Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Showing posts with label Bruce Lee. Show all posts
Showing posts with label Bruce Lee. Show all posts

Tuesday, 19 July 2022

20 JULAI 1973

Hari ini 49 tahun yang lalu, Bruce Lee meninggal dunia di usia 32 tahun.

Lahir dengan nama Lee Jun-fan pada 27 November 1940 di San Francisco, Bruce Lee merupakan pelakon, pengarah penerbit & pengamal seni mempertahankan diri yang dianggap paling berpengaruh & ikon budaya pop abad ke-20.

Pengasas “Jeet Kune Do” itu memulakan karier lakonan sejak di usia kanak-kanak di Hong Kong & mula dikenali di A.S. apabila membintangi siri TV “The Green Hornet.” Filem “The Big Boss” & “Fist of Fury” meledakkan namanya di pentas antarabangsa.  

Selepas kejayaan filem pertama terbitannya, “The Way of The Dragon,” Lee menghasilkan & membintangi satu lagi filem pecah panggung, “Enter The Dragon” pada 1973. Namun 6 hari sebelum tayangannya di Hong Kong, Lee meninggal dunia dengan tragik.

Masalahnya bermula pada 10 Mei itu apabila Lee pengsan ketika sesi rakaman suara untuk filem “Enter The Dragon.” Beliau dikejarkan ke hospital & doktor mendapati Lee mengalami serebral edema, iaitu kondisi otak membengkak dek cecair berlebihan.

Selepas dirawat, Lee pulih & kembali menjalani rutin hariannya seperti biasa, namun sakit kepalanya kerap datang & pergi. Pada 20 Julai itu, Lee berada di Hong Kong & meluang sepanjang hari berbincang dengan penerbit Raymond Chow untuk filem “Game of Death.”

Kemudian Lee ke apartment temannya, pelakon Taiwan, Betty Ting. Sekitar jam 7.30pm, sebelum mereka keluar makan malam, Lee mengadu sakit kepala lalu Ting memberinya Equagesic, sejenis ubat penahan sakit, sebelum Lee baring untuk berehat.

Beberapa jam kemudian, Ting mendapati Lee tidak memberi sebarang respon. Ting menelefon Chow & doktor, masing-masing cuba menyedarkan Lee namun gagal. Lee kemudian dikejarkan ke hospital & di sana beliau disahkan sudah meninggal dunia.

Bedah siasat mendapati Lee mati disebabkan tindak balas alahan terhadap ubat penahan sakit yang diambil. Begitupun, muncul pelbagai teori konspirasi di sebalik pemergian sang jagoan itu.

Sumber: Britannica, All Thats Interesting

#PeristiwaHariIni #BruceLee

https://www.facebook.com/11726505964/posts/pfbid0367NrhpUs7YputTmPRPQ5HKLPr6SGzZNMJ6dnCupq1PTUbZW7PuXewRfL78HyHySRl/

Pautan artikel lain yang berkaitan :-

PERTAHANAN & MENYERANG - SENI KUNGFU WINGCHUN : (Seni Beladiri China)

https://normanhafizi.blogspot.com/2021/12/pertahanan-menyerang.html

KETAHUI LAH SIAPA DIA NI.......

TUMBUKAN SILAT SEBENARNYA YANG TUMPASKAN BRUCE LEE

https://normanhafizi.blogspot.com/2015/06/ketahui-lah-siapa-dia-nitumbukan-silat.html

Made in Malaysia : Seni Silat vs. Jeet Kune Do

https://normanhafizi.blogspot.com/2012/06/made-in-malaysia-seni-silat-vs-jeet.html

Monday, 6 December 2021

PERTAHANAN & MENYERANG

 SENI KUNGFU WINGCHUN : (Seni Beladiri China)

Yip Man (kiri) dan Bruce Lee (kanan)

https://www.facebook.com/184049470633/posts/10165812736945634/?substory_index=0

~~~~~~~~~~~~~~~ edit #HayamArirang

Yim Wing Chun adalah Guru Perempuan Dalam Sejarah Seni Beladiri Kungfu dari tanah besar China.

Penulis memilih seni beladiri ini kerana terdapat beberapa persamaan di dalam bentuk persilatan "PERTAHANAN MENYERANG" yang menjadi intisari bentuk seni bela diri tersebut yang mirip dengan bentuk Seni Silat dan Seni Tempur Melayu; juga tiada sombong dan tiada angkuh seperti seni beladiri Tae Kwon Do atau Karate Do.

...

[1] WING CHUN :

Mandarin : 詠春; pinyin: yǒng chūn;

Secara harfiah berarti "nyanyian musim semi (semai padi)".

Mandarin : 永春; secara harfiah berarti "musim semi abadi", juga dieja sebagai "Ving Tsun" atau "Wing Tsun" adalah seni beladiri China dan bentuk bela diri yang mengkombinasikan penyerangan dan pergelutan dengan pengkhususan pertarungan jarak dekat.

...

TOKOH BERSEJARAH :

  • The Five Elders (五祖) ; 
  • Yim Wingchun/Yan Yongchun (嚴詠春);
  • Hung Heigun/Hong Xiguan (洪熙官) ;
  • Fong Saiyuk (方世玉) ;
  • Dong Haichuan (董海川) ;
  • Yang Luchan (楊露禪) ;
  • Wu Quanyou (吳全佑) ;
  • Ten Tigers of Canton (廣東十虎) ;
  • Chen Fake (陈发科) ;
  • Chan Heung/Chen Xiang (陳享) ;
  • Wong Fei-Hung (黃飛鴻) ;
  • Sun Lutang (孫祿堂) ;
  • Huo Yuanjian Hua (霍元甲) ;
  • Ip Man/Ye Wen (葉問) ;
  • Bruce Lee/Li Xiaolong (李小龍) ;

...

[2] SEJARAH WINGCHUN :

Sejarah Wing Chun lebih banyak diceritakan turun temurun dari guru ke murid, tidak ada catatan rasmi atau prasasti mengenai siapa dan bila ia diciptakan.

Menurut versi Ip Man, Wingchun dicipta oleh Pendeta Wanita "Ng Mui" pada masa pemerintahan Maharaja Yung Cheng I, yang berkuasa (1723 M-1736 M), Dinasti Qing.

NOTA Penulis :

[Zamannya Siti Zubaidah beserta 3 Srikandi Puteri menyerang China untuk membela dan membebaskan suaminya Sultan Zainal Abidin dari 7 Puteri Kungfu China adalah tahun 1360 M - 1390 M, iaitu lebih awal dari sejarah Wingchun.

Mungkinkah Neneknda Puan Siti Zubaidah sempat menurunkan Seni Silat Melayu ketika menawan 7 Puteri Kungfu Tanah Besar China?

Kerana Adab & Adat seni persilatan zaman dahulu, yang kalah lazimnya akan berguru kepada yang menang...]

Setelah terjadi peristiwa dibakar dan dihancurkan "Biara Shaolin" di Fujian oleh pasukan tentera Dinasti Qing, ramailah pengikut Shao Lin yang mati terbakar. Beberapa "disciple" berhasil melepaskan diri dari peristiwa ini, antaranya adalah Pendeta Ng Mui (Sifu perempuan) dan juga beberapa orang murid, yang paling terkenal seperti,

  • Hung Hay Kwun (Hung Si Kuan);
  • Fong Sai Yuk (Fang Se Yu);
  • Luk Ah Choy;

~ dan satu lainnya, tidak dikenali. 

Kelima-lima "Sifu" ini adalah lima guru yang mewakili lima gaya Kungfu Shao Lin, berhasil melarikan diri dan di antaranya Ng Mui (Sifu perempuan) yang lari berlindung ke Gunung Daliang (大涼山) di perbatasan antara Yunnan dan Si Chuan.

Suatu hari, dia melihat pertarungan antara ular dan burung bangau, kemudian Ng Mui mengambil pelajaran dari mengamati pertarungan antara kedua haiwan itu dan merekacipta kombinasi pertarungan tersebut dengan kungfu Shaolin kemudian menciptakan kungfu dengan gaya baru.

Ng Mui sering membeli tauhu dari seorang tukang tauhu bernama Yim Yee (嚴二). Yim Yee mempunyai seorang anak perempuan bernama "Yim Wing Chun" (嚴詠春) yang dipaksa menikah dengan General Militari setempat yang bernama "General Wong". Ng Mui telah mengajar Yim Wing Chun ilmu kungfu gayabaru yang diciptanya untuk menyingkirkan General Wong itu untuk selamanya dan akhirnya berhasil.

Yim Wing Chun akhirnya menikah dengan tunangannya "Leung Bok Chao". Ia berhasil menurunkan teknik yang dipelajarinya dari Ng Mui ini kepada suaminya. Leung Bok Chao sendiri pernah mempelajari seni bela diri dan rajin berlatih di waktu senggangnya. Setelah pernikahan mereka, Yim Wing Chun sering berdiskusi dengan suaminya tentang teknik-teknik pertarungan.

Awalnya Bok Chao meremehkan Yim Wing Chun, karena menganggap Yim Wing Chun adalah seorang wanita yang biasa dan lemah, tetapi Yim Wing Chun berhasil memperoleh kesempatan untuk berlatih dengan suaminya dan berhasil mengalahkannya setiap kali mereka berlatih.

Leung Bok Chao pun akhirnya sedar bahawa Wing Chun bukanlah seorang wanita lemah, tetapi seorang ahli seni bela diri. Sejak saat itu ia mengagumi teknik isterinya dan sering berlatih berdua. Ia menyebut teknik ini dengan nama "Wing Chun Kuen" untuk menghormati isterinya. Dari namanya ini lah maka seni beladiri ini dikenali dengan nama KungFu "Wing Chun".

Ada juga beberapa kalangan dalam seni silat Melayu yang mendakwa bahawa Yim Wing Chun adalah seorang Mukmin yang berilmu dan warak.

Wallahu alam.

...

[3] BENTUK SENI WINGCHUN :

Wing Chun adalah sebuah bentuk seni beladiri yang sangat unik, khusus kepada pertarungan jarak dekat, memakai pukulan cepat dan tendangan dengan pertahanan yang ketat serta ketangkasan gerak kaki untuk mempercepat gerak maju.

Wing Chun yang efektif dapat dicapai dengan kordinasi antara serangan dan pertahanan yang serentak dengan serangan balas. Yakni serangan balas dilakukan serentak ketika diserang, mirip dengan bentuk pertahanan Seni Silat Melayu, iaitu "Pertahanan Menyerang" atau "Offensive Defense".

Pelatih Wing Chun harus belajar untuk melontarkan jumlah tenaga yang tepat dengan keadaan santai dan lembut. Guru Wing Chun yang baik akan mengajarkan muridnya untuk mengatasi serangan dengan mengatur posisi dan struktur tubuh mengiring daripada menghadapi langsung bersetentang.

...

Rujukan :

1] Wikipedia: Wingchun;

2] Chu, Robert; Ritchie, Rene; & Wu,

    Y. (1998). "Complete Wing Chun:

    Definitive Guide to Wing Chun's

    History and Traditions".

    Boston : Tuttle Publishing.

    ISBN 0-8048-3141-6.

3] 永春 in usage: "Leung Ting, Roots

    and Branches of Wing Tsun;

4] Robert Chu, Rene Ritchie, Y. Wu,

   "Complete Wing Chun : Definitive

    Guide to Wing Chun's History and

    Traditions";

5] "Deklarasi berdirinya Asosiasi

     Bela Diri WingChun Indonesia"

6] Kang Sin Sin Homepage;

   "Preserving the Wing Chun KungFu

    of Ip Man".

7] Samuel Kwok Homepage;

   "Preserving the Wing Chun KungFu

    of Ip Man".

...

"Bangau dan Ular, dua haiwan yang sering dijadikan lambang perguruan Wing Chun, merepresentasikan dua haiwan Shaolin yang dominan dalam teknik Wing Chun".

... https://www.facebook.com/groups/944196589713691/permalink/1038920783574604/ 

P/S : Antara pendapat menarik daripada netizen :- 

1. "Di Tanah Melayu, ada seni yang seakan-akan 'Wing Chun' dikenali dengan nama, "Lian Padukan". Mungkin admin boleh kaji asal usul silat lain padukan ni nanti insha Allah. Kita mohon "Disciple" atau Guru Seni Silat Lian Padukan kongsikan. Kita belajar silat kampongan jer ..." 

Mohd Hilme Ibrahim

2. "Mungkinkah Neneknda Siti Zubaidah sempat menurunkan Seni Silat Melayu ketika menawan 7 Puteri Kungfu Tanah Besar China?" 

Razli Ramli

Pautan artikel lain yang berkaitan :-

Ketahuilah Siapa Dia Ini...

https://normanhafizi.blogspot.com/2015/06/ketahui-lah-siapa-dia-nitumbukan-silat.html

Thursday, 25 June 2015

Ketahuilah Siapa Dia Ini...

KETAHUI LAH SIAPA DIA NI.......
TUMBUKAN SILAT SEBENARNYA YANG TUMPASKAN BRUCE LEE

Ramai generasi muda sekarang seakan lupa sebenarnya seni Silat Melayu lebih dihormati dan mempunyai kuasa yang lebih hebat berbanding seni kung fu. Penulis sendiri telah bertemu dengan salah seorang mahaguru silat gayung untuk mendengar sendiri kisah pertarungan antara Bruce Lee dengan Dato Meor Rahman.

Semuanya bermula pada 1970, bila Dato Meor mengadakan persembahan silat selama dua minggu di Osaka Jepun. Semasa di Osaka inilah Seni Silat Gayong dan Dato Meor Rahman mendapat liputan media yang sewajarnya dan mula dikenali ramai. Bermulalah cabar mencabar bertitik tolak daripada Osaka Jepun.

Pada tahun 1972, anak murid Bruce Lee datang untuk cabar Dato Meor di Taiping. Selepas itu Bruce Lee bertemu sendiri dengan Dato Meor di Hong Kong pada tahun 1973.Bruce Lee yang terkenal menerusi filemnya The Way Of Dragon telah menumpaskan Chuck Norris dalam filem tersebut. Ketangkasan kung fu Bruce Lee dengan gaya Wing Chun sekarang ini sudah boleh dilihat menerusi gaya kung fu dalam filem IP Man.

Ketika zaman gemilang beliau, Bruce Lee giat mencabar mana mana guru seni mempertahankan diri untuk menguji kehandalan beliau. Antara yang dicabar adalah mahaguru silat gayong Malaysia, Dato Meor Abd. Rahman.


Almarhum Dato' Meor Abdul Rahman Bin Daeng Uda Md. Hashim 
Mahaguru Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia

Pada tahun 1973, Mahaguru Dato’ Meor Abdul Rahman telah keluar negara untuk melawat saudaranya yang menetap di England. Pemergian beliau ditemani oleh Dato’ Syed Ahmad Jamalullail, seorang saudaranya.

Dalam perjalanan pulang ke tanahair, pesawat yang mereka naiki telah singgah sebentar di lapangan terbang di Hong Kong. Ketika menunggu penerbangan berikutnya, beliau telah disapa oleh Bruce Lee, pakar Kung Fu dan seni beladiri Jeet Kune Do (JKD). Bruce Lee telah mendapat tahu bahawa Mahaguru Seni Silat Gayong, Meor Abdul Rahman telah berada di Hong Kong.

Setelah memperkenalkan dirinya sebagai Bruce Lee, si Raja Kung Fu, Bruce Lee telah mencabar Dato’ Meor Abdul Rahman agar bertarung dengannya. Beliau ingin melihat sejauh mana hebatnya seni mempertahankan diri milik orang Melayu yang dinamakan silat itu.

Bruce Lee dengan angkuhnya berkata jika Meor Abdul Rahman menang dalam pertarungan itu, silat Meor Abdul Rahman adalah yang terbaik, tetapi jika Bruce Lee pula yang memenangi perlawanan itu, Seni Jeet Kune Do ciptaannya adalah yang terbaik di dunia.

Oleh kerana Bruce Lee terus mendesak, maka Dato’ Meor Abdul Rahman akhirnya menyahut juga cabaran daripada Bruce Lee tersebut. Untuk mengelakkan keadaan daripada menjadi gempar, Bruce Lee dan Dato’ Meor Abdul Rahman dengan ditemani oleh beberapa orang menuju masuk ke dalam bilik tetamu di lapangan terbang tersebut.

Sebaik sahaja melihat Dato’ Meor Abdul Rahman telah bersedia, Bruce Lee pun dengan kepantasan serangan kakinya pun mula mengasak. Setelah beberapa serangan berjaya dielak, akhirnya Dato’ Meor Abdul Rahman tiada pilihan lain melainkan bertindak balas dengan melepaskan satu pukulan tangan (Kipas Senandung) yang tepat mengenai rusuk Bruce Lee.

Pukulan tangan Dato’ Meor Abdul Rahman yang nyata berbisa telah menyebabkan Bruce Lee jatuh tersungkur dan menggelupur kesakitan. Kerana belas kasihan ke atas Bruce Lee, Dato’ Meor Abdul Rahman pun menawarkan bisa pukulannya ke atas Bruce Lee menggunakan air yang didoakan dan disapu ke kawasan sakit tersebut.

Setelah Bruce Lee pulih daripada kesan pukulan Dato’ Meor Abdul Rahman tersebut, akhirnya Bruce Lee dengan rendah diri, mengakui kehebatan Dato’ Meor Abdul Rahman dan ilmu silat yang dimilikinya.

Sebelum daripada itu, pada tahun 1972, serombongan pakar-pakar Kung Fu Hong Kong telah datang ke Malaysia untuk mencari tokoh-tokoh seni beladiri yang dapat bertarung dengan Bruce Lee.

Rombongan pakar Kung Fu ini telah berjumpa dengan Dato’ Meor Abdul Rahman di Taiping. Dalam pertemuan tersebut, mereka telah mencabar Dato’ Meor Abdul Rahman untuk menunjukkan kebolehan beliau. Dato’ Meor Abdul Rahman telah menangkap serta mengunci kesemua enam orang ahli-ahli Kung Fu tersebut.

Kemudian, Dato’ Meor telah menyuruh ahli-ahli Kung Fu tersebut bertemu dengan murid kanannya pula iaitu Cikgu Ahmad bin Lazim. Kesemua enam pengikut Bruce Lee itu tumpas di tangan Cikgu Ahmad Lazim.

Memandangkan Bruce Lee masih muda dan mentah, Dato’ Meor Abdul Rahman telah menasihati Bruce Lee agar melupakan sahaja niatnya hendak mencuba beliau. Namun, Bruce Lee tetap berdegil juga.


Daniel Inosanto (kiri) bersama gurunya, Bruce Lee (kanan)

Tidak lama selepas peristiwa pertarungan Bruce Lee dengan Dato’ Meor Abdul Rahman ini, Bruce Lee dilaporkan telah meninggal dunia di Hong Kong akibat penyakit misteri. (Menurut Daniel Inosanto, murid kanan Bruce Lee, di hari-hari terakhir Bruce Lee sebelum beliau ditemui mati, Bruce Lee giat mengkaji tentang Seni Silat Melayu.

Pada tahun 1973, Bruce Lee meninggal dunia pada 20 Julai 1973. Menurut Dr Langford yang merawat Bruce Lee, beliau berkata tiada siapa yang membunuh Bruce Lee, Bruce Lee yang membunuh dirinya sendiri dengan mengambil dadah secara berlebihan.


Daniel Inosanto telah memasukkan sedikit elemen silat dalam seni mempertahankan diri yang diwarisnya daripada mendiang Bruce Lee

Kini tugas Bruce Lee disambung oleh Daniel Inosanto, sebagai satu-satunya pewaris JKD yang ditauliahkan oleh Bruce Lee. Daniel Inosanto telah memasukkan Silat sebagai sebahagian daripada mata pelajaran Jeet Kune Do nya.)


Daniel Inosanto sedang menunjukkan salah satu pergerakan JKD yang mirip seperti pergerakan seni mempertahankan diri Silat Melayu

Cerita pertarungan itu telah tersebar secara meluas dikalangan pengamal bela diri antarabangsa, tetapi menjadi sudah sekian lama rahsia itu tersimpan rapi disebabkan faktor yang tertentu.

Rentetan dari kisah yang tersebar itu wartawan majalah Black Belt telah mengeluarkan lagi sekali artikel berkenaan Silat Seni Gayong dan Dato Meor Rahman pada tahun 1974. Di kalangan masyarakat awam pula, terdengar juga desas desus pertarungan Bruce Lee ini sebenarnya adalah dengan Dicky Zulkarnain seorang aktor Indonesia yang terkenal dalam cerita persilatan Si Pitung yang dihasilkan pada tahun 1970.


Antara figura penting dalam seni mempertahankan diri. Dato Meor Rahman (kiri), Bruce Lee (tengah) dan Dicky Zulkarnain (kanan)

Namun begitu Dicky Zulkarnain sendiri pernah menafikannya pada tahun 1987 di Kejuaraan Silat Sedunia di Kuala Lumpur dan mendakwa orang yang menewaskan Bruce Lee ialah seorang mahaguru yang berada di sini (di dalam stadium tersebut).

Versi Kisah Yang Lain

Terdapat juga kisah lain di mana Bruce Lee pernah ditewaskan oleh pakar shaolin, kung fu dan mereka yang tidak berpuas hati dengan beliau. Walaubagaimanapun, apa sahaja cerita sebenar yang berlaku hanya diketahui oleh rakan rakan Bruce Lee yang berada bersamanya ketika kejadian tersebut.

Diakui sendiri oleh salah seorang mahaguru seni silat gayung masih ada bahawa tumbukan Kipas Senandung itu memang amat berbisa dan punyai kekuatannya sendiri. Pesilat yang menjaga agama, akhlak dan belajar ilmu dengan tujuan yang benar memang akan mewarisi seni silat yang hebat dan luar biasa. Semua itu adalah anugerah daripada Allah S.W.T. yang hanya diberikan sedikit kepada hambanya yang berjuang ikhlas untuk menjaga agama dan bangsa.

Difahamkan, anak murid Dato Meor yang mewarisi tumbukan Kipas Senandung (yang tumpaskan Bruce Lee) ini masih ada namun berada dalam keadaan pasif dan tidak menonjol di kalangan masyarakat. Ilmu yang ada hanya digunakan untuk tujuan tertentu ketika waktu terdesak sahaja bagi menjaga agama, bangsa dan tanahair.

Oleh itu, generasi muda Melayu sekarang perlulah aktif mempelajari ilmu persilatan ini bagi menjaga maruah bangsa dan agama. Usah terlalu agung wira-wira dalam filem luar, seni silat Melayu juga sudah terbukti lebih hebat dan handal. Tuntutlah ilmu.


Sumber-sumber lain yang berkaitan :-



Kisah Bruce Lee kalah lawan dengan Silat Melayu


Bruce Lee Bintang Kung Fu Yang Menempah Nama Di Hollywood



Gambar dalam kenangan iaitu Mendiang Bruce Lee bersama dengan anak sulongnya, Brandon Lee


(Dato' Meor Vs. Bruce Lee)
Cerita benar Dato' Meor menumpaskan Mendiang Bruce Lee

https://youtu.be/LB33-3575d4

Pautan artikel lain yang berkaitan :-

Pusaka Seni Silat Gayong



PERTAHANAN & MENYERANG



Sunday, 10 June 2012

Made in Malaysia : Seni Silat vs. Jeet Kune Do


Amazingly Bruce Lee & Grand Master of Dato Meor Abdul Rahman Urban Legend:



Pada tahun 1973, Mahaguru Dato' Meor Abdul Rahman telah keluar negara untuk melawat saudaranya yang menetap di England. Pemergian beliau ditemani oleh Dato' Syed Ahmad Jamalullail

Dalam perjalanan pulang ke tanahair, pesawat yang mereka naiki telah singgah sebentar di lapangan terbang di Hong Kong. Ketika menunggu penerb...angan berikutnya, beliau telah disapa oleh Bruce Lee, pakar Kung Fu dan seni beladiri Jeet Kune Do. 

Seni Jeet Kune Do pada masa itu diiktiraf adalah yang terbaik di dunia.Beliau ingin melihat sejauh mana hebatnya seni mempertahankan diri milik orang Melayu yang dinamakan silat itu



Memandangkan Bruce Lee masih muda, Dato' Meor Abdul Rahman telah menasihati Bruce Lee agar melupakan sahaja niatnya hendak mencuba beliau. Namun, Bruce Lee tetap berdegil juga. Oleh kerana Bruce Lee terus mendesak, maka Dato' Meor Abdul Rahman akhirnya menyahut juga cabaran daripada Bruce Lee


Bruce Lee pun dengan kepantasan serangan kakinya pun mula mengasak. Setelah beberapa serangan berjaya dielak, akhirnya Dato' Meor Abdul Rahman tiada pilihan lain melainkan bertindak balas dengan melepaskan satu pukulan tangan (Kipas Nandung) yang tepat mengenai rusuk Bruce Lee. Pukulan tangan Dato' Meor Abdul Rahman yang nyata berbisa telah menyebabkan Bruce Lee jatuh tersungkur dan menggelupur kesakitan.


Setelah Bruce Lee pulih daripada kesan pukulan Dato' Meor Abdul Rahman tersebut, akhirnya Bruce Lee dengan rendah diri, mengakui kehebatan Dato' Meor Abdul Rahman dan ilmu silat yang dimilikinya. Beberapa tahun selepas peristiwa pertarungan Bruce Lee dengan Dato' Meor Abdul Rahman ini, Bruce Lee dilaporkan telah meninggal dunia di Hong Kong akibat penyakit misteri. Menurut Daniel Inosanto, murid kanan Bruce Lee, di hari-hari terakhir Bruce Lee sebelum beliau ditemui mati, Bruce Lee giat mengkaji tentang Seni Silat Melayu. Kini tugas Bruce Lee disambung oleh Daniel Inosanto, sebagai satu-satunya pewaris JKD yang ditauliahkan oleh Bruce Lee. Daniel Inosanto telah memasukkan Silat sebagai sebahagian daripada mata pelajaran Jeet Kune Do.

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...