Some write for money. Some write to share. I write to share for your knowledge. Religions, Politics and Conspiracy Theories, these are my fields of interests. I am not a perfect person. Please correct me if you saw my mistakes so that I will learn from it…
Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018
Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)
Sunday, 10 October 2021
World Mental Health Day
Thursday, 25 March 2021
...Keuntungan Hampir RM4 Bilion Melalui Bitcoin
Sekiranya anda mengikuti perkembangan kriptowang khususnya bitcoin, pastinya anda cukup tahu bulan ini boleh dikatakan menjadi bulan paling meriah dalam industri kriptowang.
Hampir kesemua kriptowang melonjak dengan pantas membuatkan sejumlah besar pelabur awal berjaya mengajut keuntungan. Industri kriptowang pada bulan lalu dimeriahkan lagi dengan berita Tesla berjaya membeli bitcoin berjumlah $1.5 bilion membuatkan harga kriptowang ini terus melonjak hasil kepercayaan orang ramai.
Berjaya mencecah RM259,000 beberapa hari lalu, beberapa penganalisa memaklumkan Tesla kini sudah berjaya mengaut keuntungan sebanyak $1 bilion (RM4.04 bilion) hasil pembelian bitcoin sewaktu harga lebih rendah.
Sebagai rekod, pelaburan yang dibuat Tesla pada bulan lepas sudah berjaya mengaut keuntungan lebih tinggi berbanding keuntungan penjualan kereta Tesla sepanjang tahun 2020.
Di sebalik berita positif yang dikongsikan Elon Musk sepanjang beberapa bulan terakhir ini, tweet beliau pada 20 Februari lalu mungkin memakan diri beliau dan pastinya para pelabur apabila beliau memaklumkan harga bagi bitcoin dan ethereum seakan tinggi setakat ini.
That said, BTC & ETH do seem high lol
— Elon Musk (@elonmusk) February 20, 2021
Seperti ciapan beliau sebelum-sebelum ini, harga bitcoin dilaporkan terus jatuh dengan mendadak. Setakat ini bitcoin berada pada paras terendah sepanjang minggu dengan harga sekitar RM216,000 setakat artikel ditulis.
Tuesday, 27 October 2020
...'Membuang' Gajinya Sebanyak RM15,000...
Lelaki Ini ‘Membuang’ Gajinya Sebanyak RM15,000 Dari Sebuah Syarikat Terkemuka Dan Melakukan Ini
Bekerja sebagai Eksekutif kanan di syarikat minyak dan gas paling terkenal di Malaysia, syarikat Petronas dengan suasana pejabat di Menara Berkembar yang berprestij dan serba selesa, sudah pasti menjadi impian kebanyakan insan di kota metropolitan. Ribuan graduan saban masa menghantar permohonan kerja, juga tidak ketinggalan pegawai eksekutif, jurutera, akauntan dan segala macam latar kerja dari syarikat dan industri lain ikut serta menghantar cv demi merebut tempat di syarikat kebanggaan Malaysia ini.
Namun itu semua tidak menghalang bekas penjawat kanan Petronas Carigali Sdn Bhd (anak syarikat induk Petronas), Firdaus Ahmad untuk melakukan perkara yang hampir tidak pernah dilakukan oleh mana mana penjawat kanan di syarikat tersebut, yakni meninggalkan kerja yang menjadi rebutan ramai, untuk sebuah perniagaan yang dianggap sebagai pilihan terakhir bagi sesiapa yang saja yang mendengar, iaitu menjadi seorang ejen Takaful sepenuh masa.
Memiliki kerjaya yang dipandang hebat oleh keluarga dan masyarakat, tidak sekali kali pernah mengaburi cita cita beliau yang hanya mahukan satu perkara, ‘kelapangan masa’.
“Bekerja dengan syarikat yang bereputasi tinggi seperti Petronas sangat mencabar. Ditambah dengan jawatan eksekutif kanan operasi logistik yang saya pikul, memerlukan saya banyak ‘travel’ samada dalam atau luar negara. Hari ni saya di Kerteh, esok saya di Singapore dan lusa saya mungkin perlu berada di Dubai, Tokyo atau Mumbai, begitulah kitaran kerja saban hari”.
Firdaus juga menambah rutin hariannya selama lapan tahun lebih yang terpaksa berulang alik pergi kerja dari Tanjung Malim ke KLCC turut menjadi menjadi faktor untuk beliau beralih kerjaya. Selama lapan tahun lebih beliau keluar rumah jam 6 pagi, dan sampai semula ke rumah jam 9 atau 10 malam, suatu rutin yang tak tergamak diteruskan buat selama lamanya.
“Keluar rumah gelap, balik rumah pun gelap. Kadang kadang bila sampai rumah anak anak pun dah tidur. Saya akui bukan saya seorang berhadapan isu begini, hampir semua yang bergelar pekerja makan gaji, terutamanya yang bekerja di ibu kota, turut berhadapan situasi yang sama, keluar gelap balik pun gelap. Namun itu tidak menghalang untuk saya terus mencari jalan keluar, dan satu satunya cara tidak lain mestilah dengan melalui jalan perniagaan sendiri. Persoalannya ketika itu, nak meniaga apa? Kerja hari hari ni pun tak menang tangan,nak berniaga masa bila pulak?. “
Pertengahan 2011 merupakan titik permulaan beliau dalam bidang Takaful. Setelah diperkenalkan oleh seorang sahabat, tanpa banyak berfikir beliau terus lakukan secara sambilan. Inilah sifat yang perlu kita tanam, tidak perlu toleh ke belakang. Buat keputusan dan jalan terus!
“Motivasi saya mudah. Turunkan ego. Buat je lah Takaful ni pelan pelan. Tengahari jumpa orang, malam jumpa orang, Sabtu Ahad pun jumpa orang. Senang cerita jumpa orang jelah kerjanya. Mula-mula memang rasa tak best. Yelah, kita ni kerja Petronas, tiba tiba buat part time jadi ejen Takaful pulak, orang dengar pun pelik. Tapi saya teruskan juga. Sebab matlamat akhir, saya mesti tinggalkan kerja keluar gelap balik gelap macam ni, saya mesti kawal masa saya, kawal jadual, dan kawal hidup saya secara menyeluruh, bukan hidup yang berpaksa paksaan begini. Saya mahukan masa dengan anak anak. Hantar mereka ke sekolah, makan tengahari dengan mereka, rileks dan ada masa untuk aktiviti aktiviti yang saya minat dan suka”.
Pertengahan 2013, Firdaus Ahmad dengan rasmi meletakkan jawatan di Petronas untuk berkecimpung dalam perniagaan Takaful sepenuh masa.
“Banyak perkara yang saya mahu buktikan kepada orang ramai;
Pertama, saya mahu buktikan yang kalau kita mahukan sesuatu, tiada apa yang boleh menghalang kita untuk mencapainya.
Kedua, saya mahu buktikan yang kerjaya sebagus mana sekalipun, kalau kualiti masa kita dengan keluarga tidak menentu, maka itu tidak akan membawa kita kemana mana.
Ketiga, saya mahu buktikan, perniagaan yang dipandang remeh seperti menjadi ejen Takaful ini, kalau dibuat dengan bersungguh-sungguh, tidak mustahil boleh mengubah nasib dari kehidupan biasa kepada kehidupan yang senang lenang dan kaya raya. Dan yang terakhir, saya mahu jadikan Takaful ini sebagai suatu perkara yang cool, hype, sempoi dan dekat dihati orang muda”
Berusaha, bersungguh-sungguh, fokus, dan ‘determined’ dalam melakukan kerja kerja Takaful, pastinya membuahkan hasil. Firdaus Ahmad bermula dengan pencapaian sebagai ‘Star Club Wealth Planner 2011’, kemudian mencapai kedudukan ‘Senior Wealth Planner 2012’, sebelum membuktikan dirinya sebagai ahli Takaful paling berjaya dengan kedudukan ‘Premiere Wealth Planner 2013’, yang membawa dirinya ke kedudukan ejen Takaful nombor 1 di Malaysia. Pencapaian cemerlang ini diteruskan dan terbukti pada tahun 2014, beliau sekali lagi dinobat sebagai ejen Takaful nombor 1 di Malaysia buat kali kedua berturut turut. Disamping berjaya menggondol anugerah MDRT, yakni antara anugerah tertinggi dalam industri Insuran dan Takaful.
Ditanya tentang perancangan 2015, beliau mahu kerahkan tenaga untuk melatih dan mendidik lebih ramai orang yang mahu berjinak jinak dalam bidang Takaful. Tidak ada yang lebih penting dari melahirkan 100 atau 1000 ejen Takaful, supaya kefahaman dan kepentingan Takaful dapat disemarakkan secara lebih komited dan efisyen ke seluruh masyarakat. Pendidikan Takaful merupakan aspek paling utama yang mesti difahami oleh kebanyakan orang, dan tugas itu terletak atas bahu ejen ejen. Mendidik, bukan menjual, kerana perlindungan Takaful mesti bermula dengan didikan, bukan jualan.
Fakta yang perlu anda tahu:
Mengikut kajian statistik insuran takaful, setakat tahun 2014, rakyat Malaysia yang dilindungi dengan insuran takaful tidak lebih dari 15%. Dengan jumlah ejen sedia ada, matlamat untuk member perlindungan takaful sekurang kurangnya ke tahap 30%, sukar untuk dicapai. Secara purata, industri memerlukan kurang lebih 3000 hingga 5000 ejen ejen baru yang aktif untuk menguruselia peningkatan pemilikan polisi perlindungan.
Merujuk kepada fakta di atas, “Tidak mungkin saya seorang boleh melakukan kerja 3000 orang. Jadi, jalan paling efektif adalah dengan melatih dan melahirkan ejen ejen baru yang bermotivasi dan mahu mengubah haluan kerjaya, lalu mereka pula akan melatih dan mendidik pula ribuan ejen ejen lain untuk meneruskan legasi Takaful ini. Tidak kira samada mereka ini asalnya penjual burger, atau pengurus syarikat, asalkan mereka mahu mengubah nasib dan mahu bebas mengawal jadual hidup, saya alu alukan”.
Ketika ditanya berapakah gaji Petronas ketika beliau berhenti kerja; Firdaus Ahmad, atau lebih dikenali di Facebook dengan nama Takafulman, menjawab dengan sinis;
“Taklah banyak mana… Adalah dalam 5 angka punya gaji semasa saya kat Petronas dulu… Mudah cerita adalah dalam RM15,000 +- (termasuk bonus) setiap bulan.”
Firdaus Ahmad juga ada menceritakan kisah ulang-alik beliau antara Tanjung Malim – KLCC dalam buku tulisan beliau yang bertajuk Dari Tanjung Malim ke KLCC, Dari KLCC ke Tanjung Malim dan Proletar Dua Menara.
Kita semua boleh memilih jalan kebebasan yang kita mahukan. Ada yang bergerak cara begini, dan ada juga yang bergerak cara begitu. Asalkan matlamat yang diinginkan dapat dicapai. Jika anda mahu jadi seperti Firdaus Ahmad, boleh terus hubungi beliau di Facebook untuk dapatkan tunjuk ajar sewajarnya.
https://www.thevocket.com/firdaus-ahmad-the-takafulman/
Sumber Asal : https://www.facebook.com/fdaus.ahmad/posts/10204787621384061?fref=nf&pnref=story
Pautan artikel yang berkaitan : https://normanhafizi.blogspot.com/2020/10/the-takafulman-takaful-2014.html
Sunday, 15 July 2018
Seorang Lelaki Sanggup Berusaha Keras Bayar Hutang PTPTN Kerana Satu Sebab Ini


Friday, 11 May 2018
Nur Atikah Alias Permata Bidang Perubatan Dan Lapangan Dakwah
---
PENULISAN SOFEA — NUR ATIKAH ALIAS, PERMATA PERUBATAN DAN DAKWAH YANG PERGI DI PERANTAUAN (2 NOVEMBER 2026)
PENULISAN SOFEA — NUR ATIKAH ALIAS, PERMATA PERUBATAN DAN DAKWAH YANG PERGI DI PERANTAUAN
Hari ini saya membaca semula satu perkongsian lama dalam blog ini, bertarikh 12 Mei 2018 — kisah seorang pelajar perubatan Malaysia di Moscow yang pergi menghadap Ilahi di perantauan. Kisah ini asalnya perkongsian artikel daripada thevocket yang disimpan dalam blog ini, dan butiran ceritanya mengikut artikel asal tersebut.
Nur Atikah Alias (1990–2015) ialah pelajar perubatan tahun akhir di Moscow, Rusia. Hanya beberapa minggu sebelum beliau menamatkan pengajian perubatannya, asrama tempat beliau tinggal terbakar, dan beliau meninggal dunia jauh daripada tanah air dan keluarga tercinta, pada usia 25 tahun.
Namun yang membuatkan kisah beliau terus hidup bertahun-tahun selepas pemergian beliau bukanlah tragedi itu semata-mata. Rakan-rakan dan komuniti pelajar Malaysia di sana mengenang beliau sebagai seorang "permata" — cemerlang dalam pelajaran, mulia akhlaknya, dan tetap komited dengan usrah serta kerja dakwah walaupun kesibukan sebagai pelajar perubatan sentiasa mengejar masa. Gelaran doktor tidak sempat digenggam, tetapi nama beliau harum dengan sesuatu yang lebih kekal daripada gelaran: kebaikan yang dirasai oleh orang-orang di sekelilingnya.
Membaca kisah ini, hati saya tertahan pada satu hakikat: ajal tidak menunggu kita sampai ke garisan penamat. Ada insan yang pergi hanya beberapa langkah sebelum impiannya tercapai. Tetapi kisah Nur Atikah mengajar bahawa nilai sebuah kehidupan tidak diukur pada apa yang sempat kita capai, sebaliknya pada apa yang kita tinggalkan dalam hati manusia — akhlak, manfaat dan kebaikan yang terus disebut-sebut selepas kita tiada.
Jika ajal menjemput sebelum kita sempat sampai ke garisan penamat, apakah yang akan orang sebut-sebut tentang kita?
Al-Fatihah buat arwah Nur Atikah Alias. Semoga Allah Taala mengampunkan dosa beliau, melapangkan kubur beliau, menempatkan beliau dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh, serta memberikan ketabahan dan kekuatan kepada keluarga beliau yang ditinggalkan. Aamiin Ya Robbal'alamiin.
---
*(Nota konteks: penulisan ni ialah hasil Bacaan Harian #3 Sofea (2 Nov 2026) ke atas posting tanpa label 12 Mei 2018, "Kisah Masyarakat / Motivasi: Mangsa Kebakaran Moscow, Nur Atikah Alias Permata Bidang Perubatan Dan Lapangan Dakwah" — perkongsian semula bersumberkan thevocket, bukan tulisan asal abang. Tiga tambahan diluluskan abang di chat utama pada 2 Nov 2026 sebelum disimpan: nota sumber dalam badan, renungan penutup berbentuk soalan terbuka, dan doa Al-Fatihah untuk arwah di penutup.*
🕋 Posting Sebelum Ini Di Sini :
Kisah Menyentuh Hati Pakcik Tua Sanggup Asingkan Diri Demi Menjaga Akidahnya










Travel Backpack Ke Korea, Gadis Ini Sempat Kenalkan Budaya Malaysia Di Sana


Ini kat Hanok Stay kami sebelum berjalan-jalan area Korean Villlage dan ke sekolah tu. Memang dah sedia pakai baju kurung. Even jalan kat pasar dorang makcik dan pakcik semua suka siap ada pakcik tu tunjuk baju saya depan-depan lepas tu tunjuk very good – double thumb’s up. Baju tau, baju. Bukan saya yang lawa. Hehehe.

Kami start aktiviti di sekolah dia pukul 3pm sebab kelas Teacher Jinyoung habis pukul 3pm. Dalam masa 3 jam sahaja di sekolah, antara aktiviti sepanjang melawat sekolah dorang termasuk tengok gymnasium, tengok bilik muzik (penuh alat muzik tradisional Korea), piano room (kelas piano), ballet (kelas ballet), kafetaria (kantin sekolah), studio bahasa inggeris yang dibina untuk budak-budak sekolah rasai pengalaman setiap kali berbahasa Inggeris dan lain-lain.

We wore our traditional outfit pun memang sebab nak tunjukkan budaya Malaysia. Kawan kami dari suku Bidayuh Sarawak pun tak lepaskan peluang.




Kami buat Hanji Mirror dalam masa sejam je. Sorang ajar buat hanji mirror (Jeonju popular dengan kertas dorang. Hanji adalah kertas.) So we change with how to play congkak. I even explain to them the history of congkak.

Perasaan memang sangat teruja dan seronok. Mungkin sebab dah biasa tengok drama Korea.. hahaha! So, macam rasa pergi setting drama. Dan most of the student sangat comel. Dan dorang ada curiosity. They all intai-intai kami dari luar kelas. Teacher Jinyoung cikgu English. So dia ada kelas dia sendiri. So, we spent our time to make Hanji Mirror in her class.

Masa pakaikan tudung tu tak fokus kat dorang macam mana pakai. Tapi lebih kepada nak bagi dorang pengalaman bagaimana rasanya pakai tudung.

Mungkin terlalu teruja masa tu sampai lupa nak cakap kenapa kenai pakai dan dorang pun tak tanya. Aiyak, jika ada peluang nak cakap kenapa Muslim pakai macam tu.
Featured post
Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia
Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...
-
Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...
-
Arkib : 12 Ogos 2017. Sayap Ilusi, Wings - maksud disebalik lagu (video) Sayap Ilusi, Wings : maksud disebalik lagu (video) https...
-
SEJARAH PAKAIAN TRADISIONAL MELAYU Pakaian Golongan Bangsawan Dan Para Sultan Di Kepulauan Sumatera Sekitar Tahun 1940an Orang Melayu tempat...






