Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Showing posts with label makam. Show all posts
Showing posts with label makam. Show all posts

Wednesday, 31 March 2021

Marhum Masjid Kota Lama Kanan

SULTAN PERAK KE 2 TELAH "MANGKAT GHAIB" DAN TIDAK BERMAKAM


Gambar 1 : Makam Sultan Mansur Syah 1

Sultan Mansur Syah I adalah Sultan Perak ke 2, baginda memerintah dari tahun 1549 sehingga 1577. Kisahnya berlaku di hari Jumaat ketika baginda sultan sedang beriktikaf menunggu khutbah Jumaat dan secara tiba-tiba baginda sultan telah ghaib di dalam masjid Kota Lama Kanan, kelibat tuanku sultan sudah tidak kelihatan.

Suasana dalam masjid menjadi gempar dan kelam kabut, puaslah rakyat berdoa meminta petunjuk kepada Allah dan mencari di sekeliling masjid dan sehingga ke setiap pelusuk negeri Perak, tetapi Tuanku Sultan tetap tidak ditemui.

Ada cerita yang mengatakan bahawa para jemaah masjid telah dipukau dan baginda sultan telah diculik lalu dibawa keluar dari masjid dan dilarikan entah ke mana. Ada juga cerita yang mengatakan bahawa baginda telah "dijemput" dan 'diambil' dan dijaga oleh orang bunian atau jin islam, memandangkan kisah sejarah kesultanan Negeri Perak ini dikaitkan dengan makhluk jin islam dan alam ghaib, ALLAHUALAM.

Pada hari Jumaat di dalam Masjid Kota Lama Kanan, buat kali terakhirnya Baginda Sultan Mansur Syah I kelihatan di depan mata rakyat jelata dan disinilah juga baginda GHAIB selamanya, jasad baginda tidak ditemui lalu diisytiharkan mangkat tapi tidak bermakam, akhirnya baginda digelar "Marhum Masjid Kota Lama Kanan".

Sebagai memperingati Almarhum Sultan Perak ke 2 yang "Mangkat Ghaib" di dalam Masjid maka dipacaklah sebuah rekaan dari batu yang berbentuk seakan batu nisan di dalam Masjid Kota Lama Kanan, tetapi batu itu bukanlah batu nisan tetapi ia adalah batu ingatan kepada baginda yang tidak bermakam.

Walaupun Sultan Mansur Syah I "Mangkat Ghaib Tidak Bermakam", tetapi mengikut adat di-Raja turun-temurun kesultanan Perak, setiap bakal Sultan Perak yang akan ditabal mejadi Sultan Perak itu DI MESTIKAN untuk menziarahi batu peringatan Sultan Mansur Syah I yang terletak di dalam Masjid Kota Lama Kanan, Kuala Kangsar , Perak. Al Fatihah (dengan bacaan)


Gambar 2: Sultan Nazrin Syah menziarahi Batu Peringatan Sultan Mansur Syah 1



🔴 MENJEJAK SULTAN PERAK YANG HILANG | PERAK


Deskripsi daripada Studions Production :

Kisah Sultan Perak ke 2 yang hilang ketika solat Jumaat yang berlaku pada 1577 adalah sesuatu yang sangat misteri. Sehingga kini jejak baginda sultan tidak dapat di rungkai dan rakyat Perak telah anggap baginda telah mangkat. Namun kemangkatan baginda tidak berjasad dan tidak bernisan namun telah dibina batu peringatan. Insyaallah saya dan pn.Ita akan merungkai kisah ini yang telah berlaku ratusan tahun dahulu. Apakah sebenarnya yang terjadi?Nantikan penerangan video pada hari ini. Sumber: Sejarah dan batin. _________________________ ✅ "JOIN" ahli member Explorasi Misteri Mistik: https://www.youtube.com/channel/UC-ir...​ __________________________ #ExplorasiMisteriMistik​ #SultanPerakYangHilang

Saturday, 18 July 2020

Kembara 3 Pulau 3 Negara

#SiriTamadunIslamDiNusantara #Kembara3Pulau3Negara


بﺴْــــــــــــــﻢِ ﺍﻟﻠﻪِ ﺍﻟﺮَّﺣْﻤَﻦِ ِﺍﻟﺮَّﺣِﻴْـــــﻢ...
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

KHAMIS - ISNIN l 19 - 23 DIS 2019 M | 
22 - 26 RABI`UL AKHIR 1441 H

"Siri Tamadun Islam Di Nusantara" KEMBARA 3 PULAU 3 NEGARA

Alhamdulillah selesai sudah satu lagi Kembara Ilmu bersama Tuan Guru Dr Hj Shamsul Mohd Nor menjejaki sejarah para Ulama & Umara' di Negeri Sembilan, Melaka dan Johor-Riau-Lingga termasuk Singapura.

Dikumpulkan dan dikongsikan video rakaman sepanjang ziarah yang telah dirakam oleh:

a) Tn Hj Aznam Abdullah, dan 
b) Tn Hj Imran Ali (MIA)

Semoga Allah memberkati kembara ini dan diberikan kefahaman tentang semua keterbukaan dan pengajaran yang diperolehi untuk kita laksanakan didalam masyarakat.

آمين آمين يارب العالمين

Menelusuri Sejarah Ulamak Kerajaan Islam Johor-Riau-Lingga-Selangor-Singapura

Perjuangan Tanpa Sempadan

(19 Disember hingga 23 Disember 2019 / 22 hingga 26 Rabiulakhir 1441H)

Catatan : 29 Disember 2019 (kemaskini : 18 Julai 2020) - Pengenalan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua

Hari ini adalah sedikit perkongsian mengenai Kembara Ilmu iaitu satu perjalanan mencari ilmu dan pengalaman melalui penjelajahan di sekitar 3 buah pulau dengan 3 buah negara yang berbeza.

Program Kembara Ilmu ini bermula pada 19 Disember 2019 iaitu bermula di Pulau Besar, Melaka pada hari pertama. Pada hari berikutnya iaitu di Pulau Bintan, Indonesia. Lawatan terakhir Kembara Ilmu ini berakhir di Singapura iaitu pada 23 Disember 2019.

Siri ini terdiri dengan beberapa bahagian dalam bentuk gambar secara ziarah ke makam-makam purba dan lama DiRaja.

Selain itu, ziarah ini juga termasuk makam-makam ulama dan cendiakawan Muslim yang termasyhur di sekitar Nusantara (sekitar Asia Tenggara termasuk Malaysia).

Makam-makam tersebut dipercayai adalah makam-makam para wali Allah s.w.t. dan daripada nasab susur galur keturunan secara terus kepada Nabi Muhamad s.a.w.

Untuk makluman semua, setiap daripada makam-makam yang diziarahi itu telah dibacakan doa oleh para pengunjung dengan dibimbing oleh Ustaz Dr. Haji Shamsul Mohd Nor.

Semoga lawatan ini mendapat keberkatan daripada Allah s.w.t. in shaa Allah, aamiin. Al-fatihah (Dibaca).

Catatan : 13 Januari 2020 (kemaskini : 18 Julai 2020) - Penutup

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua

Program Kembara Ilmu ini adalah satu program dan usaha kita dalam menelusuri perjalanan Sejarah Ulamak, Pembesar dan juga Raja-raja Melayu di Malaysia. Usaha ini adalah merupakan satu usaha yang murni demi menghargai sebuah perjuangan yang telah dilalui oleh mereka yang terdahulu untuk memperkembangkan Agama Islam dari Timur Tengah kepada kawasan nusantara ini.

Perjuangan untuk menyebarkan Agama Islam ini adalah sebuah perjuangan suci dan ianya telah melalui satu tempoh yang panjang serta penuh liku. Apabila kita tidak menghayatinya dengan penghayatan penuh mendalam, maka kita akan mudah tersasar daripada landasan yang asal yang telah mereka tinggalkan kepada kita untuk diteruskan pada masa akan datang.

Semoga daripada perkongsian yang serba sedikit ini akan dapat membangkitkan semula semangat kepada kita untuk meneruskan legasi-legasi yang telah ditinggalkan oleh mereka. Selepas ini, akan tiba pula giliran anak-anak dan cucu-cucu kita apabila tiba masanya untuk mereka teruskan perjuangan menegakkan Agama Islam, memelihara warisan Bangsa dan menjaga Kedaulatan Negara.

Akhir kata, semoga kita dapat menghayati, memanfaatkan maklumat ini secara bersama dan mendapat keberkatan serta limpah kurnia dengan izin dari Nya, In shaa Allah, aamiin.

A) Tn Hj Aznam Abdullah : Rangkuman Kembara : https://youtu.be/luwqQ3jYsyY


Dokumentari Sejarah Melayu Kembara Ilmu - Tanjung Pinang dan Pulau Penyengat, Riau.

Ringkasan : 
  1. Dokumentari ini membawa kita untuk menelusuri sejarah Ulamak Kerajaan Islam Johor-Riau-Lingga-Selangor-Singapura.
  2. Kembara ini membawa kita ke : Pulau Bintan, Riau: Ziarah 1 - Maqam Daeng Marewah, (mangkat 7 Ogos 1728) Yang Dipertuan Muda Riau-Johor yang pertama dan mengambil gelaran Sultan Alauddin Riayat Shah Ibnu Opu. Ziarah 2 - Maqam Daeng Chelak, Yang Dipertuan Muda Riau II, seorang ahli siasah bijaksana yang masyur di Alam Melayu. 
  3. Pulau Penyengat, Riau: Ziarah 3 - Maqam Engku Putri Raja Hamidah, (lahir tahun 1774), permaisuri melayu berjiwa srikandi, permaisuri kepada Sultan Riau III, Sultan Mahmud Syah. Ziarah 4 - Maqam Raja Haji Fisabilillah ibni Daeng Chelak, pahlawan Bugis yang terkenal merupakan Yang Dipertuan Muda Kesultanan Johor-Riau-Lingga. Ziarah 5 - Maqam Raja Ali Haji, seorang ulama, ahli sejarah serta pujangga mengkasilkan Gurindam 12.
B) Tn Hj Imran Ali (MIA):


Hari 1: Makam Syeikh Muhammad Said al-Linggi https://youtu.be/h11Jb98O6ik


Hari 1: Makam Syeikh Ahmad Majnun https://youtu.be/kVXO_3he2y0


Hari 1: Makam Syeikh Samsudin al-Sumatrani https://youtu.be/V10htWGcGCo


Hari 2: Pulau Besar, Melaka https://youtu.be/0flZoselUr4


Hari 2: Makam Habaib dan Kiyai, Batu Pahat, Johor https://youtu.be/OnAkhlM3MoQ


Hari 3: Makam Daeng Marewah dan Daeng Celak, Pulau Bintan https://youtu.be/1VSjWEyTf5Q


Hari 3: Pulau Penyengat - Gurindam 12 https://youtu.be/Mk6OAoeN9sM


Hari 4: Tazkirah Dhuha, Pulau Penyengat https://youtu.be/wV8raKBcmNU


Hari 4: Makam Raja Haji, Engku Puteri dan Raja Ali Haji, Pulau Penyengat https://youtu.be/smAKPZ0mHs8


Hari 4: Makam Engku Puteri dan Raja Ali Haji, Pulau Penyengat https://youtu.be/Fh-WgqN-69w


Hari 5: Makam Syeikh Taha as-Suhaimi, Syeikh Fadhlullah as-Suhaimi, Syeikh Ibrahim Chisti, Singapura https://youtu.be/jhpCYNlTP6M


Hari 5: Masjid Sultan, Singapura https://youtu.be/7QmT3daQiEE


Hari 5: Makam Habib Noh, Singapura https://youtu.be/CDE8micmygA

Bertempat Di :

  1. Seremban dan Pengkalan Kempas, Negeri Sembilan
  2. Kg Lekek dan Pulau Besar, Melaka
  3. Batu Pahat, Johor
  4. Pulau Bintan, Indonesia
  5. Pulau Penyengat, Indonesia
  6. Singapura
P/S : Perkongsian info dan maklumat ini adalah rangkuman beberapa rakaman video mengenai sesi lawatan dan ziarah ke makam-makam yang bersejarah dari 3 lokasi melalui rentasan sempadan 3 buah negara.  Negara-negara tersebut meliputi sebuah Gugusan Kepulauan Melayu yang besar (merangkumi Indonesia, Malaysia dan Singapura). Akan tetapi persempadanan negara-negara ini telah dipisahkan oleh faktor-faktor sejarah dan juga penaklukan penjajah daripada negara-negara yang berbeza-beza. Semoga perkongsian yang serba ringkas ini dapat memberikan manfaat dan penambahan ilmu mengenai sejarah dan keperibadian tokoh-tokoh ulamak ini yang sentiasa dirahmati oleh Allah s.w.t. sehingga ke hari pembalasan. Aamiin Ya Robbala'lamiin. Sekian.

Makluman Untuk Semua

Anda boleh sertai mana-mana pautan Telegram yang disediakan kerana info diposkan dan dikemaskinikan di sini.

Di sini, adalah saluran bagi ahli yang berminat untuk membaca dan dapatkan maklumat.

Anda boleh sertai saluran info di :-

1. Kempen Beli Produk Muslim t.me/InfoProdukMuslim

Antara info-info yang dikongsikan di sini :-

• Produk-produk Keluaran Muslim
• Kisah-kisah Berbentuk Motivasi
• Koleksi Video Kuliah-kuliah Agama

2. Kumpulan Penyatuan Ummah 2018 https://t.me/joinchat/Ahd_3FKfSdexaCy1UV7v1A

Antara info-info yang terkandung di sini :-

• Kisah-kisah Akhir Zaman
• Bahan-bahan Arkib Sejarah
• Cerita-cerita Konspirasi Politik di Seluruh Dunia

#info #channel #telegram #muslim #intro

Friday, 17 July 2020

Sayyid Noh bin Sayyid Mohamad bin Sayyid Ahmad Al-Habshi

Arkib : 23 Disember 2019

Hari 5: Makam Habib Noh, Singapura


KEMBARA 3PULAU3NEGARA - MAQAM HABIB NOH

Info Tambahan :-

Di bawah ini adalah info ringkas yang disertakan sekali dengan teks penuh seperti di dalam Saluran YouTube.

Kembara 3 Pulau 3 Negara Pulau Besar - Kepulauan Riau - Temasek Malaysia - Indonesia - Singapura Bersama YBhg TG Ustaz Dr Shamsul Mohd Nor 19 - 23 December 2019 Habib Noh Sayyid Noh bin Sayyid Mohamad bin Sayyid Ahmad Al-Habshi (b. 1788, en route to Penang–d. 27 July 1866, Singapore), or more popularly known as Habib Noh, is regarded as one of the seven wali (saint) in Singapore because of the many miracles attributed to him. Early life Habib Noh was born in 1788 on board a ship that was bound for Penang from Palembang in Sumatra. The ship had travelled all the way from Hadramaut (present-day Yemen). Legend has it that there was a storm at the time of the saint's birth. His father named his newborn "Noh" in honour of Prophet Noh (Noah), upon which the storm calmed. The family name – Habasy or Habashah – is Arabic for Ethiopia, a reference to an ancestor who resided there for nearly 20 years. Habib Noh was a descendant of the Prophet Muhammed. His father, Habib Muhammad, was known for his compassion towards would-be thieves who tried to steal from him. The Penang governor rewarded his efforts at reducing crime in Penang with a monthly token of $30. Habib Noh grew up in Penang under the care of his aunt, Sharifah Seha, and later worked at Telok Air Tawar in Butterworth. Habib Noh’s maqam (tomb) at Palmer Road remains honoured in Penang, where he is known as Tuan Putih (“White Master” in Malay). Accomplishments In 1819, Habib Noh was invited by Habib Salim bin Abdullah Ba Sumayr, a Naqshbandi sufi from Hadramaut, to take up residence in the newly established trading port of Singapore. Habib Noh became an influential and highly revered figure in the Muslim community. He travelled throughout Malaya, teaching the tenets of Islam to the people. Habib Noh was known for his compassion, especially to children and particularly orphans, and often gave them sweets and money. More importantly, he gave regular talks and advice to the community and even to children. Habib Noh was also recognised for performing the tahnik, a ritual of offering honey to a newborn followed by a supplication. Such was his influence that even today, parents bring their babies to his tomb for such blessings. A reflective and religious man, Habib Noh was known to pray through the night, sometimes at Muslim cemeteries where he would recite holy verses and pray for the dead until dawn. He often escaped to Mount Palmer where he would perform khalwat, a form of worship through invocation and contemplation. Habib Noh was believed to have spiritual powers, such as the ability to transport himself, purportedly to as far away as Mecca. Stories also abound of him miraculously healing people, especially children, for whom he had a strong affinity. He also had an ability to foretell events, particularly of people with needs or illnesses. Habib Noh was also known to be fascinated with Chinese operas, often taking front- row seats. Although he did not understand the language, he claimed to receive insights from these performances. A controversial figure, Habib Noh was seen by the authorities as a Robin Hood of sorts, often obtaining goods from shopkeepers for the poor. He was imprisoned several times for petty crimes although shopkeepers were often more than willing to have him take their goods to help the impoverished. Death Habib Noh died at the home of Temenggong Abu Bakar, a member of the Johor royal family, in Telok Blangah on 27 July 1866 at the age of 78. Thousands from Singapore, Johor and the surrounding islands paid him their last respects. Habib Noh was buried on the peak of Mount Palmer as he had requested, and a shrine – Keramat Habib Noh – was built over the tomb. The tomb was first refurbished in 1890 by Syed Mohamad bin Ahmad Alsagoff (Nongchik), a member of the prominent Alsagoff family in Singapore, and again in the 1980s with a building constructed over it for preservation reasons. A Batavian merchant and close friend, Haji Mohammad Salleh, wanted to build a surau (Muslim prayer hall) for Habib Noh but the latter died before its completion. The prayer hall was finally completed in 1902 and faced the tomb of Habib Noh. It was demolished and replaced with a mosque, the present-day Haji Muhammad Salleh Mosque, in 1903.

🔴 KERAMAT HABIB NUH WALIYULLAH TANAH MELAYU | SINGAPURA


Deskripsi daripada Studions Production :

Pada generasi sekarang mungkin belum mengenali lebih dekat siapa sebenarnya Habib Nuh yang makamnya di Singapura. Besar rahmatnya apabila sesuatu makam sentiasa dikunjungi lagi-lagi makam tersebut dari seorang yang bertaraf wali. Selain itu secara lahiriah para wali ini jasadnya sahaja sudah mati tetapi karomahnya kekal sehingga kini. Insyaallah saya akan kongsikan sejarah berkaitan keramat makam Habib Nuh, waliyullah di Tanah Melayu. Nantikan penerangan video pada hari ini (16 Julai 2021). Sumber: Hakikat Insan (FB)

Thursday, 16 July 2020

Masjid Sultan, Singapura

Arkib : 23 Disember 2019

Hari 5: Masjid Sultan, Singapura

KEMBARA 3PULAU3NEGARA - APA ADA DI BAWAH MASJID SULTAN, SINGAPURA


Info Tambahan :-

Di bawah ini adalah info ringkas yang disertakan sekali dengan teks penuh seperti di dalam Saluran YouTube.

Kembara 3 Pulau 3 Negara

Pulau Besar - Kepulauan Riau - Temasek
Malaysia - Indonesia - Singapura
Bersama YBhg TG Ustaz Dr Shamsul Mohd Nor
19 - 23 December 2019


MASJID SULTAN, SINGAPURA
Masjid Sultan merupakan masjid di Singapura terletak di Kampung Glam. Namun demikian, masjid ini merupakan masjid yang utama sekali di Singapura.

Apabila Temasik/Singa"pura" diserah kepada Yahudi British pada 1819, pemerintah Temenggong Abdul Rahman serta Tunku Husin Shah dari Johor, diberi pampasan wang dari British untuk membiarkan mereka menjajah Temasik. Mereka turut diberi wang tahunan serta kepunyaan untuk membina semayam mereka yang terletak dalam Kampung Glam.

Sekeliling kawasan Kampung Glam diutamakan oleh Yahudi British untuk orang Melayu serta juga orang yang beragama Islam. Sepanjang ini, Tunku Husin membina istana beliau dan telah menetap keluarga serta kerabat daripada Pulau Penyegat untuk menetap kekal di sini. Barisan Tunku dan Temenggong, yang kebanyakkan berasal dari Kepulauan Riau, Semenanjung Malakka dan Tanah Seberang, Sumatera, turut dibawa untuk menetap di kawasan tersebut.
Tunku Husin mengkehendaki hasrat membina masjid yang setaraf dengan darjatnya. Baginda membina sebuah masjid berdekatan tempat persemayaman dari tahun 1824 ke 1826 juga diberi sumbang dari Kompeni/Syarikat Hindia Timur Inggeris. Masjid mulanya merupakan sebuah bangunan yang berbumbung piramid berbaris dua yang merupa senibina umum pada ketika itu.
Temasik atau Singa"pura", pada mula 1900an menjadi pusat perniagaan Islam serta menarik pedagang untuk bermukim di sekitar Kampung Glam. Disebabkan masjid tidak menaungi jumlah Umat Islam makin meningkat serta menjadi usang, pengurusan pemegang amanah Masjid Sultan memutus untuk menaikkan sebuah bangunan masjid yang lebih besar pada 1924.

Masjid ini mula diselenggarakan oleh cucu Tunku, iaitu Alauddin Shah hingga 1879.1914, kerajaan penjajah melebarkan penetapan sewa pada tanah didirikan masjid yang mulia ini pada 999 tahun. Sebuah pengurusan lembaga amanah ditubuhkan untuk menjaga penyelenggaraan masjid. Juru Bina Denis Santry dari firma Swan and Mac Laren yang dipilih pada rangka, dalam perancangan pembinaan, mencontohi lapangan dari masjid di India dan Senenanjung Arab yang menggabungkan menara dan birai. Penyiapan masjid mengambil empat tahun dan siap dibina pada tahun 1928.
Kini, badan pengurusan Masjid Sultan diseliakan oleh Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS). Gambaran Bentuk Masjid Sultan tidak berubah sejak dibina semula pada 1924, tetapi hanya kerja pembaikan dilakukan pada ruang utama pada 1960an serta penambahan sebuah bangunan baharu dalam 1993. Masjid ini diisytiharkan oleh Pemerintah Singapura, Bangunan atau Monumen Kebangsaan pada 14 Mac 1975.

Wednesday, 15 July 2020

Makam Para Ulama Di Singapura

Arkib : 23 Disember 2019

Hari 5: Makam Syeikh Taha as-Suhaimi, Syeikh Fadhlullah as-Suhaimi, Syeikh Ibrahim Chisti, Singapura

KEMBARA 3PULAU3NEGARA - ZIARAH MAQAM di PUSARA ABADI, SINGAPURA


Info Tambahan :-

Di bawah ini adalah info ringkas yang disertakan sekali dengan teks penuh seperti di dalam Saluran YouTube.

Kembara 3 Pulau 3 Negara

Pulau Besar - Kepulauan Riau - Temasek
Malaysia - Indonesia - Singapura
Bersama YBhg TG Ustaz Dr Shamsul Mohd Nor
19 - 23 December 2019 Tanah Perkuburan Pusara Abadi
Sekembalinya kami dari Kepulauan Riau, Jejak Kembara kami di teruskan ke Kota Temasek atau nama kini adalah Singapura. Destinasi pertama kami adalah Tanah Perkuburan Pusara Abadi.
Di sini keberadaan Maqam-maqam Ulama' Singapura seperti
:
  1. Sheikh Muhammad Taha As Suhaimi
  2. Sheikh Muhammad Fadhlullah As Suhaimi
  3. Sheikh Ibrahim Kassim Al Chisti
Juga di sini kami berkesempatan melihat kubur-kubur yang di korek dan di tanam semula selepas 15 tahun di tanam. Kerana kekurangan tanah di Singapura, kubur di buat secara sistem bertingkat dan di dalam satu liang lahad akan di satukan mengikut keluarga ataupun masa. Dalam rakaman kita dapat lihat ada liang lahad yang di simpan 8 nama, dan ada juga sehingga 16 orang bagi yang tidak dapat di kenal pasti.
Kami juga berpeluang melihat kubur yang hanya mempunyai 1 nama, bagi kubur ini pula, membawa maksud jasad Almarhum/Almarhumah masih terjaga rapi dan elok tidak di makan bumi. Ini menunjukkn betapa kebesaran, kekuasaan dan keagungan Allah SWT dlm menjaga hamba-hamba Nya yang tinggi amalannya dan sentiasa menjaga agamanya ketika hidup. Sesungguhnya terdapat 4 golongan yang Allah telah janjikan nikmat-nikmat Nya :
  1. Para Anbiya
  2. Para Siddiqin
  3. Para Solehin
  4. Para Syuhada
Adakah kita mampu tergolong dalam golongan di atas? Berusahalah kita demi untuk mendapat rahmat dan redha dari Allah SWT.

Tuesday, 14 July 2020

Raja Hamidah (Engku Puteri)

Arkib : 22 Disember 2019

Hari 4: Makam Raja Hamidah (Engku Puteri) Di Bintan dan Pulau Penyengat

KEMBARA 3PULAU3NEGARA - RAJA HAMIDAH (ENGKU PUTERI) AKHIR KEMBARA di Bintan dan Penyengat


Info Tambahan :-

Di bawah ini adalah info ringkas bergambar yang disertakan sekali dengan teks penuh seperti di dalam Saluran YouTube.

Kembara 3 Pulau 3 Negara
  • Pulau Besar - Kepulauan Riau - Temasek
  • Malaysia - Indonesia - Singapura
  • Bersama YBhg TG Ustaz Dr Shamsul Mohd Nor
19 - 23 December 2019

Makam Raja Hamidah (12-07-1844) - Pemegang Regalia Kerajaan

Raja Hamidah (Engku Puteri)
Engku Puteri bernama asli Raja Hamidah. Beliau anak pertama Raja Haji, Yang dipertuan Muda Lingga IV. Ibunya adalah Raja Perak, Puteri Daeng Kamboja, Yang Dipertuan Muda Riau Lingga III. Diperkirakan Raja Hamidah lahir sekitar tahun 1774.
Raja Hamidah sebagai seorang puteri Panglima Perang, Kelana Jaya Putera, Yang Dipertuan Muda, dibesarkan dengan tradisi istana. Tradisi kebangsawanan, tradisi perang dan militerisasi. Tetapi ayahnya Raja Haji merupakan seseorang yang taat beragama, menghargai para ulama. Beliaulah yang mendatangkan banyak guru dan ulama yang mengajarkan ilmu baik ilmu agama Islam maupun pengetahuan lainnya. Raja Hamidah dibesarkan dalam tradisi adat yang kuat.Baik tradisi adat melayu melalui ibunya, maupun dari para pemuka adat dari garis Bugis.

Raja Hamidah merupakan seorang perempuan yang tidak hanya rupawan, melainkan juga orang yang teguh, tegar, cerdas dan karismatik sebagai sebuah bentukan dari tradisi Melayu yang gemulai dan Bugis yang tegas.
Setelah kematian suaminya inilah muncul konflik yang memecah belah kerajaan Riau Lingga. Dari pernikahannya Raja Hamidah hanya memiliki seorang anak perempuan yang tidak panjang umur. Sehingga dia menyayangi anak tirinya seperti anak kandungnya sendiri. Salah satu yang disayanginya adalah Tengku Husein. Tengku Husein sebagai anak sulung dari suaminya diharapkan Raja Hamidah menjadi pengganti suaminya. Namun abangnya Raja Hamidah yaitu Raja Djafaar malah mengangkat Tengku Abdurrahman (Raja Jumat atau Si Komeng) sebagai raja.

Raja Hamidah menikah di usia yang matang yaitu 29 tahun. Tentu pada usia ini seorang perempuan sudah memiliki pengetahuan yang cukup dan mental yang kuat dalam memasuki pernikahan yang menempatkannya sebagai permaisuri kerajaan. Dia begitu setia menemani Sultan Mahmud III sampai suaminya menghembuskan nafasnya. Perannya yang diembannya tidak hanya sebagai permaisuri tapi juga sebagai penasihat pemegang teraju adat dan pemegang Regalia Kerajaan sebagai syarat sah seseorang dikukuhkan sebagai Raja.
Perbuatan Raja Djafaar ini memancing kemarahan Raja Hamidah. Ia kemudian membawa Regalia kerajaan ke Pulau penyengat dan membiarkan penobatan Raja baru tersebut tanpa memakai Regalia. Sehingga masyarakat menyangsikan keabsahan Raja baru ini. Perseteruan ini terus berkepanjangan karena ternyata Tengku Husein sebagai anak sulung merasa lebih berhak atas kepemimpinan dan dia melibatkan pihak asing dalam hal ini Inggris. Inggris menjanjikan Tengku Husein sebagai Sultan Singapura dan memberikan 50,000 ringgit agar diberikan kepada Raja Hamidah untuk menyerahkan Regalia kerajaan. Raja Hamidah tidak bergeming. Dia tidak menyerahkan Regalian justru merasa sangat kecewa dengan perilaku anak tiri yang disayanginya.
Raja baru yang dinobatkan yaitu Tengku Abdurrahman melibatkan Belanda sebagai sekutu untuk menyerang saudaranya sendiri. Pecahlah perang keluarga yang mengakibatkan runtuhnya Imperium Melayu. Para penjajah melenggang bebas masuk ke negri tercinta ini saat tidak ada lagi kekuatan lokal yang mampu melawan.
Peranan Raja Hamidah sebagai seorang perempuan yang kuat memang tidak dilakukan dengan senjata. Tapi dia melakukan perlawanan dengan mengoptimalkan posisi strategisnya untuk harga diri bangsa. Perlawanan dengan tetap memegang budaya melayu dan bugis terlihat dari rangkaian kata-kata yang sangat marah pada saat anak-anak tirinya bersekutu dengan Inggirs dan Belanda. Regalia yang kukuh dia pertahankan sampai menghembuskan nafas merupakan sebuah buktinya.
Lagi Sejarah Ringkas Mengenai Raja Hamidah
Engku Puteri Raja Hamidah, Permaisuri Melayu Berjiwa Srikandi

Raja Hamidah atau Engku Puteri lahir sekitar tahun 1774. Beliau merupakan anak perempuan pertama Raja Haji, Yang Dipertuan Muda Riau Lingga IV (1778-1874). Ibunya adalah dari Perak, puteri kepada Daeng Kemboja. Ketika dilahirkan, ayahnya Raja Haji masih berstatus Kelana Putera Jaya, iaitu jawatan bakal Yang Dipertuan Muda. Tugasnya menjaga ceruk rantau dan memerangi musuh. Sebagai seorang puteri seorang Panglima, maka Raja Hamidah telah dibesarkan dalam tradisi istana, kebangsawanan dan tradisi perang.

Tetapi, Raja Haji juga saat taat beragama, menghargai ulama. Beliau telah membawa banyak ulama, untuk mengajar ilmu lain di istana dan kepada para pembesar. Oleh itu, Engku Puteri Raja Hamidah dibesarkan dalam tradisi adat yang kuat, baik tradisi adat Melayu melalui ibunya, mahupun adat Bugis dari pembesar keturunan Bugis. Beberapa sumber menyebutkan Raja Hamidah sebagai seorang perempuan yang elegan, anggun berwibawa, cerdas dan bijaksana.
Raja Hamidah mempunyai pengetahuan yang luas, kecerdasan, keteguhan dan pemahaman luas tentang politik serta adat istiadat negeri. Beliau banyak belajar dari sepupunya Raja Ibrahim Sultan Selangor tentang pemerintahan dan sering berkunjung ke Selangor, Melaka dan di negeri lain di semenanjung. Sebenarnya menurut sejarawan, beliau adalah Think Tank Sultan Mahmud III iaitu Sultan bagi Empayar Johor-Riau-Lingga. Beliau menjadi penasihat dan pengawal adat istiadat dan budaya Kerajaan Melayu Johor Riau Lingga. Oleh sebab itulah agaknya, Sultan Mahmud III memberinya tugas sebagai pemegang Regalia Kerajaan.

Barbara Watson Andaya menegaskan peranan besar Engku Puteri dalam kerajaan Johor Riau dan dipetik sebagai berkata :

"Engku Puteri mungkin telah ditewaskan dalam perbalahan demi takhta Kerajaan Johor-Riau, tetapi pengaruh baginda dalam aspek hidup Riau kekal meluas. Misalnya sebuah syair yang mendendangkan tentang perkahwinan anak seorang Kapitan Riau Cina menceritakan penglibatan baginda dalam upacara ini dan majlis perkahwinan tersebut diadakan dalam istananya sambil menuruti adat-adat Bangsa Melayu.
Baginda menguasai beberapa pulau, serta perolehannya. Melalui pendapatan ini baginda bangkit menjadi pemimpin utama dalam aktiviti-aktiviti kesusasteraan dan agama. Pendatang-pendatang asing turut berasa kagum akan penglibatan baginda. Ditulis pada 1843, seorang pemerhati Belanda menghuraikan ciri-ciri wanita Bugis yang tinggi nilai kebudayaannya apabila menyentuh tentang Engku Puteri"

Seorang Pegawai Tentera British bernama Peter J. Begbie yang pernah bertemu dengan Engku Raja Hamidah dipetik sebagai berkata,
"She was a fine, intelligent old lady"

Menurut Begbie, ketegasan beliau terlihat semasa berlaku konflik takhta di antara Tengku Husin dengan Tengku Abdurrahman. Setelah Tengku Abdurrahman dilantik oleh Yam Tuan Muda Djaafar sebagai Sultan Riau Lingga, Engku Puteri dipetik oleh Begbie sebagai berkata,
"Who elected Abdurrahman as sovereign of Johor? Was it my brother Raja Djaafar, or by what law of succession has it happened? It is owing to this act of injustice that the ancient empire of Johor is fast falling to decay"
Regalia Kerajaan
Regalia Kerajaan adalah supremasi tertinggi bagi Raja-raja Melayu. Sebuah negeri dan Raja tidak sah dan berdaulat jika pelantikannya tidak menggunakan Regalia. Sebab itu, pemegang Regalia adalah penjaga adat istiadat dan tradisi istana. Ia juga lambang maruah dan martabat kerajaan. Jika hilang atau rosaknya maruah kerajaan, maka hancur dan runtuhlah harga diri bangsa. Bagi kerajaan Melayu, sebuah negeri boleh ditaklukan dan dikuasai tetapi Sultannya boleh membuka negeri baru. Selagi Regalia Kerajaan tidak dirampas dan masih dipegang oleh Raja, maka selagi itulah kedaulatan negeri itu masih utuh. Sebab itulah, siapapun yang diberi tugas menjaga Regalia adalah seorang yang tinggi martabatnya.
Penutup
Sepanjang perjuangannya, Engku Puteri Raja Hamidah tidak menembak Pemuras mahupun Lela, tidak menghayun pedang atau menghunuskan keris. Namun, beliau melawan dengan integriti, pendirian dan ketajaman kata-kata. Beliau berjuang dalam politik istana untuk menghalang pihak asing yang ingin memecah belahkan Negeri Melayu.
Wanita hebat ini akhirnya meninggal dunia pada 5 Ogos 1844 di Pulau Penyengat. Walaupun tak ramai anak Melayu kini yang kenal siapa beliau, namun sejarah memahat beliau sebagai wanita yang berprinsip serta amanah dengan tugas yang diberikan. Beliau berjuang untuk mempertahankan budaya dan maruah orang Melayu dari diperkotak katik oleh penjajah.

Pautan artikel lain yang berkaitan :-

SEJARAH SULTAN HUSSIEN SHAH


Monday, 13 July 2020

Maqam Habib dan Kiyai Di Bukit Cermai

Arkib : 20 Disember 2019

Hari 2: Makam Habaib dan Kiyai, Batu Pahat, Johor


KEMBARA 3PULAU3NEGARA - MAQAM HABIB DAN KIYAI DI BUKIT CERMAI


Info Tambahan :-

Di bawah ini adalah info ringkas bergambar yang disertakan seperti di dalam Saluran YouTube

Maklumat 1 : Kembara 3 Pulau 3 Negara


Kembara 3 Pulau 3 Negara
Pulau Besar - Kepulauan Riau - Temasek
Malaysia - Indonesia - Singapura
Bersama YBhg TG Ustaz Dr Shamsul Mohd Nor
19 - 23 December 2019
Tanah Perkuburan Bukit Cermai
Maqam Habaib dan Kiyai


  1. Al-Habib Ali bin Habib Jaafar Al-Aydrus
  2. Kiyai Salleh Panglima Selempang Merah
  3. Aishah binti Abdul Rashid (isteri Kiyai Salleh)
  4. Sharifah Ridhwan binti Habib Jaafar Al-Aydrus
  5. Syed Mohamed Omar Al-Mashoor (Habib Majnun)
  6. Habib Tinggi
Maklumat 2 : Explorasi Misteri Mistik



Kisah Dan makam Kiyai Salleh | Batu Pahat

KISAH DAN MAKAM KIAI SALLEH | BATU PAHAT


Sejarah Ringkas


Pasukan pejuang di bawah pimpinan Haji Mohd Salleh terkenal dengan gelaran tentera parang panjang dan Selempang Merah iaitu sejenis kain selendang berwarna merah yang dibekalkan kepada setiap orang ketika menghadapi atau berhadapan dengan musuh.

Terdapat pelbagai kisah mengenai kehebatan ilmu kebatinan Haji Mohd Salleh dan pengikutnya mendakwa ramai Askar Bintang Tiga melihat beribu-ribu pejuang yang tinggi menggalah menuju ke arah mereka untuk mencabut nyawa mereka, sedangkan yang datang itu hanyalah Panglima Salleh dan pasukanya yang dianggarkan berjumlah seratus orang sahaja.

Walauapapun yang sebenarnya berlaku, yang jelas adalah Haji Mohd Salleh bin Abdul Karim berjaya menyekat kegiatan Askar Bintang Tiga pada masa itu secara berkesan sehinggalah pihak British kembali menjajah Tanah Melayu.
Sebagai mengenang jasa Haji Mohd Salleh, DYMM Sultan Johor telah mengurniakan beliau Pingat Ibrahim Sultan (PIS) pada 17hb September 1955.
Kegagahan dan keberanian, Haji Mohd Salleh diiktiraf oleh Kebawah Duli Sultan Johor Almarhum Sultan Ibrahim ibni Sultan Abu Bakar yang bertitah pada 26hb Disember 1945 bahawa Haji Mohd Salleh adalah Panglima Melayu. Sejak itu Haji Mohd Salleh mendapat gelaran Panglima.
Haji Mohd Salleh menghembuskan nafas yang terakhir kerana diserang penyakit radang paru-paru di Hospital Besar Johor Bahru pada 21hb April 1959.
____________________________

✅ Biografi: Nazri Salleh dan pn.Ita (akak) adalah perawat Islam yg telah menjalani proses pembersihan hati melalui zikir dan amalan surah-surah selama 40 hari pada waktu tahajud. Jadi bila berjaya melalui proses beberapa peringkat tersebut baru disanadkan jadi perawat Islam.
Jadi dari situ Allah kurniakan sedikit kelebihan yang dipinjamkan untuk manfaat manusia tak kisah dalam apa jua perkara seperti merasa, melihat, dan mengetahui sedikit rahsia Allah yang Allah izinkan. ✅ Matlamat explorasi ini untuk memberikan pengetahuan kepada masyarakat yang ada segelintir yang tidak tahu sejarah atau lokasi sejarah ini. Selain itu untuk mengingatkan kembali sejarah melayu ini dalam diri kita.
Saksikan video ini sehingga habis untuk mengetahui pengalaman team Explorasi Misteri Mistik yang akan dikongsikan.
_________________________
🔴Adakah anda ingin menyumbang dana kepada program explorasi ini? Sila klik link berikut:
✅ Channel TELEGRAM Explorasi Misteri Mistik:
https://t.me/ExplorasiMisteriMistik


Maklumat lain yang berkaitan boleh dibaca melalui pautan laman sesawang di sini :-


Kisah Panglima Kiyai Salleh...


Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...