
KESIAN ROHINGYA. MEREKA PUN ISLAM!
Betul kah kena kasihan? Cukup kah sekadar baca sentimen2 di luar sana? Takutkah dengan kebenaran?
Saya kongsikan sedikit pengalaman saya dan informasi yang dikemukakan kepada saya.
(Panjang sikit tulisan. Mohon repost dan baca hingga habis)
Saya telah mewakili beberapa orang anggota polis/ penjawat awam/ orang awam yang sangat berdedikasi sehingga menumpaskan aktiviti penyeludupan Rohingya ke Malaysia melalui sempadan laut di Utara Malaysia.
Teka apa jadi? Operasi besar besaran mereka telah disabotaj, dan polis2 yang berdedikasi ini dipertuduhkan di bawah SOSMA dan ATIPSOM!
Konon mereka pula yang sedang rancang penyeludupan. Kes tak boleh jamin, duduk dalam penjara sampai selesai kes.
Apa faktanya tentang Rohingya yang diseludup masuk menurut fakta yg dimaklumkan?
1. Rohingya yg dah menetap di sini, bayar ejen Myanmar, ejen Myanmar letak harga mahal. 15k 20k 25.
2. Ada kanak2 perempuan dan wanita dibawa masuk semata2 utk berkahwin dgn sesama mereka di Malaysia utk beranak pinak. Harga? 30k 40k
3. Sumber pendapatan? Pasar2 Borong, kedai2 makanan, gangster,, xperlu byr cukai, derma org ramai kpd "NGO" mereka.
4. Hutang pun boleh. Bayar nanti dkt ahli keluarga yg dulukan duit
Heran tak, macam mana laluan2 tegak2 ada penguatkuasa? Ada anggota? Lolos.
1 minggu 3 kapal masuk. 1 kapal ada dekat 400 orang. Ni baru 1 laluan. Mana diorang ni ada kad UNHCR yang kata masuk sah?
Negara Thai dan Indo ni, walaupun byk isu rasuah, tapi mereka akan beri laluan laut kpd kapal sbb dia tahu Rohingya ini akan diterima dgn mudah di negara kita. Mereka takkan terima Rohingya.
Saya juga dimaklumkan 1 orang nak lepas perlu bayar ufti beribu2 seorang kepada orang2 tertentu.
Nak cukupkan syarat, sesetengah2 tangkap, sesetengah2 lagi jual balik dekat ejen.
So apa yang bahayanya?
Mana2 pendatang asing dari mana2 negara. Akan pulang ke negara asal walaupun berpuluh tahun mereka di sini.
Rohingya, TAK AKAN balik. Dia memang nak beranak pinak, tuntut tanah, tuntut sekolah, tuntut itu ini, tak lama lagi tuntut hak politik pulak. Keluar depoh, jadi sah di negara ini.
Negara ni kecik je dgn penduduk berapa juta sahaja. Rasa2 nya boleh tercapai tak impian mereka ni?
Sentimen agama sering dimainkan org kita sendiri tanpa memahami implikasi dan impak serta fakta sebenar tentang kemasukan tanpa kawalan ini... main sentimen agama supaya kita simpati.
Tapi agama sahaja tak menggambarkan sikap pendatang. Sama mcm org guna sentimen Islam tapi habiskan duit derma tahfiz, anak yatim dan derma Pelestine. Nak senang faham situasi.
Informasinya yang dimaklumkan kepada saya adalah pelarian yang lari ke negara ini bukan dihalau kerana mereka ni Islam atau agama mereka menjadi sebab semata2.
Dimaklumkan ramai org Islam hidup dlm keadaan baik di Myanmar. Tapi golongan di Arakian ini mmg bermasalah, suka timbul kacau bilau, mencuri, cari gaduh, berbunuhan.
Mereka telah diberikan kawasan pulau di negara mereka,, agar tidak bercampur dengan masyarakat. Tapi dia taknak. Tapi tetap nak dtg ke negara kita. Sebab apa?
Sebab, kita simpati, kita terima, kita sokong, kita jadi tali barut seludup, kita terima ufti, orang lapor kita diamkan, kita send pulak info sabotaj operasi anggita yang betul2 berkhidmat untuk negara. Bila ada orang tulis fakta, kita kata xsensitif tentang saudara Islam.
Sibukkan hal Rohingya, kita yg mengemis di bumi sendiri.
Jenayah berluasa, cap jari pun takde rekod. Kad UNHCR palsu. Lahir xada rekod. Kahwin dgn wanita tempatan pulak.
Google lah Rohingya. Tengok berita apa yang keluar.
Apapun sokongan masing2 terpulang. Saya dulu pun derma surau lah, sekolah lah, macam macam. Namun fakta baru ini telah buka mata saya.
Bukan semua informasi disebarkan kepada kita, demi kepentingan dan tembolok pihak2 tertentu. Kita pulak jenis percaya je dan tak kaji apa2.
Sekian nukilan saya. Maaf untuk yang tak sependapat. Sekadar menzahirkan fakta yang disorokkan / xpernah kita dengar selama ini.
Tahniah semua anak guam yg menang, dilepaskan & dibebaskan dlm kes Atipsom dan Sosma 2025/26

Mula-mula rakyat dikejutkan dengan dakwaan kewujudan satu bangunan besar yang dibina secara tidak terancang di Hulu Langat.
Tetapi semakin banyak maklumat dan gambar dikongsi, semakin ramai yang mendakwa isu ini bukan lagi melibatkan sebuah bangunan semata-mata.
Sebaliknya, apa yang didakwa wujud adalah sebuah penempatan yang semakin membesar sehingga menyerupai sebuah perkampungan.
Menurut maklumat yang tular, penempatan tersebut terletak di kawasan Sungai Makau, Kampung Sungai Makau, Sungai Tekali, Dusun Tua, Hulu Langat.
Lebih mengejutkan, terdapat dakwaan bahawa jumlah penghuni di kawasan itu melebihi 400 orang terdiri daripada pelbagai peringkat umur dan jantina.
Malah, netizen turut mendakwa terdapat beberapa bangunan dan asrama bertingkat yang dibina di kawasan penempatan tersebut.
Jika dakwaan ini benar, persoalan yang timbul bukan lagi soal satu dua rumah yang dibina secara haram.
Persoalannya jauh lebih besar.
Bagaimana sebuah penempatan yang dikatakan menempatkan ratusan penghuni boleh berkembang sehingga ke tahap ini?
Adakah pihak berkuasa mengetahui kewujudannya?
Adakah tanah tersebut mempunyai status yang membenarkan pembangunan sedemikian?
Bagaimana pula dengan aspek keselamatan, kebersihan, bekalan air, elektrik dan sistem kumbahan?
Dan yang paling penting, adakah semua penghuni di kawasan tersebut mempunyai dokumen yang sah untuk berada di negara ini?
Rakyat bukan meminta sesuatu yang luar biasa.
Rakyat hanya mahukan penjelasan yang jelas dan tindakan yang tegas sekiranya benar berlaku pelanggaran undang-undang.
Jika dakwaan yang tular ini tidak benar, maka penjelasan rasmi perlu diberikan.
Tetapi jika benar sebuah perkampungan dengan ratusan penghuni telah terbentuk tanpa kebenaran yang sewajarnya, maka rakyat berhak bertanya:
Bagaimana perkara sebesar ini boleh berlaku tanpa disedari atau tanpa tindakan yang berkesan selama ini?
https://www.facebook.com/share/18j2QqkumT/

Majoriti Rohingya yang tiba di Malaysia sejak akhir 1970-an melalui laluan laut menggunakan bot atau kapal kecil, biasanya merentasi Teluk Benggala dan Laut Andaman...
Mereka berlepas dari wilayah Rakhine di Myanmar atau dari kem-kem pelarian di Bangladesh sebelum cuba memasuki Malaysia atau Indonesia...
Jika berlepas dari Rakhine State ke pantai barat Malaysia, jarak perjalanan boleh mencecah antara 1,500 hingga 2,000 kilometer, bergantung kepada laluan yang diambil...
Perjalanan ini bukanlah mudah. Ia boleh mengambil masa beberapa minggu dalam keadaan cuaca baik, malah boleh melebihi sebulan sekiranya bot mengalami kerosakan, kehabisan bekalan atau terpaksa berpatah balik...
Sepanjang perjalanan, pelbagai tragedi boleh berlaku seperti:
• Bot terlebih muatan
• Kekurangan makanan dan air bersih
• Cuaca buruk serta laut bergelora
• Bot hanyut di tengah laut selama berminggu-minggu
Untuk memberi gambaran, jarak perjalanan tersebut lebih kurang seperti memandu dari Kuala Lumpur ke Bangkok dan kembali semula ke Kuala Lumpur...
Ramai yang sanggup mengambil risiko ini kerana mereka merasakan kehidupan di tempat asal atau di kem pelarian lebih sukar daripada risiko perjalanan laut yang panjang dan berbahaya...
Antara faktor utama yang mendorong mereka melarikan diri ialah konflik yang berlarutan di Myanmar, ketiadaan pengiktirafan kewarganegaraan, serta kemiskinan dan keadaan hidup yang mencabar di kem pelarian...
Kerajaan Myanmar pula berpendapat Rohingya bukan salah satu daripada 135 kumpulan etnik rasmi negara itu... Mereka dianggap sebagai keturunan pendatang dari wilayah Bengal (kini Bangladesh) yang berhijrah semasa era penjajahan British... Atas sebab itu, Myanmar tidak mengiktiraf mereka sebagai etnik pribumi negara tersebut...
Malaysia menjadi salah satu destinasi pilihan kerana:
• Negara majoriti Muslim
• Sudah mempunyai komuniti Rohingya yang besar
• Peluang pekerjaan yang dianggap lebih baik berbanding kehidupan di kem pelarian
Menurut data UNHCR, Malaysia menempatkan lebih 180,000 pelarian dan pencari suaka, dengan lebih 125,000 daripadanya terdiri daripada etnik Rohingya...
Namun begitu, isu Rohingya terus menjadi perdebatan dalam kalangan rakyat Malaysia. Ada yang melihatnya dari sudut kemanusiaan dan tanggungjawab membantu golongan yang teraniaya, manakala ada juga yang membangkitkan isu keselamatan, ekonomi, kemudahan awam dan keupayaan negara untuk menampung kemasukan pelarian dalam jumlah yang besar...
Muhammad Haffiz
#mhmautomotive #infoautomotive #kisahdansejarah
https://www.facebook.com/share/p/1CsgyZn4bM/
-------------------------------------------------------------
Arkib : 11 Jun 2026
INGAT SENANG KE NAK SELUDUP MASUK ROHINGYA TANPA SISTEM SINDIKET LENGKAP DAN TERANCANG MERENTAS BEBERAPA NEGARA?
- Duit dibayar keluarga kepada ejen Rohingya di Malaysia, mengikut lokaliti cth utara? Selatan? Tengah? Darat? Laut?
- Bayaran 15k, 20k, 25k tiap seorang. bergantung umur, jantina dan fungsi mereka untuk bekerja dll. Bayaran 30k 40k untuk kanak kanak permpuan/ wanita untuk bernikah di Malaysia.
- Ejen Rohingya bayar kepada ejen di Myanmar siap dengan nama dan detail orang yang perlu dibawa masuk ke Malaysia.
- Perancangan bot kecil yang mengambil mereka di persisiran pantai Myanmar. Di bawa naik ke atas bot lebih besar di Bangladesh.
- Tukar bot lagi di tengah laut. Lalu perairan Thai dan Indonesia
- Menunggu bot bot lain mengambil di tengah laut.
- Tekong laut (Malaysia) ambil dan tukar bot lagi kepada yang lebih kecil untuk masuk laluan tempatan
- Sampai di jeti naik lori (tekong darat - Malaysia)
- Rumah penampungan utk transit ( disewa ejen Rohingya di Malaysia
- Dijemput kereta (tekong darat - Malaysia)
- Penghantaran ke lokasi lokasi lain dalam kumpulan kecil
Anak guam saya, ASP Faizal mempunyai rekod perkhidmatan cemerlang selama 16 tahun dengan 18 operasi berjaya dijalankan sebelum itu bersama pegawai dan anggota2 kumpulannya. 4 daripada oeprasi Rohingya.
Dalam operasi ke 19, tiba tiba habis kesemua mereka ditangkap dan didakwa di bawah SOSMA dan ATiPSOM.
Ironinya, operasi yang dilakukan dalam keadaan rahsia dan tertutup, berjaya semuanya. Yang di maklumkan, yang di tuliskan laporan setiap pergerakan. Yang itu pula yang gagal.
Nak hapuskan penyeludupan PATI Rohingya? Kita semua perlu hapuskan talibarut. Bukan hapuskan orang yang bekerja dengan baik dan jujur demi negara.
Alhamdulillah anak guam dan kesemua yang lain sudah pun dilepaskan dan dibebaskan. Semoga jadi pengajaran untuk semua.
https://www.facebook.com/share/1GETsZGhcz/

Apa alasan sekalipun, ini adalah tindakan buli yang sangat melampau.
Saya tak pernah sokong mereka ada di sini. Saya juga tak suka kelakuan yang dibuat oleh segelintir kaum mereka.
Teruskan bersuara untuk minta mereka dihantar pulang ke tempat asal atau negara yang menyokong dan tandatangan konvensyen pelarian.
Saya banyak menulis tentang isu yang melibatkan mereka dan setuju agar mereka dihantar balik.
Ya. Saya ubah lirik lagu jadi “Selamat Jalan Rohingya”.
Tapi bukan begini kelakuan kita pada manusia lain.
Budak tu pasti akan trauma.
Jangan pukul rata anggap semuanya adalah jenis paksa untuk beri sedekah, meludah dan memukul orang.
Ya ini tahah air kita.
Tapi tak bermaksud kita lebih mulia, lagi maksum atau ini cara Islam yang sebenar.
Sungguh. Tak lawak langsung tengok apa yang budak ni kena dan sedih baca komen.
Jangan pernah kita raikan perbuatan buli, pada sesiapa sekalipun.
"Janganlah salah seorang di antara kalian menzalimi orang lain, atau membalas dendam dengan cara yang menzalimi." (HR. Bukhari, Kitab Al-Adab, Hadis no. 6010)
-
Alang-alang jemput semua baca penulisan saya tentang kedai haram warga asing dan sindiket Ali Baba.
https://www.facebook.com/WanAhmadAfiqNoordin/posts/pfbid02fzycBJn1yAnojGKEsA6kQNCUzWYK8p8Ei1Ba7EpowoJ4wmAEvacNwFff4Br4m3ohlhttps://www.facebook.com/share/p/1BG9ZffxwK/

Rakyat Malaysia Berhak Didengari Terlebih Dahulu!
Saya menghormati hak mana-mana NGO untuk bersuara dan memperjuangkan isu kemanusiaan. Namun persoalan yang bermain di fikiran ramai rakyat Malaysia hari ini sangat mudah:
Mengapa begitu lantang mempertahankan Rohingya, tetapi begitu perlahan mendengar keresahan rakyat Malaysia sendiri?
Rakyat bukan membenci kerana suka-suka. Rakyat sedang meluahkan kebimbangan yang telah lama dipendam. Isu keselamatan, kebersihan, pekerjaan, penguatkuasaan undang-undang, kegiatan jenayah serta beban sosial yang dikaitkan dengan pendatang tanpa izin bukan lagi perkara baharu. Ini adalah realiti yang dirasai oleh masyarakat di lapangan.
Apabila rakyat bersuara, mereka terus dilabel sebagai rasis, xenofobia atau penyebar kebencian. Sedangkan ramai hanya menuntut satu perkara:
Undang-undang negara dihormati dan dikuatkuasakan secara adil.
Kemanusiaan tidak boleh dijadikan alasan untuk menutup mulut rakyat yang mempunyai kebimbangan yang sah. Pada masa yang sama, kemanusiaan juga tidak boleh mengatasi kedaulatan sesebuah negara.
Malaysia telah menunjukkan belas ihsan selama puluhan tahun. Tetapi belas ihsan tidak bermaksud negara perlu menanggung beban tanpa had. Setiap negara mempunyai kapasiti dan tanggungjawab terhadap rakyatnya sendiri terlebih dahulu.
Jika NGO benar-benar mahu menjadi suara keadilan, dengarlah kedua-dua pihak. Dengarlah juga suara nelayan yang terkesan, penduduk yang berdepan masalah sosial, peniaga kecil yang bersaing untuk mencari rezeki, dan rakyat yang mahukan penguatkuasaan lebih tegas.
Membela pelarian bukan satu kesalahan. Tetapi mengabaikan keresahan rakyat sendiri juga bukan satu kebijaksanaan.
Malaysia mesti kekal berperikemanusiaan, tetapi dalam masa yang sama tegas mempertahankan keselamatan, kedaulatan dan kepentingan rakyatnya. Kerana tugas pertama sesebuah negara adalah menjaga rakyatnya sendiri.
"Kemanusiaan perlu dipertahankan, tetapi kedaulatan negara tidak boleh dikompromi. Suara pelarian wajar didengar, namun suara rakyat Malaysia wajib diutamakan."
Dan sehingga hari ini tiada satu parti politik pun yang bersuara mempertahankan keresahan rakyat. Dimana kononnya pejuang Agama, Bangsa dan Tanah Air itu?
Bila mengundi tanpa segan silu datang meraih simpati.
Abdullah Asyraf Bin Rizal
09 Jun 2026
https://www.facebook.com/share/p/183kGqK8JP/

Dahulu, kawasan sekitar KLCC sering menjadi kebanggaan rakyat Malaysia. Menara berkembar yang gah itu bukan sekadar tarikan pelancong, malah simbol kemajuan negara yang dikenali di seluruh dunia. Namun sejak kebelakangan ini, semakin ramai netizen meluahkan kebimbangan tentang perubahan suasana di kawasan tersebut.
Perbincangan hangat tercetus di media sosial apabila beberapa pengguna mendakwa kawasan sekitar KLCC kini semakin sesak dengan kehadiran peniaga tidak rasmi dan warga asing. Ada yang meluahkan rasa sedih kerana beranggapan identiti tempatan yang suatu ketika dahulu begitu menonjol kini semakin tenggelam dalam lautan manusia yang datang dari pelbagai negara.
Lebih membimbangkan, terdapat ibu bapa yang mengaku kurang selesa untuk membawa anak perempuan mereka berjalan-jalan di kawasan itu. Walaupun dakwaan tersebut merupakan pandangan peribadi yang dikongsikan di media sosial, ia tetap mengundang perdebatan tentang aspek keselamatan, keselesaan awam dan imej lokasi pelancongan utama negara.
Dalam masa yang sama, perhatian turut tertumpu kepada pihak berkuasa tempatan.
Ramai mempersoalkan keberkesanan tindakan penguatkuasaan selepas mendakwa masih terdapat gerai atau stall yang beroperasi di kawasan tertentu sekitar KLCC. Ada yang beranggapan tindakan lebih tegas perlu diambil bagi memastikan kawasan ikonik negara itu kekal tersusun, bersih dan selesa untuk semua pengunjung.
Namun begitu, terdapat juga pihak yang mengingatkan agar isu ini dilihat secara seimbang. Kehadiran pelancong dan pekerja asing merupakan sebahagian daripada realiti sebuah bandar raya antarabangsa. Apa yang lebih penting ialah memastikan peraturan dipatuhi, aktiviti perniagaan dikawal dengan baik dan keselamatan awam sentiasa menjadi keutamaan.
Apa pun pandangan yang diberikan, satu perkara jelas apabila semakin ramai rakyat mula bersuara mengenai keadaan KLCC. Bagi mereka, isu ini bukan sekadar mengenai lambakan orang atau gerai, tetapi tentang bagaimana sebuah ikon negara harus dijaga supaya terus menjadi kebanggaan generasi akan datang.
DISCLAIMER: Kandungan ini berdasarkan pandangan dan komen netizen yang tular di media sosial. Dakwaan yang dikemukakan merupakan pendapat individu dan tidak semestinya mewakili keadaan sebenar secara keseluruhan. Sebarang penilaian rasmi hendaklah dirujuk kepada pihak berkuasa berkaitan.
DESCRIPTION: Netizen meluahkan kebimbangan terhadap keadaan sekitar KLCC yang didakwa semakin sesak dengan warga asing dan stall tidak rasmi. Dalam masa sama, DBKL turut dipersoalkan mengenai tahap penguatkuasaan bagi memastikan kawasan ikon negara itu kekal teratur, selamat dan selesa untuk orang ramai.
Ikuti lagi kisah-kisah pelik dan menarik dari seluruh dunia
#kisahpelik #pencarirazeki #vedioviral #troll #kisahsejarah #kisahdunia #inspirasi
https://www.facebook.com/share/p/1DLAeV3Dnk/
-------------------------------------------------------------