Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Showing posts with label penghormatan. Show all posts
Showing posts with label penghormatan. Show all posts

Sunday, 6 March 2022

Kampong Pisang Berbuah Dua Kali !

03 Mac 2022 : Sentuhan Terakhir Seniman Terulung Mamat Khalid. Telah disempurnakan oleh Amen Khalid


FILEM TERKINI : “KAMPONG PISANG BERBUAH DUA KALI” KARYA TERAKHIR BANG MAMAT

Sebuah filem arahan Amen Khalid, yang merupakan idea asal daripada arwah Mamad Khalid. Amen Khalid yang merupakan salah seorang anak yang akan menyambung legasi arwah dalam dunia perfileman tanah air.

Kisah yang masih berkisar tentang masyarakat dan peel penduduk Kampong Pisang yang kelakar, namun terselit dengan peristiwa seram dan misteri. Masih memaparkan pelakon asal dan memperkenalkan beberapa muka baru dalam karya kali ini.

Kampong Pisang Berbuah Dua Kali, akan ditayangkan di Astro First bermula pada 3 Mac 2022...!!!

#FilemTerkiniBraderFilem



TAYANGAN PERDANA 15 mins | KAMPONG PISANG BERBUAH DUA KALI

--------------------------------------------------------------------------------------------

Kurang berapa jam lagi, Kampong Pisang Berbuah Dua Kali akan ditayangkan di Astro First. Saya ingin mengambil sedikit ruang waktu untuk mengenang arwah.

Saya tak banyak gambar berdua dengan Allahyarham abg Mamat Khalid. Setiap kali di set, masing-masing sibuk.

Lagipun tempoh saya bersama abg mamat amatlah sekejap.

Gambar pertama, adalah semasa shooting Kampong Pisang Setandan (bonus scene Unreleased). Ini adalah kali pertama saya bergambar dengan Arwah.

Gambar kedua, Gambar selepas selesai shooting "Warung Pak Jabit". Inilah gambar terakhir kami bersama dan kali terakhir saya mengadap Arwah.

Kini semua tinggal kenangan.

Kampong Pisang Berbuah Dua Kali :
Telemovie Pertama saya.
Dan
Sentuhan Kali Terakhir Arwah Bang Mamat khalid.

Terima kasih kerana memberi kepercayaan kepada saya yang mentah ni untuk berada dalam karya ni.

Apa yang bang mamat pesan, saya akan junjung sampai mati.

Saya bersama Amen dan semua cast & crew, family Kampong Pisang Akan meneruskan Karya serta Perjuangan bang Mamat.

Jangan risau pasal Amen. Dia dah buat yang terbaik sepertimana abang selama ni ajar dia.

Saya terkejut dengan treatment dan skrip cerita ni. Bila abg dah takda, baru saya dapat yang full. Baru saya faham kenapa abg suruh saya berlakon cite ni.

Seni Sebagai satu Medium Kesedaran.

Amat terkilan bila Abg Mamat yang beria-ia suruh saya lead, tapi skrang abg dah takda.
Hati Retak Seribu bila tengok poster tribute tu.

Forever Will Be Your Gerhana.
Al fatihah kepada bang Mamat.

Kampong Pisang Universe 
Gerhana Kampong Pisang 
Mohd Nur Azman Naim



Pencapaian filem ini pada 6 hari tayangan, RM1 juta

INFO FILEM : “KAMPONG PISANG BERBUAH DUA KALI” KUTIP RM 1 JUTA

Filem terakhir karya arwah bang Mamat Khalid, yang disempurnakan oleh anak beliau, Amen Khalid telah berjaya mengutip RM 1 juta dalam masa enam hari. 

Nampaknya, kisah masyarakat Kampong Pisang yang kerap diselubungi oleh misteri makhluk halus ini, masih menjadi pilihan penggemar filem tanah air.

Mudahan Amen Khalid akan meneruskan legasi arwah bapanya, yang berkarya dengan mengangkat kisah masyarakat kampung yang menghiburkan.

#InfoFilemBraderFilem



Pencapaian filem ini (22 Mac 2022) dari segi kutipan sebanyak RM2 juta. Tahniah buat filem ini

Tiada Kata Yang Mampu Terucap kecuali
ALHAMDULILLAH SYUKUR & JUTAAN TERIMA KASIH SEMUA

Reposted from @astroshaw KAMPONG PISANG BERBUAH DUA KALI BERJAYA RAIH KUTIPAN RM2 JUTA!

Alhamdulillah.. Terima kasih semua di atas sokongan padu mengkomer semua!❤️
.
Kampong Pisang Berbuah Dua Kali, Sentuhan terakhir seniman terulung Mamat Khalid disempurnakan oleh Amen Khalid, sesuai ditonton seisi keluarga kini Di Pawagam Rumah Anda, Astro First, Saluran 480!
.
Anda juga boleh strim Kampong Pisang Berbuah Dua Kali di Astro Go atau On Demand
.
Sila tonton secara sah di platform yang betul
.
@amenkhalid @kazar35 @bellngasriofficial @azizmosman @matlondonfilm @dewa_sapri @eina_azman @nishamanis_ @azmannaim44mantra @ahmadyasinoffical @joey_daud @weitian0316
@matkuda_hantukaklimah @adan.jogentor @nizam_r_hashim @mohdrashid_othman @mohamadhafizabdaziz @dollahcantek_dc @yophitlerzamit
.
#KampongPisangBerbuahDuaKali #KGPISANGBDK #MamatKhalid #AmenKhalid #AstroShaw
#AstroFirst #DiPawagamRumahAnda


Bahan bacaan tambahan :-

Air mata Amen Khalid tumpah jua, sidang media paling sebak


Rupanya Azman Naim pernah tolak watak Gerhana


#Kualalumpur Jejaka tular dengan lagu parodi di media sosial, Azman Naim, 36, antara yang terkesan besar dengan pemergian pengarah tersohor, Allahyarham Mamat Khalid, semalam.


#Rap Eina atau nama sebenarnya Ainur Syakina Azman berkata, timbul rasa ralat apabila dia seharusnya memulakan penggambaran di bawah arahan Allahyarham yang berjudul Kampung Pisang Berbuah Dua Kali.


#Rap Dalimawati berkata, dia benar-benar terkilan apatah lagi akrab dengan keluarga Allahyarham.


#ipoh "Saya terkejut dan saya memikirkan bagaimana saya hendak menerima pemergian abang Mamat." - Khir Rahman


#rap #ipoh Finas menyantuni dan menyerahkan sumbangan kepada ahli keluarga Allahyarham Mamat Khalid hari ini


#rap #kualalumpur "Saya takkan lupa semua memori itu. Juga saya takkan lupa kata-kata semangat yang arwah beri kepada saya. Tanpa kata-kata semangat itu..saya takkan ada di sini," - Afea 'Yah Kuchai'



8 Karya Mamat Khalid Yang Paling Diingati 


Disebalik Kehebatan Cinta...

Ini wasap terakhir arwah bang mamat kepada saya

3 hari kemudian, dia pergi.

#KampongPisangBerbuahDuaKali #terkenang


KEHEBATAN CINTA 

AZMAN NAIM FEAT EINA AZMAN [MUSIC VIDEO]


Kehebatan Cinta

Hatiku masih seperti dulu
Tidak pernah pun berubah cintanya
Adakah engkau masih sepertiku
Yang setia selamanya
Hatiku masih merinduimu
Biarpun kau jauh dariku
Selagi rindu mengusik kalbu
Cintaku masih padamu
Tahukah engkau betapa hebat cintaku
Tanpamu disisi aku keresahan
Tahukah engkau betapa hebat kasihku
Tanpa mu disisi aku kerinduan
Biarpun ombak merubah pantai
Kasihku tak akan hancur berderai
Biarpun hari berganti hari
Kau tetap ku nanti
Tahukah engkau betapa hebat cintaku
Tanpamu disisi aku keresahan
Tahukah engkau betapa hebat kasihku
Tanpa mu disisi aku kerinduan
Biarpun ombak merubah pantai
Kasihku tak akan hancur berderai
Biarpun hari berganti hari
Kau tetap ku nanti

Nyanyian : Dato Jamal Abdillah dan Francisca Peters

Pautan artikel lain yang berkaitan :-

2021年10月24日 MERAIKAN KARYA-KARYA MAMAT KHALID

https://normanhafizi.blogspot.com/2021/10/20211024.html

Friday, 29 May 2020

29 Mei 1973

Pemergian Allahyarham P. Ramlee buat selamanya



Al-fatihah (dengan bacaan)
Gambar : Tan Sri Datuk Amar Dr Teuku Zakaria Bin Teuku Puteh (P. Ramlee) 29 Mei 1973 


P Ramlee - Kisah Hidup Seniman Agung Negara

https://www.youtube.com/watch?v=d661w5938oo

P.RAMLEE MENINGGAL DUNIA

Hari ini 29 Mei 2021 bersamaan dengan 17 Syawal 1442 hijrah, genaplah 48 tahun seorang seniman agung dalam dunia Melayu, Allahyarham Teuku Zakaria bin Teuku Nyak Puteh atau Tan Sri P.Ramlee kembali menemui Maha Pencipta-Nya. 

Pada pagi Selasa, 29 Mei 1973, P.Ramlee yang menjadi pujaan ramai rakyat seluruh Nusantara telah pergi buat selama-lamanya. Berita kematiannya dengan pantas tersebar menerusi corong-corong radio pada pagi 29 Mei itu. Ramai yang tidak percaya apabila menerima berita pemergian P.Ramlee pada pagi itu. Rakan-rakan seperjuangannya masing-masing kebingungan dan bertanya sesama sendiri adakah ini berita nyata atau hanya sebuah naratif di dalam filem arahan beliau. 

Ya, memang P.Ramlee sudah tiada lagi. P.Ramlee sudah pergi meninggalkan dunia ini menemui Tuhan-Nya seawal waktu Subuh pada pagi itu. Pemergian P.Ramlee diratapi oleh masyarakat dan peminat-peminatnya dari seluruh negara termasuk Singapura, Indonesia dan Brunei. Malah pada pagi yang hening itu ada orang yang sanggup terjun melalui tingkap ataupun jendela, semata-mata ingin memberi tahu rakan-rakan bahawa P.Ramlee sudah meninggal dunia. Bukan rumah itu tidak ada pintu, tetapi oleh kerana seluruh perasaan diselebungi kesedihan sehingga tingkap atau jendela terbuka luas itu disangka pintu. Begitulah betapa besarnya pengaruh P.Ramlee kepada masyarakat pada ketika itu. 

Suasana rumah P.Ramlee di Jalan Dedap juga sudah mula dipenuhi oleh rakan-rakan dan orang ramai. Lapisan masyarakat dari pelbagai agama dan bangsa seperti rakyat biasa, wartawan, sasterawan, bintang filem, orang politik, ahli perniagaan, menteri kabinet, sudah mula berhimpun di halaman rumahnya walaupun pada waktu itu sudah mula memperlihatkan tanda-tanda hujan akan turun. Tetapi mereka tetap tidak berganjak demi untuk memberi penghormatan terakhir kepada jenazah P.Ramlee. 

Jenazah P.Ramlee tiba di Jalan Dedap dari Hospital Kuala Lumpur pada pukul 11.30 pagi dan disambut oleh hampir 500 orang ramai yang setia menanti di halaman rumahnya. Dalam perjalanan dari Hospital ke Jalan Dedap hujan renyai sudah mulai turun. Di sepanjang jalan masuk ke rumah P.Ramlee, orang berjalan berduyun-duyun tidak putus-putus mengiringi jenazahnya. 

Jenazah P.Ramlee dibawa ke Masjid Jamek, Kampung Baru untuk dimandi dan dikafan serta disembahyangkan selepas waktu Zohor. Hampir 200 buah kereta mengiringi jenazahnya yang turut diketuai oleh anggota Polis bermotor. Apabila tiba di Masjid beribu-ribu masyarakat sudah menanti jenazah P.Ramlee untuk bersama-sama menyertai solat jenazah. Kira-kira jam 5 petang jenazah P.Ramlee tiba di tanah perkuburan Islam, Jalan Ampang. Tanah perkuburan juga sudah menjadi lautan manusia menyambut jenazah seniman agung itu. Semua yang hadir di tanah perkuburan tetap setia berdiri dan menanti walaupun hujan renyai mengiringi jenazah. Orang ramai berasak-asak dan tolak menolak mahu ke hadapan mendekati liang lahat sehinggakan tempat meletakkan jenazah sudah tidak kelihatan. Pihak Polis juga terpaksa mengawal keadaan bagi melancarkan urusan pengkebumian. 

Pada waktu talkin dibaca itulah buat kali pertama masyarakat mengetahui bahawa nama sebenar P.Ramlee ialah Teuku Zakaria. Apa yang lebih menarik taklin itu telah dibacakan oleh Mohamad Rajoli bin Mohamed Zain (Allahyarham) atau lebih dikenali dengan nama M.Rajoli yang pada ketika itu berusia 28 tahun sedang berkhidmat sebagai salah seorang Imam besar di Masjid Jamek, Kampung Baru. 

Begitulah sedikit coretan dan perkongsian dari saya sempena memperingati tarikh pemergian seorang manusia biasa yang sangat luar biasa anugerah dari Allah buat kita semua sebagai rakyat Malaysia khususnya dan bangsa Melayu amnya. Semoga ianya bermanfaat untuk dijadikan sebagai rujukan dan pengetahuan baru kepada yang sudi. 

Allahyarham Tan Sri P.Ramlee, gagak di rimba yang masih kekal bertakhta di belantara seni. 

Al Fatihah...  

HAR
29 Mei 2021
7.20 pagi


Gambar : Pusara P. Ramlee


Pesanan P Ramlee untuk Penggiat Seni di Malaysia


1. Koleksi gambar-gambar pada 29 Mei 1973 :-


Tan Sri Dr. Jins Shamsuddin (Allahyarham), antara yang paling awal tiba apabila mendapat tahu P.Ramlee telah pun meninggal dunia.


Antara para artis yang hadir ketika itu untuk memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarham Tan Sri P.Ramlee


Sewaktu jenazah Allahyarham P. Ramlee di solatkan buat kali yang terakhir sebelum dikebumikan selepas waktu Asar

2. Antara koleksi-koleksi gambar yang meninggalkan kesan kepada kita semua sehingga kini 


 Antara kata-kata hikmat P. Ramlee, "When I die, I will live for a thousand years."


 Petikan daripada suratkhabar, "Tidak mungkin akan lahir seorang lagi P. Ramlee"


Tajuk dari Akhbar Utusan Malaysia, "Padamnya Sebuah Pelita"


"Pagi 29 Mei yang mengejutkan"

Koleksi-koleksi video daripada Saluran YouTube :-





LAGU TERAKHIR ALLAHYARHAM P.RAMLEE - AIR MATA DI KUALA LUMPUR


Since 33 years P. Ramlee passed away, the aura and charisma of the legendary entertainer is still as strong as ever. In his short, colourful career in the entertainment industry, Tan Sri P. Ramlee directed 54 films, acted in 62 films, wrote 359 songs and sang more than 200 of them. He started in the industry in 1948 and continued till he died of a heart attack on May 29, 1973. He was 44 years old. The last song recorded was Air Mata di Kuala Lumpur, sung by his wife Saloma in 1972. She passed away at the age of 48 on April 25, 1983. Legions of fans continue to pay tribute to the great artiste and his wife. Many performed or re-recorded their songs, and held special occasions in their memory. P. Ramlee's memorabilia, including records and pictures, adorn the homes of many fans. The authorities too, have put P. Ramlee's name on the tourism map. These include Rumah P. Ramlee in Penang (restored to almost its original state) and Pustaka Peringatan P. Ramlee and Jalan P. Ramlee in Kuala Lumpur. Then there are privately-owned restaurants dedicated to P. Ramlee and Saloma. (The End)

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Artikel-artikel lain yang menarik dan berkaitan :-

SELAMAT HARI BURUH!!


KISAH DI SEBALIK LAGU DENDANG PERANTAU


Rungutan segelintir pihak di sini...


PUNCA SEBENAR P RAMLEE JATUH MISKIN SEBELUM MENINGGAL DUNIA


29 Mei 1973 : P.Ramlee telah meninggalkan kita untuk selama-lamanya...Al-Fatihah

Friday, 8 May 2020

SOSOK BERJASA DALAM BIDANG DAKWAH


Persiapan Untuk Mati : Ustaz Ismail Kamus

Innalillahiwainalillahirojiuun ..

BELASUNGKAWA ALMARHUM USTAZ ISMAIL KAMUS : SOSOK  BERJASA DALAM BIDANG DAKWAH

Oleh : Dr Riduan Mohamad Nor

Figura ini seangkatan dengan Almarhum Dr Haron Din, Almarhum Pak Yazid Jaafar, Almarhum Kiai Zainuddin MZ dan sesepuh Dakwah Fenomenal lain dalam dekad 1980an dan 1990an. Saat itu zaman tali kaset seterusnya CD yang dijual di pasar-pasar malam dan juga tapak ceramah. Zaman itu Aura Ustaz Ismail Kamus dengan lawak khasnya menjadikan kuliah-kuliah Agama Tumpuan Masyarakat. Tokoh ini dengan Adunan Bakat yang pelbagai sangat Popular di Negara ASEAN, juga reputasi beliau dalam perubatan Islam dan juga penglibatan dalam perjuangan Islam.

Ustaz Dato' Ismail Kamus dilahirkan pada 2 Disember 1948 di kampung Batang Rening, Ulu Selangor, dalam keluarga yang kuat berpegang dengan Ajaran Islam. Malah seorang adik kandungnya, Ustaz Jais Kamus juga seorang Tokoh Agama yang dikenali di Selangor. Ustaz Ismail Kamus telah mendapat pendidikan awal Formal, bermula di Sekolah Arab Batang Kali selama Enam Tahun.

Beliau juga mendapat Pendidikan Menengah  Agama di Ma’ahad Hisyamuddin, Klang. Di Klang Anak Remaja ini mendapat suntikan semangat untuk mendalami Ilmu-Ilmu Agama secara bertalaqi, antara Gurunya ialah seorang Ulama' tersohor, Asy-Syeikh Mahmood al-Arif al-Bukhori. Ustaz Ismail Kamus seterusnya melanjutkan pelajaran ke Kolej Islam Klang, sebuah Institusi Pendidikan yang telah melahirkan ramai tokoh pelbagai bidang di negara ini.

Figura dakwah ini mendapat pendidikan tinggi di UKM Bangi di Fakulti Pengajian Islam. Beliau menamatkan Pengajian dengan memperolehi Ijazah Sarjana Muda Syariah dengan Kepujian di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada Tahun 1976. Semangat dan cita-cita untuk menambah Ilmu sentiasa membara dijiwa Tokoh Dakwah ini. Beliau juga pernah bermukim Ilmu di Beaver College Pennsylvenia, Amerika Syarikat.

Selain dikenali sebagai Panel Forum Perdana Hal Ehwal Islam yang Fenomena, Ustaz Ismail juga adalah Pengasas dan Penasihat Pusat Perubatan Darussalam yang berpusat di Gombak. Beliau melatih ratusan perawat-perawat Islam serta menyalurkan kepakarannya untuk berkhidmat kepada Masyarakat, termasuk di Brunei dan juga Singapura.

Ustaz Ismail selain dikenali sebagai Usahawan Muslim yang Sukses, juga pernah berkhidmat sebagai Guru, Pegawai Penyelidik, Pegawai dakwah selain pernah bertugas selama 15 tahun di pelbagai jabatan seperti di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), INTAN dan Pusat Islam. Kekayaan pengalaman inilah yang berjaya dituang dalam pengisian Ilmu Agama kepada Masyarakat sehingga nama Beliau meniti Bibir ke Bibir Masyarakat.

Pendakwah tersohor ini pernah digam oleh RTM kerana kelantangannya menyuarakan Aspirasi Islam, Beliau bersama dalam arus kebangkitan Rakyat pasca reformasi 1998 sehingga dipilih untuk bertanding di DUN Gombak Setia. Ustaz Ismail menjadi ADUN PAS di Gombak Setia apabila memenangi dalam Pilihan Raya di kawasan tersebut pada tahun 1999. PAS memenangi Empat Kerusi di Selangor iaitu Kajang, Sungai Burung, Gombak setia dan Sungai Besar dalam lantunan Gelombang Reformasi. Beliau juga pernah bertanding untuk Kerusi Parlimen Hulu Selangor dalam Pilihanraya Umum 2004 namun tewas kepada calon BN. Beliau pernah menjadi AJK Dewan Ulama PAS Pusat, AJK PAS Pusat, TPJ PAS Negeri Selangor, AJK PAS Selangor dan pelbagai Jawatan dalam Parti.

Reputasinya sebagai seorang Pendakwah Fenomenal dengan memberi Ceramah Agama di pelbagai Negara seperti di Asia Barat, Eropah, Brunei, Indonesia, Thailand, Singapura, United Kingdom, Amerika Syarikat, Kanada dan lain-lain. Undangan ini termasuk daripada kalangan ekspatriat dan pelajar-pelajar Malaysia di luar Negara.

Jasa dan sumbangan Ustaz Ismail Kamus begitu besar kepada kita semua dan keharuman Bakti ini menebar kepada seluruh lapisan Masyarakat tanpa mengira latarbelakang Politik, Harkat Sosial dan latarbelakang sosio Ekonomi. Dalam bidang kebajikan, bantuan kemanusiaan dan membantu insan lain, beliau adalah Penasihat kepada NGO, Muslim Care Malaysia sehinggalah nafasnya yang terakhir. Sikap cakna dan peduli ummah serta karektor Almarhum yang sentiasa menderma bukan lagi Rahsia. Sentiasa bertukar maklumat dan memberikan dokongan kepada Muslim Care Malaysia melalui Presidennya, Haji Zulkifli Wahijan. Dalam keuzurannya, Beliau tidak menolak untuk memberikan pengisian kerohanian dan memberikan ilmu tanpa sepicing pun rasa lelah dan bosan.

Ramadhan kali ini dalam suasana PKP yang suram, Rakyat Negara ini menerima berita sedih akan keuzuran Almarhum. Dalam beberapa tahun ini, Ustaz Ismail menjalani dialisis akibat penyakit buah pinggang, namun dalam jerih kesakitan pun beliau tetap tersenyum di meja-meja kuliah mencerahkan ummah. Sehari dua ini bergentayangan di medsos akan berita Beliau kembali Kerahmatullah, ini adalah manifestasi cintanya Rakyat kepada Almarhum Sang Murabbi. Malam Jumaat Ramadhan yang Barokah ini, Sang Daie ini mengadap Penciptanya dengan Jutaan Doa daripada Umat Islam.

Allah memuliakan Pendakwah ini yang menunjukkan kepada kita bagaimana detik-detik Umur Wajib dituangkan seluruhnya di Medan Dakwah dan khidmat bakti. Kita akan merindui candaan dalam Kuliah Almarhum yang menjentik tangkai hati kita semua untuk menjunjung nilai dan cara hidup Islam. Pesan-pesan berharga Almarhum lewat melalui Kaset, Rakaman CD, Media Sosial akan menjadi hasil tuaian Pahala berpanjangan kepada Almarhum Ustaz Dato' Ismail Kamus. Selamat berehat Wahai Sang Murabbi dan kami juga akan menyusul kelak. Alfatihah !!!

( Penulis Ialah Aktivis Kemanusiaan Tanpa Sempadan, Pengerusi LESTARI )

Doa Buat Allahyarham Ustaz Dato' Ismail Kamus :

إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعون

أَللَّهُمَّ اغْفِرْلَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ وَأَكْرِمْ نُزُلَهُ وَوَسِعْ مَدْخَلَهُ وَاغْسِلْهُ بِالْمَاءِ وَالْثَلْجِ وَالْبَرَدِ، وَنَقِّهِ مِنَ الْخَطَايَا كَمَا نَقَّيْتُ الثَّوْبَ الأَبْيَضَ مِنَ الدَّنَسِ، وَأَبْدِلْهُ دَارًا خَيْرًا مِنْ دَارِهِ ، وَأَهْلاً خَيْرًا مِنْ أَهْلِهِ وَزَوْجًا خَيْرًا مِنْ زَوْجِهِ ، وَأَدْخِلْهُ الْجَنَّةَ ، وَأَعِذْهُ مِنْ عَذَابِ اْلقَبْرِ وَمِنْ عَذَابِ النَّارِ

Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga arwah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman..

اِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعون

أَللَّهُمَّ اغْفِرْلَهُا وَارْحَمْهُا وَعَافِهِا وَاعْفُ عَنْهُا وَأَكْرِمْ نُزُلَهُا وَوَسِعْ مَدْخَلَهُا وَاغْسِلْهُا بِالْمَاءِ وَالْثَلْجِ وَالْبَرَدِ، وَنَقِّهِا مِنَ الْخَطَايَا كَمَا نَقَّيْت الثوب الابيض من الدنس

Moga Allah ampuninya, rahmatinya, maafkannya, muliakan kematiannya, lapangkan kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya. Semoga beliau ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman..

إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ.

اللَّهُمَّ اغْفِرْلَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ وَأَكْرِمْ نُزُلَهُ وَوَسِعْ مَدْخَلَهُ وَاغْسِلْهُ بِالْمَاءِ وَالْثَلْجِ وَالْبَرَدِ، وَنَقِّهِ مِنَ الْخَطَايَا كَمَا نَقَّيْتُ الثَّوْبَ الأَبْيَضَ مِنَ الدَّنَسِ، وَأَبْدِلْهُ دَارًا خَيْرًا مِنْ دَارِهِ ، وَأَهْلاً خَيْرًا مِنْ أَهْلِهِ وَزَوْجًا خَيْرًا مِنْ زَوْجِهِ ، وَأَدْخِلْهُ الْجَنَّةَ ، وَأَعِذْهُ مِنْ عَذَابِ اْلقَبْرِ وَمِنْ عَذَابِ النَّارِ*

Mudah-mudahan Allah SWT ampuni dia, rahmati dia, maafkan dia, muliakan kematian dia, lapangkan kubur dia, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggal dia dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga dia di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman...

Aamiin Allahumma Aamiin

Al-Fatihah

. بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم
ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞
مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ۞ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞صِرَطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ۞ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ
ٱلضَّاۤلِّينَ۞امين

Copy paste dari grup WhatsApp Kenali Ulama, oleh Ust Tengku Yusuff hafizohullah.
----------

Tuan Guru Dato' Haji Ismail Kamus (1948 - 2020)

Tuan Guru Dato' Haji Ismail Bin Kamus dilahirkan pada 2 Disember 1948 di Kampung Batang Rening, Rasa, Ulu Selangor.

Mendapat pendidikan awal di sekolah rendah dan kemudian menyambung pengajian di Sekolah Arab Batang Kali selama 6 tahun. Beliau kemudiannya melanjutkan pelajaran ke Maahad Hisyamuddin, Klang di samping menuntut ilmu daripada Syeikh Mahmud Arif al-Bukhari. Selepas itu, Tuan Guru Haji Ismail Kamus melanjutkan pelajaran ke Kolej Islam Klang pada tahun 1966 hingga 1972 sebelum menjejakkan kaki ke UKM sehingga lulus Ijazah Sarjana Muda Syariah pada tahun 1976. Pada tahun 2016, beliau berkesempatan mendalami ilmu hadis dengan mengikuti pengajian berkitab 8 Hadith (Sunah Sittah) oleh Tuan Guru Baba Haji Karim.

Setelah selesai menuntut ilmu, beliau menjadi guru agama di sekolah rendah dan menengah, pengawai penyelidik dan juga pegawai dakwah. Selain bertugas selama 15 tahun di pelbagai jabatan termasuk Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan dan Pusat Islam, Kuala Lumpur, Tuan Guru juga pernah mengajar bahasa Arab di INTAN selama 6 tahun sebelum memilih untuk bersara. Disamping itu, beliau turut menjadi pakar rujuk di BAHEIS, Pusat Islam, Kuala Lumpur.

Tuan Guru Dato' Haji Ismail Kamus kemudiannya menjadi pendakwah bebas dengan memberi ceramah agama di seluruh negara di samping beberapa buah negara lain seperti United Kingdom, Brunei, Amerika Syarikat dan Singapura.

Beliau turut mengasaskan Perubatan Islam Darus Salam dan berguru dengan Tuan Guru Dato' Dr Haron Din.

Diantara buku karangan beliau ialah :
  1. Wahai Tuhan, Engkaulah Penyembuh
  2. Indahnya Hidup Bersyariat
  3. Indahnya Amalan Doa
  4. Jin - Hakikat dan Pengubatan

Atas jasanya, kerajaan Selangor telah menganugerahkan beliau sebagai Tokoh Maal Hijrah Negeri Selangor pada 1433 Hijrah.

Tuan Guru Dato' Haji Ismail Kamus meninggal dunia pada 15 Ramadhan 1441H bersamaan 8 Mei 2020 pada pukul 12.30 malam di kediamannya di Ampang.

Moga Allah Taala merahmati roh auliaNya. Amin

Disusun oleh : Tengku Yusuff

#KenaliUlamak


Antara tokoh-tokoh ulamak yang bergelar Tuan Guru Malaysia yang meninggal pada Hari Jumaat (gambar) :
  1. Almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nikmat pada malam Jumaat 12 Februari 2015. (gambar atas)
  2. Almarhum Tuan Guru Dato Dr. Haron Din pada Jumaat 16 September 2016.(gambar pertengahan)
  3. Almarhum Tuan Guru Dato Ustaz Ismail Kamus pada hari ini, Jumaat 08 Mei 2020 (gambar bawah terkini)
Pautan bahan bacaan yang lain yang berkaitan :-

Ini antara 34 mutiara kata...

https://normanhafizi.blogspot.com/2020/05/ini-antara-34-mutiara-kata.html

Wednesday, 22 April 2020

Pemergian...

Pemergian Farith Ismeth Emier

Hari ini negara dikejutkan dengan kematian seorang lagenda dunia penyiaran berita iaitu Farith Ismeth Emier. Anak jati Perak kelahiran Teluk Intan memghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Assunta pada usia 65 tahun.

Keunikan Allahyarham dalam menyampaikan berita ialah sering menyisipkan mutiara kata di minit terakhir sebelum menutup tirai berita dunia.  Malah jika kita perasan, Allahyarham secara simboliknya menjatuhkan teks berita ke lantai setiap kali tamat membaca berita. Seolah-olah mahu segala berita duka di dunia dilenyapkan dari fikiran penonton.

Mari kita sedekah suratul fatihah kepada Allahyarham (bagi yang muslim) dan ucapan takziah kepada keluarga beliau.

Terima kasih Tuan Farid. Tuan tetap dikenang sebagai lagenda yang tiada gantinya.

Jemputlah tonton mutiara kata yang saya kompilasikan ini.

Terima kasih.

Cikgu Emmet.

*jangan lupa subscribe channel saya supaya saya dapat sokongan untuk merakam content yang bermanafaat pada followers saya.


Muiara Kata Allahyarham Farith Ismeth Emir

Sumber dari :

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...