Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Wednesday, 25 November 2020

Kepentingan Untuk Menubuhkan...

Artikel Arkib : 09 Disember 2018 

Kepentingan Untuk Menubuhkan Sebuah Koperasi Muslim



Gambar : Logo Rasmi Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM)

Dulu-dulu aku pun mengeluh juga apabila kebanyakan barang atau servis yang orang Muslim jual (boleh baca Melayu) semua mahal belaka. Harga lebih tinggi berbanding produk sedia ada dalam pasaran. Ini realiti.

Sampai satu tahap, baru aku sedar dan faham mengapa produk dan perkhidmatan orang kita lebih mahal berbanding orang lain. Berikut adalah beberapa faktor yang aku kenal pasti.

1. Kos pengeluaran. Orang kita belum pandai berpakat-pakat. Kita masih suka berniaga sendiri-sendiri. Beli barang sikit-sikit, dapat pun harga sikit-sikit. Orang lain berniaga berpersatuan, beli barang mentah ramai-ramai. Mereka dapat harga pukal.

2. Kos logistik. Orang kita tak pandai nak berpakat-pakat. Satu perniagaan satu lori. Satu kedai satu van. Kita sanggup bangun awal pagi ke pasar dan kita sanggup pusing satu bandar buat delivery. Kita tak nampak kos logistik. Orang lain berpakat elok. 10 perniagaan boleh ‘outsource’ logistik kepada 1 orang. Jimat.

3. Kos operasi. Orang kita tidak ada kemampuan ‘cashflow’ yang kuat. Perniagaan banyak dapat. Modal tak ada. Naik turun bank, tak cukup syarat. Nak cari rakan kongsi, akan tetapi orang kita belum bersedia nak kongsi untung. Akhirnya layan semua kerja sendiri. Orang lain boleh berpakat. Mereka ada banyak sumber kewangan. Mereka terus hidup.

Aku bagi contoh mudah begini, 

Dulu sewaktu aku dapat tempahan untuk mengeksport berkontena udang ke Korea, aku pusing satu Semananjung mencari stok. Di Pantai Barat misalnya, semua kolam udang dari Lukut sampai ke Perak aku masuk. Apabila bertanya tentang stok dan harga, mereka akan berikan aku nombor orang yang sama.

You contact dia ni. Nanti dia akan layan you

Aku pening. Nama kolam lain-lain, pemilik pun lain-lain. Tapi kenapa urusan belian hanya diuruskan oleh satu orang sahaja? Akhirnya  baru aku faham, mereka bergerak dalam kumpulan. Mereka lantik satu orang sahaja untuk uruskan jualan.

  • Kami kongsi modal beli benih udang
  • Kami kongsi modal beli makanan udang
  • Kami kongsi rantaian bekalan (supply chain)
  • Kami kongsi semua benda agar kos pengeluaran kami jadi rendah. Bila semua ni rendah, kami dapat jual pada harga murah.

Macam ni rupanya depa urus bisnes. Patutlah depa boleh jual murah“, bisik aku dalam hati.

Aku tuliskan pengalaman yang benar-benar terjadi di sekeliling kita. Mungkin selama ini kita tahu, tapi kita tak sedar. Atau mungkin kita nampak, tapi kita tidak faham. Bangunlah kawan-kawan. Buka mata dan buka hati.

Jadi kawan-kawan, mulai hari ini tak usah mengeluh lagi apabila barang yang orang kita jual sedikit mahal. Ini semua salah kita sendiri. Kita tak pernah diajar untuk bersungguh-sungguh menjadi orang berniaga. Kita diajar senang dan selesa. Kita diajar untuk jadi pembeli dan pandai ‘mengeluh’. Tanpa kita sedar.

Mulai hari ini juga kawan-kawan, aku menyeru kalian sebagai pengguna supaya teruslah menyokong perniagaan orang kita. Biar kita berbelanja lebih sedikit dan bayar lebih sedikit untuk mereka. Kerana itu akan membesarkan perniagaan mereka di kemudian hari. 

Small is the new big

Apabila semakin ramai di antara kita yang teribat dalam rantaian perniagaan di bumi Malaysia ini membesar dan maju, insha Allah kita akan nikmati tawaran yang lebih baik pada masa depan. Apabila semua kos pengeluaran berjaya dikurangkan, kualiti dapat ditingkatkan dan harga itu dapat dikawal.

Dan yang paling penting kawan-kawan, jika orang kita maju dan untung, mereka akan mengeluarkan zakat. Keupayaan mereka untuk berwakaf juga menjadi tinggi. Ini Fardhu Kifayah kita. Kita bising-bising, tapi kita tak menyokong, orang kita akan tetap kalah.

Perjuangan untuk menyatukan hati manusia agar faham dan mampu berjuang dalam satu kumpulan ini bukan senang. Kerana ini belum menjadi sebahagian daripada sikap kita. Kerana ini juga belum jadi sikap yang berjaya membentuk budaya kita.

Aku tahu ini susah. Tetapi boleh dilaksanakan !

Ikram Al Banjari (Saudagar Jalanan)

#info #pendapat #testimoni #muslim

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...