Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Sunday, 10 October 2021

World Mental Health Day

10 Oktober Setiap Tahun : Hari Kesihatan Mental Sedunia


Arkib : 16 Oktober 2019

Doktor Berkongsi Perkara Yang Anda Sepatutnya Buat Sekiranya Berdepan Tekanan

Disebabkan filem Joker, makin ramai yang aware dengan isu depression dan masalah mental. Apabila seseorang individu ingin meminta bantuan berkaitan kesihatan mental, ini yang saya risaukan:

1. Minta nasihat orang terdekat dahulu

Orang terdekat sendiri tidak meluangkan masa untuk mendengar rintihan individu tersebut. Kerap kali ceritanya dipotong. Kadangkala orang terdekat tidak sabar hendak berkongsi nasihat dan ada kalanya kedengaran menghukum.

2. Dapatkan khidmat professional

Individu tersebut ke klinik perubatan. Namun, klinik tersebut terlampau sibuk. Ketika sesi tersebut, doktor mempunyai belasan malah puluhan pesakit yang menunggu di luar. Doktor hanya ada masa 5-10 minit untuk menyantuni individu tersebut. Kemudian, referral letter diberikan untuk berjumpa pakar psikiatri di hospital.

Kebanyakan masa, 10 minit tidak cukup untuk menyakinkan mereka untuk ke unit psikiatri. Bagi kebanyakan individu, hospital adalah tempat yang menakutkan, apatah lagi ke Unit Psikiatri. Di dalam filem, Unit Psikiatri hanyalah tempat pesakit yang menjerit dan meroyan.

3. Fobia dengan doktor

Ada beberapa insiden, pelajar fobia dengan doktor di kampus mereka kerana katanya terlalu garang. Sesetengah pelajar atau pesakit ini di label sebagai ‘MC seekers’ kerana selalu datang ke klinik dengan ‘chief complaint’ yang pelik-pelik.

Contohnya pelajar dengan anxiety disorder. Mereka ada presentation besar untuk dilakukan. Sudah hampir 3-4 minggu dia tidak dapat tidur lena. Tiba hari presentation jantungnya berdebar laju. Memikirkan tentang presentation sahaja, dia sudah berpeluh walaupun dalam kesejukan pagi. Dia cuba melawan pemikiran negatifnya, namun dia rasa sudah tidak mampu.

Tiba pada hari presentation, dia putuskan untuk ponteng. Dia pergi ke doktor perubatan di kampus. Alasannya adalah sakit perut. Dia tidak mampu beritahu yang dia terlalu takut, sudah beberapa hari tidak tidur malam. Dia tidak mahu kelihatan lemah. Cukup 3-4 kali kejadian berulang, dia di label sebagai ‘MC seeker’.

4. Rawatan ke pusat swasta

Tidak semua doktor atau kaunselor terlatih bagi mengendali kes berkaitan kesihatan mental. Saya risau jika mereka lewat dirujuk atau rawatan yang diberikan tidak bersesuaian. Ini akan mengeruhkan lagi keadaan individu tersebut.

Ini adalah saranan saya kepada mereka yang ingin membantu pesakit-pesakit ini terutama sekali mereka adalah orang yang terdekat. Anda harus luangkan masa anda untuk dengar rintihan. Tidak usahlah menyelit dengan berkongsi cerita anda sendiri pula. Apatah lagi mula berceramah memberi pelbagai nasihat. Kurangkan bercakap, lebihkan mendengar.

Anda harus gunakan akronim 1 P & 3 L (ubahsuai dari konsep ‘psychological first aid’). Prepare  iaitu selidik sedikit artikel berkaitan kesihatan mental. Di mana lokasi berdekatan yang anda boleh bawa mereka berjumpa profesional. Seeloknya pakar psikiatri atau psikologis klinikal.

Look iaitu perhatikan keadaan individu tersebut. Adakah tanda-tanda dia mencederakan diri sendiri. Adakah dia kelihatan terlalu kurus atau personalitinya menjadi terlalu agresif. Perlukah dia dibawa berjumpa pakar secepat mungkin?

Listen iaitu dengar, dengar dan dengar. Anggukkan kepala. Sesekali ulang apa yang mereka cakap, supaya nampak anda peduli tentang luahan hati mereka. Sekurang-kurangnya individu tersebut rasa lebih tenang. Link iaitu hubungkan individu tersebut dengan bantuan yang sepatutnya.

Klinik psikiatri bukanlah tempat yang menakutkan seperti di dalam filem. Jika di Hospital Shah Alam, klinik psikiatri bercampur dengan unit-unit perubatan yang lain. Orang pun tidak tahu yang anda nak berjumpa pakar psikiatri. Apatah lagi, doktor-doktornya baik sekali.


Hidap ‘Penyakit Joker’, Lelaki Ini Kongsi Penderitaan Yang Perlu Dilaluinya Setiap Hari

Selepas anda menonton filem Joker, anda pasti tertanya-tanya wujud atau tidak ‘penyakit’ Joker di dunia sebenar? Jawapannya adalah ya.

Scott Lotan adalah individu yang menghidap penyakit yang sama seperti Arthur Fleck; kadangkala beliau tidak mampu untuk mengawal gelaknya dalam kehidupan seharian.

Scott berasal dari Virginia Beach, Amerika Syarikat menghidapi penyakit yang dikenali sebagai Pseudobulbar Affect (PBA) di mana beliau akan ketawa tanpa henti sehingga 10 minit.

Menurut Scott, penyakit ini bukan sahaja memenatkan dan menyakitkan, malah akan menyebabkan ‘masalah’ jika penyakitnya datang tanpa diundang.

Kejadian paling tidak dapat saya lupakan adalah ketika saya, tunang dan ibu tunang saya dilanggar oleh seorang pemandu mabuk. Tunang saya mati di tempat kejadian dan ibunya pula 3 hari kemudian. Pada ketika itu, saya ketawa besar ketika disoal siasat oleh polis,” kata Scott.

Ketika di majlis pengebumian, saya perlu menjauhkan diri daripada semua orang kerana saya ketawa beberapa kali ketika di majlis itu. Saya perlu menerangkan kepada semua tentang kondisi saya ini. Jika tidak, mereka akan lihat saya sebagai seorang yang pelik dan tidak mempunyai perasaan,” tambah Scott lagi.

Selepas Joker ditayangkan di pawagam, Lotan ibarat melihat dirinya sendiri dalam filem tersebut. “Ianya sedikit sebanyak membuka mata semua tentang penyakit saya ini. Jika tidak, orang sering anggap saya mengambil dadah atau gila. Saya memuji Joaquin Pheonix yang berjaya membawa watak Arthur Fleck dan pesakit PBA dengan baik,” kata Scott.

Scott turut terharu apabila ramai yang mula menghantar mesej simpati kepada beliau selepas menonton filem Joker. Tetapi baginya, selepas lama menghidap penyakit tersebut Scott menerima setiap mesej berkenaan dengan hati terbuka. Baginya, ada lagi perkara yang lebih buruk boleh terjadi berbanding apa yang beliau hidapi ketika ini.

Buat renungan bersama :-


Aku jenis pendiam dan tak ambil port benda yang remeh dan kecil. 
Tapi jangan sampai setan aku keluar disebabkan perangai bodoh kau yang sangat melampau !


Pautan artikel lain yang berkaitan :-

JOKER : The Killing Joke


No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...