Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Showing posts with label Akhir Zaman. Show all posts
Showing posts with label Akhir Zaman. Show all posts

Thursday, 8 September 2022

TANDA-TANDA KIAMAT

WASIAT RASULULLAH S.A.W. TENTANG TANDA-TANDA KIAMAT

Memang Nampak Sekarang...Hampir

Rasulullah S.A.W. sebut tanda-tanda Kiamat antaranya iaitu

  1. Anak-anak jadi keras kepala
  2. Hujan turun lebat, kejadian banjir
  3. Kejahatan bermaharajalela
  4. Orang bercakap bohong itu dipercayai/diyakini, manakala orang jujur itu didustai. Orang jujur, soleh didustai.
  5. Banyak pemakai jubah dan serban namun khianat
  6. Banyak peniaga namun tiada pembeli
  7. Harta-benda melimpah ruah (jalan haram contoh scammer)
  8. Pemilik/orang kaya diagung-agungkan kerana kekayaan dia
  9. Banyak undang-undang terwujud
  10. Muncul pemimpin di kalangan kanak-kanak (pemimpin berfikiran anak-anak, berperangai kanak-kanak)
  11. Golongan wanita bertambah, lelaki berkurangan kerana gejala sosial contoh dadah
  12. Penguasa-penguasa yang khianat/zalim
  13. Timbangan dan ukuran dalam aktiviti perniagaan dikurangkan (penipuan)
  14. Pemimpin sibuk dengan harta, namun golongan bawahan sibuk menyebar ilmu
  15. Lelaki membunuh saudaranya (adik-beradiknya)
  16. Banyak khatib atas mimbar, namun khutbah tak difahami. 
  17. Ulama condong kepada pemimpin, menghalalkan yang haram (halal dan haram dilanggar demi jaga kepentingan diri)
  18. Satu kaum yang makan dengan lidah-lidah mereka semacam lembu, bermaksud mereka suka memuji orang yang suka kepada mereka (menjilat = makan pujian)
  19. Orang Mukmin menyembunyikan keimanan, orang Munafik buat salah secara terang-terangan
  20. Para alim ulama mendambakan (ingin) kematian sehingga digambarkan mati itu lebih baik daripada emas berwarna merah 
  21. Datang 50 orang yang sembahyang tapi tiada satu orang pun solatnya yang diterima! Kerana tidak diletakkan Allah sebagai keutamaan, ibadah dalam riak
  22. Tidak ada lagi harta pusaka perlu dibahagi kerana manusia terlalu tamak dan tiada lagi kegembiraan dalam perihal harta ghanimah (hilang semangat juang)
  23. Dapat jiran-jiran yang buruk, perkelahian jiran, adik-beradik, teman sepejabat
  24. Dihentikan pedang daripada jihad
  25. Memperoleh untung dunia melalui agama
  26. Zaman yang penuh kegemilangan iaitu zaman sahabat berebut buat kebaikan. Kemudian sampai zaman terkemudian andai buat 1/10 daripada kebaikan pun
  27. Bersabar dalam beribadah dalam keadaan kekacauan, akan datang satu zaman lebih buruk daripada terdahulu
  28. Yang paling ditakuti Rasulullah S.A.W. pada umat Baginda adalah, mereka (umatnya) mendapat pemimpin yang menyesatkan mereka. Pedang telah diletakkan dan berterusan perang hingga Kiamat (Suriah, Iraq, Palestin dan lain-lain)
  29. Jika kamu hidup di tengah-tengah manusia yang buruk perangai, telah rosak perjanjian dan amanah dalam hidup mereka, mereka saling berselisih.. para sahabat bertanya bagaimana nak buat? Rasulullah S.A.W. sebut, "Tetaplah dalam rumah kamu." Maksud, jaga lidah dan jaga penulisan kamu. Duduk diam-diam dalam rumah. Hendaklah kamu mengurusi diri sendiri..dan tinggalkan urusan manusia lain, orang ramai..tinggalkan.
  30. Akan muncul sesudah Rasulullah S.A.W., para pemimpin yang berjalan tak sesuai dengan petunjuk (sunnah) Rasulullah. 
  31. Lahir generasi yang hati mereka, hati-hati syaitan. Bagaimana mendapani perkara ini, #30,#31- Dengar dan taat apa yang diajar Rasulullah walau kamu disebat, dihumban di penjara, dirampas harta agar kamu selamat.
  32. Terjadinya fitnah, perpecahan, perselisihan di kalangan orang Islam. Jika kamu hidup di saat itu...Sekiranya kamu sanggup jadi hamba Allah, jadilah hamba Allah yang terbunuh. Dan kamu mati di jalan Allah (dan kamu bukan orang yang membunuh). Maka lakukanlah (mati terbunuh).

Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani

Kuliah Maghrib

Wasiat Rasulullah Tentang Tanda-tanda Kiamat

(Kitab rujukan: 'Ziarah ke Alam Barzakh', karangan Al-Imam Jalaluddin As-Suyut

19 Oktober 2020

https://www.facebook.com/104775395539370/posts/pfbid0hZvjRHc1cXPoAKrrtSB1YS8n7Lo6iej1TmR7zLiQK9BNBbvBfwzvnCMH4u49pAAQl/

Monday, 2 May 2022

Peristiwa Pada 01 Mei 2022

Anak bulan telah kelihatan menentukan bahawa berakhirnya bulan Ramadan dan tibanya bulan Syawal

Sumber : https://www.facebook.com/story.php?story_fbid=5156166751164446&id=100003135161661

---------------------------------------------------------------

Peristiwa-peristiwa yang berlaku serentak dan ganjil hari ini (1 May 2022) benar-benar mengejutkan saya. 3 perkara hari ini :

  • Rupanya hari terakhir Ramadhan 1443
  • Berlaku gerhana matahari separa 
  • Serentak berlaku Black Moon

Membawa saya merenungi apa yang sebenar Allah ingin tunjukkan kepada kita semua.

3 peristiwa ini berlaku serentak sangat rare. Tapi ingat! Allah larang kita kaitkan perkara-perkara ini dengan hal-hal kurafat. Sebaliknya, Allah mahu kita lihat di dalam peristiwa ini, kekuatan dan keperkasaannya.

Memandangkan ini adalah peristiwa yang sangat jarang berlaku (kali pertama saya jumpa), saya percaya kita perlu meneliti apakah mesej yang ingin tuhan sampaikan pada kita.

Esok (02 Mei 2022) adalah hari meraikan kemenangan kita, kita menyambut Aidilfitri bersama keluarga setelah menjalani jihad selama sebulan.

Kita kenang dahulu apakah mesej di sebalik kali pertama Aidilfitri mulai disambut pada tahun ke 2 hijrah dahulu. Ada 2 peristiwa besar iaitu permulaan 2 perjuangan iaitu: 

  1. Mulanya ibadat puasa dan pada masa yang sama 
  2. Meraikan kemenangan Perang Badar.

Ada 2 perjuangan besar yang disambut iaitu kejayaan perjuangan dalam diri (puasa) dan kejayaan perjuangan sejarah berjemaah (Perang Badar). Hasil dari peperangan ini Rasulullah menyuruh kita merayakan Aidilfitri dengan adab-adabnya hingga kini.

Kisah 2 pencapaian yang unik umat Islam ini dilintaskan 2 kali hari ini kepada saya. Kali pertama iaitu pada ketika melihat siaran langsung fenomena gerhana waktu sahur terakhir tadi dan kedua ketika pengumuman Aidilfitri sebentar sahaja tadi.

Ia memaksa saya menulis kerana ada mesej disampaikan kepada saya untuk disampaikan kepada semua yang membaca penulisan saya.

Seterusnya saya sampaikan apa yang saya rasa. Saya tidak memberatkan anda untuk percaya. Cuma sekadar berfikir sambil menyebut-nyebut Takbir, Tahmid dan Tahlil Hari Raya Aidilfitri

Penutup Ramadhan yang meninggalkan kita dengan mengejutkan ini di tandakan dengan sebuah gerhana matahari. Fenomena itu biasa. Apa yang luar biasa adalah serentak pada masa yang sama adalah kejadian Black Moon (boleh Google sendiri) yang berlaku serentak.

Lebih kurang 15 hari dari sekarang pula iaitu pada pertengahan Syawal nanti kita akan berjumpa dengan fenomena Gerhana bulan penuh (Blood Moon) pula.

Apa yang dilintaskan kepada saya adalah, "waktu penguasaan <matahari> makin berakhir, waktu <bulan> pula akan bermula. Namun <bulan> terlebih dahulu akan menghadapi kemuncak "masa-masa hitam (Black Moon)", hinggakan <bulan> akan "berdarah (Blood Moon)"".

Siapa bulan dan siapa matahari? Fahami apa rangkap yang saya tulis di atas dan kaitkan dengan peristiwa detik mula puasa Ramadhan, Perang Badar, mula Aidilfitri dan kaitkan juga dengan peristiwa hari ini, detik akhir Ramadhan, gerhana matahari dan Black Moon dan Aidilfitri. Kaitkan juga dengan peristiwa Blood Moon beberapa belas hari lagi. Banyak signal kekuasaan yang Allah ingin tunjukkan kepada kita.

Setiap masa-masa hitam walau pun dia datang, ia akan kembali terang akhirnya. Kesusahan ini akan berakhir jua. 

Jika benar seperti dilintaskan, selepas Al Mahdi di baiah nanti gerhana matahari di hujung bulan dan gerhana bulan di tengah bulan akan berulang sekali lagi sebagai simbol waktu hitam sudah tamat, <matahari> mulai terluka, cahaya <bulan> mulai benderang.

Jangan anggap serius apa yang ditulis. Santai-santai di Aidilfitri sahaja.

Sekali lagi, Selamat Menyambut Aidilfitri

Banyakkan selawat https://www.facebook.com/100554521839178/posts/442697484291545/


---------------------------------------------------------------------------------------------


Penyimpan Mohor Besar Raja-raja Melayu telah mengisytiharkan bahawa pada 02 Mei 2022 adalah bermulanya 1 Syawal 1433 H 

PENJELASAN BERHUBUNG PERMULAAN 1 SYAWAL 1443H

(PERBEZAAN MENURUT TAKWIM)

Malaysia telah mengamalkan penggunaan Kriteria Imkanurrukyah dalam penentuan awal bulan Islam termasuklah bulan Ramadhan, Syawal dan Zulhijjah sejak tahun 1992. Kriteria ini telah ditambahbaik bermula Muharram 1443H setelah kajian semakan semula data-data hilal dilakukan bagi tempoh 30 tahun. Imkanurrukyah sebagaimana diamalkan oleh Malaysia dan negara-negara serantau sepeti Indonesia, Brunei dan Singapura adalah; hilal dianggap boleh kelihatan apabila memenuhi syarat-syarat berikut:

Ketika matahari terbenam tinggi hilal tidak kurang 3 darjah dan elongasi matahari bulan tidak kurang 6.4 darjah.

Menurut kriteria ini, apabila kedudukan hilal memenuhi kriteria yang ditetapkan pada tanggal 29 hb hijriah maka keesokannya dianggap sebagai permulaan bulan baru. Namun, jika tidak maka keesokannya digenapkan menjadi 30 haribulan.

Kriteria ini dibangunkan berdasarkan pemerhatian yang berterusan terhadap data-data dan rekod kenampakan hilal di seluruh dunia. Ia adalah kaedah alternatif menurut ilmu falak dalam membentuk satu takwim hijriah yang sistematik dan saintifik serta tidak bertentangan dengan kehendak Syarak termasuklah dalam menentukan permulaan Ramadhan dan Syawal. Walau bagaimanapun, permulaan awal Ramadhan dan Syawal di Malaysia adalah tertakluk kepada pengisytiharan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja. 

Syarak telah menetapkan kaedah yang jelas dalam penentuan awal Ramadhan dan awal Syawal. Kaedah utama yang dianjurkan sebagaimana nas al-Quran dan hadis Nabi S.A.W. adalah berdasarkan rukyah. Hanyasanya jika hilal tidak kelihatan disebabkan mendung atau berawan, maka dalam hal ini terdapat khilaf ulamak dalam menerima hisab ahli-ahli falak menurut dalil yang pelbagai.

Walau bagaimanapun, apabila telah jelas kelihatan hilal walaupun di luar Kriteria Imkanurrukyah oleh saksi yang adil maka pemerintah bertanggungjawab menyiasat dan membuat keputusan sama ada menerima atau menolak kesaksian tersebut. Apabila bertembung antara rukyah dan hisab maka kesaksian berdasarkan rukyah adalah lebih diutamakan. Firman Allah S.W.T. dalam surah al-Baqarah ayat 185 :

فَمَنْ شَهِدَ مِنْكُمُ الشَّهْرَ فَلْيَصُمْهُ

Maksudnya: Barangsiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan (atau mengetahuinya), maka hendaklah ia berpuasa bulan itu. 

Begitu juga hadis Nabi S.A.W. :

لاَ تَصُومُوا حَتَّى تَرَوْا الْهِلَالَ وَلَا تُفْطِرُوا حَتَّى تَرَوْهُ فَإِنْ غُمَّ عَلَيْكُمْ فَاقْدُرُوا لَهُ

Maksudnya: “Janganlah kalian berpuasa sehingga melihat hilal, jangan pula kalian berbuka sehingga melihatnya, jika kalian terhalang oleh awan, maka sempurnakanlah hitungannya”. (Riwayat al-Bukhari).

Pada tanggal 29 Ramadhan 1443H, rombongan jawatankuasa rukyah hilal Syawal telah melakukan cerapan di 29 buah tempat cerapan di seluruh Malaysia. Hilal telah disahkan kelihatan di salah satu lokasi cerapan rasmi di Malaysia.

Kesimpulannya, hilal Syawal 1443H telah kelihatan pada tarikh cerapan walaupun di luar Ktiteria Imkanurrukyah yang digunapakai. Maka, awal Syawal 1443H telah ditetapkan pada 2 Mei 2022 sebagaimana pengisytiharan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja.

Selamat Menyambut ‘Idulfitri. Semoga Allah menerima segala amal baik kita di bulan Ramadhan.

DATO’ DR HAJI ANHAR BIN HAJI OPIR D.P.M.S.

SS Dato’ Seri Utama Diraja Mufti Selangor

https://www.facebook.com/100044234573876/posts/543993313751816/

"Ditanya berkenaan kekeliruan yang berlaku dalam isu pencerapan anak bulan, Luqman berkata, kekeliruan mungkin wujud disebabkan kriteria baharu yang ditetapkan.

“Keyakinan kepada kriteria baharu yang ditetapkan negara oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam (MKI), kita menerima pakai menentukan Rukyah dengan 3 darjah menegak dan 6.4 darjah melengkong.

“Berasas kepada kriteria tersebut, maka dari segi kiraan anak bulan, agak sukar untuk ia dilihat tetapi kemungkinan tetap ada.

“Jadi, apa yang berlaku pada hari ini, kemungkinan itu telah menampakkan kepada kita bahawasanya bila langit cerah dan tiada sebarang halangan untuk mencerap, maka anak bulan boleh dilihat walaupun dari segi kriteria ia tidak mungkin."

Bacaan sepenuhnya di sini :-

https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2022/05/01/mufti-jelaskan-mengapa-aidilfitri-disambut-esok/


Isu Raya 2 Mei 2022

https://youtu.be/pPuMjSe76IQ


Aidilfitri | Hormat proses penentuan rasmi tarikh Hari Raya

https://www.youtube.com/watch?v=67PlxQYdWxU

------------------------------------------------------------------------------------

PARIT: Suasana kelam-kabut ketika Perak menyambut Hari Raya Aidilfitri lebih awal berbanding negeri lain pada tahun 1980-an dirasai kembali oleh seorang peniaga lemang di Kampung Aji Bota Kiri dekat sini. Ini berikutan pengumuman Hari Raya Aidilfitri tahun ini jatuh pada hari ini. Mohd. Rizal Zubil, 48, berkata, ketika  Perak menyambut 1 Syawal lebih awal sehari berbanding negeri lain pada tahun 1983, dia yang berusia sembilan tahun ketika itu membantu bapanya menyiapkan tempahan lemang raya pelanggan....

Bacaan sepenuhnya di sini :-

https://www.utusan.com.my/nasional/2022/05/kelam-kabut-bakar-lemang-seperti-raya-1983/


Hikmah raya yang dah lama kita tak rasa.❤️

Kredit : Twitter @AfifOzawa



Tengah Kelam Kabut Ke Itu?

Yang pertikai kenapa turut raya? Puasa la bagi cukup 30 hari. 

Jangan politikkan perisytiharan Hari Raya awal, ini bukan kali pertama berlaku, Sepanjang 70 tahun saya ingat sudah beberapa kali anak bulan atau hilal kelihatan dan hinggakan ada negeri yang tidak mahu mengikut dan mereka beraya tak sama dengan negeri-negeri lain. .

Sebagai umat Islam kita wajar bersedia awal kerana pelbagai kemungkinan boleh berlaku. Sedia awal tak kalut.

https://www.facebook.com/story.php?story_fbid=5156166751164446&id=100003135161661

---------------------------------------------------------------------



Gambar anak bulan yang buat kita semua huru-hara (Sumber: Utusan Malaysia)

Serious, raya tahun 2022 antara yang paling best! Nikmat dari Allah yang dah lama kita tak rasa. 

Bila raya diisytiharkan, pakat terkejut semua. Satu Malaysia huru hara.

Banyak sungguh elemen surprise. Bermula dari malam pengumuman raya.

Orang kata raya awai tak kalut, tapi kali ni semua pakat kalut.

Ada yang terlajak terawih 6 rakaat.

Ada yang kait daun pisang tengah malam buta.

Ada yang malam tu juga mesin rumput depan laman.

Ada yang pagi raya jamah mee segera.

Kami pula, duk pakat habiskan stok mercun 😂 (maaf ya jiran tetangga)

Plan nak bakar lemang  pagi Isnin, tapi lepas pengumuman terus hidup api, cari buluh, cari santan.

Duit kat ATM licin.

Kesesakan lalu lintas dari sehari sebelum raya pertama sampai raya ketujuh yang amat dasyat.

Stesen minyak di kawasan-kawasan pantai timur kehabisan minyak hingga banyak kereta tersadai.

Betul-betul meriah, betul-betul rasa macam raya 😁

Kali ni jangan harap nak ikut kalendar 100%. Kena juga berkumpul tunggu pengumuman depan TV.

Raya tahun 2022 memang patut dibukukan. Memang betul-betul meninggalkan kesan.

Satu hari nanti, kita boleh cerita kat anak cucu, bagaimana satu Malaya huru-hara di malam raya 😂

Apapun, antara sedar atau tidak, Allah himpunkan kita dengan nikmat dalam rahmat dan kasih sayangNya setelah dua tahun tidak dapat beraya. 

Dalam suasana kelam kabut begini, Allah satukan kita semua.

Memori indah tercipta tanpa diduga.

Terima kasih Ya Allah, atas nikmat yang Engkau berikan.

Al-Fatihah pada yang telah pergi dahulu,

Yuhanis Azam 

8.5.2022
Raya Tahun 2022

---------------------------------------------------------------------

Ohhh ceritanya gini. 

Ahli Falak kita nampak Anak bulan di Stesen cerapan Labuan 

Stesen Cerapan Langkawi ( tidak kelihatan) 

Di Kuala Lumpur dan Teluk Kemang pun tak nampak. 

Jadi Jelaslah Esok raya. Ia bukan Konspirasi atau kelemahan Jabatan Agama kita.

Begitulah kita semakin paham agama kita.

Yang menetapkan Peredaran Bulan ini bukan Ustaz atau Ulama

Hanya Allah yang mengatur terbenam dan terbit Anak Bulan.

Hanya Allah berkuasa.

Bertenang dan berthaqwalah.

Selamat pergi Ramadan yang dikasihi

Selamat datang Syawal yang dirai

SALAM LEBARAN BUAT SEMUA MAAF ZAHIR DAN BATIN

Pautan maklumat dan artikel lain yang berkaitan :-

Peristiwa Besar Yang Berlaku Di Bulan Ramadan

https://www.youtube.com/watch?v=jW6bvNI1gKw

PEMBERITAHUAN: Kisah Tariq Bin Ziyad membakar kapal perang sendiri telah dimaklumkan oleh penonton yang lebih arif bahawa cerita tersebut adalah palsu dan direka oleh orientalis Barat. Maaf diatas kesilapan yang berlaku dan terima kasih diatas pembetulan. "Jika seseorang tetap tabah menghadapi kepahitan hidup yang hanya dalam waktu singkat, maka ia akan peroleh kebahagiaan dalam waktu yang panjang" - Tariq Bin Ziyad

Peristiwa-peristiwa Ramadan

https://normanhafizi.blogspot.com/2021/05/peristiwa-peristiwa-ramadan.html?m=1

Perang Badar 

terjadi pada hari Jumaat, 17 Ramadhan 2 H (13 Mac 624 M) 

Kisah Kemenangan Islam Dalam Perang Badar, Hanya 313 Tentera Islam Tewaskan 1,000 Tentera Quraisy Di Bulan Ramadan.

Bacaan selanjutnya di sini :-

https://normanhafizi.blogspot.com/2020/05/nama-nama-ahlul-badar.html?m=1

Sambut Aidilfitri Awal Sehari

https://normanhafizi.blogspot.com/2021/05/sambut-aidilfitri-awal-sehari.html

Monday, 6 September 2021

Virus, Vaksin dan Mikrocip

Isu Perbincangan Mengenai Virus, Vaksin dan Mikrocip

Bahagian 1 : VAKSIN

Gambar : Jenis-jenis vaksin perubatan moden yang digunakan untuk menangani masalah wabak Covid-19 di seluruh dunia pada masa kini

Sudu melekat di lengan bukan kerana vaksin

PETALING JAYA – Fenomena garpu dan sudu besi boleh melekat di bahagian lengan tiada kaitan dengan dakwaan wujud medan magnet selepas suntikan vaksin.

Pengasas laman web pendidikan dikenali sebagai AJAR, Muhammad Haziq Abd. Rahim berkata, ia bukanlah sesuatu yang ganjil dan boleh dijelaskan menggunakan sistem tuas mudah yang lazimnya diajar dalam mata pelajaran Sains pada peringkat sekolah.

“Ia berlaku akibat graviti dan daya geseran yang terhasil antara garpu dan permukaan lengan selain bentuk melengkung pada garpu turut bertindak seperti fulkrum iaitu satu titik tetap yang menghalang garpu daripada terjatuh,” katanya dalam hantaran di laman Facebook AJAR hari ini.

Graduan University of Sheffield, United Kingdom dalam bidang Kejuruteraan Mekanikal itu berkata, situasi serupa turut berlaku kepada sudu plastik dan ia tidak akan berjaya jika sudu atau garpu yang digunakan dipatahkan pemegangnya.

Perkongsian dalam bentuk video berdurasi 3 minit 18 saat itu tular dalam kalangan pengguna media sosial dan dikongsi lebih 3,700 kali serta mendapat lebih 1,000 komen.

“Saya belum ambil suntikan vaksin. Letak sudu pada lengan memang melekat juga,” komen pemilik akaun Facebook bernama Nu Ha.

“Saya juga belum vaksin. Senduk dan sudip pun melekat. Bukan sudu sahaja,” balas Wan Nur Farahiyani.

“Kalau betul ada daya tarikan magnet, boleh guna magnet lain untuk lekatkan pada badan untuk tengok kutub magnet yang kononnya wujud di dalam vaksin,” ulas Mat Apit.

“Macam-macam mereka ini. Terima kasih akhirnya ada penjelasan mudah mengenai perkara ini. Tidak pandai hendak jelaskan seperti tuan walaupun sudah tahu ia bukan disebabkan daya magnet,” ujar Apool Smith.

“Kasihan cikgu, terpaksa buat eksperimen mudah untuk menjawab tuduhan puak antivaksin,” komen Muzahfar Akmal Nurazlan. – K! ONLINE

Oleh SITI AMINAH MOHD YUSOF
6 Ogos 2021, 8:50 pm

#kosmo #infosemasa 

Tonton video penuh daripada Saluran YouTube AJAR di sini :-


Eksperimen Garfu Melekat Di Tempat Cucuk...


------------------------------------------------------------------------------------------

Bahagian 2 : MIKROCIP

TEORI BERKENAAN MIKROCHIP  MUNGKIN TERJAWAB .....


Situasi sebelum vaksin

Situasi selepas vaksin

Assalamualaikum kepada Majorians sekalian, penulisan ini bukanlah niat untuk mencetuskan  perbalahan sesama kita tetapi sebaliknya ia adalah sebuah pendapat kecil daripada tuan asal posting untuk sama sama kita berfikir semula. 

Yang benerrrrrrr,

#RVKXIV

===============================================≠========================

Kredit penulisan Asal : @SMH  

Disclaimer: Post ini agak berat dan topik ini bukan kepakaran/kemahiran aku. Boleh betulkan jika ada kesalahan. 

BETUL KE BLUETOOTH BOLEH KESAN MIKROCHIP DALAM PENERIMA VAKSIN?! 

Kebelakangan ini kecoh semula dalam media sosial kononnya penerima vaksin boleh dikesan hanya menerusi Bluetooth dalam bentuk paparan digit aneh. Katanya, paparan yang wujud itu mewakili mikrochip yang sudah dimasukkan ke dalam badan penerima vaksin. Namun, sahih ke? 

Jujur kata, benda melibatkan teknologi ini bukan kemahiran aku. Tapi sebab sifat rasa ingin tahu yang agak menebal jadi aku pun buat la sedikit carian. Jika ada pakar yang boleh tambah maklumat atau perbetul kesalahan boleh inform ya. Tak susah pun nak cari pasal "digit aneh" tu sebab benda ni search gitu sahaja pun sudah keluar. Jadi ini la hasil carian aku:

1. Apakah digit aneh yang dikatakan mewakili mikrochip tersebut?
-Digit aneh tersebut adalah MAC Address atau kita turut boleh panggil sebagai Bluetooth Address.

2. Apakah MAC Address?
-MAC Address biasanya digit atau kod yang diberikan kepada setiap peranti (device) semasa dalam proses pengeluaran, tidak seperti alamat IP yang boleh berubah, MAC Address ini bersifat kekal dan tidak berubah walaupun berpindah dari satu rangkaian ke rangkaian lain. Dengan kata lain, MAC Address adalah unik untuk setiap peranti. Untuk senang faham, MAC Address ini ibarat nombor pengenalan la, setiap warganegara mempunyai nombor pengenalan yang berbeza untuk membezakan antara satu sama lain.

3. Bagaimana MAC Address terbentuk?
-MAC Address terdiri dari enam nombor heksadesimal dua digit yang dipisahkan oleh dua titik bertindih. Contohnya, 45: 96: 83: B1: C0: OC. 

4. Percanggahan mengenai teori "ujian mengesan mikrochip dalam badan penerima vaksin
-Jika di Malaysia, ada yang menggunakan MAC Address untuk membuktikan bahawa dalam badan penerima vaksin ada mikrochip, di Amerika Syarikat lain pula ceritanya. Contohnya, aku ada terbaca satu isu  mengenai nama peranti "HBPC-J43" yang muncul di Bluetooth seorang pengguna dan dikaitkan dengan mikrochip dalam vaksin. Katanya, kod itu bermaksud penyakit "dikodkan dalam Bluetooth" yang akan diterima oleh penerima vaksin. Namun, ternyata bahawa HBPC-J43 sebenarnya adalah kod atau nama bagi pembesar suara Bluetooth yang dijual di negara Amerika Selatan. 

Dalam satu artikel yang lain pula, ada satu video yang telah dimuat naik ke Tiktok oleh seorang mamat yang bernama @aljanabi. Dia yang turut baru menerima suntikan vaksin ini pergi ke kaunter khas untuk report kesan sampingan vaksin. Masa dekat kaunter tu, dia pun cerita la katanya ada peranti Bluetooth yang bernama AstraZeneca_chAdOx1-S cuba nak "connect" dengan mikrochip yang ada dalam badan dia. Selepas siasatan dilakukan, rupanya peranti Bluetooth berkenaan hanyalah pengguna lain yang dengan sengaja menukar nama Bluetooth peranti ke nama itu. Selepas terbongkar, video tersebut pun dipadam.

Maka, teori Bluetooth boleh kesan mikrochip dalam badan penerima vaksin ini agak tidak relevan la sebab tak tetap.


---------------------------------------------------------------------

Siapakah orang-orang Melayu yang buat fatwa agar kita wajib ambil vaksin?

1- Mereka faham bahasa Quran dan Hadith, 99.99%. Mereka baca Quran dan Hadith, faham terus tanpa perlu buka terjemahan Quran dan Hadith.

2- Mereka sudah mahir dengan kitab tafsir Quran dan syarah Hadith, bukan satu kitab, atau dua, tapi minima tak kurang sepuluh. Jap, setiap satu kitab itu pula ada banyak jilid. Dan hampir semua belum ada terjemahan dalam Bahasa Melayu. Itu tak termasuk kitab Usul Fiqh, Fiqh dan lain-lain, ada kitab yang berpuluh-puluh jilid. Kalau campur dengan bahan ilmiah kontemporari, mau ribu-ribu topiknya itu.

3- Mereka fasih bertutur dalam bahasa Arab, iaitu bahasa Quran, lebih baik daripada orang Arab awam kebanyakan. Majoriti orang Arab lintang pukang bahasanya. 

4- Mereka membaca, menulis, berbahas topik-topik ilmiah dan akademik dalam bahasa Arab. Sebahagiannya menjadi pemeriksa tesis PhD pelajar berbangsa Arab dalam jurusan Syariah, juga bahasa Arab.

5- Sebahagiannya menjadi pakar rujuk peringkat antarabangsa dalam bidang Syariah, duduk sebaris dengan para ulama sedunia. Mereka juga mahir berbahasa Inggeris. Mereka tidak naif mengenai Yahudi, Zionis, Dajjal, Illuminati dan segala macam teori konspirasi.

6- Mereka adalah ahli masjid sejak kecil. Ketika remaja sudah mengimamkan solat berjamaah di masjid. Bangun bukan dikejutkan untuk solat Subuh, tapi bangun sendiri sebelum Subuh untuk solat Tahajjud secara istiqomah, dah jadi amalan rutin. Mereka dididik untuk berpuasa sunat, sejak kecil, dalam keluarga, ketika di bangku sekolah agama. Mereka kebiasaannya sudah menunaikan haji ketika usia masih muda.

7- Mereka ini duduk berbincang, bermuzakarah, berbahas panjang lebar dengan pakar-pakar bidang kesihatan dan bidang-bidang lain yang berkaitan, untuk mengeluarkan fatwa.

8- Mereka ini, kalau tak diberi jawatan mufti atau pensyarah pun, tak diberi gaji pun, mereka akan tetap mengajar dan bergelumang dengan ilmu. Ilmu itu dunia mereka, letaklah mereka di mana pun, selagi hayat dikandung badan. Quran, Hadith, kitab, rujukan setiap hari mereka, bukan FB, Twitter, Instagram, TikTok.

Itulah kelebihan yang mereka miliki. Engkau ada?

Nota: Sebahagian besar mereka tidak popular di media sosial.


-----------------------------------------------------------------------------

Bahagian 3: VIRUS


KRONOLOGI ORANG PERTAMA DIJANGKITI COVID-19 | PATIENT ZERO

https://www.youtube.com/watch?v=0qfvD3eDiPc

Sebelum ini hanya tular dalam video sahaja.


Al Habib Abu Bakar Masyhur al-Adni

Subhanallah, Alhamdulillah. Akhirnya bertemu juga kitab Al Habib Abu Bakar Masyhur al-Adni dalam menjelaskan wabak penyakit pada Akhir Zaman. 

Al-Habib menyebut secara khusus dan jelas akan istilah CORONA. Buku ini dicetak (diterbitkan) pada tahun 2015. Ini bermakna telah sampai perkhabaran virus ini telah tiba sebelum ia berlaku pada tahun 2019 lagi.

Wallahua'lam. Apakah Al-Habib Abu Bakar mendapat maklumat itu sama ada sampai perkhabaran melalui perantara atau kasyaf (laduni, ilham atau firasat) ? 

Di sini kita telah mendapat tahu bahawa Virus Corona pada 2014 sedang di dalam proses diolah dan diternak (cipta) di makmal Wuhan China. Ini pun dalam lingkungan kajian di makmal sahaja (rahsia). 

Sekitar tahun 2015, Bill Gates telah pun memberikan gambaran awal mengenai bencana virus itu tanpa menyebut namanya. Sedangkan di dalam kitab yang dikarang oleh Al Habib telah menyebutnya secara tepat dan jelas. Subhanallah !

Inilah petunjuk jelas betapa Allah hadirkan ulama pewaris Nabi yang benar dan mendapat petunjuk dalam masa musibah dan bencana. 

Ini menguatkan KEYAKINAN kita sungguh pun musuh merencana, akan tetapi Allah telah dedahkan perencanaan ini melalui orang² pilihanNya. Mereka terdiri adalah daripada daripada kawalan para kekasih dan aulia iaitu para pencinta Allah s.w.t. dan Rasulnya, Nabi Muhammad s.a.w. Cuma, mereka tidak hebah² kan hanya kerana untuk menjaga adab. 

Semuanya dengan izin Allah s.w.t., hanya apabila perlu dan sudah tiba masanya barulah dijelaskan. Mereka ini tidak hanya mensyarahkan sahaja akan tetapi dengan bimbingan daripada Allah s.w.t. kini, mereka menyusun dan mengolah takdir buruk kepada takdir yang baik. In Shaa Allah, aamiin.

Kedatangan Habaib ke sini seperti Habib Umar Al-Hafidz bukan saja². Ziarahnya seorang alim, Aulia dan pewaris Nabi s.a.w. tanpa kita sedar membawa keberkatan dan kerahmatan. 

Hanya apabila di dalam hati mereka timbul penyakit seperti suka membenci, iri atau cemuh dan curiga akan keberadaan para kekasih Allah ini. Akhirnya telah tertutup hati mereka akan untuk menerima hidayah dan hakikat ini yang sebenarnya.

Pertolongan Allah itu hadir dalam bentuk kemenangan yang diredhai olehNya. Maka seharusnya ia hanya lawak untuk diwarisi oleh para KekasihNya dari jalur warisan Baginda Nabi s.a.w. Wallahua'alam.

Sollu 'ala Nabi صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد

Misteri Alam Dunia

Sebuah kitab yang dikirimkan dari Hadramaut, Yaman dan ditulis dalam Bahasa Arab. Kitab ini ialah kitab bertajuk, "Al-Khusus Wal Muntholiqod". 

Kitab ini telah dikarang oleh, Al Habib Abu Bakar Adni. Buku ini membicarakan "Tanda-tanda Perjalanan Kita Menuju Ke Akhir Zaman"

Fakta Menarik mengenai kitab yang ditulis ini ialah :-

  1. Buku ini adalah cetakan yang ketiga
  2. Dicetak pada 1436 H @ 2015 M

Pada muka surat 318, penulis telah mencatatkan bahawa, di antara tanda-tanda Kiamat seperti yang tertulis di dalam kitab ini, ialah berlakunya wabak-wabak yang merbahaya seperti :-

  1. AIDS
  2. Penyakit selesema burung ataupun selsema khinzir (babi)
  3. Demam Al Qoruna (Corona Virus @ COVID-19)

Menurut kitab ini lagi,

"Tidaklah jauh dikatakan bahawasanya, wabak ini sengaja diciptakan daripada tangan-tangan anasir-anasir jahat yang berada di Bumi ini di atas sebab-sebab politik, ekonomi ataupun sekadar untuk mengundang kekacauan sedunia."

Semoga kita semua mendapat manfaat daripada perkongsian ini dan juga semoga kita sentiasa dalam Rahmat serta perlindungan daripada Allah s.w.t. Aamiin Ya Robbal'alamiin.

P/S : Tonton video penuhnya di sini 

https://www.facebook.com/story.php?story_fbid=10221066145538903&id=1101123111

Pendapat 1 daripada netizen :

Berkenaan dengan video tersebar dan banyak dikongsi oleh netizen dari seorang pak kiai muda asal Indonesia yang mengatakan bahawa guru kami Habib Abu Bakar Al Adni حفظه الله تعالى ورعاه sudah memprekdisikan (meramalkan) akan keluar virus Corona dan mengatakan ini firasat yang hebat dari guru mulia. 

Kita akui adanya firasat atau ilham dari orang-orang soleh tetapi yang dimaksudkan guru kami Al Habib Abu Bakar Al Adni حفظه الله تعالى ورعاه dalam kitab Al Usus Wal Muntolaqot ialah demam Corona yang mula muncul 2012 dan tersebar wabak demam Corona di benua Arab pada tahun 2015. Ada persamaan pada nama tetapi jenis virus dan simpton hendaklah dirujuk kepada ahlinya.

Ilmu Fiqh At Tahawwulat ini dibina diatas nas bukan ramalan atau sangkaan yang terkadang boleh meleset. Ulama' sentiasa upgrade pengetahuan mereka dengan isu-isu semasa cuma kita sahaja kerap kali ketinggalan bas. 

Walau bagaimanapun penyakit wabak Corona ini termasuk daripada penyakit yang tidak dikenali oleh orang-orang terdahulu. Boleh jadi ia diciptakan oleh tangan-tangan anasir jahat disebabkan faktor ekonomi atau politik atau eksperimen yang tidak bertanggung jawab (kalam guru kami حفظه الله تعالى ورعاه ) dan ia termasuk daripada kebenaran sabda Nabi صلى الله عليه وسلم tentang petanda kecil kiamat yang pasti dan pasti akan berlaku. Menjadi kewajipan kita selaku Muslim (Fard al Waqt) untuk mempelajari ilmu yang berkaitan dengan petanda hari kiamat yang termasuk daripada urusan ugama. 

فإنه جبريل أتاكم يعلمكم دينكم

Pendapat 2 daripada netizen

Kitab ini di cetak kali ke-3 pada tahun 2015 dan penulisnya memang tahu keujudan virus corona sejak dari dulu lagi tetapi bukan Covid 19.

Sebenarnya Coronavirus ke atas manusia mulai dikenali sejak tahun 1960 lagi dan coronavirus keatas binatang mulai ditemui pada awal 1920an jadi kitab ini merujuk kepada coronavirus sebelum Covid 19 muncul... 

Coronavirus ke atas manusia telah dijumpai termasuk SARS-CoV pada 2003, HCoV NL63  2003, HCoV HKU1 2004, MERS-CoV pada 2013, and SARS-CoV-2 in 2019.

Terdapat juga jumlah yang besar Coronavirus binatang ditemui sejak tahun 1960.

Sekarang di kenali sebagai Covid 19 SARS-CoV-2 ,2019 yang dipercayai berasal dari Wuhan, Cina.

Teori konspirasi mengenai sebaran virus ini sengaja dibuat oleh kumpulan-kumpulan atau manusia tertentu masih belum terbukti kesahihannya... 

Sebelum ditemui bukti maka "dengar boleh..percaya jangan..."

Lanjutan, Cuba rujuk "coronavirus history".

The earliest reports of a coronavirus infection in animals occurred in the late 1920s, when an acute respiratory infection of domesticated chickens emerged in North America.[15] Arthur Schalk and M.C. Hawn in 1931 made the first detailed report which described a new respiratory infection of chickens in North Dakota. The infection of new-born chicks was characterized by gasping and listlessness with high mortality rates of 40–90%.[16] Leland David Bushnell and Carl Alfred Brandly isolated the virus that caused the infection in 1933.[17] The virus was then known as infectious bronchitis virus (IBV). Charles D. Hudson and Fred Robert Beaudette cultivated the virus for the first time in 1937.[18] The specimen came to be known as the Beaudette strain. In the late 1940s, two more animal coronaviruses, JHM that causes brain disease (murine encephalitis) and mouse hepatitis virus (MHV) that causes hepatitis in mice were discovered.[19] It was not realized at the time that these three different viruses were related.[20][12]

The IBV-like novel cold viruses were soon shown to be also morphologically related to the mouse hepatitis virus.[19] This new group of viruses were named coronaviruses after their distinctive morphological appearance.[7] Human coronavirus 229E and human coronavirus OC43 continued to be studied in subsequent decades.[38][39] The coronavirus strain B814 was lost. It is not known which present human coronavirus it was.[40] Other human coronaviruses have since been identified, including SARS-CoV in 2003, HCoV NL63 in 2003, HCoV HKU1 in 2004, MERS-CoV in 2013, and SARS-CoV-2 in 2019.[41] There have also been a large number of animal coronaviruses identified since the 1960s.[42]

Kitab ini merujuk kepada virus  corona yang telah di ketahui sejak 1920an lagi bukannya tentang Covid 19 juga salah satu jenis penyakit akibat virus corona...

Tidak perlu dikaitkan dengan perkara ghaib rahsia Allah dengan corona dan teori konspirasi buatan manusia juga tiada bukti sahih...

-----------------------------------------------------------------------------------------

Sebagai penutup, disiarkan info tambahan sebagai renungan buat semua pembaca...


Contoh Sijil Vaksin pada era kurun ke 18

Tahukah anda!! Sijil vaksin pada Zaman Era Khalifah Uthmaniyyah telah dikeluarkan di Istanbul sekitar tahun 1900. 

Sumber Baktiar Sahab http://t.me/hadispalestin

Sijil Vaksin zaman pemerintahan Islam Uthmaniyyah Turki di bawah pemerintahan Sultan Mehmed VI pada tahun 1322 H / 1904 M. Perdana Menteri ketika itu ialah Ahmad Taufik Pasha (nama sebenarnya ialah Mehmed Farid Pasha. Rujukan seperti di bawah).

Mehmed Ferid Pasha (mentadbir dari 15 Januari 1903 – 22 Julai 1908) sebagai Wizurai Agung (Perdana Menteri) Turki Uthmaniyah.

Sijil vaksin Zaman Uthmaniyyah yang dikeluarkan di Istanbul tahun 1900. Jika benar ia satu agenda Dajjal atau membunuh manusia, maka mungkin kita tidak akan wujud hari ini. Bersederhana dalam menghukum. Vaksin itu ikhtiar. Yang sembuhkan Allah, tapi Allah suka hamba yang berusaha dan bertawakal dengan ikhtiar yang baik. In Shaa Allah.

Perbincangan lanjut mengenai Sejarah Vaksin Dan Imunisasi Era Moden Dunia boleh rujuk di sini:-

Sejarah Vaksin dan Imunisasi Bermula di Turki

https://normanhafizi.blogspot.com/2021/09/sejarah-vaksin-dan-imunisasi-bermula-di.html

--------------------------------------------------------------------------------------------

[ Iklan ] Melayu Bersatu | Islam Berdaulat dalam menghadapi cabaran Fasa Terakhir sebagai Umat Akhir Zaman. Mereka termasuk dalam golongan yang disebut sebagai "Ikhwan Ku" seperti yang termaktub dalam hadis.

IKHWAN KU https://normanhafizi.blogspot.com/2021/01/ikhwan-ku.html

Sila bergabung di sini di Telegram : https://t.me/joinchat/Up9J1725d9dRXu_U

-----------------------------------------------------------------------

Pautan artikel yang berkaitan :-

Aku & Vaksin

https://normanhafizi.blogspot.com/2021/09/aku-vaksin.html

Kita Inginkan Syurga Allah S.W.T.

https://normanhafizi.blogspot.com/2021/03/semua-kita-inginkan-syurga-allah-swt-kan.html

The Extinction Parade : War

Monday, 28 June 2021

Ali Baba Bujang Lapok

 

BICARA KLASIK : "DISEBALIK CANDU, GANJA & BELACAN" ALI BABA BUJANG LAPOK

Salah satu filem komedi terbaik Allahyarham Tan Sri P.Ramlee yang dianggap oleh sesetengah pengkritik dan peminat filem tanah air. Filem Ali Baba Bujang Lapok sememangnya sangat banyak menyelitkan nasihat, sindiran dan kritikan masyarakat secara tersurat mahupun tersirat. 

Kalau nak dikupas satu persatu sememangnya memerlukan perbincangan yang sangat panjang. Jadi, Brother pilih satu sindiran dan kritikan masyarakat yang disampaikan oleh P.Ramlee dalam filem ini. Mungkin ada yang perasan dan mungkin juga ada yang tidak tahu menahu langsung akan sindiran ini. 

Brother sangat tertarik dengan babak ketika Marjina keluar membeli-belah di pasar. Ketika dia melalui jalan di pasar itu, dia di datangi oleh penjual candu dan ganja yang berniaga di jalanan secara bebas dan terbuka. Apabila dia ingin membeli belacan, peniaga itu terpaksa menjualnya secara sembunyi kerana tidak mempunyai lesen. 

"Jual candu ada lesen, jual ganja ada lesen tetapi jual belacan tak ada lesen. Saya smuggle dari Malaya." Kata peniaga itu kepada Marjina. Menunjukkan pada zaman dalam filem itu, semuanya memerlukan lesen. Tidak kira jenis perniagaan itu halal atau haram. Jika ada lesen, semuanya akan 'beres' belaka. 

Babak ini agak singkat, namun ia penuh dengan maksud yang tersirat. Tersirat dengan sindiran yang ingin disampaikan oleh P.Ramlee. Allahyarham ingin memberitahu kita bahawa, jika sesebuah kerajaan yang memerintah tidak amanah. Maka semua perkara halal atau haram tidak ada bezanya. Yang akan membezakannya adalah lesen untuk mendapatkan kelulusan. 

P.Ramlee juga memberitahu kita, akan tiba suatu zaman di mana manusia terpaksa melakukan perkara baik secara sembunyi-sembunyi. Manakala perkara yang menyimpang dengan agama dilakukan secara terang-terangan tanpa rasa malu atau bersalah. Di mana ketika itu, perbuatan baik di anggap janggal dan perkara buruk di anggap bagus dan menjadi kebanggaan. 

Adakah perkara seperti ini akan berlaku dipenghujung zaman nanti...??? Atau sememangnya sudah pun terjadi, tapi kita pula yang tidak perasan atau tidak endah dengan apa yang berlaku di depan mata...???

Ya Habibi Ali Baba


#BicaraKlasikBraderFilem


Ali Baba Bujang Lapok HQ - Pramlee (versi warna) FULL


Deskripsi dari : nostalgiaWARNA

sesetengah babak terpaksa dipotong / 'MUTE' (tiada suara) disebabkan HAK CIPTA credit : Astro Malaysia Holdings Berhad : Sony ATV Publishing : CASH PanAsia Filem ini berasaskan dari kisah Ali Baba dan 40 Penyamun dari Hikayat 1001 Malam tetapi ditokok-tambah dengan unsur komedi. Seperti filem Bujang Lapok yang lain, filem ini dibintangi P. Ramlee, Aziz Sattar dan S. Shamsuddin. Filem ini merupakan penampilan sulung Sarimah, serta dikenali sebagai filem terakhir di mana P. Ramlee memegang watak jahat / antagonis. #pramlee #filemklasik #nostalgiawarna


ASAL USUL SENAPANG GAJAH ALIBABA BUJANG LAPOK

Menonton filem Ali Baba Bujang Lapok pasti kita teringat bagaimana P. Ramlee sebagai ketua penyamun yang bernama Abu Hassan menggunakan senapang gajah untuk menghukum Kassim Baba lakonan S.Shamsudin.

Senapang gajah yang dikenali sebagai Punt Gun itu telah disewa oleh P.Ramlee dari Army Museum Of Singapore. Berat senapang gajah ini dianggarkan antara 40kg ke 50 kg dan sepanjang 8kaki 4inch (2.54m). Senapang ini diciptakan oleh seorang novelist berbangsa Inggeris bernama Desmond Bagley. untuk berburu angsa dan berpotensi membunuh 100 burung angsa dengan satu das tembakan.  

Teks: HAR & Mimin

Monday, 26 April 2021

Bangsa Austronesia

Arkib : 07 Mac 2021

Introduction :-

MAP SHOWING THE PARENT DISTRIBUTION OF THE VARIOUS RACES OF MANKIND

Why were Malaysian, Indonesian, Filipinos, Madagascars, and some part in western of Pacific Islands categorized as part of the "Malay race"? 

The idea first came from the German anthropologist Johann Friedrich Blumenbach (1752-1840) who proposed that humans are divided into five races, namely:

  1. American, 
  2. Caucasian, 
  3. Malay, 
  4. Mongolian, and 
  5. Negro. 
The "Malay race" was also referred to as the "brown race." Borrowing from Blumenbach, you will see in this 1889 map the distribution of the so-called "Malay race" with some errors, the geographical spread of the "Malay race" corresponds to the areas that we now refer to as Austronesian-speaking peoples of Malayo-Polinesian language family. Blumenbach's mistake was that he thought that all Austronesians spoke Malay. Of course, Malay was, for a long time in the pre-colonial era, the lingua franca of insular Southeast Asia but there hundreds of languages comprising the Austronesian languages.

The American anthropologist H. Otley Beyer (1883-1966) borrowed Blumenbach's classification and applied it to explain the peopling of the Philippines. Beyer hypothesized that the Malays made up the last wave of migrants that came into the Philippines after the Negritos and several groups of Indonesians. This "wave of migration" theory has already been discredited by archaeological, linguistic, and recent genetic evidences.

© Prof. Nestor Castro, PhD

Admin_MG https://www.seastoria.asia/


Gambar : Peta Austronesian

https://www.facebook.com/story.php?story_fbid=2879248238996065&id=1413499895570914

-----------------------------------------------------------------------------


Menguak Bani Jawi!!! Bangsa Nusantara Pemegang Rahasia Akhir Zaman


©️KAWASAN RUMPUN MELAYU ADALAH MELIPUTI SELURUH NEGARA INDONESIA, FILIPINA, BRUNEI, SINGAPURA DAN MALAYSIA

"Wahai manusia sesungguhnya Kami ciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku untuk saling kenal-mengenal, sesungguhnya yang paling mulia di antara kamu adalah orang-orang yang bertakwa." Surah al-Hujurat, ayat 13.

Bila baca ayat suci ini tidaklah susah untuk memahaminya, kerana ia begitu jelas dan difahami secara zahir sahaja tidak perlu takwil (tafsir). Saat membacanya fahamlah bahawa hanya taqwa, hati yang cinta kepada Allah sahaja yang mulia di sisinya. 

Kemuliaan tidak sesekali pada bangsa itu sendiri, wilayah, negara, warna kulit, wajah cantik, pangkat dan sama waktu dengannya. 

Sejarah Awal Penyatuan Ummah

Umaiyah bin Abdu Syamin bin Abdu Manaf, seorang pemimpin dan bangsawan Quraisy yang menyamai bapa saudaranya Hasyim bin Abdu Manaf yang melahirkan keluarga Junjungan Rasulullah s.a.w. 

Kedua keturunan ini sering berebut pengaruh dan kerap kali berlaku pertumpahan darah, tetapi dengan berkat persatuan yang dianjurkan Rasulullah s.a.w. dan menundukkan perasaan kesukuan, maka mereka hidup bersatu sebagai saudara seagama.

Pergolakan Dunia Politik Islam Selepas Kematian Khalifah Ketiga Era Khulafa Ar-Rasyidin

Peristiwa pembunuhan ke atas Sayyidina Usman bin Affan r.a., perasaan kesukuan subur semula, apatah lagi bila Sayyidina Ali bin Abi Talib r.a. dari golongan Bani Hasyim dilantik menjadi khalifah. 

Berlaku peperangan antara keduanya. Bani Umaiyah mendesak Sayydina Ali r.a. menuntut bela atas pembunuhan itu dan atas tindakan tersebut tak memuaskan hatinya, berlaku penentangan. 

Ringkasnya, Sayydina Ali r.a. dibunuh oleh Khawarij dan pengikutnya menggantikan Sayyidina Hasan r.a. Beliau menolak tidak mahu berlaku perselisihan antara kaum Muslimin, maka secara rasmi pada tahun 41 Hijrah (661 Masihi) pemerintahan Islam berpindah dan berdirinya kerajaan Bani Muawiyah.

Permulaan Kepada Pemerintahan Khalifah Daulah Islamiyah Secara Warisan 

Sejak ini, jawatan khalifah menjadi hak milik dan pusaka kepada keturunan mereka sahaja. 

Kemegahan kerajaan Negara Islam pada zaman ini tidak dapat dinafikan, sungguh luar biasa dan sangat digeruni oleh dunia. 

Tetapi kerajaan runtuh dan diganti oleh kerajaan Abbasiah. Antara faktor kejatuhan sebab menghidupkan fahaman perkauman yang telah dihapuskan Rasulullah s.a.w. 

Kerajaan Abbasiah juga jatuh disebabkan salah satunya fahaman kebangsaan yang memuncak dari bangsa-bangsa yang bukan Arab, terutamanya bangsa Parsi dan Turki. Begitu juga zaman Khalifah Uthmaniyah kehancurannya disebabkan budaya ini. 

Fasa 4 : Zaman Kerajaan Yang Menyombong - Zaman Fitnah Berleluasa Dan Fitnah Dajjal

Selepas tumbangnya sistem khalifah terakhir. Bermulalah bibit-bibit penindasan kepada kaum Muslimin di seluruh dunia hingga hari ini.

Kembali Ke Zaman Khalifah Mengikut Jejak Kenabian

Dan umat Islam menunggu zaman dan masa kebangkitan kali kedua yang pasti akan berlaku. Banyak hadis kebangkitan itu dari timur. Antaranya :

1. Dikeluarkan oleh Tabrani dalam Al-Ausat : 

Dari Ibnu Umar bahawa Nabi s.a.w. telah memegang tangan Sayyidina Ali dan bersabda :

“Akan keluar dari sulbi ini, seorang pemuda yang akan meme­nuhi dunia dengan keadilan (Imam Mahdi). Bilamana kamu melihat yang demikian itu maka wajiblah bagi kamu bersama (mencarinya) Pe­muda dari Bani Tamim, dia datang dari sebelah Timur dan dia adalah pemegang panji-panji Al Mahdi.”

Kitab Al Hawi lil Fatawa oleh Imam Sayuti.

2. Sabda Nabi s.a.w., dikeluarkan dari al-Hasan bin Sofyan dari Abu Nuaim :

Daripada Tsauban, telah bersabda Rasu­lullah s.a.w. :

“Akan datang panji-panji hitam dari Timur, hati mereka seperti kepingan besi. Barang siapa yang mendengar tentang mereka, hendaklah mendatangi mere­ka dan berbai’ahlah kepada mereka walaupun ter­paksa merangkak di atas salji.”

Kitab Al Hawi lil Fatawa oleh Imam Sayuti.

3. Dari Ibnu Majah dan Tabrani daripada Abdullah bin Al Haras bin Juzu’ al-Zubaidi telah bersabda Rasulullah s.a.w :

“Akan keluarlah manusia dari Timur, mereka itu merintis kekuasaan untuk al-Mahdi.”

Kitab Al Hawi lil Fatawa oleh Imam Sayuti.

Gambar 1 : Kerajaan-kerajaan Melayu Islam Nusantara

Kerajaan-kerajaan Islam Di Nusantara yang pernah wujud satu ketika dahulu :-

  1. Kesultanan Melayu Pattani (1516 - 1902M)
  2. Kesultanan Melayu Melaka (1402 - 1511M)
  3. Kesultanan Melayu Aceh (1496 - 1903M)
  4. Kesultanan Melayu Pagaruyung (1347 - 1833M)
  5. Kesultanan Melayu Siak (1723 - 1946M)
  6. Kesultanan Melayu Banten (1527 - 1813M)
  7. Kesultanan Melayu Mataram (1588 - 1681M)
  8. Kesultanan Melayu Demak (1475 - 1554M)
  9. Kesultanan Melayu Ternate (1257 - 1927M)
  10. Kesultanan Melayu Brunei (1368 - 1888M)
  11. Kesultanan Melayu Sulu (1457 - 1917M)

Saat menyebut timur dan paling timur itu adalah di sini, di Alam Melayu. Melayu bukan hanya berada di Semenanjung Malaysia (Tanah Melayu).

Istilah Melayu diertikan sebagai Bangsa Austranesia yang tinggal di Semenanjung Tanah Melayu dan seluruh Kepulauan Melayu. Ia merujuk kepada orang Melayu di Malaysia, Indonesia, Thailand, Filipina hingga ke Madagaskar.

Gambar 2 : Bangsa Austranesia yang mendiami dan menetap di sekitar Gugusan Kepulauan Melayu kawasan Asia Tenggara

Dr Burhanuddin al-Helmy mengatakan seluruh Gugusan Kepulauan Melayu termasuk Tanah Melayu, Indonesia dan Filipina adalah Daerah Melayu. Daerah-daerah ini terpisah hari ini kerana dipecahkan oleh penjajah Barat. 

Kawasan rumpun Melayu adalah meliputi seluruh Negara Indonesia, Filipina, Brunei, Singapura dan Malaysia.

Sedang di Thailand, Wilayah Melayu adalah seluruh Semenanjung hingga Ratchaburi, 100km di Selatan Bangkok. Tenasserim (Tanah Seri) di Myanmar juga termasuk kawasan Melayu. 

Di sebelah Utara ia bermula di Kepulauan Nicobar di Lautan Hindi dan Farmosa di Laut China, termasuk Indo-China hingga ke Kepulauan Solomon di Selatan. 

Dari Barat, ia bermula di Madagaskar hingga ke Fiji. Kawasan kepulauan terbesar di dunia di Tenggara Asia inilah yang dipanggil rumpun Melayu dan menjadi daerah kehidupan bagi orang Melayu.

Persoalannya di mana bermula tempat yang dinantikan itu?

Banyaklah keluar segala dapatan tentangnya. Ada yang kata di Malaysia, ada yang kata di Indonesia dan siap meletakkan sesuatu bangsa dan lebih dalam lagi memberi hint kepada bangsa sekian dari etnik atau suku.

Nampak pada pembahasannya pekat kepada bangsa dan lupa keruntuhan sistem kerajaan khalifah sebab menghidupkan budaya zaman jahiliah.

Apa pun segala teori itu, dihormati sebagai sumber maklumat untuk pengetahuan.

Mereka ahli satanic pun pening dan akui mencari pemimpin-pemimpin akhir zaman ini buntu. Itulah bukti mereka merancang tetapi Allah sebaik perancang.

Lihat sini pengakuan mereka tentang yang dicari. Tak semudah itu.

https://www.dropbox.com/s/kf9q34ctdgfqvan/wahyu%20terakhir%20%20vs%20vatikan.pdf?dl=0

Zaman Islam Kembali Memerintah

Berbalik kepada firman Allah s.w.t. di atas Surah al-Hujurat, ayat 13. Kebangkitan Islam kali kedua bukan pada semangat kebangsaan atau perkauman, tetapi ia terletak pada hati yang bertakwa pada Allah, dan tidak juga menolak pada bangsa kerana Allah jadikan ia untuk kita belajar mengenal sesama. Namun, ingat baik-baik sejarah Bani Umaiyah yang bermain dalam isu perkauman.

Mungkin sahaja, bukan multak. Tentera Panji Hitam itu berada di seluruh belah timur ini bukan khusus pada sesuatu tempat.

Mereka berada di Malaysia, Brunei, Indonesia, Thailand (Selatan Thailand), Filipina (Selatan Filipina), Singapore, Myanmar dan lainnya.

Mereka berada di setiap pelosok dan bila sampai seru akan keluar dari negara-negara tersebut dan bersatu menjadi satu.

Ingatkan dalam sejarah. Para kesultanan Melayu sama ada Melayu Melaka, Kedah Tua, Melayu Brunei, Aceh, Maguindanao, Sulu, dan lain-lain menentang ahli satanic.

Semua kerajaan kesultanan berkerja keras bertempur menghadap penjajah.

Begitulah di ambang kebangkitan. Kita akan bersatu di mana jua berada berhimpun di bawah satu panji. Panji Hitam diketuai oleh Putera Bani Tamim dan diserahkan kepada baginda Imam Mahdi.

Kebangkitan Islam kali kedua sama coraknya seperti kebangkitan pertama iaitu atas dasar taqwa bukan semangat kebangsaan, perkauman atau suku.

Allahu'alam..

Sumber: Shamsuddin Ali

📝Serai Padang #CPK

https://www.facebook.com/331708791085741/posts/803749293881686/


Asal Usul Orang Melayu Menurut Kajian DNA dan Islam l Puan Zaharah Sulaiman

https://www.youtube.com/watch?v=KeMkHdkFjoc

Deskripsi dari Denaihati : 

Asal Usul Orang Melayu Menurut Kajian DNA dan Islam oleh Puan Zaharah Sulaiman
Kalian tonton video ini sehingga selesai rasailah apa yg kami rasai.
Kegemilangan Tamadun Melayu Yang Hilang l Prof Dr Abdul Mu’ti @ https://youtu.be/ljHHs-fMTQE
Bapak Ismail Peterson Cape Malay yang masih fasih berbahasa Melayu @ https://youtu.be/OcvwIlkHK5E
Asal Usul Orang Melayu Menurut Kajian DNA dan Islam l Puan Zaharah Sulaiman @ https://youtu.be/KeMkHdkFjoc
Sejarah Melayu yang menjadi rahsia selama ini @ https://youtu.be/W-sttBWYbuw
Follow sosial media kami :
5. Telegram Channel : http://t.me/denaihatinetwork
Jangan lupa baca blog kami : http://denaihati.com


BAHASA TERBESAR DI DUNIA “Bahasa kamu (Bahasa Melayu), saya percaya, diucapkan oleh lebih dari 70 juta umat manusia. Ia merupakan satu daripada rumpun-rumpun bahasa yang terbesar di dunia ini. Jangan lupakan hakikat itu. Peliharalah bahasa kamu itu, berusahalah meninggikannya ke tahap yang layak di kalangan bahasa-bahasa dunia. Apabila taraf bahasa kamu tinggi, akan tinggi pulalah taraf bangsa kamu,” O.T Dussek, Petikan dari The Straits Times ‘15 Ogos 1935 [Revolusi Melayu Baru] https://www.facebook.com/groups/1975693915798937/permalink/3425155534186094/

------------------------------------------------------------------------

3 Teori Asal Usul Bangsa Melayu (Perspektif Barat)

https://www.youtube.com/watch?v=4oz_RJIgbAY

------------------------------------------------------------------------

Bacaan lanjutan dan tambahan boleh rujuk pautan di sini :-

Ikhwan Ku https://normanhafizi.blogspot.com/2021/01/ikhwan-ku.html

---------------------------------------------------------------------------------------

Arkib : 3 Disember 2014

Perkongsian yang menarik berkaitan tajuk yang sama dalam penerbitan sebuah buku sebagai bahan bacaan utama :-


Gambar : Membongkar Rahsia Dunia Melayu - Peribumi Asia Tenggara Menjawab Kekeliruan Sejarah

Judul: Membongkar Rahsia Dunia Melayu: Peribumi Asia Tenggara Menjawab Kekeliruan Sejarah
Penulis: Srikandi, Al-Semantani & Ibnu Rusydi
Penerbit: Hijjaz Records Publishing
Tahun: 2014
ISBN: 978-967-5391-39-2
Bil. Muka Surat: 340
Kulit: Lembut
Harga: RM 36.00 (Harga Asal RM 39.90)
Berat:  
Pos Laju: RM 6.00 (S.M) RM 10.00 (Sarawak/Sabah)
Stok: Ada

---
Dewasa ini, pelbagai  serangan dan tohmahan dibuat  mengenai kedudukan Melayu-Islam. Serangan yang dilakukan ini meliputi pelbagai isu seperti hak asasi untuk murtad, penyebaran ajaran Syiah, penyalahgunaan kalimah ‘Allah’ dalam Bible dan sebagainya.  Selain itu, serangan itu juga dilakukan terhadap sejarah negara amnya dan sejarah Melayu khasnya, demi menimbulkan kekeliruan kepada umat Melayu-Islam agar tunduk kepada desakan dan permintaan mereka. 

Serangan terhadap sejarah Melayu merupakan serampang dua mata dalam mencabar kedudukan umat Melayu selaku Bumiputera asal dan pada masa sama melemahkan kedudukan Islam di negara ini, memandangkan Perlembagaan Persekutuan, ‘Melayu’ di negara ini secara automatik adalah seorang Muslim.  Menerusi ‘serangan’ berterusan terhadap putar belit sejarah Melayu, menerusi kenyataan akhbar, media sosial, media massa dan sebagainya, dibimbangi nasib umat Melayu-Islam di negara ini berakhir seperti umat Melayu-Islam di negara Thai, apabila sejarah keagungan Kesultanan Islam-Patani lenyap dan umat Melayu-Islam di sana terpaksa beridentitikan Thai-Muslim, lalu terhapuslah identiti dan jati diri penduduk Islam di sana. 

Atas dasar itulah, tiga orang blogger sejarah kontemporari tempatan bergabung tenaga dan minda demi menghasilkan sebuah catatan khas untuk memperjelas kekeliruan serta menjawab putar belit yang disengajakan terhadap sejarah bangsa Melayu.  Buku ini akan memfokuskan isu-isu yang mengelirukan umat Melayu-Islam, terutamanya kepada anak muda mengenai sejarah bangsa mereka. 

 “Jika kita mengenali negara Barat dengan kecanggihan dan kemodenan, adakah benar orang Melayu dahulukala hanya berkeris menentang penjajah Barat?"

Dengan membaca buku “Membongkar Rahsia Dunia Melayu” akan menjawab segala kekeliruannya.
Kandungan:

1. Melayu dan Kelompok Besar Austronesia
  • Raja-raja berdaulat yang menaungi bangsa Melayu pada hari ini
  • Berasal dari Asia Tengah
  • Berasal dari Nusantara
  • Kajian terkni
  • Bangsa Melayu adalah milik Austronesia
  • Asal-usul Bangsa Melayu
2. Sejarah Melayu dan Bukti Prasasti dan Rekod Antarabangsa
  • Srikandi
  • Pengenalan
  • Aspek I: Hubungan antarabangsa
  • Srivijaya: Kegemilangan Srivijaya dalam hubungan antarabangsa
  • Aspek II: Prasasti/Batu bersurat
  • Aspek III: Negara kota-negara Kota Melayu (Malay City-States)
3. Melayu dan Orang Asli
  • Pengenalan
  • Orang Asli di Malaysia
  • Hubungan Melayu dengan Orang Asli
  • Menyelami kehidupan suku Melayu Proto: Jakun dan Temuan
4. Indianisasi Budaya di Alam Melayu
  • Pengenalan
  • Salah faham tentang Tamadun Melayu
  • Teori-teori Indianisasi
5. Pengaruh Melayu di Sri Lanka
  • Pengenalan
  • Rajendra Chola Bukan Raja Siam
  • Kebangkitan Melayu Srivijaya
  • Siapakah Samara Vijayatungga Varman?
6. Siapa Temagi: Kekeliruan Antara Thai Dengan Sri Dharmaraja
  • Pengenalan
  • Siapakah Temagi?
  • Nagara Sri Dharmaraja
  • Dharmasokaraja
  • Chandrabhanu, ‘Javakan King’ yang menyerang Sri Lanka
  • Penubuhan Ayutthaya dan pembukaan sebuah rahsia
  • Riwayat negeri-negeri era pertengahan
  • 12 negeri di bawah Sri Dharmaraja
  • Yamtuan Abu Bakar
7. Penghijrahan di Alam Melayu
  • Pengenalan
  • Alam Melayu
  • Penghijrahan Parameswara
  • Parameswara hanya berhijrah 
a. Kerajaan- kerajaan di Pulau Sumba
b. Kesultanan Sintang
c. Kesultanan Buton
d. Kesultanan Maguindanao

8. Bahasa Melayu Bahasa Pemersatu
  • Pengenalan
  • Sejarah Bahasa Melayu
  • Bahasa Melayu Kuno
  • Bahasa Melayu Klasik
  • Bahasa Melayu Moden
  • Bahasa Melayu Selaku Bahasa Kebangsaan
  • Kesimpulan
  • Asal-usul Bangsa Melayu
9. Hang Tuah Berketurunan Cina?
  • Pengenalan
  • Percubaan penyelewengan sejarah
  • Penyelewengan nama Melayu
  • Gelaran Hang di era Melaka
  • Puteri Hang Li Po sebagai alasan
  • Asal-usul Hang Tuah
a. Sulalatus Salatin
b. Hikayat Hang Tuah

10. Keris Senjata Warisan Nusantara
  • Pengenalan
  • Ciri-ciri khas
  • Asal-usul keris
  • Keris warisan asli Nusantara
  • Falsafah pembuatan keris
  • Keunikan pamor keris dan falsafahnya
11. Senjata Api di Alam Melayu
  • Pengenalan
  • Senjata api Melayu
  • Senjata meriam
  • Senjata lela dan rentaka
  • Pemuras, tarkul dan istinggar
  • Kesimpulan
  • Sumpah Melayu
12. Melayu dan Austronesia: Viking Timur Jauh
  • Pengenalan
  • Sepintas tentang perkapalan dunia Melayu
  • Beberapa anekdot menarik tentang dunia perkapalan Melayu
Sumber : https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10203762334154433&id=1101123111

Pautan artikel-artikel berkaitan di sini :-

TAMADUN AGUNG SUMERIA

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...