Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Showing posts with label Pedang. Show all posts
Showing posts with label Pedang. Show all posts

Sunday, 18 July 2021

PAKAIAN TRADISIONAL MELAYU

SEJARAH PAKAIAN TRADISIONAL MELAYU


Pakaian Golongan Bangsawan Dan Para Sultan Di Kepulauan Sumatera Sekitar Tahun 1940an

Orang Melayu tempatan pra sejarah sudah mempunyai kemahiran membuat pakaian daripada kulit kayu melalui bukti batu penerap yang ditemui. Dipercayai, batu penerap itu digunakan sebagai penumbuk kulit kayu supaya menjadi lembut dan nipis.

Sebelum kedatangan Islam, pengaruh Hindu-Buddha masih kuat ke atas masyarakat Melayu. Masyarakat tempatan pada masa itu, memakai pakaian yang amat ringkas. Mereka hanya menutup di bahagian tertentu tubuh. Kaum lelaki hanya menggunakan 2 helai kain iaitu kain di kepala yang diikat ringkas dan kain sarung dikilas atau kain sarung dijadikan cawat. Pakaian sebegini sesuai dan selesa dipakai dalam cuaca panas kawasan tropika. Kaum wanita pula hanya menggunakan 3 helai kain; iaitu

  • kain sarung, 
  • kain kemban dan 
  • kain selendang. 


Garismara Pakaian Melayu (Perempuan) Era Melaka - Johor Dari Abad Ke 13 hingga Abad Ke 19

Perbezaan golongan wanita bangsawan dengan rakyat adalah golongan bangsawan menggunakan kain daripada jenis yang mahal dan indah serta memakai perhiasan keemasan. Dapat dilihat jurang sosial yang wujud dari cara berpakaian masyarakat, semenjak sebelum kedatangan Islam.

Pengaruh Islam sekitar abad ketujuh yang antaranya dibawa oleh pedagang-pedagang Arab melalui kegiatan perdagangan, secara tidak langsung mempengaruhi reka bentuk pakaian tradisional masyarakat Melayu secara berperingkat-peringkat. Dari abad ketujuh hingga ke-13, adalah satu tempoh transisi dan penyesuaian yang panjang. Walaupun agama Islam telah tersebar di alam Melayu, namun pengaruh Hindu-Buddha masih kuat. Dari segi pakaian, masyarakat tempatan mula berpakaian secara sopan dengan menutup badan mereka dengan baju. Kaum wanita dan lelaki memakai baju berbentuk tunik pendek berkain kapas hijau dengan bahagian bawah dililitkan dengan kain sari sutera.

Baju tunik adalah baju yang ditebuk di bahagian leher supaya memudahkan pemakainya menyarungkan baju ini melalui leher, seperti ketika memakai baju kurung.

Selain baju tunik, seperti yang telah disebutkan di atas, ada juga baju yang berlengan pendek, berleher tunik juga dan berkancing sebutir butang emas. Baju ini dinamakan baju alang. Baju alang ini dipakai oleh raja-raja sebagai baju basahan.

Garismasa Pakaian Melayu (Lelaki) Era Melaka Hingga Johor Dari Abad Ke 13 Hingga Abad Ke 19

Selepas abad yang ke-13 baharulah pengaruh Islam menampakkan kesannya. Agama Islam mula dihayati oleh masyarakat tempatan. Pakaian masyarakat tempatan mula dipengaruhi pakaian orang Arab seperti pemakaian jubah.

Proses evolusi pakaian Melayu mencapai tahap tertinggi pada zaman kerajaan Melayu Melaka. Bermula dari istana-istana raja, bangsa Melayu mencapai zaman kegemilangannya dan sehingga sekarang warisan budayanya masih menjadi sumber inspirasi kepada bangsa Melayu. Seperti yang tercatat dalam buku Sejarah Melayu, ada menceritakan bahawa Tun Hassan (yang hidup semasa pemerintahan Sultan Mahmud Shah) adalah orang yang pertama yang mengubah bentuk baju Melayu asal kepada bentuk baju Melayu yang dipakai sekarang. Tun Hassan telah melabuhkan baju Melayu serta membesarkan dan memanjangkan pangkal tangan baju Melayu. Baju itu dinamakan baju kurung. Dengan melabuhkan baju tersebut, bentuk rupa pakaian Melayu serupa dengan bentuk rupa jubah, pakaian orang Arab.

Sekiranya kaum lelaki memakai baju kurung dengan seluar panjang dan kain sarung yang diikat di pinggang hingga ke paras lutut, kaum wanita pula memakai baju kurung dengan kain sarung. Kaum wanita juga telah mula memakai kelubung untuk menutup kepala yang terdedah semasa keluar rumah. Pada waktu itu, wanita-wanita yang berkelubung terdiri daripada golongan istana, bangsawan, anak-anak yang keluarganya ialah guru-guru mengaji.


Gambaran ilustrasi pelukis untuk pakaian rakyat biasa dari Kerajaan Melayu Awal sehinggalah pada Era Kerajaan Melayu Melaka Gemilang & Terakhir

REVOLUSI PAKAIAN TRADISIONAL MELAYU

Proses evolusi pakaian tradisional Melayu turut berlaku pada zaman penjajahan Barat di Asia Tenggara. Pereka pakaian Melayu mulai menyerapkan ciri-ciri Barat yang dianggap sesuai ke pakaian tradisional Melayu. Pakaian bagi kaum lelaki, pada zaman penjajahan British adalah, seperti pakaian baju labuh berkolar dengan kain sarung atau pakaian kot, vest, seluar panjang serta kain samping.

Bagi golongan raja-raja pula, pakaian kot berbutang emas atau logam berbaris yang mengancing baju yang terbuka di bahagian hadapan, seluar panjang berfesyen Inggeris serta memakai pedang. Ada juga yang memakai hiasan jam berantai. Bagi kaum wanita pula, terutama sekali golongan bangsawan, baju kurungnya masih dikekalkan dalam bentuk labuh dan longgar. Baju kurung ini dikenakan dengan kain ikatan ‘ombak mengalun’. Selain baju kurung, ada juga ‘baju labuh’ yang berbelah di hadapan. Bagi golongan istana atau golongan bangsawan, penggunaan aksesori seperti kerongsang sering dipadankan dengan pakaian mereka.

Terdapat pelbagai jenis baju tradisional Melayu yang telah melalui evolusi. Fesyen baju tradisional ini telah dipakai oleh golongan istana atau golongan bangsawan dan kemudian menjadi ikutan rakyat biasa. Akhirnya, reka bentuk pakaian tradisional Melayu antara golongan istana dengan rakyat hampir serupa, hanya jenis kain serta aksesori yang digunakan berbeza.

Dahulu, anugerah raja kepada rakyat yang telah berjasa adalah berupa bahan pakaian. Ada diriwayatkan dalam sejarah Melayu, seorang hamba raja menerima anugerah sepersalinan pakaian. Sepersalinan pakaian itu sebenarnya merupakan bekas pakaian yang pernah dipakai raja. Anugerah sepersalinan pakaian dianggap tinggi kerana nilai sosial yang ada pada masyarakat menganggap apa sahaja yang menjadi budaya diraja, sebagai suatu yang mulia. Sebenarnya anugerah sebegini dapat memperkukuhkan kedudukan raja kerana raja tidak akan memakai atau mengambil sesuatu yang pernah menjadi bekas rakyat tetapi sebaliknya, rakyat boleh mengambil sesuatu yang menjadi bekas raja melalui anugerah raja.

Antara gambar arkib yang menggambarkan pakaian dipakai oleh para hulubalang istana dengan sepersalinan pakaian yang dianugerahkan oleh sultan kepada rakyat biasa

Rakyat zaman dahulu juga tidak dibenarkan memakai kain berwarna kuning dan tidak boleh memakai perhiasan diri serta kain sutera berwarna kuning dan sutera putih. Tercermin pengaruh Hindu yang menganggap warna kuning sebagai warna keramat yang khusus untuk golongan bangsawan.

Bagi orang Melayu, pakaian memainkan peranan penting sebagai suatu yang amat berharga dan disanjung tinggi. Justeru banyaklah ungkapan yang menggunakan istilah ‘kain dipakai’ untuk menerangkan nilai yang ada pada seseorang. Sebagai contoh, ungkapan ‘jika buruk kain dipakai, buruklah sifat seseorang itu’. Namun ungkapan ini bukan bermaksud menghina golongan yang tidak berkemampuan memakai pakaian cantik. Apa yang dimaksudkan dengan buruk kain dipakai adalah cara seseorang itu mengikat kain. Jika tidak teliti dan mahir, kain akan kelihatan berkedut dan tidak rapi. Simboliknya, memaparkan nilai yang ada pada si pemakai sebagai seseorang yang tidak tahu mengurus diri dengan baik, tidak sabar dan kurang teliti.

JENIS PAKAIAN TRADISIONAL MELAYU

Citra pakaian tradisional Melayu begitu penting sehinggakan sebarang perubahan, penyesuaian dan gubahan yang dilakukan terhadap pakaian tradisional tidak boleh lari dari citra asalnya. Buktinya, baju Melayu tetap memantulkan keperibadian Melayu dan terus dipakai hingga kini.

Baju Kurung Teluk Belanga

Menurut Dato’ Haji Muhammad Said Haji Sulaiman, dalam bukunya Pakaian Patut Melayu, pakaian baju kurung yang dipakai sehingga sekarang berasal dari negeri Johor. Menurut beliau, pakaian tradisional ini dipakai di negeri Johor sejak zaman pemerintahan Almarhum Sultan Abu Bakar; iaitu pada tahun 1800 di Teluk Belanga, Singapura.

Pada masa itu Teluk Belanga di bawah pemerintahan negeri Johor. Orang Johor telah mengubah suai pakaian Melayu di bahagian leher dengan menjahit “tulang belut” dan “sembat halus” pada seluruh baju kurung itu; supaya kelihatan lebih kemas dan menarik. Baju kurung Teluk Belanga mempunyai leher berbentuk bulat dan belahan di hadapan. Pada bahagian pangkal belahan dibuat tempat pengancing baju iaitu ‘rumah kancing’ dengan menggunakan jahitan benang. Rumah kancing dibuat dengan jahitan ‘insang pari’.

Baju kurung Teluk Belanga memerlukan bahagian lehernya dikancing dengan sebutir butang yang berwarna emas atau perak. Bagi kaum lelaki, baju ini dipadankan dengan seluar serta kain samping dagang. Ciri-ciri ini telah memperlihatkan keunikan identiti baju kurung orang Johor. Bagi kaum wanita, mereka biasanya memakai butang berbatu berlian atau batu lain yang bernilai. Kini, kaum wanita gemar menggunakan keronsang kecil sebagai pengganti butang baju kurung. Baju kurung ini dipakai dengan kain sarung ikatan ‘ombak mengalun’.

Baju Kurung Cekak Musang

Baju kurung telah mengalami pelbagai perubahan sejak dari mula baju ini dicipta. Baju kurung yang ditambah dengan leher berdiri; dinamakan baju kurung cekak musang atau baju wan. Baju ini telah dipengaruhi oleh baju gamis atau kamis (jubah jemaah haji yang pulang dari Makkah). Jubah ini telah dipendekkan ke paras punggung supaya selesa dipakai. Poketnya dijahit serupa dengan baju kurung Teluk Belanga. Bahagian leher baju kurung cekak musang ini dikancing dengan tiga, lima, tujuh atau sembilan butir butang. Bahagian leher ini tidak dijahit tulang belut halus. Bagi kaum lelaki, baju ini dipadankan dengan seluar potong Melayu dengan kain samping dagang luar. Bagi kaum wanita pula, baju kurung cekak musang juga dipakai dengan kain sarung ikatan ‘ombak mengalun’.

Seluar

Pakaian seluar diperkenalkan oleh saudagar Arab, Parsi dan India Muslim. Semasa pemerintahan Sultan Mahmud Shah, seluar menjadi popular di kalangan pembesar dan orang istana. Ini kerana pembuatan seluar pada masa itu memerlukan kepakaran penjahit dan kain yang banyak. Hanya golongan berada yang mampu memakainya.

Golongan bangsawan memakai seluar potongan Acheh, manakala rakyat biasa menggunakan dua jenis potongan seluar iaitu seluar ‘gunting Melayu’ dan seluar ‘gunting Cina’. Seluar potongan gunting Melayu mempunyai potongan yang paling ringkas dan memudahkan pergerakan lasak.

Kain Sarung

Pada masa dahulu, terdapat satu lagi kain sarung yang dinamakan ‘kain dagang’. Kain ini dipakai oleh kaum wanita sebagai kain tudung. Kain dagang ini digunakan untuk melindungi diri daripada cahaya matahari dan daripada pandangan lelaki. Apabila sampai di rumah, kain ini diikat pada pinggang sahaja. Dahulu, kain sarung wanita ini boleh juga menjadi senjata kaum wanita jika diserang.

Baju Kurung Moden

Baju kurung moden mempunyai ciri-ciri yang berlainan dengan baju kurung tradisional. Baju kurung moden digubah supaya kelihatan kemas dan menarik. Ia tidak gelobor seperti baju kurung tradisional. Ini kerana baju kurung moden mempunyai jahitan kekek dan pesak pada bahagian sisi baju. Namun, ciri-ciri utama masih dipelihara. Sebagai contoh, pakaian ini masih berlengan panjang dan masih digunakan dengan kain sarung.

Baju Kebaya

Baju belah telah melalui evolusi kerana telah terpengaruh dengan pakaian wanita Barat. Baju belah yang asalnya gelobor dan labuh kini mulai berubah dengan bentuk yang lebih kemas. Potongan baju menjadi ramping di pinggang serta labuh baju disingkatkan sedikit. Nama yang sesuai telah mengiringi perubahan baju belah ini menjadi baju kebaya.

Baju kebaya mempunyai dua versi iaitu baju kebaya labuh dan baju kebaya pendek. Baju kebaya labuh dikecilkan sedikit untuk mengikut bentuk badan si pemakai. Kain sarung diikat secara ikatan kuncup, iaitu kepala kainnya dilingkup ke bahagian hadapan. Baju kebaya ini dipakai dengan kancing berbunga atau kerongsang yang beransingan atau yang berantai.

Baju kebaya pendek pula, telah diubahsuai untuk kelihatan lebih menarik dengan mengadakan sulaman berbiku di bahagian hujung lengan, dan di tepi bahagian belahan serta di bucu baju.

Baju kebaya moden telah mula dipakai orang Melayu sebelum Perang Dunia Kedua. Walaupun dinamakan baju kebaya moden, namun ciri-ciri kemelayuannya masih ada kerana baju itu dipakai dengan kain. Baju kebaya moden ini adalah baju kebaya pendek yang ketat dan dipadankan dengan kain ikatan secara wiron. Baju ini mendedahkan bahagian leher dan dada serta berzip di sebelah belakang badan.

Kain yang biasa digunakan adalah kain batik lepas yang dililit mengikut bentuk badan. Hujung punca kain di bahagian hadapan diikat seperti kipas.

Pada tahun 1960an, baju kebaya moden dipadankan dengan kain yang ketat dan di bahagian hadapan kain dibuat satu belahan hingga ke paras lutut untuk memudahkan pergerakan. Apabila pemakainya mengatur langkah, betisnya akan kelihatan.

Pada akhir tahun 1970an, baju kebaya moden tidak digemari. Fesyen pakaian itu berubah kepada bentuk lebih longgar dan manis dilihat. Kebaya ini masih dipadankan dengan kain yang berbelah, tetapi selisih kain di bahagian belahan dilebarkan supaya betis tidak kelihatan.

Dewasa ini, baju kebaya turut dipadankan dengan seluar. Seluar itu akan dikecilkan sedikit pada bahagian buku lali. Ini bagi membolehkan si pemakai bergerak bebas.

Pakaian Tradisional Melayu

BAJU KURUNG

Gambaran ilustrasi pelukis untuk pakaian wanita Melayu dari Pasca Srivijaya sehinggalah pada Era Kerajaan Melayu Melaka Gemilang & Terakhir

Sebelum kurun ke-20, wanita Melayu hanya memakai kain kemban sahaja. Setelah kedatangan Islam, mereka mula memakai baju kurung yang sopan. Baju kurung lazimnya diketahui sebagai jenis baju longgar yang labuh, kadang kala hingga ke lutut dan dipadankan dengan kain panjang yang berlipat tepi. Baju tersebut meliputi seluruh tubuh, memperlihatkan wajah dan tangan sahaja, dilihat sebagai mematuhi peraturan pakaian Islam. Baju kurung boleh dipadankan dengan kain tradisional seperti songket atau batik. Digandingkan dengan kain selendang atau tudung kepala. Baju kurung sesuai dipakai dalam majlis-majlis formal atau urusan seharian.


Baju Wanita Melayu Kelantan sepanjang zaman (Kurun ke 13 hingga ke 21)

𝗜𝗻𝗳𝗼𝗴𝗿𝗮𝗳𝗶𝗸 𝗕𝘂𝘀𝗮𝗻𝗮 𝗧𝗿𝗮𝗱𝗶𝘀𝗶𝗼𝗻𝗮𝗹  𝗞𝗲𝗹𝗮𝗻𝘁𝗮𝗻

1  Infografik/ilustrasi pengaruh utama busana wanita melayu sebagai pengenalan dan 7 lagi pecahan infografik/ilustrasi busana Kelantan

  1. Busana Wanita Melayu era Sriwijaya (Kurun 7-13)
  2. Busana Silam (wanita) Melayu Kelantan era CSWK 1 (Kurun ke 13-15)
  3. Busana Tradisi (wanita) Melayu Kelantan (Kurun ke 16-18)
  4. Busana Tarian Diraja & Dayang Melayu Kelantan
  5. Peranan Kelubung dalam permakaian Busana Kemban
  6. Busana Tradisi rakyat (wanita) Melayu Kelantan (Kurun ke 14-18)
  7. Busana diraja era Koloni hingga sekarang (Kurun ke 19-21)
  8. Busana rakyat era 50’- 60’ hingga sekarang (Kurun ke 20-21)

Busana Wanita Melayu era Sriwijaya (Kurun 7-13)


Busana Silam (wanita) Melayu Kelantan era CSWK 1 (Kurun ke 13-15)


Busana Che Siti Wan Kembang 
Asas Pakaian Tradisional Kelantan Berciri Kebudayaan Melayu Srivijaya


Dua Gaya Permakaian Selendang pada Busana Cik Siti Wan Kembang


Busana Tradisi (wanita) Melayu Kelantan (Kurun ke 16-18)


Busana Tarian Diraja & Dayang Melayu Kelantan


Peranan Kelubung dalam permakaian Busana Kemban


Busana Tradisi rakyat (wanita) Melayu Kelantan (Kurun ke 14-18)


Busana diraja era Koloni hingga sekarang (Kurun ke 19-21)


Busana rakyat era 50’- 60’ hingga sekarang (Kurun ke 20-21)

Sumber rujukan utama :

  1. Abbas Alias & Norwani Md. Nawawi, “Pakaian Melayu Sepanjang Zaman”, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka, 2006
  2. Siti Zainon Ismail,”Pakaian Cara Melayu”, Kuala Lumpur Universiti Malaya 1991
  3. Walter Armstrong Graham,"Kelantan", The Library of the University of California, Los Angeles, 1908.
  4. Muzium Istiadat Diraja Kelantan,Istana Jahar, Kota Bharu
  5. Muzium Tekstil Negara, Kuala Lumpur.
  6. https://en.wikipedia.org/wiki/Kelantanese_Malay_people
  7. http://studentsrepo.um.edu.my/2941/6/BAB_3.pdf
  8. https://purimajapahit.wordpress.com/2010/01/02/

Kredit ilustrasi : Minos Halfblack & Dani Warguide, Persatuan Pencinta Sejarah Kelantan

https://www.facebook.com/701547676576843/posts/pfbid02xuDn64thDrgYB7W7zzCNa1FCK9MUSJyzhwSnN9H1A6GnUQ1orjyzA9CVdvHQxaFql/?mibextid=Nif5oz

-----------------------------------

BAJU MELAYU

Pakaian tradisional bagi kaum lelaki Melayu ialah baju Melayu. Baju Melayu merupakan kameja longgar yang dipakai dengan seluar panjang. Pakaian ini selalunya dipadankan dengan kain samping yang diikat di bahagian pinggang dan bersongkok. Baju Melayu bagi rakyat Malaysia terbahagi kepada dua iaitu baju Melayu potongan Teluk Belanga dan baju Melayu potongan cekak musang. Potongan tersebut merujuk kepada cara jahitan pada leher baju tersebut. Baju Melayu Teluk Belanga biasanya terkenal di kawasan selatan Malaysia. Potongan Teluk Belanga potongan lehernya dijahit secara sulaman. Cara memakai baju Melayu Teluk Belanga biasanya samping dipakai di sebelah dalam baju. Potongan Cekak Musang lebih terkenal di kawasan tengah dan utara Malaysia. Potongan Cekak Musang iaitu bahagian penutup atau rumah butangnya bertindan. Cara memakai baju Melayu Cekak Musang ialah samping di sebelah luar baju.

Namun dalam pada kita bangga dengan baju Melayu tradisional ini, pasti ramai yang tidak tahu baju ini sebenarnya mempunyai maksud tersersendiri.

Malah anda mungkin tidak percaya yang setiap bahagian pada baju mempunyai maksud tersirat.

Konsep Pakaian Tradisional Baju Melayu Pada Masa Kini 

Ini antara maksud di setiap rekaan baju Melayu:

#1 Lima Butang Baju Melayu Melambangkan Rukun Islam

Lima butang ini melambangkan kesemua rukun islam termasuklah mengucapkan dua kalimah syahadah, menunaikan solat fardu lima waktu, berpuasa pada bulan Ramadan, membayar zakat dan mengerjakan haji bagi mereka yang mampu.

#2 Tiga Saku Baju

Kebanyakkan baju Melayu mempunyai tiga saku di hadapan, Ketiga-tiga ini melambangkan akidah atau kepercayaan, Islam dan Ihsan.

#3 Sampin

Melambangkan kesungguhan menjaga syahwat, aurat dan maruah.

Memakai sampin dibawah lutut bermaksud anda telah berkahwin manakala di atasnya bermaksud anda masih bujang.

Jika anda sudah berkahwin tetapi masih memakai sampin di atas lutut, maka mungkin anda sedang mencari isteri kedua.

#4 Baju Melayu Butang Satu

Melambangkan tauhid yang mempercayai bahawa Tuhan itu hanya satu. Anda boleh lihat rekaan ini dalam baju Melayu teluk belanga.

https://www.facebook.com/groups/944196589713691/permalink/983205402479476/ 

-----------------------------------

𝐁𝐚𝐣𝐮 𝐌𝐞𝐥𝐚𝐲𝐮, 𝐈𝐚𝐧𝐲𝐚 𝐀𝐝𝐚𝐥𝐚𝐡 𝐁𝐞𝐫𝐤𝐢𝐬𝐚𝐫 𝐊𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐅𝐚𝐥𝐬𝐚𝐟𝐚𝐡 𝐅𝐞𝐬𝐲𝐞𝐧 𝐎𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐌𝐞𝐥𝐚𝐲𝐮 𝐃𝐚𝐧 𝐒𝐮𝐥𝐭𝐚𝐧 𝐌𝐞𝐥𝐚𝐲𝐮 𝐉𝐮𝐠𝐚 𝐀𝐝𝐚𝐥𝐚𝐡 𝐈𝐤𝐨𝐧 𝐅𝐞𝐬𝐲𝐞𝐧 𝐎𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐌𝐞𝐥𝐚𝐲𝐮 𝐏𝐚𝐝𝐚 𝐙𝐚𝐦𝐚𝐧 𝐃𝐚𝐡𝐮𝐥𝐮


Sejarah baju telah bermula di Melaka sejak 529 tahun yang lalu. Apabila Sultan Melaka yang ketiga iaitu Sultan Muhammad Shah (1424 hingga 1444 masihi) telah mengilhamkan agar orang Melayu pada masa tersebut mempunyai buasana yang melambangkan jati diri Melayu dan bagi membezakan penampilan orang Melayu dengan bangsa asing di Melaka pada masa tersebut.


Sebelum penciptaan busana Baju Melayu oleh Sultan Muhammad Shah. Pakaian orang Melayu pada zaman dahulu adalah bercirikan busana Timur Tengah. Malah pekara ini telah saya ulas dalam artikel sebelum ini lengkap dengan fakta dan rujukannya. Baju Melayu awal adalah dari jenis cekak musang iaitu mempunyai lima biji butang di bahagian atas baju dan mempunyai tiga poket. Satu di bahagian atas dan dua dibahagian bawah.


Sultan Muhammad Shah bukan sengaja membuat lima biji butang dan tiga poket pada Baju Melayu tersebut. Tetapi penciptaan tersebut adalah berkisar tentang falsafah beliau bercirikan Islam dan mempunyai maksud dimana lima biji butang tersebut melambangkan lima Rukun Islam yang dipegang oleh seorang Islam. Manakala tiga poket pada Baju Melayu pula adalah lambang kepada akidah, syariat dan tasawuf.


Tidak lengkap Baju Melayu tanpa samping. Samping juga adalah pelengkap kepada Baju Melayu. Samping pula melambangkan kesungguhan pemakainya untuk menjaga nafsu syahwat, aurat dan maruah. Pada awal Baju Melayu direka oleh Sultan Muhammad Shah, ianya adalah adalah ketat dan mengikut tubuh si pemakainya dan seluar adalah senteng. Setelah mengalami perubahan zaman, baju dan seluar Baju Melayu ini kemudiannya menjadi longgar seperti fesyen Baju Melayu yang kita pakai sekarang ini.


Falsafah Baju Melayu ini tidak lengkap tanpa satu lagi jenis Baju Melayu iaitu Baju Melayu teluk belanga. Jika lima butang pada Baju Melayu cekak musang yang dicipta oleh Sultan Muhammad Shah melambangkan lima Rukun Islam. Butang Baju Melayu teluk belanga yang hanya mempunyai satu butang sahaja adalah hanya Allah SWT tuhan yang satu. Baju Melayu Teluk Belanga ini sama seperti Baju Melayu cekak musang yang mempunyai tiga poket iaitu satu di bahagian atas dan dua di bahagian bawah.


Jika Baju Melayu cekak musang telah dicipta oleh Sultan Muhammad Shah. Baju Melayu teluk belanga pula telah dicipta oleh Sultan Abu Bakar (1885 hingga 1895 masihi). Baju Melayu teluk belanga ini dicipta oleh baginda bagi mengingati peritiwa perubahan pusat pemerinahan Kerajaan Negeri Johor dari Teluk Belanga kepada Tanjung Puteri. Jika pemakai Baju Melayu cekak musang memakai samping. Maka samping tersebut akan dimasukkan ke dalam baju. Berbeza pula jika pemakai Baju Melayu teluk belanga memakai samping. Maka Baju Melayu tersebut dipakai melepasi samping sahaja.


Penciptaan Baju Melayu samada Baju Melayu cekak musang dan Baju Melayu teluk belanga oleh Sultan Melayu iaitu Sultan Muhammad Shah dan Sultan Abu Bakar. Ianya bukan sekadar penciptaan pakaian untuk menjadi pakaian harian atau tradisi orang Melayu sahaja. Tetapi pada permulaan ianya dicipta adalah berdasarkan falsafah penciptanya yang bercirikan Islam. Jelas sudah Raja Melayu pada zaman dahulu bukan hanya menjadi pemerintah bagi sesuatu kerajaan. Malah mereka juga adalah ikon fesyen orang Melayu pada zaman dahulu.


Gambar ini adalah anak-anak Sultan dari Sumatera Timur. Gambar bertarikh 1931 dan dikatakan gambar ini diambil di Paris Pavillons - Expositions Paris 1931 
(Liste des pavillons de l'exposition Paris 1931)

Tengok saiz orang Melayu kita dan pakaian mereka. Jauh lebih segak dan besar daripada orang Eropah


KREDIT : KHAI NURSERY

Friday, 4 June 2021

04 JUN 1895 : MAHARAJA ABU BAKAR


Gambar potret illustrasi pelukis : Sultan Abu Bakar

4 Jun 1895 : Al Fatihah ..

بِسْمِ  ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم
ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞ مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞ إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ۞ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ ۞ صِرَطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ ۞ امين..

Almarhum Sultan Sir Abu Bakar diputerakan pada 3 Februari 1833 di Telok Belanga Singapura. Baginda mendapat didikan Bahasa Inggeris dari Reverend Keasberry manakala didikan Bahasa Melayu dari Abdullah Munsyi Bin Sheikh Abdul Kadir. Baginda menaiki takhta kerajaan pada 31 Januari 1862 selepas kemangkatan ayahandanya Dato Temenggong Sri Maharaja Tun Ibrahim dan bergelar Dato Temenggong Sri Maharaja Johor.

Petikan dari  Manuskrip Kisah Pelayaran Ke Riau Mikrofilem JQMAL 3 Perpustaaan Universiti Singapura 

Pesanan Raja Ali Haji pada deligasi Johor yang ke Riau pada 26 April 1868 'Aku suka kita gelarkan akan dia (Temenggong) lain daripada nama Sultan atau Yang Dipertuan Johor atau Yang Dipertuan Muda tetapi nantilah aku fikirkan'.

Raja Ali Haji adalah Penasihat kepada Yamtuan Muda Riau. Selain dari menjadi tokoh politik beliau juga merupakan tokoh teologi. Peranannya sebagai 'Penasihat' Kerajaan Riau adalah diwarisi dari jawatan ayahandanya Raja Haji Ahmad yang bergelar Raja Tua iaitu salah seorang dari lapan Penasihat Sultan Johor-Riau. Selain dari menjadi Orang Kanan Yamtuan Muda Riau, Raja Tua boleh mewakili Sultan atau Yamtuan Muda dalam memasyurkan gelaran dalam Majlis Istiadat Pertabalan.

Pada 7 Mei 1868 bersamaan 14 Muharam 1285, Raja Ali Haji mengetuai delegasi Riau yang terdiri daripada Raja Hassan (putera Raja Ali Haji), Raja Sulaiman (putera Marhum Rashid) dan Tengku Long (putera Yamtuan Muda Mohd Yusof) telah menabalkan Temenggong Abu Bakar di Telok Belanga Singapura dengan bergelar Maharaja Abu Bakar.

Seterusnya baginda diiktiraf dengan gelaran Sultan bagi negeri Johor dan segala daerah takluknya pada 11 Desember 1885 berikutan termeterainya Perjanjian Persetiaan dengan British. Baginda dimasyurkan pada 13 Februari 1886 dan dimahkotakan pada 29 Julai 1886 bersaman 27 Syawal 1303 Hijrah di Istana Besar, Johor Bahru. 

Pada 14 April 1895 bersamaan 8 Syawal tahun 1312H, Sultan Abu Bakar telah mengadakan satu istiadat di Johor Bahru kerana menandatangani dan pemasyhuran Undang Undang Tubuh Kerajaan iaitu Perlembagaan bagi negeri Johor yang telah disediakan oleh Jemaah Menteri-menteri Baginda yang dibantu oleh sebuah syarikat peguam di Singapura, Rodyk and Davidson.

Dalam istiadat ini Undang Undang Tubuh Kerajaan Johor itu telah ditandatangani oleh :- 
  • Sultan Abu Bakar, 
  • Ungku Muhamad Khalid Ibni Almarhum Temenggong Ibrahim dan 
  • Tunku Mahkota Tunku Ibrahim. 
Kemudian barulah Ahli Jumaah Menteri dan Mesyuarat Kerajaan. Ahli Jumaah Menteri yang menurunkan tandatangan di atas Undang Undang Tubuh ialah :- 
  • Ungku Sulaiman Bin Ungku Daud (Ungku dan Dato' Kerabat), 
  • Dato Jaafar Bin Haji Mohamed (Dato' Menteri), 
  • Dato Haji Mohammad Salleh Bin Wok (Dato' Hakim), 
  • Dato Syed Salim Bin Syed Ahmad Al Attas (Mufti), 
  • Dato Mohammad Ibrahim Bin Haji Abdullah Munsyi (Dato' Bentara Dalam), 
  • Dato Mohammad Salleh Bin Perang (Dato' Bentara Luar), 
  • Dato Wan Jaafar Bin Wan Nong Yahya (Dato' Penggawa Timur), 
  • Dato Abdul Samad Bin Ibrahim (Dato' Penggawa Barat), 
  • Dato Mohammad Yahya Bin Awaluddin (Jurutera), 
  • Dato Haji Abdul Rahman Bin Zainal Abidin (Kadhi), 
  • Dato Abdullah Bin Tahir (Dato' Sri Setia Raja), 
  • Dato Yahya Bin Shaaban Al Datar, 
  • Dato Wan Andak Bin Daeng Meng, 
  • Dato  Mohamed Bin Mahbob dan 
  • Dato Abdul Rahman Bin Andak (Dato Seri Amar Di Raja).
Beberapa bulan sebelumnya, baginda telah mengalami kegeringan dan baginda telah keluarkan titah supaya diadakan surat wasiat melantik Tunku Mahkota, Tunku Ibrahim Iskandar sebagai Pemangku Raja. Langkah demikian seolah-olah baginda telah dapat merasakan perlantikan itu perlu disegerakan dan menjadi tanggungjawab terakhir yang perlu baginda lakukan.

Baginda yang mempunyai minat belayar dan melawat negara lain untuk menjalinkan persahabatan dalam hubungan politik telah berlepas dengan kapal laut Marseilles And Paris. Pelayaran ini baginda diiringi oleh :- 
  • Dato Seri Amar DiRaja Abdul Rahman Bin Dato Wan Andak selaku Menteri Pengiring, 
  • Haji Kassim bin Taha sebagai Setiausaha Sulit, 
  • Kapten F.De Vere Creighton seorang edikong daripada Askar Timbalan Setia Negeri (ATSN) dan
  • Dato Galloway, doktor peribadi Baginda. 
Tidak disangka pelayaran ini adalah pelayaran terakhir baginda. 

Apabila sampai bersemayam di Paris kegeringan baginda semakin bertambah berat. Baginda berpindah ke London dan bersemayam di Hotel Bailey. Almarhum mangkat di Hotel Bailey pada jam 8.00 malam hari Rabu 4 Jun 1895 bersamaan 11 Zulhijjah 1312 Hijrah ketika berusia 62 tahun. 

Dato Seri Amar DiRaja mengutus telegram bagi menyampaikan berita kemangkatan itu kepada Pemangku Raja, Tunku Ibrahim "Inna lillah wa'inna eli hee rajioon, telah berkahandak tuhan atas jungjongan kita di dalam aman dan imannya pada jam di lapan malam arban inni, tersangat dukachita". 

Ketika itu Tunku Ibrahim sedang bersemayam di Istana Tyersall Singapura.'

Mulai malam itu,negeri Johor berkabung dan semua bendera diturunkan separuh tiang. Hari berkabung telah ditetapkan selama 100 hari.

'The sign of mourning is a white band which is to be worn round the caps of the malay and the left arm of the European. The women have to dress their hair in a round knot tied loose behind instead of usual styler and also to wear a pure white veil. Every night and morning during the hundred days prayer are to be recited at Istana Zahrah and tomorrow (friday) after the close of ordinary service at the mosque special prayers for the soul of His Highness will be read through out the state as well as Muar' 

Jenazah Almarhum disempurnakan iaitu disiram, dikafan dan disembahyangkan sebagaimana menurut adat dan hukum Islam di sebuah bilik khas hotel tersebut oleh wakil kerajaan Turki di London. Selepas itu barulah proses 'embalming' dilakukan ke atas jenazah baginda. Almarhum semasa hayatnya amat akrab dengan Sultan Turki Sultan Abdul Hamid. Ratu Victoria dan Kerajaan Inggeris telah memberi penghormatan tertinggi dengan menurunkan semua bendera separuh tiang di bangunan kerajaan di London sebagai tanda berkabung menghormati Almarhum.

Pada 18 Julai 1895, jenazah Almarhum dibawa pulang dengan kapal laut P & O MV Bombay. Sekali lagi kerajaan Inggeris memberi penghormatan pasukan kehormatan serta pancaragam sebelum jenazah diusung naik ke kapal. Ratu Victoria menghantar wakil peribadi baginda Lord Harris yang pernah menjadi Gebenor Jeneral Benggala untuk Penghormatan Terakhir bagi pihak kerajaan Inggeris. Apabila P & O MV Bombay sampai di Pulau Pinang pada 28 Ogos 1895, jenazah Almarhum diusung turun dan disemayamkan di atas kapal perang HMS Mercury kepunyaan kerajaan Inggeris atas titah Ratu Victoria.

Apabila kapal perang HMS Mercury sampai di pelabuhan Singapura pada 30 Ogos dan di sambut dengan Bedik Selamat dari Fort Canning. Semua kapal yang berlabuh di Pelabuhan Singapura menurunkan Bendera Kapal (ensign) separuh tiang sebagai tanda menghormati jenazah. Pada jam 10 pagi beberapa orang kerabat dan pegawai Johor serta imam menaiki kapal perang itu bagi menyambut dan mengiring jenazah diraja ke Johor melalui laut Changi dan Pasir Gudang. Sebaik sahaja kapal MHS Mercury melepasi Pasir Gudang satu bedilan dilepaskan dari Bukit Askar Timbalan (Bukit Timbalan) sebagai memberitahu rakyat bahawa jenazah diraja akan tiba di Johor Bahru dalam masa satu jam. Di sepanjang pelayaran di perairan Johor perahu dan kapal mengibarkan bendera putih sebagai tanda berkabung menyambut jenazah.

Kapal MHS Mercury sampai dan berlabuh di laut Johor (Selat Tebrau) di hadapan Tangga Batu Istana Besar (Tambatan Dewan) pada jam 3 petang. Tunku Mahkota, Pemangku Raja dengan memakai uniform ATSN dengan berkabung, kerabat dan Dato dengan penuh istiadat dan hormat menyambut jenazah Almarhun dengan mengusung turun ke kapal kecil diikuti Bedil Selamat 21 das ditembak dari Bukit Askar. Pasukan ATSN memberi hormat dan Lagu Bangsa Johor dimainkan. Mufti Membaca Surah Al Fatihah dan doa semasa jenazah diusung dan disemayamkan di atas usungan diraja. Jenazah diusung dengan diikuti dari belakang pasukan pancaragam dengan tambur disampul kain putih, disusuli peralatan istiadat dengan peralatan dikabungkan dengan kain putih, disusuli pula pasukan ATSN berjalan dengan senapang tergalas dibahu dan muncungnya menghala ke bumu dan hulu pedang berbungkus kain putih sebagai tanda berkabung. Usungan diiring oleh 16 payung kuning ditempatkan lapan sebelah. Jalan yang dilalui ialah Jalan Thye Heng (sekarang Jalan Sultan Ismail), Jalan Ayer Molek dan Jalan Sri Belukar (jalan masuk utama Istana Besar) kira-kira 2km jauhnya.

Setelah sampai di Istana Besar kerabat mengusung jenazah naik melalui Tangga Agung dan disemayamkan di Peterana tiga tingkat di Bilik Singgahsana. Di atas keranda yang ditutup dengan Bendera Sultan dan Bendera Negei diletakkan Mahkota dan Pedang Kerajaan serta darjah kebesaran Almarhum.

Empat oramg Penjawat Istana membawa keris berdiri dan bertafakur di empat penjuru Peterana DiRaja. Beberapa orang lelaki dan perempuan ditetapkan secara bergilit membaca ayat suci Al Quran berterusan. Di Tangga Agung enam anggota ATSN ditugaskan berkawal berganti-ganti siang dan malam. Kerabat dan Dato' bergilir menunggu jenazah pada sebelah malam. Jenazah disemayamkan di atas Peterana Diraja selama tujuh hari. Bermula dari malam pertama hingga esok harinya ziarah khas ditetapkan untuk kerabat, Datin dan pelawat perempuan. Ziarah bagi lelaki ditentukan pada waktu lain. Pelawat memakai pakaian hormat dan tertib berkabung. Istiadat Pemakaman diadakan pada 7 September (17 Rabiulawal 1313 Hijrah) bermula dengan Istiadat Siram dan Kafan jenazah di bilik khas Istana Besar oleh Pegawai Agama, diikuti sembahyang jenazah di Bilik Singgahsana.

Bersambung Adat Istiadat Pemakaman Almarhum Sultan Abu Bakar. 

Oleh Dang Ku Puteri 

Sumber rujukan:

  • Adat Istiadat Kesultanan Johor Moden 1855-2012 
  • Hikayat Johor dan Tawarikh Almarhum Sultan Abu Bakar 
  • Manuskrip Kisah Pelayaran ke Riau Mikrofilem JQMAL 3 Perpustakaan Universiti Singapura 

http://eresources.nlb.gov.sg

KESULTANAN JOHOR

Genealogical Tree of the Johore Royal Families, Government Printing Office, Johore Bahru, 1923.

Dang Ku Puteri

https://www.facebook.com/410784619741191/posts/951016749051306/

----------------------------------------------------------------------------------------

KISAH MAHARAJA ABU BAKAR DENGAN RATU VICTORIA ENGLAND


Rasanya semua tahu dulu Kesultanan Johor moden sangat akrab dengan British. Tapi tak ramai yang tahu betapa rapatnya Sultan Abu Bakar dengan Ratu Victoria sebagai sahabat. 

Seberapa rapat hubungan baginda berdua?

Dalam satu perutusan Ratu Victoria kepada Sultan Abu Bakar, baginda telah membahasakan dirinya sebagai “your affectionate friend”. 

Sultan Abu Bakar pula pernah menghadiahkan sebuah replika Albert Memorial yang diperbuat daripada emas dan perak kepada Ratu Victoria bagi mengenang kematian suami baginda. 

Selain itu, Sultan Abu Bakar juga telah mengirimkan beberapa gambar bersama perutusan persahabatan kepada Ratu Victoria. Sehingga ke hari ini, gambar-gambar Sultan Abu Bakar masih lagi disimpan oleh arkib Istana Windsor.

Ekoran daripada persahabatan yang terjalin antara Sultan Abu Bakar dan Ratu Victoria, Johor turut menerima tempias. 

Sebab Johor miliki kebebasan untuk menentukan hal ehwal mereka. Sebab British tak berani langsung nak letak residen dekat Johor macam negeri-negeri lain. 

Malah Johor juga menjadi negeri terawal yang menerima arus permodenan berkat hubungan persahabatan antara kedua-dua pemerintah.

Terakhir sekali ketika Sultan Abu Bakar gering di London, Ratu Victoria telah mengirimkan doktor peribadinya untuk merawat baginda. Tapi sayangnya baginda sultan telah mangkat dan dikebumikan di Makam Diraja Mahmoodiah.

Oleh Azmil Azali ---The Patriot

----------------------------------------------------------------------------------------

Sejarah Ringkas dan Latar Belakang Sultan Abu Bakar

Sultan Sir Abu Bakar : Proclaimed a Constitution (the first in history) which introduced cabinet government and a legislature, 14th April 1885. Assumed the hereditary title of Sultan and Yang di-Pertuan of the State and Territory of Johor, 11th December 1885 (recognised by the British authorities and granted a permanent salute of 17-guns 13th February 1886). 

Formally proclaimed as Paduka Sri Sultan Abu Bakar al-Khalil Ibrahim Shah at Johor Bahru, 1st July 1886. Crowned at the Istana Besar, Johor Bahru, 29th July 1886. 

Founded the Most Esteemed Royal Family Order (Darjah Kerabat Yang Amat di-Hormati) and the Most Honourable Order of the Crown of Johor (Darjah Mahkota Johor Yang Amat Mulia), 31st July 1886. 

Rcvd: the Prince of Wales’s Gold Medal (1876), the Imperial Order of the Osmans (Nishan-i-Osmanieh) special class in brilliants of Turkey (24.4.1893), GC of the Orders of Kalakaua I of Hawaii (26.11.1881), Franz Joseph of Austria (1893), the Order of the Crown of Prussia 1st class (23.6.1880), the Imperial Order of the Double Dragon 1st class, 1st grade, of China (10.12.1892), Cdr of the Order of the Crown of Italy (1891), and the Ducal Saxe-Ernestine House Order.

Sultan Sir Abu Bakar al-Khalil Ibrahim Shah ibni al-Marhum Dato’ Temenggong Sri Maharaja Tun Ibrahim menjadi Sultan Johor antara 1862 hingga 1895. 

Dilahirkan di Teluk Belanga, Singapura pada 3 February 1833 dan anak sulung kepada Sri Paduka Dato Temenggong Sri Maharaja Daeng Ibrahim bin Dato Temenggong Sri Maharaja Abdul Rahman, Maharaja Johor menerusi isteri pertamanya Encik Ngah.

Mendapat pendidikan di Keasberry’s Acad, Mount Zion, Singapura. 

Mengantikan ayahandanya yang mangkat pada 31 Januari 1862 sebagai Dato’ Temenggong Sri Maharaja dan Maharaja Johor.

Anak-anak Almarhum Sultan Sir Abu Bakar :

  1. Tunku Ibrahim Iskandar who succeeded as Paduka Sri Sultan Al-Haj Sir Ibrahim al-Mashur ibni al-Marhum Sultan Sir Abu Bakar.
  2. Tunku Mariam binti al-Marhum Sultan Sir Abu Bakar [Tunku Sulong]. Married to Paduka Sri Baginda Al-Sultan Mahmud Shah ibni al-Marhum Sultan Sir Ahmad al-Mu’azzam Shah, Sultan of Pahang
  3. Tunku Besar Putri binti al-Marhum Sultan Sir Abu Bakar. Married to Ungku Chik Ahmad bin Abdul Rahman
  4. Tunku Aziza binti al-Marhum Sultan Sir Abu Bakar. Married to Major Ungku Abdul Aziz bin Abdul Majid
  5. Tunku Fatima binti al-Marhum Sultan Sir Abu Bakar. Married to Ungku Abdul Majid bin Muhammad (end)
--------------------------------------

“Kesultanan Johor menerima Nobat Kesultanan Uthmaniyyah, Kesinambungan Empayar Islam”

Perkongsian Maklumat Tambahan : NOBAT KESULTANAN JOHOR MODEN

Berkenaan soalan perihal Nobat Kesultanan, Alhamdulillah satu jawapan yang paling tepat, ringkas dan padat telah dijawab komentar. 

“Kesultanan Johor menerima Nobat Kesultanan Uthmaniyyah Kesinambungan Empayar Islam”

Syukur Alhamdulillah, masih ada anak muda yang cakna sejarah. 

Memang Sultan Sir Abu Bakar putera kepada Tun Daeng Ibrahim Sri Maharaja menerima kurniaan Pingat Uthmanli Darjah Pertama oleh Sultan Abdul Hamid II di Istandbul. 

Sebenarnya sejarah Johor Darul Ta'zim amatlah gah bilamana dikupas. Alhamdulillah, itu belum lagi dikupas akan pingat yang dikurniakan Maharaja Jepun buat Baginda Sultan Johor. 

Kesultanan Johor kini satu satunya pewaris yang memegang khazanah ilmu maritim warisan Srivijaya-Melaka. Baginda berdarah Melayu Bugis yang dahulunya memang menguasai laluan penting perdagangan yakni selat Johor-Riau . 

Lihatlah busana rasmi Kesultanan Johor mengenakan Sailor Cap @ Topi Pelaut. Bangsa Melayu memang sinonim dengan maritim, dahulunya keilmuan maritim hanya ada di Nusantara yakni Srivijaya

 -> Melaka -> Johor Lama & Johor Moden. 

Kita WAJIB bersyukur kerana menjadi umat Baginda Nabi Muhammad S.A.W. bahkan dalam konteks Melayu Johor. 

Malaysia ini juga adalah kesinambungan Empayar Melaka dan Johor Lama+Moden. 

Dirgahayu Tuanku! 🇲🇾🌺🇹🇷

https://www.facebook.com/groups/944196589713691/permalink/988443621955654/

----------------------------------------------

Pautan artikel lain yang berkaitan :-

Maharaja Abu Bakar Sebagai Bapa Johor Moden


Thursday, 12 November 2020

3 Bani Keturunan Nabi Ibrahim a.s.

Siri Bangsa Misteri Dari Timur : 3 Bani Keturunan Nabi Ibrahim a.s.


Gambar 1 : Tiada Tuhan Melainkan Allah dan Nabi Muhammad s.a.w. Pesuruh Allah

Sejarah mencatatkan, terdapat 3 bani keturunan Nabi Ibrahim A.S. iaitu Bani Arab, Bani Israel dan Bani Jawi. Bani Israel tahu bahawa riwayat Bani mereka akan ditamatkan oleh Bani Jawi. Pemimpin Bani Jawi adalah gabungan benih Bani Arab dan Bani Jawi iaitu al Mahdi. Justeru Bani Israel berusaha bermati-matian mencari al Mahdi.

Bani Jawi adalah pengembara hebat membawa misi ke Semenanjung di Hujung dunia yang di panggil oleh Ptolemy sebagai Semenanjung Emas atau “Golden Chersonese” dan kemudiannya dikenali sebagai Tanah Melayu. Bani Jawi menerima Islam tanpa peperangan dan mendukung Islam dengan sempurna. Di bumi Jawi ini al Mahdi dilahirkan ke dunia dan membesar menanti hari untuk pulang ke tanah asal nenek moyangnya.

Peta dunia Ptolemy yang dicetak di Ulm, Jerman, 1482.

Telah lama Yahudi Illuminati mencari Bani Jawi @ kaum yang hilang. Kini Yahudi telah mengetahui di manakah “promised land” iaitu Bumi Malaysia @ Tanah Melayu @ Tanah Jawi @ Tanah Jantung hati @ Tanah di hujung dunia.

  • Yahudi sedang berusaha menjejaki lokasi Al Mahdi.
  • Yahudi tahu Al Mahdi ada di bumi Jawi ini.
  • Tetapi ketentuan Allah mengatasi segalanya.
  • Sebagaimana Allah selamatkan Nabi Musa A.S. di dalam istana Firaun, 
  • Sebagaimana Allah selamatkan Nabi Ibrahim di dalam api, 
  • Sebagaimana Allah selamatkan Nabi Isa Al Masih dari kepungan Yahudi,
  • Sebagaimana Allah selamatkan Nabi Muhammad S.A.W. dari kepungan kafirin 
  • Begitulah Allah akan selamatkan al Mahdi dari konspirasi Yahudi dan kuncu-kuncunya.

Bacalah catatan pengembaraan bani misteri ini mencari “promised land” untuk menunaikan misi suci wasiat Nabi Ibrahim AS.


Gambar 2 : Salasilah Bani Jawi

BANI JAWI @ BANGSA JAWI /MELAYU

  • Tanah Jawi – ialah gelaran kepada Tanah Melayu
  • Orang Jawi – ialah gelaran orang Arab kepada orang Melayu
  • Tulisan Jawi – ialah tulisan yang digunakan oleh orang Melayu
  • Masuk Jawi – berkhatan iaitu salah satu amalan yang diajar Nabi Ibrahim a.s. dan menjadi amalan orang Melayu @ jawi zaman berzaman.

Terdapat satu kajian bahawa bangsa Mala @ Melayu adalah berasal dari keturunan Nabi Ibrahim dari isteri ketiganya yang bernama Siti Qaturah @ Keturah.

Adakah Bangsa Melayu merupakan salah satu bangsa yang dicari-cari oleh Yahudi selama ini??

Kerana menurut kitab Yahudi…di akhir zaman nanti bangsa Yahudi akan disembelih oleh saudara mereka yang lain… iaitu Bangsa Jawi !!!

Bumi Jawi @ Tanah Melayu. Siapakah Melayu? Dari manakah asal usulnya bangsa Melayu itu ?

Ketika ramai pengkaji memperdebatkan kaum-kaum yang hilang seperti The Lost Tribe of Israel, Atlantis, Lemuria, Sodom and Gomorrah malah masih mencari-cari siapakah Gog and Magog, rahsia bangsa misteri ini masih terpelihara di dalam Kotak Tabut sejak beribu-ribu tahun.

Tiada siapa yang tahu dari mana asalnya bangsa ini. Bagaimana bangsa ini boleh wujud di tanah paling selatan benua Asia, ’di penghujung dunia’. Bangsa yang hilang masih tidur dan ditidurkan ‘Di hujung dunia’, setelah penat mengembara, bangsa misteri berehat dan berehat…tidur dengan lenanya…senyap sunyi tanpa siapa mengganggu walaupun Hitler telah pergi ke Tibet menjejak bangsa misteri ini, tetapi dia juga kehilangan jejak mereka.

  • Di manakah bangsa misteri ini mengakhiri perjalanan mereka ?
  • Masih adakah lagi masa untuk menjejaki mereka ?
  • Rupa-rupanya ‘Di hujung Dunia’ bangsa ini masih nyenyak bertapa !

Wahai Bani Jawi, wahai keturunan kaum yang hilang.

Ketahuilah bahawa kehadiran kita di bumi Jawi ini adalah ketentuan Ilahi yang diwahyukan kepada Nabi Ibrahim A.S.

Sebelum wafat, Nabi Ibrahim A.S. telah mewasiatkan kepada anak-anaknya untuk mencari sekeping tanah semenanjung di hujung dunia. Kerana di sana nanti akan zahir dari keturunan ini satu Raja akhir zaman bernama Al Mahdi.

Diceritakan juga al Mahdi akan pulang semula ke tanah asal bersama kaumnya dan akan memusnahkan bangsa Yahudi. Wasiat ini dilaksanakan oleh anak-anak Nabi Ibrahim dan kisah ini dicatit dalam kitab-kitab Yahudi.

Sejarah berlalu zaman berzaman.

Kisah ini juga diceritakan oleh Rasulullah S.A.W. kepada para sahabat. 60 orang para sahabat telah mengembara ke Timur mencari Bani Jawi.

Akhirnya Bani Jawi menerima Islam tanpa peperangan. Bani Jawi terkenal dengan akhlak dan kelemah lembutan mereka kerana mereka berdarah bangsawan dan kesatria perang yang dihormati.

Manakala kaum Yahudi sejak sekian lama, mencari merata-rata lokasi kaum yang hilang ini. Bani Jawi mesti dicari dan dihapuskan. Imam Mahadi adalah sasaran utama yang mesti dimusnahkan. Samalah seperti Firaun mencari Nabi Musa a.s.

Mereka meracuni keturunan Rasulullah S.A.W. supaya tiada zuriat akan diperturunkan pada generasi suci dan dengan itu Al Mahdi tidak dilahirkan. Ketentuan Ilahi tiada siapa boleh menghalang. Al Mahdi tetap dizahirkan oleh Allah S.W.T. Nun di negara yang terletak antara tiga lautan. Air buminya tidak panas dan tidak sejuk. Terletak cantik di hujung dunia. Semenanjung berbentuk jantung. Bumi bertuah. Bumi Jawi, Tanah Melayu.

Yahudi laknatullah tahu al Mahdi telah wujud dan zahir di Tanah Jawi ini tetapi di negeri mana, di daerah mana, di kampung mana dan di rumah mana ?

Untuk mencari al Mahdi, Yahudi telah membuat pengkalan di Singapura. Telah berapa puluh tahun Yahudi bertapak di Singapura. Dari situ berbagai rancangan dan teknik pencarian dijalankan.

Rancangan jangka panjang telah dan sedang dilaksanakan.

Manakala di Israel, Yahudi telah mula membina kuil suci di Baitul Maqdis untuk meyambut kedatangan dajjal.

Yahudi juga sibuk menanam pokok Gharqad untuk tempat bersembunyi andai bala tentera al Mahdi menyerang. Yahudi sangat yakin dengan keperluan pokok Gharqad ini. Mereka telah menjalankan kempen menanam pokok tersebut.

Yahudi diberitakan juga telah menempah pedang-pedang titanium dari United Kingdom untuk peperangan menentang tentera al Mahdi.

Masa sudah amat singkat pada perkiraan Yahudi.

Di mana al Mahdi ?

Al Mahdi mesti di jejaki walaupun ke lubang cacing. Terhapusnya Al Mahdi maka akan selamatlah seluruh bangsa Yahudi di bumi Israel. Jika tidak penyembelihan Yahudi secara total tidak dapat dielak lagi.

Para pemikir Yahudi membuat perancangan yang amat licik untuk melaksanakan misi mencari dan membunuh Imam Mahadi. Tanpa kita sedrai bahawasanya Yahudi sudah pun menerobos jauh ke dalam negara kita.

Pelbagai teknologi dan perisian dibangunkan untuk memudahkan Yahudi menjejaki seorang bernama Muhammad bin Abdullah melalui sistem komputer bersepadu.

Setiap yang bernama Muhammad bin Abdullah pasti akan dijejaki satu persatu dan diselidiki latar belakangnya. Seorang Muhammad bin Abdullah mesti ditemui dan dihapuskan dengan apa cara jua pun.

Ini adalah kemuncak pencarian Yahudi di bumi Jawi ini. Mereka teramat kesuntukan masa. Imam Mahadi masih gagal dijejaki. Cemas puak Yahudi bukan kepalang.

Wahai bani Jawi, di bumi yang kita pijak ini TELAH zahir pemimpin Agung Akhir Zaman. Kita akan mendengar seruan dari langit untuk kita pulang ke tanah asal kita.

  • Kita ada tugas besar menghapuskan bangsa penderkaha iaitu Yahudi Laknatullah. 
  • Mereka pembunuh para Nabi. 
  • Kita, Bani Jawi akan menuntut bela.
  • Kita akan pulang membawa panji-panji hitam mengiringi al Mahdi al Muntazar. 
  • Jangan dirisaukan keselamatan al Mahdi. Baginda tetap dalam peliharaan Allah.

Apa yang perlu kita lakukan sekarang ialah memperkukuhkan iman dan meneguhkan amalan. Tingkatkan keyakinan kita kepada Allah dan sempurnakan sunnah Rasululah S.A.W. dalam kehidupan seteliti mungkin.

Jadilah ahli sembahyang dan jangan ditinggal sembahyang malam dan pelajarilah ilmu fadhail dan masail sebaik-baiknya.

  • Jangan pisahkan lagi nama Allah dari lidah-lidah dan hati kamu.
  • Jangan lalai berselawat ke atas Rasulullah S.A.W. dan beristighfarlah belasan ribu kali setiap hari.
  • Murnikanlah lagi akhlak-akhlak kamu dan berakhlaklah dengan akhlak Allah.
  • Perbaikilah niat kamu sehari-hari semata-mata hidup ini mencari redha Ilahi semata-mata. Kita bukan berjuang untuk pangkat, nama atau pun harta.
  • Bersiap sedialah untuk satu perjalanan yang jauh.
  • Kita akan pulang ke tanah asal kita mengiringi pemimpin akhir zaman.
  • Kita akan melindungi al Mahdi dengan nyawa kita.
  • Dunia akan melihat kebangkitan semula kaum yang hilang ini.
  • Seruan dari langit pasti akan kedengaran.
  • Masanya sudah tersangat hampir untuk kita meninggalkan “promised land” ini. 
  • Bersiaplah untuk pulang ke tanah asalmu wahai Bani Jawi. 
  • Bersiaplah untuk pulang wahai bangsa mulia mengiringi al Mahdi pemimpin Agung akhir zaman. 
  • Bersiaplah untuk pulang ke tanah asal kita iaitu bumi suci nabi-nabi. 

Pertempuran Bani Jawi dengan Yahudi tidak dapat dielakkan lagi. Musuh Yahudi yang sebenarnya bukanlah Palestin tetapi Bani Jawi. (Tamat)

KERIS | NABI IBRAHIM KETURAH DAN MELAYU

https://www.youtube.com/watch?v=4doLMSnyEF4&t=25s

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sedikit perkongsian daripada pendapat yang dilontarkan daripada Facebook mengenai Satu Bangsa Misteri Dari Timur : 

MELAYU NAMA BANGSA BESAR.. PELBAGAI ETNIK DAN SUKU KAUM DI DALAMNYA..ADA JAWA..ADA BUGIS..ADA BANJAR..ADA ACEH..ADA MINANG..ADA PATANI..ADA KEMBOJA..ADA SULU..ADA MORO..DAN PELBAGAI LAGI RATUSAN SUKU KAUM SEMUANYA 

PELBAGAI BUDAYA DAN ADAT RESAM DI DALAMNYA..PERBAGAI SENI BELA DIRI..PELBAGAI JENIS MAKANAN..PELBAGAI BAHASA DAN PETUA..KITA KAYA DENGAN HASIL BUMI DAN TANAH YANG SUBUR 

NUSANTARA NAMA BENUA TEMPAT TINGGAL KITA SEMUA 

SEPERTI BENUA EROPAH..SEPERTI BENUA ARAB..SEPERTI BENUA CHINA..SEPERTI BENUA INDIA..SEPERTI BENUA KHURASAN..SEPERTI BENUA RUSIA SOVIET UNION 

  • MEREKA SEMUA JUGA ADA PELBAGAI ETNIK DAN SUKU KAUM YANG BANYAK 
  • BANGSA LAIN JANGAN JAJAH KITA 
  • BANGSA LAIN JANGAN CEROBOH TEMPAT KITA 

INI SOAL PERLEMBAGAAN DAN 7 WASIAT RAJA RAJA MELAYU UNTUK PERIBUMI DAN ORANG MELAYU ADALAH TUAN TANAH DI MALAYSIA (TANAH MELAYU) DAN BUMI JAWI 

WAJIB MEMPERTAHANKAN SELURUH NUSANTARA DARI PENJAJAHAN KOMUNIS CHINA DAN SEKUTU MEREKA WARGA ASING SEMUANYA 

INI DISEBABKAN OLEH RASUAH DAN SIKAP TAMAK ORANG POLITIK YANG BERSEKONGKOL DENGAN MEREKA 

JANGAN BIAR PERIBUMI..ORANG MELAYU DAN RAJA MELAYU HILANG HAK DAN KUASA DI BUMI SENDIRI 

KITA WAJIB BERWASPADA DAN TEGAS DARIPADA SEKARANG SUPAYA JAMINAN TANAH INI TIDAK DIRAMPAS OLEH ORANG KAFIR DAN ORANG LUAR 

SETIAP BANGSA ALLAH SWT SUDAH BAGI RUMAH MASING-MASING (NEGARA SENDIRI) JADI TIDAK ADA SEBAB UNTUK RAMPAS (KUASAI) NEGARA ORANG LAIN (SAMADA POLITIK ATAU EKONOMI) 

KITA WAJIB PERTAHANKAN NEGARA KITA HINGGA KE HUJUNG ZAMAN DEMI WANITA DAN ANAK CUCU KITA SEMUA DI MASA AKAN DATANG

https://www.facebook.com/groups/1975693915798937/permalink/3873288646039445/

DNA yahudi dalam melayu

https://www.youtube.com/watch?v=r5zfXKgRQ_4&t=0s

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------

Bangsa Melayu pernah kuat,

Buka tanah guna tulang empat kerat,

Masih sempat beristeri empat,

Tongkat Ali jamu khasiat.


Bangsa Melayu pernah digentar,

Ular, harimau ditepuk tampar,

Kerisnya bisa silatnya gempar,

Amuk Melayu bumi bergegar.


Bangsa Melayu pernah gagah,

Berkaki ayam hutan diredah,

Pernah cuba diganyang penjajah,

Umat Melayu jihad sabilillah!


Bangsa Melayu pernah berdaulat,

Seantero dunia kesultanan hebat,

Tujuh penjajah cuba menempat,

Dengan kudrat semua dihambat.


Bangsa Melayu bangsa keramat,

Nabi (s.a.w.) pernah beramanat,

Buat dakwah di bumi berkat,

Diakhir masa ramai wali hebat.


Bangsa Melayu terasnya hikmat,

Sejarah Melayu tertera riwayat,

Nabi (s.a.w.) memberi amanat,

Raja Melaka mendapat hidayat.


Bangsa Melayu penuh santunan,

Agama dijunjung zaman berzaman,

Wali Melayu penuh kehebatan,

Karamah barakah jadi laziman.


Bangsa Melayu penuh daulah,

Halusi sahaja kisah sejarah,

Wa’ad Melayu jangan disanggah,

Sanggah waad menjemput tulah.


Tanah Melayu pernah tersurat,

Raja rakyat saling muafakat,

Alim ulama dijunjung hormat,

Bumi bertuah terbilang sejagat.


Bumi Melayu penuh berkat,

Tempat tumpuan ulama sejagat,

Madrasah pondok merata tempat,

Menjana insan unggul berhikmat.


Tanah Melayu intinya hebat,

Bumi zuriyyat Nabi (s.a.w.) sudah tersurat,

Kesultanan Melayu hampir padat,

Pancaran Baginda penuh karamat.


Bumi Melayu pernah terbilang,

Sejarah rajanya penuh gemilang,

Turunan penjajah mana menghilang,

Kesultanan tradisi masih ditatang.


Melayu pernah berilmu budaya,

Dari llahi satu kurnia,

Manuskrip tersebar serata sedunia,

Menyimpan khazanah Melayu tua.


Bangsa Melayu halus seninya,

Hayati warisan persuratannya,

Syair seloka indah madahnya,

Pertukangan sulaman tiada taranya.


Berkurun Melayu junjung agama,

Adat dijaga bersama-sama,

Bangsa Melayu harum namanya,

Rahmat Allah turun semua.


Orang Melayu usahlah alpa,

Warisan leluhur bukan sehari dua,

Pusaka Melayu 6 kurun lamanya,

Jadi kebanggaan anak bangsanya.


Orang Melayu usahlah goyah,

Propaganda musuh jangan melatah,

Ungkapan ’Melayu lemah’ semata tohmah,

Strategi musuh mencabar maruah.


Sejarah Melayu sebenarnya hebat,

Namun dicemar musuh keparat,

Propaganda keji dibuat-buat,

Maruah Melayu disiat-siat.


Jatidiri Melayu sebenarnya kuat,

Bangsa Melayu pernah berdaulat,

Silap Melayu membuang adat,

Silap rajanya membuang muafakat.


Bukan baru musibah Melayu,

Sudah wujud sekurun dua nan lalu,

Serangan penjajah bertalu-talu,

Tradisi dijarah tiadalah malu.


Melayu mula ditimpa musibah,

Pabila Inggeris datang menjajah,

Adat dibuang agama disanggah,

Akhirnya Melayu ditimpa tulah.


Sekian lama Melayu disasarkan,

Sejarah jatidiri diserang-serang,

Musuh luar dan dari dalaman,

Mungkin tersirat suatu ramalan?


Melayu kini resah gelisah,

Namun jelas hakikat sejarah,

Mungkin tersirat sebalik musibah,

Melayu pencetus kebangkitan ummah?


Ingat pesanan Rasulullah (s.a.w.),

Panji hitam dari timur, bumi karamah,

Bangsa Melayu usah menyerah,

Cari kekuatan dari sejarah.


Sejarah Melayu sebenarnya hebat

Baka Melayu penuh hakikat,

Bumi ahlul-bait itulah kudrat,

Umara-ulama kunci terletak.


Laksamana Hang Tuah gagah orangnya,

Berilmu, bertariqat, berisi dirinya,

Jangan perlekeh riwayat firasatnya,

“Takkan Melayu Hilang di Dunia!!”


Intaha

Tun Suzana, '​Ahlul Bait Rasulullah s.a.w., Dinasti Melayu & Akhir Zaman’

------------------------------------------------------------------------------------------------


Kisah Yang Jarang Kita Dengar | Melayu Dan Al-Aqsa



Deskripsi dari MelayuTube :

Menceritakan kisah dan peristiwa zaman dahulu juga kini yang berhubung kait antara Al-aqsa dan melayu. Adakah bangsa Melayu akan membebaskan Masjid Al Aqsa? Sepertimana juga yang dipercayai oleh Ulama Palestin. Malaysia sentiasa berada di belakang Palestin memperjuangkan kebebasan dan hak umat Islam tanpa kompromi. Sheikh Dr Nawaf Takruri berasa yakin, Malaysia akan mara sebagai mujahidin (pejuang) bersama bala tentera untuk memperjuangkan nasib Baitulmaqdis yang diiktiraf Presiden Amerika Syarikat sebagai ibu kota Israel.
"Seperti mana pejuang Salahuddin Al Ayubi, dia bawa bala tenteranya disertai orang bukan Arab untuk membebaskan Baitulmaqdis".

----------------------------------------------------------------------------------------


Kisah Yang Jarang Kita Dengar | Melayu Dan Sahabat Rasulullah

https://www.youtube.com/watch?v=ZXGRhOBiyP4

Deskripsi dari MelayuTube :

Menceritakan kisah dan peristiwa zaman dahulu juga kini yang berhubung kait antara sahabat nabi dan orang Melayu. Kedatangan para sahabat ke Tanah Melayu kira-kira 900 tahun lalu bukan saja dengan misi menyebarkan Islam, bahkan membentuk tamadun dalam lingkungan kebudayaan Islam dengan pelbagai cara antaranya menerusi perkahwinan dengan anak Raja-Raja Melayu yang kemudian memeluk Islam. Banyak faktor yang mendorong kepada kemunculan mereka terutama kedatangan itu atas titah Khalifah atau Syarif Mekah untuk mengislamkan negeri di Tanah Melayu. Dalam sebuah buku yang ditulis oleh Prof. Hamka mengatakan, sebelum abad ke-15 laluan perniagaan di Lautan Hindi melalui Tanah Melayu keseluruhannya dikuasai orang Arab sebelum kedatangan penjajah Portugis, Alfonso de Albuquerque. Pada kurun ke 13 Masihi, Pasai diiktiraf sebagai Kesultanan Islam atas perintah Syarif Mekah pada era pemerintahan Sultan Al-Malikus Saleh dan baginda menjalin hubungan diplomatik dengan kerajaan di Arab. Keadaan ini bukan saja memesatkan Pasai sebagai pusat perdagangan Islam yang terkenal, bahkan turut menerima ramai pengunjung dari dunia Arab, Parsi, India dan China serta berkembang sebagai pusat dakwah. Bagaimanapun, keunggulan Pasai sebagai Empayar Islam terunggul tidak bertahan lama sebelum diambil alih oleh Kesultanan Melayu Melaka bagi menyambung legasi yang tersedia. Kesultanan Melaka meletakkan ulama Ahlul Bait pada satu jawatan agama paling tinggi dan penting, antaranya Sayyid Abdul Aziz yang mengislamkan Raja Melaka dengan nama Sultan Muhammad Shah dan menjadi guru agama peribadi kepada baginda selama lapan tahun. Agama Islam acuan Ahlul Bait yang bersifat lembut, ehsan dan berseni serta cenderung kepada kesufian itu akhirnya membentuk jati diri bangsa Melayu yang unik. Dalam naskhah Sejarah Melayu sendiri ada memaparkan kisah tokoh sufi Ahlul Bait yang menunjukkan status mereka yang amat tinggi dan berpengaruh serta dimuliakan di Istana Melaka, antaranya termasuk seorang ulama sufi yang membantu Sultan Mansur membantutkan cita-cita kerajaan Siam untuk menyerang Melaka. Sebahagian mereka memilih untuk berhijrah ke rantau ini atas kesedaran bahawa bumi Nusantara dihuni kaum kerabat mereka yang ramai bermastautin di sini sejak beratus tahun dulu, malah kesultanan di alam Nusantara kebanyakan adalah daripada Dinasti Bani Hasyim sendiri.
------------------------------------------------------------------------------------------------

Sumber artikel lain yang berkaitan :-

Kisah Nabi Ibrahim a.s. dan Nabi Ismail a.s. yang berkait rapat dengan Peristiwa Qurban

https://normanhafizi.blogspot.com/2014/10/cerita-islami-cerita-nabi-ismail.html

IKHWANKU, Zaman Islam Kembali Memerintah

https://normanhafizi.blogspot.com/2021/01/ikhwan-ku.html

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...