Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Showing posts with label masjid. Show all posts
Showing posts with label masjid. Show all posts

Friday, 20 June 2025

MASJID JAMEK AR RIDZUAN

 
MASJID JAMEK AR RIDZUAN

ALOR PONGSU, MUKIM BERIAH, 

34300 BAGAN SERAI

TAHUN 1931 LOT 2696

06 Mei 2025 

Betapa bermaruahnya umat Islam..!!!

“Masjid Jamek Ar-Ridzuan didirikan di atas tanah wakaf tetapi cucu pewakaf tersebut telah menjual bahagian tanah itu kepada seorang Cina, maka ia (tanah) didaftarkan hak milik kepada pembeli berkenaan dan dia menuntut tanah itu. Kalau tuntutan tidak dipenuhi, maknanya masjid itu kena roboh sebahagian daripadanya. Malulah umat Islam di Perak ini, malulah exco agama Islam di Perak ini,”

Kita sebagai umat Islam tidak mempolemikkan isu menjadi isu perkauman mahupun agama. Kita umat yang bermaruah. Kita tak ‘claim’ masjid dah beratus tahun untuk mencuri hak orang lain.

Hak pemilik perlu dikembalikan & keadilan adalah memberikan hak kepada yang berhak bukannya mengambil hak orang dengan ‘play victim’.

Saya bukannya orang Perak & tidak bermastautin di Perak tetapi saya Muslim dan kita sebagai Muslim adalah penganut yang bermaruah. Tidak perlu menjadi orang Perak untuk. membantu membeli tanah masjid di negeri Perak.

Saya secara peribadi telah menghubungi Pengerusi Masjid Jamek Ar-Ridzuan, Haji Yusof untuk mendapatkan nombor akaun bank Masjid Ar-Ridzuan.

Dengan ini, saya menyeru sahabat-sahabat semua untuk kita melabur dalam saham akhirat kita sendiri dengan menyumbang kepada tabung Masjid Ar-Ridzuan.

Mereka memerlukan RM1.8juta untuk membeli semula tanah itu dari pemilik berbangsa Cina. 

Saya telah mulakan dengan diri saya sendiri dulu. 

Ayuh sahabat. Kita tak perlu tunggu sehingga hari Jumaat ini. Jangan scroll sehingga kita sumbangkan walaupun sepuluh sen. Apa yang termampu & semoga Allah terima sumbangan kita. Allahuma Ameen 


Wang kutipan derma solat Jumaat diguna beli tanah Masjid Jamek Ar-Ridzuan

Bank Islam 

Masjid Jamek Ar-Ridzuan Alor Pongsu

08077010014368

Kredit : Bro #FirdausWongWaiHung https://www.facebook.com/share/p/1LWkQJzphT/

---------------------------------------------


Surat yang dikeluarkan daripada Jabatan Agama Islam Perak

JOM INFAK untuk Masjid Alor Pongsu Bagan Serai

Kronologi Kisah Berkenaan Masjid ini pada tahun 2025

  1. Masjid dibina diatas Tanah Wakaf.
  2. Sebahagian dijual oleh cucu pewakaf kepada pemilik baharu berbangsa cina.
  3. Terpaksa dirobohkan sebahagian yang terlibat kerana dalam kawasan pemilik baharu. 
  4. Kawasan yang terlibat adalah Dewan solat Muslimat, Tempat Wudhuk, Tandas dan Tanah Kubur
  5. Pemilik tanah ingin jual tanah berharga RM 1.8 juta seluas 3.5 ekar
  6. Hasil perbincangan MB Perak dan Jabatan Agama Islam Perak ialah tanah tersebut mestilah dibeli.
  7. Kutipan derma dilancarkan disetiap Masjid dalam Perak.
  8. Yang ingin menyumbang diatas talian, boleh terus salurkan ke

Nama Bank : Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB)

Nombor Akaun : 08013010091983

Nama Akaun : Tabung Bantuan Bencana Dan Kemanusiaan

Jom kita Infaq. Semoga urusan kita semua dipermudahkan.

------------------------------------------------

07 MEI 2025 

UPDATE : SUMBANGAN DITUTUP KERANA DAH MELEBIHI TARGET

Ini kisah sebenar Masjid Alor Pongsu yang dikatakan dibina atas tanah orang.

Ada pihak cuba spin kes ini dengan menyamakan dengan dengan kuil yang dibina secara haram atas tanah orang/kerajaan. 😠

Tanah lot 6269 adalah tanah hak milik masjid. Tanah lot 6271 pula diwakafkan oleh seorang hamba Allah, namun hanya diungkap secara lisan.

Kebetulan Masjid Alor Pongsu nak besarkan masjid dan nak bina dewan solat Muslimat, tempat wuduk, tandas dan Tanah Perkuburan.

Pembesaran masjid itu dibuat 90% atas tanah masjid sendiri dan 10% masuk tanah yang diwakafkan kepada masjid.

Tiba-tiba ada pihak mendakwa sebagai pemilik tanah lot 6271 dan mengatakan sebahagian binaan masjid termasuk dalam tanah dia. Pihak masjid terkejut kerana setahu mereka itu tanah yang diwakafkan.

Setelah semakan dibuat, rupa cucu kepada hamba Allah yang wakaf tanah itu menjual tanah kepada orang lain (Non Muslim).

Walau pihak masjid sangat yakin bahawa tanah itu telah pun diwakafkan kepada masjid, namun bukti geran dan pembelian tanah itu wujud.

Maka semalam, satu usaha digerakkan untuk membeli semula tanah seluas 3.5 ekar dengan nilai RM1.8 juta ringgit.

Orang Islam takkan sesekali mencuri tanah orang lain, apa lagi untuk bina masjid. Sebagai agama yang mementingkan kebenaran, kami usaha beli balik.

Kutipan derma awam sudah pun bermula. Dan aku jangka kurang seminggu dapat kumpul jumlah yang diperlukan.

Jadi diharap kepada pihak yang main naratif 'Masjid pun bina atas tanah orang tanpa izin', hentikan naratif jahat itu.

Umat Islam amat mementingkan halal dan haram. Agama kami mengajar penganutnya untuk tidak mengambil hak orang lain.

Harap post ini sampai dan dibaca oleh pemfitnah yang berniat jahat untuk memburukkan pihak masjid dan agama Islam itu sendiri.

#MFS

https://www.facebook.com/share/p/1CeiFWnWdK/

Friday, 21 March 2025

MASJID MADANI

Kuil Dewi Sri Pathrakaliamman dan Masjid MADANI.

 

Kepada siapa yang ketinggalan nak tahu isu ini saya cuba kumpulkan apa yang telah berlaku berkaitan isu ini sejak semalam. Agak panjang, tapi silakan jemput baca.

19 Mac 2025,

- Ambiga umum sidang akhbar isu ‘bina masjid di tapak kuil’ pada 21 Mac 2025

Ringkasan :

  1. Lawyers for Liberty (LFL) dijadual mengadakan sidang media berhubung rancangan perobohan sebuah kuil Hindu yang bersejarah bagi memberi laluan kepada pembinaan masjid.
  2. Kuil yang terlibat, Kuil Dewi Sri Pathrakaliamman, terletak di Jalan Masjid India, Kuala Lumpur, dilaporkan berusia 130 tahun - iaitu sebelum Malaysia mencapai kemerdekaan.
  3. Menurut LFL, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) konon memberikan kebenaran merancang kepada sebuah syarikat swasta untuk membina masjid di tapak kuil itu.
  4. Akan dedahkan lebih lanjut dengan lebih terperinci.

20 Mac 2025,

Ada 3 sidang media berasingan,

i- Datuk Bandar Kuala Lumpur lawat Kuil Dewi Sri Pathrakaliamman, secara mengejut dan panggil media

Ringkasan :

  1. Datuk Bandar mengatakan ini kali kedua beliau ke kuil. Kali ini beliau hadir menyatakan langkah DBKL berkaitan isu kuil berkenaan di tanah swasta.
  2. DBKL ambil maklum berhubung cadangan pembinaan sebuah masjid di tapak Kuil Dewi Sri Pathrakaliamman di Jalan Masjid India Kuala Lumpur.
  3. Tegaskan projek merupakan cadangan dari pemilik syarikat swasta, bukan kerajaan,  walau bagaimanapun DBKL mengambil langkah proaktif mencari jalan terbaik buat semua pihak terlibat, untuk mengelakkan sebarang diskriminasi kepada mana mana kaum.
  4. DBKL memberi jaminan bahawa setiap langkah yang sedang dan akan diambil akan berpandukan prinsip kebebasan beragama seperti dijamin oleh perlembagaan persekutuan kita.
  5. DBKL telah mengenalpasti lokasi baru untuk pemindahan rumah ibadah terlibat supaya penganut hindu dapat terus melaksanakan aktiviti-aktiviti keagamaan mereka dengan harmoni dan selesa.
  6. Proses pemindahan akan dilakukan secara telus dan adil serta membabitkan pihak berkaitan, tidak akan melakukan sebarang aktiviti perobohan tanpa perbincangan dengan pihak terlibat.
  7. Kuil boleh beroperasi seperti biasa sampai proses pemindahan selesai dan DBKL menyeru untuk semua mengekalkan keharmonian dan menghormati kesemua agama di negara ini.
  8. Setakat ini masih belum ada garis masa bila pemindahan akan berlaku. Akan mengambil masa, kerana kuil perlu setuju tempat yang baru.
  9. Dalam sidang media yang sama kuil bersetuju jika masjid dibina secara bersebelah dengan kuil dan harap cadangan ini boleh dibincangkan.

ii. Sidang Media oleh pihak swasta, JAKEL Trading Sdn Bhd.

  1. Mendakwa plot tanah 328 di Masjik Jamek adalah milik sepenuhnya JAKEL Trading Sdn Bhd dan memberitahu bahawa perbincangan pembelian plot tanah tersebut dengan DBKL berlaku sejak tahun 2009.
  2. Pengasas Jakel Arwah Muhammad Jakel Ahmad telah membeli tanah itu dengan niat untuk MEWAKAFKAN kepada pembinaan sebuah masjid. Juga sebagai simbolik usaha 6000 pekerja Jakel yang telah menyumbang mengembangkan syarikat berkenaan. 
  3. Pada tahun 2012 surat tawaran pembelian tanah, lot 328,  berkeluasan 1128 meter bersamaan 12 ribu kaki ditandatangani mereka dan menjadikan plot tanah tersebut milik JAKEL dari DBKL.
  4. Selepas pembelian tanah tersebut JAKEL mengakui telah berlaku perbincangan dengan pihak pengurusan kuil dan faham sensitiviti keagamaan, maka sebab itulah perbincangan telah berlarutan lebih dari 8 ke 10 tahun mencari solusi yang sesuai.
  5. Setakat ini isu belum sampai ke peringkat mahkamah kerana Jakel mencari win-win situation, perbincangan telah bermula sejak awal dan telah menawarkan untuk menanggung kos pemindahan sejak tahun 2017.
  6. Jakel menafikan penggunaan terma roboh, terma yang mereka harap digunakan adalah pemindahan tempat berdekatan dengan bantuan DBKL dan agensi terlibat.
  7. Menegaskan bahawa plan relokasi atau pemindahan telah berlaku sekian lama, namun tapak yang telah dicadangkan tidak diterima pihak kuil kerana dikatakan tidak sesuai, maka sebab itu ia masih belum selesai dan dalam perbincangan.
  8. Selepas perbincangan yang berterusan dari 2017-2020, pada 2020 baru Jakel dapat perintah pembangunan (D.O.) untuk pembinaan sebuah masjid tiga tingkat dari DBKL dan tahun 2021 baru dapat kelulusan Pelan Bangunan dari pihak autoriti untuk membina masjid.
  9. Namun JAKEL tegaskan tidak ada apa yang telah didirikan kerana menghormati pihak kuil, dan berhasrat mahu tunggu perkara/perbincangan selesai dahulu. Maka lanjutan kelulusan Pelan Bangunan telah diberikan sementara menunggu outcome perbincangan dengan pihak kuil.
  10. Jakel memberitahu bahawa DBKL juga membantu mencari kawasan relokasi namun belum dapat tempat sesuai.
  11. Cadangan pecah tanah pada 27 Mac minggu hadapan adalah sempena bulan Ramadan juga akan tidak dilakukan di depan kuil, tetapi di sebelah tapak kuil dan pihak kuil dijemput juga.
  12. Memaklumkan bahawa upacara pecah tanah bukan bermaksud akan terus buat dan paksa kuil berpindah secara segera, sebaliknya sekadar komitmen pembinaan dari pihak JAKEL dan apa-apa kerja hanya akan dimulakan selepas sesi pemindahan selesai.
  13. Sekali lagi tegaskan tidak wujud istilah merobohkan, komitmen syarikat dan DBKL mencari tempat yang sesuai. Jakel turut menyatakan tujuan sidang media untuk address kebimbangan naratif roboh kuil untuk bina masjid
  14. Jakel berharap tidak ada salah faham kerana perbincangan sentiasa harmoni dan tiada tekanan untuk kuil segera keluar, harap tidak ada pihak yang mensensasikan isu ini sementara DBKL cari tanah yang sesuai.
  15. Ditanya kenapa Jakel pilih tanah berkenaan, Jakel menegaskan bahawa di dalam dokumen berkaitan ketika proses pembelian bahawa kuil adalah sementara, dan tiada restriction pembelian.
iii. Sidang Media oleh Ambiga, LFL dan pihak pengurusan kuil

Speaker Rajmohan pilai (Ketua Sami)
  1. Tujuan sidang media adalah untuk menyelamatkan legasi kuil kerana menerima tekanan dan terpaksa merobohkan kuil
  2. Mendakwa kuil sejak tahun 1893, tapak kuil yang ada sekarang menyimpan artifak, relik dari kuil asal yang lokasinya beberapa meter dari tapak sekarang.
  3. Mendakwa pada 2008 kuil diminta pindah oleh DBKL ke kawasan sekarang lot 328 kerana sebelumnya berada di rizab jalan.
  4. Ketika proses pemindahan upacara penyucian besar Kumbhabhishekham dilakukan bersama DBKL.
  5. Walaubagaimanapun, tanpa pengetahuan jawatankuasa kuil, kerajaan melalui DBKL telah jual tanah tersebut termasuk tanah kuil pada 2014 kepada syarikat swasta.
  6. Bermula sejak 2016, syarikat swasta dan kerajaan memaksa pindah dan komuniti besar masyarakat India. Selain pusat ibadah, kuil ini juga adalah pusat kebudayaan, ada kelas tarian, nyanyian dan yoga di kuil untuk kanak kanak dan dewasa.
  7. Berkata jika rancangan diteruskan akan menghapuskan identiti masyarakat majmuk di Jalan Masjid Jamek.
  8. Mengakui DBKL telah offer tanah lain contohnya di Jalan Bunus namun ia separuh keluasan dan jauh dari masjid india dan tidak sesuai kerana kawasan banjir.
  9. Terkejut dan gagal memahami kenapa walaupun rundingan masih berjalan, dimaklumkan akan majlis pecah tanah pada 27 dan akan dirasmikan oleh PM.
  10. Masih ada ruang tanah di sebelah kuil, mengalukan tanah tersebut sebagai tapak masjid dan mencerminkan masyarakat majmuk.
  11. Memohon tidak perlu roboh atau pindah kuil dan meminta supaya kerajaan Madani mengekalkan kuil 328 dan tapak kuil tersebut di gazetkan tanah kekal
Speaker Surendran (LFL)
  1. Lega DBKL memberi komitmen untuk tidak merobohkan kuil selagi belum selesai berbincang dengan pengurusan kuil.
  2. Walaubagaimanpun nak membetulkan beberapa perkara yang tidak dirasakan tepat, sebagai contoh DBKL yang memberikan DO pada 2020, DBKL tahu akan pembinaan.
  3. Maka kes ini bukan kes bina kuil diatas tanah swasta sebaliknya penjualan tanah kerajaan yang mempunyai kuil kepada pihak swasta.
  4. Berpendapat tidak sepatutnya pihak kuil dipersalahkan kerana seolah menolak faktor sejarah kuil yang juga komunitinya terlibat  sebagai sebahagian dalam pembinaan negara sejak berdekad yang lalu.
  5. Mengingatkan PM ketika menjadi MP dan beliau berjuang untuk kuil raja Chulan pada 2014, PMX yang ketika itu merupakan ketua pembangkang penyokong beliau.  Beliau  harap semangat yang sama ketika 2014 PMX menyelamatkan kuil tersebut dapat ditunjukan oleh PMX dalam kes kuil di Masjid Jamek ini.
Speaker Ambiga
  1. Menegaskan kuil ini lebih lama di sini berbanding pemilik baru yang membeli pada tahun 2014.
  2. Pihak kuil tidak diberi tahu akan tanah yang akan dijual, dan hanya tahu 2 tahun kemudian dan pihak swasta sepatutnya ambil tahu ada kuil ketika membeli tanah, kerana ia lebih 100 tahun di situ.
  3. Turut persoal selama ini Masjid India aman makmur, kenapa perlu ada isu ini? Apa yang cuba dilakukan Kerajaan Madani?
  4. Tekankan perlu melihat identiti dan karakter majmuk di Masjid Jamek maka mahukan tidak ada perobohan/pemindahan jika betul mereka mahu menghormati hak beragama.
  5. Turut berharap tidak perlu ke mahkamah untuk elakan tekanan dan pergeseran masyarakat.
  6. Terkejut dengan kepimpinan kerajaan yang pernah berjalan di jalanan bersama beliau untuk keadilan dan kesaksamaan yang kini membawa naratif MADANI yang turut membawa nilai keadilan dan inklusif tapi tidak mengambil jawapan (membina masjid di sebelah kuil dan tidak memindahkan kuil) yang berada di depan mata.
Speaker Zaid Malek (LFL)
  1. Ulang kuil dibina sejak sebelum merdeka, maka bukan sahaja bersejarah, juga untuk komuniti sebab bukan saja untuk ibadah, tidak boleh diendahkan.
  2. Jika kuil diroboh, kita menafikan hak untuk mereka beribadah dan kebebasan beragama serta sejarah kuil.
  3. Mencadangkan solusi supaya kuil tidak perlu diroboh kerana ada tapak berhampiran (lot parkir yang juga dimiliki oleh jakel) yang lebih besar, dan lot disebelahnya (dimiliki kerajaan).
  4. Maka tidak ada keperluan merobohkan kuil. Malah menurutnya akan lebih mudah pembinaan, serta akan lebih muhibah dan tidak bertentangan dengan prinsip Madani.
  5. Solusi ini dilihat lebih mudah, bina sebelah kuil kerana tidak ada kekangan dan kesalahan membina masjid dan kuil secara bersebelahan. Beri contoh di Wangsa Maju.
  6. Mengingatkan untuk menghormati penduduk setempat, akui kepentingan dan sejarah kuil tersebut.
  7. Jika kerajaan nak angkat prinsip kebebasan beragama dijamin dalam perlembagaan dan mengangkat nilai keharmonian dan muhibah majmuk, kena akui hak orang bukan islam untuk beribadah.
  8. Beliau turut menyebut tidak sesuai nama 'Masjid Madani' jika melakukan perkara yang berlawanan dengan prinsip MADANI.
TAMAT.

https://www.facebook.com/share/1YVhoB2ut6/

Sumber : 
  1. Sidang akhbar Ambiga isu ‘bina masjid di tapak kuil’ esok https://m.malaysiakini.com/news/737715
  2. Sidang Media DB DBKL https://www.facebook.com/share/v/1EPkA4LA7M/
  3. Sidang Media JAKEL https://www.facebook.com/share/v/1EXRPCx4wz/
  4. Sidang Media Ambiga, Kuil dan LFL https://www.facebook.com/share/v/1DPtusMTA9/
-------------------------------------------------------------------------------

Satu ketika dulu, entah 20 tahun dah kot. suami saya pernah hantar kereta ke sebuah bengkel utk tukar enjin. 

Pihak bengkel dah beli enjin (kat kedai potong kereta), kami bayar harga enjin tu & sebahagian harga upah mereka. Mereka pun cakap, nanti dah siap pasang, baru bayar baki.

Malangnya, pihak bengkel tak boleh pasang enjin tu sbb katanya kena tunggu holder enjin yg sesuai. Sbb setiap enjin kereta ada holdernya sdiri. 

Saya pun pelik jugak, dah kenapa la dia beli enjin tak beli holder sekali?

Tapi takpe, kononnya atas sifat tolak ansur, konon nak perbicangan harmoni, maka kami pun ok, tunggu la. 

Tunggu punya tunggu punya tunggu..... Sampai 6 tahun!

Saya pergilah bising kat bengkel. 6 tahun kot. Org lain 6 bulan dah bising.

Pihak bengkel masih cakap psl tak jumpa lagi holder yg sesuai. Mmg saya mengamuk la kat situ. 6 tahun kot. Kereta tu dari elok sihat masa hantar, dah mcm tukun besi dah kat situ.

Bila dah bising, baru kalut nak buat. Rupanya, pihak bengkel tu guna je holder yg mereka ada & modify lebih kurang supaya boleh masuk enjin yg mereka dah beli. 

Kami ni mmg tak tahu pasal kereta. Ikut je la. 

Sudahnya, Puspakom tak lepas. Tiga kali Puspakom Ipoh tak lepas. Akhirnya bawak ke Puspakom Putrajaya kalau tak silap. 

Dan lulus! 

Dulu kami tak berapa bijak. Kalau skrg, saya selalu fikir, mcmmana boleh lulus kalau holder yg dia guna bukan holder yg sepatutnya.

Dah lulus tu, pihak bengkel suruh ambil kereta. Saya cakap, baki kami akan bayar lepas kami puas hati dgn keadaan kereta. 

Suami saya bawa kereta tak sempat sampai rumah pun, enjin kereta meletup. Syukur takde kemalangan jiwa.

Lalu kami bising kat bengkel. Org bengkel kata, suami saya yg bawak kereta tak betul, bukan salah bengkel. 

Tak puas hati, lalu kami bawa kes ke tribunal pengguna. 

Tapi kami kalah. 
Pihak bengkel pandai putar belit kata², suami saya pulak tak pandai berkata².

Kalah sbb pihak bengkel kata, mereka lambat siapkan sbb kami tak nak bayar mereka. 

Huh! Semudah itu.

Dari awal kami ambil sikap toleransi, bersabar, cakap elok², bincang secara harmoni, sampai 6 tahun, sampai kami dah beli kenari 2nd hand utk kegunaan harian sbb kereta tak keluar² dari bengkel, AKHIRNYA kami ditolak begitu saja. AKHIRNYA kami yg dilihat jahat, kami yg dilihat salah.

Bos saya kan peguam. Dia pujuk suruh bawak kes ke mahkamah tinggi. Dia dah baca afidavit, tgk gambar bukti & kronologi kes, dia cakap kes saya tak sepatutnya kalah. Terlalu byk kelompongan dlm perbicaraan kes. Kes 6 tahun, masa bicara tak sampai setengah jam. 😂

Tapi suami saya kata, takpelah. Dah bukan rezeki kita.

Pengajarannya, tak semua sifat tolak ansur & perbincangan harmoni itu akan berakhir dgn baik & menguntungkan kedua² pihak. Tambah² kalau dah berlarutan & ambil masa yg panjang. Pasti ada 1 pihak yg terpaksa beralah dan terus beralah atas alasan toleransi. Atas alasan taknak gaduh². Taknak panjangkan cerita. Nak selesai cara baik kononnya. Nak jaga hati org sangat, walaupun hati sdiri sebenarnya tak rela.

Itu je saya nak cakap. Yg faham, faham la maksud saya. Teruskanlah berunding.

~Farizal Radzali~


-------------------------------------------------------------


Pendapat peribadi akulah isu kuil ni tak akan jadi besar kalau,

1. Tak ada campur tangan ahli politik dan pihak berkepentingan bertopengkan gerakan hak asasi manusia yang cuba nak ambil kesempatan mensensasikan isu dalam percubaan menyerang kerajaan Madani. 

Kalau tengok selepas semalam dah mula dah ada politikus 'cucuk line' nak 'enter frame' macam Prof Ramasamy yang kata dia akan turun ke kuil untuk bagi sokongqn dan beberapa politikus India yang aku tengok buat video di TT.

Kita tahu Ambiga LFL ni semua memang ada 'beef' dengan PMX dan kerajaan Madani. Jadi tunggu saja mereka buat silap. Dan sebab tu kalau perasaan Surendran cuba nak 'shape' isu ini isu kuil vs DBKL(kerajaan) bukan kuil vs swasta(Jakel), walhal tanah Jakel.

2. Reaksi pihak kuil terhadap upacara pecah tanah Masjid Madani yang dijadualkan akan berlangsung pada 27 Mac oleh PMX. Pihak pengurusan kuil kata tengah berbincang kenapa ada majlis pecah tanah? 

Kalau fikir balik ya logik juga depa reaksi sebegini. Ya lah mungkin mereka risau adakah sudah muktamad perbincangan dan depa kena pindah segera sebab dah ada pecah tanah bagai walhal masih dalam proses berbincang.

Namun pada hemat aku pihak kuil juga kena berlaku adil juga kepada pemilik tanah, dalam duduk berbincang juga kelihatanya ada berlakunya aktiviti perbesar kuil, percantik kuil.

Logiknya kalau tak pasti lagi boleh 'stay' kenapa nak spend lagi duit? Tak nak pindah ke? Jadi apa guna perbincangan tu?

Yang mana benda ni ada juga disebut dalam sidang media Jakel semalam kenapa tak buat dalam tanah yang sama, Wakil undang-undang Jakel kata tanah 12 ribu kaki tu dah tak muat sebab kuil pun makin besar dari asal perbincangan. 

Menunjukkan Jakel pun 'aware' benda ni kena selesaikan segera dan kalau perasaan CEO Syed Nasrul Fahmi kata benda masalah ni kena ada noktah bukan biar macamtu sahaja.

Maka aku rasa, politikus dan so called human right activist boleh ketepi dulu, jangan keruhkan keadaan. 

Nanti jadi bunga taik.

Biar depa selesai sama depa, dah alang alang depa memang dalam proses berbincang.

Begitulah. 

P/s: Gambar 2015 aku kutip Google Street.

https://www.facebook.com/share/19TW6ByyrZ/

------------------------------------------------------------

KUIL DAN MASJID

Saya ikuti isu “roboh kuil bina Masjid” yang dibangkit oleh suatu portal pro pembangkang. Portal ini di kalangan orang politik kita tahu dimiliki oleh seorang pemimpin yang mukanya dikaburkan. 

Dalam artikel portal seolah2 ia suatu provokasi kepada kaum India, ia tekankan kewajaran roboh Kuil beratus tahun, untuk digantikan dengan masjid? Ia cover dan back up juga geng Ambiga. Menyokong tindakan mereka membela pengurusan kuil sebagai betul. 

On the other hand, set2 terpaling kanan sudah buka langkah mainkan naratif “Islam terancam”. Keengganan pengurusan kuil nak berpindah untuk digantikan dengan masjid, dijadi bullet isu kaum. 

Sebab kita ni dah terbiasa dengar dan lihat black ops politik, untuk main politik kaum dan agama. Apa2 naratif macam ni, kita pun cautious juga. Nak tengok akai depa ke mana? 

Faktanya, tanah kuil itu telah dijual kepada syarikat Jakel sejak tahun 2012. Rundingan demi rundingan telah dilakukan untuk uruskan isu pemindahan. Mereka juga katakan, tuan tanah dah berniat untuk wakafkan tanah yang dibeli untuk dibuat masjid. Namun sebab kuil masih beroperasi, mereka masih berunding. 

Pada saya, sebab ini bukan isu jual tanah biasa. Kita kena sedikit sensitif. Nak dirobohkan rumah ibadat orang lain. Kita pun kalau orang lain roboh kan rumah ibadat kita, takkan boleh diam punya. 

Makanya, carilah solusi menang2. 

Pengurusan kuil juga kena faham, tanah tu dah milik orang. Mereka tak boleh terus2 menerus di situ. Perlu ikhtihar untuk cari tapak lain. 

Yang belah sini pun juga, kalau boleh pindahkan kuil secara hormani, jangan dirobohkan. Kalau boleh bina masjid dan kuil bersebelahan pun, tidak jadi hal. Itu spirit Malaysia. Boleh hidup beragama sama2. 

Jadikan politik di India sebagai pengajaran. Mereka berbalas2 merobohkan. Kuil diganti masjid. Masjid diganti kuil, sebagai naratif pancing undi, politikus yang mainkan isu kaum dan agama dalam poltiik. 

Di Malaysia pun ada politikus dangkal. Yang ambil kesempatan. Walaupun ini kes private antara penjual dan pembeli. Ada pulak belah sana dia cucuk lain, belah sini dia cucuk lain. Divide and conquer yang mereka masih mainkan kita. 

Kita pengundi biasa. Seperti biasa. Jangan cepat melompat. Ambil masa menghadam isu dan jangan terikut dengan geng politik yang cuba ambil kesempatan. 

Salam hormat,
Liyana Marzuki


Muhd Abu Ubaidah yang cipta naratif portal pro pembangkang. Tu sebab saya kata Jangan menunggang isu. Belah sana cucuk lain, belah sini cucuk lain. 


-----------------------------------------------------

Kenyataan Media Daripada PM X selepas solat Jumaat pada hari ini :-

Sewaktu mengulas isu pemindahan kuil dan pembinaan masjid di Jalan Masjid India ketika ditanya pemberita petang tadi, saya nyatakan pendirian untuk melihat isu ini diselesaikan secara matang dan harmoni.

Saya juga tegaskan bahawa tidak timbul isu Kerajaan mahu merobohkan kuil seperti didakwa kumpulan penunggang agama. Mana mungkin saya sebagai Perdana Menteri mahu merobohkan mana-mana kuil ataupun kegiatan agama orang lain.

Semua pihak, termasuk daripada rakan-rakan beragama Islam harus kekal bertenang dan mengelak daripada memberikan maklum balas yang tidak wajar. Benarkan rundingan berjalan dengan damai antara pihak swasta selaku pemilik tanah dan pihak kuil.

#MalaysiaMADANI #MADANIBekerja

Tuesday, 27 December 2022

23 DISEMBER 1909 PERASMIAN MASJID JAMEK DI KUALA LUMPUR

 

Pada hari ini dalam tahun 1909, Masjid Jamek yang terletak di pertemuan antara Sungai Gombak dan Sungai Kelang telah disempurnakan pembukaanya oleh Sultan Selangor, DYMM Sultan Alauddin Sulaiman Shah. Majlis perasmian yang penuh bersejarah itu bermula dengan pemeriksaan perbarisan seramai 50 anggota polis oleh Ke bawah DYMM Sultan dengan diiringi oleh Residen British di Selangor, Encik H.C. Belfield. Seni bina masjid ini adalah hasil rekaan Encik A.B Hubback, Arkitek di Public Works Department bercirikan seni bina Monghul ini berdasarkan ilham daripada reka bentuk masjid di India utara.

Pembinaan masjid ini melibatkan kos sebanyak $32.625 ini dengan $12,000 daripadanya ini adalah hasil sumbangan daripada pelbagai lapisan masyarakat, dan selebihnya adalah daripada kerajaan negeri Selangor. Bersesuaian dengan fungsi sungai pada ketika itu yang merupakan nadi pengangkutan dan perhubungan utama di antara satu kawasan dengan kawasan yang lain maka kedudukan pintu utama masjid ini, pada asalnya terletak menghala ke arah pertemuan kedua-dua batang sungai tersebut. Sesungguhnya Masjid Jamek ini telah berfungsi sebagai masjid utama serta pusat kegiatan keagamaan awal di Kuala Lumpur.

https://www.facebook.com/701547676576843/posts/pfbid0baVuPzbSE5CfXCtmsMZLvw2ygQ8sHnAv5fvNnpq1TyCrqcdbazetLVoDUk1q5w5vl/?mibextid=Nif5oz

Pautan artikel menarik yang berkaitan :-

24 NOVEMBER 2006 PERASMIAN MASJID SELAT MELAKA

https://normanhafizi.blogspot.com/2022/11/24-november-2006-perasmian-masjid-selat.html

Thursday, 22 December 2022

18 DISEMBER 2009 PERASMIAN MASJID INDIA MUSLIM TENGKU KELANA KLANG SELANGOR

Pada hari ini dalam tahun 2009, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah AL-Haj ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj, berkenan merasmikan Masjid India Muslim Tengku Kelana, Klang sempena sambutan Maal Hijrah 1431. Masjid yang berusia 105 tahun pada asalnya dikenali dengan nama Masjid India Selatan Klang. Di awalnya, masjid ini dibina menggunakan bahan kayu dan diperbaiki dari masa kesemasa bagi mengatasi masalah limpahan jemaahnya.

Namun dengan kos RM20 juta pembinaan semula masjid ini dapat dilakukan. Kini masjid yang berkeluasan 0.3 hektar ini mampu menampung seramai 3,300 orang jemaah pada satu-satu masa. Masjid ini juga disifatkan sebagai mercu tanda perpaduan dan persaudaraan Islam di Selangor. Reka bentuk masjid ini juga unik kerana dilengkapi dengan kubah yang disokong dengan empat buah menara dan pintu gerbang indah.

Reka bentuk tersebut menjadi aspirasi jawatankuasa masjid agar citi-ciri warisan sejarah dan sentiviti budaya masyarakat India Muslim diambil kira dan dikekalkan. Semoga masjid ini dapat meninggikan lagi syiar Islam sekali gus menjadi mercu tanda baru bagi bandar diraja ini.

#hariinidalamsejarah


Pautan artikel lain yang berkaitan :-

17 DISEMBER 2011 PERASMIAN MASJID RAJA CHENDERING


Tuesday, 20 December 2022

17 DISEMBER 2011 PERASMIAN MASJID RAJA CHENDERING

Pada hari ini dalam tahun 2011, Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Aidin berkenan berangkat bagi menyempurnakan perasmian Masjid Sultan Ismail di Kuala Terengganu. Masjid ini pada asalnya dikenali dengan nama Masjid Raja Chendering. Menurut catatan sejarah, sebelum terbinanya bangunan lama Masjid Raja Chendering, terdapat sebuah masjid yang dikenali sebagai Masjid Lebai Zainal di Kampung Chendering. Masjid pertama yang dibina di kampung ini menjadi tempat persinggahan orang-orang kenamaan di zaman tersebut.

Berikutan pertambahan penduduk, Tengku Abdullah atau lebih dikenali dengan panggilan Tengku Seri Wa Diraja, telah mewakafkan salah sebuah rumahnya untuk dijadikan masjid baru bagi menampung bilangan jemaah yang semakin bertambah. Bermula dengan pengorbanan Tengku Seri Wa Diraja inilah terakamnya nama Masjid Raja Chendering sempena menghargai jasanya. Masjid ini kemudiannya diubahsuai mengikut peredaran zaman dan keperluan semasa sebelum dirobohkan bagi pembinaan masjid baru sekarang ini.



Pautan artikel lain yang berkaitan :-

24 NOVEMBER 2006 PERASMIAN MASJID SELAT MELAKA


Wednesday, 30 November 2022

24 NOVEMBER 2006 PERASMIAN MASJID SELAT MELAKA

Pada hari ini dalam tahun 2006, Masjid Selat Melaka telah dirasmikan oleh DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Al-Marhum Tuanku Syed Putra Jamalullail. Masjid ini dibina di atas permukaan laut di dalam kawasan pulau buatan yang diberi nama Pulau Melaka. Senibina masjid yang turut dikenali sebagai Masjid Terapung ini berkonsepkan Islam Moden yang menggabungkan elemen senibina Melayu dan Timur Tengah. 


Pembinaannya bermula pada Jun 2003 dan siap sepenuhnya pada 29 Ogos 2006. Dihiasi empat kubah di setiap penjuru masjid yang menjadi pelengkap kepada sebuah kubah besar. Terdapat juga sebuah menara setinggi 30 meter dan cahaya yang dipancarkan melalui menara ini menjadi panduan kepada kapal yang melalui Selat Melaka dan pesawat di ruang udara. Selain memperlihatkan kesungguhan kerajaan negeri dalam meningkatkan syiar Islam, masjid yang dibina di tengah-tengah kawasan pusat perniagaan di Banda Hilir ini menjadi salah satu mercu tanda yang mampu menarik kedatangan pelancong ke negeri bersejarah itu.




Pautan artikel lain yang berkaitan :-

01 OKTOBER 2004 MAJLIS PERASMIAN MASJID AL-MUHTADIN DAMANSARA DAMAI


https://normanhafizi.blogspot.com/2022/10/01-oktober-2004-majlis-perasmian-masjid.html

Sunday, 2 October 2022

01 OKTOBER 2004 MAJLIS PERASMIAN MASJID AL-MUHTADIN DAMANSARA DAMAI

 

Pada hari ini dalam tahun 2004, Majlis Perasmian Masjid Al-Muhtadin Damansara Damai telah disempurnakan oleh DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj. Nama Masjid Al-Muhtadin Damansara Damai ini diperkenankan Baginda sendiri. Kerja-kerja pembinaan Masjid Al-Muhtadin telah dimulakan pada 1 November 2001 dan siap pada tahun 2003. Solat jumaat yang pertama diadakan di masjid ini pada 24 Oktober 2003.

Dalam titahnya, Baginda menzahirkan harapan untuk melihat Negara ini khususnya negeri Selangor, membangun dengan pesat bukan sahaja dari segi kebendaan semata-mata tetapi pada masa yang sama, semua masyarakat khasnya umat Islam perlu berjaya dan mempunyai pengetahuan dan pegangan agama yang kuat. Baginda juga berharap semua usaha yang dilakukan dalam menerokai pelbagai bidang baru perlulah berlandaskan kepada prinsip iman dan takwa meliputi pembangunan infrastruktur, fizikal, mental dan spiritual masyarakat.

https://www.facebook.com/701547676576843/posts/pfbid0KWT7WP8ByBzaA8f8WJE2YiAsASmchW96JH9SyGAFSKBU6qvTAnxu4QyTADBXWkmgl/

Pautan artikel menarik yang berkaitan :-

13 April 2022 : Masjid Menjadi Pusat Orang Berbahagia


Thursday, 14 July 2022

KOTARO YAMAOKA

Pernah terfikir siapa orang Jepun pertama yang menunaikan haji di Mekah?


Kotaro Yamaoka, atau nama Islamnya Umar Yamaoka adalah orang Jepun pertama yang menunaikan haji di Mekah.

📸 Prof. Dr. Salih Mahdi S. Al Samarrai Chairman of Islamic Center- Japan

Kotaro Yamaoka, atau nama Islamnya Umar Yamaoka adalah orang Jepun pertama yang menunaikan haji di Mekah. Memeluk Islam ketika berada di Bombay, India, beliau menunaikan haji pada tahun 1909.

📸Arab News

Kiri - Abdul Rashid Ibrahim yang mengislamkan Kitaro Yamaoka
Kanan - Kotaro Yamaoka, atau nama Islamnya Umar Yamaoka.


📸 wikipedia

Abdul Rashid Ibrahim, seorang Rusia yang bertanggungjawab menyebarkan Islam di Jepun. Beliau juga merupakan imam pertama Tokyo Camii di Tokyo.


📸 Alchetron

Abdul Rashid Ibrahim, orang yang mengislamkan Umar Yamota dan bersama Umar menunaikan haji di Mekah.


Menariknya, Umar Yamaoka ni sebenarnya adalah salah seorang “intelligent service” atau spy polis Jepun lah senang cakap. Tapi perjalanannya ke Mekah sebenarnya adalah untuk ke Turki, bersama Abdul Rashid Ibrahim untuk berjumpa dengan Khalifah Uthman bagi minta kebenaran bina masjid di Tokyo. Ha itulah sebahagian asal-usul bagaimana Tokyo Camii, iaitu masjid besar di Tokyo tu terbina.


📸 Halal Media Japan

 Tokyo Camii ni berdasarkan binaan Blue Mosque dekat Turki. Sebab tu kalau tengom design dia lebih kurang je.


📸matcha

Interior Tokyo Camii - cantik senibina dalam dia.


Interior Tokyo Camii. Cantik dalam dia.

Perjalanan ke Mekah telah didokumentasikan olehnya sendiri dan sekembali ke Jepun, beliau aktif dalam perbincangan dengan orang Jepun tentang Islam dan Mekah serta berkongsi pengalaman melalui buku-buku yang ditulis.

Benda ni memberi inspirasi kepada Muslim Jepun yang lain, seperti jemaah Jepun yang kedua iaitu Noor Muhammad Tanaka Ippei yang pergi menunaikan haji pada tahun 1924 dan sekali lagi pada tahun 1933. Ipei tak pergi sendiri tapi ditemani oleh dua pelajarnya, Inoumoto Momotaro dan Takeshi Sozuki, yang kedua-duanya menulis buku tentang perjalanan mereka.

Pada tahun 1943 Sozuki menerbitkan bukunya, "Pilgrimage to the Place of Seichi Makkah Junrei" menggambarkan pertemuannya dengan Raja Abdul Aziz di Mekah dan bagaimana beliau amat mengagumi keperibadian raja. Buku itu juga diterbitkan dalam bahasa Arab oleh Perpustakaan Awam Raja Abdul Aziz pada tahun 1999. 

Lepas banyak sumbangan beliau dalam dunia Islam di Jepun, Umar Yamaoka meninggal dunia di usia 80 tahun pada tahun 1959.

#CatatanZunitaDiJepun



Masjid Kobe pula adalah masjid pertama dibina di Jepun. Masjid Kobe walau bagaimanapun “survive” kemusnahan masa Perang Dunia Kedua. Masjid Kobe juga jadi tempat perlindungan orang-orang yang tercedera.


Masjid Kobe - dari pandangan luar.


Pautan artikel yang berkaitan :-

Perginya selepas 68 tahun Hiroshima musnah


Friday, 24 June 2022

9 Fakta Tentang Kaabah

Arkib :  20 Ogos 2020

Tempat Solat Nabi Muhammad S.A.W. DALAM KAABAH

Dikhabarkan alas putih diletakkan di tempat khas di lantai Kaabah bagi menandakan tempat solat Nabi ketika Baginda pertama kali memasuki Kaabah..Pemimpin besar Arab Saudi kebiasaannya solat disitu jika mereka memasuki Kaabah.

“Sesungguhnya Rumah Ibadat yang mula-mula dibina untuk manusia (beribadat kepada Tuhannya) ialah Baitullah yang di Makkah yang berkat dan (dijadikan) petunjuk hidayah bagi umat manusia” 

-  Surah Ali-Imran 3:96

Kaabah adalah tempat di atas dunia ini yang tidak akan surut dilawati manusia yang sentiasa hidup dengan ibadah dari dulu hingga sekarang pada bila² masa sahaja. 

9 Fakta Tentang Kaabah

1.  Kaabah Yang Asal Mempunyai 2 Pintu Dan 1 Tingkap

Kaabah pada binaan yang asalnya mempunyai 2 pintu. Satu pintu masuk dan satu lagi pintu keluar. Namun binaan baru Kaabah hanya mempunyai satu pintu sahaja dan tidak mempunyai tingkap.

2.  Kaabah Pernah Dibina Semula Beberapa Kali

Kaabah pernah runtuh dan dibina semula beberapa kali disebabkan bencana alam seperti banjir dan juga akibat serangan.

Mengikut pendapat pakar sejarah dan para pengkaji, Kaabah pernah dibina semula antara 5 hingga 12 kali.

Dikatakan bahawa Kaabah pertama kali dibina ketika zaman Nabi Adam a.s, sebagai pusat pertama ibadah manusia kepada Allah. Kemudian ia dibina semula oleh Nabi Ibrahim a.s. dan anaknya Nabi Ismail a.s. pada zaman mereka. Pengubahsuaian terakhir dilakukan pada tahun 1996 menggunakan teknologi terkini.

3.  Kaabah Pada Asalnya Bukan Berbentuk Segi Empat

Kaabah pada asalnya bukan berbentuk petak persegi seperti yang kita lihat sekarang. Bahagian Kaabah yang asal termasuklah bahagian melengkung di luarnya yang dipanggil ‘Hijr Ismail’. 

Oleh sebab itu, tidak sah jika bertawaf di dalam Hijr kerana ia juga termasuk sebagai binaan Kaabah dan jika para jemaah ingin bersolat, mereka juga boleh bersolat dalam kawasan Hijr.

4.  Kunci Pintu Kaabah Dipegang Oleh Satu Keturunan Sahaja

Hanya satu keturunan sahaja yang dipertanggungjawabkan memegang kunci pintu Kaabah iaitu Keturunan Bani Shaiba. 

Rasulullah S.A.W. pernah menyuruh Osman bin Talha agar memegang kunci Kaabah dan Osman ketika itu berjanji bahawa kunci Kaabah hanya akan dipegang oleh keturunannya hingga hari kiamat.

5.  Kiswah Kaabah Berwarna Hitam, Hijau, Merah Dan Putih

Warna kiswah atau penutup Kaabah bukan hanya berwarna hitam seperti sekarang.

Kiswah pertama dibuat dari kain tenunan Yaman berwarna merah dan berjalur². Manakala pada masa Khalifah Ma’mun ar-Rasyid, kiswah dibuat dengan warna putih.

Ketika zaman pemerintahan Bani Abbasiyyah pula, kiswah pernah dibuat berwarna hijau dan ada masanya berwarna kuning. Ia bergantung kepada kehendak pemerintah pada setiap zaman tersebut.

Namun akhirnya Khalifah al-Mamun dari Dinasti Abbasiyah telah memutuskan bahawa kiswah Kaabah ditetapkan berwarna hitam, dan ia akhirnya kekal hingga sekarang.

6.  Hajar Al-Aswad Berasal Dari Syurga

Menurut penceritaan sejarah dan juga riwayat-riwayat, Hajarul Aswad datang dari syurga dan warna asalnya adalah putih berkilauan tetapi ia telah bertukar hitam dipercayai kerana dosa² yang dilakukan oleh manusia.

Menurut riwayat daripada Sa’id bin Jubair r.a, daripada Ibnu Abbas, daripada Ubay bin Ka’ab r.a, menerangkan bahawa Hajarul Aswad telah dibawa turun oleh malaikat dari langit ke dunia.

7.  Apa Yang Ada Di Dalam Kaabah

Di dalam Kaabah terdapat tiga tiang dan pada dindingnya dicatatkan nama² tokoh yang pernah membangunkan Kaabah. 

Jika anda perasan, terdapat bongkah di antara tiang. Itu adalah tempat disimpan campuran wangi²an yang berbagai jenis yang akan digunakan setiap kali membersihkan Kaabah.

Pada lantai Kaabah terdapat bahagian berwarna putih yang dipercayai tempat Nabi S.A.W. solat setiap kali masuk ke dalam Kaabah.

Terdapat juga pintu lain di dalam Kaabah iaitu pintu yang membolehkan para petugas naik ke bahagian bumbung untuk kerja² pembersihan.

Bumbung pula dibina daripada kayu yang sangat utuh kemudian dilapisi dengan perak asli. 

Bahagian dinding atasnya juga terdapat kain kiswah berwarna hijau serta gantungan wangi²an.

8.  Lingkaran Perak Dibuat Agar Hajarul Aswad Lebih Utuh

Menurut Abu al-Walid Ahmad bin Muhammad al-Azraki, seorang ahli sejarah kelahiran Mekah, Abdullah bin Zubair adalah orang pertama yang memasang lingkaran perak di sekeliling Hajarul Aswad, setelah terjadi kebakaran pada Kaabah.

Pemasangan lingkaran perak seterusnya juga pernah dibuat pada tahun 189 Hijrah, iaitu pada zaman pemerintahan Sultan Harun ar-Rasyid.

Beliau memerintahkan seorang pengukir perak terkenal ketika itu yang bernama Ibnu at-Tahnan, untuk menyempurnakan pemasangan lingkaran perak dan menjadikannya lebih berkilat. Pemasangan lingkaran perak juga berlaku beberapa kali selepas itu ketika zaman Khalifah Uthmaniyyah.

9.  Malaikat Juga Bertawaf Seperti Umat Islam Bertawaf Di Kaabah

Al-Azraqi meriwayatkan kepada Muhammad al-Baqir bin Ali Zainal Abidin bin al-Husain, beliau berkata bahawa Allah S.W.T. berfirman kepada malaikat : 

“Aku akan menjadikan khalifah di muka bumi.”

Kemudian para malaikat bertanya : 

“Adakah Tuhan kami hendak menjadikan di bumi orang yang akan melakukan kerosakan?” Kisah ini juga ada tercatat di dalam Al-Quran ketika Allah ingin menciptakan Nabi Adam a.s.

Kita semua tahu apa jawapan Allah selepas itu iaitu Allah mengatakan bahawa Dia lebih tahu berbanding para malaikat. Malaikat kemudian takut dimurkai oleh Allah lalu mereka bertawaf di sekeliling Arasy untuk memohon ampun kepadaNya.

Diceritakan bahawa Allah menjadikan sebuah rumah iaitu Bait Al-Ma’mur di mana para malaikat diarahkan bertawaf di situ dan bukan lagi di Arasy. 

Allah juga mengutuskan para malaikat supaya membina Baitullah di bumi supaya manusia dapat bertawaf juga di bumi sebagaimana para malaikat bertawaf di Bait Al-Ma’mur.

Semoga dengan mengetahui 9 fakta ini, kita akan dapat lebih menghayati tempat suci Kaabah apabila kita menunaikan ibadah umrah dan haji kelak.In shaa Allah..Aamiin 

Sumber : Pages FB Kembara Sahabat Haramain

https://www.facebook.com/609615852399127/posts/pfbid02v5bnGycuJgKr178pJyAoqt66EwWJSuQ2N3yQKwc9FZ7prturMhZ6K5mjCRGiZqnml/

Pautan artikel lain yang berkaitan :-

"KAABAH ADA DUA PINTU ?"

https://normanhafizi.blogspot.com/2020/11/kaabah-ada-dua-pintu.html

ASAL USUL HAJAR ASWAD

https://normanhafizi.blogspot.com/2021/01/hajar-aswad.html

Friday, 29 April 2022

13 April 2022 : Masjid Menjadi Pusat Orang Berbahagia


Di Turki setelah terawih anak anak di ajak main sama Imamnya. Supaya mereka senang ke masjid. Malahan beberapa masjid baru di Turki seperti Masjid Hamdi Cami di Ankara disiapkan tempat bermain dalam masjid di sudut kanan di bawah tangga. Bila masjid tak ada tempat bermain di dalam, disiapkan di luar masjid seperti taman-taman. Masjid menjadi Pusat orang berbahagia.

Mereka nampaknya meyakini apa yang ditititahkan oleh pendahulu mereka, Sultan Al-Fatih bahawa, 

“Khuatirlah olehmu apabila masjid-masjid mu sudah tak lagi terdengar suara anak kecil”.

Credit kepada FB Azwir Nazar


------------------------------------------------------------------------------------------

"In Turkey, after teraweh, children are invited to play with the Imam. So that they are happy to go to the mosque. Even some new mosques in Turkey such as the Hamdi Cami mosque in Ankara have a playground in the mosque in the lower right corner of the stairs. If the mosque does not have a place to play inside, it is prepared outside the mosque like a garden. The mosque became the Center of happy people. They seem to believe in what their predecessor, Sultan AlFatih, commanded that, "Be worried if your mosque no longer hears the voice of a child"

Source: Tarekat TV

Tuesday, 4 May 2021

...Sujud terakhir di masjid

'Pergi dalam sujud terakhir di masjid'

Abd Hamid meninggal dunia ketika menunaikan solat sunat di Masjid Nurul Huda, Kampung Sungai Kelambu, Batu Pahat pada Sabtu. (Foto: Ihsan pembaca) Gambar kecil: Abd Hamid Salleh

FARAH SHAZWANI | | 03 Mei 2021

BATU PAHAT - Seorang jemaah di Masjid Nurul Huda, Kampung Sungai Kelambu, Peserai di sini rebah dalam sujud terakhirnya ketika menunaikan solat sunat di masjid berkenaan pada malam Sabtu.

Difahamkan, kejadian itu disedari jemaah masjid yang kehairanan apabila melihat Abd Hamid Salleh, 67, bersujud terlalu lama, sebelum rebah ketika menunaikan solat kira-kira jam 9 malam.

Allahyarham bagaimanapun disahkan meninggal dunia tidak lama selepas itu oleh seorang jemaah yang juga seorang petugas kesihatan.

Anaknya, Nurfadhilah Abd Hamid ketika dihubungi Sinar Harian pada Isnin berkata, kejadian itu hanya diketahui sebaik sahaja dimaklumkan oleh jemaah masjid yang datang ke rumahnya dan memaklumkan kejadian itu.

“Sebaik mendapat khabar itu, kami bergegas ke sana dan melihat ayah sudah meninggal dunia, sebelum polis dan pihak kesihatan hadir untuk proses selanjutnya,” katanya.

Jelas Nurfadhilah, walaupun masih terkejut dengan pemergian arwah, dia dan keluarganya reda dan mengharapkan pemergian ayahnya yang juga pesara Telekom Malaysia itu dalam keadaan ‘khusnul khatimah’.

Menurutnya, ketika hayat ayahnya banyak menghabiskan masa di masjid selepas bersara selain mengusahakan kelapa sawit.

“Setiap hari ayah akan ke masjid pada setiap waktu dari Subuh hingga ke Isyak. Pada Ramadan pula, biasanya ayah akan berbuka ala kadar dan bergegas ke masjid untuk solat Maghrib, sebelum balik ke rumah untuk sambung makan.

“Selepas itu dia akan ke masjid sekali lagi untuk solat Isyak dan tarawih bersama-sama. Itulah rutinnya dan kami sangat faham. Walaupun ayah pergi ketika kita hampir menyambut hari raya, namun kami sekeluarga reda kerana ayah pergi dalam keadaan mudah dan dalam bulan yang mulia.

“Alhamdulillah, tiada rasa ralat kerana kami percaya dengan aturan ALLAH SWT. Impian ayah untuk menunaikan haji setelah dua kali tertangguh juga dapat direalisasikan pada tahun 2019, sebelum wabak Covid-19 melanda,” katanya.

Tambahnya, jenazah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Sungai Kelambu, Peserai pada Ahad, kira-kira jam 12.30 tengah hari.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah ketika dihubungi, mengesahkan ada menerima laporan mengenai kes berkenaan.

Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/136659/BERITA/Semasa/Pergi-dalam-sujud-terakhir-di-masjid

© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...