PEMAIN ASIA PERTAMA MENJUARAI KATEGORI PERSEORANGAN WANITA KEJOHANAN TERBUKA BRITISH
Pada hari ini dalam tahun 2005, Nicol Ann David mencipta sejarah dengan menjadi pemain Asia pertama menjuarai kategori perseorangan wanita Kejohanan Skuasy Terbuka British yang diadakan di Manchester, England. Beliau yang juga juara Kejohanan Remaja Dunia 1999 dan 2001 mengalahkan Natalie Grinham, pemain pilihan keempat dari Australia dengan mata 9 – 6, 9 – 7 dan 9 – 6 dalam masa 55 minit. Anak kelahiran Pulau Pinang yang berusia 22 tahun ini membawa pulang wang tunai $5,000.00 (RM18,750.00) dan trofi kemenangan.
Kemenangan ini juga mencipta sejarah peribadi kerana beliau berjaya menjuarai gelaran semua peringkat umur yang dipertandingkan dalam Terbuka British. Kejohanan Skuasy Terbuka British yang mula diperkenalkan pada tahun 1922 ini dianggap kejohanan tertua dan berprestij dalam sejarah sukan skuasy. Ini adalah kejayaan kelapan beliau dalam siri jelajah profesional wanita sejak menyertai sirkit profesional pada tahun 2000.
Sumber : Arkib Negara Malaysia
Pautan artikel lain yang berkaitan :-
07 OKTOBER 1983 PEMAIN BADMINTON BERTARAF PROFESIONAL PERTAMA DARI ASIA TENGGARA
https://normanhafizi.blogspot.com/2022/10/07-oktober-1983-pemain-badminton.html
No comments:
Post a Comment