Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Showing posts with label agama. Show all posts
Showing posts with label agama. Show all posts

Monday, 24 October 2022

24 OKTOBER 1949 PERASMIAN PENUBUHAN MAJLIS AGAMA & ADAT MELAYU NEGERI PERAK DI IPOH

Pada hari ini dalam tahun 1949, Majlis Agama dan Adat Melayu Negeri Perak telah dirasmikan penubuhannya di Ipoh. Sebelum ini hal ehwal agama Islam telah ditadbirkan dengan berbagai cara sejak kedatangan Islam di Tanah Melayu. Pada zaman kerajaan Melayu tradisional, Sultan adalah bertanggungjawab mengenai pentadbiran agama Islam dan mempunyai kuasa berdasarkan Siyasah Syariyah. Untuk melaksanakan tanggungjawab tersebut Sultan bekerjasama dengan alim ulama yang digelar ”Guru Sultan”.

Pada tahun 1880 Komiti Syarak telah mengambil alih peranan Guru Sultan yang diketuai oleh Kadi Besar. Tidak lama kemudian tertubuh pula Komiti Quran yang dibentuk khas untuk mentadbir sekolah-sekolah agama di negeri Perak. Semasa zaman jepun pula Majlis Mesyuarat Ornag Besar-Besar dan Ulama telah ditubuhkan pada 12 Ogos 1944. Majlis ini mengandungi Jawatankuasa Undang-undang Agama Islam, Jawatankuasa Ulang Bicara dan Jawatankuasa bagi Mentadbirkan Khairat.

Selepas Perang Dunia Kedua beberapa tokoh dan Persatuan Ulama Perak telah mendesak agar sebuah badan baru ditubuhkan untuk mentadbirkan hal ehwal agama Islam diseluruh negeri Perak. Maka pada hari ini dalam tahun 1949, Majlis Agama Islam dan Adat Melayu telah ditubuhkan. Badan ini mempunyai 10 orang ahli dengan seorang Orang Besar dilantik oleh Majlis Eksekutif Negeri sebagai Pengerusi. Pengerusi yang pertama ialah Raja DiHilir, Raja Kamarulzaman. Tugas utama Majlis Agama dan Adat Melayu ini adalah menjadi penasihat kepada Sultan mengenai perkara-perkara bersangkutan dengan agama dan adat Melayu di negeri perak.

Di samping itu majlis ini juga bertanggungjawab ke atas hal-hal agama. Untuk melaksanakan tanggungjawab ini Majlis Agama dan Adat Melayu negeri Perak mempunyai Bahagian Fatwa, Mahkamah Syariah, Bahagian Pelajaran dan Bahagian Am.


Pautan artikel menarik yang berkaitan :-

17 OKTOBER 1968 MAJLIS KEBANGSAAN BAGI HAL EHWAL AGAMA ISLAM MALAYSIA


Thursday, 8 September 2022

TANDA-TANDA KIAMAT

WASIAT RASULULLAH S.A.W. TENTANG TANDA-TANDA KIAMAT

Memang Nampak Sekarang...Hampir

Rasulullah S.A.W. sebut tanda-tanda Kiamat antaranya iaitu

  1. Anak-anak jadi keras kepala
  2. Hujan turun lebat, kejadian banjir
  3. Kejahatan bermaharajalela
  4. Orang bercakap bohong itu dipercayai/diyakini, manakala orang jujur itu didustai. Orang jujur, soleh didustai.
  5. Banyak pemakai jubah dan serban namun khianat
  6. Banyak peniaga namun tiada pembeli
  7. Harta-benda melimpah ruah (jalan haram contoh scammer)
  8. Pemilik/orang kaya diagung-agungkan kerana kekayaan dia
  9. Banyak undang-undang terwujud
  10. Muncul pemimpin di kalangan kanak-kanak (pemimpin berfikiran anak-anak, berperangai kanak-kanak)
  11. Golongan wanita bertambah, lelaki berkurangan kerana gejala sosial contoh dadah
  12. Penguasa-penguasa yang khianat/zalim
  13. Timbangan dan ukuran dalam aktiviti perniagaan dikurangkan (penipuan)
  14. Pemimpin sibuk dengan harta, namun golongan bawahan sibuk menyebar ilmu
  15. Lelaki membunuh saudaranya (adik-beradiknya)
  16. Banyak khatib atas mimbar, namun khutbah tak difahami. 
  17. Ulama condong kepada pemimpin, menghalalkan yang haram (halal dan haram dilanggar demi jaga kepentingan diri)
  18. Satu kaum yang makan dengan lidah-lidah mereka semacam lembu, bermaksud mereka suka memuji orang yang suka kepada mereka (menjilat = makan pujian)
  19. Orang Mukmin menyembunyikan keimanan, orang Munafik buat salah secara terang-terangan
  20. Para alim ulama mendambakan (ingin) kematian sehingga digambarkan mati itu lebih baik daripada emas berwarna merah 
  21. Datang 50 orang yang sembahyang tapi tiada satu orang pun solatnya yang diterima! Kerana tidak diletakkan Allah sebagai keutamaan, ibadah dalam riak
  22. Tidak ada lagi harta pusaka perlu dibahagi kerana manusia terlalu tamak dan tiada lagi kegembiraan dalam perihal harta ghanimah (hilang semangat juang)
  23. Dapat jiran-jiran yang buruk, perkelahian jiran, adik-beradik, teman sepejabat
  24. Dihentikan pedang daripada jihad
  25. Memperoleh untung dunia melalui agama
  26. Zaman yang penuh kegemilangan iaitu zaman sahabat berebut buat kebaikan. Kemudian sampai zaman terkemudian andai buat 1/10 daripada kebaikan pun
  27. Bersabar dalam beribadah dalam keadaan kekacauan, akan datang satu zaman lebih buruk daripada terdahulu
  28. Yang paling ditakuti Rasulullah S.A.W. pada umat Baginda adalah, mereka (umatnya) mendapat pemimpin yang menyesatkan mereka. Pedang telah diletakkan dan berterusan perang hingga Kiamat (Suriah, Iraq, Palestin dan lain-lain)
  29. Jika kamu hidup di tengah-tengah manusia yang buruk perangai, telah rosak perjanjian dan amanah dalam hidup mereka, mereka saling berselisih.. para sahabat bertanya bagaimana nak buat? Rasulullah S.A.W. sebut, "Tetaplah dalam rumah kamu." Maksud, jaga lidah dan jaga penulisan kamu. Duduk diam-diam dalam rumah. Hendaklah kamu mengurusi diri sendiri..dan tinggalkan urusan manusia lain, orang ramai..tinggalkan.
  30. Akan muncul sesudah Rasulullah S.A.W., para pemimpin yang berjalan tak sesuai dengan petunjuk (sunnah) Rasulullah. 
  31. Lahir generasi yang hati mereka, hati-hati syaitan. Bagaimana mendapani perkara ini, #30,#31- Dengar dan taat apa yang diajar Rasulullah walau kamu disebat, dihumban di penjara, dirampas harta agar kamu selamat.
  32. Terjadinya fitnah, perpecahan, perselisihan di kalangan orang Islam. Jika kamu hidup di saat itu...Sekiranya kamu sanggup jadi hamba Allah, jadilah hamba Allah yang terbunuh. Dan kamu mati di jalan Allah (dan kamu bukan orang yang membunuh). Maka lakukanlah (mati terbunuh).

Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani

Kuliah Maghrib

Wasiat Rasulullah Tentang Tanda-tanda Kiamat

(Kitab rujukan: 'Ziarah ke Alam Barzakh', karangan Al-Imam Jalaluddin As-Suyut

19 Oktober 2020

https://www.facebook.com/104775395539370/posts/pfbid0hZvjRHc1cXPoAKrrtSB1YS8n7Lo6iej1TmR7zLiQK9BNBbvBfwzvnCMH4u49pAAQl/

Friday, 2 April 2021

Setiap tahun soalan yang sama

Setiap tahun soalan yang sama;

𝗧𝗘𝗡𝗧𝗔𝗡𝗚 𝗞𝗘𝗦𝗔𝗛𝗜𝗛𝗔𝗡 𝗔𝗠𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗗𝗔𝗡 𝗙𝗔𝗗𝗜𝗟𝗔𝗧 𝗦𝗬𝗔𝗔𝗕𝗔𝗡 𝗗𝗔𝗡 𝗡𝗜𝗦𝗙𝗨 𝗦𝗬𝗔𝗔𝗕𝗔𝗡

Soalan: Dr Asri yang dikasihi, sekarang kita berada dalam Bulan Syaaban. Apakah amalan yang patut kita lakukan. Saya dengar macam-macam pendapat. Ada kata banyak amalan Bulan Syaaban yang dibuat orang itu tidak ada dalil. Contohnya malam Nisfu Syaaban. Ada kata palsu. Ada kata memang ada dalil. Saya baca di internet pun macam-macam pandangan. Saya ingin beramal dengan amalan yang betul. Bolehkah Dr Asri huraikan?

Anisah, Bangi.

Jawapan Dr MAZA: Saudari Anisah yang dikasihi, sikap saudari yang ingin memastikan ketepatan amalan amat dipuji. Agama ini bukan diikuti tanpa dipastikan kesahihan, atau diikuti tanpa faham. Agama berpaksikan dalil yang diiktiraf. Sesuatu yang tidak berasaskan sumber yang sah iaitu al-Quran dan hadis-hadis yang sabit tidak boleh disandarkan kepada Islam. Dalam masa yang sama, tidaklah pula kita mudah menafikan sesuatu perkara dengan menyatakan ia bukan dari ajaran Islam, sebelum kita benar-benar pasti memang tidak wujud dalil dalam hal tersebut. Mengenai soalan saudari, saya jawab berdasarkan perkara-perkara berikut;

1. Hadis-hadis yang berhubung kelebihan atau amalan pada Bulan Syaaban, ada yang sabit dan ada yang tidak. Bahkan terdapat juga amalan-amalan Bulan Syaaban yang diamalkan oleh sesetengah masyarakat itu, hanya ikutan yang tidak mempunyai apa-apa sumber. Ini seperti amalan sesetengah masyarakat yang membuat juadah khas Bulan Sya’ban dan seumpamanya. Banyak buku-buku yang dijual tentang kelebihan Rejab dan Syaaban itu tidak berasaskan hadis-hadis yang sahih.

2. Dalam sejarah ilmu hadis, ramai pemalsu hadis memang gemar membuat hadis-hadis palsu yang berkaitan dengan fadilat-fadilat. Ini seperti mereka mengada-adakan fadilat-fadilat bulan tertentu, surah tertentu dan seumpamanya. Mereka akan mengaitkannya pula dengan amalan tertentu seperti solat khusus, doa khusus, puasa khusus pada hari atau bulan yang dikaitkan dengan fadilat itu. 

Al-Imam Ibn al-Salah (meninggal 643H) menyebut:

 “Ada beberapa golongan yang membuat hadis palsu, yang paling bahaya ialah puak yang menyandarkan diri mereka kepada zuhud (golongan sufi). Mereka ini membuat hadis palsu dengan dakwaan untuk mendapatkan pahala. Maka orang ramai pun menerima pendustaan mereka atas thiqah (kepercayaan) dan kecenderungan kepada mereka. Kemudian bangkitlah tokoh-tokoh hadis mendedahkan keburukan mereka ini dan menghapuskannya. AlhamdulilLah”.( Ibn al-Salah, Ulum al-Hadis, m.s. 99, Beirut: Dar al-Fikr al-Muasir).

3. Antara hadis palsu yang direka mengenai bulan-bulan: “Rejab bulan Allah, Syaaban bulanku dan Ramadhan bulan umatku”. Ini adalah hadis palsu yang direka oleh Ibn Jahdam (meninggal 414H) (lihat: Ibn Qayyim al-Jauziyyah, al-Manar al-Munif fi al-Sahih wa al-Dhaif, m.s. 95, Halab: Maktab al-Matbuat al-Islamiyyah). 

Beliau adalah seorang guru sufi di Mekah. Dia juga dituduh membuat hadis palsu mengenai solat Raghaib iaitu solat pada jumaat pertama bulan Rejab (lihat: al-Imam al-Zahabi, Mizan al-Itidal fi Naqd al-Rijal,. 5/173, Beirut: Dar al-Kutub al-Ilmiyyah).

4. Kata al-Imam Ibn Qayyim al-Jauziyyah (wafat 751H):

 “Hadis-hadis mengenai solat Raghaib pada Jumaat pertama bulan Rejab kesemuanya itu adalah palsu dan dusta ke atas Rasulullah s.a.w. Begitu juga semua hadis mengenai puasa bulan Rejab dan solat pada malam-malam tertentu adalah dusta ke atas Nabi s.a.w. Demikian juga hadis-hadis mengenai solat pada malam Nisfu Syaaban (kesemuanya adalah palsu). Solat-solat ini direka selepas empat ratus tahun munculnya Islam”. (Ibn al-Qayyim, al-Manar al-Munif, m.s. 95-98).

5. Namun tidak boleh dinafikan bahawa di sana juga terdapat hadis-hadis yang sahih mengenai kelebihan Bulan Sya’ban. Antaranya apabila bertanya Usamah bin Zaid Nabi s.a.w mengapa baginda banyak berpuasa pada Bulan Syaaban, Nabi s.a.w menjawab :

ذَلِكَ شَهْرٌ يَغْفُلُ النَّاسُ عَنْهُ بَيْنَ رَجَبٍ وَرَمَضَانَ، وَهُوَ شَهْرٌ تُرْفَعُ فِيهِ الْأَعْمَالُ إِلَى رَبِّ الْعَالَمِينَ، فَأُحِبُّ أَنْ يُرْفَعَ عَمَلِي وَأَنَا صَائِمٌ

“Itulah bulan yang manusia lalai mengenainya; antara Rejab dan Ramadan. Padanya (Bulan Syaaban) diangkat amalan hamba-hamba Allah. Aku suka tidak diangkat amalanku, melainkan aku dalam keadaan berpuasa” (Riwayat Ahmad, al-Nasai dll, dinilai hasan). 

Aisyah r.aha juga menyebut: “Aku tidak pernah melihat Rasulullah s.a.w berpuasa dalam bulan lain lebih daripada puasa Syaaban. Baginda pernah berpuasa Syaaban sepenuhnya, kecuali hanya beberapa hari (tidak puasa)” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim). 

6. Hadis-hadis yang disebut di atas dan riwayat-riwayat yang lain menunjukkan kita amat digalakkan berpuasa sunat pada Bulan Syaaban. Perbuatan berpuasa pada Bulan Syaaban adalah sunnah yang sabit daripada Nabi s.a.w. Amalan sebahagian masyarakat yang suka berpuasa pada Bulan Syaaban adalah amalan soleh.

7. Adapun Nisfu Syaaban, atau pertengahan Syaaban (15 haribulan), terdapat hadis yang sahih tentang kelebihannya di samping banyak hadis palsu mengenainya. Namun, tidak terdapat hadis yang sabit mengenai amalan khusus seperti solat khas pada malam tersebut. 

Kata al-Imam al-Nawawi (meninggal 676H) dalam kitabnya yang masyhur al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab: 

“Solat yang dikenali dengan solat al-Raghaib iaitu dua belas rakaat ditunaikan antara Maghrib dan Isyak pada Jumaat pertama Bulan Rejab, juga Solat Malam Nisfu Syaaban sebanyak seratus rakaat; kedua-dua solat ini bidah lagi mungkar yang jelek. Jangan kamu terpengaruh disebabkan keduanya disebut dalam Kitab Qut al-Qulub dan Ihya ‘Ulum al-Din. Jangan juga terpengaruh dengan hadis yang disebut dalam dua kitab berkenaan kerana kesemuanya palsu. Jangan kamu terpengaruh dengan sesetengah imam yang keliru mengenai kedudukan hadis-hadis kedua solat berkenaan” (4/56. Beirut: Dar al-Fikr). 

Al-Imam al-Syaukani (meninggal 1250H) menyebut dalam al-Fawaid al-Majmu’ah fi al-Ahadith al-Maudu’ah: “Telah diriwayatkan mengenai solat malam Nisfu Syaaban dari pelbagai riwayat, kesemuanya batil lagi palsu” (ms 72. Mekah: Maktabah Mustafa Baz).

8. Pun begitu tidak dinafikan ada hadis yang sahih Nabi s.a.w menyebut:

إِنَّ اللَّهَ لَيَطَّلِعُ فِي لَيْلَةِ النِّصْفِ مِنْ شَعْبَانَ فَيَغْفِرُ لِجَمِيعِ خَلْقِهِ إِلَّا لِمُشْرِكٍ أَوْ مُشَاحِنٍ

“Allah melihat kepada hamba-hambaNya pada malam nisfu Syaaban, maka Dia ampuni semua hamba-hambaNya kecuali musyrik (orang yang syirik) dan yang bermusuh (orang benci membenci)" (Riwayat Ibn Hibban, al-Bazzar dan lain-lain. Al-Albani menilai sahih dalam Silsilah al-Ahadith al-Sahihah 3/135). 

Maka, sewajarnya apabila hal ini diberitahu oleh Nabi s.a.w, maka kita melakukan amalan-amalan yang soleh pada malam berkenaan dan mengelakkan apa yang Allah benci. Syirik dan permusuhan antara muslim adalah sebab seseorang itu tidak diampunkan. Selain itu dua dosa tersebut, mudah-mudahan kita semua diampunkan.

9. Dr Yusuf al-Qaradawi ada mengulas tentang amalan malam Nisfu Syaaban dengan katanya: “Tidak pernah diriwayatkan daripada Nabi s.a.w. dan para sahabat bahawa mereka berhimpun di masjid untuk menghidupkan malam nisfu Syaaban, membaca doa tertentu dan solat tertentu seperti yang kita lihat pada sebahagian negeri orang Islam. Bahkan di sebahagian negeri, orang ramai berhimpun pada malam tersebut selepas maghrib di masjid. Mereka membaca surah Yasin dan solat dua rakaat dengan niat panjang umur, dua rakaat yang lain pula dengan niat tidak bergantung kepada manusia, kemudian mereka membaca doa yang tidak pernah dipetik dari golongan salaf (para sahabah, tabiin dan tabi’ tabiin). Ianya satu doa yang panjang, yang menyanggahi nas-nas (al-Quran dan Sunnah) serta bercanggahan dan bertentangan  pula isi kandungannya...perhimpunan (malam nisfu Syaaban) seperti yang kita lihat dan dengar yang berlaku di sebahagian negeri orang Islam adalah bidah dan diada-adakan. Sepatutnya kita melakukan ibadat sekadar yang dinyatakan dalam nas. Segala kebaikan itu ialah mengikut salaf, segala keburukan itu ialah bidah golongan selepas mereka, dan setiap yang diadakan-adakan itu bidah, dan setiap yang bidah itu sesat dan setiap yang sesat itu dalam neraka” (Dr. Yusuf al-Qaradawi, Fatawa Mu`asarah, 1/382-383, Beirut: Dar Uli al-Nuha, Beirut).

10. Apa yang disebut oleh Dr al-Qaradawi itu adalah kaedah umum. Sesuatu masyarakat atau seseorang individu mungkin mempunyai keuzuran yang tersendiri. Kemungkinan mereka tidak tahu, atau mereka dihalang ilmu untuk sampai kepada mereka dan seumpamanya. Kemungkinan besar jika mereka tahu, mereka tidak akan melakukan hal yang demikian. Tujuan mereka baik, cuma cara sahaja yang wajar dibaiki. Galakan berdoa dan memohon keampunan pada malam Nisfu Syaaban ada asasnya. Penentuan cara sedemikian itu, tidak ditunjukkan oleh nas yang sahih.

Sumber : https://www.facebook.com/100044392870897/posts/297647641724996/

Thursday, 24 December 2020

TIADA LAGI ULAMA SEBERANI...

Why Muslims DON'T celebrate Christmas? Ahmed Deedat Explains!


Should Muslims don't and MUSTN'T celebrate Christmas? What does the Quran and Bible say about Christmas - the birthdate of Jesus Christ? Find a quick answer to this age old question!

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

TIADA LAGI ULAMA SEBERANI HAMKA

NORMAN RADZUAN

Bukan saya racist tapi maaf agama ku melarangnya 

UCAPAN KRISMAS & PERKAHWINAN MURTAD

Sejak sekian lama dalam penulisan saya sangat kritis melawan sikap perkauman yang dimainkan oleh parti-parti politik. Sejak dari alam persekolahan sehingga sekarang, saya sudah terbiasa dengan kehidupan kepelbagaian kaum di mana agama saya mengajar menghormati agama-agama yang lain.

Apatah lagi apabila berhijrah ke Sabah. Keluarga sebelah isteri ada yang beragama Kristian dan Budhist. Kami boleh hidup bersama dalam suasana saling hormat menghormati. Namun dalam keterbukaan beragama saya ada batasannya. Diharap saudara mara ku yang bukan Muslim memahaminya.

Seperti hari Krismas menjelang tiba bukan saya tidak mahu meraikan atau mengucapkannya. Ikuti kisah ini mengapa saya tidak dapat meraikan bersama hari Krismas bersama kalian.

Berhubung perayaan hari Krismas atau Tahun Baru Masehi yang hampir tiba. Inilah yang dimaksud, TOLERANSI BERAGAMA. Indahnya saling ingat dan mengingatkan.Menjelang Perayaan Krismas..

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Daripada Ibn Umar, Nabi s.a.w. bersabda : "Sesiapa yang menyerupai satu kaum, maka dia termasuk dari kalangan mereka" (Riwayat Abu Daud : 4031)

https://www.facebook.com/155056204544957/posts/3815488811834993/

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Muslim: Bagaimana sambutan Hari Krismas mu?

David: Baik, tapi kau tidak mengucapkan selamat Hari Krismas padaku.?

Muslim: Tidak, agama kami menghargai toleransi antara agama, termasuk agamamu. Tapi urusan ini, agama saya melarangnya.!

David: Tapi kenapa..? Bukankah hanya sekadar kata-kata...?

Muslim: Benar....Saya menjadi muslim pun kerana hanya sekadar kata-kata iaitu mengucapkan dua kalimat syahadat. Saya halal menggauli isteri saya pun kerana hanya sekadar kata-kata iaitu akad nikah dan Isteri saya yang ketika ini sedang halal saya gauli pun boleh kembali menjadi haram atau zina jika saya mengucapkan kata talak atau cerai padahal hanya sekadar kata-kata.

David: Tapi teman-teman muslimku yang lain mengucapkannya padaku..?

Muslim: Ooh... mungkin mereka belum faham dan mengerti. Oh ya, bolehkah kau mengucapkan dua kalimat syahadat David?

David: Oh tidak, saya tidak boleh... Itu akan mengganggu keimananku..!

Muslim: Kenapa? Bukankah hanya kata-kata toleransi saja? Sila ucapkanlah..!!

David: Ok ok.. sekarang saya paham dan mengerti..

Inilah yang menyebabkan Buya Hamka memilih untuk meletak jawatan daripada Jabatan Dunia, sebagai Ketua MUI iaitu Majlis Ugama Indonesia ketika didesak oleh pemerintah untuk ucapan Selamat Hari Krismas.

Meskipun anggapan, hanya berupa kata-kata keakraban atau sekadar toleransi. Namun di sisi Allah, nilainya menunjukkan kerendahan Akidah. 'Lakum diinukum, waliyadiin'...Untukmu Agamamu dan Untukku Agamaku.

Buya Hamka namanya cukup besar di rantau Asia Tenggara ini. Adakah kerana beliau terlalu hebat ilmunya? Ya pastinya ilmunya hebat kerana itu beliau diangkat menjadi Ulama tetapi dalam masa sama tentulah ramai juga yang sehebat ilmu Hamka.

Hebatnya Hamka dari kacamata saya hasil pembacaan buku dan fikirannya, beliau tidak menjual ilmunya untuk kesenangan dunia. Beliau sanggup terpenjara kerana menjaga akidah dan prinsipnya sepertimana dilakukan oleh Ulama-ulama dan Imam-imam sebelum ini.

Beliau sanggup meletak jawatan dan menolak jawatan yang hebat demi prinsip menjaga kehormatan agamanya.... beliau berilmu dan bijak menghuraikan ilmunya dengan adil. Bukan sahaja ilmu untuk akhirat tetapi ilmu duniawi dan perlu diakui beliau adalah intelektual agama sepertimana dapat kita lihat pada tubuh Sheikh Dr Yusuf Qardawi.

Yang lebih penting dari itu Hamka tidak pernah menjual agamanya untuk menduduki jawatan dunia. Apa dikata dikotakan dan bukan untuk tujuan politik atau kepentingan peribadi.

Ketegasan Hamka akhirnya merendahkan kegoan Presiden Sokoerno apabila mengirimkan surat kepadanya untuk disolatkan jenazahnya jika dia meninggal dunia. Sokoerno tahu Hamka itu seorang yang benar walaupun dia penjarakan Hamka.

Itulah membezakan Hamka dgn Ulama-ulama yang lain. Ada Ulama gayanya seperti Sufi tetapi tidak berani menegur pemerintah apatah lagi bila diberi jawatan sebagai Menteri. Ada Mufti yang berilmu tetapi tidak berlaku adil dalam beberapa hujahan.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Is Wishing Merry Christmas or taking part in the Celebration of Christmas Permissible? – Dr Zakir



What People don't realize that when you are wishing MERRY CHRISTMAS, You are AGREEING that Jesus Christ was born on the 25th of December and you area areeing that he is the begotten son of God.... Na'uzubillah which is SHIRK

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Meraikan & Mengucapkan Perayaan Non-Muslim?

Ada orang tanya saya di DM :

Assalamualaikum ustaz, kalau agama Kristian sambut Christmas sebab mereka anggap hari kelahiran Jesus (sebagai tuhan) but kalau sambut as our prophet?

Ini jawapan saya:

Waalaikumsalam Warahmatullahi Wabarakatuh.

Masalahnya Nabi Isa tak lahir 25 December. Nabi Isa lahir musim panas, bukan musim sejuk, ini menurut Bible. Jadi 25 December ni meraikan apa? Ini lebih tepat meraikan hari kelahiran tuhan Pagan. 

Oleh itu, menyambut Krismas ini isu aqidah. Peliharalah aqidah dan ikutlah sunnah dengan gigitan gigi geraham.

Barakallahufeekum.


--------------------------------------------------------------------------------------------------------


Santa Klaus Sebenar Di Dalam Bible


Sheik Abdullah Hakim Quick menerangkan tentang siapakah sebenarnya Santa Klaus dari penulisan purba negara-negara Kutub Utara dan dari Bible sendiri.
Jangan lupa untuk ‘Subscribe’ channel dan ‘Like’ video ini.
Support Fakir Ilmu di Facebook: https://www.facebook.com/fakirilmuIslam
Support Fakir Ilmu di Youtube: https://www.youtube.com/c/FakirIlmu

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------


PESANAN IMAM SYAFE'I

Nanti di Akhir zaman akan banyak ulama yang membingungkan, sukar dikenal yang mana ulama Warisatul Anbiya' dan mana ulama yang menyesatkan :

MAKA IMAM SYAFE'I, BERPESAN :

"Carilah ulama yang paling dibenci oleh orang kafir dan munafik, dan jadikanlah ia sebagai ulama yang diikuti dan jauhilah ulama yang bersekongkol dengan orang kafir dan munafik"

----------------------------------------------------------------------------------------------------------


"Para Ulama Salaf terdahulu, mereka lari menjauh dari pintu penguasa, sedang penguasa itulah yang kerap mendatangi mereka.

Adapun hari ini, banyak ualam yang ramai-ramai mendatangi pintu penguasa, sedangkan penguasanya justru lari menghindar dari mereka".

(Ibnu Abdil Bar, Jami'ul bayanil ilmi wa fadhlihi, no 597)

Wednesday, 23 September 2020

Bismillaah...


Kalimat khat Jawi, "Muhammad s.a.w."

Bismillaah.....

BENTUK-BENTUK SYAFAAT NABI SHOLALLOHU 'ALAIHI WASALLAM

  1. Syafaat yang melepaskan seluruh makhluk daripada seksaan zahir dan batin sementara menunggu bermulanya proses perhitungan (hisab).
  2. Syafaat untuk orang yang pahala mereka sama berat dengan dosa mereka, maka mereka diperkenankan masuk syurga.
  3. Syafaat untuk orang yang diperintahkan untuk masuk neraka, agar dibatalkan perintah itu.
  4. Syafaat meninggikan darjat ahli syurga meskipun amalan mereka tidak mencukupi untuk memperolehi darjat tersebut.
  5. Syafaat untuk memasukkan orang tertentu ke dalam syurga tanpa hisab. Menurut hadith Imam Ahmad, 70,000 orang.
  6. Syafaat Baginda untuk meringankan seksaan yang diterima Abu Talib di dalam neraka.
  7. Syafaat untuk memasukkan seluruh ahli syurga ke dalam syurga.
  8. Syafaat untuk mengeluarkan para pelaku dosa besar dari neraka. Orang yang terakhir keluar ialah orang yang hanya memiliki iman sebesar biji sawi.

Syafaat ini Insya-Allah akan meliputi setiap orang yang pernah mengucap dua kalimat syahadat dengan penuh keikhlasan. Namun, orang yang paling besar peluangnya mendapat syafaat Rosululloh ialah orang yang selalu menghadirkan Baginda dalam hati dan hidupnya. Yakni, orang yang menjadikan sunnah sebagai panduan hidup dan memperbanyakkanselawat kepadanya

Rosululloh  bersabda...

"Orang yang paling dekat denganku pada hari kiamat nanti adalah orang yang paling banyak bersholawat kepadaku." (HR. al-Tirmidzi daripada Ibn Mas'ud).

<3 Salam Tahajud <3

https://m.facebook.com/LenteraHatiMuslimah/photos/a.258502034269026/268915149894381/?type=3


NABI MERINDUI KITA

Suatu ketika Nabi menyebut: "Aku teringin kalau dapat berjumpa dengan teman-temanku". 
Sahabat pun membalas : "Bukankah kami teman-temanmu wahai Rasulullah?"
Jawab Nabi : "Kamu sahabatku. Temanku ialah mereka yang belum ada lagi sekarang." (Riwayat Muslim)

Bersemangatlah, kerana kita umat akhir zaman !

Thursday, 13 August 2020

...DOA KU TAK KAN TERHENTI

SELAGI MASI BERNAFAS DAN BERNYAWA DOA KU TAK KAN TERHENTI. 😔

Allahummaghfir lanàa dzunubanaa wa liwaalidaini warhamhuma kama rabbayana shigaraa..🤲

Apa yang terjadi kepada orang tua ketika Anda berziarah ke makam mereka atau ketika anda mendo'akn mereka..?

Syeikh Muhammad Al syanqithi, berkata: 

"Semoga Allah mengampuni keluarga kita yang telah meninggal dunia dan kaum muslimin yang telah meninggal dunia. Aku tidak mampu menahan tangis betapa perlunya Ahli kubur kepada kita. Aku terkesan dan aku ingin semuanya mengetahui ini."

Ustman Bin Sawad, Ulama Salaf, bercerita tentang ibunya. Seorang wanita yang Ahli ibadah. Ketika ibunya akan meninggal dunia ia mengangkat pandangannya ke langit dan berkata: "Wahai tabunganku, wahai simpananku, wahai Tuhan yang selalu menjadi sandaran ku alam hidup ku dan setelah kematian ku, jangan Engkau abaikan diriku ketika mati, jangan biarkan aku kesepian dalam kuburku."  Kemudian ia meninggal dunia

Aku suka berziarah ke makamnya setiap hari Jum'ah. Aku berdo'a untuknya dan aku memohon ampun baginya dan semua Ahli kubur di situ.

Pada suatu malam aku bermimpi berjumpa dengan ibuku. Aku berkata : 

"Wahai ibuku, bagaimana keadaanmu..?"

Ia menjawab : "Wahai anakku, sesungguhnya kematian itu adalah kesusahan yang dahsyat. Aku Alhamdulillah ada di alam barzakh yang terpuji. Ranjangnya harum, dan bantalnya terbuat dari tenunan kain sutera."

Aku berkata : "Apakah ibu ada keperluan kepadaku..?"

Ia menjawab : "Iya, janganlah kamu tinggalkn ziaroh yang kamu lakukan kepada kami. Sungguh aku sangat senang kedatangan mu pada hari jum'ah ketika berangkat dari keluargamu. Orang-orang akan berkata kepadaku : "ini anakmu sudah datang," dan aku merasa senang, dan orang-orang mati yang ada di sekitarku juga senang."

Basysyar Bin Gholib, Ulama Salaf juga berkata : "Aku bermimpi Robiah Al-adawiyah dalam tidurku. Aku memang selalu mendo'akannya. Dalam mimpi itu ia berkata kepadaku : "Wahai Basysyar, hadiah-hadiahmu selalu sampai kepada kami di atas piring dari cahaya, di tutupi dengan sapu tangan sutera. "

Aku berkata : "Bagaimana hal itu bisa terjadi..?"

Ia menjawab: "Begitulah do'a orang-orang yang masih hidup, dan do'a itu di kabulkan, maka do'a itu di letakan di atas piring dari cahaya dan ditutupi dengan sapu tangan sutera, lalu hadiah itu di berikan kepada orang mati yang di do'akan itu. Lalu di katakan kepadanya: "Terimalah ini hadiah si Fulan kepadamu."

Seberapa sering kita berZiaroh ke makam orang tua, keluarga, dan guru kita yang telah meninggal dunia..?

Seberapa banyak kita mendoakan mereka dalam waktu-waktu kita beribadah..?

Sesungguhnya ziaroh dan do'a kita sangatlah penting bagi mereka.

Allahu ta'ala a'lam bishowab.



Gambaran illustrasi berkaitan dengan tajuk perbincangan pada kali ini. (Gambar sekadar hiasan)

P/S : Teks adalah daripada Bahasa Asal Indonesia

Thursday, 28 May 2020

Khutbah Jumat...


Teks Khutbah Jumat Awal Bulan Syawal 1441 H/Mei 2020 M

Istiqamah Ibadah di Bulan Syawal

اَلْحَمْدُ لِلَّهِ الْفَتَّاحِ الْعَلِيْمِ . الَّذِى خَلَقَ الْإِنْسَانَ فِى أَحْسَنِ تَقْوِيْمِ . أَشْهَدُ أَنْ لاَإِلَهَ إِلاَّ اللهُ الْوَحِدُ الْحَكِيْمِ . وَأَشَهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ الرَّءُوْفُ الرَّحِيْمُ . اَللَّهُمَّ صَلِّوَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَامُحَمَّدٍالْكَرِيْمِ . اَلْمُنْزَلِ عَلَيْهِ وَإِنَّكَ لَعَلَى خُلُقٍ عَظِيْمِ . وَعَلَى آلِهِ وَاَصْحَابِهِ الَّذِيْنَ اَتَوْارَبَّهُمْ بِقَلْبٍ سَلِيْمٍ .

اَمَّابَعْدُ . فَيَاعِبَادَاللهِ . إِتَّقُوااللهَ رَبَّ الْعَالَمِيْنَ . وَاعْبُدُوااللهَ مُخْلِصِيْنَ لَهُ الدِّيْنَ . وَاعْبُدُوااللهَ حَتَّى يَأْتِيَكُمُ الْيَقِيْنُ 
Uih
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ اتَّقُواْ اللّهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاَ تَمُوتُنَّ إِلاَّ وَأَنتُم مُّسْلِمُونَ. يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ وَقُولُوا قَوْلاً سَدِيداً . يُصْلِحْ لَكُمْ أَعْمَالَكُمْ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ وَمَن يُطِعْ اللَّهَ وَرَسُولَهُ فَقَدْ فَازَ فَوْزاً عَظِيماً 

Jamaah Muslimin rahimakumullah

Memasuki bulan Syawal ini, marilah dengan penuh kerendahan diri di hadapan Allah, kita selalu berusaha meningkatkan ketakwaan kepada Allah dengan cara menthaati-Nya dengan tidak memaksiati-Nya, bersyukur kepada-Nya dengan tidak mengkufuri-Nya, serta selalu mengingat-Nya dengan tidak pernah melupakan-Nya.

Hadirin yang Allah muliakan

Dalam berusaha memperibadati Allah, selalu saja ada bahkan banyak hambatan dan godaannya. Itulah memang hidup sedemikian adanya, penuh dengan ujian untuk mencapai sebuah cita-cita kebaikan dan keridhaan-Nya. Untuk itu, diperlukan sikap istiqamah dalam kehidupan.

Allah  memerintahkan kita hamba-hamba-Nya untuk terus menjaga keistiqamahan dalam kehidupan sehari-hari.

Allah menyatakan di dalam ayat:

إِنَّ الَّذِينَ قَالُوا۟ رَبُّنَا اللّٰـهُ ثُمَّ اسْتَقٰمُوا۟ تَتَنَزَّلُ عَلَيْهِمُ الْمَلٰٓئِكَةُ أَلَّا تَخَافُوا۟ وَلَا تَحْزَنُوا۟ وَأَبْشِرُوا۟ بِالْجَنَّةِ الَّتِى كُنتُمْ تُوعَدُونَ


Artinya: “Sesungguhnya orang-orang yang mengatakan: “Tuhan kami ialah Allah” kemudian mereka meneguhkan (istiqamah) pendirian mereka, maka malaikat akan turun kepada mereka dengan mengatakan: “Janganlah kamu takut dan janganlah merasa sedih; dan gembirakanlah mereka dengan surga yang telah dijanjikan Allah kepadamu”. (QS Fushshilat [41]: 30).

Istiqamah mengandung makna teguh pendirian (tsabat) dalam iman, ikhlash dalam amal dan menunaikan seluruh hal yang menjadi kewajibannya.

Istiqamah juga bermakna mentauhidkan Allah, beriman kepada-Nya, berusaha semaksimal mungkin tidak menyimpang dari tauhidullah dan terus menjalankan kethaatan kepada-Nya.

Istiqamah adalah suatu usaha menempuh jalan yang lurus tanpa berbelok ke kanan dan ke kiri, dengan mengikhlaskan amal hanya untuk Allah, bagi Allah dan karena Allah.

Allah menegaskan di dalam ayat:

فَاسْتَقِمْ كَمَآأُمِرْتَ وَمن تَابَ مَعَكَ وَلاَتَطْغَوْا


Artinya: “Maka tetaplah kamu pada jalan yang benar, sebagaimana diperintahkan kepadamu dan orang yang telah taubat beserta kamu dan janganlah kamu melampaui batas.” (QS Hud [11]: 112).

Hadirin rahimakumullaah,

Dalam memegang teguh iman dan istiqamah, memang syaitan selalu menggoda kita agar bermaksiat dan mengkufuri Allah. Godaan syaitan selalu saja mencoba memalingkan manusia dari istiqamah di jalan Allah, dari perjuangan menegakkan kalimatullah.

Allah telah menyebutkan janji syaitan untuk menyesatkan manusia selamanya, dan ini menjadi kewaspadaan bagi kita.

قَالَ فَبِمَآأَغْوَيْتَنِي لأَقْعُدَنَّ لَهُمْ صِرَاطَكَ الْمُسْتَقِيمَ {16} ثُمَّ لاَتِيَنَّهُم مِّنْ بَيْنِ أَيْدِيهِمْ وَمِنْ خَلْفِهِمْ وَعَنْ أَيْمَانِهِمْ وَعَنْ شَمَآئِلِهِمْ وَلاَتَجِدُ أَكْثَرَهُمْ شَاكِرِينَ


Artinya: Iblis menjawab: “Karena Engkau telah menghukum saya tersesat, saya benar-benar akan (menghalanggi) mereka dari jalan Engkau yang lurus,— Kemudian saya akan mendatangi mereka dari muka dan dari belakang mereka, dari kanan dan dari kiri mereka. dan Engkau tidak akan mendapati kebanyakan mereka bersyukur (taat)”. (QS Al A’raf[7]: 16-17).

Sehubungan dengan ayat ini, Imam Qatadah menjelaskan bahwa syaitan akan datang kepada manusia dari depan mereka adalah dengan mengabarkan bahwa tidak ada hari kebangkitan, surga dan neraka. Dari belakang mereka, dengan menghias perkara dunia dan mengajak manusia kepadanya. Dari kanan mereka, dengan membuat mereka menunda-nunda kebaikan dan dari kiri mereka dengan menghias kejahatan dan maksiat, mengajak manusia kepadanya dan memerintahkannya. Ia akan datang dari semua arah selain dari atas, karena ia tidak sanggup menghalangi seseorang dari rahmat Allah.

Kaum Muslimin yang berbahagia

Begitulah sikap istiqamah, berpegang teguh pada prinsip, setegar karang tak goyang dihempas gelombang air yang menerpanya.

Marilah terutama pada bulan Syawal, kita tetap jaga iman dan istiqamah kita dalam menunaikan ibadah dan kewajiban kita semua, tetap istiqamah di jalan yang lurus, di jalan Allah. Sebagaimana firman Allah:

وَأَنَّ هَذَا صِرَاطِي مُسْتَقِيمًا فَاتَّبِعُوهُ وَلاَتَتَّبِعُوا السُّبُلَ فَتَفَرَّقَ بِكُمْ عَنْ سَبِيلِهِ ذَالِكُمْ وَصَّاكُمْ بِهِ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ


Artinya: “Dan bahwa (yang Kami perintahkan ini) adalah jalan-Ku yang lurus, maka ikutilah dia, dan janganlah kamu mengikuti jalan-jalan (yang lain), karena jalan-jalan itu menceraiberaikan kamu dari jalan-Nya. Yang demikian itu diperintahkan Allah agar kamu bertakwa.” (QS Al-An’am [6]:153).

Semoga kita tetap iman dan istiqamah di jalan Allah Subhanahu Wa Ta’ala. Aamiin Yaa Eobbal ‘Aalamiin.

أَقُوْلُ قَوْلِيْ هَذَا وَأَسْتَغْفِرُ اللهَ الْعَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الْمُسْلِمِيْنَ. فَاسْتَغْفِرُوْهُ، إِنَّهُ هُوَ الْغَفُوْرُ الرَّحِيْمُ

PERSOALAN HUKUM SEKITAR...

Arkib : 30 April 2020

PERSOALAN HUKUM SEKITAR PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN

Apakah hukum membayar Zakat Fitrah secara atas talian (online payment) semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Covid-19?

Jawapan :

Zakat Fitrah adalah satu ibadah yang diwajibkan bermula pada malam hari Raya Aidil Fitri iaitu selepas terbenam matahari pada hari terakhir bulan Ramadhan hingga Hari Raya Aidil Fitri. Kebiasaannya, Zakat Fitrah dibayar terus kepada Majlis Agama Islam Negeri Perak (MAIPk) atau amil-amil yang dilantik oleh MAIPk. Pembayaran melalui amil lantikan biasanya dilakukan samada di masjid, surau, rumah atau di tempat-tempat lain. Namun begitu, amalan kebiasaan seperti di atas tidak dapat diteruskan pada masa ini kerana kerajaan telah melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi membendung penularan wabak covid-19. Keadaan ini menyebabkan pembayar zakat tidak dapat bertemu dengan para amil untuk membayar zakat fitrah mereka. Oleh itu, timbul persoalan samada pembayaran zakat fitrah dalam situasi PKP ini boleh dilakukan melalui kaedah pembayaran atas talian (online payment), aplikasi atas talian tertentu, perbankan internet dan lain-lain.

Dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), para pembayar zakat diwajibkan mematuhi perintah tersebut kerana ia bertujuan memutuskan rantaian jangkitan covid-19 yang sedang menular di negara ini. Kewajipan menurut perintah tersebut seiring dengan tugas pemerintah untuk menjamin keselamatan dan kemaslahatan semua pihak. Ini selari dengan kaedah fiqah berikut:

تصرف الإمام على الرعية منوط بالمصلحة

Maksudnya: “Tindakan pemerintah ke atas rakyat adalah terikat dengan maslahah”.

Oleh yang demikian, pembayaran zakat ketika tempoh PKP di tempat-tempat yang melibatkan pergerakan individu seperti di masjid, surau atau lain-lain adalah dikira melanggar arahan PKP yang dikeluarkan oleh kerajaan. Tindakan boleh diambil ke atas mereka yang tidak mematuhi arahan ini. Walau bagaimanapun, pembayaran zakat tetap dikira sah di sisi Syarak sekalipun dibuat ketika tempoh PKP ini. Ini kerana pematuhan kepada arahan PKP atau sebaliknya tidak memberi kesan kepada sahnya pembayaran zakat yang dibuat.
Bagi memudahkan pembayaran zakat dan memastikan kepatuhan kepada arahan PKP, zakat Fitrah boleh dibayar melalui aplikasi pembayaran secara atas talian yang dikendalikan oleh misalnya pihak berautoriti melalui perkhidmatan pembayaran seperti JomPay dan FPX, perbankan internet atau kaedah pembayaran atas talian yang lain. Selain daripada pembayaran di atas talian, inisiatif-inisiatif lain boleh juga dicadangkan dengan mengambilkira semua faktor berkaitan seperti pekerjaan para amil sebagai sumber pendapatan mereka dan sebagainya.

Pada dasarnya, para ulamak menetapkan dua syarat yang mesti dipenuhi bagi memastikan pembayaran zakat (ada’ al-zakah) adalah sah dan telah sempurna dilakukan iaitu kewajipan zakat  dikira telah diselesaikan oleh pembayar zakat dan pembayar zakat telah bebas daripada kewajipan zakat tersebut. Dua syarat tersebut ialah (1) niat membayar zakat dan (2) pemindahan milik harta.

 (i) Niat membayar zakat

Pembayar zakat mesti berniat menunaikan zakat. Ini berdasarkan kepada hadis Nabi s.a.w:

إنما الأعمال بالنيات

Maksudnya: “Sesungguhnya setiap perbuatan adalah dengan niat”.

Niat membayar zakat berlaku bilamana pembayar mempunyai tujuan (qasd) untuk menunaikan zakat dan disertai dengan melakukan perbuatan tertentu bagi mencapai qasd tersebut. Ini bersesuaian dengan maksud niat seperti yang dijelaskan oleh Sheikh al-Islam Zakariyya al-Ansari dalam Kitab Fath al-Wahhab:

 (النية)، وهي قصد الشيء مقترنا بفعله

Maksudnya: “Niat adalah qasd (tujuan) melakukan sesuatu dengan disertakan dengan perbuatannya”.

Para ulamak menyatakan bahawa dalam menunaikan zakat, niat di dalam hati adalah memadai kerana kita tidak disyaratkan untuk melafazkan niat secara lisan seperti yang dijelaskan di dalam kitab Fath al-Mu’in:

وشرط له أي أداء الزكاة شرطان. أحدهما: نية بقلب لا نطق

Maksudnya: “Dan disyaratkan bagi menunaikan zakat dua syarat. Salah satunya ialah berniat di dalam hati (dan) bukan menuturkannya”.

Oleh itu, tiada halangan dari sudut Syarak jika pembayaran zakat atas talian berlaku tanpa sebarang lafaz. Bahkan berniat membayar zakat Fitrah boleh dilakukan samada sebelum membuka aplikasi atas talian atau ketika melakukan transaksi menunaikan zakat secara atas talian. Ini kerana zakat Fitrah ini boleh diniatkan samada ketika membayarnya atau sebelum membayarnya iaitu dalam bulan Ramadan. Imam Nawawi menyatakan sebagaimana berikut:

(والثاني) يجوز تقديم النية عليها لانه يجوز التوكيل فيها ونيته غير مقارنة لاداء الوكيل فجاز تقديم النية عليها بخلاف الصلاة                                                              
Maksudnya: "(Dan keduanya) harus mendahulukan niat sebelum melakukannya kerana mewakilkan (seseorang) untuk membayar zakat adalah harus sedangkan niatnya tidak disertakan dengan perbuatan orang yang menjadi wakil, maka harus mendahulukan niat (dan ini) berbeza dengan solat”.

Berdasarkan keterangan di atas, pembayaran zakat melalui aplikasi atas talian dikira telah memenuhi syarat pertama pembayaran zakat iaitu niat menunaikan zakat. Ini kerana aplikasi tersebut mengkehendaki pembayar melakukan perbuatan tertentu sehingga diakhiri dengan misalnya pengeluaran resit bayaran yang boleh dicetak dan disimpan sebagai bukti yang sah. Secara kebiasaannya, pembayar perlu mengikut arahan yang disediakan oleh aplikasi tersebut sehingga tamat proses pembayaran. Perbuatan menuruti arahan sudah memadai untuk menzahirkan niat untuk menunaikan zakat serta keredhaan pembayar melepaskan hak miliknya terhadap wang yang dibayar sebagai zakat.

Namun begitu, aplikasi atas talian atau apa jua kaedah bayaran secara elektronik tersebut disarankan supaya mempunyai dua ciri iaitu (i) keselamatan dan (ii) ketelusan. Dari sudut keselamatan, ia harus didasari oleh sistem yang selamat dan terjamin. Ini bermakna ia mempunyai kemampuan untuk memastikan wang zakat disalurkan secara efisien dan sampai kepada pihak MAIPk. Dari segi ketelusan, adalah disarankan supaya aplikasi atas talian yang dikendalikan mestilah mengandungi maklumat penting untuk pembayar zakat seperti kadar minimum zakat fitrah terkini, asas-asas hukum zakat fitrah, kalkulator zakat dan lain-lain. Aplikasi ini juga sepatutnya boleh menghasilkan bukti pembayaran seperti resit yang boleh dicetak atau disimpan di dalam fail pembayar sebagai bukti zakat telah dibayar.

 (ii) Pemindahan milik harta (tamlik)

Syarat kedua ialah wang yang telah dibayar sebagai zakat hendaklah berpindah milik kepada penerima yang layak dalam kalangan asnaf yang akan diuruskan oleh pihak MAIPk. Maksudnya, wang yang telah dibayar sebagai zakat tersebut telah keluar sepenuhnya dari pemilikan pembayar. Sheikh Dr. Wahbah al-Zuhaili dalam kitab al-Fiqh al-Islami wa Adillatuh menyatakan sebagaimana berikut:

يشترط التمليك لصحة أداء الزكاة بأن تعطى للمستحقين

Maksudnya: "(Disyaratkan (berlakunya) pemilikan (supaya) pembayaran zakat adalah sah iaitu dengan diberikan kepada mereka yang layak)".

Dalam hal ini, aplikasi atas talian tersebut hendaklah mempunyai kemampuan untuk memastikan jumlah yang dibayar tersebut sampai kepada MAIPk dalam keadaan ia telah keluar daripada pemilikan pembayar.

Sebagai kesimpulan, apa yang penting adalah kedua-dua syarat sah pembayaran zakat yang telah dijelaskan di atas mesti dipenuhi khususnya bilamana zakat dibayar melalui aplikasi atas talian atau kaedah elektronik yang lain. Pembayaran zakat adalah tidak sama seperti akad jual beli atau lainnya yang memerlukan lafaz ijab dan qabul dalam majlis akad serta rukun dan syarat sah tertentu. Bahkan tidak disyaratkan penerima zakat mengetahui bahawa wang yang diterimanya adalah zakat. Pembayar pula tidak disyaratkan untuk memberitahu wang tersebut adalah zakat. Imam Nawawi menyebut:

إذَا دَفَعَ الْمَالِكُ أَوْ غَيْرُهُ الزَّكَاةَ إلَى الْمُسْتَحِقِّ وَلَمْ يَقُلْ هِيَ زكاة ولا تكلم بشئ أَصْلًا أَجْزَأَهُ وَوَقَعَ زَكَاةً

Maksudnya: "Jika pemilik atau selainnya membayar zakat kepada penerima yang layak dan dia tidak menyatakan itu ialah zakat dan tidak bercakap sesuatu, maka zakat tersebut diterima dan bayaran tersebut dikira bayaran zakat".

Disediakan oleh :
Bahagian Fatwa
Jabatan Mufti Negeri Perak

Tuesday, 26 May 2020

Usah jadikan tongkat...

Usah jadikan tongkat khutbah bahan jenaka


Gambar : Contoh sebenar dalam berkhutbah seperti yang ditunjukkan di dalam gambar tersebut. Amalan ini telah sedia ada dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. sewaktu hayat baginda dalam menyampaikan setiap khutbah sama ada pada Hari Jumaat, Hari Raya Aidilfitri mahupun pada Hari Raya Aidiladha

Pengenalan


Tongkat khutbah bukan benda mainan yang boleh digantikan dengan barang-barang lain seperti batang-batang pancing, penyodok atau batang penyapu. Janganlah tanpa kita di luar kesedaran telah menghina agama kita sendiri. Ambillah ia sebagai pengajaran dan ilmu untuk kita semua selepas ini.

 Antara perkara yang disunatkan semasa khutbah adalah memegang tongkat, pedang, atau busur anak panah. Jika tiada, maka janganlah guna yang lain-lain. Tongkat tidak wajib digunakan semasa menyampaikan khutbah. Semoga mereka yang telah melakukan kesalahan ini (yang tiada niat untuk merpersendakan agama) bertaubatlah segera. Ini adalah kerana supaya kita sentiasa dapat pelihara iman sehingga ke akhir hayat kita. Semoga taubat kita semua yang telah melakukan kesilapan ini diterima oleh Allah s.w.t. Bersama-samalah kita menjaga kesucian agama Islam ini sampai bila-bila. Aamiin Ya Robbal'alamiin.

Rujukan menteri hal ehwal agama :


Gambar : Dipetik daripada Twitter Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri

Saya melihat segelintir netizen berkongsi gambar khatib memegang tongkat semasa khutbah. Ada gambar khatib yang menggunakan joran pancing, tripod, batang penyapu, pedang Star Wars, senapang, kayu snooker, payung dan sebagainya.

Ada juga menulis status agar mengundi gambar khatib yang paling lucu edisi ketawa pecah perut. Gambar-gambar khatib memegang tongkat ini menjadi bahan lawak jenaka. Menurut mereka ia sebagai gurau santai pada hari raya.

Ulasan saya dalam perkara ini seperti berikut:

1. Perkara begini sepatutnya tidak dijadikan lawak jenaka. Apatah lagi sampai mahu ketawa pecah perut. Memegang tongkat adalah amalan Nabi SAW semasa berkhutbah yang memegang tongkat atau busur panah. Hadith diriwayatkan oleh Sa'd Al-Qarazh RA bahawa beliau berkata:

أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ ـ صلى الله عليه وسلم ـ كَانَ إِذَا خَطَبَ فِي الْحَرْبِ خَطَبَ عَلَى قَوْسٍ وَإِذَا خَطَبَ فِي الْجُمُعَةِ خَطَبَ عَلَى عَصًا

"Sesungguhnya Rasulullah SAW apabila baginda berkhutbah di medan perang, baginda akan menyampaikan khutbah dengan bersandar pada busur. Dan apabila baginda berkhutbah pada hari Jumaat, baginda akan menyampaikannya dengan bersandar kepada tongkat." (Riwayat Ibnu Majah)

2. Memegang tongkat bukan rukun khutbah Hari Raya tetapi ia sunat mengikut mazhab Syafie. Khatib tidak wajib memegang tongkat dengan tangan kiri tetapi kebiasaannya khatib memegangnya dengan tangan kiri. Jika tiada tongkat atau busur panah maka tangan kanan diletakkan atas tangan kiri atau dilepaskan ke bawah sahaja.

3. Khatib tidak digalakkan menggerakkan tangan kiri dan kanan semasa menyampaikan khutbah. Ini supaya khatib dan jemaah fokus kepada penyampaian khutbah. Khutbah berbeza dengan ceramah atau kuliah. Perkara ini perlu difahami dengan baik.

4. Jika khatib tiada tongkat maka dia boleh menggunakan kayu dan sebagainya. Namun jangan direndahkan nilai tongkat itu sehingga apabila orang memperhatikannya maka akan bergelak ketawa. Ini bukan program Maharaja Lawak Mega.

5. Sebab itu saya tidak beberapa gemar menggunakan batang penyapu atau batang penyapu sarang labah-labah sebagai ganti tongkat kerana hilang kehebatan khatib di situ. Namun ia masih tidak salah menggunakannya.

6. Pada masa akan datang, jika tiada tongkat atau kayu yang sesuai maka lepaskan tangan sahaja ke bawah. Mungkin perkara ini kurang dimaklumi oleh khatib-khatib baru dalam fasa PKP. Pada hemat saya, ini cara yang lebih baik bagi menjaga kehebatan khatib dan khutbah.

7. Saya berasakan tidak perlu juga kita berkongsi gambar-gambar aneh khatib hanya untuk gelak ketawa sampai pecah perut. Ia bagaikan merendah-rendahkan kemuliaan agama kita sendiri.

Gelak ketawa ada batasannya juga. Jangan sampai orang lain memandang rendah agama kita. Kita jaga agama kita.

Wallahu A'lam.

Dr. Abdél Rahmanov
25 Mei 2020

Artikel yang berkaitan dengan isu yang dibangkitkan daripada sumber asal :

Hukum niat puasa...

Arkib : 18 April 2020

Hukum niat puasa setelah subuh

Kalau puasanya puasa wajib (seperti puasa di bulan Ramadhan), maka niat puasa setelah subuh hukumnya tidak sah.

عَنْ حَفْصَةَ عَنِ النَّبِىِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَنْ لَمْ يُجْمِعِ الصِّيَامَ قَبْلَ الْفَجْرِ فَلاَ صِيَامَ لَهُ

Dari Hafshah, dari Nabi saw, beliau bersabda : Barang siapa yang tidak berniat akan berpuasa pada malam hari sebelum terbit fajar, maka tidaklah ia berpuasa. (H. R. Tirmidzi no. 734, Ahmad no. 27214 dan lainnya)

عَنْ عَائِشَةَ أُمِّ الْمُؤْمِنِيْنَ قَالَتْ دَخَلَ عَلَىَّ النَّبِىُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ذَاتَ يَوْمٍ فَقَالَ هَلْ عِنْدَكُمْ شَىْءٌ. فَقُلْنَا لاَ. قَالَ فَإِنِّى إِذًا صَائِمٌ. ثُمَّ أَتَانَا يَوْمًا آخَرَ فَقُلْنَا يَا رَسُوْلَ اللهِ أُهْدِىَ لَنَا حَيْسٌ. فَقَالَ أَرِيْنِيْهِ فَلَقَدْ أَصْبَحْتُ صَائِمًا. فَأَكَلَ

Dari Aisyah Ummul Mukminin, ia berkata; Pada suatu hari, Nabi saw telah datang ke rumahku dan bertanya, Apakah kamu mempunyai makanan? kami menjawab. Tidak. Beliau bersabda: Kalau begitu, saya akan berpuasa. Kemudian beliau datang lagi pada hari yang lain dan kami berkata, Wahai Rasulullah, kita telah diberi hadiah berupa Hais (makanan yang terbuat dari kurma, minyak samin dan keju). Maka beliau pun bersabda: Bawalah kemari, sesungguhnya dari tadi pagi aku berpuasa. Lalu beliau memakannya. (H. R. Muslim no. 2771)

Perlu diketahui bahwa dalam masalah sah atau tidaknya niat puasa sunnah setelah terbit fajar, ternyata masih terdapat perbedaan pendapat (ikhtilaf) di kalangan ulama. Namun menurut pendapat kebanyakan ulama (termasuk di dalamnya Imam Syafi'i), bahwa sah niat puasa sunnah setelah terbit fajar, dengan syarat sebelum zawal (sebelum matahari condong ke arah barat / dhuhur)

{ فَرْعٌ } فِي مَذَاهِبِهِمْ فِي نِيَّةِ صَوْمِ التَّطَوُّعِ . ذَكَرْنَا أَنَّ مَذْهَبَنَا صِحَّتَهُ بِنِيَّةِ قَبْلَ الزَّوَالِ وَبِهِ قَالَ عَلِيُّ ابْنُ أَبِيْ طَالِبٍ وَاْبُن مَسْعُوْدٍ وَحُذَيْفَةُ بْنُ اْليَمَانِ وَطَلْحَةُ وَأَبْوِ أَيُّوْبَ الْأَنْصَارِيُّ وَابْنُ عَبَّاسٍ وَأَبُوْ حَنِيْفَةَ وَأَحْمَدُ وَآخَرُوْنَ. وَقَالَ ابْنُ عُمَرَ وَأَبُو الشَّعْثَاءِ جَابِرُ بْنُ زَيْدٍ التَّابِعِيُّ وَمَالِكٌ وَزُفَرُ وَدَاوُدَ لَا يَصِحُّ إِلَّا بِنِيَّةٍ مِنَ اللَّيْلِ وَبِهِ قَالَ الْمُزَنِّيْ وَأَبُوْ يَحْيَى اْلبَلْخِيُّ مِنْ أَصْحَابِنَا. وَرَوَى الشَّافِعِيُّ وَالْبَيْهَقِيُّ بِالْإِسْنَادِ الصَّحِيْحِ عَنْ حُذَيْفَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ أَنَّهُ بَدَا لَهُ الصَّوْمُ بَعْدَ مَا زَالَتِ الشَّمْسُ فَصَامَ، وَاللهُ أَعْلَمُ 

(Sebuah cabang masalah) dalam menerangkan pendapat para ulama dalam masalah niat puasa sunnah. Kami telah menyebutkan mahwasanya madzhab kami (Syafi'i) berpendapat bahwa sah hukumnya niat puasa sunnah sebelum zawal. Sesuai dengan pendapat madzhab kami ini adalah pendapatnya Ali bin Abi Thalib, Ibnu Mas'ud, Hudzaifah bin Yaman, Thalhah, Abu Ayyub Al-Anshari, Ibnu Abbas, Abu Hanifah, Ahmad bin Hanbal, dan para ulama lainnya. Sedangkan Ibnu Umar, Abu Sya'tsa' Jabir bin Zaid At-Tabi'i, Malik, Zufar dan Daud Adz-Dzahiri berpendapat tidak sah niat puasa sunnah kecuali di waktu malam. Sesuai dengan pendapat mereka ini adalah pendapat Imam Al-Muzani dan Imam Abu Yahya Al-Balkhi dari sahabat kami. Imam Syafi'i dan Imam Baihaqi telah meriwayatkan dengan sanad yang shahih dari sahabat Hudzaifah ra, bahwasanya ia niat puasa setelah zawal, lalu ia berpuasa. Dan Allah yang lebih mengetahui. (Kitab Al-Majmu' Syarhul Muhadzdzab, Juz VI, halaman 302-303)

LEBIH BERMANFAAT BILA DISHARE KEPADA YANG LAIN

Friday, 15 May 2020

Catatan Terakhir Kuliah...

Catatan Terakhir Kuliah Al-Marhum Dato Ismail Bin Kamus.
  1. Baca Yasin malam Jumaat adalah ibadat. Baca Yasin malam Jumaat fadhilatnya tertera dalam hadith yang bertaraf dhoif. Dalam mazhab Syafie boleh beramal dengan hadith dhoif ini dalam fadhail ‘amal dan tidak mengapalah kita beramal dengannya.
  2. Pergi ke kubur pada hari raya tidak mengapa kerana ia masuk dalam umum hadith Ziarahlah Kubur.
  3. Amalan menyiram air pada kubur ada dalilnya kerana Nabi buat dan ia dibolehkan. Jangan berbalah pada isu khilafiah. Aman dunia ini.
  4. Memang zaman Nabi tiada mazhab kerana Nabi ada. Tetapi selepas itu kita perlu ikut ulama. Ulama dah susunkan. Kita dah ada paip guna air paip tu sudahlah cukuplah. Tak perlu ceduk air kat sungai Klang itu.
  5. Jangan kita condemn orang yang wirid orang yang baca yasin malam jumaat dan selainnya. Eloklah baca yasin malam Jumaat.
  6. Nabi mengamalkan jampi dan bacaan tertentu untuk perubatan.
  7. Amalkan membaca surah Al-Fatihah setiap kali selepas selesai solat maka insya Allah aman dari segala bencana.
  8. Beruntunglah sesiapa yang membaca dan amalkan surah Al-Fatihah ketika memulakan majlis dan pengakhiran majlis, permulaan taklimat, permulaan mensyuarat dan selainnya. Amalkan ia.
  9. Teruk betul orang yang membid’ahkan amalan Qunut Subuh.
  10. Isu lafaz Usholliy ketika mahu solat sudah selesai. Ia tidak bercanggah dengan syariat. Lagipun ia di luar solat bukan dalam solat.
  11. Ada solat sunat sebelum Jumaat. Saya sekarang amalkan ianya.
  12. Tiada masaalah menyapu muka selepas solat.
  13. Dato Ismail Kamus menegaskan bahawa Allah Wujud Tanpa Bertempat. Allah tidak memerlukan kepada tempat. Inilah akidah Islam. Wahhabi dan Syiah menolak akidah benar ini.
  14. Amalan Tahlil digalakkan.
  15. Baca Yasin ke atas jenazah.
  16. Belajar akidah Sifat 20. 50 sifat.
Semoga ruh dan jasad beliau dirahmati Ilahi. Lahu Al-Fatihah. Aamin.


Pautan artikel lain yang berkaitan boleh baca di sini :-

Ini antara 34 mutiara kata...

https://normanhafizi.blogspot.com/2020/05/ini-antara-34-mutiara-kata.html

Thursday, 14 May 2020

MALAM KE-21, Mencari Dan Memburu Lailatul Qadar...

MALAM KE-21, Mencari Dan Memburu Lailatul Qadar Pada 10 Malam Terakhir Ramadan

TAZKIRAH - REZEKI YANG DIUSAHAKAN SENDIRI

Firman Allah s.w.t.

وَاَنۡ لَّيۡسَ لِلۡاِنۡسَانِ اِلَّا مَا سَعٰىۙ‏

Dan bahawa sesungguhnya tidak ada (balasan) bagi seseorang melainkan (balasan) apa yang diusahakannya;

(Surah An-Najm : ayat 39)

امين³ يا رب العالمين

1. MALAM KE-21

Jumhur ulama mengatakan bahawa malam yang lebih diharapkan berlakunya Lailatul Qadr ialah malam ke-27, namun di sisi Imam kita, Imam al-Syafi'i, malam yang lebih diharapkan ialah malam ke-21 atau ke-23. Pastinya Imam al-Syafi'i tidak mengeluarkan pendapat berdasarkan akal semata-mata, lebih-lebih lagi apabila dilihat menyalahi jumhur dalam masalah ini. Antara dalil sahih yang menyokong pendapat yang memilih malam ke-21 ialah sebuah hadis riwayat al-Bukhari daripada Abu Sa'id al-Khudri رضي الله عنه bahawa Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم telah bersabda:

مَنْ كَانَ اعْتَكَفَ مَعِي فَلْيَعْتَكِفْ الْعَشْرَ الْأَوَاخِرَ وَقَدْ أُرِيتُ هَذِهِ اللَّيْلَةَ ثُمَّ أُنْسِيتُهَا وَقَدْ رَأَيْتُنِي أَسْجُدُ فِي مَاءٍ وَطِينٍ مِنْ صَبِيحَتِهَا فَالْتَمِسُوهَا فِي الْعَشْرِ الْأَوَاخِرِ وَالْتَمِسُوهَا فِي كُلِّ وِتْرٍ

"Sesiapa yang beriktikaf denganku maka hendaklah dia beriktikaf pada sepuluh malam yang terakhir. Sesungguhnya aku telah diperlihatkan akan malam Lailatul Qadr kemudian aku dijadikan lupa akannya. Aku telah melihat diriku (pada malam Lailatul Qadr) bersujud pada air dan lumpur pada paginya. Maka (oleh itu) carilah Lailatul Qadr pada sepuluh malam yang terakhir dan carilah Lailatul Qadar pada setiap malam yang ganjil".

Kemudian kata Abu Said al-Khudri lagi:

فَمَطَرَتْ السَّمَاءُ تِلْكَ اللَّيْلَةَ وَكَانَ الْمَسْجِدُ عَلَى عَرِيشٍ فَوَكَفَ الْمَسْجِدُ فَبَصُرَتْ عَيْنَايَ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَلَى جَبْهَتِهِ أَثَرُ الْمَاءِ وَالطِّينِ مِنْ صُبْحِ إِحْدَى وَعِشْرِينَ

"Maka pada malam tersebut hujan telah turun dan adalah bumbung masjid (pada ketika itu) diperbuat daripada pelepah tamar dan dedaun. Lalu menitislah air daripada (bumbung) masjid. Maka aku melihat dengan dua biji mataku bahawa pada dahi Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم terdapat kesan air dan lumpur pada pagi hari ke-21".

Berkata Imam Ibn Kathir dalam tafsirnya: "Imam al-Shafi'i berkata: Hadis ini ialah riwayat yang paling sahih (tentang Lailatul Qadr)"

Malam ni malam ke-21. Marilah kita sama-sama memperbanyakkan ibadah dan doa. Jika sahabat-sahabat pembaca teringatkan hamba, maka sertakanlah hamba yang berdosa ini dalam doa kalian.

Yang mengharapkan maghfirah,

Abdul Rahman Bin Harman Shah Raniri al-Azhari

Bacaan Tambahan Yang Lain :

2. MENCARI MALAM LAILATUL QADAR

JUMAAT - PENGHULU SEGALA HARI 15 Ramadhan 1441H / 8 May 2020

السَّلاَم ُعَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّٰهِ وَبَرَكَاتُه
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ*  *ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Hadis Rasullullah s.a.w. 

Daripada Aishah RA katanya, Rasulullah SAW bersungguh-sungguh beribadat dalam bulan Ramadhan, maka dibandingkan dengan bulan-bulan yang lain.

Baginda juga akan menambahkan amal ibadatnya lebih daripada biasa apabila sampai sepuluh hari yang terakhir daripada bulan Ramadhan, sedangkan di hari-hari yang sebelumnya Baginda tidak berbuat demikian.

Islam menuntut seseorang yang berpuasa pada bulan Ramadhan memperbanyakkan amal ibadat pada siang hari dan malamnya, lebih-lebih lagi sepuluh malam yang terakhir.

Seseorang lelaki disunatkan pergi beriktikaf di masjid pada sepuluh malam yang terakhir daripada bulan Ramadhan.

Seseorang lelaki digalakkan pergi beribadat di masjid atau di surau sekalipun meninggalkan isteri atau anaknya, dengan tujuan berbuat kebaikan dan beramal soleh. (Hadis Riwayat:  Muslim)

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

3. Memburu Lailatul Qadar Sepuluh Malam Terakhir Ramadan

عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُجَاوِرُ فِي الْعَشْرِ الْأَوَاخِرِ مِنْ رَمَضَانَ وَيَقُولُ تَحَرَّوْا لَيْلَةَ الْقَدْرِ فِي الْعَشْرِ الْأَوَاخِرِ مِنْ رَمَضَانَ

Daripada Aisyah Radliallahu 'anha berkata: Rasulullah SAW beriktikaf pada sepuluh hari terakhir dari bulan Ramadan dan bersabda: "Carilah Lailatul Qadar pada sepuluh malam yang akhir dari Ramadan". (Sahih Bukhari No: 1916) Dar Ibn Kathir.  Status: Hadis Sahih.

Pengajaran:

1. Rasulullah SAW menyuruh beriktikaf pada 10 malam terakhir dari Ramadan untuk memburu lailatul Qadr.

2. Bersungguh beramal pada 10 malam terakhir Ramadan untuk memperoleh lailatul Qadar yang ganjaran amalan pada malam tersebut lebih baik daripada 1000 bulan atau lebih baik daripada 83 tahun 4 bulan.

لَيْلَةُ الْقَدْرِ خَيْرٌ مِنْ أَلْفِ شَهْرٍ (٣)

"Malam kemuliaan (lailatul Qadr) itu lebih baik daripada seribu bulan" (al-Qadr: 3).

3. Sepatutnya kita tidak hanya memilih malam-malam tertentu untuk memburu lailatul Qadar kerana tidak ada satu tarikh yang tepat dan ia dirahsiakan untuk menjadi pendorong kepada kita mencarinya pada sepuluh malam terakhir Ramadhan.

4.  Bangunkan ahli keluarga kita untuk bersama merebut peluang bertemu lailatul Qadar.

5. Perbanyakkan iktikaf, pelihara solat fardhu berjemaah di masjid, tingkatkan tilawah al-Quran, perbanyakkan doa dan permohonan ampun kepada Allah.

6. Imam Ibn Rajab al-Hanbali Rahimahullah menyatakan: Sebahagian ulama mazhab Syafie menakalkan riwayat daripada Ibn ‘Abbas RA bahawa: “Menghidupkan malam Lailatul Qadar akan terhasil apabila seseorang mendirikan solat ‘Isya’ secara berjemaah dan berazam untuk melakukan solat Subuh secara berjemaah jua. Imam Malik merekodkan dalam al-Muwatta’ bahawa Imam Ibn al-Musayyib berkata: Sesiapa yang bertemu dengan Lailatul Qadar bermaksud (yang mendirikan solat) dalam berjemaah (pada malam tersebut), maka dia akan memperolehi kebaikan malam itu. Begitu jugalah yang dikatakan oleh Imam asy-Syafie rahimahullah dalam pendapat lamanya: Sesiapa yang mendirikan solat Isya’ dan Subuh pada malam Lailatul Qadar, maka dia akan memperoleh kebaikannya.” Lihat Lathaif al-Maarif (hal. 159).

7.  Marilah kita berazam bersungguh-sungguh untuk bertemu Lailatul Qadar. Bayangkan seolah-olah inilah Ramadan terakhir kita dan mungkin ini peluang terakhir untuk bertemu Lailatul Qadar pada tahun akan datang.

Catatan pada : 14hb Mei  2020 / 21hb Ramadan 1441H

Sila layari pautan artikel yang berkaitan di sini :-

Doa Hari Jumaat Pada 10 Hari Ramadan Yang Terakhir
https://normanhafizi.blogspot.com/2020/05/doa-akhir-jumaat-ramadan.html

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...