Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Showing posts with label UMNO. Show all posts
Showing posts with label UMNO. Show all posts

Saturday, 16 May 2026

16 MEI 2026

UNIFIED EXAMINATION CERTIFICATE (UEC) 

Arkib : 20 Januari 2026


Sangat setuju dengan titah YDPA....

Yang kelat pekat tak mahu guna bahasa Melayu dan tak nak belajar sejarah Malaysia tu patut tinggal dlm hutan dan gua.

Uncivilized.

https://www.facebook.com/share/p/1DbQ9SwBzk/

——————————————————————

Arkib : 07 Mei 2026


Jika sekumpulan murid diberikan latih tubi teknik menjawab soalan SPM berterusan secara bersungguh -sungguh setiap hari selama dua tahun, sejak di awal tingkatan empat hinggalah ke minggu terakhir tingkatan lima sebelum peperiksaan SPM bermula, bolehkah mereka mencapai keputusan SPM dengan cemerlang?

Jika murid-murid diberikan latih tubi dengan menjawab semua latihan dan menghafal semua skema jawapan secara tepat, bolehkah mereka mencapai keputusan yang cemerlang dalam SPM?

Untuk cemerlang dalam peperiksaan SPM, perlukah murid-murid belajar ikut silibus? Atau sebaliknya, untuk cemerlang murid-murid hanya fokus sahaja pada hafalan skema jawapan dan buat latih tubi teknik menjawab soalan?

Apa komen anda?

https://www.facebook.com/share/p/19sEbs9g6a/

Satu lontaran yg amat baik dari Dr. Anuar Ahmad.

Saya salinkan satu komen dari page beliau:

"Menghafal skema jawapan tidak dapat menguji daya fikir murid. Dengan itu murid yang dapat A belum tentu tahap daya fikirnya bagus. Akhirnya keputusan SPM tidak dapat memberi gambaran gred daya fikir murid. Apabila masuk universiti barulah kita nampak ada pelajar yang banyak dapat A ketika SPM tidak perform dengan baik di universiti."

Manakala cara saya belajar agak berlainan. Ini kerana saya belajar di sekolah swasta China, semua subject dalam bahasa Mandarin. Saya ambil SRP pun sebagai calon persendirian kerana tak lama selepas itu terpaksa ambil Junior UEC.

Untuk SPM saya juga ambil sebagai calon pensendirian. Kerana setahun kemudian baru ambil Senior UEC. Namun sbb "nak ada sijil SPM saja" saya ambil subjek "ringan" walaupun saya dari aliran sains. Hanya dalam Senior UEC saya ambil pure science subjects dan maths termasuk addmaths di mana subject addmaths kami sebut "matematik tinggi".

Disebabkan SRP dan Junior UEC dijalankan serentak pada tahun yg sama, maka saya membahagikan masa utk persediaan SRP dlm bahasa Melayu (belajar sendiri) dan Junior UEC dalam bahasa Mandarin.

Keputusan SRP saya not bad, saya dapat 11 aggregate dgn BM A1, Maths A1 dan Geografi A1. Selainnya A2 dan B. Ini kerana saya belajar dari DUA silibus yang berbeza dari DUA bahasa yg berbeza dlm masa yg sama. Kuncinya saya lebih memfokuskan PEMAHAMAN tentang KONSEP dan mempraktikkan PETA MINDA. Saya tak dapat menumpukan kpd latih tubi kerana di sekolah Cina sendiri dah cukup bnyk dgn latihan harian.

Seperti yg saya sebut, saya tidak tumpukan SPM sbb tujuannya "cukuplah ada sijil SPM" sbb saya tidak bertujuan menggunakan sijil SPM bagi melanjutkan pelajaran. Kerana saya menggunakan sijil Senior UEC semasa memohon universiti di Taiwan. Alhamdulillah, saya masuk ke universiti kebangsaan yg ternama di Taiwan iaitu National Cheng Kung University. Ia antara 3 top universiti dalam bidang kejuruteraan.

Untuk menghafal tu penting bagi saya terutama bagi budak kelas sains kena hafal formula maths dan buat latihan. Sama juga dgn kimia dan fizik. Namun fizik harus faham konsep kerana ia berbentuk abstract. Saya drop subject biology dan tak nak ambil pun dalam exam Senior UEC, kerana jiwa saya lbh kpd engineering yg menitikberatkan maths, kimia dan fizik.

Oleh itu dalam pembelajaran saya bnyk guna kaedah PETA MINDA. Bnyak tulis nota kecil. Saya mengulang pembacaan nota (dgn suara) kemudian diulangi dengan menutup mata. Biar ianya benar-benar "masuk otak". Sambil menggerakkan jari dan tangan. Ia menjadikan deria "disatukan".

Apabila dalam peperiksaan saya cuba "recall" untuk mengaitkan soalan dgn nota-nota saya.

Itulah yg saya buat ketika di sekolah menengah.

https://www.facebook.com/share/18cUhb2ag4/

——————————————————————


KPT TIDAK IKTIRAF SUKATAN PELAJARAN UEC, SEKADAR BERI LALUAN

PUTRAJAYA: 15 Mei -- Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) tetap tidak mengiktiraf sukatan pelajaran Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC), Ketua Pengarah KPT, Datuk Azlinda Azman.

Beliau berkata, sebaliknya KPT sekadar memberi laluan kepada lepasan sijil itu untuk mengikuti kursus tertentu di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA).

Azlinda berkata, pihak universiti juga akan menilai syarat-syarat dan kriteria pelajar berkelulusan UEC yang memohon untuk melanjutkan pengajian ke IPTA.

“Sekali lagi saya tekankan, ini bukan soal pengiktirafan sllyabus (sukatan pelajaran) UEC, yang penting kita memberi laluan tersebut,” katanya semasa sidang media di sini hari ini.

Azlinda turut menegaskan, Senat Universiti tidak akan berkompromi dalam menentukan kualiti dan standard permohonan yang akan dibuka pada 30 Jun depan untuk pelajar Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC).

Jelasnya, semua permohonan kemasukan ke IPTA akan diproses berdasarkan prinsip meritokrasi, syarat kelayakan akademik, serta tertakluk kepada penilaian dan keputusan Senat Universiti.

“Tiada siapa yang boleh campur tangan, jadi mereka (Senat Universiti) ada kriterianya,” katanya.

Pada masa sama beliau turut menjelaskan hanya tiga universiti yang dibuka untuk permohonan lulusan UEC dengan melibatkan empat program.

Antara universiti yang terlibat ialah Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Universiti Malaya (UM) dan Universiti Putra Malaysia (UPM).

Manakala program yang dibuka ialah Sarjana Muda Sastera Pengajian Bahasa Cina dengan Kepujian, Sarjana Muda Bahasa dan Linguistik Cina, Sarjana Muda Sastera Pengajian Cina dan Bahasa Cina dengan Pendidikan.

Tambahnya, KPT juga masih belum berhasrat memperluas ke program lain sebaliknya hanya menumpukan kepada empat program berkenaan sahaja.

Semalam, KPT mengumumkan selain SMPC lepasan sekolah, institusi tahfiz turut berpeluang mengikuti beberapa program tertentu yang dikenal pasti di institusi pendidikan tinggi awam (IPTA).

Keputusan tersebut dibuat berdasarkan keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri berkaitan laluan kemasukan pelajar lepasan di luar sistem pendidikan kebangsaan ke IPTA.

Azlina turut mengesahkan keputusan Kabinet adalah keputusan dasar yang tidak perlu dibawa ke Parlimen.

https://www.facebook.com/share/p/1BVVRRFvVc/


why bother giving access to roughly 10,000 UEC students to enrol into IPTA?

2025 alone ...

413,299 students took SPM. ๐Ÿณ๐Ÿฏ,๐Ÿฌ๐Ÿฒ๐Ÿณ ๐—ผ๐—ณ ๐— ๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐˜†, ๐—–๐—ต๐—ถ๐—ป๐—ฒ๐˜€๐—ฒ ๐—ฎ๐—ป๐—ฑ ๐—œ๐—ป๐—ฑ๐—ถ๐—ฎ๐—ป ๐˜€๐˜๐˜‚๐—ฑ๐—ฒ๐—ป๐˜๐˜€ ๐˜„๐—ต๐—ผ ๐˜๐—ผ๐—ผ๐—ธ ๐—ฆ๐—ฃ๐—  ๐—ต๐—ฎ๐˜ƒ๐—ฒ ๐˜†๐—ฒ๐˜ ๐˜๐—ผ ๐—ฏ๐—ฒ ๐—ฒ๐—ป๐—ฟ๐—ผ๐—น๐—น๐—ฒ๐—ฑ ๐—ถ๐—ป๐˜๐—ผ ๐—œ๐—ฃ๐—ง๐—”. mind you, almost 10% of them are excellent students.

๐˜๐—ต๐—ถ๐˜€ ๐˜€๐—ต๐—ผ๐˜‚๐—น๐—ฑ ๐—ฏ๐—ฒ ๐˜๐—ต๐—ฒ ๐—บ๐—ฎ๐—ถ๐—ป ๐—ณ๐—ผ๐—ฐ๐˜‚๐˜€ ๐—ผ๐—ณ ๐—ž๐—ฃ๐—ง ๐—ฎ๐—ป๐—ฑ ๐˜๐—ต๐—ฒ ๐—ด๐—ผ๐˜ƒ๐—ฒ๐—ฟ๐—ป๐—บ๐—ฒ๐—ป๐˜ ๐—ฟ๐—ฎ๐˜๐—ต๐—ฒ๐—ฟ ๐˜๐—ต๐—ฎ๐—ป ๐—ผ๐—ฝ๐—ฒ๐—ป ๐—ผ๐˜๐—ต๐—ฒ๐—ฟ ๐—ฒ๐˜…๐—ฎ๐—บ๐—ถ๐—ป๐—ฎ๐˜๐—ถ๐—ผ๐—ป ๐˜€๐˜†๐˜€๐˜๐—ฒ๐—บ๐˜€ ๐˜๐—ผ ๐˜๐—ฎ๐—ธ๐—ฒ ๐˜๐—ต๐—ผ๐˜€๐—ฒ ๐˜€๐—ฝ๐—ผ๐˜๐˜€.

๐—ฝ๐—ฒ๐—ป๐—ฎ๐˜-๐—ฝ๐—ฒ๐—ป๐—ฎ๐˜ ๐—ฏ๐˜‚๐—ฑ๐—ฎ๐—ธ-๐—ฏ๐˜‚๐—ฑ๐—ฎ๐—ธ ๐— ๐—ฒ๐—น๐—ฎ๐˜†๐˜‚, ๐—–๐—ถ๐—ป๐—ฎ, ๐—œ๐—ป๐—ฑ๐—ถ๐—ฎ ๐˜†๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐—ฎ๐—บ๐—ฏ๐—ถ๐—น ๐—ฆ๐—ฃ๐— /๐—ฆ๐—ฃ๐—ง๐— ; ๐˜๐—ฎ๐—ฝ๐—ถ ๐—ป๐—ฎ๐—ธ ๐—ฏ๐—ฎ๐—ด๐—ถ ๐—น๐—ฎ๐—น๐˜‚๐—ฎ๐—ป ๐—ฝ๐—ฎ๐—ฑ๐—ฎ ๐—จ๐—˜๐—–, ๐—ฒ๐˜ƒ๐—ฒ๐—ป ๐—ณ๐—ผ๐—ฟ ๐˜๐—ฎ๐—ต๐—ณ๐—ถ๐˜‡ ๐˜€๐˜„๐—ฎ๐˜€๐˜๐—ฎ.

apa nasib dan masa depan 73,067 students yang ambil SPM tercicir untuk masuk IPTA?

and you keep wondering why our students have no desire to further studies or keep fighting to get placement into IPTA.

it's all about getting votes. it is all about to maintain power as a government. is all about licking those Dong Zong asses.

bodoh, stupid, kerja gila ...

#PakatanHarapan #AnwarIbrahim #DAPigs #StupidityHasNoCure #BodohAmatt

https://www.facebook.com/share/p/14cdixs4ucA/

UEC Results Will Count For Admissions at UPM, UM And UPSI — But Only For These Four Courses https://share.google/jhauRUxHDfAAtKuJI

To qualify, applicants must have obtained a *credit in Bahasa Melayu* and a *pass in History*.


The pathway is *limited in scope*. Independent school students may apply for *one of four Chinese-language courses* at *three public universities*:

Universiti Putra Malaysia (*UPM*) — Bachelor of Arts (Honours) in *Chinese Language Studies*

Universiti Malaya (*UM*) — Bachelor of *Chinese Language and Linguistics*; Bachelor of *Arts in Chinese Studies*

Universiti Pendidikan Sultan Idris (*UPSI*) — Bachelor of *Chinese Education*

P/S ; Of course kalau ikut selera tekak Nga Kor Ming, dia nak lepasan UEC teruih masuk IPTA tanpa SPM, wants full recognition! ๐Ÿ˜„

——————————————————————


Pada tahun 1961, Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj dah tunjuk cara untuk pastikan tiada pihak ganggu gugat dasar pendidikan dan perpaduan yang cuba dibina. Tirulah cara beliau, terbukti berkesan.

https://www.facebook.com/share/1EBjvnw3Kh/

Pagi lepas Subuh, *berderau darah* aku bila baca UEC dah diiktiraf masuk ke IPTA. Berani betul kerajaan buat tindakan macam ini yea.

Bukan aku sahaja, ramai yang *melenting dan marah*.

Bagi kebanyakan masyarakat kita, ini seolah-olah satu *pencerobohan terhadap sistem pendidikan kebangsaan*.

Tapi, apa yang berlaku?
...
...

#Ceritera *1*

=Apa Sebenarnya Keputusan KPT? *Bukan Pengiktirafan Penuh*=

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dengan kelulusan Jemaah Menteri sebenarnya membuka satu *laluan khas yang sangat terkawal*, bukan pengiktirafan *"pintu terbuka" secara semberono*.

Laluan ini disasarkan kepada pelajar di *luar sistem pendidikan kebangsaan*, iaitu calon lepasan *institusi tahfiz* dan Sekolah Menengah Persendirian Cina (*SMPC*) yang memiliki *UEC*.

Realitinya, begini cara sistem ini berfungsi:

๐Ÿ”ฐ1. Jika Calon Memiliki SPM Penuh

Sama ada mereka budak tahfiz atau pemegang UEC, jika mereka menduduki dan lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sepenuhnya,

mereka boleh memohon mana-mana program menerusi UPUOnline seperti pelajar biasa yang lain.

Semuanya bergantung kepada merit dan pakej mata pelajaran yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan (KPM). Adil, bukan?
...

๐Ÿ”ฐ2. Jika Calon Tiada SPM Penuh (Ini Titik Penting!)

Jika mereka tidak mempunyai SPM penuh, KPT menetapkan *syarat yang sangat ketat*.

Mereka WAJIB mengambil dan *lulus mata pelajaran Bahasa Melayu* dan *Sejarah* kelolaan Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM).
...
...

#Ceritera *2*

Walaupun lulus syarat tersebut, adakah mereka boleh memilih sebarang kursus *sesuka hati* seperti *Perubatan* atau *Kejuruteraan?*

Jawapannya, *TIDAK*

Mereka *hanya dipertimbangkan* untuk program pengajian yang *sangat spesifik* dan *terpilih sahaja*.
...

๐Ÿ”ฐUntuk Lepasan Tahfiz:
Diploma & Sarjana Muda Dakwah, Al-Quran & As-Sunnah, Pendidikan Tahfiz, dan Pengajian Islam (Dakwah).

๐Ÿ”ฐUntuk Lepasan UEC:
Sarjana Muda *Sastera Pengajian Bahasa Cina* (dengan Kepujian), Sarjana Muda *Bahasa dan Linguistik Cina*, Sarjana Muda *Sastera Pengajian Cina*, dan Sarjana Muda Bahasa Cina *dengan Pendidikan*.

Lebih penting lagi, mereka tetap tertakluk kepada *prinsip meritokrasi,*
*syarat khas* universiti, dan *kata putus* kekal di tangan *Senat Universiti*.

*Tiada jalan pintas*.
...
...

#Ceritera *3*

=Kenapa *Program Bahasa Cina?* Sebelum Ini Masuk Macam Mana?=

Mungkin ada yang bertanya, sebelum dasar baharu ini wujud,
apakah *kelayakan yang diperlukan* untuk masuk ke bidang Sarjana Muda Pengajian atau Linguistik Bahasa Cina ini?

Sebelum ini, sijil UEC semata-mata *'tidak laku'* untuk permohonan terus ke IPTA melalui UPUOnline.

Calon wajib melalui laluan *arus perdana kebangsaan*.

Mereka terpaksa memiliki *SPM (dengan kepujian)*, kemudian mengambil peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (*STPM*) – dan wajib lulus *subjek Bahasa Cina* di peringkat *STPM*.
...
...

#Ceritera *4*

Ada juga yang perlu melalui program *Matrikulasi, Asasi*, atau mengambil *Diploma terlebih dahulu* sebelum layak menyambung ijazah dalam bidang tersebut.

Jadi, dasar baharu KPT ini sebenarnya hanya memberikan *"laluan khusus"* yang *dipendekkan prosesnya* kepada pelajar aliran *SMPC/UEC*,
untuk *terus memohon* ijazah sarjana muda dalam kelompok *bahasa ibunda mereka sendiri*.

Syarat utamanya?

Mereka tetap *tidak boleh lari* daripada menghormati *dasar kebangsaan* dengan *wajib lulus* Bahasa Melayu dan Sejarah LPM.
...
...

#Ceritera *5*

=Hakikat Politik: Mengapa Kita Harus *Terkejut?*=

Jika kita menyingkap lipatan sejarah politik negara, isu UEC ini *bukanlah polemik yang baru dicipta* hari ini.

*Hampir kesemua blok parti politik utama* di negara kita pernah menggunakan isu ini sebagai *percaturan manifesto* untuk meraih sokongan *pengundi majmuk*.

Kalau kita semak *fakta sejarah* semasa *manifesto pilihanraya*,

baik *PH, BN, PN/GERAKAN dan PAS* semuanya ada membawa *agenda untuk mengiktiraf UEC*.

Ini kita kenalah adil.
...

Aku ada terbaca, (jika salah mohon maaf), *Almarhum Tok Guru Nik Aziz* juga dahulu, di *peringkat negeri* Kelantan sendiri, institusi kerajaan negeri seperti *Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS)* *telah lama* menerima kemasukan pelajar lepasan UEC.

Jika sekarang, kalian buka *Buku Peraturan Akademik Asasi Edisi Pertama 2022*, bawah KIAS di SCRIBD ada terma...

"1.2 Lulus UEC dengan mendapat sekurang-kurangnya *gred B dalam 3 mata pelajaran*; atau"

Cuma, adakah ia benar atau tidak?

Kalau benar, orang PAS jika nak marah, perlu salurkan juga kemarahan *pada KIAS, di bawah Kerajaan Negeri Kelantan*.

Jika maklumat dalam buku akademik itu salah, bolehlah dibetulkan, atau minta pihak SCRIBD keluarkan dari situ.
...
...

#Ceritera *7*

=Realiti yang Perlu Ditelan=

Pendekatan KPT hari ini sebenarnya adalah satu *jalan tengah*.

Ia merupakan *kesinambungan naratif politik* yang telah lama berakar di Malaysia.

*Kesemua pihak* (PH, BN, PN, PAS) pada suatu ketika pernah sedar akan *keperluan integrasi* ini.

Kerajaan cuba merungkai *benang yang kusut* dengan memberikan *akses pendidikan yang inklusif*,

tetapi pada masa yang sama memasang *'pagar' yang kuat*, iaitu mewajibkan *kelulusan Bahasa Melayu dan Sejarah negara*.

Marah itu fitrah apabila menyentuh soal *identiti nasional*.

Namun, kemarahan *tanpa pemahaman yang jelas* hanya akan *mengaburkan kebenaran*.

Fakta telah *dibentangkan*. Nilailah dengan *minda yang rasional*.

——————————————————————


Isu mengenai Unified Examination Certificate (UEC) dan persamaannya dengan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sering menjadi tajuk perbincangan hangat dalam sistem pendidikan di Malaysia.
​Berikut adalah penjelasan mengenai status dan perbezaan di antara kedua-duanya :


​1. Adakah UEC "Sama Level" dengan SPM?
​Dari sudut penilaian akademik antarabangsa, UEC (tahap Senior) biasanya dianggap setaraf dengan STPM atau A-Level, bukannya SPM. Ini kerana SPM diambil pada penghujung Tingkatan 5, manakala UEC Senior diambil selepas tamat 6 tahun pendidikan di Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC).

​Walau bagaimanapun, terdapat perbezaan ketara dari segi pengiktirafan:

​Pengajian Tinggi Awam (IPTA): Kerajaan Malaysia pada masa ini tidak mengiktiraf UEC sebagai syarat kelayakan masuk ke universiti awam. Calon tetap memerlukan SPM dengan syarat-syarat tertentu (seperti lulus Bahasa Melayu dan Sejarah) untuk memohon ke IPTA.
​Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) & Luar Negara: Kebanyakan IPTS di Malaysia dan universiti di luar negara (seperti di Singapura, Australia, dan UK) menerima UEC sebagai syarat kemasukan terus ke ijazah sarjana muda.

​2. Adakah Perlu Mengambil SPM Jika Sudah Ada UEC?
​Secara teknikal, pelajar SMPC tidak diwajibkan oleh sekolah mereka untuk mengambil SPM, tetapi sangat digalakkan dan majoriti pelajar melakukannya. Mengapa?
​Syarat Kerja Perkhidmatan Awam: Untuk bekerja dalam sektor kerajaan (penjawat awam), pemohon wajib memiliki sijil SPM dengan kepujian dalam Bahasa Melayu.
​Syarat Profesional: Badan profesional di Malaysia (seperti Majlis Peguam atau Lembaga Perubatan) sering menetapkan syarat lulus SPM (terutamanya Bahasa Melayu) untuk pendaftaran atau lesen amalan.
​Fleksibiliti: Mempunyai SPM memberikan "pelan sandaran" sekiranya pelajar ingin bertukar ke sistem pendidikan kebangsaan atau memohon biasiswa tempatan.

​3. Siapa Yang Memohon/Mengambil UEC?
​UEC dikendalikan oleh Persekutuan Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong). Mereka yang mengambil peperiksaan ini adalah:
​Pelajar Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC): Terdapat lebih 60 buah sekolah menengah persendirian di seluruh Malaysia yang menggunakan kurikulum ini.
​Pelajar yang mencari laluan ke luar negara: Oleh kerana silibusnya yang dianggap mencabar dan diiktiraf secara meluas oleh universiti terkemuka dunia, ramai pelajar memilih UEC untuk memudahkan proses penyambungan pelajaran ke luar negara.
​Rumusannya: Walaupun secara akademik UEC dianggap lebih tinggi atau setaraf pra-universiti, ia belum lagi diiktiraf sepenuhnya sebagai pengganti SPM bagi urusan rasmi kerajaan atau kemasukan ke universiti awam di Malaysia. Kebanyakan pelajar di Malaysia akan mengambil kedua-duanya (SPM dan UEC) untuk memastikan peluang masa depan mereka lebih terbuka.

you just wait and see ...

anyway, say thanks to ๐—ฒ๐˜ƒ๐—ฒ๐—ฟ๐˜† #Malay ๐—ฝ๐—ผ๐—น๐—ถ๐˜๐—ถ๐—ฐ๐—ฎ๐—น ๐—ฝ๐—ฎ๐—ฟ๐˜๐˜† that participates and made this rubbish policy a success.

https://malaysiagazette.com/2026/05/15/uec-keputusan-politik-yang-salah-buka-pintu-lebih-besar-pakar/

you just let them achieve their end game, on a silver platter.

๐˜๐—ต๐—ฒ๐—ฟ๐—ฒ ๐—ฎ๐—ฟ๐—ฒ ๐˜€๐˜๐—ถ๐—น๐—น ๐—บ๐—ฎ๐—ป๐˜† ๐— ๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐˜†, ๐—–๐—ต๐—ถ๐—ป๐—ฒ๐˜€๐—ฒ, ๐—ฎ๐—ป๐—ฑ ๐—œ๐—ป๐—ฑ๐—ถ๐—ฎ๐—ป ๐˜€๐˜๐˜‚๐—ฑ๐—ฒ๐—ป๐˜๐˜€ ๐˜„๐—ถ๐˜๐—ต ๐—ฒ๐˜…๐—ฐ๐—ฒ๐—น๐—น๐—ฒ๐—ป๐˜ ๐—ฆ๐—ฃ๐—  ๐—ผ๐—ฟ ๐—ฆ๐—ง๐—ฃ๐—  ๐—ฟ๐—ฒ๐˜€๐˜‚๐—น๐˜๐˜€ ๐˜„๐—ต๐—ผ ๐—ฎ๐—ฟ๐—ฒ ๐˜‚๐—ป๐—ฎ๐—ฏ๐—น๐—ฒ ๐˜๐—ผ ๐˜€๐—ฒ๐—ฐ๐˜‚๐—ฟ๐—ฒ ๐—ฝ๐—น๐—ฎ๐—ฐ๐—ฒ๐˜€ ๐—ถ๐—ป ๐—ฝ๐˜‚๐—ฏ๐—น๐—ถ๐—ฐ ๐˜‚๐—ป๐—ถ๐˜ƒ๐—ฒ๐—ฟ๐˜€๐—ถ๐˜๐—ถ๐—ฒ๐˜€.

๐˜๐—ต๐—ฒ ๐—ณ๐—ผ๐—ฐ๐˜‚๐˜€ ๐˜€๐—ต๐—ผ๐˜‚๐—น๐—ฑ ๐—ฏ๐—ฒ ๐—ผ๐—ป ๐—ต๐—ฒ๐—น๐—ฝ๐—ถ๐—ป๐—ด ๐˜๐—ต๐—ฒ๐—บ ๐—ณ๐—ถ๐—ฟ๐˜€๐˜ ๐—ฏ๐—ฒ๐—ณ๐—ผ๐—ฟ๐—ฒ ๐—ฎ๐—น๐—น๐—ผ๐˜„๐—ถ๐—ป๐—ด ๐˜€๐˜๐˜‚๐—ฑ๐—ฒ๐—ป๐˜๐˜€ ๐—ณ๐—ฟ๐—ผ๐—บ ๐—ผ๐˜๐—ต๐—ฒ๐—ฟ ๐—ฒ๐˜…๐—ฎ๐—บ๐—ถ๐—ป๐—ฎ๐˜๐—ถ๐—ผ๐—ป ๐˜€๐˜†๐˜€๐˜๐—ฒ๐—บ๐˜€ ๐˜๐—ผ ๐˜๐—ฎ๐—ธ๐—ฒ ๐˜๐—ต๐—ผ๐˜€๐—ฒ ๐˜€๐—ฝ๐—ผ๐˜๐˜€.

everything is about maintaining power at the federal level. now you can throw away the "sistem pendidikan nasional" into dustbin.

#StupidityHasNoCure #PakatanHarapan #AnwarIbrahim #DAPigs #BodohAmatt

https://www.facebook.com/share/p/18UWLdWQyn/

——————————————————————

KOLEKSI KISAH-KISAH POLITIK DISEBALIK UEC


“Kenapa Pengasas Dong Zong Dilucutkan Warganegara?”

Oleh: Azizul Farhan

Bila sebut sahaja Dong Zong, biasanya orang akan terus teringat isu UEC, sekolah vernakular, bantahan tulisan Jawi ataupun kenyataan-kenyataan panas yang selalu mencetuskan kemarahan ramai orang Melayu.

Tapi sebenarnya, sejarah pertikaian antara Dong Zong dengan kerajaan bukan baru bermula hari ini. Konflik ini sudah lama. Jauh lebih lama daripada yang ramai orang sangka.

Malah pada tahun 1961, isu pendidikan Cina pernah menjadi begitu panas sampai pengasas Dong Zong dilucutkan kewarganegaraannya oleh kerajaan Persekutuan Tanah Melayu.

Lim Lian Geok.

Bagi penyokong pendidikan Cina, Lim Lian Geok dianggap sebagai pejuang bahasa ibunda. Beliau dilihat sebagai orang yang sanggup berkorban demi mempertahankan sekolah Cina di Tanah Melayu. Tetapi bagi kerajaan pada waktu itu, tindakan beliau sudah melampaui batas perjuangan pendidikan biasa.

Kerajaan melihat beliau sebagai tokoh yang sengaja membakar sentimen kaum, memutarbelitkan dasar pendidikan negara dan membangkitkan rasa tidak puas hati terhadap kerajaan.

Sebab itu akhirnya kerajaan mengambil tindakan paling keras.

Kewarganegaraan beliau dilucutkan.

Untuk faham kenapa perkara ini boleh berlaku, kita kena kembali kepada suasana Tanah Melayu selepas merdeka.

Waktu itu negara kita masih sangat muda. Persekutuan Tanah Melayu baru sahaja merdeka pada tahun 1957. Negara baru nak dibina. Identiti nasional baru nak disusun. Bahasa kebangsaan baru nak diperkukuhkan.

Dalam keadaan itu, pendidikan menjadi medan paling penting.

Sebab pendidikan ialah soal masa depan negara. Kerajaan waktu itu percaya, kalau sistem pendidikan terlalu berpecah mengikut kaum dan bahasa, maka rakyat akan terus hidup dalam dunia masing-masing.

Orang Melayu dengan sekolah Melayu. Orang Cina dengan sekolah Cina. Orang India dengan sekolah Tamil. Akhirnya semua tinggal dalam negara yang sama, tetapi tidak semestinya berkongsi jiwa kebangsaan yang sama.

Sebab itu kerajaan mahu membina satu sistem pendidikan kebangsaan yang menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa utama negara.

Usaha ini muncul melalui beberapa laporan pendidikan penting seperti Laporan Barnes, Laporan Fenn-Wu, Ordinan Pelajaran 1952, Laporan Razak 1956 dan akhirnya Laporan Rahman Talib 1960.

Laporan Rahman Talib inilah yang kemudiannya menjadi asas kepada Akta Pelajaran 1961.

Di sinilah bermula pertembungan tersebut.

Salah satu perkara paling kontroversi ialah Perkara 21(2). Perkara ini memberi kuasa kepada Menteri Pelajaran untuk menukarkan mana-mana Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina menjadi sekolah kebangsaan sepenuhnya apabila difikirkan perlu.

Bagi kerajaan, perkara ini dilihat sebagai langkah untuk mengukuhkan sistem pendidikan kebangsaan.

Tetapi bagi Dong Zong dan aktivis pendidikan Cina, ini dianggap ancaman besar terhadap masa depan sekolah Cina.

Mereka bimbang sekolah Cina sedikit demi sedikit akan hilang identiti, hilang bahasa pengantar dan akhirnya lenyap dalam sistem pendidikan nasional.

Orang paling lantang membantah perkara ini ialah Lim Lian Geok.

Lim Lian Geok lahir di Fujian, China pada tahun 1901. Nama asalnya ialah Lim Chai Kui. Beliau mendapat pendidikan Cina klasik dan sangat kuat dipengaruhi pemikiran budaya Cina.

Pada tahun 1920-an, beliau datang ke Nanyang dan akhirnya menetap di Tanah Melayu. Beliau pernah mengajar di beberapa tempat sebelum berkhidmat di Sekolah Confucian Kuala Lumpur. Di sekolah itulah namanya semakin dikenali.

Pada tahun 1951, beliau terlibat dalam penubuhan gabungan guru sekolah Cina atau Jiao Zong. Kemudian beliau turut memainkan peranan penting dalam gerakan yang akhirnya melahirkan Dong Zong iaitu gabungan lembaga pengelola sekolah Cina.

Bagi Lim, bahasa ialah roh sesuatu bangsa. Kalau bahasa hilang, maka budaya pun akan hilang. Kalau budaya hilang, identiti sesuatu kaum juga akan lemah.

Sebab itu beliau pernah menegaskan bahawa menjadi rakyat Malaya bukan bermaksud seseorang perlu meninggalkan bahasa ibunda dan budaya sendiri.

Bagi Lim, kesetiaan kepada negara sepatutnya diukur melalui tanggungjawab dan kesetiaan kepada tanah air, bukan melalui paksaan untuk membuang bahasa asal.

Bagi penyokong beliau, ini adalah pendirian yang adil.

Tetapi bagi kerajaan waktu itu, tuntutan Lim semakin lama semakin keras.

Ini kerana Lim bukan sahaja mempertahankan sekolah Cina. Beliau juga pernah memperjuangkan supaya bahasa Cina diiktiraf sebagai salah satu bahasa rasmi Persekutuan Tanah Melayu.

Dalam konteks negara baru merdeka yang sedang cuba mengangkat Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, tuntutan seperti ini memang mencetuskan ketegangan besar.

Kerajaan bimbang kalau terlalu banyak bahasa rasmi diangkat dalam sistem negara, proses pembinaan bangsa Malaysia akan menjadi semakin sukar.

Bagi kerajaan, Bahasa Melayu mesti menjadi asas perpaduan.

Bagi Lim dan penyokongnya pula, pengiktirafan terhadap bahasa Cina dianggap sebagai hak budaya masyarakat Cina yang telah lama tinggal dan menyumbang di Tanah Melayu.

Di sinilah berlaku pertembungan dua pandangan.

Satu pihak bercakap tentang pembinaan negara bangsa.

Satu pihak lagi bercakap tentang hak bahasa ibunda.

Pertembungan ini menjadi semakin panas apabila Laporan Rahman Talib 1960 dan Akta Pelajaran 1961 diperkenalkan.

Lim Lian Geok membantah keras dan menuduh dasar pendidikan kerajaan akan menyingkirkan pendidikan Cina daripada sistem kebangsaan. Beliau juga menganggap sekolah Cina sedang dipaksa memilih antara menerima perubahan kerajaan atau kekal sebagai sekolah persendirian tanpa bantuan penuh.

Tetapi pada masa yang sama, kerajaan melalui Menteri Pelajaran ketika itu, Abdul Rahman Talib mengambil pendekatan tegas.

Kerajaan menawarkan kepada sekolah menengah Cina persendirian untuk bertukar menjadi Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Cina. Kalau mereka menerima tawaran itu, sekolah tersebut akan mendapat bantuan kerajaan, tetapi perlu menerima beberapa perubahan dalam sistem pendidikan.

Hasilnya, sebanyak 53 buah sekolah menengah Cina persendirian bersetuju untuk bertukar menjadi sekolah menengah jenis kebangsaan.

Hanya 16 buah sekolah sahaja yang menolak.

Antara sekolah yang awal menerima tawaran kerajaan ialah Chung Ling High School di Pulau Pinang.

Keputusan ini mencetuskan kemarahan besar dalam kalangan penyokong pendidikan Cina. Pengetua dan pengerusi lembaga pengelola sekolah yang menerima tawaran kerajaan dituduh sebagai pengkhianat pendidikan Cina.

Mereka dilabel sebagai orang yang menjual perjuangan bangsa sendiri.

Di sinilah kita nampak satu perkara penting dalam sejarah ini. Bukan semua orang Cina waktu itu sehaluan dengan Dong Zong. Ada ramai tokoh Cina yang percaya bahawa masyarakat Cina perlu bekerjasama dengan kerajaan dalam membina sistem pendidikan kebangsaan.

Ada yang percaya kompromi lebih baik daripada pertembungan berterusan.

Ada yang percaya menerima sistem baru bukan bermaksud mengkhianati bangsa, tetapi cara untuk memastikan sekolah terus hidup dalam kerangka negara baru.

Namun dalam suasana politik yang panas, pandangan sederhana seperti ini sering dihentam dari dua arah.

Antara tokoh masyarakat Cina yang turut terlibat dalam proses laporan pendidikan negara ialah Leong Yew Koh dan Ong Yoke Lin. Mereka juga pernah dikritik oleh penyokong pendidikan Cina kerana dilihat menyebelahi dasar kerajaan.

Ini menunjukkan konflik pendidikan ketika itu bukan semata-mata Melayu lawan Cina.

Ia juga berlaku dalam masyarakat Cina sendiri.

Ada Cina yang menyokong pembinaan sistem pendidikan kebangsaan. Ada Cina yang mahu sekolah Cina dipertahankan sepenuhnya. Ada pula yang cuba mencari jalan tengah.

Tetapi suara paling kuat, paling lantang dan paling berpengaruh tetap datang daripada Lim Lian Geok.

Kerajaan akhirnya melihat tindakan Lim sebagai semakin membahayakan.

Pada Ogos 1961, Lim dimaklumkan bahawa kewarganegaraannya akan dilucutkan.

Alasan rasmi kerajaan ialah beliau didakwa sengaja memutarbelitkan dasar pendidikan kerajaan, menghasut rasa tidak puas hati terhadap Yang di-Pertuan Agong dan kerajaan Persekutuan serta membangkitkan sentimen perkauman yang boleh menimbulkan permusuhan antara kaum.

Pada 22 Ogos 1961, pendaftaran Lim sebagai guru dibatalkan oleh Menteri Pelajaran. Ini bermaksud beliau tidak lagi boleh mengajar secara sah.

Pada 24 Ogos 1961 pula, tulisan dan penerbitan beliau diharamkan oleh Kementerian Dalam Negeri.

Kemudian, selepas melalui proses undang-undang selama beberapa tahun, kewarganegaraan beliau secara rasmi dilucutkan pada tahun 1964.

Tindakan ini menjadikan Lim Lian Geok antara tokoh paling terkenal dalam sejarah Malaysia yang hilang kewarganegaraan akibat pertikaian berhubung dasar pendidikan negara.

Tetapi menariknya, walaupun kewarganegaraannya dilucutkan, Lim tidak meninggalkan Malaysia.

Beliau terus tinggal di Kuala Lumpur.

Selepas itu, kehidupan beliau berubah. Beliau tidak lagi bergerak aktif seperti dahulu. Beliau hidup lebih sunyi, lebih tersisih dan banyak menghabiskan masa di rumah. Pada tahun-tahun akhirnya, kesihatan beliau semakin merosot termasuk masalah penglihatan.

Dari sudut kerajaan pada waktu itu, tindakan terhadap Lim dilihat sebagai satu amaran keras.

Mesejnya jelas. Kerajaan tidak akan membiarkan sesiapa pun, walau sebesar mana pengaruhnya, menggugat dasar pendidikan kebangsaan yang sedang dibina.

Inilah sebabnya selepas tindakan terhadap Lim, kepimpinan Dong Zong menjadi lebih berhati-hati. Tidak ramai yang berani tampil terlalu menonjol kerana mereka tahu kerajaan sudah menunjukkan bahawa kesabaran ada hadnya.

Penasihat Dong Zong ketika itu, Yan Yuan Zhang turut dikenakan tindakan. Disebabkan beliau menetap di Singapura, kerajaan mengharamkan beliau daripada memasuki Tanah Melayu.

Semua ini menunjukkan betapa seriusnya kerajaan waktu itu dalam mempertahankan hala tuju pendidikan negara.

Sistem pendidikan dianggap sebagai “jiwa negara”.

Kalau jiwa ini rapuh, negara juga boleh rapuh.

Di sinilah beza antara suasana politik pendidikan dulu dan sekarang.

Dulu, kerajaan sangat tegas. Kalau dasar pendidikan kebangsaan dicabar secara terbuka dan dianggap mengancam kestabilan negara, tindakan keras boleh diambil.

Hari ini, isu yang hampir sama masih muncul dalam bentuk berbeza.

Kadang-kadang isu tulisan Jawi.

Kadang-kadang isu UEC.

Kadang-kadang isu bahasa kebangsaan.

Kadang-kadang isu sekolah vernakular.

Cuma bezanya, hari ini pertikaian itu berlaku dalam ruang demokrasi, media sosial dan politik pilihan raya yang jauh lebih terbuka.

Namun akar masalahnya masih sama.

Bagaimana sebuah negara berbilang kaum mahu membina identiti nasional yang sama tanpa menafikan hak budaya kaum masing-masing?

Itulah persoalan besar yang belum benar-benar selesai sejak zaman Lim Lian Geok lagi.

Bagi orang Melayu, sejarah ini penting untuk difahami supaya kita sedar bahawa perjuangan mempertahankan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan bukan perkara kecil. Ia pernah melalui pertarungan yang sangat besar.

Bahasa Melayu di negara ini dipertahankan melalui dasar, laporan pendidikan, akta, perdebatan dan ketegasan politik.

Pada masa yang sama, sejarah ini juga menunjukkan bahawa dalam masyarakat Cina sendiri, tidak semua orang berada dalam satu kelompok yang sama. Ada yang keras, ada yang sederhana, ada yang bekerjasama dengan kerajaan, ada yang menentang habis-habisan.

Sebab itu kita tidak boleh membaca sejarah ini secara terlalu malas.

Malaysia ini mahu dibina atas asas apa?

Kalau asasnya Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, maka semua pihak perlu menghormatinya.

Kalau asasnya perpaduan nasional, maka sistem pendidikan juga perlu menuju ke arah itu.

Dan kalau ada mana-mana pihak yang mahu hidup dalam negara ini, menikmati keamanan negara ini, mencari rezeki dalam negara ini, maka asas kenegaraan Malaysia tidak boleh dilayan seperti perkara pilihan.

Sebab itulah penting untuk kita belajar pasal sejarah dengan sumber yang boleh dipercayai dan bukan sosial media semata-mata yang kuat menyeleweng.

https://www.facebook.com/share/1DnyVrHKB9/

——————————————————————

Hangat isu UEC
Sekarang ni apa itu UEC kalau UCL aku tahu..
King MENYU

UEC ialah singkatan kepada Unified Examination Certificate — satu peperiksaan yang digunakan oleh kebanyakan sekolah menengah persendirian Cina di Malaysia.
Ringkasnya:
UEC diwujudkan oleh Dong Zong untuk pelajar sekolah persendirian Cina.
Ia terbahagi kepada 3 tahap:
UEC Junior (SMP)
UEC Vocational
UEC Senior (SM) → yang paling penting untuk sambung universiti
Bahasa pengajaran
Kebanyakan subjek diajar dalam:
Bahasa Mandarin
Ada juga Bahasa Inggeris
BM tetap dipelajari sebagai subjek
UEC diiktiraf ke?
UEC diiktiraf oleh banyak universiti luar negara seperti di:
Singapore
Australia
United Kingdom
Taiwan

Tetapi isu besar di Malaysia ialah:

Kerajaan persekutuan masih belum mengiktiraf UEC untuk kemasukan ke kebanyakan universiti awam dan jawatan kerajaan.
Ada negeri atau institusi tertentu yang menerima secara terhad.
Kenapa UEC selalu jadi isu?
Sebab ada perdebatan tentang:
penggunaan Bahasa Melayu,
sistem pendidikan kebangsaan,
perpaduan,
dan standard akademik.

Penyokong kata: ✅ UEC berkualiti tinggi
✅ bantu pelajar sambung belajar ke luar negara

Pengkritik pula risau: ⚠️ kurang integrasi dengan sistem kebangsaan
⚠️ isu bahasa dan identiti pendidikan negara

Fakta menarik
Ramai pelajar UEC ambil:
UEC + SPM sekali
supaya ada lebih banyak pilihan untuk universiti dan kerja.

Nak lebih info boleh follow cikgu fadhil.

#uec #dongzhong #kptm

https://www.facebook.com/share/p/1CN9Qhgc4U/


2 hari sebelum Hari Guru 2026, Dasar Pendidikan Kebangsaan dicabul. ๐Ÿ˜ข

Dalam Dokumen Dasar Pendidikan Kebangsaan yang dikeluarkan oleh KPM, muka surat 152 dah dijelaskan sejelasnya bahawa 60 buah Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC) TIDAK AKUR terhadap Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) dan Dasar Pendidikan Kebangsaan.

SMPC ditubuhkan dan diurus oleh Dong Zong dan menggunakan Bahasa Cina sebagai bahasa pengantar.

Juga dijelaskan, SMPC menyediakan ujian UEC yang TIDAK DIIKTIRAF KERAJAAN MALAYSIA.

SMPC TIDAK AKUR dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan yang memperuntukkan Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa pengantar.

Juga dijelaskan dalam Strategi Pelaksanaan bahawa :

"Memastikan UEC yang TIDAK DIIKTIRAF KERAJAAN MALAYSIA hanya dilaksanakan di 60 buah sekolah sedia ada"

Jelas lagi bersuluh bahawa UEC :
  • Melanggar perkara 152 Perlembagaan Malaysia.
  • Melanggar Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67.
  • Melanggar Akta Pendidikan 550 (1996).
Ironinya pada 14 Mei 2026, Kementerian Pendidikan Tinggi umumkan calon UEC yang menduduki kertas BM dan Sejarah boleh mohon ke IPTA dalam empat opsyen terpilih.

2 hari sebelum Hari Guru 2026, Dasar Pendidikan Kebangsaan dicabuli. ๐Ÿ˜ญ

Lebih menyedihkan, ada pendidik, pegawai IAB dan pegawai KPM lantikan politik menyokong hal ini yang jelas bertentangan dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan. Depa pula beria back up isu UEC yang diperjuangkan oleh Dong Zong yang rasis itu. Lebih memalukan, mereka ini Melayu!

Dari ditentang, kemudian diterima bersyarat.
Dari kosong, dapat satu opsyen.
Dari satu opsyen, dapat empat opsyen.
Dan empat opsyen yang diluluskan semalam pun Dong Zong masih pertikai dan tak puas hati.

Semua ini adalah fakta yang jelas dan nyata. Yang disiarkan dalam berita aliran perdana serta dalam Dokumen Dasar Pendidikan Kebangsaan yang dihasilkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sendiri.

Tiada yang tidak benar melainkan yang benar belaka.

Satu demi satu.
Oh Malaysiaku...

#MFS

https://www.facebook.com/share/p/1JJBdLkVwm/

——————————————————————


Zaman sekarang ini nak cari sumber zaman jahiliah pun boleh cari, setakat nak cari bebelan atau pendirian Annuar Musang dolu² kacang saja bagi laskar syber..

https://www.facebook.com/share/1CpHVp1BFn/

Arkib : 15 April 2026

CARI SALAH

Sebelum PRU14, cari salah UMNO BN.

Selepas PRU15, UMNO BN dah tinggal 30 kerusi.

Juga salah cari UMNO BN.

Senang betul jadi PAS ni ye.

Bila masa nak SALAHKAN diri sendiri sebab terlibat jatuhkan kerajaan Islam pimpinan UMNO BN ??

PAS ada paling banyak kerusi Parlimen, apa PAS buat ?? Apa PN buat ??

Bukankah PAS yang berada dikedudukan pembangkang sepatutnya lagi lantang perjuangkan apa sahaja masalah berkaitan rakyat ??

GASAKLAH kerajaan MADANI ini sampai ke dinding !

Ini tak, ibarat TAK serius. Acuh TAK acuh pejuangkan kebajikan & masalah rakyat.

Alih2, dah TAKDE idea, ambil jalan mudah salahkan UMNO BN !

Takkan mengharapkan UMNO BN juga ??

Senangnya hidup.

Nak raih undi, timbulkan kebencian ke atas UMNO BN.

Bila dah menang BANYAK kerusi, TAK reti nak jadi pembangkang berkualiti !!??

Tengoklah mana2 parti atau gabungan.

Jika hanya mengharapkan UNDI simpati, dengan memburukkan pihak lawan semata2 tanpa bersedia sebagai seorang YB atau Menteri.

Hasilnya tetap sama, iaitu..

K.E.L.A.U.T !

Isu stokin KK Mart.

Isu UEC.

Isu URA.

Semua ni UMNO BN melalui KPUM juga yang kedepan !

Meskipun UMNO BN berada dalam kerajaan yang hanya ada 30 kerusi !

Mana perginya wakil2 PAS PN ketika isu ini jadi panasss ??

Isu2 sekarang seperti harga minyak petrol & diesel. Harga barang naik & masalah2 berkaitan.

Ini semua zaman UMNO BN jadi kerajaan, telah lakukan yang terbaik. Memang ada kekurangan, tapi jauh lebih BAIK daripada PH & PN.

Tapi pembangkang masa tu PKR DAP termasuk lah PAS juga yang hasut rakyat supaya turunkan BN !

BN turun, harga minyak & barang turun kononnya.

Apooo.

Lagi melangit harga minyak & barang !

Adan uke !

Kempen sana sini sebelum PRU14, turunkan UMNO BN, kononnya nak test 5 tahun.

Tak OK nanti tukar semula. Itu kononnya.

Sekarang bukan sahaja dah lebih 5 tahun, malah dah hampir 10 tahun !

Kerajaan yang ada sekarang lagi bagus daripada UMNO BN ??

Rakyat hidup lebih mewah & gembira ??

Kebajikan rakyat terbela ??

Hadaplah.

Bila dikatakan KUFUR nikmat.

Buat2 pengsan.

Sebelum PRU14, hanya berlaku kenaikan harga minyak 5 sen hingga 20 sen macam dah nak kiamat dibuatnya !

Hanya disebabkan itu, pembangkang ketika itu PKR DAP PAS berdemonstrasi hasut rakyat untuk jatuhkan kerajaan Islam pimpinan UMNO BN !

Nah, ambik ko.

Sekali naik lebih RM2 !

Bukan 20 sen, tapi RM2 !

Ini namanya KUFUR nikmat !

Kini terima lah hakikat bahawa DOA pemimpin2 & penyokong PKR PAS PAN PPBM untuk jatuhkan UMNO BN telah pun dimakbulkan olehNYA.

DOA atau permintaan jatuhkan kerajaan pimpinan UMNO BN, Allah telah makbulkan.

Allah tak pernah zalim.

Hambanya BERDOA & meminta banyak kali, lalu DIA makbulkan.

Tapi kalian TERLUPA satu perkara.

Kalian TIDAK meminta & DOA supaya ia digantikan dengan kerajaan yang lebih baik dari UMNO BN !

Jika kalian BERDOA turunkan UMNO BN & digantikan dengan kerajaan lebih baik serta sempurna berbanding UMNO BN.

Melihat performance kerajaan pimpinan PH 1.0, PN+BN, BN+PN & MADANI ini, rasa2nya Allah nak makbulkan atau tidak ??

Tepuk dada, tanya IMAN.

Apa akan terjadi selepas tumbangnya UMNO BN dalam PRU14, TIADA siapa pun tahu.

Itulah kelemahan MANUSIA.

Bila dah berjaya tumbangkan UMNO BN, boleh pula dengan muka tebal bertanya, mana peranan BN ?? ๐Ÿคฆ‍♂️

Pergi check satu persatu menteri UMNO BN yang ada dalam barisan kerajaan sekarang, perform atau tidak ??

Sila berlaku JUJUR.

TOP performance !! Betul ??

Jadi jika nakkan kerajaan kembali STABIL. Nakkan kerajaan lebih baik & faham denyut nadi rakyat.

Apa kata PRU16 ini kita pakat2 berikan undi 100% kepada UMNO BN !

Kembalikan mandat kepada UMNO BN yang ternyata lebih memahami denyut nadi rakyat.

Selesai masalah.

JOM UNDI BN PRU16๐Ÿ’ช๐Ÿ’ช

——————————————————————


Ketegangan politik mengenai isu pendidikan kembali memuncak apabila Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin mendakwa langkah kerajaan membuka laluan khas ke IPTA untuk lepasan UEC dipercayai mempunyai agenda politik demi memastikan sokongan berterusan DAP terhadap kerajaan perpaduan.

Bekas perdana menteri itu menyifatkan keputusan tersebut dibuat secara tergesa-gesa tanpa penelitian mendalam terhadap kesan jangka panjang kepada sistem pendidikan negara dan identiti nasional.

Muhyiddin turut memberi amaran bahawa dasar melibatkan pendidikan tidak boleh diputuskan semata-mata atas kepentingan politik semasa.

Menurut beliau, isu melibatkan pengiktirafan laluan UEC perlu dinilai secara menyeluruh kerana ia menyentuh kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, perpaduan rakyat serta asas pembinaan negara bangsa Malaysia.

Kenyataan itu sekali gus menghangatkan semula polemik lama yang sering menjadi perdebatan antara parti-parti politik.

Beliau yang juga bekas Menteri Pendidikan mendakwa sehingga hari ini tiada badan kerajaan melakukan audit penuh terhadap sukatan pelajaran, sistem peperiksaan serta standard pemarkahan UEC.

Muhyiddin berkata keadaan itu boleh mewujudkan dwi-standard dalam kemasukan pelajar ke IPTA apabila wujud dua saluran berbeza dengan tahap penilaian yang tidak selaras.

Malah beliau mendedahkan ketika menjadi menteri dahulu, cadangan kajian menyeluruh terhadap sistem pendidikan persendirian Cina pernah dikemukakan kepada Dong Zong namun tidak dipersetujui.

Kontroversi itu tercetus selepas Kementerian Pengajian Tinggi mengumumkan pelajar lepasan sekolah tahfiz dan UEC kini berpeluang mengikuti beberapa program tertentu di IPTA.

Walaupun kerajaan menegaskan langkah itu bukan pengiktirafan rasmi terhadap UEC, isu tersebut sudah mula mencetuskan perdebatan besar dalam arena politik negara dengan pelbagai pihak melihatnya sebagai bom politik baharu yang boleh mengubah sentimen rakyat menjelang PRU akan datang.



——————————————————————



YB, kalau sesuatu sistem tu dah diiktiraf dan terbukti berjaya sampai ke universiti luar negara, go on je lah.Apa lagi nak fikir pasal pengiktirafan kerajaan?
Semua orang pun dah faham, SPM itu arus perdana negara, UEC itu laluan alternatif.

Which one aligns with the national agenda? SPM.
Sebab SPM memang dibina oleh kerajaan untuk tujuan penyatuan, identiti nasional dan hala tuju pembangunan negara.

UEC?
Ya, memang antarabangsa, berkualiti, dan dah lama diterima oleh universiti luar negara.
Tapi ia tetap sistem alternatif, diwujudkan oleh komuniti tertentu untuk laluan pendidikan mereka sendiri.

Dua-dua ada tempat masing-masing.
Yang jadi masalah bila sistem alternatif nak dilayan sama seperti sistem nasional.

Kita dah ada highway negara.
Kalau pilih jalan alternatif, jangan pula marah kalau tol, rules atau laluan dia tak sama. ๐Ÿ˜„

Malaysia akan lebih maju bila kita jelas beza antara:

✔ dasar nasional vs ✔ pilihan peribadi

Tak perlu gaduh.
Setiap orang pilih jalan mereka yang penting semua sampai ke destinasi kejayaan. ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

https://www.facebook.com/share/p/17ZhgMHqH8/

——————————————————————
Arkib : 25 Januari 2026

"AWAS *CARA HALUS* UNTUK IKTIRAF UEC"

*Anthony Loke kata* mesyuarat kabinet *bersetuju* mana-mana pelajar yang dapat *kepujian* dalam mata pelajaran *Bahasa Melayu dan Sejarah* serta akan layak memohon *ke universiti awam*.

*Peraturan sekarang* semua calon mesti ambik sekurang-kurangnya *enam mata pelajaran SPM*.

Apa mata pelajarannya?

*Bahasa Melayu*,
*Bahasa Inggeris*,
*Matematik*,
*Sains*,
*Sejarah*,
*dan mata pelajaran lain*.

Pelajar yang ambil UEC *tak dapat masuk* universiti awam sebab ujian dia *tak diiktiraf* oleh *sistem pendidikan negara*.

Sekarang sebagai jalan tengah (*tak tengah pun*) Kerajaan Madani cadangkan, untuk benarkan pelajar yang ambil UEC boleh *hanya ambil BM dan Sejarah dalam SPM* dan *boleh masuk universiti awam*.

Minta maaf aku *tak bersetuju dan bantah* cadangan ini!!

Kalau Kerajaan Madani buat juga cadangan ni, *macam mana KPT* ketika permohonan unviersiti nanti *nak kira merit* kalau *subjek lain tidak diambil?* Nak suruh iktiraf subjek UEC yang lain untuk kira merit ker?

Tak sama dan tak layak untuk disamakan. *SPM punya kualiti berbeza dengan UEC*.

Satu lagi bila pelajar aliran UEC ni dibenarkan ambil BM dan Sejarah dan *cukup lulus sahaja* untuk masuk unviersiti awam, mereka akan belajar *BM dan Sejarah ala kadar* untuk "*cukup makan*" sahaja.

Adakah ini yang kita mahu? *Generasi ala kadar* dan *cukup makan* yang kita mahu?

Paling bahaya tindakan ni sebenarnya akan buka *pengiktirafan terhadap UEC secara halus*.

*Tanpa kita sedar*, akhirnya UEC *akan diiktiraf*.

Mula dengan perlu ambil BM dan Sejarah SPM melengkapi keputusan UEC boleh mohon universiti awam, *kemudian akan hilang syarat* BM dan Sejarah tu dan boleh guna *keputusan UEC sahaja*.

Aku menyeru *semua Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang*, *bangkit dan bantah* keputusan ini.

Kita tidak boleh biarkan *sistem pendidikan kita dic@buli*. Kita tidak boleh harapkan *geng pro UEC nak pertahankan* sistem pendidikan negara.

Kita bertegas *jangan iktiraf sama sekali UEC*.

Semua jenis aliran *perlu ikut sistem peperiksaan yang sama*. Iaitu SPM. Belajarlah dalam *bahasa apa pun* kamu nak, tapi akhirnya kamu *perlu ambil SPM*.

Tapi satu yang aku *pelik tengok pengumuman* ni. Kenapa *Setiausaha Agung DAP* yang umum perkara ni? Mana *Menteri Pendidikan?*

Menteri Pendidikan dan PMX *setuju ker?* Atau dah *kena kunci mulut?*

Salam Hormat,
Ir. Ts. Dr. Nurul Islam Mohamed Yusoff

——————————————————————

Arkib : 11 Disember 2025

Silapnya di mana? Silapnya di sini:

1. Andaian yang Cina dan India boleh lari daripada MCA dan MIC jika memilih DAP mulai 2008. Pada hakikatnya tidak banyak yang boleh dilakukan.

2. Apabila DAP = MCA + Gerakan + MIC + PPP, pengundi tiada pilihan lagi sebab sudah tinggal satu parti (hampir) tunggal.

3. Permainan tekan dari dalam (MCA atau Umno) dan tekan dari luar (DAP atau PAS) terhenti. Permainan ini, yang suka diguna dalam dekad-dekad sebelum 2008, tidak dapat diteruskan.

4. Pengundi Melayu sedang menuju ke peringkat seperti itu (yakni: DAP = MCA + Gerakan + MIC + PPP) tetapi prosesnya lambat. Kita boleh tengok di Kelantan dan Terengganu, belum nasional lagi.

5. Tetapi pengundi Melayu memang mahu menuju ke situ: ke arah satu parti mengambil alih semua kekuatan Umno, misalnya pada PRU 2022.

6. Sejak itu, keyakinan Melayu yang PAS atau PN boleh menggantikan Umno di peringkat pusat makin terasa. Sampai ke peringkat mereka membayangkan Melayu boleh memerintah sendiri tanpa Umno di Semenanjung. Kemudian kita kerjasamalah dengan parti-parti Borneo.

7. Silapnya di mana? Silapnya kita tidak faham bahawa model BN sudah runtuh sama sekali, malah model federalisme 1963 sudah retak, tetapi kita semua tidak jumpa model alternatif.

8. Silapnya di mana? Silapnya kita bayangkan Malaysia perlukan model BN 1970-an atau Perikatan 1957 walau banyak dinamika lain sudah mengubah corak negara suku pertama abad ke-21.

9. Kita lupa sepanjang 25 tahun pertama itu (sejak 2000), negara sedang membentuk arus baru perubahan (sedang uji kaji dalam makmal politik) tetapi tiada yang memuaskan dan stabil.

10. Atau, "stabil" ala BN selama puluhan tahun itu sudah tidak wujud, suatu istilah yang sia-sia?

11. Mari saya jelaskan ujikaji dalam makmal politik yang kita pernah buat sepanjang suku abad:

a. Pembangkang (pelbagai kaum, BA atau PR) nafi dua pertiga BN buat pertama kali pada 2008. Pertama kali wujud gejala DAP = MCA + Gerakan + MIC + PPP.

b. . Pembangkang (pelbagai kaum, PR) raih undi popular lebih tinggi daripada BN buat pertama kali pada 2013.

c. . Pembangkang (pelbagai kaum, PH + kemudian Warisan) pertama kali tumbangkan BN pada 2018. Semua bingung, apa sudah jadi, apa nak jadi ni?

d. Apabila BN ditumbang, pertama kali muncul blok-blok politik baharu di Borneo dan Semenanjung. Ada GPS, GRS, MN dan akhirnya PN. Tetapi parti dan pemain lebih kurang sama.

e. Goncangan jatuhnya BN di Putrajaya + Langkah Sheraton (+ Covid-19) menjadi latar PRU 2022.

Pertama kali kita saksikan gejala "Parlimen tergantung", tiada parti kuasai majoriti. Gabungan terpaksa bergabung menjadi Kerajaan Perpaduan.

12. Apa yang kita faham daripada kata "pertama kali" yang sengaja saya ulang-ulang dari 11 (a) hingga 11 (e)?

Bahawa kita berdepan dengan realiti baharu (novelty) politik negara akibat pelbagai faktor. Kita boleh sebut sebahagiannya:

a. Hilangnya monopoli naratif keperkasaan BN-Umno apabila suara alternatif mampu bersaing. Berkat internet, portal, blog dan media sosial.

b. Hilangnya wibawa BN-Umno apabila skandal demi skandal besar dan menggemparkan tidak surut-surut sejak era Tun Dr Mahathir Mohamad lagi.

c. Muncul uji kaji terpenting pada 1998-1999 apabila pembangkang PAS + DAP (+ PRM) yang melonjakkan dua parti ini ke persada politik nasional.

Gabungan yang tidak mampu dibuat pada PRU 1990 susulan krisis Umno pertengahan 1980-an.

Kita boleh hurai lebih terperinci, misalnya soal demonstrasi, DS Anwar Ibrahim, NGO hak asasi, tema/slogan kempen dan parti Keadilan.

Tetapi semua ini menegaskan dua perkara sahaja: kita berdepan realiti baru dan muncul uji kaji politik.

13. Kemelut DAP dalam PH atau dilema MCA/MIC dalam BN yang mengisi tajuk-tajuk berita kita itu berada dalam keadaan inilah: realiti baru.

Tetapi realiti baru dalam negara kita bukan lagi persoalan tempatan sebab sempadan yang poros menjadikan Malaysia mudah terkesan dengan semua kejutan (shock) atau novelty dari luar.

Misalnya, sewaktu kita sibuk berebut kuasa untuk bolot Putrajaya, apakah progress Malaysia sudah terbantut? Kita mampu bersaing atau tidak dalam arus baharu dunia?

Hutang dan subsidi kita sustainable atau tidak? Sekolah dan kampus kita bermutu atau tidak? Penjawat awam kita competent, competitive atau tidak? Swasta kita boleh lebih maju?

Melayu akan lebih maju atau tidak? Cina miskin dan India miskin boleh maju atau tidak? Jurang kaya-miskin di bandar bagaimana?

14. Balik persoalan pokok kita. Semua parti dan orang politik ini memang selalu pening* (kata lain untuk elak sebut: celaka). Penyokong tegar mereka dan pencandu sembang politik juga sama. Tidak mampu fikir jernih. Pengundi = pemimpin = pening*.

Mereka pisahkan isu rebut kuasa ke Putrajaya daripada isu atasi serabut masalah negara apabila ada di Putrajaya. Persoalan 13 di atas ๐Ÿ‘†

Padahal sebahagian masalah parti saat ini datang daripada masalah negara yang lebih besar: persoalan 13 di atas itu ๐Ÿ‘† Tetapi tiada siapa peduli untuk tangani bersama dalam tempoh panjang.

15. Jadi ke mana DAP, MCA, MIC dan parti lain? Berani buat uji kaji politik! Berani selongkar apa yang zaman ini, zeitgeist, tawarkan untuk kita.

Misalnya gabungan:

- PAS + DAP + Borneo, atau
- PAS + Umno + DAP + Borneo, atau
- PH + PN + BN + Borneo, atau
- Borneo keluar Malaysia? :)

16. Kita selalu terperangkap dalam imaginasi kerana ternampak muka Dr Mahathir, Anwar, TS Abdul Hadi Awang, TS Muhyiddin Yassin atau DS Zahid Hamidi. Mereka semua akan pergi ...

Bayangkan set realiti hari ini sudah berubah, tidak ada, tidak berpengaruh atau tidak relevan. Akan ada pemimpin baru, nilai/budaya baru, semangat zaman baru, realiti baru. Pastinya!

Pada awal 1990-an, waktu Anwar intim dengan Dr Mahathir, tiada sesiapa bayangkan perang 1998. Pada waktu perang itu tajam, tiada siapa khayalkan mereka berdua berjabat tangan damai pada 2016.

Dunia ini luas DS Wee Ka Siong, Anthony Loke, hanya imaginasi kita yang terbatas. Sebab kita rasa yang ada tidak akan/tidak mungkin berubah.

(tambahan setakat 2.45 petang)

——————————————————————

10 alasan kenapa DAP harus memohon maaf kepada BN, khususnya MCA. (ni benda Kalian tak tau sebab akhbar dan media Sosial Mandarin saja yang selalu cover)

DAP selalu menghentam MCA di kawasan Cina BAHAWA :
  1. Mengkhianati komuniti Cina atas kegagalan pengiktirafan UEC. Kini terbukti PH tiada niat untuk mengiktiraf UEC;
  2. UMNO adalah perkauman dan rasuah, dan “ hukum “ UMNO dengan menolak MCA. Kini DAP bekerjasama dengan UMNO di peringkat Kabinet;
  3. MCA menggadaikan hak Cina dengan akur kepada dasar Bumiputra. Kini DAP pun akur;
  4. Lynas itu membahayakan nyawa dan MCA gagal menutupnya. Kini Lynas masih beroperasi bawah PH;
  5. MCA adalah sebahagian daripada BN, di mana Presidennya adalah YAB DS Zahid Hamidi yang disifatkan DAP sebagai “penyamun”. Tolak MCA = Tolak Zahid. Kini DS Zahid telah bersihkan nama bawah PH;
  6. MCA gagal memperuntukkan secara sistematik kepada sekolah-sekolah vernakular. Kini DAP pun gagal (ni memang topik hot di kalangan pengundi Cina);
  7. MCA mengamalkan gejala rasuah. Hakikatnya setelah 2018, tiada seorang pemimpin MCA yang didakwa dan disabit rasuah, malah terdapat pemimpin DAP yang didakwa setelah 2018 sehingga sekarang;
  8. MCA sokong Najib dan 1MDB. Hakikatnya DAP pun sokong UMNO yang sokong Najib, dan tuntut kredit atas kerjayaan 1MDB seperti TRX;
  9. MCA bazir duit rakyat untuk ECRL (Menteri Pengangkutan MCA), Hakikatnya PH pun setuju untuk teruskan ECRL laluan asal, dan ada cadangan PM untuk memanjangkan laluan;
  10. Rakyat (Cina) hidup susah bawah MCA, Hakikatnya kini lagi sudah bawah PH.
Panjang lagi. Ni top ten sahaja.

——————————————————————

็ซ็ฎญๅบ”่ฏฅๅ‘ๅ›ฝ้˜ต,็‰นๅˆซๆ˜ฏ้ฉฌๅŽ้“ๆญ‰็š„ๅๅคง็†็”ฑ

้•ฟๆœŸไปฅๆฅ,DAP ๅœจๅŽไบบ้€‰ๅŒบ็Œ›็ƒˆๆ”ปๅ‡ป MCA,ๅก‘้€ 「MCA ๅ‡บๅ–ๅŽ็คพ」็š„ๅฝข่ฑก。ไฝ†ๅฆ‚ไปŠไบ‹ๅฎžๅด่ฏๆ˜Ž,็ซ็ฎญๅทฑไนŸ้‡ๅค็”š่‡ณ่ถ…่ถŠไบ†ๅฝ“ๅนดไป–ไปฌๆ‰€ๆ‰น่ฏ„็š„้ฉฌๅŽ็š„ๅšๆณ•。ๅ› ๆญค,็ซ็ฎญๆœ‰ๅฟ…่ฆๅ‘้ฉฌๅŽๅ’Œๅ›ฝ้˜ต้“ๆญ‰。ไปฅไธ‹ๆ˜ฏๅๅคง็†็”ฑ:

1. ็ปŸ่€ƒ
็ซ็ฎญ ๆ‰น่ฏ„ ้ฉฌๅŽๅ‡บๅ–ๅŽ็คพ,ๅ› ไธบๆ— ๆณ•ๆ‰ฟ่ฎค็ปŸ่€ƒ。ๅฆ‚ไปŠไบ‹ๅฎž่ฏๆ˜Ž,ๅธŒ็›Ÿๆ”ฟๅบœๅนถๆฒกๆœ‰็œŸๆญฃๆ„ๅ›พๆ‰ฟ่ฎค็ปŸ่€ƒ。

2. ไธŽๅทซ็ปŸ็š„ๅ…ณ็ณป
็ซ็ฎญๆ›พๆŒ‡่ดฃ้ฉฌๅŽไธŽๅทซ็ปŸๅˆไฝœ,ๆ˜ฏๅŠฉ้•ฟ็งๆ—ไธปไน‰ไธŽ่ดชๆฑก。็ป“ๆžœๅฆ‚ไปŠ็ซ็ฎญ ่‡ชๅทฑๅœจๅ†…้˜ไธŽๅทซ็ปŸๅ…ฑไบ‹。

3. ้กบไปŽๅœŸ่‘—ๆ”ฟ็ญ–
็ซ็ฎญๆ›พๆ‰น้ฉฌๅŽ็›ฒไปŽๅœŸ่‘—ๆ”ฟ็ญ–,ๅ‡บๅ–ๅŽ่ฃ”ๆƒ็›Š。ๅฆ‚ไปŠ็ซ็ฎญ่‡ชๅทฑๅŒๆ ทๆŽฅๅ—ๅนถๆ‰ง่กŒๅœŸ่‘—ไผ˜ๅ…ˆๆ”ฟ็ญ–。

4. ่Žฑ็บณๆ–ฏ่ฏพ้ข˜
็ซ็ฎญๆ›พ้ช‚้ฉฌๅŽๆ— ่ƒฝ,ๆ— ๆณ•ๅ…ณ้—ญ่Žฑ็บณๆ–ฏๅŽ‚,ๅฑๅฎณไบบๆฐ‘ๅฅๅบท。ๅฆ‚ไปŠๆขไบ†ๆ”ฟๅบœ,่Žฑ็บณๆ–ฏไพๆ—งๅœจ่ฟไฝœ。

5. ๆ‰ŽๅธŒไธŽ้ฉฌๅŽ็š„ๆŒ‚้’ฉ
็ซ็ฎญ ๆ›พๆŠŠ ้ฉฌๅŽไธŽไป–ไปฌ่ฏดๆˆๆ˜ฏ“่ดชๆฑก、็›—่ดผ”็š„ๆ‰ŽๅธŒๆŒ‚้’ฉ,่ฆๆฑ‚้€‰ๆฐ‘「ๆ”ฏๆŒ้ฉฌๅŽๅฐฑๆ˜ฏๆ”ฏๆŒๆ‰ŽๅธŒ」。ๅฆ‚ไปŠๆ‰ŽๅธŒๅœจๅธŒ็›Ÿๅˆไฝœๆ”ฟๅบœ้‡Œ,ไธไฝ†ๅœฐไฝ็จณๅ›บ,่ฟ˜ๅœจๅธŒ็›Ÿๆ‰งๆ”ฟๆ—ถๆœŸๅœจๆณ•ๅบญๆด—็™ฝ。

6. ๆ‹จๆฌพ็ป™ๅŽๅฐ
็ซ็ฎญๆ‰น่ฏ„้ฉฌๅŽๆ— ๆณ•ๅˆถๅบฆๅŒ–ๆ‹จๆฌพ็ป™ๅŽๆ–‡ๅญฆๆ ก。ๅฆ‚ไปŠ็ซ็ฎญ่‡ชๅทฑไนŸๆฒกๅšๅˆฐ,่ฟ™ๆ˜ฏๅŽ่ฃ”้€‰ๆฐ‘ๅฝ“ไธ‹ๆœ€็ƒญ้—จ็š„ๅคฑๆœ›่ฏพ้ข˜。

7. ่ดชๆฑกๆŒ‡ๆŽง
็ซ็ฎญๆ‰น่ฏ„้ฉฌๅŽ่ดชๆฑก่…่ดฅ。ไฝ†ไบ‹ๅฎžๆ˜ฏ,2018 ๅนดๅŽ,ๆฒกๆœ‰ไธ€ไฝ MCA ้ข†่ข–่ขซๆๆŽงๆˆ–ๅฎš็ฝช,็›ธๅๅ€’ๆ˜ฏๅคšๅ็ซ็ฎญ้ข†่ข–ๅทๅ…ฅ่ดชๆฑกๆกˆ。

8. 1MDB ่ฏพ้ข˜
็ซ็ฎญๆ‰น่ฏ„้ฉฌๅŽๆ”ฏๆŒ็บณๅ‰ไธŽ 1MDB ไธ‘้—ป。ไฝ†ๅฆ‚ไปŠ็ซ็ฎญไธŽๆ”ฏๆŒ็บณๅ‰็š„ๅทซ็ปŸๅŒๅฐๆ‰งๆ”ฟ,่ฟ˜่ฆ「ไบ‰ๅŠŸ」ๆŠŠ TRX ๆˆๅŠŸๆกˆไพ‹็ฎ—ๅœจ่‡ชๅทฑๅคดไธŠ。

9. ไธœ้“(ECRL)
ๅธŒ็›Ÿๆ›พ้ช‚้ฉฌๅŽไบค้€š้ƒจ้•ฟๆตช่ดนๆฐ‘่„‚ๆฐ‘่†,ๆ”ฏๆŒไธœ้“。ๅฆ‚ไปŠๅธŒ็›Ÿๆ”ฟๅบœไธไป…็ปง็ปญไฟ็•™ๅŽŸ่ทฏ็บฟ,่ฟ˜่ฎกๅˆ’่ฟ›ไธ€ๆญฅๅปถ้•ฟ็บฟ่ทฏ。

10. ไบบๆฐ‘็”Ÿๆดปๅ›ฐ่‹ฆ
็ซ็ฎญๆ‰น่ฏ„้ฉฌๅŽๆ‰งๆ”ฟๆ—ถไปฃ,ไบบๆฐ‘(ๅฐคๅ…ถๅŽไบบ)็”Ÿๆดป่‰ฐ้šพ。ไฝ†ไบ‹ๅฎžๆ˜ฏ,็ŽฐไปŠๅœจๅธŒ็›Ÿๆ‰งๆ”ฟไธ‹,ๆฐ‘็”Ÿ็Šถๅ†ตๆ›ดๅทฎ。

⸻

่ฟ™ๅชๆ˜ฏ「ๅๅคง็†็”ฑ」,ๅฎž้™…ไธŠ่ฟœไธๆญขไบŽๆญค。

Tuesday, 27 December 2022

22 DISEMBER 1946 PENUBUHAN PAN MALAYAN COUNCIL OF JOINT ACTION (PMCJA)

 

22 Disember 1946 – Pada tahun 1946, Pan Malayan Council of Joint Action (PMCJA) ditubuhkan untuk menentang perlembagaan dan pembentukan Persekutuan Tanah Melayu. Dalam bulan Ogos 1947, PMCJA telah menukarkan namanya kepada All-Malaya Council of Joint Action (AMCJA).

Pertubuhan-pertubuhan yang bergabung dalam AMCJA kebanyakannya adalah berhaluan kiri seperti Pan-Malaya Federation of Trade Union, New Democratic Youth League, Malayan Democratic Union, Ex-MPAJA Comrades Association, Women Federation dan Malayan Indian Congress. Sepanjang riwayatnya yang singkat AMCJA telah dipimpin oleh Tan Cheng Lock sebagai Pengerusi dan John Eber sebagai Setiausaha.

AMCJA ditubuhkan selepas perlembagaan dan penubuhan Persekutuan Tanah Melayu dibincang dan dirangka oleh pihak Inggeris, UMNO dan DYMM Raja-raja Melayu dalam satu sidang Pleno. Pada 12 Disember 1946, Kerajaan Inggeris mengumumkan bahawa perlembagaan tersebut telah selesai digubal dan akan disiarkan untuk mendapatkan pandangan dari orang-orang bukan Melayu.

Maka pada hari ini dalam tahun 1946, pertubuhan-pertubuhan bukan Melayu telah menubuhkan AMCJA untuk menentang perlembagaan baru itu. AMCJA ingin menyatukan Singapura dan Tanah Melayu, mahukan sebuah negara berkerajaan sendiri dan juga kewarganegaraan yang sama. Kesemua ini adalah bertentangan dengan rangka perlembagaan yang diputuskan oleh Sidang Pleno Inggeris-Melayu.

Dalam bulan Januari 1947, AMCJA telah mendekati Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) untuk sama-sama menentang Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu. Hasrat AMCJA untuk bekerjasama dengan orang-orang Melayu akhirnya menjadi kenyataan bila PKMM bergabung dengan API, AWAS, GERAM dan Hizbul Muslimin untuk menubuhkan Pusat Tenaga Rakyat (PUTERA) pada 22 Februari 1947. PUTERA kemudian bergabung dengan AMCJA.

Hasil daripada gabungan AMCJA-PUTERA ini perbahasan-perbahasan terbuka dan kempen-kempen telah berjaya diadakan di seluruh Tanah Melayu. Dalam bulan Oktober 1947 AMCJA-PUTERA telah mengeluarkan ‘Perlembagaan Rakyat’ (The People’s Constitution) sebagai pengganti kepada Perlembagaan Persekutuan.

Pada 20 Oktober 1947 mereka telah menganjurkan hartal (mogok) yang hampir melumpuhkan keseluruhan jentera ekonomi dan pentadbiran Inggeris. Sungguh pun begitu usaha AMCJA dan kemudian usaha AMCJA-PUTERA untuk menghapuskan perlembagaan yang digubal oleh Sidang Pleno Inggeris-Melayu itu menemui kegagalan.

Perlembagaan yang digubal oleh Sidang Pleno mula berkuatkuasa pada 1 Februari 1948, bila Persekutuan Tanah Melayu diisytiharkan dengan rasminya. Dengan itu juga lenyaplah sejarah AMCJA.


Sumber : Arkib Negara Malaysia


Pautan artikel lain yang berkaitan :-

17 OKTOBER 1945 PENUBUHAN PARTI KEBANGSAAN MELAYU MALAYA (PKMM)



02 DISEMBER 1989 RUNDINGAN DAMAI HAADYAI


Saturday, 24 December 2022

20 DISEMBER 1977 TAN SRI NIK AHMAD KAMIL TELAH KEMBALI KE RAHMATULLAH

Pada hari ini dalam tahun 1977, Yang di Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Nik Ahmad Kamil telah kembali ke rahmatullah. Allahyarham Tan Sri Nik Ahmad Kamil dilahirkan pada 7 Julai 1907 di Kota Bharu, Kelantan. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Majlis Agama Islam, Kota Bharu sebelum melanjutkan pelajaran ke Maktab Melayu Kuala Kangsar. Beliau kemudiannya melanjutkan pelajaran ke London dalam jurusan undang-undang. Sekembalinya dari London, beliau menjawat jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan. Kemudiannya sebagai Timbalan Menteri Besar Kelantan dan akhirnya sebagai Menteri Besar. 

Beliau pernah dilantik sebagai salah seorang anggota perwakilan perlembagaan ke London mewakili Raja-raja Melayu. Selain dari itu, beliau juga merupakan salah seorang pemimpin UMNO yang menggubal undang-undang tubuh UMNO dan beliau juga merupakan salah seorang yang turut berjuang menuntut kemerdekaan bersama-sama YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj. Tan Sri Nik Ahmad Kamil bukan sahaja terkenal di bidang politik atau pentadbiran, tetapi juga di bidang perniagaan, perindustrian dan sukarela. Ini terbukti dengan pelbagai jawatan penting yang pernah disandang oleh beliau semasa hayatnya. 


Antara lain, jawatan yang pernah disandang oleh beliau ialah sebagai :-
  • Setiausaha tetap Kementerian Luar Negeri, 
  • Pesuruhjaya Persekutuan Tanah Melayu ke Australia, 
  • Pesuruhjaya Tinggi Malaya ke United Kingdom, 
  • Duta Besar ke Amerika Syarikat dan 
  • Wakil Tetap Malaya ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.
Sesungguhnya kehilangan Allahyarham Tan Sri Nik Ahmad Kamil begitu dirasai dan semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman.


Pautan artikel lain yang berkaitan :-

14 DISEMBER 1898 WAN MUHAMMAD SAMAN MENINGGAL DUNIA


Sunday, 4 December 2022

01 DISEMBER 1946 MAJLIS PELANTIKAN GABENOR JENERAL MALAYAN UNION

 

Pada hari ini dalam tahun 1946, majlis menandatangani dokumen pelantikan Sir Gerard Edward James Gent, Pesuruhjaya Tinggi British sebagai Gabenor Jeneral Malayan Union yang pertama diadakan di Town Hall, Kuala Lumpur dengan disaksikan oleh Mr. H.C. Willan, Ketua Hakim Malayan Union. Pelantikan beliau telah mendapat tentangan hebat daripada Raja-Raja dan para pembesar Melayu yang membawa kepada pemulauan majlis ini. YBhg. Dato’ Onn bin Jaafar, Presiden Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) merupakan salah seorang yang kuat menentang terhadap tindakan tersebut.

 Dalam satu ucapan yang disampaikan oleh beliau lapan bulan sebelum majlis ini diadakan, beliau dengan tegas telah menasihati Raja-Raja Melayu agar memulaukan majlis tersebut seperti berikut :

“Sekiranya Tuanku turut menghadiri upacara melantik Gabenor Malayan Union itu, rakyat Tuanku sekalian tidak akan mengakui Tuanku sekalian sebagai raja lagi. Rakyat Melayu menganggap bahawa menghadiri majlis melantik Gabenor Malayan Union itu samalah seperti turut serta mengusung jenazah bangsa Melayu sendiri."

Arkib Negara Malaysia


Pautan artikel lain yang berkaitan :-

11 OKTOBER 1945 KETIBAAN UTUSAN KHAS KERAJAAN INGGERIS DI TANAH MELAYU


Sunday, 20 November 2022

19 NOVEMBER 2022 SUARA MAJORITI SENYAP MELAYU

Suara Majoriti Senyap Melayu & Jiwa Memberontak


Selamat Mengundi. Tunaikan Tanggungjawab Anda Kepada Negara

'Malay Heartland' kalau tengok peta ni mahukan entiti politik yang lebih konservatif dan lebih ke kanan. Ini cenderung disebabkan serik dengan dibuli dan ditindas oleh 'PakatanD4P' pada pengalaman yang lalu. 

Konservatif mengikut Kamus Dewan adalah bersikap mempertahankan adat, nilai, dan lain-lain yang telah menjadi kelaziman atau tradisi. Orang Melayu umumnya mempertahankan agama Islam, nilai-nilai/budaya/tradisi Kemelayuan, hak-hak mereka, tanahair mereka dan institusi beraja mereka.

Jadi kalau kata Melayu semakin liberal ke, kat Twitter, Tiktok cenggini cenggitu lebih 'terbuka' ke apa, sebenarnya ia berlaku tidak sebegitu - malah Melayu nampaknya semakin memberontak, semakin fundamentalis, semakin tradisionalis. Isu-isu 'kafir harbi' ke 'Cina Komunis' ke 'eljibiti' walau dikritik hebat pihak-pihak itu, tapi sokongan Melayu dah semakin pekat konservatifnya. Malah orang Melayu sekarang melihat siapa yang berani bersuara demi agama dan kepentingan bangsa tanpa perlu takut orang lain terasa adalah wira mereka.

Merah tu nampak makin mengecik/mengurang (Rujukan kepada gambar). 

Apa pun pakat-pakat ler komer sesama Melayu beragama Islam. Mana yang ada kebolehan mentadbir, ke depankan. Yang ada kes/skandal bagai tu berehat jer la.

Ekonomi makro negara kita semakin baik malah tengah top satu Asia Tenggara ni. Kalau ekonomi makro memulih insya Allah ia melimpah atau mengalir ke ekonomi mikro pulak - ke pendapatan isi rumah atau individu dengan penjanaan peluang pekerjaan, kuasa beli semakin bertambah dan sebagainya.

Harap janganlah dirosakkan lagi ekonomi negara lebih-lebih lagi harta benda umat Islam seperti pengalaman lalu. 

~Srikandi, pelajaran daripada sejarah

[Iklan] Kitab Saktimuna : https://shp.ee/jtgwwhh

https://www.facebook.com/100067119999143/posts/pfbid0XhHaJLM7wxj25rHxoSZK51s7uR92S6Mv74iuXdkyeRKB2gvMdmFbt4hCCV8qPgD8l/?mibextid=Nif5oz

---------------------------------------------

PRU15 - 2022 Parti-parti Politik Bertanding di Semenanjung Malaysia

Keputusan PRU15


---------------------------------------------

Hari ini 19 November 2022 terbukti :

  1. Muafakat itu membawa BERKAT. Muafakat Ummah itu kehendak pengundi Melayu dan Islam. Tsunami sokongan Melayu Islam kepada PN (PAS dan PPBM) menjadi bukti.
  2. Keputusan PRN Melaka dan PRN Johor TIDAK MENJAMIN KEMENANGAN dalam PRU15
  3. Mendesak PRU15 dilakukan TAHUN INI juga TIDAK MENJAMIN KEMENANGAN dalam PRU15. Terbukti juga bahawa UMNO dan BN TIDAK BERSEDIA untuk menghadapi PRU15
  4. Keputusan menggugurkan DS SHAHIDAN KASSIM, TS ANNUAR MUSA, TS NOH OMAR adalah keputusan yang salah mengakibatkan bukan sahaja BN kalah kerusi Parlimen, malah sebuah negeri.
  5. Keputusan memaksa bahagian Grik menerima Ketua Pemuda dan bahagian Padang Besar menerima  Ketua Puteri terbukti salah sehingga mengakibatkan BN kalah di kubu kuat UMNO
  6. Keputusan mengabaikan Khairy Jamaluddin (KJ), membiarkan dia terkapai-kapai mencari kawasan untuk ditandingi, adalah kesilapan dan telah mengakibatkan BN hilang satu kerusi. BN mungkin menang jika KJ diletak di kawasan yang lebih selamat, malah boleh menang jika diletakkan di Putrajaya 
  7. TS Annuar Musa, TS Noh Omar dan DS Shahidan Kassim adalah betul. Manakala Presiden, Timbalan Presiden, pegawai-pegawai Presiden dan MKT-MKT lantikan Presiden adalah salah.
  8. Presiden adalah LIABILITI terhadap parti dan terhadap calon
  9. Formula pencalonan Presiden dan Tingkat 38 adalah formula mencari kekalahan, bukan formula mencari kemenangan 
  10. Presiden, Timbalan Presiden, Setiausaha (SU Agong), Bendahari UMNO, Ketua Pemuda, Ketua Puteri UMNO adalah mereka yang GAGAL.
  11. Fitnah, khianat, tindakan memecah belahkan penyatuan ummah kerana mahu menyelamatkan diri akhirnya mengakibatkan BN kehilangan rakan dan sokongan umat Islam dan orang Melayu.

---------------------------------------------

What went wrong with BN in GE15.

1. Waited too long to dissolve government.

  • GE15 should have been done together with PRN Johor or not long after that instead of end of year. 
  • This allowed the opponents to consolidate.
  • The high inflation since PRN Johor angered many.

2. Unable to shake off perception that Ismail's govt is a BN government.

  • this is despite many of the key portfolios related to inflation being held by PPBM ministers and that BN was actually a minority party within this government.
  • so BN got the full blame for the weakening Ringgit, slumping share market and high inflation

3. Perceived lack of national leadership in BN.

  • Najib's absence meant there was no "wow factor" like the Bossku phenomenon to draw in the young (BN actually won the young voter in PRN Johor and Melaka) and fence sitters.
  • the uncharismatic Ismail, the much-hated Zahid and timid Tok Mat barely ventured out of their own areas during PRU15 campaign whereas Muhyiddin and Anwar crisscrossed the country. In fact, there was no ceramah perdana where all the main BN leaders spoke and showed solidarity.

4. Leaving it too late to decide on choice of candidates 

  • BN (especially UMNO) only announced their candidate lists only after parliament dissolved
  • this meant that there was no time to quell any protests from dropped incumbents - causing infighting and perception for instability
  • the selected candidates which included many parachute candidates also did not have enough time to work the ground.

5. Unable to shake off the corrupted party perception.

  • UMNO failed to tell the people that Najib was actually jailed for giving RM42mil to charity and not for stealing that money whereas the RM2.6b was returned.
  • UMNO also failed to explain that Zahid was fully acquitted for the UKSB case whereas his remaining case was actually about Zahid misappropriating money from his own foundation which he founded, funded and ran - not about stealing money too.
  • many UMNO leaders simply wanted to steer clear in explaining Najib and Zahid's case - unlike in the case of Anwar where the others rallied around them.
  • Zahid should have just clearly said that he won’t be PM if BN wins and not just give vague answers that palace will decide. 

6. Funding for GE15 was severely limited.

  • For whatever reasons, BN's funding this time was very small. This could be due to Ismail raising funds for himself but Zahid could not.
  • Most candidates only received some funding a week after the campaign period started and even then it was a very small amount compared to the past.
  • Both PH and PN seemed to have unlimited funding with PN way ahead which caused Anwar to question how come PN suddenly became so rich.

7. BN left it too late to target the Undi18 voters

  • PN long ago had invested heavily in Tiktok where young voters were easily influenced by "brand marketing". UMNO left it too late to enter the game.
  • BN's manifesto for the young had no "wow factor" and did not have a single offering that the youths would be excited at.
-------------------------------------------

Apa silap BN pada PRU15.

1. Terlalu lama menunggu untuk membubarkan kerajaan.
  • PRU15 sepatutnya dilakukan bersama PRN Johor atau tidak lama selepas itu bukannya hujung tahun.
  • Ini membolehkan pihak lawan bersatu padu.
  • Inflasi yang tinggi sejak PRN Johor menimbulkan kemarahan ramai pihak.
2. Tidak dapat menghilangkan persepsi bahawa kerajaan Ismail adalah kerajaan BN.
  • ini walaupun banyak portfolio penting berkaitan inflasi dipegang oleh menteri PPBM dan BN sebenarnya parti minoriti dalam kerajaan ini
  • jadi BN dipersalahkan sepenuhnya kerana Ringgit yang semakin lemah, pasaran saham yang merosot dan inflasi yang tinggi
3. Dirasai kekurangan kepimpinan negara dalam BN.
  • Ketiadaan Najib bermakna tiada "faktor wow" seperti fenomena Bossku untuk menarik golongan muda (BN sebenarnya memenangi pengundi muda di PRN Johor dan Melaka) dan pengundi atas pagar.
  • Ismail yang tidak berkarisma, Zahid yang sangat dibenci dan Tok Mat yang pemalu hampir tidak keluar dari kawasan mereka sendiri semasa kempen PRU15 manakala Muhyiddin dan Anwar merentas negara. Malah, tidak ada ceramah perdana di mana semua pemimpin utama BN berucap dan menunjukkan solidariti.
4. Membiarkan terlalu lewat untuk memutuskan pilihan calon
  • BN (terutama UMNO) hanya mengumumkan senarai calon mereka hanya selepas parlimen dibubarkan
  • ini bermakna tiada masa untuk memadamkan sebarang bantahan daripada penyandang yang digugurkan - menyebabkan perbalahan dan persepsi untuk ketidakstabilan
  • calon yang dipilih termasuk ramai calon payung terjun juga tidak mempunyai masa yang cukup untuk bekerja di ground.
5. Tidak mampu menggoyahkan persepsi parti yang rosak.
  • UMNO gagal memberitahu rakyat bahawa Najib sebenarnya dipenjarakan kerana sedekahjan RM42 juta untuk kebajikan dan bukan kerana mencuri wang itu sedangkan RM2.6b dikembalikan.
  • UMNO juga gagal menjelaskan bahawa Zahid dibebaskan sepenuhnya untuk kes UKSB sedangkan kes selebihnya sebenarnya adalah mengenai Zahid menyeleweng wang dari yayasannya sendiri yang diasaskan, dibiayai dan dijalankannya - bukan tentang mencuri wang juga.
  • ramai pemimpin UMNO hanya mahu mengelak dalam menjelaskan kes Najib dan Zahid - tidak seperti kes Anwar di mana orang lain berhimpun di sekeliling mereka.
  • Zahid sepatutnya hanya berkata dengan jelas bahawa beliau tidak akan menjadi PM jika BN menang dan bukan hanya memberi jawapan yang samar-samar yang akan diputuskan oleh pihak istana.
6. BN terlalu lambat untuk menyasarkan pengundi Undi18
  • PN lama dahulu telah melabur banyak dalam Tiktok di mana pengundi muda mudah dipengaruhi oleh "pemasaran jenama".  UMNO meninggalkannya terlalu lewat untuk memasuki permainan.
  • Manifesto BN untuk golongan muda tidak mempunyai "faktor wow" dan tidak mempunyai satu tawaran pun yang akan disukai oleh golongan muda.

https://www.facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid02aAndqRApPnZXVxMgXDk2ERwwA5WAQKost4xkYrfC6JgqQdpifhwFU17Pn6d85vVol&id=100006264096443&mibextid=Nif5oz

-------------------------------------------

BARISAN NASIONAL adalah 'KING MAKER' atau 'THE 3RD FORCE' jika hendak membentuk kerajaan

Rasanya kali ini kena biarkan BN rehat dan biar PN pula berentap dengan PH. Itu je jalan terbaik. Lepas itu UMNO kena susun strategi dengan tukar kepimpinan baru serta muka baru dalam parti selepas ini

https://www.facebook.com/100023150866595/posts/pfbid0Qgb4jbiQhUzq9PR88F247A8ymVvPZzAtRz8J9KHyvLmViLdMYA1g2qk1aketCwEgl/?mibextid=Nif5oz

Oh, rupa-rupanya memang ada surat Akujanji oleh calon-calon ahli parlimen Barisan Nasional yang bertanding dalam PRU15?

Siapa ada copy surat tu? Sebab yang sebelum ini yang tular adalah fake kan sebab logo UMNO dan tandatangan copy paste.

Jadi jika benar Akujanji Ori logo BN wujud, Pengerusi BN memang ada mandat untuk tentukan gabungan politik untuk menubuhkan kerajaan pimpinan PN atau PH lah kan?

Pergh. Sudah lah kita kalah teruk. Menang 30 kerusi sahaja dan MCA dan MIC kekal dengan 2 dan 1 kerusi sahaja. Sekarang masih berangan jadi Kingmaker dan masuk dalam kerajaan pula?

Aku dah malas nak bagi idea biarlah orang atas-atas buat keputusan. 

Dulu lepas DSN dimasukkan dalam penjara, ada yang kata itu adalah strategi meraih undi simpati dan bukti yang PM UMNO tak masuk campur hal mahkamah. Ada ke undi simpati tu? Yang hilang adalah aura panglima Bossku sehingga corot BN hanya dapat 30 kerusi parlimen sahaja. 

Dulu aku buat usul tukar Posterboy sebab imejnya sudah tercalar menaikkan harga ayam dan minyak masak mengikut idea neo liberal dan kapitalis Zafrul, ada yang kata aku buat usul "bunuh diri" padahal dia sendiri yang bangun menyokong. Tin kosong tak guna punya orang. Hanya cakap berdegar-degar sahaja dalam WhatsApp dan Facebook (FB) anti Mael, neoliberal dan kapitalis. 

Lagipun, Posterboy inilah yang langsung tak membantu DSN dalam melawan selective prosecution yang dihadapi beliau. Sekurang-kurangnya, bantulah masukkan bukti-bukti baru dalam rayuan akhir SRC. Sebagai PM, peguam negara report kepada dia tapi peguam negara pun tak mampu untuk tukar.

Lepas DSN masuk penjara, sepantas kilat Presiden UMNO marah-marah ajak ahli-ahli akar umbi buat taklimat Presiden sampai kita 'boo' Posterboy, sepantas itu juga Presiden terus sejuk dan tak marah pula PM dalam mesyuarat MKT pada malam hari yang sama. Dan sepantas kilat juga mereka berpelukan, bersalaman, mengaku kawan baik lama daripada zaman Universiti. 

Manalah orang tak mengata yang DSN dipenjara supaya diberi laluan kepada Ismail Sabri untuk terus jadi PM atau membuka peluang untuk Presiden jadi PM? Halangan besar yang bernama Bossku telah dihancurkan untuk membuka ruang mereka memegang kuasa tertinggi di Malaysia. 

Dah sekarang, Ismail Sabri telah jadi PM paling singkat dalam sejarah selepas BN kalah. Zahid Hamidi pula tidak dapat jadi PM seperti yang diharapkan oleh orang keliling beliau yang kami sendiri sekumpulan kenal siapa mereka. 

Walhal, telah difahamkan Presiden UMNO memang tak nak bertanding dalam PRU15 tapi orang keliling dah berangan nak jadi pegawai-pegawai PM Zahid dan tidak kurang pula nak sakau melalui projek-projek. 

Dah tu, sekarang ni nak jadi Kingmaker dan siapa King tu? Muhyiddin Yassin yang jelas, terang dan nyata melemahkan parti UMNO dalam masa 17 bulan? Atau Anwar Ibrahim PM tepi berdekad-dekad yang merupakan bekas banduan zina liwat dan rasuah?

Kita sudah kalah teruk. Rakyat telah tolak kita. Strategi dan unjuran kita semua ke laut termasuklah yang saya buat!

Jadi, ada baiknya jika kita jadi pembangkang. 22 bulan jadi pembangkang, di situ lah permulaan rakyat kembali kepada kita dan ianya dikuatkan lagi dengan Muafakat Nasional. Namun, ada bijak pandai pi buat Langkah Sheraton buat kerajaan pintu belakang. Aku konsisten mahukan pembubaran parlimen. Selepas tubuh kerajaan tebuk atap, dan Muhyiddin jadi PM, PAS perlahan-lahan meninggalkan kita dan tubuh parti Perikatan Nasional yang kini menang 73 kerusi dalam parlimen. 

Jangan kata UMNO takda duit. Ramai orang bercerita dengan saya siapa pemimpin-pemimpin UMNO yang banyak duit dan kaya disebabkan parti UMNO atau atas usaha sendiri :

Takkan lah asyik Ku Nan sahaja yang kena tampal sini sana? Beliau sebenarnya kaya sebelum masuk politik lagi tapi beliau bergolok gadai ratusan juta untuk parti. Sebab itu beliau dilantik bendahari UMNO. 

Takkanlah Johari Ghani takda duit? Beliau merupakan seorang billionaire menjaga rakyat Titiwangsa. Inilah masanya Jo Ghani bantu selamatkan parti UMNO dalam era rejuvenasi ini.

Mana dia duit sebillion yang dijanjikan oleh Tengku Zafrul sebagai 'gula' untuk beliau bertanding sebagai calon parlimen di Kuala Selangor? Haritu kempen ada turun tak?

Takkanlah Hishamuddin Hussein jatuh miskin selepas BN kalah teruk ini? Dulu beliau fund ketua-ketua bahagian dan ahli-ahli parlimen pakai duit apa? Lagipun, takkanlah tak boleh dapatkan funding negara Arab Saudi yang sudah tentu mahukan Malaysia jadi negara Islam yang moderate dan maju?

Mana pergi duit RM60 billion yang orang kata KJ ada? Kalau nak bantu dalam usaha rejuvenasi UMNO ini, takkanlah sebillion dua tak boleh digunakan dalam masa lima tahun ini? 

Dulu pun Mahathir siap 'terkejut' kata Zahid meninggalkan RM300 juta dalam akaun Pemuda UMNO Malaysia dan tanya mana dapat duit ni? Itu zaman bila tu? Tahun 90-an? Kalau letak dalam FD je RM300 juta tu dah jadi berapa ratus juta?

Jadi, jangan kata UMNO tak ada duit kena masuk kerajaan untuk terus selenggara parti. Itu semua alasan untuk beberapa pemimpin UMNO untuk sakau. 

P/S: Dalam akta anti lompat parti, mana-mana ahli parlimen yang dipecat parti berhak untuk menyertai mana-mana parti politik yang baru. Apa-apa keputusan yang akan dibuat oleh Pengerusi BN, adalah keputusan bergerak secara en bloc sama ada menyertai PN, PH atau menjadi pembangkang.

Mohd Azrul Abu Hassan

https://www.facebook.com/268101505/posts/pfbid02ejx4ijJiKEEcmbNfRDXcwhjA9bCAd5MbWNddMjWVhfHaNriLEzKd6sFpbATD3EG3l/?mibextid=Nif5oz

Pendapat peribadi saya :-

Kalau dilantik oleh Agong jadi PM 10 mungkin PM 10 boleh lantik Menteri Kabinetnya tanpa ikut mana-mana parti. Masa itu boleh je ambil MP Muslim walaupun daripada D4P. Yang pentingnya perkara ini boleh elakkan masalah yang timbul seperti yang berlaku pada PM 8 apabila UMNO tarik sokongan Abah pun jadi rebah.

-------------------------------------------

Sujud Syukur Atas Kemenangan PRU15

KENYATAAN MEDIA

SUJUD SYUKUR ATAS KEMENANGAN PRU15

Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi, kita menyaksikan satu gelombang sokongan luar biasa kepada Perikatan Nasional dalam Pilihan Raya Umum ke-15 kali ini. 

Dewan Ulamak PAS Pusat (DUPP) ingin menyeru kepada semua supaya melaksanakan sujud syukur di atas kemenangan. Pasakkan dalam hati bahawa kemenangan ini adalah anugerah daripada Allah S.W.T.

Kekalkan sifat rendah diri, jauhi sikap bongkak dan mendabik dada yang bukan daripada ajaran Islam. Sesungguhnya inilah keindahan akhlak yang dipamerkan oleh Rasulullah S.A.W. ketika peristiwa Fathu Makkah. 

DUPP juga ingin menzahirkan ucapan penghargaan di atas sokongan luar biasa rakyat Malaysia terhadap Perikatan Nasional. InsyaAllah, kini adalah masa untuk menunaikan tanggungjawab dan amanah yang dipikulkan ke atas kami. 

DUPP mengharapkan agar semua yang memenangi kerusi masing-masing menjalankan khidmat bakti sepenuhnya kepada rakyat sebagai seorang wakil rakyat serta dalam masa yang sama sebagai seorang penggubal undang-undang.

Semoga Allah S.W.T. merahmati dan membimbing di atas jalan-Nya.

“Malaysia Sejahtera”

“Prihatin, Bersih dan Stabil”

DATO' USTAZ AHMAD YAHAYA

Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat

Bertarikh : 25 Rabiul Akhir / 20 November 2022.

https://www.facebook.com/100064718314834/posts/pfbid02BsQpQkZi2vorBJQzL3yBJLG747txJKXgYPDZSUv3qCw1bvVG8DNuej8einYh49wMl/?sfnsn=mo

#info #facebook #memo #muafakat

Antara sorotan kenyatan media sebelum PRU15


PAS rela jadi pembangkang daripada bentuk kerajaan dengan BN, kata Hadi. 15 November 2022

Tolak parti rasuah, kerjasama PN-BN tidak akan berlaku sama sekali

November 18, 2022

-------------------------------------------

Pendapat salah seorang netizen berhubung dengan isu ini :-

Tuan hj, bagi saya BN boleh sokong pembentukan kerajaan PN hanya untuk mengelakkan kerajaan PH (DAP) bentuk kerajaan tapi tidak perlu berada dalam kerajaaan supaya apa-apa keputusan bodoh kerajaan PN, BN tak perlu bertanggungjawab seperti yang berlaku semasa pemerintahan kerajaan gagal. Dengan itu BN masih boleh mengkritik apa-apa keputusan yang tidak betul dibuat. BN just concentrate what to do next for PRU16, kuasai media sosial and brainwash the young voters who vote for PH, selain pulihkan umno dari dalam. What do you think?

https://www.facebook.com/1053139405/posts/pfbid02MLC9sdPQmaN2SjktsX1PnyBdxMuWJkYbqsYmRPhGnWoVqQkpkGE7ktV2AYjahd4Dl/?mibextid=Nif5oz

-------------------------------------------

Lagi pendapat salah seorang netizen berhubung dengan isu ini :-

Semalam seorang sahabat karib saya menelefon saya, bertanya khabar. Sungguhpun kawan saya ini penyokong UMNO/BN, beliau memberitahu saya kelima-lima anaknya adalah penyokong PH.

Seluruh hari semalam saya dok teringat apa yang beliau cakapkan itu kepada saya.

Saya buat kesimpulan bahawa orang muda ini berfikiran lain dari kita - ada kemungkinan mereka mengundi mengikut gaya hidup mereka dan juga imej branding parti yang bertanding. 

Anak-anak muda urban saya lihat, tidak ada masalah dengan DAP, mereka juga tidak melihat hak keistimewaan Melayu sebagai suatu tunjang utama yang perlu dilindungi semati-matinya, mereka juga tidak ada sentimen diskriminasi terhadap kaum bukan Melayu dan golongan LGBT. Sunni ke, Shafie ke, Sufie ke, Wahhabi ke, mereka tak kisah.

Kalau di tanya secara spesifik apakah dasar atau isu yang mereka tidak mahu atau mahu, kemungkinan besar, mereka tidak ada jawapan sedia pun tetapi sudah tentu UMNO is not their lifestyle brand. 

Apa pendapat anda?

https://www.facebook.com/1053139405/posts/pfbid02Cd6Wy46fDoABSyhD2YuQ7s7KHdavoy8KumNfNgzyfrkJMqy5xrZ2vogsQ79Pte3Ll/?mibextid=Nif5oz

-------------------------------------------

Pendapat lain daripada salah seorang netizen berhubung dengan isu ini :-

UMNO dibarisi golongan-golongan elit, orang-orang kaya yang lama dah bertakhta. ditambah dengan Presiden yang banyak kes. nak banding dengan PH memang ada yang ada kes tapi tak sebanyak Presiden UMNO.

UMNO tidak disangkal jasa yang amat besar pada negara sejak sebelum merdeka lagi. 

Tapi ia dah jadi sejarah lebih 60 tahun dahulu. 

Kini giliran generasi baru.. yang lahir 90an, 80an .. pemikiran moden dan simple dan tak nak terikat dgn parti serta sistem "feudal" kepartian yang terlalu mengikat. 

Kalau dibariskan calon-calon BN dan PH mana lagi segar? Mana lagi gah ? dan lebih terkedepan.

Katanya orang UMNO tak suka KJ? tapi KJ mampu kurangkan jurang dari puluhan ribu hingga jadi 2k.

Sampai orang kata KJ salah parti ia aset dan cerminan generasi baru. Orang lain bariskan KJ , Izzah dan Rafizi sebagai masa depan politik.

Tapi bila KJ lantang, dimarahi pula orang UMNO, orang luar dari UMNO / orang biasa nampak hal ni.

Sebab itu rakan-rakan yang 20an 30an nampak UMNO ini tak meraikan idea dan bakat orang muda secara total.

Masih terikat sistem lama yang kena ikut senior, taat senior.. 

Kekalahan UMNO dan BN bukan baru nampak sejak 2018, tapi dah mula sejak tumbangnya nama-nama besar masa 2013 lagi.. 

Tapi UMNO BN masih rasa besar diri.

Sekarang dah tersungkur.. dari jadi gah dan disegani now hanya cebisan ..

Fikirlah.. jika tak nak dihukum lagi hingga lenyap di PRU16.. Wallahualam.

-------------------------------------------

PARLIMEN TERGANTUNG 

SETAKAT 3:00 AM 20.11.2022

https://www.facebook.com/633435489/posts/pfbid07ipgzjRU7Ds6yezGxU1bYSLzwQL6aJ5bgVgbcmYLgFKC5eiJjj5tiwbD37MgeVAzl/?mibextid=Nif5oz

BN suddenly becomes the king maker who decides who will form govt and who is most likely to become PM - Midin or Nuar.

Without BN, PN has no chance to form govt and no chance for Midin to become PM.

Therefore, BN can be tough in any negotiations with PN.

Ironically, the best chance for UMNO to regain its position as the dominant Malay party is to work with PH where it can claim to represent the Malays.

If BN works with PN, UMNO will soon be replaced by PPBM-PAS as the dominant Malay party for years to come.

I have no preference for any of these 6 possible combinations here.

However, the majority for combination 5 is too thin and this is a very unstable and dangerous govt as it does not represent the majority Malay race. 

Another possibility is that BN does a CSA with either PH or PN but stays out of govt.

The non-Malays fears of a PAS-led govt has come true - the outcome of putting all non-Malay support behind one coalition means our country is even more polarized than before.

Without Malay support, PH actually did badly and dropped from 113 seats in GE14 to 82 seats for GE15.

-------------------------------------------

BN tiba-tiba menjadi King Maker yang menentukan siapa yang akan membentuk kerajaan dan siapa yang berkemungkinan besar menjadi PM - Midin atau Nuar.

Tanpa BN, PN tiada peluang untuk membentuk kerajaan dan tiada peluang untuk Midin menjadi PM.

Oleh itu, BN boleh bersikap keras dalam sebarang rundingan dengan PN.

Ironinya, peluang terbaik UMNO untuk mendapatkan semula kedudukannya sebagai parti Melayu yang dominan ialah bekerjasama dengan PH di mana ia boleh mendakwa mewakili orang Melayu.

Jika BN bekerjasama dengan PN, tidak lama lagi UMNO akan digantikan dengan PPBM-PAS sebagai parti Melayu yang dominan untuk tahun-tahun akan datang.

Saya tidak mempunyai keutamaan untuk mana-mana daripada 6 kemungkinan kombinasi ini di sini.

Walau bagaimanapun, majoriti untuk kombinasi 5 adalah terlalu tipis dan ini adalah kerajaan yang sangat tidak stabil dan berbahaya kerana ia tidak mewakili majoriti kaum Melayu.

Kemungkinan lain ialah BN melakukan CSA sama ada dengan PH atau PN tetapi kekal di luar kerajaan.

Kebimbangan bukan Melayu terhadap kerajaan pimpinan PAS telah menjadi kenyataan - hasil meletakkan semua sokongan bukan Melayu di belakang satu gabungan bermakna negara kita lebih terpolarisasi berbanding sebelum ini.

Tanpa sokongan Melayu, PH sebenarnya teruk dan jatuh daripada 113 kerusi pada PRU14 kepada 82 kerusi untuk PRU15.

https://www.facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid02KZeKz63wC2K4y4A86WtQikanwC11SEdgWzZbWBFN4J6JhM1uVzTydY4BHuL7Tecpl&id=100006264096443&mibextid=Nif5oz

Bila Parlimen tergantung ramai yang cuba memujuk.

  1. Marilah BN bersama PN bentuk kerajaan demi Melayu
  2. Marilah BN bersama PH bentuk kerajaan Malaysia yang progresif
Saya kata, kenapa ajak parti yang dikatakan korup dan penyamun? Carilah di kalangan yang benar-benar baik dan tak ada dosa.

Mereka kata itu cakap-cakap politik semasa pilihanraya, lupakanlah, lepas ini boleh sama-sama bentuk kerajaan dan sedia tawarkan jawatan yang sesuai. Yang penting kami nak bentuk kerajaan. Tanpa BN tak boleh.

Kalau BN serius, sepatutnya bukan jawatan yang dikejar, kena tanya apakah mereka nak bertindak terhadap Tommy Thomas, terhadap Zeti, juga tentang Hakim Nazlan?

Sebab selama ini mereka tak pernah ada pendirian tentang semua ini.

-------------------------------------------


Tarik balik la Undi 18 ini. Tak guna punya budak !

Anak muda yang memilih sangat, jadi BN tengok kan saja apa PH DAP nak buat dan uruskan Melayu Melayu ini begitu juga dgn PN agak-agak mereka laksanakan tak Syariah Islam yang di janjikan itu? BN duk diam-diam jer, tak payah masuk campur. Dalam PH PN kan ada bongkak sombong, bodoh sombong. BN kena jual mahal eloklah jadi pembangkang. Saya yakin tiap dua tahun tak pun setiap tahun PM baru bertukar dalam 5 tahun mendatang ini. Padan muka mereka, biar jadi badi pada rakyat yang memilih PN PH ini

-------------------------------------------

Kerajaan Malaysia selepas PRU 15. Simple majority adalah 112 dari 222


  1. Gabungan 1 : PN (73) + BN (30) + GPS (23) = 126
  2. Gabungan 2 : PH (81) + BN (30) + GPS (23) = 134
  3. Gabungan 3 : PN (73) + BN (30) + GPS (23) + GRS (6) = 132
  4. Gabungan 4 : PH (81) + BN (3O) + GPS (23) + GRS (6) = 140
  5. Gabungan 5 :  (Pasti ramai tak setuju) PN (73) + PH (81) = 154
  6. Gabungan 6 : PH (81) + BN (30) + GRS (6) = 117

https://www.facebook.com/1053139405/posts/pfbid0pMo87wka2AteZ84wFSkQn1T7JFkc3VUpztjiod8aSqT3rdptnFq1wLoReXrEw7eZl/?mibextid=Nif5oz

-------------------------------------------

Akhir seklai, pendapat salah seorang netizen penyokong Bossku DSN berhubung dengan isu ini :-

Pukul 1 pagi (20 November 2022) masih belum ada parti yang mendapat 112 kerusi BOSSKU.

Mohd Ridzwan

Sekarang kita ada 3 kumpulan parti. Takdir PH telah tadbir negara ini dan kali ini mungkin giliran PN. Rakyat boleh nilaikan nanti. Harapnya PN tak sekejam PH untuk beri peluang kepada DSN teruskan pembelaan untuk dirinya. DSN kena 'bersihkan' dirinya untuk kembalikan BN di tampuk perintahan negara dan kalau boleh bersama dengan Muafakat Nasional (MN).

https://www.facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid0TTnGtGRZHw2F7TwYKBxVMmt5m2NLWEo4i5iq241q5f5vfg1HqUi8Lj4vXSLfYzAnl&id=100047055614947&mibextid=Nif5oz

Pesanan ayah kepada BN pagi tadi semasa satu perjumpaan keluarga : 

"Sekiranya BN perlu berunding dengan mana-mana gabungan bagi menyelesaikan masalah parlimen tergantung dan untuk membentuk kerajaan, maka rundingan ini patut mengambil kira kepentingan jangka masa panjang UMNO dan BN dan bukan hanya untuk kepentingan sementara.

Rundingan ini perlu mengenepikan perbezaan sentimen serta perlu mengambil kira pendapat semua ahli parlimen BN yang berjaya pada PRU15.

Dato' Sri Najib juga ingin sampaikan bahawa dia amat merindui sahabat-sahabatnya dalam BN. Beliau juga menegaskan harapan dan kepercayaannya bahawa UMNO dan BN merupakan parti keramat yang pasti akan bangkit semula.

Semoga ALLAH sentiasa memberkati perjuangan kami".

Yana Najib

https://www.facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid029xnMw9wK7dgKVnE4hzr3tEtSLgtbAMwFysAQKEGXMAfUSYpkUNJvtQPHXo7ZM3jUl&id=100086968780200&mibextid=Nif5oz

Saya baru terfikir bagaimana Allah Taala itu menyusun jalan ke arah yang membawa Barisan Nasional ke situasi sekarang ini.

Sepertimana tidak semena-mena Dr Mahathir letak jawatan sebagai PM7, kalah di Langkawi sehingga hilang deposit, geng DAP, Syed Saddeq dan Rafizi tidak boleh meroyan mengenai Bossku kerana sekarang semua di dalam satu Kerajaan.. semua ini jatuh tersusun.

Adakah Allah juga menutup hati sebegitu ramai orang Melayu tidak keluar mengundi? 

Jika UMNO menang besar, sudah tentu DS Ismail Sabri menjadi Perdana Menteri yang powerful. 

Adakah DSIS akan membantu DS Najib?

Setakat ini, beliau hanya tolong pun gitu-gitu sahaja. 

Beliau ada kuasa untuk melantik Ketua Peguam yang baharu tetapi tidak - ini bukan untuk menolong melepaskan DS Najib sebegitu sahaja tetapi atas nama keadilan dan hak asasi manusia yang mana setiap rakyat berhak di di hakimi dengan suatu sistem yang adil dan saksama.

"Takutlah kamu kepada doa orang yang teraniaya, kerana ia diangkat ke atas awan. Allah berfirman: Demi keperkasaan dan keagunganKu, Aku pasti menolongmu, walaupun setelah beberapa waktu (waktu yang cukup lama).” Hadis riwayat Anas Ibn Malik R.A.

https://www.facebook.com/1053139405/posts/pfbid02WuCYA4EGRV7xrZmur4bsF7jz9LySPhGhVgezfEPDpkjRfnj24VC1eBgAjG7hjAQkl/?mibextid=Nif5oz

P/S : UMNO BN kalah pada PRU14, hikmahnya adalah untuk menunjukkan kebenaran kepada rakyat bahawa kemenangan dengan menipu dan memfitnah tidak kekal lama, hanya mampu bertahan 22 bulan dan bersambung 17 bulan selepas itu. Akhirnya negara kembali ke tangan UMNO BN memerintah.

Rakyat tidak serik, kali ini di PRU15 sekali lagi UMNO BN kalah dengan fitnah yang lebih dasyat, akhirnya belum sempat menubuhkan kerajaan, Allah tunjukkan kesemua pemfitnah UMNO BN tersebut datang untuk mengajak UMNO BN membentuk kerajaan.

Allah tunjukkan sedikit kuasaNya bahawa kerajaan yang stabil hanya perlukan UMNO BN sebagai sebahagian daripadanya.

Ahli UMNO BN perlu lihat dengan jelas hikmah dan kebenaran yang Allah tunjukkan ini dan bukannya cuba melawan arus mengatakan UMNO BN sekarang lemah.

RAKYAT perlu sedar… wallahualam

-------------------------------------------

Sebagai penutup kepada perbincangan isu ini :-


Kempen Pada PRU14 - Selamatkan Malaysia? (Malaysia Baharu?)

LAKARAN ini telah tersebar sebelum PRU14 dan ramai beranggapan ia hanya sebagai momokan sahaja. Namun selepas Pakatan Harapan (PH) berjaya membentuk kerajaan, lakaran ini seolah-olah ada kebenarannya dan satu persatu ia menjadi kenyataan yang mampu mencetuskan kebimbangan orang Melayu tentang hala tuju Malaysia Baharu. Sanggupkah kita?

Realiti Keadaan Sebenar Di Malaysia Selepas PRU14
  1. Orang Melayu dah tak kenal sejarah
  2. Orang Malaysia sekarang ini masih keliru antara hak dan keistimewaan sebagai warganegara Malaysia 
  3. Hubungan antara kaum tidak seperti sebelum Zaman Kemerdekaan 62 tahun yang lepas. 
  4. Ekonomi dimonopoli oleh satu kaum sahaja.
  5. Dasar Ekonomi Baru (DEB) masih lagi dalam keadaan samar-samar selepas perlaksanannya pada Zaman PM 2 (Era zaman Allahyarham Tun Abdul Razak).
  6. Orang-orang bukan Islam keliru dengan isu Jawi dan Islamisasi
  7. Generasi baharu (kini) sudah mula mempertikaikan perjuangan orang-orang dahulu dalam menuntut kemerdekaan dan mempertahankan kemerdekaan.
  8. Budaya menyalahkan orang-orang lain semakin menjadi-jadi
  9. Orang-orang Islam tidak mempertahankan hak dan menegakkan kebenaran.
  10. Sudah ada suara-suara sumbang dari Malaysia Timur (Sabah dan Sarawak) menghasut untuk keluarkan dua negeri ini daripada Persekutuan Malaysia.
P/S : Ini adalah antara perkara-perkara penting yang sedang berlaku. Sekiranya tidak dibuat tindakan dari sekarang akan menjadi kesan yang negatif untuk jangka masa panjang. Nauzubillah.

Arkib : 18 JULAI 2021

Dulu Allah takdirkan BN memerintah, kita bosan. Lalu Allah takdirkan PH memerintah kita benci. Lalu Allah takdirkan pula PN memerintah kita cemuh. Jadi, sekarang kita mau doa yang mana pula memerintah? Di zaman Khulafaur Rashidin juga sama begini. Rakyat mahu khalifah / kerajaan terbaik. Perang dan tumpah darah begitu bnyak dgn harapan mendapat khalifah yang lebih baik. Lalu Allah kabulkan khalifah baru..rakyat berperang lagi. 

Suatu ketika di zaman Khalifah Ali bin Abi Talib, rakyat berdemonstrasi meminta penjelasannya, "Kenapa di zaman pemerintahan kamu ini begitu teruk sekali tidak sama bagusnya zaman pemerintahan Khalifah Uthman Affan r.a.?" 

Lalu jawab Khalifah Ali, "Pemerintahan Saidana Uthman baik kerana orang-orang yang diperintahnya adalah rakyat yang taat seperti aku. Namun zaman pemerintahan aku ini, orang-orang yang diperintahkan adalah orang seperti kamu yang asyik serba tidak kena". 

Maka apakah pengajaran yang dapat kita fahami ???

Pengajaran.... Jangan mudah terpengaruh dengan kempen-kempen parti yang tak dapat memerintah. Rasanya inilah masalah di dalam negara kita, Malaysia. 

Kempen-kempen dibuat oleh parti yang tak memerintah untuk memburukan yang sedang memerintah..akhirnya rakyat pun terpengaruh.. 

Susah sebenarnya urusan manusia ini.. takkan pernah ada yang berpuas hati.. 

Wallahu'alam [Gitulah agaknya]

P/S : Terima kasih dan tahniah kepada semua sahabat-sahabat yang telah melaksanakan tanggungjawab mengundi. PRU dah pun selesai, semoga persahabatan sesama kita berkekalan. Aamiin.

Amalan Doa Untuk Mohon Kepimpinan Yang Baik


"Ya Allah ! Lantiklah untuk urusan kami (pemerintahan) orang yang terbaik dalam kalangan kami. Janganlah Engkau lantik utuk urusan kami orang yang terburuk dalam kalangan kami"


"Wahai Tuhan yang mempunyai kerajaan, Engkau berikan kerajaan kepada orang yang Engkau kehendaki dan Engkau cabut kerajaan dari orang yang Engkau kehendaki. Engkau muliakan orang yang Engkau kehendaki dan Engkau hinakan orang yang Engkau kehendaki. Di tangan Engkaulah segala kebajikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu"

-------------------------------------------

Pautan artikel menarik yang berkaitan :-

03 MEI 2018 PESANAN BUAT SEMUA ORANG-ORANG MELAYU

https://normanhafizi.blogspot.com/2018/05/politik-wahai-orang-orang-melayu-gambar.html

Sejarah Ringkas Pembahagian Kerusi Di Tanah Melayu / Malaysia Selepas Merdeka Hingga PRU14 

Rujukan video di sini : https://fb.watch/gNqBBg3Z-n/

MALAY HEARTLAND IS THE KEY TO CONQUER PUTRAJAYA

Rujukan video di sini : https://fb.watch/gSvwsXnoBZ/

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...