Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Showing posts with label Koperasi. Show all posts
Showing posts with label Koperasi. Show all posts

Thursday, 27 October 2022

27 OKTOBER 1984 KOPERASI RANCANGAN-RANCANGAN FELCRA

27 Oktober 1984 – Pada tahun 1984, Koperasi Rancangan-rancangan FELCRA telah dilancarkan dengan rasminya oleh Menteri Kemajuan Tanah dan Wilayah Dato’ Seri Mohd. Adib Adam. Koperasi itu bertujuan untuk membantu peneroka-peneroka rancangan FELCRA dan bagi mengatasi masalah-masalah yang dihadapi oleh petani.

Kewujudan Koperasi Rancangan FELCRA juga dapat meringankan bebanan peneroka terutama berkaitan dengan harga barangan keperluan harian dan juga dapat memberi bantuan pinjaman kewangan. Di samping itu koperasi tersebut turut mengambil bahagian dalam perniagaan dan perusahaan serta dapat membantu meninggikan lagi taraf sosio-ekonomi para peneroka FELCRA.

Menurut Datuk Seri Adib, usaha sebegini akan dapat membantu kerajaan dalam menjayakan matlamat dasar Pertanian Negara. Dengan pelancaran Koperasi Rancangan FELCRA pada hari ini dalam tahun 1984, telah dapat menjamin kebajikan dan kesejahteraan para peneroka serta berjaya menjadikan peneroka FELCRA sebagai peneroka yang cemerlang.

#hariinidalamsejarah



Pautan artikel menarik yang berkaitan :-

20 SEPTEMBER 1964 SEJARAH PENUBUHAN FELCRA


Thursday, 29 September 2022

28 SEPTEMBER 1954 PENUBUHAN BANK KERJASAMA RAKYAT MALAYSIA

 

Pada hari ini dalam tahun 1954, Bank Kerjasama Rakyat Malaysia atau lebih dikenali sebagai Bank Rakyat telah ditubuhkan di bawah Ordinan Syarikat Kerjasama 1948. Penubuhan bank itu bertujuan untuk membantu ahli-ahli dan juga koperasi-koperasi dari segi kewangan. Di awal penubuhannya bank tersebut lebih dikenali sebagai Bank Agong Kampong. Keahliannya terdiri daripada 12 buah persatuan kerjasama dan beribu pejabat di Bukit Mertajam. Bagaimanapun selepas itu ia mengalami beberapa perubahan nama apabila Ibu Pejabatnya telah dipindahkan ke Kuala Lumpur. Pada tahun 1967, Bank Agong ditukarkan namanya kepada Bank Kerjasama Malaysia Berhad.

Manakala keahliannya dibuka bukan saja kepada koperasi yang berdaftar tetapi kepada orang perseorangan. Pada tahun 1973, sekali lagi namanya ditukar pula kepada Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad atau dikenali sebagai Bank Rakyat. Bank Rakyat telah berusaha untuk meningkatkan mutu perkhidmatannya melalui cawangan-cawangan di seluruh negara. Di samping bilangan keahlian yang semakin bertambah, Bank Rakyat juga turut memberikan banyak perkhidmatan kepada rakyat. Dalam usia sedemikian, Bank Rakyat yang telah ditubuhkan pada hari ini dalam tahun 1954, telah menunjukkan pertumbuhan dan perkembangan pesat di sektor kewangan.

Adalah menjadi harapan bank tersebut terus memikul peranan yang lebih aktif dalam memajukan kegiatan kewangan untuk ahli-ahli dan pelanggan-pelanggannya bersesuaian dengan perkembangan yang berlaku pada masa kini.

#hariinidalamsejarah #arkibnegara

https://www.facebook.com/701547676576843/posts/pfbid02KmxS6EUir56fTafNoDrtGDTNJY3zCnvdakqr784gQgtjJJK7wBLnb6uPjvaAUPpLl/

Pautan artikel menarik yang berkaitan :-

26 SEPTEMBER 1963 PEMBENTUKAN TABUNG SIMPANAN BAKAL-BAKAL HAJI

https://normanhafizi.blogspot.com/2022/09/26-september-1963-pembentukan-tabung.html

Monday, 4 January 2021

HISTORY OF THE CO-OPERATIVE MOVEMENT

Picture : Offical Logo Of Malaysian Cooperative Commission (SKM)

HISTORY OF THE CO-OPERATIVE MOVEMENT

The co-operative movement started and grew on the awareness of a community group consisting of those who were exploited or oppressed to defend their plight and fight for their rights in life. The history of this formal movement began in the 18th century at the onset of the Industrial Revolution in England. The birth of industrial figures such as Hargreaves (inventor of the spinning jenny), Richard Artwright (inventor of the water frame using waterpower), Samuel Cromption, James Watt (inventor of the steam engine) and Edmund Cartwright (inventor of the power loom) had encouraged the growth of industrial towns. This development had attracted many workers especially from the agricultural sector that were being exploited by landlords to change directions and work in the industrial sector. Employment transformation from agriculture to the manufacturing sector had led to factory owners taking the opportunity to exploit the influx of labour with low wages, long working hours and distressing working facilities and conditions.

This scenario was exacerbated by the political atmosphere at the time whereby the government was controlled by the wealthy landlords and factory owners. Most of the policies enacted were in favour of these plutocrats and indirectly oppressed and exerted pressure on people’s lives. An example of such discrimination was when in 1815, the Parliament of England approved the Corn Law which prevented the importation of corn. The drafting of this law led to a sharp hike in bread prices and indirectly causing a very high level of poverty among the people.

The pressure and bad situations faced by the people especially among factory workers had forced them to find a way to overcome the problem. This was when Robert Owen (1771-1858), known as the “Father of Co-operatives”, emerged as the generator of ideas to the modern co-operatives to reduce the effects of injustice and oppression at the time. As someone with a background of being a factory worker, then rising up to become an entrepreneur and eventually owning a textile factory, later becoming a community leader, he realised the needs for a community system that is more dynamic and gives fairer treatment to workers. He aspired to establish villages across the country called the New Moral World to replace the current life conditions which he considered infested with corruption and oppression. With an ideology or belief that regards it necessary to create a co-operative community first and then followed by activities or businesses, he established a village based on the principles of fraternity and co-operation (Villages of Co-operation in 1799) and an Institution for the Formation of Character in 1816, both located in New Lanark, Scotland, and a co-operative village in Hampshire, England (1893). Although Robert Owen’s efforts failed, but his idea with elements of co-operatives had influenced a number of people and paved the way towards the creation of a more systematic Co-operative Movement.        

Efforts to continue this Co-operative Movement also gained the attention of a local academician and author, Dr. William King (1786 - 1865). In 1828, Dr. William King published a monthly bulletin titled “The Co-operator”, a publication deemed successful in spreading new spirits and understanding in co-operative activities among the people of England at the time. “The Co-operator” bulletin successfully published 28 editions through a course of three years from 1827 to 1830. This bulletin, with its concepts of co-operatives through practice and values of Christianity had spread throughout England to the extent that whenever the bulletin had reached a locality, a co-operative would eventually be established in that area. The first co-operative sponsored by Dr. William King was Brighton Co-operative Trading Association in 1827, but sadly this co-operative was also doomed for failure.

Developments of the co-operative movement by the two figures stated above were unable to bear the fruits as desired. This happened not only because this co-operative movement arose in the Industrial Revolution era, but failed when the principles of fraternity and helping one another in increasing the socio-economy of the community was not fully appreciated by its members. In fact, the dependence of its members in gaining assistance and help by focusing on certain individuals and leaders only furthermore contributed to the failure of this movement. Apart from having no recognition of its status legally, the lack of business knowledge among its members, the lack of support from the plutocrats and greed of its own members which dissolved co-operatives to become private companies were also among the causes of the downfall of this first co-operative movement.

The co-operative idea was subsequently adopted by artisans whereby 28 weavers had agreed to contribute a capital of  £1.00 each through the establishment of Rochdale Pioneers Society Limited in 1844. The group, also known as the Rochdale Pioneers, had outlined the co-operative principles which was later recognised as the Co-operative Movement philosophy worldwide. With an accumulated capital of £28.00, on 21 December 1844, they established the first ever consumer co-operative store in the world through approaches of sales based on the market, buy and sell in cash and dividing of profits based on the number of purchases made by members. Within just a few years, this co-operative had achieved great success in aspects of membership, capital and its business. It is from this success that the co-operative movement began to grow throughout England and later all over the world including Malaysia.

Source :

https://www.skm.gov.my/index.php/en/mengenai-skm/gerakan-koperasi/pengenalan/sejarah-gerakan-koperasi

Wednesday, 25 November 2020

Kepentingan Untuk Menubuhkan...

Artikel Arkib : 09 Disember 2018 

Kepentingan Untuk Menubuhkan Sebuah Koperasi Muslim



Gambar : Logo Rasmi Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM)

Dulu-dulu aku pun mengeluh juga apabila kebanyakan barang atau servis yang orang Muslim jual (boleh baca Melayu) semua mahal belaka. Harga lebih tinggi berbanding produk sedia ada dalam pasaran. Ini realiti.

Sampai satu tahap, baru aku sedar dan faham mengapa produk dan perkhidmatan orang kita lebih mahal berbanding orang lain. Berikut adalah beberapa faktor yang aku kenal pasti.

1. Kos pengeluaran. Orang kita belum pandai berpakat-pakat. Kita masih suka berniaga sendiri-sendiri. Beli barang sikit-sikit, dapat pun harga sikit-sikit. Orang lain berniaga berpersatuan, beli barang mentah ramai-ramai. Mereka dapat harga pukal.

2. Kos logistik. Orang kita tak pandai nak berpakat-pakat. Satu perniagaan satu lori. Satu kedai satu van. Kita sanggup bangun awal pagi ke pasar dan kita sanggup pusing satu bandar buat delivery. Kita tak nampak kos logistik. Orang lain berpakat elok. 10 perniagaan boleh ‘outsource’ logistik kepada 1 orang. Jimat.

3. Kos operasi. Orang kita tidak ada kemampuan ‘cashflow’ yang kuat. Perniagaan banyak dapat. Modal tak ada. Naik turun bank, tak cukup syarat. Nak cari rakan kongsi, akan tetapi orang kita belum bersedia nak kongsi untung. Akhirnya layan semua kerja sendiri. Orang lain boleh berpakat. Mereka ada banyak sumber kewangan. Mereka terus hidup.

Aku bagi contoh mudah begini, 

Dulu sewaktu aku dapat tempahan untuk mengeksport berkontena udang ke Korea, aku pusing satu Semananjung mencari stok. Di Pantai Barat misalnya, semua kolam udang dari Lukut sampai ke Perak aku masuk. Apabila bertanya tentang stok dan harga, mereka akan berikan aku nombor orang yang sama.

“You contact dia ni. Nanti dia akan layan you“

Aku pening. Nama kolam lain-lain, pemilik pun lain-lain. Tapi kenapa urusan belian hanya diuruskan oleh satu orang sahaja? Akhirnya  baru aku faham, mereka bergerak dalam kumpulan. Mereka lantik satu orang sahaja untuk uruskan jualan.

  • “Kami kongsi modal beli benih udang“
  • “Kami kongsi modal beli makanan udang“
  • “Kami kongsi rantaian bekalan (supply chain)“
  • “Kami kongsi semua benda agar kos pengeluaran kami jadi rendah. Bila semua ni rendah, kami dapat jual pada harga murah.“

“Macam ni rupanya depa urus bisnes. Patutlah depa boleh jual murah“, bisik aku dalam hati.

Aku tuliskan pengalaman yang benar-benar terjadi di sekeliling kita. Mungkin selama ini kita tahu, tapi kita tak sedar. Atau mungkin kita nampak, tapi kita tidak faham. Bangunlah kawan-kawan. Buka mata dan buka hati.

Jadi kawan-kawan, mulai hari ini tak usah mengeluh lagi apabila barang yang orang kita jual sedikit mahal. Ini semua salah kita sendiri. Kita tak pernah diajar untuk bersungguh-sungguh menjadi orang berniaga. Kita diajar senang dan selesa. Kita diajar untuk jadi pembeli dan pandai ‘mengeluh’. Tanpa kita sedar.

Mulai hari ini juga kawan-kawan, aku menyeru kalian sebagai pengguna supaya teruslah menyokong perniagaan orang kita. Biar kita berbelanja lebih sedikit dan bayar lebih sedikit untuk mereka. Kerana itu akan membesarkan perniagaan mereka di kemudian hari. 

“Small is the new big“

Apabila semakin ramai di antara kita yang teribat dalam rantaian perniagaan di bumi Malaysia ini membesar dan maju, insha Allah kita akan nikmati tawaran yang lebih baik pada masa depan. Apabila semua kos pengeluaran berjaya dikurangkan, kualiti dapat ditingkatkan dan harga itu dapat dikawal.

Dan yang paling penting kawan-kawan, jika orang kita maju dan untung, mereka akan mengeluarkan zakat. Keupayaan mereka untuk berwakaf juga menjadi tinggi. Ini Fardhu Kifayah kita. Kita bising-bising, tapi kita tak menyokong, orang kita akan tetap kalah.

Perjuangan untuk menyatukan hati manusia agar faham dan mampu berjuang dalam satu kumpulan ini bukan senang. Kerana ini belum menjadi sebahagian daripada sikap kita. Kerana ini juga belum jadi sikap yang berjaya membentuk budaya kita.

“Aku tahu ini susah. Tetapi boleh dilaksanakan !“

Ikram Al Banjari (Saudagar Jalanan)

#info #pendapat #testimoni #muslim

Tuesday, 24 November 2020

ORGANISASI YANG KUKUH MENJAMIN KELANGSUNGAN PENUBUHAN KOPERASI

Arkib : 04 Disember 2019


Gambar : Logo Rasmi Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM)

Siaran Media Usahawan : Organisasi Yang Kukuh Menjamin Kelangsungan Penubuhan Koperasi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Semua

Setiap organisasi yang wujud memerlukan wakil daripada ahli-ahli yang dipilih untuk dijadikan pemimpin bagi menguruskan perjalanan organisasi tersebut dengan baik dan berkesan. Tanpa pemilihan ahli-ahli yang mampu untuk memimpin organisasi dengan baik sebenarnya akan menggagalkan segala usaha untuk mewujudkan persefahaman. Akhirnya, objektif serta matlamat penubuhan organisasi itu tidak akan dicapai.

Begitulah juga dengan konsep penubuhan koperasi yang berasaskan organisasi. Konsep koperasi adalah satu konsep yang terbaik bagi mendapatkan persefahaman setiap anggota ke arah mencapai ke satu tahap penubuhan organisasi yang kukuh dan berkesan. Penubuhan koperasi sebenarnya memerlukan satu kerjasama yang mantap dan persefahaman sesama ahli amat diperlukan. Perkara-perkara seperti perkongsian dari segi pengurusan idea, sumber dan maklumat akan membantu untuk mengukuhkan dan memantapkan organisasi.

Sesebuah koperasi akan menjadi organisasi yang berfungsi bagi membentuk sebuah jawatankuasa untuk setiap keahlian keanggotaan. Jawatankuasa yang bertindak ini akan bertanggungjawab menjaga ke atas kebajikan setiap ahli dan ianya merupakan suatu konsep pengurusan organisasi. Pembentukan jawatankuasa ini juga seharusnya menggunakapakai sistem bermesyuarat bagi mencari kata sepakat untuk setiap keputusan yang dibincangkan. 

Selain itu, pemimpin yang dipilih adalah mengikut suara ramai dari kalangan ahli-ahli yang layak untuk memimpin organisasi koperasi ini. Perkara utama dan penting ialah kebajikan setiap anggota dapat dibela dan dijaga dengan baik.

Kebiasaannya, kebanyakan masyarakat kita lebih memandang kepada kebendaan dan keuntungan dari segi bentuk perniagaan, melalui penubuhan syarikat. Akan tetapi, amat jarang sekali apabila syarikat ditubuhkan kebajikan dan pembelaan setiap anggota dalam sesebuah organisasi lebih diutamakan. Maka di sinilah perlunya sesebuah organisasi yang diwujudkan melalui penubuhan koperasi.

Selain itu, kegagalan organisasi bagi sesebuah koperasi itu berlaku apabila ia mengutamakan keuntungan perniagaan melebihi perkhidmatan untuk setiap anggota. Perkara ini jelas telah diperingatkan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) iaitu untuk mengelakkan organisasi koperasi ini menjurus kepada perniagaan yang berkonsepkan skim cepat kaya. Tidak dinafikan bahawa koperasi yang berfungsi seperti ini tidak akan bergerak jauh dan penubuhannya akan menjadi sia-sia sahaja.

Akhir sekali, setiap keahlian keanggotaan bakal menerima manfaat yang perolehi hasil daripada yuran penyertaan dan pembelian saham koperasi. Manfaat tersebut bergantung kepada jenis fungsi koperasi yang mereka sertai. Justeru itu, pemilikan saham dan syer sesebuah koperasi itu sebenarnya adalah merupakan kelangsungan koperasi itu untuk mampu dan terus bertahan lama.
 
Kredit to : @⁨Norman Hasnun ❤🌹

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...