Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Showing posts with label hukum. Show all posts
Showing posts with label hukum. Show all posts

Friday, 10 December 2021

Android Box

 
Decoder Android Box

Tadi (1 Disember 2021) mufti keluarkan fatwa yang hukum membeli Android Box yang di dalamnya ada kandungan atau mengakses content tv berbayar seperti Astro adalah haram.

Yer ramai orang beli Android Box sebab nak tengok movie dan Astro free.

Bila mufti keluarkan hukum maka ramailah melenting.

Orang Melayu Islam sendiri bukan main melenting, katanya mufti berat sebelah, katanya mufti sokong Astro sedangkan Astro  itu menindas pelanggan.

Sedih baca komen orang Islam kita ni. Dah kau tak nak dengar cakap mufti kau nak dengar cakap siapa?

Astro adalah siaran berbayar, tak kiralah dia ulang cerita beratus kali, dia mahal ke dia apa ke tapi content dia itu hak dia. Dia beli dari pengeluar konten dan dia tayangkan.

Kita ada pilihan untuk tidak langgan dan tidak tengok kalau kita rasa Astro menganiaya kita. Tapi sebab kita nak juga tengok Astro maka kita beli android box yang di dalamnya sudah ada apps astro yang di "hack" untuk kita akses siarannya.

Jadi sebab itulah hukumnya haram. Haram sebab siaran itu dicuri. Siaran itu hak milik Astro, kita pi tengok free tak berbayar semua channel dia, semua movie dia.

Kalau pun Astro tu pencuri dan penyangak, tindakan kita pergi curi pula dari penyangak itu tidak menjadikan perbuatan kita tadi harus. Ianya tetap haram, sebab mengambil atau menoton yang bukan hak kita. Hukumnya berdosa.

So, kalau kau rasa nak sangat tengok Astro maka langganlah. kalau rasa mahal kau langgan Netflix, atau Iflix, atau Unifi Tv atau apa sahaja? Tapi yang lain tak best macam Astro kan? So kau nak jugak Astro sebab ada Maharaja Lawak Mega?

Kau kalau jadi pengeluar content, atau content creator ni dan kau mengharap hasil langganan orang atau bayaran orang untuk tonton konten kau tapi orang pakat copy paste dan pakat tonton free. Sedih kau, kecewa wehh.

Ada pulak tukang download movie dan share untuk orang ramai dalam facebook dan telegram khas. Dah mencuri dan share pulak hasil curian dengan orang lain. Alasannya alahhh depa dah kaya, tak heran aihh dengan yang kita download ni.

Memang depa dah kaya, mungkin depa tak kisah pun. Tapi kita kisah tak dengan perbuatan kita?

Kisah tak kita dengan perbuatan "mencuri" itu?

Berkat tak hidup kita alau kita asyik mencuri?

Ada yang tak curi movie, tapi curi wifi pun ada. Guna untuk buat kerja, buat bisnes dan cari makan untuk anak dan keluarga. 

Gais, benda kecik-kecik ginilah yang kita selalu terlepas pandang.

Alah depa dah download penuh movie dalam Telegram tu, aku tumpang tengok jer. Semua cerita ada, K Drama banyak gila dalam tu wehh best. Bukan aku curi pun, depa download, aku tengok jer.

Kita tak rasa berdosa pun kan?

Aku pasti ramai yang tak setuju jugak dengan aku ni. 

Tapi takpelah. Aku bersetuju dengan mufti dan aku nyatakan pendirian aku sebagai seorang jahil dan muftilah sumber rujukan aku.

Aku dulu pun pernah jugak download lagu, software dan movie pirate ni.

Tapi aku insaf waktu aku duduk Jerman.

Aku tanya kawan dan jiran aku orang Jerman ni kenapa dia ni "ikut buku" (patuh undang-undang) sangat? Kenapa dia beli semua software, kenapa tak download jer lagu-lagu atau movie, kenapa nak beli dan langgan bagai, boleh dapat free kan? 

Dia jawab ringkas,

"God knows."

Fuhh terus macam kena pelempang kejap. Orang bukan Islam pun takut dengan tuhan. Aku?

Aku tak pernah anggap pun download movie atau software pirate tu berdosa. Aku tak pernah rasa aku mencuri. Tapi memang benar aku mencuri hasil usaha orang atau syarikat yang keluarkan software atau movie atau lagu dan sebagainya.

Jadi, aku tak download movie dah, aku bayar semua software yang aku guna untuk cari makan, tak download pirate dah, aku terminate Astro dah 11 tahun dan langgan Netflix. Aku tak download lagu dah, aku langgan jer Spotify. Bila rasa tak berguna bila jarang guna maka aku stop. Settle.

Benda undang kata tak boleh, aku tak buat. Benda yang kena bayar aku bayar. Tak mampu bayar aku tak beli, aku tak tengok. Duduk diam sudah.

Apa yang aku dapat?

Peace of mind. 

Tak mahu ada rasa bersalah dan berdosa mencuri itu lagi.

Sekian.

Khairul Abdullah

#superdaddy

https://www.facebook.com/729777276/posts/10159652920592277/

Tujuh Kali Pergi Usrah Sudah Pandai Tepis Fatwa?

https://www.youtube.com/watch?v=9zICUb0DFj8

Friday, 1 January 2021

HUKUM MAKANAN YANG DISANGKA HALAL...

Kaedah Feqah....

HUKUM MAKANAN YANG DISANGKA HALAL DAN SYAK PADA HALALNYA

Prof Madya Dato Dr Mohd Asri Zainul Abidin

1. Perbuatan menipu dalam perniagaan adalah haram tanpa syak. Jika menipu barang yang buruk dengan gambaran yang baik adalah haram dan Nabi s.a.w tidak mengaku pengikut baginda, apatah lagi menipu bahan yang haram dengan gambaran ia bahan yang halal. Pasti dosanya lebih besar.

2. Mana-mana pihak yang bersekongkol dengan penipuan daging yang haram ini, maka dia terlibat dalam dosa tersebut. Lebih ramai yang tertipu, lebih besar dosa yang ditanggung.

3. Pihak yang ditipu, sehingga menyangka bahan yang haram itu halal, tidak menanggung apa-apa dosa dan kesalahan di sisi agama. Hal ini seperti yang dinyatakan oleh ALLAH dalam al-Quran: 

وَلَيۡسَ عَلَيۡكُمۡ جُنَاحٌ فِيمَآ أَخۡطَأۡتُم بِهِۦ وَلَٰكِن مَّا تَعَمَّدَتۡ قُلُوبُكُمۡۚ وَكَانَ ٱللَّهُ غَفُورا رَّحِيمًا 

(maksudnya) “Dan kamu pula tidak dikira berdosa dalam perkara yang kamu tersilap melakukannya, tetapi (yang dikira berdosa itu ialah perbuatan) yang disengajakan oleh jantung hati kamu. Dan (ingatlah) Allah itu Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”

Nabi s.a.w dalam hadis : إِنَّ اللَّهَ قَدْ تَجَاوَزَ عَنْ أُمَّتِي الْخَطَأَ، وَالنِّسْيَانَ، وَمَا اسْتُكْرِهُوا عَلَيْهِ

“Sesungguhnya Allah memaafkan umatku atas kesilapan, lupa dan apa yang dipaksakan ke atasnya” (Riwayat Ibn Majah, Ibn Hibban dll. Ia disahihkan oleh al-Albani dan lain-lain).

Dalam al-Quran, ALLAH mengajar akan kita berdoa kepadaNYA supaya tidak diamabil tindakan ke atas apa yang kita lupa atau silap. 

Firman Allah :  رَبَّنَا لَا تُؤَاخِذۡنَاۤ إِن نَّسِینَاۤ أَوۡ أَخۡطَأۡنَاۚ

(maksudnya) "Wahai Tuhan kami! Jangan ENGKAU mengambil tindakan ke atas kami jika kami lupa ataupun kami tersilap"[Surah Al-Baqarah 286]

4. Berhubung dengan daging yang dihidangkan atau diberikan oleh seorang muslim tetapi diragui statusnya, hal ini telah dijelaskan dalam hadis sahih, di mana Nabi s.a.w telah ditanya tentang hal ini:

قَالُوا يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنَّ هَا هُنَا أَقْوَامًا حَدِيثٌ عَهْدُهُمْ بِشِرْكٍ يَأْتُونَا بِلُحْمَانٍ لَا نَدْرِي يَذْكُرُونَ اسْمَ اللَّهِ عَلَيْهَا أَمْ لَا - أَفَنَأْكُلُ مِنْهَا؟- قَالَ اذْكُرُوا أَنْتُمْ اسْمَ اللَّهِ وَكُلُوا

Mereka bertanya: “Wahai Rasulullah! Sesungguhnya di sini (Madinah) terdapat kaum-kaum yang baru sahaja (meninggalkan) kesyirikan (baru menganut Islam) yang membawa kepada kami daging yang kami tidak tahu mereka menyebut nama Allah atau tidak ke atasnya (semasa sembelihan). Apakah boleh kami memakannya?" Sabda Nabi s.a.w.: “Kamu sebutlah nama Allah dan makanlah” (Riwayat al-Bukhari, al-Nasai, Abu Daud dan lain-lain)

Ertinya, Nabi s.a.w mengizinkan daging itu dimakan dan disunatkan kita membaca bismillah semasa makan. 

Kata al-Syeikh ‘Abd al-Muhsin al-‘Abbad dalam Syarh Kitab al-Sunnah min Sunan Abi Daud: 

“Hadis ini menunjukkan bahawa tidak wajib bertanya atau seseorang tidak perlu bertanya apakah disebut nama ALLAH atau tidak? Jika dibuka pintu ini, maka akan ditanya pula: “Apakah penyembelih itu memenuhi syarat atau tidak? Apakah dia menggunakan alat sembelihan yang sah atau tidak? Maka akan muncul soalan-soalan yang tidak perlu sedangkan asalnya ia selamat (iaitu daging dari orang muslim). Maka tidak perlu untuk memayah-mayahkan dan bertanya soalan-soalan yang tiada keperluan. Justeru itu Nabi s.a.w menjawab dengan jawapan yang jelas dalam hal ini, iaitu mereka boleh makan dan membaca bismillah semasa makan”.

5. Maka, berdasarkan hadis di atas, seseorang muslim tidak berdosa apabila dia memakan sembelihan yang pada zahirnya halal, sekalipun dia tidak pasti atau syak status halalnya yang sebenar. Ini seperti kita memakan hidangan daging yang dihidangkan atau dijual oleh seorang muslim sekalipun kita tidak tahu secara pasti atau syak status sebenar daging yang dihidangkan. Memadai keislaman pihak yang memberikan daging itu untuk kita menganggapnya halal. Ertinya, jika zahir dia seorang muslim, dan daging tersebut dari haiwan yang halal dimakan, maka memadai dan tidak dituntut oleh kita bertanya dengan lebih detil, melainkan terdapat bukti yang nyata dan yakin bahawa daging tersebut tidak halal. 

6. Atas alasan ini, kita boleh makan di kedai atau rumah orang muslim sekalipun tiada logo halal rasmi dari mana-mana pihak. Ini seperti kebanyakan kedai makan muslim terutama di kampong atau di luar negara atau hidangan di rumah seseorang muslim sekalipun tiada logo halal rasmi. Jika dia menipu, dosa ditanggung oleh pihak yang menipu. Melainkan, kita yakin benar makanan tersebut adalah haram atas bukti yang kita ada, maka ketika itu haram kita makan.

7. Berasaskan hadis tadi juga, maka makanan yang diberikan jaminan halal oleh mana-mana pihak yang dipercayai khususnya badan-badan umat Islam di mana sahaja -tidak disyaratkan JAKIM- maka hukumnya halal atas kaedah umum tadi. Logo-logo halal yang dikendalikan oleh umat Islam di mana sahaja mereka berada, sah untuk kita pegang sebagai tanda halal.

8. Untuk maklumat kita, ramai ulama komtemporari yang berfatwa bahawa daging-daging yang datang dari negara yang majoriti penganutnya beragama Kristian atau Yahudi, boleh dimakan melainkan kita jika daging tersebut daripada haiwan yang haram seperti khinzir. Ini atas dalil Surah al-Maidah ayat 5 yang membenarkan sembelihan Ahlul Kitab. Ahlul Kitab dalam takrifan mereka luas merangkumi semua Yahudi dan Kristian pada zaman bila pun dan di mana pun. Antara tokoh fekah tersohor yang berfatwa dengan perkara ini ialah al-Syeikh Dr Yusuf al-Qaradawi dalam kitabnya al-Halal wa al-Haram (m.s 72. Kaherah: Maktab Wahbah), al-Syeikh Mustafa al-Zarqa dalam Fatawa al-Zarqa (m.s 214. Damsyik: Dar al-Qalam). Ketua tokoh ini dan beberapa yang lain dengan lebih luas dengan berfatwa selagi mana sembelihan tersebut dianggap halal di sisi penganut Yahudi atau Kristian maka mereka memfatwakan ia adalah halal.

9. Tokoh fekah terbilang zaman ini al-Syeikh Dr Muhammad Fathi al-Duraini pula menyebut Lajnah Fatwa al-Azhar berfatwa atas pendapat majoriti ulama (jumhur) bahawa daging-daging yang diimport daripada negara Ahlul Kitab (Kristian dan Yahudi) halal dimakan dengan syarat kita TIDAK tahu ia disembelih atas nama selain ALLAH, kita TIDAK tahu ia disembelih cara sembelihan yang salah menurut syariat Islam dan kita TIDAK tahu ia daging binatang yang diharamkan. Al-Duraini menyokong fatwa ini dengan syarat-syarat tadi. (lihat: al-Duraini, Buhuth Maqaranah fi al-Fiqh al-Islami wa Usulihi, 2/341. Beirut: Muassasah al-Risalah). Ertinya, fatwa ini mensyaratkan kita tidak mempunyai maklumat bahawa haiwan import dari negara Yahudi dan Kristian tersebut disembelih dengan cara yang salah di sisi syariat Islam seperti dipukul, dicekik dan seumpamanya, atau untuk berhala atau binatang yang haram dimakan. Jika kita tahu hal itu, maka haram dimakan.

10. Al-Syeikh ‘Atiyah Saqar r.h, mantan Ketua Lajnah Fatwa al-Azhar menyebut pandangan yang sama: “Daging-daging yang disimpan dan diimport jika kita ketahui daripada maklumat yang dipercayai bahawa ia disembelih dengan bukan cara islamik, maka tidak harus dimakan sama sekali. Adapun jika kita ketahui ia disembelih dengan cara islamik, maka harus memakannya tanpa sebarang masalah. Jika kita tidak tahu cara ia disembelih tapi terdapat tanda-tanda yang menyokong ia disembelih secara islamik maka harus memakannya. Antara tanda-tanda tersebut; ditulis atasnya ‘disembelih dengan cara islamik’, atau daging-daging itu diimport dari negara-negara yang beragama Yahudi atau Kristian. Ini berdasarkan nas yang menghalalkan sembelihan mereka dalam firman ALLAH: (maksudnya) “Dan makanan mereka yang diberikan kitab halal bagi kamu dan makanan kamu halal bagi mereka” (Surah al-Maidah ayat 5). (rujukan: ‘Atiyah Saqar, Mausu’ah Ahsan al-Kalam fi al-Fatwa wa al-Ahkam, 306/6. Kaherah: Maktabah Wahbah).

11. Jalan yang terbaik untuk kita Umat Islam ialah menghasilkan makanan kita sendiri dari ternakan hingga proses sembelihan. Ia menghilangkan syak. Dengan hal itu, banyak persoalan dapat diatasi. Samada di sudut ekonomi ataupun proses penyembelihan.

12.  Adapun daging atau makan yang dibawa kepada kita, jika datang dari individu atau masyarakat Islam seperti komuniti muslim India, atau negara-negara Umat Islam maka kita anggap ia sebagai halal. Majoriti ulama di zaman ini pula berfatwa daging import daripada negara yang berpegang dengan ajaran Yahudi dan Kristian boleh dimakan melainkan jika terdapat bukti ia daging yang binatang haram atau cara sembelihannya menyanggahi cara islamik seperti mati dicekik atau dipukul atau lemas atau dihempap atau disembelih untuk berhala.

13. Apapun, jika daging atau makanan itu mempunyai logo halal, atau daripada masyarakat muslim yang kita percaya pasti itu adalah pilihan yang terbaik selagi kita mampu membuat pilihan. Jika tidak, fatwa ulama luas dalam hal ini. Dalam negara kita, kita mungkin masih mampu membuat pilihan, maka pilihlah yang terbaik. Itulah yang lebih afdal. Ini tidaklah bermaksud kita mengharamkan apa yang difatwakan halal oleh para ulama.

Sunday, 14 June 2020

BOLEHKAH ...?

Arkib : 30 Mei 2020


BOLEHKAH PUASA ENAM DINIAT SEKALI DENGAN GANTI PUASA?

جندالله:
Puasa Qada' dan Puasa Sunat 6 Hari Dalam Syawwal

Ada 3 pendapat dan kesemuanya adalah benar dan boleh diamalkan,maka tidak perlu memeningkan kepala untuk mecari mana satu yang lebih 'rajih',jika anda bukan seorang yang berkemahiran untuk melakukan tarjih.

Pendapat Pertama : Tetap mengedepankan Puasa Qada' terlebih dahulu dari puasa Sunat Syawwal.

Dalilnya :

فَدَيْنُ اللَّهِ أَحَقُّ أَنْ يُقْضَى
Dan hutang Allah itu terlebih berhak untuk dibayar (Riwayat Imam Al Bukhari)

Pendapat ini boleh diamalkan bagi mereka yang tidak banyak jumlah puasa yang perlu diqada' dan yakin akan sempat melakukan kedua-duanya sebelum habis bulan Syawwal.

Pendapat Kedua : Berpuasa Sunat Syawwal terlebih dahulu daripada Puasa Qada'.

Dalilnya:

Berkata Sayyidatuna A'isyah رضي الله عنها و سلام الله عليها

كان يكون عليَّ الصيام من شهر رمضان فما أقضيه حتى يجيء شعبان، لمكان النبي صلى الله عليه وسلم. متفق عليه.

Maksudnya: “Aku masih berhutang puasa Ramadan dan aku tidak dapat menggantikannya sehingga Sya’ban tiba dan itu kerana sibuk melayani Rasulullah صلى الله عليه و سلم (Muttafaqun 'Alaih)

Berdasarkan riwayat ini maka sebahagian ulama' menghukumkan harusnya bagi seseorang untuk menangguhkan qada' puasanya dan memberi isyarat bahawa qada' puasa,tidaklah seperti qada' solat  yang mesti disegerakan sebaik sahaja teringat.

Maka bagi sesiapa yang merasakan tidak mungkin sempat menghabiskan puasa qada'  terlebih dahulu kerana banyak jumlahnya tetapi tidak mahu terlepas dari kebaikan dan fadilat enam hari  Syawwal,maka bolehlah  dia  beramal mengikut pendapat ini.

Namun di sisi ulama' Syafi'iyyah, ia makruh kerana di sisi ulama' Syafi'iyyah,mengedepankan yang wajib atas yang sunat itu lebih disukai.

Pendapat ketiga : Digabungkan kedua-duanya sekaligus berhasil pahala bagi kedua-duanya

Ini merupakan fatwa sebahagian ulama' Syafi'iyyah,berdalilkan Qiyas terhadap Solat Wajib yang dikerjakan seseorang  ketika  masuk ke masjid telah pun menggugurkan kesunnahan Solat Sunat Tahiyyatul Masjid ke atas dirinya.

Ini  merupakan fatwa Imam Ar-Ramli, Imam Ibn Hajar Al-Haitami dan Syaikhul Islam Zakariya Ansari.

Maka sesiapa yang merasakan lebih selesa dan kesuntukan masa untuk melakukan kedua-duanya secara berasingan bolehlah melakukan sebegini,terutamanya untuk kaum wanita yang mempunyai suami supaya tidak terhalang untuk puasa sunat dan dalam masa yang sama ingin berkhidmat kepada suami.

واللّه أعلم

الفقير إلى رحمة اللّه الغني،
Mohammad Faeez Harith Al-Bakkaniy

غفر اللّه له ولوالديه

Kredit Pondok Habib

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1296896764004872&id=270326046661954

Saturday, 30 May 2020

Bersetubuh dengan...

Bersetubuh dengan binatang

Pada zaman modern seperti sekarang ini, terutama di Barat, banyak orang melakukan hubungan seksual dengan binatang. Menurut seorang ahli jiwa, DR. Dale Carnegie : Orang yang menderita penyakit demikian itu disebut dengan istilah bestialeteif.

Sehugungan dengan masalah ini Sayyid Sabiq dalam kitabnya menjelaskan :

أَجْمَعَ اْلعُلَمَاءُ عَلَى تَحْرِيْمِ إِتْيَانِ اْلبَهِيْمَةِ. وَاخْتَلَفُوْا فِي عُقُوْبَةِ مَنْ فَعَلَ ذَلِكَ:
وَرُوِيَ عَنِ الْحَسَنِ: أَنَّهُ بِمَنْزِلَةِ الزَّانِي: وَذَهَبَ أَبُوْ حَنِيْفَةَ، وَمَالِكٌ، وَالشَّافِعِيُّ فِي قَوْلٍ لَهُ، وَالْمُؤَيَّدُ بِاللهِ، وَالنَّاصِرُ، وَاْلإِمَامُ يَحْيَى إِلَى وُجُوْبِ التَّعْزِيْرِ فَقَطْ، إِذْ أَنَّهُ لَيْسَ بِزِنَا

Para ulama telah sepakat mengenai keharaman bersetubuh dengan binatang. Namun, mereka memperselisihkan tentang hukuman orang yang melakukan hal tersebut. Menurut pendapat yang diriwayatkan Imam Al-Hasan (Hasan Basri), bahwa hal itu sama kedudukannya dengan orang yang berbuat zina, sedangkan Imam Abu Hanifah, Imam Malik, Imam Syafi'i dan yang sependapat dengannya, yaitu Imam Muayyad Billah, Imam An-Nashir, dan Imam Yahya, berpendapat hanya wajib di ta'zir (dera), karena hal itu tidak termasuk perbuatan zina. (Kitab Fiqhus Sunnah, Juz II, halaman 436)

Kami sependapat dengan Jumhur ulama,karena definisi zina menurut syara' adalah :

اَلزِّنَا هُوَ وَطْأُ الرَّجُلِ لِلْمَرْأَةِ فِى فَرْجِهَا مِنْ غَيْرِ نِكَاحٍ وَلَا شُبْهَةِ نِكَاحٍ

Zina ialah, seorang lelaki menyetubuhi perempuan pada farjinya tanpa nikah dan tidak ada syubhat nikah. (Kitab Nailul Maram min Tafsiri Ayatil Ahkam, halaman 292)

Di akhir pembahasan masalah ini akan kami ungkapkan dua buah hadits :

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، أَنّ رَسُوْلَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَلْعُوْنٌ مَنْ أَتَى شَيْئًا مِنَ الْبَهَائِمِ

Dari Abu Hurairah, bahwasanya Rasulullah saw bersabda :  .... Terkutuklah orang yang bersetubuh dengan binatang ....... (H. R. Thabrani no. 1347)

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، قَالَ:أَرْبَعَةٌ يُصْبِحُونَ فِي غَضِبِ اللهِ ويُمْسُونَ فِي سَخِطَ اللهِ، قُلْتُ: وَمَنْ هُمْ يَا رَسُولَ اللهِ؟ قَالَ:الْمُتَشَبِّهِيْنَ مِنَ الرِّجَالِ بِالنِّسَاءِ، وَالْمُتَشَبِّهَاتِ مِنَ النِّسَاءِ بِالرِّجَالِ، وَالَّذِي يَأْتِي الْبَهِيْمَةَ، وَالَّذِي يَأْتِي الرِّجَالَ

Dari Abu Hurairah, dari Nabi s.a.w, beliau bersabda : Ada empat orang yang di waktu pagi mendapat kemurkaan Allah dan diwaktu sore mendapat kemarahan Allah. Lalu (Abu Hurairah) bertanya : Siapakah mereka itu ya Rasulullah? Baliau menjawab : Mereka itu adalah laki-laki yang suka menyerupai perempuan dan perempuan yang suka menyerupai laki-laki, orang yang bersetubuh dengan binatang dan orang yang melakukan homoseksual. (H. R. Thabrani no. 867, Baihaqi no. 5151)

LEBIH BERMANFAAT BILA DISHARE KEPADA YANG LAIN

Thursday, 28 May 2020

PERSOALAN HUKUM SEKITAR...

Arkib : 30 April 2020

PERSOALAN HUKUM SEKITAR PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN

Apakah hukum membayar Zakat Fitrah secara atas talian (online payment) semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Covid-19?

Jawapan :

Zakat Fitrah adalah satu ibadah yang diwajibkan bermula pada malam hari Raya Aidil Fitri iaitu selepas terbenam matahari pada hari terakhir bulan Ramadhan hingga Hari Raya Aidil Fitri. Kebiasaannya, Zakat Fitrah dibayar terus kepada Majlis Agama Islam Negeri Perak (MAIPk) atau amil-amil yang dilantik oleh MAIPk. Pembayaran melalui amil lantikan biasanya dilakukan samada di masjid, surau, rumah atau di tempat-tempat lain. Namun begitu, amalan kebiasaan seperti di atas tidak dapat diteruskan pada masa ini kerana kerajaan telah melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi membendung penularan wabak covid-19. Keadaan ini menyebabkan pembayar zakat tidak dapat bertemu dengan para amil untuk membayar zakat fitrah mereka. Oleh itu, timbul persoalan samada pembayaran zakat fitrah dalam situasi PKP ini boleh dilakukan melalui kaedah pembayaran atas talian (online payment), aplikasi atas talian tertentu, perbankan internet dan lain-lain.

Dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), para pembayar zakat diwajibkan mematuhi perintah tersebut kerana ia bertujuan memutuskan rantaian jangkitan covid-19 yang sedang menular di negara ini. Kewajipan menurut perintah tersebut seiring dengan tugas pemerintah untuk menjamin keselamatan dan kemaslahatan semua pihak. Ini selari dengan kaedah fiqah berikut:

تصرف الإمام على الرعية منوط بالمصلحة

Maksudnya: “Tindakan pemerintah ke atas rakyat adalah terikat dengan maslahah”.

Oleh yang demikian, pembayaran zakat ketika tempoh PKP di tempat-tempat yang melibatkan pergerakan individu seperti di masjid, surau atau lain-lain adalah dikira melanggar arahan PKP yang dikeluarkan oleh kerajaan. Tindakan boleh diambil ke atas mereka yang tidak mematuhi arahan ini. Walau bagaimanapun, pembayaran zakat tetap dikira sah di sisi Syarak sekalipun dibuat ketika tempoh PKP ini. Ini kerana pematuhan kepada arahan PKP atau sebaliknya tidak memberi kesan kepada sahnya pembayaran zakat yang dibuat.
Bagi memudahkan pembayaran zakat dan memastikan kepatuhan kepada arahan PKP, zakat Fitrah boleh dibayar melalui aplikasi pembayaran secara atas talian yang dikendalikan oleh misalnya pihak berautoriti melalui perkhidmatan pembayaran seperti JomPay dan FPX, perbankan internet atau kaedah pembayaran atas talian yang lain. Selain daripada pembayaran di atas talian, inisiatif-inisiatif lain boleh juga dicadangkan dengan mengambilkira semua faktor berkaitan seperti pekerjaan para amil sebagai sumber pendapatan mereka dan sebagainya.

Pada dasarnya, para ulamak menetapkan dua syarat yang mesti dipenuhi bagi memastikan pembayaran zakat (ada’ al-zakah) adalah sah dan telah sempurna dilakukan iaitu kewajipan zakat  dikira telah diselesaikan oleh pembayar zakat dan pembayar zakat telah bebas daripada kewajipan zakat tersebut. Dua syarat tersebut ialah (1) niat membayar zakat dan (2) pemindahan milik harta.

 (i) Niat membayar zakat

Pembayar zakat mesti berniat menunaikan zakat. Ini berdasarkan kepada hadis Nabi s.a.w:

إنما الأعمال بالنيات

Maksudnya: “Sesungguhnya setiap perbuatan adalah dengan niat”.

Niat membayar zakat berlaku bilamana pembayar mempunyai tujuan (qasd) untuk menunaikan zakat dan disertai dengan melakukan perbuatan tertentu bagi mencapai qasd tersebut. Ini bersesuaian dengan maksud niat seperti yang dijelaskan oleh Sheikh al-Islam Zakariyya al-Ansari dalam Kitab Fath al-Wahhab:

 (النية)، وهي قصد الشيء مقترنا بفعله

Maksudnya: “Niat adalah qasd (tujuan) melakukan sesuatu dengan disertakan dengan perbuatannya”.

Para ulamak menyatakan bahawa dalam menunaikan zakat, niat di dalam hati adalah memadai kerana kita tidak disyaratkan untuk melafazkan niat secara lisan seperti yang dijelaskan di dalam kitab Fath al-Mu’in:

وشرط له أي أداء الزكاة شرطان. أحدهما: نية بقلب لا نطق

Maksudnya: “Dan disyaratkan bagi menunaikan zakat dua syarat. Salah satunya ialah berniat di dalam hati (dan) bukan menuturkannya”.

Oleh itu, tiada halangan dari sudut Syarak jika pembayaran zakat atas talian berlaku tanpa sebarang lafaz. Bahkan berniat membayar zakat Fitrah boleh dilakukan samada sebelum membuka aplikasi atas talian atau ketika melakukan transaksi menunaikan zakat secara atas talian. Ini kerana zakat Fitrah ini boleh diniatkan samada ketika membayarnya atau sebelum membayarnya iaitu dalam bulan Ramadan. Imam Nawawi menyatakan sebagaimana berikut:

(والثاني) يجوز تقديم النية عليها لانه يجوز التوكيل فيها ونيته غير مقارنة لاداء الوكيل فجاز تقديم النية عليها بخلاف الصلاة                                                              
Maksudnya: "(Dan keduanya) harus mendahulukan niat sebelum melakukannya kerana mewakilkan (seseorang) untuk membayar zakat adalah harus sedangkan niatnya tidak disertakan dengan perbuatan orang yang menjadi wakil, maka harus mendahulukan niat (dan ini) berbeza dengan solat”.

Berdasarkan keterangan di atas, pembayaran zakat melalui aplikasi atas talian dikira telah memenuhi syarat pertama pembayaran zakat iaitu niat menunaikan zakat. Ini kerana aplikasi tersebut mengkehendaki pembayar melakukan perbuatan tertentu sehingga diakhiri dengan misalnya pengeluaran resit bayaran yang boleh dicetak dan disimpan sebagai bukti yang sah. Secara kebiasaannya, pembayar perlu mengikut arahan yang disediakan oleh aplikasi tersebut sehingga tamat proses pembayaran. Perbuatan menuruti arahan sudah memadai untuk menzahirkan niat untuk menunaikan zakat serta keredhaan pembayar melepaskan hak miliknya terhadap wang yang dibayar sebagai zakat.

Namun begitu, aplikasi atas talian atau apa jua kaedah bayaran secara elektronik tersebut disarankan supaya mempunyai dua ciri iaitu (i) keselamatan dan (ii) ketelusan. Dari sudut keselamatan, ia harus didasari oleh sistem yang selamat dan terjamin. Ini bermakna ia mempunyai kemampuan untuk memastikan wang zakat disalurkan secara efisien dan sampai kepada pihak MAIPk. Dari segi ketelusan, adalah disarankan supaya aplikasi atas talian yang dikendalikan mestilah mengandungi maklumat penting untuk pembayar zakat seperti kadar minimum zakat fitrah terkini, asas-asas hukum zakat fitrah, kalkulator zakat dan lain-lain. Aplikasi ini juga sepatutnya boleh menghasilkan bukti pembayaran seperti resit yang boleh dicetak atau disimpan di dalam fail pembayar sebagai bukti zakat telah dibayar.

 (ii) Pemindahan milik harta (tamlik)

Syarat kedua ialah wang yang telah dibayar sebagai zakat hendaklah berpindah milik kepada penerima yang layak dalam kalangan asnaf yang akan diuruskan oleh pihak MAIPk. Maksudnya, wang yang telah dibayar sebagai zakat tersebut telah keluar sepenuhnya dari pemilikan pembayar. Sheikh Dr. Wahbah al-Zuhaili dalam kitab al-Fiqh al-Islami wa Adillatuh menyatakan sebagaimana berikut:

يشترط التمليك لصحة أداء الزكاة بأن تعطى للمستحقين

Maksudnya: "(Disyaratkan (berlakunya) pemilikan (supaya) pembayaran zakat adalah sah iaitu dengan diberikan kepada mereka yang layak)".

Dalam hal ini, aplikasi atas talian tersebut hendaklah mempunyai kemampuan untuk memastikan jumlah yang dibayar tersebut sampai kepada MAIPk dalam keadaan ia telah keluar daripada pemilikan pembayar.

Sebagai kesimpulan, apa yang penting adalah kedua-dua syarat sah pembayaran zakat yang telah dijelaskan di atas mesti dipenuhi khususnya bilamana zakat dibayar melalui aplikasi atas talian atau kaedah elektronik yang lain. Pembayaran zakat adalah tidak sama seperti akad jual beli atau lainnya yang memerlukan lafaz ijab dan qabul dalam majlis akad serta rukun dan syarat sah tertentu. Bahkan tidak disyaratkan penerima zakat mengetahui bahawa wang yang diterimanya adalah zakat. Pembayar pula tidak disyaratkan untuk memberitahu wang tersebut adalah zakat. Imam Nawawi menyebut:

إذَا دَفَعَ الْمَالِكُ أَوْ غَيْرُهُ الزَّكَاةَ إلَى الْمُسْتَحِقِّ وَلَمْ يَقُلْ هِيَ زكاة ولا تكلم بشئ أَصْلًا أَجْزَأَهُ وَوَقَعَ زَكَاةً

Maksudnya: "Jika pemilik atau selainnya membayar zakat kepada penerima yang layak dan dia tidak menyatakan itu ialah zakat dan tidak bercakap sesuatu, maka zakat tersebut diterima dan bayaran tersebut dikira bayaran zakat".

Disediakan oleh :
Bahagian Fatwa
Jabatan Mufti Negeri Perak

Wednesday, 27 May 2020

Hukum Sambutan...

Hukum Sambutan Hari Ibu


Ust Azhar Idrus - Hari Ibu 'Mother's Day

Ustaz, apakah hukum menyambut hari ibu?

-Ustaz Azhar Idrus (Original):

Hari ibu ialah hari mother church atau ibu gereja kristian.. siapa yang nak sambut silakan... siapa yang rasa takut rosak akidahnya, sebab raikan hari besar kristian ini... jangan sambut!

Betul ke hari ibu haram di sambut?

-Ustaz Azhar Idrus (Original):

begitulah kata setengah ulamak.. Nabi s.a.w ajar kita mengingati ibu sepanjang masa..

-Ustaz Azhar Idrus (Original): sebaiknya ikut cara islam iaitu sepanjang hari ingat kepada ibu yang banyak jasanya kepada kita, bukan setahun sekali..

-Ustaz Azhar Idrus (Original): hari ibu dan hari bapa ialah hari perayaan bukan Islam..kenapa kita mesti nak sambut juga? kenapa orang barat tak sambut Awal Muharram atau Maulidur Rasul?

-Ustaz Azhar Idrus (Original):

Maksud sabda Nabi s.a.w:

"Kalian akan mengikuti adat tradisi umat sebelum kamu sejangkal demi sejengkal. Sehasta demi sehasta, sehingga sekiranya mereka masuk ke dalam lubang biawak (pun), kamu akan mengikutinya juga."

Para sahabat nabi bertanya:

"Wahai Rasulullah, apakah mereka itu orang-orang Yahudi dan Nasrani?"
Jawab baginda Rasulullah: "Kalau bukan mereka, siapa lagi?"

(Hadis riwayat Abu Said al Khudri )



Hukum Sambutan Hari Ibu (Mother's Day) Hari Bapa (Father's Day) - UAI

Tuesday, 26 May 2020

Usah jadikan tongkat...

Usah jadikan tongkat khutbah bahan jenaka


Gambar : Contoh sebenar dalam berkhutbah seperti yang ditunjukkan di dalam gambar tersebut. Amalan ini telah sedia ada dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. sewaktu hayat baginda dalam menyampaikan setiap khutbah sama ada pada Hari Jumaat, Hari Raya Aidilfitri mahupun pada Hari Raya Aidiladha

Pengenalan


Tongkat khutbah bukan benda mainan yang boleh digantikan dengan barang-barang lain seperti batang-batang pancing, penyodok atau batang penyapu. Janganlah tanpa kita di luar kesedaran telah menghina agama kita sendiri. Ambillah ia sebagai pengajaran dan ilmu untuk kita semua selepas ini.

 Antara perkara yang disunatkan semasa khutbah adalah memegang tongkat, pedang, atau busur anak panah. Jika tiada, maka janganlah guna yang lain-lain. Tongkat tidak wajib digunakan semasa menyampaikan khutbah. Semoga mereka yang telah melakukan kesalahan ini (yang tiada niat untuk merpersendakan agama) bertaubatlah segera. Ini adalah kerana supaya kita sentiasa dapat pelihara iman sehingga ke akhir hayat kita. Semoga taubat kita semua yang telah melakukan kesilapan ini diterima oleh Allah s.w.t. Bersama-samalah kita menjaga kesucian agama Islam ini sampai bila-bila. Aamiin Ya Robbal'alamiin.

Rujukan menteri hal ehwal agama :


Gambar : Dipetik daripada Twitter Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri

Saya melihat segelintir netizen berkongsi gambar khatib memegang tongkat semasa khutbah. Ada gambar khatib yang menggunakan joran pancing, tripod, batang penyapu, pedang Star Wars, senapang, kayu snooker, payung dan sebagainya.

Ada juga menulis status agar mengundi gambar khatib yang paling lucu edisi ketawa pecah perut. Gambar-gambar khatib memegang tongkat ini menjadi bahan lawak jenaka. Menurut mereka ia sebagai gurau santai pada hari raya.

Ulasan saya dalam perkara ini seperti berikut:

1. Perkara begini sepatutnya tidak dijadikan lawak jenaka. Apatah lagi sampai mahu ketawa pecah perut. Memegang tongkat adalah amalan Nabi SAW semasa berkhutbah yang memegang tongkat atau busur panah. Hadith diriwayatkan oleh Sa'd Al-Qarazh RA bahawa beliau berkata:

أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ ـ صلى الله عليه وسلم ـ كَانَ إِذَا خَطَبَ فِي الْحَرْبِ خَطَبَ عَلَى قَوْسٍ وَإِذَا خَطَبَ فِي الْجُمُعَةِ خَطَبَ عَلَى عَصًا

"Sesungguhnya Rasulullah SAW apabila baginda berkhutbah di medan perang, baginda akan menyampaikan khutbah dengan bersandar pada busur. Dan apabila baginda berkhutbah pada hari Jumaat, baginda akan menyampaikannya dengan bersandar kepada tongkat." (Riwayat Ibnu Majah)

2. Memegang tongkat bukan rukun khutbah Hari Raya tetapi ia sunat mengikut mazhab Syafie. Khatib tidak wajib memegang tongkat dengan tangan kiri tetapi kebiasaannya khatib memegangnya dengan tangan kiri. Jika tiada tongkat atau busur panah maka tangan kanan diletakkan atas tangan kiri atau dilepaskan ke bawah sahaja.

3. Khatib tidak digalakkan menggerakkan tangan kiri dan kanan semasa menyampaikan khutbah. Ini supaya khatib dan jemaah fokus kepada penyampaian khutbah. Khutbah berbeza dengan ceramah atau kuliah. Perkara ini perlu difahami dengan baik.

4. Jika khatib tiada tongkat maka dia boleh menggunakan kayu dan sebagainya. Namun jangan direndahkan nilai tongkat itu sehingga apabila orang memperhatikannya maka akan bergelak ketawa. Ini bukan program Maharaja Lawak Mega.

5. Sebab itu saya tidak beberapa gemar menggunakan batang penyapu atau batang penyapu sarang labah-labah sebagai ganti tongkat kerana hilang kehebatan khatib di situ. Namun ia masih tidak salah menggunakannya.

6. Pada masa akan datang, jika tiada tongkat atau kayu yang sesuai maka lepaskan tangan sahaja ke bawah. Mungkin perkara ini kurang dimaklumi oleh khatib-khatib baru dalam fasa PKP. Pada hemat saya, ini cara yang lebih baik bagi menjaga kehebatan khatib dan khutbah.

7. Saya berasakan tidak perlu juga kita berkongsi gambar-gambar aneh khatib hanya untuk gelak ketawa sampai pecah perut. Ia bagaikan merendah-rendahkan kemuliaan agama kita sendiri.

Gelak ketawa ada batasannya juga. Jangan sampai orang lain memandang rendah agama kita. Kita jaga agama kita.

Wallahu A'lam.

Dr. Abdél Rahmanov
25 Mei 2020

Artikel yang berkaitan dengan isu yang dibangkitkan daripada sumber asal :

Hukum niat puasa...

Arkib : 18 April 2020

Hukum niat puasa setelah subuh

Kalau puasanya puasa wajib (seperti puasa di bulan Ramadhan), maka niat puasa setelah subuh hukumnya tidak sah.

عَنْ حَفْصَةَ عَنِ النَّبِىِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَنْ لَمْ يُجْمِعِ الصِّيَامَ قَبْلَ الْفَجْرِ فَلاَ صِيَامَ لَهُ

Dari Hafshah, dari Nabi saw, beliau bersabda : Barang siapa yang tidak berniat akan berpuasa pada malam hari sebelum terbit fajar, maka tidaklah ia berpuasa. (H. R. Tirmidzi no. 734, Ahmad no. 27214 dan lainnya)

عَنْ عَائِشَةَ أُمِّ الْمُؤْمِنِيْنَ قَالَتْ دَخَلَ عَلَىَّ النَّبِىُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ذَاتَ يَوْمٍ فَقَالَ هَلْ عِنْدَكُمْ شَىْءٌ. فَقُلْنَا لاَ. قَالَ فَإِنِّى إِذًا صَائِمٌ. ثُمَّ أَتَانَا يَوْمًا آخَرَ فَقُلْنَا يَا رَسُوْلَ اللهِ أُهْدِىَ لَنَا حَيْسٌ. فَقَالَ أَرِيْنِيْهِ فَلَقَدْ أَصْبَحْتُ صَائِمًا. فَأَكَلَ

Dari Aisyah Ummul Mukminin, ia berkata; Pada suatu hari, Nabi saw telah datang ke rumahku dan bertanya, Apakah kamu mempunyai makanan? kami menjawab. Tidak. Beliau bersabda: Kalau begitu, saya akan berpuasa. Kemudian beliau datang lagi pada hari yang lain dan kami berkata, Wahai Rasulullah, kita telah diberi hadiah berupa Hais (makanan yang terbuat dari kurma, minyak samin dan keju). Maka beliau pun bersabda: Bawalah kemari, sesungguhnya dari tadi pagi aku berpuasa. Lalu beliau memakannya. (H. R. Muslim no. 2771)

Perlu diketahui bahwa dalam masalah sah atau tidaknya niat puasa sunnah setelah terbit fajar, ternyata masih terdapat perbedaan pendapat (ikhtilaf) di kalangan ulama. Namun menurut pendapat kebanyakan ulama (termasuk di dalamnya Imam Syafi'i), bahwa sah niat puasa sunnah setelah terbit fajar, dengan syarat sebelum zawal (sebelum matahari condong ke arah barat / dhuhur)

{ فَرْعٌ } فِي مَذَاهِبِهِمْ فِي نِيَّةِ صَوْمِ التَّطَوُّعِ . ذَكَرْنَا أَنَّ مَذْهَبَنَا صِحَّتَهُ بِنِيَّةِ قَبْلَ الزَّوَالِ وَبِهِ قَالَ عَلِيُّ ابْنُ أَبِيْ طَالِبٍ وَاْبُن مَسْعُوْدٍ وَحُذَيْفَةُ بْنُ اْليَمَانِ وَطَلْحَةُ وَأَبْوِ أَيُّوْبَ الْأَنْصَارِيُّ وَابْنُ عَبَّاسٍ وَأَبُوْ حَنِيْفَةَ وَأَحْمَدُ وَآخَرُوْنَ. وَقَالَ ابْنُ عُمَرَ وَأَبُو الشَّعْثَاءِ جَابِرُ بْنُ زَيْدٍ التَّابِعِيُّ وَمَالِكٌ وَزُفَرُ وَدَاوُدَ لَا يَصِحُّ إِلَّا بِنِيَّةٍ مِنَ اللَّيْلِ وَبِهِ قَالَ الْمُزَنِّيْ وَأَبُوْ يَحْيَى اْلبَلْخِيُّ مِنْ أَصْحَابِنَا. وَرَوَى الشَّافِعِيُّ وَالْبَيْهَقِيُّ بِالْإِسْنَادِ الصَّحِيْحِ عَنْ حُذَيْفَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ أَنَّهُ بَدَا لَهُ الصَّوْمُ بَعْدَ مَا زَالَتِ الشَّمْسُ فَصَامَ، وَاللهُ أَعْلَمُ 

(Sebuah cabang masalah) dalam menerangkan pendapat para ulama dalam masalah niat puasa sunnah. Kami telah menyebutkan mahwasanya madzhab kami (Syafi'i) berpendapat bahwa sah hukumnya niat puasa sunnah sebelum zawal. Sesuai dengan pendapat madzhab kami ini adalah pendapatnya Ali bin Abi Thalib, Ibnu Mas'ud, Hudzaifah bin Yaman, Thalhah, Abu Ayyub Al-Anshari, Ibnu Abbas, Abu Hanifah, Ahmad bin Hanbal, dan para ulama lainnya. Sedangkan Ibnu Umar, Abu Sya'tsa' Jabir bin Zaid At-Tabi'i, Malik, Zufar dan Daud Adz-Dzahiri berpendapat tidak sah niat puasa sunnah kecuali di waktu malam. Sesuai dengan pendapat mereka ini adalah pendapat Imam Al-Muzani dan Imam Abu Yahya Al-Balkhi dari sahabat kami. Imam Syafi'i dan Imam Baihaqi telah meriwayatkan dengan sanad yang shahih dari sahabat Hudzaifah ra, bahwasanya ia niat puasa setelah zawal, lalu ia berpuasa. Dan Allah yang lebih mengetahui. (Kitab Al-Majmu' Syarhul Muhadzdzab, Juz VI, halaman 302-303)

LEBIH BERMANFAAT BILA DISHARE KEPADA YANG LAIN

Wednesday, 20 May 2020

Hukum keluar...

Arkib : 30 April 2020

Hukum keluar mani ketika berpuasa

Keluar mani ketika berpuasa dengan tidak ada unsur-unsur kesengajaan, misalnya saja karena melihat sesuatu yang membangkitkan nafsu birahi atau karena mimpi indah (jima'), hukumnya tidak membatalkan puasa, karena yang membatalkan pusa itu jika ada unsur-unsur kesengajaan dalam mengeluarkannya.

Sayyid Sabiq dalam kitabnya Fiqhus Sunnah ketika membahas hal-hal yang membatalkan dan yang tidak membatalkan puasa beliau mengatakan :

اَلْإِسْتِمْنَاءُ ( أَيْ تَعَمُّدُ إِخْرَاجِ الْمَنِيِّ بِأَيِّ سَبَبٍ مِنَ اْلأَسْبَابَ) سَوَاءٌ، أَكَانَ سَبَبُهُ تَقْبِيْلَ الرَّجُلِ لِزَوْجَتِهِ أَوْ ضَمَّهَا إِلَيْهِ، أَوْ كَانَ بِالْيَدِ، فَهَذَا يُبْطِلُ الصَّوْمَ، وَيُوْجِبُ اْلقَضَاءَ. فَإِنْ كَانَ سَبَبُهُ مُجَرَّدَ النَّظَرِ نَهَارًا فِى الصِّيَامِ، لَا يُبْطِلُ الصَّوْمَ، وَلَا يَجِبُ فِيْهِ شَيْءٌ.

Sengaja mengeluarkan mani dengan sebab apa saja, sama saja, apakah sebabnya seorang suami mencium istrinya atau mendekapnya ataupun mengeluarkannya dengan tangannya, maka hal tersebut dapat membatalkan puasa dan mewajibkan qadha. Adapun jika sebabnya keluar mani semata-mata karena memandang di siang hari ketika puasa, maka hal iti tidaklah sampai membatalkan puasa dan tidak ada kewajiban yang dibebankan kepadanya. (Kitab Fiqhus Sunnah, Juz I, halaman 393)

Syaikh Muhammad Al-Ghazzi dalam kitabnya Fat-hul Qorib juga berkata :

..... خُرُوْجُ الْمَنِيِّ بِاحْتِلَامِ فَلَا إِفْطَارَ بِهِ جَزْمًا

Keluar mani sebab mimpi jima', maka tidaklah membatalkan puasa dengan pasti. (Kitab Fat-hul Qorib, halaman 26)

LEBIH BERMANFAAT BILA DISHARE KEPADA YANG LAIN

Sunday, 11 November 2018

MESTI BACA : Dari kumpulan usahawan MARDI untuk renungan semua

MESTI BACA

Dari grup usahawan MARDI untuk renungan semua.

Sahabat, Tuan² yang dihormati

Saya adalah seorang yang ada nama dalam industri penternakan negara, tetapi saya berundur... Saya telah lalui 10 tahun pendidikan formal di universiti; 22 tahun dalam industri terutama ternakan ayam.
Hari ini saya ingin membuka pekung industri... terutama ayam daging & lembu

Saya berundur dari industri ayam sebagai orang yang ada nama dengan satu kesedaran...
industri ini sangat SAKIT.

Sebagai muslim saya minta maaf jika dalam group ini ada yang bukan muslim yang mungkin tersinggung dengan apa yang saya ucapkan ini. Saya dapat buktikan betapa sakitnya industri ayam ini di jalankan. Makanan yang diberi pada ternakan. Kerana ada kilang² yang menghasilkan makanan ternakan mengunakan bahan² dari sumber babi.

Ramuan makanannya ;-
sumber protinnya dari
  • tepung darah
  • tepung daging
  • tepung tulang

(majoriti di impot). Telah disahkan bahawa sumber bahan ini adalah dari sisa babi

Semasa proses penternakan ada bahan kimia mengandungi arsenic, antibiotik terlarang digunakan secara berleluasa.

Pada 1996 berlaku pembocoran maklumat dan terjadinya isu ayam nitrofuran. Saya berundur dari industri ini secara total pada 1999.

Matlamat & visi saya adalah untuk menukarkan sumber protin dari sisa babi kepada punca yg halal syarak untuk sekurang²nya makanan saya sekeluarga.

Saya pernah ke dialog JAKIM, JAIS, Halal Hub dalam isu ayam babi di The Palma Hotel, Putrajaya.

Bermula dari tarikh itu sampai ke jam WhatsApp ini di tulis BELUM ADA LOGO HALAL DI BEG MAKANAN AYAM KOMERSIAL.

Ayam ini kita suap hari² kepada diri kita, emak kita, isteri kita, anak² kita, ustaz² kita...  

Apa yg saya nampak ialah ada proses kerosakan yg sedang berlaku dari dalam diri kita iaitu keras hati, sifat tamak haloba membiak, timbul penyakit pelik².

Saya bermula balik dari kursus 27hb mac lalu, berhempas pulas  menjalankan usaha menggunakan segala sumber yang ada untuk merealisasikan BSFL adalah PENGGANTI KPD SISA BABI YG DI GUNAKAN SEKARANG.

Maafkan saya, terpaksa buka cerita ini demi melorongkan matlamat murni ilmu ini bagi faedah ummah.

Saya dah 16 tahun total stop makan ayam komersial semata² isu tepung protin dan residu antibiotik yang sangat menakutkan jika tuan² sahabat mengetahuinya. 

Tuan² ternaklah ayam sendiri dan beri makan jagung dan sisa dapur. Itu yang terbaik. Jika tiada ruang atau kawasan bela ayam, belilah ayam kampung dari rakan, kawan² dan orang² kampung dengan ini secara tak langsung tuan² membantu ekonomi mereka.

Ikhlas.
Dr. Saari 
Dip. animal health n production UPM
Doctor of Vetrinary Medicine UPM

Working Experience :-
  1. Ayam Dinding - Perak
  2. Perak Meat - Perak
  3. TD Poultry - Terengganu
  4. Murni Hatchery - Kelantan
  5. Ayam Organik HPA - Perlis
  6. Sekarang mengasaskan pergerakan muamalat dlm kumpulan sedar ekonomi QC2U.COM

Tolong viralkan semoga lepas tanggungjawab kita 

Allahhuaklam bissawab.

Tuesday, 14 August 2018

Kenapa Islam Haramkan Seks Melalui Dubur...


Haa..Bagi korang yang teringin nak melayari bahtera rumah tangga tu, boleh la ambil informasi ni sebagai satu pengetahuan dalam kehidupan seks korang nanti..Bukan apa, mungkin ada antara korang yakni lelaki yang teringin nak cuba-cuba masuk ikut "pintu belakang" ni kan? Mungkin selepas membaca informasi ni nanti, korang akan fikirkan "rancangan" korang tu semula..Apa-apa pun, meh baca dulu cerita kat bawah ni.. 

Imam Syafie berkata dari Khuzaimah bin Thabit, "Seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah S.A.W tentang menggauli isteri dari belakang (dari arah dubur). Rasulullah S.A.W menjawab: "Itu halal". Apabila orang itu hendak pulang, Rasulullah S.A.W memanggilnya dan bertanya: "Apa yang kau tanyakan tadi? Pada lubang mana antara dua lubang? Pada lubang yang mana? Pada yang mana? Apakah dari belakang (tapi) farajnya? Itu memang halal, ataukah dari belakang duburnya? Maka itu tidak boleh (haram). Sesungguhnya Allah tidak malu terhadap kebenaran, janganlah menggauli wanita dari duburnya." 

Menurut Ibnu Qayyim, larangan berjimak melalui dubur kerana:- 

1. Tempat terjadinya janin pada rahim dan bukannya dubur, iaitu tempat najis. 
2. Isteri tidak dapat haknya menikmati jimak sepenuhnya. 
3. Dubur diciptakan oleh Allah bukan untuk disetubuhi. 
4. Air mani tidak dapat keluar sepenuhnya. 
5. Ia menyakitkan wanita kerana jauh daripada tabiat semula jadi. 
6. Mendatangkan fobia kepada pasangan. 
7. Merosakkan jiwa kecuali bertaubat. 
8. Wajah tidak berseri. 
9. Mewarisi kehinaan dan kerendahan diri. 
10. Menimbulkan kebencian.

Sekarang macam mana? Dah tahu sebabnya bukan? Oleh itu, bagi korang (lelaki) yang nak berjimak dengan isteri tu, berjimak lah dengan cara yang mengikut syariat Islam..Usah terpengaruh dengan gaya bintang porno Barat tu sebab Islam dah sediakan kaedah yang terbaik untuk diikuti oleh umatnya.. 

p/s: nak pahala ke nak dosa? Pilihan terletak di tangan korang...bagi yang dah berkahwin, jangan sekali-kali cuba... dan jangan jadi homoseksual... Haram


Monday, 6 July 2015

Hukum Onani (Masturbasi) Bagi Lelaki & Wanita

Hukum Onani (Masturbasi) 
Bagi Lelaki & Wanita
Oleh
Zaharuddin Abd Rahman
Assalamualaikum, Apakah Hukum melakukan onani?
Berikut adalah jawapan yang pernah diberikan oleh Syeikh Dr Yusof Al-Qaradawi :-
Kadang-kadang darah pemuda bergelora, kemudian dia menggunakan tangannya untuk mengeluarkan mani supaya alat kelaminnya itu menjadi tenang dan darahnya yang bergelora itu menurun. Cara semacam ini sekarang dikenal dengan nama onani (bahasa Arabnya: istimta' atau adatus sirriyah).
Kebanyakan para ulama mengharamkan perbuatan tersebut, di antaranya Imam Malik. Beliau memakai dalil ayat yang berbunyi:
"Dan orang-orang yang memelihara kemaluannya kecuali terhadap isterinya atau hamba sahayanya, mereka yang demikian itu tidak tercela. Tetapi barangsiapa mau selain yang demikian itu, maka mereka itu adalah orang-orang yang melewati batas." (Al-Mu'minun: 5-7)
Sedang orang yang onani adalah melepaskan syahwatnya itu bukan pada tempatnya.
Sedang Ahmad bin Hanbal berpendapat, bahawa mani adalah barang lebihan. Oleh karena itu boleh dikeluarkan, seperti memotong daging lebih.
Pendapat ini diperkuat oleh Ibnu Hazm. Tetapi ulama-ulama Hanafiah memberikan Batas kebolehannya itu dalam dua perkara:
  1. Karena takut berbuat zina.
  2. Karena tidak mampu kawin.
Pendapat Imam Ahmad ini memungkinkan untuk kita ambil dalam keadaan gharizah (nafsu syahwat) itu memuncak dan dibimbangkan akan jatuh ke dalam haram. Misalnya seorang pemuda yang sedang belajar atau bekerja di tempat lain yang jauh dari negerinya, sedang pengaruh-pengaruh di hadapannya terlalu kuat dan dia bimbang akan berbuat zina. Karena itu dia tidak berdosa menggunakan cara ini (onani) untuk meredakan bergeloranya gharizah tersebut dan supaya dia tidak berlaku zina.
Tetapi yang lebih baik dari itu semua, ialah seperti apa yang diterangkan oleh Rasulullah s.a.w. terhadap pemuda yang tidak mampu berkahwin, iaitu kiranya dia memperbanyak puasa, dimana puasa itu dapat mendidik beribadah, mengajar bersabar dan menguatkan kedekatan untuk bertaqwa dan keyakinan terhadap penyelidikan (muraqabah) Allah kepada setiap jiwa seorang mu'min. Untuk itu Rasuluilah s.a.w. bersabda sebagai berikut:
"Hai para pemuda! Barangsiapa di antara kamu sudah ada kemampuan, maka kahwinlah sebab dia itu dapat menundukkan pandangan dan memelihara kemaluan; tetapi barangsiapa tidak mampu, maka hendaknya ia berpuasa, sebab puasa itu baginya merupakan pelindung." (Riwayat Bukhari)
Dipetik dari kitab al-Halal wal Haram fil Islam
Walaupun demikian, berikut adalah ulasan lanjut saya ( sila buka ) :-
Terlalu banyak persoalan berkenaan onani ini. Kotak email dan ruangan komentar di web saya ini juga tidak terlepas dari pertanyaan seumpama ini. Ada sebahagiannya terpaksa saya dan admin 'delete' kerana bahasa dan bentuk soalannya yang kurang sesuai.
Antara soalan-soalannya :-
1)      " ...ustaz, saya ada masalah yang menimpa diri saya semalam iaitu saya telah melakukan onani di siang hari bulan ramadhan."
2)      "Assalammualaikum... Saya sudah berumur 24 tahun, saya sering beronani sebelum ini sehinggakan dalam satu hari pernah saya buat perkara keji ini sampai 3 kali oleh sebab terasa ghairah melihat perempuan yang seksi. 
3)      "Saya tidak dapat menahan lalu saya melihat gambar porno untuk memuaskan nafsu saya dengan cara beronani. Dan ini pernah berlaku pada siang hari di bulan ramadhan.apa yang saya perlu buat dan apakah hukumnya serta hukumannya."
4)      "Saya juga ada masalah pasal onani ni oleh kerana terlalu menyesal dah perbuatan saya, saya telah bernazar untuk berpuasa 1 hari bagi setiap kali saya beronani."
5)      "Salam..ustaz adakah beronani perlu mandi wajib? apa bezanya air mazi dan mani?adakah kedua2 tu ada pada perempuan? harap ustaz dapat jelaskan.terima kasih"
6)      "Salam, saya sudah berkahwin tetapi tinggal berjauhan dengan isteri..kadang kala apabila teringatkan isteri saya, saya merasa ghairah dan kadang kala sehingga melakukan onani..apakah hukumnya?"

gelora nafsu memamah umat Islam kini  

Sebeban Alasan
Dalam masa yang sama, adakalanya terlalu banyak pula alasan dan sebab yang diberikan oleh si penanya dengan harapan saya atau mana-mana individu yang ditanya akan mengatakan harus baginya.
"Seolah-olah ingin menjadikan kita sebagai jambatannya 'ke neraka', then kat akhirat dok tuding jari kepada kita" kata seorang rakan saya yang juga seorang penceramah aktif di Lembah Klang.
Selain hukum khas bagi perbuatan tidak sihat ini. Lebih dari itu, kebanjiran soalan-soalan sebegini menyebabkan saya menjadi semakin bimbang dengan keadaan umat Islam di Malaysia terutamanya.
Virus Bermula
Ia secara langsung menunjukkan umat Islam samada lelaki dan wanita sedang menghidap sindrom lemah kawalan nafsu syahwat seksual terhadap perkara nafsu syahwat yang haram.
Melayani syahwat dengan cara haram adalah salah satu punca kehancuran kemanisan solat, tanpa kemanisan solat, runtuhlah 'tiang agama' dalam diri seseorang, tatkala itu nafsu kebinatangan dan syaitan akan mula menguasai sehingga lahirlah manusia binatang seperti pembunuh Nurin Jazlin dan lain-lain.
Terdapat hadis yang mengingatkan melayani syahwat mata kepada yang haram sahaja akan menghancurkan kelazatan dan kemanisan iman.

 ما من مسلم ينظر إلى محاسن امرأة ثم يغض بصره إلا أخلف الله له عبادة يجد حلاوتها
Ertinya : Tiada seorang Muslim pun yang melihat kepada kecantikan wanita (aurat) kemudian ia mengalih pandangan matanya kecuali Allah s.w.t  akan memberikan kepadanya kemanisan dalam ibadahnya (Riwayat Ahmad & At-Tabrani , Ibn kathir, 3/283, Ibn Kathir & Al-Munziri : Dhoif dan Ibn Kathir berkata , boleh diguna dalam hal galakkan)
Juga disebut dalam sebuah athar :
النظر سهم مسموم من سهام إبليس
Ertinya : "Pandangan mata adalah panah beracun dari panahan Iblis" ( Mirqatul Mafatih, 1/255; Ruhul Ma'ani, 22/7)
Malah ia juga bakal merosakkan hati :-

كل عين باكيه يوم القيامه الا عينان عين غضت عن محارم الله
Ertinya : Setiap mata akan menangis di hari kiamat kecuali mata yang dilindungi (berpaling) dari perkara yang diharamkan Allah s.w.t" ( at-taysir bi Syarhi al-Jami' as-Soghir, 2/216 : Hadis Hasan)
Ketahuilah saudara-saudariku, melayani onani merupakan permulaan kehancuran hati seseorang. Merupakan salah satu permulaan kepada zina.
Ia sering diwarwarkan kononnya sebagai penyelamat dari zina, hakikatnya ia juga merupakan pintu mula kepada zina.
Ia adalah pintu mula seseorang berjinak dengan melayani nafsu syahwat seksual mereka tanpa menurut arahan Allah dan RasulNya. Nafsu yang tidak dikawal ini adalah sentiasa meminta lebih dan lagi, akhirnya akan menjerumus kepada menonton gambar pornografi, video, mengintai dan ditamatkan dengan zina yang tiada had kepuasannya. Memang itu sifat nafsu syahwat samada seksual ataupuan harta. Sekali ia dilayan, tiada lagi pintu puas.
Sebagaimana hadis yang telah saya bawakan dahulu iaitu :-

لو كان لابن آدَمَ وَادِيَانِ من مَالٍ لَابْتَغَى ثَالِثًا ولا يَمْلَأُ جَوْفَ بن آدَمَ إلا التُّرَابُ 
Ertinya : Sekrianya anak Adam itu punyai dua lembah dipenuhi emas, nescaya sudah tentu mereka akan inginkan yang ketiga, dan tidak disumbatkan diperutnya tanah (mati)( Riwayat al-Bukhari , 5/2364 )
Demikian juga perihalnya dengan nafsu syahwat seksual. Ia merupakan satu penyakit dalaman yang serius. Saya cuba memperkemaskan huraian berkenaan onani walaupun jawapan Syeikh Dr Yusof Al-Qaradawi terhadap masalah Onani yang telah saya siarkan di web ini.
Kesimpulan pandangan terkuat oleh pelbagai kumpulan ulama mendapati bahawa hukum Onani adalah : -
1) satu perbuatan yang haram, tetapi ia bukanlah satu jenis dosa besar seperti zina, rasuah, riba, membunuh dan sebagainya.
Ia dianggap melepaskan nafsu bukan pada tempatnya, ia adalah ditegah oleh Allah s.w.t :-

وَالَّذِينَ هُمْ لِفُرُوجِهِمْ حَافِظُونَ إِلَّا عَلَى أَزْوَاجِهِمْ أوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُهُمْ فَإِنَّهُمْ غَيْرُ مَلُومِينَ فَمَنِ ابْتَغَى وَرَاء ذَلِكَ فَأُوْلَئِكَ هُمُ الْعَادُونَ

Ertinya :  "dan orang-orang yang menjaga kemaluannya, kecuali terhadap istri-istri mereka atau hamba sahaya yang mereka miliki; maka sesungguhnya mereka dalam hal ini tiada tercela; Barang siapa mencari yang di balik itu maka mereka itulah orang-orang yang melampaui batas. ( Al-Mukminun : 5-7)
Allah menyifatkan orang yang memuaskan nafsunya dengan cara selain dengan isteri atau suami yang sah sebagai :-
  • a) Malumin : Ertinya : "tercela"
  • b) Al-'adun : Ertinya : " orang-orang yang melampaui batas"
2) Hukum dosa ini sememangnya boleh berubah menjadi tidak berdosa sekiranya ia dilakukan dalam keadaan dharurat iaitu di ketika tanpa melakukan seseorang akan PASTI terjerumus dalam kancah zina.
Perlu diingat dharurat di sini hanya adalah di ketika 'pasti akan terjerumus' iaitu tatkala kemudaratan zina itu benar-benar BOLEH BERLAKU seperti ia telah tahu di mana boleh mendapatkan pelacur, bohsia atau teman wanitanya, punyai tempat yang strategik untuk maksiat dan lain-lain.
Maksud saya, jika sekadar ia rasa ingin berzina sahaja tetapi ia tidak punyai teman wanita, ia tidak pernah tahu di mana mahu melanggani pelacur, atau kesimpulan tiada mempunyai idea sebenarnya bagaimana ingin merealisasikan niat jahat berzinanya, disamping masih tidak yakin ia boleh terjerumus ke lembah sehina itu. Hukum keringanan (rukhsah) sementara akibat terdesak dan bagi mengelak zina yang disebutkan oleh sebahagian ulama itu TIDAK boleh dipakai sewenang-wenangnya.
3) Hukum dosa ini boleh menjadi bertambah besar apabila ia menjadi tabiat dan amalan kebiasaan disebabkan tindakannya sendiri seperti menjadi kegemarannya untuk melihat gambar dan video lucah. Akibat dari tindakannya itu, ia terdorong ingin berzina lalu beronani. Tatkala itu, tindakan onaninya bukan lagi terdesak tetapi dirinya sendiri yang sengaja mendorong kepada terdesak itu.
Ia berbeza dengan seseorang yang terangsang syahwat akibat ternampak dan sukar mengelakkan pandangan matanya dari permandangan kurang elok di tempat kerja atau dalam perjalanannya ke tempat kerja dan pulang.
4) Hukum dosa atau haram melakukan onani bagi lelaki dan wanita juga menjadi bertambah serius apabila dapat disahkan perbuatan onani tadi mempunyai kesan negatif kepada kesihatan. 
Bagi menguatkan fatwa hukum, kenyataan doktor sakit tuan, Dr.Ismail Thamby boleh dijadikan panduan fakta iaitu :-
1) kesan buruk kepada kehidupan seksual apabila berumahtangga
Beliau menyebut :-
Jika anda lakukan onani secara luar biasa seperti melakukan rangsangan seksual secara kasar dan kuat untuk mengecapi klimaks, mungkin apabila beristeri, anda akan mendapati bersetubuh dengannya tidak memberi kepuasan seperti anda kecapi secara onani.
Masalah ini dikenali sebagai ‘Traumatic Masturbatory Syndrome'. Yang menimbulkan masalah ialah onani mengakibatkan klimaks anda berlaku dengan cepat, yang jika berterusan dan diamalkan akan mengakibatkan anda tidak dapat bertahan lama apabila mengadakan hubungan seksual sebenar.
2) Tahap kesihatan kemaluan boleh terjejas hingga Mati Pucuk
Beliau menyebut :-
Selain itu, jika agak ganas dengan cara merangsang anggota sulit anda sehingga mengakibatkan anggota itu sakit dan bengkak, kemungkinan satu hari anda akan mengalami mati pucuk apabila kerosakan lama menunjukkan kesannya.
Ini kerana anggota sulit adalah organ vaskular dan tidak boleh diurut atau dirangsang dengan keras. Ia hanya sesuai untuk dirangsang melalui salur faraj perempuan.
3) Boleh Mandul kerana kerosakan buah zakar lelaki
Beliau berkata :
Namun, saya ingin mengingatkan yang kerosakan buah zakar boleh berlaku pada bila-bila masa ketika melakukan onani, dan jika ia berlaku dan menjejaskan kilang sperma, sudah tentu anda akan mandul kerana sperma tidak lagi dihasilkan ‘kilang'.
Sebagai contoh, anda melakukan onani dalam keadaan tidak terkawal seperti pengaruh alkohol, menyebabkan tidak tahu atau sedar ketika itu anda teragut buah zakar atau mencederakan buah zakar.
Anda hanya menyedari selepas beberapa lama yang buah zakar anda menjadi semakin kecil atau bengkak, dan jika kilang sperma terjejas, anda akan menjadi mandul.
Sudah tentu perkara yang menyeronokkan sukar untuk dihentikan, kecuali berlaku sesuatu perkara yang memudaratkan seperti keradangan buah zakar, kecederaan zakar seperti kebengkakan zakar.
Bagaimanapun, ia sudah terlewat jika tiada cara perawatannya. Mungkin jika zakar terkulai, bengkok atau patah, ada cara rawatan seperti pemulihan dengan pembedahan atau penggunaan alat pemulih.
Namun, jika kilang sudah rosak dan buah zakar mengecil, tiada penawarnya. Jadi cuba kurangkan amalan onani, terutama secara kasar. Anda perlu ingat, anda hanya ada satu zakar, bukan sepasang. Jika zakar itu tidak berguna, hidup anda merana selama-lamanya!
Penutup
Sebagai akhirnya, antara fungsi Ramadhan adalah mendidik hati dan diri agar mampu mengawal nafsu berikut :-
  • 1) Nafsu marah apabila Nabi menegah kita dari melayani ajakan pergaduhan semasa berpuasa.
  • 2) Nafsu makan dan minum. Apabila kita di tegah makan dan minum di siang hari.
  • 3) Nafsu tidur. Apabila kita dianjurkan untuk bangun sahur.
  • 4) Nafsu Syahwat. Apabila kita diarahkan untuk elakkan ‘bersama' isteri di siang hari Ramadhan.
Amat diharapkan Ramadhan yang baru berlalu dapat menghasilkan kemampuan kekangan segala nafsu melampau dalam hal yang disebut di atas.
Teringat saya kepada khutbah Jumaat yang disampaikan oleh Prof. Dr Sano Qutoub Mustafa ( Prof Syariah di UIAM ) pada 19 Oktober yang lalu. Beliau mengatakan
"jika keadaan iman dan amalan anda selepas Ramadhan adalah sama atau lebih teruk dari sebelumnya, ia adalah tanda anda tidak mendapat keampunan Allah pada bulan Ramadhan yang lalu" 
Sekian
Zaharuddin Abd Rahman
11 Syawwal 1428 H
http://zaharuddin.net/lelaki-&-wanita/282-hukum-onani-lelaki-a-wanita.html#comments

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...