Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Saturday, 12 August 2017

SAYAP ILUSI

Arkib : 12 Ogos 2017. Sayap Ilusi, Wings - maksud disebalik lagu (video)


Sayap Ilusi, Wings :
 maksud disebalik lagu (video)

Tajuk Lagu: Sayap Ilusi                                     Maksud disebalik lagu
Artis/Penyanyi: Wings                                                                                                                         
Semakin jauh aku renungi diri                           Makin ku mengenal diri                            
Semakin dekat kekasih di hati                            Makin rasa hampir padaMu
Dia mentari akulah sinarnya                             
PenciptaanMu itulah mulianya aku                 

Dia lautan akulah airnya                                   KekuasaanMu itulah geraknya aku
Kalaulah ada selain darimu                               Jika ada yang mengaku Maha Berkuasa sepertiMu
Biarku hancur dan menjadi debu                       Akan ku musnahkan kerana berdusta
Bila hadir cinta yang satu                                  Kerana cintaMu menusuk kalbuku
Tidak ku peduli sejuta seteru                              Tidak ku hirau semua insan
Menghukum aku dengan dusta                            Menuduhku sasau angau
Neraca dunia hakimnya                                      Relaku terima cacian dunia
Kerana cinta                                                       KeranaMu
Biar aku dianggap gila oh                                  Biarlah diriku dikatakan gila
Terbang dengan sayap ilusi                                Asyik dengan fana sendiri
Bertutur dalam bahasa hati                                Berzikir di dalam hati
                                                    ULANG
Bila hadir cinta yang satu                                  Kerana cintaMu menusuk kalbuku
Tidak ku peduli sejuta seteru                              Tidak ku hirau semua insan
Menghukum aku dengan dusta                            Menuduhku sasau angau
Neraca dunia hakimnya                                      
Relaku terima cacian dunia
Bila hadir cinta yang satu                                  Kerana cintaMu menusuk kalbuku
Jangan ditanya siapa dia                                   Usah diragui lagi
Tanya dia siapa kita                                           Hanyalah Dia kita tak punya apa
Dan pulang ke mana akhirnya                            Akan tetap ke pangkuanNya
                                                    ULANG
Kerana cinta                                                      KeranaMu
Biar aku dianggap gila oh                                 Biarlah diriku dikatakan gila                                      
Terbang dengan sayap ilusi                               
Asyik dengan fana sendiri         

Bertutur dalam bahasa hati                               Berzikir di dalam hati
-----------------------------------------------------
Pautan artikel menarik yang berkaitan :-

NASIB KITA

-----------------------------------------------------
"Peganglah aku, bacalah aku setiap hari, kerana aku akan menjadi penerang di dalam kuburmu nanti"
Al-Quran
https://www.facebook.com/share/B6HEHXHUiRDsPrZV/?mibextid=oFDknk

Nota : Diinspirasikan daripada kisah sebenar. Nama dan segala watak-watak yang ditulis telah diubah suai bagi mencantikkan lagi perjalanan kisah ini dalam bentuk NOVEL DIARI KEHIDUPAN. Sekiranya terdapat persamaan antara nama-nama watak dan juga jalan cerita ini, ianya adalah secara kebetulan.

05 Julai 2024. 10:07 A.M.

"APA YANG KITA FIKIR, ITU YANG ALLAH TAKDIRKAN..."

Aku sebenarnya terlupa yang berikan kepadaku kekuatan ialah daripada Allah Taala. Setiap kali aku bernafas adalah nikmat sebenar yang aku dapat sejak mula lahir ke dunia ini. Aku menangis bila aku lahir di dunia ini. Aku rasakan Allah Taala jauh daripada diri aku, sedangkan ianya tidak benar sama sekali. 

Dia telah kirimkan juga 2 malaikat untuk mencatatkan perbuatan aku sama ada baik ataupun buruk. Allah Taala kirimkan lagi kepada aku adik-beradik yang begitu memahami aku. Allah Taala kirimkan aku hidup bersama dengan kedua ibu bapa aku yang begitu menyayangi aku sejak kecil. Aku sejak kecil telah ditatang bagai minyak yang penuh. Segala kemahuan aku, ibu bapa aku turutkan. tapi masih ada had dan kemampuan mereka juga sebenarnya. 

Tak cukup rasa syukur lagi, Allah Taala berikan kasih sayangNya kepada aku melalui isteri yang aku nikahi sejak 26 September 2009. Tak cukup lagi, Allah Taala berikan aku 2 orang anak sepasang iaitu lelaki anak sulong aku dan perempuan anak kedua aku. Mereka sentiasa menanti aku tiap kali aku pulang ke rumah sewaktu mereka masih kanak-kanak lagi. 

NIKMAT APA YANG AKU CUBA DUSTAKAN???

Aku tidak tahu kenapa aku masih belum puas dengan nikmat yang Allah Taala berikan kepada aku. Aku masih lagi rasa nak buat maksiat dan dosa tanpa fikirkan nasib yang bakal aku terima sekiranya aku telah dicampakkan ke dalam siksaan api Neraka. 

NAUZUBILLAH !

Bisikan syaitan, godaan hawa nafsu juga Qorin menyebabkan aku terlampar jauh daripada Rahmat dan Lindungan Allah Taala. 

SEMOGA PENULISAN INI MENJADI KESEMBUHAN (SYIFA) BUAT DIRIKU DAN JUGA KEPADA ORANG-ORANG YANG MEMBACANYA. AAMIIN.


"DOALAH KEPADAKU, NESCAYA AKU AKAN KABULKAN."

"Keadaan paling dekat seorang hamba dari rabbnya adalah ketika dia dalam keadaan sujud. Maka perbanyak doa (di dalamnya)". (HR. Muslim)

Banyak-banyakkan berdoa tanpa putus asa setiap kali sujud akhir dalam solat anda. Tidak kira sama ada solat sunat mahupun solat fardhu. Allah Taala akan dengar keluh kesah anda itu. 

"Buatlah apa sekalipun di dunia ini, SOLAT JANGAN TINGGAL. Subuh, Zuhur, Asar, Maghrib dan Isyak jangan sesekali tinggal. Tak kusyuk ke, kau rasa terpaksa ke atau surah pendek je kau hafal semua itu tak ada masalah. Allah terima kau seadanya. Satu-satunya yang boleh terima kau apa adanya.".

HANYA DENGAN BANYAK MENGINGATI ALLAH, HATI KAMU AKAN TENANG DAN KAMU AKAN PEROLEHI KETENANGAN YANG ABADI 

Nikmat yang aku dapat selepas berkahwin ialah aku telah bertemu dengan Cinta Sejati aku iaitu subjek (Aryana Sofea) adalah cinta kedua aku selepas aku berkahwin dengan isteriku sekarang. Walaupun sekejap, namun aku telah pun dapat rasakan kehadirannya di sisi aku sepanjang masa. 

Ketiadaannya sudah pasti dirindui. Bicaramu itu tetap diingati. Mesej daripadamu sentiasa terpahat dalam sanubariku. Biarlah ia menjadi rahsia hatiku demi mengenangkanmu. Cinta yang mendapat Redha Ilahi ini takkan menjadi penghalang walaupun pebagai dugaan dan rintangan yang mendatang. 

"Abang jaga diri baik-baik ye. Sofea tak nak abang dengan akak gaduh-gaduh lagi. Sofea sayang abang. Sayang sangat-sangat. Sofea tunggu abang di sini (syurga)".

ALHAMDULILLAH AAMIIN

"Sofea, abang rindu sangat pada Sofea. Hmmm..." 

BERSAMBUNG....

Allah Maha Pemurah, lagi Maha Pengasihani....

P/S : Pesanan daripada penulis asal kisah yang diceritakan ini, sekiranya cerita ini tergantung begitu sahaja, maka hendaklah kita sama-sama sedekahkan surah Al-Fatihah. Semoga rohnya dicucuri rahmat daripada Allah s.w.t. dan juga beliau ditempatkan bersama-sama hamba-hambaNya yang beriman dan beramal soleh. Aamiin Ya Robbal'alamiin.

Wasiat terakhir daripada beliau sebelum ini ialah beliau sentiasa mendoakan kepada anda semua yang membaca kisah kehidupannya ini agar anda semua sentiasa dalam Rahmat dan Lindungan daripada Allah s.w.t. selalu. Aamiin Ya Robbal'alamiin.

Sebagai penutup, sedikit perkongsian kepada anda semua yang membaca blog ini...


"Jangan sesekali menyalahkan sesiapa dalam hidup anda. Orang baik memberikan anda kebahagiaan. Orang jahat memberi anda pengalaman. Orang yang paling teruk memberi anda pengajaran. ORANG YANG TERBAIK MEMBERI ANDA KENANGAN."

Semoga kita semua sentiasa dalam Rahmat dan Lindungan daripada Allah Taala. Aamiin Ya Robbal'alamiin 

Fahamilah 7 perkara dalam hidup ini.

  1. Apabila meninggal dunia seorang ayah, maka matilah pimpinan dan nasihatnya.
  2. Apabila meninggal dunia seorang ibu, maka terpadamlah cahaya kelembutan belaian dan tunjuk ajarnya. 
  3. Apabila meninggal dunia seorang abang, maka longlailah cita-cita yang dikongsi bersama.
  4. Apabila meninggal dunia seorang kakak, maka hilanglah senyum kasihnya. 
  5. Apabila meninggal dunia seorang adik, maka hilanglah tempat tumpang kasih, nakal, gurauan dan keceriaannya. 
  6. Apabila meninggal dunia pasangan kamu, maka pudarlah perkongsian harapan, perasaan dan keceriannya.
  7. Apabila meninggal dunia sahabat kamu, maka pudarlah nasihat dan doa tulus dari bersih hatinya.

Ketahuilah... hidup ini sangat singkat untuk kedengkian, kemarahan, kebencian, dan memutuskan hubungan kerana ESOK semuanya hanya tinggal kenangan. 

Maka...

senyumlah, berlapang dadalah, maafkanlah sesiapa yang menyakitkan hati kamu lantaran kita tidak tahu bila kita akan berangkat meninggalkan dunia yang fana ini. 

Andai kita melihat kanak-kanak yang sedang bermain, itulah masa silam kita.

Andai kita melihat orang tua yang berjalan menggunakan seluruh kudrat kerana tidak larat, maka itulah masa depan kita.

Andai kamu pula melihat jenazah yang sedang diusung ke tanah perkuburan, maka itulah nanti pengakhiran hidup kita di dunia ini. 

Manfaatkanlah masa yang berharga ini, sebelum kesempatan itu berlalu pergi.

https://www.facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid02wfs2kiNsy6xeh8MGPpXKG4APoJhyXJkHKPrWCpnTo2QJPhywaH2m7GpHKeavvTekl&id=1101123111&mibextid=6yaNxA

Sebuah pusara sebagai tanda untuk dikenang buat insan yang masih hidup di dunia ini


Hingga Hujung Nyawa.


Cinta pada Allah sumber kekuatan taqwa.

Cinta tulus, ikhlas, sungguh dan tidak berbelah bagi.

Cinta pada manusia dan makhluk menyempurnakan iman dan melengkapi kekuatan batin seseorang tanpa ada cacat cela walau sedikitpun.


Sebab itu ada orang sanggup menerima pasangan hidupnya walaupun memiliki serba kekurangan. 

Sanggup bersama orang tuanya, menjaga mereka, bersama mereka sampai akhir hayat.


Walaupun faqir miskin.

Walaupun cacat.

Walaupun sakit.

Walaupun akhlak kurang baik.

Walaupun dihimpit beraneka ragam masalah.


Masih setia tetap bersama tanpa diminta.

Sehingga taqdir memisahkan. Samada maut atau lainnya. 

Diserah ketentuan pada Allah yang Maha Menentukan.

Setia bersama sehingga hujung nyawa dengan orang dikasihi. Keluarga dan sesiapa saja.

Kerana hatinya menjadi kuat dan merasa sempurna di dalam kasih Rabbani dan redha dalam menjalani takdir Ilahi untuk dirinya.


Contohilah Uwais Al-Qarni. 


Cinta hati manusia boleh lenyap, hilang. 

Cinta Allah kekal buat selamanya.


Tanpa cinta, manusia tak mampu jalani hidup dengan bahagia sempurna, melainkan dengan jiwa penuh dengan kesengsaraan, hati jadi keras, hati penuh sifat amarah, dendam.

Tiada rasa belas kasihan. Hati kosong. Jiwa tiada rasa. Atau amarah dendam dan hasad yang tidak berkesudahan.


Cinta perlu buat manusia. Agar dapat terus menjalani hidup bersandar kekuatan keyakinan kepada yang Maha Menentukan.

Rasakan cintaNya agar bahagia hidup dalam redhaNya. Usahakan sehingga dapat. InshaaAllah.


Haseena Syaakira 

Mengharapkan rahmat dan belas, cinta dan redha dari Allah.

22 Julai 2024 7.44 petang

https://www.facebook.com/share/JNnMMZ6RXibKM1tG/?mibextid=xfxF2i

#HaqqulYaqin #taqwajourney 


POSTING SEBELUM INI : https://normanhafizi.blogspot.com/2024/07/pada-syurga-di-wajahmu.html

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...