Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Showing posts with label Jodoh. Show all posts
Showing posts with label Jodoh. Show all posts

Wednesday, 25 July 2018

Jodoh Tak Mengenal Usia, Anak Tumpang Gembira

cover kahwin
Siapa sangka perkenalan selama dua bulan akhirnya membawa pasangan ini ke jinjang pelamin. Perkara ini turut mendapat perhatian netizen di media sosial selepas tularnya mengenai perkahwinan pasangan warga emas ini di Ipoh, Perak.
Perkenalan Hussain Abdul Rahman, 84, dan Kamsiah Adam, 66, yang mula berputik ketika pasangan ini sama-sama menghadiri kelas agama yang terkemuka milik Datuk Ustaz Kazim Elias. Kegembiraan ini turut dikongsikan seisi keluarga terutamanya anak-anak.
Anak Kamsiah, Arif Rafhan sempat meluahkan kegembiraan buat ibunya di laman sosial Twitter. Baginya, Kamsiah berhak untuk mendapatkan kebahagian setelah sekian lama membesarkan adik-beradiknya dengan status ibu tunggal.
Arif meluahkan kesyukuran dengan kehadiran seorang ayah yang melengkapkan lagi keluarganya.
Bebenang diakhiri dengan doa tulus ikhlas buat kebahagiaan ibunya yang jelas terpancar di raut wajah ibunya ketika majlis berlangsung.

Saturday, 5 May 2018

‘CANTIK BUKAN SEGALANYA’

nadia-hanis-featured
Jodoh saya (hihi).
Kisah Masyarakat / Jodoh : ‘Cantik Bukan Segalanya’, Kisah Saya Berjumpa Jodoh Dengan Lelaki Arab Tanpa Diduga
Bismillah.
Before we start, let me clarify the purpose of writing this story.
Terdetik nak share kisah ni dengan my FB friends to deliver some lessons especially to my single friends yang masih belum ditemukan oleh Allah jodoh mereka. Betullah orang kata jodoh itu di tangan Allah, bersabarlah dalam penantianmu dan cantik paras rupa bukan lah segalanya (haha because I know I am not in the ‘hot and beautiful’ category).

Tentang Saya

Sapa yang mengenali diri ini (ewah).. tahu who I am actually.
Puan Nadia Hanis dan suami, Tuan Nabil Buhler pada hari pernikahan mereka.
BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM, I WOULD LIKE TO INTRODUCE MY FOREVER LIFE PARTNER, MR NABIL BUHLER.
I am not slim (obviously) not beautiful (lagilah obvious) but Alhamdulillah sempurna paras rupa Allah yang cipta.
My character pula.. jenis yang happy go lucky, tak kisah apa orang kata and haha yang paling obvious, over confident. My siblings, family, bffs, classmates, and people around me know me well la.
Suka pakai baju hitam, semua hitam, abaya. Tak pernah ada boyfriend. Minat-minat orang tu biasalahkan dulu zaman remaja tapi I je minat orang, tak pernah berbalas huhu. Actually I tak heran pun sebab ntahlah banyak lagi benda nak fikir.
One fine day, one of my friend, she told me, “Ko ni asyik pakai hitam je. Manalah ada laki nak pandang. Kita kenalah berhias. Pakai baju cantik-cantik barulah lelaki tertarik,” I was like.. ‘Err ada aku kesah‘. Selesa pakai baju hitam.
Ramadhan 2014. Honestly I prayed a lot to Allah, about my life. Doanya lebih kurang begini, kalau Allah rasa ada jodoh yang terbaik, temukan lah. Kalau tak ada tak apalah. Maybe my life better as single. My parents pun selalu kata, “Takpelah boleh jaga mak abah.” So, doa jelah, dapat tak dapat kerja Allah kan.

My 28th birthday.

Biasa memang ada buat makan-makan masa birthday. Saja je meraikan kawan-kawan.
Ingat lagi hari tu masak sizzling yee mee.
While cooking pagi tu, cakap dalam hati, “Ya Allah, 28 dah aku tahun ni? Agaknye memang tak ada jodoh kot. Aku ni dahlah tak jumpa orang. Asyik-asyik orang yang sama je. Tengah study pula. Siapa yang nak. Semua laki pun lari. Tak apa lah ya Allah. Agaknya memang tak ada jodoh. Allah adalah sebaik perancang. Allah dah bagi panjang umur pun bersyukur. Alhamdulillah.”
Malam 14 Januari 2015. My bestfriend from Gaza, (dia ni kira my family’s friend. Pernah bawa balik beraya ke rumah dan dia memang close to my family) datang bilik. Masa tu duduk mahallah (asrama) kan. Malam birthday, ada beberapa kawan lain tengah lepak kat bilik I. Lepas tu, my Gaza friend (A) pun panggil.

Kawan Gaza Buka Cerita

A: Come come (ambil buka Tab dia).
A:See this guy.. ok?
I was so excited FOR HER.
Me: Wow, not bad. Accept lah!
A: Not for me lah. For you!”
Me: Ish.. no lahh. No one will accept me. Im ugly (huhu).
A: I am serious. He wants to know u. He’s Arab. If you okay I will give him your phone number.
Me: Wowowoowwo..what is this?? (still in denial). Tell him, I am fat, my weight is XXkg and I am doing PhD. If he’s OK with that, give him my number.
Around 11pm I received a message, “Hi, I am Nabil ..blablablabla..(haha tak yah lah detail). I am serious, I want marry you.” (Whatt gelojoh nya haha).
He explained his background a little bit. He’s Arab, but currently living in Swiss and having Swiss nationality. Work as blablabalbla.. Then my response, “Ok, if you are serious, i think better you meet my father. I gave him my home address. He said, OK tomorrow I will go see him.”
Actually, he got A’s number from one Imam (Yemeni) in my hometown. Imam Yaman ini adalah kawan ayah saya, dan kawan suami (sekarang). My hubby got to know Imam Yemen i think in Mecca.
Menantu-menantu abahku. Paling handsome yang pakai jubah putih tu kan.. ehh
MENANTU-MENANTU ABAHKU. PALING HANDSOME YANG PAKAI JUBAH PUTIH TU KAN.. EHH
The Yemeni Imam and A know each other at my hometown when A celebrate Eid with us. Imam Yemen ni minta phone number A dari my dad and my dad asked from me.
Suami saya tanya pada Imam Yaman jika dia ada calon isteri yang sesuai untuk suami saya.
Imam Yaman (juga kawan kepada ayah) nak suggest saya sebagai calon isteri.
Imam Yaman contact A (kawan saya) sebab dia tak boleh berbahasa Inggeris untuk approach saya.
Macam tulah connection-nye.. Faham ke tak eh? Hihi.

Jumpa Mak Ayah

Then if I’m not mistaken, on 15th January 2015 he met my dad and mom. He told them his intention.
Haha mak kata situasi masa tu macam krik krik. Sebab Imam Yaman tak pandai English, Nabil pun English sikit-sikit (he speaks Germany and Arab well) and my parents memang tak pandai Arab. English bolehlah. And finally my dad said, if she’s OK, i will agree.
Muhammed Nabil Aljarshe Buhler
MUHAMMED NABIL ALJARSHE BUHLER DAN BONDA
Actually I did pray istikharah. But at that time what i have in my mind was, ni benda baik kan. Mak abah pun OK, and he came from the correct way, and I trust imam Yaman sebagai orang tengah. Adalah juga investigate backgroundNabil sikit-sikit masa tu. And tawakkal to Allah. Memang nekad. So, I agreed. Then my dad told me, come KL we meet Nabil together.
Jeng jeng.. Not that easy haa..
Mulalah.. kawan-kawan dan orang sekeliling berkata-kata.
“Ko apehal. Sangap nak kahwin. Main terima je?”.
“Please think well. Maybe he’s a liar”.

“Wey tak ke macam rush sangat. Asal Rush?”

“Ish ko ni biar betul.”
“Hati-hati Nadiaaa.”
Tak ketinggalan.. my BFFs yang freaked out siap stalk FB and IG Nabil. Pastu came out dengn macam-macam conclusion haha (love u gals).
But for me..
1. Dia datang cara baik. Nak kahwin bukan nak couple ke apa.
2. My parents instinct OK and they encourage me.

3. Tawakkal. Takpelah.. kalau baik Alhamdulillah, kalau buruk, mungkin ni ujian daripada Allah untuk diri ni. Memang nekad. I agree.

Then 16 Januari 2015 jumpalah kat Taj Hadramawt Taman Melati with my parents and my sis. He came alone. Masa tu, masa dia baru sampai dan tengah jala, on the way pergi meja, mak kata, “Haa baik ko tengok sekarang. Nanti segan”. Haha. Then discuss. Lepas tu bawk dia jumpa adik-beradik kat rumah adik. Dan dia berkenalan dengan my family.
Then he came to Kuantan tak ingat bila nak settle urusan dengan imigresen (bukan senang nak kahwin foreigner oii. Banyak gila prosedur nyee) tapi Alhamdulillah.. semua berjalan dengan lancar. Masa dia datang Kuantan ni lah he called his family by Viber to introduce me to his mom and his siblings (his daddah uzur).
Ya Allah ya rabbul alamin.. Jadikanlah anakku Muhammed anak yang soleh.
YA ALLAH YA RABBUL ALAMIN.. JADIKANLAH ANAKKU MUHAMMED ANAK YANG SOLEH.
Then on 12th February 2015, Alhamdulillah kami diijabkabulkan dengan tak tau berapa kali lafaz sebab guna pelbagai bahasa. Malay, Arab and English. 14th Feb 2015 our reception. Our wedding was so simple. Most of the money Nabil gave we spent for catering. Mak abah ada keluar duit juga sikit. Simple, seriously simple tak ada pelamin, tak ada makan beradab, tak ada hantaran. Baju pun beli di kedai biasa je. Nabil pakai suit kerja dia and jubah dia pakai solat. Bukan kedekut tapi bersederhana. Kenapa nak spend duit banyak untuk benda merepek kan. Tapi Alhamdulillah semua happy, kami sah jadi husband and wife, dan saudara mara, sahabat handai, jiran tetangga dapat raikan majlis kami (sorry if I didn’t invite you.. huhu.)
17 Februari 2015, Nabil bawa I pergi Dubai untuk jumpa some of his family.Ramai yang tanya tak sambut ke kat belah sana? Honestly semua busy dan tak ada masa. My mom in law and brother in law yang bongsu visited us here last September for one and half month. Sempatlah bonding dengan mak mertua. Ummi.. she’s an awesome lady. Bila diorang balik tu nangislah juga.
Two awesome men with their queen... Ummi
TWO AWESOME MEN WITH THEIR QUEEN… UMMI
Eh, panjang melarat dah. Huhu roughly macam tulah kisahnya. Adalah sisi-sisi story yang tak dicerita.
21 November 2015 Allah kurniakan kami Muhammed Nabil Aljarshe Buhler. Itulah permata hati pertama kami. Hihi.
Lastly, I would like to say, for all my single friend yang belum ketemu jodohnya, yang dah bertemu jodoh tapi belum dikurniakan cahaya mata, jangan bersedih. Ketahuilah Allah itu sebaik perancang. Kita tak kahwin tak bermakna kita hodoh tak ada siapa nak. Kita tak ada anak tak bermakna kita mandul. Cuma belum tiba masanya..
Papi dan Muhammed
PAPI DAN MUHAMMED
Alhamdulillah, inilah yang Allah dah tuliskan untuk saya. Sampai la ni tak boleh percaya this really happened (tampar muka banyak kali). OK kebas dah jari taip. First time post panjang macam ni.
Bye. Salam.

Friday, 1 January 2016

5 Gambar majlis pernikahan Marsha Milan Londoh dan suami

gambar nikah marsha milan londoh
GEORGETOWN: Penyanyi dan pelakon, Marsha Milan Londoh, selamat diijabkabulkan bersama ahli perniagaan, Mohamed Shaiful Nizam Datuk Seri Mohamed Ismail malam ini. Majlis yang diadakan di rumah keluarga Shaiful di Jalan Free School menyaksikan dengan sekali lafaz Marsha, 30, sah bergelar isteri kepada Shaiful, 29. Majlis pernikahan secara sederhana yang diadakan kira-kira jam 9.20 tadi hanya dihadiri ahli keluarga dan rakan rapat kedua-dua mempelai.
gambar nikah marsha milan londoh
gambar nikah marsha milan londoh
Pasangan itu dinikahkan oleh Ustaz Fauzi Ibrahim selaku Pegawai Tadbir Agama Daerah Timur Laut. Mohamed Shaiful Nizam menyerahkan mas kahwin sebanyak RM1,001.00 kepada Marsha manakala jumlah wang hantaran dirahsiakan.Pihak lelaki memberi tujuh dulang hantaran berbalas sembilan dulang. Busana yang disarungkan oleh Marsha untuk upacara pernikahan adalah hasil rekaan pereka fesyen Rizalman Ibrahim. Pasangan ini mula berkenalan sejak 10 tahun lalu dan hubungan itu mula serius sejak dua tahun kebelakangan ini.
gambar nikah marsha milan londoh
gambar nikah marsha milan londoh
“Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana semuanya sudah selamat dan saya berharap semua peminat mendoakan kesejahteraan saya dan perkahwinan ini. Terima kasih juga kepada keluarga saya dan mentua yang banyak membantu dan membimbing saya. “Harapan saya, semoga penyatuan dua hati ini sentiasa dirahmati dan diberkati olehNYA,” kata Marsha. Majlis resepsi pasangan ini bakal diadakan di Kuala Lumpur pada minggu hadapan, juga secara tertutup. -BH

Wednesday, 10 November 2010

30 Perkara Perempuan Tak Sempat Bagitau Lelaki...

30 Perkara Perempuan Tak Sempat Bagitau Lelaki..  Dahsyat sungguh pompuan ni...banyak perkara yang mana perempuan lebih suka difahami secara tersirat.

Dahsyat sungguh pompuan ni...banyak perkara yang mana perempuan lebih suka difahami secara tersirat. ye ke tak sempat bagitau?silakan baca.

1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,tetapi dia tidak menitiskan airmata,itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.

2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.

3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang (sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).

4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.

5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!!

6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.

7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati,tolak cintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan,dia akan lakukan apa saja.

8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya,biarkan dia untuk seketika.Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sorang kawan,cubalah tegur dia perlahan-lahan.

9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa.Muzik,puisi,lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.

10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni lansung tak berguna.

11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.

12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif,misalnya menghubunginya melalui telefon,si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik saja ganggang diletakkan,dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit,semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.

13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita.Jadi jangan senyum sebarangan.

14. Jika kamu menyukai sorang wanita,cubalah mulakan dengan persahabatan.Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.

15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar,tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.

16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya.

17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya.Tanya dia sendiri!!

18. Selepas sorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.

19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis,cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.

20. Bila setiap kali gambar kelas keluar,benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya, kemudian barulah dirinya sendiri.

21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!

22. Satu ucapan 'Hi/Assalamualaikum' sahaja sudah cukup menceriakan harinya.

23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.

24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.

25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.

26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..

27. Senjata wanita adalah airmata!!

28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya (hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan romantis). Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati. Dengan ini dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.

29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya. So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah...

30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.

Note: tidak semestinya 30 perkara diatas semuanya wujud dalam diri setiap wanita..tapi zaman sekarang ni lelaki pun ramai yang 'apply' perkara-perkara diatas tu . :-)

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...