Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Showing posts with label senibina. Show all posts
Showing posts with label senibina. Show all posts

Tuesday, 10 July 2018

Nasib sekolah tahfiz pada Zaman Malaysia Baharu

Zainuddin Maidin Ulang Desakan Tutup Sekolah Tahfiz

Zainuddin Maidin, bekas Menteri Penerangan yang dikenali ramai sebagai penyokong tegar Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir bin Mohamad, hari ini mengulangi desakan supaya operasi sekolah tahfiz di seluruh negara ditutup sepenuhnya.

“Saya harap Mujahid (Menteri di Jabatan Perdana Menteri) akan dapat memainkan peranan berani dan tegas untuk membawa umat Islam negara ini kepada realiti dan keperluan kepada sikap dinamik dan menolak kearaban sebagai keislaman.


#FreeNajib #BebasNajib #DNAsama #mamak #allahuakbar 

Info mengenai Pusat Pendidikan Al-Barakah

Pusat Tahfiz Darul Barakah dah masuk dalam mudah.com.... dijual sebab sejak PH memerintah depa blacklist DUKE untuk buat ceramah... makanya tak ada dah dana untuk tampung Pusat Tahfiz...

Ustaz Badli Shah pun depa blacklist kan juga... Allahu sebaknya hati aku... kandang babi diutamakan... sekolah tahfiz ditutup...

Apa nak jadi Malaysia ini ?

#PHCelaka
Gambar 1

Bangunan Tahfiz Darul Barakah menempatkan ratusan pelajar... saya membinanya dengan nilai keselesaan, cantik dan sejuk mata memandang... sangat tinggi nilai halus kepada setiap pengunjungnya dan di sinilah tempat awal rakaman rancangan Kalau Dah Jodoh.  Namun saya manusia biasa, berseorangan ke hulu ke hilir mencari sesuatu yang boleh menampung...penat uzur apatah lagi semakin sukar bergerak menjadikan semuanya semakin terbatas.  Memang tidak sanggup berpisah dengan sekolah ini tetapi kalau berterusan begini maka perpisahan dan penutupan adalah jalan terbaik.

Gambar 2

Mesej daripada Dato' Ustaz Mohd Kazim Elisa :-

Ramai yang bertanya tentang status Pusat Pendidikan Al Barakah... Insyaallah saya akan mengeluarkan kenyataan rasmi sedikit masa lagi..

Pembiayaan sekolah ini adalah dari hasil kuliah dan ceramah saya setiap hari... kalau ada usaha menyekat ceramah bagaimana saya ingin meneruskan sekolah yang memerlukan dana yang besar...

Setiap hari memikir dan susah hati nasib pelajar-pelajar daripada anak yatim, warga emas sehinggalah muallaf yang menetap dan belajar di sini....

Kalau saya tak mampu lagi, saya minta maaf banyak-banyak...

Gambar 3


Kenyatan dalam bentuk video oleh Datuk Ustaz Kazim Elias di Suara TV

MEMERLUKAN 15,000 KAWAN UNTUK DERMA KEPADA PUSAT TAHFIZ AL-BARAKAH.

Dato' Ustaz Mohd Kazim Elias beritahu kos untuk run tahfiz itu adalah RM150,000 sebulan. Termasuk untuk garu-guru dan pelajar-pelajar tahfiz juga yang terdiri dari anak-anak yatim.

Saya perlukan sokongan dari 15,000 kawan untuk menderma seorang RM10 saja pada bulan ni.

(RM10 x 15,000 kawan = RM150,000)
Next month kita buat lagi. So stay tuned.
Transfer kepada akaun yang tertera dalam gambar di bawah.

Yang dah transfer, komen #done saja.
Dah cukup 15k komen maknanya kita berjaya.
Kalau tak cukup lagi, pakat2 share status ini.
Bukan apa, at least nampak macam organized sket. 

Bismillah..

#SahamAkhirat
#Pray4AlBarakah

Nota Tambahan : Ustaz Kazim nak jual pusat tahfiz al barokah sebab kekangan kewangan, kos running bulanan cecah RM150k... dah tersebar dalam media... mungkin Ustaz Kazim dah give up... sekarang ini tenaga kerja al barokah cuba pertahankan dengan buat kutipan ini... seblum ini Ustaz Kazim cover melalui hasil dia berceramah dan terbitkan buku...

Gambar 4

Dipanjangkan...untuk saham akhirat pun KERAjaan sekat, tak tahulah nak kata apa? Ini termasuk ke dalam janji Pilihan Raya Umum (PRU)

Kepada muslimin dan muslimat yang ingin menyumbang dan memiliki saham akhirat boleh mulakan dari sekarang, bantu sekadar yang termampu di atas diri masing-masing.

Semoga semuanya dipermudahkan oleh Allah s.w.t. hendaknya...

Pusat Pendidikan Al-Barakah, Jalan Pemimpin, Kg Manjoi, Perak.

CIMB 8601222121
MAYBANK 569972050503
BANK ISLAM 08013010054743
BSN 0810041000097966

Gambar 5

Sunday, 8 July 2018

Kompleks Nasyrul Quran (gambar)

Kompleks Nasyrul Quran terletak di percint 14, Putrajaya. Kilang percetakan Al Quran ke 2 terbesar di dunia selepas Al Munawaraini ini adalah pencetus idea DS Najib dizaman pemerintahan beliau.
Kini telah dibuka sepenuhnya kepada orang awam , masuk adalah percuma.
Terima kasih Datuk seri Najib Tun Razak

Image may contain: sky and outdoor
Gambar 1

Image may contain: indoor
Gambar 2

Image may contain: indoor
Gambar 3

No automatic alt text available.
Gambar 4

Image may contain: 4 people, people smiling, people standing
Gambar 5 : Sewaktu majlis pembukaan

Image may contain: 5 people, people smiling, people sitting
Gambar 6 

Image may contain: one or more people, people standing and outdoor
Gambar 7 : Bacaan doa selepas selesai majlis

Saturday, 15 September 2012

Info : Pernah Tengok Penghujung Tembok Besar China?

Tembok Besar China adalah salah satu daripada keajaiban senibina dunia.  Namanya terkenal di seluruh dunia dan menjadi lokasi pelancongan wajib bagi sesiapa yang mengunjungi China.  Tetapi adakah anda tahu di manakah letaknya hujung Tembok China?


Tembok Besar China seperti dibangun melampaui batas kemampuan manusia.  Rentetan peristiwa dan tragedi mewarnai pembinaannya, dua ribu tahun lalu, pada masa Dinasti Qing.  Tembok ini dibangun atas perintah Kaisar pertama China iaitu Qin Shi Huang, untuk melindungi Kekaisaran China.  Memerlukan waktu puluhan tahun iaitu dari 220-206 SM untuk menyiapkan tembok raksasa ini.  

Tembok ini memanjang lebih dari 20,000 kilometer, membelah dataran luas dan gunung-ganang China.

Selain Top Lake di sebelah barat, hujung lainnya terletak di Shanhaiguan.  Berada di timur China, Shanhaiguan dijuluki sebagai Old Dragon's Head atau disebut juga Laolongtou.  Hujungnya terapung di permukaan Laut Bohai.  Tempat ini juga menjadi destinasi pelancongan kerana di atasnya terdapat menara pemantau dan sebuah kuil.

Shanhaiguan atau Shanhai Pass berlokasi dekat Kota Qinhunangdao, 300 kilometer sebelah timur Beijing.  Shanhai Pass memanjang 5 kilometer, bermuara langsung ke laut Bohai.








Friday, 24 August 2012

Cool : Khazret Sultan, Masjid Terbesar Di Asia Tengah (gambar)


Masjid Khazret Sultan yang terletak di Astana, Kazakhstan ini merupakan masjid  yang terbesar di Asia Tengah.  Ianya dirasmikan pada 6 Julai 2012 sempena ulangtahun ke 14 bandar tersebut dan juga tarikh lahir presiden negara itu iaitu President Nursultan Nazarbaev.

Masjid ini mengambil masa 2 tahun untuk disiapkan dan dapat memuatkan lebih 5,000 orang jemaah pada satu-satu masa.  Lebih 70% penduduk Kazakhstan ialah muslim.







Saturday, 7 July 2012

Keunggulan Masjid Kobe Yang Ajaib

Siri pengeboman daripada 17 Mac sehingga 30 Jun 1945 oleh pesawat pengebom milik Amerika Syarikat, American B-29 telah meranapkan hampir keseluruhan bangunan-bangunan di bandar Kobe. Ekonomi bandar Kobe turut sama runtuh akibat daripada pengeboman besar-besaran Amerika Syarikat tersebut. Kobe yang dahulunya menempatkan kilang industri dan perlabuhan terpenting Jepun telah musnah teruk hanya dalam masa beberapa bulan sahaja.

Dianggarkan bahawa sebanyak 8,841 nyawa penduduk Kobe terkorban samada akibat daripada impak pengeboman dan kebakaran yang dasyhat. Manakala penduduk Kobe yang terselamat pula kehilangan seluruh rumah dan desa penempatan mereka. Dengan kata lain, ia bagaikan padang jarak padang terkukur. Impaknya sungguh dasyhat sehingga novelis kelahiran Jepun, Akiyuki Nosaka mengabadikan nostalgia tersebut dalam novel terkenal karyanya, A Grave of Fireflies.

Namun, tahukah pembaca semua bahawa terdapat sebuah keajaiban yang perlu pembaca ketahui selepas siri pengeboman dasyhat itu berakhir. Apakah keajaiban tersebut?

Masjid Yang Tidak Musnah

Di saat bangunan di sekelilingnya rebah menyembah bumi, bangunan yang dijadikan masjid di Kobe atau lebih dikenali sebagai Kobe Muslim Mosque langsung tidak terusik. Bagai mempunyai kekebalan yang luar biasa, Kobe Mosque hanya mengalami ‘luka-luka’ ringan sahaja. Hanya kaca tingkap yang musnah akibat kekuatan ledakan bom dan juga bahagian luar bangunannya yang retak sedikit impak daripada bom. Walaubagaimanapun, warna asal Kobe Muslim Mosque bertukar menjadi hitam akibat asap yang dihasilkan oleh bom dan jelaga daripada bangunan sekitarnya yang terbakar teruk.




Hanya Kobe Muslim Mosque(dalam bulatan) yang berdiri teguh miskipun bangunan di sekelilingnya hancur lebur dibom Amerika Syarikat


‘Kekebalan’ Kobe Muslim Mosque turut melindungi tentera-tentera Laut Jepun yang berlindung di dalamnya. Malahan, senjata yang disimpan di dalamnya juga tidak musnah. Dan ia merupakan satu-satunya peralatan perang yang berjaya diselamatkan oleh tentera Jepun daripada serangan bom tersebut. Namun, jumlah senjata yang terselamat tidak mampu menyelamatkan Jepun daripada menyerah kalah kepada Pakatan Berikat pada Julai 1945.

Ia amat menakjubkan lebih-lebih lagi gambar di mana Kobe Muslim Mosque tidak rosak mahupun musnah telah diabadikan dalam banyak imej dan novel berkaitan dengan bandar Kobe era Perang Dunia Kedua.

Lihat dan nilailah sendiri kekuasaan Allah Taala yang memelihara rumah-Nya.

Bagaimana Boleh Kobe Mosque Dibina Di Tengah-Tengah Bandar Kobe?
Kobe mengalami pengembangan Islam yang sangat pesat menjelang kurun ke-20. Ia disebabkan oleh penghijrahan beramai-ramai masyarakat Turki-Tartar yang beragama Islam ke Kobe setelah berlaku peralihan kuasa daripada sistem monarki kepada sistem Komunis pada tahun 1917 di Rusia. Sejak daripada peralihan kuasa itu, pemerintah Komunis yang diketuai oleh Vladimir Lenin dengan rakusnya menceroboh negara-negara jirannya yang lemah termasuk negara yang dikuasai oleh orang Islam. Pemerintah Jepun yang bermusuhan dengan Rusia telah memberi suaka kepada seluruh pelarian beragama Islam tersebut di Jepun terutama di bandar Kobe.

Sejak daripada detik tersebut, Islam terus berkembang pesat di Kobe sehingga berdirinya sebuah masjid yang pertama di Jepun iaitu Kobe Muslim Mosque pada Oktober 1935. Masjid yang didirikan atas dasar ketaqwaan kepada Allah swt ini telah dibantu dengan tajaan wang oleh Sultan Turki Othmaniyyah dan Komuniti Muslim Kobe. Bangunan bersejarah ini telah direka persis seperti Masjid Biru di Turki oleh seorang arkitek berbangsa Czech, Jan Josef Svagr. Ia siap sepenuhnya pada Oktober 1935 dan digunakan secara rasminya sejak daripada tarikh tersebut sehingga ia diambil oleh Tentera Laut Imperialis Jepun pada 1943. Namun, selepas terselamat daripada binasa semasa pengeboman besar-besaran pada tahun 1945, masjid ini telah diberi mandat untuk digunakan secara bebas oleh seluruh umat Islam Kobe tanpa sebarang masalah dan birokrasi kerajaan.

Masjid ini menjadi mencu tanda bandar metropolitan Kobe. Ia masih digunakan oleh umat Islam Kobe sehingga ke hari ini.

Terselamat Daripada Musnah Buat Kali KEDUA
Samaada ia adalah kebetulan ataupun rahmat Allah Taala di bumi Kobe, Kobe Muslim Mosque sekali lagi terselamat daripada binasa pada 17hb Januari 1995 susulan gempa bumi berukuran 6.5 MMS(moment magnitude scale). Gempa bumi dashyat itu memusnahkan hampir keseluruhan sistem penghubungan bandar Kobe terutama Hanshin Expressway, Kobe Rapid Railway dan pelabuhan Kobe. Pelabuhan Kobe yang dulunya adalah pelabuhan paling sibuk di Jepun telah rosak teruk sehingga ia jatuh ke tangga ketiga selepas daripada tragedi Januari 1995 itu.

Tragedi yang dikenali sebagai Hanshin Great Earthquake ini telah memakan korban sebanyak 6,434 orang di seluruh bandar Kobe manakala 300,000 orang mangsa yang terselamat pula kehilangan tempat tinggal. Tetapi, alangkah ajaibnya apabila melihat bangunan masjid yang berusia hampir tujuh dekad ini masih lagi tersergam indah tatkala bangunan moden yang baru berusia satu dekad atau kurang runtuh menyembah bumi.

Hanshin Great Earthquake adalah gempa bumi kedua terbesar di Jepun selepas gempabumi yang melanda Jepun pada 1923.

Itulah kekuasaan Allah swt terhadap rumah-Nya daripada sebarang bencana dan kerosakan. SubhanaAllah. ISLAM TERBUKTI BENAR!!

Sumber:

Penemuan Kota Kaum A’ad Membuktikan Kemukjizadan Al-Quran

Satu ketika dahulu, ramai ragu-ragu tentang kewujudan kaum A’ad seperti yang termaktub dalam al-Quran. Ketika ayat mengenai kehancuran kaum A’ad diturunkan, ramai terkejut dengan kedashyatan azab Allah terhadap kaum nabi Hud as tersebut. Namun, rata-rata umat Islam ketika itu langsung tidak tahu-menahu mengenai kaum yang disebut Allah swt sebagai kaum A’ad tersebut.

Begitu juga apa yang dialami oleh kaum Yahudi yang menetap bersama-sama umat Islam di Madinah. Mereka mendengar desas-desus turunnya ayat tentang kaum A’ad tersebut. Dalam kitab suci mereka iaitu Taurat tidak langsung menceritakan kemusnahan kaum A’ad sedangkan kaum-kaum lain seperti kaum Lut as, kaum Nuh as dan sebagainya diceritakan dengan terperinci dalam kitab mereka. Berikutan itu, kaum Yahudi terus menyebarkan fitnah bahawa kaum A’ad sebenarnya tidak pernah wujud dan apa yang diberitakan dalam al-Quranul karim hanyalah omongan kosong yang langsung tidak berfakta.

Ternyata orang Yahudi silap
Tahun berganti tahun, abad berganti abad. Ramai orientalis mula datang ke tanah arab untuk mengkaji dan menyelidik kitab suci al-Quran, syair-syair dan cerita penglipur lara popular di tanah arab. Antara orientalis paling popular yang pernah datang ke tanah arab adalah T. E. Lawrence atau lebih dikenali dengan Lawrence of Arabia.

Lawrence of Arabia
Kepada yang belum mengenali siapakah Lawrence of Arabia, beliau adalah orientalis yang bertanggungjawab menghasut pemimpin tanah arab untuk memberontak kepada kerajaan Turki Othmaniyyah sekitar tahun 1916-1918. Disebabkan hasutan dan dokongan daripada Lawrence of Arabia tersebut, tanah arab akhirnya bebas daripada menjadi jajahan Turki Othmaniyyah dan King Saud diangkat menjadi pemimpin besar tanah arab. Kerajaan baru yang ditubuhkan dikenali sebagai Arab Saudi. Dan kerajaan Arab Saudi kekal memerintah tanah arab sehingga ke hari ini. Lawrence of Arabia yang juga seorang Leftenan Kolonel tentera Diraja Britain meninggal dunia pada 19 Mei 1935 akibat kemalangan jalan raya. Ketika itu beliau berumur 45 tahun.

‘Jasa’ Lawrence of Arabia
Miskipun Lawrence of Arabia boleh dikatakan musuh di dalam selimut kepada umat Islam, namun jasanya kepada penemuan kota Iram yang dikatakan sebagai kota kaum A’ad tidak boleh disangkal. Beliau adalah insan pertama daripada Eropah yang sangat berminat dengan‘Lost City’ Iram. Beliau yang hidup dengan cara orang Badwi dan kemampuannya berkomunikasi dalam bahasa Arab dengan fasih membuatkan cerita mengenai kemusnahan tamadun kaum A’ad mudah sampai ke telinganya.

Kerana sangat berminat dengan kisah kaum A’ad dan kotanya yang memiliki tiang-tiang yang besar, Lawrence of Arabia telah mengelarnya dengan gelaran ‘Atlantis of the Sands’.Seperti kota Atlantis, kota Iram juga kelihatan mustahil untuk ditemui. Lawrence of Arabia juga tidak yakin apakah kota tersebut benar-benar wujud. Baginya, ia sekadar cerita dogeng yang terkandung dalam al-Quran.

Atlantis of the Sands
Sebenarnya, apa yang ditulis oleh Lawrence of Arabia mengenai kota Iram yang digelar beliau sebagai ‘the Atlantis of the Sands’ telah menarik minat beberapa ahli arkeologi daripada Eropah kemudian harinya. Mereka adalah Nicholas Clapp, George Hedges, Dr. Juris Zarins dan Ranulph Fiennes.

Lawrence of Arabia a.k.a T. E. Lawrence

Pada akhir tahun 80-an dan awal 90-an, keempat-empat individu ini telah berusaha untuk mencari satu tamadun yang musnah sepertimana yang disifatkan dalam al-Quran. Rujukan utama keempat-empat mereka adalah berdasarkan al-Quranul karim dan cerita-cerita lisan daripada masyarakat Badwi.

Dr. Zarins yang bertindak sebagai ketua arkeologi dalam pencarian tersebut telah bersama-sama Nicholas Clapp dan George Hedges meminta NASA merakamkan gambar sekitar tempat yang dimaksudkan mempunyai potensi untuk dikaitkan dengan kota purba Iram yang telah musnah. Gambar tersebut telah dirakamkan menggunakan satelit NASA,SPOT(Satellite Pour I’Observation de la Terre). Rakaman tersebut mengejutkan mereka apabila ia jelas memaparkan laluan unta dan sebuah runtuhan kota purba yang kelihatan mengelilingi sebuah ‘runtuhan’ oasis.

Kota Iram yang dirakam oleh satelit NASA.

Namun laluan perdagangan dan runtuhan kota purba tersebut tidak mampu dilihat jelas pada mata kasar. Imej tersebut telah dirakamkan di Rub’al Khali, Oman yang terletak di selatan Semenanjung Arab.

Pada 1992, eskavasi telah dimulakan. Daripada hasil penemuan arkeologi, mereka bersepakat bahawa ia adalah kota Iram yang musnah seperti yang dimaksudkan dalam al-Quran berdasarkan pentarikhan karbon menyatakan ia dibina sekitar 6,000 tahun sebelum masihi. Menurut mereka lagi, kota yang ditemui itu adalah salah satu kota yang dimiliki oleh kaum A’ad dan banyak lagi yang tenggelam dalam ‘lautan’ pasir.

Kota purba Iram menurut gambaran seorang pelukis.

Keajaiban Al-Quran
Terdapat beberapa persamaan hasil penemuan arkeologi dengan ayat-ayat Allah swt yang menceritakan kisah kaum A’ad dan nabi Hud as. Antaranya adalah berkenaan dengan pembinaan tiang-tiang yang sangat tinggi yang mana tidak pernah dibina oleh sesiapa pun sebelumnya.

1. Tiang-tiang tinggi
Dalam al-Quran ada menyebut tentang kota Iram yang disifatkan mempunyai tiang-tiang yang tinggi,
6. Apakah kamu tidak memperhatikan bagaimana Tuhanmu berbuat terhadap kaum  ’Aad? 7. (iaitu) penduduk Iram yang mempunyai bangunan-bangunan yang tinggi 8. yang belum pernah dibangun (suatu kota) seperti itu, di negeri-negeri lain, 
Surah al-Fajr ayat 6-8

Firman Allah swt telah dapat dibuktikan melalui hasil penemuan arkeologi pada 1992. Clapp yakin bahawa yang kota purba yang ditemui adalah Iram berdasarkan kepada tapak-tapak tiang yang berbentuk segiempat sama. Dipercayai bahawa tiang-tiang yang dibina adalah 7 batang kesemuanya.

2. Membina Benteng-benteng
Kaum A’ad juga diriwayatkan membina benteng-benteng. Ia diceritakan Allah dalam surah as-Syu’araa’ ayat 128 sehingga 130.
128. Apakah kamu mendirikan pada tiap-tiap tanah tinggi bangunan untuk bermain-main 129. dan kamu membuat benteng-benteng dengan maksud supaya kamu kekal (di dunia)? 130. Dan apabila kamu menyeksa, maka kamu menyeksa sebagai orang- orang kejam dan bengis.
Surah as-Syu’araa’ ayat 128-130 

Sepertimana perihal tiang-tiang yang tinggi yang dibina oleh kaum A’ad, mereka juga turut membina benteng yang dianggarkan mempunyai tinggi lebih daripada 2 meter. Jika mengikut rekod arkeologi, tiada tamadun sekitar 6,000BC telah membina tembok atau benteng seperti yang dibina oleh kaum A’ad. Ia bertepatan dengan apa yang Allah swt bicarakan dalam Surah al-Fajr ayat 8.

3. Terdapat kebun-kebun dan mata air
133. Dia telah menganugerahkan kepadamu binatang-binatang ternak, dan anak-anak,134. dan kebun-kebun dan mata air,
Surah as-Syu’araa’ ayat 133-134

Mengenai perihal kebun-kebun dan mata air, ia dapat dibukti melalui penemuan oasis di tengah-tengah kota Iram. Penemuan oasis merupakan titik pertama sebelum penemuan Kota purba Iram. Mata air merupakan sumber utama kepada kemajuan kota Iram satu ketika dahulu. Kaum A’ad dikatakan mencari nafkah dengan mengembala binatang ternak dan juga berdagang. Oasis milik kaum A’ad masih lagi boleh dilihat sehingga ke hari ini.

4. Dimusnahkan oleh angin kencang
41. Dan juga pada (kisah) Aad ketika Kami kirimkan kepada mereka angin yang membinasakan,42. angin itu tidak membiarkan satupun yang dilaluinya, melainkan dijadikannya seperti serbuk.
Surah adz-Dzaariyaat ayat 41-42 

Dalam ayat Allah dalam surah adz-Dzaariyaat ini, angin kencang telah membinasa kaum A’ad yang sombong. Angin tersebut telah membinasakan seluruh masyarakat A’ad yang kufur terhadap Allah swt. Hasil arkeologi membuktikan bahawa runtuhan kota Iram bagaikan serbuk dan ia bertepatan benar dengan apa yang dimaksudkan Allah swt dalam ayat 42 surah adz-Dzaariyaat.

Penutup
Bagi ahli arkeologi, miskipun runtuhan tersebut sangat dashyat sehingga sukar untuk dilihat dengan mata kasar, ia bagaimanapun masih lagi mempunyai nilai yang sangat bermakna kerana dalam sudut yang lebih besar ia membukti al-Quran merupakan kalam Allah yang penuh mukjizat.

Kota yang dikatakan mustahil untuk ditemui ini akhir telah ditemui oleh seorang ahli arkeologi bukan muslim dan sepertimana yang diberitahu sebelum ini, rujukan utama mereka adalah al-Quran. Pembaca semua, ingatlah ayat Allah azza wa jalla ini,
Sesungguhnya pada kisah-kisah mereka itu terdapat pengajaran bagi orang-orang yang mempunyai akal. Al Quran itu bukanlah cerita yang dibuat-buat, akan tetapi membenarkan (kitab-kitab) yang sebelumnya dan menjelaskan segala sesuatu, dan sebagai petunjuk dan rahmat bagi kaum yang beriman.
Surah Yusuf ayat 111 

Gambar-gambar runtuhan kota Iram:


Sebuah runtuhan oasis

Di sekitar runtuhan kota Iram

Air daripada runtuhan oasis masih lagi boleh digunakan.

Sumber:

Menara Abraj Al-Bait, Makkah Adalah Menara/Hotel Terbesar Dunia (gambar)

Aku Stress Giler: Cool : Menara Abraj Al-Bait, Makkah Adalah Menara/...: Menara Abraj Al-Bait, Makkah Adalah Menara/Hotel Terbesar Dunia. Menara Abraj Al-Bait atau lebih dikenali sebagai  “Menara Jam Diraja ...

http://akustressgiler.blogspot.com/2012/07/cool-menara-abraj-al-bait-makkah-adalah.html?spref=bl

Friday, 6 July 2012

Misteri Binaan Piramid Akhirnya Terjawab


Sekian lama para saintis kebingungan tentang penjelasan bagaimana cara sebuah piramid yang menjadi antara binaan ajaib dunia dibina. Hal ini kerana teknologi bagi mengangkat batu-batuan besar mencapai ribuan kilogram ke puncak-puncak bangunan belum memungkinkan di zamannya. Apakah rahsia di sebalik pembinaan piramid ini?


Akhbar Amerika Times edisi 1 Disember 2006, menyiarkan berita saintifik yang mengesahkan bahawa Firaun menggunakan tanah liat untuk membina piramid! Menurut kajian tersebut disebutkan bahawa batu yang digunakan untuk membuat piramid adalah tanah liat yang dipanaskan hingga membentuk batu keras yang sukar dibezakan dengan batu asalnya.

Al-Quran Ternyata Lebih Dulu Punya Jawapan
Jika difahami lebih dalam, ternyata Al-Quran telah mendedahkan hal ini 1400 tahun sebelem mereka mendedahkannya, perhatikan sebuah ayat dalam Al Quran yang berikut:


وَقَالَ فِرْعَوْنُ يَا أَيُّهَا الْمَلَأُ مَا عَلِمْتُ لَكُمْ مِنْ إِلَهٍ غَيْرِي فَأَوْقِدْ لِي يَا هَامَانُ عَلَى الطِّينِ فَاجْعَلْ لِي صَرْحًا لَعَلِّي أَطَّلِعُ إِلَى إِلَهِ مُوسَى وَإِنِّي لَأَظُنُّهُ مِنَ الْكَاذِبِينَ

“Dan berkata Fir’aun: ‘Hai pembesar kaumku, aku tidak mengetahui Tuhan bagimu selain aku. Maka bakarlah Hai Haman untukku TANAH LIAT kemudian buatkanlah untukku bangunan yang tinggi supaya aku dapat naik melihat Tuhan Musa, dan sesungguhnya aku benar-benar yakin bahawa Dia dari orang-orang pendusta. “(Al-Qasas: 38)

Para saintis mengatakan bahawa Firaun mahir dalam ilmu kimia dalam menguruskan tanah liat hingga menjadi batu. Dan teknik tersebut menjadi hal yang sangat rahsia jika dilihat dari kodifikasi nombor di batu yang mereka tinggalkan.

Profesor Gilles Hug, dan Michel Profesor Barsoum menegaskan bahawa Piramid yang paling besar di Giza, terbuat dari dua jenis batu: batu alam dan batu-batu yang dibuat secara manual alias olahan tanah liat.

Dan dalam kajian yang diterbitkan oleh majalah “Journal of American Ceramic Society” menegaskan bahawa Firaun menggunakan jenis tanah slurry untuk membina monumen yang tinggi, termasuk piramid. Kerana tidak mungkin bagi seseorang untuk mengangkat batu berat ribuan kilogram. Sementara untuk dasarnya, Firaun menggunakan batu alam.

Lumpur tersebut merupakan campuran lumpur kapur di tungku api yang dipanaskan dengan wap air garam dan berjaya membuat wap air sehingga membentuk campuran tanah liat. Kemudian olahan itu dituangkan dalam tempat yang disediakan di dinding piramid. Ringkasnya lumpur yang sudah diolah mengikut saiz yang dikehendaki tersebut dibakar, lalu diletakkan di tempat yang sudah disediakan di dinding piramid.



Profesor Davidovits telah mengambil sampel batu piramid yang terbesar untuk dilakukan analisis dengan menggunakan mikroskop elektron terhadap batu tersebut dan mencari jejak reaksi segera yang menegaskan bahawa batu diperbuat dari lumpur. Selama ini, tanpa penggunaan mikroskop elektron, ahli geologi belum mampu membezakan antara batu alam dan batu buatan.


Sebelumnya, seorang saintis Belgium, Guy Demortier, telah bertahun-tahun mencari jawapan dari rahsia di balik pembuatan batu besar di puncak-puncak piramid. Ia pun berkata, “Setelah bertahun-tahun melakukan penyelidikan dan kajian, sekarang saya baru yakin bahawa piramid yang terletak di Mesir dibuat dengan menggunakan tanah liat.”



Penemuan oleh Dr Perancis Joseph Davidovits soal batu-batu piramid yang ternyata terbuat dari olahan lumpur ini memakan masa kira-kira dua puluh tahun. Sebuah kajian yang lama tentang piramid Bosnia, “Piramid Matahari” dan menjelaskan bahawa batu-batunya diperbuat dari tanah liat! Ini menegaskan bahawa kaedah ini tersebar luas di masa lalu. (Gambar dari batu piramid).


Sebuah gambar yang digunakan dalam casting batu-batu kuno piramid matahari mengalir di Bosnia, dan kebenaran sains mengatakan bahawa sangat jelas bahawa kaedah tertentu pada tuangan batu berasal dari tanah liat telah dikenal sejak ribuan tahun yang lalu dalam tamadun yang berbeza baik Romania atau Firaun!

Subhanallah! bukti menakjubkan yang menunjukkan bahawa bangunan bangunan raksasa, patung-patung raksasa dan tiang-tiang yang ditemui dalam tamadun tinggi saat itu, juga dibina dari tanah liat! Al-Quran adalah kitab pertama yang mendedahkan rahsia bangunan piramid, bukan para Ilmuwan Amerika dan Perancis.

Kita tahu bahawa Nabi saw tidak pergi ke Mesir dan tidak pernah melihat piramid, bahkan mungkin tidak pernah mendengar tentangnya. Kisah Firaun, terjadi sebelum masa Nabi saw ribuan tahun yang lalu, dan tidak ada satu pun di muka bumi ini pada masa itu yang mengetahui tentang rahsia piramid. Sebelum ini, para saintis tidak pasti bahawa Firaun menggunakan tanah liat dan panas untuk membina monumen tinggi kecuali beberapa tahun kebelakangan ini.

Ajaib, 1400 tahun yang lampau, Nabi Muhammad saw, berbilang tahun selepas Berakhirnya Dinasti Firaun memberitahu bahawa Firaun membina monumen yang kelak dinamakan Piramid menggunakan TANAH LIAT.

Kenyataan ini sangat jelas dan kuat membuktikan bahawa Nabi Muhammad saw tidaklah berbicara sesuai hawa nafsunya saja melainkan petunjuk dari Allah yang menciptakan Firaun dan menenggelamkannya, dan Dia pula yang menyelamatkan nabi Musa … Dan Dia pula yang memberitahu kepada Nabi terakhir-Nya akan hakikat ilmiah ini, dan ayat ini menjadi saksi kebenaran kenabiannya di kemudian hari.

Tuesday, 29 May 2012

Kisah Ka'abah yang tidak ramai ketahui...



Sedikit maklumat berkaitan Kaabah...


1. Mekah adalah kawasan yang mempunyai graviti paling stabil.

2. Tekanan gravitinya tinggi, dan di situlah berpusatnya bunyi-bunyian yang membina yang tidak boleh didengar oleh telinga.

3. tekanan graviti yang tinggi memberi kesan langsung kepada sistem imun badan untuk bertindak sebagai pertahanan daripada segala serangan penyakit.

4. graviti tinggi = elektron ion negatif yang berkumpul di situ tinggi=doa akan termakbul kerana di situ adalah tempat gema atau ruang dan masa serentak.

5. Apa yang diniatkan di hati adalah gema yang tidak boleh didengar tetapi boleh dikesan frekuensinya. Pengaruh elektron menyebabkan kekuatan dalaman kembali tinggi, penuh bersemangat untuk melakukan ibadat, tidak ada sifat putus asa, mahu terus hidup, penyerahan diri sepenuhnya kepada Allah.

6. Gelombang radio tidak boleh mengesan kedudukan Kaabah.

7. Malah teknologi satelit pun tidak boleh meneropong apa yang ada di dalam Kaabah. Frekuensi radio tidak mungkin dapat membaca apa-apa yang ada di dalam Kaabah kerana tekanan graviti yang tinggi.

8. Tempat yang paling tinggi tekanan gravitinya, mempunyai kandungan garam dan aliran anak sungai di bawah tanah yang banyak. Sebab itu lah jika bersembahyang di Masjidilharam walaupun di tempat yang terbuka tanpa bumbung masih terasa sejuk.

9. Kaabah bukan sekadar bangunan hitam empat persegi tetapi satu tempat yang ajaib kerana di situ pemusatan tenaga, graviti, zon magnetisme sifar dan tempat yang paling dirahmati.

10. Tidur dengan posisi menghadap Kaabah secara automatik otak tengah akan terangsang sangat aktif hingga tulang belakang dan menghasilkan sel darah.

11. Pergerakan mengelilingi Kaabah arah lawan jam memberikan tenaga hayat secara semula jadi daripada alam semesta. semua yang ada di alam ini bergerak mengikut lawan jam, Allah telah tentukan hukumnya begitu.

12. Peredaran darah atau apa saja di dalam tubuh manusia mengikut lawan jam. Justeru dengan mengelilingi Ka abah mengikut lawan jam, bermakna peredaran darah di dalam badan meningkat dan sudah tentunya akan menambahkan tenaga. Sebab itulah orang yang berada di Mekah sentiasa bertenaga, sihat dan panjang umur.

13. Manakala bilangan tujuh itu adalah simbolik kepada tidak terhingga banyaknya. Angka tujuh itu membawa maksud tidak terhad atau terlalu banyak. Dengan melakukan tujuh kali pusingan sebenarnya kita mendapat ibadat yang tidak terhad jumlahnya.

14. Larangan memakai topi, songkok atau menutup kepala kerana rambut dan bulu roma(lelaki) adalah ibarat antena untuk menerima gelombang yang baik yang dipancarkan terus dari Kaabah. Sebab itu lah selepas melakukan haji kita seperti dilahirkan semula sebagai manusia baru kerana segala yang buruk telah ditarik keluar dan digantikan dengan nur atau cahaya yang baru.

15. Selepas selesai semua itu baru lah bercukur atau tahalul. Tujuannya untuk melepaskan diri daripada pantang larang dalam ihram. Namun rahsia di sebaliknya adalah untuk membersihkan antena atau reseptor kita dari segala kekotoran supaya hanya gelombang yang baik saja akan diterima oleh tubuh.

Sesungguhnya hanya Allah Yang Maha Mengetahui

Thursday, 10 May 2012

Cool : Masjid Pertama Dibina Di Dasar Laut (gambar)

Sekumpulan penyelam persendirian Arab Saudi berkata mereka berjaya membina sebuah masjid di bawah air baru-baru ini dan bersolat di dalamnya.  Masjid pertama dalam sejarah pernah dibina di dalam air.


Penyelam berkenaan menggunakan batang paip plastik besar yang diisi pasir untuk membina masjid di kawasan perairan di barat laut Tabuk dan berhampiran sempadan Jordan.  Seorang penyelam, Hamadan bin Salim Al Masoudi, berkata seorang rakannya mendapat idea untuk membina masjid berkenaan pada musim panas lalu dan mereka mengambil keputusan untuk melakukannya.


"Masjid ini adalah satu simbolik untuk menjelaskan bahawa walau di mana sekalipun kita berada, kewajiban solat hendaklah ditunaikan," katanya.

Al Masoudi berkata, pembinaan masjid itu selesai ketika waktu Zuhur dan beliau bersama rakannya segera menunaikan solat Zuhur berjemaah.


Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...