Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Showing posts with label seram. Show all posts
Showing posts with label seram. Show all posts

Thursday, 1 July 2021

Malaysia In Miniature Land (MIMALAND)

[GAMBAR] Kisah Di Sebalik Taman Tema Pertama Malaysia Yang Telah Ditinggal Lebih 20 Tahun

Sejak ditutup pada 1994, tapak Mimaland terus ditinggalkan tak berpenghuni.

By Farouq Johari

Taman Mimaland (1989) Dokumentari

https://www.youtube.com/watch?v=gE1sx_LWwVA

Pada 1971, pintu Mimaland dibuka kepada umum. Ia adalah taman tema pertama di Malaysia.




Mimaland atau nama panjangnya 'Malaysia In Miniature Land' terkenal dengan replika dinosaur berskala besar yang dikelilingi oleh hutan hujan tropika.

Terletak di Gombak, Selangor, taman tema ini juga mempunyai tasik untuk aktiviti perahu dan memancing.

Beberapa tarikan seperti kolam yang dikatakan terbesar di Asia Tenggara dan gelongsor gergasi membuat pengunjung tidak henti-henti datang sejurus pembukaannya.




Mimaland adalah tempat yang sangat popular di kalangan penduduk tempatan dan pelancong sehingga satu rentetan peristiwa menyebabkan penutupannya pada tahun 1994



Pada Januari 1993, seorang warga Singapura dilapor mati lemas dalam satu insiden tragis di Mimaland.

Tahun berikutnya, pembangunan di kawasan itu telah membawa kepada tanah runtuh yang menyebabkan air kolam keruh dan merosakkan kawasan kecil taman tema. Tambahan lagi, terdapat juga masalah keselamatan dilaporkan.

Taman tema itu terpaksa ditutup buat sementara waktu untuk kerja-kerja pembaikan bagi menjamin keselamatan pelawat. Malangnya, selepas insiden itu, Mimaland tidak pernah dibuka semula.

Mungkin sedikit pelik untuk didengari, tetapi Mimaland kini bertukar menjadi terikan berbeza kepada thrill-seekers yang sukakan pengembaraan unik





Tapak terpencil Mimaland telah dibiar terbengkalai begitu saja dan tidak berpenghuni sejak penutupannya pada 1994.

Namun hari ini, ramai orang pergi ke tapak Mimaland atas rasa ingin tahu, terutamanya apabila terdapat desas-desus yang mengatakan bahawa tempat itu penuh misteri dan berpenunggu. Mimaland kini popular sebagai salah satu tempat paling mistik di negara ini.

Sementara itu, ada juga orang yang sengaja pergi ke sana untuk aktiviti rekreasi, kadang-kadang singgah sebentar untuk berjalan di sekitar kawasan itu walaupun mereka mungkin ditangkap kerana menceroboh tanah hak milik peribadi.





Terdapat juga laporan yang mengatakan hidupan liar seperti harimau telah dilihat di kawasan tersebut. Dan walaupun telah terbiar sejak sekian lama, masih ada pengawal keselamatan yang menjaga tempat itu bagi memastikan orang luar tidak masuk.

Tetapi, Mimaland tetap menarik perhatian orang ramai untuk datang sehingga hari ini.





Walau ditinggalkan, Mimaland tetap tidak boleh dilupakan !

Koleksi gambar dan video masih dikongsi di laman Facebook yang didedikasikan khas untuk kenangan dari semasa ke semasa.

Sepanjang dua dekad yang lalu, ramai peminat yang berharap Mimaland akan dibuka semula satu hari nanti, walaupun tahun demi tahun mimpi itu sekadar angan-angan yang tak mungkin kesampaian.

Terdapat ura-ura mengenai pembangunan semula Mimaland tetapi menjelang 2015, sumber melaporkan bahawa usaha sama di antara MPHB Capital Bhd, yang memiliki 98.2% daripada Mimaland Bhd, dan Bandar Raya Developments Bhd (BRDB) unit Magna Senandung Sdn Bhd telah ditamatkan.

Video di bawah memaparkan dengan lebih jelas bagaimana rupa Mimaland pada tahun 2017 :

Taman Tema pertama di Malaysia - (Memories of Mimaland)

https://www.youtube.com/watch?v=VO20PcT2jMM
Description from  : SAMSUL SAID 
Mimaland started operating in 1971, Mimaland was built on a hilly area of 300 acres in Ulu Gombak near Kuala Lumpur. Mimaland's construction was done in phases and the theme park was opened in stages. Mimaland's first phase was completed in 1970, and consisted of 24 motels, 5 chalets and a swimming pool.
Among the main attractions, was the 'prehistoric animal park' containing dinosaur models of a very impressive size. In January 1993, a 27-year-old Singaporean was killed while using the giant slide at the Mimaland pool. The incident shocked the public and resulted in a temporary closure of Mimaland.

After improvement was done to the giant slide, Mimaland was reopened. However, a minor landslide caused damage to the walls of the same pool in May 1994. This incident caused muddy water to seep into the pool, causing the area to close to the public. Mimaland was closed permanently in 1994.

Video by SAM

Sumber gambar : https://www.facebook.com/Mimaland.Gombak/

Sumber : https://says.com/my/seismik/mimaland-taman-tema-pertama-malaysia

--------------------------------------------------------------------------------

Deskripsi daripada Detektif Mat Despatch : 

Mimaland merupakan taman tema pertama di Malaysia. Ianya menjadi tarikan bukan sahaja di Malaysia malah di seluruh Asia tenggara pada ketika itu. Jadi tidak hairanlah memori Mimaland ini terus dikenang dari dahulu sehingga sekarang. Berikut merupakan kronologi dari tertubuhnya Mimaland sehingga ianya ditutup untuk selama lamanya...

KEMATIAN PERTAMA DI MIMALAND - INI LAH SEBAB KENAPA MIMALAND DITUTUP SELAMA-LAMANYA

https://www.youtube.com/watch?v=yHC_DeQK8T8

---------------------------------------------------------------------------

SEJARAH TAMAN TEMA PERTAMA DI MALAYSIA.. MIMALAND 1975. KINI TERBIAR DAN BERHANTU..

Taman rekreasi ini terkenal pada era 80an dan ia mula dibina pada tahun 1971. Nama Mimaland yang agak unik itu sebenarnya adalah singkatan daripada gabungan perkataan Malaysia In Miniature Land. Ia dibina di sebuah kawasan berbukit seluas 300 ekar di Ulu Gombak tidak jauh dari Kuala Lumpur. Pembinaan Mimaland dibuat dalam beberapa fasa dan dibuka secara berperingkat.

Setelah bertahun-tahun Mimaland menceriakan hidup ramai orang, sesuatu yang tidak diingini berlaku. Satu kemalangan telah terjadi di kawasan papan luncur air gergasi Mimaland pada Januari 1993 yang menyebabkan kematian seorang warganegara Singapura berusia 27 tahun. Kejadian malang itu mengejutkan orang ramai hingga memaksa pihak Mimaland menutup sementara kawasan yang terlibat iaitu kolam renang dan papan luncurnya bagi dilakukan kerja-kerja penambahbaikan. Pada Mei 1994 pula, berlaku kerosakan pada dinding kolam renang yang sama yang berpunca daripada kejadian kecil tanah runtuh hingga menyebabkan air lumpur memasuki kolam renang tersebut. Sekali lagi, kawasan tersebut ditutup kepada orang ramai.

Kini lokasi Mimaland terbiar begitu sahaja dan ramai juga orang bercerita mengenai kisah seram di lokasi tersebut antaranya kelibat manusia tanpa kepala dan sering kedengaran suara suara menyeramkan di kawasan itu apabila senja menjelma.

Mimaland 1981

https://www.facebook.com/groups/576448509128018/permalink/3670429376396567/

Kisah MIMALAND | 5 Punca Kejatuhan & Akhirnya Ditutup Seram Pun Ada

https://www.youtube.com/watch?v=p54wgn_yTzg

LATEST MIMALAND 2021 (XPDC PARANORMAL) #ACSParanormal

https://www.youtube.com/watch?v=LHXo0sRj-fo

LATEST MIMALAND 2021!!!

Terima kasih kepada semua yang support video Mimaland kami yang sebelum ni, jadi kami belanja lagi XPDC paranormal kami di Mimaland, kali ni tidak seperti video yang lepas, kita terjah lebih dalam lagi, korang saksikan sendiri perjalanan kami dari mula kami ride hingga ke Mimaland, layannnnn!!!👍🏻👍🏻👍🏻👻👻👻 SUPPORT SATU KALI GENG🙏🏻🙏🏻🙏🏻

Tuesday, 4 May 2021

Jaan

Arkib : 23 Mac 2021. Siri Misteri Alam Dunia 

Gambar sekadar hiasan

JIN

Maarij bermaksud nyalaan api yang sangat kuat dan sangat panas bahangnya atau “Al-Lahab” iaitu jilatan api yang sudah bercampur antara satu sama lain iaitu merah, hitam, kuning dan biru. Sesetengah ulama pula mengatakan bahawa “Al-Maarij“ itu ialah api yang sangat terang yang memiliki suhu yang amat tinggi sehingga bercampur antara merah, hitam, kuning dan biru. Sesetengah pendapat lain pula mengatakan Al-Maarij itu ialah api yang bercampur warnanya dan sama maknanya dengan “As-Samuun“ iaitu api yang tidak berasap tetapi sangat tinggi suhu panasnya. Angin Samuun yang telah sebati dengan Al-Maarij itulah Allah jadikan Jaan.

Menurut suatu Hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Mas’ud pula menyatakan bahawa angin Samuun yang dijadikan Jaan itu hanyalah satu bahagian daripada tujuh puluh bahagian angin Samuun yang sangat panas itu. Dari api yang amat panas inilah Allah telah menciptakan Jin, iaitu dari sel atau atom atau daripada nukleus-nukleus api. Kemudian Allah masukkan roh atau nyawa padanya, maka jadilah ia hidup seperti yang dikehendaki oleh Allah. Jin juga diberi izin oleh Allah menzahirkan berbagai-bagai bentuk dan rupa yang disukai dan dikehendakinya kecuali rupa Rasulullah S.A.W. serta beberapa makhluk Allah yang lain. Ini mengikut tahap dan kemampuan jin tersebut masing-masing. 

Jin juga diperintahkan oleh Allah menerima syariat Islam sepertimana yang diperintahkan oleh Allah kepada manusia. Rupa bentuk Jin yang asal selepas dicipta dan ditiupkan roh itu, hanya Allah dan Rasulnya sahaja yang mengetahuinya. Menurut sesetengah ulama rupa, tabiat, kelakuan dan perangai Jin adalah 90 peratus mirip kepada manusia. Asal kejadian manusia ialah campuran daripada Jisim Kathif iaitu tanah dan air, Jisim Syafaf iaitu campuran api dan angin dan Nurani, iaitu roh, akal, nafsu dan hati yang dinamakan “Latifatur-Rabbaniah“ sesuai dengan manusia sebagai sebaik-baik kejadian yang diciptakan Allah dan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Manakala kejadian Jin pula ialah campuran Jisim Syafaf iaitu campuran api dan angin dan Nurani iaitu roh, akal, nafsu dan hati yang sesuai dan sepadan dengan kejadian Jin. Manakala mahkluk-makluk lain pula Allah jadikan daripada salah satu unsur tersebut, contohnya, binatang yang dijadikan daripada campuran Jisim Kasyif dan Jisim Syafaf sahaja. Batu dan tumbuh-tumbuhan pula dijadikan daripada Jisim Kasyif semata-mata. Manakala Malaikat pula dijadikan daripada Nurani semata-mata.

CARA JIN MEMBIAK

Manusia memerlukan masa mengandung selama sembilan bulan untuk melahirkan zuriat dan anak manusia juga memerlukan masa yang lama untuk matang dan menjadi baligh. Berbeza dengan Jin di mana, apabila tersentuh alat kelamin lelaki dengan alat kelamin perempuan, maka Jin perempuan akan terus mengandung dan beranak dan anak Jin yang baru lahir itu terus mukallaf. Begitulah keadaannya sehingga ke hari kiamat. Iblis pula adalah unik walaupun termasuk salah satu daripada ribuan spesies Jin. Iblis apabila menyentuh paha kanan dengan paha kiri akan mengeluarkan 33 biji telor. Dalam setiap biji telor itu ada 33 pasang benihnya. Tiap-tiap pasang benih itu apabila menyentuh paha kanan dengan paha kiri akan keluar seperti yang terdahulu. Begitulah proses pembiakan Iblis sehinggalah ke hari kiamat.

Bunian

Bunian atau lebih masyhur di kalangan orang-orang Melayu dengan panggilan orang Ghaib pula ialah hasil campuran lelaki atau perempuan Jin dengan lelaki atau perempuan dari kalangan manusia. Anak yang terhasil daripada percampuran itu dikenali dengan nama Bunian. Perangai dan tingkah laku serta rupa bentuknya orang Bunian ini dalam beberapa perkara mengikut manusia dan dalam beberapa perkara pula mengikut Jin. Jika asal usul datuk manusia ialah Nabi Adam, maka asal usul datuk Jin pula ialah “Jaan“ yang asalnya adalah beriman kepada Allah dan melahirkan keturunan yang beriman. Selepas itu terdapat pula dari keturunan Jaan yang kufur dan melahirkan pula keturunan yang kufur. Anak cucu Jaan yang asal beriman itu ada yang kekal dalam iman dan ada pula yang kufur dan ada pula yang kembali beriman kepada Allah.

AGAMA DIANUTI PUAK JIN

Jin juga seperti manusia, iaitu ada yang baik, ada yang jahat, ada yang soleh, ada yang tidak soleh, ada yang alim lagi mukmim, ada ada yang kufur, ada yang murtad, fasik dan zalim, ada yang masuk syurga dan ada yang dihumbankan oleh Allah ke dalam neraka di hari akhirat kelak. Majoriti puak-puak Jin terdiri daripada golongan Jin kafir. Golongan Jin kafir ini kebanyakanya beragama Yahudi, Kristian, dan sangat sedikit daripada mereka yang beragama Buddha dan Majusi. Ada juga Jin yang tidak percaya kewujudan Tuhan yakni atheis (golongan Jin yang tidak beragama). Golongan Jin yang memeluk Islam hanyalah sedikit bilangannya dan terdiri daripada golongan minoriti jika di bandingkan dengan keseluruhan bilangan Jin. Seperti juga manusia biasa, Jin juga berada dalam tingkat-tingkat iman, ilmu dan amalan yang tertentu berdasarkan kepada keimanan dan amalan mereka kepada Allah.

Antaranya ada Jin Islam yang bertaraf awam sahaja, Jin Islam yang di tingkat iman Khawas dan Jin Islam yang berada ditingkat iman yang Khawasil-Khawas. Walaupun Jin Islam yang paling tinggi imannya dan paling soleh amalannya serta paling luas serta banyak ilmunya, tetapi masih ada pada diri mereka sifat-sifat mazmumah seperti takbur, riak, ujub dan sebagainya, tetapi mereka mudah menerima teguran dan pengajaran. Mungkin inilah yang sering diperkatakan bahawa "sebaik-baik Jin itu ialah sejahat-jahat manusia yang fasik". Tetapi yang berbezanya manusia yang paling jahat susah menerima pengajaran dan teguran yang baik.

Golongan Jin Islam yang awam dan Jin kafir suka merasuk manusia yang awam dengan berbagai-bagai cara, kerana pada pandangan mereka manusia-manusia yang awam itu bukanlah manusia sebenarnya, sebaliknya adalah rupa seekor binatang. Manusia yang Khawas dan Khawasil-Khawas tidak dapat di rasuk oleh Jin, bahkan Jin pula akan datang kepada mereka untuk bersahabat.
.
RUPA BENTUK JIN

Pada asasnya rupa bentuk Jin tidaklah banyak berbeza daripada rupa bentuk manusia, iaitu mereka mempunyai jantina, mempunyai hidung mata, tangan, kaki, telinga dan sebagainya, sepertimana yang di miliki oleh manusia. Pada dasarnya 80 hingga ke 90 peratus Jin menyerupai manusia. Cuma yang berbezanya fizikal Jin adalah lebih kecil dan halus daripada manusia. Bentuk tubuh mereka itu ada yang pendek, ada yang terlalu tinggi dan ada bermacam-macam warna, iaitu putih, merah biru, hitam dan sebagainya. Jin yang kekal dalam keadaan kafir dan Jin Islam yang fasik itu mempunyai rupa yang huduh dan menakutkan. Manakala Jin Islam yang soleh pula mempunyai rupa paras yang elok. Menurut sesetengah pendapat tinggi Jin yang sebenarnya adalah kira-kira tiga hasta sahaja. Pengetahuan mereka lebih luas dan umurnya tersangat panjang dan ada yang beribu tahun umurnya. Kecepatan Jin bergerak adalah melebihi gerak cahaya dalam satu saat. Memandangkan Jin adalah terdiri daripada makluk yang seni dan tersembunyi, tidak zahir seperti manusia dan tidak sepenuhnya ghaib seperti Malaikat, maka ruang yang kecil pun boleh di duduki oleh berjuta-juta Jin dan ianya juga boleh memasuki dan menghuni tubuh badan manusia.

Jumlah Jin terlalu ramai sehingga menurut sesetengah pendapat bilangannya ialah jumlah semua manusia daripada Nabi Adam hingga ke hari kiamat di darab dengan haiwan-haiwan, di darab dengan batu-batu, di darab dengan pasir-pasir dan semua tumbuh-tumbuhan. Itu pun baru satu persepuluh daripada jumlah keseluruhan Jin. Manakala jumlah keseluruhan Jin ialah satu persepuluh daripada jumlah keseluruhan Malaikat. Jumlah keseluruhan Malaikat hanya Allah dan Rasulnya sahaja yang lebih mengetahuinya. 

Alam kediaman Jin ialah di lautan, daratan, di udara dan di Alam Mithal iaitu suatu alam di antara alam manusia dan alam malaikat. Jika di berikan oleh Allah kepada kita melihat Jin, sudah tentulah kita akan melihat jarum yang dijatuhkan dari atas tidak akan jatuh ke bumi tetapi hanya jatuh di atas belakang Jin, disebabkan terlalu banyaknya jumlah mereka.

Sebab itulah orang-orang tua kita selalu berpesan supaya anak-anak segera balik ke rumah apabila telah tiba waktu Maghrib dan pintu serta tingkap rumah mesti di tutup, supaya tidak dimasuki oleh Syaitan dan Iblis.

Sebagaimana sebuah Hadis yang telah diriwayatkan oleh Imam Bukhari daripada Rasulullah S.A.W. yang bermaksud:

“Apabila kamu menghadapi malam atau kamu telah berada di sebahagian malam maka tahanlah anak-anak mu kerana sesungguhnya syaitan berkeliaran ketika itu dan apabila berlalu sesuatu ketika malam maka tahanlah mereka dan tutuplah pintu-pintu rumahmu serta sebutlah nama Allah, padamkan lampu-lampu mu serta sebutlah nama Allah, ikatlah minuman mu serta sebutlah nama Allah dan tutuplah sisa makanan mu serta sebutlah nama Allah (ketika menutupnya)”

Hadis di atas bermaksud bahawa Jin dan Syaitan akan tidur di waktu siang dalam cahaya dan sinar sehingga menjelang petang, di mana pada waktu itu mereka berkeliaran mencari rezeki dan makanan, baik lelaki maupun perempuan, samada yang dewasa atau kanak-kanak. Aishah r.a menceritakan bahawa Nabi S.A.W. apabila mengadu sakit, Baginda S.A.W. akan membaca ke atas dirinya surah al-Falaq dan al-Nas kemudian menghembuskannya. (Mafhum hadis riwayat Muslim)

# Sentiasa berzikir kepada Allah # Apabila menuang air panas, sebutlah Allah atau membaca “istia’zah” ﺃَﻉُﻭْﺫُ ﺑِﺎﻟﻠﻪ ﻣِﻦَ ﺍﻟﺸَّﻴْﻄَﺎﻧِﺎﻟﺮ ِﻢْﻴِﺟَّ dan “Basmalah” ﺑﺴﻢ ﺍﻟﻠﻪ ﺍﻟﺮﺣﻤﻦ ﺍﻟﺮﺣﻴﻢ

Dua lafaz ini adalah amat penting dalam kehidupan setiap Muslim lelaki atau wanita. Ia hendaklah diamalkan sepanjang masa walaupun wanita itu dalam keadaan uzur syarie (period). 

# Jangan menuang air panas dalam tandas kerana tandas adalah tempat jin dan syaitan. Begitu juga ke dalam lubang. 

# Apabila masuk bilik yang gelap, sebutlah “Bismillah”. 

# Jangan kencing ke dalam lubang kerana ia tempat tinggal jin. 

# Jangan tidur seorang diri. Jika terpaksa tidur serorang diri, maka hendaklah berwuduk dan membaca zikir tidur. 

# Jangan menyakiti anjing atau kucing. 

# Jangan membunuh ular yang berada di rumah. Hendaklah memberi amaran selama tiga hari.

# Jangan berjalan seorang diri di padang pasir atau hutan belantara.

# Mengamalkan bacaan surah-surah pilihan seperti surah al-Ikhlas, surah al-Falaq, surah al-Nas dan ayat Kursi.

# Hidupkan suasana al-Quran di dalam rumah.

# Menyebut zikir ﻻ ﺇﻟﻪَ ﺇﻻّ ﺍﻟﻠّﻪُ seratus kali setiap hari. 

Dalam hadis diceritakan bahawa sesiapa yang membawa seratus kali : "Tiada Tuhan selain Allah “Tiada tuhan selain Allah. Allah yang Esa tiada sekutu bagi-Nya. Bagi-Nya kerajaan dan segala pujian. Dan Diaberkuasa atas tiap-tiap sesuatu.” Maka antara fadilatnya ialah diperlihara daripada syaitan pada hari itu. (Mafhum hadis riwayat Bukhari).

# Sentiasa membaca ayat-ayat yang mengandungi makna bagi membatalkan sihir seperti surah al-A’raf: 118- 119, surah Taha: 69.

# Makan ubat tertentu seperti tamar. Sabda Nabi S.A.W. yang bermaksud:

“Sesiapa yang makan setiap pagi buah tamar ‘Ajwah maka tidak akan memudaratkannya oleh racun dan sihir pada hari itu hingga malam hari”. (Mafhum hadis riwayat Bukhari).

Semoga bermanfaat diketahui. Allahu'alam.

Wassalam

- zulsegamat

~ published by RVK/ dari page The Major


Bahan bacaan tambahan yang lain :-

Sunday, 14 February 2021

Hantu Purdah

 Arkib : 14 Februari 2020


Masih Ingat lagi Kisah HANTU PURDAH yang pernah menggemparkan Malaysia pada tahun 1996 ?? 

Cerita ni memang famous sekitar tahun 1996, masa ni aku baru darjah 5, selepas heboh kisah HANTU LILIN yang pernah mengemparkan Tanah Air, pada tahun 1995 ,(yang aku baru posting semalam), Pada tahun 1996 kini muncul pula Sosok baharu, iaitu HANTU PURDAH, ini zaman belum ada Internet jadi bila dengar cerita macam ini keluar di Media masa orang kita ni cepat terpengaruh. sebab waktu tu saluran kita hanyalah Televisyen, Radio dan Surat Khabar.

Kita kenali serba sedikitlah pasal hantu purdah ni. Sebenarnya, dia ini gadis bukan hantu. Tapi memandangkan dia ini ada buat perjanjian dengan syaitan, jadi penampilan dan wajahnya memang tak sama macam manusia. dia akan memburu 44 anak dara sunti bagi mengembalikan wajahnya yang telah buruk seperti sedia kala! Cerita dia macam ni, hantu purdah ni berkisarkan tentang seorang gadis yang sedang menuntut di sebuah IPT di Malaysia. Malangnya, gadis ni kononnya selalu dipinggirkan oleh kawan-kawan dia (konon-kononnya masa itu kawan-kawan dia semua cun tak nak kawan dengan dia). Oleh yang demikian, si gadis ni telah membuat keputusan terburu-buru untuk menjadi cantik!

Lalu dia telah bertemu dengan seorang bomoh yang pakar dalam ilmu hitam. Dipendekkan cerita, dia menuntutlah ilmu hitam itu. tetapi, ada syarat yang harus gadis ini patuhi sebelum mendapatkan wajah yang cantik. Dia tidak boleh melihat cermin maksudnya dia tak boleh tengok sedikit pun paras wajahnya di hadapan cermin selama 44 hari. Jadi setelah gadis ni mengamalkan ilmu itu selama beberapa hari kemudian, para jejaka-jejaka terkejut dan tertawan dengan kejelitaannya. Masa itu gadis ini memang excited sangat sebab ilmu yang dia amalkan itu menjadi! Tapi, itulah disebabkan terlalu tak sabar dan obses dengan kecantikan, dia telah melanggar pantang yang telah ditetapkan. Dia melihat cermin untuk mendapat kepastian, adakah wajahnya benar-benar telah menjadi jelita. Oleh yang demikian, bertukarlah wajahnya menjadi sangat hodoh! Separuh dari tubuh dan wajahnya menjadi buruk akibat melanggar pantang.

Lalu dia telah memakai purdah untuk menutupi wajahnya yang telah menjadi hodoh! Gadis itu kemudian bertemu kepada bomoh itu untuk mengetahui cara mengembalikan wajahnya semula. bomoh tu memberitahunya, jika gadis itu ingin wajahnya kembali seperti asal, maka dia harus meminum darah daripada 44 anak dara. Bermulalah hantu purdah merayau-rayau untuk mencari 44 anak dara...

Pada zaman itu memang hebohlah terutama sekali budak-budak remaja perempuan memang tak berkeliaran waktu Asar dan Maghrib, sebab takut menjadi mangsa si HANTU PURDAH ini, 

Hantu ini lain macam sikit, kau baca ayat suci pun dia tak lari (nama pon manusia) jadi cara untuk mengelakkan hantu ini adalah berkurung di rumah. memang masa itu igauan mimpi ngeri lah bagi gadis-gadis yang melalui zaman itu.

Lebih mengemparkan pada masa itu, si wanita ini kononnya memburu mangsa ketika waktu malam dan awal pagi dengan menaiki kereta kancil berwarna merah.. selain itu juga, si wanita ini yang kononnya berpurdah untuk menutup mukanya yang hodoh itu.. cerita ini berkembang dari hari ke hari, merentasi negeri dan lautan dan lebih menghairankan ceritanya dijadikan muka depan Akhbar Harian Metro semacam menjadikannya sebagai cerita nasional pada waktu itu..

Ibu kepada Hantu Purdah ini membuat pendedahan di Akhbar Harian Metro mengenai anaknya iaitu seorang gadis yang berasal dari pantai timur yang kononnya telah melanggar pantang bersusuk yang mengakibatkan mukanya menjadi hodoh..

Selepas berita mengenai dirinya tersebar di media masa, Kononnya si gadis tersebut telah melarikan diri ke Sabah dan Sarawak untuk mencari mangsanya apabila kisahnya telah diketahui umum, dan ianya juga telah dilaporkan oleh akhbar-akhbar keluaran di negeri-negeri ini yang menambahkan lagi ketegangan dan kerisauan ibu bapa yangg mempunyai anak-anak gadis belasan tahun walaupun ianya hanyalah sekadar khabar angin sahaja..di tambah lagi dengan cerita mulut ke mulut yang menakutkan oleh orang ramai, menambahkan lagi rencah dan misterinya cerita ini..

Aku tak tau apa penyudah cerita ini sebenarnya, tiba-tiba kisah ini terus lenyap dan terhenti macam itu saja selepas keluar kenyataan dari seseorang dari pihak kerajaan rasanya (tak ingat dan tak pasti).. tapi aku ada dengar jugak yang kononnya cerita ini hanyalah sebuah cerita spekulasi yang saja direka oleh pihak-pihak tertentu dan kemudian diprovok oleh akhbar metro .. tujuan mereka buat macam itu adalah untuk menakut-nakutkan para remaja terutamanya anak-anak gadis pada masa itu, 

Pada masa itu juga isu BOHSIA dan BOHJAN menjadi-jadi dan sangat teruk sehinggakan tak dapat di kawal lagi.. kononnya.. 

Wallahualam Bissawab..... 

P/S : Gambar (Sekadar gambar hiasan)


Hantu Kum Kum - Lagenda Yang Misteri

Sunday, 5 July 2020

"Tak ada lagi orang mati kena..."

"Tak ada lagi orang mati kena cekik hantu"


Gambar yang dirakamkan sewaktu kejadian malam yang sunyi

Alahai, kenapalah malam-malam ini juga gambar perempuan berambut panjang kain putih yang keluar. Meremang bulu roma.

Apa nak buat jika terserempak kelibat putih? Orang tua dulu-dulu suruh londeh seluar - "Tak ada lagi orang mati kena cekik hantu”

BAGI mana-mana individu yang pernah berdepan peristiwa mistik, pengalaman itu pastinya sentiasa menghantui mereka. Malah, kita sejak kecil juga sudah tentu sering disajikan dengan pelbagai cerita hantu oleh ahli keluarga dan rakan-rakan.

Terbaharu, satu posting mengenai hantu yang dibuat menerusi laman Facebook Saya Anak Perlis ternyata mencuri tumpuan ramai.


Gambar lokasi hutan yang menjadi tempat persinggahan entiti dan makhluk halus

"Jujur. Hangpa kalau jumpa ni hangpa buat apa?" soal seorang wanita menerusi posting itu.
Pada masa sama, dia turut menyertakan sekeping foto seorang penunggang motosikal yang terserempak dengan satu entiti mistik berpakaian serba putih di sebuah jalan yang sunyi.

Sehingga kini, lebih 800 pelayar Facebook memberi komen mengenai tindakan yang akan dilakukan jika mereka berdepan peristiwa seperti itu. Selain berkongsi kisah masing-masing, ada yang turut memberikan pelbagai cadangan.

Ada yang memberi cadangan agar individu berhadapan situasi itu membaca doa dan ayat al-Quran, ada pula yang beranggapan lebih baik meneruskan perjalanan tanpa menghiraukan kelibat itu.

PELAYAR FACEBOOK

Gambar antara pendapat-pendapat daripada pelayar di Facebook

"Ish jadi kat aku, nak lari nak u-turn nak pengsan jadi serba tak keruan".

"Berhenti dan lihat dengan hati-hati. Minta berlindung kepada Allah. Baca ayat Qursi sampai dia ghaib. Berlalu pergi walau dalam keadaan takut".

"Orang tua dulu-dulu kata kalau nampak hantu londeh seluar".

"Tak ada lagi orang mati kena cekik hantu... kalau tak percaya pergi dekat dia berhenti pasti dia akan hilang cuba buat kalau tak percaya".

"Kalau sorang aku patah balik. Kalau dua orang ke atas sumpah aku langgar," tulis beberapa netizen.

Selain itu, ada yang turut berjenaka kononnya mahu mengajak entiti mistik tersebut untuk naik motor bersama.

"Ajak naik motor. Kesian tengok duduk tengah jalan".

"Nak suruh dia tumpang je. Kesian dia".

"Minta nombor ekor," tulis seorang lagi netizen secara berjenaka.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Wednesday, 1 July 2020

4 Haiwan Lagenda...

4 Haiwan Lagenda Mitos Yang Terkenal di Malaysia


5 Makhluk Lagenda Dalam Cerita Rakyat Malaysia


Haiwan mitos dan misteri sangat sinonim dalam kalangan masyarakat kita sehingga kisahnya ada diceritakan dalam cerita rakyat. Haiwan ini dikatakan masih ada dalam negara kita kerana tiada pertemuan mayat atau makhluk ini hanyalah mitos yang dipercayai oleh masyarakat zaman dahulu yang dikatakan menyimpan dendam terhadap manusia.

Di sini dikongsikan empat haiwan legenda mitos yang terkenal di Malaysia.

1. Bujang Senang

Negeri Sarawak sangat terkenal dengan habitat buayanya yang banyak. Antara sungai yang terkenal adalah sungai Batang Lupar yang menyimpan pelbagai kisah dan rahsia. Di sini jugalah kita diingatkan dengan kisah si Bujang Senang, seekor buaya ‘gergasi’ yang pernah mengganas suatu masa dulu. Bujang Senang dikatakan berasal daripada seorang manusia yang disumpah.

Menurut legendanya, buaya ni berasal daripada seorang pahlawan Iban bernama Simalungun. Dikatakan Simalungun ini sangat terkenal sebagai seorang pahlawan di zaman mengayau (potong kepala) dan musuh-musuhnya tidak mampu mengalahkannya kerana mempunyai ilmu kebal. Dia dan isterinya disumpah menjadi buaya. Akibat menyimpan dendam yang sangat membara, bujang senang berjanji akan membunuh semua keturunan yang membunuh mereka.

Ada kepercayaan yang menyatakan Bujang Senang akan mencari mangsa yang berbangsa Iban. Setelah bertahun-tahun membuat onar, akhirnya pada tahun 1982, penduduk tempatan telah berjaya menangkap Bujang Senang. Tubuh badannya sepanjang 19 kaki. Namun begitu, ramai yang masih percaya yang ditangkap dan dibunuh itu bukan Bujang Senang tetapi isterinya. Justeru, mereka percaya Bujang Senang masih berkeliaran atau masih bersembunyi.

2. Ular besar menjaga perairan Langkawi

Kisah raksasa digelar ‘ular besar’ dimuatkan dalam buku Malay Kingship in Kedah: Religion, Trade, and Society. Pegawai tentera British Sherard Osborne yang terbabit dalam perang Kedah pada sekitar 1838, pernah mencatatkan satu kisah pelik mengenai kewujudan seekor haiwan raksasa di Langkawi. Pada zaman silam, kisah itu diceritakan oleh seorang penduduk tempatan dan cerita itu turut membabitkan upacara mengorbankan manusia untuk dijadikan makanan haiwan ganas berkenaan.

Sebelum ketibaan Islam di Kedah, raja yang ingin menaiki takhta di negeri itu perlu mengorbankan puterinya kepada ular tersebut sebagai balasan haiwan ganas itu akan menjaga keselamatan perairan Kedah daripada ancaman musuh. Apabila Islam tiba di Kedah, raja dan penduduk negeri itu menganut agama Islam dan upacara mengorbankan manusia kepada ular besar akhirnya dihentikan. Bagaimanapun, tindakan itu menimbulkan kemarahan ular raksasa itu. Selepas lama mencetuskan angkara, akhirnya muncul seorang ulamak yang cuba membantu menamatkan kezaliman makhluk kejam itu.

Sebaik tiba di sarang ular itu, beliau mengambil wuduk, memakai serban hijau, menjunjung al-Quran dan berdoa supaya ular besar berkenaan mati atau diusir dari kawasan itu. Sebaik melihat kelibat ulama terbabit, ular besar mula menyerang dan menelan jasad tokoh Arab itu. Bagaimanapun, sesuatu tidak diduga berlaku apabila ular besar berkenaan menggelupur kesakitan. Dalam keadaan terseksa, ular besar tersebut melarikan diri ke arah gunung di pulau berkenaan dan tidak pernah muncul mengganggu manusia lagi.

3. Sang Kelembai

Sang Kelembai dipercayai mempunyai kuasa sakti yang boleh menyumpah sesiapa sahaja menjadi batu. Sang Kelembai biasanya berada di dalam hutan dan pantang kepada bunyi bising. Jika Sang Kelembai tertarik dengan bunyi tersebut, Sang Kelembai akan menegur. Manusia atau binatang yang ditegur akan menjadi batu. Terdapat beberapa pandangan tentang kewujudan Sang Kelembai.

Contohnya di Perak kawasan Perak Tengah yang dikatakan bahawa Sang Kelembai juga berada disana. Menurut cerita orang tua-tua, Pekan Batu Gajah Perak mengambil nama daripada sekumpulan gajah yang disumpah ketika berada di kawasan tepi sungai Perak. Kononnya pada waktu itu Sang Kelembai sedang tidur dan terus menyumpah kawanan gajah itu kerana membuat bising. Begitu juga dengan Pekan Kampung Gajah di Teluk Intan, Perak yang mendapat nama daripada batu di kaki Bukit Tun

ggal yang menyerupai bentuk gajah. Kisahnya juga dikatakan sama. Kewujudan batu berbentuk gajah di situ kerana gajah yang banyak itu telah membuat bising dan Sang Kelembai yang tidak suka dengan suasana bising, telah menegur gajah-gajah tersebut. Akibatnya gajah tersebut telah bertukar  menjadi batu.

4. Naga Tasik Chini

Menurut legenda tempatan, Tasik Chini didiami oleh seekor naga. Diceritakan kisah 2 lelaki yang bertapa dan ilmu yang diamalkan oleh mereka itu akan menukarkan mereka menjadi seekor naga. Pertapaan selama ratusan tahun itu akan berakhir setelah sisik naga bertukar menjadi keemasan. 2 ekor naga tersebut dinamakan Sri Pahang dan Sri Gumum.

Mereka bertapa di dalam tasik tersebut sehingga ada perjanjian di antara manusia dan hidupan tasik tersebut agar tidak saling merosakkan di antara satu sama lain. Maka semua makhluk disitu hidup aman damai tanpa sebarang masalah. Akhirnya, Sri Pahang keluar menentang Sri Kemboja kerana Sri Kemboja telah menggangu keamanan negeri Pahang. Pergelutan diantara mereka sehingga akhirnya Sri Kemboja hampir tertewas.

Sri Kemboja terpaksa menyelamatkan dirinya dengan bersembunyi dicelah-celah gua di dalam laut. Kaum asli jakun yang tinggal sekitar Tasik Chini, menyakini bahawa bentuk alur yang terdapat di tebing Tasik Chini ini merupakan tempat ular besar itu bertapa dengan panjang mencecah 200meter yang bermula dari tebing sungai, menganjur hingga ke kaki bukit berdekatan.

Ketika bertapa, seluruh badan ular tersebut tertimbus oleh tanah termasuklah kepalanya sekali. Hanya kelihatan lubang hidungnya dipermukaan tanah. Ia makan dengan cara menyedut haiwan-haiwan yang lalu berdekatan dengannya. Bunyi dengusan hidung ular itu kadangkala boleh didengari oleh penduduk setempat. Apabila cukup tempoh pertapaan, empat kakinya akan tunbuh dan ular tersebut bertukar menjadi naga. Bagaimanapun, kesahihan cerita ini masih lagi menjadi tanda tanya dan menurut kisah naga yang mendiami tasik ini telah pun mati sekian lama dahulu.

Benarkah wujud makhluk mitos ini? Bukan satu fakta tetapi satu persoalan yang menarik. Jika anda tanya kepada kebanyakan orang mesti ada mengatakan kisah-kisah legenda ini mengarut. Tetapi jika difikirkan semula, mungkin apa yang diceritakan ini ada kesahihannya, namun mereka ini tidak semestinya seekor haiwan tetapi mungkin menyerupai jin. Mungkin betul dan mungkin tidak. Apa yang penting, kita jangan terlalu taasub kerana mungkin juga ada kisah rakyat yang hanya rekaan untuk menghiburkan semata-mata.

Sumber:
Siti Hanida Binti Harun adalah pelajar Fakulti Filem, Teater dan Animasi (FiTA) UiTM.
Dr. Mohd Syuhaidi Abu Bakar adalah Pensyarah Kanan dan Timbalan Dekan Penyelidikan dan Jaringan Industri (FiTA) UiTM

Kredit Video Kupi2 Go

Misi ReBRANDing SEJARAH & AKHIR ZAMAN by @izzuddin.al.jitrawiy
.
#batalionalmahdi #imammahdi #ufuktimur#melayu #tanahmelayu #berdaulat #malaysia #sejarahmelayu #sejarah #sejarahmisteri #kiamat #remaja #izzuddinaljitrawiy #ilmuakhirzaman #hangtuah #trending #eskatologi #viral #global #sebarkan #anakmuda #belia #jomrepost #jomsebar #jomshare #jomkongsi

Monday, 25 May 2020

RUMAH SEWA BERPUAKA

"RUMAH SEWA BERPUAKA"

Saya nak share pengalaman umah sewa yang kami suami isteri duduk dari 2018-2019
Yang tak nak percaya terpulanglah, Ini pengalaman saya sendiri
Umah sewa dekat Taman Desa Jaya, Johor.
Rumah teres 2 tingkat, 2 bilik air dan bilik ada 3. RM650
Bagi korang murah Tak?

First duduk dia dah bagi pengenalan dulu, suami kat tingkat atas, sy pulak dekat dapur, konon nak masaklah.tengah basuh-basuh beras...tiba-tiba saya dengar bunyi yang buat bulu. Roma saya naik. Bunyi dia sebiji macam bunyi ayam belanda. Kalau korang nak tahu dengarlah sendiri..

Selepas-selepas itu, barulah dia mula kacau dengan lagi dashyat, setiap pagi pukul 8.akan bunyi orang ketuk-ketuk dekat dinding bersebelahan dengan tempat sembahyang cina yang diaorg suka letak dekat dinding itu. Sebelum kitaorang duduk, orang cina yang duduk.Dari apa yang agent cakap dulu, Cina Singapore yang duduk. Jadi jaranglah kot balik. Saya letak cermin dekat atas itu. Ada yang turunkan.siap terbalikkan cermin itu. Dari situ saya dah mula tak sedap hati.

Saya masak nasi dalam tengahari. Petang saya nak makan. Kira nak repeat balik nak makan, lapar 😂. Nasi itu dah tinggal separuh..tapi ada orang tuang air dalam itu. Antara permukaan nasi airnya separuh dari nasi itu.saya siap panggil suami turun tengok sendiri..suami pun macam pelik. Siapa yang masuk rumah tuang air dalam nasi, sedangkan rumah dah kunci. Benda ini jadi 2 , 3 kali.

Bawang baru beli, lepas 3 hari jadi busuk, berair dan hitam. Ini duduk dekat rumah sekarang, bawang elok sahaja walaupun dah 3 hari. Saya sakit hati sebab dia usik makanan kita. Bila dah jadi macam itu kena beli lagi.

Bilik pulak dekat atas.1 buat lepak-lepak,1 buat bilik pakaian.almari yang saya guna. Almari kain Ada 3. 2, 3 bulan saya letak elok sahaja. Sampai satu malam itu nak naik atas nak ambil baju..3 almari kain tu 3-3 jatuh roboh habis..

Panggil suami naik atas tengok..dia cakap siapa yang buat ni. Manalah tahu. Dia roboh macam ini pun.kita tak ada dengar bunyi besi-besi dia jatuhkan.

Banyak lagi yang kami kena sebenarnya. Sampai suami saya, yang tak percaya benda-benda hantu ini, pun naik takut. Terus ajak pindah. Suruh tanya agent nak pindah boleh tak. Agent pun macam pelik kenapa nak pindah.

Sebab baru sign agreement tambah lagi setahun duduk rumah itu. Saya bagi alasan saya sendiri. Dia cakap boleh pindah. Tapi sampai hujung bulan. Deposit 2 bulan burn. Kami bincangkan balik. Burn-burnlah deposit janji kami suami isteri selamat..

Lagi kami suami isteri kuat hati nak pindah bila saya dapat tahu dari jiran..

Nanti saya cerita sebab dah panjang sangat ini karangannya😂. asalamualaikum.selamat malam




Sumber :

Sunday, 24 May 2020

MISTERI LEBUHRAYA...

SLOT KISAH SERAM .

MISTERI LEBUHRAYA SENAI DESARU (E22)


kisah oleh :: Mohd Fais Adin (kelab cerita hantu malaysia)

Bagi yang tak tahu, lebuhraya sepanjang 77 km yang merentasi selatan Johor ini menghubungkan Senai di barat dan Desaru di timur. Mula dibuka pada tahun 2009 namun sehingga kini, jumlah kenderaan yang menggunakan lebuhraya ini belum mencapai kapasiti anggaran.

Pendek kata, masih lengang.

Ada banyak faktor yang menjadi polemik berkenaan sambutan dingin para pengguna jalanraya, antaranya ketirisan dana, kualiti turapan dan harga bayaran tol yang tinggi, namun di kalangan orang tempatan, perkara yang sering dibisikkan adalah tentang kejadian paranormal.

Aku tak mahu cerita apa yang disampaikan dari mulut ke mulut kerana ia entah betul entah tidak. Aku cuma berhasrat kongsikan pengalaman aku sebagai salah seorang pengguna tetap lebuhraya misteri ini.

11 malam, Khamis, 5 Mac 2015.

Aku ingat benar tarikh itu kerana malam itu bulan mengambang penuh. Namun hari tersebut bukan purnama biasa. Malam itu Lunar Apogee. Pernah dengar fenomena Lunar Perigee (Supermoon) di mana bulan mengambang lebih besar daripada biasa?

Lunar Apogee adalah fenomena berlawanan dengan dengan fenomena Lunar Perigee, iaitu bulan penuh ketika jaraknya paling jauh daripada bumi.

Pada malam istimewa itu, aku memandu di LSD arah timur, menuju ke arah Pasir Gudang. Walaupun bulan purnama malam itu boleh dikatakan gelap. Remang cahaya bulan tak begitu cerah seperti purnama lain. Tambahan pula tiada kenderaan lain di atas lebuhraya, arah timur mahupun barat.

Sunyi.

Ketika melewati kilometer 33 (KM33) tiba-tiba aku ditenggelami perasaan seram. Jantung aku berdebar-debar. Mulai KM33-KM37, LSD merentasi sebuah kawasan tadahan air yang membekalkan air bersih pada penduduk Johor Bahru. Ia yang terbentuk apabila air Sungai Layang dibendung oleh Empangan Sultan Iskandar.

Selain Jambatan yang merentasi Sungai Johor, kawasan yang dikatakan paling keras di LSD adalah di sepanjang 4 km ini. Jika kau lewati kawasan in tanpa pernah dengar tentang kisah-kisah angker mengenainya, kau tetap akan rasa suasana yang kurang tenteram.

Klaustrofobik.

Mungkin kerana sepanjang 4 km ini dibenteng oleh tembok konkrit yang merupakan sebahagian konstruksi Pollutants Removal System (PRS). Seandainya berlaku kemalangan di kawasan ini yang melibatkan limpahan bahan beracun seperti minyak atau bahan kimia, sistem ini akan mengelakkan bahan tersebut daripada mencemar tadahan air bersih.

Sepanjang memandu di bentangan lebuhraya yang dilabel berpuaka ini, aku hanya fokuskan penglihatan ke atas tarmak. Bimbang jika curi pandang sana-sini, ternampak pula sesuatu yang tak diingini. Lagipun aku perlu berhati-hati kerana lebuhraya ini beralun dan berlubang-lubang macam permukaan bulan.

Sebaik sahaja aku melepasi KM35, aku terlihat segitiga merah di lorong kecemasan, seraya aku menekan brek. Entah kerana aku beri reaksi begitu pun aku tak tahu. Segitiga amaran itu bukannya di laluan aku, ia di laluan kecemasan. Aku hanya turutkan naluri.

Beberapa meter di hadapan segitiga merah yang memantul cahaya itu, pegun sebuah Perodua Kenari berwarna merah. Ketika itu kereta aku sudah pun perlahan dan apabila melewati di sebelah kenderaan itu, aku ternampak ada kelibat manusia berdiri di atas bumbungnya.

Mata ku gosok, lantas pandangan diacukan ke cermin sisi sebelah kiri. Melalui cermin kecil itu, samar-samar cahaya bulan mengesahkan ada seseorang berada di atas kenderaan buatan tempatan itu.

Berderau jantung aku. Remang bulu roma. Aku mula terbayang mahkluk yang sering diperihalkan dalam kisah-kisah penampakan di Lebuhraya Karak, namun imiganasi aku tertampa setelah mendapati kelibat itu berbaju tee cerah dan berseluar pendek, serta susuk tubuh dan gayanya kelihatan sungguh maskulin.

Itu seorang lelaki dan ditangan kanannya ada sumber cahaya yang aku kira telefon bimbitnya.

Pedal brek dipijak. Aku segera menghentikan kereta lalu tombol gear di anjak ke ‘R’. Berpandukan lampu undur kereta aku mengundur menghampiri Perodua Kenari itu.

Menerusi cermin pandang belakang, aku lihat kenderaan itu dan pemiliknya dilimpahi cahaya kuning lampu undur dan merah warna lampu brek kereta aku. Aku segera brek apabila terlihat lelaki itu memberi isyarat untuk berhenti. Ketika itu jarak aku daripada keretanya, dalam 20 meter.

Gear ditolak ke 'P', tuil brek aku tarik, lantas aku buka pintu dan keluar dari perut kereta.

“Ada apa-apa saya boleh bantu?” soalku sambil melangkah lebih dekat ke arah Perodua Kenari itu.

“Stop! Stop! Jangan datang dekat!” balasnya.

“Jangan risau. Saya cuma nak tolong.” ujarku. Mungkin dia risau jika aku ingin ambil kesempatan atas musibah yang dia alami. Bimbang aku ni perompak atau penjenayah. Sejujurnya aku ada perasaan wasangka begitu. Aku juga harus berwaspada.

“Saya faham, tapi jangan datang dekat.” pekiknya. Jarak kami lebih kurang 20 kaki, dan dia berada di atas kereta, jadi perlu tinggikan suara sedikit untuk berkomunikasi.

“OK! Apa-apa saya boleh bantu?”

“Boleh tolong telefon pihak konsesi LSD? Telefon saya tak ada line.”

Aku keluarkan telefon bimbit daripada poket seluar dan terus periksa paparan liputan signal rangkaian telefon di penjuru juru atas skrin. Dahi aku berkerut apabila lihat ikon bulatan dengan palang diagonal yang terpampang di skrin.

“Telefon saya pun tak ada line!” beritahu aku pada lelaki di atas Kenari.

“Cuba tengok dalam kereta saya, ada apa-apa tak?” soalnya.

“Hah?” responku. Keliru dengan soalannya. Aku tak pasti apa yang dia maksudkan dengan “apa-apa”.

“Maksud saya, ada binatang ke, orang ke, atau… “ penjelasan ianya terhenti.

“Atau apa?” soalku.

“...you know. Anything” balasnya dengan jawapan yang equivokal. Mengharapkan aku tahu apa yang cuba disampaikan tanpa dia perlu nyatakan secara definitif.

“Tak ada! Kereta encik apa masalahnya?” kataku.

Dia beritahu, semasa dia melewati KM34, dia terlihat ada sesuatu memanjat dari tembok konkrit, lalu melintas dihadapan keretanyanya. Kelibat itu merayap seperti seekor biawak. Namun kepalanya kelihatan sedikit ganjil. Lonjong, dan bukan leper. Memandangkan benda itu telah terlalu dekat, pemandu berkenaan terpaksa buat brek kecemasan. Berciut tayar kereta itu ketika bergeser dengan bitumen. Dia gambarkan bunyi itu seperti wanita meroyan berteriak. Bulu romaku meremang membayangkannya kata-katanya itu.

Haiwan yang melintas itu terkejut mendengar bunyi tersebut, lalu sepantas kilat ia cuba berpatah balik ke sisi jalan.

BOOM!

Tiba-tiba pemandu Kenari itu hilang kawalan ke atas kenderaannya namun berjaya mengemudi kenderaannya ke lorong kecemasan dan akhirnya berhenti di situ. Apabila turun dari kereta, dia terus memeriksa kenderaannya. Dia khuatir terlanggar haiwan itu, namun tiada tanda-tanda pelanggaran berlaku. Keretanya hilang kawalan kerana tayar hadapan sebelah pemandu meletup.

“OK OK. Lepas tu apa jadi? Tak payah cerita terperinci sangat. Apa kata encik turun dari bumbung kereta! Peliklah berbual begini.” kataku memotong ceritanya.

“Saya tak nak turun. Abang dengar dulu!”

“OK!” balas aku polos.

Dia cerita lagi. Dalam perjalanan kembali ke kereta setelah dia letakkan segitiga amaran kecemasan, dia terdengar bunyi sesuatu bergerak gerak di sebalik tembok konkrit di sisi jalan raya. Dijengah-jengah, namun tiada apa yang dapat di lihat. Sinar bulan tak cukup terang. Lampu belakang keretannya pula terlalu merah. Maka dia abaikan dan terus mengorak langkah ke keretanya.

Skreek! Skreek! Skreek!

Terdengar lagi bunyi geseran itu di belakangnya. Kini lebih jelas. Apabila dia menoleh kebelakang, hanya segitiga merah yang dipasangnya itu kelihatan di atas tarmak. Utuh di situ. Tidak terusik. Maka, dia anggap bunyi itu khayalan mindanya sahaja.

Setelah mundar mandir berhampiran keretanya buat seketika, baru dia terfikir untuk menelefon pihak konsesi lebih raya. Pada mulanya dia terfikir mahu telefon pihak insuran keretanya, namun dia tak simpan no telefon pihak insurans di dalam kereta. Kad yang diberi oleh jurutol di ambil daripada konsol di papan pemuka kereta. Di beleknya kad itu.

E22 Hotline : 07-8612222

“Jadi, awak call nombor tu?” potong ku lagi. Semakin meleret cerita dia.

“A’ah! Tapi tak dapat. Sebab tak ada line. Itu yang saya panjat atas bumbung ni!”

“Lah! Sebab tu je? Bikin suspen je lah.” ujarku separa mengeluh.

“Itu sebab saya panjat, tapi sebab saya tak nak turun, itu sebab lain!”

“Cepatlah cakap sebab apa? Saya tak ada masa nak dengar cerita panjang-panjang. Dah tengah malam ni. Saya ada urusan lain.”

“OK OK! Masa saya berdiri atas bumbung ni saya nampak ada benda panjat dinding konkrit dekat dengan tempat saya letak safety triangle tu. Lepas tu benda tu merangkak menghampiri kereta saya. Mukanya..”

Ketika ini jantung aku berdegup laju. Darah aku mulai berkumpul di dada. Bibir aku kebas. Namun bukan kerana cerita yang sedang disampaikan oleh pemandu Kenari tersebut, tetapi kerana di bawah keretanya aku ternampak ada sepasang mata yang berkilau memantulkan cahaya skarlet dari lampu belakang kereta aku.

Ia perlahan lahan bergerak keluar daripada bawah kereta dan apabila kepalanya terlah terjulur keluar dari bawah bampar kenari tu, jantung aku luruh ke abdomen.

Mukanya seperti wajah manusia tetapi lebih leper, umpama digilis sesuatu. Di mana seharusnya hidung, hanyalah rongga berbentuk segitiga yang dipisahkan ditengahnya dengan selapis membran. Dari rongga itu terjelir-jelir lidahnya, kadang kala terjelir juga dari mulutnya yang lebar dan dilengkapi barisan gigi yang simpang siur barisannya.

Ia merangkak keluar seperti seekor biawak yang kakinya terlampau panjang. Aku panik. Lutut aku terasa lemah. Terasa kaki ini bertukar menjadi tanah liat. Terliuk ditarik graviti. Aku terpaksa memegang sisi kenderaan aku untuk berundur menjauhi makhluk itu.

Melihat aku begitu, lelaki yang berdiri dia atas Kenari tadi berteriak, melaungkan nama Tuhan dan memohon perlindungan dari syaitan yang dilaknat.

Kalimah yang dilaunkan itu mengembalikan semula kudrat dalam tubuh aku. Aku menggagahkan kaki dan bergegas menuju semula ke kereta. Makhluk tadi mengekori aku. Pergerakannya kini seperti mawas yang sedang berlari dengan tangan dan kaki. Lebih laju dan lebih lincah.

Aku capai pemegang pintu, membukanya lalu melompat masuk ke dalam kabin. Kepala aku terhantuk di bingkai pintu kereta semasa aksi itu. Menjadikan telinga aku berdesing. Aku kekalkan fokus untuk selamatkan diri. Tak ada masa untuk mengaduh. Pintu, aku lekas-lekas kunci.

Gear aku tukar ke D, tuil handbrake dan pendikit minyak aku tekan hingga ke lantai. Roda kereta aku yang mempunyai pacuan belakang berputar beberapa pusingan sebelum meluncur ke hadapan dengan pecutan maksima.

Namun setelah beberapa detik, aku lepaskan pendikit minyak dan menghenyak pedal brek. Terlalu pentingkan diri jika aku melarikan diri dan meninggalkan lelaki tadi seorang diri tanpa bantuan.

Aku masukkan gear ke R, lalu mengundur sepantas mungkin. Di cermin pandang belakang, aku lihat makhluk yang tadi mengejar aku kini sedang cuba memanjat Kenari. Aku halakan bontot kereta aku dan memecut ke belakang sederasnya.

BANG!

Makhluk itu tercampak ke menjauhi belakang kereta aku setelah aku merempanya dengan halaju tinggi. Tergolek-golek ia lalu tersungkur menyembah bumi. Setelah memerhatikan ia tidak bergerak, aku membuka tingkap lalu berteriak.

“Apa lagi! Cepat naik kereta aku!”
.
.
.
Tiada respon. Aku jengah kepala aku keluar tingkap untuk meninjau lelaki yang berada dia atas Kenari yang kini berada betul-betul di sebelah kereta aku.

Tiada.

Lelaki itu tiada. Mana dia pergi? Dalam gelabah aku jeling semula cermin pandang belakang. Tangan aku menggeletar apabila aku lihat, apa yang aku langgar tadi sebenarnya bukan makhluk itu tetapi lelaki yang berbaju tee cerah dan berseluar pendek berkenaan. Jasadnya terkulai pegun 10 kaki dari kereta aku.

Tubuh aku longlai. Otak aku celaru. Akal aku membeku. Apa harus aku lakukan? Turun dan tolong lelaki yang aku langgar itu? Tak boleh! Makhluk Laknaktullah itu ada di luar! Jika aku tinggalkan lelaki itu, aku dikira langgar lari. Hidup lagi tak lelaki itu?

Aku jengah sekali lagi. Apa yang aku lihat berlaku buatkan aku nekad untuk tinggalkan tempat kejadian. Makhluk itu sedang menarik tubuh lelaki yang berlumuran darah itu ke sisi jalan lalu memukul bertubi-tubi. Lelaki itu langsung tidak memberi gerak balas.

Aku tekan pendikit minyak sekuat hati. Di paparan papan pemuka keluar ikon segitiga berwarna merah dan perkataan DTC menyala menandakan sistem kawalan cengkaman roda mengesan berlakunya wheelspin pada tayar belakang. Situasi ini selalunya berlaku apabila pemandu memecut serta merta daripada keadaan pegun.

“Macam mana ni? Aku dah bunuh orang! Aku dah bunuh orang!”

Sepanjang perjalanan ke susur keluar Pasir Gudang, aku cuba memikirkan apa yang harus aku lakukan sebaik sahaja sampai di plaza tol. Jika aku diamkan sahaja peristiwa ini, tiada sesiapa akan tahu. Semasa itu semua berlaku, tak ada satu saksi pun.

“Kalau lelaki tu tak mati, macam mana?”

Setahun berlalu. Aku tak laporkan peristiwa ini pada sesiapa. Setiap hari aku tunggu pegawai polis bertandang ke rumah aku. Aku tunggu mereka angkut aku ke lokap. Namun selepas satu bulan, tiada pun polis yang muncul, aku yakin lelaki itu telah mati dan tiada sesiapa tahu mengenainya.

Kerap juga aku belek surat khabar untuk periksa laporan berita yang melibatkan kematian pemandu Kenari di LSD. Tiada. Paling hampir pun, ia melibatkan sebuah kemalangan di KM15 lebuh raya itu. Kenari terbabas, kerana tergelincir akibat jalan raya basah. Pemandu itu terselamat.

Hari ini, aku buka rahsia ini kerana aku rasa berdosa. Keduanya, aku kini tak pasti apa yang aku alami itu benar-benar berlaku atau hanya khayalan minda aku. Aku harap ia adalah situasi kedua.

Apapun, jika kalian gunakan LSD agar berhati-hati di kilometer 33-37. Aku tak tahu apa yang aku jumpa itu. Namun, ada orang kata itu adalah khadam air yang ditempatkan oleh seorang pawang ketika empangan Sulatan Iskandar kering tak lama dahulu.

Ketika empangan itu kering, banyak orang merana kerana bekalan air asyik dicatu. Oleh itu ada penduduk tempatan memanggil pawang untuk kononnya memanggil air dan hujan. Pawang iberkenaan telah gunakan khadam makhluk halus untuk memenuhi hasrat itu, dengan syarat korban darah perlu diberi.

Mula-mula orang yang memanggil pawang itu akur. Korban sentiasa diberi seperti yang telah ditetapkan. Namun empangan itu tetap kering. Akhirnya kemelut air itu diselesaikan oleh Syarikat Air Johor (SAJ) dengan mengepam air dari sungai lain ke kawasan tadahan air itu. Setelah masalah itu selesai, upacara korban tidak diteruskan.

Justeru, kini khadam itu berkeliaran menagih darah yang dijanjikan pada bulan purnama setiap bulan. Jadi, berwaspadalah.

Nota: Ohya! Bukan di KM33-37 sahaja perlu berhati-hati, di Jambatan Sungai Johor itu pun ada kisahnya tersendiri.



Gambar : Laluan di kilometer 33-37

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...