Some write for money. Some write to share.
I write to share for your knowledge. Religions, Politics and Conspiracy Theories, these are my fields of interests.
I am not a perfect person. Please correct me if you saw my mistakes so that I will learn from it…
Selain daripada tragedi Sampit, pada tahun 1999, telah berlaku satu tragedi perkauman yg mengerikan di Sambas, Kalimantan Barat, Indonesia yang dinamakan tragedi “Ketupat Berdarah”.
Pada 1 Syawal 1419h, bersamaan 19 Januari 1999 masihi, pada tarikh ini sepatutnya disambut dengan kemeriahan Hari Raya Aidilfitri oleh masyarakat Melayu Sambas sebaliknya bertukar menjadi satu tragedi berdarah apabila 2 orang warga Melayu dan seorang berbangsa Dayak meninggal dunia akibat dibunuh oleh warga Madura dengan menggunakan senjata Celurit mereka.
Hal itu terjadi kerana warga Madura dikatakan tidak berpuas hati apabila seorang daripada mereka telah dipukul dan dituduh mencuri oleh warga Melayu Sambas lalu bertindak menyerang mereka pada pagi Syawal tersebut.
Lanjutan daripada itu, tindakan sekumpulan warga Madura itu telah membangkitkan kemarahan seluruh masyarakat Melayu Sambas dan warga Dayak lalu mereka menyerang perkampungan warga Madura sehingga terjadinya rusuhan perkauman yang paling mengerikan dengan kematian yang dicatatkan lebih 1189 orang terkorban dan lebih 3833 buah rumah telah dimusnahkan dan dibakar.
Tragedi ini berakhir sekitar tahun 2000, pihak kerajaan Indonesia telah bertindak menghantar kira-kira 29,823 warga Madura yang berada di Sambas ke Kotamadya Pontianak dan Kota Singkawang untuk mengelakkan keadaan yang berlanjutan.
Bagi memperingati mangsa yang terkorban, masyarakat Melayu Sambas telah membina sebuah tugu yang diberi nama “Ketupat Berdarah”. Simbolik “Ketupat Berdarah” merujuk kepada berlakunya peristiwa ini pada pagi 1 Syawal dan simbolik tiga tangan tersebut merujuk kepada tiga mangsa yang telah terkorban.
Semoga sejarah yang telah berlalu menjadi pengajaran buat kita pada hari ini, ayuh kekalkan suasana keharmonian.
Video & Gambar Tragedi Hitam Sambas “Ketupat Berdarah” 👇
Sebuah Peristiwa Sejarah Yang Dimatikan Di Sini iaitu Tragedi Tugu Ketupat Berdarah
Kisah Penuh Peristiwa Ini :-
Serangan orang Madura ke atas orang Melayu Sambas pada 1 Syawwal 1419 Hijriah iaitu 19 Januari tahun 1999 di Kampung Parit Setia, kota Sambas.
Kes 3 pemuda orang Madura ditangkap pada bulan Ramadhan 1419 Hijriah kerana pecah masuk rumah orang Melayu Sambas untuk mencuri barang. Setelah ditangkap oleh orang Kampung Parit Setia, insiden pertengkaran berlaku antara komuniti orang Madura dengan Melayu Sambas.
Orang Madura kata, 3 orangnya itu terpecah masuk kerana mabuk dan tidak mahu perkara ini dikecohkan panjang lebar. Orang Melayu Sambas kata, 3 orang muda itu memang curi pecah masuk rumah orang dan mencerca hina orang Madura hingga tular kes ini ke kampung lain yang berdekatan.
Orang Madura berdendam kerana dihina sebegitu rupa dan nekad menyerang orang Melayu Sambas pada hari Raya Idulfitri 1419 Hijriah, mengorbankan 3 orang pemuda Melayu Sambas iaitu Wasli bin Ikran, Ayub bin Tahir, dan Mahli bin Azis pada pagi itu.
Orang Melayu Sambas dan orang Madura lancarkan rusuhan selama 1 tahun (dari 1999 hingga 2000). Seramai 1,189 orang mati terbunuh, 168 cedera parah dan 34 orang cedera ringan manakala kerosakan harta benda melibatkan 3,833 rumah terbakar dan rosak teruk, 12 buah kereta dan 9 motosikal dibakar, 8 buah masjid dibakar dan 2 buah sekolah rosak teruk. Hasil tangkapan pihak berkuasa melibatkan 208 orang tertuduh, namun demikian hanya 59 orang sahaja yang dihadapkan ke muka pengadilan.
Akhirnya, 29,823 orang penduduk kaum Madura di Sambas, tidak kiralah sama ada lelaki atau perempuan, orang muda hinggalah ke orang tua diusir keluar dari Sambas ke Kotamadya, Pontianak dan Kota Singkawang. Orang Madura tidak dibenarkan masuk ke Sambas kerana peristiwa berdarah itu.
Sejarah Pilu, Sejarah Orang Melayu Sambas, Peristiwa Penting, iaitu peristiwa Tragedi Tugu Ketupat Berdarah, Sambas, Kalimantan Barat, Tugu Ketupat Berdarah 1999, orang Melayu Sambas saudara dekat dengan orang Melayu Sarawak dan Melayu Brunei. Tugu ini dibina untuk kenang-kenangkan Sejarah.
Rentetan kes ketegangan kaum di Kalimantan Barat :-
Kes tahun 1933 - pemberontakan Madura vs Melayu Sambas
Kes tahun 1952 - perkelahian Madura vs Dayak
Kes tahun 1967 - pengusiran orang Cina oleh orang Dayak
Kes tahun 1979 - rusuhan Madura vs Dayak di Samalantan
Kes tahun 1983 - konflik Madura vs Dayak
Kes Sanggau Ledo tahun 1997 - rusuhan Madura vs Dayak
Kes tahun 1998 - konflik Madura vs Dayak di Samalantan
Kes tahun 1999 di Kampung Parit Setia, Kecamatan Jawai, Sambas - pembantaian Madura vs Melayu Sambas & Dayak Subah
Kes 25 Oktober tahun 2000 - rusuhan Madura vs Melayu kota Pontianak
Kes tahun 2003 di kota Sampit - pembantaian Madura vs Dayak
Orang Madura ada 2 jenis :-
Jenis sopan (orang Madura Timur kawasan Sumenep dan Pamekasan)
Jenis kasar (orang Madura Barat kawasan Sampang dan Bangkalan)
Yang ramai merantau ke Kalimantan ialah orang Madura Barat. Tradisi Carok iaitu mempertahankan maruah orang Madura sampai sanggup bermandi darah korban nyawa.
Orang Madura selalu bawa celurit (sabit) sebagai identiti senjata pertahankan diri.
SEJARAH NYATA TRAGEDI SAMBAS 1999. TRAGEDI IDULFITRI.
*untuk diambil pelajaran, bukan untuk diungkit-ungkit, dan Sejarah tetap Sejarah.🙏 Mohon maaf jikalau menyinggung, ini sekadar Sejarah untuk diambil pelajaran.
Ketika pagi Syawal menjelang, kebiasaanya kita akan bergembira dan saling bermaaf-maafan sambil menikmati juadah istimewa hari raya.
Namun, pernah berlaku satu tragedi berdarah dalam catatan sejarah yang terjadi di pagi Idulfitri. Ia dikenali sebagai ‘Tragedi Ketupat Berdarah Sambas’ yang berlaku pada tahun 1999 di antara Etnis Melayu Sambas dan Etnis Madura.
Peristiwa yang bermula dari satu perkelahian kecil ini akhirnya memicu ketegangan di antara kedua etnis yang memicu kepada pertumpahan darah di pagi hari raya.
Tragedi ini berlaku pada 19 Januari 1999 bersamaan dengan 1 Syawal 1419 Hijriah di Kampung Parit Setia di daerah Sambas, Kalimantan Barat, Indonesia.
Penyebabnya dikatakan bermula beberapa hari sebelum Idulfitri. Ketika itu dalam bulan Ramadan, beberapa pemuda dari etnis Madura telah ditangkap ketika merampok masuk ke dalam rumah seorang Melayu Sambas untuk mencuri.
Berlaku tuduh menuduh antara pemuda Madura itu dan penduduk Melayu Sambas yang membantu menangkap pencuri itu. Ada yang hilang sabar sehingga terjadi "Keroyokan dan Babak Belur" ke atas pemuda-pemuda Madura itu sehingga cedera.
Bermula dari peristiwa itu, masyarakat Madura mula berasa marah dan tidak senang hati dengan masyarakat Melayu Sambas. Pada mereka, pemuda-pemuda Madura itu bukan hendak mencuri, tetapi lebih kepada tersalah masuk rumah karena mabuk selepas minum alkohol.
Namun, etnis Melayu Sambas tetap mengatakan pemuda etnis Madura itu mahu mencuri. Ada versi mengatakan pemuda Madura ini mengetuk pintu rumah orang Melayu Sambas dan berkata kasar. Ada juga yang mengatakan mereka ini tertangkap karena mencuri ayam.
Kisah pemuda Madura yang ditangkap mencuri ketika mabuk ini terus menjadi obrolan sehingga tersebar ke kampung-kampung berdekatan.
Tidak tahan etnis mereka terus diperkatakan dan isu itu diperbesarkan, etnis Madura yang menyimpan amarah akhirnya marah dan mengambil tindakan berani mati dengan mengamuk di kampung tersebut tepat pada 1 Syawal, ketika masyarakat Melayu Sambas sedang gembira menyambut Idulfitri.
Perkelahian antara etnis Madura dan Melayu Sambas di pagi raya menjadi tidak terkawal. Sekitar 200 orang Madura telah mengeluarkan celurit, senjata peribadi mereka yang akhirnya menamatkan nyawa tiga pemuda Melayu Sambas.
Celurit adalah senjata tradisional yang digunakan etnis Madura.
Berita tentang kerusuhan itu telah tersebar ke kampung-kampung lain menyebabkan etnis Melayu Sambas tampil menuntut keadilan. Pada mereka, etnis Madura yang merupakan pendatang di tempat mereka harus dihajar.
Jika dilihat kembali sejarah lalu, pertikaian antara etnis Madura dan Melayu Sambas pernah berlaku pada tahun 1933, ketika zaman Kerajaan Sukadana atau Ketapang masih teguh memerintah di bumi Kalimantan.
Ketika itu, seorang nakhoda telah membawa masuk 25 orang hamba yang terdiri dari etnis Madura ke Sambas, lalu dijual pada seorang saudagar Melayu Sambas untuk dijadikan buruh bagi meneroka hutan untuk dijadikan ladang.
Namun, kerja berat yang keterlaluan dan tidak diberi upah seperti yang dijanjikan telah menyebabkan golongan Madura ini memicu ketegangan melawan saudagar Melayu Sambas itu sehingga pihak istana Sukadana terpaksa ikut campur untuk mendamaikan keadaan.
Kerusuhan merebak dan berterusan setahun lamanya
Tragedi di pagi Syawal tahun 1999 itu tidak terhenti sekadar itu saja. Ia merebak ke kampung-kampung lain dan mencetuskan banyak siri pasca kerusuhan selama setahun daripada Januari 1999 sehinggalah ke awal tahun 2000.
Masyarakat Melayu Sambas tampil untuk menuntut keadilan bagi nyawa pemuda mereka yang telah terkorban di tangan etnis Madura. Dikatakan etnis Dayak turut membantu etnis Melayu Sambas dalam kerusuhan ini. Maka tidak hairanlah jika ada berlaku perkara-perkara bersifat supernatural dalam pertempuran kedua-dua etnis ini karena melibatkan senjata dan magis daripada masyarakat Dayak.
Pasukan bersenjata turut campur tangan bagi meredakan keadaan. Dampaknya kerusuhan yang berlaku sehingga kawasan ini diistiharkan dengan perintah berkurung.
Tragedi itu memicukan siri pasca kerusuhan sehingga setahun lamanya.
Tragedi Ketupat Berdarah ini mengakibatkan banyak kerugian, juga banyak nyawa yang terkorban. Hampir empat ribu rumah terbakar dan rusak, 12 buah mobil dan sembilan sepeda motor terbakar, dan dua sekolah rusak. Sebanyak 1,189 nyawa terkorban dan ratusan lagi cedera.
Langkah menghindari untuk mengawal kerusuhan juga tidak begitu berjaya menyebabkan kerusuhan berlaku sepanjang tahun. Pihak aparat telah menangkap lebih 200 orang, namun hanya 59 orang saja yang dibawa ke muka pengadilan.
Kemuncak kepada pengakhiran tragedi ini, semua etnis Madura di Sambas telah diusir keluar, tidak kira tua muda dan anak-anak, lelaki atau perempuan, bahkan yang tidak terlibat dalam kerusuhan itu sekalipun semuanya diusir keluar dari daerah tersebut.
Etnis Madura diusir keluar dari Sambas.
Sebanyak 29,423 penduduk etnis Madura di Sambas diusir keluar ke Kota Pontianak dan Kota Singkawang. Dikatakan sehingga ke hari ini, etnis Madura (tidak dibenarkan menjejakkan kaki atau menetap sebagai penduduk tetap) ke Sambas, tambahan pula dengan masyarakat Melayu Sambas yang masih trauma dengan peristiwa berdarah itu.
Hari ini, di Kampung Parit Setia, Jawai di Sambas, ada sebuah tugu yang dinamakan sebagai ‘Tugu Ketupat Berdarah’. Tugu ini didirikan bagi mengenang tiga pemuda Melayu Sambas yang terkorban di pagi Syawal tahun 1999 ketika mempertahankan kampung mereka dalam kerusuhan tersebut.
Tugu ketupat berdarah yang dibina bagi memperingati tragedi di pagi Syawal.
Tugu itu berupa replika tiga tangan yang memegang ketupat berdarah, melambangkan tiga pemuda yang terbunuh akibat ditebas senjata Celurit pada pagi Syawal itu. Tiga pemuda Melayu Sambas yang terkorban itu bernama Wasli Bikran, Ayub Tahir dan Mahli Azis.
Tugu tersebut kekal hingga sekarang untuk tatapan generasi baru bagi memperingati sejarah tragedi kerusuhan antara etnis berdarah itu.
Sunan Kalijaga salah seorang daripada Wali Sembilan (Wali Songo)
SEJARAH KETUPAT
Adalah Sunan Kalijaga yang pertama kali memperkenalkan pada masyarakat Jawa.
Sunan Kalijaga membudayakan 2 kali BAKDA, yaitu bakda Lebaran dan bakda Kupat yang dimulai seminggu sesudah Lebaran.
Arti Kata Ketupat.
Dalam filosofi Jawa, ketupat memiliki makna khusus. Ketupat atau KUPAT merupakan kependekan dari Ngaku Lepat dan Laku Papat. Ngaku lepat artinya mengakui kesalahan. Laku papat artinya empat tindakan.
Ketupat Panda Ternate
Ngaku Lepat.
Tradisi sungkeman menjadi implementasi ngaku lepat (mengakui kesalahan) bagi orang Jawa.
Sungkeman mengajarkan pentingnya menghormati orang tua, bersikap rendah hati, memohon keikhlasan dan ampunan dari orang lain.
Laku Papat.
Lebaran.
Luberan.
Leburan.
Laburan.
Lebaran. : Sudah usai, menandakan berakhirnya waktu puasa.
Luberan. : Meluber atau melimpah, ajakan bersedekah untuk kaum miskin. Pengeluaran zakat fitrah.
Leburan. : Sudah habis dan lebur. Maksudnya dosa dan kesalahan akan melebur habis karena setiap umat islam dituntut untuk saling memaafkan satu sama lain.
Laburan. : Berasal dari kata labur, dengan kapur yang biasa digunakan untuk penjernih air maupun pemutih dinding. Maksudnya supaya manusia selalu menjaga kesucian lahir dan batinnya.
FILOSOFI KUPAT - LEPET
KUPAT
Kenapa mesti dibungkus janur?
Janur, diambil dari bahasa Arab " Ja'a nur " (telah datang cahaya ).
Bentuk fisik kupat yang segi empat ibarat hati manusia.
Saat orang sudah mengakui kesalahannya maka hatinya seperti kupat yang dibelah, pasti isinya putih bersih, hati yang tanpa iri dan dengki.
Kenapa? karena hatinya sudah dibungkus cahaya (ja'a nur).
LEPET
Lepet = silep kang rapet.
Mangga dipun silep ingkang rapet, mari kita kubur/tutup yang rapat.
Jadi setelah ngaku lepat, meminta maaf, menutup kesalahan yang sudah dimaafkan, jangan diulang lagi, agar persaudaraan semakin erat seperti lengketnya ketan dalam lepet.
Betapa besar peran para wali dalam memperkenalkan agama Islam. Umat muslim sudah seharusnya memuliakan budaya atau ajaran yang telah disampaikan para wali di Indonesia ini.
KUALA DALAM KENANGAN (SIRI 9) – RAYA AWAL 1982 & PUASA AWAL 1983
Pada 1982, aku baru berada di Darjah 1 di Sekolah Rendah Clifford. Aku tidak mengingati banyak perkara mengenai puasa dan Hari Raya di usia itu. Aku sendiri tidak ingat sama ada aku sudah mula berpuasa. Namun pada tahun itu, berlaku satu peristiwa penting dalam sejarah Hari Raya apabila negeri Perak menyambut raya sehari lebih awal berbanding negeri lain iaitu pada tanggal 22 Julai 1982.
Banyak tulisan yang aku jumpa meletakkan tahun 1983 sebagai berlakunya peristiwa tersebut. Namun ia sebenarnya berlaku pada 1982. Ada juga yang menulis Johor juga beraya awal pada tahun 1982 bersama-sama Perak. Namun Johor tidak terlibat dalam raya awal 1982 dan hanya terlibat dalam puasa awal bersama-sama Perak pada 1983.
Kedua-dua akhbar Utusan dan Berita meletakkan kekecohan raya awal di Perak sebagai tajuk utama muka hadapan pada tanggal 23 Julai 1982. Laporan Utusan ditulis sendiri oleh Hashim P. Mamat, anak Kuala Kangsar yang banyak menulis berita-berita mengenai Kuala Kangsar di Utusan pada era 1980-an. Ia juga menyertakan satu gambar sisipan yang penting iaitu imej penduduk Hutan Melintang (mukim Bagan Datok) keluar meninggalkan masjid selepas sembahyang raya pagi itu (ada lagi ke masjid klasik ni?).
Apa yang berlaku sebenarnya mempunyai susur galur yang panjang. Dalam buku bekas Ketua Hakim Negara, Tun Suffian Hashim (1976), beliau menyatakan bahawa selepas zaman perang, raja-raja mengetahui tentang kesulitan berhari raya pada hari yang berbeza antara negeri-negeri Tanah Melayu. Majlis Raja-Raja kemudiannya bersetuju membenarkan Yang di-Pertuan Agong menentukan perkara itu bagi pihak raja-raja. Namun perlembagaan membenarkan sultan-sultan memutuskan sendiri sama ada hendak atau enggan menyerahkan perkara-perkara itu ditentukan YDPA. Ini sejajar dengan hak hal ehwal agama Islam yang dimiliki sepenuhnya oleh sultan-sultan.
Pada hari melihat anak bulan, pegawai-pegawai agama tidak melihat anak bulan Syawal dari Tanjung Kepah, Lumut pada 21 Julai. Tapi sebilangan penduduk kawasan itu mendakwa mereka melihat anak bulan yang samar-samar. Perkara tersebut dimaklumkan kepada Jabatan Agama Negeri Perak yang segera memaklumkannya kepada Sultan Idris. Baginda kemudiannya mendapatkan pandangan dari alim ulama negeri yang mengadapnya selepas itu.
Titah kemudiannya dikeluarkan agar semua Pegawai Daerah, Penghulu dan Ketua Kampung memberitahu orang ramai bahawa Hari Raya akan jatuh pada Khamis, 22 Julai. Perisytiharan tersebut dibuat pada pukul 11 malam iaitu kira-kira 30 minit selepas Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja mengumumkan ke seluruh negara bahawa anak bulan Syawal tidak kelihatan dan Hari Raya akan disambut pada Jumaat.
Di Kuala Kangsar, siren (yang merupakan keunikan penting sewaktu masuk waktu berbuka puasa di bandar ini) dibunyikan dari Ibu Pejabat Polis Daerah untuk memaklumkan perkhabaran itu. Masjid Ubudiah menerusi bilalnya, Encik Abdullah Ali menyebarkan pengumuman sebanyak dua kali. Masjid dan surau-surau lain juga melakukan perkara yang sama menerusi pembesar suara dan beduk. Tidak ketinggalan ialah Jabatan Penerangan, Tentera dan balai Bomba yang membunyikan semboyan masing-masing. Kereta-kereta polis juga memasuki kampung untuk memaklumkan khabar itu. Kegemparan dan kekecohan dirasakan di mana-mana. Pejabat Berita Harian di Kuala Lumpur dan Pulau Pinang dihujani panggilan telefon dari penduduk Perak untuk megesahkan khabar.
Dan pada keesokannya, sambutan Hari Raya di hampir seluruh tempat di Perak adalah muram dan sepi. Ada yang meneruskan puasa kerana tidak mengetahui perintah tersebut. Ada yang menerima berita selepas pukul 12 malam dan awal pagi dan dengan itu tidak mempunyai masa untuk membuat persiapan juadah. Ada juga yang berhati-hati untuk meraikan raya untuk tidak menyinggung perasaan mereka yang masih berpuasa. Turut melucukan, ada yang tidak dapat membuat keputusan kerana rumahnya terletak betul-betul di garis sempadan Perak dan Pulau Pinang.
Suasana di masjid Hutan Melintang contohnya tidak meriah kerana ramai tidak datang ke masjid dan meneruskan puasa. Sembahyang sunat tidak diadakan di Sitiawan dan mereka yang datang ke masjid terkejut kerana tidak ada umat Islam yang datang. Mereka terpaksa bersembahyang di Masjid Lumut. Suasana yang sama juga kelihatan di beberapa daerah lain. Beratus pegawai kerajaan datang ke pejabat tetapi mendapati pejabat terkunci.
Bagaimana pun, seramai 1,000 orang bersembahyang di Masjid Negeri Perak di Ipoh. Kehadiran mereka adalah secara beransur-ansur setelah menerima perkhabaran pada sebelah pagi. Sultan Idris sendiri menunaikan sembahyang di Masjid Ubudiah bersama kerabat, kepimpinan negeri serta 600 orang jemaah lain.
Utusan turut melaporkan di beberapa tempat di negeri lain, raya awal turut berlangsung. Di Kampung Terentang, Jasin, 100 orang menunaikan sembahyang raya di masjid pada hari Khamis. Di Besut pula, 40 orang telah mengadakan sembahyang di masjid Kampung Tok Dor. Tidak dijelaskan bagaimana perkara ini boleh berlaku.
Bertolak dari kontroversi tersebut, Sultan Idris kemudiannya membuat satu kertas kerja dan dibentangkan dalam mesyuarat Majlis Raja-Raja pada 13-14 Oktober 1982. Kertas yang sama juga telah diedarkan pada Jawatankuasa Fatwa yang bermesyuarat 10 hari sebelum itu. Kerana tidak ada sebarang pindaan atau teguran dari kedua-dua pihak, maka Almarhum beranggapan yang kertas kerja itu menerima persetujuan.
Dan Sultan Idris kemudiannya sekali lagi mengambil keputusan berasingan dengan mengisytiharkan hari pertama puasa di Perak bagi tahun 1983 jatuh pada 12 Jun dan bukannya 13 Jun seperti negeri-negeri lain. Kali ini, Johor yang ketika itu di bawah pemerintahan Almarhum Sultan Iskandar juga mengambil ketetapan yang sama iaitu berpuasa sehari lebih awal berdasarkan kiraan falak. Ia menyebabkan tercetusnya perang mulut yang lebih tegang antara kedua-dua Sultan dan juga pihak birokrat agama persekutuan. Kedua-dua negeri bagaimana pun merayakan hari raya puasa 1983 serentak bersama negeri-negeri lain.
Al-Fatihah untuk Almarhum Sultan Idris dan juga Almarhum Sultan Iskandar.
Kredit dan Adaptasi Daripada: Utusan Malaysia & Berita Harian sekitar Julai 1982 dan Jun 1983
AIDILFITRI merupakan Hari Raya yang amat ditunggu oleh umat Islam. Raya setiap tahun tiba, tetapi sambutannya mungkin sudah banyak yang berubah jika hendak dibandingkan zaman dahulu dan sekarang.
Zaman berubah, dunia semakin maju dengan pelbagai teknologi. Ia turut memberi kesan dalam tradisi sambutan hari raya. Sudah tentu budak-budak yang membesar dari era tahun 70-an, 80-an dan 90-an dahulu terasa prbezaan sambutan Aidilfitri zaman dahulu dengan zaman sekarang. Secara peribadi saya saat saat peristiwa yang pernah menjadi fenomena sebelum ini akan menjadi satu lipatan SEJARAH yang abadikan kerana mungkin tidak akan ditemui lagi pada masa akan datang jika tiada yang sudi untuk menghidupkan kembali peristiwa tersebut ....
Ini antaranya…
1. KAD RAYA
Zaman dahulu apabila tiba saja bulan puasa, mula kelihatan penjualan kad raya di mana-mana. Ada macam-macam saiz kad dengan kata-kata ucapan selamat hari raya. Kad yang ada muzik dah dikira gempak ketika itu, dikira yang termahal.
Tradisi menghantar kad raya sangat popular dahulu. Kalau zaman sekarang posmen sibuk menghantar barangan, tetapi dahulu warga posmen sangat sibuk untuk menghantar jutaan kad raya di bulan puasa. Mana yang terlambat pos, bermakna selepas raya baru penerima menerima kad mereka.
Dahulu, terasa begitu seronok bila terima kad raya daripada posmen. Lagi pula jika kad raya tu adalah balasan daripada orang ternama seperti golongan artis atau daripada kekasih hati. Malah, kad raya itu turut digantung untuk dijadikan perhiasan. Kemudian ia disimpan sebagai kenangan.
Sayangnya pada hari ini sudah sukar untuk melihat kad raya dijual. Perubahan zaman telah menamatkan riwayat kad raya. Zaman sekarang orang hanya menggunakan teknologi melalui gajet atau media sosial untuk menulis ucapan raya.
2. TAKBIR KELILING KAMPUNG
Aktiviti popular zaman dahulu pada malam terakhir puasa. Akan diadakan kumpulan untuk bertakbir dari rumah ke rumah ke sekeliling kampung. Budak-budak memang suka sangat untuk sama-sama ikut takbir berkumpulan ini kerana ia peluang untuk mereka mengutip duit raya.
3. PELITA TUJUH LIKUR
Disebut sebagai pesta malam tujuh likur, pelita minyak tanah atau lampu panjut akan dipasang di sekeliling rumah. Zaman dahulu, pelita itu dibuat sendiri sama ada menggunakan bekas tin susu atau buluh, sebelum pelita moden mulai dijual. Ketika itu, apabila hendak tiba ke penghujung puasa atau 10 malam terakhir Ramadan, orang akan mula mencari buluh untuk memasang panjut. Tradisi ini kian pupus apatah lagi bila punjut dan pelita moden daripada plastik yang beraneka warna mulai dijual di pasaran.
Apabila punjut mula dihidupkan, semangat raya kian memuncak. Bukan saja menghiasi perkarangan rumah, ia juga masa untuk kanak-kanak rancak bermain bunga api dan mercun. Pada waktu begini juga selalunya penduduk akan melakukan aktiviti gotong royong mengacau dodol atau membuat pulut manis.
4. SANTAN
Zaman dahulu apabila hendak memasak untuk hari raya, penting untuk mendapatkan santan segar. Di kawasan kampung, pokok kelapa mudah ditemui. Dulu bila nak raya, akan ada tukang panjat pokok kelapa. Kelapa itu akan dikukur bagi mendapatkan hasil santan yang segar. Zaman sekarang berbeza, semua sudah menjadi lebih mudah. Nak santan, order saja dari kedai. Nak lagi senang, tuang santan kotak saja.
5. BUAT KUIH RAYA
Orang-orang zaman dahulu akan membuat sendiri kuih raya. Sedap tak sedap belakang cerita, yang penting ada kuih raya di atas meja untuk tetamu. Para ibu akan dibantu oleh anak-anak perempuannya. Ada juga yang buat kuih raya beramai-ramai, contohnya buat kuih dengan adik beradik atau sesama jiran tetangga. Lebih meriah. Sambil buat kuih, sambil membawang bak kata orang sekarang. Zaman sekarang, kuih raya lebih mudah dibeli. Jimat masa dan tenaga.
6. ANYAM KETUPAT
Dua tiga hari nak raya, orang akan mula sibuk mencari daun palas atau pucuk kelapa untuk dianyam. Juga mencari buluh dan kayu bakar untuk melemang, Para ibu akan siap dengan senarai berapa banyak santan, beras pulut dan bahan-bahan lain yang diperlukan. Lepas pengumuman raya, akan bersengkang mata untuk memasak semua juadah. Memang penat sangat tapi seronok. Zaman sekarang dah mudah. Tak mahu letih boleh beli saja semuanya. Bahkan, ketupat dan lemang pun dah dimodenkan ada jenis yang segera. Tak perlu susah-susah hendak bakar seperti zaman dulu.
7. PERANG MERIAM BULUH
Zaman dulu bila tiba penghujung puasa memang meriah dengan bermain bunga api dan mercun. Kira aktiviti wajib, lagi pula bila dah berkumpul sepupu sepapat di kampung. Lebih gempak yang bermain meriam buluh yang merupakan permainan tradisi di kampung-kampung. Masing-masing hendak tunjuk hebat, bunyi meriam siapa yang lebih power. Tetapi, apabila setiap tahun banyak kecederaan berlaku sehingga ada yang meragut nyawa dan memusnahkan harta benda, mercun dan segala bentuk aktiviti bahan letupan ini telah diharamkan oleh kerajaan demi untuk keselamatan.
8. BEBAS BERMAIN
Apabila semua ahli keluarga yang jauh pulang ke kampung berkumpul semasa saudara, anak-anak bebas bermain sekeliling kampung. Anak-anak bandar seronok merasa pelbagai aktiviti permainan kampung. Bila tiba hari raya, masing-masing akan bersatu untuk keliling kampung bagi mencari duit raya. Tetapi pada hari ini, suasana begitu sudah semakin kurang dirasai kerana anak-anak generasi hari ini lebih leka dengan gajet.
9. PENGUMUMAN RAYA
Ini waktu yang dinanti-nanti. Masa ni, semua akan berkumpul di depan TV untuk menyaksikan pengisytiharan pengumuman hari raya. Sebaik saja tarikh hari raya diumumkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja Raja, semua akan menjerit kegirangan. Kanak-kanak melompat riang, manakala yang orang tua pula akan bergegas ke reban nak tangkap ayam untuk disembelih.
10. SAMPAIKAN AIDILFITRI
Ingat lagi rancangan popular ni? Dulu zaman sebelum adanya teknologi,rancangan sampaikan Salam Aidilfitri pada malam malam raya ini amat dinantikan. Sambil buat persiapan hari raya, sambil dengar TV atau tonton rancangan ini. Seronok bila dengar ucapan hari raya oleh para pendengar diselang seli dengan persembahan artis jemputan yang menyanyi
kan lagu-lagu raya. Lagi best kalau tiba-tiba ada pesanan yang dibaca itu ditujukan kepada kita, atau pesanan raya kita berjaya dipilih untuk dibacakan. Tak pun kita berjaya mendail nombor talian rancangan itu untuk mengucapkan selamat hari raya. Bangga masa tu tau. Rancangan ni sangat popular kerana waktu itu tiada lagi lambakan stesen dan program TV seperti sekarang.UTV..
Mungkin yang lahir pada era 80an seperti saya masih sempat merasai suasana yang sangat meriah ini yang semakin hari semakin pudar dan tidak berseri dalam menyambutnya Hari yang 'Mulia' ini...
SEJARAH AIDILFITRI : Allahummaj ‘alna minal ‘aidin walfaizin
TAHUKAH ANDA SEJARAH AIDILFITRI BERKAIT RAPAT DENGAN PEPERANGAN BADAR!??
Sebelum ajaran Islam diturunkan kepada Nabi Muhammad S.A.W. di Kota Mekah, masyarakat Arab Jahiliyah Arab telah memiliki dua hari raya, iaitu perayaan 'Nairuz' dan 'Mahrajan.' Kedua-dua perayaan ini merupakan tradisi yang berasal dari zaman Parsi Kuno.
Kaum Arab Jahiliyah menyambut perayaan itu dengan tarian, seperti tarian perang dan ketangkasan selain menyanyi dan memakan makanan enak dan minuman memabukkan. Ketika itu juga setiap kaum mempunyai hari raya masing-masing. Setelah itu, turunnya kewajiban untuk menunaikan ibadah puasa Ramadan pada tahun 2 Hijrah.
Rasulullah S.A.W. bersabda:
“Sesungguhnya Allah mengganti kedua hari raya itu dengan hari raya yang lebih baik, yakni Aidilfitri dan Aidiladha.”(Hadis Riwayat Daud dan Nasai)
Hari Raya Aidilfitri pertama kalinya dirayakan umat Islam selepas Perang Badar pada 17 Ramadan tahun ke-2 Hijrah. Dalam pertempuran itu, umat Islam meraih kemenangan walau 313 orang tentera Muslimin menentang 1,000 pasukan kafir Quraisy.
Jadi pada tahun itu, Rasulullah S.A.W. dan para sahabat merayakan dua kemenangan, iaitu kejayaan dalam Perang Badar dan kejayaan menakluk hawa nafsu sepanjang sebulan berpuasa.
Dari sinilah lahirnya ungkapan ‘Minal ‘Aidin wal Faizin’ yang lengkapnya ungkapan doa kaum Muslim saat itu:
‘Allahummaj ‘alna minal ‘aidin walfaizin’ : ‘Ya Allah, jadikanlah kami termasuk orang-orang yang kembali (dari Perang Badar) dan mendapatkan kemenangan’.
Diriwayatkan, Rasulullah S.A.W dan para sahabat menunaikan solat Aidilfitri yang pertama dalam keadaan luka-luka yang masih belum pulih dan letih akibat Perang Badar. Dari Jubair bin Nufair, dia berkata, bahawa jika para sahabat Rasulullah S.A.W. pada hari raya Aidilfitri (dan Aidiladha) dan berjumpa satu sama lain, mereka saling mengucapkan:
“Taqobbalallahu minna wa minka (Semoga Allah menerima amal kami dan amal kalian).”
Menurut Ibnu Katsir, pada Hari Raya Aidilfitri yang pertama, Rasulullah S.A.W. pergi meninggalkan masjid menuju ke suatu kawasan lapang dan menunaikan solat Aidilfitri di situ. Sejak itulah, Baginda dan para sahabat menunaikan solat Aidilfitri di lapangan terbuka.
Jadi Hari Raya Aidilfitri adalah anugerah yang Allah turunkan sebagai hadiah untuk umat Islam, bukan sahaja sebagai kemenangan dalam bentuk fizikal tetapi kejayaan kerana berjaya menakluk nafsu dalam bulan Ramadan.
Seharusnya, umat Islam menyambut Hari Raya Aidilfitri dengan membanyakkan bertahmid dan bertasbih sebagai tanda bersyukur kepada Allah S.W.T. bersempena dengan kemuliaan hari kemenangan itu. Diterangkan dalam hadis Rasulullah S.A.W. yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah ra, maksudnya;
“Hiasilah Hari Raya kamu dengan Takbir dan Tahmid.”
Ini bermakna, seseorang muslim itu sangatlah digalakkan dan dituntut agar menghidupkan hari raya dengan segala amalan yang dapat mendekatkan diri kepada Allah S.W.T. bagi menjamin hati agar tidak mati dan menjadikan iktikad (pegangan hidup) tetap dan teguh di landasan kebenaran yakni SYARIAT yang dibawa oleh Nabi Muhammad S.A.W...
Peristiwa-peristiwa yang berlaku serentak dan ganjil hari ini (1 May 2022) benar-benar mengejutkan saya. 3 perkara hari ini :
Rupanya hari terakhir Ramadhan 1443
Berlaku gerhana matahari separa
Serentak berlaku Black Moon
Membawa saya merenungi apa yang sebenar Allah ingin tunjukkan kepada kita semua.
3 peristiwa ini berlaku serentak sangat rare. Tapi ingat! Allah larang kita kaitkan perkara-perkara ini dengan hal-hal kurafat. Sebaliknya, Allah mahu kita lihat di dalam peristiwa ini, kekuatan dan keperkasaannya.
Memandangkan ini adalah peristiwa yang sangat jarang berlaku (kali pertama saya jumpa), saya percaya kita perlu meneliti apakah mesej yang ingin tuhan sampaikan pada kita.
Esok (02 Mei 2022) adalah hari meraikan kemenangan kita, kita menyambut Aidilfitri bersama keluarga setelah menjalani jihad selama sebulan.
Kita kenang dahulu apakah mesej di sebalik kali pertama Aidilfitri mulai disambut pada tahun ke 2 hijrah dahulu. Ada 2 peristiwa besar iaitu permulaan 2 perjuangan iaitu:
Mulanya ibadat puasa dan pada masa yang sama
Meraikan kemenangan Perang Badar.
Ada 2 perjuangan besar yang disambut iaitu kejayaan perjuangan dalam diri (puasa) dan kejayaan perjuangan sejarah berjemaah (Perang Badar). Hasil dari peperangan ini Rasulullah menyuruh kita merayakan Aidilfitri dengan adab-adabnya hingga kini.
Kisah 2 pencapaian yang unik umat Islam ini dilintaskan 2 kali hari ini kepada saya. Kali pertama iaitu pada ketika melihat siaran langsung fenomena gerhana waktu sahur terakhir tadi dan kedua ketika pengumuman Aidilfitri sebentar sahaja tadi.
Ia memaksa saya menulis kerana ada mesej disampaikan kepada saya untuk disampaikan kepada semua yang membaca penulisan saya.
Seterusnya saya sampaikan apa yang saya rasa. Saya tidak memberatkan anda untuk percaya. Cuma sekadar berfikir sambil menyebut-nyebut Takbir, Tahmid dan Tahlil Hari Raya Aidilfitri
Penutup Ramadhan yang meninggalkan kita dengan mengejutkan ini di tandakan dengan sebuah gerhana matahari. Fenomena itu biasa. Apa yang luar biasa adalah serentak pada masa yang sama adalah kejadian Black Moon (boleh Google sendiri) yang berlaku serentak.
Lebih kurang 15 hari dari sekarang pula iaitu pada pertengahan Syawal nanti kita akan berjumpa dengan fenomena Gerhana bulan penuh (Blood Moon) pula.
Apa yang dilintaskan kepada saya adalah, "waktu penguasaan <matahari> makin berakhir, waktu <bulan> pula akan bermula. Namun <bulan> terlebih dahulu akan menghadapi kemuncak "masa-masa hitam (Black Moon)", hinggakan <bulan> akan "berdarah (Blood Moon)"".
Siapa bulan dan siapa matahari? Fahami apa rangkap yang saya tulis di atas dan kaitkan dengan peristiwa detik mula puasa Ramadhan, Perang Badar, mula Aidilfitri dan kaitkan juga dengan peristiwa hari ini, detik akhir Ramadhan, gerhana matahari dan Black Moon dan Aidilfitri. Kaitkan juga dengan peristiwa Blood Moon beberapa belas hari lagi. Banyak signal kekuasaan yang Allah ingin tunjukkan kepada kita.
Setiap masa-masa hitam walau pun dia datang, ia akan kembali terang akhirnya. Kesusahan ini akan berakhir jua.
Jika benar seperti dilintaskan, selepas Al Mahdi di baiah nanti gerhana matahari di hujung bulan dan gerhana bulan di tengah bulan akan berulang sekali lagi sebagai simbol waktu hitam sudah tamat, <matahari> mulai terluka, cahaya <bulan> mulai benderang.
Jangan anggap serius apa yang ditulis. Santai-santai di Aidilfitri sahaja.
Penyimpan Mohor Besar Raja-raja Melayu telah mengisytiharkan bahawa pada 02 Mei 2022 adalah bermulanya 1 Syawal 1433 H
PENJELASAN BERHUBUNG PERMULAAN 1 SYAWAL 1443H
(PERBEZAAN MENURUT TAKWIM)
Malaysia telah mengamalkan penggunaan Kriteria Imkanurrukyah dalam penentuan awal bulan Islam termasuklah bulan Ramadhan, Syawal dan Zulhijjah sejak tahun 1992. Kriteria ini telah ditambahbaik bermula Muharram 1443H setelah kajian semakan semula data-data hilal dilakukan bagi tempoh 30 tahun. Imkanurrukyah sebagaimana diamalkan oleh Malaysia dan negara-negara serantau sepeti Indonesia, Brunei dan Singapura adalah; hilal dianggap boleh kelihatan apabila memenuhi syarat-syarat berikut:
Ketika matahari terbenam tinggi hilal tidak kurang 3 darjah dan elongasi matahari bulan tidak kurang 6.4 darjah.
Menurut kriteria ini, apabila kedudukan hilal memenuhi kriteria yang ditetapkan pada tanggal 29 hb hijriah maka keesokannya dianggap sebagai permulaan bulan baru. Namun, jika tidak maka keesokannya digenapkan menjadi 30 haribulan.
Kriteria ini dibangunkan berdasarkan pemerhatian yang berterusan terhadap data-data dan rekod kenampakan hilal di seluruh dunia. Ia adalah kaedah alternatif menurut ilmu falak dalam membentuk satu takwim hijriah yang sistematik dan saintifik serta tidak bertentangan dengan kehendak Syarak termasuklah dalam menentukan permulaan Ramadhan dan Syawal. Walau bagaimanapun, permulaan awal Ramadhan dan Syawal di Malaysia adalah tertakluk kepada pengisytiharan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja.
Syarak telah menetapkan kaedah yang jelas dalam penentuan awal Ramadhan dan awal Syawal. Kaedah utama yang dianjurkan sebagaimana nas al-Quran dan hadis Nabi S.A.W. adalah berdasarkan rukyah. Hanyasanya jika hilal tidak kelihatan disebabkan mendung atau berawan, maka dalam hal ini terdapat khilaf ulamak dalam menerima hisab ahli-ahli falak menurut dalil yang pelbagai.
Walau bagaimanapun, apabila telah jelas kelihatan hilal walaupun di luar Kriteria Imkanurrukyah oleh saksi yang adil maka pemerintah bertanggungjawab menyiasat dan membuat keputusan sama ada menerima atau menolak kesaksian tersebut. Apabila bertembung antara rukyah dan hisab maka kesaksian berdasarkan rukyah adalah lebih diutamakan. Firman Allah S.W.T. dalam surah al-Baqarah ayat 185 :
فَمَنْ شَهِدَ مِنْكُمُ الشَّهْرَ فَلْيَصُمْهُ
Maksudnya: Barangsiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan (atau mengetahuinya), maka hendaklah ia berpuasa bulan itu.
Maksudnya: “Janganlah kalian berpuasa sehingga melihat hilal, jangan pula kalian berbuka sehingga melihatnya, jika kalian terhalang oleh awan, maka sempurnakanlah hitungannya”. (Riwayat al-Bukhari).
Pada tanggal 29 Ramadhan 1443H, rombongan jawatankuasa rukyah hilal Syawal telah melakukan cerapan di 29 buah tempat cerapan di seluruh Malaysia. Hilal telah disahkan kelihatan di salah satu lokasi cerapan rasmi di Malaysia.
Kesimpulannya, hilal Syawal 1443H telah kelihatan pada tarikh cerapan walaupun di luar Ktiteria Imkanurrukyah yang digunapakai. Maka, awal Syawal 1443H telah ditetapkan pada 2 Mei 2022 sebagaimana pengisytiharan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja.
Selamat Menyambut ‘Idulfitri. Semoga Allah menerima segala amal baik kita di bulan Ramadhan.
"Ditanya berkenaan kekeliruan yang berlaku dalam isu pencerapan anak bulan, Luqman berkata, kekeliruan mungkin wujud disebabkan kriteria baharu yang ditetapkan.
“Keyakinan kepada kriteria baharu yang ditetapkan negara oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam (MKI), kita menerima pakai menentukan Rukyah dengan 3 darjah menegak dan 6.4 darjah melengkong.
“Berasas kepada kriteria tersebut, maka dari segi kiraan anak bulan, agak sukar untuk ia dilihat tetapi kemungkinan tetap ada.
“Jadi, apa yang berlaku pada hari ini, kemungkinan itu telah menampakkan kepada kita bahawasanya bila langit cerah dan tiada sebarang halangan untuk mencerap, maka anak bulan boleh dilihat walaupun dari segi kriteria ia tidak mungkin."
PARIT: Suasana kelam-kabut ketika Perak menyambut Hari Raya Aidilfitri lebih awal berbanding negeri lain pada tahun 1980-an dirasai kembali oleh seorang peniaga lemang di Kampung Aji Bota Kiri dekat sini. Ini berikutan pengumuman Hari Raya Aidilfitri tahun ini jatuh pada hari ini. Mohd. Rizal Zubil, 48, berkata, ketika Perak menyambut 1 Syawal lebih awal sehari berbanding negeri lain pada tahun 1983, dia yang berusia sembilan tahun ketika itu membantu bapanya menyiapkan tempahan lemang raya pelanggan....
Yang pertikai kenapa turut raya? Puasa la bagi cukup 30 hari.
Jangan politikkan perisytiharan Hari Raya awal, ini bukan kali pertama berlaku, Sepanjang 70 tahun saya ingat sudah beberapa kali anak bulan atau hilal kelihatan dan hinggakan ada negeri yang tidak mahu mengikut dan mereka beraya tak sama dengan negeri-negeri lain. .
Sebagai umat Islam kita wajar bersedia awal kerana pelbagai kemungkinan boleh berlaku. Sedia awal tak kalut.
PEMBERITAHUAN: Kisah Tariq Bin Ziyad membakar kapal perang sendiri telah dimaklumkan oleh penonton yang lebih arif bahawa cerita tersebut adalah palsu dan direka oleh orientalis Barat. Maaf diatas kesilapan yang berlaku dan terima kasih diatas pembetulan.
"Jika seseorang tetap tabah menghadapi kepahitan hidup yang hanya dalam waktu singkat, maka ia akan peroleh kebahagiaan dalam waktu yang panjang" - Tariq Bin Ziyad