Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Thursday, 26 November 2020

"KAABAH ADA DUA PINTU ?"


Gambar : Sedikit kelihatan seperti bentuk pintu kedua yang telah pun ditutup pada struktur binaan dinding Kaabah

"KAABAH ADA DUA PINTU ?"

Pada suku ketiga pada tahun 2018, angin kuat dan ribut melanda kawasan Al-Haram Makkah. Angin dan ribut tersebut terlalu kuat hingga menyebabkan Kiswah @ Kelambu Kaabah terangkat di setiap bahagian sisinya. Ribuan jemaah yang sedang melakukan ibadah tawaf menjadi saksi, terlihat akan satu binaan batu di dinding Kaabah, yang seakan-akan PINTU yang telah ditutup. Kaabah ada dua pintu??

Dalam riwayat Muslim ada disebutkan : ولجعلت لها بابا يدخل الناس منه وبابا يخرجون منه

dan aku akan membina bagi Kaabah ini dua pintu, satu pintu untuk manusia masuk dan satu pintu untuk mereka keluar.

Manakala di dalam Sahih al-Bukhari pula, Rasulullah direkodkan sebagai menyebut :

قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَا عَائِشَةُ لَوْلَا أَنَّ قَوْمَكِ حَدِيثُو عَهْدٍ بِشِرْكٍ لَهَدَمْتُ الْكَعْبَةَ فَأَلْزَقْتُهَا بِالْأَرْضِ وَجَعَلْتُ لَه بَابَيْنِ بَابًا شَرْقِيًّا وَبَابًا غَرْبِيًّا

Rasulullah bersabda :

"Wahai Aisyah, kalaulah bukan kerana kaummu masih dekat dengan kekufuran, maka aku akan runtuhkan kembali Kaabah, aku rapatkankan binaannya dengan tanah dan aku bina bagi Kaabah itu dua pintu, satu di timur dan satu di barat.”

Apabila sampai zaman Abdullah ibn Zubair menjadi Gabenor Makkah, Kaabah telah terbakar dan beliau memperbaiki Kaabah selaras dengan hasrat Rasulullah s.a.w. ﷺ iaitu membina baginya dua pintu. Namun setelah beliau meninggal, Khalifah sesudahnya iaitu Abdul Malilk menutup pintu itu kembali kerana perselisihan yang berlaku antara mereka.

Jadi, 

jika ada peluang untuk melihat lagi dinding di bahagian Rukun Syami dan Rukun Yamani, anda akan melihat ke arah garisan berbentuk pintu yang telah ditutup, ketahuilah kalian bahawa, itulah *PINTU* yang pernah dibina oleh Gabenor Makkah, iaitu Abdullah ibn Zubayr, semasa proses pembinaan semula Kaabah selepas Kaabah terbakar pada tahun 683 Masihi, demi menunaikan hasrat Rasulullah s.a.w. ﷺ.

Salamullah.

Credit : Dr Ahmad Sanusi Azmi© 

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...