Some write for money. Some write to share.
I write to share for your knowledge. Religions, Politics and Conspiracy Theories, these are my fields of interests.
I am not a perfect person. Please correct me if you saw my mistakes so that I will learn from it…
Hari ini 33 tahun yang lalu, Freddie Mercury meninggal dunia.
Lahir dengan nama Farrokh Bulsara pada 5 September 1946 di Zanzibar oleh ibu bapa berketurunan Parsi-India, Freddie mengecap kemasyhuran sebagai penyanyi, pemain piano & komposer bersama kugiran rock Queen. Beliau dianggap sebagai antara 'frontman' terulung dalam sejarah muzik rock, dengan persona pentas & vokalnya yang luar biasa.
Gaya hidup liarnya menjadi punca Freddie menghidap penyakit HIV/AIDS, yang simptomnya mula muncul seawal 1982. Pada 1986, media British melaporkan bahawa Freddie menjalankan ujian darah & beliau mendakwa dalam satu temu bual bahawa keputusannya adalah negatif. Namun penampilannya yang semakin kurus memberitahu sebaliknya.
Menjelang 1990, cerita tentang kesihatan Freddie yang merosot semakin berleluasa. Freddie membuat penampilan terakhirnya di atas pentas pada 18 Februari 1990 bersama Queen untuk menerima Anugerah Brit bagi Sumbangan Luar Biasa kepada Muzik British. Freddie & rakan-rakan terdekat terus menafikan cerita tentang status kesihatannya.
Rakaman video muzik untuk lagu "These Are the Days of Our Lives" pada Mei 1991 adalah kerja terakhir Freddie, sebelum beliau mula menyendiri di kediamannya di Kensington, London Barat. Pada 23 November 1991, Freddie mengeluarkan kenyataan awam yang mengesahkan dirinya positif HIV & menghidap AIDS, yang didiagnos pada lewat April 1987.
Malam esoknya, Freddie menghembuskan nafas terakhirnya di usia 45 tahun. Punca kematian adalah radang paru-paru kesan daripada AIDS. Upacara pengebumiannya dibuat pada 27 November mengikut tradisi Majusi. Abunya disemadikan oleh bekas kekasihnya Mary Austin di lokasi yang dirahsiakan & diketahui oleh Austin sahaja.
HARI INI DALAM SEJARAH 3 OKTOBER 1993 PERISTIWA BLACK HAWK DOWN
Kisah Sebenar Di Sebalik Peristiwa Black Hawk Down
Jika menonton filem Black Hawk Down, kita pasti mendapat gambaran bagaimana tentera Amerika Syarikat (AS) menyelamatkan pasukan tentera negara asing ketika bertempur dengan kumpulan militia di kawasan Pasar Bakara di Mogadishu, Somalia.
Namun di sebalik filem itu, tercatat satu kisah benar yang membabitkan pengorbanan dan perjuangan anggota tentera Malaysia yang berlaku pada 3 Oktober 1993.
Keberanian itu membabitkan anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menyelamatkan tentera AS daripada menjadi mangsa serangan para pengikut setia puak penentang Jeneral Farrah Aidid.
Apa yang pasti, anggota ATM berada di barisan hadapan sekali ketika operasi menyelamat di dua lokasi berasingan yang terletak kira-kira tiga kilometer antara satu sama lain. Operasi menyelamat dan pertempuran sengit itu mengambil masa lebih tujuh jam bermula pada sebelah malam dan hanya awal pagi keesokan harinya semua anggota ATM berjaya membawa keluar puluhan tentera AS dengan selamat.
Walaupun sebelum ini ATM dianggap tidak mempunyai pengalaman berperang di peringkat antarabangsa atau di bawah naungan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), namun peristiwa di Mogadishu itu mencatatkan kejayaan dan kehebatan sebenar tentera Malaysia pada mata dunia. Seorang anggota ATM yang turut terbabit dalam operasi itu, Leftenan Kolonel Mohd. Halim Khalid, 44, buat pertama kalinya mendedahkan kisah sebenar yang berlaku. Ketika itu Mohd. Halim berpangkat kapten dan bertugas sebagai Penolong Ketua Kompeni B, Batalion Malaysia di Somalia. “Saya bersama beberapa rakan ketika itu bertugas di bilik gerakan pada pukul 4 petang apabila menerima arahan untuk menggerakkan kompeni ke Pelabuhan Mogadishu yang dikawal oleh tentera pengaman dari Pakistan.“ Kami tidak diberitahu gambaran lebih terperinci operasi itu. Ekoran itu, satu Kompeni B bersama 16 kereta perisai APC Condor dengan kira-kira 100 anggota ATM telah bergerak ke pelabuhan berkenaan,” kata Mohd. Halim memulakan ceritanya.
Semasa berada di pelabuhan berkenaan Mohd. Halim dan rakan-rakan setugas sudah dapat mendengar bunyi tembakan yang datang dari sekitar kawasan Pasar Bakara selain melihat percikan api tembakan. Ketika itu, Ketua Kompeni, Mejar Abdul Rashid Ahmad yang sebelum itu membuat tinjauan di sebuah lokasi di Mogadishu kemudian turut serta di pelabuhan berkenaan.
Kira-kira pukul 6 petang, satu lagi pasukan dari Kompeni A ATM bersama 16 kereta perisai APC Condor bersama sejumlah anggota diketuai Mejar Aziz Abdul Latif turut tiba di pelabuhan tersebut.“Semasa di pelabuhan itu, dapat dilihat sebuah helikopter Black Hawk AS mendarat cemas dengan seorang daripada tiga anggotanya sudah terkulai kakinya akibat kecederaan parah. “Daripada keadaan sekitar itu, saya dan rakan-rakan mula mengumpul maklumat berhubung keadaan yang berlaku namun situasi sebenar belum diketahui,” kata Mohd. Halim. Menurutnya, kira-kira waktu senja barulah datang sepasukan konvoi 200 tentera AS bersama beberapa trak dan ini diikuti tentera Pakistan dengan empat buah kereta kebal jenis M48. "Pada pukul 9.30 malam, sebuah helikopter AS mendarat bersama seorang anggota berpangkat kolonel. Dengan menggunakan lampu suluh dan peta, kolonel Casper terus memberi perintah operasi menyelamatkan sejumlah tentera AS di dua lokasi di Pasar Bakara iaitu kira-kira 10 kilometer dari pelabuhan tersebut. Pasukan ATM hanya diberitahu mereka akan dipandu arah ke dua lokasi kejadian dari udara oleh helikopter AS.
Menaiki
“Sebelum bergerak kira-kira pukul 10.30 malam, enam hingga tujuh anggota ATM bagi setiap kereta perisai yang berjumlah 32 buah kesemuanya diminta pulang ke kem bagi memberi tempat duduk kepada tentera AS menaiki kereta perisai tersebut.“Ramai kalangan anggota ATM yang merayu hendak turut serta tetapi disebabkan arahan dan tiada tempat dalam kereta perisai itu, mereka hampa. “Disebabkan itu juga, hanya tiga hingga empat anggota ATM sahaja berada dalam setiap kereta perisai bersama enam hingga tujuh anggota AS,” kata Mohd. Halim.
Pergerakan konvoi menyelamat itu di dahului dua kereta kebal tentera Pakistan, diikuti Kompeni B ATM dengan 16 buah APC Condor dan bahagian belakang disertai oleh Kompeni A tentera AS bersama trak-trak.
Konvoi pertama itu pula diikuti konvoi kedua yang di dahului Kompeni A ATM bersama 16 buah APC Condor dan ini diikuti pula tentera AS bersama trak-trak di belakangnya. Bagaimanapun, dua kereta kebal Pakistan itu hanya mengiringi konvoi-konvoi itu hingga ke satu check point sahaja, iaitu di luar killing zone. Difahamkan kereta-kereta kebal itu tidak memasuki ‘killing zone’ atas alasan tidak mempunyai kelengkapan night vision. Walaupun serba kekurangan dan hanya menggunakan kereta perisai APC Condor yang kurang ketahanannya berbanding kereta kebal, namun anggota ATM meneruskan juga operasi menyelamat tersebut. Kereta perisai ATM menggunakan mesingan 7.62mm berbanding kereta kebal tersebut yang mempunyai persenjataan lebih besar iaitu 12.7mm. “Saya berada dalam salah sebuah kereta perisai Kompeni B ATM - konvoi pertama dan kami kemudian meneruskan gerakan memasuki killing zone.“Sebaik sahaja hendak memasuki killing zone, kami digempur bertubi-tubi di kiri dan kanan jalan raya termasuk daripada senjata mesingan, mortar dan sebagainya. Kami digempur termasuk dari sebuah bangunan, Hotel Olimpic. Menurut Mohd. Halim, mereka digempur dengan hebat kira-kira tiga jam.“Dalam keadaan gelap-gelita itu, kami turut membalas tembakan,” katanya.“Walaupun tidak pernah bertempur, tetapi saya tak tahu bagaimana tiba-tiba semangat sanggup berjuang terpahat pada diri setiap anggota.“Begitu juga dengan anggota-anggota yang begitu berani mengendalikan mesingan di bahagian belakang APC Condor kerana sanggup keluar mempamerkan diri mereka kepada pihak militia,” katanya.
Menurut Mohd. Halim dari persimpangan berhampiran Hotel Olimpic itu pasukannya terpaksa bergerak kira-kira satu kilometer sebelum dapat tiba ke sebuah lokasi di mana sekumpulan tentera AS sedang berlindung setelah terperangkap sejak siang hari.“Apabila tiba di lokasi kedudukan tentera AS, kita dapat tahu 18 tentera AS telah terbunuh manakala 73 yang lain cedera.“Mereka yang cedera dan mayat-mayat itu dibawa menaiki APC Condor ATM. Hanya kira-kira pukul 7 pagi barulah kami dapat bergerak pulang ke pangkalan,” katanya. Sementara itu, tanpa Mohd. Halim sedar, daripada 16 kereta perisai dalam kompeninya itu, dua kereta perisai berada paling belakang sekali telah tersasar ke laluan sebelah kiri ketika berada di persimpangan berhampiran Hotel Olimpic.
Bertempur
Persimpangan ke sebelah kiri itu menuju ke lokasi kedua bagi menyelamat di mana terdapat sekumpulan tentera AS yang terperangkap. Seorang anggota ATM yang turut melalui pengalaman bertempur semasa di kawasan Pasar Bakara, Mejar Muhammad Juraimy Aripin memberitahu, pasukannya ditugaskan ke lokasi kedua bagi menyelamat sekumpulan tentera AS.
Beliau yang ketika itu berpangkat leftenan muda dan tidak sampai setahun menyertai ATM berkata, beliau dan rakan-rakan telah diarah oleh Mejar Aziz Abdul Latif ke lokasi tersebut. “Kami diserang bertubi-tubi. Seperti kereta perisai dari Kompeni B, kereta perisai kami juga hanya dinaiki oleh tiga hingga empat anggota ATM manakala tentera AS yang sebelum itu ada bersama telah turun disebabkan prosedur menetapkan apabila diserang mereka perlu mencari perlindungan di kawasan selamat,” katanya. Sebelum itu, kata Juraimy pada masa operasi menyelamat tersebut, hanya tiga daripada empat sahaja kereta perisai yang ada dapat bergerak ke hadapan. Ini disebabkan salah sebuah kereta perisai berkenaan telah digempur menyebabkan pemandunya tidak dapat melihat apabila alat smoke launcher ditembak musuh dan asap alat itu telah terkena pada mata pemandu kereta perisai.“Walaupun hanya tiga kereta perisai tetapi kami tetap bergerak ke hadapan untuk operasi menyelamat seperti diarahkan,” katanya.
Apabila tiba di lokasi kedudukan tentera AS yang dikepung, beberapa tentera AS terus berlari mendapatkan dan berlindung dalam kereta perisai ATM berkenaan.“Saya tak tahu berapa ramai tentera AS menaiki kereta perisai kami tetapi keadaan ketika itu macam sardin. Mereka (tentera AS) didapati lesu dan keletihan. Yang pasti, jumlah anggota tentera AS dalam setiap kereta perisai itu melebih 10 orang.“Sebaik sahaja hendak berpatah balik, kami sekali lagi diarah bergerak ke depan semula setelah mendapat maklumat terdapat dua kereta perisai dari Kompeni B ATM yang tersasar dari laluan asal dan kini berada di hadapan sekali serta telah digempur dengan hebat.“Memang ketika itu tiada apa yang dapat difikirkan. Demi rakan dan setia kawan dalam ATM, perasaan takut ketika itu sudah hilang. Yang ada cuma semangat untuk terus bertempur dan berjuang bermati-matian di samping dapat menyelamatkan rakan-rakan setugas.
“Begitu juga rakan dalam setiap kereta perisai lain yang sanggup keluar sebahagian badan mereka semata-mata untuk mengendalikan mesingan yang berada di bahagian belakang APC Condor,” katanya. Operasi oleh konvoi Kompeni A itu telah berjaya menyelamatkan anggota ATM termasuk Prebet Rizal Ismail yang berada dalam konvoi di bahagian hadapan sekali. Namun, seorang rakan setugas, Koperal Mat Aznan Awang telah terkorban setelah kereta perisai dinaiki dan berada di bahagian hadapan telah ditembak dengan senjata antikereta kebal. Kata Juraimy, mereka akhirnya dapat keluar dari killing zone itu kira-kira pukul 6 pagi. Bagi Mohd. Halim dan Juraimy, pengalaman bertempur dan menyelamatkan tentera AS yang terperangkap di dua lokasi di Pasar Bakara merupakan satu pengalaman yang sukar dicari ganti.
Kedua-dua anggota ini yang dianugerahkan pingat Panglima Gagah Berani (PGB) oleh Yang di-Pertuan Agong pada tahun 1994 menganggap pengorbanan ATM di Somalia amat besar dan tidak ternilai. Kisah benar keberanian anggota ATM di Somalia ini merupakan catatan sejarah yang tidak boleh dinafikan walaupun tiada filem seumpamanya dapat memberi gambaran seperti yang dihasilkan melalui filem Black Hawk Down.
Bagi anggota-anggota ATM ini, sejarah tetap sejarah walaupun mereka ini tidak disanjungi melalui layar perak.
Pada 3 Oktober 1993, lebih 100 anggota tentera Malaysia bertarung nyawa untuk menyelamatkan sekumpulan renjer Amerika Syarikat yang terperangkap di Mogadishu, Somalia.
Insiden itu dirakamkan dalam filem Hollywood, Black Hawk Down. Filem itu bagaimanapun tidak memberikan gambaran yang tepat tentang sumbangan tentera Malaysia dan apa yang sebenarnya berlaku di negara bergolak itu 20 tahun lalu.
Dalam satu wawancara dengan Astro AWANI, Major Jeneral (B), Datuk Md. Rozi Baharom yang terlibat dalam operasi berkenaan mengenang kembali hari bersejarah itu.
"Gambaran yang salah itu akan dibetulkan dalam sebuah dokumentari yang akan menceritakan kebenaran di sebalik peristiwa itu," katanya.
Misi menyelamat yang dijalankan bersama Renjer Amerika Syarikat dan Komando Delta Forces mengakibatkan banyak nyawa terkorban termasuk Koporal Mat Aznan Awang manakala sembilan lagi tentera Malaysia cedera.
Biarpun begitu, keberanian pasukan Batalion ke-19 Askar Melayu Diraja itu hampir tidak dipedulikan dan diremehkan dalam filem itu seolah-olah Tentera Malaysia tidak memainkan peranan penting atau bukan sebahagian daripada misi tersebut.
Peranan Tentera Malaysia semasa insiden itu yang menyaksikan Militia Somali menembak jatuh dua pesawat helikopter UH-60 Black Hawk langsung tidak ditonjolkan dalam filem Black Hawk Down yang terbit pada 2001. Hal itu mengecewakan hati Tentera Malaysia.
Md Rozi ketika itu merupakan Timbalan Komander bagi Batalion Malaysia yang berkhidmat di bawah panji-panji Pertubuhan Bangsa Bersatu di Somalia. Umurnya 42 tahun ketika beliau sama-sama mengepalai pasukan Tentera Malaysia mengharungi jalan raya di Mogadishu memburu pemberontak Somali, Jeneral Mohamed Farra Aidid dan konco-konconya.
Menurut Md. Rozi, pasukkanya yang lengkap dengan perisai anggota dan senjata bergadai nyawa membantu misi Tentera Amerika untuk mengeluarkan 70 renjer negara itu yang terperangkap.
Oleh kerana gambaran yang tidak adil dalam filem tersebut, Md. Rozi menulis sebuah buku tentang apa yang sebenarnya berlaku.
Beliau juga kemudiannya bertemu dengan pengarah dokumentari, Ahmad Yazid Ahmad Puad untuk menerbitkan sebuah dokumentari bagi menceritakan kisah yang tidak diketahui oleh dunia itu.
Ahmad Yazid berkata, beliau berminat dengan kisah tersebut dan setuju untuk menerbitkan dokumentari berkenaan.
"Saya menghasilkan dokumentari ini untuk tayangan di pawagam. Ia akan jadi filem dokumentari pertama yang akan ditayangkan di pawagam di negara ini.
"Saya juga berjaya mendapatkan produser filem dan televisyen Britain, John Smithson untuk jadi produser eksekutif.
"Kalau semuanya berjalan lancar, dokumentari itu akan masuk panggung akhir tahun depan," kata Ahmad Yazid.
Smithson beberapa tahun lalu terlibat dalam menerbitkan filem Hollywood, 127 Hours yang diarahkan oleh Danny Boyle
Hari ini 54 tahun yang lalu, Perang Enam Hari meletus.
Selepas Israel ditubuhkan secara haram di bumi Palestin pada 1948, pertelingkahan tentang persempadanan negara haram itu dengan negara-negara Arab sekitarnya berlanjutan selama hampir dua dekad, menjadi punca utama perang ini.
Ketegangan semakin memuncak apabila pada Mei 1967, Presiden Mesir, Gamal Abdel Nasser mengarahkan supaya Selat Tiran ditutup kepada kapal keluar masuk Israel untuk melumpuhkan ekonomi negara haram tersebut.
Pada masa sama, Mesir menggerakkan tenteranya ke Semenanjung Sinai dan meminta Pasukan Pengaman PBB berundur dari situ. Pakatan dibentuk antara Mesir, Syria, Jordan dan Iraq, dan keberadaan tentera di persempadanan negara mereka dengan Israel dipertingkatkan.
Tidak tahan, rejim Zionis memulakan serangan pada 5 Jun 1967 dengan mengebom pangkalan Tentera Udara Mesir dan Syria. Dengan lumpuhnya angkatan udara Mesir dan Syria, tentera rejim Zionis memiliki kelebihan di darat sekaligus meluaskan wilayah jajahan ke segenap arah.
Israel menakluk Semenanjung Sinai dan Gaza daripada Mesir, seterusnya Baitulmaqdis dan Tebing Barat daripada Jordan pada 7 Jun. PBB menggesa gencatan senjata diadakan, namun diendah Israel yang terus menyerang dan menawan Bukit Golan daripada Syria pada 9 Jun.
Pada 10 Jun, barulah gencatan senjata berkuatkuasa sekaligus menamatkan perang. Dianggarkan sekurang-kurangnya 20,000 nyawa orang Arab dan hanya 800 nyawa orang Israel terkorban dalam pertempuran yang berlangsung hanya selama 132 jam itu.
Rejim Zionis menyerahkan kembali Semenanjung Sinai kepada Mesir pada 1982. Bukit Golan masih dirundingkan dengan Syria. Jordan dan Mesir pula akhirnya menarik balik tuntutan masing-masing terhadap Tebing Barat dan Gaza.
Penguasaan Israel dalam Perang Enam Hari itu sekaligus mengubah landskap geopolitik Timur Tengah, dan wilayah yang ditakluk mereka menjadi teras konflik Arab-Israel yang berlanjutan sehingga hari ini.
Arkib : 04 Ogos 2019. IKHWANKU, Zaman Islam Kembali Memerintah
Gambar 1: Tiada Tuhan Melainkan Allah dan Nabi Muhammad s.a.w. Pesuruh Allah
(There Is No God But Allah)
Sistem Demokrasi Adalah Sistem Ciptaan Manusia
Sistem Khalifah adalah sistem yang wujud selepas Nabi Muhammad s.a.w. wafat. Umat Islam selepas itu telah dipimpin oleh sahabat Baginda s.a.w. sendiri iaitu Khulafa Ar Rasyidin. (Abu Bakar, Umar, Uthman dan Ali).
Akibat daripada pertelingkahan sesama Islam, akhirnya wujud Sistem Khalifah yang baharu iaitu mengikut sistem secara warisan setelah tamatnya Pemerintah Amirul Mukminin, Saidina Ali R.A (khalifah terakhir Khulafa Ar Rasyidin). Manakala Istilah Daulah Islamiyah (Monarki) ditegakkan bermula pada ketika ini. Sistem ini terbahagi kepada 3 fasa iaitu, Empayar Umaiyah (awal), Abbassiyah (pertengahan) dan tamat selepas hancurnya Empayar Uthmaniyah (terakhir) pada 1924 Masihi.
Sistem Demokrasi ini hanya mula diperluaskan selepas kejatuhan Sistem Khalifah Daulah Islamiyah di Turki. Perkara ini terjadi akibat daripada kelemahan pengurusan yang meminggirkan dua sumber utama iaitu Al-Quran dan Sunnah Rasulullah s.a.w. Dalam mana-mana sistem politik dunia, kebiasaannya apabila sistem yang sedia ada telah mula menunjukkan kelemahan, pada ketika itu juga akan wujud golongan pendesak (Pro Pembaharuan) untuk memperbetulkan sistem yang sedang berlangsung itu (kononnya rosak). Malah, mereka dengan beraninya ingin mengguna pakai dan cuba menerapkan sistem-sistem dari Barat untuk diperkenalkan ke dalam Sistem Pemerintahan Islam. Secara faktanya, Sistem Pemerintahan Islam sebenarnya telah terbukti menguasai seluruh dunia pada ketika itu dan telah pun memimpin dunia hampir 1 alaf (1,000 tahun)!
Pada masa kini, Umat Islam belum lagi mencapai sistem pemerintahan yang memuaskan akibat daripada kesan Pembubaran Sistem Khalifah Daulah Islamiyah yang lupus 95 tahun yang lepas. Cuma, pada satu ketika nanti, tidak mustahil akan berlaku kembali Peristiwa Kebangkitan Umat Islam Kali Kedua apabila Sistem Demokrasi (sedia ada ini) pula akan luput dan tamat (apabila sampai waktunya). Selain itu, dengan izin Allah jua Sistem Khalifah ini akan wujud semula seperti awal-awal kerajaan Islam dahulu (selepas kewafatan Baginda Rasulullah s.a.w.). In shaa Allah aamiin.
Kesimpulannya, perancangan Allah s.w.t melampaui perancangan manusia di alam ini. Ini adalah kerana Allah s.w.t adalah penguasa sekelian alam ini. Setiap sesuatu perkara yang berlaku itu mempunyai hikmahnya yang tersendiri. Kita sebagai hambaNya wajib menurut perintahnya dengan penuh keimanan dan ketakwaan. Hanya Islam adalah Agama Yang Diredhai oleh Allah s.w.t.
Gambar 2 : Petikan sumber dari Facebook,Tengku Molan Molan
Bo Qin Rich🌹: SIAPAKAH SEBENAR PANJI HITAM DARI TIMUR YANG DIMAKSUDKAN?
Telah menceritakan kepada kami Abdullah bin Ishaq Al Washithi An Naqid; telah menceritakan kepada kami Yahya bin Ishaq dari Yazid bin Hayyan; aku mendengar Abu Mijlaz menceritakan dari Ibnu Abbas, ia berkata;
\"Sesungguhnya panji Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam berwarna hitam dan benderanya berwarna putih.\"- sunan Ibn Majah 2808
Tidak ramai yang tahu, hanya Allah lebih mengetahui....sekirannya kita melihat di dunia sekarang, panji-panji Timur ini lebih nampak kepada pejuang-pejuang Afganistan, kerana ada banyak hadis tentang keadaan muka bumi yang bergunung-ganang, pasukan ini tidak pernah kalah dengan mana-mana pasukan, kita lihat pejuang-pejuang Afganistan tak pernah mengaku kalah sewaktu berperang dengan Rusia dan US.
Namun begitu....kedudukan di bahagian timur Kaabah, (pusat kiblat orang Islam) tertera seperti peta di atas (rujuk kepada pautan video dari YouTube di bawah ini), memungkinkan negara Malaysia adalah salah satu tumbuhnya gerakan Panji Hitam....perlu diingat golongan ini tidak akan mendedahkan diri mereka kerana perjuangan mereka adalah ikhlas kerana Allah, hingga saat-saat akhir zaman di mana pertelingkahan, pergaduhan, peperangan yang dahsyat berlaku dengan sendirinya mereka akan mendedahkan diri mereka dan berjuang untuk menegakkan kebenaran...sehingga kini, kita tidak tahu siapa dan di mana mereka berada...
Menggunakan kuasa logik pemikiran manusia....gerakan panji hitam ini akan bergerak secara berjemaah dan akan membawa pengikut-pengikut di seluruh dunia hingga berjumpa dengan Imam Mahdi di Mekkah...seperti mana yang telah diriwayatkan dalam hadis di bawah.
Jika melihat kedudukan jarak yang paling jauh dari arah timur mekah, Antara negara yang paling jauh adalah Malaysia, Indonesia dan Brunei. Maka, ia memungkinkan kebangkitan panji hitam ini datang dari arah sini.
Mengikut hadis, kumpulan ini sentiasa berperang hinggalah ke akhir zaman.....fikirkan siapakah pejuang-pejuang Islam di Asia Tenggara yang masih lagi berjuang....mungkinkah pejuang Melayu Moro di Selatan Filipina yang berdekatan dengan Brunei yang hingga sekarang hidup dalam tekanan di bawah pemerintahan Kristian Filipina? Atau mungkin pejuang-pejuang Melayu Islam Patani Selatan Thailand yang hingga sekarang masih lagi sekarang anti Islam dan menentang segala dakwah Islamiah di Selatan Thailand? Atau mungkin pejuang-pejuang Melayu Champa di Kemboja yang hidup dalam pentadbiran kuku besi Myanmar?
Fikirkan jarak manakah yang paling jauh? Kelompok Melayu manakan yang sentiasa berperang dan tidak pernah kalah....?
Gambar di bawah adalah orang melayu Islam Champa yang berbuka puasa....sebahagian hasil sedekah adalah datang dari sumbangan orang-orang Melayu Islam Malaysia...Janganlah berhenti memberikan sumbangan pada mereka...Mungkin mereka yang akan menjadi panji hitam yang membawa kepada kegemilangan Islam....
Gambar di bawah pula adalah orang-orang Melayu Pattani yang masih lagi berjuang. Mungkin ramai yang mengetahui peristiwa berdarah yang berlaku pada pada 8 Jun 2009 yang lalu. 10 orang ahli jemaah yang sedang menunaikan solat Isyak di Masjid Al-Furqan telah diserang dan dibunuh dengan kejam. Mungkin juga ramai yang masih ingat peristiwa kematian sekurang-kurangnya 85 orang pemuda muslim di Tak Bai pada 25 Oktober 2004. Namun, apa yang kita ketahui hanyalah sebahagian kecil daripada penderitaan saudara kita di Pattani. Jangan berhenti memberikan pertolongan demi pertolongan pada mereka ....
Gambar di bawah pula adalah pejuang-pejuang Melayu Islam Moro di Selatan Filipina. Baru-baru ini semasa pilihanraya Filipina, ramai pejuang-pejuang Islam di Moro yang telah dibunuh dengan kejam, antara tentera kerajaan dengan pejuang pemisah Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) di Mindanao.
Manakala, orang Melayu di Malaysia adalah antara yang terkaya di dunia....dengan hasil bumi yang melimpah ruah....makanan yang sentiasa berlebihan, diberikan segala kemewahan, kemakmuran dan kesejahteraan...Beribadahlah dari pagi hingga ke malam di masjid...tidak ada siapa yang akan melarang....Pakailah tudung, hingga menutup seluruh tubuh dengan hitam
Rapat Besar Intelejen Dunia ! Khilafah Akan Tegak Antara 2020-2025 ~ Ustadz Zulkifli MA ~
...berpurdah..tidak ada siapa yang akan larang hatta untuk masuk ke universiti pun boleh asalkan mendapat keputusan yang cemerlang....Belajarlah ilmu agama dari pagi ke malam dan berdakwahlah dari pagi ke malam tidak ada siapa yang akan melarang....carilah rezeki, bekerjalah dari pagi ke malam tidak ada siapa yang akan melarang....mandilah dari sungai-sungai dan air terjun yang sejuk dan segar seperti di syurga....kita dilimpahkan nikmat yang melimpah ruah....apakah tujuan kita diberikan nikmat ini dari Allah? Fikirkanlah orang lain yang susah.....sentiasalah berikan sumbangan anda pada pejuang-pejuang Islam yang sentiasa berperang...mereka berkemungkinan besar menjadi panji Hitam yang akan berjuang menyelamatkan orang Islam di seluruh dunia....
Mengikut hadis, dan hasil kajian sejarah, Melayu di Tanah Melayu yang berdaulat inilah bangsa yang tidak pernah dikalahkan walaupun diserang dari pelbagai sudut...peperangan demi peperangan dari Portugis, hingga ke Komunis, serangan ekonomi Soros, serangan akidah dengan tujuan memurtadkan orang Melayu, serangan psikologi yang tertonjol dari segenap petikan channel TV dan ASTRO...masih lagi ada insan-insan melayu yang sukar di kalahkan....mereka ada cuma mereka tidak tonjolkan diri mereka siapa....terdiri dari hamba-hamba Allah yang sentiasa kusyuk, tawaduk mengadap Ilahi...Mereka tidak memerlukan kerusi-kerusi Parlimen mahupun takhta.....Harta-harta yang terdiri dari emas kuning dan hitam (minyak).....Mereka terdiri dari orang biasa yang sentiasa merendah diri tidak menonjolkan tahap keimanan mereka dengan sentiasa berjubah, serban dan bertasbih di tangan...tapi hati-hati mereka sentiasa dekat dengan Tuhan...Mereka akan memakai baju hitam, membuktikan mereka sentiasa bersiap sedia berperang demi agama Allah yang tercinta...
Punyai ilmu ghaib, sehingga seluruh jin dan syaitan gerun pada mereka...jin-jin Islam akan turut setia mengikut perintah....Mereka juga mahir dalam ilmu persilatan dan ilmu perubatan.
Nantikan kedatangan mereka...Melayu...Bangsa Jawi...akan kembali bangkit berjuang ...Merekalah panji hitam...Ingatlah perjanjian Allah itu benar...Islam akan pasti ditegakkan, berjuanglah bersama mereka walaupun terpaksa merangkak di atas salji..itulah pesanan Rasulullah saw. Bersihkanlah diri dari hasad dengki, nafsu-nafsu syahwat terdiri dari wanita dan harta serta pangkat...bertaubatlah sebelum terlambat..
Gambar 3 : Umat Islam kini sedang menuju kepada Fasa Kelima iaitu Fasa Akhir Zaman Untuk Kembali Ke Zaman Khalifah Mengikut Jejak Kenabian
Di bawah adalah hadis rujukan
Kata sahabat RA,
"Al-Mahdi berserta askarnya akan muncul daripada Timur. Sekiranya gunung menjadi penghalang (perjalanan) mereka, nescaya gunung itu akan (mereka pukul sehingga) hancur rata menjadi jalan mereka."
Sabda Nabi SAW,
"Akan datang Panji-panji Hitam dari Timur, seolah-olah hati mereka adalah kepingan-kepingan besi. Sesiapa yang mendengar tentang mereka, hendaklah datang kepada mereka dan berbaiatlah kepada mereka, sekalipun terpaksa merangkak di atas salji." (Al-Hafiz Abu Nuaim)
Kata Sayidina Ali KMW,
"Maka Allah Azza wa Jalla menghimpunkan sahabat-sahabatnya (tentera al-Mahdi yang dipanggil Ikhwan) seramai tentera-tentera Badar dan seramai tentera Talut, iaitu 313 orang lelaki, seolah-olah mereka itu singa-singa jantan yang keluar dari hutan. Hati mereka itu ibarat kepingan-kepingan besi. Kalau mereka berkehendak untuk memindahkan gunung, nescaya akan mereka lakukan. Pakaian mereka sejenis dan seolah-olah mereka itu dari satu ibu dan satu ayah."
Dari Ibnu Umar RA katanya, Rasulullah SAW ditanya oleh para sahabat RA,
"Apakah ada orang yang beriman kepadamu sedangkan mereka tidak pernah melihatmu dan membenarkan ajaranmu sedangkan mereka tidak pernah melihatmu?" Baginda SAW menjawab, "Mereka itu adalah Ikhwanku dan mereka bersama-samaku. Beruntunglah mereka yang melihatku dan beriman kepadaku dan beruntung juga mereka yang beriman kepadaku sedangkan mereka tidak pernah melihatku." (diulang 3 kali). (Muslim)
Rasulullah SAW, ada menyebutkan mengenai Ikhwan ini yang maknanya kira-kira begini:
"Apabila azan sang muazin, berserulah dia, 'Asyhaduan Lailahaillallah', (ketika itu) bergoncanglah syurga. Sangatlah rindunya para bidadari dan bertambah-tambah rindunya lagi mereka akan Rasulullah SAW. Begitu juga segala mahligai syurga dan segala bilik peraduannya (bergoncang-goncang kerana) amat rindu kepada Rasulullah SAW. Kemudian Rasulullah SAW itu pula, selain rindunya yang bersangatan kepada syurga, juga tersangat rindu kepada suatu toifah dari kalangan umatnya yang akan keluar pada akhir zaman nanti. Mereka itu berakhlak dengan akhlak nabi-nabi dan mengambil perjalanan yang ditempuh oleh para siddiqin. Mereka ini adalah ghurabak (orang-orang asing) di kalangan umum mukminin."
Cuba lihat video tentang keajaiban Azan, di manakah titik permulaannya? Adakah ianya satu kebetulan?
Sabda Nabi SAW,
"Orang ramai daripada Timur (Ikhwan itu benar-benar) akan muncul, kemudian menyerahkan kekuasaannya kepada al-Mahdi."
"Akan datang Panji-panji Hitam dari Timur, seolah-olah hati mereka adalah kepingan-kepingan besi. Sesiapa yang mendengar tentang mereka, hendaklah datang kepada mereka dan berbaiatlah kepada mereka, sekalipun terpaksa merangkak di atas salji."
Sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah RA juga ada menceritakan mengenai sifat istimewa Ikhwan ini, dalam hadis berikut yang maknanya kira-kira begini:
"Di antara umatku yang bersangatan cintanya kepadaku, ialah manusia yang hidup sesudahku. Salah seorang di antara mereka itu (kerana) sangat ingin melihatku, (sehingga sanggup menjual) dengan anak isteri dan seluruh harta bendanya."
Sebuah asar lain yang bersumber daripada Sayidina Ali RA menceritakan dengan lebih terperinci sifat-sifat Ikhwan ini, seperti berikut;
"Maka Allah Azza wa Jalla menghimpunkan sahabat-sahabatnya seramai tentera-tentera Badar dan seramai tentera Talut, iaitu 313 orang lelaki, seolah-olah mereka itu singa-singa jantan yang keluar dari hutan. Hati mereka itu ibarat kepingan-kepingan besi. Kalaulah mereka berkehendak untuk memindahkan gunung, nescaya akan mampu mereka lakukan. Pakaian mereka sejenis dan seolah-olah mereka itu dari satu ibu dan satu ayah."
Pernah suatu ketika, Rasulullah SAW menyebutkan kecintaannya yang amat sangat dan kerinduan yang begitu mendalam kepada para Ikhwan ini dengan sabdanya,
"Aku tersangat rindu kepada para Ikhwanku." Maka bertanyalah para sahabat, "Ya Rasulullah SAW, bukankah kami ini Ikhwanmu?" Rasulullah SAW menjawab, "Bukan, malah kamu adalah sahabatku. Sedangkan Ikhwanku adalah orang yang beriman denganku walaupun mereka tidak pernah melihatku."
Hadis ini diriwayatkan daripada Abu Hurairah RA dan Anas RA dengan matan yang sedikit berlainan.
Sabda Nabi SAW,
"Al-Mahdi akan datang setelah munculnya Panji-panji Hitam dari sebelah Timur yang mana pasukan itu selalu tidak pernah kalah dengan pasukan mana pun."
Beberapa hadis yang punya pengertian umum, namun mempunyai arti khusus di akhir zaman ini:
Sabda Nabi SAW dalam hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah RA,
"Islam itu permulaannya adalah asing, dan nanti akan kembali menjadi asing, seperti permulaannya. Maka beruntunglah orang-orang yang asing itu." Muslim
Sebuah hadis Nabi SAW yang diriwayatkan daripada Jabir bin Abdullah RA menyebutkan kira-kira begini:
"Sentiasa ada satu golongan daripada umatku, (mereka) memperjuangkan kebenaran, selalu memperoleh kemenangan sampailah ke hari kiamat. Maka turunlah Nabi Isa bin Maryam AS (kepada mereka). Maka berkatalah pembesar mereka (Imam Mahdi) kepadanya, "Marilah ke hadapan, imamkan sembahyang kami." Jawabnya, "Tidak. Sesungguhnya sebahagian kamu menjadi umarak bagi yang lain." Inilah suatu penghormatan daripada Allah untuk umat ini." Muslim
Sabda Nabi SAW, "Al-Mahdi akan muncul setelah keluarnya Panji-panji Hitam dari sebelah Timur, yang mana pasukan ini tidak pernah kalah dengan pasukan mana pun." (Ibnu Majah) Sabda Nabi SAW, "Panji-panji Hitam akan keluar dari arah Khurasan, dan sementara itu kawan-kawan al-Mahdi (pula) keluar menuju ke Baitulmaqdis."
Sabda Nabi SAW, "Jika kamu semua melihat Panji-panji Hitam datang dari arah Khurasan, maka sambutlah ia walaupun kamu terpaksa merangkak di atas salji. Sesungguhnya di tengah-tengah panji-panji itu ada Khalifah Allah yang mendapat petunjuk." Maksudnya ialah al-Mahdi. (Ibnu Majah, Abu Nuaim & al-Hakim)
Sabda Nabi SAW, "Apabila kamu melihat Panji-panji Hitam telah diterima di sebelah wilayah Khurasan, maka datangilah dia sekalipun terpaksa merangkak di atas salji kerana padanya itu ada Khalifah Allah iaitu al-Mahdi." (Abu Nuaim).
Abdullah bin Syuraikh berkata, "Bersama-sama munculnya Al-Mahdi adalah panji-panji Rasulullah SAW, lengkap dengan cap-capnya sekali."
Kata Sayidina Ali KMW, "Apabila Panji-panji Hitam menghala ke arah As-Sufyani, dan para pengikut Syuaib bin Saleh mencari-cari Al-Mahdi, dia akan muncul dari Makkah dan bersama-sama dengannya adalah Panji-panji Rasulullah SAW. Dia akan membahagi dua pasukannya mengerjakan sembahyang, setelah orang ramai meletakkan harapan kepadanya selain berpanjangan bala yang menimpa mereka. Setelah selesai sembahyang, dia mendapatkan mereka dan berkhutbah, "Wahai manusia, ujian-ujian yang berterusan menimpa umat Muhammad SAW, terutamanya kepada Ahlulbait, (antaranya) adalah (kerana) kamu dikuasai dan dipersalahkan."
Dari Abdullah bin al-Haris bin Jaz-uz Zabidi RA katanya, sabda Nabi SAW,
"Akan keluar orang-orang dari Timur, lalu mereka mempersiapkan untuk Imam Mahdi, yakni tapak pemerintahannya." (Ibnu Majah)
"Akan keluar dari sulbi ini (Sayidina Ali KW) seorang Putera yang akan memenuhkan bumi ini dengan keadilan. Maka apabila kamu meyakini yang demikian itu, hendaklah kamu turut menyertai Putera dari Bani Tamim itu. Sesungguhnya dia datang dari sebelah Timur dan dialah pemegang panji-panji al-Mahdi." (At-Tabrani)
Dari Abdullah RA, dia berkata,
"Ketika kami sedang berada bersama-sama Rasulullah SAW, tiba-tiba datang sekumpulan Putera dari Bani Hasyim. Apabila baginda melihat mereka, tiba-tiba air matanya berlinang dan wajahnya berubah. Abdullah berkata, aku bertanya, "Kami melihat sesuatu yang tidak kami senangi pada wajahmu?" Maka baginda menjawab, "Kami adalah Ahlulbait yang Allah telah memilih bagi kami kehidupan akhirat daripada kehidupan dunia. Sesungguhnya ahli keluargaku, sepeninggalanku nanti, akan menerima bala bencana pengusiran dan pembuangan, sehingga datanglah suatu kaum dari arah Timur yang membawa Panji-panji Hitam. Mereka meminta kebaikan tetapi tidak diberikannya, lalu mereka berjuang dan menang, lalu diberikanlah apa yang mereka minta itu tetapi mereka tidak menerimanya sehingga mereka menyerahkan kepemimpinan itu kepada salah seorang lelaki dari ahli keluargaku. Dia lalu memenuhinya dengan berbuat adil, seperti sebelumnya yang dipenuhi dengan kezaliman. Barang siapa di antara kamu semua yang menjumpai hal-hal tersebut, hendaklah dia mendatangi mereka walaupun terpaksa merangkak di atas salju." (Al-Hakim & Ibnu Majah)
Dari Ibnu Umar RA yang menyatakan,
"Akan datang seorang perkasa, yang melalui lelaki perkasa itu Allah akan memenangkan umat Muhammad SAW. Setelah itu keluarlah al-Mahdi, kemudian al-Mansur, kemudian as-Salam, kemudian Ibnul 'Asab. Wahai penduduk Yaman, bukankah kamu semua berkata sesungguhnya al-Mansur adalah dari keturunanku? Demi Allah yang diriku berada di dalam kekuasaannya, sesungguhnya ayah al-Mansur adalah (benar-benar) berketurunan Quraisy. Sekiranya Allah hendak menunjukkan namanya hingga datuknya yang terakhir, nescaya akan saya sebutkan. Kerana perkara ini bersangkut paut dengan rahsia hari kiamat, maka tidaklah saya sebutkannya."
Sabda Nabi SAW,
"Akan keluar dari sulbi ini (Sayidina Ali KW) seorang Putera yang akan memenuhkan bumi ini dengan keadilan. Maka apabila kamu meyakini yang demikian itu, hendaklah kamu turut menyertai Putera dari Bani Tamim itu. Sesungguhnya dia datang dari sebelah Timur dan dialah pemegang panji-panji al-Mahdi." (At-Tabrani)
Kata Sayidina Ali KMW,
"Sejahteralah kepada At-Talakan. Sungguh, pada Allah itu ada perbendaharaan-Nya, bukan emas atau perak tetapi lelaki-lelaki yang mengenali Allah dengan ilmu yang hakiki dan mereka akan membantu Al-Mahdi pada akhir zaman."
(TAMAT)
Jom Dapatkan Karya TERBARU @izzuddin.al.jitrawiy "THE LOST OF GOLD ISLAND, Misteri Khazanah Tersembunyi Rebutan Dunia"
Kami Astro Shaw dan Infinitus Gold dengan rasa syukur ingin mengucapkan jutaan Terima Kasih di atas sokongan yang anda berikan.
#HantuKaklimah KINI 'Mengokak' DI PAWAGAM Seluruh Malaysia 🇲🇾, Brunei 🇧🇳 & Singapura 🇸🇬. Filem Seram Komedi sesuai untuk seisi keluarga dan kawan-kawan korang!!!! Jomlah kiter😎
P/S : Filem kronologi Kampung Pisang arahan Mamat Khalid
1. Zombie Kampung Pisang (zombie)
2. Hantu Kak Limah Balik Rumah (roh orang mati)
3. Hantu Kak Limah 2 : Husin, Mon & Jin Pakai Toncit (jin, saka, alam bunian - sikit)
4. Zombie Kilang Biskut (zombie)
5. Hantu Kak Limah (orang bunian)
6. ....
7. ...
Sebelum ini pernah terbaca artikel dalam suratkhabar tempatan, Pengarah Filem Kampung Pisang, Mamat Khalid merancang nak buat 7 sequel filem tentang Kampung Pisang. Kalau tengok dalam senarai yang sedia ada sekarang ini, tinggal lagi 2 filem lah nak lengkap kesemua 7 filem kronologi Kampung Pisang ini....hmm......
PARLIMEN bubar esok, ini apa yang anda perlu tahu!
Apa yang berlaku kepada kerajaan sekarang?
Kerajaan Barisan Nasional pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak sekarang dipanggil sebagai kerajaan sementara atau 'caretaker government’.
Adakah Datuk Seri Najib Tun Razak masih menjalankan tugas sebagai PM?
Ya. Beliau masih memimpin kerajaan sementara dengan kuasa-kuasa sementara.
Berdasarkan Perkara 43 Perlembagaan Persekutuan, jadual kuasa yang ada pada kerajaan sekarang adalah kuasa-kuasa menjalankan tugas secara interim.
Betul ke? Tetapi tiada perincian mengenai kerajaan sementara ...
Betul. Ini adalah amalan konvensyen di negara yang mengamalkan sistem Westminster, iaitu seperti Parlimen dan Dun di negara kita.
Amalan konvensyen perlu dirujuk kerana tiada peruntukan khusus tentang kerajaan yang mentadbir semasa pembubaran sehinggalah terbentuknya sebuah kerajaan baharu.
Adakah Datuk Seri Najib sebagai PM sementara akan umum tarikh pilihan raya?
Tidak. Itu tugas Suruhanjaya Pilihan Raya. SPR ialah badan yang ditugaskan untuk mengendalikan proses pilihan raya, selepas menerima notis pemberitahuan tentang Parlimen dan Dun.
Apakah skop kuasa sebagai kerajaan sementara?
Kerajaan sedia ada meneruskan tugas sebagai kerajaan tetapi tidak boleh mengumumkan inisiatif baharu, membuat keputusan dasar atau belanjawan baharu.
Dalam tempoh ini, bagaimana pula dengan kuasa Yang di-Pertuan Agong?
Walaupun Parlimen dibubarkan, Yang di-Pertuan Agong ada kuasa pentadbiran biasa termasuk kuasa-kuasa yang dibenarkan oleh Perlembagaan.
Dalam keadaan ini, jemaah menteri sebagai kabinet sementara terus berfungsi sebagai pemegang amanah kepada kuasa pentadbiran.
Pendakwa raya pada tahun 2001 telah menggariskan bahawa kerajaan sementara adalah sentiasa wujud di bawah Perlembagaan Persekutuan dan tidak harus dipertikaikan.
Untuk situasi yang mendesak, Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri, boleh mengisytiharkan darurat jika negara atau mana-mana kawasan berdepan situasi luar jangka seperti isu keselamatan, sabotaj ekonomi atau keadaan ketenteraman awam.
Fungsi Pilihan Raya
Jadi, bila kita akan tahu hari penamaan calon dan hari mengundi?
Sekarang ini, kita perlu tunggu SPR mengadakan mesyuarat dan kemudian barulah kita sebagai pengundi tahu tarikh bila kita perlu berbaris di pusat pengundian yang ditetapkan.
Berapa lama diperlukan untuk kita menantikan hari pengundian?
Menurut Artikel 55(4) Perlembagaan Persekutuan, satu Pilihan Raya Umum wajib dijalankan dalam tempoh 60 hari dari tarikh pembubaran dan sidang Parlimen yang seterusnya wajib dilaksanakan dalam tempoh 120 hari dari tarikh pembubaran Parlimen tersebut.
Berdasarkan kepada pengalaman dua pilihan raya yang lalu, ia akan berlangsung dalam tempoh sebulan selepas pembubaran parlimen.
KETIKA masyarakat kecoh susulan pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) pada Rabu sehingga menjadi bualan popular jenaka April Fool kali ini, tidak ramai sedar Radio Televisyen Malaysia (RTM) bersedia ke arah penyiaran digital.
Secara kebetulan, bersempena dengan sambutan ulang tahun ke-69 stesen rasmi negara kita pada hari ini yang bertema ‘RTM Di Mana Jua Anda Berada’, isu transformasi pendigitalan siaran TV di Malaysia mula kembali diperkatakan banyak pihak.
Program bual bicara secara langsung, Selamat Pagi Malaysia di TV1 pada 1 April turut mengupas isu itu selama setengah jam dengan menjemput eksklusif Ketua Pegawai Komersial MYTV Broadcasting Sdn. Bhd., Haniza Ros Nasaruddin.
Syarikat berteknologi tinggi di bawah firma telekomunikasi Kumpulan Altel Holdings itu bertanggungjawab dalam penyediaan kandungan siaran dan naik taraf prasarana sistem pemancar penyiaran teresterial digital bersama-sama dengan RTM.
Turut menjadi tetamu dalam program itu ialah Pengarah Jabatan Peralihan Digital, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Azlina Mohd. Yusof yang menceritakan senario perubahan mega era penyiaran tempatan.
Isi perbualan amat padat sekali gus mengesahkan laporan media sebelum ini yang menceritakan secara terperinci peralihan fasa dunia penyiaran tanah air susulan banyak rungutan pelanggan terhadap sebuah stesen berbayar terkemuka.
Turut disentuh ialah gambaran bayangan apakah saluran bakal termasuk dalam senarai 80 saluran baharu televisyen digital yang akan dipancarkan secara percuma kepada rakyat Malaysia bermula dengan liputan wilayah Pantai Timur pada Jun depan.
Sebenarnya isu ini telah hangat dibincangkan pengguna media sosial, malah laman Wikipedia sebelum ini telah menyiarkan nama-nama saluran RTM itu yang banyak berdasarkan format stesen tertua di dunia, Perbadanan Penyiaran British (BBC).
Ini bermakna saluran TV1 dan TV2 sedia ada besar kemungkinan bakal dipecahkan mengikut tema atau genre antaranya berita, drama, sukan, parlimen, kartun, agama, komedi, filem, dokumentari, hiburan, masakan, remaja, bisnes dan sebagainya.
Apa yang pasti, rakyat Malaysia yang masih belum melanggan mana-mana stesen berbayar turut dapat menikmati kecanggihan sistem penyiaran negara kita tanpa dibebani apa-apa yuran langganan bulanan sejajar dengan tema RTM Di Mana Jua Anda Berada.
CERITA rungutan pelanggan penyedia siaran televisyen berbayar Astro bukan isu baharu, malah kisah siarannya ‘ghaib’ ketika cuaca buruk dan yuran langganan mahal seperti tiada kesudahan sejak operator penyiaran itu beroperasi pada 1996 lalu.
Baru-baru ini, sebuah portal terkenal telah menyiarkan rungutan seorang bekas pelanggannya menerusi laman sosial Facebook yang kecewa diarah memulangkan set dekoder bersama alat kawalan jauh dan kad pintar dalam masa 30 hari jika tidak mahu didenda RM500.
Luahan kecewa wanita itu selain aduan ramai pengguna lain antaranya rancangan sama disiar ulang banyak kali, program hiburan entah apa-apa, banyak iklan komersial walhal ia stesen pascabayar bulanan bahkan layanan teruk khidmat pelanggan.
Walaupun setiap tahun mencatatkan laba berbilion ringgit, Astro seolah-olah bebas buat apa sahaja ke atas lebih tiga juta pelanggan kerana masyarakat tiada pilihan khasnya jika kawasan itu tiada liputan siaran televisyen terrestrial atau free-to-air (FTA).
Tambahan pula, penyedia siaran berbayar lain iaitu HyppTv di bawah pakej Unifi TM dan operator televisyen kabel, ABNXcess tidak begitu popular di negara kita, malah ada juga yang langsung ‘tenggelam’ sepertiMegaTV, FineTV dan MiTV.
Pun begitu, zaman kehebatan Astro nampaknya dijangka ‘jatuh’ apabila sudah kedengaran cakap-cakap sumber boleh dipercayai membayangkan dunia penyiaran tempatan akan kembali sengit ibarat buku bertemu ruas dalam masa terdekat.
Berita gembira itu sebenarnya bukan baharu apabila semakan menerusi arkib berita tempatan sudah pun melaporkan program pendigitalan Radio Televisyen Malaysia (RTM) berjalan lancar, di sebalik ‘sifar publisiti’ macam tiada apa-apa berlaku.
Dikenali juga sebagai projek Angkasapuri Media City, tidak ramai sedar inisiatif transformasi stesen kerajaan itu akan menyebabkan sistem penerimaan siaran FTA format analog RTM terpadam secara automatik atau disebut Analogue-Switch-Off (ASO).
Seterusnya siaran RTM akan disiarkan kembali dalam format Penyiaran Televisyen Terrestrial Digital (DTTB), tetapi berita baiknya, pengguna akan dapat tambahan saluran baharu iaitu 45 saluran definisi tinggi (HD) dan 15 saluran definisi standard (SD).
Segala-galanya percuma dan ia dipancarkan terus ke rumah menerusi sambungan dekoder khas berharga RM200 yang akan dibekalkan pihak MYTV Broadcasting Sdn. Bhd., syarikat di bawah firma telekomunikasi tempatan, Kumpulan Altel Holdings.
Lagi berita gembira, dua juta isirumah miskin di seluruh negara yang setiap tahun menerima BR1M, akan menerima dekoder secara percuma dan projek akan bermula Jun depan untuk fasa pertama; dijangka selesai sepenuhnya menjelang akhir 2017.
Kumpulan penonton pertama siaran ini merangkumi Pahang, Terengganu dan Kelantan sebelum diperluaskan ke Sabah, Sarawak dan Labuan seterusnya Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak, kemudian Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.
Fasa terakhir ASO ialah Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya; sekali gus 98 peratus muka bumi Malaysia diliputi DTTB dengan jangkaan, ketika itu rakyat bakal dapat menonton 80 saluran TV dan 40 saluran radio secara digital percuma.
Sesuai dengan kecanggihan sistem baharu, penonton tidak sahaja menerima kualiti gambar dan suara dalam format digital jauh lebih baik, pelbagai ciri terkini juga diperkenal bagi memberi pengalaman menonton televisyen menjadi lebih menarik.
Antaranya adalah pengaturcaraan pelbagai saluran, panduan program elektronik dan sistem audio alih bahasa yang tiada menerusi siaran FTA analog sekali gus setanding dengan apa ditawarkan Astro sejak sekian lama, cuma kali ini ia adalah percuma.
Barang kali, tanpa disedari inilah yang cukup dibimbangi Astro kerana operator itu sudah pun nampak lawan sebenar mereka RTM secara senyap bakal menggugat dunia penyiaran tanah air dalam masa terdekat. Fikir-fikirkanlah.