Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Showing posts with label Firaun. Show all posts
Showing posts with label Firaun. Show all posts

Tuesday, 7 July 2026

KENAPA ALLAH SELAMATKAN JASAD DAN TINGGALAN FIRAUN?

Kisah mengenai persoalan yang telah ditinggalkan oleh para pengikut Firaun di dinding makam telah pun Allah Taala jawab melalui firmannya di dalam Al Quran. Semoga kita semua sentiasa dalam Rahmat dan Lindungan Allah Taala. Aamiin Ya Robbal'alamiin. Rujukan perkongsian bacaan penuh dan gambar berkaitan di sini. SELAMAT MEMBACA SEMUA !

 

"The Sky Weeps For You", "The Earth Weeps For You", "When You Ascend As A Star".

Di dinding makam Firaun kat Piramid tu ada satu ayat yang menarik. Ia tulisan hieroglif.. Tapi sekarang orang dah pandai baca.. Dulu la orang tak faham.. Yela bahasa yang macam lukisan tu..

Terjemahan dia macam ni..

"Langit Menangisi Untukmu. Bumi Menangisi Untukmu. Bila Kamu Naik ke Syurga Menjadi Bintang"

Menariknya...

Dalam Quran Allah ada sebut juga pasai ayat tu... Lebih kurang macam ayat perli.. Perli la kat Firaun dia ingat dia mati langit akan menangis dan dia akan jadi bintang 🌟😆

Baca apa yang Allah balas..

Ayat ni memang Allah tuju pada Firaun.. Cumanya orang tak perasan. Dulu orang tak perasan. Tapi sejak dapat baca tulisan hieroglif kat dinding piramid tu semua, barulah ada ilmuan Islam yang terperasan...

Sekali lagi ini apa yang ditulis Firaun di makam..

"Langit Menangisi Untukmu. Bumi Menangisi Untukmu. Bila Kamu Naik ke Syurga Menjadi Bintang"

Itu sebahagian.. Ayat di dinding itu panjang lagi.. Senang kata diorang tulis, jika Firaun mati, maka semualah bumi, langit, orang akan bersedih.. akan menangis.. akan meratap..

Begitulah nak gambarkan betapa sedihnya mereka..

Tapi, tahu tak apa yang Allah balas untuk ayat menangis sedih diorang ni, di dalam Al-Quran ?

Dalam surah Ad Dukhan ayat 28-29 . Maksudnya..

"Demikianlah Kami mewariskan (semua peninggalan Firaun dan orang-orangnya) kepada kaum yang lain. Maka langit dan bumi tidak menangisi mereka dan mereka pun tidak diberi penangguhan waktu".

Perasan kan pada ayat Langit dan Bumi tak menangis pun kat hang aihh Firaun Oii... Kalau terjemahan kitalah...😂

Boleh nampak tak?

Sedangkan Quran ni turun lebih dari 1400 tahun dahulu.. Masa ni orang pun tak jumpa lagi makam-makam Firaun ni..

Makam ni dijumpai pada abad ke 19..Tahun 1800 dahulu.. AL Quran turun pada tahun 610 .. Beza 1200 tahun tau..

Macam mana dalam Quran ada ayat yang sama dengan apa yang ada di dinding Makam Firaun?

Nak jelaskan bagaimana?

Bagaimana orang-orang yang tidak mempercayai Al-Quran, yang tak percaya Quran itu ayat-ayat dari Tuhan, yang menuduh ia adalah tulisan Muhammad, yang menuduh ia adalah rekaan Muhammad dan pengikutnya?

Nak jelaskan bagaimana?

Macam mana Muhammad yang buta huruf itu boleh faham bahasa yang dah lama terkubur ?

Dan ketika dijumpa, orang tak faham tulisan hieroglif ni dah.. Sehinggalah terjumpanya Batu Artifak Rosetta..

Nak dijadikan cerita, panjang lah proses tersebut.. Maksud nya Allah buka lorong untuk manusia memahami bahasa purba zaman Firaun tersebut..

Sebab itu kita harus faham..

KENAPA ALLAH SELAMATKAN JASAD DAN TINGGALAN FIRAUN?

Allah sebut dalam Quran yang Allah tinggalkan peninggalan dari Firaun untuk menjadi pengajaran dan tauladan pada umat kemudian..

Allah sebut begitu...

Sedangkan tamadun umat lain, kalau Allah sebut dalam Quran dihancurkan, kau carilah, kau kajilah.. memang tak akan jumpa. Allah hanya tinggalkan sedikit sahaja untuk memberitahu yang tamadun itu memang wujud tetapi tak banyak informasi yang boleh kita dapat..

Berbeza dengan peninggalan Firaun..

Allah sebut dalam Quran, Allah jaga.. Untuk pengajaran umat kemudian.. Bila Allah sebut ia dijaga... MasyaAllah..

Seperti yang kita boleh lihat sendiri sekarang ni..

Tapi tetap sebahagian dari manusia, tak nampak...

Dan dalam Quran, banyak lagi ayat-ayat lain yang menceritakan sesuatu yang mustahil sama sekali seorang manusia mampu menulisnya...

Allah siap sebut dalam Quran, jika Quran tu bukan dari Allah, pasti kamu akan jumpa pelbagai kesalahan..

Ada satu tu..

Sebelum ni baca je.. Orang Islam baca Quran dan tak perasan pun..

Bila Saintis moden yang buat kajian pada lebah.. dan hasil dari kajian tersebut menyatakan yang lebah mempunyai 2 perut.. Satu perut tinja dan satu lagi perut berisi madu..

Oklah.. biasalah kan haiwan memang pelik-pelik...

Tapi, sekali bila kau baca ayat ni..

“..keluarlah dari dalam perut-perutnya (lebah) minuman yang berlainan warnanya, yang mengandungi penawar bagi manusia” (Surah al-Nahl: 69)

Terus kau macam dapat tangkap sesuatu!

Laaa ..... Patutlah Allah guna ayat plural bagi perut lebah ni 🐝, perut-perut.. Rupa-rupanya memang ada lebih dari satu perut!

*Perut-perut tu terjemahan dalam bahasa melayu dan ayat asal dalam bahasa Arab itu sendiri menggunakan ayat majmuk bagi perut tersebut .. Bermaksud lebih dari satu perut..

MasyaAllah..

Dan kita kemudian akan tertanya-tanya, ayat mana pula lagi yang akan mendedahkan lagi rahsia tentang alam ?

Seronok...

Orang yang suka tentang alam, suka tentang sejarah, suka tentang misteri dah rahsia, dia pasti seronok, teruja, kagum dengan Quran..

Cuma yang hatinya mati, dia akan memandang sepi..

Mudah-mudahan Allah bersihkan hati dan mematikan kita semua dalam perasaan kasih dan sayang nya pada Al-Quran .. InsyaAllah Aamiin Ya Rabbal Alamin 🤲🏻

Kredit Mohamad Nasir

https://www.facebook.com/share/p/17dCjtRHtN/

Monday, 3 August 2020

PUNCA JASAD...

Sekilas Fakta : PUNCA JASAD FIRAUN TERPELIHARA SEHINGGA KINI August 12, 2020 

Inilah Sebab Mengapa Jasad Firaun Terpelihara Sehingga Kini | Saintis Perancis Memeluk Islam Setelah Mengkaji Penemuan Mayat Firaun Pada pertengahan tahun 1975. Presiden Perancis menawarkan kerajaan Mesir bantuan untuk meneliti,

Mempelajari dan menganalisis mumia Firaun, Ramsess II yang sangat terkenal. Firaun yang dikatakan hidup di zaman Nabi Musa yang akhirnya mati tenggelam dalam Laut Merah ketika mengejar Musa dan para pengikut baginda yang melarikan diri daripada kekejamannya.

Mesir menyambut baik tawaran itu dan membenarkan mumia itu diterbangkan ke Paris. Malah ketika sampai di sana kedatangan mumia itu disambut dengan pesta dan keramaian.

Ini termasuklah apabila Mitterand dan para pemimpin Perancis yang lain tunduk hormat ketika mumia itu dibawa lalu di hadapan mereka. Mumia itu kemudiannya diletakkan di ruang khas di Pusat Arkeologi Perancis.

Di situ ia bakal diperiksa sekali gus membongkar rahsianya oleh para pakar, doktor bedah dan autopsi Perancis yang dipimpin oleh doktor yang sangat terkenal, Prof. Dr. Maurice Bucaille.

Bucaille seorang pakar bedah kenamaan Perancis yang dilahirkan di Pont-L’Eveque pada 19 Julai 1920. Memulakan kerjaya di bidang perubatan am dan pada tahun 1945 beliau diiktiraf sebagai pakar di bidang gastroentorologi.

Ramai kerabat diraja dan keluarga pemimpin dunia menggunakan khidmat Dr. Bucaille, termasuk Raja Faisal Arab Saudi dan pemimpin Mesir, Anwar Sadat.

Lalu kesempatan beliau untuk membedah dan menyiasat mumia Firaun, mengerah seluruh tenaga dan mindanya untuk menguak misteri di sebalik penyebab kematian raja Mesir kuno itu.

Ternyata, hasilnya sangat mengejutkan. Dr. Bucaille menemukan sisa-sisa garam yang masih melekat pada jasad mumia tersebut sebagai bukti terbesar bahawa Firaun itu mati akibat tenggelam di dalam laut.

Iaitu jasadnya segera dikeluarkan dari laut, ‘dirawat’ segera dan dijadikan mumia supaya jasad itu kekal awet. Namun penemuan itu menimbulkan persoalan yang sangat besar kepada Dr. Bucaille.

Bagaimana jasad tersebut masih dalam keadaan sangat baik berbanding jasad-jasad yang lazimnya tenggelam dan dikeluarkan daripada laut? Lalu beliau menyiapkan sebuah laporan akhir yang diyakininya sebagai penemuan baru,

Iaitu proses menyelamatkan mayat Firaun dari laut dan kaedah pengawetannya. Laporan tersebut diterbitkan dengan tajuk; Mumia Firaun: Sebuah Penelitian Perubatan Moden (judul asalnya; Les Momies Des Pharaons Et La Midecine).

Ekoran penerbitan laporan itu, Dr Bucaille dianugerah penghargaan tertinggi kerajaan iaitu Le Prix Diane Potier-Boes (Penghargaan Dalam Sejarah) oleh Academie Frantaise dan anugerah Prix General daripada Academie Nationale De Medicine, Perancis.

KISAH FIRAUN DI DALAM AL QURAN. Namun seorang rakan sempat membisikkan kepada Dr. Bucaille bahawa penemuan ini sebenarnya bukan sesuatu yang baru.

“Jangan tergesa-gesa kerana sesungguhnya umat Islam telah berbicara mengenai peristiwa Firaun yang mati lemas dan mayatnya dipelihara sehingga hari ini!” Namun kata-kata itu ditentang keras oleh Dr. Bucaille kerana beliau menganggap sangat mustahil.

Baginya membongkar sesebuah misteri yang lama tidak mungkin dapat diketahui kecuali dengan perkembangan teknologi moden, peralatan dan makmal canggih yang mutakhir dan tepat. Dr. Bucaille menjadi serba salah dan bingung apabila diberitahu bahawa al-Quran, yang diyakini dan dipercayai oleh umat Islam telahpun meriwayatkan kisah tenggelamnya Firaun dan kemudian mayatnya diselamatkan. Beliau semakin tertanya-tanya,

Bagaimana perkara seperti itu dapat diterima oleh akal kerana mumia itu baru sahaja ditemui sekitar tahun 1898. Sedangkan al-Quran telah ada di tangan umat Islam sejak ribuan tahun sebelumnya.

Sambil mata tidak lepas memandang mumia Firauan yang terbujur di hadapannya, Dr. Bucaille terus tertanya-tanya bagaimana al-Quran dapat membicarakan kisah Firaun yang jasadnya diselamatkan dari hancur sejak ribuan tahun lalu.


Gambar pasport Firaun Ramses II

Ini merupakan pasport Firaun Ramses II iaitu antara firaun paling lama memerintah Mesir dari tahun 1213-1279 Sebelum Masihi. Pada tahun 1975, seorang doktor Perancis, Maurice Bucaille mendapati mumia Ramses II telah mula mereput dan perlu dibuat pemulihan serta perlu diterbangkan ke Perancis. Tetapi, undang-undang Perancis memerlukan mana-mana individu sama ada hidup atau mati perlu memiliki pasport sebelum memasuki Perancis dan tidak terkecuali mumia Ramses II. Passportnya dikeluarkan oleh Imigresen Mesir dan berangkat dari Mesir ke Perancis bagi pemulihan.

⛱Kredit : ShahRudin

Sunday, 29 July 2018

The Arrivals Part 07 (Firaun-firaun Hari Ini) - Malay Sub



A documentary about the comings of the Antichrist / Dajjal, Imam Mahdi, and the second coming of Jesus (Nabi Isa). A very powerful and unprecedented documentary with Bahasa Melayu subtitles. All credits due to Noreagaaa and Achernahr.

Tuesday, 16 May 2017

Fakta - Al-Quran Jelaskan Bagaimana Fir’aun Membangunkan Piramid


SETELAH kajian bertahun-tahun, akhirnya ilmuan menemui fakta bahawa bangunan makam para Raja Mesir ini dibuat dengan menggunkan tanah liat yang kemudian dipanaskan. Di sebalik penemuan baru tersebut, ternyata Al-Qur'an sudah mendedahkannya sejak 1400 tahun yang lalu.

Tepatnya pada tahun 2006, harian Amerika Times edisi 1 Januari 2006 memberitakan hasil kajian yang mengatakan bahawa Piramid dibuat dengan menggunakan tanah liat yang dibakar. Kajian dari Amerika-Perancis tersebut menerbitkan bahawa ketika tanah liat dibakar maka akan terbentuk batuan keras yang membuatnya tidak boleh dibezakan dengan batuan alam.

Para ilmuan mengatakan, Firaun merupakan penguasa yang mempunyai tahap kecerdasan yang tinggi. Ia mahir dalam bidang ilmu kimia untuk memproses tanah liat berubah menjadi batu normal. Memang, jika dilihat dari spesifikasi batu yang digunakan, Piramid dibina dengan teknik yang penuh misteri.

Sebelumnya Profesor Gilles Hug. dan Dr. Michel barsoum juga menegaskan bahawa Piramid dibina dengan menggunakan batu asli dan batu-batu yang dibuat dari tanah liat.

Fakta yang sama juga diterbitkan oleh majalah "Journal of the American Ceramic Society" yang menuliskan bahawa Firaun menggunakan tanah jenis slurry untuk membina monumen yang tinggi, termasuk Piramid. Ini kerana tidak mungkin manusia boleh mengangkat batu-batu besar tersebut sampai ke puncak dengan berat hingga ribuan kilogram.

Selain itu, ilmua asal Perancis, Profesor Davidovits juga melakukan kajian serupa dengan menggunakan mikroskop elektron terhadap batu tersebut untuk dapat melihat bahagian terkecil dari unsur batu. Hasilnya, Davidovits menegaskan bahawa batu itu dibuat daripada lumpur. Selama ini, tanpa penggunaan mikroskop elektron, ahli geologi belum mampu untuk membezakan antara batu alam dengan batu buatan manusia.

Sang profesor mengatakan bahawa lumpur tersebut merupakan olahan dari lumpur kapur yang diberi garam dan kemudian dibakar. Bahan inilah yang menghasilkan terbentuknya campuran tanah liat. Kemudian olahan itu dituangkan ke dalam tempat yang disediakan di dinding Piramid. Ringkasnya lumpur yang sudah diadun mengikut saiz yang dikehendaki tersebut dibakar, lalu diletakkan di tempat yang sudah disediakan di dinding Piramid.

Ilmuan lain yang juga mendedahkan hal sama adalah ilmuan asal Belgium, Guy Demortier. Ia sudah bertahun-tahun mendedikasikan dirinya untuk meneliti Piramid. Setelah melakukan kajian bertahun-tahun, akhirnya ia mendapati bahawa Piramid yang terletak di Mesir dibuat dengan menggunakan tanah liat.

Fakta yang telah dihimpiun oleh para ilmuan selama bertahun-tahun ini memang merujuk pada pembangunan Piramid yang menggunakan tanah liat sebagai bahan utamanya. Namun fakta ini sudah terungkap secara jelas dalam Al-Qur'an sejak beribu-ribu tahun yang lalu. Allah SWT berfirman dalam Al-Qashash '28:38 tentng bagaimana bangsa Mesir membina Piramid.

"Dan berkata Fir'aun: 'Hai pembesar kaumku, aku tidak mengetahui tuhan bagimu selain aku. Maka bakarlah Hai Haman untukku tanah liat kemudian buatkanlah untukku bangunan yang tinggi supaya aku dapat naik melihat Tuhan Musa, dan sesungguhnya aku benar-benar yakin bahawa Dia dari orang-orang pendusta. "(QS. Al-Qashash '28:38)

Firman ini jelas mengatakan bahawa Firaun menyuruh umatnya untuk membuat bangunan tinggi daripada tanah liat. Ini selaras dengan hasil kajian para ilmuan yang dilakukan bertahun-tahun lamanya. Padahal Allah SWT sudah lebih dahulu menuliskan fakta tersebut dalam kitab Umat Muslim ini. Al-Qur'an adalah kitab pertama yang menjelaskan rahsia bangunan Piramid, bukan para Ilmuwan Amerika ataupun Perancis.

islampos.com

Penemuan Roda Kereta Firaun di Laut Merah


"Lalu, Kami wahyukan kepada Musa, 'Pukullah lautan itu dengan tongkatmu.' Maka, terbelahlah lautan itu dan tiap-tiap belahan adalah seperti gunung yang besar." (QS Asysyuara [26]: 63).

"Dan (ingatlah), ketika Kami belah laut untukmu, lalu Kami selamatkan kamu dan Kami tenggelamkan (Firaun) dan pengikut-pengikutnya sedang kamu sendiri menyaksikan." (QS Albaqarah [2]: 50).

"Dan, Kami seberangkan Bani Israil ke seberang lautan itu. Maka, setelah mereka sampai kepada suatu kaum yang tetap menyembah berhala, Bani Israil berkata, 'Hai Musa, buatlah untuk kami sebuah tuhan (berhala) sebagaimana mereka mempunyai beberapa tuhan (berhala).' Musa menjawab, 'Sesungguhnya, kamu ini adalah kaum yang tidak mengetahui (sifat-sifat Tuhan) '. "(QS Al-A'raf [7]: 138).

"Maka, pada hari ini, Kami selamatkan badanmu supaya kamu dapat menjadi pelajaran bagi orang-orang yang datang sesudahmu dan sesungguhnya kebanyakan dari manusia lengah dari tanda-tanda kekuasaan Kami." (QS Yunus [10]: 92).

Ayat-ayat di atas adalah sebahagian dari kisah yang diterangkan dalam Al-Quran tentang pengejaran Firaun terhadap Nabi Musa AS, Nabi Harun, dan kaum Bani Israil, pengikut Musa.

Ketika mereka (Musa dan kaumnya) meninggalkan Mesir, Firaun kelihatan sangat marah. Ia merasa Bani Israil sudah tidak mempercayainya lagi. Kerana itu, ketika Musa dan kaumnya pergi meninggalkan Mesir, Firaun memerintahkan pasukannya untuk mengejar dan menangkap Musa dan kaumnya.

Dalam perjalanan pengejaran tersebut, ketika Musa dan kaumnya berada di pinggir pantai, Bani Israil merasa bimbang kalau mereka akan terkejar oleh Firaun dan pasukannya. Nabi Musa AS mengingatkan kaumnya bahawa mereka tidak akan terkejar kerana Allah pasti akan menolongnya.

Hingga akhirnya, Allah memerintahkan Nabi Musa AS untuk memukulkan tongkatnya kepada lautan dan atas izin Allah. Maka, terbelahlah lautan tersebut, yang tiap-tiap sisi belahan laut itu setinggi gunung (QS 26: 63).

Maka, Musa dan kaumnya menyeberangi lautan tersebut hingga tiba di seberangnya. Sementara itu, Firaun dan pasukannya sedang berada di tengah-tengah lautan. Ketika itu pula, Allah memerintahkan Musa supaya memukulkan kembali tongkatnya hingga akhirnya tertutuplah lautan tersebut dan menenggelamkan Firaun beserta pasukannya.

Sampai kemudian, jasadnya berjaya dijumpai oleh orang-orang Mesir dan kemudian tubuhnya diawet (QS Yunus [10]: 92). Jasadnya hingga kini masih boleh disaksikan di Muzium Tahrir, Mesir.

Penemuan roda kereta Firaun di Laut Merah

Dugaan dan tafsiran yang makin menguatkan penemuan jasad Firaun dan peristiwa yang menimpanya di Laut Merah itu, adalah dengan penemuan roda kereta Firaun di laut tersebut.

Seorang ahli Arkeologi bernama Ron Wyatt, melalui laman webnya www.wyattmuseum.com, pada akhir tahun 1988 silam mendakwa bahawa dirinya telah menemui beberapa bangkai roda kereta tempur kuno didasar Laut Merah.

Menurut Wyatt, benda-benda tersebut kemungkinan merupakan bangkai kereta tempur Firaun yang tenggelam di lautan ketika ia dan pasukannya mengejar Musa bersama para pengikutnya.

Wyatt menyatakan, selain mencari beberapa bangkai roda kereta tempur berkuda, bersama pasukannya ia juga menemui beberapa tulang manusia dan tulang kuda di tempat yang sama. Penemuan ini makin memperkuat dugaan kebenaran tenggelamnya Firaun bersama-sama tenteranya di Laut Merah.

Hasil ujian, yang dilakukan di Stockhlom University terhadap beberapa sisa tulang belulang yang berjaya ditemui, menunjukkan bahawa struktur dan kandungan beberapa tulang telah berusia sekitar 3500 tahun silam.

Selain itu, Wyatt juga mendapati sejumlah aci roda dari salah satu kereta kuda tersebut dan sebuah roda dengan empat buah jeriji yang diperbuat daripada emas. Namun, aci roda itu tertutup oleh batu karang sehingga sangat sukar untuk mengenali bentuk asalnya secara jelas.

Penemuan benda-benda tersebut serta jasad Firaun hendaknya menjadi pelajaran bagi manusia untuk mengambil hikmah.

sumber islampos.com

Sunday, 28 September 2014

4 Orang Sombong Di Zaman Nabi Musa

Arkib : 29 September 2014


Nabi Musa as. termasuk nabi yang banyak diceritakan kisahnya dalam Al-Quran. Dalam hidupnya beliau bertemu empat jenis manusia dengan kesombongannya masing-masing. Keempat adalah: 

1. Firaun, raja Mesir: seorang raja atau penguasa yang amat zalim dan kejam. Dia mengaku dirinya adalah tuhan yang menguasai segala sesuatu. Dia membunuh orang dengan sekehendak hatinya saja. Dia juga merampas kebebasan orang dan harta tanpa sebab dan dia juga menyembelih bayi. Menjadi sombong kerana dia merasakan mempunyai kuasa yang tiada siapa mampu menandinginya. Bala tentera yang amat ramai jumlahnya menjadikan dia merasa dirinya adalah tuhan yang mampu berbuat apa saja. Dia tidak dapat menerima hakikat jika ada orang yang nampak lebih berkuasa dari dirinya untuk berbuat sesuatu. 

2. Haman, menteri Firaun: seorang saintis bijak yang amat sombong kerana merasa paling tahu tentang segala hal, terutama teknologi tercanggih pada masa itu. Dia tidak boleh menerima adanya manusia yang lebih tahu dan lebih pintar dari dirinya dalam apa perkara sekali pun. Bahkan dia dan Firaun mahu mencari Tuhannya Musa dengan membuat suatu bangunan yang sangat tinggi menggapai langit. Kedua orang ini serta seluruh bala tentara Firaun ditenggelamkan Allah di laut merah. 

3. Qarun, si orang kaya: seseorang yang sangat kaya sehinggakan kunci gudang tempat hartanya hartanya disimpan perlu dipikul oleh beberapa orang lelaki yang sangat kuat. Qarun digelar Al Munawwir kerana suaranya yang amat bagus jika dia membaca Taurat. Tapi dia adalah musuh Allah. Kesombongan Qarun adalah merasa bahawa semua perkara boleh dibeli, semua masalah dapat dia selesaikan dengan wang yang amat banyak. Dia juga mengaku bahawa hartanya yang amat banyak itu adalah hasil dari ilmu yang ada pada dirinya. Maksudnya, kerana dia pandai mencari wang maka dia kaya. Qarun sangat iri hati kepada Nabi Musa as kerana Nabi Musa berpengaruh kepada kaumnya. Maka Qarun memfitnah Nabi Musa as dengan membayar seorang perempuan pelacur agar perempuan itu mengatakan bahawa dia berzina dengan Nabi Musa. Ketika Qarun bertemu Nabi Musa, dia mencabar untuk saling berdoa pada Tuhan. Qarun berdoa, tidak ada jawapan. Nabi Musa berdoa, maka bumi menelan Qarun, orang-orangnya dan hartanya hidup-hidup. 

4. Bal'am, si ulama jahat: Bal'am adalah seorang ulama (pemuka agama) terkemuka saat itu. Dia seorang yang ma'rifat. Dianugerahkan Allah kemampuan untuk melihat malaikat dan 'Arsy. Bahkan Bal'am dianugerahi "ishmul a'zham" iaitu Nama Allah Yang Teragung, di mana jika dalam doa disebutkan Nama itu, maka doa itu pasti terkabul. Kesombongan Bal'am kerana menganggap bahawa dialah orang yang paling hebat masa itu, paling benar, paling 'alim dalam ilmu agama dan orang yang doanya pasti terkabul. Akhirnya, dia menggunakan lidahnya untuk mendoakan keburukan bagi Nabi Musa as. dan kaumnya. Doanya tidak dimakbul, malah berbalik pada dirinya. Allah mencabut semua ma'rifat dan ishmul a'zham pada dirinya sehingga dia mati kafir dan merana. Ada yang mengatakan bahawa dia meninggal dengan lidah terjulur keluar. 

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...