Some write for money. Some write to share.
I write to share for your knowledge. Religions, Politics and Conspiracy Theories, these are my fields of interests.
I am not a perfect person. Please correct me if you saw my mistakes so that I will learn from it…
FASE KE 5 SEMAKIN DEKAT ❗ INILAH MALHAMAH AL KUBRO ~ Ustadz Zulkifli MA Full HD 1080p 60 fps https://youtu.be/XMGT4M3XD0k
Kami hadir untuk Anda yang akan haus akan ilmu dan kajian Islam tentang akhir zaman
Mohon dukung terus channel dakwah ini dengan cara klik tombol subscribe dan Klik tombol lonceng nya untuk mendapatkan notifikasi video terbaru.
Dan jangan lupa Klik tombol like dan share jika video ini bermanfaat , serta tinggalkan komentar di kolom comment untuk forum diskusi dan pertanyaan
Barakallahu fik Ustadz Zulkifli Muhammad Ali
DISCLAIMER :
Some contents are used for educational purpose under fair use. COPYRIGHT DISCLAIMER :
Under Section 107 of the Copyright Act 1976, allowance is made for "fair use" for purposes such as criticism, comment, news reporting, teaching, scholarship, and research. Fair use is a use permitted by copyright statute that might otherwise be infringing. Non-profit, educational or personal use tips the balance in favor of fair use.
For copyright matters please contact us at : almanhaj73@gmail.com
Posted on April 21, 2020 : 21 Pesanan Bermakna Dari Beliau, Ustaz Ebit Liew
“Walaupun kita miskin, tapi bila kita ada agama, kita bahagia.”
“Kita solat bukan sebab kita baik, tapi sebab kita hamba Allah.”
“Siapa betulkan solat, Allah betulkan hidup dia.”
“Ketika kita ingat Allah, Allah ingat kita. Ketika kita lupa Allah, Allah tetap ingat kita.”
“Kita selalu ingat apa yang kita nak dari Allah, tapi kita selalu lupa apa yang Allah nak dari kita.”
“Melihat bukan dengan mata tapi dengan hati. Hati yang kenal Allah SWT akan sentiasa belajar mencari kebaikan orang.”
“Kemusnahan hidup seseorang bermula apabila dia mula bersangka buruk terhadap sekelilingnya. Dan kemuncak kemusnahannya adalah apabila dia mula bersangka buruk dengan Tuhan.”
“Tak mengapa orang hina atau aibkan kita, kita bukan hidup untuk penghormatan manusia tapi hanya untuk Allah sayang.”
“Segemuk-gemuk ikan pasti ada tulangnya. Sekurus-kurus ikan pasti ada dagingnya. Sebaik-baik orang pasti ada buruknya. Seburuk-buruk orang pasti ada baiknya. Buang yang keruh ambil yang jernih, carilah baik dalam buruk orang, itulah akhlak. Carilah buruk dalam kebaikan diri sendiri, itulah ikhlas.”
“Untuk Allah bantu kita, kita kena dapat doa orang yang makbul doanya. Pertama doa mak ayah kita. Kedua, doa isteri. Ketiga, doa orang baik-baik serta kawan-kawan kita walau melalui ucapan di Facebook. Doakanlah semula kebaikan buat mereka.”
“Bila kita bawa orang yang jauh dari Allah kembali kepada Allah, itulah cinta yang sebenar.”
“Biar apa orang nak kata, yang penting kita hidup untuk Allah sayang.”
“Kita cuba tutup kesedihan dengan hiburan. Tetapi, akhirnya tiada apa yang kita dapat. Kerana ubat kesedihan adalah sujud dan mengadu kepada Allah.”
“Dalam hidup ini, kita kena ingat Allah sentiasa sayang kita. Bila Allah sayang dia beri kebaikan, dia beri kita hati yang tenang. Jadi kita kena banyak puji Tuhan.”
“Bila kita dakwah orang tapi orang tak dengar, kita doa; Ya Allah, mereka tak tahu, tak faham, mereka lupa. Ya Allah, beri hidayah kepada dia.”
“Segala benda tak ada yang kebetulan, tak sengaja dan sengaja, itu semua Allah dah aturkan. Allah dah pertemukan. Tujuannya untuk kebaikan.”
“Wanita ini amat lembut dan dijadikan untuk disayangi, dikasihi dan dibimbing untuk masuk syurga. Allah jadikan mereka untuk melengkapi kita. Pasti tidak ada silap. Silap hanya bagaimana diri kita menyingkapi dan melaluinya.”
“Semua manusia ada hati dan keinginan untuk jadi baik.”
“Jangan risau kalau kita buat baik orang tak nampak, yang penting Allah nampak.”
“Bila cinta kerana Allah, untuk Allah sayang. Cinta itu akan kekal. Tapi jika cinta selain dari itu belum ada jaminan apa-apa. Berusaha mengasihi keluarga kita kerana Allah untuk redha Allah.”
“Kita sentiasa mengharapkan kasih sayang daripada manusia. Namun para sahabat hanya mengharapkan kasih sayang daripada Allah. Anugerah yang sebenar-benarnya adalah daripada Allah. Orang yang paling disayangi oleh ramai orang boleh jadi akan dibenci sekelip mata. Tetapi itu tidak penting, yang penting apabila Allah sayang.”
Dalam Pelaksanaan Dakwah ini dan Penyebaran nya, Al-Hujjah memerlukan biaya yang tidak kecil..
Untuk itu Al-Hujjah membutuhkan uluran tangan Donatur untuk membantu Keberlangsungan dan Perkembangan Dakwah Al-Hujjah..
Bantu Yuukk Operasional Dakwah Al-Hujjah..
Siapa yang mau Mendapat kan lebih baik daripada Onta Merah?...
“Maka demi Allah, sekiranya Allah memberi hidayah kepada seorang saja (karena dakwah) melalui diri mu, (itu) adalah lebih baik bagi kamu daripada kamu memiliki unta-unta merah.” (HR. Bukhari)
Ikut yuukk berperan serta dalam Dakwah untuk Perjuangan Agama Islam agar semakin banyak yang mengenal islam dan yang mengerti islam, sehingga semakin banyak yang menjalankan Perintah dan Larangan Allah, agar Islam semakin Besar dan Jaya..
Jadikan juga ini Amalan Sholeh yang Istiqamah karena Allah mencintai Amalan Yang Istiqamah, yaitu Amalan Yang di lakukan secara konsisten walapun sedikit, dengan menjadi Donatur Tetap Al-Hujjah untuk membantu Dakwah..
Berikan Pinjaman nya kepada Allah, Perniagaan dengan Allah tidak akan sia-sia...
Salurkan Jihad Harta Fi Sabilillah melalui :
Bank Central Asia (BCA) norek : 2766015554 a/n. Dedy Harfeni
Insya Allah ini akan menjadi Syafaat nya kelak di Akherat dengan menyebar nya ilmu yang bermanfaat..
Petogogan, Kebayoran Baru, JakSel
Syukron wa jazakumullahu khoir
Wassalamu alaikum warahmatullahi wabarakayuh..
Majelis Taklim Al-Hujjah
wa : +62818 9600 13
fb : Al-Hujjah
YouTube : AL-HUJJAH Channel Islam
Rumah Dakwah Al-Hujjah :
Jadikan ini Amalan Istiqamah Yang Dicintai Allah dengan Menjadi Donatur Tetap nya Al-Hujjah...
Ayoo Salurkan ZAKAT, INFAQ & SHODAQAH untuk Membantu Operasional & Terselenggara nya Dakwah Al-Hujjah, melalui :
Majelis Taklim Al-Hujjah
Bank Central Asia (BCA) 2766015554 Dedy Harfeni
Semoga menjadi Amal Sholeh Jariyah yang memberi Syafaat kelak di Akherat.
wa : +62818 9600 13
fb : Al-Hujjah
Petogogan, Kebayoran Baru, JakSel.
YouTube : AL-HUJJAH Channel Islam
Rumah Dakwah Al-Hujjah : Jl. Wijaya Timur Raya no. 105 A,
p/s : Teks ini dikekalkan daripada bahasa asal iaitu Bahasa Indonesia.
Pada usianya 18 tahun sekitar tahun 1878, Tok Kenali telah berangkat ke Mekah dengan berbekalkan RM22 sebagai belanja makannya disana. Hasil bantuan orang kampung mengumpul RM50 untuk tiketnya pergi ke Mekah, Tok Kenali pun menaiki sebuah kapal laut.
Kehidupan sehari-harinya di Mekah penuh dengan tawakal. Beliau tidak mempunyai pakaian yang lebih daripada sehelai, tidak memiliki wang, tidak siapa mengetahui beliau makan ataupun tidak pada setiap hari siang ataupun malam. Hampir-hampir tidak ada orang yang mengenalinya di Mekah ketika itu.
Orang yang tidak mengenalinya hanya memperhatikan keanehannya berada dari satu halaqah ke satu halaqah yang lain dalam Masjidil Haram, Mekah. Keberadaannya dalam sesuatu halaqah tidak pula membawa sesuatu kitab seperti orang lainnya. Pada kebanyakan masa ketika duduk dalam halaqah beliau memejamkan mata, orang menyangka beliau bukan mendengar pelajaran tetapi tidur. Antara ulama yang mengajar dalam Masjid al-Haram ketika itu ada yang tembus pandangannya, diketahuinyalah bahawa pemuda yang aneh itu bukanlah sembarangan orang, martabatnya ialah seorang ‘Wali Allah’.
Walau bagaimanapun, tidak seorang ulama peringkat Wali Allah di Mekah mahu membuka rahsia itu kepada murid-muridnya. Ketika Tok Kenali sampai di Mekah, Sibaweh Soghir Syeikh Ahmad al-Fathani telah mengetahui pemuda yang berasal dari Kelantan itu, tetapi sengaja tidak dipedulikannya kerana pada firasat Syeikh Ahmad al-Fathani pemuda Kelantan itu sama ada lekas ataupun lambat akan datang juga kepada beliau.
Dalam masa berbulan-bulan peristiwa seperti di atas, pada satu ketika Tok Kenali mengunjungi halaqah Syeikh Ahmad al-Fathani. Tok Kenali duduk jauh di belakang pelajar-pelajar lain. Syeikh Ahmad al-Fathani telah mempersiapkan sekurang-kurangnya tiga kemusykilan atau masalah, yang pada pemikiran Syeikh Ahmad al-Fathani tidak akan dapat dijawab oleh siapa pun yang hadir dalam majlis pengajiannya, kecuali seseorang itu memiliki pandangan ‘kasyaf’ ataupun telah memperoleh ‘ilmu ladunni’.
Sewaktu Syeikh Ahmad al-Fathani melemparkan pengujian atau pertanyaan kepada semua pelajar, Tok Kenali seperti orang tidur-tidur saja. Semua pelajar terdiam, tidak seorang pun berkemampuan menjawab masalah yang dikemukakan oleh Syeikh Ahmad al-Fathani. Tiba-tiba Syeikh Ahmad al-Fathani menyergah pemuda Kelantan yang sedang tidur. Pemuda itu terkejut. Syeikh Ahmad al-Fathani menyuruhnya supaya datang ke hadapan duduk bersama beliau. Disuruhnya pemuda Kelantan itu menjawab masalah ujian yang dikemukakan lalu semuanya dijawab dengan sejelas-jelasnya.
Setelah peristiwa itu Tok Kenali menjadi murid yang paling mesra dengan Syeikh Ahmad al-Fathani. Bahkan Tok Kenali menjadikan dirinya sebagai ‘khadam’ kepada Syeikh Ahmad al-Fathani. Seluruh gerak dan diam Tok Kenali hanyalah berkhidmat kepada gurunya itu, kerana diketahuinya bahawa seluruh kerja Syeikh Ahmad al-Fathani semata-mata untuk kepentingan agama Islam dan bukan kepentingan peribadinya.
Maka bermastautin lah Tok Kenali di Mekah selama 22 tahun sehinggalah gurunya Syeikh Ahmad al-Fathani wafat pada tahun 1908, barulah beliau pulang ke tanah air menabur bakti yang tidak ternilai.
Zaman remaja adalah zaman yang paling indah dalam kehidupan. Di usia ini ramai diantara kita yang punyai pelbagai impian dan cita cita untuk dilaksanakan dalam bakal kehidupan akan datang.
Di kala ini kita punyai ramai teman teman sepermainan..berbual...enjoy enjoy...jalan jalan cari makan...konvoi motor kapcai dan sebagainya.
Seiring dengan perjalanan masa dan waktu..usia kita makin meningkat...pengalaman hidup ditambah...ilmu dan kemahiran dipelajari dan dipraktikkan..sekali sekala menjala dan serkap petua dan pesanan orang tua dan lama yang masih bersama.
Guru guru berpesan
Hidup ini kita jangan lalai
Kurang gelak ketawa hilai
Agar hidup tidak terbengkalai
Suatu masa kau akan mengerti
Bekal otak isi ilmu isi hati
Amal yang dilaku jangan puas hati
Bawal bekal menunggu mati
Bila melihat dan menghayati alam buana semesta terbentang ini
Aku membayangkan ia hampir sama dengan perjalanan kehidupan manusia.
Dunia pastinya telah melalui zaman remajanya dan sampai masa ia juga akan berakhir sama seperti kehidupan manusia dan makhluk lainnya.
YANG KEKAL...HANYA PENCIPTA SEKALIAN ALAM...ALLAH S.W.T
Dunia yang dijadikan ini luas terbentang..sebelumnya engkau bebas bergerak kemana sahaja..melancong..bersiar siar..berjalan jalan...
Bukankan banyak ayat ayat Allah memerintahkan untuk mengembara di atas muka bumi melihat kehebatan dan kekuasaanNya.
Sekarang ini dunia ini menjadi begitu kecil sekali...pergerakkan dirimu sudah menjadi terhad dan kaku.
Sebelumnya engkau sering melaungkan slogan kebebasan...freedom for all
Dimana nilai kebebasan sekarang?
Mulutmu sudah terkunci kaku?
Mengapa langkah mu yang panjang dulu sudah kendur?
Rasa terikat dan terbeban?
Kalau dahulu hanya manusia bisa mengurung haiwan dan binatang...akhir zaman telah TERBUKTI haiwan ( covid 19 ) juga bisa mengurung manusia.
Adakah sekarang kamu sudah merasakan bahana dikurung dan dihadkan pergerakan?
Apa yang berlaku ianya datang bukan kebetulan...
Kadangkala ROTAN KASIH SAYANG ALLAH itu deras dan kuat libasannya.
Jangan melihat kepada rotan itu
Jangan berkira dengan libasannya perlahan atau laju
Pandang dan kembalilah kepada yang MEROTAN kita semua.
Ayat ayatNya dah lama diabaikan.
PeringatanNya engkau permain mainkan
TeguranNya engkau acuh tak acuh.
KASIH SAYANG DAN RAHMATNYA TIDAK PERNAH SURUT.
LIMPAHAN NIKMATNYA MASIH BELUM BERAKHIR.
Setelah sekian banyak pintu pintu berteraskan keduniaan sudah ditutup
DIA MASIH MEMBUKA PINTA TAUBAT DAN PENGAMPUNAN UNTUK SEMUA HAMBANYA.
Hari ibu ialah hari mother church atau ibu gereja kristian.. siapa yang nak sambut silakan... siapa yang rasa takut rosak akidahnya, sebab raikan hari besar kristian ini... jangan sambut!
Betul ke hari ibu haram di sambut?
-Ustaz Azhar Idrus (Original):
begitulah kata setengah ulamak.. Nabi s.a.w ajar kita mengingati ibu sepanjang masa..
-Ustaz Azhar Idrus (Original): sebaiknya ikut cara islam iaitu sepanjang hari ingat kepada ibu yang banyak jasanya kepada kita, bukan setahun sekali..
-Ustaz Azhar Idrus (Original): hari ibu dan hari bapa ialah hari perayaan bukan Islam..kenapa kita mesti nak sambut juga? kenapa orang barat tak sambut Awal Muharram atau Maulidur Rasul?
-Ustaz Azhar Idrus (Original):
Maksud sabda Nabi s.a.w:
"Kalian akan mengikuti adat tradisi umat sebelum kamu sejangkal demi sejengkal. Sehasta demi sehasta, sehingga sekiranya mereka masuk ke dalam lubang biawak (pun), kamu akan mengikutinya juga."
Para sahabat nabi bertanya:
"Wahai Rasulullah, apakah mereka itu orang-orang Yahudi dan Nasrani?"
Jawab baginda Rasulullah: "Kalau bukan mereka, siapa lagi?"
Pengalaman Semasa Hadir Ke Pengkebumian Dato' Ustaz Ismail Kamus
MasyaAllah..
Catatan Ustad Halim Din :
Belum terlambat rasanya untuk menceritakan sedikit pengalaman semasa hadir ke pengkebumian Murabbi Ummah.. Almarhum Dato’ Ustaz Ismail Kamus pagi tadi.
Selama ini saya hanya membaca dan mendengar cerita tentang Arwah Tuan Guru Nik Aziz dan Tuan Guru Haron Din. Tapi hari ini, bersaksi mata kepala sendiri. Suasana redup dari awal pagi sehinggalah solat jenazah yang hanya dibenarkan ahli keluarga untuk solatkan jenazah Almarhum Ustaz Ismail Kamus.
Semasa di Tanah Perkuburan pula, matahari mula memancarkan teriknya.. Sehinggalah Van Jenazah tiba.. Kelihatan satu ketulan awan yang menutupi panas matahari mengiringi jenazah Almarhum...
Awan tersebut terus melindungi cahaya matahari sehinggalah jenazah diturunkan ke liang lahad dan kedengaran tukang gali kubur meminta untuk dihulurkan papan untuk menutupi liang lahad, kemudian barulah awan tersebut beredar membiarkan terik matahari memancar ke bumi.
Alhamdulillah, Allah berikan peluang untuk melihat kebesaranNya bagi balasan kepada hamba-hamba yang sentiasa patuh dan mulut yang sentiasa menitipkan nama kebesaranNya, berjuang di atas jalanNya, dan berdakwah menyebarkan agama yang suci.. Subhanallah.. tak henti-henti mulut ini bertasbih memuji kebesaran Sang Pencipta.. Hampir juga menitis air mata mengenang bagaimana pula jika waktu kita tiba kelak.. Allaahu akhbar!!
TANDA LAILATUL QADAR DAN AMALAN BACAAN 10 MALAM AKHIR RAMADHAN
▩ Tanda paling TEPAT, bahawa malam tadi Lailatul Qadar... matahari pagi esoknya, selepas Lailatul Qadar.. kurang menyinar. Kerana dilindung oleh sayap² Malaikat yang nak naik ke atas semula selepas mereka turun semuanya ke bumi dimalam Lailatul Qadar.
■ Dan air laut terasa tawar.... mungkin orang yang terpilih sahaja dapat merasainya.... Pokok² sujud..... Pada malam itu juga, tidak terlalu panas dan tidak terlalu sejuk. Dan keadaan langit putih pada esoknya... malam itu juga, anjing tidak menyalak...
■ Jangkaan berlakunya Malam Lailatul Qadar, jika puasa bermula pada hari isnin... ada yang mengatakan mungkin malam ke 21 dan mungkin juga malam ke 27. (Namun hanya الله yang tahu, bila waktu yang tepat berlakunya Lailatul Qadar).
✔ Apabila ketika masuk 10 hari akhir bulan Ramadhan... Baginda Muhammad s.a.w.mengikat kainnya, bersungguh² dengan ibadah dan menggerakkan isteri² (ahli keluarga) baginda bangun bersama berqiamullail.
✔ Mulai malam 21 sehingga malam terakhir Ramadhan bacalah, Surah Al-Zalzalah 2x, Surah Al-Kafirun 4x, Surah Al-Ikhlas 3x dan Surah Yassin 1x.
Nabi Muhammad s.a.w. menyebutkan dalam hadis yang maksudnya:
"Sekali baca surah Al-Zalzalah itu seperti membaca ½ Al-Quran. Sekali baca surah Al-Kafirun itu seperti membaca ¼ Al-Quran. Sekali baca surah Al-Ikhlas itu seperti membaca ⅓ Al-Quran. Dan siapa baca surah Yassin seumpama membaca 10x Al-Quran".
Catatan Terakhir Kuliah Al-Marhum Dato Ismail Bin Kamus.
Baca Yasin malam Jumaat adalah ibadat. Baca Yasin malam Jumaat fadhilatnya tertera dalam hadith yang bertaraf dhoif. Dalam mazhab Syafie boleh beramal dengan hadith dhoif ini dalam fadhail ‘amal dan tidak mengapalah kita beramal dengannya.
Pergi ke kubur pada hari raya tidak mengapa kerana ia masuk dalam umum hadith Ziarahlah Kubur.
Amalan menyiram air pada kubur ada dalilnya kerana Nabi buat dan ia dibolehkan. Jangan berbalah pada isu khilafiah. Aman dunia ini.
Memang zaman Nabi tiada mazhab kerana Nabi ada. Tetapi selepas itu kita perlu ikut ulama. Ulama dah susunkan. Kita dah ada paip guna air paip tu sudahlah cukuplah. Tak perlu ceduk air kat sungai Klang itu.
Jangan kita condemn orang yang wirid orang yang baca yasin malam jumaat dan selainnya. Eloklah baca yasin malam Jumaat.
Nabi mengamalkan jampi dan bacaan tertentu untuk perubatan.
Amalkan membaca surah Al-Fatihah setiap kali selepas selesai solat maka insya Allah aman dari segala bencana.
Beruntunglah sesiapa yang membaca dan amalkan surah Al-Fatihah ketika memulakan majlis dan pengakhiran majlis, permulaan taklimat, permulaan mensyuarat dan selainnya. Amalkan ia.
Teruk betul orang yang membid’ahkan amalan Qunut Subuh.
Isu lafaz Usholliy ketika mahu solat sudah selesai. Ia tidak bercanggah dengan syariat. Lagipun ia di luar solat bukan dalam solat.
Ada solat sunat sebelum Jumaat. Saya sekarang amalkan ianya.
Tiada masaalah menyapu muka selepas solat.
Dato Ismail Kamus menegaskan bahawa Allah Wujud Tanpa Bertempat. Allah tidak memerlukan kepada tempat. Inilah akidah Islam. Wahhabi dan Syiah menolak akidah benar ini.
Amalan Tahlil digalakkan.
Baca Yasin ke atas jenazah.
Belajar akidah Sifat 20. 50 sifat.
Semoga ruh dan jasad beliau dirahmati Ilahi. Lahu Al-Fatihah. Aamin.
Gambar 1 : Daripada Sumber Rasmi - Persatuan Perubatan Islam
Gambar 2 : Dipetik daripada Facebook Allahyahram Tuan Guru Dato' Ismail Kamus
Tokoh pendakwah tanah air dan Pengasas Persatuan Perubtan Islam DarusSalam Malaysia, Tuan Guru Dato' Ismail Kamus telah kembali ke rahmatullah Jam 12.30 pagi, 8 Mei 2020 di kediaman beliau di Ampang.
Semoga Allah SWT menempatkan beliau ditempat yang mulia di sisi Allah SWT ta'ala.
الفاتحة
Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga arwah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman..
Ini antara 34 mutiara kata Ustaz Dato' Ismail Kamus yang dapat saya (Zaim Zin) kumpulkan pagi ini.
Bacalah. Semoga ada yang memberi manfaat pada kita sebagai rantai pahala beliau.
34 Mutiara Kata Daripada Ustaz Dato' Ismail Kamus
"Dalam perjuangan, penat akan hilang, tetapi pahala akan berpanjangan"
"Memang baik menjadi orang penting. Tetapi lebih penting menjadi orang baik"
"Kita bukan gila kuasa. Tetapi kita mahu mengambil kuasa daripada orang gila"
"Bukan kematian itu yang harus ditakuti. Tetapi kehidupan setelah kematian itulah yang harus ditakuti"
"Sedekah itu tabung akhirat. Jangan kita anggap yang sedikit tu sedikit. Walhal orang yang tidak memberi tu, lagi memiliki sedikit"
"Jangan jadi macam burung unta. Burung bukan, unta pun bukan. Sama macam manusia, nak kata islam pun bukan, bukan islam pun bukan. Waktu nikah islam, mati pun ikut islam. Tapi, masa hidup tak nak ikut islam"
"Dunia bukan tempat berehat, tetapi tempat beribadah"
"Boleh makan semua yang halal, tetapi jangan berlebihan"
"Selalulah solat berjemaah walau payah macam mana pun, boleh jadi jemaah itu dapat menampung pahala berlipat ganda"
“Bila kita tidur, jantung kita jalan. Bila kita berlari, jantung kita jalan. Bila kita berhenti, jantung kita jalan. Bila jantung kita berhenti, kita jalan"
“Kalau seksa neraka boleh dilihat dengan mata, masjid 16 tingkat pun takkan muat untuk jemaah untuk tunaikan solat”
"Azan bermula dengan Allahuakhbar untuk menyatakan pada kita bahawa yang sebenarnya Allah lah yang Maha Besar. Diikuti dengan pengakuan tuhan yang wajib disembah ialah Allah dan akui nabi Muhammad sebagai nabi Allah. Lepas tu baru laungan ajak solat"
"Ketika azan subuh kedengaran, berapa ramai yang hatinya tersentak untuk solat berjemaah? Berapa ramai yang melihat jemputan bilal tu sebagai jemputan akhirat?"
"Solat adalah kerehatan. Pasal ketika solat sepatutnya kita lupakan keresahan, kerisauan dan kepenatan dunia ni"
"Barangsiapa menanam padi, lalang akan tumbuh. Barangsiapa menanam lalang, padi tak akan tumbuh. Kalau cari akhirat, dunia akan dapat tetapi kalau cari dunia, akhirat tak akan dapat"
"Kita sedia maklum bahawa masa yang diperuntukkan oleh Allah kepada kita ada 3 sahaja. Iaitu, semalam, besok dan, hari ini. Yang semalam dah tak ada, yang besok belum tahu lagi, yang tentu ada sekarang. Maka kita gunakan masa yang sangat sedikit itu untuk mendekatkan diri kepada Allah"
"Ibadat jangan tunggu masa lapang. Kita yang melapangkan masa untuk ibadat"
"Amalkan setiap hari, solat berserta solat sunat. Baca AlQuran (pagi Yasin, malam pula AlMulk, AsSajadah, dan AlWaqiah). Zikir Allah (100 kali), tahlil (300 kali), selawat (100-1000 kali), istighfar (100 kali) dan sedekah"
"Tuntutlah ilmu kerana 3 tujuan.1. menghilangkan kejahilan, 2. beramalah dengan ilmu tersebut; dan 3. mengajarkan orang dengan ilmu yg ada"
"Janganlah pula setelah berilmu, kita memperbodoh-bodohkan orang lain"
"Jagalah hati sampai mati"
"Orang berakal wajib solat. Orang gila tak wajib solat. Orang tak solat orang gila"
"Yang suka asap ni, jin je"
"Jangan dipandang kepada berapa besar dosa yang dibuat tetapi pandanglah kepada siapa kita berbuat dosa itu"
"Sebenarnya duit yang kita derma itulah bahagian kita punya. Yang simpan dalam poket tu belum tentu lagi. Boleh jadi formen punya, boleh jadi klinik punya, yang semestinya waris punya. Kita punya yang mana? Yang kita sedekah itulah yang kita punya"
"Dibimbangi maksiat kita membuatkan Allah murka kepada kita, walaupun maksiat itu kecil. Bimbang kita tak sempat bertaubat"
"Tidur itu mati sementara. Mati itu mati selama-lamanya"
"Cinta dan sayang pada Ulama’ kerana Ulama’ adalah pewaris Nabi"
"Di dunia bukan tempat untuk berehat, tetapi tempat untuk beribadat"
Al fulusu fik Dunia, walmamfus fil ahirah... (gurau beliau yang ditujukan kepada yang suka rasuah)
"Naik sampan kecil pun laut berombak, naik kapal besar pun tetap laut itu berombak. Adakah kita mengelak ombak Tuan-tuan? Tidak, kita tetap belayar lautan berombak itu. Begitulah juga dalam perkahwinan, ada masalah jangan lari, lalui ombak yang tetap berombak itu"
"Beruk atas pokok, kalau angin ribut kencang lagi kuat dia peluk pokok tu. Tapi kalau angin sepoi-sepoi, boleh tertidur dan silap-silap jatuh beruk dari atas pokok. Dalam perkahwinan, jangan keras-keras, cakap kena lemah lembut. Para suami, ingat falsafah beruk ni"
"Kita mungkin cemburu apabila melihat orang lain lebih daripada kita dari segi gaji, pangkat, harta, kereta mewah dan rumah besar. Kenapa kita tidak pernah cemburu melihat ilmu dan amalan orang lain lebih daripada kita. Kenapa kita tidak pernah cemburu melihat orang lain bangun di sepertiga malam untuk solat tahajjud.
"Kita cemburu melihat orang lain tukar kereta baru, tetapi jarang kita cemburu melihat orang lain boleh khatam AlQuran sebulan dua kali"
Beliau pergi pada hari yang mulia dalam bulan mulia.
Kaset dan CD ceramah beliau laku keras. Penampilan beliau dalam Forum Perdana Ehwal Islam di nanti-nantikan. Teknik ceramah beliau menjadi rujukan ramai penceramah dan orang baik-baik. Bersahaja, tetapi tegas.
Antara tokoh-tokoh ulamak yang bergelar Tuan Guru Malaysia yang meninggal pada Hari Jumaat (tulisan dalam gambar) :
Almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nikmat pada malam Jumaat 12 Februari 2015. (gambar atas)
Almarhum Tuan Guru Dato Dr. Haron Din pada Jumaat 16 September 2016.(gambar pertengahan)
Almarhum Tuan Guru Dato Ustaz Ismail Kamus pada hari ini, Jumaat 08 Mei 2020 (gambar bawah terkini)
BELASUNGKAWA ALMARHUM USTAZ ISMAIL KAMUS : SOSOK BERJASA DALAM BIDANG DAKWAH
Oleh : Dr Riduan Mohamad Nor
Figura ini seangkatan dengan Almarhum Dr Haron Din, Almarhum Pak Yazid Jaafar, Almarhum Kiai Zainuddin MZ dan sesepuh Dakwah Fenomenal lain dalam dekad 1980an dan 1990an. Saat itu zaman tali kaset seterusnya CD yang dijual di pasar-pasar malam dan juga tapak ceramah. Zaman itu Aura Ustaz Ismail Kamus dengan lawak khasnya menjadikan kuliah-kuliah Agama Tumpuan Masyarakat. Tokoh ini dengan Adunan Bakat yang pelbagai sangat Popular di Negara ASEAN, juga reputasi beliau dalam perubatan Islam dan juga penglibatan dalam perjuangan Islam.
Ustaz Dato' Ismail Kamus dilahirkan pada 2 Disember 1948 di kampung Batang Rening, Ulu Selangor, dalam keluarga yang kuat berpegang dengan Ajaran Islam. Malah seorang adik kandungnya, Ustaz Jais Kamus juga seorang Tokoh Agama yang dikenali di Selangor. Ustaz Ismail Kamus telah mendapat pendidikan awal Formal, bermula di Sekolah Arab Batang Kali selama Enam Tahun.
Beliau juga mendapat Pendidikan Menengah Agama di Ma’ahad Hisyamuddin, Klang. Di Klang Anak Remaja ini mendapat suntikan semangat untuk mendalami Ilmu-Ilmu Agama secara bertalaqi, antara Gurunya ialah seorang Ulama' tersohor, Asy-Syeikh Mahmood al-Arif al-Bukhori. Ustaz Ismail Kamus seterusnya melanjutkan pelajaran ke Kolej Islam Klang, sebuah Institusi Pendidikan yang telah melahirkan ramai tokoh pelbagai bidang di negara ini.
Figura dakwah ini mendapat pendidikan tinggi di UKM Bangi di Fakulti Pengajian Islam. Beliau menamatkan Pengajian dengan memperolehi Ijazah Sarjana Muda Syariah dengan Kepujian di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada Tahun 1976. Semangat dan cita-cita untuk menambah Ilmu sentiasa membara dijiwa Tokoh Dakwah ini. Beliau juga pernah bermukim Ilmu di Beaver College Pennsylvenia, Amerika Syarikat.
Selain dikenali sebagai Panel Forum Perdana Hal Ehwal Islam yang Fenomena, Ustaz Ismail juga adalah Pengasas dan Penasihat Pusat Perubatan Darussalam yang berpusat di Gombak. Beliau melatih ratusan perawat-perawat Islam serta menyalurkan kepakarannya untuk berkhidmat kepada Masyarakat, termasuk di Brunei dan juga Singapura.
Ustaz Ismail selain dikenali sebagai Usahawan Muslim yang Sukses, juga pernah berkhidmat sebagai Guru, Pegawai Penyelidik, Pegawai dakwah selain pernah bertugas selama 15 tahun di pelbagai jabatan seperti di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), INTAN dan Pusat Islam. Kekayaan pengalaman inilah yang berjaya dituang dalam pengisian Ilmu Agama kepada Masyarakat sehingga nama Beliau meniti Bibir ke Bibir Masyarakat.
Pendakwah tersohor ini pernah digam oleh RTM kerana kelantangannya menyuarakan Aspirasi Islam, Beliau bersama dalam arus kebangkitan Rakyat pasca reformasi 1998 sehingga dipilih untuk bertanding di DUN Gombak Setia. Ustaz Ismail menjadi ADUN PAS di Gombak Setia apabila memenangi dalam Pilihan Raya di kawasan tersebut pada tahun 1999. PAS memenangi Empat Kerusi di Selangor iaitu Kajang, Sungai Burung, Gombak setia dan Sungai Besar dalam lantunan Gelombang Reformasi. Beliau juga pernah bertanding untuk Kerusi Parlimen Hulu Selangor dalam Pilihanraya Umum 2004 namun tewas kepada calon BN. Beliau pernah menjadi AJK Dewan Ulama PAS Pusat, AJK PAS Pusat, TPJ PAS Negeri Selangor, AJK PAS Selangor dan pelbagai Jawatan dalam Parti.
Reputasinya sebagai seorang Pendakwah Fenomenal dengan memberi Ceramah Agama di pelbagai Negara seperti di Asia Barat, Eropah, Brunei, Indonesia, Thailand, Singapura, United Kingdom, Amerika Syarikat, Kanada dan lain-lain. Undangan ini termasuk daripada kalangan ekspatriat dan pelajar-pelajar Malaysia di luar Negara.
Jasa dan sumbangan Ustaz Ismail Kamus begitu besar kepada kita semua dan keharuman Bakti ini menebar kepada seluruh lapisan Masyarakat tanpa mengira latarbelakang Politik, Harkat Sosial dan latarbelakang sosio Ekonomi. Dalam bidang kebajikan, bantuan kemanusiaan dan membantu insan lain, beliau adalah Penasihat kepada NGO, Muslim Care Malaysia sehinggalah nafasnya yang terakhir. Sikap cakna dan peduli ummah serta karektor Almarhum yang sentiasa menderma bukan lagi Rahsia. Sentiasa bertukar maklumat dan memberikan dokongan kepada Muslim Care Malaysia melalui Presidennya, Haji Zulkifli Wahijan. Dalam keuzurannya, Beliau tidak menolak untuk memberikan pengisian kerohanian dan memberikan ilmu tanpa sepicing pun rasa lelah dan bosan.
Ramadhan kali ini dalam suasana PKP yang suram, Rakyat Negara ini menerima berita sedih akan keuzuran Almarhum. Dalam beberapa tahun ini, Ustaz Ismail menjalani dialisis akibat penyakit buah pinggang, namun dalam jerih kesakitan pun beliau tetap tersenyum di meja-meja kuliah mencerahkan ummah. Sehari dua ini bergentayangan di medsos akan berita Beliau kembali Kerahmatullah, ini adalah manifestasi cintanya Rakyat kepada Almarhum Sang Murabbi. Malam Jumaat Ramadhan yang Barokah ini, Sang Daie ini mengadap Penciptanya dengan Jutaan Doa daripada Umat Islam.
Allah memuliakan Pendakwah ini yang menunjukkan kepada kita bagaimana detik-detik Umur Wajib dituangkan seluruhnya di Medan Dakwah dan khidmat bakti. Kita akan merindui candaan dalam Kuliah Almarhum yang menjentik tangkai hati kita semua untuk menjunjung nilai dan cara hidup Islam. Pesan-pesan berharga Almarhum lewat melalui Kaset, Rakaman CD, Media Sosial akan menjadi hasil tuaian Pahala berpanjangan kepada Almarhum Ustaz Dato' Ismail Kamus. Selamat berehat Wahai Sang Murabbi dan kami juga akan menyusul kelak. Alfatihah !!!
( Penulis Ialah Aktivis Kemanusiaan Tanpa Sempadan, Pengerusi LESTARI )
Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga arwah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman..
Moga Allah ampuninya, rahmatinya, maafkannya, muliakan kematiannya, lapangkan kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya. Semoga beliau ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman..
Mudah-mudahan Allah SWT ampuni dia, rahmati dia, maafkan dia, muliakan kematian dia, lapangkan kubur dia, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggal dia dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga dia di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman...
Copy paste dari grup WhatsApp Kenali Ulama, oleh Ust Tengku Yusuff hafizohullah.
----------
Tuan Guru Dato' Haji Ismail Kamus (1948 - 2020)
Tuan Guru Dato' Haji Ismail Bin Kamus dilahirkan pada 2 Disember 1948 di Kampung Batang Rening, Rasa, Ulu Selangor.
Mendapat pendidikan awal di sekolah rendah dan kemudian menyambung pengajian di Sekolah Arab Batang Kali selama 6 tahun. Beliau kemudiannya melanjutkan pelajaran ke Maahad Hisyamuddin, Klang di samping menuntut ilmu daripada Syeikh Mahmud Arif al-Bukhari. Selepas itu, Tuan Guru Haji Ismail Kamus melanjutkan pelajaran ke Kolej Islam Klang pada tahun 1966 hingga 1972 sebelum menjejakkan kaki ke UKM sehingga lulus Ijazah Sarjana Muda Syariah pada tahun 1976. Pada tahun 2016, beliau berkesempatan mendalami ilmu hadis dengan mengikuti pengajian berkitab 8 Hadith (Sunah Sittah) oleh Tuan Guru Baba Haji Karim.
Setelah selesai menuntut ilmu, beliau menjadi guru agama di sekolah rendah dan menengah, pengawai penyelidik dan juga pegawai dakwah. Selain bertugas selama 15 tahun di pelbagai jabatan termasuk Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan dan Pusat Islam, Kuala Lumpur, Tuan Guru juga pernah mengajar bahasa Arab di INTAN selama 6 tahun sebelum memilih untuk bersara. Disamping itu, beliau turut menjadi pakar rujuk di BAHEIS, Pusat Islam, Kuala Lumpur.
Tuan Guru Dato' Haji Ismail Kamus kemudiannya menjadi pendakwah bebas dengan memberi ceramah agama di seluruh negara di samping beberapa buah negara lain seperti United Kingdom, Brunei, Amerika Syarikat dan Singapura.
Beliau turut mengasaskan Perubatan Islam Darus Salam dan berguru dengan Tuan Guru Dato' Dr Haron Din.
Diantara buku karangan beliau ialah :
Wahai Tuhan, Engkaulah Penyembuh
Indahnya Hidup Bersyariat
Indahnya Amalan Doa
Jin - Hakikat dan Pengubatan
Atas jasanya, kerajaan Selangor telah menganugerahkan beliau sebagai Tokoh Maal Hijrah Negeri Selangor pada 1433 Hijrah.
Tuan Guru Dato' Haji Ismail Kamus meninggal dunia pada 15 Ramadhan 1441H bersamaan 8 Mei 2020 pada pukul 12.30 malam di kediamannya di Ampang.
Moga Allah Taala merahmati roh auliaNya. Amin
Disusun oleh : Tengku Yusuff
#KenaliUlamak
Antara tokoh-tokoh ulamak yang bergelar Tuan Guru Malaysia yang meninggal pada Hari Jumaat (gambar) :
Almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nikmat pada malam Jumaat 12 Februari 2015. (gambar atas)
Almarhum Tuan Guru Dato Dr. Haron Din pada Jumaat 16 September 2016.(gambar pertengahan)
Almarhum Tuan Guru Dato Ustaz Ismail Kamus pada hari ini, Jumaat 08 Mei 2020 (gambar bawah terkini)
Walaupun ramai tak setuju dengan jalan cerita filem baharu ini, namun aku tetap sokong hasil buah tangan terbaharu daripada pengarah filem, Mamat Khalid.
Sinopsis Filem
Filem Rock 4 : Rockers Never Dai adalah sebuah filem baharu bereksprimentasi mengenai watak-watak baharu yang bukan watak ikon dan nostalgik (Zack, Amy Mat Piah, Jijoe, Zul Kapan, Black dan Slash). Watak-watak lama pelakon asal yang dikekalkan di dalam filem ini daripada ahli kumpulan asal Rimba Bara hanyalah muncul sebagai cameo seperti watak Jijoe (Khir Rahman Hassan), Che Man (Kamarool Hj Yusoff) dan Slash (Pekin Ibrahim). Watak Jijoe dan Che Man hanya muncul sebagai cameo seperti dalam mimpi (sewaktu Dio sedang koma) manakala watak Slash secara sepintas lalu di pasar malam (sebab kes dadah antara Dio dengan Slash yang menyebabkan watak Slash jadi panas baran di akhir babak filem Rock 3 : Rock Bro).
Tidak dinafikan bahawa, persada kumpulan Rock tanahair dari kategori otai cuma tinggal nama (dalam filem ini). Namun begitu, fokus filem ini adalah untuk menunjukkan bahawa bagaimana pemuzik zaman era dekad awal millenium (tahun 2000 hingga 2019) meneruskan perjuangan muzik mereka tanpa identiti dan jati muzik latarbelakang yang kukuh dan mantap untuk terus bersaing di persada seni Tanahair.
Rimba Bara II : Dari kiri - Rayyan, Seri, Omar dan Acap
Di awal pembabitan mereka, The Royal Slackers (Acap, Seri, Omar dan Rayyan) juga menghadapi masalah seperti kumpulan asal Rimba Bara yang perlukan pengalaman dari segi persembahan di hadapan khalayak ramai serta pemilihan lagu yang sesuai dengan majlis yang mereka sertai. Mereka juga menghadapi masalah disiplin di dalam anggota kumpulan mereka sendiri iaitu Omar (juga mengalami ketagihan dadah) sehingga mengganggu persembahan pentas mereka.
Akan tetapi, seiring dengan perkembangan perjalanan semasa, muzik mereka ini semakin lama, semakin mantap kukuh. Ini adalah kerana apabila mereka telah diberikan panduan dan galakan serta bimbingan oleh pengurus mereka iaitu Dio Mat Lahab (watak utama filem ini). Akhirnya mereka telah menemui elemen muzik rock yang sesuai dengan perwatakan ataupun karektor muzik asal seperti daripada Rimba Bara.
Sedikit kredit juga telah diberikan oleh otai lama, Penyanyi Rock kental, iaitu Dato Awie (yang popular dengan band rocknya iaitu Wings) dengan mengilhamkan nama asal bagi menukar nama daripada The Royal Slackers kepada Rimba Bara II. Muzik rock lama tidak akan hilang kekentalannya apabila muzik tersebut sentiasa menjadi rujukan dan pilihan lagu 'cover' dalam setiap persembahan. Begitulah juga dengan corak muzik yang baharu ini yang dibawakan oleh 4 orang pemuzik anak muda ini dengan nama kumpulan baharu mereka itu Rimba Bara II.
Maka, pada akhirnya, mereka (Rimba Bara II) telah pun diberikan peluang dan tempat untuk mengadakan persembahan berskala besar seperti Jom Heboh bagi menggantikan kumpulan juara yang memenangi pertandingan Battle Of The Band iaitu Kasawari, yang tidak dapat hadir pada malam tersebut. Di dalam Battle Of The Band, mereka telah memperolehi tempat Naib Johan pertandingan. Maka di sinilah kemuncaknya kegemilangan muzik rock The Royal Slackers (kini Rimba Bara II) apabila mereka dapat membuat persembahan secara besar-besaran dan dirakam secara langsung di televisyen.
P/S : Filem ini tak sesuai ditonton oleh peminat watak-watak asal Rimba Bara dan sesuai bagi mereka yang ingin kelainan daripada filem Rock 4 versi baharu ini. Kepada pengarah Filem, Mamat Khalid, kalau ada sambung lagi filem ini yang kelima, elok guna nama baharu terus, Rimba Bara II. Nanti guna nama rock lagi, peminat asyik fikir watak lama Dan mereka takkan 'move on the next chapter in their own life'. Selain itu, harap perbaiki lagi mutu lakonan watak-watak baharu ini untuk filem seterusnya. Akhir kata, saya terhibur dengar lagu "Mad World" versi slow rock. (Sedangkan versi asal adalah genre pop 80an daripada Kumpulan kegemaran saya iaitu Tears For Fears. Tonton di sini https://youtu.be/lZ3_HlGrGIs). Tahniah dan syabas Mamat Khalid dengan kutipan filem yang kental pada zaman yang penuh mencabar ini. Tahniah sekali lagi diucapkan !
Anda masih ingat lagi dengan dialog Rayyan dalam filem ini? Dia berhajat untuk buat persembahan bersama-sama dengan pemain gitar kumpulan Wings iaitu Joe. Semasa dalam babak filem itu, Rayyan bersama-sama dengan rakan-rakannya bersama dengan Dio berjumpa dan bertemu di rumah Dato Awie. Gelagat Awie ketika itu agak sedikit 'tercengang' bila Rayyan sebut tentang Joe Wings di hadapannya. Rupanya, Adam John sendiri telah pun merakamkan babak tersebut 4 tahun sebelum dia berlakon di dalam filem ini. Anda boleh saksikan video persembahan mereka tersebut di bawah ini. Sama-samalah kita saksikan !
Joe Wings dan pengantin baru Adam John 'jamming' lagu Awang Trasher dimajlis perkahwinan Adam.
Seperti yang pernah digambarkan dalam filem-filem terdahulu arahan Pengarah Mamat Khalid iaitu daripada filem diskografi Rimba Bara (sebuah watak kumpulan fiksyen filem ini) dari filem Rock (pertama), Rock Oo! (kedua) dan Rock Bro (ketiga).
Kumpulan Rock, Search telah memenangi pertandingan ini dan menjadi juara pada tahun 1989. Di sinilah kemuncaknya era kegemilangan kumpulan-kumpulan Rock di persada seni tanah air, Malaysia. Search bukan sahaja telah menempa nama mereka di Malaysia, malah telah melebarkan perjalanan seni mereka sehingga di luar negara seperti di Singapura, Indonesia dan Brunei. Malah, nama mereka juga meniti di bibir para peminat rock dari negara matahari terbit iaitu Jepun. Lagu yang menjadi hits kumpulan ini sepanjang zaman ialah lagu Isabella. Malah, nama lagu ini juga telah diabadikan di dalam filem juga bertajuk 'Isabella'a dan telah ditayangkan di Malaysia pada tahun 1990 iaitu setahun selepas kemenangan yang mereka kecapi pada Juara Lagu 1989. Filem Isabella ini diterbitkan antara usahasama pengusaha filem antara kedua-dua negara iaitu Malaysia dan Indonesia. Anda boleh tonton filem itu melalui pautan website itu di dalam blog ini, di sini > https://normanhafizi.blogspot.com/2020/03/filem-isabella-1990.html
Sebagai penutup, anda boleh tonton sebuah dokumentari berkenaan dengan perjalanan Search sebagai sebuah kumpulan pelopor muzik Rock di Malaysia suatu ketika dahulu. Al-fatihah juga diucapkan kepada pengasas Search iaitu, saudara Yazid yang telah pun meninggal dunia kerana disebabkan penderitaan dan kesakitannya akibat kegagalan buah pinggang yang berfungsi seperti biasa. Semoga rohnya dicucuri rahmat oleh Allah s.w.t. dan ditempatkan beliau bersama-sama dengan hamba-hambaNya yang beriman dan beramal soleh. Al-fatihah.
Rock Kapak Episod 13 - menjejaki perjalanan muzik Kumpulan Search