Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Friday, 4 November 2022

02 NOVEMBER 1831 PERJANJIAN PENENTUAN SEMPADAN PROVINCE WELLESLEY-NEGERI KEDAH

 

2 November 1831 – Pada tahun 1831, satu perjanjian yang menentukan sempadan Province Wellesley (Seberang Perai) - Negeri Kedah ditandatangani di antara Robert Ibetson, Residen bagi Singapura, Pulau Pinang dan Melaka, dengan Pemerintah Ligor, Si Thammarat sebagai wakil Raja Siam.

Perjanjian itu menggariskan bahawa sempadan yang dipersetujui ialah bermula dari Sematol di tebing selatan Sungai Kuala Muda berhampiran dengan sebatang jalan yang menghala ke Sungai Perai hingga ke pertengahan Sungai Perai menuju ke Kuala hingga ke hulu Sungai Sintok.

Dari situ ia menuju ke arah timur hingga ke Bukit Mertajam, kemudian dari Bukit Mertajam melalui banjaran Bukit Berator hingga ke sebelah tebing utara Sungai Krian iaitu jarak lima orang di sebalik dan di sebelah timur Bukit Tunggal. Adalah juga dipersetujui supaya didirikan tiang-tiang sempadan daripada batu di tiga sempadan, iaitu di sempadan Sematul, di Sempadan Sungai Perai dan di Sempadan Sungai Krian.

Perjanjian ini adalah untuk mengesahkan dan melaksanakan kandungan Artikel 3 Perjanjian yang dibuat di antara Kerajaan British dengan Raja Siam Somdeth Phra Phuthi Chow Yu Hua. Dengan perjanjian ini, Siam yang dianggap oleh Inggeris sebagai penguasa ke atas Kedah mengakui bahawa Province Wellesley adalah sebagai wilayah British dan tempat-tempat yang digariskan tadi sebagai sempadan-sempadannya.


Pautan artikel lain yang berkaitan :-

01 NOVEMBER 1923 PERJANJIAN KEDAH - INGGERIS


No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...