Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Showing posts with label Petition. Show all posts
Showing posts with label Petition. Show all posts

Wednesday, 31 October 2018

Bantahan Ratifikasi Konvenyen Antarabangsa ICERD

Bantahan Ratifikasi International Convention on Elimination of All Forms of Racial Discrimination (ICERD) kerana bercanggah dengan Perlembagaan 

ICERD adalah salah satu konvensyen antarabangsa Hak Asasi manusia yang telah berkuatkuasa dari tahun 1969. Malaysia tidak pernah menandatanganinya apalagi meratifikasinya. 

Apakah implikasi meratifikasikan ICERD?

Mengikut ICERD, negara yang meratifikasinya hendaklah menghapuskan segala bentuk diskriminasi bangsa/kaum (racial diskrimination).[1]Negara tersebut tidak boleh langsung ada undang-undang yang mendiskriminasi mana-mana kaum dan bangsa.[2] 
Takrif diskriminasi kaum di bawah ICERD adalah amat luas. Artikel 1 mendefinasikan “racial discrimination” sebagai “any distinction, exclusion, restriction or preference based on race, colour, descent, or national or ethnic origin which has the purpose or effect of nullifying or impairing the recognition, enjoyment or exercise, on an equal footing, of human rights and fundamental freedoms in the political, economic, social, cultural or any other field of public life."
Definasi dan skop ICERD dengan itu bertentangan dengan Artikel 153 Perlembagaan Malaysia. Artikel 153 memberi kedudukan istimewa kepada orang Melayu dan bumiputera di Sabah dan Sarawak dalam beberapa perkara yang akan bercanggah dengan definasi tersebut. Maka sekiranya ICERD diratifikasikan:
  1. MARA hendaklah ditutup
  2. MRSM hendaklah ditutup
  3. UiTM ditutup
  4. Reserve Tanah Melayu hendaklah dihapuskan.
  5. Askar Regimen Melayu merupakan satu diskriminasi.
  6. Biasiswa untuk bumiputera hendaklah dihapuskan.
  7. Diskaun rumah bumiputera hendaklah dihapuskan.
  8. Syarat bumiputera dalam tender dan lesen perniagaan hendakalah dihapuskan.

(kecualilah yang di atas dipinda selain dari tujuan asalnya.)
Mengikut Artikel 5 ICERD, negara yang meratifikasinya hendaklah menghapuskan segala bentuk diskriminasi dalam perlaksanaan hak politik (Political Rights”). Ini bermakna parti politik berdasarkan kaum atau bangsa adalah salah dan perlu dihapuskan di bawah ICERD kerana ia mendiskriminasi ahlinya mengikut kaum. Sebagai contoh KOMAS, sebuah NGO Hak Asasi Manusia terkemuka yang mempelopori ratifikasi ICERD dan juga ahli Comanggo, telah menyenaraikan penubuhan PPBM sebagai satu insiden “racial discrimination” di dalam lapuran “Malaysian Racial Discrimination Report 2016”[3].
Berdasarkan di atas, adalah jelas ICERD bercanggah dengan peruntukan perlembagaan dan tidak boleh diratifikasikan. Kalaupun mahu diratifikasikan, Artikel 153 hendaklah dipinda terlebih dahulu. Persetujuan Majlis Raja-raja juga mesti diperolehi dan tidak boleh dibelakangkan. Konvensyen ini tidak boleh dijaja sebagai alasan untuk memaksa kita meminda Perlembagaan dan Raja-raja memberi persetujuan. 

Adakah Artikel 153 boleh dikecualikan daripada ICERD?
Jerald Joseph, ahli lembaga pengarah Komas, Pesuruhjaya Suhakam dan ahli “Consultative Council on Foreign Policy” yang baru ditubuhkan oleh Menteri Luar Negeri, Datuk Saifuddin Abdullah, menyatakan bahawa Artikel 153 termasuk di bawah pengecualian ICERD.
Pengecualian di bawah ICERD adalah termaktub di bawah Artikel 1 yang menyatakan seperti berikut:
“Special measures taken for the sole purpose of securing adequate advancement of certain racial or ethnic groups or individuals requiring such protection as may be necessary in order to ensure such groups or individuals equal enjoyment or exercise of human rights and fundamental freedoms shall not be deemed racial discrimination, provided, however, that such measures do not, as a consequence, lead to the maintenance of separate rights for different racial groupsand that they shall not be continued after the objectivesfor which they were taken have been achieved.”  
Mengikut pengecualian di atas, adalah bukan diskriminasi sekiranya menepati ciri tersebut:
  1. diskriminasi adalah untuk memastikan kumpulan tersebut menikmati hak asasi yang sama 
  2. tidak menimbulkan hak berlainan bagi bangsa yang berlainan
  3. ia dihentikan sekira objektifnya tercapai.
Jadi kalau kita ambil contoh MARA dan Tanah Simpanan Melayu (Malay Reserve Land) (“TSM”), adakah ia untuk memastikan bangsa Melayu dan Bumiputera menikmati hak asasi pendidikan dan pemilikan tanah yang sama dengan yang lain? Perlukah MARA dan TSM wujud supaya orang melayu atau bumiputera mendapat hak pendidikan dan pemilikan tanah? Bukankah MARA dan TSM akan menimbulkan hak berlainan yang memihak bangsa melayu dan Bumiputera? Apakah termaktub objektif di bawah Artikel 153 dan undang-undang sedia ada berkenaan MARA dan Tanah Simpanan Melayu di mana ia hendaklah dihentikan setelah mencapai objektifnya?
Jelas jawapannya tidak menepati ciri-ciri pengecualian tersebut. Maka Artikel 153 akan ditakrif sebagai “racial discrimination” dan perlu dihapuskan mengikut ICERD.
Lagipun Artikel 20 ICERD melarang pengecualian ataupun “reservation” yang bercanggah dengan objektif dan tujuan ICERD. Malaysia bukan sahaja memerlukan pengecualian bahagian definisi tetapi lebih separuh daripada peruntukan teras ICERD. Ini adalah bertentangan dengan tujuan ICERD dan boleh dibantah oleh negara lain. 
Seperkara lagi adalah pendirian tidak konsisten mereka yang meyokong pengecualian dan membantah diskriminasi kaum. Sebagai contoh, KOMAS dalam lapuran tahunan “Malaysian Racial Discrimination” telah mengklasifikasikan mana-mana pihak termasuk YAB Tan  Sri Hj Muhyiddin Yassin (Lapuran 2015) yang mempertahankan hak melayu/ bumiputera sebagai satu perlakuan diskriminasi kaum (“racial discrimination). Tetapi apabila mengkehendakkan pengratifikasian ICERD berhujah sebaliknya bahawa Artikel 153 dikecualikan mengikut peruntukan ICERD. Kalau kita lihat Artikel ICERD tersebut, dengan nyata mengatakan pengecualian di bawahnya tidak boleh dianggap sebagai satu diskriminasi kaum. Mereka sebenarnya berhujah bahawa satu perbuatan itu adalah diskriminasi dan bukan diskriminasi pada masa yang sama. Adalah jelas pendirian dan hujah mereka bercanggah, tidak konsisten dan tidak jujur (disingenuous).
Bantahan
Oleh itu, kami membantah/ menolak sekeras-kerasnya ratifikasi ICERD kerana bercanggah dengan Perlembagaan dan menghapuskan institusi MARA, MRSM, UITM dan sebagainya.Perundingan awam perlu dilakukan dengan segera dan perkenan Majlis Raja-Raja perlu diperolehi. Raja-Raja tidak boleh dibelakangkan. Artikel 153 perlu dipinda sebelum ratifikasi ICERD boleh dilakukan.

___________________________

[1]Artikel 1-7 ICERD
[2]Ibid
[3]Page 18

https://www.change.org/p/pendokong-perlembagaan-bantahan-ratifikasi-konvensyen-antarabangsa-icerd?recruiter=637365953&utm_source=share_petition&utm_medium=facebook&utm_campaign=psf_combo_share_abi.pacific_abi_gmail_send.variation.pacific_abi_select_all_contacts.select_all.pacific_email_copy_en_gb_4.v1.pacific_email_copy_en_us_3.control.pacific_email_copy_en_us_5.v1.lightning_share_by_medium_message.control.lightning_2primary_share_options_more.control&utm_term=psf_combo_share_abi.pacific_abi_gmail_send.variation.pacific_abi_select_all_contacts.select_all.pacific_email_copy_en_us_3.control.pacific_email_copy_en_gb_4.v1.pacific_email_copy_en_us_5.v1.lightning_share_by_medium_message.control.lightning_2primary_share_options_more.control&utm_content=fht-13732954-en-gb%3Av1&fbclid=IwAR3FWwLB-sm3Y6LV5g8GUTcRoHPUal84uvVVvMD9NVb-UcJZUVAh8YyFtuI

Tuesday, 30 October 2018

14 TUNTUTAN AMBIGA (The interfaith Commision) yang menggugat kesucian Agama Islam di Malaysia.

Bila Menteri Ugama kita lebih liberal dari Liberace, beginilah jadinya. Yang bukan Islam gunapakai otak dia untuk mengajar perjalanan ugama kita.


14 TUNTUTAN AMBIGA (The interfaith Commision) yang menggugat kesucian Agama islam di Malaysia.
1.Seseorang anak yang dilahirkan oleh ibu-bapa islam tidak seharusnya secara terus menjadi seorang islam
2.Orang bukan islam yang telah memeluk islam hendaklah diberikan kebebasan untuk kembali ke agama asal mereka(murtad) dan tidak boleh dibenarkan tindakan undang-undang.
3.Sebarang kes pertukaran agama orang islam kepada bukan islam tidak sepatutnya dikendalikan oleh mahkamah syariah tetapi dikendalikan oleh mahkamah sivil.
4.Tidak perlu dicatatkan di dalam kad pengenalan seseorang Muslim bahawa ia beragama islam
5.Orang bukan islam tidak perlu dikehendaki menganut agama sekiranya ingin berkahwin dengan orang islam.Orang islam hendaklah dibenarkan keluar daripada islam (MURTAD) sekiranya ingin berkahwin dengan orang bukan islam tanpa boleh dikenakan tindakan undang-undang.
6.Sesorang atau pasangan suami isteri yang menukar agamanya dengan memeluk islam tidak patut diberikan hak penjagaan anak
7. Orang yang bukan islam yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan seseorang yang memeluk islam hendaklah diberikan hak menuntut harta pusakanya selepas kematiannya.
8.Kerajaan hendaklah menyediakan dana yang mencukupi untuk membina dan menyelenggara rumah-rumah ibadat orang bukan islam sebagaimana kerajaan menyediakan dana yang serupa untuk masjid.
9. Orang bukan islam hendaklah dibenarkan dan tidak boleh dihalang daripada menggunakan perkataan suci islam dalam percakakpan dan sebagainya.
10. Bible dalam bahasa Malaysia dan bahasa Indonesia sepatutnya dibenarkan untuk diedarkan kepada umum secara terbuka.
11.Pelajaran agama bukan islam untuk penganut agama itu hendaklah diajar disemua sekolah.
12. Program-program berunsur islam dalam bahasa ibunda sesuatu kaum hendaklah ditiadakan.Program dakwah agama lain selain islam pula hendaklah dibenarkan untuk disiarkan dalam bahasa ibunda masing-masing.
13.Orang islam yang membayar zakat tidak sepatutnya dikecualikan daripada membayar cukai pendapatan dan wang hasil zakat sepatutnya digunakan juga untuk keperluan orang-orang bukan islam
14. Sepatutnya islam tidak disebut sebagai pilihan pertama masyarakat Malaysia seperti dalam sesi pakaian menutup aurat kepada pelajar sekolah.

*Dan tuntutan ini bukanlah sekadar teori tetapi impian seorang pendukung pluralisme dan liberalisme dalam agama.Dan mengambil peluang/kesempatan dalam pengisytiharan (ratifikasi) ICERD. Definasi dan skop ICERD dengan itu bertentangan dengan Artikel 153 Perlembagaan Malaysia. Dan ia merupakan langkah halus dan diam untuk menyamaratakan agama. Masih ada kesempatan untuk elakkan benda ini terjadi, caranya sign in this petition. petisyen ini akan dibawa ke parlimen pada hari rabu ni, target 1000,000 .silakan share kepada orang Islam.
https://www.change.org/p/pendokong-perlembagaan-bantahan-ratifikasi-konvensyen-antarabangsa-icerd?recruiter=637365953&utm_source=share_petition&utm_medium=facebook&utm_campaign=psf_combo_share_abi.pacific_abi_gmail_send.variation.pacific_abi_select_all_contacts.select_all.pacific_email_copy_en_gb_4.v1.pacific_email_copy_en_us_3.control.pacific_email_copy_en_us_5.v1.lightning_share_by_medium_message.control.lightning_2primary_share_options_more.control&utm_term=psf_combo_share_abi.pacific_abi_gmail_send.variation.pacific_abi_select_all_contacts.select_all.pacific_email_copy_en_us_3.control.pacific_email_copy_en_gb_4.v1.pacific_email_copy_en_us_5.v1.lightning_share_by_medium_message.control.lightning_2primary_share_options_more.control&utm_content=fht-13732954-en-gb%3Av1&fbclid=IwAR3FWwLB-sm3Y6LV5g8GUTcRoHPUal84uvVVvMD9NVb-UcJZUVAh8YyFtuI
Wallahualam

Saturday, 3 September 2016

KEBANGKITAN ORANG TUJUH MUAR !

ARKIB : 03 SEPTEMBER 2016


[buat umat Melayu Islam di bumi tercinta ini...bacalah! artikel ini!] 

Untuk orang Johor amnya dan orang Muar khasnya, syabas kerana telah melahirkan pejuang bangsa :   

Sempena bulan Kemerdekaan, marilah kita menghayati Semangat Nasionalisme orang dulu-dulu. Sultan-Sultan yang ada sekarang ini bolehlah mencontohi tindakan-tindakan oleh Nenda-nenda Baginda dahulu. Tidak mudah murka walau ditegur oleh tokoh-tokoh Melayu rakyat biasa. Hayatiah kisah 7 anak Muar memulakan penentangan  terhadap penubuhan Malayan Union walaupun sudah ditandatangani oleh semua Raja-raja Melayu dahulu. Semoga kesah ini menginsafkan kita semua. 

..................................................................... 

KEBANGKITAN ORANG TUJUH MUAR Langkah Jebat Menentang Malayan Union 

#AnakJatiMuar 

Sejarah merupakan satu khazanah penting untuk dipelihara supaya ia akan menjadi satu pelajaran dan iktibar kepada generasi jenerasi akan datang.  Ia memberi satu gambaran dan fahaman dimana asas serta benteng yang telah dibina oleh orang orang lama dirasai nikmatnya oleh generasi yang akan menyusulinya. 

Walaubagaimana pun, ada peristiwa peristiwa yang cukup penting dan bermakna yang tidak diketahui umum diatas sebab sebab yang kita sendiri tidak mengetahuinya. 

Satu daripada peristiwa yang cukup penting ini ialah kebangkitan tujuh orang anak kelahiran Muar menentang penubuhan Malayan Union. 

Alhamdullillah saya masih hidup dan dapat berkongsi cerita sebenarnya kepada anak anak muda Muar betapa besarnya pengorbanan orang tujuh ini terhadap bangsa, agama dan tanahair kita.

Bacalah cerita sebenarnya :-

Pada 11hb Oktober 1945, dengan senyap senyap dan tidak diketahui umum, wakil khas kerajaan British yang bernama Sir Harold MacMichael telah tiba di Port Swettenham (sekarang Port Klang) dengan membawa satu utusan serta cadangan iaitu untuk menubuh apa yang dipanggil Malayan Union. Iaitu gabungan semua negeri negeri di dalam Persekutuan Tanah Melayu termasuk Straits Settlement iaitu Negeri Melaka dan juga Pulau Pinang. 

Penubuhan ini akan memberi kerakyatan penuh kepada semua bangsa termasuk bangsa Cina dan India dan mereka akan menjadi rakyat setaraf dengan bangsa Melayu. Di samping itu, semua Sultan di negeri masing masing akan hilang kedaulatan mereka dan Sultan Sultan ini akan bertanggungjawab kepada seorang pemerintah British yang akan bergelar Governor-General. 

Setibanya di Port Swettenham, Sir Harold MacMichael terus berangkat ke Kuala Lumpur dengan diiringi oleh Sir Alec Newboult. Di Kuala Lumpur beliau terus pergi ke King's House dan di sini beliau telah berbincang dengan pegawai-pegawai British yang bertugas di Kuala Lumpur. 

Untuk menjadikan Malayan Union satu kenyataan, semua Sultan perlu menandatangani satu perjanjian dengan kerajaan British dengan memberi persetujuan yang tidak berbelah bagi. 

Ketika itu, Almarhum Sultan Ibrahim Johor merupakan Sultan yang sangat dihormati dan disegani oleh Sultan-sultan negeri lain. Jadi untuk memudahkan tanggungjawabnya, Harold MacMachael disyorkan supaya mendapatkan tandatangan Sultan Johor terlebih dahulu. 

Pada 20hb Oktober, beliau telah dapat berjumpa dengan Sultan Johor dan setelah menerangkan butir butir penubuhan Malayan Union, Sultan Johor pun menandatangani surat perjanjian itu dan bersetuju di atas penubuhan Malayan Union tadi. Dengan ini, kerja beliau menjadi lebih senang dan mudah untuk berbincang dengan Sultan Sultan negeri lain. 

Surat perjanjian di antara Sultan Johor dengan kerajaan British disaksikan olih Tengku Ahmad dan Encik Abdul Kadir. 

Pada 20hb Oktober 1945, MacMichael berjumpa dengan Sultan Selangor, Sultan Hishamuddin Alam Shah dan Sultan Selangor juga menandatangani surat perjanjian itu. Ia disaksikan oleh Encik Hamzah dan Raja Nong. 

Pada 2hb November 1945, Sultan Pahang, Sultan Abu Bakar Riayatudin Al-Muazzam Shah telah menandatangani surat perjanjian itu dengan disaksikan oleh Tunku Mohammad dan G.E. Mohammad. 

Pada 14hb November 1945, Yang Di Pertuan Besar Negeri Sembilan menandatangani surat perjanjian itu bersama sama dengan 4 Undang seperti berikut : 
  1. Undang Sg. Ujong - Dato Kelana Putra. 
  2. Undang Jelebu - Dato Shahruddin. 
  3. Undang Johol - Dato Johol 
  4. Undang Rembau - Dato Hipap dan Tengku Sharifah Loyah mewakili Tunku Besar Tampin. 
Surat perjanjian ini disaksikan oleh Tengku Nasir, Tengku Jaafar dan Tengku Hussain. 

Pada 22hb November 1945, Sultan Perak iaitu Sultan Abdul Aziz telah menandatangani surat perjanjian dengan disaksikan oleh Raja Yusof, Raja Muda Perak dan Dato Temenggong. 

Pada 2hb Disember 1945, Sultan Kedah iaitu Sultan Badlishah telah menandatangani surat perjanjian itu dengan disaksikan oleh Encik. M. Shariff dan Encik Yaakub. 

Pada 12hb Disember 1945, Raja Perlis pula telah menandatangani surat perjanjian itu dengan disaksikan oleh Encik Ahmad dan Encik Wan Ahmad. 

Pada 17hb Disember 1945, Sultan Ibrahim dari negeri Kelantan telah menandatangani surat perjanjian itu dengan disaksikan oleh Tengku Ibrahim Petra dan Nik Ahmad Kamil.. 

Pada 21hb Disember 1945, Sultan Terengganu iaitu Sultan Ismail Nasirudin Shah telah menandatangani surat perjanjian dan disaksikan oleh Dato Omar dan Tengku Halim. 

Maka berjayalah Harold MacMichael untuk mendapatkan semua tandatangan Sultan Sultan di Persekutuan Tanah Melayu. Ini bermakna rancangan untuk menubuhkan Malayan Union tiada lagi halangan. 

Pada 6hb Januari 1946, berangkatlah MacMichael ke England dengan kesemua surat surat perjanjian itu. Pada 22hb Januari 1946, satu kertas putih telah dibentangkan di dalam Parlimen Kerajaan British untuk kelulusan. 

Setelah mendapat kelulusan parilmen kerajaan British, satu Warta Kerajaan British yang mengandungi butir butir berkenaan penubuhan Malayan Union di Tanah Melayu telah disiarkan oleh pihak berkuasa Pentadbiran Tentera British (BMA) di Tanah Melayu untuk pengetahuan rakyat dan penduduk Tanah Melayu. 

Sebaik sahaja tersiar Warta Kerajaan British itu, seluruh bangsa Melayu telah terkejut dan merasa Kertas Putih itu adalah satu cabaran yang tajam, menyentuh maruah bangsa Melayu. 

Tidak ada perkataan yang dapat mensifatkan bagaimana perasaan orang orang Melayu ketika itu. Perasaan geram dan marah yang meluap luap terhadap perbuatan Kerajaan British dan perasaan kesal dan dukacita terhadap terlanjurnya Raja-raja Melayu menurunkan tandatangan baginda baginda keatas perjanjian MacMichael yang memperdayakan itu. 

Tetapi apakan daya, semua surat perjanjian itu sudah menjadi kertas rasmi dan tidak dapat diperbetulkan lagi. Nasib bangsa Melayu kini akan hancur dan kedaulatan bangsa Melayu akan hilang di tanah tumpah darah dato nenek moyang mereka sendiri. 

Di Johor Bahru, 

Setelah mengetahui butir butir kandungan Perjanjian MacMichael itu, beberapa orang pemimpin Melayu Johor yang diketuai oleh Dato Abdul Rahman bin Mohammad Yasin telah membantah dengan sekeras-kerasnya. Sebaik baik jalan memansuhkan perjanjian itu ialah membuktikan bahawa Sultan Johor telah bertindak di luar batasan Undang Undang Tuboh Negeri dan perbuatannya tidak sah dari segi undang undang. 

Dato Abdul Rahman yang berasal daripada Parit Bakar, Muar terus pulang ke Muar untuk berjumpa dengan pejuang pejuang Melayu ketika itu. Di antara orang pertama yang beliau berjumpa ialah Dr. Hamzah, Hj. Taib dan Ciku Kosai. Dr. Hamzah merupakan anak Melayu Johor pertama menjadi doktor di negeri itu. Setelah berbincang, mereka bersetuju untuk menentang perbuatan Sultan, bukan untuk menderhaka kepada baginda tetapi lebih untuk menyelamatkan kedudukan baginda sebagai Sultan berdaulat dinegeri Johor. 

Apabila mendengar cadangan untuk menentang penubuhan Malayan Union ini, dua orang lagi anak Muar tampil kehadapan untuk memberi bantuan dan kerjasama. Mereka adalah dua beradik yang bernama Cikgu Ahmad Suleiman dan Cikgu Safiah Suleiman. 

Di dalam satu jamuan makan malam di rumah Dr. Hamzah Hj. Taib, dua orang lagi penjuang dari Muar menghadir untuk memberi bantuan. Mereka ialah Hj. Hassan Yunos (sepupu kepada Dato Abdul Rahman) dan Dr. Awang bin Hassan (saudara rapat dengan Dato Abdul Rahman dan Dr. Hamzah). 

Secara kebetulan, Dato Abdul Rahman ketika itu ialah Pegawai Kewangan Negeri Johor, Hj. Hassan Yunos pula ialah Mufti Kerajaan Negeri Johor, dan Cikgu Kosai ialah Pegawai Jabatan Hutan. 

Mereka telah membuat satu risalah menerangkan kepada orang ramai bahawa perbuatan Sultan Johor adalah salah di sisi undang undang tuboh kerajaan negeri Johor. Risalah itu disebarkan kepada seluroh negeri Johor dan rakyat Johor mula memberi sokongan kuat kepada gerakan mereka. 

Dato Abdul Rahman berhasrat untuk menghadap baginda Sultan tetapi di halang oleh pegawai-pegawai istana. Malah kesemua mereka telah digantung kerja masing masing tetapi ini tidak mematahkan semangat mereka. 

Hari demi hari, sokongan rakyat Melayu Johor semakin bertambah dan ini membimbangkan pihak Istana. Pada ketika ini, Dato Onn Jaafar langsung tidak menyebelahi gerakan mereka. 

Maka mereka bersefakat untuk menghantar satu petition bantahan kepada baginda Sultan dan setelah berbincang, mereka mencadangkan agar Hj. Hassan Yunos seorang sahaja menghadap baginda Sultan dan statusnya sebagai Mufti Kerajaan Negeri membolehkan perkara ini berlaku. 

Satu perutusan telah dihantar kepada baginda Sultan supaya menerima kunjungan Hj. Hassan Yunos. Alhamdullillah, baginda Sultan bersetuju untuk berjumpa dengan Hj. Hassan Yunos. 

Pada hari yang telah ditetapkan, ramai penyokong penyokong telah berhimpun di perkarangan Masjid Abu Bakar di Johor Bahru. Jarak antara Masjid Abu Bakar dan Istana Besar tidak lah begitu jauh. Maka berjalanlah seorang diri Hj. Hassan Yunos menuju keIstana dengan membawa petition tersebut. 

Menurut anak Hj. Hassan Yunos iaitu Encik Murad (sahabat rapat saya), apabila ayahnya sampai di tangga Istana Besar, lututnya megeletar dan susah untuk menaiki tangga. Perasaan takut memang ada tetapi tanggungjawab untuk menjaga maruah bangsa Melayu tidak boleh dipermain-mainkan. Beliau berdoa hadrat llahi supaya memberikan dia semangat yang kuat apabila menghadap baginda Sultan nanti. 

Setibanya di pintu besar Istana, saorang pegawai Istana menjemputnya ke ruang tamu sambil menunggu keberangkatan baginda. Tidak lama kemudian, muncullah baginda Sultan, lantas Hj. Hassan terus bangun dan mencium tangan baginda. Dijemputnya Hj. Hassan supaya duduk dan dengan penuh tertib, Hj. Hassan menerangkan satu persatu di mana kesalahan baginda. 

Apabila habis penerangan Hj. Hassan Yunos kepada baginda Sultan, barulah baginda sedar yang perbuatan baginda itu adalah salah di sisi undang undang tuboh negeri Johor. Baginda Sultan berjanji dengan Hj. Hassan yang baginda akan menarik balik perjanjian itu. Maka gembiralah Hj. Hassan bahawa beliau telah berjaya mengajak baginda kembali ke pangkal jalan yang sebenar. Baginda Sultan menerima petition itu dan mengucapkan selamat jalan kepada Hj. Hassan. 

Suasana di perkarangan Masjid Abu Bakar cukup resah dengan penyokong-penyokong menunggu kepulangan Hj. Hassan dari Istana. Tidak lama kemudian, mereka melihat Hj. Hassan berjalan menuju ke Masjid Abu Bakar dengan mengangkat tangan tanda kejayaan. 

Dengan tiba tiba suasana menjadi riuh rendah, ada yang menjerit jerit tanda kesukaan dan ada yang menadah tangan ke langit untuk melafazkan kesyukuran ke hadrat Allah. Dato Abdul Rahman dan rakan rakan seperjuangannya berpeluk-peluk sambil menangis kegembiraan. Mereka telah berjaya untuk mematahkan penubuhan Malayan Union. 

Beberapa hari kemudian, baginda Sultan Johor telah menulis sepucuk surat kepada kerajaan British dengan kandungan isinya seperti berikut : 

"Beta tidak dikerasi dan dikejut-kejut dan beta tidak menurunkan tandatangan dengan penuh kemahuan akan tetapi setelah memikirkan semula perkara itu beta berpendapat bahawa beta telah menyain perjanjian itu dengan tidak terlebih dahulu menyiasat dengan sehalus-halusnya seperti yang sepatutnya diperbuat dan malangnya beta tidak sedar akan kesan-kesan yang mengenai lebih jauh. Oleh hal yang demikian, beta suka menyatakan iaitu di dalam hal yang demikian beta tidak sanggup lagi bertanggungjawab kepada persetujuan yang beta berikan mula mula itu." 

Setelah mendengar yang baginda Sultan Johor telah menarik balik surat perjanjian itu, kesemua Sultan-sultan lain telah mengikut jejak yang sama. Maka apabila orang orang Melayu mendapat tahu bahawa Raja Raja Melayu telah menarik balik perjanjian mereka, seluruh rakyat Melayu bangkit dengan penuh bersemangat. Di saat inilah baru munculnya Dato Onn Jaafar. 

Begitulah pengorbanan yang telah diberikan oleh pejuang-pejuang anak kelahiraan Muar kita. Mereka sanggup melawan Sultan bukan untuk menderhaka tetapi untuk menjaga supaya institusi Raja Raja terpelihara. 

Mengapakah mereka digelar Orang Tujoh Muar? Ini oleh kerana hanya tujuh orang yang menandatangani petition kepada Sultan. 

Cikgu Kosai sebenarnya berkelulusan tinggi iaitu daripada Cambridge, England. Oleh kerana beliau bermula kerja sebagai seorang guru, maka panggilan Cikgu Kosai cukup mesra dengannya. 

Hj. Hassan kemudian menjadi Menteri Besar Johor dengan gelaran Tan Sri. Dr. Hamzah Hj. Taib meninggal dunia semasa masih muda. Dr. Awang Hassan kemudian menjadi Gabenor Pulau Pinang dengan gelaran Tun.

Begitulah kesah peristiwa yang cukup bermakna ini. Marilah kita menghadiahkan Al-fatihah kepada tujuh anak kelahiran Muar yang mana jasa mereka kepada bangsa Melayu tidak terhingga besarnya. 

Al-fatihah buat :-
  1. Allahyarham Dato Abdul Rahman Mohd. Yassin. 
  2. Allahyarham Dato Suleiman Abdul Rahman. 
  3. Allahyarham Tan Sri Hj. Hassan Yunos. 
  4. Allahyarham Tun Dr, Awang Hassan. 
  5. Allahyarham Dato Kosai. 
  6. Allahyarham Encik Ahmad Sulaiman. 
  7. Allahyarhamah Cik Safiah Sulaiman. 
Wasallam. 

Sumber dari : Dato Kamaruddin Abdullah penulis buku 'Pages From My Past' 



Pautan artikel menarik yang berkaitan :-

07 SEPTEMBER 1895 TENGKU IBRAHIM DIISYTIHARKAN MENJADI SULTAN JOHOR


Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...