Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Showing posts with label puisi. Show all posts
Showing posts with label puisi. Show all posts

Thursday, 12 November 2020

3 Bani Keturunan Nabi Ibrahim a.s.

Siri Bangsa Misteri Dari Timur : 3 Bani Keturunan Nabi Ibrahim a.s.


Gambar 1 : Tiada Tuhan Melainkan Allah dan Nabi Muhammad s.a.w. Pesuruh Allah

Sejarah mencatatkan, terdapat 3 bani keturunan Nabi Ibrahim A.S. iaitu Bani Arab, Bani Israel dan Bani Jawi. Bani Israel tahu bahawa riwayat Bani mereka akan ditamatkan oleh Bani Jawi. Pemimpin Bani Jawi adalah gabungan benih Bani Arab dan Bani Jawi iaitu al Mahdi. Justeru Bani Israel berusaha bermati-matian mencari al Mahdi.

Bani Jawi adalah pengembara hebat membawa misi ke Semenanjung di Hujung dunia yang di panggil oleh Ptolemy sebagai Semenanjung Emas atau “Golden Chersonese” dan kemudiannya dikenali sebagai Tanah Melayu. Bani Jawi menerima Islam tanpa peperangan dan mendukung Islam dengan sempurna. Di bumi Jawi ini al Mahdi dilahirkan ke dunia dan membesar menanti hari untuk pulang ke tanah asal nenek moyangnya.

Peta dunia Ptolemy yang dicetak di Ulm, Jerman, 1482.

Telah lama Yahudi Illuminati mencari Bani Jawi @ kaum yang hilang. Kini Yahudi telah mengetahui di manakah “promised land” iaitu Bumi Malaysia @ Tanah Melayu @ Tanah Jawi @ Tanah Jantung hati @ Tanah di hujung dunia.

  • Yahudi sedang berusaha menjejaki lokasi Al Mahdi.
  • Yahudi tahu Al Mahdi ada di bumi Jawi ini.
  • Tetapi ketentuan Allah mengatasi segalanya.
  • Sebagaimana Allah selamatkan Nabi Musa A.S. di dalam istana Firaun, 
  • Sebagaimana Allah selamatkan Nabi Ibrahim di dalam api, 
  • Sebagaimana Allah selamatkan Nabi Isa Al Masih dari kepungan Yahudi,
  • Sebagaimana Allah selamatkan Nabi Muhammad S.A.W. dari kepungan kafirin 
  • Begitulah Allah akan selamatkan al Mahdi dari konspirasi Yahudi dan kuncu-kuncunya.

Bacalah catatan pengembaraan bani misteri ini mencari “promised land” untuk menunaikan misi suci wasiat Nabi Ibrahim AS.


Gambar 2 : Salasilah Bani Jawi

BANI JAWI @ BANGSA JAWI /MELAYU

  • Tanah Jawi – ialah gelaran kepada Tanah Melayu
  • Orang Jawi – ialah gelaran orang Arab kepada orang Melayu
  • Tulisan Jawi – ialah tulisan yang digunakan oleh orang Melayu
  • Masuk Jawi – berkhatan iaitu salah satu amalan yang diajar Nabi Ibrahim a.s. dan menjadi amalan orang Melayu @ jawi zaman berzaman.

Terdapat satu kajian bahawa bangsa Mala @ Melayu adalah berasal dari keturunan Nabi Ibrahim dari isteri ketiganya yang bernama Siti Qaturah @ Keturah.

Adakah Bangsa Melayu merupakan salah satu bangsa yang dicari-cari oleh Yahudi selama ini??

Kerana menurut kitab Yahudi…di akhir zaman nanti bangsa Yahudi akan disembelih oleh saudara mereka yang lain… iaitu Bangsa Jawi !!!

Bumi Jawi @ Tanah Melayu. Siapakah Melayu? Dari manakah asal usulnya bangsa Melayu itu ?

Ketika ramai pengkaji memperdebatkan kaum-kaum yang hilang seperti The Lost Tribe of Israel, Atlantis, Lemuria, Sodom and Gomorrah malah masih mencari-cari siapakah Gog and Magog, rahsia bangsa misteri ini masih terpelihara di dalam Kotak Tabut sejak beribu-ribu tahun.

Tiada siapa yang tahu dari mana asalnya bangsa ini. Bagaimana bangsa ini boleh wujud di tanah paling selatan benua Asia, ’di penghujung dunia’. Bangsa yang hilang masih tidur dan ditidurkan ‘Di hujung dunia’, setelah penat mengembara, bangsa misteri berehat dan berehat…tidur dengan lenanya…senyap sunyi tanpa siapa mengganggu walaupun Hitler telah pergi ke Tibet menjejak bangsa misteri ini, tetapi dia juga kehilangan jejak mereka.

  • Di manakah bangsa misteri ini mengakhiri perjalanan mereka ?
  • Masih adakah lagi masa untuk menjejaki mereka ?
  • Rupa-rupanya ‘Di hujung Dunia’ bangsa ini masih nyenyak bertapa !

Wahai Bani Jawi, wahai keturunan kaum yang hilang.

Ketahuilah bahawa kehadiran kita di bumi Jawi ini adalah ketentuan Ilahi yang diwahyukan kepada Nabi Ibrahim A.S.

Sebelum wafat, Nabi Ibrahim A.S. telah mewasiatkan kepada anak-anaknya untuk mencari sekeping tanah semenanjung di hujung dunia. Kerana di sana nanti akan zahir dari keturunan ini satu Raja akhir zaman bernama Al Mahdi.

Diceritakan juga al Mahdi akan pulang semula ke tanah asal bersama kaumnya dan akan memusnahkan bangsa Yahudi. Wasiat ini dilaksanakan oleh anak-anak Nabi Ibrahim dan kisah ini dicatit dalam kitab-kitab Yahudi.

Sejarah berlalu zaman berzaman.

Kisah ini juga diceritakan oleh Rasulullah S.A.W. kepada para sahabat. 60 orang para sahabat telah mengembara ke Timur mencari Bani Jawi.

Akhirnya Bani Jawi menerima Islam tanpa peperangan. Bani Jawi terkenal dengan akhlak dan kelemah lembutan mereka kerana mereka berdarah bangsawan dan kesatria perang yang dihormati.

Manakala kaum Yahudi sejak sekian lama, mencari merata-rata lokasi kaum yang hilang ini. Bani Jawi mesti dicari dan dihapuskan. Imam Mahadi adalah sasaran utama yang mesti dimusnahkan. Samalah seperti Firaun mencari Nabi Musa a.s.

Mereka meracuni keturunan Rasulullah S.A.W. supaya tiada zuriat akan diperturunkan pada generasi suci dan dengan itu Al Mahdi tidak dilahirkan. Ketentuan Ilahi tiada siapa boleh menghalang. Al Mahdi tetap dizahirkan oleh Allah S.W.T. Nun di negara yang terletak antara tiga lautan. Air buminya tidak panas dan tidak sejuk. Terletak cantik di hujung dunia. Semenanjung berbentuk jantung. Bumi bertuah. Bumi Jawi, Tanah Melayu.

Yahudi laknatullah tahu al Mahdi telah wujud dan zahir di Tanah Jawi ini tetapi di negeri mana, di daerah mana, di kampung mana dan di rumah mana ?

Untuk mencari al Mahdi, Yahudi telah membuat pengkalan di Singapura. Telah berapa puluh tahun Yahudi bertapak di Singapura. Dari situ berbagai rancangan dan teknik pencarian dijalankan.

Rancangan jangka panjang telah dan sedang dilaksanakan.

Manakala di Israel, Yahudi telah mula membina kuil suci di Baitul Maqdis untuk meyambut kedatangan dajjal.

Yahudi juga sibuk menanam pokok Gharqad untuk tempat bersembunyi andai bala tentera al Mahdi menyerang. Yahudi sangat yakin dengan keperluan pokok Gharqad ini. Mereka telah menjalankan kempen menanam pokok tersebut.

Yahudi diberitakan juga telah menempah pedang-pedang titanium dari United Kingdom untuk peperangan menentang tentera al Mahdi.

Masa sudah amat singkat pada perkiraan Yahudi.

Di mana al Mahdi ?

Al Mahdi mesti di jejaki walaupun ke lubang cacing. Terhapusnya Al Mahdi maka akan selamatlah seluruh bangsa Yahudi di bumi Israel. Jika tidak penyembelihan Yahudi secara total tidak dapat dielak lagi.

Para pemikir Yahudi membuat perancangan yang amat licik untuk melaksanakan misi mencari dan membunuh Imam Mahadi. Tanpa kita sedrai bahawasanya Yahudi sudah pun menerobos jauh ke dalam negara kita.

Pelbagai teknologi dan perisian dibangunkan untuk memudahkan Yahudi menjejaki seorang bernama Muhammad bin Abdullah melalui sistem komputer bersepadu.

Setiap yang bernama Muhammad bin Abdullah pasti akan dijejaki satu persatu dan diselidiki latar belakangnya. Seorang Muhammad bin Abdullah mesti ditemui dan dihapuskan dengan apa cara jua pun.

Ini adalah kemuncak pencarian Yahudi di bumi Jawi ini. Mereka teramat kesuntukan masa. Imam Mahadi masih gagal dijejaki. Cemas puak Yahudi bukan kepalang.

Wahai bani Jawi, di bumi yang kita pijak ini TELAH zahir pemimpin Agung Akhir Zaman. Kita akan mendengar seruan dari langit untuk kita pulang ke tanah asal kita.

  • Kita ada tugas besar menghapuskan bangsa penderkaha iaitu Yahudi Laknatullah. 
  • Mereka pembunuh para Nabi. 
  • Kita, Bani Jawi akan menuntut bela.
  • Kita akan pulang membawa panji-panji hitam mengiringi al Mahdi al Muntazar. 
  • Jangan dirisaukan keselamatan al Mahdi. Baginda tetap dalam peliharaan Allah.

Apa yang perlu kita lakukan sekarang ialah memperkukuhkan iman dan meneguhkan amalan. Tingkatkan keyakinan kita kepada Allah dan sempurnakan sunnah Rasululah S.A.W. dalam kehidupan seteliti mungkin.

Jadilah ahli sembahyang dan jangan ditinggal sembahyang malam dan pelajarilah ilmu fadhail dan masail sebaik-baiknya.

  • Jangan pisahkan lagi nama Allah dari lidah-lidah dan hati kamu.
  • Jangan lalai berselawat ke atas Rasulullah S.A.W. dan beristighfarlah belasan ribu kali setiap hari.
  • Murnikanlah lagi akhlak-akhlak kamu dan berakhlaklah dengan akhlak Allah.
  • Perbaikilah niat kamu sehari-hari semata-mata hidup ini mencari redha Ilahi semata-mata. Kita bukan berjuang untuk pangkat, nama atau pun harta.
  • Bersiap sedialah untuk satu perjalanan yang jauh.
  • Kita akan pulang ke tanah asal kita mengiringi pemimpin akhir zaman.
  • Kita akan melindungi al Mahdi dengan nyawa kita.
  • Dunia akan melihat kebangkitan semula kaum yang hilang ini.
  • Seruan dari langit pasti akan kedengaran.
  • Masanya sudah tersangat hampir untuk kita meninggalkan “promised land” ini. 
  • Bersiaplah untuk pulang ke tanah asalmu wahai Bani Jawi. 
  • Bersiaplah untuk pulang wahai bangsa mulia mengiringi al Mahdi pemimpin Agung akhir zaman. 
  • Bersiaplah untuk pulang ke tanah asal kita iaitu bumi suci nabi-nabi. 

Pertempuran Bani Jawi dengan Yahudi tidak dapat dielakkan lagi. Musuh Yahudi yang sebenarnya bukanlah Palestin tetapi Bani Jawi. (Tamat)

KERIS | NABI IBRAHIM KETURAH DAN MELAYU

https://www.youtube.com/watch?v=4doLMSnyEF4&t=25s

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sedikit perkongsian daripada pendapat yang dilontarkan daripada Facebook mengenai Satu Bangsa Misteri Dari Timur : 

MELAYU NAMA BANGSA BESAR.. PELBAGAI ETNIK DAN SUKU KAUM DI DALAMNYA..ADA JAWA..ADA BUGIS..ADA BANJAR..ADA ACEH..ADA MINANG..ADA PATANI..ADA KEMBOJA..ADA SULU..ADA MORO..DAN PELBAGAI LAGI RATUSAN SUKU KAUM SEMUANYA 

PELBAGAI BUDAYA DAN ADAT RESAM DI DALAMNYA..PERBAGAI SENI BELA DIRI..PELBAGAI JENIS MAKANAN..PELBAGAI BAHASA DAN PETUA..KITA KAYA DENGAN HASIL BUMI DAN TANAH YANG SUBUR 

NUSANTARA NAMA BENUA TEMPAT TINGGAL KITA SEMUA 

SEPERTI BENUA EROPAH..SEPERTI BENUA ARAB..SEPERTI BENUA CHINA..SEPERTI BENUA INDIA..SEPERTI BENUA KHURASAN..SEPERTI BENUA RUSIA SOVIET UNION 

  • MEREKA SEMUA JUGA ADA PELBAGAI ETNIK DAN SUKU KAUM YANG BANYAK 
  • BANGSA LAIN JANGAN JAJAH KITA 
  • BANGSA LAIN JANGAN CEROBOH TEMPAT KITA 

INI SOAL PERLEMBAGAAN DAN 7 WASIAT RAJA RAJA MELAYU UNTUK PERIBUMI DAN ORANG MELAYU ADALAH TUAN TANAH DI MALAYSIA (TANAH MELAYU) DAN BUMI JAWI 

WAJIB MEMPERTAHANKAN SELURUH NUSANTARA DARI PENJAJAHAN KOMUNIS CHINA DAN SEKUTU MEREKA WARGA ASING SEMUANYA 

INI DISEBABKAN OLEH RASUAH DAN SIKAP TAMAK ORANG POLITIK YANG BERSEKONGKOL DENGAN MEREKA 

JANGAN BIAR PERIBUMI..ORANG MELAYU DAN RAJA MELAYU HILANG HAK DAN KUASA DI BUMI SENDIRI 

KITA WAJIB BERWASPADA DAN TEGAS DARIPADA SEKARANG SUPAYA JAMINAN TANAH INI TIDAK DIRAMPAS OLEH ORANG KAFIR DAN ORANG LUAR 

SETIAP BANGSA ALLAH SWT SUDAH BAGI RUMAH MASING-MASING (NEGARA SENDIRI) JADI TIDAK ADA SEBAB UNTUK RAMPAS (KUASAI) NEGARA ORANG LAIN (SAMADA POLITIK ATAU EKONOMI) 

KITA WAJIB PERTAHANKAN NEGARA KITA HINGGA KE HUJUNG ZAMAN DEMI WANITA DAN ANAK CUCU KITA SEMUA DI MASA AKAN DATANG

https://www.facebook.com/groups/1975693915798937/permalink/3873288646039445/

DNA yahudi dalam melayu

https://www.youtube.com/watch?v=r5zfXKgRQ_4&t=0s

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------

Bangsa Melayu pernah kuat,

Buka tanah guna tulang empat kerat,

Masih sempat beristeri empat,

Tongkat Ali jamu khasiat.


Bangsa Melayu pernah digentar,

Ular, harimau ditepuk tampar,

Kerisnya bisa silatnya gempar,

Amuk Melayu bumi bergegar.


Bangsa Melayu pernah gagah,

Berkaki ayam hutan diredah,

Pernah cuba diganyang penjajah,

Umat Melayu jihad sabilillah!


Bangsa Melayu pernah berdaulat,

Seantero dunia kesultanan hebat,

Tujuh penjajah cuba menempat,

Dengan kudrat semua dihambat.


Bangsa Melayu bangsa keramat,

Nabi (s.a.w.) pernah beramanat,

Buat dakwah di bumi berkat,

Diakhir masa ramai wali hebat.


Bangsa Melayu terasnya hikmat,

Sejarah Melayu tertera riwayat,

Nabi (s.a.w.) memberi amanat,

Raja Melaka mendapat hidayat.


Bangsa Melayu penuh santunan,

Agama dijunjung zaman berzaman,

Wali Melayu penuh kehebatan,

Karamah barakah jadi laziman.


Bangsa Melayu penuh daulah,

Halusi sahaja kisah sejarah,

Wa’ad Melayu jangan disanggah,

Sanggah waad menjemput tulah.


Tanah Melayu pernah tersurat,

Raja rakyat saling muafakat,

Alim ulama dijunjung hormat,

Bumi bertuah terbilang sejagat.


Bumi Melayu penuh berkat,

Tempat tumpuan ulama sejagat,

Madrasah pondok merata tempat,

Menjana insan unggul berhikmat.


Tanah Melayu intinya hebat,

Bumi zuriyyat Nabi (s.a.w.) sudah tersurat,

Kesultanan Melayu hampir padat,

Pancaran Baginda penuh karamat.


Bumi Melayu pernah terbilang,

Sejarah rajanya penuh gemilang,

Turunan penjajah mana menghilang,

Kesultanan tradisi masih ditatang.


Melayu pernah berilmu budaya,

Dari llahi satu kurnia,

Manuskrip tersebar serata sedunia,

Menyimpan khazanah Melayu tua.


Bangsa Melayu halus seninya,

Hayati warisan persuratannya,

Syair seloka indah madahnya,

Pertukangan sulaman tiada taranya.


Berkurun Melayu junjung agama,

Adat dijaga bersama-sama,

Bangsa Melayu harum namanya,

Rahmat Allah turun semua.


Orang Melayu usahlah alpa,

Warisan leluhur bukan sehari dua,

Pusaka Melayu 6 kurun lamanya,

Jadi kebanggaan anak bangsanya.


Orang Melayu usahlah goyah,

Propaganda musuh jangan melatah,

Ungkapan ’Melayu lemah’ semata tohmah,

Strategi musuh mencabar maruah.


Sejarah Melayu sebenarnya hebat,

Namun dicemar musuh keparat,

Propaganda keji dibuat-buat,

Maruah Melayu disiat-siat.


Jatidiri Melayu sebenarnya kuat,

Bangsa Melayu pernah berdaulat,

Silap Melayu membuang adat,

Silap rajanya membuang muafakat.


Bukan baru musibah Melayu,

Sudah wujud sekurun dua nan lalu,

Serangan penjajah bertalu-talu,

Tradisi dijarah tiadalah malu.


Melayu mula ditimpa musibah,

Pabila Inggeris datang menjajah,

Adat dibuang agama disanggah,

Akhirnya Melayu ditimpa tulah.


Sekian lama Melayu disasarkan,

Sejarah jatidiri diserang-serang,

Musuh luar dan dari dalaman,

Mungkin tersirat suatu ramalan?


Melayu kini resah gelisah,

Namun jelas hakikat sejarah,

Mungkin tersirat sebalik musibah,

Melayu pencetus kebangkitan ummah?


Ingat pesanan Rasulullah (s.a.w.),

Panji hitam dari timur, bumi karamah,

Bangsa Melayu usah menyerah,

Cari kekuatan dari sejarah.


Sejarah Melayu sebenarnya hebat

Baka Melayu penuh hakikat,

Bumi ahlul-bait itulah kudrat,

Umara-ulama kunci terletak.


Laksamana Hang Tuah gagah orangnya,

Berilmu, bertariqat, berisi dirinya,

Jangan perlekeh riwayat firasatnya,

“Takkan Melayu Hilang di Dunia!!”


Intaha

Tun Suzana, '​Ahlul Bait Rasulullah s.a.w., Dinasti Melayu & Akhir Zaman’

------------------------------------------------------------------------------------------------


Kisah Yang Jarang Kita Dengar | Melayu Dan Al-Aqsa



Deskripsi dari MelayuTube :

Menceritakan kisah dan peristiwa zaman dahulu juga kini yang berhubung kait antara Al-aqsa dan melayu. Adakah bangsa Melayu akan membebaskan Masjid Al Aqsa? Sepertimana juga yang dipercayai oleh Ulama Palestin. Malaysia sentiasa berada di belakang Palestin memperjuangkan kebebasan dan hak umat Islam tanpa kompromi. Sheikh Dr Nawaf Takruri berasa yakin, Malaysia akan mara sebagai mujahidin (pejuang) bersama bala tentera untuk memperjuangkan nasib Baitulmaqdis yang diiktiraf Presiden Amerika Syarikat sebagai ibu kota Israel.
"Seperti mana pejuang Salahuddin Al Ayubi, dia bawa bala tenteranya disertai orang bukan Arab untuk membebaskan Baitulmaqdis".

----------------------------------------------------------------------------------------


Kisah Yang Jarang Kita Dengar | Melayu Dan Sahabat Rasulullah

https://www.youtube.com/watch?v=ZXGRhOBiyP4

Deskripsi dari MelayuTube :

Menceritakan kisah dan peristiwa zaman dahulu juga kini yang berhubung kait antara sahabat nabi dan orang Melayu. Kedatangan para sahabat ke Tanah Melayu kira-kira 900 tahun lalu bukan saja dengan misi menyebarkan Islam, bahkan membentuk tamadun dalam lingkungan kebudayaan Islam dengan pelbagai cara antaranya menerusi perkahwinan dengan anak Raja-Raja Melayu yang kemudian memeluk Islam. Banyak faktor yang mendorong kepada kemunculan mereka terutama kedatangan itu atas titah Khalifah atau Syarif Mekah untuk mengislamkan negeri di Tanah Melayu. Dalam sebuah buku yang ditulis oleh Prof. Hamka mengatakan, sebelum abad ke-15 laluan perniagaan di Lautan Hindi melalui Tanah Melayu keseluruhannya dikuasai orang Arab sebelum kedatangan penjajah Portugis, Alfonso de Albuquerque. Pada kurun ke 13 Masihi, Pasai diiktiraf sebagai Kesultanan Islam atas perintah Syarif Mekah pada era pemerintahan Sultan Al-Malikus Saleh dan baginda menjalin hubungan diplomatik dengan kerajaan di Arab. Keadaan ini bukan saja memesatkan Pasai sebagai pusat perdagangan Islam yang terkenal, bahkan turut menerima ramai pengunjung dari dunia Arab, Parsi, India dan China serta berkembang sebagai pusat dakwah. Bagaimanapun, keunggulan Pasai sebagai Empayar Islam terunggul tidak bertahan lama sebelum diambil alih oleh Kesultanan Melayu Melaka bagi menyambung legasi yang tersedia. Kesultanan Melaka meletakkan ulama Ahlul Bait pada satu jawatan agama paling tinggi dan penting, antaranya Sayyid Abdul Aziz yang mengislamkan Raja Melaka dengan nama Sultan Muhammad Shah dan menjadi guru agama peribadi kepada baginda selama lapan tahun. Agama Islam acuan Ahlul Bait yang bersifat lembut, ehsan dan berseni serta cenderung kepada kesufian itu akhirnya membentuk jati diri bangsa Melayu yang unik. Dalam naskhah Sejarah Melayu sendiri ada memaparkan kisah tokoh sufi Ahlul Bait yang menunjukkan status mereka yang amat tinggi dan berpengaruh serta dimuliakan di Istana Melaka, antaranya termasuk seorang ulama sufi yang membantu Sultan Mansur membantutkan cita-cita kerajaan Siam untuk menyerang Melaka. Sebahagian mereka memilih untuk berhijrah ke rantau ini atas kesedaran bahawa bumi Nusantara dihuni kaum kerabat mereka yang ramai bermastautin di sini sejak beratus tahun dulu, malah kesultanan di alam Nusantara kebanyakan adalah daripada Dinasti Bani Hasyim sendiri.
------------------------------------------------------------------------------------------------

Sumber artikel lain yang berkaitan :-

Kisah Nabi Ibrahim a.s. dan Nabi Ismail a.s. yang berkait rapat dengan Peristiwa Qurban

https://normanhafizi.blogspot.com/2014/10/cerita-islami-cerita-nabi-ismail.html

IKHWANKU, Zaman Islam Kembali Memerintah

https://normanhafizi.blogspot.com/2021/01/ikhwan-ku.html

Friday, 30 October 2020

Maha benarlah Firman Allah itu...

Hidup ini tidak keseorangan kerana kita masih ada mak, adik-beradik, anak-anak, saudara mara serta kawan yang perlu kita ambil perhatian.

jadi tiada istilah penting diri sendiri.

bagi yang mendalami ilmu ketuhanan atau ilmu hakikat inilah ujian yang paling dekat.


kita boleh diam tapi sanggupkah kita tengok ahli keluarga kita meragam.

kita boleh sabar tapi sanggupkah kita lihat anak-anak kita terbiar.

kita boleh berserah tapi sanggupkah kita pandang saudara mara kita susah.

kita boleh bawa diri jauh tapi sanggupkah kita nampak kawan kita mengeluh.


inilah dunia manusia.

inilah rasa manusia. 


akal fikiran dan hati perasaan memainkan peranan.

setiap berlaku kejadian fikiran dan perasaan pun menterjemahkan.

tubuh badan pun ikut jadi perbuatan.


Yang sudah tahu pasti tidak keliru.

Yang sudah faham pasti tidak waham.

Yang sudah kenal pasti tidak sangkal.

Yang sudah merasa pasti terus berjalan dan berjalan dan berjalan dan berjalan sampai ke tujuan.


hidup ini tidaklah begitu mudah tapi tidaklah begitu sulit.

terserah bagaimana cara dan jalan yang diri itu lakukan.

bertuhan mahupun bersetan kehidupan itu tetap berterusan berjalan sehingga penghabisan.

ibarat seperti mana setiap ayat Al-Quran yang tertulis...di mana sampai ke ayat penghujungnya maka berkatalah semuanya :


"Maha benarlah Firman Allah itu..."

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=946114385794867&id=100011889424967

Tuesday, 7 July 2020

Gurindam 12 (Karya Raja Ali Haji)

Arkib : 21 Disember 2019

Hari 3: Pulau Penyengat - Gurindam 12


KEMBARA 3 PULAU 3 NEGARA - PULAU PENYENGAT (GURINDAM 12 - KARYA RAJA ALI HAJI)

Info Tambahan :-

Di bawah ini adalah info ringkas yang disertakan sekali dengan teks seperti di dalam Saluran YouTube

Menyunting Gurindam Dua Belas merupakan hasil karangan Raja Ali Haji yang masyhur. Sastrawan dan Pahlawan Nasional Indonesia dari Pulau Penyengat, Provinsi Kepulauan Riau, Indonesia.

Gurindam I

Ini gurindam pasal yang pertama:

Barang siapa tiada memegang agama,
sekali-kali tiada boleh dibilangkan nama.
Barang siapa mengenal yang empat,
maka ia itulah orang yang ma'rifat
Barang siapa mengenal Allah,
suruh dan tegahnya tiada ia menyalah.
Barang siapa mengenal diri,
maka telah mengenal akan Tuhan yang bahri.
Barang siapa mengenal dunia,
tahulah ia barang yang teperdaya.
Barang siapa mengenal akhirat,
tahulah Ia dunia mudarat.

Gurindam II

Ini gurindam pasal yang kedua:

Barang siapa mengenal yang tersebut,
tahulah ia makna takut.
Barang siapa meninggalkan sembahyang,
seperti rumah tiada bertiang.
Barang siapa meninggalkan puasa,
tidaklah mendapat dua termasa.
Barang siapa meninggalkan zakat,
tiadalah hartanya beroleh berkat.
Barang siapa meninggalkan haji,
tiadalah ia menyempurnakan janji.

Gurindam III

Ini gurindam pasal yang ketiga:

Apabila terpelihara mata,
sedikitlah cita-cita.
Apabila terpelihara kuping,
khabar yang jahat tiadaiah damping.
Apabila terpelihara lidah,
niscaya dapat daripadanya paedah.
Bersungguh-sungguh engkau memeliharakan tangan,
daripada segala berat dan ringan.
Apabila perut terlalu penuh,
keluarlah fi'il yang tiada senunuh.
Anggota tengah hendaklah ingat,
di situlah banyak orang yang hilang semangat
Hendaklah peliharakan kaki,
daripada berjaian yang membawa rugi.

Gurindam IV

Ini gurindam pasal yang keempat:

Hail kerajaan di daiam tubuh,
jikalau lalim segala anggotapun rubuh.
Apabila dengki sudah bertanah,
datanglah daripadanya beberapa anak panah.
Mengumpat dan memuji hendaklah pikir,
di situlah banyak orang yang tergelincir.
Pekerjaan marah jangan dibela,
nanti hilang akal di kepala.
Jika sedikitpun berbuat bohong,
boleh diumpamakan mulutnya itu pekong.
Tanda orang yang amat celaka,
aib dirinya tiada ia sangka.
Bakhil jangan diberi singgah,
itupun perampok yang amat gagah.
Barang siapa yang sudah besar,
janganlah kelakuannya membuat kasar.
Barang siapa perkataan kotor,
mulutnya itu umpama ketur2.
Di mana tahu salah diri,
jika tidak orang lain yang berperi.

Gurindam V

Ini gurindam pasal yang kelima:

Jika hendak mengenai orang berbangsa,
lihat kepada budi dan bahasa,
Jika hendak mengenal orang yang berbahagia,
sangat memeliharakan yang sia-sia.
Jika hendak mengenal orang mulia,
lihatlah kepada kelakuan dia.
Jika hendak mengenal orang yang berilmu,
bertanya dan belajar tiadalah jemu.
Jika hendak mengenal orang yang berakal,
di dalam dunia mengambil bekal.
Jika hendak mengenal orang yang baik perangai,
lihat pada ketika bercampur dengan orang ramai.

Gurindam VI

Ini gurindam pasal yang keenam:

Cahari olehmu akan sahabat,
yang boleh dijadikan obat.
Cahari olehmu akan guru,
yang boleh tahukan tiap seteru.
Cahari olehmu akan isteri,
yang boleh dimenyerahkan diri.
Cahari olehmu akan kawan,
pilih segala orang yang setiawan.
Cahari olehmu akan abdi,
yang ada baik sedikit budi,

Gurindam VII

Ini Gurindam pasal yang ketujuh:

Apabila banyak berkata-kata,
di situlah jalan masuk dusta.
Apabila banyak berlebih-lebihan suka,
itulah landa hampirkan duka.
Apabila kita kurang siasat,
itulah tanda pekerjaan hendak sesat.
Apabila anak tidak dilatih,
I'ika besar bapanya letih.
Apabila banyak mencela orang,
itulah tanda dirinya kurang.
Apabila orang yang banyak tidur,
sia-sia sahajalah umur.
Apabila mendengar akan khabar,
menerimanya itu hendaklah sabar.
Apabila menengar akan aduan,
membicarakannya itu hendaklah cemburuan.
Apabila perkataan yang lemah-lembut,
lekaslah segala orang mengikut.
Apabila perkataan yang amat kasar,
lekaslah orang sekalian gusar.
Apabila pekerjaan yang amat benar,
tidak boleh orang berbuat onar.

Gurindam VIII

Ini gurindam pasal yang kedelapan:

Barang siapa khianat akan dirinya,
apalagi kepada lainnya.
Kepada dirinya ia aniaya,
orang itu jangan engkau percaya.
Lidah yang suka membenarkan dirinya,
daripada yang lain dapat kesalahannya.
Daripada memuji diri hendaklah sabar,
biar dan pada orang datangnya khabar.
Orang yang suka menampakkan jasa,
setengah daripada syarik mengaku kuasa.
Kejahatan diri sembunyikan,
kebalikan diri diamkan.
Keaiban orang jangan dibuka,
keaiban diri hendaklah sangka.

Gurindam IX

Ini gurindam pasal yang kesembilan:

Tahu pekerjaan tak baik,
tetapi dikerjakan,
bukannya manusia yaituiah syaitan.
Kejahatan seorang perempuan tua,
itulah iblis punya penggawa.
Kepada segaia hamba-hamba raja,
di situlah syaitan tempatnya manja.
Kebanyakan orang yang muda-muda,
di situlah syaitan tempat berkuda.
Perkumpulan laki-laki dengan perempuan,
di situlah syaitan punya jamuan.
Adapun orang tua yang hemat,
syaitan tak suka membuat sahabat
Jika orang muda kuat berguru,
dengan syaitan jadi berseteru.

Gurindam X

Ini gurindam pasal yang kesepuluh:

Dengan bapa jangan durhaka,
supaya Allah tidak murka.
Dengan ibu hendaklah hormat,
supaya badan dapat selamat.
Dengan anak janganlah lalai,
supaya boleh naik ke tengah balai.
Dengan isteri dan gundik janganlah alpa,
supaya kemaluan jangan menerpa.
Dengan kawan hendaklah adil supaya tangannya jadi kafill.

Gurindam XI

Ini gurindam pasal yang kesebelas:

Hendaklah berjasa,
kepada yang sebangsa.
Hendaklah jadi kepala,
buang perangai yang cela.
Hendaklah memegang amanat,
buanglah khianat.
Hendak marah,
dahulukan hajat.
Hendak dimulai,
jangan melalui.
Hendak ramai,
murahkan perangai.

Gurindam XII

Ini gurindam pasal yang kedua belas:

Raja muafakat dengan menteri,
seperti kebun berpagarkan duri.
Betul hati kepada raja,
tanda jadi sebarang kerja.
Hukum adil atas rakyat,
tanda raja beroleh anayat.
Kasihan orang yang berilmu,
tanda rahmat atas dirimu.
Hormat akan orang yang pandai,
tanda mengenal kasa dan cindai.
Ingatkan dirinya mati,
itulah asal berbuat bakti.
Akhirat itu terlalu nyata,
kepada hati yang tidak buta.

Friday, 5 June 2020

Wahai mahluk Allah...

Arkib : 23 Mac 2020

Wahai mahluk Allah yg bernama VIRUS CORONA (covid 19)

Ustadz Abdul Somad

Wahai mahluk Allah yang bernama VIRUS CORONA (covid 19)....
Jika Engkau tentara Allah yang dikirim untuk memberantas kesombongan dimuka bumi... 
Segerakanlah tugas Mu....

Ijinkan kami bisa menghirup udara Ramadhan yang syahdu....
Ijinkan kami...

Menemui bulan penuh ampunan Dari Robb penguasa Semesta Alam...
Wahai makhluk nano berukuran 150 nanometer yang mampu menggemparkan dunia... 
Ukuran kecilmu menjadi bukti kuasa Pencipta nya

Covid19 pulanglah ke tempat Mu dengan tenang sebelum Ramadan
Covid19 pulanglah ke tempat Mu dengan tenang sebelum Ramadan
Covid19 pulanglah ke tempat Mu dengan tenang sebelum Ramadan

Aamiin Ya Robb ❤

Kami ingin Sholat Tarawih berjalan seperti biasa,

Kami ingin Pasar Ramadan seperti biasa,
Kami ingin Umroh berjalan seperti biasa.
Kami ingin Haji berjalan seperti biasa.

Aamiin 3x Yaa Alloh.. Yaa Robbal 'Aalamiin...
🤲🤲😭😭💓

Bagikan 5 grup karena ucapan adalah do'a semoga Allah mengabulkan permintaan kita Aamiin.. 🙏

Tolong Aamiinkan ramai ramai ❤

keseluruh medsos kemana saja agar gema aamiin didengar oleh Azza Wajalla wa Maliki yaumudin

Saturday, 30 May 2020

BILA TUHAN MULA MENGUJIMU

BILA TUHAN MULA MENGUJIMU

Zaman remaja adalah zaman yang paling indah dalam kehidupan. Di usia ini ramai diantara kita yang punyai pelbagai impian dan cita cita untuk dilaksanakan dalam bakal kehidupan akan datang.

Di kala ini kita punyai ramai teman teman sepermainan..berbual...enjoy enjoy...jalan jalan cari makan...konvoi motor kapcai dan sebagainya.

Seiring dengan perjalanan masa dan waktu..usia kita makin meningkat...pengalaman hidup ditambah...ilmu dan kemahiran dipelajari dan dipraktikkan..sekali sekala menjala dan serkap petua dan pesanan orang tua dan lama yang masih bersama.

Guru guru berpesan
Hidup ini kita jangan lalai
Kurang gelak ketawa hilai
Agar hidup tidak terbengkalai

Suatu masa kau akan mengerti
Bekal otak isi ilmu isi hati
Amal yang dilaku jangan puas hati
Bawal bekal menunggu mati

Bila melihat dan menghayati alam buana semesta terbentang ini

Aku membayangkan ia hampir sama dengan perjalanan kehidupan manusia.

Dunia pastinya telah melalui zaman remajanya dan sampai masa ia juga akan berakhir sama seperti kehidupan manusia dan makhluk lainnya.

YANG KEKAL...HANYA PENCIPTA SEKALIAN ALAM...ALLAH S.W.T

Dunia yang dijadikan ini luas terbentang..sebelumnya engkau bebas bergerak kemana sahaja..melancong..bersiar siar..berjalan jalan...

Bukankan banyak ayat ayat Allah memerintahkan untuk mengembara di atas muka bumi melihat kehebatan dan kekuasaanNya.

Sekarang ini dunia ini menjadi begitu kecil sekali...pergerakkan dirimu sudah menjadi terhad dan kaku.

Sebelumnya engkau sering melaungkan slogan kebebasan...freedom for all

Dimana nilai kebebasan sekarang?
Mulutmu sudah terkunci kaku?
Mengapa langkah mu yang panjang dulu sudah kendur?

Rasa terikat dan terbeban?

Kalau dahulu hanya manusia bisa mengurung haiwan dan binatang...akhir zaman telah TERBUKTI haiwan ( covid 19 ) juga bisa mengurung manusia.

Adakah sekarang kamu sudah merasakan bahana dikurung dan dihadkan pergerakan?

Apa yang berlaku ianya datang bukan kebetulan...

Kadangkala ROTAN KASIH SAYANG ALLAH itu deras dan kuat libasannya.

Jangan melihat kepada rotan itu

Jangan berkira dengan libasannya perlahan atau laju

Pandang dan kembalilah kepada yang MEROTAN kita semua.

Ayat ayatNya dah lama diabaikan.

PeringatanNya engkau permain mainkan

TeguranNya engkau acuh tak acuh.

KASIH SAYANG DAN RAHMATNYA TIDAK PERNAH SURUT.

LIMPAHAN NIKMATNYA MASIH BELUM BERAKHIR.

Setelah sekian banyak pintu pintu berteraskan keduniaan sudah ditutup

DIA MASIH MEMBUKA PINTA TAUBAT DAN PENGAMPUNAN UNTUK SEMUA HAMBANYA.

BILA ALLAH MENGUJIMU

ITU TANDA DIA SEDANG MEMPERLIHATKAN KEBESARANNYA.

Salam ukhuwwah fillah..

Pasir mas


Nukilan daripada Ustaz Au'ni Bin Mohamed

Tuesday, 17 March 2020

YA RABB, TOLONGLAH KAMI...

YA RABB, TOLONGLAH KAMI...

Ya Rabb
Marahkah Engkau pada kami?
VirusMu kian mengamuk, menggoncang dunia,
Tiada sempadan ia menular,
Tak lambat sesaat pula merebak,
Sungguh! Terdiam kami merebah.
Nyawa demi nyawa pergi,
Yang dijangkiti, tiada penawarnya lagi.

Ya Rabb,
Tiada lain, tangan ini yang bersalah,
Pagi kami lupa, siang makin lalai,
Malam bertambah leka, hidup beraja dunia.
Al-Quran kami jarang buka dan baca,
Sunnah Nabi kami persenda,
Hidup tak berarah, harta dikaut berjuta,
Kuasa direbut tak sudah-sudah.

Ya Rahman, Ya Rahim,
Hari ini semua buntu, semua bercelaru,
Tercari-cari apa punca, di mana ubat tak jumpa,
Alam mula murka, laut tak pandang,
Bumi tak sayang...
Ke mana hamba perlu membawa diri?

Ya Allah,
Dikau Maha Penerima Taubat,
SayangMu melebihi murkaMu,
Kami umatnya Muhammad SAW,
Kekasih AgungMu,
Tidakkah ada sekelumit kasihan pada kami,
Rahmatilah kami ya Rabb,
Pandang kami, Cintailah kami.

Belas kasihanMu,
Hapuskanlah makhlukmu bernama Covid 19,
Tenangkanlah kembali hati dan dunia ini,
Tidaklah ada tempat lain untuk berharap,
Tidaklah ada kuasa melainkan tuhanku ini,
Hanya Engkau tempat kami berlindung.

Semoga semuanya kembali sediakala.
🙏🙏🙏Amin yarobbal alamin🙏🙏🙏

kredit : Rhony Azkoro

Sunday, 11 November 2018

HIMPUNAN PERPADUAN UMMAH

HIMPUNAN PERPADUAN UMMAH


Hari & Tarikh : SABTU, 17 November 2018
Masa : 8.00 MALAM
Tempat : PEKAN KG. GAJAH, PASIR SALAK, PERAK DARUL RIDZUAN

SEMUA DIJEMPUT HADIR


Luahan Rakyat Dari Pengguna Laman Sosial Facebook





PRESIDEN UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bersama Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang (kanan) ketika hadir di Himpunan Perpaduan Ummah di Kampung Gajah. - Foto MUHAIZAN YAHYA


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. 

Salam Perjuangan.

KEPADA SELURUH RAKYAT MALAYSIA

[HIMPUNAN BANTAH ICERD]


Di jemput kepada seluruh umat Islam dan rakyat Malaysia
bersama-sama hadir sebagaimana tarikh dan lokasi seperti dibawah:

PAHANG
Tarikh : 16 November 2018 (JUMAAT)
Masa : 1.30 Petang
Tempat : Masjid Negeri Kuantan Pahang
Tema Pakaian: PUTIH

—————————————

JOHOR
Tarikh : 16 November 2018 (JUMAAT)
Masa : 2.15 Petang
Tempat : Parking Awam Masjid Al Jawahir, Taman Mutiara Rini
Tema Pakaian: PUTIH

—————————————

KELANTAN
📍Tarikh: 16/11/2018 (Jumaat)
Masa: 2.00 petang (selepas solat Jumaat)
Tempat: Masjid Muhammadi, Kota Bharu

—————————————

PERAK
Tarikh : 16 November 2018 (JUMAAT)
Masa : Selepas Solat Jumaat
Tempat : Masjid Negeri Perak, Ipoh
Tema Pakaian: PUTIH

—————————————

NEGERI SEMBILAN
Tarikh : 23 November 2018 (JUMAAT)
Masa : 2.00 Petang
Tempat : Masjid Negeri, Seremban
Tema Pakaian: PUTIH

—————————————

MELAKA
Tarikh : 24 November 2018 (SABTU)
Masa : 8.00 Malam
Tempat : Masjid Kg Hulu Melaka ke Dataran UTC
Tema Pakaian: MERAH

—————————————

Sila panjangkan jemputan kepada seluruh umat Islam dan rakyat di Malaysia.

TUNJUKKAN PENDIRIAN ANDA DI HIMPUNAN BANTAH ICERD

#SelamatkanMalaysia🇲🇾
#TolakRatifikasilCERD 
#bangkitkembali


HIMPUNAN PERPADUAN UMMAH  (video penuh durasi 1:25:22)

di Kampung Gajah, Pasir Salak


Gambar 1 : ICERD - Jangan sampai Melayu amuk

Gambar 2 : Kesabaran sudah hilang, tiada lagi toleransi

Puisi : Tidak Kepada ICERD

Asal datang berhamba
tidak kami menjemput jua tidak kami menghambat
di ajak duduk hidup bersama, asalnya hamba di mulia sebagai manusia.
Di tanah berkat berpijak kalian 
beradab hormat.

Hari ini
Hati makin hitam
hajat ingin menjarah
bumi di tumpang ingin di milik
tuan mahu di hambat
milik mahu di palu...
wajah kusam pendatang bengis merampas!

Pedang terbang moyang di Sungai Manik,
Kampung Baru dan Keramat
Keris perak di Utara Tanjung hingga ke Hulu Melaka mula bergegar
mahu keluar dari sarungnya...
Seluruh tanah berkat pasti sepakat.

Tanah tumpang sekaki mahu sedepa
betis di beri peha mahunya...

Wali kami memberi ingat
jangan di usik agama dan adab
Semboyan di tangannya
menanti kami azan jihadnya...langkah kami sederap, lidah basah zikr hati cekal memburu syahid. 

Petualang bangsa, munafik haraki,
sesuap nasi yang kalian harapkan, dayus kalian sebagai khadam
...akan di ludah kuburan kalian
nasab tujuh keturunan.


#TIDAK2ICERD



PERHIMPUNAN BANTAH ICERD BESAR-BESARAN..

8 DISEMBER 2018

KUALA LUMPUR





UNTUK KITA KENANG
  • Zaman Portugis : 1511 - 1641 (130 tahun)
  • Zaman Belanda : 1641 - 1824 (183 tahun)
  • Zaman British 1 : 1824 - 1942 (118 tahun)
  • Zaman Jepun : 1942 - 1945 (3 tahun)
  • Zaman British 2 : 1945 - 1957 (12 tahun)
Selama 446 tahun Tanah Melayu dijajah dan kita perjuangkan sendiri tanpa simpati dari bangsa yang datang terkemudian. Kini mereka yang datang kemudian itu berani menuntut hak dan mahu dilayan sama rata seolah merekalah yang telah bersusah payah selama ini.


UNTUK SIARAN SEGERA

Konvensyen Antarabangsa Mengenai Pembasmian Diskriminasi Kaum (International Convention On The Elimination Of All Forms Of Racial Discrimination - ICERD)

Kerajaan Pakatan Harapan tidak akan meratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Pembasmian Diskriminasi Kaum (International Convention On The Elimination Of All Forms Of Racial Discrimination - ICERD). Kerajaan akan terus mempertahankan Perlembagaan Persekutuan di mana di dalamnya termaktub kontrak sosial yang telah dipersetujui oleh semua wakil kaum semasa pembentukan negara ini

PEJABAT PERDANA MENTERI
PUTRAJAYA
23 NOVEMBER 2018

Tuesday, 16 October 2018

Ini cerita orang ada mata... Bukan cerita orang buat-buat buta...

Arkib : 17 Oktober 2018

Ini cerita orang ada mata... Bukan cerita orang buat2 buta.

Kau kata Najib mencuri, duit BR1M makin tahun makin ditambah.

Kau kata Najib mencuri, sekolah tahfiz dijaga rapi.

Kau kata Najib mencuri, nelayan dan Felda tak pernah kecewa.

Kau kata Najib mencuri, Sabah & Sarawak dapat lebuhraya bebas tol. Projek Bakun dah lama terbengkalai bawah pemerintahan Mahathir pun dihidupkan semula dan disiapkan. Projek-projek lain on the way..

Kau kata Najib mencuri, SME businesses berkembang pesat. Jutawan muda entah berapa orang dilahirkan sepanjang 9 tahun ni...

Kau kata Najib mencuri, jemaah haji sponsored makin ramai tiap tahun.

Kau kata Najib mencuri, MRT hampir nak siap lingkaran lengkap.

Kau kata Najib mencuri, HSR menunggu nak mula pembinaan.

Kau kata Najib mencuri, aku tak pernah kebuluran, gaji aku kena potong RM10 dipaksa menderma ke tabung bidaah.

Kau kata Najib mencuri, aku tak pernah diacah dipaksa kerja hari Sabtu.

Kau kata Najib mencuri, Tabung Haji, Khazanah, tak pernah rugi..malah makin meningkat berganda-ganda. 

Kau kata Najib mencuri, tapi gaji tahunan tahun 1999 dulu naik RM90, now naik RM250 setahun. Tak pernah gaji aku dipotong, mula bayar cukai lepas dapat over 4K.

Kau kata Najib mencuri tapi elaun RELA dinaikkan.

Kau kata Najib mencuri, rizab negara meningkat 3 kali ganda bebanding zaman PM 4.

Terlampau banyak lagi benda pelik yang telah dibuat oleh si pencuri ni demi kemajuan dan kemaslahatan rakyat for the next 50 years. Di bawah pentadbirannya, ekonomi negara pesat, hutang negara 50.8% of the KDNK. Di banding zaman semua benda bersubsidi dulu, hutang over 100% dari KDNK. Apa kejadahnya?

Kau kata Najib mencuri, tapi kau baru mula kerja, gaji basic tak sampai RM2K, kau berani drive Honda City, Toyota Vios, bermewah makan, melancong, beriphone-X.

Tuduhlah dia mencuri.
Butakan mata, pekakkan telinga.
Kalau iye dia mencuri.

Kalau dia tak mencuri dan anda hanya jadi tukang angguk kepada orang yang anda sembah, yang gelojoh menjatuhkan seorang pemimpin adil berjiwa  rakyat..jenuhlah merangkak nak mencari orang yang difitnah 'di sana' nanti..


Sepanjang 10 Tahun Inilah PM Najib Razak Laksanakan Demi Rakyat

  1. BR1M
  2. PR1MA
  3. Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia
  4. Bantuan khas awal persekolahan 1Malaysia
  5. Klinik 1Malaysia (Bayar RM1)
  6. Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M 2.0)
  7. Subsidi RM20,000 Rumah Mesra Rakyat
  8. Baucar Buku 1Malaysia untuk pelajar IPT
  9. Gaji minimum
  10. Lebuhraya tanpa tol Pan Borneo
  11. Mansuh tol paling banyak
  12. Elaun 3 bulan kepada pesawah
  13. Elaun 3 bulan kepada nelayan
  14. Hapus hutang peneroka FELDA
  15. Beri elaun SL1M RM2,000
  16. MRT
  17. Bantuan Teksi 1Malaysia 
  18. Mansuh Yuran Sekolah
  19. MyDeposit - Kerajaan tolong bayar deposit rumah
  20. ADAM50
  21. Diskaun PTPTN sehingga 20%
  22. Koata Haji Khas untuk pesara dan veteran ATM
  23. Klinik bergerak 1Malaysia untuk pedalaman
  24. Pusat Bersalin Berisiko Rendah 1Malaysia
  25. Bantuan Khas Untuk Pekebun Kecil Getah
  26. ECRL

Anda Setuju Kerajaan Pakatan Harapan Bubar?

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...