Some write for money. Some write to share.
I write to share for your knowledge. Religions, Politics and Conspiracy Theories, these are my fields of interests.
I am not a perfect person. Please correct me if you saw my mistakes so that I will learn from it…
Menyingkap Tabir Sejarah Peristiwa Penurunan Al-Quran (Nuzul Al-Quran)
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Allah S.W.T. telah menurunkan al-Quran sebagai satu mukjizat terbesar yang membuktikan kerasulan Nabi Muhammad S.A.W. dan kewujudan Allah S.W.T. dengan segala sifat-sifat kesempurnaannya. Membaca al-Quran serta menghayati dan mengamalkannya adalah satu ibadat sunnah.
Maka peristiwa Nuzul al-Quran memberi makna terlalu besar kepada umat Islam dan kehidupan Nabi S.A.W. khasnya. Ayat al-Quran diturunkan Allah S.W.T. kepada Nabi Muhammad S.A.W. melalui perantaraan Malaikat Jibril secara berperingkat-peringkat hingga menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada kita hari ini.
Al-Quran dinukilkan kepada kita secara mutawatir, pasti dan qat’i serta ditulis mashaf yang hari ini lebih dikenali sebagai mashaf ‘Uthmani. Adalah wajar bagi umat Islam mengkaji sejarah al-Quran dan perkara yang berkaitan dengannya.
NUZUL AL QURAN ( 17 RAMADHAN )
Peristiwa agung dan istimewa dalam sejarah umat ialah malam diturunkan al-Quran (Nuzul al-Quran) yang berlaku pada 24 Ramadhan. Ia juga disebut Allah sebagai malam yang diberkati (lailatin mubarakah).
Firman Allah SWT.:
“Sesungguhnya Kami telah menurunkan Al-Quran itu pada malam yang berkat.” (Surah al-Dukhan ayat 3).
“Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar.” (Surah al-Qadr, ayat 1).
“Ramadan yang padanya diturunkan al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekelian manusia, dan menjadi keterangan yang menjelaskan petunjuk dan menjelaskan perbezaan antara yang benar dan yang salah.” (Surah al-Baqarah, ayat 185)
‘Malam yang berkat’ yang dinyatakan Allah SWT dalam surah al-Dukhan itu adalah malam yang penuh dengan kebaikan dan rahmat, yang lebih besar keutamaannya dari amalan seribu bulan. Maka Allah SWT telah memilih tarikh turun kalam-Nya buat pemimpin umat sejagat Nabi Muhammad SAW yang penuh dengan kemuliaan itu untuk berlaku pada hari yang mulia iaitu malam al-Qadr itu sendiri.
Ketiga-tiga ayat ini menunjukkan penurunan berlaku pada bulan Ramadhan dan secara khususnya ia diturunkan pada malam al-Qadr yang merupakan suatu anugerah Allah buat mereka yang menghidupkan malam-malam pada bulan Ramadhan.
MAKNA NUZUL AL QURAN
Nuzul al-Quran bererti penurunan al-Quran dari langit kepada Nabi Allah yang terakhir. Perkataan Nuzul dalam pelbagai wajah sama Ada kata nama, kata perbuatan atau lainnya digunakan dalam al-Quran sebanyak lebih kurang 290 kali. Sebagai contoh, “Dia yang telah…..menurunkan hujan.” (al-Baqarah:22), dan “Dialah….yang menurunkan Taurat Dan Injil.” (Ali Imran:3).
‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah, iaitu berpindah dari atas ke bawah atau turun dari tempat yang tinggi. ‘Al-Quran’ pula bermaksud bacaan atau himpunan, kerana al-Quran itu untuk dibaca oleh manusia dan di dalamnya terhimpun ayat-ayat yang menjelaskan pelbagai perkara yang meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, munakahat, sains, teknologi dan sebagainya.
Kelebihan al-Quran tidak ada satu perkara pun yang terlepas atau tertinggal di dalam al-Quran. Dengan lain perkataan segalanya terdapat di dalam al-Quran. Firman Allah:
Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan). (Al-An’am:38)
Al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.
PERINGKAT PENURUNAN AL-QURAN
Para ulama menyatakan penurunan al-Quran berlaku dalam dua bentuk iaitu secara sekaligus, Dan berperingkat. Walau bagaimanapun mereka berselisih pendapat tentang berapa kali berlakunya penurunan al-Quran secara sekaligus. Terdapat tiga pandangan mengenai hal ini, iaitu;
Pertama, Penurunan al-Quran dari Allah SWT ke al-Lauh al-Mahfuz;
Kedua, Dari al-Lauh al-Mahfuz ke Bait al-‘Izzah di langit dunia; dan
Ketiga, Penurunan kepada Jibril a.s. dalam tempoh 20 malam.
Al-Suyuti dalam kitabnya ‘al-Itqan if Ulum al-Quran’ berdasarkan tiga riwayat oleh Ibn ‘Abbas, Hakim Dan al-Nasa’i, hanya membahagikan kepada dua peringkat sahaja iaitu dari al-Lauh Mahfuz ke Bait al-‘Izzah Dan dari Bait al-‘Izzah kepada Rasulullah SAW melalui Jibril a.s.
1. Dari Allah SWT ke al-Lauh al-Mahfuz.
Penurunan ini berlaku sekaligus dengan tujuan untuk membuktikan ketinggian Dan kekuasaan Allah SWT. Para Malaikat menyaksikan bahawa segala perkara yang ditentukan oleh Allah SWT di Luh Mahfuz ini benar-benar berlaku. Pendapat ini disandarkan kepada ayat 21 dan 22 surah al-Buruj yang berbunyi,
بَلْ هُوَ قُرْآنٌ مجيد فِي لَوْحٍ مَحْفُوظ .
“(Sebenarnya apa yang engkau sampaikan kepada mereka bukanlah syair atau sihir), bahkan ialah Al-Quran yang tertinggi kemuliaannya; (Lagi yang terpelihara dengan sebaik-baiknya) pada Luh Mahfuz.” (al-Buruj:21-22)
2. Dari al-Lauh al-Mahfuz ke Bait al-‘Izzah di langit dunia
Penurunan kali kedua secara sekali Gus dari al-Lauh al-Mahfuz ke Bait al-’Izzah di langit dunia dipercayai berlaku berpandukan kepada tiga (3) ayat al-Quran sebagaimana yang diriwayatkan oleh Ibn ‘Abbas;
“(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadhan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk Dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadhan (atau mengetahuinya), maka hendaklah dia berpuasa bulan itu dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (bolehlah dia berbuka, kemudian wajiblah dia berpuasa) sebanyak Hari yang ditinggalkan itu pada hari-Hari yang lain. (Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan dan Dia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan) dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjuk-Nya dan supaya kamu bersyukur.”
“Sesungguhnya Kami telah menurunkan Al-Quran itu pada malam yang berkat; (Kami berbuat demikian) kerana sesungguhnya Kami sentiasa memberi peringatan dan amaran (jangan hamba-hamba Kami ditimpa azab).”
Firman Allah SWT dalam al-Qadr, ayat 1:
إِنَّا أَنْزَلْنَاهُ فِي لَيْلَةِ الْقَدْرِ
“Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar.”
Ibn ‘Abbas juga menyatakan mengikut apa yang diriwayatkan oleh Said b. Jubayr: “Al-Quran diturunkan sekali gus pada malam yang penuh berkat.” Ikrimah pula meriwayatkan ‘Abdullah bin ‘Abbas berkata: “Al-Quran diasingkan daripada al-Dhikr ‘الذكر’ dan ditempatkan di Bait al-‘Izzah di langit dunia."
Ibn Marduwayh dan al-Baihaqi mencatatkan perbualan antara ‘Atiyyah bin al-Aswad dan ‘Abdullah bin ‘Abbas yang mana ‘Atiyyah agak keliru mengenai penurunan ayat-ayat ini, “Pada bulan Ramadhan al-Quran diturunkan”, dan “Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar”, ia juga diturunkan pada bulan Syawwal, Dhu al-Qaedah, Dhu al-Hijjah, al-Muharram, Safar dan Rabi’ al-Awwal.” Kemudian Ibn ‘Abbas menjelaskan: “Al-Quran diturunkan pada malam Lailatul-Qadar sekali gus kemudiannya untuk diwahyukan kepada Rasulullah s.a.w. secara beransur-ansur selama beberapa bulan dan hari.”
3. Dari Bait al-’Izzah kepada Rasulullah S.A.W.
Menurut sebuah riwayat oleh Ibn Abbas dan pandangan majoriti para mufassirin, Al-Quran diturunkan sekaligus ke ‘Baitul Izzah’di langit ke dunia pada malam ‘Lailatul Qadar’. Sedangkan Al-Quran yang diturunkan ke bumi dan diterima Rasullullah sebagai wahyu terjadi secara beransur-ansur selama sekitar 23 tahun.
Al-Quran mula diturunkan kepada Rasulullah S.A.W. secara beransur-ansur sejak baginda dilantik menjadi Rasulullah SAW dan selesai apabila baginda hampir wafat, iaitu dalam tempoh masa 22 tahun 2 bulan 22 hari atau 23 tahun, 13 tahun di Mekah dan 10 tahun di Madinah al-Munawwarah. Ayat-ayat dan surah-surah yang diturunkan sebelum peristiwa hijrah dikenali sebagai Makkiyah dan yang diturunkan selepas peristiwa hijrah dikenali sebagai Madaniyyah .
Mengikut pendapat ini, Jibril a.s. diberi Malam Lailatul-Qadar setiap tahun, dari mula turun wahyu hingga ke akhirnya sepanjang tempoh kenabian, sebahagian daripada al-Quran disimpan di Bait al-‘Izzah yang mencukupi baginya untuk disampaikan kepada Rasulullah S.A.W. dalam masa 20 tahun. Pandangan ini dipegang kuat oleh al-Mawardi.
RasululLah S.A.W. bersabda: “Al-Quran diturunkan sekali gus oleh Allah ke langit dunia pada malam al-Qadr kemudian ia diturunkan secara berperingkat dalam masa 20 tahun” (Hadis riwayat Ibn Abbas.)
Sebahagian ulama berpendapat penurunan al-Quran hanya sekali sahaja iaitu daripada Allah SWT terus kepada Rasulullah SAW melalui Jibril secara berperingkat dan bukannya tiga kali dari Allah SWT ke al-Lauh al-Mahfuz, ke Bait al-‘Izzah dan kepada Rasulullah S.A.W.
AYAT PERTAMA DAN TERAKHIR
Ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad S.A.W. melalui perantaraan Malaikat Jibril ialah lima ayat pertama daripada Surah Al-Alaq.
”Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhan mu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhan mu Yang Maha Pemurah, -Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.” (al-‘alaq:1-5)
Dan peristiwa ini terjadi ketika Rasulullah S.A.W. sedang bertahannus (menyendiri) di Gua Hira. Sedangkan ayat Al-Quran yang terakhir sekali diturunkan adalah ayat-ayat riba iaitu ayat 278 sehingga 281 dari surah Al-Baqarah.
CARA-CARA AL-QURAN DIWAHYUKAN
Isteri Rasulullah S.A.W, Saidatina Aishah, meriwayatkan sebelum Nabi Muhammad diangkat menjadi Rasul, beliau bermimpi perkara yang benar lalu beliau menyendiri di gua Hira’ beribadah kepada Allah SWT untuk selama beberapa tahun. Di gua berkenaanlah baginda menerima wahyu yang pertama.
Harith bin Hisham, seorang sahabat Rasulullah S.A.W, pernah bertanya kepada Baginda bagaimana Wahyu diturunkan kepadanya. Rasulullah menjawab, ”Kadang-kadang wahyu datang kepada-Ku dengan gema (desingan) loceng Dan ini amat berat bagi-Ku, Dan sementara bunyi itu hilang aku mengingati apa yang disampaikan kepada-Ku. Kadang Ia datang dalam bentuk jelmaan malaikat kepada-Ku merupai lelaki, bercakap dengan-Ku Dan aku menerima apa saja yang disampaikannya kepada-Ku.”
Nabi Muhammad SAW mengalami bermacam-macam cara dan keadaan semasa menerima wahyu. Antara cara-cara Al-Quran diwahyukan adalah:
1. Menerusi mimpi yang benar (al-Rukya al-Sadiqah) Malaikat memasukkan wahyu itu ke dalam hatinya. Dalam hal ini, Nabi SAW tidak melihat sesuatu apa pun, hanya beliau merasa bahawa itu sudah berada di dalam kalbunya. Sebagai contohnya Nabi pernah bersabda mengatakan: “Ruhul Quddus mewahyukan ke dalam kalbuku bahawa seseorang itu takkan mati sehingga dia menyempurnakan rezekinya yang telah ditetapkan oleh Allah“. ( As-Syura: 51)
2. Malaikat menampakkan dirinya kepada Nabi S.A.W. menyerupai seorang lelaki yang mengucapkan kata-kata kepadanya sehingga beliau mengetahui dan hafal benar mengenai kata-kata itu.
3. Wahyu datang kepadanya seperti gemercingnya loceng. Cara inilah yang amat berat dirasakan Nabi S.A.W. Kadang-kadang pada keningnya terdapat peluh, meskipun turunnya wahyu itu di musim yang sangat dingin. Ada ketikanya, unta beliau terpaksa berhenti dan duduk kerana merasa amat berat.
Diriwayatkan oleh Zaid bin Tsabit: ” Aku adalah penulis wahyu yang diturunkan kepada Rasulullah. Aku lihat Rasulullah ketika turunnya wahyu itu seakan-akan diserang demam yang kuat dan peluhnya bercucuran seperti permata. Kemudian setelah selesai turunnya wahyu, barulah beliau kembali seperti biasa”.
4. Malaikat menampakkan dirinya kepada Nabi S.A.W. dalam rupanya yang benar-benar asli sebagaimana yang terdapat di dalam surah An- Najm ayat 13 & 14 : “Sesungguhnya Muhammad telah melihatnya pada kali yang lain (kedua). Ketika (ia berada) di Sidratulmuntaha”
5. Malaikat mewahyukan kepada Nabi S.A.W. dari atas langit seperti yang berlaku dalam peristiwa al-Isra` wal Mikraj . Sesetengah ulamak berpendapat baginda S.A.W. juga pernah berbicara secara langsung dengan Allah dan menerima wahyu seperti yang berlaku pada Nabi Musa. Perkara ini merupakan suatu khilaf di kalangan para ulamak.
TUJUAN AL-QURAN DITURUNKAN BERPERINGKAT
Tujuan Allah menurunkan secara beransur-ansur adalah bagi memenuhi objektif-objektif berikut :
Agar lebih mudah difahami dan dilaksanakan. Orang akan enggan melaksanakan suruhan dan larangan sekiranya suruhan dan larangan itu diturunkan sekaligus dalam kadar yang banyak. Hal ini disebut oleh Bukhari dari riwayat ‘Aisyah r.a.
Di antara ayat-ayat itu ada yang nasikh dan ada yang mansukh, sesuai dengan kamaslahatan. Ini tidak dapat dilakukan sekiranya Al Quran diturunkan sekaligus. (Ini menurut pendapat yang mengatakan adanya nasikh dan mansukh)
Turunnya sesuatu ayat sesuai dengan peristiwa-peristiwa yang terjadi akan lebih berkesan dan lebih berpengaruh di hati.
Memudahkan penghafalan. Orang-orang musyrik yang telah menanyakan mengapa Al Quran tidak diturunkan sekaligus, sebagaimana disebut dalam Al Quran surah Al Furqaan ayat 32:
“……mengapakah Al Quran tidak diturunkan kepadanya sekaligus….?”
Kemudian dijawab di dalam ayat itu sendiri:
“….Demikianlah, dengan (cara) begitu Kami hendak menetapkan hatimu..”.
FUNGSI AL-QURAN
Al-Quran mempunyai beberapa fungsi penting, diantaranya ialah:
1. Sebagai Mukjizat Nabi Muhammad S.A.W.
Al-Quran merupakan bukti kenabian dan kerasulan Nabi Muhammad S.A.W, sekaligus ianya menjadi bukti bahawa Al-Quran merupakan firman Allah S.W.T., bukannya ucapan atau ciptaan Nabi Muhammad S.A.W. sendiri. Rasullulah S.A.W. telah menjadikan Al-Quran sebagai senjata bagi menentang orang-orang kafir Quraisy. Didapati bahawa mereka sememangnya tidak mampu menghadapinya, padahal mereka mempunyai kemahiran menggubah bahasa-bahasa yang indah dalam ucapan dan sajak-sajak mereka. Al-Quran secara prisipnya telah mengemukakan cabaran kepada bangsa Arab menerusi tiga peringkat iaitu :
Peringkat pertama.
Mencabar mereka dengan keseluruhan Al-Quran dalam uslub umum yang meliputi orang Arab sendiri dan orang lain, manusia malah jin, dengan cabaran yang mengalahkan dan menjatuhkan mereka secara padu sebagaimana firmanNya.
“Katakanlah: Sesungguhnya jika manusia dan jin berkumpul untuk membuat yang serupa Quran ini, niscaya mereka tidak akan dapat membuat yang serupa dengannya, sekalipun sebahagian mereka menjadi pembantu bagi sebahagian yang lain.” (17 : 88)
Peringkat kedua.
Mencabar dengan sepuluh surah sahaja daripada Al-Quran. Sebagaimana firmanNya:
“Bahkan mereka mengatakan “Muhammad telah membuat-buat Al-Quran.” Katakanlah: Jika demikian, maka datangkanlah sepuluh surah yang dibuat-buat yang menyamainya, dan panggillah orang-orang yang kamu sanggup (memanggilnya) selain Allah, jika kamu memang orang-orang yang benar. Jika mereka (yang kamu seru itu) tidak menerima seruanmu, ketahuilah, sesungguhnya Al-Quran itu diturunkan dengan ilmu Allah” (11 : 13-14)
Peringkat ketiga.
Mencabar mereka hanya dengan satu surah daripada Al-Quran sahaja. Sebagaimana firmanNya:
“Atau (patutkah) mereka mengatakan: Muhammad membuat-buatnya (Al-Quran). (Kalau benar yang kamu katakan itu), cubalah datangkan satu surat seumpamanya” (10 : 38)
Dan cabaran ini diulangi di dalam firmanNya:
“Dan jika kamu tetap dalam keadaan ragu tentang Quran yang Kami wahyukan kepada hamba Kami (Muhammad saw), maka buatlah satu surat saja yang semisal Al-Quran itu…” (2 : 23 )
2. Sebagai Sumber Hukum Dan Aturan Hidup.
Ayat-ayat Al-Quran mengandungi peraturan tentang hukum-hukum siyasah negara, sosial, pendidikan, pengadilan, akhlak dan sebagainya. Semua aturan dan hukum ini wajib dijadikan sebagai pandangan hidup bagi seluruh kaum muslimin dan umat manusia untuk mengatasi semua permasalahan hidup yang dihadapinya.
Sememangnya penyelesaian yang diberikan oleh syariat Islam adalah merupakan penyelesaian yang sebenar-benarnya kearan ia satu-satunya perundangan yang dapat memenuhi fitrah manusia itu sendiri. Kemampuan syariat Islam dalam menyelesaikan pelbagai permasalahan kehidupan manusia inilah yang akan menjadikan Al-Quran sebagai mukjizat abadi yang paling menonjol di muka bumi.
Wallahu A’alam Bissowab
والسلام علبكم و رحمة الله و بركاته
Ringkasan Peristiwa Nuzul Quran :-
Sekilas Fakta Peristiwa Nuzul Quran :-
17 Ramadan - Wahyu Allah s.w.t. diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. melalui Malaikat Jibrail a.s. Malaikat Jibrail memeluk dan merangkul baginda dengan kuat serta berkata : 'Iqra' yang bermaksud (bacalah).
41 tahun usia Nabi Muhammad s.a.w. ketika Peristiwa Nuzul Quran.
23 tahun tempoh Al-Quran diturunkan secara beransur-ansur.
6 km dari Mekah lokasi Gua hira' Jabal Nur di mana Al-Quran mula diturunkan.
Firman Allah bermaksud,
"Bulan Ramadhan yang padanya diturunkan al-Quran menjadi petunjuk bagi sekelian manusia dan menjadi keterangan yang menjelaskan petunjuk." (Al-Baqarah :185)
"(Beberapa hari yang ditentukan itu ialah) bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan) Al Quran sebagai petunjuk bagi manusia" - Al-Baqarah (185)
Ingatkan Semua Orang-orang yang Kita Sayang ❤️
Hari ini ialah 28 April 2021 bersamaan 16 Ramadan 1442H.
Bermaksud, Hari esok 29 April 2021 bersamaan 17 Ramadan adalah hari Nuzul Quran (bermula sebaik sahaja masuk maghrib hari ini 28 April 2021). Maka malam ini ialah malam Nuzul Quran.
Assalamualaikum w.b.t
Salam Ramadhan,
Malam ini adalah malam 17 Ramadhan 1442H & juga malam Nuzul Al Quran
DOA MALAM NUZUL QUR'AN:
Bismillahirrahmanirrahim
Allaahumma nawwir quluubanaa bi tilaawatil qur aan, wa zayyin akhlaaqonaa bijaahil qur aan, wa hassin a'maalanaa bi dzikril qur aan, wa najjinaa minan naari bi karoomatil qur aan, wa adkhilnal jannata bi syafaa'atil qur aan.
Maksud Doa Ini:
"Ya ALLAH sinari hati kami dengan membaca al Quran. Hiasi akhlak kami dengan kemuliaan al-Quran. Baguskanlah amalan kami dengan berzikir serta bertadarus al-Quran. Selamatkanlah kami dari api neraka dengan kemuliaan al-Quran. Masukkanlah kami ke dalam syurga Mu dengan syafaat al-Quran."
Ya Allah… Ya Rahman Ya Rahim..Ya Mujib...
Aku memohon kepada-Mu, Muliakanlah kami.
Bahagiakan Keluarga kami.
Kuatkan iman kami.
Berkahi rezeki kami.
Beri kenikmatan dalam beribadah.
Hiasilah hati kami dengan kesabaran dan kasih sayang,
Yaa Allah ya Rabbil Izzati..
Jadikan kami termasuk orang yang Engkau RAHMATI dalam 10 hari pertama Ramadhan.
Yang Engkau AMPUNI dosa-dosanya dalam 10 hari yang kemudian.
Yang Engkau BEBASKAN dari api Neraka dalam 10 hari terakhir.
Dan Engkau beri kesempatan kami untuk bermunajat kepada-Mu di malam Lailatul Qhadar.
Kabulkanlah do’a-do’a kami, peliharalah kesihatan kami dan berilah kecintaan kami kepada Mu dan kepada Al quran..
Aamiin... yaa Rabbal Aamiin
SALAM NUZUL QURAN DAN SELAMAT BERIBADAH UNTUK 10 MALAM TERAKHIR RAMADHAN
Mekah dan Madinah tidak terlepas dari wabah. Di Madinah pernah terjadi wabah di zaman Umar bin Khattab Radhiallahu anhu. Diriwayatkan oleh Bukhari (2643) dari Abi Aswad, dia berkata
“Madinah dan Mekah, di setiap pintu masuknya dijaga oleh malaikat, tidak dapat dimasuki Dajjal dan Tha’un.”
Tha'un adalah penyakit khusus yang ditimbulkan oleh gangguan Jin, banyak mengakibatkan kematian, dan bahkan siapa yang mati karena tha'un statusnya syahid. Berdasarkan hadits riwayat Bukhari (2830) dan Muslim (1916) dari Anas bin Malik Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda,
الطَّاعُونُ شَهَادَةٌ لِكُلِّ مُسْلِمٍ .
(Mati karena) tha'un adalah syahid bagi setiap Muslim.
Qadhi Iyadh rahimahullah berkata,
" أصل الطاعون القروح الخارجة فى الجسد. والوباء: عموم الأمراض. فسميت طاعوناً لشبهها بالهلاك بذلك، وإلا فكل طاعون وباء، وليس كل وباء طاعوناً.
Asal mula bentuk penyakit tha'un berupa cairan yang keluar dari tubuh, sedangkan wabah (pandemi) penyakit secara umum. Kemudian kadang juga disebut tha'un, karena sama-sama menimbulkan banyak kematian. Oleh karena itu semua tha'un adalah wabah, tetapi tidak semua wabah adalah tha'un.
Sayidah Aminah berkata, “Ketika aku mengandung “Kekasihku” Muhammad Shallallaahu ‘Alaihi Wasallam, di awal masa kehamilanku, iaitu bulan Rejab.
Suatu malam, ketika aku dalam kenikmatan tidur, tiba tiba masuk seorang laki-laki yang sangat elok parasnya, wangi aromanya, dan tampak sekali pancaran cahayanya."
Dia berkata, “Marhaban bika Ya Muhammad (Selamat datang untukmu Wahai Muhammad)”.
Aku bertanya, “Siapa engkau?”
Ia menjawab “Aku Adam, ayah sekalian manusia”
“Apa yang engkau inginkan?”
“Aku ingin membawa kabar gembira. Bahagialah engkau wahai Aminah, engkau sedang mengandung “Sayyidil Basyar” (Pemimpin Manusia)”
Pada bulan kedua datang seorang laki-laki, seraya berkata, “Assalamu’alaika Ya Rasulallah (Salam untukmu wahai utusan Allah)”.
Aku bertanya, “Siapa engkau?”
Ia menjawab, “Aku Tsits”
“Apa yang engkau inginkan”
“Aku ingin menggembirakanmu, bergembiralah wahai Aminah, engkau sedang mengandung “Shohibut Ta’wil wal Hadits” (Pemilik Ta’wil dan Hadits)”
Pada bulan ketiga datang seorang laki-laki yang berkata, “Assalamu’alaika ya Nabiyallah (Salam untukmu wahai Nabi Allah)”.
Aku bertanya, “Siapa engkau?”
Ia menjawab, “Aku Idris”
“Apa yang engkau inginkan”
“Gembiralah engkau Ya Aminah, engkau sedang mengandung “Nabiyir Ro-iis” (Nabi Pemimpin)”.
Pada bulan keempat datang seorang laki-laki yang berkata, “Assalamu’alaika ya Habiballah (Salam untukmu wahai Kekasih Allah)”.
Aku bertanya, “Siapa engkau?”
Ia menjawab, “Aku Nuh”
“Apa yang engkau inginkan”
“Bahagialah wahai Aminah, engkau sedang mengandung “Shohibun Nashri wal Futuh” (Pemilik Pertolongan dan Kemenangan)”.
Pada bulan kelima datang seorang laki-laki yang berkata, “Assalamu’alaika ya shafwatallah (Salam untukmu wahai Sahabat Karib Allah)”.
Aku bertanya, “Siapa engkau?”
Ia menjawab, “Aku Hud”
“Apa yang engkau inginkan”
“Bergembiralah wahai ibu Aminah, engkau sedang mengandung “Shohibusy Syafa’ah fil yawmil Masyhud” (Pemilik Syafaat di Hari persaksian/ Hari kiamat)”.
Pada bulan keenam datang seorang laki-laki yang berkata, “Assalamu’alaika ya Rohmatallah (Salam untukmu wahai kasih sayang Allah)”.
Aku bertanya, “Siapa engkau?”
Ia menjawab, “Aku Ibrahim Al-Khalil”
“Apa yang engkau inginkan”
“Bahagialah engkau Ya Aminah, engkau sedang mengandung “Nabiyil Jalil” (Nabi yang Agung)”.
Pada bulan ketujuh datang seorang laki-laki yang berkata, “Assalamu’alaika ya manikhtaarohullah” (Salam untukmu wahai orang yang telah dipilih Allah)”.
Aku bertanya, “Siapa engkau?”
Ia menjawab, “Aku Isma’il Adz-Dzabih (Yang disembelih)”
“Apa yang engkau inginkan”
“Gembiralah Ya Aminah, engkau sedang mengandung “Nabiyil Malih” (Nabi yang Elok)”.
Pada bulan kelapan datang seorang laki-laki yang berkata, “Assalamu’alaika ya Khirotallah” (Salam untukmu wahai pilihan Allah)”.
Aku bertanya, “Siapa engkau?”
Ia menjawab, “Aku Musa putra Imran”
“Apa yang engkau inginkan”
“Khabar gembira Ya Aminah, engkau sedang mengandung “Man Yunzalu ‘alaihil Qur’an” (Orang yang akan di turunkan padanya Al-Qur’an).
Pada bulan kesembilan, yakni bulan Robi’ul Awwal, datang seorang laki-laki yang berkata, “Assalamu’alaika ya Rosulallah” (Salam untukmu wahai utusan Allah)”.
Aku bertanya, “Siapa engkau?”
Ia menjawab, “Aku Isa putra Maryam”
“Apa yang engkau inginkan”
“Gembiralah engkau Ya Aminah, engkau sedang mengandung “Nabiyil Mukarrom wa rosulil mu’adhom” (Nabi yang dimuliakan dan Rasul yang diagungkan)”.
Dalam kitab Al Barzanji yang ditulis Sayyid Ja’far bin Husin Al Barzanzi disebutkan beberapa keajaiban jelang kelahiran manusia mulia itu.
Di antaranya, padamnya api sesembahan kaum Majusi di Persia yang selama ribuan tahun disembah, serta hancurnya pasukan gajah pimpinan Raja Abrahah yang akan menyerang Kakbah.
Atas izin Allah, ribuan burung Ababil dari surga datang menyerang dan melempari pasukan abrahah dengan batu membara dari neraka. Peristiwa itu kemudian diabadikan Alquran dalam Surat Al Fiil atau Pasukan Gajah. (Perbincangan ini akan dilanjutkan pada akhir penulisan ini)
Telah disebutkan bahwa sesungguhnya dalam kitab itu juga dikisahkan singkat detik-detik menjelang kelahiran Nabi S.A.W. apabila memasuki bulan ke pada bulan ke sembilan kehamilan Sayyidah Aminah (Robi'ul-Awwal) saat hari-hari kelahiran Nabi Muhammad s.a.w. sudah semakin dekat, Allah s.w.t. semakin melimpahkan bermacam anugerah-Nya kepada Sayyidah Aminah mulai tanggal 1 hingga malam tanggal 12 Robiul-Awwal malam kelahiran Al-Musthofa Muhammad S.A.W.
Pada Malam Pertama (ke 1) :
Alloh swt melimpahkan segala kedamaian dan ketentraman yang luar biasa sehingga Sayyidah Aminah merasakan ketenangan dan kesejukan jiwa yang belum pernah dirasakan sebelumnya
Pada malam ke 2 :
Datang seruan berita gembira kepada ibunda Nabi Muhammad s.a.w. yang menyatakan dirinya akan mendapati anugerah yang luar biasa dari Alloh swt.
Pada malam ke 3 : Datang seruan memanggil :
“Wahai Aminah … sudah dekat saat engkau melahirkan Nabi yang agung dan mulia, Muhammad Rosululloh saw yang senantiasa memuji dan bersyukur kepada Alloh swt.”
Pada malam ke 4 :
Sayyidah Aminah mendengar seruan beraneka ragam tasbih para malaikat secara nyata dan jelas.
Pada malam ke 5 : Sayyidah Aminah mimpi bertemu dengan Nabi Alloh Ibrohim as.
Pada malam ke 6 : Sayyidah Aminah melihat cahaya Nabi Muhammad saw memenuhi alam semesta.
Pada malam ke 7 :
Sayyidah Aminah melihat para malaikat silih berganti saling berdatangan mengunjungi kediamannya membawa kabar gembira sehingga kebahagiaan dan kedamaian semakin memuncak.
Pada malam ke 8 :
Sayyidah Aminah mendengar seruan memanggil di mana-mana, suara tersebut terdengar dengan jelas mengumandangkan :
“Berbahagialah wahai seluruh penghuni alam semesta, telah dekat kelahiran Nabi agung, Kekasih Alloh swt Pencipta Alam Semesta.”
Pada malam ke 9 :
Alloh swt semakin mencurahkan rohmat kasih sayang kepada Sayyidah Aminah sehingga tidak ada sedikitpun rasa sakit, sedih, susah, dalam jiwa Sayyidah Aminah.
Pada malam ke 10 :
Sayyidah Aminah melihat tanah Tho’if dan Mina ikut bergembira menyambut akan kelahiran Nabi Muhammad saw.
Pada malam ke 11 :
Sayyidah Aminah melihat seluruh penghuni langit dan bumi ikut bersuka cita menyongsong kelahiran Sayyidina Muhammad saw.
Malam detik-detik kelahiran Nabi Muhammad saw, tepat tanggal 12 Robi’ul-Awwal di sepertiga malam. Di malam ke 12 ini langit dalam keadaan cerah tanpa ada mendung sedikit pun. Saat itu Sayyid Abdul Mutholib (kakek Nabi Muhammad saw) sedang bermunajat kepada Alloh swt di sekitar Ka’bah. Sedangkan Sayyidah Aminah sendiri di rumah tanpa ada seorang pun yang menemaninya.
Di malam itu, seluruh alam raya bergembira dan bershalawat dengan bahasa dan cara yang berbeda
Tiba-tiba Sayyidah Aminah melihat tiang rumahnya terbelah dan perlahan-lahan muncul 4 wanita yang sangat masing² sangat jelita, anggun dan cantik, diliputi dengan cahaya kemilau yang memancar serta semerbak harum memenuhi seluruh ruangan.
Sayyidah Aminah yang sedang menunggu kelahiran Sang Nabi dikejutkan dengan kehadiran empat perempuan mulia, yakni Siti Hawa, Siti Sarah, Asiyah dan Siti Maryam. Mereka menyampaikan kabar gembira kepada ibunda Nabi.
Wanita pertama datang berkata :
”Sungguh berbahagialah engkau wahai Aminah, sebentar lagi engkau akan melahirkan Nabi yang agung, junjungan semesta alam. Beliaulah Nabi Muhammad saw. Kenalilah aku, bahwa aku adalah istri Nabi Alloh Adam as, ibunda seluruh ummat manusia, aku diperintahakan Alloh untuk menemanimu.”
Kemudian datanglah wanita kedua yang menyampaiakan kabar gembira :
“Aku adalah istri Nabi Alloh Ibrohim as yang diperintahkan Alloh swt untuk menemanimu.”
Begitu pula menghampiri wanita yang ketiga :
”Aku adalah Asiyah binti Muzahim yang diperintahkan Alloh untuk menemanimu.”
Datanglah wanita ke empat :
”Aku adalah Maryam, ibunda Isa as datang untuk menyambut kehadiran putramu Muhammad Rosululloh.”
Sehingga semakin memuncak rasa kedamaian dan kebahagiaan ibunda Nabi Muhammad s.a.w. yang tidak bisa terlukiskan dengan kata-kata.
Keajaiban berikutnya Sayyidah Aminah melihat sekelompok demi sekelompok manusia bercahaya berdatangan silih berganti memasuki ruangannya dan mereka memanjatkan puji-pujian kepada Alloh swt dengan berbagai macam bahasa yang berbeda.
Detik berikutnya Sayyidah Aminah melihat atap rumahnya terbuka dan terlihat oleh beliau bermacam-macam bintang di angkasa beterbangan yang sangat indah berkilau cahayanya.
Detik berikutnya Alloh swt memerintahkan kepada Malaikat Ridhwan agar mengomandokan seluruh bidadari sorga agar berdandan cantik dan rapi, memakai kain sutra dan segala macam bentuk perhiasan dengan bermahkotan emas, intan permata yang bergemerlapan, dan menebarkan wangi-wangian sorga yang harum semerbak ke segala penjuru, lalu beribu ribu bidadari² itu dibawa ke alam dunia oleh Malaikat Ridhwan, terlihat wajah bidadari² itu gembira.
Lalu Alloh swt memanggil :
“Yaa Jibril … serukanlah kepada seluruh arwah para Nabi, para Rosul, para wali agar berkumpul, berbaris rapi, bahwa sesungguhnya Kekasih-Ku cahaya di atas cahaya, agar disambut dengan baik dan suruhlah mereka mnyambut kedatangan Nabi Muhammad saw.
Yaa Jibril … perintahkanlah kepada Malaikat Malik agar menutup pintu-pintu neraka dan perintahakan kepada Malaikat Ridhwan untuk membuka pintu-pintu sorga dan bersoleklah engkau dengan sebaik-baiknya keindahan demi menyambut kekasih-Ku Nabi Muhammad saw.
Yaa Jibril… bawalah beribu ribu malaikat yang ada di langit, turunlah ke bumi, ketahuilah Kekasih-Ku Muhammad saw telah siap untuk dilahirkan dan sekarang tiba saatnya Nabi Akhiruzzaman.”
Dan turunlah semua malaikat, maka penuhlah isi bumi ini dengan beribu ribu malaikat. Sayyidah Aminah melihat malaikat itupun berdatangan membawa kayu-kayu gahru yang wangi dan memenuhi seluruh jagat raya. Pada saat itu pula mereka semua berdzikir, bertasbih, bertahmid, dan pada saat itu pula datanglah burung putih yang berkilau cahayanya mendekati Sayyidah Aminah dan mengusapkan sayapnya pada Sayyidah Aminah, maka pada saat itu pula lahirlah Nabi Muhammad Rosululloh saw dan tidaklah Sayyidah Aminah melihat kecuali cahaya, tak lama kemudian terlihatlah jari-jari Nabi Muhammad saw bersujud kepada Alloh seraya mengucapkan :
“Allohu Akbar ... Allkhu Akbar ... Wal-Hamdulillahi katsiro, wasubhanallohi bukrotan wa ashila...”
Kegembiraan memancar dari setiap sudut alam raya, gemuruh selawat memenuhi semesta dengan bahasa yang berbeda beda dan dengan cara yang bermacam macam pula
Semoga Selawat dan salam senantiasa tercurahkan untuk Nabi Muhammad SAW berserta keluarga & para sahabat yang mengikutinya dan kita umatnya hingga akhir zaman semoga kita memperoleh syafaatnya kelak.
Ya Allah ya rabb..
Semoga engkau bangkitkan kami dalam barisan yang sama bersama Rasul kami Ya Habibi Yaa Rasulullah
Aamin Ya Robbal Alamiin
(Diriwayatkan dari Imam Syihabuddin Ahmad bin Hajar Al-Haitami Asy-syafi’i. Dalam kitabnya “Anni’matul-Kubro ’alal-alam).
Peristiwa -peristiwa Besar Menjelang Kelahiran Rasulullah
Kemuliaan Nabi Muhammad shallallahu ‘alaihi wa sallam, sudah tampak sejak kelahirannya. Ada banyak keajaiban yang mengiringi sejarah kelahiran nabi akhir zaman itu. Apa saja peristiwa yang luar biasa yang terjadi ? Berikut ulasannya.
Kelahiran Rasulullah pada 12 Rabiul Awal, Tahun Gajah di Mekah merupakan momen pembuka rahmat bagi seluruh alam semesta. Hingga Allah subhanahu wa ta’ala memerintahkan untuk memberi penghormatan kepadanya. Allah berfirman, “Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat-Nya bersalawat untuk Nabi. Hai orang-orang yang beriman, bersalawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya.” (QS. al-Azhab: 56)
Pasukan Gajah dan Burung Ababil
Menjelang kelahiran Rasulullah, Raja Abraha merasa kesal karena banyaknya orang yang berbondong-bondong mengunjungi ka’bah, sehingga dia membangun gereja yang megah untuk menyaingi ka’bah. Namun geraja tersebut diabaikan, malah ada yang melemparinya dengan kotoran manusia. Raja Abraha pun merasa marah hingga memutuskan untuk menghancurkan ka’bah. Dalam perjalanan, pasukan gajah Raja Abraha yang dipimpin oleh Panglima Abu Rughal diserang oleh burung-burung ababil yang membawa batu-batu panas dan berpijar.
Api Majusi Padam
Sebelum kelahiran Nabi Muhammad shallallahu ‘alaihi wa sallam, masyarakat Majusi menyembah api dan menganggap api itu sebagai Tuhan. Api itu tidak pernah padam selama beratus-ratus tahun. Namun saat Nabi Muhammad shallahi ‘alaihi wa sallam lahir api itu mati seketika. Para pengikut Majusi berusaha menyalakan apinya, tapi tetap tidak menyala.
Di tempat lain, air Danau Sawa' di Persia yang dikultuskan orang-orang Persia tiba-tiba surut dan akhirnya kering. Sementara serambi-serambi istana Kisra (raja Persia) yang merupakan pusat kezaliman dan kekafiran dunia tiba-tiba retak dan runtuh.
Sementara itu, diriwayatkan bahwa pada malam kelahiran Nabi, bumi mengguncang sehingga berhala-berhala yang terpancang di sekitar Ka'bah jatuh bergelimpangan dan berhancuran.
Dalam waktu yang sama, pada malam kelahiran Nabi Muhammad, Tasik Sava atau semenanjung yang dianggap suci oleh orang Persia, tenggelam ke dalam tanah.
Selain itu, terjadi peristiwa menggemparkan di kerajaan Romawi, di mana beberapa buah gereja dan biara tiba-tiba runtuh
Jin Tidak Lagi Bisa Mencuri Berita
Sebelum kelahiran Nabi Muhammad shallallahu ‘alaihi wa sallam, para jin leluasa mencuri berita gaib dari langit untuk disampaikan kepada para tukang sihir. Setelah kelahiran Nabi Muhammad s.a.w. jin yang berusaha mencuri dengar berita gaib dari langit akan menjumpai panah api yang akan membunuh mereka.
Ketika mereka dilarang naik ke langit, maka mereka berkumpul pada Iblis alaihilla’nah (raja setan), mereka berkata, “Dahulu kami bisa naik ke langit, tetapi hari ini kami telah di larang untuk naik.” Iblis menjawab, “Menyebarlah kalian di muka bumi, dari barat sampai timur, dan perhatikan dengan seksama apa yang sebenarnya telah terjadi!”
Mereka lalu menyebar. Setelah mengeliling bumi dari timur ke barat, sampailah mereka ke kota Mekah. Di sana tampak oleh mereka Nabi kita sedang dikelilingi para malaikat, dan memancar cahaya dari dirinya hingga mencuat ke langit, sedangkan para malaikat-malaikat itu saling memberi ucapan selamat satu dengan yang lain.
Kemudian setan-setan itu kembali menghadap Iblis, sambil menceritakan semua apa yang telah mereka saksikan itu. Maka Iblis pun berteriak dengan suara yang sangat keras,
“Aaaaah, telah keluar “ayatul ‘alam” dan rahmat bagi bani Adam, karena itulah kalian telah dicegah untuk naik ke langit, tempat pandangannya dan pandangan umatnya!!”
Bintang Besar Bercahaya
Para ahli kitab (kaum Yahudi dan Nasrani) melihat bintang besar dan bercahaya seperti berlensa tepat di hari kelahiran Muhammad shallallahu ‘alaihi wa sallam., sebelumnya bintang itu tidak pernah terlihat. Di antara mereka ada yang berseru, “Nabi penutup zaman sudah lahir”.
Ka’bul Akhbar ra berkata; “Saya telah melihat di dalam Taurat bahwa Allah ta’ala telah mengabarkan kepada Kaum Musa tentang saat keluarnya Muhammad shallallahu ‘alaihi wa sallam. “Sesungguhnya bintang tetap yang telah kamu ketahui itu, bila ia bergerak dari tempatnya menandakan bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam telah keluar”
Ketika Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam lahir, bintang itu pun bergerak dan pindah dari dari tempat asalnya. Maka orang-orang Yahudi itu semuanya mengetahui bahwa Rasul yang di beritakan Allah itu telah lahir ke dunia, namun mereka merahasiakan di sebabkan kedengkian mereka juga.
Salam Burung-Burung
Saat kelahiran Nabi Muhammad shallallahu ‘alaihi wa sallam burung-burung indah berterbangan di atas langit Mekkah dan berkicau seolah memberi salam sejahtera kepada nabi akhir zaman.
Pohon Kurma Kering Kembali Berbuah
Dalam Injil (kitab suci Nabi Isa a.s.) digambarkan tentang tanda-tanda kelahiran Nabi Muhammad shallallahu ‘alaihi wa sallam.
“Bahwasanya apabila pohon kurma kering mengeluarkan daun-daunan, maka itu menandakan keluarnya Rasulullah ke dunia.”
Ketika Rasulullah saw lahir, pohon kurma yang kering dan layu menjadi segar, berdaun dan berbuah. Melihat hal itu, orang-orang Nasrani itu pun mengetahui bahwa Rasul yang di janjikan Allah di dalam kitab Injil itu telah lahir ke dunia. Tetapi hal itu mereka rahasiakan, di sebabkan kedengkian mereka juga.
Hal itu benar terjadi, namun orang-orang Nasrani menyembunyikannya karena kedengkian mereka kepada Nabi Muhammad shallallahu ‘alaihi wa sallam. yang bukan berasal dari Bani Israil.
Mata Air Kering Memancar Kembali
Di kitab Zabur (kitab suci Nabi Daud a.s.) dikabarkan juga tentang kelahiran Nabi Muhammad saw. “Ketika mata air yang sudah kalian kenal kering dan tiba-tiba memancarkan air dengan derasnya maka pada saat itulah Nabi Muhammad saw. telah lahir ke dunia.” Karena kedengkian orang-orang Yahudi juga menyembunyikan tanda-tanda yang mereka ketahui.
Berhala Bersujud
Diriwayatkan bahwa sesungguhnya Abdul Muthalib berkata, “Sewaktu ku berada di dekat ka’bah, patung berhala yang ada di dalam ka’bah tiba-tiba jatuh tersungkur dari tempatnya dalam bentuk bersujud kepada Allah ta’ala. Aku juga mendengar suara dari dinding ka’bah, ‘Nabi terpilih telah lahir yang akan menghancurkan orang-orang kafir, dan membersihkan aku dari beberapa patung berhala, serta memerintahkan untuk menyembah kepada Dzat Yang Merajai Alam ini.”
Suara dari Ka’bah
Ada suara lain dari ka’bah saat Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam lahir. Antara lain berbunyi “Katakanlah telah datang kebenaran (Islam) dan tidak akan memulai kebatilan, juga tidak akan mengembalikan kekufuran.”
Begitulah, kisah-kisah istimewa dan ajaib yang melingkupi peristiwa menjelang sampai kelahiran Muhammad shallallahu ‘alaihi wa sallam. Sungguh semua itu adalah bukti bahwa Rasulullah adalah manusia pilihan yang diutus Allah di muka bumi ini.
Pandangan Imam Al Ghazali Mengenai Ketampanan Baginda Besar Nabi Muhammad ﷺ
Disebutkan di dalam Kitab Al-Mahabbah karya Imam Al-Ghazali bahwa Imam Muhammad bin Asy'ats berkata “Pada masa Nabi Yusuf 'Alaihissalam, penduduk Mesir pernah hidup selama empat bulan tanpa adanya makanan. Bila mereka lapar, mereka cukup memandang Nabi Yusuf 'Alaihissalam sehingga ketampanannya menjadikan mereka melupakan rasa laparnya. Pada masa itu pula, pernah terjadi, di mana tanpa sadar sekumpulan perempuan mengiris-ngiris jemarinya, karena merasa takjub saat melihat ketampanan Nabi Yusuf 'Alaihissalam.”
Di lain keterangan, Abuya Sayyid Muhammad bin Alwi Al-Maliki dalam Kitabnya, Muhammad Insanul Kamil, mengatakan bahwa persentase ketampanan, keindahan dan keelokan yang ALLAH Ta'ala turunkan ke alam ini dibagi menjadi beberapa bagian, dengan rinciannya yaitu :
50% untuk Nabi Muhammad ﷺ, dan 25 % untuk Nabi Yusuf 'Alaihissalam, sedangkan sisanya 25% lagi dibagikan kepada seluruh alam semesta beserta isinya yang meliputi keindahan alam, keelokan hewan, ketampanan dan kecantikan manusia, dan lain sebagainya.
Baik Nabi Muhammad ﷺ maupun Nabi Yusuf 'Alaihissalam sama-sama tampan dan mempesona. Siapapun yang memandang akan takjub dan kagum. Mereka juga sama-sama diberi 10 hijab dari cahaya guna menjaga penampilannya dari fitnah.
Bedanya, semua hijab Nabi Yusuf 'Alaihissalam telah dibuka semenjak di dunia, sedangkan hijab Nabi Muhammad ﷺ hanya satu saja yang dibuka. Sisanya, akan dibuka dan ditampakan kelak di surga. Karena jika semua hijab beliau dibuka semenjak di dunia, orang-orang akan tanpa sadar mengoyak-ngoyak jantungnya karena tak kuasa menahan takjub melihat beliau.
Referensi :
Kitab Al-Mahabbah karya Imam Ghozali.
Kitab Muhammad Insanul Kamil karya Abuya Sayyid Muhammad bin Alwi Al-Maliki.
Tarikh Kemangkatan : 08 Jun 632 M (11 after Hijra)
Tempoh Usia : 63 tahun
Tempat Kelahiran : Makkah
Tempat Kemangkatan : Madinah
Tempat Tinggal : Makkah kemudian berhijrah ke Madinah
Pekerjaan : Ahli perniagaan, di angkat menjadi Rasul.
Usia : 63 tahun
Menetap di Makkah : 50 tahun
Usia Nabowat : 40 tahun
Menetap di Madinah : 13 tahun
Tahun Berdakwah : 23 tahun
Berniaga : 26 tahun 583–609 M
Berdakwah : 23 tahun 609–632 M
☆ TINDAKAN ☆
Sifat-sifat Kebaikan
Berdakwah
Berjihad di dalam Islam
☆ SIKAP ☆
Kedamaian dan Keadilan
Suka kepada orang ramai
Suka kepada orang Islam
Suka menderma
Menghormati semua makhluk
ISTERI-ISTERI BAGINDA :
Khadija bint Khuwaylid 595–619
Sawda bint Zamʿa 619–632
Aisha bint Abi Bakr 619–632
Hafsa bint Umar 624–632
Zaynab bint Khuzayma 625–627
Hind bint Abi Umayya 625–632
Zaynab bint Jahsh 627–632
Juwayriyya bint al-Harith 628–632
Ramla bint Abi Sufyan 628–632
Rayhana bint Zayd 629–631
Safiyya bint Huyayy 629–632
Maymunah bint al-Harith 630–632
Maria al-Qibtiyya 630–632
ANAK-ANAK BAGINDA :
★ Lelaki :
Al-Qassem
Abdullah
Ibrahim
★ Perempuan :
Zainab
Ruqayyah
Ummu Kalthoom
Fatima
10 mukjizat setiap orang perlu tahu berkenaan Nabi MUHAMMAD (S.A.W). Selain Al Quran mukjizat agong baginda..
Tahukah anda > Tubuh Nabi SAW tidak pernah di hinggapi atau digigit oleh sebarang serangga seperti lalat, serangga, semut dan nyamok.
Tahukah anda > Nabi SAW tidak pernah menguap sepanjang hayat Baginda.
Tahukan anda > Binatang jinak dan buas tidak pernah menunjukkan rasa marah kepada Baginda (S.A.W)
Tahukah anda > Semasa “tidur” Baginda boleh mendengar segala “perbualan”
Tahukah anda > Baginda SAW boleh melihat segala pemandangan di hadapan dan di belakang pada waktu yang sama tanpa perlu menoleh.
Tahukah anda > Baginda SAW sentiasa “satu kaki lebih tinggi” daripada sesiapa sahaja yang mendekati diri Baginda.
Tahukah anda > Baginda SAW telah “di khatankan, di mandikan dan dibersihkan” didalam perut ibunya sebelum dilahirkan ke dunia lagi.
Tahukah anda > Baginda SAW tidak mempunyai sebarang bayang daripada matahari, bulan atau sebarang pencahayaan.
Tahukah anda > Baginda SAW sentiasa dilindungi oleh awan setiap kali berjalan di kawasan terbuka.
Terdapat ganjaran pahala walaupun anda tidak berkongsi, tetapi sekiranya anda berkongsi, anugerah pahala adalah amat besar !!! Inshaallah
"Allahummasolli ala Muhammad wa’ala aali Muhammad”
“Sallallahu Alaihi-Wa Salam”.
Sanah Helwah Ya Rasulullah
Bersama-sama Kita berselawat di malam keputeraan junjungan besar kita Nabi Muhammad Sallallahu 'Alayhi Wasallam - 12 RabiulAwal 1442H / 29hb. Oktober 2020M
Dan kesejahteraan semoga dilimpahkan kepadaku, pada hari aku dilahirkan, pada hari aku meninggal dan pada hari aku dibangkitkan hidup kembali".(Maryam : 33)
Jauh sebelum Nabi Muhammad saw. lahir, seluruh Nabi telah memberikan kabar gembira akan kedatangannya ke dunia yang membawa rahmat, keberkahan, keselamatan di seluruh alam
Dan (ingatlah) ketika Isa ibnu Maryam berkata: "Hai Bani Israil, sesungguhnya aku adalah utusan Allah kepadamu, membenarkan kitab sebelumku, yaitu Taurat, dan memberi khabar gembira dengan (datangnya) seorang Rasul yang akan datang sesudahku, yang namanya Ahmad (Muhammad)". Maka tatkala rasul itu datang kepada mereka dengan membawa bukti-bukti yang nyata, mereka berkata: "Ini adalah sihir yang nyata".(Asshaf : 6)
“Katakanlah (Muhammad), “Dengan karunia Allah dan rahmat-Nya, hendaklah dengan itu mereka bergembira. Itu lebih baik daripada apa yang mereka kumpulkan.” (Qs. Yunus ayat 58)
Diriwayatkan oleh Abu Syaikh, bahwasanya Abdullah bin Abbas RA. menafsirkan “karunia Allah” (Fadhlilla) dengan agama Islam dan kata rahmatuhu dengan Nabi Muhammad SAW. Hal ini sebagaimana disebutkan dalam firman-Nya dalam surah al-Anbiya ayat 107, “Dan Kami tidak mengutus engkau (Muhammad) melainkan untuk (menjadi) rahmat bagi seluruh alam.” [Ad Durrul Mantsur karya Jalaluddin As Suyuthi]
Surah Yunus ayat 58 ini dijadikan salah satu dasar oleh Sayyid Muhammad bin Alwi al-Maliki untuk menganjurkan umat Islam supaya bergembira dengan lahirnya Nabi Muhammad SAW, khususnya jika memasuki bulan Rabi’ul Awwal, ulama mengajarkan kepada kita supaya menyambutnya dengan perasaan suka cita dan gembira dengan berbagai macam perayaan maulid.
Mengapa kita dianjurkan untuk bergembira atas kelahiran Nabi Muhammad SAW? Sebab berkat kelahiran Rasulullah SAW, umat manusia dapat meraih keselamatan dan kebahagiaan di dunia dan akhirat kelak, serta segala pintu kebaikan dan kebenaran terbuka bagi umat manusia.
Imam Syafi’i pernah berkata bahwa setiap kenikmatan yang ada di alam semesta ini, terwujud sebab adanya Rasulullah SAW. Selain itu, menyakini akan hal itu adalah perkara yang wajib.
Lantas, apa keutamaan yang didapatkan oleh seseorang yang bergembira atas kelahiran Nabi Muhammad SAW?
Habib Umar bin Hafidz dalam kitab Adh Dhiya’ul Lami menuliskan ;
قد بشرت ثويبة سيدها أبا لهاب أعتقها فرحانا
لم ينس خالقنا فرحته بالمصطفى وبهذا الحديث أتانا
أن العذاب مخفف في كل إثنين لفرحته بمن وافانا
هذا مع الكفر فكيف بفرحة من ذي فؤاد إمتلا إيمانا
Dan ketika Tsuwaibah menyampaikan berita kepada tuannya (Abu Lahab) tentang kelahiran Muhammad Saw.
Maka Abu Lahab memerdekakannya sebagai tanda kegembiraannya
Tidaklah Tuhan Yang Maha Pencipta lupa akan kegembiraan hati (Abu Lahab)
Dengan kelahiran Musthofa Saw. sebagaimana dinyatakan di dalam hadits (Riwayat Abbas bin Abdul Muthalib ra. dalam Shahih Muslim)
Bahwa siksaan Abu Lahab diringankan pada setiap hari senin
Atas kegembiraannya dengan kelahiran junjungan kami (Nabi Muhammad Saw.)
Ini adalah anugerah Allah terhadap kafir yang gembira dengan kelahiran Nabi Saw.
Maka bagaimana halnya dengan seorang yang hatinya penuh dengan keimanan ?
Dalam hadis riwayat Imam Bukhari yang berasal dari Urwah bin Zubair mengatakan
Dan Tsuaibah adalah hamba sahaya milik Abu Lahab yang dia merdekakan kemudian menyusui Nabi Muhammad saw. tatkala Abu Lahab telah meninggal sebagian keluarganya melihat dalam mimpi tentang buruknya keadaan dia. Lalu dia berkata, “Apa yang terjadi?” Abu Lahab berkata, “Aku tidak mendapatkan apapun sepeninggal kalian kecuali aku diberi minum karena memerdekakan Tsuaibah.”
Karena hal tersebut Abu Lahab mendapatkan keringanan siksaan di akhirat setiap malam Senin. Dalam kitab al-Mawahib al-Laduniyah bi al-Manhi al-Muhammadiyah, Imam al-Zarqani menuliskan,
“Abu Lahab diperlihatkan di dalam mimpi setelah ia mati, ditanyakan kepadanya, “Bagaimana keadaanmu?” Ia menjawab, “Di dalam neraka, hanya saja azabku diringankan setiap malam Senin. Aku menghisap air di antara jari jemariku sekadar ini – ia menunjuk ujung ibu jarinya-. Itu aku dapatkan karena aku memerdekakan Tsuwaibah ketika ia memberikan kabar gembira kepadaku tentang kelahiran Muhammad dan ia menyusukan Muhammad”.
Dijelaskan dalam suatu riwayat, bahwasanya ketika Abu Lahab menerima kabar tentang kelahiran anaknya Abdullah bin Abdul Muthalib (Kakaknya Abu Lahab) ia sangat gembira mendengarnya. Wujud kegembiraannya itu ialah dengan memerdekakan Tsuwaibah (Budak Abu Lahab yang memberikan kabar atas kelahiran keponakannya tersebut) dan Ia juga menyembelih 100 ekor unta untuk jamuan makan di sekitaran Masjidil Haram sebagai rasa syukur atas kelahiran keponakannya. Berkat kegembiraan itulah Abu Lahab mendapatkan keringanan azab dari Allah Swt.
Sesungguhnya Allah Swt. tidak akan mengazab seseorang yang di dalam hatinya ada Rasulullah S.A.W., dalam perilakunya ada akhlak Rasulullah S.A.W dan dalam ucapannya ada syiar Rasulullah S.A.W.
Rasulullah Muhammad SAW juga memperingati hari kelahirannya. “Beliau berpuasa tiap Senin. Saat ditanya oleh sahabat kenapa engkau berpuasa ya Rasul? aku berpuasa karena di hari itu aku dilahirkan dan di hari itu pula lah aku mendapatkan wahyu pertama kali," katanya.
Gambar 2 : Tajuk buku - 41 Kelebihan Rasulullah S.A.W. (Yang Tiada Pada Nabi-nabi lain)
Muhammad Nur Syafeeq Mns
March 23, 2013 · 6 min read ·
Shared with Public
Nabi s.a.w merupakan pemimpin bagi semua nabi.
Di tangan Nabi s.a.w akan ada bendera kepujian di hari kiamat.
Nabi Adam a.s akan berdiri di bawah bendera Nabi s.a.w.
Allah s.w.t telah mengampunkan dosa Nabi s.a.w yang terdahulu atau yang terkemudian. Disebabkan itu Nabi s.a.w adalah seorang yang ‘maksum’ (bebas dari dosa). Hanya Nabi s.a.w sahaja yang dimaklumkan mengenai perkara ini oleh Allah s.w.t. Keistimewaan yang tidak diberikan kepada para nabi lain.
Nabi s.a.w adalah orang pertama yang mendapat keizinan syafaat dan orang pertama yang akan memberi syafaat di hari kiamat.
Nabi s.a.w sentiasa melebihi masalah umat melebihi diri baginda sendiri. Setiap nabi mempunyai kuasa doa yang akan diperkenankan oleh Allah s.w.t serta merta. لَعَمْرُكَ إِنَّهُمْ لَفِي سَكْرَتِهِمْ يَعْمَهُونَ. Doa ini hanya diberi sahaja sekali kepada setiap nabi. Sepertimana Nabi Nuh a.s berdoa kepada Allah s.w.t selepas berdakwah selama 950 tahun agar kaumnya dibinasakan. Namun, Nabi s.a.w telah menyimpan kuasa doa ini untuk berdoa di hari kiamat bagi menyelesaikan masalah umatnya.
Hebatnya Rasulullah s.a.w sehingga Allah s.w.t bersumpah dengan hayat Nabi s.a.w. Maksudnya : (Allah berfirman): "Demi umurmu (Muhammad), Sesungguhnya mereka terombang-ambing di dalam kemabukan (kesesatan)". (al-Hijr, ayat:72).
Mukjizat nabi lain sudah tiada. Tetapi mukjizat Quran terus dapat dilihat dan akan kekal sehingga hari kiamat. **Keterangan: Orang Arab biasa bersumpah dengan umur seseorang. Di sini Allah bersumpah dengan umur atau kehidupan nabi Muhammad s.a.w. untuk memuliakan beliau.
Allah s.w.t memuliakan Nabi s.a.w dalam panggilan-Nya. Jika kita perhatikan, Allah s.w.t tidak memanggil gelaran Muhammad di dalam Quran, tetapi memanggilnya dengan panggilan jawatan..”ya ayyuha nabi/rasul”..Tetapi para nabi lain dipanggil dengan nama mereka seperti Adam, Nuh, Musa, Isa, Ibrahim dan sebagainya.
Nabi Isa a.s telah menyembuhkan mata orang buta. Tetapi Nabi Muhammad s.a.w telah memasukkan mata orang yang terkeluar dan menjadikannya celik kembali seperti asal. Peristiwa ini berlaku kepada sahabat, Qatadah apabila matanya terkeluar ketika perang Uhud. *Perbandingan mukjizat Nabi Muhammad s.a.w bukanlah bertujuan untuk memperkecilkan mukjizat para nabi yang lain. Bahkan mukjizat para nabi lain juga begitu hebat dan besar. Tetapi tujuannya untuk kita sebagai umat Muhammad berbangga dengan nabi kita dan kelebihan ini juga sebenarnya satu pengiktirafan dan penghormatan buat Nabi s.a.w.
Nabi s.a.w menerima salam dari batu semasa baginda di Mekah. Begitu juga pelapah tamar yang menangis ketika berpisah dengan Nabi s.a.w.
Nabi s.a.w mengeluarkan air dengan hanya menerusi jarinya untuk kaum muslimin berwuduk. Berbanding Nabi Musa a.s yang mengeluarkan air dari celahan batu dengan mengunakan tongkatnya.
Nabi s.a.w merupakan orang pertama yang terbelah kuburnya di hari akhirat, orang pertama pemberi syafaat kepada umatnya dan orang pertama yang menerima pertolongan dari Allah s.w.t.
Nabi Isa boleh menghidupkan orang yang mati. Tetapi Nabi s.a.w telah menghidupkan jiwa yang mati yakni dakwah Islam baginda menjadikan orang yang kufur berubah menjadi orang yang beriman. Ianya kekal sehingga hari kiamat.
Setengah penduduk syurga terdiri daripada umat Nabi Muhammad s.a.w.
Nabi dan rasul yang lain diutuskan kepada kaum yang khusus. Tetapi Nabi s.a.w diutuskan kepada seluruh manusia dan jin. Rahmatan lil a’lamin.
Nabi Musa a.s berkata-kata dengan Allah s.w.t di bumi (Bukit Thursina dan di lembah yang suci), tetapi Nabi s.a.w berkata-kata dengan Allah s.w.t di Sidratul Muntaha (langit ketujuh).
Umat Muhammad s.a.w merupakan umat terakhir di dunia, tetapi umat pertama yang akan di hisap di akhirat dan pertama masuk syurga.
Halal bagi umat Muhammad s.a.w untuk mengambil harta ghanimah di dalam perang. Tetapi umat terdahulu tidak diizin untuk mengambilnya.
Nabi Muhammad s.a.w diberi kuasa syafaat, yakni satu kuasa yang diingini oleh para nabi yang lain untuk memilikinya.
Kuasa syafaat adalah satu kedudukan tinggi di syurga, hanya seorang hamba Allah sahaja yang mampu memperolehnya. Dan Nabi s.a.w amat mengharapkannya agar baginda mampu memberikan syafaat ini kepada umatnya nanti.
70,000 umat Muhammad s.a.w akan masuk syurga tanpa hisap dan azab. Keistimewaan yang tidak diberikan kepada kaum nabi lain.
Nabi s.a.w mempunyai kolam al-Kautsar di syurga dan kolam Haudh di luar syurga untuk kita (umat Muhammad) minum daripadanya.
Umat Muhammad merupakan umat terakhir di dunia, tetapi umat pertama yang diselesaikan masalahnya dan memperoleh ketinggian darjatnya di hari akhirat kelak. 5 perkara yang diberikan kepada nabi Muhammad s.a.w, tetapi tidak diberikan kepada nabi lain : i) Lurus saf solat umat Muhammad s.a.w seperti lurus saf mailakat.
ii) Allah s.w.t menjadikan bumi sebagai masjid. Boleh solat di mana sahaja melainkan ditempat yang haram seperti tandas.
iii) Tanah bumi bersih untuk bertayammum.
iv) Nabi s.a.w diberi bantuan oleh Allah s.w.t dengan perasaan gerun di dalam hati musuh-musuhnya.
v) Nabi Muhammad s.a.w mampu memberikan syafaat buat umatnya.
Allah s.w.t telah memuji peribadi dan akhlak Nabi s.a.w. Firman Allah s.w.t :
وَإِنَّكَ لَعَلَى خُلُقٍ عَظِيمٍ
Maksudnya: “Dan Sesungguhnya kamu (Muhammad) benar-benar berbudi pekerti yang agung.” (al-Qalam, ayat:4)
Allah s.w.t telah berkata-kata dengan Nabi s.a.w melalui pelbagai cara menerusi wahyu. Antaranya, ru’yah (mimpi), secara langsung (ketika israk & mi’raj), menerusi malaikat Jibril (berupa manusia dan suara loceng), Jibril meniup wahyu ke dalam hati Nabi s.a.w.
Kandungan al-Quran terdiri daripada isi kandungan taurat, injil dan zabur. Tetapi keistimewaan al-Quran melebihi kitab yang lain adalah mempunyai surah yang pendek.
Amalan yang diberikan kepada umat Nabi s.a.w adalah sedikit berbanding umat yang terdahulu, tetapi ganjarannya besar di sisi Allah s.w.t.
Allah s.w.t memberi tawaran jawatan dan kekayaan kepada Nabi s.a.w, iaitu sebagai seorang nabi yang berkuasa dan kaya. Namun Nabi s.a.w memilih untuk menjadi hamba yang bersyukur.
Allah s.w.t menjadikan Nabi s.a.w sebagai rahmat seluruh alam.
Segala tingkah laku dan tindak tanduk Nabi s.a.w menunjukkan indahnya sifat Nabi s.a.w.
Nabi s.a.w seorang yang berlemah lembut di dalam perkara yang halal, tetapi tegas dalam perkara yang haram.
Nabi s.a.w berlemah lembut dengan orang mukmin, tetapi bertegas dengan orang kafir.
Nabi s.a.w sentiasa berkeinginan tinggi untuk melihat umatnya menerima dakwah Islam. Oleh itu, Nabi s.a.w selalu mengutamakan umatnya di dalam semua hal.
Nabi s.a.w telah berjaya menyampaikan semua amanah dan menyempurnakan Islam kepada umatnya.
Allah s.w.t menjadikan umat Islam sebagai saksi kepada nabi-nabi terdahulu bahawa mereka telah menjalankan tugas dakwah mereka.
Allah s.w.t memberi jaminan untuk memelihara umat Muhammad s.a.w dari kesemuanya sesat. Pasti akan ada kumpulan yang bangun untuk membela Islam ketika wujudnya kumpulan-kumpulan yang menentang dan sesat.
Allah s.w.t telah berjanji untuk memelihara al-Quran dari diselewengkan.
Allah s.w.t tidak akan memberitahu sama ada amalan seseorang umat Muhammad s.a.w itu diterima atau tidak. Hal ini lebih baik untuk menutup keaiban orang yang tidak diterima amalannya. Kita hanya perlu berdoa agar amalan kita diterima Allah s.w.t. Berbanding umat terdahulu, Allah s.w.t akan ‘menjawab’ terus amalan mereka sekiranya diterima atau tidak.
Allah s.w.t mengutuskan Nabi s.a.w dengan “jawami’ul kalim” iaitu kata-kata yang sedikit, tetapi maksud yang cukup banyak dan mendalam. Hal ini boleh dilihat di dalam kebanyakan doa-doa Nabi s.a.w yang mana doanya ringkas, tetapi maksudnya besar.
Kelebihan yang dikurniakan kepada Nabi s.a.w melebihi kelebihan semua para nabi dan malaikat.
Tulisan Asal Oleh : Sheikh Izzuddin Abdul Aziz Bin Abdul Salam Al-Sulami
Penulis / Penterjemah : Dr. Basit Bin Abdul Rahman
Jika berminat untuk bacaan dan terjemahan menyeluruh silalah dapatkan dimana2 kedai buku/buku agama
Bismillah..
Sirah Nabawiyah, Sejarah Bangsa Arab sebelum di utusnya Rasulullah.
Jangan lupa Like, share and tinggalkan comentnya yah !! agar kami semakin semangat membuat konten - konten yg lebih baik lagi dan dapat di ambil ilmunya, semoga bermanfaat dan menjadi amal jariyah kita bersama, Aamiin !!
"Barang siapa yang meniti suatu jalan untuk mencari ilmu, maka Allah memudahkan untuknya jalan menuju Surga." (HR Muslim)