Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Showing posts with label sains. Show all posts
Showing posts with label sains. Show all posts

Sunday, 9 August 2020

Tahukah anda...?

Tahukah anda : PEDANG SALAHUDDIN AL-AYYUBI adalah Pedang Paling Tajam Di Dunia?


Gambar 1 : Keratan akhbar Bahasa Inggeris bertajuk, "The Key Role of Impurities in Ancient Damascus Steel Blades"

[BARAT SEDANG BERUSAHA MENGHURAI TEKNIK INI]

Salahuddin Al-Ayyubi :

Pedang yang diakui paling tajam di dunia oleh pakar metalurgi. Ketajamannya mampu menembus baju zirah crusader, memotong dua pedang lawan, membelah perisai dan batu tanpa mengalami kerosakan pada matanya. Kehebatan pedang buatan Damsyik dan terkenal dengan panggilan Pedang Persia ini telah mengatasi kehebatan pedang Katana dari Jepun dan pedang Excalibur milik Raja Arthur. Pedang ini diperbuat besi baja "damarcus" dengan teknik rahsia yang disaluti CNT (Carbon Nano Tubes) yang menjadikan ianya AMAT TAJAM dan LENTUR. Seni pembuatan pedang yang terahsia ini amat dikagumi oleh puak Barat dan kajian metalurgi moden setakat hari ini juga, masih tidak berkeupayaan untuk menghasilkan pedang berteknologi tinggi (teknologi NANO) dari peradaban Islam pada kurun ke-12 ini.

Apa itu CNT?

CNT merupakan suatu rantaian atom karbon yang terikat di antara satu sama lain secara heksagonal berbentuk silinder yang mempunyai diameter sekecil 1-2 nanometer. Silinder CNT ini boleh mencapai panjang sehingga berpuluh-puluh mikron dan tertutup di bahagian hujung seolah-olah sebatang paip yang ditutup dikedua-dua hujungnya.

Pencirian yang dilakukan terhadap bahan ini juga menjelaskan bahawa CNT mempunyai kekuatan paling tinggi berbanding bahan lain. Ia juga mempunyai sifat kekonduksian elektrik melebihi kuprum dan logam. Keunikan tiub karbon nano yang lain ialah mempunyai ketahanan terhadap suhu tinggi serta mempunyai jisim yang lebih ringan dari aluminium.

Teknologi NANO

Kehebatan Pedang Salahuddin Al-Ayyubi telah dibongkar oleh Prof Dr. Peter Paufler dari Jerman. Prof tersebut menjumpai CNT di dalam pedang tersebut bersama senjata-senjata yang digunakan oleh tentera-tentera Islam pada ketika itu sewaktu perang Salib. CNT ini yang menjadikan pedang tentera Islam ini sangat tajam tetapi mudah lentur. Teknologi NANO ini menggunakan besi baja "damarcus" yang juga dipanggil wootz. Bijih besi ini mengandungi sejumlah peratusan unsur Karbon. Selain besi dan karbon, unsur-unsur seperti Kromium, Mangan, Kobalt juga ditambah bagi menambahkan lagi kekuatan, ketajaman dan kelenturannya.

Salahuddin Al-Ayyubi memimpin Tentera Islam dalam perang salib kurun ke-12

Teknik pembuatan pedang ini begitu rahsia sehinggakan hanya beberapa keluarga tukang besi di Damsyik saja yang menguasainya. Akhirnya pada kurun ke-18, teknologi pembuatan pedang ini telah pupus. Apa yang tinggal hanyalah pedang-pedang, tombak dan Pisau yang kini tersebar di pelbagai Muzium di seluruh dunia. Sekadar mengingatkan kita bahawa Teknologi Hebat Peradaban Islam ini telah hilang di telan zaman.

Wallahua'lam.

https://m.facebook.com/groups/539654973409423?view=permalink&id=606207186754201


Gambar 2 : Keris adalah merupakan senjata utama dan merupakan simbol kekuatan orang-orang Melayu di nusantara (Gugusan Kepulauan Melayu)

Tuesday, 16 May 2017

Fakta - Al-Quran Jelaskan Bagaimana Fir’aun Membangunkan Piramid


SETELAH kajian bertahun-tahun, akhirnya ilmuan menemui fakta bahawa bangunan makam para Raja Mesir ini dibuat dengan menggunkan tanah liat yang kemudian dipanaskan. Di sebalik penemuan baru tersebut, ternyata Al-Qur'an sudah mendedahkannya sejak 1400 tahun yang lalu.

Tepatnya pada tahun 2006, harian Amerika Times edisi 1 Januari 2006 memberitakan hasil kajian yang mengatakan bahawa Piramid dibuat dengan menggunakan tanah liat yang dibakar. Kajian dari Amerika-Perancis tersebut menerbitkan bahawa ketika tanah liat dibakar maka akan terbentuk batuan keras yang membuatnya tidak boleh dibezakan dengan batuan alam.

Para ilmuan mengatakan, Firaun merupakan penguasa yang mempunyai tahap kecerdasan yang tinggi. Ia mahir dalam bidang ilmu kimia untuk memproses tanah liat berubah menjadi batu normal. Memang, jika dilihat dari spesifikasi batu yang digunakan, Piramid dibina dengan teknik yang penuh misteri.

Sebelumnya Profesor Gilles Hug. dan Dr. Michel barsoum juga menegaskan bahawa Piramid dibina dengan menggunakan batu asli dan batu-batu yang dibuat dari tanah liat.

Fakta yang sama juga diterbitkan oleh majalah "Journal of the American Ceramic Society" yang menuliskan bahawa Firaun menggunakan tanah jenis slurry untuk membina monumen yang tinggi, termasuk Piramid. Ini kerana tidak mungkin manusia boleh mengangkat batu-batu besar tersebut sampai ke puncak dengan berat hingga ribuan kilogram.

Selain itu, ilmua asal Perancis, Profesor Davidovits juga melakukan kajian serupa dengan menggunakan mikroskop elektron terhadap batu tersebut untuk dapat melihat bahagian terkecil dari unsur batu. Hasilnya, Davidovits menegaskan bahawa batu itu dibuat daripada lumpur. Selama ini, tanpa penggunaan mikroskop elektron, ahli geologi belum mampu untuk membezakan antara batu alam dengan batu buatan manusia.

Sang profesor mengatakan bahawa lumpur tersebut merupakan olahan dari lumpur kapur yang diberi garam dan kemudian dibakar. Bahan inilah yang menghasilkan terbentuknya campuran tanah liat. Kemudian olahan itu dituangkan ke dalam tempat yang disediakan di dinding Piramid. Ringkasnya lumpur yang sudah diadun mengikut saiz yang dikehendaki tersebut dibakar, lalu diletakkan di tempat yang sudah disediakan di dinding Piramid.

Ilmuan lain yang juga mendedahkan hal sama adalah ilmuan asal Belgium, Guy Demortier. Ia sudah bertahun-tahun mendedikasikan dirinya untuk meneliti Piramid. Setelah melakukan kajian bertahun-tahun, akhirnya ia mendapati bahawa Piramid yang terletak di Mesir dibuat dengan menggunakan tanah liat.

Fakta yang telah dihimpiun oleh para ilmuan selama bertahun-tahun ini memang merujuk pada pembangunan Piramid yang menggunakan tanah liat sebagai bahan utamanya. Namun fakta ini sudah terungkap secara jelas dalam Al-Qur'an sejak beribu-ribu tahun yang lalu. Allah SWT berfirman dalam Al-Qashash '28:38 tentng bagaimana bangsa Mesir membina Piramid.

"Dan berkata Fir'aun: 'Hai pembesar kaumku, aku tidak mengetahui tuhan bagimu selain aku. Maka bakarlah Hai Haman untukku tanah liat kemudian buatkanlah untukku bangunan yang tinggi supaya aku dapat naik melihat Tuhan Musa, dan sesungguhnya aku benar-benar yakin bahawa Dia dari orang-orang pendusta. "(QS. Al-Qashash '28:38)

Firman ini jelas mengatakan bahawa Firaun menyuruh umatnya untuk membuat bangunan tinggi daripada tanah liat. Ini selaras dengan hasil kajian para ilmuan yang dilakukan bertahun-tahun lamanya. Padahal Allah SWT sudah lebih dahulu menuliskan fakta tersebut dalam kitab Umat Muslim ini. Al-Qur'an adalah kitab pertama yang menjelaskan rahsia bangunan Piramid, bukan para Ilmuwan Amerika ataupun Perancis.

islampos.com

Sunday, 6 May 2012

Portraits of the Mind: Brain Cells Under Microscope

Portraits of the Mind: Sel Otak Di Bawah Mikroskop

Portraits of the Mind: Visualizing the Brain from Antiquity to the 21st Century By Carl Schoonover is a book that is to be released on November 1. Portraits of the Mind follows the fascinating history of our exploration of the brain through images, from medieval sketches and 19th-century drawings by the founder of modern neuroscience to images produced using state-of-the-art techniques, allowing us to see the fantastic networks in the brain as never before.
Below is a small preview from the upcoming book.
Portraits_of_the_mind_p1241
Photomicrograph of a neuron’s cell body (top, center) and its dendrites radiating out of it, obtained with a scanning electron microscope.
Photomicrograph of the molecular scaffolding of axons.
Portraits_of_the_mind_p100_1011
Photomicrograph of different components of the rat cerebellum, including Purkinje neurons in green, glia (non-neuronal cells) in red, and cell nuclei in blue.
Portraits_of_the_mind_p213
Diffusion MRI image of a patient who has suffered a stroke in the thalamus. This has resulted in major disruptions to certain axon tracts, some of which are visible at the bottom of the figure.

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...