Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Monday 11 May 2020

PERANG BADAR

Perang Badar terjadi pada hari Jumaat, 17 Ramadhan 2 H (13 Mac 624 M)


Kisah Kemenangan Islam Dalam Perang Badar, Hanya 313 Tentera Islam Tewaskan 1,000 Tentera Quraisy Di Bulan Ramadan (Gambar sekadar hiasan)

Bila tiba bulan Ramadan, selain daripada umat islam diwajibkan berpuasa dan memperbanyakkan ibadah, kita sebagai umat Islam pasti akan terkenang sejarah Perang Badar yang mana tentera Islam yang diketuai Nabi Muhammad S.A.W menang dalam peperangan tersebut di bulan Ramadan.

Apa yang mengagumkan dalam peperangan ini, tentera Islam hanya bertempur dengan 313 kekuatan tentera sahaja dan melawan 1,000 tentera musuh. Ikuti kisah penuh yang diceritakan Mufti Wilayah Persekutuan dan Mufti Negeri Sembilan.

Alhamdulillah, pada ruangan kali ini dalam Bayan Linnas sengaja kami paparkan kisah sejarah perang Badar ini kerana ia berlaku pada bulan Ramadan. Justeru kami namakan tajuk pada kali ini dengan Badar Kubra: Inspirasi dan Ibrah Daripadanya. Semoga ia memberi manfaat kepada kita semua dalam memahami sirah Rasulullah S.A.W. untuk menegakkan agama Allah dan syiarnya.

Ghazwah Badar al-Kubra

Ia berlaku pada 17 Ramadhan tahun ke-2 hijrah. la bermula apabila Nabi SAW mempelawa para sahabat Baginda untuk menyekat kafilah dagang Quraisy yang pulang dari Syam ke Makkah. Misi asal sekatan itu bukannya dengan tujuan peperangan. Walau bagaimanapun kafilah yang diketuai oleh Abu Sufian tersebut telah terselamat daripada sekatan orang Islam. Namun Abu Sufian sebelum itu telah mengutuskan utusan kepada Quraisy untuk keluar melindungi kafilahnya. Rentetan permintaan tersebut, Quraisy telah keluar dengan bilangan kira-kira 1000 orang tentera. Antaranya 600 orang tentera berbaju perisai, 100 ekor kuda yang dipakaikan 100 baju perisai. Ini tidak termasuk baju perisai tentera pejalan kaki dan 700 ekor unta. Mereka turut membawa penyanyi-penyanyi perempuan yang memukul gendang dan menyanyi mengutuk orang Islam.

Sementara itu, bilangan orang Islam pula seramai 313 atau 314 orang. Kebanyakan mereka daripada golongan Ansar. Mereka membawa 70 ekor unta dan dua atau tiga ekor kuda sahaja. Mereka bergilir-gilir dalam kumpulan-kumpulan kecil menaiki unta tersebut dari satu masa ke satu masa. Sebelum Nabi SAW memasuki pertempuran, Baginda ingin mengambil pandangan para sahabatnya, khususnya kaum Ansar. Baginda ingin mengambil pandangan mereka untuk terlibat dalam peperangan. Kaum Muhajirin telah mencadangkan kepada Baginda untuk terlibat dalam peperangan itu. Mereka telah berucap dengan baik.

Kemudian Ansar menyedari Baginda mahukan pandangan mereka. Lantaran itu, Saad bin Muaz, ketua Ansar, berkata kepada Baginda: 

Wahai Rasulullah, kami telah beriman dengan kamu, membenarkan risalahmu. Kami menyaksikan apa yang kamu bawa adalah benar dan kami telah berikan janji juga ikrar untuk mendengar arahan dan taat kepadamu. Oleh itu, teruskan wahai Rasulullah, apa yang kamu mahu. Kami tetap akan bersama kamu. Demi Tuhan yang mengutuskan kamu membawa kebenaran, kalau kamu bentangkan kepada kami laut ini, nescaya kami akan meng-harunginya bersama kamu. Tiada seorangpun daripada kami yang tercicir. Kami tidak benci untuk bertemu dengan musuh kami esok. Kami kaum yang sabar ketika perang dan jujur (tidak belot) ketika bertemu musuh. Semoga Allah membuatkan sesuatu berlaku kepada kalangan kami yang menggembirakan kamu. Berangkatlah bersama kami dengan berkat Allah.”

Sahabat yang lain juga berucap seumpama itu. Rasulullah S.A.W. merasa gembira dengan jawapan itu, seraya bersabda:

Maksudnya: “Berangkatlah kamu dengan berkat Allah. Bergembiralah. Sesungguhnya Allah telah menjanjikan kepadaku untuk berhadapan dengan salah satu kumpulan; sama ada kafilah dagang ataupun angkatan tentera.”

Kemudian Rasulullah S.A.W. berjalan sehingga sampai ke perigi Badar yang paling hampir lalu Baginda berhenti di situ. Lantas al-Hubab bin al-Munzir bertanya: 

“Wahai Rasulullah! Adakah tempat ini ditetapkan oleh Allah Taala kepada kamu di mana kamu tidak boleh terkedepan mahupun terkebelakang. Atau ia merupakan buah fikiran, strategi perang dan tipu helah?”

Rasulullah S.A.W. menjawab: “Bahkan ia berdasarkan buah fikiran, strategi perang dan tipu helah”.

Maka al-Hubab bin al-Munzir mencadangkan kepada Baginda agar berpindah ke tempat lain yang lebih strategik dan membolehkan orang Islam menyekat air Badar sampai kepada orang musyrik. Oleh itu, Rasulullah S.A.W. dan para sahabat Baginda berangkat sehingga mereka sampai ke tempat yang dicadangkan oleh al-Hubab. Mereka kemudiannya berhenti di situ. Seterusnya Saad bin Muaz mencadangkan agar dibina sebuah khemah untuk Rasulullah S.A.W. di belakang barisan tentera Islam. Sekiranya Allah memuliakan mereka dengan kemenangan, itulah yang mereka sukai. Jika tewas, Baginda boleh menaiki tunggangannya dan kembali menyertai orang Islam di Madinah. Saad berkata kepada Baginda: 

“Sebahagian orang Islam tidak hadir bersama kita, wahai Nabi Allah. Ini bukanlah bererti cinta kami terhadapmu lebih hebat berbanding mereka. Jika mereka tahu kamu akan berperang, nescaya mereka tidak tercicir untuk turut serta bersamamu.”

Oleh itu, Nabi S.A.W. mendoakan kebaikan untuk Saad bin Muaz. Baginda memerintahkan agar dibina sebuah khemah untuk Baginda. Apabila kedua-dua kumpulan (orang Islam dan orang musyrik) bersemuka, Rasulullah S.A.W. meluruskan barisan orang Islam, membakar semangat mereka untuk berperang dan memotivasi mereka untuk mati syahid.

Baginda bersabda:

والذي نفسي بيده، لا يقاتلهم اليوم رجل فيقتل صابرا محتسبا مقبلا غير مدبر آلا آدخله الله الجنة

Maksudnya: “Demi Tuhan yang jiwaku di dalam genggaman-Nya, sesiapa yang memerangi mereka (tentera orang musyrik) pada hari ini, kemudian dia terbunuh dalam keadaan penuh kesabaran dan ikhlas, terus maju dan tidak lari dari medan pertempuran, pasti Allah akan memasukkannya ke dalam syurga.”

Setelah itu Baginda pulang ke khemah bersama Abu Bakar dengan dikawal oleh Saad bin Muaz yang siap menghunuskan pedangnya. Rasulullah S.A.W. mula berdoa. Antara doa Baginda:

اللهم آني أنشدك عهدك ووعدك اللهم آن تهلك هذه العصابة من آهل الاسلام (المؤمنون المحاربون) لا تعبد في الآرض

Maksudnya: “Ya Allah, aku menagih janji dan jaminan-Mu. Ya Allah, jika Kamu binasakan kelompok ini (pejuang-pejuang mukmin), Kamu tidak akan disembah lagi di muka bumi.”

Baginda memanjangkan sujudnya, sehingga Abu Bakar berkata: “Cukuplah. Sesungguhnya AlIah akan melaksanakan janji-Nya untukmu.”

Kemudian peperangan meletus dan berakhir dengan kemenangan orang Islam. Kira-kira 70 orang musyrik telah terbunuh termasuk ketua mereka yang paling tegar dengan kesyirikannya iaitu Abu Jahal. Turut terbunuh sebahagian pemimpin mereka. Mereka yang ditawan pula kira-kira 70 orang. Baginda telah memerintahkan agar semua yang terbunuh dikebumikan. Baginda pulang ke Madinah dan melakukan syura dengan para sahabat Baginda tentang urusan tawanan perang. Umar mencadangkan supaya mereka dibunuh. Abu Bakar pula mencadangkan supaya mereka menebus diri mereka. Rasulullah SAW menerima cadangan Abu Bakar. Oleh itu, orang musyrik telah menebus tawanan mereka dengan harta.

Hikmah di dalam peperangan Badar

Peperangan Badar ini amat besar ertinya bagi agama Islam.  Andai kata tentera Islam kalah dalam peperangan ini maka tamatlah riwayat orang-orang Islam malah agama Islam itu sendiri.  Kemenangan ini juga menguatkan lagi kedudukan Islam di Madinah dan menambahkan keyakinan bahawa mereka adalah pihak yang benar.  Mereka telah mula disegani dan ditakuti oleh kabilah-kabilah Arab lain dan digeruni oleh orang Yahudi dan Munafiqin Madinah.  Sebaliknya pengaruh orang Quraisy Makkah mula lemah dan merosot.  Orang yang ditawan oleh tentera Islam pula, apabila mereka balik ke Makkah setelah dilepaskan telah menceritakan kepada sahabat-sahabat dan keluarga tentang kebaikan orang Islam.  Cerita ini dengan secara tidak langsung telah memberi pertolongan yang besar kepada perkembangan agama Islam di Makkah.  Mereka yang selalunya menerima layanan buruk dari orang Quraisy secara diam telah berhijrah ke Madinah dan memeluk agama Islam.  Dengan ini tentera Islam bertambah dari masa ke masa.  Perang Badar telah memperkuatkan lagi kepercayaan orang Islam kepada Nabi Muhammad S.A.W. dan ajaran Islam.  Mereka sanggup berkorban jiwa untuk kepentingan Baginda dan agama Islam.

Ibrah dari Badar Kubra

  • Perjuangan Pasti Diuji

Menjadi lumrah apabila Islam berkembang ia akan mendapat tentangan. Ini adalah sunnah perjuangan Islam yang dilalui oleh orang-orang yang terdahulu daripada kita. Ketika Islam lemah mereka buat tidak mengendahkan orang Islam, tetapi apabila ia semakin kuat, mereka mengganggu gugat. Maka inilah yang berlaku kepada Rasulullah S.A.W. di dalam peperangan Badar. Orang Islam  hanya untuk menyekat kafilah perniagaan yang membawa barang dagangan sahaja, bukan hendak berperang. Tetapi apabila mereka mahu berperang, maka Nabi S.A.W. dan para sahabat tidak akan mudah mengalah begitu sahaja demi maruah Islam.

  • Pertahan Islam, Bukan Agenda Peribadi

Ketika menghadapi saat genting, Baginda bermunajat dengan Allah demi survival Islam, bukan keselamatan baginda dan keluarganya.

اللَّهُمَّ أَنْجِزْنِيْ مَا وَعَدْتَنِيْ. اللَّهُمَّ آتِ مَا وَعَدْتَنِيْ. اللّهُمَّ إِنْ تَهْلِك هَذِهِ الْعِصَابَة لاَ تُعْبَد في الأرض

“Ya Allah Ya Tuhanku, tunaikanlah apa yang telah engkau janjikan kepadaku. Ya Allah Ya Tuhanku, kurniakanlah apa yang telah engkau janjikan kepadaku. Ya Allah Ya Tuhanku, Jika binasa kumpulan ini, nescaya tiada siapa lagi yang menyembahMu di dunia ini.”

  • Lazimi Syura

Walaupun baginda seorang Rasul yang diberi wahyu oleh Allah, namun Baginda diajar supaya di dalam satu keputusan besar mesti diputuskan secara bersama. Baginda melakukan demikian untuk mentarbiyah umatnya untuk melazimi syura. Dengan bermesyuarat, Insya-Allah di sana ada keberkatan. Ia amat berbeza dengan keputusan yang diputuskan secara bersendirian.

  • Taati Pemimpin

Sikap sahabat daripada kalangan Ansar dan Muhajirin adalah contoh yang terbaik perlu diikut, terutama saat getir yang memerlukan keputusan yang padu daripada semua pihak. Mereka mentaati apa sahaja arahan Rasulullah S.A.W. bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku. Di dalam organisasi tidak akan maju sekiranya ahli merasakan beliau lebih pandai daripada pimpinan organisasi.

  • Perancangan Rapi dan Berstrategi

Baginda S.A.W. adalah seorang yang pakar dalam strategi peperangan. Ketika meyusun atur dalam peperangan tersebut baginda mengambil kira dari segi kekuatan dan kelemahan pihak Islam dan Kuffar.

  • Munajat Doa Kepada-Nya

Rasulullah S.A.W. mengajar kita walaupun kita telah menyusun strategi yang terbaik, namun jangan kita lupa kepada Allah Taala untuk kita menyerahkan segala urusan kepadanya.

  • Husnu Thiqah Billah (Sangka Baik Dengan Allah)

Sebagai pejuang Islam, kita mesti mempunyai sangka baik dengan Allah yang pasti membantu setiap hamba-Nya.

  • Wehdah Asas Kejayaan

Walaupun bilangan tentera musyrikin Makkah lebih ramai daripada tentera Islam, tetapi mereka tidak bersatu dan berbelah bagi antara takut dan berani. Sedangkan tentera Islam walaupun sedikit, tetapi bersatu hati dan bersatu azam untuk bersama Rasulullah S.A.W. walaupun orang Muhajirin terpaksa berhadapan dengan kaum dan bangsa mereka sendiri. Pada mereka ikatan tauhid mengatasi segala-galanya. Dengan ini sebagai orang Islam kita harus bersatu demi untuk mencapai kemenangan.

Kaum Quraisy terlalu yakin yang mereka akan berjaya memusnahkan Islam yang memang sedikit dari jumlah tetapi tidak dari semangat.  Mereka tidak dapat mengalah tentera Islam kerana semangat tentera Islam begitu kukuh kerana Rasulullah SAW telah berjaya menjalin silaturrahim yang kuat sesama Islam.  Nabi Muhammad SAW adalah pentabdir yang berkaliber dan pintar mengendalikan strategi peperangan.  Orang Islam mempunyai pegangan iaitu berjaya di dunia atau mati syahid.

(Penjelasan daripada Mufti Wilayah Persekutuan)

Nota : Perang Badar terjadi pada hari Jumaat, 17 Ramadhan 2 H (13 Mac 624 M).


Perang Badar pada 17 Ramadan bersamaan dengan 13 Mac 624 Masihi. Al-fatihah untuk para pejuang Islam pada zaman Rasulullah s.a.w. Al-fatihah (dengan bacaan)

Firman Allah SWT:

وَلَقَدْ نَصَرَكُمُ اللَّهُ بِبَدْرٍ وَأَنْتُمْ أَذِلَّةٌ فَاتَّقُوا اللَّهَ لَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ (١٢٣) إِذْ تَقُولُ لِلْمُؤْمِنِينَ أَلَنْ يَكْفِيَكُمْ أَنْ يُمِدَّكُمْ رَبُّكُمْ بِثَلاثَةِ آلافٍ مِنَ الْمَلائِكَةِ مُنْزَلِينَ (١٢٤) بَلَى إِنْ تَصْبِرُوا وَتَتَّقُوا وَيَأْتُوكُمْ مِنْ فَوْرِهِمْ هَذَا يُمْدِدْكُمْ رَبُّكُمْ بِخَمْسَةِ آلافٍ مِنَ الْمَلائِكَةِ مُسَوِّمِينَ (١٢٥)

Dan sesungguhnnya Allah telah menolong kamu mencapai kemenangan dalam peperangan Badar, sedang kamu berkeadaan lemah (kerana kamu sedikit bilangannya dan kekurangan alat perang). Oleh itu bertakwalah kamu kepada Allah, supaya kamu bersyukur (akan kemenangan itu). (Ingatlah wahai Muhammad) ketika kamu berkata kepada orang-orang yang beriman (untuk menguatkan semangat mereka): “Tidakkah cukup bagi kamu, bahawa Allah membantu kamu dengan tiga ribu tentera dari malaikat yang diturunkan? Bahkan (mencukupi dalam pada itu) jika kamu bersabar dan bertakwa, dan mereka (musuh) datang menyerang kamu dengan serta merta, nescaya Allah membantu kamu dengan lima ribu malaikat yang bertanda masing-masing (Surah Ali Imran ayat 123 – 125)

Arkib : 11 Mei 2020 

Sejumlah 313 ahli pasukan dalam Perang Badar termasuk Rasulullah ﷺ.

NAMA NAMA AHLUL BADAR

Assalamu’alaikum warahmatullah wabarakatuh

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

Tanggal, 13 Maret 624 M/17 Ramadan 2 H. Nama-Nama Para Pejuang Perang Badr adalah sebagai berikut :
  1. Sayyiduna Muhammad Rasulullah ﷺ.
  2. Abu Bakar as-Shiddiq رضي الله عنه
  3. Umar bin al-Khattab رضي الله عنه
  4. Utsman bin Affan رضي الله عنه
  5. Ali bin Abu Tholib رضي الله عنه
  6. Talhah bin ‘Ubaidillah رضي الله عنه
  7. Bilal bin Rabbah رضي الله عنه
  8. Hamzah bin Abdul Muttolib رضي الله عنه
  9. Abdullah bin Jahsyi رضي الله عنه
  10. Al-Zubair bin al-Awwam رضي الله عنه
  11. Mus’ab bin Umair bin Hasyim رضي الله عنه
  12. Abdur Rahman bin ‘Auf رضي الله عنه
  13. Abdullah bin Mas’ud رضي الله عنه
  14. Sa’ad bin Abi Waqqas رضي الله عنه
  15. Abu Kabsyah al-Faris رضي الله عنه
  16. Anasah al-Habsyi رضي الله عنه
  17. Zaid bin Harithah al-Kalbi رضي الله عنه
  18. Marthad bin Abi Marthad al-Ghanawi رضي الله عنه
  19. Abu Marthad al-Ghanawi رضي الله عنه
  20. Al-Husain bin al-Harith bin Abdul Muttolib رضي الله عنه
  21. ‘Ubaidah bin al-Harith bin Abdul Muttolib رضي الله عنه
  22. Al-Tufail bin al-Harith bin Abdul Muttolib رضي الله عنه
  23. Mistah bin Usasah bin ‘Ubbad bin Abdul Muttolib رضي الله عنه
  24. Abu Huzaifah bin ‘Utbah bin Rabi’ah رضي الله عنه
  25. Subaih (maula Abi ‘Asi bin Umaiyyah) رضي الله عنه
  26. Salim (maula Abu Huzaifah) رضي الله عنه
  27. Sinan bin Muhsin رضي الله عنه
  28. ‘Ukasyah bin Muhsin رضي الله عنه
  29. Sinan bin Abi Sinan رضي الله عنه
  30. Abu Sinan bin Muhsin رضي الله عنه
  31. Syuja’ bin Wahab رضي الله عنه
  32. ‘Utbah bin Wahab رضي الله عنه
  33. Yazid bin Ruqais رضي الله عنه
  34. Muhriz bin Nadhlah رضي الله عنه
  35. Rabi’ah bin Aksam رضي الله عنه
  36. Thaqfu bin Amir رضي الله عنه
  37. Malik bin Amir رضي الله عنه
  38. Mudlij bin Amir رضي الله عنه
  39. Abu Makhsyi Suwaid bin Makhsyi al-To’i رضي الله عنه
  40. ‘Utbah bin Ghazwan رضي الله عنه
  41. Khabbab (maula ‘Utbah bin Ghazwan) رضي الله عنه
  42. Hathib bin Abi Balta’ah al-Lakhmi رضي الله عنه
  43. Sa’ad al-Kalbi (maula Hathib) رضي الله عنه
  44. Suwaibit bin Sa’ad bin Harmalah رضي الله عنه
  45. Umair bin Abi Waqqas رضي الله عنه
  46. Al-Miqdad bin ‘Amru رضي الله عنه
  47. Mas’ud bin Rabi’ah رضي الله عنه
  48. Zus Syimalain Amru bin Amru رضي الله عنه
  49. Khabbab bin al-Arat al-Tamimi رضي الله عنه
  50. Amir bin Fuhairah رضي الله عنه
  51. Suhaib bin Sinan رضي الله عنه
  52. Abu Salamah bin Abdul Asad رضي الله عنه
  53. Syammas bin Uthman رضي الله عنه
  54. Al-Arqam bin Abi al-Arqam رضي الله عنه
  55. Ammar bin Yasir رضي الله عنه
  56. Mu’attib bin ‘Auf al-Khuza’i رضي الله عنه
  57. Zaid bin al-Khattab رضي الله عنه
  58. Amru bin Suraqah رضي الله عنه
  59. Abdullah bin Suraqah رضي الله عنه
  60. Sa’id bin Zaid bin Amru رضي الله عنه
  61. Mihja bin Akk (maula Umar bin al-Khattab) رضي الله عنه
  62. Waqid bin Abdullah al-Tamimi رضي الله عنه
  63. Khauli bin Abi Khauli al-Ijli رضي الله عنه
  64. Malik bin Abi Khauli al-Ijli رضي الله عنه
  65. Amir bin Rabi’ah رضي الله عنه
  66. Amir bin al-Bukair رضي الله عنه
  67. Aqil bin al-Bukair رضي الله عنه
  68. Khalid bin al-Bukair رضي الله عنه
  69. Iyas bin al-Bukair رضي الله عنه
  70. Uthman bin Maz’un رضي الله عنه
  71. Qudamah bin Maz’un رضي الله عنه
  72. Abdullah bin Maz’un رضي الله عنه
  73. Al-Saib bin Uthman bin Maz’un رضي الله عنه
  74. Ma’mar bin al-Harith رضي الله عنه
  75. Khunais bin Huzafah رضي الله عنه
  76. Abu Sabrah bin Abi Ruhm رضي الله عنه
  77. Abdullah bin Makhramah رضي الله عنه
  78. Abdullah bin Suhail bin Amru رضي الله عنه
  79. Wahab bin Sa’ad bin Abi Sarah رضي الله عنه
  80. Hatib bin Amru رضي الله عنه
  81. Umair bin Auf رضي الله عنه
  82. Sa’ad bin Khaulah رضي الله عنه
  83. Abu Ubaidah Amir al-Jarah رضي الله عنه
  84. Amru bin al-Harith رضي الله عنه
  85. Suhail bin Wahab bin Rabi’ah رضي الله عنه
  86. Safwan bin Wahab رضي الله عنه
  87. Amru bin Abi Sarah bin Rabi’ah رضي الله عنه
  88. Sa’ad bin Muaz رضي الله عنه
  89. Amru bin Muaz رضي الله عنه
  90. Al-Harith bin Aus رضي الله عنه
  91. Al-Harith bin Anas رضي الله عنه
  92. Sa’ad bin Zaid bin Malik رضي الله عنه
  93. Salamah bin Salamah bin Waqsyi رضي الله عنه
  94. ‘Ubbad bin Waqsyi رضي الله عنه
  95. Salamah bin Thabit bin Waqsyi رضي الله عنه
  96. Rafi’ bin Yazid bin Kurz رضي الله عنه
  97. Al-Harith bin Khazamah bin ‘Adi رضي الله عنه
  98. Muhammad bin Maslamah al-Khazraj رضي الله عنه
  99. Salamah bin Aslam bin Harisy رضي الله عنه
  100. Abul Haitham bin al-Tayyihan رضي الله عنه
  101. ‘Ubaid bin Tayyihan رضي الله عنه
  102. Abdullah bin Sahl رضي الله عنه
  103. Qatadah bin Nu’man bin Zaid رضي الله عنه
  104. Ubaid bin Aus رضي الله عنه
  105. Nasr bin al-Harith bin ‘Abd رضي الله عنه
  106. Mu’attib bin ‘Ubaid رضي الله عنه
  107. Abdullah bin Tariq al-Ba’lawi رضي الله عنه
  108. Mas’ud bin Sa’ad رضي الله عنه
  109. Abu Absi Jabr bin Amru رضي الله عنه
  110. Abu Burdah Hani’ bin Niyyar al-Ba’lawi رضي الله عنه
  111. Asim bin Thabit bin Abi al-Aqlah رضي الله عنه
  112. Mu’attib bin Qusyair bin Mulail رضي الله عنه
  113. Abu Mulail bin al-Az’ar bin Zaid رضي الله عنه
  114. Umair bin Mab’ad bin al-Az’ar رضي الله عنه
  115. Sahl bin Hunaif bin Wahib رضي الله عنه
  116. Abu Lubabah Basyir bin Abdul Munzir رضي الله عنه
  117. Mubasyir bin Abdul Munzir رضي الله عنه
  118. Rifa’ah bin Abdul Munzir رضي الله عنه
  119. Sa’ad bin ‘Ubaid bin al-Nu’man رضي الله عنه
  120. ‘Uwaim bin Sa’dah bin ‘Aisy رضي الله عنه
  121. Rafi’ bin Anjadah رضي الله عنه
  122. ‘Ubaidah bin Abi ‘Ubaid رضي الله عنه
  123. Tha’labah bin Hatib رضي الله عنه
  124. Unais bin Qatadah bin Rabi’ah رضي الله عنه
  125. Ma’ni bin Adi al-Ba’lawi رضي الله عنه
  126. Thabit bin Akhram al-Ba’lawi رضي الله عنه
  127. Zaid bin Aslam bin Tha’labah al-Ba’lawi رضي الله عنه
  128. Rib’ie bin Rafi’ al-Ba’lawi رضي الله عنه
  129. Asim bin Adi al-Ba’lawi رضي الله عنه
  130. Jubr bin ‘Atik رضي الله عنه
  131. Malik bin Numailah al-Muzani رضي الله عنه
  132. Al-Nu’man bin ‘Asr al-Ba’lawi رضي الله عنه
  133. Abdullah bin Jubair رضي الله عنه
  134. Asim bin Qais bin Thabit رضي الله عنه
  135. Abu Dhayyah bin Thabit bin al-Nu’man رضي الله عنه
  136. Abu Hayyah bin Thabit bin al-Nu’man رضي الله عنه
  137. Salim bin Amir bin Thabit رضي الله عنه
  138. Al-Harith bin al-Nu’man bin Umayyah رضي الله عنه
  139. Khawwat bin Jubair bin al-Nu’man رضي الله عنه
  140. Al-Munzir bin Muhammad bin ‘Uqbah رضي الله عنه
  141. Abu ‘Uqail bin Abdullah bin Tha’labah رضي الله عنه
  142. Sa’ad bin Khaithamah رضي الله عنه
  143. Munzir bin Qudamah bin Arfajah رضي الله عنه
  144. Tamim (maula Sa’ad bin Khaithamah) رضي الله عنه
  145. Al-Harith bin Arfajah رضي الله عنه
  146. Kharijah bin Zaid bin Abi Zuhair رضي الله عنه
  147. Sa’ad bin al-Rabi’ bin Amru رضي الله عنه
  148. Abdullah bin Rawahah رضي الله عنه
  149. Khallad bin Suwaid bin Tha’labah رضي الله عنه
  150. Basyir bin Sa’ad bin Tha’labah رضي الله عنه
  151. Sima’ bin Sa’ad bin Tha’labah رضي الله عنه
  152. Subai bin Qais bin ‘Isyah رضي الله عنه
  153. ‘Ubbad bin Qais bin ‘Isyah رضي الله عنه
  154. Abdullah bin Abbas رضي الله عنه
  155. Yazid bin al-Harith bin Qais رضي الله عنه
  156. Khubaib bin Isaf bin ‘Atabah رضي الله عنه
  157. Abdullah bin Zaid bin Tha’labah رضي الله عنه
  158. Huraith bin Zaid bin Tha’labah رضي الله عنه
  159. Sufyan bin Bisyr bin Amru رضي الله عنه
  160. Tamim bin Ya’ar bin Qais رضي الله عنه
  161. Abdullah bin Umair رضي الله عنه
  162. Zaid bin al-Marini bin Qais رضي الله عنه
  163. Abdullah bin ‘Urfutah رضي الله عنه
  164. Abdullah bin Rabi’ bin Qais رضي الله عنه
  165. Abdullah bin Abdullah bin Ubai رضي الله عنه
  166. Aus bin Khauli bin Abdullah رضي الله عنه
  167. Zaid bin Wadi’ah bin Amru رضي الله عنه
  168. ‘Uqbah bin Wahab bin Kaladah رضي الله عنه
  169. Rifa’ah bin Amru bin Amru bin Zaid رضي الله عنه
  170. Amir bin Salamah رضي الله عنه
  171. Abu Khamishah Ma’bad bin Ubbad رضي الله عنه
  172. Amir bin al-Bukair رضي الله عنه
  173. Naufal bin Abdullah bin Nadhlah رضي الله عنه
  174. ‘Utban bin Malik bin Amru bin al-Ajlan رضي الله عنه
  175. ‘Ubadah bin al-Somit رضي الله عنه
  176. Aus bin al-Somit رضي الله عنه
  177. Al-Nu’man bin Malik bin Tha’labah رضي الله عنه
  178. Thabit bin Huzal bin Amru bin Qarbus رضي الله عنه
  179. Malik bin Dukhsyum bin Mirdhakhah رضي الله عنه
  180. Al-Rabi’ bin Iyas bin Amru bin Ghanam رضي الله عنه
  181. Waraqah bin Iyas bin Ghanam رضي الله عنه
  182. Amru bin Iyas رضي الله عنه
  183. Al-Mujazzar bin Ziyad bin Amru رضي الله عنه
  184. ‘Ubadah bin al-Khasykhasy رضي الله عنه
  185. Nahhab bin Tha’labah bin Khazamah رضي الله عنه
  186. Abdullah bin Tha’labah bin Khazamah رضي الله عنه
  187. Utbah bin Rabi’ah bin Khalid رضي الله عنه
  188. Abu Dujanah Sima’ bin Kharasyah رضي الله عنه
  189. Al-Munzir bin Amru bin Khunais رضي الله عنه
  190. Abu Usaid bin Malik bin Rabi’ah رضي الله عنه
  191. Malik bin Mas’ud bin al-Badan رضي الله عنه
  192. Abu Rabbihi bin Haqqi bin Aus رضي الله عنه
  193. Ka’ab bin Humar al-Juhani رضي الله عنه
  194. Dhamrah bin Amru رضي الله عنه
  195. Ziyad bin Amru رضي الله عنه
  196. Basbas bin Amru رضي الله عنه
  197. Abdullah bin Amir al-Ba’lawi رضي الله عنه
  198. Khirasy bin al-Shimmah bin Amru رضي الله عنه
  199. Al-Hubab bin al-Munzir bin al-Jamuh رضي الله عنه
  200. Umair bin al-Humam bin al-Jamuh رضي الله عنه
  201. Tamim (maula Khirasy bin al-Shimmah) رضي الله عنه
  202. Abdullah bin Amru bin Haram رضي الله عنه
  203. Muaz bin Amru bin al-Jamuh رضي الله عنه
  204. Mu’awwiz bin Amru bin al-Jamuh رضي الله عنه
  205. Khallad bin Amru bin al-Jamuh رضي الله عنه
  206. ‘Uqbah bin Amir bin Nabi bin Zaid رضي الله عنه
  207. Hubaib bin Aswad رضي الله عنه
  208. Thabit bin al-Jiz’i رضي الله عنه
  209. Umair bin al-Harith bin Labdah رضي الله عنه
  210. Basyir bin al-Barra’ bin Ma’mur رضي الله عنه
  211. Al-Tufail bin al-Nu’man bin Khansa’ رضي الله عنه
  212. Sinan bin Saifi bin Sakhr bin Khansa’ رضي الله عنه
  213. Abdullah bin al-Jaddi bin Qais رضي الله عنه
  214. Atabah bin Abdullah bin Sakhr رضي الله عنه
  215. Jabbar bin Umaiyah bin Sakhr رضي الله عنه
  216. Kharijah bin Humayyir al-Asyja’i رضي الله عنه
  217. Abdullah bin Humayyir al-Asyja’i رضي الله عنه
  218. Yazid bin al-Munzir bin Sahr رضي الله عنه
  219. Ma’qil bin al-Munzir bin Sahr رضي الله عنه
  220. Abdullah bin al-Nu’man bin Baldumah رضي الله عنه
  221. Al-Dhahlak bin Harithah bin Zaid رضي الله عنه
  222. Sawad bin Razni bin Zaid رضي الله عنه
  223. Ma’bad bin Qais bin Sakhr bin Haram رضي الله عنه
  224. Abdullah bin Qais bin Sakhr bin Haram رضي الله عنه
  225. Abdullah bin Abdi Manaf رضي الله عنه
  226. Jabir bin Abdullah bin Riab رضي الله عنه
  227. Khulaidah bin Qais bin al-Nu’man رضي الله عنه
  228. An-Nu’man bin Yasar رضي الله عنه
  229. Abu al-Munzir Yazid bin Amir رضي الله عنه
  230. Qutbah bin Amir bin Hadidah رضي الله عنه
  231. Sulaim bin Amru bin Hadidah رضي الله عنه
  232. Antarah (maula Qutbah bin Amir) رضي الله عنه
  233. Abbas bin Amir bin Adi رضي الله عنه
  234. Abul Yasar Ka’ab bin Amru bin Abbad رضي الله عنه
  235. Sahl bin Qais bin Abi Ka’ab bin al-Qais رضي الله عنه
  236. Amru bin Talqi bin Zaid bin Umaiyah رضي الله عنه
  237. Muaz bin Jabal bin Amru bin Aus رضي الله عنه
  238. Qais bin Mihshan bin Khalid رضي الله عنه
  239. Abu Khalid al-Harith bin Qais bin Khalid رضي الله عنه
  240. Jubair bin Iyas bin Khalid رضي الله عنه
  241. Abu Ubadah Sa’ad bin Uthman رضي الله عنه
  242. ‘Uqbah bin Uthman bin Khaladah رضي الله عنه
  243. Ubadah bin Qais bin Amir bin Khalid رضي الله عنه
  244. As’ad bin Yazid bin al-Fakih رضي الله عنه
  245. Al-Fakih bin Bisyr رضي الله عنه
  246. Zakwan bin Abdu Qais bin Khaladah رضي الله عنه
  247. Muaz bin Ma’ish bin Qais bin Khaladah رضي الله عنه
  248. Aiz bin Ma’ish bin Qais bin Khaladah رضي الله عنه
  249. Mas’ud bin Qais bin Khaladah رضي الله عنه
  250. Rifa’ah bin Rafi’ bin al-Ajalan رضي الله عنه
  251. Khallad bin Rafi’ bin al-Ajalan رضي الله عنه
  252. Ubaid bin Yazid bin Amir bin al-Ajalan رضي الله عنه
  253. Ziyad bin Lubaid bin Tha’labah رضي الله عنه
  254. Khalid bin Qais bin al-Ajalan رضي الله عنه
  255. Rujailah bin Tha’labah bin Khalid رضي الله عنه
  256. Atiyyah bin Nuwairah bin Amir رضي الله عنه
  257. Khalifah bin Adi bin Amru رضي الله عنه
  258. Rafi’ bin al-Mu’alla bin Luzan رضي الله عنه
  259. Abu Ayyub bin Khalid al-Ansari رضي الله عنه
  260. Thabit bin Khalid bin al-Nu’man رضي الله عنه
  261. ‘Umarah bin Hazmi bin Zaid رضي الله عنه
  262. Suraqah bin Ka’ab bin Abdul Uzza رضي الله عنه
  263. Suhail bin Rafi’ bin Abi Amru رضي الله عنه
  264. Adi bin Abi al-Zaghba’ al-Juhani رضي الله عنه
  265. Mas’ud bin Aus bin Zaid رضي الله عنه
  266. Abu Khuzaimah bin Aus bin Zaid رضي الله عنه
  267. Rafi’ bin al-Harith bin Sawad bin Zaid رضي الله عنه
  268. Auf bin al-Harith bin Rifa’ah رضي الله عنه
  269. Mu’awwaz bin al-Harith bin Rifa’ah رضي الله عنه
  270. Muaz bin al-Harith bin Rifa’ah رضي الله عنه
  271. An-Nu’man bin Amru bin Rifa’ah رضي الله عنه
  272. Abdullah bin Qais bin Khalid رضي الله عنه
  273. Wadi’ah bin Amru al-Juhani رضي الله عنه
  274. Ishmah al-Asyja’i رضي الله عنه
  275. Thabit bin Amru bin Zaid bin Adi رضي الله عنه
  276. Sahl bin ‘Atik bin al-Nu’man رضي الله عنه
  277. Tha’labah bin Amru bin Mihshan رضي الله عنه
  278. Al-Harith bin al-Shimmah bin Amru رضي الله عنه
  279. Ubai bin Ka’ab bin Qais رضي الله عنه
  280. Anas bin Muaz bin Anas bin Qais رضي الله عنه
  281. Aus bin Thabit bin al-Munzir bin Haram رضي الله عنه
  282. Abu Syeikh bin Ubai bin Thabit رضي الله عنه
  283. Abu Tolhah bin Zaid bin Sahl رضي الله عنه
  284. Abu Syeikh Ubai bin Thabit رضي الله عنه
  285. Harithah bin Suraqah bin al-Harith رضي الله عنه
  286. Amru bin Tha’labah bin Wahb bin Adi رضي الله عنه
  287. Salit bin Qais bin Amru bin ‘Atik رضي الله عنه
  288. Abu Salit bin Usairah bin Amru رضي الله عنه
  289. Thabit bin Khansa’ bin Amru bin Malik رضي الله عنه
  290. Amir bin Umaiyyah bin Zaid رضي الله عنه
  291. Muhriz bin Amir bin Malik رضي الله عنه
  292. Sawad bin Ghaziyyah رضي الله عنه
  293. Abu Zaid Qais bin Sakan رضي الله عنه
  294. Abul A’war bin al-Harith bin Zalim رضي الله عنه
  295. Sulaim bin Milhan رضي الله عنه
  296. Haram bin Milhan رضي الله عنه
  297. Qais bin Abi Sha’sha’ah رضي الله عنه
  298. Abdullah bin Ka’ab bin Amru رضي الله عنه
  299. ‘Ishmah al-Asadi رضي الله عنه
  300. Abu Daud Umair bin Amir bin Malik رضي الله عنه
  301. Suraqah bin Amru bin ‘Atiyyah رضي الله عنه
  302. Qais bin Mukhallad bin Tha’labah رضي الله عنه
  303. Al-Nu’man bin Abdi Amru bin Mas’ud رضي الله عنه
  304. Al-Dhahhak bin Abdi Amru رضي الله عنه
  305. Sulaim bin al-Harith bin Tha’labah رضي الله عنه
  306. Jabir bin Khalid bin Mas’ud رضي الله عنه
  307. Sa’ad bin Suhail bin Abdul Asyhal رضي الله عنه
  308. Ka’ab bin Zaid bin Qais رضي الله عنه
  309. Bujir bin Abi Bujir al-Abbasi رضي الله عنه
  310. ‘Itban bin Malik bin Amru al-Ajalan رضي الله عنه
  311. ‘Ismah bin al-Hushain bin Wabarah رضي الله عنه
  312. Hilal bin al-Mu’alla al-Khazraj رضي الله عنه
  313. Oleh bin Syuqrat رضي الله عنه (khadam Nabi ﷺ)
Allah ﷻ berfirman,

كَمْ مِنْ فِئَةٍ قَلِيلَةٍ غَلَبَتْ فِئَةً كَثِيرَةً بِإِذْنِ اللَّهِ وَاللَّهُ مَعَ الصَّابِرِينَ

…Betapa banyak golongan yang sedikit dapat mengalahkan golongan yang banyak dengan izin Allah. Dan Allah beserta orang-orang yang sabar.” (QS. Al Baqarah: 249)

Dalam riwayat Imam Ahmad dengan sanad yang sesuai dengan syarat Imam Muslim dari hadits Jâbir, ditegaskan bahwa Rasulullah ﷺ bersabda: 

لَنْ يَدْخُلَ النَّارَ أَحَدٌ شَهِدَ بَدْرًا

"Yang ikut serta dalam Perang Badar tidak akan masuk neraka" (Al-Fath, 9/46)

اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آل سيدنا محمد

Allahumma Sholli 'Ala Sayyidina Muhammad, Wa 'ala Aali Sayyidina Muhammad.

Semoga bermanfaat
Silakan kongsi 

Sumber : Buku Ar-Rahiqul Makhtum Sirah Nabawiyah. Penulis Syaikh Shafiyurrahman Al-Mubarakfuri,

Rasulullah ﷺ hanya membawa 313 pasukan dalam perang badar termasuk Rasulullah ﷺ.
Rinciannya, 82 sahabat muhajirin, 61 orang dari suku Aus, dan 170 dari suku Khazraj.

‘Utsmân bin ‘Affân al-Qurasyi رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ.

Walaupun tidak berada di medan pertempuran, tetapi Rasulullah ﷺ memberinya
bagian dari harta rampasan, karenabu Beliau ﷺ memerintahkannya untuk menjaga putri Beliau).



No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...