Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Tuesday 18 October 2022

17 OKTOBER 1968 MAJLIS KEBANGSAAN BAGI HAL EHWAL AGAMA ISLAM MALAYSIA


Pada hari ini 17.10.1968, Majlis Raja-Raja bersetuju untuk menubuhkan satu badan bagi menyelaraskan pentadbiran agama Islam di seluruh negara. Badan itu telah dirasmikan penubuhannya pada 1 Julai 1969, dengan nama Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Semenanjung Malaysia. Setelah negeri Sabah dan Sarawak diterima menjadi ahli majlis ini pada 17 Jun 1971, nama badan itu telah ditukar kepada Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia. Tujuan utama Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam ialah untuk mengendalikan pentadbiran agama Islam dari peringkat pusat untuk menyelaraskan segala tugas dengan Majlis Agama Islam setiap negeri.

Untuk melaksanakan tujuan itu, majlis ini bertanggungjawab :-
  1. Membincang, menimbang dan menguruskan apa-apa perkara yang dirujukkan kepada Majlis oleh Majlis Raja-Raja,
  2. Memberi nasihat kepada Majlis Raja-Raja, Kerajaan Negeri atau Majlis Agama Islam Negeri.
Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam mempunyai 21 orang ahli serta diuruskan oleh Bahagian Agama Jabatan Perdana Menteri, yang bertindak sebagai urusetia kepada majlis. Selain itu, majlis itu juga bertanggungjawab atas beberapa perkara seperti penggunaan perkataan dan tanda halal, azan di televisyen dan pengharaman ajaran Qadiyani atau Ahmadiyah. Dengan adanya Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia, kerajaan berharap hal-hal yang berkaitan dengan Agama Islam di seluruh negara akan dapat diseragamkan.

#MajlisRajaMelayu #arkibnegara


Pautan artikel menarik yang berkaitan :-

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...