Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Showing posts with label Jin. Show all posts
Showing posts with label Jin. Show all posts

Tuesday, 4 May 2021

Jaan

Arkib : 23 Mac 2021. Siri Misteri Alam Dunia 

Gambar sekadar hiasan

JIN

Maarij bermaksud nyalaan api yang sangat kuat dan sangat panas bahangnya atau “Al-Lahab” iaitu jilatan api yang sudah bercampur antara satu sama lain iaitu merah, hitam, kuning dan biru. Sesetengah ulama pula mengatakan bahawa “Al-Maarij“ itu ialah api yang sangat terang yang memiliki suhu yang amat tinggi sehingga bercampur antara merah, hitam, kuning dan biru. Sesetengah pendapat lain pula mengatakan Al-Maarij itu ialah api yang bercampur warnanya dan sama maknanya dengan “As-Samuun“ iaitu api yang tidak berasap tetapi sangat tinggi suhu panasnya. Angin Samuun yang telah sebati dengan Al-Maarij itulah Allah jadikan Jaan.

Menurut suatu Hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Mas’ud pula menyatakan bahawa angin Samuun yang dijadikan Jaan itu hanyalah satu bahagian daripada tujuh puluh bahagian angin Samuun yang sangat panas itu. Dari api yang amat panas inilah Allah telah menciptakan Jin, iaitu dari sel atau atom atau daripada nukleus-nukleus api. Kemudian Allah masukkan roh atau nyawa padanya, maka jadilah ia hidup seperti yang dikehendaki oleh Allah. Jin juga diberi izin oleh Allah menzahirkan berbagai-bagai bentuk dan rupa yang disukai dan dikehendakinya kecuali rupa Rasulullah S.A.W. serta beberapa makhluk Allah yang lain. Ini mengikut tahap dan kemampuan jin tersebut masing-masing. 

Jin juga diperintahkan oleh Allah menerima syariat Islam sepertimana yang diperintahkan oleh Allah kepada manusia. Rupa bentuk Jin yang asal selepas dicipta dan ditiupkan roh itu, hanya Allah dan Rasulnya sahaja yang mengetahuinya. Menurut sesetengah ulama rupa, tabiat, kelakuan dan perangai Jin adalah 90 peratus mirip kepada manusia. Asal kejadian manusia ialah campuran daripada Jisim Kathif iaitu tanah dan air, Jisim Syafaf iaitu campuran api dan angin dan Nurani, iaitu roh, akal, nafsu dan hati yang dinamakan “Latifatur-Rabbaniah“ sesuai dengan manusia sebagai sebaik-baik kejadian yang diciptakan Allah dan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Manakala kejadian Jin pula ialah campuran Jisim Syafaf iaitu campuran api dan angin dan Nurani iaitu roh, akal, nafsu dan hati yang sesuai dan sepadan dengan kejadian Jin. Manakala mahkluk-makluk lain pula Allah jadikan daripada salah satu unsur tersebut, contohnya, binatang yang dijadikan daripada campuran Jisim Kasyif dan Jisim Syafaf sahaja. Batu dan tumbuh-tumbuhan pula dijadikan daripada Jisim Kasyif semata-mata. Manakala Malaikat pula dijadikan daripada Nurani semata-mata.

CARA JIN MEMBIAK

Manusia memerlukan masa mengandung selama sembilan bulan untuk melahirkan zuriat dan anak manusia juga memerlukan masa yang lama untuk matang dan menjadi baligh. Berbeza dengan Jin di mana, apabila tersentuh alat kelamin lelaki dengan alat kelamin perempuan, maka Jin perempuan akan terus mengandung dan beranak dan anak Jin yang baru lahir itu terus mukallaf. Begitulah keadaannya sehingga ke hari kiamat. Iblis pula adalah unik walaupun termasuk salah satu daripada ribuan spesies Jin. Iblis apabila menyentuh paha kanan dengan paha kiri akan mengeluarkan 33 biji telor. Dalam setiap biji telor itu ada 33 pasang benihnya. Tiap-tiap pasang benih itu apabila menyentuh paha kanan dengan paha kiri akan keluar seperti yang terdahulu. Begitulah proses pembiakan Iblis sehinggalah ke hari kiamat.

Bunian

Bunian atau lebih masyhur di kalangan orang-orang Melayu dengan panggilan orang Ghaib pula ialah hasil campuran lelaki atau perempuan Jin dengan lelaki atau perempuan dari kalangan manusia. Anak yang terhasil daripada percampuran itu dikenali dengan nama Bunian. Perangai dan tingkah laku serta rupa bentuknya orang Bunian ini dalam beberapa perkara mengikut manusia dan dalam beberapa perkara pula mengikut Jin. Jika asal usul datuk manusia ialah Nabi Adam, maka asal usul datuk Jin pula ialah “Jaan“ yang asalnya adalah beriman kepada Allah dan melahirkan keturunan yang beriman. Selepas itu terdapat pula dari keturunan Jaan yang kufur dan melahirkan pula keturunan yang kufur. Anak cucu Jaan yang asal beriman itu ada yang kekal dalam iman dan ada pula yang kufur dan ada pula yang kembali beriman kepada Allah.

AGAMA DIANUTI PUAK JIN

Jin juga seperti manusia, iaitu ada yang baik, ada yang jahat, ada yang soleh, ada yang tidak soleh, ada yang alim lagi mukmim, ada ada yang kufur, ada yang murtad, fasik dan zalim, ada yang masuk syurga dan ada yang dihumbankan oleh Allah ke dalam neraka di hari akhirat kelak. Majoriti puak-puak Jin terdiri daripada golongan Jin kafir. Golongan Jin kafir ini kebanyakanya beragama Yahudi, Kristian, dan sangat sedikit daripada mereka yang beragama Buddha dan Majusi. Ada juga Jin yang tidak percaya kewujudan Tuhan yakni atheis (golongan Jin yang tidak beragama). Golongan Jin yang memeluk Islam hanyalah sedikit bilangannya dan terdiri daripada golongan minoriti jika di bandingkan dengan keseluruhan bilangan Jin. Seperti juga manusia biasa, Jin juga berada dalam tingkat-tingkat iman, ilmu dan amalan yang tertentu berdasarkan kepada keimanan dan amalan mereka kepada Allah.

Antaranya ada Jin Islam yang bertaraf awam sahaja, Jin Islam yang di tingkat iman Khawas dan Jin Islam yang berada ditingkat iman yang Khawasil-Khawas. Walaupun Jin Islam yang paling tinggi imannya dan paling soleh amalannya serta paling luas serta banyak ilmunya, tetapi masih ada pada diri mereka sifat-sifat mazmumah seperti takbur, riak, ujub dan sebagainya, tetapi mereka mudah menerima teguran dan pengajaran. Mungkin inilah yang sering diperkatakan bahawa "sebaik-baik Jin itu ialah sejahat-jahat manusia yang fasik". Tetapi yang berbezanya manusia yang paling jahat susah menerima pengajaran dan teguran yang baik.

Golongan Jin Islam yang awam dan Jin kafir suka merasuk manusia yang awam dengan berbagai-bagai cara, kerana pada pandangan mereka manusia-manusia yang awam itu bukanlah manusia sebenarnya, sebaliknya adalah rupa seekor binatang. Manusia yang Khawas dan Khawasil-Khawas tidak dapat di rasuk oleh Jin, bahkan Jin pula akan datang kepada mereka untuk bersahabat.
.
RUPA BENTUK JIN

Pada asasnya rupa bentuk Jin tidaklah banyak berbeza daripada rupa bentuk manusia, iaitu mereka mempunyai jantina, mempunyai hidung mata, tangan, kaki, telinga dan sebagainya, sepertimana yang di miliki oleh manusia. Pada dasarnya 80 hingga ke 90 peratus Jin menyerupai manusia. Cuma yang berbezanya fizikal Jin adalah lebih kecil dan halus daripada manusia. Bentuk tubuh mereka itu ada yang pendek, ada yang terlalu tinggi dan ada bermacam-macam warna, iaitu putih, merah biru, hitam dan sebagainya. Jin yang kekal dalam keadaan kafir dan Jin Islam yang fasik itu mempunyai rupa yang huduh dan menakutkan. Manakala Jin Islam yang soleh pula mempunyai rupa paras yang elok. Menurut sesetengah pendapat tinggi Jin yang sebenarnya adalah kira-kira tiga hasta sahaja. Pengetahuan mereka lebih luas dan umurnya tersangat panjang dan ada yang beribu tahun umurnya. Kecepatan Jin bergerak adalah melebihi gerak cahaya dalam satu saat. Memandangkan Jin adalah terdiri daripada makluk yang seni dan tersembunyi, tidak zahir seperti manusia dan tidak sepenuhnya ghaib seperti Malaikat, maka ruang yang kecil pun boleh di duduki oleh berjuta-juta Jin dan ianya juga boleh memasuki dan menghuni tubuh badan manusia.

Jumlah Jin terlalu ramai sehingga menurut sesetengah pendapat bilangannya ialah jumlah semua manusia daripada Nabi Adam hingga ke hari kiamat di darab dengan haiwan-haiwan, di darab dengan batu-batu, di darab dengan pasir-pasir dan semua tumbuh-tumbuhan. Itu pun baru satu persepuluh daripada jumlah keseluruhan Jin. Manakala jumlah keseluruhan Jin ialah satu persepuluh daripada jumlah keseluruhan Malaikat. Jumlah keseluruhan Malaikat hanya Allah dan Rasulnya sahaja yang lebih mengetahuinya. 

Alam kediaman Jin ialah di lautan, daratan, di udara dan di Alam Mithal iaitu suatu alam di antara alam manusia dan alam malaikat. Jika di berikan oleh Allah kepada kita melihat Jin, sudah tentulah kita akan melihat jarum yang dijatuhkan dari atas tidak akan jatuh ke bumi tetapi hanya jatuh di atas belakang Jin, disebabkan terlalu banyaknya jumlah mereka.

Sebab itulah orang-orang tua kita selalu berpesan supaya anak-anak segera balik ke rumah apabila telah tiba waktu Maghrib dan pintu serta tingkap rumah mesti di tutup, supaya tidak dimasuki oleh Syaitan dan Iblis.

Sebagaimana sebuah Hadis yang telah diriwayatkan oleh Imam Bukhari daripada Rasulullah S.A.W. yang bermaksud:

“Apabila kamu menghadapi malam atau kamu telah berada di sebahagian malam maka tahanlah anak-anak mu kerana sesungguhnya syaitan berkeliaran ketika itu dan apabila berlalu sesuatu ketika malam maka tahanlah mereka dan tutuplah pintu-pintu rumahmu serta sebutlah nama Allah, padamkan lampu-lampu mu serta sebutlah nama Allah, ikatlah minuman mu serta sebutlah nama Allah dan tutuplah sisa makanan mu serta sebutlah nama Allah (ketika menutupnya)”

Hadis di atas bermaksud bahawa Jin dan Syaitan akan tidur di waktu siang dalam cahaya dan sinar sehingga menjelang petang, di mana pada waktu itu mereka berkeliaran mencari rezeki dan makanan, baik lelaki maupun perempuan, samada yang dewasa atau kanak-kanak. Aishah r.a menceritakan bahawa Nabi S.A.W. apabila mengadu sakit, Baginda S.A.W. akan membaca ke atas dirinya surah al-Falaq dan al-Nas kemudian menghembuskannya. (Mafhum hadis riwayat Muslim)

# Sentiasa berzikir kepada Allah # Apabila menuang air panas, sebutlah Allah atau membaca “istia’zah” ﺃَﻉُﻭْﺫُ ﺑِﺎﻟﻠﻪ ﻣِﻦَ ﺍﻟﺸَّﻴْﻄَﺎﻧِﺎﻟﺮ ِﻢْﻴِﺟَّ dan “Basmalah” ﺑﺴﻢ ﺍﻟﻠﻪ ﺍﻟﺮﺣﻤﻦ ﺍﻟﺮﺣﻴﻢ

Dua lafaz ini adalah amat penting dalam kehidupan setiap Muslim lelaki atau wanita. Ia hendaklah diamalkan sepanjang masa walaupun wanita itu dalam keadaan uzur syarie (period). 

# Jangan menuang air panas dalam tandas kerana tandas adalah tempat jin dan syaitan. Begitu juga ke dalam lubang. 

# Apabila masuk bilik yang gelap, sebutlah “Bismillah”. 

# Jangan kencing ke dalam lubang kerana ia tempat tinggal jin. 

# Jangan tidur seorang diri. Jika terpaksa tidur serorang diri, maka hendaklah berwuduk dan membaca zikir tidur. 

# Jangan menyakiti anjing atau kucing. 

# Jangan membunuh ular yang berada di rumah. Hendaklah memberi amaran selama tiga hari.

# Jangan berjalan seorang diri di padang pasir atau hutan belantara.

# Mengamalkan bacaan surah-surah pilihan seperti surah al-Ikhlas, surah al-Falaq, surah al-Nas dan ayat Kursi.

# Hidupkan suasana al-Quran di dalam rumah.

# Menyebut zikir ﻻ ﺇﻟﻪَ ﺇﻻّ ﺍﻟﻠّﻪُ seratus kali setiap hari. 

Dalam hadis diceritakan bahawa sesiapa yang membawa seratus kali : "Tiada Tuhan selain Allah “Tiada tuhan selain Allah. Allah yang Esa tiada sekutu bagi-Nya. Bagi-Nya kerajaan dan segala pujian. Dan Diaberkuasa atas tiap-tiap sesuatu.” Maka antara fadilatnya ialah diperlihara daripada syaitan pada hari itu. (Mafhum hadis riwayat Bukhari).

# Sentiasa membaca ayat-ayat yang mengandungi makna bagi membatalkan sihir seperti surah al-A’raf: 118- 119, surah Taha: 69.

# Makan ubat tertentu seperti tamar. Sabda Nabi S.A.W. yang bermaksud:

“Sesiapa yang makan setiap pagi buah tamar ‘Ajwah maka tidak akan memudaratkannya oleh racun dan sihir pada hari itu hingga malam hari”. (Mafhum hadis riwayat Bukhari).

Semoga bermanfaat diketahui. Allahu'alam.

Wassalam

- zulsegamat

~ published by RVK/ dari page The Major


Bahan bacaan tambahan yang lain :-

Sunday, 14 February 2021

Hantu Purdah

 Arkib : 14 Februari 2020


Masih Ingat lagi Kisah HANTU PURDAH yang pernah menggemparkan Malaysia pada tahun 1996 ?? 

Cerita ni memang famous sekitar tahun 1996, masa ni aku baru darjah 5, selepas heboh kisah HANTU LILIN yang pernah mengemparkan Tanah Air, pada tahun 1995 ,(yang aku baru posting semalam), Pada tahun 1996 kini muncul pula Sosok baharu, iaitu HANTU PURDAH, ini zaman belum ada Internet jadi bila dengar cerita macam ini keluar di Media masa orang kita ni cepat terpengaruh. sebab waktu tu saluran kita hanyalah Televisyen, Radio dan Surat Khabar.

Kita kenali serba sedikitlah pasal hantu purdah ni. Sebenarnya, dia ini gadis bukan hantu. Tapi memandangkan dia ini ada buat perjanjian dengan syaitan, jadi penampilan dan wajahnya memang tak sama macam manusia. dia akan memburu 44 anak dara sunti bagi mengembalikan wajahnya yang telah buruk seperti sedia kala! Cerita dia macam ni, hantu purdah ni berkisarkan tentang seorang gadis yang sedang menuntut di sebuah IPT di Malaysia. Malangnya, gadis ni kononnya selalu dipinggirkan oleh kawan-kawan dia (konon-kononnya masa itu kawan-kawan dia semua cun tak nak kawan dengan dia). Oleh yang demikian, si gadis ni telah membuat keputusan terburu-buru untuk menjadi cantik!

Lalu dia telah bertemu dengan seorang bomoh yang pakar dalam ilmu hitam. Dipendekkan cerita, dia menuntutlah ilmu hitam itu. tetapi, ada syarat yang harus gadis ini patuhi sebelum mendapatkan wajah yang cantik. Dia tidak boleh melihat cermin maksudnya dia tak boleh tengok sedikit pun paras wajahnya di hadapan cermin selama 44 hari. Jadi setelah gadis ni mengamalkan ilmu itu selama beberapa hari kemudian, para jejaka-jejaka terkejut dan tertawan dengan kejelitaannya. Masa itu gadis ini memang excited sangat sebab ilmu yang dia amalkan itu menjadi! Tapi, itulah disebabkan terlalu tak sabar dan obses dengan kecantikan, dia telah melanggar pantang yang telah ditetapkan. Dia melihat cermin untuk mendapat kepastian, adakah wajahnya benar-benar telah menjadi jelita. Oleh yang demikian, bertukarlah wajahnya menjadi sangat hodoh! Separuh dari tubuh dan wajahnya menjadi buruk akibat melanggar pantang.

Lalu dia telah memakai purdah untuk menutupi wajahnya yang telah menjadi hodoh! Gadis itu kemudian bertemu kepada bomoh itu untuk mengetahui cara mengembalikan wajahnya semula. bomoh tu memberitahunya, jika gadis itu ingin wajahnya kembali seperti asal, maka dia harus meminum darah daripada 44 anak dara. Bermulalah hantu purdah merayau-rayau untuk mencari 44 anak dara...

Pada zaman itu memang hebohlah terutama sekali budak-budak remaja perempuan memang tak berkeliaran waktu Asar dan Maghrib, sebab takut menjadi mangsa si HANTU PURDAH ini, 

Hantu ini lain macam sikit, kau baca ayat suci pun dia tak lari (nama pon manusia) jadi cara untuk mengelakkan hantu ini adalah berkurung di rumah. memang masa itu igauan mimpi ngeri lah bagi gadis-gadis yang melalui zaman itu.

Lebih mengemparkan pada masa itu, si wanita ini kononnya memburu mangsa ketika waktu malam dan awal pagi dengan menaiki kereta kancil berwarna merah.. selain itu juga, si wanita ini yang kononnya berpurdah untuk menutup mukanya yang hodoh itu.. cerita ini berkembang dari hari ke hari, merentasi negeri dan lautan dan lebih menghairankan ceritanya dijadikan muka depan Akhbar Harian Metro semacam menjadikannya sebagai cerita nasional pada waktu itu..

Ibu kepada Hantu Purdah ini membuat pendedahan di Akhbar Harian Metro mengenai anaknya iaitu seorang gadis yang berasal dari pantai timur yang kononnya telah melanggar pantang bersusuk yang mengakibatkan mukanya menjadi hodoh..

Selepas berita mengenai dirinya tersebar di media masa, Kononnya si gadis tersebut telah melarikan diri ke Sabah dan Sarawak untuk mencari mangsanya apabila kisahnya telah diketahui umum, dan ianya juga telah dilaporkan oleh akhbar-akhbar keluaran di negeri-negeri ini yang menambahkan lagi ketegangan dan kerisauan ibu bapa yangg mempunyai anak-anak gadis belasan tahun walaupun ianya hanyalah sekadar khabar angin sahaja..di tambah lagi dengan cerita mulut ke mulut yang menakutkan oleh orang ramai, menambahkan lagi rencah dan misterinya cerita ini..

Aku tak tau apa penyudah cerita ini sebenarnya, tiba-tiba kisah ini terus lenyap dan terhenti macam itu saja selepas keluar kenyataan dari seseorang dari pihak kerajaan rasanya (tak ingat dan tak pasti).. tapi aku ada dengar jugak yang kononnya cerita ini hanyalah sebuah cerita spekulasi yang saja direka oleh pihak-pihak tertentu dan kemudian diprovok oleh akhbar metro .. tujuan mereka buat macam itu adalah untuk menakut-nakutkan para remaja terutamanya anak-anak gadis pada masa itu, 

Pada masa itu juga isu BOHSIA dan BOHJAN menjadi-jadi dan sangat teruk sehinggakan tak dapat di kawal lagi.. kononnya.. 

Wallahualam Bissawab..... 

P/S : Gambar (Sekadar gambar hiasan)


Hantu Kum Kum - Lagenda Yang Misteri

Monday, 23 July 2018

Al-Hin : Makhluk Sebelum Kejadian Manusia?



Sedikit keterangan :-

Siapa manusia, sebelum Nabi Adam a.s. ?
Nama-nama "Manusia" Sebelum Nabi Adam a.s. ialah, Abal Jan, Banul Jan, Bangsa Bin/Ban, Azazil dan Bangsa Nisnas 

Tiga Kandungan Utama Mengenai Perbincangan Topik Di Sini : -
  1. Abal Jan - Generasi Pertama menghuni Bumi (Bangsa Jin Versi Pertama) 
  2. Kewujudan Bangsa Jin, selepas itu Bangsa Bin/Ban serta kewujudan Makhluk terakhir Abal Jan serta keturunannya Banul Jan termasuklah Azazil (Bangsa Jin Versi Kedua)
  3. Bangsa Nisnas - memiliki tubuh fizikal setengah manusia dan setengah haiwan
(Sumber : Syaikh Muhammad bin Ahmad bin Ilyas, dalam buku "Kisah Penciptaan dan Tokoh-tokoh Sepanjang Zaman" (diterjemahkan oleh Abdul Halim), Penerbit Pustaka Hidayah Bandung, Cetakan Pertama, Oktober 2002, hal. 13-72 dengan perubahan)

Ya, memang benar. Ada “manusia” sebelum Nabi Adam yang menghuni bumi hal ini sebagaimana telah disebutkan dalam Al-Quran Surat Al-Baqarah ayat 30.
Namun karena para-manusia-sebelum-Nabi-Adam itu berbuat kerusakan akhirnya mereka dibantai oleh malaikat yang turun langsung dari langit.

inidia misteripedia merupakan channel misteri-religi pertama di Indonesia. Membahas tentang misteri akhir zaman, misteri dalam Islam, dan misteri ditinjau dari sudut pandang Islam. Subscribe untuk video terbaru lainnya.


INILAH "MANUSIA" SEBELUM NABI ADAM yang Menghuni Bumi tapi Karena Berbuat Rusak Akhirnya Dimusnahkan


----------------------------------------------------------------------------------------------------------

SEJARAH PEPERANGAN ANTARA KERAJAAN JIN DAN KERAJAAN TUHAN

Di kisahkan 2000 tahun sebelum penciptaan Nabi Adam a.s, bumi pernah di diami bermacam² makhluk. Adapun makhluk yang paling awal mendiami bumi ialah Al-HIN. Al-Hin dikatakan sejenis makhluk seperti manusia tetapi berbulu putih serta mempunyai sayap dan populasi mereka hanya sedikit sekitar 1,000 orang. Mereka diberi usia yang panjang dan masih ada hingga sekarang. 

Adapun raja² mereka yang pernah memerintah dan mempunyai kerajaan di dunia ialah:-

  • Az-Zawyuz, 
  • Ba'asidun, 
  • Ba'alial, 
  • Marduk, 
  • Naz'a, 
  • Ahra Mazidan, 
  • Thur Addin, 
  • Hawruz, 
  • Uwzuriz, 
  • Kana'a, 
  • Sasna'uw, 
  • Balaqa, 
  • Damballa, 
  • Varaqa, 
  • Bathalah, 
  • U'zza, 
  • Kizalqwal, 
  • Ghanish, 
  • Lawqi, 
  • Dushara dan banyak lagi. 
Mereka ada yang Islam dan ada yang kafir. 

Pada masa yang sama ada satu umat yang bermacam² ragam dan berlainan jenis yang diberi nama AL-BIN. Al-Bin merupakan bangsa Jin yang diciptakan dari unsur gabungan kilat (al-Birquw) dan angin (asap). Pada awal keberadaannya, mereka sangat taat beribadah kepada Allah dan melahirkan keturunan yang banyak. Mereka sering berperang dengan bangsa Al-Hin. Oleh kerana pertambahan mereka hingga hampir memenuhi bumi, mereka mula membuat berbagai kerosakan di atas muka bumi. Akhirnya mereka dibinasakan dengan angin taufan kecuali keturunan mereka yang beriman saja yang selamat.

Saki baki keturunan Al-Bin meneruskan kehidupan sehingga mereka mempunyai keturunan yang ramai. Lama kelamaan mereka juga melakukan kerosakan dan kemungkaran serta saling menganiaya. Akibatnya, Allah pun mengirimkan sekelompok umat yang berbadan besar yang berasal dari laut yang bernama AL-BANN. Al-Bann telah menyerbu keturunan Al-Bin sehingga mereka binasa semuanya.

Kemudian Al-Bann pun menguasai seluruh bumi dan melahirkan keturunan yang banyak. Mereka juga merupakan makhluk pertama yang membuat mesin, membina jambatan, menangkap ikan, memburu sesuka hati dan sebagainya. Oleh sbb itu, semua binatang baik di daratan atau di dalam lautan mengadukan perbuatan kaum Al-Bann kepada Allah. 

Allah pun menciptakan makhluk baru yang berada disisi-Nya yang bernama Abu Jan atau bapa seluruh Jin. Sesetengah riwayat mengatakan nama bapa seluruh Jin adalah Asim yang bergelar Abu Jan. Merupakan makhluk tidak sempurna yang diciptakan oleh Allah. Abu Jan diangkat oleh Allah menjadi pemimpin seluruh makhluk di bumi pada masa itu dan sangat beriman. Abu Jan juga merupakan guru kepada kaumnya dan mempunyai ilmu yang sangat hebat.

Di bumi, Abu Jan melahirkan generasi yang bernama BANUL JAN. Banul Jan merupakan kaum bangsa Jin yang memiliki jenis yang berbeza. Di antara mereka ada yang disebut sebagai kaum Nahabir dan Nahamir. Kaum Nahabir dan Nahamir ada yang beragama Islam dan ada yang kafir. Mereka juga sering melakukan serangan ke atas kaum Al-Bann sehingga kaum Al-Bann binasa dan tidak meninggalkan sebarang generasi.

Kemudian kaum Banul Jan berpecah menjadi beberapa puak sehingga wujudlah lapan buah kerajaan di atas langit dunia di mana mereka inilah yang disebut bangsa Dewa dan Kahyangan. Dalam puak Dewa ada beberapa tingkatan iaitu tingkat Dewa, tingkat Bapa Dewa, tingkat Maha Dewa dan tingkat Maha Dewa Agung. Lapan buah kerajaan ini dibahagi menjadi lapan wilayah iaitu kerajaan bahagian selatan, kerajaan bahagian utara, kerajaan bahagian timur, kerajaan bahagian barat, kerajaan atas darat dan kerajaan atas air.

Antara raja² Islam yang pernah berkerajaan di atas langit dunia ialah :-

  • Rukiyail, 
  • Jibriyail, 
  • Samsamail, 
  • Mikiyail, 
  • Sarifiyail, 
  • 'Ainyail 
  • dan Kasfiyail, 
Sementara raja² yang pernah memerintah di darat dan di air ialah 

  • Mazhab, 
  • Marrah, 
  • Ahmar, 
  • Burkhan, 
  • Syamhurash, 
  • Zubai'ah dan 
  • Maimon.

Di atas muka bumi, kaum Banul Jan suka sangat berperang di antara satu sama lain untuk menguasai serah dan memperluaskan jajahan malah mereka sering bertempur dengan makhluk lain seperti Al-Hin. Adakalanya mereka kalah dalam berhadapan dengan kaum Al-Hin. Walau bagaimana pun, kaum Banul Jan tetap melakukan kemungkaran dan menumpahkan darah.

Oleh sebab kederhakaan mereka kepada Allah, maka Allah pun menurunkan azab dengan menggoncangkan bumi dengan goncangan yang sangat dahsyat. Kemudian, Allah mengutus tentera para Malaikat di bawah pimpinan Malaikat Mikail untuk menghukum mereka. Maka berlakulah pertempuran yang sangat hebat antara tentera Malaikat dan puak Banul Jan.

Ramai suku kaum Banul Jan yang derhaka kepada Allah tewas dan terbunuh. Mayat² mereka di buang di tengah laut dan ada di buang di pulau² kecil. Sebilangan kecil puak Banul Jan yang sangat pintar telah melarikan diri bersembunyi di pulau² kecil yang beriklim tropika sementara golongan yang lemah diberi kebebasan untuk hidup. Selama ribuan tahun kaum Banul Jan yang terkuat telah musnah. Kini mereka digantikan dengan bangsa Jin yang lebih kecil kemampuannya dan merupakan generasi yang sangat lemah.

#MAMR

https://www.facebook.com/1376943895894431/posts/2798331313755675/

WhatsApp Group Sejarah Dunia

https://chat.whatsapp.com/INO70WsxY9v3arnpuB8GYC

Sejarah Iblis dan Jin || Jin Arwah penganggu bayi dan Jin yang Terakhir bikin Ngeriii

https://www.youtube.com/watch?v=GjLxME_xGwg

GENERASI JIN DI ATAS MUKA BUMI        

Ibnu Abbas ada menyebutkan bahawa nama moyang bangsa Jin adalah Asum yang bergelar Jan. Dalam Kitab Adam mengatakan bahawa nama moyang Jin adalah Tarnush. 

Setelah Bani Tarnush ingkar, Allah Taala telah memusnahkan mereka dan yang tinggal hanya satu kaum yang dipimpin oleh Haliaish (Helios) yang masih beriman kepada Allah Taala. Berpuluh tahun kemudian, Bani Haliaish juga akhirnya ingkar kepada Allah Taala sehingga Allah Taala telah menghancurkan mereka. 

Kemudian satu kaum yang tersisa melanjutkan keturunan Jan dan kaum itu bernama Maliqa. Kemudian kaum Maliqa juga ingkar kepada Allah. Setelah mereka dibinasakan oleh Allah, tinggallah sebahagian kecil kaum yang masih beriman dari suku Hamus. Hamus juga akhirnya ingkar lalu Allah mengutus Malaikat untuk memerangi mereka.

Anak-anak suku Hamus seramai 200 telah dibawa oleh Malaikat dan dididik dengan ilmu yang agung. Mereka diberi nama bersesuaian atas pencapaian masing-masing seperti Azazil, Araqial, Samyaza, Kokabial, Tamial, Ramial, Arakiba, Danel, Azaqial, Baraqijal, Asail, Armanos, Bataril, Ananil, Zaqial, Samsapi'il, Sataril, Turil, Jomjail dan Sarial. 

Dalam ramai-ramai itu cuma Azazil dan Samyaza sahaja yang menyerlah dalam pencapaian. Azazil merupakan keturunan Jan yang mempunyai ilmu yang sangat istimewa dan merupakan hamba Allah yang sangat rajin beribadah.  Dia juga merupakan seorang Malaikat yang paling dikenali di kalangan para Malaikat dan penduduk Syurga kerana doanya selalu termakbul. 

Kaum Jan yang masih hidup berdiam di bumi mulai berkembang biak. Azazil bersama pasukan Malaikat kemudian memerangi bangsa Jan yang ingkar. Azazil diutus oleh Allah bersama-sama Nabi dari kalangan Jan yang bernama Nabi Sahlub bin Mullatub dan Nabi Yusuf bin Yusuf. Namun bangsa Jan dapat membunuh Nabi Sahlub tetapi tidak berhasil membunuh Nabi Yusuf.

#MAMR

----------------------------------------------------------------------------------------------------------


Taktau betul ke tak, sambil minum kopi di petang yang indah ni jom kite bace cerita di bawah 

----------------------------------------------------------------------------------------------------------


Gambaran illustrasi oleh pelukis

Dua minggu yang lalu, saya didatangi sepasang suami isteri dan seorang anak lelaki di RIDAM. Pesakitnya adalah anak lelaki mereka.

Dari perbualan sebelum rawatan, si bapa menceritakan bahawa sudah banyak tempat sudah di kunjungi. Boleh dikatakan hampir setiap perawat yang muncul dalam Expose Mistik dan Rancangan Alam Ghaib sudah di bawa. Semuanya belum ditemui penawarnya.

Luahan tersebut membuatkan saya tersenyum. Lantas, saya katakan pada mereka sekeluarga bahawa mungkin masih belum ada rasi ubat . Kalau dah jodoh ubat dengan penyakitnya, insyaallah, sembuh lah penyakitnya..

Simptom gangguan pada pesakit hanya berlaku pada malam hari iaitu ketika waktu bulan mengambang sahaja. Pada waktu tersebut, pesakit akan merenung bulan kemudian menangis. Begitulah yang berlaku setiap bulan..

Maka, saya ambil pendekatan segera dengan teknik scan dan hampa kerana tidak dapat mengesan sebarang jenis gangguan pada lelaki tersebut.. Aiii...hairan sungguh.. lelaki tu nampak normal jer..

Lama saya dok termenung ketika berdepan dengan situasi tersebut, saya teringat pada Allahyarham Tok Ngah ketika berhadapan dengan kes yang hampir sama. Kata beliau, mungkin badan tengah kotor. Akibatnya, konsentrasi tiada.. Kan sunat kalau bersih. Apatah lagi kalau harum semerbak...

Lalu, saya minta izin pada pesakit untuk berehat sebentar. Sebenarnya, saya ingin mandi kerana baru teringat, saya baru saja selesai mengelap kipas syiling sebaik sahaja keluarga pesakit tiba di RIDAM. Selepas mandi, saya pakai wangian agar diri harum semerbak..

Setelah itu saya ke ruang rawatan untuk menyambung tugas rawatan. Ketika duduk berhadapan pesakit, tiba-tiba...

Pesakit: Ermm..wanginya... lama dah tak bau macam ni.. Kamu pakai minyak wangi apa ni..?

Kelihatan suara pesakit berlainan. Maka saya yakin, ketika itu, pesakit sedang kerasukan.

Saya: Minyak atar 1001 Malam. Tak pernah bau ker?

Pesakit: Pernah.. Tapi dah lama tak bau macam ni.. Masa kat Andalusia pernah la.. Harum betul baunya. Boleh bagi aku sikit?

Saya: Boleh.. Tapi kena kerjasama la.. Setakat minyak wangi, apalah sangat..

Seraya itu dia tersenyum dengan kata-kata saya..

Pesakit: Boleh..tapi aku tak suka orang belagak.. Kalau kamu boleh cakap dengan aku elok-elok, tanya lah apa kamu nak. Dengan nama Allah, aku tak akan tipu.

Saya: Ish...tak baik kamu main sumpah-sumpah macam tu.. Nanti makan sumpah baru tahu..Kamu ni Jin Islam ker?

Pesakit: Kenapa aku nak takut. Aku cakap jujur la ni.. Memang aku sembah Allah, tapi aku bukan Islam....

Saya: Hah...sembah Allah tapi bukan Islam..? Agama apa kamu ni?

Pesakit: Agama Monoteisme

Saya: Agama apa tu..?

Pesakit: Agama yang satu la.. Tuhan hanya satu yakni Allah...Tak sekolah ker?

*Terkena jugak RIDAM.. 

Saya: Kamu jangan main-main pasal agama ni...!..Kang....

*Masa tu tangan kanan dah diangkat..rasa nak lempang jer...

Pesakit: Aku tak tipu lah...Aku bukan Jin, Syaitan atau Malaikat..Aku Poppy..Nama aku Mizari

*Tangan saya tak jadi di angkat. Terasa hendak tahu pula apa cerita berikutnya..

Saya: Poppy..? Makhluk apa tu..?

Pesakit: Wahai hamba Allah...banyak lagi rahsia Allah yang kamu belum tahu.. Bukan semua rahsia boleh dicapai dengan akal manusia..

Saya: Ceritakan...aku nak tahu..

Pesakit: Aku wujud sebelum kaum jin diciptakan lagi... Sebelum banyak puak kami di binasakan Allah kerana kesalahan kami sendiri..

Kemudian dia menangis teresak-esak..

Pesakit: Puak kami dah kurang dari 1000.. Mungkin kerana kesalahan yang kami lakukan, kami tidak diizinkan Allah untuk melahirkan zuriat kami....

Terduduk saya mendengar cerita si Mizari... Baru saya teringat akan sebuah buku yang dibaca karangan Isa Dawud.. Cerita yang diberitahu menepati penerangan yang diberitahu dalam buku tersebut..

Saya: Kalau begitu, betul kah nama golongan kamu ini adalah Al-Hin?

Seraya itu dia mengangguk..

Pesakit: Al-Hin adalah nama makhluk.. Kami hidup berpuak-puak.. Aku dari puak Poppy..Ada lagi musuh puak aku iaitu Neondertal. Nama puak lain banyak, tapi aku dah lupa....

Saya: Apa yang puak kamu buat sampai Allah murka?

Dia terdiam sejenak.. 

Pesakit: Apa yang kamu tengok kemaksiatan dan kerosakan manusia hari ini, itulah yang kami buat dulu.. Tapi hari ini aku tengok, kerosakan manusia lagi hebat dari apa yang kami lakukan dulu...

Saya: Wahai makhluk Allah, aku tiada kuasa untuk lakukan apa pun pada kamu kecuali dengan izin Allah.. Tapi boleh aku tanya, kenapa aku tak dapat Scan kau tadi? Mana kau menyorok?

Pesakit: Aku tak pergi mana-mana. Memang dari tadi aku dalam badan ni. Jangan kau kecil hati pulak.. Setakat ini, dengan izin Allah, puak aku belum dapat di scan mana-mana perawat pun ketika mereka berubat. Mungkin kerana ada sebab yang kau dan aku sendiri belum tahu kecuali Allah...

Saya: Dah tu, sekarang ni kamu boleh bercakap dengan aku..macam mana pulak tu?

Pesakit: Itu kerana aku sendiri yang nak bercakap dengan kamu.. Bukan semua tau aku suka manusia...Aku nak duduk dengan kamu boleh? Kalau kamu izin kan la..

Saya: Tak payah la...aku selesa dengan sesama manusia.. kamu tak marah kan..?

Pesakit: Tak la..buat apa aku nak marah.. Kamu ada hak atas diri kamu..

Saya: Erm..boleh kamu bagi sebab..kenapa kamu duduk dengan budak ni?

Pesakit: Sebab dia kasi aku duduk dengan dia...

Dari badan pesakit tersebut, Mizari menceritakan penemuannya dengan budak tersebut ketika dia berjumpa di sebuah pusat rekreasi di Selatan tanahair. Katanya lagi, budak tu tak takut dengan dia..

Cerita tersebut disahkan bapanya. Memang anaknya ada mengikuti kursus kadet di tempat tersebut..

Saya: Wahai makhluk Allah, aku bukanlah dikalangan orang alim untuk mendakwah kamu. Tapi sudi tak kalau kau masuk Islam?

Pesakit: Maaf ya..Aku masih yakin dengan agama ku. La ikra hafiddin kan...?

Saya: Memang lah..tapi agama akhir zaman kan Islam..Kalau kamu menyembah Allah, kenapa tidak kamu ikuti agama akhir zaman ni..?Agama yang disuruh dan dijamin Allah...

Pesakit: ku tahu...tapi aku bukan dari Jin dan Manusia.. Tiada satu pun nama kaum aku dalam Al-Quran...

Lalu di bacakan ayat surah Adz-Dzariyaat:56

Maksudnya:
Dan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi kepada-Ku.

Pesakit: Jadi, aku yakin dengan pegangan aku sekarang.. Aku tidak pernah menduakan Allah.. 

*Tidak ada apa yang mampu saya katakan padanya. Kelu saya bila mendengar hujahnya..

Saya: Kalau begitulah kata kamu, tiada apa yang mampu aku katakan lagi.. Tapi, dengan nama Allah, boleh tak kamu keluar dari badan anak ini? Kesian aku tengok mak bapak budak ni.. Kamu tak rasa kesian ker..?

Pesakit: Kesian jugak.. Banyak jugak la duit diorang habis pergi berubat.. Demi Allah, aku memang nak keluar, tapi, belum masanya lagi...

Saya: Dah tu, bila agak-agak kamu masa tu sampai..?

Pesakit: Sekarang..tapi dengan syarat..

Saya: Apa syaratnya? Kalau boleh mensyirikkan, aku tak nak la..

Pesakit: Aku nak salam kedua mak bapak budak ni..Aku nak mintak maaf sebab susahkan diorang. Lepas tu, aku nak kau doakan agar Allah pendekkan nyawa aku...boleh?

Saya: Syarat yang pertama tu insyaallah, boleh (kedua ibu bapa pesakit mengangguk sama).. Tapi, pelik la dengan syarat kedua tu..Kenapa?

Pesakit: Ada tak bapak budak ni cerita perangai pelik anak nya ni masa sakit tadi?

Saya: Yang mana? Yang suka tengok bulan mengambang tu ker?

Pesakit: Yelah...kamu tak nak tahu kenapa aku suka tengok bulan?

Saya: Aah...kenapa?

Pesakit: Aku tengah kira umur aku la tu...Kiraan masa aku sama macam kalendar Islam.. Puak kami mana pakai Kalendar masihi...

Saya: Oooo..tapi kau tak jawab lagi soalan kedua tu..

Pesakit: Sabar lah..maksud aku, aku kira umur untuk tahu hayat aku.. Dah lama sangat aku hidup.. Sunyi betul hidup aku...Aku nak kamu doakan agar Allah pendekkan hidup aku sebab aku dah hidup lama sangat...

Saya: Ooo...macam tu..Berapa dah umur kamu?

Pesakit: Sikit jer...baru 4 juta 130 ribu tahun..

Saya: Mak aiiii...lama nya kau hidup..

Pesakit: Betul..sebab tu aku nak kau doakan aku..

Saya: Insyaallah, kalau itu yang kau nak...Tapi, aku nak tanya soalan terakhir ni..Boleh?

Pesakit: Tadi kata suruh aku keluar...? Ni makin banyak tanya pulak ni..Hah..apa dia?

Saya: Boleh tak aku tengok kamu...Rasa nak tengok jer diri kamu tu...

Pesakit: Boleh dengan izin Allah...kau baca Surah Al-Kautsar 1000 kali sebelum tidur...Mintak pada Allah nak tengok aku.. Bukan aku yang izin..Allah yang izin.. Sekarang, boleh aku keluar..?

Saya: Dipersilakan wahai hamba Allah..Moga kamu tergolong dalam orang-orang yang beriman..

Sebelum dia keluar, dia mencium tangan kedua ibu bapa pesakit dan meminta maaf pada mereka.. Sekitar 5 minit selepas itu, pesakit tersedar.. Kelihatan penat dan lelah yang dialami akibat tenaga tubuh yang diguna oleh makhkluk lain..

Hanya sebagai syarat asas rawatan, saya bekalkan air dan limau rukyah untuk dibuat mandi dan minuman di rumah.. Pesakit pulang selepas itu..

---------

3 hari kemudian, bapa pesakit menelefon saya dan mengatakan anaknya sihat sepenuhnya.. Dia mengajak saya ke jamuan doa selamat di rumahnya sebagai tanda kesyukuran dan nazar yang diniatkan..

----------

Saya juga telah mengamalkan apa yang dikatakan oleh Mizari.. Alhamdulillah, saya dapat melihat parasnya..

Badannya berbulu putih, berwajah manusia yang tampan dan bersayap... Wallahualam.. Mungkin itu mainan mimpi....

Sekian..

-----------

...Fakul innamal ghaibulillah. - Sesungguhnya yang Ghaib itu kepunyaan Allah
(petikan sebahagian ayat dalam surah Yunus:20)



----------------------------------------------

Pautan artikel lain yang berkaitan :-
  1. Jaan https://normanhafizi.blogspot.com/2021/05/jaan.html
  2. Jenis-jenis hantu dalam masyarakat Melayu di Malaysia

https://normanhafizi.blogspot.com/2014/11/jenis-jenis-hantu-dalam-masyarakat.html

Monday, 17 October 2016

41 tanda dalam badan anda ada jin

Ada ramai juga di kalangan kawan yang tak ambil peduli pasal jin. Kawan-kawan jenis itu biasanya memandang remeh jika ada orang yang mendakwa mereka terkena gangguan jin atau buatan sihir manusia. Mereka rasa orang yang seperti itu adalah lekeh kerana tidak kuat iman.

Itu kata kawan-kawan yang ‘kebal jin’. Setiap kali berbincang tentang buatan orang atau rasukan jin, mereka hanya ketawa sinis dan memandang rendah pada golongan yang hidup asyik salahkan jin.

Bagi mereka yang berpengalaman terkena rasukan jin atau buatan sihir orang sudah tentu akan marah dengan sikap seperti itu. Tak kena tak apalah, nanti bila kena baru tahu!. Namun begitu, yang peliknya mereka ini tidak pernah kena lansung hal-hal seperti itu.

Jika kawasan yang orang kata ‘keras’, mereka hanya selamba buat apa-apa saja tanpa rasa takut dan tidak mendatangkan kesan sedikit pun pada kehidupan dan juga kesihatan mereka. Memang mereka punya genetik tertentu yang sukar untuk jin masuk ke dalam darah.


Persamaan jin dengan orang gila

Saya pernah berbincang dengan mereka bahawa terkena rasukan atau gangguan jin bukan bermakna tidak kuat pegangan iman. Ia seumpama terkena pukulan kayu yang kuat dari belakang yang dilakukan oleh orang gila. Nak marah, orang yang memukul itu gila, dan dia buat apa yang dia suka.

Untuk megelak perkara sedemikian berlaku, maka kita berhati-hati apabila melihat adanya orang gila. Ini di sebabkan samada gila atau tidak gila, hentakan kayu yang dibuat mereka mengenai badan kita tetap sakit dan membuatkan kita merana.

Begitulah juga dengan jin. Nas-nas sahih ada tentang kewujudan mereka. Menolak wujudnya Jin sama dengan menolak kewujudan orang gila. Jika kita berhati-hati dengan orang gila, maka kita juga perlu berhati-hati dengan jin. Itu bukan bermakna iman tak kuat. Ia tidak ada kena mengena dengan tahap kepercayaan, ia sekadar usaha menjauhkan diri dari bahaya.

Simptom kena jin

Baguslah jika anda termasuk dalam golongan yang kebal jin. Tapi bagi mereka yang tidak kebal jin sila baca satu persatu simptom yang disenaraikan di bawah. Jika anda sering mengalami masalah-masalh yang tersebut, ada kemungkinan jin menumpang duduk di dalam badan anda.

1) Sakit kepala selepas waktu asar ke atas.
2) Badan terasa berat dan malas.
3) Sukar mendapat jodoh.
4) Badan terasa bisa-bisa.
5) Sakit ketika ziarah orang meninggal.
6) Sukar tidur malam.
7) Sakit pinggang tanpa sebab.
8 ) Sakit dada bila waktu asar keatas.
9) Mimpi melihat binatang seperti ular dan sebagainya.
10) Bermimpi bayi atau menyusukan bayi.
11) Bermimpi di tempat tinggi.
12) Bermimpi di tempat yang kotor.
13) Sakit anggota badan tertentu seperti kaki selepas waktu asar.
14) Ada terasa benda bergerak dibawah kulit.
15) Bayi kerap menangis.
16) Bunyi guli jatuh diatas syiling.
17) Suami isteri kerap bertengkar walau perkara kecil.
18) Sayang melampau-lampau pada orang yang baru dikenali.
19) Malas beribadat.
20) Nyanyuk ketika usia lanjut.
21) Panas baran.
22) Sikap berubah secara mendadak.
23) Gelisah dan panas ditengkuk bila dengar al-quran.
24) Suka melakukan tabiat buruk.
25) Kerap sendawa bila mendengar al-quran.
26) Kerap keguguran.
27) Gagal melakukan hubungan kelamin.
28) Mengantuk bila dengar al-quran.
29) Bermimpi seram yang menakutkan.
30) Darah haid turun lebih 15 hari.
31) Batuk yang berpanjangan.
32) Selalu ditindih ketika tidur.
33) Kuat berangan.
34) Terlalu rasa rendah diri dan tidak berkeyakinan.
35) Nafsu seksual yang melampau.
36) Selalu melihat kelibat dirumah.
37) Terasa diri selalu diperhatikan.
38) Mandul.
39) Kerap mendengar sesuatu bisikan.
40) Melihat jin secara terus.
41) Sakit mental atau gila.

*Sumber dari jalanakhirat.wordpress.com

http://detikislam.blogspot.my/2013/10/41-tanda-dalam-badan-anda-ada-jin.html

Sunday, 14 February 2016

Pesara tentera dedah sering temui kelibat mistik di laluan Jalan Sungai Ular, Kulim

pesara tentera Abd Samat Lebai Husin
Walaupun pada zaman moden ini ada sesetengah masyarakat menolak kewujudan makhluk halus yang dikatakan juga sering menghantui pengguna jalan raya terutama waktu malam, namun ia tidak bagi sesetengah yang pernah merasai pengalaman tersebut. Bagi seorang pesara tentera Abd Samat Lebai Husin,64 yang sering kali menjadikan laluan Jalan Sungai Ular untuk berulang alik dari Kulim ke Perak sejak sejak 10 tahun lalu, dia sering menemui kelibat mistik. Katanya, jarak perjalanannya dari kampung halaman di Perak ke Kulim mengambil masa hampir empat jam jika memandu dalam kelajuan sederhana.
“Saya sering berulang alik dari kampung di waktu malam untuk pulang ke rumah di Kulim. Jika bertolak dari sana jam 10 malam melalui jalan Serdang dan Sungai Ular ini akan makan masa hampir empat jam. “Jadi saya sudah beberapa kali terserempak dengan lembaga yang saya percayai pontianak melintas jalan sekilas lalu,”katanya. Katanya, kerana sering berwaspada ketika melalui jalan itu perasaan gemuruh dapat dikawal apabila terserempak kelibat mistik itu. “Selalu sampai di kawasan ini, dekat Taman Seri Mahkota itu pada tengah malam atau awal pagi, saya akan berwaspada dan mengambil langkah memperlahankan kenderaan.
“Di sini saya pernah nampak kelibat perempuan berambut panjang berpakaian lusuh sedang menangis membawa anak melintas jalan. Terketar seluruh badan ketika pertama kali berjumpa. “Nasib baik juga hantu itu tak berhenti depan kenderaan saya, kalau tak mahu saya pecut dan sebab itu lah kemalangan banyak berlaku di sini,”katanya. Abd Samat berkata makhluk ini kebiasaannya akan muncul selepas jam 10 malam dan ke atas dan suasana akan bertukar menjadi sunyi secara tiba-tiba. “Bayangkan ketika itu saya dan isteri melalui jalan itu, tiba-tiba lepas saja sungai keadaan bertukar sunyi sepi dan kita dapat rasakan kenderaan menjadi semakin perlahan.
“Bulu roma dan tengkuk mula rasa meremang, dan saya ternampak dari jauh seorang wanita yang turun dari atas bukit bersama anaknya seolah- olah berlari menuju ke arah jalan dan sekelip mata hilang. “Saya dan arwah isteri ketika itu terdiam seribu bahasa, kereta yang dipandu juga hampir terbabas mujur tak ada kenderaan lain di hadapan,”katanya. Tambahnya, melalui percakapan masyarakat setempat makhluk itu muncul disebabkan dahulunya ada seorang wanita mengandung dirogol sebelum dibunuh dan mayatnya tidak dikebumikan dengan baik. “Ramai cakap makhluk itu adalah jelmaan mangsa rogol yang ditanam di atas bukit sana, sejauh mana kebenarannya saya juga tak pasti,”katanya.
Manakala, seorang lagi pekerja kilang yang hanya mahu dikenali sebagai Azman,29 berkata, dia juga pernah mengalami pengalaman mistik beberapa tahun lalu di kawasan perindustrian Kulim Hi-Tech. Katanya, pekerjaannya yang memerlukan keluar awal pagi dan pulang lewat malam menyebabkannya malam. “Ada satu malam itu hujan renyai- renyai kira-kira pukul 2 pagi, saya dalam perjalanan pulang ke Taman Mutiara, Sungai Kob. “Kebiasaannya waktu itu memang kenderaan tak begitu banyak tapi masih ada, tapi mahu dijadikan cerita hari itu hujan renyai-renyai suasana pula saya rasa amat sunyi sekali. “Tak ada langsung kenderaan lalu, terutama apabila saya sampai di satu perkuburan dekat Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil BMR, memang rasa sejuknya lain macam,”katanya.
Katanya, tiba-tiba motosikal yang ditunggangnya juga menjadi perlahan dan terasa amat berat sekali. “Saya yang rasa seram sejuk apabila lalu saja depan perkuburan itu, motosikal pula seperti tidak mahu bergerak walaupun sudah puas saya pulas minyak. “Dalam kepala mula berfikir macam- macam, tapi sempat juga baca ayat-ayat suci al-Quran walaupun sedar ayat yang dibaca tunggang langgang,”katanya. “Hendak dijadikan cerita Ya ALLAH, apabila saya terpandang cermin sisi motosikal ada sesuatu sedang berada di belakang, mengucap panjang saya. “Motosikal juga hampir terbabas, entah bagaimana tiba-tiba bersilau mata saya akibat kenderaan dari arah bertentangan memberi isyarat lampu tinggi kerana melihat saya sudah memasuki arah bertentangan,”katanya.
Mengingati pengalaman “diekori” entiti hodoh itu Azman berkata ia seakan kepala sedang terbang dan rupanya sangat menyeramkan. “Pertemuan kali pertama dalam hidup saya itu membuatkan saya hampir demam, selama ini saya tidak pernah mahu percaya cerita-cerita hantu, namun sebenarnya kita tak boleh menafikan kewujudannya,”katanya. Menurutnya, ramai juga menceritakan makhluk halus itu adalah jelmaan seorang wanita yang dibunuh sebelum ditanam di salah sebuah tapak kilang yang beroperasi. “Kadangkala wanita ini menunjukkan wajahnya yang lengkap berpakaian sari berkeliaran di kawasan kilang dan hanya menunjukkan separuh mukanya, tapi sejauh mana kebenaran saya pun tak tahu,”katanya. -SH
http://www.lulu-pages.com/2016/02/pesara-tentera-dedah-sering-temui-kelibat-mistik-di-laluan-jalan-sungai-ular-kulim.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+Lulu-Pages+%28Lulu+pages%29

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...