't be the first to step down)

Egypt was just one example of many during her reign. I will not talk about what happened during her ancestors times before 1952 (sorry 🇮🇳 🇵🇰 🇧🇩 🇵🇸) as it is not fair to her.

But let us talk about her legacy in numbers 👑:
  • 🇲🇾 Malaysia 1952 to 1957: 1346 killed, 2406 wounded.
  • 🇨🇾 Cyprus war 1955 to 1959: 461 Died.
  • 🇳🇬 Nigeria until 1960: but after they left, the Civil War caused by them resulted in 1+ million casualties.
  • 🇧🇳 Brunei 1962: 40 dead and 3,400 captured.
  • 🇮🇩 Indonesia 1963 to 1966: 590 killed, 222 wounded, 771 captured.
  • 🇾🇪 Yemen in 1963 to 1967: Over 400 killed and 1772 injured.
  • 🇦🇷 Argentina in 1982 (Falklands): 649 killed, 1657 wounded, 11,313 captured.
  • 🇬🇧 Northen Ireland 1960 to 1998: 3,532 dead (including 1,840 civilians), 47,500 injured!!
  • 🇨🇦 Canada: She is the head of state for my country, which didn't appologize or compensate the aboriginal people formally until 2008 (who suffered for centuries under British occupation)
  • Bonus: 🇮🇶 Gulf War 1990 and 2003, 🇦🇫 Afghanistan 2001 to 2021, and many more (tell me in the comments if I forgot anyone).
This is indeed a very heavy legacy to meet your Creator with! 😱

Allah said 📖 إِنَّ الْمُلُوكَ إِذَا دَخَلُوا قَرْيَةً أَفْسَدُوهَا وَجَعَلُوا أَعِزَّةَ أَهْلِهَا أَذِلَّةً ۖ وَكَذَٰلِكَ يَفْعَلُونَ" (An Naml 27:34) “Indeed, when royalties (Kings and Queens) invade a land, they ruin it and debase its nobles. They really do so! 

Let us take this moment and remember all the casualties of British wars (and all colonialists), their families, and those who are suffering from the aftermath of famine and civil wars indirectly caused by past occupations! 🤲 May Allah give us the best legacy and save us from oppression. Ameen!

P.S. I tried to get my message across using just facts, without any disrespect to her family or passing judgement. The rest is up to her Creator to decide!


Antara koleksi-koleksi gambar yang berkaitan dan menarik perhatian :-


The last official photograph of the Queen, taken on September 6 in the Drawing Room at Balmoral Castle



"My whole life, whether it be long or short, shall be devoted to your service"

Queen Elizabeth II (1926 - 2022)


ABBA - Dancing Queen (Lyrics)


The Simpsons have done it again in 2014


Coronation Souvenir Map Of Malaya

Cenderamata Peta Malaya 1953 sempena pertabalan Queen Elizabeth II

Wednesday, 5 May 2021

10 Malam Terakhir Ramadan...

 

Gambar : 7 Keistimewaan Malam Lailatul Qadar

"Ya Allah, mudahkanlah kami meraih keistimewaan Lailatul Qadar dengan bisa mengisi hari-hari terakhir kami di bulan Ramadhan dengan amalan sholih"

Antara 7 Keistimewaan Malam Lailatul Qadar :-
  1. Waktu diturunkannya Al Quran
  2. Malaikat Jibril turun
  3. Lebih baik dari malam 1,000 bulan
  4. Kesejahteraan sampai fajar tiba
  5. Malam yang penuh keberkahan
  6. Malam dicatatnya takdir tahunan

Gambar 1 : 6 Perkataan Sahaja Pada 10 Malam Terakhir Ramadhan seperti yang disuruh oleh Rasulullah s.a.w. (doa)


Gambar 2 : Allahumma Innaka 'Afuwwun Tuhibbul 'Afwa Fa'fu 'Anni (doa)


Gambar 3 : Maksud doa pada 10 malam terakhir Ramadhan

Amalan doa ini dalam 10 terakhir di bulan Ramadan.

"Allahumma Innaka 'Afuwwun Tuhibbul 'Afwa Fa'fu 'Anni"

Yang bermaksud, "Ya Allah, Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun, Suka kepada pengampunan, ampunilah aku."

6 Perkataan Ulang Sebanyak Mungkin Dalam 10 Hari Terakhir

اللَّهُمَّ إنَّك عَفُوٌّ تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعْفُ عَنِّي
  1. Allahumma
  2. Innaka
  3. 'Afuwwun
  4. Tuhibbul
  5. 'Afwa
  6. Fa'fu 'Anni
Yang bermaksud:

"Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha pemaaf dan senang memaafkan, maka maafkanlah kesalahanku."

Doa ini diberikan oleh Nabi Muhammad s.a.w. kepada isteri baginda Siti Aisyah melalui kisah berikut:

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Selawat dan salam semoga terlimpah kepada Rasulillah, keluarga dan para sahabatnya.

Doa di atas adalah doa yang berkaitan dengan sepuluh hari terakhir dari bulan Ramadhan dan punya kaitan dengan Lailatul Qadar. Doa tersebut menjadi sangat istimewa karena diajarkan sendiri oleh Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam kepada isteri tercinta baginda, Ummul Mukminin 'Aisyah Radhiyallahu 'Anha. Yaitu saat 'Aisyah bertanya, 

"Wahai Rasulullah, bagaimana menurutmu jika aku mendapatkan Lailatul Qadar, apa yang harus aku baca?" kemudian baginda Shallallahu 'Alaihi Wasallam menjawab, 

"Ucapkanlah:

اللَّهُمَّ إنَّك عَفُوٌّ تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعْفُ عَنِّي

"Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha pemaaf dan senang memaafkan, maka maafkanlah kesalahanku."

(HR. al-Tirmidzi, Ibnu Majah, dan Ahmad. Imam al-Tirmidzi dan al-Hakim menshahihkannya)

Sila tonton video penuhnya di sini :-


#info #link #facebook #video #doa #amalan

Tazkirah oleh : Dato' Dr Fatma El-Zahra
Surau Al-Islah, Taman Seri  Keramat

📌 Bagi yang merasakan kurang berpuas hati dengan ibadah puasanya sejak dari hari pertama berpuasa,  anda  tidak perlu risau.  Kerana masih ada peluang lagi yang Allah berikan. Peluang terakhir Ramadhan itu adalah pada 10 malam terakhir.

📌 Pada 10 malam terakhir ini, banyakkan berjaga di sebelah malam. (biarlah pada 10 malam terakhir ini, waktu kita bertukar. Sebelah siang, rehat/tidur secukupnya untuk kita berjaga/beribadah di sebelah malam.

📌 Jika perlu, ambillah makanan tambahan agar kita tetap sihat/cergas pada malam-malam itu nanti. Atau jika perlu mengambil cuti juga pun, ambillah.

📌 Bangun seawal pukul 2 pagi sehingga ke waktu subuh dengan solat, zikir dan mengaji Al-Quran

📌 Kurangkan menonton televisyen pada malam-malam ini.

📌 Bermula dari sekarang dan sepanjang 10 malam terakhir, jangan tinggal doa ini :
 
"Allahuma, Innaka, 'Afuwwun, Tuhibbul, 'Afwa, Fa'Fu'Anni "

✅ Sentiasa amalkan langkah2 ini sebelum berdoa :
  1. Puji Allah dahulu dengan 99 nama-nama-Nya
  2. Berselawat
  3. Istighfar
  4. Doa
📌 Apa yang kita doakan, sentiasa diulang 3×. Kerana Allah sangat menyukai angka 3, manakala Nabi s.a.w. menyukai angka 7.

📌 Banyakkan berdoa dengan memuji Allah. Qadar dan Qada Allah boleh diubah dengan doa.

📌 Kepada wanita yang dalam haid, tetap jangan lepaskan peluang ini. Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Isikan malam-malam ini dengan ZIKIR DAN DOA.

📌 Jangan sibukkan diri dengan membuat kuih raya pada malam ini. Buat persiapan raya pada waktu siang. Jangan lepaskan peluang yang Allah berikan ini.

📌 Sepanjang malam-malam ini, hidupkan suasana harmoni dalam rumah kita. Elakkan sebarang perbalahan antara suami/isteri/anak-anak/adik-beradik. Sentiasa bersabar dengan kerenah suami/isteri/anak-anak sehingga 10 malam ini berakhir. Tetaplah bersabar dan berdoa tanpa jemu jika anak-anak yang degil sekalipun. Allah mendengar doa ikhlas kita.

📌 Jika tiada suasana aman di dalam rmh kita, kita tidak mungkin dapat bertemu dengan malam Lailatul  Qadar. Ini adalah kerana pernah terjadi pada zaman Nabi s.a.w., terdapat 2 orang pemuda yang bertengkar, dan terus Malaikat Jibrail membatalkan untuk memberitahu bila sebenarnya malam Lailatul Qadar itu. CREATE PEACEFULNESS IN OUR HOME.

📌 Jika kita ada merasai kelainan pada malam ini nanti, beritahu ahli keluarga kita yang lain. Kejut mereka, jika mereka tidur.

📌 Bermula dari hari ini sehingga malam-malam tersebut :
  1. Sentiasa dalam berwudhu
  2. Sentiasa pakai pakaian yang bersih
  3. Sentiasa dalam keadaan wangi
👉 Kerana kita ingin malaikat sentiasa berada dengan kita

📌 Jangan biarkan Ramadhan ini berlalu, tanpa dosa-dosa kita diampunkan Allah. Insha Allah, jika kita melepasi Ramadhan ini dengan dosa-dosa kita diampunkan Allah, kita tidak akan melakukan perkara-perkara yang dilarang Allah di luar bulan Ramadhan nanti. Aamiin.

Biiznillah

Sebagai penutup untuk minggu ini serta bagi menghormati bulan Ramadan Al Mubarak, di sini disediakan info bacaan santapan rohani buat anda semua.

"Carilah Malam Lailatul Qadar pada malam ganjil antara sepuluh malam terakhir Ramadhan."

(Hadis Riwayat Bukhari)

Rujukan di Facebook :

Rujukan tambahan yang lain : LAILATUL QADAR

MUNAJAT RAMADHAN



Sedikit tazkirah pada hari ini. Sila rujuk kepada maklumat yang dikongsikan di bawah ini.

HADIS-HADIS PILIHAN


#info #link #blog #website #muslim #facebook #hadis #tazkirah


Nasheed - Raihan - Iktiraf



I'tiraf

Wahai Tuhan ku tak layak ke syurga Mu
Namun tak pula aku sanggup ke neraka Mu

Ampunkan dosa ku terimalah taubat ku
Sesungguhnya Engkaulah Pengampun dosa-dosa besar

(arabic verse)
Ila hilis tu lilfirdausi ahla
Wala aqwa alnnaril jahim
Fahabblitau batau wafir zunubi
Fainnakarob firul zanbi azim


Dosa-dosaku bagaikan pepasir di pantai
Dengan rahmat Mu ampunkan daku Oh Tuhan ku

Wahai Tuhan selamatkan kami ini
Dari segala kejahatan dan kecelakaan

Kami takut kami harap kepada Mu
Suburkanlah cinta kami kepada Mu

Akulah hamba yang mengharap belas dari Mu

Friday, 30 April 2021

NUZUL AL QURAN (17 RAMADHAN)

Menyingkap Tabir Sejarah Peristiwa Penurunan Al-Quran (Nuzul Al-Quran)


بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Allah S.W.T. telah menurunkan al-Quran sebagai satu mukjizat terbesar yang membuktikan kerasulan Nabi Muhammad S.A.W. dan kewujudan Allah S.W.T. dengan segala sifat-sifat kesempurnaannya. Membaca al-Quran serta menghayati dan mengamalkannya adalah satu ibadat sunnah.

Maka peristiwa Nuzul al-Quran memberi makna terlalu besar kepada umat Islam dan kehidupan Nabi S.A.W. khasnya. Ayat al-Quran diturunkan Allah S.W.T. kepada Nabi Muhammad S.A.W. melalui perantaraan Malaikat Jibril secara berperingkat-peringkat hingga menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada kita hari ini.

Al-Quran dinukilkan kepada kita secara mutawatir, pasti dan qat’i serta ditulis mashaf yang hari ini lebih dikenali sebagai mashaf ‘Uthmani. Adalah wajar bagi umat Islam mengkaji sejarah al-Quran dan perkara yang berkaitan dengannya.

NUZUL AL QURAN ( 17 RAMADHAN )

Peristiwa agung dan istimewa dalam sejarah umat ialah malam diturunkan al-Quran (Nuzul al-Quran) yang berlaku pada 24 Ramadhan. Ia juga disebut Allah sebagai malam yang diberkati (lailatin mubarakah).

Firman Allah SWT.:

“Sesungguhnya Kami telah menurunkan Al-Quran itu pada malam yang berkat.” (Surah al-Dukhan ayat 3).
“Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar.” (Surah al-Qadr, ayat 1).
“Ramadan yang padanya diturunkan al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekelian manusia, dan menjadi keterangan yang menjelaskan petunjuk dan menjelaskan perbezaan antara yang benar dan yang salah.” (Surah al-Baqarah, ayat 185)
‘Malam yang berkat’ yang dinyatakan Allah SWT dalam surah al-Dukhan itu adalah malam yang penuh dengan kebaikan dan rahmat, yang lebih besar keutamaannya dari amalan seribu bulan. Maka Allah SWT telah memilih tarikh turun kalam-Nya buat pemimpin umat sejagat Nabi Muhammad SAW yang penuh dengan kemuliaan itu untuk berlaku pada hari yang mulia iaitu malam al-Qadr itu sendiri.

Ketiga-tiga ayat ini menunjukkan penurunan berlaku pada bulan Ramadhan dan secara khususnya ia diturunkan pada malam al-Qadr yang merupakan suatu anugerah Allah buat mereka yang menghidupkan malam-malam pada bulan Ramadhan.

MAKNA NUZUL AL QURAN

Nuzul al-Quran bererti penurunan al-Quran dari langit kepada Nabi Allah yang terakhir. Perkataan Nuzul dalam pelbagai wajah sama Ada kata nama, kata perbuatan atau lainnya digunakan dalam al-Quran sebanyak lebih kurang 290 kali. Sebagai contoh, “Dia yang telah…..menurunkan hujan.” (al-Baqarah:22), dan “Dialah….yang menurunkan Taurat Dan Injil.” (Ali Imran:3).

‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah, iaitu berpindah dari atas ke bawah atau turun dari tempat yang tinggi. ‘Al-Quran’ pula bermaksud bacaan atau himpunan, kerana al-Quran itu untuk dibaca oleh manusia dan di dalamnya terhimpun ayat-ayat yang menjelaskan pelbagai perkara yang meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, munakahat, sains, teknologi dan sebagainya.

Kelebihan al-Quran tidak ada satu perkara pun yang terlepas atau tertinggal di dalam al-Quran. Dengan lain perkataan segalanya terdapat di dalam al-Quran. Firman Allah:

وَمَا مِن دَابَّةٍ فِي الْأَرْضِ وَلَا طَائِرٍ يَطِيرُ بِجَنَاحَيْهِ إِلَّا أُمَمٌ أَمْثَالُكُم ۚ مَّا فَرَّطْنَا فِي الْكِتَابِ مِن شَيْءٍ ۚ ثُمَّ إِلَىٰ رَبِّهِمْ يُحْشَرُونَ ﴿٣٨﴾

Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan). (Al-An’am:38)

Al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.

PERINGKAT PENURUNAN AL-QURAN

 Para ulama menyatakan penurunan al-Quran berlaku dalam dua bentuk iaitu secara sekaligus, Dan berperingkat. Walau bagaimanapun mereka berselisih pendapat tentang berapa kali berlakunya penurunan al-Quran secara sekaligus. Terdapat tiga pandangan mengenai hal ini, iaitu;

  • Pertama, Penurunan al-Quran dari Allah SWT ke al-Lauh al-Mahfuz;
  • Kedua, Dari al-Lauh al-Mahfuz ke Bait al-‘Izzah di langit dunia; dan
  • Ketiga, Penurunan kepada Jibril a.s. dalam tempoh 20 malam.

Al-Suyuti dalam kitabnya ‘al-Itqan if Ulum al-Quran’ berdasarkan tiga riwayat oleh Ibn ‘Abbas, Hakim Dan al-Nasa’i, hanya membahagikan kepada dua peringkat sahaja iaitu dari al-Lauh Mahfuz ke Bait al-‘Izzah Dan dari Bait al-‘Izzah kepada Rasulullah SAW melalui Jibril a.s.

1. Dari Allah SWT ke al-Lauh al-Mahfuz.

Penurunan ini berlaku sekaligus dengan tujuan untuk membuktikan ketinggian Dan kekuasaan Allah SWT. Para Malaikat menyaksikan bahawa segala perkara yang ditentukan oleh Allah SWT di Luh Mahfuz ini benar-benar berlaku. Pendapat ini disandarkan kepada ayat 21 dan 22 surah al-Buruj yang berbunyi,

بَلْ هُوَ قُرْآنٌ مجيد فِي لَوْحٍ مَحْفُوظ .

“(Sebenarnya apa yang engkau sampaikan kepada mereka bukanlah syair atau sihir), bahkan ialah Al-Quran yang tertinggi kemuliaannya; (Lagi yang terpelihara dengan sebaik-baiknya) pada Luh Mahfuz.” (al-Buruj:21-22)

2. Dari al-Lauh al-Mahfuz ke Bait al-‘Izzah di langit dunia

Penurunan kali kedua secara sekali Gus dari al-Lauh al-Mahfuz ke Bait al-’Izzah di langit dunia dipercayai berlaku berpandukan kepada tiga (3) ayat al-Quran sebagaimana yang diriwayatkan oleh Ibn ‘Abbas;

Allah SWT berfirman, dalam al-Baqarah, ayat 185:

شَهْرُ رَمَضَانَ الَّذِي أُنْزِلَ فِيهِ الْقُرْآنُ هُدًى لِلنَّاسِ وَبَيِّنَاتٍ مِنَ الْهُدَى وَالْفُرْقَانِ فَمَنْ شَهِدَ مِنْكُمُ الشَّهْرَ فَلْيَصُمْهُ وَمَنْ كَانَ مَرِيضًا أَوْ عَلَى سَفَرٍ فَعِدَّةٌ مِنْ أَيَّامٍ أُخَرَ يُرِيدُ اللَّهُ بِكُمُ الْيُسْرَ وَلا يُرِيدُ بِكُمُ الْعُسْرَ وَلِتُكْمِلُوا الْعِدَّةَ وَلِتُكَبِّرُوا اللَّهَ عَلَى مَا هَدَاكُمْ وَلَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ

“(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadhan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk Dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadhan (atau mengetahuinya), maka hendaklah dia berpuasa bulan itu dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (bolehlah dia berbuka, kemudian wajiblah dia berpuasa) sebanyak Hari yang ditinggalkan itu pada hari-Hari yang lain. (Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan dan Dia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan) dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjuk-Nya dan supaya kamu bersyukur.”

Firman Allah SWT, dalam ad-Dukhan, ayat 3:

إِنَّا أَنْزَلْنَاهُ فِي لَيْلَةٍ مُبَارَكَةٍ إِنَّا كُنَّا مُنْذِرِينَ

“Sesungguhnya Kami telah menurunkan Al-Quran itu pada malam yang berkat; (Kami berbuat demikian) kerana sesungguhnya Kami sentiasa memberi peringatan dan amaran (jangan hamba-hamba Kami ditimpa azab).”

Firman Allah SWT dalam al-Qadr, ayat 1:

إِنَّا أَنْزَلْنَاهُ فِي لَيْلَةِ الْقَدْرِ

“Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar.”

Ibn ‘Abbas juga menyatakan mengikut apa yang diriwayatkan oleh Said b. Jubayr: “Al-Quran diturunkan sekali gus pada malam yang penuh berkat.” Ikrimah pula meriwayatkan ‘Abdullah bin ‘Abbas berkata: “Al-Quran diasingkan daripada al-Dhikr ‘الذكر’ dan ditempatkan di Bait al-‘Izzah di langit dunia."

Ibn Marduwayh dan al-Baihaqi mencatatkan perbualan antara ‘Atiyyah bin al-Aswad dan ‘Abdullah bin ‘Abbas yang mana ‘Atiyyah agak keliru mengenai penurunan ayat-ayat ini, “Pada bulan Ramadhan al-Quran diturunkan”, dan “Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar”, ia juga diturunkan pada bulan Syawwal, Dhu al-Qaedah, Dhu al-Hijjah, al-Muharram, Safar dan Rabi’ al-Awwal.” Kemudian Ibn ‘Abbas menjelaskan: “Al-Quran diturunkan pada malam Lailatul-Qadar sekali gus kemudiannya untuk diwahyukan kepada Rasulullah s.a.w. secara beransur-ansur selama beberapa bulan dan hari.”

3. Dari Bait al-’Izzah kepada Rasulullah S.A.W.

Menurut sebuah riwayat oleh Ibn Abbas dan pandangan majoriti para mufassirin, Al-Quran diturunkan sekaligus ke ‘Baitul Izzah’di langit ke dunia pada malam ‘Lailatul Qadar’. Sedangkan Al-Quran yang diturunkan ke bumi dan diterima Rasullullah sebagai wahyu terjadi secara beransur-ansur selama sekitar 23 tahun.

Al-Quran mula diturunkan kepada Rasulullah S.A.W. secara beransur-ansur sejak baginda dilantik menjadi Rasulullah SAW dan selesai apabila baginda hampir wafat, iaitu dalam tempoh masa 22 tahun 2 bulan 22 hari atau 23 tahun, 13 tahun di Mekah dan 10 tahun di Madinah al-Munawwarah. Ayat-ayat dan surah-surah yang diturunkan sebelum peristiwa hijrah dikenali sebagai Makkiyah dan yang diturunkan selepas peristiwa hijrah dikenali sebagai Madaniyyah .

Mengikut pendapat ini, Jibril a.s. diberi Malam Lailatul-Qadar setiap tahun, dari mula turun wahyu hingga ke akhirnya sepanjang tempoh kenabian, sebahagian daripada al-Quran disimpan di Bait al-‘Izzah yang mencukupi baginya untuk disampaikan kepada Rasulullah S.A.W. dalam masa 20 tahun. Pandangan ini dipegang kuat oleh al-Mawardi.

RasululLah S.A.W. bersabda: “Al-Quran diturunkan sekali gus oleh Allah ke langit dunia pada malam al-Qadr kemudian ia diturunkan secara berperingkat dalam masa 20 tahun” (Hadis riwayat Ibn Abbas.)

Sebahagian ulama berpendapat penurunan al-Quran hanya sekali sahaja iaitu daripada Allah SWT terus kepada Rasulullah SAW melalui Jibril secara berperingkat dan bukannya tiga kali dari Allah SWT ke al-Lauh al-Mahfuz, ke Bait al-‘Izzah dan kepada Rasulullah S.A.W.

AYAT PERTAMA DAN TERAKHIR

Ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad S.A.W. melalui perantaraan Malaikat Jibril ialah lima ayat pertama daripada Surah Al-Alaq.

”Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhan mu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhan mu Yang Maha Pemurah, -Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.” (al-‘alaq:1-5)

Dan peristiwa ini terjadi ketika Rasulullah S.A.W. sedang bertahannus (menyendiri) di Gua Hira. Sedangkan ayat Al-Quran yang terakhir sekali diturunkan adalah ayat-ayat riba iaitu ayat 278 sehingga 281 dari surah Al-Baqarah.

CARA-CARA AL-QURAN DIWAHYUKAN

Isteri Rasulullah S.A.W, Saidatina Aishah, meriwayatkan sebelum Nabi Muhammad diangkat menjadi Rasul, beliau bermimpi perkara yang benar lalu beliau menyendiri di gua Hira’ beribadah kepada Allah SWT untuk selama beberapa tahun. Di gua berkenaanlah baginda menerima wahyu yang pertama.

Harith bin Hisham, seorang sahabat Rasulullah S.A.W, pernah bertanya kepada Baginda bagaimana Wahyu diturunkan kepadanya. Rasulullah menjawab, ”Kadang-kadang wahyu datang kepada-Ku dengan gema (desingan) loceng Dan ini amat berat bagi-Ku, Dan sementara bunyi itu hilang aku mengingati apa yang disampaikan kepada-Ku. Kadang Ia datang dalam bentuk jelmaan malaikat kepada-Ku merupai lelaki, bercakap dengan-Ku Dan aku menerima apa saja yang disampaikannya kepada-Ku.”

Nabi Muhammad SAW mengalami bermacam-macam cara dan keadaan semasa menerima wahyu. Antara cara-cara Al-Quran diwahyukan adalah:

1. Menerusi mimpi yang benar (al-Rukya al-Sadiqah) Malaikat memasukkan wahyu itu ke dalam hatinya. Dalam hal ini, Nabi SAW tidak melihat sesuatu apa pun, hanya beliau merasa bahawa itu sudah berada di dalam kalbunya. Sebagai contohnya Nabi pernah bersabda mengatakan: “Ruhul Quddus mewahyukan ke dalam kalbuku bahawa seseorang itu takkan mati sehingga dia menyempurnakan rezekinya yang telah ditetapkan oleh Allah“. ( As-Syura: 51)

2. Malaikat menampakkan dirinya kepada Nabi S.A.W. menyerupai seorang lelaki yang mengucapkan kata-kata kepadanya sehingga beliau mengetahui dan hafal benar mengenai kata-kata itu.

3. Wahyu datang kepadanya seperti gemercingnya loceng. Cara inilah yang amat berat dirasakan Nabi S.A.W. Kadang-kadang pada keningnya terdapat peluh, meskipun turunnya wahyu itu di musim yang sangat dingin. Ada ketikanya, unta beliau terpaksa berhenti dan duduk kerana merasa amat berat.

Diriwayatkan oleh Zaid bin Tsabit: ” Aku adalah penulis wahyu yang diturunkan kepada Rasulullah. Aku lihat Rasulullah ketika turunnya wahyu itu seakan-akan diserang demam yang kuat dan peluhnya bercucuran seperti permata. Kemudian setelah selesai turunnya wahyu, barulah beliau kembali seperti biasa”.

4. Malaikat menampakkan dirinya kepada Nabi S.A.W. dalam rupanya yang benar-benar asli sebagaimana yang terdapat di dalam surah An- Najm ayat 13 & 14 : “Sesungguhnya Muhammad telah melihatnya pada kali yang lain (kedua). Ketika (ia berada) di Sidratulmuntaha”

5. Malaikat mewahyukan kepada Nabi S.A.W. dari atas langit seperti yang berlaku dalam peristiwa al-Isra` wal Mikraj . Sesetengah ulamak berpendapat baginda S.A.W. juga pernah berbicara secara langsung dengan Allah dan menerima wahyu seperti yang berlaku pada Nabi Musa. Perkara ini merupakan suatu khilaf di kalangan para ulamak.

TUJUAN AL-QURAN DITURUNKAN BERPERINGKAT
Tujuan Allah menurunkan secara beransur-ansur adalah bagi memenuhi objektif-objektif berikut :

Agar lebih mudah difahami dan dilaksanakan. Orang akan enggan melaksanakan suruhan dan larangan sekiranya suruhan dan larangan itu diturunkan sekaligus dalam kadar yang banyak. Hal ini disebut oleh Bukhari dari riwayat ‘Aisyah r.a.
Di antara ayat-ayat itu ada yang nasikh dan ada yang mansukh, sesuai dengan kamaslahatan. Ini tidak dapat dilakukan sekiranya Al Quran diturunkan sekaligus. (Ini menurut pendapat yang mengatakan adanya nasikh dan mansukh)
Turunnya sesuatu ayat sesuai dengan peristiwa-peristiwa yang terjadi akan lebih berkesan dan lebih berpengaruh di hati.

Memudahkan penghafalan. Orang-orang musyrik yang telah menanyakan mengapa Al Quran tidak diturunkan sekaligus, sebagaimana disebut dalam Al Quran surah Al Furqaan ayat 32:
“……mengapakah Al Quran tidak diturunkan kepadanya sekaligus….?”

Kemudian dijawab di dalam ayat itu sendiri:

“….Demikianlah, dengan (cara) begitu Kami hendak menetapkan hatimu..”.

FUNGSI AL-QURAN
Al-Quran mempunyai beberapa fungsi penting, diantaranya ialah:

1. Sebagai Mukjizat Nabi Muhammad S.A.W.
Al-Quran merupakan bukti kenabian dan kerasulan Nabi Muhammad S.A.W, sekaligus ianya menjadi bukti bahawa Al-Quran merupakan firman Allah S.W.T., bukannya ucapan atau ciptaan Nabi Muhammad S.A.W. sendiri. Rasullulah S.A.W. telah menjadikan Al-Quran sebagai senjata bagi menentang orang-orang kafir Quraisy. Didapati bahawa mereka sememangnya tidak mampu menghadapinya, padahal mereka mempunyai kemahiran menggubah bahasa-bahasa yang indah dalam ucapan dan sajak-sajak mereka. Al-Quran secara prisipnya telah mengemukakan cabaran kepada bangsa Arab menerusi tiga peringkat iaitu :

Peringkat pertama.

Mencabar mereka dengan keseluruhan Al-Quran dalam uslub umum yang meliputi orang Arab sendiri dan orang lain, manusia malah jin, dengan cabaran yang mengalahkan dan menjatuhkan mereka secara padu sebagaimana firmanNya.

“Katakanlah: Sesungguhnya jika manusia dan jin berkumpul untuk membuat yang serupa Quran ini, niscaya mereka tidak akan dapat membuat yang serupa dengannya, sekalipun sebahagian mereka menjadi pembantu bagi sebahagian yang lain.” (17 : 88)

Peringkat kedua.

Mencabar dengan sepuluh surah sahaja daripada Al-Quran. Sebagaimana firmanNya:

“Bahkan mereka mengatakan “Muhammad telah membuat-buat Al-Quran.” Katakanlah: Jika demikian, maka datangkanlah sepuluh surah yang dibuat-buat yang menyamainya, dan panggillah orang-orang yang kamu sanggup (memanggilnya) selain Allah, jika kamu memang orang-orang yang benar. Jika mereka (yang kamu seru itu) tidak menerima seruanmu, ketahuilah, sesungguhnya Al-Quran itu diturunkan dengan ilmu Allah” (11 : 13-14)

Peringkat ketiga.

Mencabar mereka hanya dengan satu surah daripada Al-Quran sahaja. Sebagaimana firmanNya:

“Atau (patutkah) mereka mengatakan: Muhammad membuat-buatnya (Al-Quran). (Kalau benar yang kamu katakan itu), cubalah datangkan satu surat seumpamanya” (10 : 38)

Dan cabaran ini diulangi di dalam firmanNya:

“Dan jika kamu tetap dalam keadaan ragu tentang Quran yang Kami wahyukan kepada hamba Kami (Muhammad saw), maka buatlah satu surat saja yang semisal Al-Quran itu…” (2 : 23 )

2. Sebagai Sumber Hukum Dan Aturan Hidup.
Ayat-ayat Al-Quran mengandungi peraturan tentang hukum-hukum siyasah negara, sosial, pendidikan, pengadilan, akhlak dan sebagainya. Semua aturan dan hukum ini wajib dijadikan sebagai pandangan hidup bagi seluruh kaum muslimin dan umat manusia untuk mengatasi semua permasalahan hidup yang dihadapinya.

Sememangnya penyelesaian yang diberikan oleh syariat Islam adalah merupakan penyelesaian yang sebenar-benarnya kearan ia satu-satunya perundangan yang dapat memenuhi fitrah manusia itu sendiri. Kemampuan syariat Islam dalam menyelesaikan pelbagai permasalahan kehidupan manusia inilah yang akan menjadikan Al-Quran sebagai mukjizat abadi yang paling menonjol di muka bumi.

Wallahu A’alam Bissowab
والسلام علبكم و رحمة الله و بركاته

Ringkasan Peristiwa Nuzul Quran :-


Sekilas Fakta Peristiwa Nuzul Quran :-
  • 17 Ramadan - Wahyu Allah s.w.t. diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. melalui Malaikat Jibrail a.s. Malaikat Jibrail memeluk dan merangkul baginda dengan kuat serta berkata : 'Iqra' yang bermaksud (bacalah).
  • 41 tahun usia Nabi Muhammad s.a.w. ketika Peristiwa Nuzul Quran.
  • 23 tahun tempoh Al-Quran diturunkan secara beransur-ansur.
  • 6 km dari Mekah lokasi Gua hira' Jabal Nur di mana Al-Quran mula diturunkan.
Firman Allah bermaksud,
"Bulan Ramadhan yang padanya diturunkan al-Quran menjadi petunjuk bagi sekelian manusia dan menjadi keterangan yang menjelaskan petunjuk." (Al-Baqarah :185)

https://mykmu.net/2020/05/10/menyingkap-tabir-sejarah-peristiwa-penurunan-al-quran-nuzul-al-quran/

---------------------------------------------------------------------------------


Salam Nuzul Al-Quran. 

"(Beberapa hari yang ditentukan itu ialah) bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan) Al Quran sebagai petunjuk bagi manusia" - Al-Baqarah (185)

Ingatkan Semua Orang-orang yang Kita Sayang ❤️

Hari ini ialah 28 April 2021 bersamaan 16 Ramadan 1442H.

Bermaksud, Hari esok 29 April 2021 bersamaan 17 Ramadan adalah hari Nuzul Quran (bermula sebaik sahaja masuk maghrib hari ini 28 April 2021). Maka malam ini ialah malam Nuzul Quran.

Assalamualaikum w.b.t

Salam Ramadhan, 

Malam ini adalah malam 17 Ramadhan 1442H & juga malam Nuzul Al Quran

DOA MALAM NUZUL QUR'AN:

Bismillahirrahmanirrahim

Allaahumma nawwir quluubanaa bi tilaawatil qur aan, wa zayyin akhlaaqonaa bijaahil qur aan, wa hassin a'maalanaa bi dzikril qur aan, wa najjinaa minan naari bi karoomatil qur aan, wa adkhilnal jannata bi syafaa'atil qur aan.

Maksud Doa Ini:

"Ya ALLAH sinari hati kami dengan membaca al Quran. Hiasi akhlak kami dengan kemuliaan al-Quran. Baguskanlah amalan kami dengan berzikir serta bertadarus al-Quran. Selamatkanlah kami dari api neraka dengan kemuliaan al-Quran. Masukkanlah kami ke dalam syurga Mu dengan syafaat al-Quran."

Ya Allah… Ya Rahman Ya Rahim..Ya Mujib...

Aku memohon kepada-Mu, Muliakanlah kami.

Bahagiakan Keluarga kami.

Kuatkan iman kami.

Berkahi rezeki kami.

Beri kenikmatan dalam beribadah.

Hiasilah hati kami dengan kesabaran dan kasih sayang,

Yaa Allah ya Rabbil Izzati..

Jadikan kami termasuk orang yang Engkau RAHMATI dalam 10 hari pertama Ramadhan.

Yang Engkau AMPUNI dosa-dosanya dalam 10 hari yang kemudian.

Yang Engkau BEBASKAN dari api Neraka dalam 10 hari terakhir.

Dan Engkau beri kesempatan kami untuk bermunajat kepada-Mu di malam Lailatul Qhadar.

Kabulkanlah do’a-do’a kami, peliharalah kesihatan kami dan berilah kecintaan kami kepada Mu dan kepada Al quran..

Aamiin... yaa Rabbal Aamiin

SALAM NUZUL QURAN DAN SELAMAT BERIBADAH UNTUK 10 MALAM TERAKHIR RAMADHAN

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...