Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Showing posts with label mitos. Show all posts
Showing posts with label mitos. Show all posts

Thursday, 22 September 2022

SEJARAH LALUAN KERETA API TAPAH ROAD TELUK INTAN

Landasan Kereta Api Tapah Road Selatan

  • Panjang laluan ialah 29.1 km meliputi Tapah Road - Changkat Petai - Degong - Chikus - Sungai Tukang Sidin - Permatang - Sungai Kerawai - Bandar Teluk Anson - Wharf Teluk Anson
  • Dirasmikan pada 18 Mei 1893 oleh Gabenor Negeri-negeri Selat , iaitu Sir Cecil Clementi Smith dan Residen Perak, iaitu Sir Frank Swettenham
  • Laluan ini tidak lagi digunakan bermula pada tahun 1989.

Perasmian Laluan Kereta Api Tapah Road - Teluk Anson 
  • Pembinaan laluan ini bermula pada Mei 1891
  • Inisiatif pembinaan laluan ini dicetuskan oleh Spence Moss, Jurutera Penasihat Kereta Api dan T. Scott Gardner, Jurutera Tempatan Kereta Api
  • Merupakan antara laluan kereta api tertua di Malaysia
𝗦𝗘𝗝𝗔𝗥𝗔𝗛 𝗟𝗔𝗟𝗨𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗥𝗘𝗧𝗔 𝗔𝗣𝗜 𝗧𝗔𝗣𝗔𝗛 𝗥𝗢𝗔𝗗 – 𝗧𝗘𝗟𝗨𝗞 𝗔𝗡𝗦𝗢𝗡

Sejarah laluan kereta api dari Tapah Road ke Teluk Anson bermula apabila Sir Archibald Edward Harbord Anson yang merupakan Leftenan Gabenor Pulau Pinang membuat pelan bandar terancang, iaitu Pekan Teluk Anson pada tahun 1882.

#MuziumKTMB

 

Jambatan Keretapi Sungai Bidor, Teluk Intan

Inilah jambatan besi atau sinonim dengan panggilan 'Gerotak Bosi' oleh penduduk tempatan. Banyaklah kisah-kisah samada mitos atau benar tentang pembinaan jambatan ini. Ada yang mengatakan jambatan ini perlukan banyak kepala manusia sehinggakan cerita itu menghantui penduduk- penduduk sekitar itu dulu ni.

Jambatan kereta api Sungai Bidor ini dibina pada tahun 1893. Jambatan sepanjang 550 kaki ini tidak lagi digunakan untuk laluan keretapi setelah perkhidmatan Keretapi Teluk Intan-Tapah Road dihentikan pada tahun 80an. Sekarang jambatan ini hanya digunakan oleh pejalan kaki dan pengguna motosikal.

Perkongsian dan gambar dari En Adi Rez


-------------------------------------------------------

Pautan artikel menarik yang berkaitan :-

17 SEPTEMBER 1894 PERISTIWA PELANGGARAN KERETAPI DENGAN GAJAH


Saturday, 14 November 2020

PUTERI DUYUNG...

Siri Misteri Alam Dunia : PUTERI DUYUNG


Gambar : Struktur Sebuah Rangka Yang Dipercayai Ikan Duyung Kali Pertama Ditemui Di Malaysia Satu Ketika Dahulu

Pernah viral suatu ketika dahulu....RANGKA DUYUNG DI MALAYSIA

Ku Ismail Ku Yau,48 peniaga ubat tradisional di Kampung Kodiang Lama Dalam dekat Kodiang, Kedah Darul Aman merupakan orang tunggal di negara ini yang memiliki rangka ikan duyung yang hampir menyerupai rangka manusia. Rangka ikan duyung ini dikhabarkan masih disimpan baik.

Rangka ikan yang dilaporkan sebagai ikan duyung itu berwarna coklat kehitam-hitaman . Bentuknya dari kepala hingga ke tulang rusuk hampir menyerupai rangka manusia sementara bahagian pinggang serta kakinya adalah berbentuk ikan biasa.

Ku Ismail yang memperolehi rangka ikan ini pada tahun 1980 pernah mendapat liputan akhbar secara besar-besaran setelah berita luarbiasanya itu tersebar. Sejak itu berpuluh ribu orang dari seluruh pelusuk tanah air telah menyerbu rumah Ku Ismail semata-mata hendak melihat duyung.

Kajian yang dijalankan mendapati Ku Ismail memperolehi rangka ikan ini dari seorang Ustaz di Rabbai, Selatan Thailand. Beliau juga berada di tempat ikan ini disembelih iaitu ditepi pantai dekat Rabai. Beliau berjaya menadah beberapa titik air mata yang keluar dari mata duyung.

Beberapa pakar haiwan telah memeriksa rangka ikan ini dan mengesahkan ia tidak seperti ikan biasa. Ku Ismail mengakui ikan duyung memang wujud tetapi tidaklah secantik seperti yang dikisahkan dalam cerita dongeng.

Sumber Dari : Buku Rekod-Rekod Dunia di Malaysia (Ghulam Jie M Khan)

---------------------------------------------------------------------------------------------------------

PUTERI DUYUNG - MITOS ATAU FAKTA?

Saatnya kita paparkan perkataan-perkataan para ulama tentang putri duyung.

1- Al-Imam Az-Zurqani Al-Maliki -rahimahullah-, beliau ditanya :

ﺁﺩﻣﻴﺔ ﺍﻟﺒﺤﺮ ﺇﺫﺍ ﺗﺰﻭﺟﻬﺎ ﺇﻧﺴﺎﻥ ﺗﻜﻮﻥ ﻣﻌﻪ ﻓﻲ ﺍﻟﺠﻨﺔ؟

“Peri laut jika dinikahi oleh manusia, apakah peri laut tersebut akan bersama manusia itu kelak masuk surga?”

Beliau menjawab : ﺁﺩﻣﻴﺔ ﺍﻟﺒﺤﺮ ﻣﻦ ﺟﻤﻠﺔ ﺍﻟﺒﻬﺎﺋﻢ ﻻ ﻳﺼﺢ ﺗﺰﻭﺟﻬﺎ ﻭﻓﻲ ﻭﻃﺌﻬﺎ ﺍﻷﺩﺏ ﻭﺗﻜﻮﻥ ﻳﻮﻣﺎ ﺍﻟﻘﻴﺎﻣﺔ ﺗﺮﺍﺑﺎ ﻛﻐﻴﺮﻫﺎ ﻣﻦ ﺍﻟﺒﻬﺎﺋﻢ

“Peri laut termasuk dari kalangan hewan, maka tidak boleh menikahinya. Dan jika disetubuhi, maka pelakunya harus dihukum ta’dib/ta’ziir (hukuman yang bukan hadd karena sebuah tindakan kemaksiatan dan kriminalitas). Dan peri laut pada hari kiamat akan menjadi debu seperti hewan-hewan lainnya” (Ajwibah Az-Zurqani hal. 46)

2- Al-Bujairimi Asy-Syafii -rahimahullah-, beliau berkata:

ﺑﻨﺎﺕ ﺍﻟﺮﻭﻡ ﺳﻤﻚ ﺑﺒﺤﺮ ﺍﻟﺮﻭﻡ ﺷﺒﻴﻪ ﺑﺎﻟﻨﺴﺎﺀ ﺫﻭﺍﺕ ﺷﻌﻮﺭ ﺳﺒﻄﺔ ﺃﻟﻮﺍﻧﻬﻦ ﺇﻟﻰ ﺍﻟﺴﻤﺮﺓ ﺫﻭﺍﺕ ﻓﺮﻭﺝ ﻋﻈﺎﻡ ﻭﺛﺪﻱ ﻭﻛﻼﻡ ﻻ ﻳﻔﻬﻢ ﻳﻀﺤﻜﻮﻥ ﻭﻳﻘﻬﻘﻬﻮﻥ ﻭﺭﺑﻤﺎ ﻳﻘﻌﻦ ﻓﻲ ﺃﻳﺪﻱ ﺑﻌﺾ ﺃﻫﻞ ﺍﻟﻤﺮﺍﻛﺐ ﻓﻴﻨﻜﺤﻮﻫﻦ ﺛﻢ ﻳﻌﻴﺪﻭﻫﻦ ﺇﻟﻰ ﺍﻟﺒﺤﺮ

“Banaat Ar-Ruum adalah ikan di laut yang menyerupai wanita. Dia memiliki rambut yang terurai panjang. Warnanya condong ke coklat-coklatan, memiliki farj (kemaluan) dan payudara. Dapat berbicara namun tidak dapat dipahami, mereka tertawa dan terbahak-bahak. Terkadang ikan ini tertangkap oleh para pelaut kemudian dinikahi dan dikembalikan lagi ke laut” (Tuhfah Al-Habib ‘Alaa Syarh Al-Khatiib 4/325)

3- Ar-Rauyani Asy-Syafi’i juga bercerita tentang para pelaut : 

ﺃﻧﻪ ﻛﺎﻥ ﺇﺫﺍ ﺃﺗﺎﻩ ﺻﻴﺎﺩ ﺑﺴﻤﻜﺔ ﻋﻠﻰ ﺻﻮﺭﺓ ﺍﻟﻤﺮﺃﺓ ﺣﻠﻔﻪ ﺃﻧﻪ ﻟﻢ ﻳﻄﺄﻫﺎ

“Bahwasanya beliau (Ar-Rauyani) jika didatangi oleh nelayan yang membawa ikan dalam bentuk seorang wanita, maka beliau meminta sumpah dari nelayan itu bahwa dia tidak pernah menyetubuhinya” (Tuhfah Al-Habib ‘Alaa Syarh Al-Khatiib 4/325)

4- Kamaaluddiin ِAd-Dimairy As-Syaafi’i -rahimahullah-, berkata :

ﺇﻧﺴﺎﻥ ﺍﻟﻤﺎﺀ ﻳﺸﺒﻪ ﺍﻹﻧﺴﺎﻥ، ﺇﻻ ﺃﻥ ﻟﻪ ﺫﻧﺒﺎ . ﻗﺎﻝ ﺍﻟﻘﺰﻭﻳﻨﻲ : ﻭﻗﺪ ﺟﺎﺀ ﺷﺨﺺ ﺑﻮﺍﺣﺪ ﻣﻨﻬﺎ ﻓﻲ ﺯﻣﺎﻧﻨﺎ، ﻣﻘﺪﺭ ﻛﻤﺎ ﺫﻛﺮﻧﺎ . ﻭﻗﻴﻞ : ﺇﻥ ﻓﻲ ﺑﺤﺮ ﺍﻟﺸﺄﻡ، ﻓﻲ ﺑﻌﺾ ﺍﻷﻭﻗﺎﺕ ﻣﻦ ﺷﻜﻠﻪ ﺷﻜﻞ ﺇﻧﺴﺎﻥ ﻭﻟﻪ ﻟﺤﻴﺔ ﺑﻴﻀﺎﺀ، ﻳﺴﻤﻮﻧﻪ ﺷﻴﺦ ﺍﻟﺒﺤﺮ، ﻓﺈﺫﺍ ﺭﺁﻩ ﺍﻟﻨﺎﺱ ﺍﺳﺘﺒﺸﺮﻭﺍ ﺑﺎﻟﺨﺼﺐ .

“Manusia laut adalah hewan yang menyerupai manusia, namun dia memiliki ekor. Al-Qazwaini berkata: ‘Ada seseorang yang datang membawa hewan ini di zaman kami dengan bentuk yang telah kami sebutkan’. Dan disebutkan: Sesungguhnya di laut Syam di beberapa waktu ada hewan yang bentuknya menyerupai bentuk manusia dan dia memiliki jenggot yang putih, mereka menamainya dengan ‘Syaikh Al-Bahr’. Jika dia dilihat oleh manusia maka mereka senang.” (Hayaah Al-Hayawaan 1/46)

Dan kita paparkan pula ulama abad ini.

5- Syaikh Shalih Al-Fauzaan -hafidzahullah-, ditanya:

ﻓﻀﻴﻠﺔ ﺍﻟﺸﻴﺦ ﻭﻓﻘﻜﻢ ﺍﻟﻠﻪ : ﻳﺬﻛﺮ ﺑﻌﺾ ﺍﻟﻤﺨﺘﺼﻴﻦ ﺑﺎﻷﺳﻤﺎﻙ ﻓﻲ ﺍﻟﺒﺤﺮ ﺃﻥ ﻫﻨﺎﻙ ﺳﻤﻜﺔ ﺭﺃﺳﻬﺎ ﻛﺮﺃﺱ ﺍﻟﻤﺮﺃﺓ ﻭﻟﻬﺎ ﺷﻌﺮ ﻭﻭﺟﻪ ﻛﻮﺟﻪ ﺍﻟﻤﺮﺃﺓ ، ﻓﻬﻞ ﻳﺠﻮﺯ ﺃﻛﻠﻬﺎ , ﻭﻫﻲ ﻣﺎ ﻳﺴﻤﻰ ﺑﺎﻟﺤﻮﺭﻳﺔ؟

“Wahai syaikh yang mulia -semoga Allah selalu memberi taufik-. Ada sebagian para nelayan yang ahli tentang ikan menyebutkan bahwa di laut ada ikan yang kepalanya seperti kepala wanita dan dia memiliki wajah seperti wajah wanita. Apakah boleh dimakan, dan mereka menamainya dengan “Huuriyah” (peri laut)?

Beliau -hafidzahullah- menjawab :

ﻓﻴﻪ ﺇﻧﺴﺎﻥ ﺍﻟﺒﺤﺮ ﻓﻴﻪ ﺷﻲﺀ ﻣﻦ ﺍﻟﺴﻤﻚ ﻋﻠﻰ ﺷﻜﻞ ﺇﻧﺴﺎﻥ ﻳﺴﻤﻮﻧﻪ ﺇﻧﺴﺎﻥ ﺍﻟﺒﺤﺮ ﻳﺆﻛﻞ ﻛﻞ ﺻﻴﺪ ﺍﻟﺒﺤﺮ ﻳﺆﻛﻞ ﻭﻟﻮ ﻛﺎﻥ ﻋﻠﻰ ﺷﻜﻞ ﺭﺟﻞ ﺃﻭ ﺷﻜﻞ ﺇﻣﺮﺃﺓ ﻧﻌﻢ

“Ada namanya manusia laut. Ada ikan yang memiliki bentuk seperti manusia yang mereka namai dengan manusia laut. Setiap hewan laut yang diburu, maka boleh dimakan walau dia berbentuk seorang lelaki atau wanita. Na’am.” (Rekaman suara dari tanya jawab bersama syaikh shalih Al-fauzan, dengar di sini)

6- Syaikh Ibnu Utsaimin, -rahimahullah-.

Beliau pun pernah ditanya tentang manusia laut ini dan beliau berfatwa akan bolehnya memakan hewan laut ini dengan berdalil dari hadits Nabi -shallallahu alaihi wa sallam- mengenai laut : 

ﻫﻮ ﺍﻟﻄﻬﻮﺭ ﻣﺎﺅﻩ ﺍﻟﺤﻞ ﻣﻴﺘﺘﻪ

“Dia suci airnya dan halal semua hewan-hewannya” (HR. Abu Daud no. 83; sebagaimana yang dinyatakan oleh Al-Albani) Shahih

Wallahu a’lam, sehingga dapat kita ambil kesimpulan : bahwa wujud putri duyung sangat mungkin ada dan nyata, begitu pula keberadaannyapun sangat memungkinkan. Namun jarang terlihat di zaman ini, karena kemungkinan sudah atau hampir punah. Karena para ulama sudah membahasnya dalam pembahasan fiqh sejak dulu.

WallahuA'lambissowab...

Saturday, 7 July 2012

Misteri Serigala Jadian

Pada tahun 1573, seorang lelaki Perancis yang bernama Gilles Garnier telah dibakar hidup-hidup selepas lebih daripada 50 orang saksi melihat beliau sedang mengoyak badan seorang kanak-kanak dan memakan dagingnya.

Garnier mengakui bahawa dia telahpun membunuh dan memakan daging lebih daripada empat orang kanak-kanak berusia antara 10 hingga 12 tahun kerana mendakwa beliau adalah serigala jadian. Menurutnya, dia memperolehi keupayaan untuk bertukar daripada manusia menjadi serigala jadian selepas bertemu dengan syaitan ketika berburu bagi mencari makanan di dalam hutan pada waktu malam.

Syaitan itu memberi krim magis yang membolehkannya bertukar menjadi serigala jadian dan dia mula menculik kanak-kanak serta memakan daging mangsanya itu. Bagaimanapun, tindakan Garnier akhirnya terbongkar selepas beberapa saksi terserempak dengannya yang sedang melakukan perbuatan berkenaan.

Gambar Sebagai Hiasan

Kira-kira 31 tahun kemudian, kes yang hampir sama kembali berulang di Perancis. Seorang remaja yang bernama Jean Grenier, 13, mendakwa pernah bertemu dengan syaitan di dalam hutan dan puaka itu memberikannya kulit serigala yang membolehkan jasadnya bertukar menjadi serigala jadian.

Selepas bertukar menjadi serigala jadian, dia berkeliaran pada setiap malam untuk membunuh dan memakan kanak-kanak. Grenier akhirnya dihukum penjara seumur hidup di Biara Fransiskan.

Seterusnya melewati masa, beberapa lagi kes yang sama telah dilaporkan terjadi di pelbagai tempat di seluruh dunia – manusia itu membunuh selepas bertukar menjadi serigala jadian.

Persoalannya, adakah benar jasad manusia mampu bertukar menjadi raksasa seperti serigala jadian yang menggunakan ilmu sihir atau bantuan syaitan? Kepercayaan mengenai fenomena mistik itu bukanlah suatu perkara baru malahan ia sudahpun berlarutan selama ratusan tahun, bahkan sudahpun wujud dalam pelbagai budaya bangsa di dunia ini.

Masyarakat kuno Sepanyol, Portugis dan Brazil misalnya percaya bahawa manusia memang berkemampuan bertukar menjadi serigala. Menurut kepercayaan lama mereka, sekiranya sesebuah keluarga memiliki enam anak perempuan, maka anak ketujuh mereka akan menjadi serigala jadian sekiranya anak itu adalah lelaki.

Gambar Sebagai Hiasan

Di Itali, Perancis dan Jerman pula, wujud kepercayaan bahawa seorang lelaki akan bertukar menjadi serigala jadian sekiranya mereka tidur di luar rumah pada malam Rabu atau Jumaat tertentu pada musim panas jika cahaya bulan memancar terus ke wajahnya.

Herodotus iaitu sejarawan Yunani dari abad kelima Sebelum Masihi (SM) pula menceritakan bahawa wujudnya puak Neuri pada zaman dahulu yang dapat berubah menjadi serigala jadian selama beberapa hari dalam setahun. Di Malaysia juga turut terdapat kepercayaan yang hampir sama iaitu manusia kononnya dapat berubah menjadi harimau jadian dengan menggunakan ilmu sihir atau saka.

Teka-teki yang membingungkan mengenai kesahihan kewujudan serigala jadian terbabit menyebabkan para penyelidik mulai melakukan kajian bagi membongkar misteri tersebut. Akhirnya selepas beberapa lama kajian dibuat, mereka mengakui bahawa fenomena manusia bertukar kepada serigala sememangnya wujud!

Akan tetapi, keadaan sebenarnya bukanlah jasad manusia itu bertukar menjadi seakan serigala dengan wajah bengis dan ganas, badan berbulu serta memiliki taring dan kuku tajam. Sebaliknya, manusia terbabit sekadar berkelakuan seperti haiwan termasuk menyalak kepada bulan, merangkak dan merayau di tanah perkuburan pada waktu malam malah sanggup membunuh dan memakan daging manusia lain. Perlakuan aneh itu diklasifikasikan penyelidik sebagai satu daripada penyakit mental luar biasa yang dikenali sebagai ‘lycanthropy’ dan para penyelidik mempercayai kes yang membabitkan serigala jadian seperti dialami Jean Grenier dan Gilles Garnier sebenarnya berpunca daripada penyakit lycanthropy berkenaan.

Pengarang buku ‘Penyakit Mental Luar Biasa’, Richard Noll ketika mengulas penyakit itu berkata: “Seseorang yang mengalaminya mempercayai bahawa mereka sesungguhnya telah menjadi serigala, ditumbuhi bulu dan kuku yang tajam.”

Penyakit Hypertrichosis

Selain sindrom lycanthropy, para penyelidik juga mempercayai bahawa segala cerita mengenai serigala jadian mungkin berasal daripada sejenis penyakit genetik yang dikenali sebagai nama Hypertrichosis yang menyebabkan hampir keseluruhan jasad penghidapnya ditumbuhi bulu sehinggakan penampilan luaran seseorang itu akan  kelihatan seakan-akan serigala.

Maka tidak mustahil terdapat penduduk zaman dahulu yang menghidap Hypertrichosis dan kewujudan mereka dengan jasad dipenuhi bulu itu kemudian disalah anggap masyarakat sebagai serigala jadian. Seterusnya salah tanggapan itu berkembang melewati masa sehingga terlahirlah momokan kewujudan serigala jadian daripada kalangan manusia yang terus menjadi popular dan diminati ramai pada hari ini.

Misteri Kewujudan Drakula

Arkib : 07 Julai 2012

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada para pembaca.

Hampir keseluruhan penduduk dunia ini sudahpun mengenali dracula sebagai makhluk yang mengerikan dan gemar menghisap darah manusia. Cerita berkenaan dracula ini sangatlah terkenal dan sering dijadikan inspirasi untuk menghasilkan sesebuah karya seni cerita, filem, lagu, dan lain lain. Namun apakah dracula yang begitu terkenal ini hanyalah merupakan sebuah legenda, atau sememangnya ia benar² wujud di dalam dunia ini? Inilah kenyataannya yang harus difikirkan bersama berserta dalil² kajian.

Dracula
Sehingga saat ini sudah tidak terhitung lagi berapa jumlah cerita, lagu, dan filem² yang menggambarkan makhluk misteri ini. Tetapi sebenarnya apakah dracula itu? Apakah ia bersesuaian dengan apa yang digambarkan di dalam filem² buatan pencinta² seni filem?

Di dalam filem juga kita disogokkan untuk mengenali dracula sebagai makhluk yang gemar menghisap darah manusia. dracula biasanya diceritakan sebagai makhluk berdarah biru, keluar pada malam hari, akan mati jika terkena cahaya matahari, selalu dahagakan darah manusia, akan mati dijika ditusukkan senjata perak di jantungnya, anti salib dan ubi, serta beberapa lagi ciri² lain dracula yang biasa digambarkan di dalam filem².

Asal Usul
Mungkin agak sedikit membosankan bagi sesetengah orang jika diceritakan hal² sejarah begini, tetapi ini sudahpun diringkaskan semampu mungkin. Dracula sebenarnya berasal dari Romania dan mulai tersebar di Eropah pada abad ke 16. Kisah kewujudan dracula sebenarnya merupakan kisah benar. Sejarah Dracula berasal daripada seorang Raja Romania pada Abad ke 14 yang bernama Vlad Dracul.

Vlad Dracul merupakan seorang Raja Romania pada abad ke 14 yang gemar berperang dan beliau memang terkenal dengan kekejamannya. Kemampuannya dalam medan peperangan tidak dapat diragukan lagi apabila dilihat daripada jumlah peperangan yang dimenanginya. Dipercayai bahawa Vlad Dracul mempunyai ritual khusus sebelum memulakan peperangan, iaitu meminum dan berendam dengan darah musuh yang pernah dikalahkannya (namun penulis asal belum mendapat bukti kukuh bagi menguatkan dakwaan ini).

Istana Vlad Dracul

Kekejaman pemerintahannya berlanjutan secara turun temurun kepada pewaris² generasinya. Vlad Tepes III adalah pewaris kepada Vlad Dracul yang kemudiannya dijoloki sebagai Dracula (merujuk pada nama Vlad Dracul yang merupakan pendahulunya) kerana kekejamannya yang menyamai Vlad Dracul. Vlad Tepes III (Dracula) hidup pada tahun 1431 dan meninggal pada tahun 1476.

Kekejaman Vlad Tepes terkenal daripada cara dia menghukum para tawanannya dengan cara ngeri, iaitu disiat kulit dan disula (disula adalah penyeksaan dengan cara menusuk anus dengan kayu sebesar lengan tangan orang dewasa yang hujungnya diruncingkan hingga menembusi ke mulut mangsa. Mangsa yang telah ditusuk kemudian dipancangkan sehingga kayu sula menembusi perut, kerongkong, hingga ke kepala). Dipercayai kekejaman dan kejayaan Dracula dalam peperangan dikeranakan oleh Dracula (Vlad Tepes III) meneruskan ritual pendahulunya Vlad Dracul iaitu dengan cara mandi dan meminum darah manusia.

Sehingga perang Salib terjadi, Dracula telah membunuh ratusan ribu tawanannya dengan cara disula dan sebahagian besar mangsanya adalah orang Islam. Namun ketika perang salib terjadi, Dracula berjaya dikalahkan oleh Sultan Mehmed II, kepalanya dipenggal dan dipersembahkan kepada Kerajaan Turki Uthmaniyah untuk menghargai warga turki yang menjadi mangsa kekejaman Dracula semasa Perang Salib.

Namun semuanya tidaklah berakhir disitu sahaja, oleh kerana kejayaan Vlad Dracul dan Vlad Tepes III dalam peperangan, maka ramailah pemimpin² lain juga ingin mengikuti jejak langkahnya. Akhirnya pada abad ke 15,16,17 terjadilah wabak Dracula (mengikuti ritual Dracula (Vlad Tepes III), iaitu mandi dan meminum darah manusia). Daripada situasi inilah dikatakan telah lahirnya spesies manusia baru yang gemar meminum darah manusia. Ada yang mempercayai keturunan Vlad Dracul masih lagi wujud sehingga sekarang dan masih melakukan ritual yang mengerikan itu (penulis asal tidak dapat memastikan kebenarannya ini).

Sekarang pastinya sudah jelas pada kita bahawa Dracula adalah sebuah kenyataan dan wujud di dunia (tetapi kewujudan keturunan/etnik mereka yang meminum darah sampai sekarang masih lagi diragukan kewujudannya). Namun sejarah di atas tidak mampu menjelaskan dari mana datangnya ciri-ciri Dracula seperti berdarah biru, muka pucat, haus akan darah, benci bawang putih, dll. Orang Eropah, khususnya Romania meyakini bahawa spesies Dracula (keturunan Van Dracul) memang mempunyai ciri-ciri dan fizikal yang seperti itu. Namun bagaimanakah penjelasannya secara ilmiah? Apakah sains dapat menjelaskannya.

Lakaran Vlad Tepes III

Ciri² Dracula Daripada Segi Ilmiah (Sains)
Jika daripada sudut pandang sains, pasti kita akan menjangkakan penyakit atau kelainan apakah yang membuatkan gejala dan ciri² seperti Dracula terjadi. Dan ternyata sememangnya terdapat penyakit di dunia ini yang memenuhi kriteria² dracula tersebut, iaitu Porphyria. Porphyria adalah sejenis penyakit gen dimana para pengidapnya akan kekurangan enzim glisin yang berfungsi untuk membentuk Heme. Heme adalah komponen hemoglobin yang berfungsi untuk membawa oksigen di dalam darah. Bayangkan jika Heme kurang dan oksigen tidak dapat dibawa secara sempurna, maka tubuh akan menjadi warna biru pucat. Kerana itu juga para pengidap Porphyria tidak boleh terkena cahaya matahari, kerana cahaya matahari boleh membakar kulit mereka. (2 ciri-ciri Dracula sudahpun terjawab dengan kajian sains ini)

Di samping itu kerana kualiti darah yang rendah akibat kekurangan oksigen, maka pengidap Porphyria haruslah mendapat bekalan darah secara berkala. Bahkan katanya mereka harus meminum darah itu secara terus agar darah tersebut dapat memasuki ke dalam sistem pencernaan dan diceraikan untuk masuk pula ke dalam aliran darah.

Kualiti darah juga ditentukan oleh kadar lemak di dalam darah. Bawang putih mengandungi suatu zat yang menyebabkan kadar lemak dalam darah berkurangan. Mungkin itu jugalah yang menjelaskan mengapa Dracula sangat takut pada bawang putih. Dikatakan juga penyakit Porphyria merupakan penyakit yang dijangkiti secara turun-temurun (penyakit keturunan).

Porphyria berasal daripada bahasa Yunani, ‘Porphura’ yang bermaksud ungu. Nama ini mengacu kepada perubahan warna beberapa cairan tubuh menjadi warna ungu, salah satunya urin, jadi sesuai dengan gejala/ciri2 penyakit tersebut. Di bawah adalah gambar pengidap penyakit Porphyria:

Antara Kesan Penyakit Porphyria


Terlihat di gambar ia memang sedikit mengerikan dan kesemua kriteria² Dracula seharusnya terdapat pada para pengidap Porphyria. Daripada sini dapat kita simpulkan bahawa Dracula bukanlah puak/etnik khusus daripada keturunan Vlad Dracul tetapi sebenarnya Vlad Dracul dan keturunannya adalah pengidap penyakit Porphyria.

Penyaksian dan Kejadian
Pelbagai kejadian misteri mengenai Dracula telah diceritakan secara turun-temurun oleh masyarakat di pelbagai wilayah eropah dan dunia. Cerita² masyarakat inilah yang diangkat oleh seorang pengarang yang berasal dari Ireland, Bram Stoker pada tahun 1987 di dalam filem hantunya yang berjudul “Coun Dracul” yang ternyata telah menjadi terkenal dan terus difilemkan sehingga sekarang (yang terkenal ketika ini sebagai “twilight”).

Menurut legenda, Dracula berasal daripada orang mati yang bangkit kembali dari dalam kuburnya. Pada tahun 1732 di kawasan Hongaria dilaporkan seorang penduduk desa yang telah meninggal selama tiga tahun, tiba-tiba bangkit dari dalam kuburnya dan menyerang keluarganya sendiri. Ia menghisap darah empat anak saudaranya sehingga meninggal dunia.

Semenjak itu, penduduk setempat tidak lagi tinggal dalam keadaan aman. Mereka kemudiannya dengan segera menggali semula kubur milik Dracula tersebut. Ternyata mereka mendapati sesuatu yang diluar dugaan. Mayat yang dikuburkan selama bertahun-tahun itu ternyata masih utuh. Rambut dan kukunya memanjang, matanya setengah terbuka, dan jantungnya kelihatan masih berdenyut. Yang lebih menghairankan lagi di mulutnya terdapat sisa² darah segar yang baru sahaja mengering.

Akhirnya penduduk setempat membunuh mayat tersebut bagi mematikannya untuk kedua kalinya dengan menancapkan pancang besi perak tepat di atas jantungnya (mungkin inilah asalnya mengapa dracula dikatakan hanya mati jika ditusuk jantungnya).


Ini adalah patung gambaran bagaimana dracula dibunuh

Jika berdasarkan kenyataan penduduk Hungary di atas, maka terdapat beberapa persoalan yang tidak dapat dijawab seperti:
  • Bagaimanakah mungkin mayat boleh hidup kembali?
  • Kenapakah mayat tersebut tidak membusuk?
  • Bagaimanakah nasib ke empat-empat anak saudaranya yang dikatakan mati dihisap darahnya?
  • Mengapakah tidak ada catatan mengenai mereka? dan lain-lain.
Kesimpulan
Kita sekarang boleh menyimpulkan bahawa Dracula asal sebenarnya adalah daripada keturunan raja Romania yang memiliki penyakit pelik yang diberi nama sebagai penyakit Porphyria dan mereka melakukan ritual meminum darah segar manusia sama ada darah daripada mayat ataupun manusia yang masih hidup. Namun kerana ‘jasa’ Vlad Dracul dan Vlad Tepes III dalam peperangan yang dianggap oleh bangsa² tertentu sebagai besar, maka kejelikan² mereka disamarkan sehingga diciptakannya sebuah legenda Dracula yang sepertimana wujud di dalam filem² zaman sekarang.


Pautan artikel lain yang berkaitan :-

PERISTIWA PADA 17 JUN 1462 VLAD III DRACULA


https://normanhafizi.blogspot.com/2022/08/17-jun-1462.html

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...