Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Showing posts with label Iblis. Show all posts
Showing posts with label Iblis. Show all posts

Tuesday, 4 May 2021

Jaan

Arkib : 23 Mac 2021. Siri Misteri Alam Dunia 

Gambar sekadar hiasan

JIN

Maarij bermaksud nyalaan api yang sangat kuat dan sangat panas bahangnya atau “Al-Lahab” iaitu jilatan api yang sudah bercampur antara satu sama lain iaitu merah, hitam, kuning dan biru. Sesetengah ulama pula mengatakan bahawa “Al-Maarij“ itu ialah api yang sangat terang yang memiliki suhu yang amat tinggi sehingga bercampur antara merah, hitam, kuning dan biru. Sesetengah pendapat lain pula mengatakan Al-Maarij itu ialah api yang bercampur warnanya dan sama maknanya dengan “As-Samuun“ iaitu api yang tidak berasap tetapi sangat tinggi suhu panasnya. Angin Samuun yang telah sebati dengan Al-Maarij itulah Allah jadikan Jaan.

Menurut suatu Hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Mas’ud pula menyatakan bahawa angin Samuun yang dijadikan Jaan itu hanyalah satu bahagian daripada tujuh puluh bahagian angin Samuun yang sangat panas itu. Dari api yang amat panas inilah Allah telah menciptakan Jin, iaitu dari sel atau atom atau daripada nukleus-nukleus api. Kemudian Allah masukkan roh atau nyawa padanya, maka jadilah ia hidup seperti yang dikehendaki oleh Allah. Jin juga diberi izin oleh Allah menzahirkan berbagai-bagai bentuk dan rupa yang disukai dan dikehendakinya kecuali rupa Rasulullah S.A.W. serta beberapa makhluk Allah yang lain. Ini mengikut tahap dan kemampuan jin tersebut masing-masing. 

Jin juga diperintahkan oleh Allah menerima syariat Islam sepertimana yang diperintahkan oleh Allah kepada manusia. Rupa bentuk Jin yang asal selepas dicipta dan ditiupkan roh itu, hanya Allah dan Rasulnya sahaja yang mengetahuinya. Menurut sesetengah ulama rupa, tabiat, kelakuan dan perangai Jin adalah 90 peratus mirip kepada manusia. Asal kejadian manusia ialah campuran daripada Jisim Kathif iaitu tanah dan air, Jisim Syafaf iaitu campuran api dan angin dan Nurani, iaitu roh, akal, nafsu dan hati yang dinamakan “Latifatur-Rabbaniah“ sesuai dengan manusia sebagai sebaik-baik kejadian yang diciptakan Allah dan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Manakala kejadian Jin pula ialah campuran Jisim Syafaf iaitu campuran api dan angin dan Nurani iaitu roh, akal, nafsu dan hati yang sesuai dan sepadan dengan kejadian Jin. Manakala mahkluk-makluk lain pula Allah jadikan daripada salah satu unsur tersebut, contohnya, binatang yang dijadikan daripada campuran Jisim Kasyif dan Jisim Syafaf sahaja. Batu dan tumbuh-tumbuhan pula dijadikan daripada Jisim Kasyif semata-mata. Manakala Malaikat pula dijadikan daripada Nurani semata-mata.

CARA JIN MEMBIAK

Manusia memerlukan masa mengandung selama sembilan bulan untuk melahirkan zuriat dan anak manusia juga memerlukan masa yang lama untuk matang dan menjadi baligh. Berbeza dengan Jin di mana, apabila tersentuh alat kelamin lelaki dengan alat kelamin perempuan, maka Jin perempuan akan terus mengandung dan beranak dan anak Jin yang baru lahir itu terus mukallaf. Begitulah keadaannya sehingga ke hari kiamat. Iblis pula adalah unik walaupun termasuk salah satu daripada ribuan spesies Jin. Iblis apabila menyentuh paha kanan dengan paha kiri akan mengeluarkan 33 biji telor. Dalam setiap biji telor itu ada 33 pasang benihnya. Tiap-tiap pasang benih itu apabila menyentuh paha kanan dengan paha kiri akan keluar seperti yang terdahulu. Begitulah proses pembiakan Iblis sehinggalah ke hari kiamat.

Bunian

Bunian atau lebih masyhur di kalangan orang-orang Melayu dengan panggilan orang Ghaib pula ialah hasil campuran lelaki atau perempuan Jin dengan lelaki atau perempuan dari kalangan manusia. Anak yang terhasil daripada percampuran itu dikenali dengan nama Bunian. Perangai dan tingkah laku serta rupa bentuknya orang Bunian ini dalam beberapa perkara mengikut manusia dan dalam beberapa perkara pula mengikut Jin. Jika asal usul datuk manusia ialah Nabi Adam, maka asal usul datuk Jin pula ialah “Jaan“ yang asalnya adalah beriman kepada Allah dan melahirkan keturunan yang beriman. Selepas itu terdapat pula dari keturunan Jaan yang kufur dan melahirkan pula keturunan yang kufur. Anak cucu Jaan yang asal beriman itu ada yang kekal dalam iman dan ada pula yang kufur dan ada pula yang kembali beriman kepada Allah.

AGAMA DIANUTI PUAK JIN

Jin juga seperti manusia, iaitu ada yang baik, ada yang jahat, ada yang soleh, ada yang tidak soleh, ada yang alim lagi mukmim, ada ada yang kufur, ada yang murtad, fasik dan zalim, ada yang masuk syurga dan ada yang dihumbankan oleh Allah ke dalam neraka di hari akhirat kelak. Majoriti puak-puak Jin terdiri daripada golongan Jin kafir. Golongan Jin kafir ini kebanyakanya beragama Yahudi, Kristian, dan sangat sedikit daripada mereka yang beragama Buddha dan Majusi. Ada juga Jin yang tidak percaya kewujudan Tuhan yakni atheis (golongan Jin yang tidak beragama). Golongan Jin yang memeluk Islam hanyalah sedikit bilangannya dan terdiri daripada golongan minoriti jika di bandingkan dengan keseluruhan bilangan Jin. Seperti juga manusia biasa, Jin juga berada dalam tingkat-tingkat iman, ilmu dan amalan yang tertentu berdasarkan kepada keimanan dan amalan mereka kepada Allah.

Antaranya ada Jin Islam yang bertaraf awam sahaja, Jin Islam yang di tingkat iman Khawas dan Jin Islam yang berada ditingkat iman yang Khawasil-Khawas. Walaupun Jin Islam yang paling tinggi imannya dan paling soleh amalannya serta paling luas serta banyak ilmunya, tetapi masih ada pada diri mereka sifat-sifat mazmumah seperti takbur, riak, ujub dan sebagainya, tetapi mereka mudah menerima teguran dan pengajaran. Mungkin inilah yang sering diperkatakan bahawa "sebaik-baik Jin itu ialah sejahat-jahat manusia yang fasik". Tetapi yang berbezanya manusia yang paling jahat susah menerima pengajaran dan teguran yang baik.

Golongan Jin Islam yang awam dan Jin kafir suka merasuk manusia yang awam dengan berbagai-bagai cara, kerana pada pandangan mereka manusia-manusia yang awam itu bukanlah manusia sebenarnya, sebaliknya adalah rupa seekor binatang. Manusia yang Khawas dan Khawasil-Khawas tidak dapat di rasuk oleh Jin, bahkan Jin pula akan datang kepada mereka untuk bersahabat.
.
RUPA BENTUK JIN

Pada asasnya rupa bentuk Jin tidaklah banyak berbeza daripada rupa bentuk manusia, iaitu mereka mempunyai jantina, mempunyai hidung mata, tangan, kaki, telinga dan sebagainya, sepertimana yang di miliki oleh manusia. Pada dasarnya 80 hingga ke 90 peratus Jin menyerupai manusia. Cuma yang berbezanya fizikal Jin adalah lebih kecil dan halus daripada manusia. Bentuk tubuh mereka itu ada yang pendek, ada yang terlalu tinggi dan ada bermacam-macam warna, iaitu putih, merah biru, hitam dan sebagainya. Jin yang kekal dalam keadaan kafir dan Jin Islam yang fasik itu mempunyai rupa yang huduh dan menakutkan. Manakala Jin Islam yang soleh pula mempunyai rupa paras yang elok. Menurut sesetengah pendapat tinggi Jin yang sebenarnya adalah kira-kira tiga hasta sahaja. Pengetahuan mereka lebih luas dan umurnya tersangat panjang dan ada yang beribu tahun umurnya. Kecepatan Jin bergerak adalah melebihi gerak cahaya dalam satu saat. Memandangkan Jin adalah terdiri daripada makluk yang seni dan tersembunyi, tidak zahir seperti manusia dan tidak sepenuhnya ghaib seperti Malaikat, maka ruang yang kecil pun boleh di duduki oleh berjuta-juta Jin dan ianya juga boleh memasuki dan menghuni tubuh badan manusia.

Jumlah Jin terlalu ramai sehingga menurut sesetengah pendapat bilangannya ialah jumlah semua manusia daripada Nabi Adam hingga ke hari kiamat di darab dengan haiwan-haiwan, di darab dengan batu-batu, di darab dengan pasir-pasir dan semua tumbuh-tumbuhan. Itu pun baru satu persepuluh daripada jumlah keseluruhan Jin. Manakala jumlah keseluruhan Jin ialah satu persepuluh daripada jumlah keseluruhan Malaikat. Jumlah keseluruhan Malaikat hanya Allah dan Rasulnya sahaja yang lebih mengetahuinya. 

Alam kediaman Jin ialah di lautan, daratan, di udara dan di Alam Mithal iaitu suatu alam di antara alam manusia dan alam malaikat. Jika di berikan oleh Allah kepada kita melihat Jin, sudah tentulah kita akan melihat jarum yang dijatuhkan dari atas tidak akan jatuh ke bumi tetapi hanya jatuh di atas belakang Jin, disebabkan terlalu banyaknya jumlah mereka.

Sebab itulah orang-orang tua kita selalu berpesan supaya anak-anak segera balik ke rumah apabila telah tiba waktu Maghrib dan pintu serta tingkap rumah mesti di tutup, supaya tidak dimasuki oleh Syaitan dan Iblis.

Sebagaimana sebuah Hadis yang telah diriwayatkan oleh Imam Bukhari daripada Rasulullah S.A.W. yang bermaksud:

“Apabila kamu menghadapi malam atau kamu telah berada di sebahagian malam maka tahanlah anak-anak mu kerana sesungguhnya syaitan berkeliaran ketika itu dan apabila berlalu sesuatu ketika malam maka tahanlah mereka dan tutuplah pintu-pintu rumahmu serta sebutlah nama Allah, padamkan lampu-lampu mu serta sebutlah nama Allah, ikatlah minuman mu serta sebutlah nama Allah dan tutuplah sisa makanan mu serta sebutlah nama Allah (ketika menutupnya)”

Hadis di atas bermaksud bahawa Jin dan Syaitan akan tidur di waktu siang dalam cahaya dan sinar sehingga menjelang petang, di mana pada waktu itu mereka berkeliaran mencari rezeki dan makanan, baik lelaki maupun perempuan, samada yang dewasa atau kanak-kanak. Aishah r.a menceritakan bahawa Nabi S.A.W. apabila mengadu sakit, Baginda S.A.W. akan membaca ke atas dirinya surah al-Falaq dan al-Nas kemudian menghembuskannya. (Mafhum hadis riwayat Muslim)

# Sentiasa berzikir kepada Allah # Apabila menuang air panas, sebutlah Allah atau membaca “istia’zah” ﺃَﻉُﻭْﺫُ ﺑِﺎﻟﻠﻪ ﻣِﻦَ ﺍﻟﺸَّﻴْﻄَﺎﻧِﺎﻟﺮ ِﻢْﻴِﺟَّ dan “Basmalah” ﺑﺴﻢ ﺍﻟﻠﻪ ﺍﻟﺮﺣﻤﻦ ﺍﻟﺮﺣﻴﻢ

Dua lafaz ini adalah amat penting dalam kehidupan setiap Muslim lelaki atau wanita. Ia hendaklah diamalkan sepanjang masa walaupun wanita itu dalam keadaan uzur syarie (period). 

# Jangan menuang air panas dalam tandas kerana tandas adalah tempat jin dan syaitan. Begitu juga ke dalam lubang. 

# Apabila masuk bilik yang gelap, sebutlah “Bismillah”. 

# Jangan kencing ke dalam lubang kerana ia tempat tinggal jin. 

# Jangan tidur seorang diri. Jika terpaksa tidur serorang diri, maka hendaklah berwuduk dan membaca zikir tidur. 

# Jangan menyakiti anjing atau kucing. 

# Jangan membunuh ular yang berada di rumah. Hendaklah memberi amaran selama tiga hari.

# Jangan berjalan seorang diri di padang pasir atau hutan belantara.

# Mengamalkan bacaan surah-surah pilihan seperti surah al-Ikhlas, surah al-Falaq, surah al-Nas dan ayat Kursi.

# Hidupkan suasana al-Quran di dalam rumah.

# Menyebut zikir ﻻ ﺇﻟﻪَ ﺇﻻّ ﺍﻟﻠّﻪُ seratus kali setiap hari. 

Dalam hadis diceritakan bahawa sesiapa yang membawa seratus kali : "Tiada Tuhan selain Allah “Tiada tuhan selain Allah. Allah yang Esa tiada sekutu bagi-Nya. Bagi-Nya kerajaan dan segala pujian. Dan Diaberkuasa atas tiap-tiap sesuatu.” Maka antara fadilatnya ialah diperlihara daripada syaitan pada hari itu. (Mafhum hadis riwayat Bukhari).

# Sentiasa membaca ayat-ayat yang mengandungi makna bagi membatalkan sihir seperti surah al-A’raf: 118- 119, surah Taha: 69.

# Makan ubat tertentu seperti tamar. Sabda Nabi S.A.W. yang bermaksud:

“Sesiapa yang makan setiap pagi buah tamar ‘Ajwah maka tidak akan memudaratkannya oleh racun dan sihir pada hari itu hingga malam hari”. (Mafhum hadis riwayat Bukhari).

Semoga bermanfaat diketahui. Allahu'alam.

Wassalam

- zulsegamat

~ published by RVK/ dari page The Major


Bahan bacaan tambahan yang lain :-

Monday, 19 April 2021

Berhijrahlah ke arah kehidupan lebih baik

M.U.S.U.H. T.E.R.S.E.M.B.U.N.Y.I.


1. Wahai orang-orang yang beriman! Bangkitlah demi perjuangkan agama dan kebenaran. Janganlah takut dengan ancaman musuh kerana ini adalah ujian. Dunia hanyalah tempat permainan.

2. Hari ini di bulan Ramadhan, umat Islam di TANAH dikelilingi AIR ini diuji lagi. Nama Allah telah dipersenda oleh seorang manusia yang sakit jiwanya dan sakit mentalnya. Ini kerana manusia sihat dan normal tidak akan bertindak sedemikian.

3. Pekerjanya telah dipukul dengan teruk dan diugut bunuh dengan picu pistol di kepala. Keluarga mereka juga diugut. Semua ini berpunca daripada amal ibadah mereka lakukan di bulan Ramadhan, yakni berpuasa. Maka ia menimbulkan kemarahan manusia yang sudah di hasut syaitan. 

4. Siapa yang benci amal ibadah Islam ini jika bukan syaitan, 1blis dan konconya? Pandanglah dengan mata hati. Ini bukan isu personal. Ini adalah isu melibatkan agama Islam. Demi untuk memelihara iman mereka dan ibadah mereka diperlakukan sedemikian rupa.

5. Musuh yang diperangi itu berdiri di balik wajah bertopengkan manusia. Bersembunyi musuh ghaib yang sudahpun mulakan gerakan mereka sejak bulan lalu. Dirasuk syaitan dan 1blis yang sengaja membuat kekacauan sepertimana menurut arahan yang atas.

6. Jika ditaqdirkan Allah mati maka syahidlah demi agama yang dipertahankan. Namun begitu taqdir Allah berkehendak mereka hidup agar ianya dapat disampaikan kepada kita hari ini. Alhamdulillah, mereka selamat.

7. Tetaplah berani kerana benar. Depani dengan adab, ilmu, akhlak, kecerdasan akal dan emosi dan ketegasan. Teguhkan keimanan. Pasakkan ketaqwaan dengan kukuh. Agar ia menjadi sebati dengan rohani jiwa, tulang belulang dan salur nadi saraf yang kian membeku. 

8. Bangkitlah demi agama Allah. Bangunlah perjuangkan hak agama demi umat Islam seluruhnya. Jangan gentar kerana jiwa dan roh itu milikNya. Berserah diri kepada Allah itulah sebaik-baik jalan bagi hamba Allah yang beriman.

9. Ada pun sudah sekian lama, kita menyaksikan saban hari agama Islam dipersenda dan dipermainkan oleh mereka yang memusuhi Islam. 

10. Umat Islam lebih-lebih lagi di Tanah Melayu ini sudah dipijak dan dianiaya secara halus dan secara diam sejak ratusan tahun dahulu sejak zaman nenek moyang kita. 

11. Selama itu jugalah nenek moyang kita berkorban darah demi untuk mempertahankan iman. Demi masa depan anak cucu cicit yang selamat di dalam pemeliharaan iman di tanah tumpah darah itu. 

12. Pertahankanlah hak diri, keluarga, dan tanah air demi kedaulatan negara yang berjunjungkan budaya tradisi Melayu yang berpahatkan Islam, yang bersendikan rukun agama. Tidak akan jatuh apabila pasak akidahnya kukuh. Pasti tidak akan jatuh.

13. Ayuh perkuatkanlah Imanmu, AqidahMu dan Ketaqwaanmu. Agar dikau dapat melihat segenap cahaya yang mendatang berupa pertolongan Allah bagi orang-orang yang bertaqwa.

14. Hendaklah setiap orang yang beriman itu bersikap tegas terhadap orang yang memerangi Islam dan memusuhi Islam dengan iman dan taqwa, ada ciri kearifan di dalam memimpin dalam memandu keharmonian rakyat menjadi satu, punya pegangan diri yang utuh dan punya kesabaran dan kebijaksanaan yang tinggi di luar jangkauan musun. 

15. Agar wujud rasa hormat kepada sesama manusia, dan saling memuliakan sesama umat Nabi Muhammad s.a.w. Dengan adab dan akhlak didikan Nabi Muhammad saw kepada para sahabat Baginda. Mereka berani kerana taqwa dan demi kecintaan mereka kepada Allah. Maka mereka memerangi musuh Allah itu dengan iman.

16. Setiap orang beriman WAJIB berani pertahankan agama kerana iman. Marah itu kerana memelihara iman dan taqwa, bukan kerana nafsu. Memelihara yang Haq mengatasi yang batil. Tidak boleh dibiarkan apabila nama Allah dihina dan Islam dicela dan orang Islam dizalimi. Wajib perangi kebatilan dengan ketegasan kepimpinan agar agama Islam dihormati dan demi memuliakan nama Allah yang Maha Perkasa lagi Maha Agung.

17. Sesungguhnya bala tentera musuh itu sudah mulai memasuki ke daratan Tanah Melayu dan mengaktifkan arahan dari pihak atasan. Bermula daripada 26 Mac maka bermulalah agenda musuh yang lebih besar. 

18. Minda setiap manusia mereka berusaha untuk menceroboh masuk. Mana-mana insan yang lemah mentalnya, sakit otaknya, dan terganggu emosinya akan menghadapi kekacauan yang paling dahsyat di masa mendatang.

19. Hendaklah kalian memelihara daya fikiran kalian, memelihara hati agar sentiasa tenang, memperkuatkan benteng diri agar tidak mudah hanyut di dalam kelalaian atau dipengaruhi minda oleh bala tentera jin 1blis bertaraf Elit. 

20. Dapatkan segera rawatan bagi yang sakit rohani, mental, emosi, selagi sempat. Sebelum semuanya sudah terlambat.

21. Hendaklah kalian merasa yakin, bahawa setiap satu ketentuan dari Allah itu sudah tertulis. Maka inilah masanya setiap orang beriman wajib memainkan peranan, dengan memerangi setiap kejahatan musuh Islam itu dengan hati yang beriman, fikiran, dan tindakan. 

22. Hendaklah kita membuktikan kepada Allah bahawa kita adalah orang yang beriman dengan membela hak Allah Taala tatkala nama Allah itu dihina dan dipijak. Dengan akhlak, adab, tatacara, dan rujuk pada guru masing-masing dalam memutuskan perkara besar dan penting. Bersatulah.

23. Ini adalah ujian bagi menguji keimanan setiap insan. Hendaklah kita merasa takut dengan kemurkaan Allah. Maka inilah peluang untuk kita membangkitkan semangat juang di dalam hati agar memerangi apa jua rencana musuh yang sudah tersedia di depan mata.

24. Mulakanlah dengan menjaga pemakanan. Jauhi gula putih yang merosakkan otak. Amalkan pemakanan sihat. Jaga otak sebelum situasi akan semakin memburuk dan semakin ramai orang menjadi GILA.

25. Bagi sesiapa yang berhajat untuk bermula hijrah diri dengan rutin amalan pemakanan sihat, boleh hubungi saya secara peribadi. InshaaAllah saya akan kongsikan pengamalannya di samping pengisian untuk bersihkan hati. Keduanya perlu seiring dengan tindakan lain. Tidak boleh terpisah-pisah. Mulakan dari sekarang.

Demi nama Allah! Berhijrahlah ke arah kehidupan lebih baik.

Dengan nama Allah! Perbaiki diri dengan bersungguh-sungguh agar menjadi manusia bertaqwa yang lebih baik.

Dengan nama Allah! Ubahlah cara hidup, cara fikir dan perlakuan diri ke arah yang lebih baik dan diredhai Allah. Agar selamat daripada permainan sekutu Daccal ini di saat ini sehingga ke penghujungnya.

Dan yang terakhir, bersatu hatilah kita semua. Saling membantu dan menyokong dengan nama Allah. Sesungguhnya manusia itu lemah dalam perjuangan jika berseorangan tanpa jemaah, tanpa Allah.

26. Kerana jemaah soleh dan solehah itu membawa kepada perjuangan yang diberkati Allah. Dan semuanya bermula dengan tindakan proaktif dan bersatu tanpa menunggu disuruh atau bertangguh mencari alasan.

27. Lakukan peranan diri dengan jujur pada Allah dan amanah dengan segala potensi diri yang ada, mulakan gerakan tanpa alasan, tanpa tapi, tanpa nanti. Bertindak sekarang. 

28. Berhijrah bermula dengan diri. Kenali potensi diri dan berdoalah. Minta petunjuk Allah. Kemudian bergeraklah mencari jemaah yang bertaqwa dan sehaluan. Bentuk kekuatan jemaah bersama dengan nama ALLAH.

29. Kebersamaan itu bermula dari hati yang ikhlas. Maka carilah sahabat dan jemaah yang benar-benar yaqin pada setiap petunjuk Allah itu. Sungguh kita tidak akan mampu menyelamatkan sesiapa jua kecuali mereka yang Allah pilih. 

30. Inilah masanya untuk kita bertindak mencari haluan hijrah kehidupan demi untuk memperjuangkan Islam dan membela agama dalam memelihara iman itu keranaNya.

Untuk pautan video berkenaan kes polis berkenaan, sila klik di sini :

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10215856309274070&id=1635683714

Untuk mendapatkan info tentang pemakanan sihat untuk kecerdasan mental, emosi, rohani, klik di sini:

http://wasap.my/+60134666797/jihadsihat

Haseena Syaakira 

Membela nama Allah demi kemuliaanNya dan kecintaan padaNya, demi keagunganNya. Dialah Sang Raja.

15 April 2021

1.06 pagi

#taqwajourney  #HaqqulYaqin #HidupuntukAllah #BahagiaDenganAllah #SeeNothingButAllah

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10157883004617761&id=521342760

Thursday, 25 February 2021

"Tahukah kalian siapa yang memanggil?"

Prakata : Assalamualaikum renungan bersama terbaik untuk sama-sama jadi pengajaran pada kita semua Inshaa Allah. Perkongsian artikel ini dalam Bahasa Indonesia. Semoga rakan-rakan dapat memahaminya. Inshaa Allah.

Iblis Terpaksa Bertamu Kepada Rasulullah SAW (dari Muadz bin Jabal dari Ibn Abbas)

Ketika kami sedang bersama Rasulullah SAW di kediaman seorang sahabat Anshar, tiba-tiba terdengar panggilan seseorang dari luar rumah: “Wahai penghuni rumah, bolehkah aku masuk? Sebab kalian akan membutuhkanku.”

Rasulullah bersabda: “Tahukah kalian siapa yang memanggil?”

Kami menjawab: “Allah dan RasulNya yang lebih tahu.”

Beliau melanjutkan, “Itu Iblis, laknat Allah bersamanya.”

Umar bin Khattab berkata: “Izinkan aku membunuhnya wahai Rasulullah”.

Nabi menahannya: “Sabar wahai Umar, bukankah kamu tahu bahwa Allah memberinya kesempatan hingga hari kiamat? Lebih baik bukakan pintu untuknya, sebab dia telah diperintahkan oleh Allah untuk ini, pahamilah apa yang hendak ia katakan dan dengarkan dengan baik.”

Ibnu Abbas RA berkata: "Pintu lalu dibuka, ternyata dia seperti seorang orang tua yang cacat satu matanya. Di janggutnya terdapat 7 helai rambut seperti rambut kuda, taringnya terlihat seperti taring babi, bibirnya seperti bibir sapi".

Iblis berkata: “Salam untukmu Muhammad. Salam untukmu para hadirin…”

Rasulullah SAW lalu menjawab: “Salam hanya milik Allah SWT, sebagai makhluk terlaknat, apa keperluanmu?”

Iblis menjawab: “Wahai Muhammad, aku datang ke sini bukan atas kemauanku, namun kerana terpaksa.”

Rasulullah SAW : “Siapa yang memaksamu?”

Seorang malaikat dari utusan Allah telah mendatangiku dan berkata:

“Allah SWT memerintahkanmu untuk mendatangi Muhammad sambil menundukkan diri. beritahu Muhammad tentang caramu dalam menggoda manusia. jawab lah dengan jujur semua pertanyaannya. Demi kebesaran Allah, andai kau berdusta satu kali saja, maka Allah akan jadikan dirimu debu yang ditiup angin.”

“Oleh kerana itu aku sekarang mendatangimu. Tanyalah apa yang hendak kau tanyakan. Jika aku berdusta, aku akan dicaci oleh setiap musuhku. Tidak ada sesuatu pun yang paling besar menimpaku daripada cacian musuh.”


  • Orang Yang Dibenci Iblis

Rasulullah SAW lalu bertanya kepada Iblis: “Kalau kau benar jujur, siapakah manusia yang paling kau benci?”

Iblis segera menjawab: “Kamu, kamu dan orang sepertimu adalah mahkluk Allah yang paling aku benci.”

Rasulullah SAW : “Siapa selanjutnya?”

Iblis : “Pemuda yang bertakwa yang memberikan dirinya mengabdi kepada Allah SWT.”

Rasulullah SAW : “Lalu siapa lagi?”

Iblis : “Orang Aliim dan warak

Rasulullah SAW : “Lalu siapa lagi?”

Iblis : “Orang yang selalu bersuci.”

Rasulullah SAW : “Siapa lagi?”

Iblis : “Seorang fakir yang sabar dan tak pernah mengeluhkan kesulitannnya kepda orang lain.”

Rasulullah SAW : “Apa tanda kesabarannya?”

Iblis : “Wahai Muhammad, jika ia tidak mengeluhkan kesulitannya kepada orang lain selama 3 hari, Allah akan memberi pahala orang -orang yang sabar.”

Rasulullah SAW : ”Selanjutnya apa?”

Iblis : “Orang kaya yang bersyukur.”

Rasulullah SAW : “Apa tanda kesyukurannya?”

Iblis : “Ia mengambil kekayaannya dari tempatnya, dan mengeluarkannya juga dari tempatnya.”

Rasulullah SAW : “Orang seperti apa Abu Bakar menurutmu?”

Iblis : “Ia tidak pernah menurutiku di masa jahiliyah, apalagi dalam Islam.”

Rasulullah SAW : “Umar bin Khattab?”

Iblis : “Demi Allah setiap berjumpa dengannya aku pasti lari.”

Rasulullah SAW : “Usman bin Affan?”

Iblis : “Aku malu kepada orang yang malaikat pun malu kepadanya.”

Rasulullah SAW : “Ali bin Abi Thalib?”

Iblis : “Aku berharap darinya agar kepalaku selamat, dan berharap ia melepaskanku dan aku melepaskannya. tetapi ia tak akan mau melakukan itu.” (Ali bin Abi Thalib selalu berdzikir terhadap Allah SWT)


  • Amalan Yang Dapat Menyakiti Iblis

Rasulullah SAW : "Apa yang kau rasakan jika melihat seseorang dari umatku yang hendak solat?”

Iblis : “Aku merasa panas dingin dan gemetar.”

Rasulullah SAW : “Kenapa?”

Iblis : “Sebab, setiap seorang hamba bersujud 1 kali kepada Allah, Allah mengangkatnya 1 derajat.”

Rasulullah SAW : “Jika seorang umatku berpuasa?”

Iblis : “Tubuhku terasa terikat hingga ia berbuka.”

Rasulullah SAW : “Jika ia berhaji?”

Iblis : “Aku seperti orang gila.”

Rasulullah SAW : “Jika ia membaca al-Quran?”

Iblis : “Aku merasa meleleh laksana timah di atas api.”

Rasulullah SAW : “Jika ia bersedekah?”

Iblis : “Itu sama saja orang tersebut membelah tubuhku dengan gergaji.”

Rasulullah SAW : “Mengapa boleh begitu?”

Iblis : “Sebab dalam sedekah ada 4 keuntungan baginya. Yaitu keberkahan dalam hartanya, hidupnya disukai, sedekah itu kelak akan menjadi hijab antara dirinya dengan api neraka dan segala macam musibah akan terhalau dari dirinya.”

Rasulullah SAW : “Apa yang dapat mematahkan pinggangmu?”

Iblis : “Suara kuda perang di jalan Allah.”

Rasulullah SAW : “Apa yang dapat melemahkan tubuhmu?”

Iblis : “Taubat orang yang bertaubat.”

Rasulullah SAW : “Apa yang dapat membakar hatimu?”

Iblis : “Istighfar di waktu siang dan malam.”

Rasulullah SAW : “Apa yang dapat mencoreng wajahmu?”

Iblis : “Sedekah yang diam–diam.”

Rasulullah SAW : “Apa yang dapat menusuk matamu?”

Iblis : “Solat sunat fajar.”

Rasulullah SAW : “Apa yang dapat memukul kepalamu?”

Iblis : “Solat berjamaah.”

Rasulullah SAW : “Apa yang paling mengganggumu?”

Iblis : “Majlis ilmu para ulama.”

Rasulullah SAW : “Bagaimana cara makanmu?”

Iblis : “Dengan tangan kiri dan jariku.”

Rasulullah SAW : “Dimanakah kau menaungi anak – anakmu di musim panas?”

Iblis : “Di bawah kuku manusia.”


  • Manusia Yang Menjadi Teman Iblis

Nabi lalu bertanya : “Siapa temanmu wahai Iblis?”

Iblis : “Pemakan riba.”

Rasulullah SAW : “Siapa sahabatmu?”

Iblis : “Pezina.”

Rasulullah SAW : “Siapa teman tidurmu?”

Iblis : “Pemabuk.”

Rasulullah SAW : “Siapa tamumu?”

Iblis : “Pencuri.”

Rasulullah SAW : “Siapa utusanmu?”

Iblis : “Tukang sihir.”

Rasulullah SAW : “Apa yang membuatmu gembira?”

Iblis : “Bersumpah dengan cerai.”

Rasulullah SAW : “Siapa kekasihmu?”

Iblis : “Orang yang meninggalkan Solat Jumaat”

Rasulullah SAW : “Siapa manusia yang paling membahagiakanmu?”

Iblis : “Orang yang meninggalkan solatnya dengan sengaja.”


  • Iblis Tidak Berdaya Di hadapan Orang Yang Ikhlas

Rasulullah SAW lalu bersabda : “Segala puji bagi Allah yang telah membahagiakan umatku dan menyengsarakanmu.”

Iblis segera menimpali:

“Tidak, tidak.. tak akan ada kebahagiaan selama aku hidup hingga Hari Akhir. Bagaimana kau boleh berbahagia dengan umatmu, sementara aku boleh masuk ke dalam aliran darah mereka dan mereka tak boleh melihatku. Demi yang menciptakan diriku dan memberikanku kesempatan hingga Hari Akhir, aku akan menyesatkan mereka semua. Baik yang bodoh, atau yang pintar, yang boleh membaca dan tidak boleh membaca, yang durjana dan yang soleh, kecuali hamba Allah yang ikhlas.”

Rasulullah SAW : “Siapa orang yang ikhlas menurutmu?”

Iblis : “Tidakkah kau tahu wahai Muhammad, bahwa barang siapa yang menyukai emas dan perak, ia bukan orang yang ikhlas. "

"Jika kau lihat seseorang yang tidak menyukai dinar dan dirham, tidak suka pujian dan sanjungan, aku boleh pastikan bahwa ia orang yang ikhlas, maka aku meninggalkannya. "

"Selama seorang hamba masih menyukai harta dan sanjungan dan hatinya selalu terikat dengan kesenangan dunia, ia sangat patuh padaku.”

“Tahukah kamu Muhammad, bahwa aku mempunyai 70.000 anak. Dan setiap anak memiliki 70.000 syaithan.

Sebagian ada yang aku tugaskan untuk mengganggu para alim ulama. Sebagian untuk menggangu anak – anak muda, sebagian untuk menganggu orang -orang tua, sebagian untuk menggangu wanta – wanita tua, sebagian anak -anakku juga aku tugaskan kepada para Zahid.

Aku punya anak yang suka mengencingi telinga manusia sehingga ia tidur pada solat berjemaah. tanpanya, manusia tidak akan mengantuk pada waktu solat berjemaah.

Aku punya anak yang suka menaburkan sesuatu di mata orang yang sedang mendengarkan ceramah di medan ilmu hingga mereka tertidur dan pahalanya hilang.

Aku punya anak yang senang berada di lidah manusia, jika seseorang melakukan kebajikan lalu ia ceritakan kepada orang lain sekadar menujuk, maka 99% pahalanya akan hilang.

Pada setiap seorang wanita yang berjalan, anakku dan syaitan duduk di pungun dan pahanya, lalu menghiasinya agar setiap orang memandanginya.”

Syaitan juga berkata, “keluarkan tanganmu”, lalu ia mengeluarkan tangannya lalu syaitan pun menghiasi kukunya.

“Mereka, anak – anakku selalu meyusup dan berubah dari satu tempat ke tempat lainnya, dari satu pintu ke pintu yang lainnya untuk menggoda manusia hingga mereka terhempas dari keikhlasan mereka.

Akhirnya mereka menyembah Allah tanpa ikhlas, namun mereka tidak merasa.

Tahukah kamu, Muhammad? bahwa ada rahib yang telah beribadat kepada Allah selama 70 tahun. Setiap orang sakit yang didoakan olehnya, sembuh seketika. Aku terus menggodanya hingga ia berzina, membunuh dan kufur.”

“Tahukah kau Muhammad, dusta berasal dari diriku?

Akulah mahluk pertama yang berdusta.

Pendusta adalah sahabatku. barangsiapa bersumpah dengan berdusta, ia kekasihku.

Tahukah kau Muhammad?

Aku bersumpah kepada Adam dan Hawa dengan nama Allah bahwa aku benar – benar menasihatinya.

Sumpah dusta adalah kegemaranku.

Ghibah (gossip) dan Namimah (Adu domba) kesenanganku.

Kesaksian palsu kegembiraanku.

Orang yang bersumpah untuk menceraikan istrinya ia berada di pinggir dosa walau hanya sekali dan walaupun ia benar. Sebab barang siapa membiasakan dengan kata – kata cerai, isterinya menjadi haram baginya. Kemudian ia akan beranak cucu hingga hari kiamat. jadi semua anak – anak zina dan ia masuk neraka hanya karena satu kalimat, CERAI.

Wahai Muhammad, umatmu ada yang suka mengulur ulur shalat. Setiap ia hendak berdiri untuk shalat, aku bisikan padanya waktu masih lama, kamu masih sibuk, lalu ia manundanya hingga ia melaksanakan shalat di luar waktu, maka shalat itu dipukulkannya kemukanya.

Jika ia berhasil mengalahkanku, aku biarkan ia shalat. Namun aku bisikkan ke telinganya ‘lihat kiri dan kananmu’, iapun menoleh. pada saat iatu aku usap dengan tanganku dan kucium keningnya serta aku katakan ’shalatmu tidak sah’

Bukankah kamu tahu Muhammad, orang yang banyak menoleh dalam shalatnya akan dipukul.

Jika ia shalat sendirian, aku suruh dia untuk bergegas. ia pun shalat seperti ayam yang mematuk beras.

jika ia berhasil mengalahkanku dan ia shalat berjamaah, aku ikat lehernya dengan tali, hingga ia mengangkat kepalanya sebelum imam, atau meletakkannya sebelum imam.

Kamu tahu bahwa melakukan itu batal shalatnya dan wajahnya akan dirubah menjadi wajah keledai.

Jika ia berhasil mengalahkanku, aku tiup hidungnya hingga ia menguap dalam shalat. Jika ia tidak menutup mulutnya ketika mnguap, syaithan akan masuk ke dalamdirinya, dan membuatnya menjadi bertambah serakah dan gila dunia.

Dan ia pun semakin taat padaku.

Kebahagiaan apa untukmu, sedang aku memerintahkan orang miskin agar meninggalkan shalat. aku katakan padanya, ‘kamu tidak wajib shalat, shalat hanya wajib untuk orang yang berkecukupan dan sehat. orang sakit dan miskin tidak, jika kehidupanmu telah berubah baru kau shalat.’

Ia pun mati dalam kekafiran. Jika ia mati sambil meninggalkan shalat maka Allah akan menemuinya dalam kemurkaan.

Wahai Muhammad, jika aku berdusta Allah akan menjadikanku debu.

Wahai Muhammad, apakah kau akan bergembira dengan umatmu padahal aku mengeluarkan seperenam mereka dari islam?”

Rasulullah SAW : “Berapa hal yang kau pinta dari Tuhanmu?”

Iblis : “10 macam”

Rasulullah SAW : “Apa saja?”

Iblis : “Aku minta agar Allah membiarkanku berbagi dalam harta dan anak manusia, Allah mengizinkan.”

Allah berfirman,

“Berbagilah dengan manusia dalam harta dan anak. dan janjikanlah mereka, tidaklah janji setan kecuali tipuan.” (QS Al-Isra :64)

“Harta yang tidak dizakatkan, aku makan darinya. Aku juga makan dari makanan haram dan yang bercampur dengan riba, aku juga makan dari makanan yang tidak dibacakan nama Allah.

Aku minta agar Allah membiarkanku ikut bersama dengan orang yang berhubungan dengan istrinya tanpa berlindung dengan Allah, maka setan ikut bersamanya dan anak yang dilahirkan akan sangat patuh kepada syaithan.

Aku minta agar bisa ikut bersama dengan orang yang menaiki kendaraan bukan untuk tujuan yang halal.

Aku minta agar Allah menjadikan kamar mandi sebagai rumahku.

Aku minta agar Allah menjadikan pasar sebagai masjidku.

Aku minta agar Allah menjadikan syair sebagai Quranku.

Aku minta agar Allah menjadikan pemabuk sebagai teman tidurku.

Aku minta agar Allah memberikanku saudara, maka Ia jadikan orang yang membelanjakan hartanya untuk maksiat sebagai saudaraku.”

Allah berfirman,

“Orang -orang boros adalah saudara – saudara syaithan.” (QS Al-Isra : 27).

“Wahai Muhammad, aku minta agar Allah membuatku bisa melihat manusia sementara mereka tidak bisa melihatku.

Dan aku minta agar Allah memberiku kemampuan untuk mengalir dalam aliran darah manusia.

Allah menjawab, “silahkan”, dan aku bangga dengan hal itu hingga hari kiamat.

Sebagian besar manusia bersamaku di hari kiamat.”

Iblis berkata : “Wahai muhammad, aku tak bisa menyesatkan orang sedikit pun, aku hanya bisa membisikan dan menggoda.

Jika aku bisa menyesatkan, tak akan tersisa seorangpun…!!!

Sebagaimana dirimu, kamu tidak bisa memberi hidayah sedikitpun, engkau hanya rasul yang menyampaikan amanah.

Jika kau bisa memberi hidayah, tak akan ada seorang kafir pun di muka bumi ini. Kau hanya bisa menjadi penyebab untuk orang yang telah ditentukan sengsara.

Orang yang bahagia adalah orang yang telah ditulis bahagia sejak di perut ibunya. Dan orang yang sengsara adalah orang yang telah ditulis sengsara semenjak dalam kandungan ibunya.”

Rasulullah SAW lalu membaca ayat :

“Mereka akan terus berselisih kecuali orang yang dirahmati oleh Allah SWT” (QS Hud :118 - 119)

juga membaca,

“Sesungguhnya ketentuan Allah pasti berlaku” (QS Al-Ahzab : 38)

Iblis lalu berkata:

“Wahai Muhammad Rasulullah, takdir telah ditentukan dan pena takdir telah kering. Maha Suci Allah yang menjadikanmu pemimpin para nabi dan rasul, pemimpin penduduk surga, dan yang telah menjadikan aku pemimpin mahluk mahluk celaka dan pemimpin penduduk neraka. aku si celaka yang terusir, ini akhir yang ingin aku sampaikan kepadamu. dan aku tak berbohong.”

Nota : Sampaikanlah risalah ini kepada saudara-saudara kita, agar mereka mengerti dengan benar, apakah tugas-tugas dari Iblis atau Syaithan tersebut. Sehingga kita semua dapat mengetahui dan dapat mencegahnya dan tidak menuruti bisikan dan godaan Iblis atau Syaithan.

Mudah-mudahan dengan demikian kita dapat setidak-setidaknya membuat hidup ini lebih nyaman dan membuat tempat serta lingkungan kita lebih aman.

Pautan artikel lain yang berkaitan :-

KISAH IBLIS TERPAKSA BERTEMU RASULULLAH S.A.W


Tuesday, 23 May 2017

Keadaan Iblis di Neraka

Image result for neraka

Assalamualaikum, ustaz yang dirahmati Allah,

Saya mahu bertanya, jika iblis diciptakan dari api, lalu mengapa dia juga ditempatkan di neraka yang dibuat dari api yang panas? Jazakumullah ustadz atas jawapannya.

Waalaikumussalam Wr Wb

Saudara Gusti Eni yang dimuliakan Allah swt

Telah diketahui bahawa Allah swt menciptakan iblis dan jin dari api, sebagaimana disebutkan didalam firman-Nya yang menceritakan tentang iblis:

قَالَ مَا مَنَعَكَ أَلاَّ تَسْجُدَ إِذْ أَمَرْتُكَ قَالَ أَنَاْ خَيْرٌ مِّنْهُ خَلَقْتَنِي مِن نَّارٍ وَخَلَقْتَهُ مِن طِينٍ

Artinya: "Allah berfirman:" Apakah yang menghalangimu untuk bersujud (kepada Adam) di waktu aku menyuruhmu? "Menjawab iblis" Saya lebih baik daripadanya: Engkau ciptakan saya dari api sedang Dia Engkau ciptakan dari tanah ". (QS. Al A'raf: 12)

Artinya: "Dan Kami telah menciptakan jin sebelum (Adam) dari api yang sangat panas." (QS. Al-Hijr: 27)

Telah diketahui bahawa Allah swt akan mengazab iblis dan orang-orang yang bersamanya dengan api neraka, sebagaimana firman-Nya:

لَأَمْلَأَنَّ جَهَنَّمَ مِنكَ وَمِمَّن تَبِعَكَ مِنْهُمْ أَجْمَعِينَ

Artinya: "Sesungguhnya aku pasti akan memenuhi neraka Jahannam dengan jenis kamu dan dengan orang-orang yang mengikuti kamu di antara mereka kesemuanya." (QS. Shaad: 85)

Telah diketahui pula bahawa azab tersebut amatlah pedih sehingga meresap di dalam badan. Hal ini menunjukkan adanya perbezaan antara tabiat jasad dengan bahan yang digunakan untuk mengadzab. Lantas bagaimana syaitan merasakan adzab neraka padahal tabiatnya tidaklah berbeza dengan tabiat dzat tersebut kerana ia adalah makhluk yang diciptakan daripada api?

Maka jawabannya adalah sebagai berikut:

1. Bahwa Allah swt Maha Mampu untuk mengubah tabiat syaitan sehingga dapat merasakan azab api neraka. Bukankah kadang-kadang syaitan merubah bentuknya dengan bentuk-bentuk yang tidak seperti tabiatnya, kadang-kadang dia tinggal di suatu tempat, tidur, duduk, mengenakan pakaian-pakaian yang tidak disebutkan nama Allah di dalamnya. Ia kadang-kadang menduduki rumah-rumah yang tidak disebut nama Allah di dalamnya ketika para pemiliknya memasuki rumah-rumah mereka, sebagaimana ditunjukkan oleh berbagai hadits Rasul saw namun demikian benda-benda tersebut tidaklah terbakar walaupun bersentuhan dengan syaitan itu. Disebutkan didalam beberapa riwayat bahawa syaitan pernah berupaya memalingkan Nabi saw disaat shalatnya, syaitan itu ingin merosakkan solat beliau maka Nabi pun mencekiknya dan tangan beliau saw merasakan dinginnya lidah syaitan itu. Seandainya syaitan tetap seperti tabiatnya yang berasal dari api maka ia pasti membakar tangan Rasul saw yang telah menyentuhnya. Nabi Adam as telah diciptakan dari tanah tetapi dirinya telah dijadikan mempunyai pelbagai kehususan yang tidak seperti kekhususan sebuah tanah selama ruh masih berada didalam tubuhnya. Tidak mungkin pada tubuh manusia ditanam sebuah pokok sebagaimana pokok itu ditanam pada sebidang tanah.

2. Boleh saja bagi Allah swt untuk menjadikan dari jenis api satu jenis lain yang lebih kuat daripada api yang dipakai untuk menciptakan iblis sehingga dia merasakan azab api tersebut apabila dirinya dimasukkan ke dalamnya. Api itu sendiri mempunyai tingkatan yang sebahagiannya lebih panas dari sebahagian yang lain.

3. Tidak semua azab yang ada di neraka adalah api yang membakar tubuh dan memberikan kepedihan kepadanya namun ada azab berupa ular-ular, kalajengking-kalajengking, cambuk-cambuk dari besi yang dipukulkan kepada mereka yang diazab, di dalamnya juga terdapat rantai-rantai panjang dan belenggu-belenggu serta pohon zaqqum, sebagaimana firman Allah swt:

Artinya: "Sesungguhnya pohon zaqqum itu, makanan orang yang banyak berdosa. (Ia) sebagai kotoran minyak yang mendidih di dalam perut, seperti mendidihnya air yang amat panas. "(QS. Ad Dukhan: 43 - 46)

إِنَّهَا شَجَرَةٌ تَخْرُجُ فِي أَصْلِ الْجَحِيمِ ﴿٦٤﴾
طَلْعُهَا كَأَنَّهُ رُؤُوسُ الشَّيَاطِينِ ﴿٦٥﴾
فَإِنَّهُمْ لَآكِلُونَ مِنْهَا فَمَالِؤُونَ مِنْهَا الْبُطُونَ ﴿٦٦﴾


Ertinya: 'Sesungguhnya Dia adalah sebatang pohon yang ke luar dan dasar neraka yang menyala, mayangnya seperti kepala syaitan-syaitan. Maka sesungguhnya mereka benar-benar memakan sebahagian dari buah pohon itu, maka mereka memenuhi perutnya dengan buah zaqqum itu. "(QS. As Shafat: 64 - 66)

Ertinya: "Mereka tiada memperoleh makanan selain dari pohon yang berduri, yang tidak menggemukkan dan tidak pula menghilangkan lapar." (QS. As Shafat: 6 - 7)

Jadi bentuk-bentuk azab itu adalah bermacam-macam sehingga boleh saja bagi Allah swt untuk menimpakan diantara macam-macam itu kepada syaitan untuk mengadzabnya kerana peraturan-peraturan yang berlaku di akhirat berbeza dengan aturan-aturan yang berlaku di dunia. Dan selama Allah swt memutuskan untuk mengazab syaitan maka adzab itu akan menimpa mereka dengan cara yang dikehendaki-Nya swt.

Yang terpenting bagi kita adalah berusaha agar tidak termasuk kedalam orang-orang yang membantu syaitan-syaitan itu. (Fatawa al Azhar juz VIII hal 284)

Wallahu A'lam

-Ustaz Sigit Pranowo Lc-

sumber eramuslim.com

http://detikislam.blogspot.my/2017/05/keadaan-iblis-di-neraka.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed:+blogspot/UHQdyX+(Detik+Islam)

Wednesday, 14 November 2012

Perbezaan Antara ....!

Perbezaan Antara Iblis, Syaitan Dan Jin!

Mungkin ada di antara kita masih lagi keliru dengan perbezaan di antara iblis, syaitan dan jin ini. Walhal para ulama’ sendiri berbincang panjang tentang perbezaan yang wujud di antara iblis, syaitan dan jin. Kita boleh merujuk perbincangan tersebut dalam kita tafsir al-Tabari, al-Qurtubi dan lain-lain. Namun, secara ringkasnya boleh dinyatakan bahawa jin merupakan makhluk Allah yang diberi tanggunjawab memperhambakan diri kepada Allah seumpama manusia.
Firman Allah dalam surah al-Zariyat ayat 56 bermaksud: Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu.
Justeru, jin adalah seumpama manusia dari sudut keimanan dan kekufuran. Oleh itu, terdapat dalam kalangan jin golongan  yang Islam, soleh, kafir, fasik, munafik dan sebagainya.

Firman Allah dalam surah al-Jinn ayat 11 bermaksud: Dan sesungguhnya di antara kami (jin) ada orang-orang yang soleh dan di antara kami ada yang tidak demikian halnya. Adalah kami menempuh jalan yang berbeza-beza. Jin merupakan makhluk Allah yang diciptakan daripada api. Firman Allah dalam surah al-Hijr ayat 27 bermaksud: Dan kami telah menciptakan jin sebelum (Adam) dari api yang sangat panas.
Manakala iblis pula ialah makhluk Allah yang derhaka dari kalangan jin. Al-Quran telah menyatakan dengan jelas bahawa  Iblis  adalah daripada jenis jin.
Firman Allah SWT dalam surah al-Kahf ayat 50, bermaksud :  Dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Kami berfirman kepada malaikat: “Sujudlah kamu kepada Adam”; lalu mereka sujud melainkan Iblis; ia adalah berasal dari golongan jin, lalu ia menderhaka terhadap perintah Tuhannya. oleh itu, Patutkah kamu hendak menjadikan Iblis dan keturunannya sebagai sahabat-sahabat karib yang menjadi pemimpin selain daripadaku? sedang mereka itu ialah musuh bagi kamu. Amat buruklah Iblis itu sebagai pengganti bagi orang-orang yang zalim.
Manakala syaitan pula adalah golongan yang engkar dari kalangan jin dan manusia. Firman Allah SWT dalam surah al-An`am ayat 112 bermaksud: Dan demikianlah Kami jadikan bagi tiap-tiap Nabi itu musuh dari syaitan-syaitan manusia dan jin, setengahnya membisikkan kepada setengahnya yang lain kata-kata dusta yang indah-indah susunannya untuk memperdaya pendengarnya. dan jika Tuhanmu menghendaki, tentulah mereka tidak melakukannya. oleh itu, biarkanlah mereka dan apa yang mereka ada-adakan (dari perbuatan yang kufur dan dusta) itu.
Menurut al-Raghib al-Asfahani dalam Mufradat Alfaz al-Quran, perkataan syaitan bermaksud ‘menjauhkan’. Oleh itu, syaitan terdiri daripada golongan jin dan manusia  yang cuba menjauhkan serta menyesatkan hamba Allah daripada memperhambakan diri kepada-Nya dengan digunakan pelbagai cara dan tipu daya. Syaitan dalam kalangan jin ialah anak cucu kepada iblis, dan mereka sentiasa berusaha untuk menyesatkan manusia. Boleh dikatakan bahawa syaitan anak cucu iblis ini merupakan golongan ‘mafia’ yang engkar dan sesat serta berusaha untuk menyesatkan orang lain. Syaitan berusaha melakukan ‘peperangan’ dengan anak cucu Adam sebagai balas dendam atas pengusiran nenek moyang mereka iblis dari syurga ekoran keengganan untuk sujud pada nabi Adam.
Firman Allah dalam surah al-A`raf ayat 16-17 bermaksud: Iblis berkata: “Oleh kerana Engkau (Wahai Tuhan) menyebabkan daku tersesat (maka) demi sesungguhnya aku akan mengambil tempat menghalangi mereka (dari menjalani) jalanMu Yang lurus;  “Kemudian aku datangi mereka, dari hadapan mereka serta dari belakang mereka, dan dari kanan mereka serta dari kiri mereka; dan Engkau tidak akan dapati kebanyakan mereka bersyukur”. Menurut Ibn Qayyim maksud “jalan yang lurus” di dalam ayat di atas  ialah Islam ialah jalan yang membawa kepada Allah SWT. Ini bersesuaian dengan hadith yang bermaksud: Sesungguhnya syaitan akan menghalang anak Adam pada semua jalan.
Ibn Qayyim menyatakan lagi: “Jalan yang dilalui oleh manusia hanya empat; kanan, kiri, depan atau belakang. Mana-mana jalan yang dilalui, syaitan sentiasa menunggunya. Jika dia melalui jalan itu untuk melakukan ketaatan, syaitan akan menghalangnya dan melambat-lambatkannya. Jika dia melalui jalan itu untuk melakukan maksiat, syaitan akan mengalu-alukan dan membantunya. Kalau perlu untuk masuk dari bawah (demi menyesatkan manusia), syaitan pun akan melakukannya“.
Jelaslah bahawa posisi depan dan belakang yang dinyatakan itu memberi gambaran bahawa syaitan akan berusaha untuk menghasut manusia melakukan kejahatan dan menghalang manusia daripada melakukan kebaikan dari segenap penjuru yang ada pada manusia. Bahkan di dalam ayat al-Quran al-Karim yang lain menggambarkan bahawa syaitan akan memerangi habis-habisan untuk menyesatkan manusia dengan menggunakan keupayaan yang ada padanya.
----------------------------------------------------------------------------------------------------

7 KISAH IBLIS YANG ANDA PATUT TAHU (Menurut Islam)


Saluran Infotainment Paling Aktif Di Youtube, Video Menarik Pada Setiap Hari Isnin Sehingga Jumaat, 2 Video Sehari.
➔ Tonton Juga
🔥 Kupi Kupi Fakta : http://bit.ly/KKFKTA
🔥 Mini Dokumentari : http://bit.ly/MINIDOK
🔥 Kupi Kupi Seram : http://bit.ly/KKSERM
➔ Laman Sosial
🔥 Website : http://bit.ly/KKG0WEB
🔥 Instagram : http://bit.ly/KKG0IGM
🔥 Facebook : http://bit.ly/KKG0FB
🔥 Twitter : http://bit.ly/KKG0RT
-------------------------------------------------------------------------------------------
✌ "Menarik Setiap Hari" ✌

------------------------------------------------------------------------------------------- RUJUKAN:
Jibril, Mikail, Malaikul Maut (Izrael), Israfil (Hadis Sohih) https://www.youtube.com/watch?v=W70V7...
4 Malaikat Paling Mulia (Ketua Malaikat)

19 Malaikat tidak berhati Perut
https://www.youtube.com/watch?v=ZBVMa...

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...