Some write for money. Some write to share. I write to share for your knowledge. Religions, Politics and Conspiracy Theories, these are my fields of interests. I am not a perfect person. Please correct me if you saw my mistakes so that I will learn from it…
Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018
Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)
Tuesday, 27 December 2022
22 DISEMBER 1946 PENUBUHAN PAN MALAYAN COUNCIL OF JOINT ACTION (PMCJA)
Sunday, 25 December 2022
21 DISEMBER 1948 PENUBUHAN TENTERA LAUT MALAYA
10 DISEMBER 1941 KEHANCURAN SISTEM PERTAHANAN BRITISH DI TANAH MELAYU
Friday, 23 December 2022
19 DISEMBER 1862 PENYERAHAN TELUK BELANGA KEPADA TEMENGGUNG ABU BAKAR
11 DISEMBER 1885 PERJANJIAN PERSAHABATAN KERAJAAN JOHOR DENGAN INGGERIS
Monday, 12 December 2022
10 DISEMBER 1941 KEHANCURAN SISTEM PERTAHANAN BRITISH DI TANAH MELAYU
Gambar 2 : Prince Of Wales
10 Disember 1941 – Dua buah kapal perang Inggeris, Prince of Wales dan Repulse ditenggelamkan oleh pasukan kapal terbang pengebom Jepun di Laut China Selatan. Tenggelamnya kedua-dua buah kapal perang Inggeris ini bukan sahaja telah memalukan Inggeris, malahan juga telah menghancurkan pertahanan Inggeris di Tanah Melayu.
Oleh yang demikian tentera Jepun dengan mudah dan cepat telah dapat menawan negeri ini dan terus mara ke Singapura. Prince of Wales dan Repulse merupakan kapal perang terbesar kepunyaan Tentera Laut Inggeris.
Pada pertengahan bulan November 1941, Perdana Menteri British, Sir Winston Churchil telah bersetuju menghantar Prince of Wales dan Repulse ke Tanah Melayu bersama-sama empat buah kapal perang pembinasa. Tujuannya hanyalah sekadar menakut-nakutkan Jepun supaya tidak menyerang Tanah Melayu di samping cuba menyembunyikan kelemahan pertahanan Inggeris di negara ini kerana Britain pada masa itu terpaksa menumpukan perhatian bagi pertahanan di Eropah dan Timur Tengah.
Pada 2 Disember 1941, Prince of Wales dan Repulse dengan diiringi oleh keempat-empat kapal perang pembinasa tersebut tiba di Singapura. Ketibaan ini, dianggap sebagai satu sejarah kerana ia merupakan kali pertama sebuah angkatan kapal perang mendarat di Singapura. Lima hari kemudian, iaitu pada 8 Disember 1941, Jepun dengan secara mengejut telah menyerang dan menawan Kota Bharu Ialu terus menyusur ke selatan.
Di hari yang sama Prince of Wales dan Repulse bersama keempat-empat buah kapal pembinaan bertolak dari Singapura menuju ke Teluk Siam. Kapal-kapal ini dihantar untuk menggempur pusat tentera Jepun di Singgora, Siam. Malangnya pelayaran Prince of Wales dan Repulse itu telah dapat dikesan oleh pihak Jepun.
Apabila Inggeris mengetahui kedudukannya dalam bahaya, Prince of Wales dan Repulse terpaksa berpatah balik ke Singapura. Dalam pelayaran pulang kapal-kapal tersebut telah membelok ke Kuantan setelah pasukan kawalan ternampak kapal musuh berhampiran dengan pantai. Tepat jam 2.10 pagi, 10 Disember, sebanyak 85 buah kapal terbang pengebom Jepun telah menyerang Prince of Wales dan Repulse.
Kira-kira jam 1.20 petang kapal perang British yang teragung itu pun tenggelam di lautan, tidak jauh dari Kuantan. Dengan tenggelamnya kapal Prince of Wales dan Repulse itu hancurlah kegemilangan Tentera Laut British dan pertahanannya di Tanah Melayu.
#hariinidalamsejarah #arkibnegara
Pautan artikel menarik yang berkaitan :-
09 DISEMBER 1941 KOTA BHARU KELANTAN DITAWAN TENTERA JEPUN
https://normanhafizi.blogspot.com/2022/12/09-disember-1941-kota-bharu-kelantan.html
Sunday, 11 December 2022
03 DISEMBER 1892 ISTANA TYERSALL
KESULTANAN JOHOR : SEJARAH RINGKAS ISTANA TYERSALL SINGAPURA
Istana Tyersall di Singapura dibina pada zaman pemerintahan Sultan Sir Abu Bakar, di atas tanah seluas 27.1 hektar yang dibeli pada tahun 1860-an daripada penasihat undang-undang Baginda, William Napier.
Pada 3 Disember 1892, Sultan Sir Abu Bakar telah menjemput dan memberi penghormatan kepada Gabenor Negeri-Negeri Selat ketika itu, Sir Cecil Clementi untuk merasmikan Istana Tyersall.
Dato’ Yahya Awaluddin, seorang Ahli Jumaah Menteri Baginda yang juga seorang arkitek diberi tanggungjawab menyediakan reka bentuk istana itu mengikut citarasa Sultanah Fatimah Binti Abdullah iaitu suri ketiga Sultan Sir Abu Bakar ketika itu.
Ciri utama yang terdapat pada istana ini adalah sebuah menara 70 kaki tinggi di tengah bangunan yang berbumbung genting berwarna merah.
Satu lambang bulan sabit dan bintang sebagai simbol agama Islam menghiasi mercu menara itu. Istana itu dilengkapi dengan 420 pintu, selain mempunyai tangga besar berhiaskan besi waja berkerawang, dewan mengadap, dewan tari-menari, dan dewan santapan yang luas. Pada 14 April 1895, Sultan Sir Abu Bakar mewasiatkan supaya Tyersall dijadikan harta kerajaan Johor setelah kemangkatan Baginda, khas untuk kegunaan waris-waris dan pengganti-pengganti Kesultanan Johor turun temurun.
Istana Tyersall musnah terbakar disebabkan litar pintas elektrik pada 10 September 1905, jam 2.45 pagi.
Pada 2006, Almarhum Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail berkenan mengurniakan keseluruhan kawasan Tyersall kepada cucunda Baginda, Raja Muda Johor, Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim ( kini Tunku Mahkota Johor).
Sumber : The Royal Johor
-------------------------------------------------------------------------------------------------
Kisah Sejarah Penuh Istana TYERSALL
Singapore, "Tyersall" Residence Sultan Of Johore
Dalam tahun 1860an Maharaja Abu Bakar membeli hartanah seluas 67 ekar di Tanglin Singapura milik penasihat undang-undang Baginda William Napier. Sebuah kediaman “Tyersall” yang dibina di tanah tersebut pada tahun 1854 kemudiannya dijadikan tempat persemayaman suri ketiga Baginda Sultanah Fatimah Binti Abdullah. Setelah merobohkan rumah kediaman tersebut pada tahun 1890 Sultan Abu Bakar bersama Sultanah Fatimah merancang membina sebuah istana mengikut ciri ciri kediaman mewah di Eropah. Dato’ Yahya Awaluddin salah seorang Ahli Jumaah Menteri Baginda yang juga seorang arkitek diberi tanggungjawab menyediakan reka bentuk istana itu mengikut citarasa Sultanah Fatimah.
Maharaja Abu Bakar bernikah dengan Che’ Puan Fatimah seorang gadis keturunan Cina (nama asal Wong Ah Gew sebelom memeluk agama Islam) anak kepada seorang Kangcu Rengit pada tahun 1885. Che’ Puan Fatimah yang dikurniakan gelaran Maharani Fatimah enggan dimahkotakan bersama Sultan Abu Bakar pada tahun 1886. Walau bagimanapun Sultan Abu Bakar mengurniakan gelaran Sultanah kepadanya dan diukir gelaran serta namanya di beberapa peralatan keemasan untuknya dari perhiasan sehinggakan ke perkakas jamuan.
Istana ini berbentuk empat segi tepat berukuran 210 kaki panjang dan 174 kaki lebar, dengan seni bina Corinthian. Ciri utama yang terdapat pada istana ini adalah sebuah menara 70 kaki tinggi di tengah bangunan yang berbumbung genting berwarna merah. Satu lambang bulan sabit dan bintang sebagai simbol agama Islam menghiasi mercu menara itu. Pemborong binaan Wong Ah Fook dari Johor Bahru dipertanggungjawabkan membina istana tersebut, dan selesai pembinaannya pada tahun 1892, setahun selepas kemangkatan Sultanah Fatimah.
Antara ciri menarik bangunan yang mempunyai 420 pintu itu adalah tangga besar berhiaskan besi waja berkerawang, dewan menghadap yang selesa, dewan tari-menari, dan dewan santapan yang luas. Kayu jati digunakan menghiasi pintu dan tingkap. Perabot, langsir yang indah dan permaidani empuk dibeli dari England. Barang-barang perhiasan China, Jepun dan lain-lain yang diperolehi sendiri oleh Sultan Abu Bakar ketika lawatan ke negara asing menghiasi ruang koridor dan bilik-bilik istana.
Sultan Abu Bakar mengekalkan nama asal “Tyersall” dari bahasa Scot bagi istana yang dijadikan kediaman persemayaman rasmi Baginda di Singapura. Baginda menjemput dan memberi penghormatan kepada Gabenor Negeri-negeri Selat Sir Cecil Clementi untuk merasmikan Istana Tyersall pada 3 Disember 1892 disaksikan oleh Sultan Pahang, Sultan Riau, serta pembesar-pembesar Johor dan Singapura.
Istana Tyersall menyaksikan beberapa peristiwa bersejarah di antaranya pada 10 Disember 1892 Sultan Abu Bakar menerima anugerah darjah Imperial Order of the Double Dragon Pangkat Pertama dari Emperor China yang disampaikan oleh Konsul Jeneral China di Singapura. Maharaja China amat menghargai jasa baik Sultan Abu Bakar di atas keprihatinan dan bantuan Baginda membenar dan memberi perlindungan kepada rakyat Negara China yang bermastautin di Johor.
Singapore, Thursday June 6, 1895
Beberapa hari sebelom berangkat kali terakhir ke London pada 18 April 1895, satu majlis yang sederhana diadakan di Istana Tyersall dimana Sultan Abu Bakar telah melantik Tunku Mahkota Tunku Ibrahim sebagai Pemangku Raja disaksikan oleh Jumaah Menteri Baginda. Pada 4 Jun 1895, Pemangku Raja menerima perkhabaran berita kemangkatan Sultan Abu Bakar melalui telegram yang dikirimkan oleh Dato’ Sri Amar Di Raja Dato' Abdul Rahman Andak semasa beradu di Istana Tyersall.
Pada 14 April 1895 Sultan Abu Bakar mewasiatkan supaya Tyersall dijadikan harta kerajaan Johor setelah kemangkatan Baginda, khas untuk kegunaan waris-waris dan pengganti-pengganti Baginda turun temurun. Kerajaan Singapura pada tahun 1990 mengambil balik sebahagian tanah Tyersall untuk tujuan awam dengan bayaran gantirugi sebanyak $25 juta.
Terbit dari satu tuntutan Mahkamah Tinggi Singapura pada tahun 2005 mengesahkan, oleh kerana Tyersall telah di kurnia untuk kegunaan takhta Kerajaan Johor, Almarhum Sultan Iskandar yang pada masa itu Sultan Johor berhak menerima keseluruhan wang pampasan tersebut.
Pada 10 September 1905 jam 2.45 pagi Istana Tyersall musnah terbakar disebabkan litar pintas eletrik. Adalah menjadi satu perkara pelik antara bangunan yang pertama menerima bekalan letrik di Singapura dimusnahkan oleh api yang berpunca dari kerosakan eletrik.
Pada tahun 2006 Sultan Iskandar telah mengurniakan keseluruhan kawasan Tyersall kepada cucuanda Baginda Raja Muda Johor Tunku Ismail Ibni Tunku Ibrahim (sekarang Tunku Mahkota Johor).
Yang Berhormat Dato’ Abdul Rahim Ramli
Yang Di Pertua
Jumaah Majlis Di Raja Johor
https://www.facebook.com/groups/944196589713691/permalink/987366785396671/
04 JUN 1895 : MAHARAJA ABU BAKAR
Saturday, 10 December 2022
05 DISEMBER 1966 JAMBORI PENGAKAP ANTARABANGSA PERTAMA DI PULAU PINANG
18 NOVEMBER 2011 PERASMIAN JAMBORI MALAYSIA KE 12
Tuesday, 29 November 2022
23 NOVEMBER 1963 PERSIDANGAN LEMBAGA MATA WANG DI KUALA LUMPUR
- Mengkaji tugas-tugas Bank Negara dalam usaha mengambil-alih sepenuhnya urusan pengeluaran Mata Wang Malaysia.
- Membincangkan juga kedudukan negara Brunei dalam Lembaga Mata Wang, kerana Brunei tidak termasuk dalam kerajaan Malaysia.
- Mengeluar wang dan menyimpan cadangan untuk memelihara nilai wang ini;
- Menjadi wakil dan penasihat kewangan kepada kerajaan;
- Menjadi banker kepada bank-bank perdagangan
- Menyelia perjalanan urusan sistem bank ke seluruh negara.
08 NOVEMBER 2000 EDARAN SEMULA WANG KERTAS RM1
Friday, 25 November 2022
09 NOVEMBER 1824 SULTAN HUSSAIN KEHILANGAN KUASA DAN KEDAULATAN SINGAPURA
SEJARAH SULTAN HUSSIEN SHAH, SULTAN SINGAPURA
Tuesday, 8 November 2022
08 NOVEMBER 1907 PENERBITAN AKHBAR UTUSAN MELAYU DI SINGAPURA
- Encik Yunos Abdullah (1907-1909),
- Encik Abdul Hamid Miskin (1909-1914),
- Encik Mohd Ismail Abdul Kadir (1914-1918) dan
- Syed Sadullah Khan (1908-1921).
02 NOVEMBER 1932 PENERBITAN AKHBAR SUARA BENAR DI MELAKA
07 NOVEMBER 1862 DUA BUAH KAPAL PERANG KE TERENGGANU
- Mahmud, Sultan of Riau and Lingga (1823-1864).Virginia Matheson. Indonesia.No. 13 (Apr., 1972), pp. 119-146
- Foto Lieutenant Colonel Ronald MacPherson - Cathedral Singapore Website.
- Foto Seamen of the HMS Coquette -1855 -Twitters Anna Maria Barry.
- Baginda Omar “The Conqueror”.Dato Haji Mubin Sheppard. Persatuan Sejarah Malaysia. MIH_1968_Oct_7.
- A Short History of Trengganu. M. C. ff Sheppard. JMBRAS, Vol. 22, No. 3 (149) (June 1949), pp. 1-74
- Forum - worldnavalships Website.
- Foto H.M.S Scout - City of Vancouver Archives
- Ganupedia.
MEMPERINGATI PERPECAHAN KEPULAUAN MELAYU
Friday, 4 November 2022
02 NOVEMBER 1831 PERJANJIAN PENENTUAN SEMPADAN PROVINCE WELLESLEY-NEGERI KEDAH
01 NOVEMBER 1923 PERJANJIAN KEDAH - INGGERIS
Tuesday, 25 October 2022
24 OKTOBER 1878 PENGIKTIRAFAN MAHARAJA ABU BAKAR SEBAGAI PEMERINTAH MUAR
29 JULAI 1886 MAHARAJA ABU BAKAR SEBAGAI BAPA JOHOR MODEN
Sunday, 23 October 2022
22 OKTOBER 1934 AKTA KASTAM & EKSAIS DIWARTAKAN
13 OKTOBER 1967 PEMBANGUNAN DAN KESELAMATAN NEGARA SELEPAS MERDEKA
Wednesday, 19 October 2022
19 OKTOBER 1927 PERJANJIAN SEMPADAN PERAIRAN JOHOR DENGAN SINGAPURA
19 Oktober 1927 – Pada tahun 1927, perjanjian sempadan perairan Singapura dengan Johor telah ditandatangani oleh Kerajaan Inggeris dengan Sultan Johor, Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Abu Bakar. Kerajaan Inggeris telah diwakili oleh Sir Hugh Clifford, Gabenor dan merangkap Panglima Tertinggi Negeri-negeri Selat. Tujuan perjanjian ini adalah untuk menetapkan sempadan perairan di antara Pulau Singapura dengan negeri dan kawasan-kawasan jajahan negeri Johor.
Perjanjian sempadan perairan Singapura dengan Johor ini adalah lanjutan dari perjanjian yang ditandatangani pada 2 Ogos 1824, di antara Syarikat Hindia Timur Inggeris (EIC) dengan Sultan dan Temenggung Johor. Melalui perjanjian itu EIC atau penggantinya berkuasa penuh ke atas Singapura, kawasan perairan selat serta kepulauan yang berhampiran. Dalam perjanjian ini, kerajaan Inggeris berhasrat untuk memulangkan semula kawasan perairan, selat dan kepulauan-kepulauan kecil yang tertentu kepada Kerajaan Negeri Johor.
Tiga fasal dari perjanjian itu menyebutkan :-
Fasal Pertama :
Menentukan sempadan di antara kedua buah negeri iaitu berasaskan kepada tengah laut yang paling dalam di Selat Johor yang memisahkan negeri Johor dengan kawasan pantai di utara Pulau Singapura, Pulau Ubi, Pulau Tekong Kecil dan Pulau Tekong Besar. Di bahagian barat Selat Johor, sempadan adalah dari dasar tengah laut yang paling dalam di timur Pulau Merambung sehingga had 4.8 kilometer di perairan selatan Pulau Merambung. Manakala di bahagian timur Selat Johor sempadannya adalah ditandakan oleh dasar tengah laut yang paling dalam antara tanah besar negeri Johor di barat Bukit Johor dan Pulau Tekong Besar. Seterusnya melalui dasar tengah laut yang paling dalam di antara kawasan perairan cetek dengan tanah besar Johor yang kemudiannya menghala ke arah selatan sehingga 4.8 kilometer, kira-kira 307.2 kilometer dari Tanjung Sitapa.
Fasal Kedua :
Menyatakan semua kawasan perairan yang telah diserahkan oleh Sultan dan Temenggung Johor mengikut perjanjian pada 2 Ogos 1824, iaitu kawasan dalam lingkungan 4.8 kilometer dari tanah besar negeri Johor adalah di bawah kuasa negeri Johor.
Fasal Ketiga :
Menentukan bahawa semua kepulauan kecil yang terletak dalam kawasan perairan negeri Johor adalah diserahkan sepenuhnya kepada Kerajaan. Negeri Johor.
Perjanjian sempadan perairan Singapura dengan Johor berkuatkuasa setelah dipersetujui oleh Parlimen Inggeris.
Pautan artikel lain yang berkaitan :-
02 OKTOBER 1961 UPACARA MENANDATANGANI PERJANJIAN AIR JOHOR - SINGAPURA
Tuesday, 18 October 2022
18 OKTOBER 1826 PERJANJIAN LOW DITANDATANGANI
12 OKTOBER 1875 PENYERAHAN KUASA PENTADBIRAN NEGERI PERAK KEPADA INGGERIS
Saturday, 15 October 2022
16 OKTOBER 1961 PEMBENTANGAN USUL PENUBUHAN GAGASAN MALAYSIA
14 OGOS 1963 PERJANJIAN MALAYSIA
16 SEPTEMBER 1963 PENGISYTIHARAN PENUBUHAN MALAYSIA
17 SEPTEMBER 1963 PENUBUHAN NEGARA BARU MALAYSIA
25 SEPTEMBER 1963 PERSIDANGAN DUN SABAH SELEPAS PEMBENTUKAN MALAYSIA
Monday, 3 October 2022
03 OKTOBER 1877 POKOK-POKOK GETAH PERTAMA DITANAM DI KUALA KANGSAR
27th JULY 1877 : REGENT OF PERAK
20 SEPTEMBER 1964 SEJARAH PENUBUHAN FELCRA
30 SEPTEMBER 1965 PENUBUHAN LEMBAGA PEMASARAN PERTANIAN PERSEKUTUAN
Sunday, 2 October 2022
02 OKTOBER 1961 UPACARA MENANDATANGANI PERJANJIAN AIR JOHOR - SINGAPURA
29 SEPTEMBER 1962 PERJANJIAN BEKALAN AIR ANTARA JOHOR & SINGAPURA
Featured post
Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia
Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...
-
Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...
-
Arkib : 12 Ogos 2017. Sayap Ilusi, Wings - maksud disebalik lagu (video) Sayap Ilusi, Wings : maksud disebalik lagu (video) https...
-
SEJARAH PAKAIAN TRADISIONAL MELAYU Pakaian Golongan Bangsawan Dan Para Sultan Di Kepulauan Sumatera Sekitar Tahun 1940an Orang Melayu tempat...
































